guru bersama dengan kerajaan mahdzir - moe.gov.my · kata kunci kejayaan ... mesra. kejohanan...

12
BPPDP BIL. (08) 2017, EDISI OGOS ____________________ Lepasan vokasional laris di pasaran YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid Sebanyak 90 peratus atau 2,045 daripada 2,273 graduan dari 15 kolej vokasional (KV) rintis, yang menamatkan pengajian pada Ogos tahun lalu, sudah mendapat pekerjaan mengikut bidang yang dipelajari. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid, sebanyak 41.74 peratus daripada 12,997 pelajar KV bagi kohort 2013 sudah bekerja dan pencapaian itu menunjukkan bahawa mereka mempunyai kemahiran serta diiktiraf oleh pihak industri. Katanya, program pengajian Diploma KV diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). "Kementerian menyasarkan untuk memperoleh akreditasi penuh pada Disember ini," Sumber: Berita Harian, 7 Ogos 2017 Maklumat dan Pertanyaan Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284 Guru bersama dengan kerajaan - Mahdzir YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid Andaian yang sering dicanangkan pihak tertentu kononnya para guru lebih cenderung kepada pihak pembangkang adalah tidak benar. Sebaliknya, Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid percaya majoriti golongan pendidik itu memberi sokongan dan bersama dengan kerajaan yang ditunjangi oleh Barisan Nasional (BN). Guru pada saya untuk kali ini bersama dengan kerajaan. Kalau ada sikit-sikit itu, kita harap mereka boleh faham bahawa UMNO dan BN merupakan kerajaan yang melihat kepada semua perkara termasuklah kakitangan awam, yang juga melibatkan para pendidik. Sumber: Utusan Malaysia, 7 Ogos 2017 Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 1

Upload: duongnguyet

Post on 02-Mar-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Guru bersama dengan kerajaan Mahdzir - moe.gov.my · Kata Kunci Kejayaan ... Mesra. kejohanan remaja dunia itu akan berlangsung dari ... SMK Mutiara Impian wakili negara ke Piala

BPPDP BIL. (08) 2017, EDISI OGOS

Disember 2016

____________________

Lepasan vokasional laris di pasaran

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Sebanyak 90 peratus atau 2,045

daripada 2,273 graduan dari 15 kolej vokasional (KV) rintis, yang menamatkan pengajian pada Ogos tahun lalu, sudah mendapat pekerjaan mengikut bidang yang dipelajari.

Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid, sebanyak 41.74 peratus daripada 12,997 pelajar KV bagi kohort 2013 sudah bekerja dan pencapaian itu menunjukkan bahawa mereka mempunyai kemahiran serta diiktiraf oleh pihak industri. Katanya, program pengajian Diploma KV diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

"Kementerian menyasarkan untuk memperoleh akreditasi penuh pada Disember ini,"

Sumber: Berita Harian, 7 Ogos 2017

Maklumat dan Pertanyaan

Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya

Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284

Guru bersama dengan kerajaan - Mahdzir

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Andaian yang sering dicanangkan pihak tertentu kononnya para

guru lebih cenderung kepada pihak pembangkang adalah tidak benar. Sebaliknya, Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid percaya majoriti golongan pendidik itu memberi sokongan dan bersama dengan kerajaan yang ditunjangi oleh Barisan Nasional (BN). Guru pada saya untuk kali ini bersama dengan kerajaan. Kalau ada sikit-sikit itu, kita harap mereka boleh faham bahawa UMNO dan BN merupakan kerajaan yang melihat kepada semua perkara termasuklah kakitangan awam, yang juga melibatkan para pendidik.

Sumber: Utusan Malaysia, 7 Ogos 2017

Artikel

Sumber: Utusan Malaysia, 5 Julai 2017

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 1

Page 2: Guru bersama dengan kerajaan Mahdzir - moe.gov.my · Kata Kunci Kejayaan ... Mesra. kejohanan remaja dunia itu akan berlangsung dari ... SMK Mutiara Impian wakili negara ke Piala

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 2

Kata Kunci Kejayaan

“Kebahagian hidup yang sebenarnya adalah hidup dengan rendah hati” (Quote W.M. Thancheray)

2,058 sekolah kebangsaan kurang murid

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Sebanyak 2,058 sekolah kebangsaan (SK) di

seluruh negara diletakkan dalam kategori sekolah kurang murid (SKM) iaitu mempunyai murid kurang daripada 150 orang. Sebanyak 578 sekolah jenis kebangsaan Cina dan 360 sekolah jenis kebangsaan Tamil turut dikategorikan sebagai SKM.

