perbezaanmodeldisiplindreikursdankounin-130721094343-phpapp01

Upload: cyti-wawa

Post on 12-Mar-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

murid

TRANSCRIPT

Perbezaan Bagi Tujuan Model Disiplin Dreikurs dan KouninModel Dreikurs Kounin

Tujuan Membantu guru mengenal pasti punca salah laku murid melalui motif-motif yang telah diutarakan Membolehkan murid dibawa berbincang terhadap masalah yang dihadapi Agar guru tidak menggunakan hukuman ketika mengawal bilik darjah.. Melatih murid untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah

Membantu guru menangani masalah yang berlaku sebelum menjadi masalah disiplin.

Guru dapat memberikan teguran yang jelas iaitu secara spesifik bukan secara umum dan bernada tegas kepada murid yang membawa masalah di dalam bilik darjah.

Agar guru dapat menjalankan akibat sekiranya murid masih melakukan kesalahan.

Membantu guru menarik perhatian murid dengan memulakan pengajaran yang menarik

Jadual : Menunjukkan perbezaan dari segi tujuan antara model Dreikurs dan model Kounin.

Perbezaan Bagi Tujuan Model Akibat Logikal Dreikurs dan Model Pengurusan Kelompok KouninTujuanKedua-dua model ini mempunyai persamaan yang ketara iaitu bertujuan untuk membantu guru untuk mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah. Selain itu, kedua-dua model ini juga bertujuan membantu guru untuk melibatkan murid-murid dalam aktiviti bilik darjah. Dalam model Dreikurs, guru dapat membantu murid-murid yang bersifat meminggirkan diri untuk melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan dengan cara memberikan mereka peluang untuk menunjukkan keupayaan mereka serta menghargai usaha mereka. Manakala dalam model Kounin pula, guru mampu melibatkan murid dalam aktiviti bilik darjah dengan memberikan mereka tugasan, memanggil murid untuk memberikan maklum balas dan menjawab soalan.Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa perbezaan pada kedua-dua model ini. Sekiranya kita meneliti Model Dreikurs, ianya bertujuan untuk membantu guru agar dapat mengenal pasti punca salah laku murid melalui motif-motif yang telah diutarakan agar murid dapat dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Berbeza dengan Model Kounin, ianya bertujuan untuk membantu guru agar mampu menangani masalah yang berlaku sebelum menjadi masalah disiplin. Dalam model Dreikurs, terdapat beberapa motif-motif yang boleh dikenal pasti melalui tinggkah laku yang ditunjukkan oleh murid. Sebagai contoh, murid yang bercakap semasa guru mengajar atau mengganggu rakannya ketika guru mengajar mungkin sahaja mempunyai motif untuk mendapat perhatian guru. Selain itu, murid yang melanggar peraturan bilik darjah, degil serta tidak memberikan kerjasama mungkin mempunyai motif untuk mencabar kuasa guru disebabkan murid berasa tertekan kerana guru lebih bersifat autokaratik. Setelah guru mengenal pasti punca salah laku yang ditunjukkan, guru dapat membimbing murid untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, ketika murid bercakap bersama rakannya, guru mampu menegur mereka dan menjelaskan bahawa mereka tidak sepatutnya bercakap semasa guru sedang mengajar. Guru juga dapat menasihati mereka agar mereka dapat memahami akibat daripada perbuatan mereka. Contohnya, guru mampu memberitahu murid bahawa sekiranya mereka berbuat bising semasa guru mengajar, mereka akan ketinggalan pelajaran atau tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, bercakap semasa guru mengajar akan mengganggu rakan yang lain yang ingin belajar. Berbeza dengan Model Kounin, ianya lebih ingin guru terlebih dahulu mengawal setiap perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini bermaksud guru akan sentiasa peka dan sedar terhadap pergerakan dan keadaan yang berlaku di dalam bilik darjah. Di samping itu, guru juga mampu menjangka masalah yang timbul serta dapat menghalang masalah tersebut daripada menjadi lebih serius. Contohnya, semasa guru membahagi-bahagikan murid kepada beberapa kumpulan, terdapat murid yang bergaduh dalam kumpulannya. Sebelum keadaan itu menjadi lebih serius, guru telah mengambil keputusan untuk meletakkan kedua-dua murid tersebut kepada kumpulan yang berbeza