perbandingan kesarjanaan tokoh bahasa melayu

17
PENDAHULUAN R.J Wilkinson merupakan seorang pegawai pentadbiran kolonial ketika tiba di Tanah Melayu pada tahun 1889. Beliau pernah menjadi setiausaha ‘Strait Branch of the Royal Asiatic Society’ . Pada waktu itu para wakil politik kerajaan Inggeris termasuk beliau perlu menguasai Bahasa Melayu untuk berurusan dengan Raja tempatan. Beliau telah tertarik dengan kamus Melayu-Perancis dan Abbe Favre telah terkejut dengan tahap pemahaman beliau terhadap bahasa Melayu. Pada tahun 1895, R.J Wilkinson menyusun kamus Inggeris- Melayu. Menurut tokoh bahasa, Harun Aminurrashid kamus yang ditulis beliau sangat berguna dan menunjukkan penyelidikan beliau yang mendalam tentang bahasa Melayu pada zaman itu. Tidak lama selepas kamus Inggeris-Melayu, beliau telah menerbitkan kamus Jawi-Melayu-Iggeris pada tahun 1902. Wilkinson kemudian menjadi nazir sekolah di Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri Bersekutu iaitu Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Beliau juga dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Ejaan. Sejak itu, Ejaan Wilkinson

Upload: izrinfarahhaninovy

Post on 22-Dec-2015

123 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

PERBANDINGAN KESARJANAAN R.J WILKINSON DENGAN 10 TOKOH BAHASA MELAYU LAIN

TRANSCRIPT

Page 1: PERBANDINGAN KESARJANAAN TOKOH BAHASA MELAYU

PENDAHULUAN

R.J Wilkinson merupakan seorang pegawai pentadbiran kolonial ketika tiba di Tanah

Melayu pada tahun 1889. Beliau pernah menjadi setiausaha ‘Strait Branch of the Royal Asiatic

Society’. Pada waktu itu para wakil politik kerajaan Inggeris termasuk beliau perlu menguasai

Bahasa Melayu untuk berurusan dengan Raja tempatan. Beliau telah tertarik dengan kamus

Melayu-Perancis dan Abbe Favre telah terkejut dengan tahap pemahaman beliau terhadap bahasa

Melayu.

Pada tahun 1895, R.J Wilkinson menyusun kamus Inggeris-Melayu. Menurut tokoh

bahasa, Harun Aminurrashid kamus yang ditulis beliau sangat berguna dan menunjukkan

penyelidikan beliau yang mendalam tentang bahasa Melayu pada zaman itu. Tidak lama selepas

kamus Inggeris-Melayu, beliau telah menerbitkan kamus Jawi-Melayu-Iggeris pada tahun 1902.

Wilkinson kemudian menjadi nazir sekolah di Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri Bersekutu iaitu

Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Beliau juga dilantik menjadi Pengerusi

Jawatankuasa Ejaan. Sejak itu, Ejaan Wilkinson menjadi terkenal dalam kamus-kamus bahasa

Melayu dan menjadi rujukan pelajar dan pendidik. Semasa bertugas di Dinding, Perak

Wilkinson telah diberikan kepercayaan untuk membaiki semua leksikon tentang flora dan fauna.

Sumbangan beliau dalam bidang zoologi ini membuatkan beliau diberikan penghormatan dengan

nama beliau diabadikan sempena nama sejenis tupai ‘tupai ferruginea Wilkinson’.

Pada tahun 1903, beliau dilantik menjadi setiausaha Sir Ernest Birch. Peluang bertugas

dengan individu kehormat ini digunakan oleh beliau untuk menerbitkan buku ‘Papers on Malay

Subjects’ dan menyiapkan draf kamusnya yang terbaharu. Wilkinson kemudian bertugas dengan

Page 2: PERBANDINGAN KESARJANAAN TOKOH BAHASA MELAYU

pelbagai individu penting dalam kerajaan Inggeris seperti Sierra Leone pada tahun 1915 dan di

Symne pada tahun 1922.

