perbaikilah solat

10
8/9/2019 Perbaikilah Solat http://slidepdf.com/reader/full/perbaikilah-solat 1/10 Perbaikilah Solat-Solat Kita http://an-nawawi. blogspot. com Kira-kira petang tadi ketika pergi menunaikan solat asar di sebuah masjid, sebelum solat asar berjama’ah dilaksanakan dan sebaik selepas solat sunnah tahiyatul masjid, aku duduk sebentar sambil melihat-lihat sekitar dalam masjid. Aku melihatlah beberapa individu yang sedang menunaikan solat sunnah. Aku merasakan sesuatu yang tidak kena kepada beberapa individu tersebut. Angkat tangan hendak takbir pun seakan-akan malas dan tidak disempurnakan dengan kerelaan. Susah sangat ke? Hatiku berbicara sendiri. “Mungkin baru belajar solat agaknya..” aku meredakan prasangka. Tapi, hatiku terus berkata-kata. .. Nak bersedekap ketika qiyam pun seakan-akan nak tak nak sahaja. Tangan kanan tidak digenggamkan dengan sebaik-baiknya pada tangan kirinya. Dan ketika sujudnya pula, hidungnya tidak mencecah ke lantai. Tangannya pula dihamparkan begitu sahaja dari jari hingga ke siku menyentuh lantai ketika sujudnya. Hatiku berasa tidak tenang, dan terasa mahu sahaja menegurnya. Tetapi, mengenangkan beberapa situasi lepas yang aku hadapi, membuatkan aku berfikir beberapa kali untuk menegur. Di mana aku seringkali dikatakan “busy body” dan tidak mengikuti serta memahami permasalahan setempat. Pernah suatu ketika dahulu hendak aku menegur, “Tak pe lah dik, pak cik dah biasa solat macam ni, lebih selesa.” Ada yang lain, “Betulkanlah solat kamu tu dulu.” Lebih membuatku senyum, “Tapi, solat ni abang belajar kat sekolah dulu memang macam ni, mana boleh salah. Rasanya adik perlu cek balik gi sekolah.” Tapi, ada yang membuatkan hatiku tesentak suatu ketika dulu adalah apabila ada seseorang datang meneguku, “Brader, kenapa you solat jari gerak-gerak? You wahhabi ke?” Tapi, bila teringat semula, ia menjadikan aku ketawa sendiri.

Upload: mohamad-shuhmy-shuib

Post on 30-May-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perbaikilah Solat

8/9/2019 Perbaikilah Solat

http://slidepdf.com/reader/full/perbaikilah-solat 1/10

Perbaikilah Solat-Solat Kitahttp://an-nawawi. blogspot. com

Kira-kira petang tadi ketika pergi menunaikan solat asar disebuah masjid, sebelum solat asar berjama’ah dilaksanakan dansebaik selepas solat sunnah tahiyatul masjid, aku duduk sebentarsambil melihat-lihat sekitar dalam masjid.

Aku melihatlah beberapa individu yang sedang menunaikan solatsunnah. Aku merasakan sesuatu yang tidak kena kepadabeberapa individu tersebut. Angkat tangan hendak takbir punseakan-akan malas dan tidak disempurnakan dengan kerelaan.Susah sangat ke? Hatiku berbicara sendiri. “Mungkin baru belajar

solat agaknya..” aku meredakan prasangka.

Tapi, hatiku terus berkata-kata. .. Nak bersedekap ketika qiyampun seakan-akan nak tak nak sahaja. Tangan kanan tidakdigenggamkan dengan sebaik-baiknya pada tangan kirinya. Danketika sujudnya pula, hidungnya tidak mencecah ke lantai.

Tangannya pula dihamparkan begitu sahaja dari jari hingga kesiku menyentuh lantai ketika sujudnya. Hatiku berasa tidaktenang, dan terasa mahu sahaja menegurnya. Tetapi,

mengenangkan beberapa situasi lepas yang aku hadapi,membuatkan aku berfikir beberapa kali untuk menegur. Di manaaku seringkali dikatakan “busy body” dan tidak mengikuti sertamemahami permasalahan setempat.