bagi mengelakkan keadaan menjadi serius.Tujuan Dreikurs yang seterusnya adalah membolehkan guru untuk membawa murid berbincang terhadap masalah yang mereka hadapi. Hal ini bertujuan bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik. Ini bermaksud guru untuk mengambil kira perasaan murid-murid agar rasa dipunyai. Guru juga dapat bertolak ansur dengan murid serta tidak mengenakan semua keputusan kepada murid tetapi murid diberi peluang dan ruang untuk memberikan pandangan mereka. Contohhnya sekiranya terdapat murid yang melakukan tingkah laku yang tidak baik, guru mampu membawa murid-murid berbincang dan memberi ruang kepada mereka meluahkan perasaan mereka sebab mereka bertindak demikian. Contohnya, terdapat murid yang mengetuk-ngetuk meja semasa guru mengajar. Guru boleh memanggil murid tersebut dan bertanya sebab dia melakukan tindakan yang sedemikian. Mungkin murid tersebut ingin mendapat perhatian guru dan guru perlu memberitahu murid tersebut bahawa ianya hanya akan mengundang kemarahan guru dan menganggu rakan-rakan yang lain. Berbanding dengan model Kounin, model ini tidak seperti model Dreikurs yang membawa murid untuk berbincang mengenai masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan tetapi bertujuan untuk menggalakkan guru untuk lebih bersifat tegas dan serius semasa memberikan teguran. Semasa murid melakukan salah laku, guru akan terus memarahi murid agar murid dapat melihat bahawa guru memberikan arahan yang tegas untuk dipatuhi. Dalam model Kounin, beliau menyarankan bahawa guru perlu memberikan teguran yang jelas, tegas dan serius. Selain itu, guru disarankan untuk menggunakan Kesan Gelombang atau Ripple Effect ketika memberi teguran dan mengenakan tindakan disiplin kepada murid yang bermasalah. Kesan Gelombang bermaksud semasa guru memberikan teguran kepada murid yang melakukan salah laku, secara tidak langsung, murid-murid yang lain akan mengambil iktibar daripada tindakan tersebut. Hal ini membolehkan guru untuk mengurus disiplin bilik darjah secara lebih berkesan.Dalam model Dreikurs juga, ianya turut bertujuan untuk menyedarkan guru agar tidak menjalankan dendaan bagi murid yang menunjukkan tingkah laku yang salah. Hal ini berbeza dengan model Kounin. Kounin menyarankan guru untuk menjalankan akibat sekiranya murid tersebut masih melakukan kesalahan. Bagi Dreikurs, beliau tidak menggalakkan guru untuk memberikan hukuman kerana ianya hanya akan membuatkan murid bertindak untuk membalas dendam sama ada melakukan salah laku yang lebih serius seperti melakukan vandalism, atau sengaja mencari gaduh dengan murid yang lain. Selain itu, ada juga yang akan membalas dendam secara pasif iaitu dengan memencilkan diri, tidak mengambil perhatian guru semasa mengajar dan bersifat degil. Berbeza dengan model yang diperkenalkan oleh Kounin, beliau menyarankan agar guru dapat menjalankan akibat yang telah dinyatakan oleh guru sekiranya masih melakukan kesalahan. Contohnya guru telah menegur seorang murid yang telah berbuat bising dan menegaskan bahawa sekiranya dia membuat bising dia akan didenda. Sekiranya dia masih berbuat bising, guru akan melakukan tindakan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.Model Dreikurs juga bertujuan untuk membantu guru agar mampu melatih murid untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Hal ini bermaksud guru akan melatih dan membimbing murid dengan cara mengingatkan mereka agar mereka mampu memahami serta dapat mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan dalam bilik darjah. Manakala model Kounin pula bertujuan untuk membantu guru agar menggunakan momentum ketika ingin memulakan pengajaran dan pembelajaran. Momentum merupakan keadaan di mana guru mampu memulakan pengajaran yang menarik sehingga mampu menarik perhatian murid seterusnya mampu melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan serta dapat menyimpulkan pengajaran pada hari tersebut dengan berkesan.Kesimpulannya, kedua-dua tujuan bagi model ini mempunyai perbezaan yang amat ketara. Walau bagaimanapun, kedua-dua model ini adalah untuk membantu guru agar mampu mengurus atau menangani masalah yang berlaku di dalam bilik darjah.