Daripada jumlah itu, 132 SKM mempunyai murid seramai 20 orang ke bawah, manakala 44 sekolah mempunyai kurang daripada 10 murid. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid, berkata kementerian mempunyai dua kaedah bagi menangani masalah 2,996 SKM di seluruh negara ini iaitu kelas bercantum dan sekolah bergabung.

"Kementerian sudah menjalankan Kajian Kebolehlaksanaan Kelas Bercantum di SKM dan penggabungan sekolah, tahun lalu bagi menangani perkara ini.

"Bagi Kelas Bercantum, murid Tahun Dua dan Tahun Tiga dicantumkan dalam satu kelas, begitu juga dengan murid Tahun Empat yang disatukan dengan murid Tahun Lima.

"Murid Tahun Satu dan Tahun Enam, tidak terbabit dan mereka kekal belajar di dalam kelas sendiri," katanya.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, kaedah kedua ialah Sekolah Bergabung iaitu beberapa sekolah digabungkan menjadi satu sekolah.

"Penggabungan SKM ini boleh dilaksanakan secara berperingkat terutama untuk sekolah yang dalam lingkungan lima kilometer dari sekolah asal," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, 7 Ogos 2017

Bukan belajar guna peranti sepanjang masa - Mahdzir

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Kebenaran membawa alat peranti ke sekolah

awal tahun depan hanya sebagai tambahan untuk membuat rujukan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara interaktif dan bukannya belajar menggunakan alat itu sepanjang masa.

Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, proses PdP di dalam kelas tetap berlangsung seperti biasa dan penggunaan peranti itu juga mungkin dibenarkan pada waktu tertentu.

Tablet penanda aras guna teknologi rancang PdPc

Sumber : Utusan Malaysia, 10 Ogos 2017

uuu

Page 3: Guru bersama dengan kerajaan Mahdzir - moe.gov.my · Kata Kunci Kejayaan ... Mesra. kejohanan remaja dunia itu akan berlangsung dari ... SMK Mutiara Impian wakili negara ke Piala

Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar bagi Ogos 2017

Maklumat bahan rujukan dan peminjaman

koleksi layari laman sesawang berikut:

http://librarykpm.moe.gov.my

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

20172017 3

2. ARTIKEL AKHBAR

BIL BERITA HARIAN,

UTUSAN MALAYSIA,

W STRAITS TIMES

BILANGANTAJUK

BAHAN

JUMLAH 137

3. KEMASUKAN DATA DAN PENGKATALOGAN

BIL JUMLAH KOLEKSI

YANG DITERIMA

BILANGAN

DIKATALOG

50 50

Jumlah Kumulatif sehingga 31 Ogos 2017:

192,010

1. PEROLEHAN

BIL JENIS KOLEKSI JUMLAH

1. Koleksi Umum 0

2. Koleksi KPM 1

3. Koleksi Tesis 48

4. Koleksi CD-ROM 0

5. Koleksi Jurnal 0

6. Koleksi Risalah/

Hadiah/Sumbangan 1

JUMLAH 50

ISU-ISU UTAMA YANG DIPAPARKAN DI AKHBAR

BAGI BULAN OGOS 2017

1. Kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi Semua Mata Pelajaran/MBMMBI/

Sukatan Mata Pelajaran

- 02 isu

2. Kenyataan oleh Menteri Pendidikan dan

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

- 05 isu

3. Pengurusan Pendidikan

- 05 isu

4. Keselamatan/ Disiplin Murid

- 03 isu

STATISTIK PENGGUNAAN PUSAT DOKUMENTASI

BAGI BULAN OGOS 2017

Bilangan Pengguna 102

Pendaftaran Baharu 21

Pinjaman Buku/CD/Bahan

KPM

1

Rujukan Tesis 37

JUMLAH PENGUNJUNG PORTAL LIBRARY KPM

SEHINGGA 30 OGOS 2017

40,136 orang

Perkhidmatan Kaunter

Senyum Selalu

SEDIA BANTU 03-8884 6425

Page 4: Guru bersama dengan kerajaan Mahdzir - moe.gov.my · Kata Kunci Kejayaan ... Mesra. kejohanan remaja dunia itu akan berlangsung dari ... SMK Mutiara Impian wakili negara ke Piala