Pernah suatu ketika dahulu hendak aku menegur, “Tak pe lah dik,pak cik dah biasa solat macam ni, lebih selesa.” Ada yang lain,“Betulkanlah solat kamu tu dulu.”

Lebih membuatku senyum, “Tapi, solat ni abang belajar katsekolah dulu memang macam ni, mana boleh salah. Rasanya adikperlu cek balik gi sekolah.”

Tapi, ada yang membuatkan hatiku tesentak suatu ketika duluadalah apabila ada seseorang datang meneguku, “Brader, kenapayou solat jari gerak-gerak? You wahhabi ke?” Tapi, bila teringatsemula, ia menjadikan aku ketawa sendiri.

Page 2: Perbaikilah Solat

8/9/2019 Perbaikilah Solat

http://slidepdf.com/reader/full/perbaikilah-solat 2/10

Berkenaan menegur orang solat di tempat awam, di tempat yangorang tidak mengenali kita, rasanya se-akan-akan lebih mudah.Berbanding di tempat orang yang mengenali kita. Namun, bagiku,

ia tetap sama-sama tak mudah. Kerana sebahagian orang nisangat sensitif dengan teguran. Walaupun adakalanya ditegurdengan baik, ada sebahagian mereka memiliki ego yang tidakmahu tunduk. Sedaya-upaya, pelbagai falsafah dan teoridibentuk. Tapi, aku suka kepada sebahagian orang yang lebihmudah untuk berbincang dan berbual bertukar pendapat. Iamenjadikan siatuasi kelihatan lebih mesra. Berbanding orangyang sensistif, tidak boleh menerima kesilapan sendiri, agaksukar untuk memperbaiki kesalahan mereka. Nak menyapa punfikir banyak kali.

Sedangkan di sana ada beberapa hadis berkaitan denganpesoalan solat tersebut,

Daripada Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihiwa sallam bersabda, “Aku diperintahkan untuk bersujud di atastujuh tulang (iaitu) di atas dahi (beliau turut mengisyaratkantangannya ke hidung), dua tangan, dua lutut, dan jari-jari kaki.”(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Azan, no. 812)

Dari al-Barra’ bin ‘Azib radhiyallahu ‘anhu, “Jika kamu bersujud,letakkanlah kedua telapak tanganmu (ke lantai) dan angkatlahkedua siku kalian.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab ash-Solah, no.494)

Dalam Riwayat lain, dari Anas radhiyallahu ‘anhu, “Janganlahseseorang di antara kalian menghamparkan kedua tangannyaseperti anjing meletakkan (tangannya).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Azan, no. 493)

Akhirnya setelah beberapa kali menimbangkannya, akumengambil keputusan untuk tidak menegurnya dahulu. Mungkinbiarlah aku dahulu menunjukkan contoh. Dan seperti biasa, jari

jemariku yang hanya mampu berbicara dengan menekan papankekunci komputerku. Lalu hasilnya aku hamparkannya di blog

Page 3: Perbaikilah Solat

8/9/2019 Perbaikilah Solat

http://slidepdf.com/reader/full/perbaikilah-solat 3/10

peribadi ku ini dengan harapan pengalaman ini dapat dikongsikanbersama ke seluruh alam maya dan mereka yang memahamibahasa jari-jemariku.

Pengalaman ku ketika petang tersebut tidak sahaja berkisartentang soalnya solat beberapa individu tadi. Tetapi juga tatakalamahu menunaikan solat berjama’ah. Selepas iqamahdikumandangkan, imam pun segera tampil ke hadapan denganberkata “rapatkan saf”. Beberapa saat mengambil masa, imammembaca surah an-Naas, ta’awuzd, lalu membacakan lafaz niat,dan segera bertakbir. Untuk makluman mereka yang menataptulisanku ini, bacaan-bacaan imam tersebut bukanlah suatusunnah yang tsabit. Sekadar memberitahu, mungkin sama-samaboleh kita bersikap terbuka dan mengkaji. Sebenarnya, akuterasa agak pelik ketika itu, imam langsung tidak memandang kebelakang memerhatikan barisan saf-saf makmumnya. Sedangkanbarisan saf tersebut sungguh tunggang langgang berdasarkanpemerhatianku.