Menurut Dr. C.Hooykaas dalam bukunya Perintis Sastera menyatakan bahawa pantun

Melayu yang dikumpulkan oleh R.J Wilkinson dan R.O Winstedt dalam ‘Malay Literature

Series 12’ mengandungi lebih kurang 1500 rangkap pantun, 10 peratus daripadanya adalah

seloka. Ini membuktikan Wilkinson seorang yang begitu mendalami bahasa Melayu dan amat

berminat dengan pengkajiannya terhadap bahasa Melayu ini. Malah Wilkinson sendiri pernah

menyatakan “orang asing yang belum mengenal pantun boleh dikatakan orang itu belum

mengenal rohani dan jalan fikiran orang melayu itu sebenarnya.”

SUMBANGAN R.J WILKINSON

Kamus Melayu – Inggeris (Romanised)

Kamus ini telah disusun dan diterbitkan pada tahun 1901. Kamus ini merupakan kamus

dwibahasa yang paling penting kerana keluasan isi kandungannya dan keterangan yang jelas

serta terperinci. Ciri-ciri ini tidak terdapat dalam kamus lain yang sezaman dengannya. Kamus

ini juga adalah kamus yang terawal dihasilkan pada awal abad ke-20 dengan tiga bahagian iaitu

bahagian 1, 2 dan 3. Kamus ini ditulis dalam ejaan jawi dan aturan huruf rumi serta keterangan

data dalam bahasa Inggeris. R.J Wilkinson telah melakukan tiga kali semakan sepanjang

menyiapkan kamus ini.

Kamus yang setebal 1300 muka surat ini merupakan karya leksikografi yang paling

terperinci tentang bahasa Melayu sehingga kini. Kamus ini telah diulang cetak oleh Penerbit

Macmillan di London pada tahun 1959. Kamus ini juga dikatakan amat berkualiti bukti-bukti

Page 3: PERBANDINGAN KESARJANAAN TOKOH BAHASA MELAYU

yang dilampirkan adalah berdasarkan kajian yang terperinci. Ini jelas menunjukkan minat beliau

yang mendalam terhadap kesusasteraan Melayu.

Kamus Melayu-Inggeris

Kamus dwibahasa Inggeris-Melayu setebal 152 halaman telah disusun oleh Sir Richard

Winsted dari Universiti Of London. Kamus ini disusun berdasarkan bahan-bahan yang telah

dikumpulkan oleh R.J Wilkinson dengan persetujuannya. Beliau telah menyerahkan semua

bahan yang dikumpulkannya selama 10 tahun untuk penerbitan kamus ini. Sir Richard Winsted

telah menambah beberapa ratus perkataan baharu untuk memperluaskan makna sebanyak

mungkin dan memberi takrifan dengan lebih terperinci bagi setiap kata masukan.

Kamus Jawi-Melayu-Inggeris

Kamus ini telah dihasilkan semasa beliau berkhidmat sebagai pegawai Inggeris di Tanah

Melayu pada akhir abad ke 19 hingga awal abad ke 20. Kamus ini telah disusun oleh beliau

dalam tahun 1902 dan diterbitkan pada tahun 1903.

Kamus ini menggunakan huruf Arab dan huruf Jawi Melayu. Beliau menggunakan semua

aksara huruf Arab yang mana mempunyai persamaan dengan huruf Jawi Melayu. Maka, huruf-

huruf Arab yang digunakan dalam kamus ini adalah masih relevan sehingga kini walaupun

terdapat penambahan huruf Jawi yang dicipta semasa Konvensyen Tulisan Jawi di Terengganu.

Page 4: PERBANDINGAN KESARJANAAN TOKOH BAHASA MELAYU

Kesimpulan

Justeru tidak dapat dinafikan peranan R.J Wilkinson dalam bidang kesusasteraan Melayu

khususnya dalam nahu Bahasa Melayu amatlah besar. Sumbangan beliau ini amat penting dalam

perkembangan bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang pendidikan formal sekitar awal

abad ke 20. Beliau merupakan pelopor kesusasteraan Melayu di zamannya sebelum disambung

oleh pengkaji barat yang lain.