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 4

Fakta masih relevan, Tun Mahathir kekal 'Bapa

Pemodenan' - Menteri Pendidikan

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Pendidikan tidak akan mengubah kandungan buku

teks sedia ada di sekolah berkaitan rujukan bekas perdana menteri,

Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.

Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata penulisan buku teks Kementerian

Pendidikan dibuat berdasarkan fakta dan dokumen.

"Fakta tersebut masih relevan dan akan dikekalkan dalam

buku teks Kementerian Pendidikan,"

Beliau memberi reaksi kepada pertanyaan daripada Lim Lip Eng

(DAP-Segambut) yang bertanyakan sama ada Tun Mahathir akan

terus diberi pengiktirafan kerana memodenkan Malaysia dalam

buku teks di sekolah.

Sumber : Berita Harian, 1 Ogos 2017

________________________________________________________________________

Kes buli: JPN, PPD diberi kuasa, termasuk

buang sekolah

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah

(PPD) diberi kuasa penuh menangani kes buli di sekolah termasuk mengambil tindakan membuang sekolah murid yang terlibat.

Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, pihak berkenaan boleh mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan pertimbangan di peringkat daerah dan negeri.

Beliau menolak penubuhan unit tertentu di peringkat kementerian itu bagi menangani kes buli kerana menganggap ia tidak perlu.

"Tidak boleh bawa semua kes ke Kuala Lumpur (Kementerian Pendidikan). Apa yang penting pihak sekolah dan PPD perlu bertegas dalam hal ini (buli).”

"Selesaikan sahaja kes ini di peringkat negeri dan kalau perlu (serius), ambillah tindakan buang sekolah kalau sudah menjadi ketua pembuli."

Beliau diminta mengulas kes buli yang terus berlaku hampir setiap bulan kebelakangan ini dengan kejadian terbaharu di Sabah.

Sumber : Utusan Malaysia, 13 Ogos 2017

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis

8.00 pagi – 4.30 petang

Jumaat

8.00 pagi – 12.00 tengah hari

2.45 petang – 4.30 petang

Ditutup pada Sabtu, Ahad dan

cuti umum

KEAHLIAN

Keahlian adalah percuma

Terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia

Institut Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)

Agensi Kerajaan

Penyelidik

Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:

Membawa kad matrik dan surat pengesahan

Melengkapkan borang pendaftaran

Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik

Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Rujukan

Perkhidmatan Sirkulasi

Bilik Mesyuarat

Peti Pemulangan Buku (24 Jam)

Khidmat Nasihat dan Kepakaran

Bilik Tayangan

Informatif, Tepat &

Mesra

Page 5: Guru bersama dengan kerajaan Mahdzir - moe.gov.my · Kata Kunci Kejayaan ... Mesra. kejohanan remaja dunia itu akan berlangsung dari ... SMK Mutiara Impian wakili negara ke Piala

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 5

Informasi

SMK Mutiara Impian wakili negara ke Piala Gothia 2017

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara

Impian, Simpang Ampat, melakar sejarah apabila terpilih mewakili negara ke kejohanan bola sepak Piala Gothia 2017 di Shenyang, China.

SMK Mutiara Impian dipilih ke kejohanan tahunan berprestij itu selepas mengetepikan sebuah pasukan dari negara jiran, Indonesia, pada pusingan kelayakan dengan jaringan 1-0, pada Mac lalu di Kuala Lumpur. Acara kemuncak kejohanan remaja dunia itu akan berlangsung dari 13 hingga 19 Ogos ini. Kejohanan itu akan disertai 160 pasukan dari seluruh dunia.

