perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan kanak

4
Chong Chia Kok ; Tan Zhi Ching ; Terry Thor Yi Ying Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak Definisi 1. Pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu sesuatu yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain seperti tinggi, perubahan dalam struktur dan fungsi tubuh. 2. Perkembangan bermaksud perubahan yang bersifat kualitatif atau suatu proses di mana individu mencapai kematangan seperti kemampuan menyebut perkataan mengikut peringkat umur. Aspek Pertumbuhan Perkembangan Jasmani Pertumbuhan saiz, berat, gigi Bertambah kemahiran menggunakan anggota seperti merangkak, berjalan, berlari dan melompat Mental Bertambah keupayaan berfikir temasuk perkara yang subjektif. Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan, bahasa, angka, pemikiran, mengingat, menaakul, analisis Emosi Perasaan seronok, gembira, sedih, takut Kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu Sosial Meluaskan perhubungan, komunikasi, bergaul dengan orang lain Kemahiran mendisiplin dan sesuaikan diri dalam pergaulan

Upload: yi-ying

Post on 15-Apr-2016

144 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Perbezaan Antara Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak

TRANSCRIPT

Page 1: Perbezaan Antara Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak

Chong Chia Kok ; Tan Zhi Ching ; Terry Thor Yi Ying

Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak

Definisi

1. Pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu sesuatu yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain seperti tinggi, perubahan dalam struktur dan fungsi tubuh.

2. Perkembangan bermaksud perubahan yang bersifat kualitatif atau suatu proses di mana individu mencapai kematangan seperti kemampuan menyebut perkataan mengikut peringkat umur. 

Aspek Pertumbuhan PerkembanganJasmani Pertumbuhan saiz, berat, gigi Bertambah kemahiran menggunakan

anggota seperti merangkak, berjalan, berlari dan melompat

Mental Bertambah keupayaan berfikir temasuk perkara yang subjektif.

Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan, bahasa, angka, pemikiran, mengingat, menaakul, analisis

Emosi Perasaan seronok, gembira, sedih, takut Kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu

Sosial Meluaskan perhubungan, komunikasi, bergaul dengan orang lain

Kemahiran mendisiplin dan sesuaikan diri dalam pergaulan

Umum Boleh dilihat perubahan; capai kemuncak apabila tiba kematangan; perubahan tingkah laku fizikal; boleh diukur mengikut peringkat atau masa.

Sukar dilihat; berterusan dari lahir sehingga ke akhir hayat; perubahan pemikiran; tidak boleh diukur perubahannya.

Page 2: Perbezaan Antara Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak

KONSEP PERTUMBUHAN

Karl E. Garrison : Perkembangan individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar.

Atan Long : Perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain dari semasa ke semasa;

D.S Wright &Ann Taylor : Pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang (sifat jasmani; saiz, tinggi, berat badan dan lain-lain)

Secara keseluruhannya, pertumbuhan merupakan  perubahan yang bersifat kuantitatif (perubahan saiz dan struktur dalam aspek fizikal, mental untuk mencapai kemuncak bila individu matang. ). Kuantiti perubahan dapat dilihat dengan nyata atau dapat diukur berdasarkan peringkat- peringkat pertumbuhan melalui teknik antropometrik.(measurement of human physical variation)

CIRI-CIRI PERTUMBUHAN

1. Suatu ketuhan dan fenomena pertumbuhan serta sempurna.

2.Perubahan dapat diukur dan diteliti dengan jelas.

3.Pertumbuhan mengikut kematangan seseorang.

4. Perubahan dalam pertumbuhan dapat dilihat dengan nyata seperti tinggi, berat, kadar bentuk badan dan pertumbuhan organ dalaman.

5.Struktur mendahului fungsi: struktur kumpulan otot akan menjadi lengkap sebelum digunakan.

6. Peringkat pertumbuhan adalah sama bagi semua individu tetapi kadar berlainan.

Page 3: Perbezaan Antara Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak

KONSEP PERKEMBANGAN

Crow &Crow : Perubahan secara kualitif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.

Karl G. Garrison : Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan adalah mengikut urutan semula jadi dan bersifat sejagat.

D. S Wright & Ann Taylor : Perkembangan ialah perubahan berlaku dalam warisan hayat.

Charls Darwin : Jika sistem saraf sesuatu organisma kompleks, maka masa yang diperlukan untuk matang adalah lama.

Secara keseluruhannya, perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dan lahir hingga kematangan dan akhir hayat atau proses individu mencapau kematangan secara berterusan. Perubahan kualitatif atau tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat perubahannya sengan membuat perbandingan sebelumnya. Faktor baka dan persekitaran dianggap faktor utama mempengaruhi perkembangan individu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS ). Dianggap sebagai perubahan tingkah laku mental.

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN

Susunan perkembangan adalah serupa, berperaturan dan dapat diramal bagi semua ahli dalam sesuatu jenis.

1.Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.

2. Perkembangan berlaku mengikut kadar yang berlainan.

3.Perkembangan berlaku daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu.

4.Perubahan bersifat kualiti, tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat dari perubahan sifat.

5.Proses perkembangan berterusan dari permulaan hingga akhir hayat melebihi peringkat kematangan.

6. Perkembangan timbul dari tindakan yang saling berkaitan antara pertumbuhan jasmani dan pembelajaran.

7. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran