perbezaan jurnal dan artikel

Upload: mohd-hazwan-zulkifli

Post on 10-Feb-2018

483 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Perbezaan Jurnal Dan Artikel

    1/2

    Perbezaan Jurnal dan artikel

    Pelajar saya, sama ada yang sedang menyempurnakan latihan ilmiah peringkat

    Ijazah Sarjana Muda atau menulis tesis peringkat Ijazah Sarjana, sering keliru ataumemang tidak tahu tentang perbezaan antara jurnal dan monograf. lantaran itu,

    mereka akan menyenaraikan kedudukan jurnal dan monograf bersekali dalam

    senarai pada bahagian "rujukan" dan "bibliografi". beberapakali saya menegur untuk

    pelajar semester ini, kemudian berulang pula pada para pelajar semester akan

    datang. maka, ini menunjukkan dalam kalangan mereka memang tidak tahu dan

    memang tidak mahu tahu, begitu agaknya sangka saya. lantaran hal ini menjadi

    suatu perkara besar yang harus saya ulang, ulang dan ulang setiap masa sepanjang

    proses penyeliaan.

    Mengikut Kamus Dewan, jurnal adalah "terbitan atau majalah berkala yang khusus

    bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu" manakala monograf pula

    adalah "tulisan huraian, rencana, dan sebagainya berkenaan sesuatu perkara atau

    masalah yang khusus atau bukan sesuatu aspek daripada sesuatu bidang ilmu." dan

    andai kalian meneliti jurnal dan monograf di mana-mana perpustakaan, pasti ketara

    perbezaan antara kedua-duanya daripada segi penghasilan mutu tulisan para

    penulisnya dan mutu persembahan pendekatan yang ditampilkan. pengalaman

    saya, menulis di jurnal, memang berat-sukar, tambahan mutakhir ini yang

    kesemuanya mahukan penggunaan teori atau pendekatan. malahan, sebelum

    tulisan disiarkan di dalam jurnal, ada sarjana penilai yang menilai "layak atau tidak

    tulisan seseorang pengkaji atau sarjana terbabit" untuk dipilih dalam keluaran tahun

    tersebut. kenangan manis tertancap apabila tulisan pertama saya tersiar dalam

    Jurnal Pengajian Melayu Akademi Pengajian Melayu (UM) sekitar tahun 2004

    dengan tajuk "Sahsiah Wanita Islam dalam Novel-novel Penulis Wanita Malaysia"

    ketika saya sedang menyempurnakan penulisan tesis Ijazah Doktor Falsafah.

    kemudian disusuli dengan penerbitannya di Jurnal Beringin Akademi Seni

    Kebangsaan (ASWARA), pada tahun 2005 diikuti di Jurnal Pangsura (Asia

    Tenggara) pada tahun 2007, Jurnal Pengajian Melayu APM, UM (2009) dan JurnalMalay Literature, Dewan Bahasa dan Pustaka (2010). Oh, dihitung-hitung, baru lima

    rupanya tulisan saya mendapat tempat di jurnal-jurnal yang memuatkan kajian

    persuratan Melayu tanahair.

  • 7/22/2019 Perbezaan Jurnal Dan Artikel

    2/2

    Sedangkan jurnal yang memuatkan tulisan tentang persuratan Melayu di Malaysia

    dan rantau nusantara ini cukup banyak seperti Gema (UKM), Sari (UKM), Pendeta

    (UPSI) dan lain-lain. cuma barangkali saya tidak punya masa yang cukup untuk

    menguruskan penulisan di jurnal lantaran tumpuan saya kepada banyak tulisan

    seperti makalah dalam prosiding, bab dalam buku dan tentunya tidak ketinggalankarya kreatif; yang akhir-akhir ini saya gemar menulis cerpen yang saya namakan ia

    "cerpen kampus" atau "cerpen terapi" atau "cerpan ilmiah" atau istilah baru ciptaan

    saya "cermiah" (cerpen + tulisan ilmiah). dan saya tidak pernah menghantar tulisan

    untuk penerbitan monograf lantaran sebagai seorang ahli akademik, merit untuk

    tulisan di dalam monograf juga agak rendah berbanding dengan tulisan di dalam

    jurnal. atau barangkali saya tidak didedahkan dengan tulisan dalam monograf

    semasa menyempurnakan tesis dulu. malahan dari sudut lain pula, penulisan dalam

    jurnal akan membabitkan pengiraan markah KPI yang tinggi berbanding tulisan

    dalam penerbitan lain hatta bab dalam buku sekalipun. atau laluan kenaikan pangkat

    seseorang penjawat awam dalam dunia akademik, turut diperhati kepada "berapa

    banyak pensyarah menghasilkan tulisan di dalam jurnal." malah, di UM, tulisan di

    dalam jurnal bukan sekadar pada penerbitan peringkat tempatan atau nusantara,

    bahkan menjangkau jurnal yang bertaraf ISI atau scorpus. aduhai kata teman saya.

    menurut teman saya lagi, kalau begitu alangkah sukarlah para pensyarah UM untuk

    kenaikan pangkat. alahai kata saya.

    Justeru, para pelajar kampus saya yang sedang melaksanakan penulisan sama ada

    latihan projek ilmiah atau tesis sarjana dan doktor falsafah, ayuh, bersiap siagakalian dengan penelitian terhadap tulisan jurnal. cuba perhatikan ciri yang

    membezakan tulisan dalam jurnal dengan tulisan dalam monograf agar selepas ini

    kalian lebih prihatin dan cermat kala menulis!