peraturan pertandingan kejohanan bola jaring · pdf fileperaturan pertandingan permainan bola...

Download PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING · PDF filePERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING 1. ... Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola Jaring ... Pengerusi Teknik dan

If you can't read please download the document

Upload: nguyendiep

Post on 07-Feb-2018

267 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

  • PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA JARING MSP

    2017

  • PERATURAN PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA JARING

    1. PERATURAN AM

    1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini

    akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola

    Jaring Antarabangsa (IFNA) yang terkini.

    1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, Undang

    undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

    1.3 Kejadian di Iuar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan

    akan diputuskan seperti berikut :-

    1.3.1 Semua kejadian am akan diputuskan berasas kepada Peraturan

    Am Kejohanan Sukan MSP.

    1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada

    Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola Jaring

    Antarabangsa (IFNA).

    1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan

    Teknikal MSP dan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

    2. PENYERTAAN

    2.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan dari semua politeknik KPM.

    Pengesahan penyertaan hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa

    Pengelola melalui Jabatan Sukan, Kokurikulum Dan Kebudayaan dan

    disahkan oleh Pegawai Sukan Politeknik.

  • 2.2 Setiap politeknik hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan wanita

    (pelajar) yang terdiri daripada :-

    Jawatan Bilangan Wanita (pelajar)

    Pengurus Pasukan 1 orang

    Jurulatih 1 orang

    Peserta 12 orang

    Jumlah 14 orang

    2.3 Setiap pemain/atlet diwajibkan mengemukakan 1 salinan photostat kad

    pengenalan dan 1 salinan kad matrik pelajar untuk disertakan bersama

    borang pendaftaran pemain semasa kejohanan.

    2.4 Setiap pemain/atlet diwajibkan mengemukakan kad matrik pelajar asal

    kepada urusetia pertandingan untuk tujuan semakan dan pengesahan

    status pemain/atlet pada perlawanan pertama sahaja bagi setiap pasukan.

    Semakan seterusnya akan dilakukan sekiranya ada permintaan.

    2.5 Mana-mana pemain yang gagal mematuhi Peraturan Am Kejohanan Sukan

    di perkara 4.3 dan 4.4 tidak akan dibenarkan menyertai Kejohanan tersebut.

    3. KELAYAKAN PEMAIN

    3.1 Hanya pelajar Politeknik yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa

    di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia dan pelajar semester akhir

    yang masih belum menerima slip keputusan peperiksaan akhir layak

    mendaftar.

    3.2 Peraturan lain adalah merujuk perkara 4 peraturan Am Karnival Sukan

    atau Kejohanan Sukan Majlis Sukan Politeknik Malaysia.

  • 4. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

    4.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum

    kejohanan / pertandingan bermula ataupun sebelum perlawanan pertama

    dijalankan.

    4.2 Senarai nama pemain yang diserahkan semasa Taklimat Pengurus

    Pasukan merupakan senarai terkini dan muktamad untuk sepanjang

    kejohanan / pertandingan.

    4.3 Semua pengurus pasukan atau wakilnya diwajibkan hadir pada sesi

    taklimat ini.

    4.4 Segala peraturan dan arahan tambahan yang diberikan dalam sesi taklimat

    ini hendaklah digunapakai dan dipatuhi sepanjang kejohanan.

    4.5 Ketidakhadiran Pengurus Pasukan pada sesi taklimat ini tidak boleh

    dijadikan alasan / kesempatan untuk mengubah ketetapan yang telah

    diambil atau mengganggu-gugat kelancaran pelaksanaan kejohanan /

    pertandingan ini.

    5. TEMPOH PERLAWANAN

    5.1 Jangkamasa perlawanan bagi pusingan awal adalah seperti berikut :

    Perkara Masa Bahagian Pertama 15 minit Rehat 5 minit Bahagian Kedua 15 minit

    Jumlah 35 minit

  • 5.2 Untuk peringkat kalah mati (suku akhir, separuh akhir dan akhir) setiap

    pasukan yang layak dikehendaki bermain dalam empat (4) suku bahagian

    dengan jumlah masa permainan keseluruhan adalah 40 minit tidak termasuk

    waktu rehat.

    Suku Masa Pertama - 10 minit & 3 minit waktu rehat Suku Masa Kedua - 10 minit & 5 minit waktu rehat Suku Masa Ketiga - 10 minit & 3 minit waktu rehat Suku Masa Keempat - 10 minit

    6. PAKAIAN

    6.1 Setiap pasukan hendaklah memakai jersi seragam iaitu corak, bentuk dan

    warna yang sama.