Dengan keadaan barisan yang tidak rapat, aku cuba mengambillangkah untuk mengajak beberapa individu yang bersebelahandengan ku untuk merapatkan saf dengan merapatkan kaki danbahu, namun mereka seakan-akan pelik dan kembali

merenggangkannya semula. Aku pun pasrah, lalu segerabertakbir mengikut imam dalam keadaan yang sedikit kecewa.

Mengapa agaknya fenomena sebegitu kerap kali berlaku hampirdi setiap masjid dan surau yang aku kunjungi. Ke manakahperanan para imam, para ajk masjid, para ustaz, dan paramakmum atau indvidu yang melaksanakan solat itu sendiri?Apakah mereka menganggap persoalan solat adalah suatupersoalan yang remeh-temeh? Cukup sekadar “asal solatcukuplah...” Ataukah mungkin ada suatu bentuk kefahaman solatyang lain yang aku tidak memahaminya. Dari ajaran manakah ia?

Jadi, berikanlah kepada ku sumber-sumbernya.

Owh... Pening juga adakalanya.. .

Page 4: Perbaikilah Solat

8/9/2019 Perbaikilah Solat

http://slidepdf.com/reader/full/perbaikilah-solat 4/10

Sebenarnya, bagi mereka yang memahami, persoalan solatadalah suatu persoalan yang tersangat-sangat besar. Malah,kedudukan solat adalah setelah mengucapnya dua kalimahsyahadah di dalam rukun Islam. Malah ia merupakan salah satu

lambang terbesar sebagai seorang yang beriman,“Islam itu ditegakkan atas lima (5) perkara; mengakui bahawatiada ilah yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammadadalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat,melaksanakan haji ke Baitullah, dan berpuasa di bulanRamadhan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Iman, no. 7)

Di dalam al-Qur’an Allah subhanahu wa Ta’ala menyatakan(maksudnya),

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitumereka yang khusyu’ dalam solatnya...” (Surah al-Mukminun, 23:1-2)

Malah sebagai seorang yang beriman, yang mengerti betapabesarnya erti solat tersebut kepada dirinya, dia pasti akanmendidik dirinya agar melaksanakannya dengan sesempurnamungkin. Lalu mengajar dan mendidik ahli keluarganya untuk

turut sama melaksakannya dengan sebaik mungkin.

“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat danbersabarlah kamu dalam mengerjakannya.” (Surah Thoha, 20:132)

“Perintahkanlah anak-anak kamu untuk melaksanakan solatketika mereka berusia tujuh (7) tahun. Pukullah mereka keranatidak melaksanakan solat ketika berusia sepuluh (10) tahun...”(Disahihkan oleh Sheikh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghaliil, 1/266)

Dan solat yang terbaik dan tersahih lagi yang sebenarnya adalah,solat yang dilaksanakan berdasarkan contoh yang ditunjukkanoleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ini adalahsebagaimana yang dipesankan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwa sallam sendiri,

Page 5: Perbaikilah Solat

8/9/2019 Perbaikilah Solat

http://slidepdf.com/reader/full/perbaikilah-solat 5/10

“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat” (HadisRiwayat al-Bukhari, Kitab Azan, no. 604)

Tidak lain, untuk mengetahui tatacara solatnya RasulullahShallallahu ‘alaihi wa sallam adalah dengan merujuk dan taatkepada hadis-hadis yang beliau nyatakan.

Ia bermulalah dari soalnya thoharah, wudhu’, soalnya pakaian,persoalan tempat solat, tatacara solat bermula dari takbirnyasehinggalah kepada salamnya, dan sehinggalah kepadasesudahnya salam yang termasuk amalan-amalan sunnahnya.

Perkara-perkara inilah yang kini semakin diabaikan dan dilupakanoleh para individu Muslim. Mengapa jika persoalan tugas dipejabat mampu dilaksanakan dengan bertungkus lumus, tetapisoalnya solat ditinggalkan keutamaannya. Mengapa soalnyapengajian dan pendidikan sains, kejuruteraan, pembinaanbangunan, kajian DNA, analisa kewangan, dan pelbagai lagi bolehdilakukan dengan penuh teliti namun solatnya terabai danumpama tidak diberi makanan yang cukup bagi membolehkanterbinanya jasad yag sihat.