Malah, Sistem Ejaan Rumi Wilkinson telah menjadi rujukan kepada pendeta tersohor

Tanah Melayu, Za’aba yang kemudiannya menjadi rujukan di sekolah-sekolah dan institusi

pendidikan di Malaya. Oleh itu, tidak boleh disangkal lagi usaha yang dilakukan oleh R.J

Wilkinson sangat penting dalam perkembangan bahasa Melayu pada zaman itu yang turut

mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu moden kini.

PERBANDINGAN KESARJANAAN BAHASA MELAYU R.J WILKINSON DENGAN

TOKOH BAHASA YANG LAIN.

Antonio Pigafetta

Antonio Pigafetta merupakan seorang pelayar berbangsa Itali yang hidup sekitar tahun

1500. Pada zaman tersebut, aktiviti perdagangan Timur-Barat semakin berkembang. Walaupun

pada asalnya tujuan perdagangan adalah untuk memperoleh sumber ekonomi, tetapi aspek

kebudayaan khususnya dalam kesusasteraan telah secara tidak langsung turut sama berkembang.

Aspek kebudayaan khususnya dalam bidang kesusasteraan pada awalnya hanya untuk

memberi kemudahan kepada pedagang untuk berkomunikasi dengan penduduk setempat.

Namun, kepentingan bahasa sebagai alat komunikasi telah menarik minat Antonio untuk

Page 5: PERBANDINGAN KESARJANAAN TOKOH BAHASA MELAYU

menghasilkan kamus Melayu-Itali. Kamus ini diterbitkan pada tahun 1522 selepas kamus tertua

iaitu kamus Cina-Melayu diterbitkan sebelum itu.

Namun begitu, kamus Melayu-Itali yang disusun Pigafetta amat dipengaruhi oleh zaman

perkembangan perdagangan. Oleh itu, maklumat yang terkandung dalam kamus ini tidaklah

begitu terperinci. Sementelah, tugas Pigafetta sebagai pedagang dan pelayar menjadikan beliau

kurang terdedah dengan nahu bahasa Melayu berbanding dengan Wilkinson yang bertugas di

Tanah Melayu. Jaringan komunikasi Wilkinson adalah lebih luas, tetap dan berterusan jika

dibandingkan dengan Pigafetta. Kamus yang dihasilkan Pigafetta juga hanya mempunyai 426

patah perkataan yang disusun ketika beliau berada di Ambon dan Brunei.

Andreas Teeuw

Andreas Teeuw merupakan tokoh yang mengkaji kesusasteraan Melayu Tradisional

secara umum dan bahasa Melayu khususnya. Merupakan tenaga pengajar dalam bidang sastera

di Fakultas Sastra dan Kebudayaan UGM dari tahun 1979 hingga 1981. Beliau

Andreas Teeuw menegaskan dalam kajiannya bahawa bahasa Melayu sangat berkait

dengan Bahasa Sanskrit. Ini berdasarkan pendapat beliau dimana bahasa Melayu mula-mula

digunakan ketika zaman kerajaan Melayu Champa. Ini juga berdasarkan beberapa perkataan

yang berasal daripada bahasa Sanskrit seperti ‘sastera’ dan ‘surat’.

Berbanding dengan Wilkinson, Teeuw menegaskan bahasa Melayu berasal daripada

bahasa Sanskrit yang diketahui kebudayaan tersebut berasal dari Indonesia. Walhal, kajian

bahasa Melayu oleh Wilkinson lebih banyak daripada kajian beliau terhadap bahasa Melayu di

Tanah Melayu. Hal ini kerana beliau berpendapat asal usul bahasa Melayu adalah berasal

daripada Tanah Melayu sendiri.

