perbezaan kelebihan pksr dan pbs

14
PERBEZAAN KELEBIHAN PKSR DAN PBS PEPERIKSAAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR) Mengesan perkembangan dan penguasaan murid secara menyeluruh Berasaskan ujian rujukan kriteria Berbentuk formatif - mengutamakan kemajuan setiap murid dalam setiap peringkat Menggunakan pelbagai kaedah Memudahkan guru untuk membuat tindakan susulan Memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid Guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid PENTAKSIRAN BERAASKAN SEKOLAH (PBS) Mendidik guru berintegriti. Mudah merujuk pencapaian murid. Memberi makna kepada gred pelajar Menunjukkan pertumbuhan murid dalam pnp. Taburan markah / gred tidak ditetapkan. Tidak membanding bezakan murid dengan gred Tiada had peratusan murid untuk mencapai standard. Ia dilaksanakan sepanjang tahun sewaktu pnp dijalankan Pentaksiran menyeluruh jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Upload: hazri-rizal

Post on 27-Dec-2015

635 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

beza kssr dan pbs

TRANSCRIPT

Page 1: Perbezaan Kelebihan Pksr Dan Pbs

PERBEZAAN KELEBIHAN PKSR DAN PBS

PEPERIKSAAN KENDALIAN

SEKOLAH RENDAH (PKSR)

Mengesan perkembangan dan

penguasaan murid secara

menyeluruh

Berasaskan ujian rujukan kriteria

Berbentuk formatif -

mengutamakan kemajuan setiap

murid dalam setiap peringkat

Menggunakan pelbagai kaedah

Memudahkan guru untuk

membuat tindakan susulan

Memberi peluang kepada guru

untuk membetulkan kesilapan

dan memperbaiki kelemahan

murid 

Guru dapat mengenal pasti

kelemahan dan

memperkembangkan lagi

kekuatan serta potensi murid

PENTAKSIRAN BERAASKAN

SEKOLAH (PBS)

Mendidik guru berintegriti.

Mudah merujuk pencapaian murid.

Memberi makna kepada gred pelajar

Menunjukkan pertumbuhan murid

dalam pnp.

Taburan markah / gred tidak

ditetapkan.

Tidak membanding bezakan murid

dengan gred

Tiada had peratusan murid untuk

mencapai standard.

Ia dilaksanakan sepanjang tahun

sewaktu pnp dijalankan

Pentaksiran menyeluruh jasmani,

emosi, rohani dan intelek.

Page 2: Perbezaan Kelebihan Pksr Dan Pbs

KELEBIHAN PBS

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan

Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan

pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan

proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau

telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan

mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan

murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang

kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada

pernyataan standard.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan

keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang

lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data

kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi

membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf

dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk

menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan

masing-masing.

Page 3: Perbezaan Kelebihan Pksr Dan Pbs

KELEMAHAN PBS

PERBEZAAN PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN

Jenis /

PerbezaanPengujian Pentaksiran

Pengertian Proses menentukan perubahan

tingkah laku

Proses membuat analisi dengan

mentafsir hasil pengukuran

Tujuan

Menentukan pencapaian pelajar

dalam sesuatu pembelajaran

Memberi maklumat tentang

penncapaian pelajar,objektif pelajaran,

kaedah mengajar dan kurikulum

Kegunaan

Untuk menempatkan pelajar dalam

kumpulan yang sesuai

Untuk membaiki rancangan

mengaar,kurikulum, pengesan punca

kelemahan dan membuat ramalan

Bentuk Pemerhatian,ujian, lisan dan bertulis Jadual / gred berdasarkan teknik

perangkaan

Masa Selepas sesuatu atau beberapa

pelajaran

Sebelum, semasa dan selepas satu

atau beberapa pelajaran

Proses

Perlaksanaan

Persediaan ujian

Pentadbiran

Pemeriksaan

Proses pengukuran

Proses penganalisaan

Proses interpretasi

Melapor tindakan

Page 4: Perbezaan Kelebihan Pksr Dan Pbs

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kelebihan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS )

1. Pentaksiran Rujukan Standard

Pentaksiran Rujukan Stardard diperkenalkan dan merupakan kelebihan kepada Penilaian

Berasaskan Sekolah. Pentaksiran Rujukan Standard menggunakan Stardard Prestasi demi

untuk menambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada. Melalui kaedah ini, guru dapat

melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.

Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan

boleh buat atau telah menguasai sesuatu yang telah dipelajari berdasarkan pernyataan

standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan

dalam dokumen kurikulum.

2. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama

Selain itu, kelebihan penilaian berasaskan sekolah ialah murid-murid dinilai secara adil dan

saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat,

kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu

mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang

merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang

bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik

sebagai insane yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada

pembangunan Negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

3. Mendidik guru berintegriti

Disamping itu juga, kelebihan penilaian berasaskan sekolah adalah mendidik guru berintegriti.

Merujuk kepada maksud integriti dalam Kamus Dwibahasa DBP, 1985, integrity ialah kejujuran,

ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. Oleh itu, integrity adalah merujuk kepada prinsip moral

bagi seseorang individu. Guru sebagai penjawat awam perlulah melaksanakan amanah dan

kuasa yang dipertanggunjawabkan mengikut kepentingan profesionnya. Oleh hal demikian,

dengan melakukan tugas penilaian berasaskan sekolah ini terhadap murid-murid dengan penuh

ikhlas dan jujur maka terdidiklah sifat integrity seseorang guru tersebut. Penilaian berasaskan

Page 5: Perbezaan Kelebihan Pksr Dan Pbs

sekolah ini memerlukan kejujuran, keutuhan mental dan fizikal, kesempurnaan dalam

melakukan tanggungjawab dan tulus adalah penting bagi melancarkan lagi proses tersebut.

Maka, tanggungjawab seseorang guru amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh

keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat dan

Negara kita.

4. Mudah merujuk pencapaian murid

Seterusnya ialah mudah untuk merujuk pencapaian murid dalam sesebuah kelas mahupun

sekolah. Sistem penilaian berasaskan sekolah berkait rapat dengan penggunaan ICT. Semua

data-data tentang murid-murid akan disimpan rapi. Oleh itu, jika ingin membuat perbandingan

pencapaian yang lepas dengan yang terbaru guru hanya perlu membuka data-data tersebut

dan sudah mendapat maklumatnya. Dengan ini, terlalu mudah untuk guru membuat laporan

dan tidak perlu membelek-belek dan mencari fail yang tersimpan data-data murid-murid. Selain

itu, guru juga dapat mengetahui dengan cepat pelajar yang cemerlang dan lemah. Dari situ,

guru-guru berkenaan dapat memperbaiki prestasi murid yang lemah kearah cemerlang dan

meningkat dalam pencapaian pembelajaran mereka.

5, Menunjukkan pertumbuhan murid dalam pembelajaran dan pengajaran

Kelebihan penilaian berasaskan sekolah juga adalah dapat menunjukkan pertumbuhan murid

dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Melalui proses penilaian berasaskan sekolah

ini, akan berlaku pertumbuhan dan perkembangan terhadap murid-murid. Pertumbuhan

menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah perihal atau proses tumbuh (tentang manusia,

tumbuh-tumbuhan dan binatang), tumbesaran. Oleh itu boleh dirumuskan pertumbuhan ialah

merujuk kepada perubahan fizikal dan struktur badan secara kuantitatif. Ianya akan terhenti

atau mengalami sedikit peruhan pada tahap kematangan. Manakala, perkembangan pula

mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah perihgal atau proses berkembang menjadi maju

atau tersebar dan membiak. Daripada maksud ini, boleh dirumuskan perkembangan adalah

proses perubahan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran secara kualitatif. Ianya

berlaku secara berterusan hasil daripada pengalaman dan pembelajaran. Oleh itu, murid-murid

akan bertambah pengetahuan am dan semakin bijak menilai sesuatu. Hal ini kerana guru lebih

banyak mendedahkan murid-murid dengan soalan-soalan yang menguji minda mereka.

Sekiranya mereka tidak tahu sesuatu maksud mereka akna berusaha untuk menerokai ataupun

menanyakan guru. Oleh itu, perkembangan dan pertumbuhan murid-murid semakin cemerlang.

Page 6: Perbezaan Kelebihan Pksr Dan Pbs

Kelemahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS )

1. Membebankan guru

Setiap sesuatu perkara atau benda mesti terdapat kelebihan dan kelemahan. Hal yang sama

juga berlaku dalam pentaksiran berasaskan sekolah. Pertama sekali kelemahan pentaksiran

berasaskan sekolah ialah membebankan guru-guru disekolah. Hal ini demikian kerana terdapat

kelemahan dalam sistem yang ditubuhkan. Antara kelemahannya ialah guru perlu mengekod

band murid-murid. Jika setiap guru mengajar dalam 120 orang murid dalam satu sekolah, maka

hal ini akan membebankan. Kenapa saya menyatakan begitu kerana guru bukan sahaja

memfokuskan untuk menyiapkan kerja ini sahaja malah tanggungjawab lain yang ditanggung

lagi terlalu banyak. Masa yang diberikan juga amat terhad. Selain itu, hal ini juga pernah

dinyatakan dalam dada-dada akhar tentang perungutan guru-guru tentang beban ini. Disamping

itu juga, sekiranya pentaksiran ini tidak dapat disiapkan di sekolah, guru akan membawa pulang

kerja ini kerumah dan ini akan mengganggu masa guru tersebut bersama keluarga. Maka,

jelaslah bahawa pentaksiran berasaskan sekolah ini amat membebankan guru-guru.

2. Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan PBS

Pentaksiran berasaskan sekolah ini berkait rapat dengan penggunaan ICT. Semua guru perlu

ada jalur lebar atau dalam kata lain “broadband” untuk menyiapkan program ini. Tiada capaian

yang cepat dalam menyiapkan pentaksiran berasaskan sekolah berlaku apabila jika seseorang

guru melakukan aktiviti mengekod band-band murid kedalam data, dan berhenti seketika untuk

melakukan tugas lain. Kemudian guru tersebut ingin menyambung kembali tugas itu, beliau

perlu bermula dari awal dan menekan butang “next” sehinggalah sampai rekod yang terakhir.

Hal ini amat menyukarkan guru dan telah mengambil masa yang lama, tambahan lagi jika jalur

lebar yang ada adalah lembab. Masalah ini juga pernah dinyatakan oleh guru dalam blog dan

akhbar-akhbar yang lepas dan mengharapkan pihak berkenaan ubah proses ini kearah yang

lebih cepat dan maju.

3.  Ibu bapa tidak mengetahui tahap IQ anak-anak

Sistem yang digunakan oleh pentaksiran berasaskan sekolah adalah band iaitu dari band 1

hingga band 6. Berbeza dengan sebelum ini yang menggunkan gred iaitu gred A, B, C dan

seterusnya. Pengggunaan band ini tidak disukai oleh para ibu bapa kerana mereka tidak dapat

mengetahui lebih terperinci tentang tahap kecerdasan anak-anak. Sesetengah ibu bapa yang

Page 7: Perbezaan Kelebihan Pksr Dan Pbs

kurang pandai pula tidak tahu apa itu band?, anak-anak lemah dimana? Dan sebagainya

persoalan yang timbul dalam fikiran ibu bapa. Selain itu, melalui penggunaan pentaksiran

berasaskan sekolah ini juga menyebabkan ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka ke

pusat tuisyen. Hal ini berlaku kerana takut anak-anak akan gagal pada masa peperiksaan

sebenar.  Disamping itu juga, ibu bapa tidak dapat tahu terperinci tentang tahap kecerdasan

anak-anak kerana guru sahaja yang menyimpan maklumat murid-murid yang sebenar dan ibu

bapa hanya dapat maklumat yang umum sahaja. Tuntasnya, kelemahan ini amat dikesali oleh

ibu bapa kerana mereka menginginkan yang terbaik untuk anak-anak tetapi sebaliknya berlaku

iaitu ibu bapa tidak dapat mengukur tahap kecerdasan anak-anak mereka.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan. Anjakan paradigma

yang berlaku ini bertepatan dengan pesanan Saidina Umar al-Khatab yang menegaskan

supaya reka bentuk pendidikan anak-anak wajib berdasarkan keperluan masa hadapan

mereka. Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran

sentiasa melangkah ke hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-

berzaman akan tetap dimanfaatkan dalam persekitaran terkini.

Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Kekurangan

dan ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah.

Murid, guru dan masyarakat berhak untuk memberikan sumbangan terbaik demi masa hadapan

bangsa dan negara.