Begitulah solat. Ia dilakukan dengan ilmu dan kefahaman bagimembolehkan ia dibina dan dilaksanakan dengan penuh bermayadan syi’ar-syi’ar agama terpancar daripadanya.

Malah, ia sebenarnya menjadi titik mula kepada pekerjaan danperlakasanaan aktiviti yang lain. Ia merintis sebuah disiplin yangsebenar sebagai seorang mukmin yang taat dan komitedterhadap setiap tugasan yang diterimanya.

“Dasar segala urusan adalah Islam, dan tiangnya adalah solat,manakala puncaknya adalah jihad.” (Diriwayatkan oleh at-

Tirmidzi, Dihasankan oleh Sheikh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghaliil, 2/138)

Ia melambangkan betapa kesungguhan seseorang tehadapamanah yang dipegangnya. Ia melaksanakannya dengan sebaik-

Page 6: Perbaikilah Solat

8/9/2019 Perbaikilah Solat

http://slidepdf.com/reader/full/perbaikilah-solat 6/10

baiknya. Ia melakukan dengan penuh kesabaran dalam apa juakeadaannya.

“Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali

bagi orang-orang yang khusyu’.” (Surah al-Baqarah, 2: 45)Namun, sungguh dikesalkan pada hari ini, lambang dan syi’ar-syi’ar ini mula ditinggalkan. Mereka menjadikan hal-hal yang lainpula sebagai syi’ar dan melupakan keutamaan yang sebenar.Meletakkan priority pada kedudukan yang terkemudian. Susunanmula menjadi terbalik. Malah mungkin menjadi tungganglanggang. Seseorang dipandang baik tidak lagi pada prinsip-prinsip agamanya. Tidak penting lagi persoalan solatnya, tetapipekerjaannya sebagai seorang jurutera, doktor, pakar ekonomi,pakar tari, pakar musik, dan seumpamanya. Solat bukan lagi soalutama. Entah duduk di ranking ke berapa agaknya... Kenapamind-set kita berputar sejauh itu?

Di sebahagian sudut dan kelompok, sungguh lebih dikesalkan,perjuangan jihad tanpa ketahuan pula dikehadapan melampauisegala-galanya. Sehinggakan hal keimanan dan solat menjadikelam tidak disuarakan. Hal ini mungkin berlaku kepadakelompok yang memiliki semangat keterlampauan, namun tidak

dibina atas dasar ilmu. Semangat berkobar-kobar, namunkefahaman terhadap agama sangat mengecewakan. Sewajarnyapersoalan solat ini diperbaiki dengan sungguh-sungguh. Kerana,setiap hal yang besar dalam agama itu, bermula dengan dasaraqidah serta solatnya. Jika persoalan yang lebih dasar gagaldiperbaiki, bagaimana pula hendak memperbaiki persoalan yanglebih rumit?

Kita lihat di masjid-masjid hari ini, ada pelbagai ragam dan gayaorang menunaikan solatnya. Ada yang tangannya tidakdisedekapkan, ada yang kakinya dirapatkan, ada yang kakinyadikangkangkan melebihi kewajaran, ada yang takbirnya berulang-ulang kali untuk melaksakan solatnya, dan ada yang solat

jama’ahnya hanya sekadar datang ke masjid namun ruhnya tiada.Mengapa ruhnya tiada? Tidak lain, kerana ianya tidak dibina atas

Page 7: Perbaikilah Solat

8/9/2019 Perbaikilah Solat

http://slidepdf.com/reader/full/perbaikilah-solat 7/10

dasar kefahaman yang tepat. Saf-saf solatnya juga tidak dijaga.Imamnya tidak mengambil endah soal makmumnya di belakang.