Page 6: PERBANDINGAN KESARJANAAN TOKOH BAHASA MELAYU

Augustus Henry Keane

Keane merupakan merupakan seorang ahli antropologi Ireland yang sangat aktif dalam

penyelidikan bidang geografi dan etnologi. Beliau sangat aktif menulis buku mengenai kajiannya

dalam bidang geografi seperti Ethnology, Asia, The Boer State: Land and People dan banyak

lagi.

Perbandingan kesarjanaan Keane dengan Wilkinson adalah agak jelas. Keane lebih

cenderung mengkaji tentang geografi, trait kebudayaan antara negara-negara di Asia Tenggara

khususnya. Walaupun beliau ada menyebut tentang aspek bahasa dalam kajiannya. Namun, ianya

tidak begitu terperinci. Bidang kesusasteraan Melayu terutamanya dalam nahu bahasa Melayu

masih menjadi aspek utama yang menjadi kepakaran Wilkinson berbanding Keane.

C.A Mees

Mees seorang warganegara Belanda yang mengkaji tentang bahasa-bahasa di Asia

Tenggara termasuk bahasa Melayu. Beliau pernah mengembara dan menetap di Britain, Belanda,

Jerman dan banyak negara lagi.

Hidup pada zaman pasca kemerdekaan negara Indonesia, bakti beliau banyak ditabur di

negara nusantara itu. Mengkaj tatabahasa Indonesia dengan begitu mendalam menjadikan

kesarjanaan beliau dengan Wilkinson terdapat persamaan dengan Wilkinson mengkaji tatabahasa

Melayu dengan terperinci sekali. Apa yang membezakan adalah era Wilkinson adalah pada

zaman pendudukan British di Tanah Melayu. Perbezaan antara keduanya selain waktu ialah

perbendaharaan kata yang berlainan kerana faktor kebudayaan yang masih ada perbezaan

walaupun rumpun Melayu turut berasal daripada negara nusantara itu.

Page 7: PERBANDINGAN KESARJANAAN TOKOH BAHASA MELAYU

Charles Andrian Van Ophusyen

Ophusyen adalah seorang sarjana bahasa Melayu yang berbangsa Belanda. Beliau pernah

bertugas sebagai ‘Education Inspector’ iaitu nazir di Hindia Timur Belanda dan pernah menjadi

nazir di sekolah-sekolah Melayu di Sumatera. Beliau juga aktif dalam penulisan ejaan Melayu

selain membuat kajian tentang bahasa Batak dan bahasa Minangkabau.

Kesarjanaan Ophusyen dan Wilkinson berlaku seiring zaman. Karya kedua-dua tokoh

sarjana ini diterbitkan pada zaman pendudukan British di Tanah Melayu dan Indonesia. Maka

tidak hairanlah seperti juga Wilkinson, Ophusyen turut memfokuskan mengenai ejaan tatabahasa

Indonesia dalam karyanya. Daftar ejaan yang dihasilkan Ophusyen kemudiannya menjadi antara

rujukan terawal di sekolah-sekolah di nusantara.

Sama juga seperti Wilkinson, Ophusyen turut sependapat dalam perihal pengaruh bahasa

Arab dan bahasa Inggeri dalam nahu bahasa Melayu. Maka tidak hairanlah penyusunan nahunya

juga tidak terlepas daripada pengaruh kedua-dua bahasa ini.

Cornelis de Houtman

Penjelajah Belanda ini pada asalnya bukan seorang pengkaji khusus dalam bidang

bahasa. Hidup pada zaman perkembangan aktiviti perdagangan dan zaman Revolusi yang

menyaksikan jalan perdangan dibuka meluas untuk diterokai. Houtman telah dihantar ke Lisboa

untuk mencari maklumat mengenai kepulauan rempah ratus.

Pada waktu itu Houtman telah menemui negeri-negeri timur dan belayar hingga ke kota

Bantam, Jawa pada tahun 1596. Walaupun Portugis telah terlebih dahulu menapak di kepulauan

Indonesia, namun ketibaan Houtman di wilayah Acheh berjaya menjadi simbolik kedatangan

Belanda ke kepulauan Indonesia itu.