PENUTUP

Page 8: Perbezaan Kelebihan Pksr Dan Pbs

Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan maklumat  tentang prestasi murid

bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal insan yang

harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Apa yang jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran menerusi PBS ini

memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi bentuk

penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran. Lebih dari itu,

ia diharap mampu melahirkan murid yang lebih cemerlang dalam semua aspek kerana

pentaksirannya dilakukan daripada peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang

akademik tetapi juga merangkumi sahsiah, sukan dan kokurikulum.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan

keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang

lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data

kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi

membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf

dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk

menyumbang .

Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan

keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu

pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan

pembelajaran. 

BIBLIOGRAFI

1. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1983). Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Matlamat

Rasional Bidang Pelajaran dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Lee Shok Mee & Mok Soon Sang, (1989). Pengujian dan Penilaian Dalam Pendidikan.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

3. Mohd Najib Ghafar (1997). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah. UTM, Skudai.

Page 9: Perbezaan Kelebihan Pksr Dan Pbs

4. Ng See Ngean,(1991). Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur :

Fajar Bakti

5. Pusat Perkembangan Kurikulum (1996). Buku Panduan Penilaian Kendalian Sekolah

Rendah. Kuala Lumpur

Azleena, M. (2007). The implementation of school-based oral English assessment. : a case

study. Unpublished Masters dissertation. UiTM, Shah Alam.

Fazliza Che Mat et al. (n.d). Pelaksanaan Sains Kssr Tahun Satu: Satu Tinjauan Awal.

Hamzah, M.O. and Sinnasamy, P. (2009). Between the ideal and reality: teachers‟ perception

of the implementation of school-based oral English assessment. In The English Teacher,

Vol 38, pp. 13 – 29.

Jonassen, D.H. (1999). Designing constructivist learning environments. In C. M.Reigeluth

(ed). Instructional-Design theories and models: A new paradigm of instructional

theory. 2:215-239. Mahwah, NJ: LEA Publishers.

Kerajaan Sedia Menambahbailk Sistem PBS; Rungutan Guru Dikaji. Berita Harian. 5

Novermber 2012 ms3.

Meor Ibrahim, Siti Nadya (2008). Persepsi Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Pendekatan Pembelajaran

Secara Problem-Based Learning (PBL). Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Anuar Abdul Rahman dan Khamsawati Jaafar. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja

Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah

Kuantan, Pahang.UTM.Skudai.

Mok Soon Sang (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan, Perancangan dan Pelaksanaan

Penyelidikan Tindakan. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Rohaya Talib (2009). Kajian Pembinaan dan Pegesahan Instrumen bagi Mengukur Tahap

Literasi Pentaksiran Guru Sekolah Menengah di Malaysia.

Dalamhttp://eprints.utm.my/13641/7/RohayaTalibPFP2009CHAP1.pdf. Diambil pada 15

November 2012.

Sanitah Mohd Yusof dan Norsiwati Ibrahim.(2012). Kesediaan Guru Matematik Tahun Satu

Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Kssr) Di Daerah Kluang. Journal of

Science and Mathematics Education, 6, 26-38.

Page 10: Perbezaan Kelebihan Pksr Dan Pbs

Shanusi, (2007). An Investigation of Teachers’ Readiness towards School Based Assessment

Scheme in Selected Malaysian Teacher Training Institutes. (Online). Retrieved 21 March,

2009, from http://iaea2007.tqdk.gov.az/cp.html

Syed Ismail&Ahmad subki.(2010).Guru dan cabaran semasa.Selangor. Penerbitan Multimedia

Sdn. Bhd.

Syed Ismail dan Ahmad subki.(2010).Asas Kepeimpinan & Perkembangan

Professional.Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Yusof Boon dan Mohd Musa Shaharuddin (2011). Kepemimpinan Guru Besar Dalam

Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota

Tinggi, Johor.UTM, skudai

Zurainu Mat Jasin (2012). Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam

Pengajaran Komsas Bahasa Melayu: Universiti Utara Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Lamanweb rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.      Diakses daripada      http://www.moe.gov.my/lp/index.php?

option=com_content&view=article&id=353:pentaksiran

          berasaskan-sekolah&catid=19

Sumber diakses daripada http://smkvaldor.blogspot.com/2013/03/apa-itu-pentaksiran

          berasaskan-sekolah.html