Jurulatih SMK Mutiara Impian, Muhammad Faqhri Sobri, berkata beliau tidak menyangka pasukan bimbingannya mampu mencipta kejayaan sehingga menjadi sekolah pertama di Pulau Pinang akan mewakili negara ke kejohanan itu.

"Kami menyasarkan untuk berada dalam kelompok empat terbaik," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian dana di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Sumber : Berita Harian, 3 Ogos 2017

Artikel Penuh:

ISU SEMASA OGOS 2017

Kes buli: JPN, PPD diberi kuasa, termasuk buang sekolah

100 sekolah sertai program kemerdekaan

Murid SK Putra menang pingat emas inovasi di Korea Selatan

RM2.4 bilion untuk pendidikan di Kelantan

KPM memperuntukan sebanyak RM2.4 bilion untuk pembangunan pendidikan di negeri ini. Ketua Setiusaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, peruntukkan tersebut melibatkan 592 buah sekolah, 319,000 pelajar dan pembayaran gaji kepada 34,000 guru serta bukan guru di negeri ini.

Guru bahasa Inggeris mesti capai C2

penarafan CERF

Sumber : Utusan/ Berita Harian

Sumber: Utusan Malaysia/ Berita Harian, April 2017

Page 6: Guru bersama dengan kerajaan Mahdzir - moe.gov.my · Kata Kunci Kejayaan ... Mesra. kejohanan remaja dunia itu akan berlangsung dari ... SMK Mutiara Impian wakili negara ke Piala

INOVASI PdP GURU

Tutor Guru tingkat kualiti pengajaran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Manggis di sini

menyambut baik Program Intervensi Tablet Guru anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kumpulan Utusan kerana dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam bilik darjah.

Aplikasi Tutor Guru menyediakan banyak kemudahan antaranya bank soalan dan huraian fakta yang boleh membantu guru dalam menyediakan lembaran kerja atau bahan PdPc yang berkualiti sesuai dengan keperluan murid masa kini. “Lembaran kerja yang dihasilkan tidak memerlukan kemahiran berkaitan teknologi maklumat yang tinggi tetapi hasilnya boleh dikongsi dengan rakan sejawat di sekolah lain sebagai satu bentuk perkongsian amalan terbaik,” ujarnya.

Setakat ini, 120,000 guru di Sarawak, Kuala Lumpur dan Selangor telah menerima tablet berkenaan manakala guru di Negeri Sembilan, Perak dan Putrajaya akan dibekalkan peranti pada 17 Ogos 2017.

Sumber : Utusan Malaysia, 8 Ogos 2017

1,800 pendidik terima tablet Tutor Guru

Sebahagian daripada guru yang menerima tablet dilengkapi perisian Tutor Guru serta e-Paper Utusan Malaysia bagi memudahkan proses

pengajaran dan pembelajaran di Putrajaya, 17 Ogos 2017

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 6

INFO PERISTIWA

SEMASA OGOS

Tahniah Malaysia merangkul

146 Pingat Emas dan menjuarai

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

Terima kasih diatas kejayaan

atlit dalam kalangan murid kita

dan sokongan warga KPM.

SELAMAT MENYAMBUT HARI

KEMERDEKAAN KALI KE 60

MALAYSIA

SALAM AIDILADHA

Ikhlas daripada

Warga BPPDP

Page 7: Guru bersama dengan kerajaan Mahdzir - moe.gov.my · Kata Kunci Kejayaan ... Mesra. kejohanan remaja dunia itu akan berlangsung dari ... SMK Mutiara Impian wakili negara ke Piala

NOTA

Audit: Berlaku kelemahan

dalam program pendidikan

Ulul Albab

Terdapat kelemahan dalam Program

Pendidikan Ulul Albab (PPUA) bagi murid di

tujuh buah Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan

Terengganu (SMIYT) di negeri ini

menyebabkan matlamat utama dalam

melahirkan generasi Ulul Albab yang

bercirikan quranik, ensiklopedik dan ijtihadik

tidak tercapai.

Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang

di Parlimen pada Isnin mendapati tempoh

tahun 2010 hingga 2015 mengesan

kelemahan pada pencapaian Gred Purata

Sekolah (GPS) bagi peperiksaan SPM,

sasaran menghafaz sekurang-kurangnya 20

juzuk Al-Quran sehingga tamat Tingkatan 3

tidak tercapai bagi program Quranik dan

nisbah pembahagian antara guru dan murid

yang ditetapkan bagi halaqah khatam hafazan

tidak dipatuhi.

Laporan itu mendapati punca pencapaian GPS

SPM tidak menepati sasaran adalah

disebabkan penetapan GPS yang tinggi iaitu

1.2, kekurangan guru pakar, guru tidak

didedahkan sebagai pemeriksa kertas

peperiksaan SPM (sehingga tahun 2014) dan

kurang penyelarasan program akademik

secara berpusat antara tahun 2011 hingga

2013.

DAPATAN LAPORAN AUDIT

Pencapaian sasaran semua murid boleh

menghafaz sekurang-kurangnya 20 juzuk Al-

Quran semasa Tingkatan 3 adalah juga kurang

memuaskan kerana hanya 46.1% pelajar berjaya

menghafaz sekurang kurangnya 20 juzuk Al-

Quran sehingga tahun 2015.

Laporan itu juga mendapati kadar nisbah halaqah

murid yang khatam hafazan adalah kurang

memuaskan kerana tidak mematuhi kadar nisbah

1:5 (guru dan murid) yang ditetapkan dalam garis

panduan.

Sehubungan itu laporan itu mengsyorkan

mengkaji semula Pelan Perancangan Strategik

SMIYT dan menilai pencapaiannya secara

berkala setiap tahun dengan mengambil kira

pelbagai aspek termasuk perbincangan bersama

pihak terlibat agar sasaran lebih realistik dan

mampu dicapai dengan mengambil kira

keupayaan dan kemampuan murid dan guru.

Laporan itu turut mencadangkan kepada Kerajaan

Negeri agar pengurusan PPUA diletakkan secara

langsung di bawah satu jawatankuasa khas di

peringkat Kerajaan Negeri agar segala keperluan

dan permasalahan yang dihadapi terutamanya

kekurangan guru hafazan dan guru pakar dapat

ditangani dengan segera bagi memastikan

kesinambungan dan kecemerlangan program ini.

Sumber : Utusan Malaysia, 1 Ogos 2017

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 7

Page 8: Guru bersama dengan kerajaan Mahdzir - moe.gov.my · Kata Kunci Kejayaan ... Mesra. kejohanan remaja dunia itu akan berlangsung dari ... SMK Mutiara Impian wakili negara ke Piala

Kajian Penyelidikan Pendidikan

8

PENGHASILAN INDEKS PERPADUAN

DALAM KALANGAN GURU DAN

MURID SEKOLAH

DR BITY SALWANA ALIAS, DR ASMAH

AHMAD, DR NOR SUHARA, NUZULHARLINA,

DR SHEELA, ABDULLAH KHALID,

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, KPM

[email protected]

DR AKBARIAH MOHD MAHADZIR

Universiti Teknologi Malaysia

DR RAJALETCHUMY A/P THALIAH

Kolej Vokasional Arau

Sehingga penghujung tahun 2012, tidak

terdapat instrumen yang khusus bagi

mengukur perpaduan dalam kalangan guru

dan murid sekolah. Perkara ini dinyatakan

dalam Pelan Pembangunan Malaysia 2013-

2025, justeru Inisiatif Pengukuhan Perpaduan

dalam PPPM menyatakan bahawa instrumen

untuk mengukur perpaduan perlu

dibangunkan. BPPDP telah diberi

tanggungjawab untuk mengetuai pasukan

pembangunan instrumen yang terdiri daripada

pelbagai pihak. Dalam tempoh setahun (2013-

2014), setelah melalui beberapa siri bengkel,

rintis dan analisis sebanyak lima kali,

Instrumen serta Model Perpaduan dalam

Kalangan Guru dan Murid Sekolah telah

berjaya dibangunkan. Instrumen yang

dibangunkan ialah untuk mengukur perpaduan

dalam kalangan guru sekolah rendah dan guru

sekolah menengah; instrumen untuk mengukur

perpaduan dalam kalangan murid sekolah

rendah; dan instrumen untuk mengukur

perpaduan dalam kalangan murid sekolah

menengah.