Perbezaan dari segi pelaksanaan antara model Dreikurs dan KouninModel Dreikurs Kounin

Pelaksanaan1) Kenal pasti motif murid.

2) Bantu murid memahami motif tersebut.

3) Bantu murid tukar matlamat yang salah kepada matlamat sebenar.

4) Bimbing murid bertanggungjawab keatas matlamat baru.

5) Bantu murid melihat akibat di sebalik tingkahlakunya.1) Guru tidak memberikan penerangan secara meleret dan fragmentasi.

2) Guru melibatkan murid dengan aktif dalam aktiviti-aktiviti kumpulan.

3) Ambil perhatian murid sepenuhnya sebelum memberi arahan atau membuat penerangan. (Momentum guru)

Jadual: Perbezaan dari segi pelaksanaan antara model Dreikurs dan model Kounin

Pelaksanaan Model DreikursDreikurs juga turut menerangkan cara-cara bagi menangani murid yang mempunyai motif yang salah. Yang pertama sekali adalah guru perlu mengenal pasti motif yang ingin ditunjukkan oleh murid. Berdasarkan keempat-empat motif yang diutarakan oleh Dreikurs, guru sudah mampu mengenal pasti motif murid berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid. Contohnya, terdapat murid yang sengaja ingin membangkitkan kemarahan guru dengan cara mengetuk-ngetuk meja atau bercakap-cakap dengan rakan yang lain semasa guru sedang mengajar kerana ingin mendapatkan perhatian. Selain itu, terdapat juga murid yang enggan menyempurnakan tugas yang diberikan dan sengaja meninggalkan buku atau memberikan alasan yang banyak kerana ingin mencabar kuasa guru. Di samping itu, terdapat juga murid yang menunjukkan tingkah laku dengan membalas dendam melalui cara seperti mencuri, bergaduh atau merosakkan harta benda sekolah kerana murid berasa tidak diberikan layanan yang adil. Manakala murid yang sentiasa mengasingkan diri dan tidak ingin bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain atau tidak mengambil bahagian dalam aktiviti adalah kerana murid tersebut bertindak ingin menunjukkan kekurangannya. Setelah guru sudah mampu mengenal pasti motif yang yang ingin ditunjukkan oleh murid, guru perlu membantu murid untuk memahami motif yang ditunjukkan oleh mereka. Sekiranya mereka berkelakuan yang tidak baik, guru perlu memanggil murid tersebut dan berbincang dengan bertanya sebab dia berkelakuan sedemikian. Cara ini merupakan cara yang terbaik bagi guru agar murid dapat meluahkan alasan mereka berbuat demikian. Mungkin sahaja murid tersebut gagal untuk memahami cara yang terbaik untuk mendapat tempat dan menyesuaikan diri di dalam bilik darjah kemudian menunjukkan tingkah laku yang tidak baik. Contohnya, Abu ingin mendapatkan perhatian guru dengan mengetuk-getuk meja semasa proses pengajaran Sebagai seorang guru, Abu perlu diberitahu bahawa tindakannya itu adalah salah kerana ianya hanya akan mengganggu proses pengajaran guru dan akan mengundang kemarahan guru. Sekiranya dia ingin mendapatkan perhatian, biarlah tindakan yang dilakukan itu mampu membolehkan guru untuk memuji serta memberikan dorongan kepadanya seperti menjawab soalan guru atau menyiapkan kerja rumah.Selepas murid sudah memahami motif yang telah ditunjukkan oleh murid, guru perlu membantu murid menukar matlamat yang salah kepada matlamat yang sebenar. Contohnya, murid yang ingin mendapatkan perhatian guru boleh menggunakan cara lain yang betul serta dapat meyenangkan hati guru seperti menjawab soalan guru dengan betul atau memperolehi markah yang baik dalam kuiz Matematik atau subjek yang lain. Setelah murid telah menukar matlamat, guru perlu memberi galakan dan bimbingan kepada murid-murid untuk bertanggungjawab atas matlamat baru yang telah dipilih. Contohnya, tingkah laku untuk mendapatkan perhatian yang ditunjukkan oleh Ali telah berubah kepada cara yang lebih baik iaitu dia mampu menjawab kuiz Matematik jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Dengan itu, guru boleh memberikan galakan dan motivasi kepada Ali agar dia lebih bermotivasi untuk memperolehi markah yang lebih baik lagi daripada yang sebelumnya seperti Syabas Ali, markah dalam kuiz Matematik kamu pada kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Teruskan lagi usaha kamu. Melalui cara ini, Ali sudah pasti berasa gembira kerana guru memberikan telah memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk terus berusaha.Pelaksanaan yang terakhir adalah guru juga perlu membantu murid melihat akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Akibat tersebut haruslah mampu diterima dan difahami oleh murid dan mampu memberi manfaat kepada orang-orang disekelilingnya. Contohnya, Ali dapat melihat dan memahami bahawa tingkah lakunya yang tidak baik sebelum ini hanya akan menganggu rakannya yang lain dan mengundang kemarahan guru. Sebaliknya, sekiranya dia berkelakuaan baik dan memenuhi keinginan guru, sudah pasti sikapnya akan disukai oleh guru dan rakan-rakan-rakannya. Malah bukan itu sahaja, rakan-rakannya yang lain juga akan mencontohi sikapnya yang baik serta mendengar arahan guru.