Ini yang datang ke masjid. Belum dikirakan mereka yang tidak

mahu ke masjid. Dan sebahagian mereka yang langsung tidakmenunaikan solat. Atau apakah mungkin mereka yang tidakmahu ke masjid akibat soalnya solat di masjid sudah menjaditidak ketahuan kaedahnya? Manakala mereka yang tidakmenunaikan solat adalah lantaran solat sudah tidak ada arahnyadan sumbernya yang benar perlaksanaannya. Tiadakeseragaman, yang mengakibatkan mereka hilang keyakinanuntuk melaksanakannya. Mereka menanyakan, apakahstandardize perlaksanaan solat? Apakah cukup sekadar mulutmenyatakan “kita ikut Mazhab Syafi’i”?

Ketahuilah bahawa perkara yang pertama-tama sekali dihisabbagi kita adalah persoalan solat. Ini dapat difahami dari hadisnabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berikut,

“Amalan yang pertama kali ditanyakan kepada seorang hambapada hari Kiamat kelak adalah solatnya. Jika solatnya baik, makadia telah beruntung, dan jika solatnya rosak, maka dia telah gagaldan rugi.” (Sahih menurut Sheikh al-Albani di dalam Silsilah al-

Ahaadis ash-Shahihah, 3/346)

Malah, ikatan dan simpulan Islam itu dinyatakan jika ianya mulaterlerai, maka ianya akan terlerai satu demi satu dari individuatau masyarakat mukmin bermula dari hukum-hakamnya yangtertentu sehinggalah kepada yang terakhir sekali adalah solatnya.Apakah kita mahu lagi memandang enteng persoalan solat?Setelah banyak sekali persoalan yang lainnya kita merasakansebagai berat dan seringkali terlepas begitu sahaja. Fahamilahbahawa solat adalah ikatan yang menjadi benteng dan syi’arterakhir kita.

“Ikatan-ikatan Islam itu akan terlepas seikat demi seikat. Setiapkali ikatan itu terlepas maka mereka akan berpegang kepadaikatan yang berikutnya. Dan yang pertama sekali terlepas(ikatannya) adalah hukum-hakam, manakala yang terakhir sekali

Page 8: Perbaikilah Solat

8/9/2019 Perbaikilah Solat

http://slidepdf.com/reader/full/perbaikilah-solat 8/10

terlepas adalah solat.” (Dinilai sahih oleh Sheikh al-Albani didalam Shahih at-Targhiib wa at-Tarhiib, 1/229)

Jadi, jika solat pun telah kita pandang remeh, ikatan apa lagi yng

mahu kita pegang kemudiannya? Tanyakan lah pada pendiriandan kegfahaman masing-masing.

Dengan itu, marilah kita kembali membina kekuatan yangsemakin rapuh tersebut dengan kembali melihat danmemperbaiki solat-solat kita berdasarkan sumber-sumber yangbenar. Sehinggalah kita melaksanakannya sebagaimanaRasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melasanakannya.Mengerjakannya dengan penuh semangat, khusyu’ dan tenangyang terbina atas landasan ilmu pengetahuan yang benar. Tidaklain, ia dibina berdasarkan hadis-hadis yang sahih lagi diyakini.

Kita kembali melaksanakan solat dengan sebaik-baiknya.Menegakkan syi’ar-syi’ar agama bermula dari dasar dan landasanyang betul. Melaksanakannya berdasarkan hadis-hadis yangsahih. Bermula dari wudhu’nya sehinggalah kepada takbirsampailah kepada akhir salamnya. Semuanya didasari hadis-hadis yang benar. Kita terapkan serta praktikkan kefahaman danilmu tersebut ke dalam diri masing-masing, sehinggalah kepada

ahli keluarga.

Kemudian, kita melaksanakannya di masjid-masjid atau di surau-surau secara berjama’ah. Di surau dan masjid pula, paraimamnya tahu tanggungjawab mereka masing-masing. Saf-saf solat kembali menjadi rapat dan teguh barisannya. Ia terbinadengan rapat, tersusun, kemas, dan betul sekaligusmencerminkan betapa teguhnya hati-hati mereka dalam kesatuandengan disiplinnya.