ABSTRAK KAJIAN

Analisis data rintis kali ke-5 menggunakan Program

Winsteps menunjukkan, berdasarkan indeks 1 hingga 10,

tahap perpaduan dalam kalangan guru dan murid sekolah

ialah 6.9 iaitu pada tahap sederhana tinggi atau erat.

Berdasarkan dapatan berkenaan, antara cadangan bagi

memperkukuh perpaduan ialah program Rancangan

Integrasi Murid untuk Perpaduan di peringkat negeri dan

kebangsaan; Buku Penerangan Memperkukuh Perpaduan

Melalui Semua Mata Pelajaran; Model Perpaduan dalam

sukatan latihan guru; Garis Panduan Amalan Perpaduan di

Sekolah; Jawatan Kuasa Memperkukuh Perpaduan di

peringkat sekolah, kampung atau kejiranan; mentor

mentee pelbagai kaum; memperkasa bahasa Melayu di SK;

jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak, serta

pemantauan berkesan.

Kata kunci : Inisiatif Pengukuhan Perpaduan,

Pembangunan Instrumen untuk Mengukur Perpaduan,

Model Perpaduan dalam Kalangan Guru dan Murid

Sekolah, tahap perpaduan sederhana tinggi, cadangan

bagi memperkukuh perpaduan.

Pembentukkan perpaduam bermula dalam kalangan guru

dan murid yang berbilang kaum di sekolah

Sumber: Sektor Penyelidikan dan Penilaian, BPPDP

Jurnal

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

Page 9: Guru bersama dengan kerajaan Mahdzir - moe.gov.my · Kata Kunci Kejayaan ... Mesra. kejohanan remaja dunia itu akan berlangsung dari ... SMK Mutiara Impian wakili negara ke Piala

Berita KPM dan Aktiviti Utama BPPDP

Guru bahasa Inggeris mesti capai C2 penarafan CERF

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Pendidikan mahu guru bahasa Inggeris mempertingkatkan kemahiran penguasaan bahasa tersebut hingga mencapai tahap C2 dalam sistem penarafan Common Eur opean Framework of References for Languages (CEFR).

Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah itu bagi memastikan standard pengajaran dan pembelajaran bahasa berkenaan di negara ini setaraf dengan peringkat antarabangsa.

‘‘Setakat ini, kira-kira 20,000 guru atau 52 peratus yang mengajar bahasa Inggeris telah mencapai tahap C2 dan C1 dalam sistem penarafan CEFR.”

Justeru, Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan menjadi platform kepada golongan pendidik untuk memperkasakan penguasaan sekali gus diberi latihan membangunkan program dan bahan pengajaran dan pembelajaran berimpak tinggi,

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kampus ELTC dan Kolokium Program Imersif Tinggi (HIP). Sumber : Utusan Malaysia, 16 Ogos 2017

KEBAJIKAN GURU

Wujudkan unit bantuan guaman di sekolah YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Isu buli di sekolah bukanlah perkara baharu kerana

sering dilaporkan oleh media massa. Mangsa buli bukan sahaja melibatkan murid malah turut membabitkan guru.

Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid pada 3 Julai lalu ada mengulas isu sama dengan menasihatkan guru yang dibuli murid tampil membuat aduan polis demi membendung penularan gengsterisme di sekolah.

Katanya, kes guru menjadi mangsa buli khususnya harta benda dirosakkan pelajar jarang didengar kerana kebanyakan mereka takut untuk melaporkan kepada polis disebabkan bimbang akan keselamatan diri dan ahli keluarga apabila berada di luar sekolah Gejala buli seperti masalah lain yang melibatkan murid sukar untuk diatasi kerana terdapat segelintir ibu bapa dan penjaga yang gemar menuding jari kepada guru sebagai punca pelbagai kesalahan dilakukan oleh anak-anak mereka.

Oleh yang demikian, agak sukar untuk guru mengambil tindakan disiplin terhadap murid yang didapati terlibat dengan kegiatan buli dan kesalahan lain walaupun mereka berniat baik untuk mendidik.