Pelaksanaan Model KouninSementara Dreikurs lebih menekankan guru untuk mengenal pasti motif yang ditunjukkan oleh murid, manakala Kounin pula lebih menekankan sifat dan kobolehan guru itu sendiri dalam menguruskan bilik darjah. Menurut Kounin, kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu dalam menguruskan bilik darjah yang baik. Terdapat beberapa langkah yang boleh digunakan oleh guru bagi memastikan kelancaran dalam menguruskan bilik darjah. Langkah yang pertama adalah guru harus mengelakkan dengan memberikan penerangan yang meleret atau fragmentasi kepada murid. Penerangan yang meleret bermaksud guru mengulang kembali pengajaran walaupun murid sudah memahaminya. Kounin tidak menggalakkan guru melakukan fragmentasi iaitu memecahkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada beberapa bahagian-bahagian kecil sedangkan aktiviti tersebut peru dijalankan secara menyeluruh. Oleh itu, guru perlu mengelakkan daripada memberikan penerangan yang meleret dan fragmentasi agar murid tidak akan cepat berasa bosan.Langkah yang kedua adalah guru perlu memastikan murid sentiasa mempunyai tugasan dan melibatkan mereka dalam aktiviti bilik darjah. Guru perlu memastikan murid terlibat dalam segala aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Guru perlu bijak dalam merancang segala aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran yang ingin disampaikan pada hari itu agar guru mampu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh melibatkan murid dalam aktiviti yang telah dirancang seperti memanggil murid untuk bersoal jawab, membuat demonstrasi dan memberikan penerangan. Aktiviti-aktiviti ini lebih kepada berpusatkan murid dan sangat berkesan agar murid mampu melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran.Langkah yang seterusnya adalah momentum guru yang merujuk kepada keadaan iaitu guru memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pengajaran dengan cekap serta mampu membuat kesimpulan dengan berkesan bagi penutup pelajaran pada hari itu. Oleh itu, guru perlu bijak dan boleh berfikir secara kreatif dalam merancang segala aktiviti yang berkaitan dan mampu untuk menarik perhatian murid. Oleh itu, guru perlu mengambil kira aspek minat dan kebolehan murid agar murid mampu melibatkan diri dengan aktiviti yang dirancang. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan murid daripada melakukan salah laku kerana berminat melakukan aktiviti yang dilaksanakan.