Page 8: PERBANDINGAN KESARJANAAN TOKOH BAHASA MELAYU

Beliau menjadi wakil saudagar-saudagar Belanda untuk berurusan dengan saudagar

tempatan. Tugas beliau ini memerlukan beliau menguasai bahasa Melayu sementelah bahasa

Melayu merupakan lingua franca yang digunakan meluas untuk berkomunikasi dalam urusan

perdagangan.

Kajian bahasa Melayu yang dilakukan oleh Houtman tidaklah begitu terperinci seperti

Wilkinson. Hal ini kerana tujuan dan tugas kedua-duanya tokoh ini berbeza. Houtman lebih

kepada tugas dan tujuannya sebagai pedagang yang menguasai bahasa Melayu untuk

memudahkan komunikasi dengan warga tempatan. Sumber yang diperoleh Houtman juga

berdasarkan pemerhatian dan komunikasi beliau dengan warga tempatan. Walaupun

bagaimanapun peranan beliau dalam perkembangan bahasa Melayu zaman tersebut menjadi titik

tolak pengkajian bahasa Melayu oleh sarjana Barat selepas zaman beliau.

De Casparis

Casparis merupakan salah satu tokoh bahasa Melayu yang banyak memberi sumbangan

terhadap bahasa Melayu di nusantara antaranya mentransilasi prasasti. Menapak di negara

Indonesia yang kaya dengan warisan prasasti dari zaman awal manusia, beliau amat tertarik

dengan seni dan misteri prasasti yang memerlukan pengkajian yang begitu teliti.

Casparis memainkan peranan penting dalam pembentukan bahasa Melayu di nusantara.

Jika dibandingkan dengan Wilkinson, Casparis lebih menegaskan pembentukan fonem dan

pengenalan hukum bunyi. Sedangkan Wilkinson lebih cenderung mengkaji sistem ejaan dan

menyesuaikannya dengan unsur bahasa asing seperti bahasa Arab. Casparis lebih ketara dalam

pengkajiannya terhadap kerajaan dan manusia di Asia Tenggara. Casparis lebih memberi

Page 9: PERBANDINGAN KESARJANAAN TOKOH BAHASA MELAYU

tumpuan kepada bahasa-bahasa Astronesia serta persamaaan-persamaannya dan menjadikan

prasasti sebagai fokus kajian beliau.

Frank Swettanham

Swettanham adalah pegawai Kolonial British yang bertugas di Tanah Melayu pada

zaman penjajahan British. Mula dihantar bertugas di Singapura sebagai pegawai pelatih kolonial

memberikan pendedahan awal kepada beliau terhadap bahasa Melayu yang sebelum ini asing

baginya. Memandangkan tugas beliau memerlukan beliau berkomunikasi dengan penduduk

tempatan dalam bahasa Melayu. Beliau mengambil beberapa inisiatif untuk mempelajari bahasa

ini.

Swettanham mempelajari bahasa Melayu dengan Munshi Mohd Said editor surat khabar

melayu pertama ‘Jawi Peranakan’. Swettanham berjaya dalam peperiksaan akhir bahasa Melayu

yang dikelolakan oleh Jurubahasa ketika itu. Pengetahuan dan kemahiran berbahasa Melayu

yang dimiliki beliau setelah itu memudahkan ruang kerjaya beliau sehingga Swettanham dihantar

bertugas di serata Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Perak. Kepetahan beliau berunding

dalam bahasa Melayu menyebabkan beliau dilantik menjadi Residen Selangor pada 1874.

Kesarjanaan Swettanham dan Wilkinson mempunyai persamaan yang agak ketara.

Dimana kedua-duanya bertugas sebagai pegawai kolonial di Tanah Melayu. Malah, Swettanham

dan Wilkinson memberikan sumbangan yang hampir sama dalam penerbitan kamus Inggeris-

Melayu yang menjadi rujukan bukan sahaja dalam pentadbiran malah dalam bidang pendidikan.

Kedua-duanya menjalankan kajian yang terperinci tentang nahu bahasa Melayu dengan

mengambil kira perbendaharaan bahasa Melayu di Tanah Melayu dan bukan dari pengaruh

nusantara semata. Swettanham menghasilkan daftar kata yang menjadi rujukan tempatan. Daftar

Page 10: PERBANDINGAN KESARJANAAN TOKOH BAHASA MELAYU

kata yang diterbitkan oleh Swettanham amat membantu dalam perkembangan bahasa Melayu

yang ketika itu hanya bergantung kepada kamus Marsden’s yang menggunakan bahasa Melayu

Sumatera.

George Coedes

Coedes merupakan sarjana barat yang banyak mengkaji tentang sejarah dan

perkembangannya di Asia Tenggara. Sama juga dengan tokoh seperti Keane dan Casparis.

Pengkhususan utama Coedes adalah berkisar tentang epigrafi, geografi dan prasasti. Hal ini

kerana Coedes bertapak di Thailand, justeru kajian beliau lebih tertumpu kepada sejarah di

negara tersebut dan negara sekitarnya.

Seperti yang kita ketahui, asal usul rumpun Melayu adalah luas, namun lebih bertumpu di

nusantara dan Tanah Melayu. Oleh itu, kajian bahasa Melayu yang dijalankan oleh Coedes

tidaklah begitu terperinci seperti tokoh lain khususnya Wilkinson. Aspek bahasa menjadi intipati

secara tidak langsung dalam kajian beliau. Walaubagaimanapun, Coedes tetap memberikan

sumbangan dalam beberapa aspek bahasa seperti fonem, hukum bunyi dan sebagainya. Cuma

jika dibandingkan kesarjanaan bahasa Melayu beliau dengan Wilkinson, Wilkinson begitu teliti

dan terperinci dalam kajiannya terhadap bahasa Melayu hingga dijadikan rujukan utama oleh

pendeta bahasa Melayu.

Harry Judge

Judge adalah seorang pengkaji senior di Jabatan Pendidikan Universiti Oxford dan ahli

kehormat Kolej Brasenose United Kingdom. Judge terkenal sebagai pakar sejarah, penulis

ensiklopedia tentang, sejarah dunia, penulis artikel dan jurnal dan pendidik yang berkaliber.

Page 11: PERBANDINGAN KESARJANAAN TOKOH BAHASA MELAYU

Judge terkenal dengan teori asal usul bahasa Melayu yang mempunyai 5 peringkat iaitu

Zaman Bahasa Melayu Purba, Zaman Bahasa Melayu Kuno, Zaman Bahasa Melayu Klasik,

Zaman Bahasa Melayu Pramoden dan Zaman Bahasa Melayu Moden.

Kesarjanaan Judge dan Wilkinson tidak boleh dibandingkan dengan mudah. Hal ini

kerana kedua-duanya hidup pada zaman yang berbeza. Namun begitu sumbangan yang dilakukan

oleh kedua-dua tokoh ini dalam bidang kajian bahasa Melayu tidak dapat disangkal lagi. Jika

Wilkinson terkenal dengan sistem ejaan dan penghasilkan kamus sebagai rujukan. Judge terkenal

dengan pengkajian mendalam beliau terhadap peringkat-peringkat dalam bahasa Melayu. Judge

menunjukkan kepada kita bahawa bahasa Melayu bersifat dinamik dan mengalami perubahan

sejajar dengan perkembangan zaman. Manakala Wilkinson membuktikan walaupun bangsa

Melayu adalah serumpun tetapi nahu bahasa Melayu bagi setiap bangsa Melayu di rantau

Melayu adalah berbeza dan ini menunjukkan betapa telitinya beliau dalam mengkaji bahasa

Melayu.