Memandangkan isu berkenaan sudah menjadi begitu kompleks dan sukar ditangani adalah dicadangkan ditubuhkan unit bantuan guaman di setiap sekolah atau sekurang-kurangnya di setiap jabatan

pendidikan daerah dan negeri. Unit berkenaan dapat

menawarkan khidmat nasihat berkaitan aspek guaman dan perundangan kepada guru serta murid yang menjadi mangsa buli mengenai langkah-langkah yang sepatutnya diambil mereka. Penubuhan unit bantuan guaman boleh dibuat melalui kerjasama

antara Kementerian Pendidikan dan Majlis Peguam.

Sumber : Utusan Malaysia, 16 Ogos 2017

Program

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 9

Page 10: Guru bersama dengan kerajaan Mahdzir - moe.gov.my · Kata Kunci Kejayaan ... Mesra. kejohanan remaja dunia itu akan berlangsung dari ... SMK Mutiara Impian wakili negara ke Piala

Moto BPPDP : Perancangan Berkualiti Pendidikan Bestari

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 10

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ketiga Belas Tahun 2017

Mesyuarat Penyelarasan Prapersidangan Dewan

Negara peringkat Kementerian dan agensi kerajaan telah diadakan pada 28 Julai 2017 di Bangunan Parlimen, Malaysia diikuti dengan Mesyuarat Penyelarasan Prapersidangan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah diadakan pada 1 Ogos 2017 juga di Bilik Jawatan Kuasa 3, Parlimen Malaysia. Selain itu, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ketiga Belas Tahun 2017 bagi Dewan Negara telah diadakan bermula dari 14 hingga 22 Ogos 2017 di Bangunan Parlimen, Malaysia. KPM telah menerima 67 soalan lisan dan lapan soalan bertulis daripada Yang Berhormat Senator Dewan Negara. Sebanyak empat pertanyaan yang menyentuh KPM sempat dijawab secara lisan di dalam Dewan Negara oleh YB Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan I dan Timbalan Menteri Pendidikan II.

Sumber : Sektor Dasar, BPPDP

UCAPAN TAHNIAH

Perlantikan Ketua Sektor Perancangan

Makro sebagai Timbalan Pengarah

(PP) BPPDP

YBrs. Dr. Latip bin Muhammad Timbalan Pengarah (PP) BPPDP

(Penyelidikan dan Penilaian)

Sektor Kawalan

Sektor Penyelidikan dan Penilaian

Sektor Data Pendidikan

Sektor Pusat Dokumentasi

Sektor Kualiti

Sumber: Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP

Page 11: Guru bersama dengan kerajaan Mahdzir - moe.gov.my · Kata Kunci Kejayaan ... Mesra. kejohanan remaja dunia itu akan berlangsung dari ... SMK Mutiara Impian wakili negara ke Piala

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 11

1

Pemerkasaan STEM

Kolokium STEM Zon Utara Berjaya Tarik Minat Warga Pendidikan Tema “Pendidikan Menerusi Penerokaan”

YB Dato' P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan

Kolokium Pendidikan STEM dianjurkan oleh

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

(BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

dengan kerjasama pihak universiti mengikut zon,

iaitu Zon Tengah, Zon Timur, Zon Utara, Zon

Selatan, Zon Sarawak dan Zon Sabah.

Penganjuran Kolokium STEM Zon Utara telah

menarik minat warga pendidikan yang melibatkan

peserta daripada negeri Perak, Pulau Pinang,

Kedah dan Perlis. Kolokium zon utara yang

diurusetia bersama oleh BPPDP, KPM dan

Universiti Sains Malaysia (USM) serta dibantu oleh

National STEM Movement di adakan pada 12

Ogos 2017 di Dewan Tuanku Syed Putra, USM.

Seramai 2170 orang peserta terdiri daripada

pegawai KPM, pegawai JPN, pegawai PPD,

pensyarah Institusi KPM, guru mata pelajaran teras

Sains dan Matematik serta mata pelajaran elektif

STEM sekolah menengah, guru bimbingan dan

kaunseling serta SISC+ juga wakil PIBG menyertai

kolokium ini. Agensi kerajaan dan agensi bukan

kerajaan turut terlibat secara aktif dalam kolokium

ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' P.