Sebagaimana pentingnya saf-saf solat ini, Rasulullah shallallahu‘alaihi wa sallam memberi tahukan kepada kita melalui hadisyang tidak kurang banyaknya yang antaranya,

“Luruskanlah saf, rapatkanlah bahu-bahu, rapatkanlah ruang-ruang (antara kamu), lembutkanlah ketika menyentuh tangan-

Page 9: Perbaikilah Solat

8/9/2019 Perbaikilah Solat

http://slidepdf.com/reader/full/perbaikilah-solat 9/10

tangan saudara kalian, dan janganlah kamu membiarkan celah-celah terbuka untuk syaitan. Barang siapa menyambung saf makaAllah akan menyambungnya dan barang siapa memutuskan saf maka Allah akan memutuskannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud,

Kitab ash-Solah, no. 666. Disahihkan oleh Sheikh al-Albani dailamShahih Sunan Abi Daud, 1/197)

Dari Nu’man, bin Bashir, Rasulullah menyatakan (denganmengahadap kami, ketika hendak solat) “Luruskanlah saf-saf kamu, luruskanlah saf-saf kamu, luruskanlah saf-saf kamu, DemiAllah, kamu akan meluruskan saf-saf kamu atau Allah akanmenjadikan hati-hati kamu saling berselisih”. Aku melihat bahusaling bersentuhan, lutut dengan lutut teman sebelahnya salingbersentuhan, dan mata kaki dengan mata kaki teman sebelahnyaturut bersentuhan.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab ash-Solah,no. 662)

Malahan di sebahagian hadis-hadis yang lain dengan jelasdinyatakan bahawa Rasulullah dan para sahabat yang lainselepasnya, sekali-kali solat berjama'ah tidak akan dimulakanselagi mana saf tidak dirapatkan. Ini menunjukkan bahawabetapa pentingnya merapikan saf di dalam perlaksanaan solatberjama'ah.

Betapa hebatnya jika disiplin ini kembali terlaksana di setiapsurau-surau dan masjid-masjid sekitar kita. Ia akan jelasmenggambarkan kepada kita betapa hebatnya disiplin, kesatuandan kecintaan kita sesama sendiri.

Bagi mereaslisasikan situasi tersebut, apa yang paling utama danterpenting adalah dengan kembalinya kita semua kepada manhajilmu. Cari dan dapatkanlah sumber-sumber rujukan, buku-bukuatau kitab-kitab yang sahih yang mampu menerangkan persoalanagama berdasarkan hadis-hadis yang sahih lagi jelas.

Tinggalkanlah pertikaian-pertiaka in dan perbahasan-perbahas anyang membelakangkan nilai-nilai ilmiyah tanpa image intelektual.Semoga dengan sumber-sumber yang sahih ini akan mampumembentuk semula daya juang dan image agama yang segarsekaligus menyerlahkan ketulenan ber-agama yang sebenar

Page 10: Perbaikilah Solat

8/9/2019 Perbaikilah Solat

http://slidepdf.com/reader/full/perbaikilah-solat 10/10

sebagaimana yang dituntut oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam banyak pesanan-pesanananny a iaitu denganberpegang kepada al-Qur’an dan as-Sunnah.

Semoga luahan hati ku ini mampu dibaca oleh sesiapa sahaja,sekaligus merealisasikan impian ku untuk melihat syi’ar-syi’aragama ini ditegakkan bermula dari dasarnya yang sebenar.Kerana, hanya dengan dasar yang betul, maka cabang-cabangyang lainnya akan menjadi betul. Ia tidak lain juga, dimulakandengan prinsip-prinsip aqidah yang betul. Apabila pengambilanagama dilaksanakan dengan dasar yang betul. Apabila priroritidan keutamaan dikenal pasti dan diperbaiki, insyaAllah, disiplindan perjalanan cabang-cabang dan dahan-dahan yang menjalarseterusnya akan berupaya menghasilkan bunga serta buah yangterbaik.

10:00p.m/21-May-2008

an-Nawawi

YM: nawie83@yahoo. comhttp://groups. yahoo.com/ group/PMH- UiTMhttp://www.geocitie s.com/nawie83

http://aqidah- wa-manhaj. blogspot. comhttp://an-nawawi. blogspot. comhttp://bahaya- syirik.blogspot. comhttp://fiqh- sunnah.blogspot. com

__._,_.___