percubaan pmr 2011 sabah bm k2

Upload: carol-tadam

Post on 07-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Percubaan PMR 2011 Sabah Bm K2

    1/7

    SULIT

    SULIT

    JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

    SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

    JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A, Bahagian B,Bahagian C dan Bahagian D.

    2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian : Bahagian A(i) dan Bahagian A (ii).

    Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B danBahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian Cmempunyai lima pilihan soalan

    dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja.

    3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk mnejawab Bahagian A, 25

    minit untukBahagian B, 45 minit untukBahagian C dan 10minit untukBahagian D.

    02/2 2011 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. [ Lihat sebelah

    SULIT

    PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2011 02/02

    EXCEL 2BAHASA MELAYU

    KERTAS 2

    OGOS 2011

    2 JAM DUA JAM

    NAMA : ___________________

    KELAS : ___________________

  • 8/6/2019 Percubaan PMR 2011 Sabah Bm K2

    2/7

    SULIT 2 02/2

    4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas

    peperiksaan.

    Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

    Bahagian A ( i ) - Ringkasan

    [ 20 markah ]

    Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan

    tentang sebab-sebab kelunturan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi80 patah perkataan. Anda digalakkan

    supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

    Kini, amalan semangat kejiranan semakin jarang-jarang dilakukan, khususnya di

    kawasan bandar dan menular ke luar bandar. Masyarakat semakin hari semakinsibuk dengan urusan harian masing-masing. Malahan, mereka tidak mempunyaiinisiatif untuk bermesra dengan jiran menyebabkan semangat kejiranan semakinluntur.

    Sesungguhnya punca berlaku kelunturan semangat kejiranan ini ialahperbezaan kaum dari segi budaya, agama dan cara hidup. Masyarakat Malaysiaterdiri daripada komposisi kaum yang berbeza, seperti Melayu, Cina dan India.Perbezaan ini bukan sahaja menghalang proses integrasi kaum, malahmenghalang kewujudan semangat kejiranan yang kental. Selain itu, sikap tidaksuka mencampuri urusan orang lain telah menghalang bercambahnya semangatkejiranan. Hal ini amat dikesali dan mula menghambat semangat kejiranan dalamkalangan masyarakat.

    Faktor masa juga penyumbang kelunturan semangat kejiranan. Kebanyakanmasyarakat tidak mempunyai masa untuk bersosial. Umumnya, masyarakatbekerja dari awal pagi hingga lewat petang. Oleh itu, masa untuk berkomunikasidengan jiran tetangga amat terhad. Tambahan pula, hal yang menjadipenghalang proses komunikasi yang baik antara jiran ialah perasaansyak wasangka yang tidak berasas. Hal demikian dapat dijelaskan melaluicontoh dua buah keluarga dengan taraf sosial ekonomi berlainan yang tinggal

    bersebelahan. Akibatnya, hubungan antara dua jiran terdekat ini menjadirenggang. Di samping itu, perbezaan dari segi bahasa sedikit sebanyak

    02/2 2011 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah [ Lihat sebelah

    SULIT

  • 8/6/2019 Percubaan PMR 2011 Sabah Bm K2

    3/7

    SULIT 3 02/2

    menghalang pembinaan hubungan mesra antara jiran. Contohnya, sebuahkeluarga berbangsa India yang kurang fasih berbahasa Melayu sukar untukberinteraksi dengan jirannya yang berbangsa Melayu telah menjadi batu penghalangkepada interaksi sosial antara dua buah keluarga yang berlainan keturunan ini.Pada masa yang sama, keturunan dan latar belakang berlainan menyumbang

    semangat kejiranan yang semakin pudar.

    Semangat kejiranan amat penting untuk menjamin bukan sahaja perpaduan,malah keselamatan negara. Masyarakat seharusnya berganding bahu untukmembina perasaan berbaik-baik sesama jiran tetangga. Bak kata pepatah, "jiransepakat membawa berkat".

    (Dipetik dan diubahsuaikan daripada "Semangat Kejiranan"

    oleh Muhammad Haseef dalamDewan Siswa, September 2008).

    Bahagian A (ii) - Pemahaman

    [ 10 markah ]

    Berdasarkan petikan Bahagian A ( i ), jawab soalansoalan yang berikut dengan

    menggunakan ayat anda sendiri.

    1 Berikan maksud rangkai katasyak wasangka.[ 2 markah]

    2 Berdasarkan petikan, mengapakah semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat perlu

    diutamakan?

    [4 markah]

    3 Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan

    semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat 1 Malaysia?

    [4 markah]

    02/2 2011 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah [ Lihat sebelah

    SULIT

  • 8/6/2019 Percubaan PMR 2011 Sabah Bm K2

    4/7

  • 8/6/2019 Percubaan PMR 2011 Sabah Bm K2

    5/7

    SULIT 5 02/2

    Bahagian C

    [ 40 markah ]

    Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih

    daripada 180 patah perkataan.

    02/2 2011 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah [ Lihat sebelah

    SULIT

  • 8/6/2019 Percubaan PMR 2011 Sabah Bm K2

    6/7

    SULIT 6 02/2

    1. Pihak sekolah perlu mengambil berat tentang keselamatan pelajar. Jelaskanciri-ciri sekolah selamat.

    2. Anda telah menerima sepucuk surat daripada rakan yang ingin mengetahui rahsiakecemerlangan anda dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

    Tulis sepucuk surat untuk membalas surat rakan anda tersebut.

    3. Telefon bimbit merupakan ciptaan bidang telekomunikasi yang sangat bergunakepada manusia. Pada pendapat anda, apakah kesan penggunaan telefon bimbitdalam kalangan masyarakat?

    4. Kerajaan menggalakkan pembelian barangan buatan Malaysia dalam kalanganmasyarakat.

    Bincangkan langkah-langkah yang dapat merealisasikan hasrat kerajaan.

    5.

    Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa di atas.

    Bahagian D

    [10 markah]

    Jawapan anda hendaklah berdasarkan SATU novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1

    atau Tingkatan 2.

    i. Limpahan Darah di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh.

    ii. Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin.

    02/2 2011 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah [ Lihat sebelah

    SULIT

    Sudah terhantuk baru terngadah.

  • 8/6/2019 Percubaan PMR 2011 Sabah Bm K2

    7/7

    SULIT 7 02/2

    Berdasarkan novel di atas, huraikan tiga contohperistiwa yang berkaitan dengan tema

    keberanian dalam perjuangan yang ditetapkan dalam novel tersebut.

    KERTAS SOALAN TAMAT

    02/2 2011 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah [ Lihat sebelah

    SULIT