Kamalanathan A/L P. Panchanathan, Timbalan

Menteri Pendidikan 1.

Tujuan Kolokium Pendidikan STEM 2017

i. meningkatkan kompetensi, pengetahuan dan

kemahiran guru bagi memantapkan PdP

berkaitan mata pelajaran STEM;

ii. memperoleh maklumat terkini berkaitan

kerjaya STEM supaya pendidik dapat

menyebarluaskannya kepada murid;

iii. mewujudkan rangkaian kerjasama antara

penggubal dasar, ahli akademik, pendidik,

kaunselor, agensi kerajaan dan bukan

kerajaan berkongsi ilmu pengetahuan dan

pengalaman bagi melaksanakan program

berkaitan pendidikan STEM; dan

iv. berkongsi amalan terbaik bagi menjayakan

pendidikan STEM.

Kolokium yang dipenuhi aktiviti forum dan pameran STEM turut memberi manfaat khusus

bagi memperoleh pemahaman yang lebih spesifik serta komprehensif tentang pendidikan STEM dan kerjaya bidang STEM; dan mewujudkan rangkaian kerjasama dengan guru-guru, agensi kerajaan, bukan kerajaan serta pihak industri bagi menjayakan agenda pendidikan STEM dengan lebih menyeluruh dan bersepadu.

Sumber : Sektor Penyelidikan dan Penilaian BPPDP

Sumber : UPEB BPPDP 2017

Page 12: Guru bersama dengan kerajaan Mahdzir - moe.gov.my · Kata Kunci Kejayaan ... Mesra. kejohanan remaja dunia itu akan berlangsung dari ... SMK Mutiara Impian wakili negara ke Piala

Tujuan

i. Mendapatkan gambaran awal pelaksanaan

dasar perpaduan dalam pendidikan yang

diterapkan melalui bahasa, kurikulum dan

peperiksaan yang sama;

ii. Mengenal pasti isu pelaksanaan dasar

perpaduan di sekolah menengah; dan

iii. Memberi input kepada perancang dan

pemutus dasar.

Tinjauan ini dilaksanakan melalui temu bual dan

soal selidik dengan pihak pentadbir dan guru di

sekolah yang mempunyai populasi murid majoriti

Melayu, Cina, India dan populasi bercampur.

Guru daripada pelbagai bidang mata pelajaran

dipilih bagi mengenal pasti penerapan elemen

perpaduan dalam kurikulum mata pelajaran di

sekolah menengah. Tinjauan ini dilaksanakan di

sekolah menengah bagi mengenal pasti kesan

perbezaan latar belakang murid sekolah

menengah yang mendapat pendidikan dari tiga

jenis sekolah rendah iaitu sekolah kebangsaan,

sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis

kebangsaan Tamil.

Penerapan elemen perpaduan dalam

kurikulum dan kokurikulum murid di

sekolah menengah

Sumber : Sektor Dasar, BPPDP

MEMPERKASA PERPADUAN

TINDAK SUSUL PELAKSANAAN DASAR

PERPADUAN DI SEKOLAH MENENGAH

Semenjak merdeka, mengukuhkan perpaduan

antara masyarakat berbilang kaum telah menjadi

agenda utama dalam sistem pendidikan di

Malaysia. Usaha untuk meningkatkan perpaduan ini

telah dilaksanakan melalui Laporan Razak (1956)

dan Laporan Rahman Talib (1960) yang membawa

kepada penggubalan Akta Pendidikan 1961 dan

Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. Mesyuarat

Penyelesaian Masalah Kementerian Pendidikan

Malaysia Bil. 2/2017 pada 9 Mei 2017 mengambil

maklum berkaitan isu utama berkaitan perpaduan

yang perlu diatasi bagi mengukuhkan dasar

perpaduan di peringkat sekolah. Sehubungan

dengan itu, tindak susul pelaksanaan dasar

perpaduan telah diadakan pada bulan Ogos hingga

September tahun 2017 di Kuala Lumpur, Selangor,

Johor dan Sarawak untuk melihat pelaksanaan

dasar tersebut di sekolah.

Program pengukuhan perpaduan kaum

di Malaysia bermula semenjak merdeka

pada tahun 1957 lagi

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 12