    6.2 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib berlainan warna

    yang ketinggian hurufnya adalah 6 inci.

    6.3 Jika berlaku pertembungan warna bib, pasukan pertama namanya dalam

    jadual dikehendaki menukar bib.

    7. MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN

    7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara liga adalah

    seperti berikut :

    Menang 3 Mata

    Seri 1 Mata

    Kalah 0 Mata

    7.2 Keputusan Seri

  • Jika di peringkat pusingan pertama terdapat dua atau lebih pasukan

    mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan ditentukan seperti berikut:

    7.2.1 Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan

    mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan, purata gol

    akan menentukan kedudukan (iaitu: jumlah jaringan gol dibahagi

    dengan jumlah gol yang kena).

    7.2.2. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol akan digunapakai (iaitu

    : jumlah jaringan gol ditolak dengan gol yang kena).

    7.2.3. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol

    terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.

    7.3 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh

    akhir dan akhir

    7.3.1 Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit diakhir masa

    sepenuh perlawanan.

    7.3.2. Masa tambahan selama dua (2) x lima (7) minit setiap bahagian akan

    dimainkan.

    7.3.3 Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh

    pasukan yang berhak kepada hantaran tengah berikutnya.

    7.3.4 Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.

    7.3.5 Hantaran tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada hantaran

    tengah berikutnya.

    7.3.6 Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan,permainan pemenang

  • akan ditentukan dengan 3 hantaran tengah..

    8. SISTEM PERTANDINGAN

    Sistem pertandingan dijalankan cara liga dan kalah mati seperti berikut:

    8.1 Pusingan Awal (Liga)

    Pusingan awal terbahagi kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada:

    Kumpulan A 3 pasukan

    Kumpulan B 3 pasukan

    Kumpulan C 3 pasukan

    Kumpulan D 4 pasukan

    Format pertandingan dijalankan secara LIGA.

    8.2 Pusingan Kedua, Separuh akhir dan Akhir (Kalah Mati)

    8.2.1 Pusingan Kedua

    Setiap Johan dan Naib Johan kumpulan akan bertanding untuk

    pusingan kedua. Format undian akan digunapakai di mana hanya

    Naib Johan kumpulan sahaja yang akan mengundi.

    8.2.2 Separuh Akhir dan Akhir

    Pemenang di Pusingan Kedua akan ke Separuh Akhir. Pasukan

    yang kalah di Separuh Akhir akan menentukan tempat untuk ke-4

    dan ke-3. Pasukan yang menang di Separuh Akhir akan

    menentukan tempat Naib Johan dan Johan.

    9. KELEWATAN 9.1 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10) minit

    sebelum perlawanan dimulakan.

    9.2 Pasukan yang lewat sepuluh (10) minit dari masa yang telah

  • dijadualkan tanpa alasan yang munasabah adalah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawannya yang berada di gelanggang

    dengan jaringan 10 - 0.

    9. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

    Menarik diri adalah tidak dibenarkan. Sekiranya sesebuah pasukan menarik

    diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, pasukan

    tersebut dianggap menarik diri daripada keseluruhan pertandingan dan

    pasukan itu tidak akan dibenarkan memasuki sebarang pertandingan

    seterusnya. Semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan itu

    akan dibatalkan dan mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam

    perlawanan yang terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan

    keputusan kumpulan.

    10. JURI RAYUAN

    Ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang

    (maksimum) sekurang-kurangnya 3 wakil daripada politeknik yang berkecuali.

    Ahli Juri Rayuan ( minimum) terdiri daripada:

    10.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MSP atau wakilnya

    sebagai Pengerusi.

    10.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSP atau

    wakilnya

    10.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Bola Jaring MSP.

    10.1.4 Dua atau Empat orang wakil daripada politeknik yang berkecuali

    11. LEMBAGA TATATERTIB KEJOHANAN

    11.1.1 Lembaga ini terdiri daripada:

  • 1. Pengerusi Jawatankuasa Disiplin atau wakilnya sebagai Pengerusi.

    2. Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai Setiausaha.

    3. Pengerusi Teknik dan Pertandingan Bola Jaring MSP.

    4. Dua orang ahli yang terdiri daripada wakil 2 politeknik yang berkecuali.

    11.1.2 Lembaga disiplin bertanggungjawab untuk:

    Mengambil tindakan mengenai disiplin peserta, pegawai pasukan bagi

    semua perkara semasa kejohanan/karnival dijalankan seperti berikut:

    1. memberi amaran atau 2. menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu atau 3. pasukan didenda RM 1000.00 atau 4. Menyingkirkan pasukan permainan berkenaan daripada keseluruhan

    kejohanan.

    12. BANTAHAN

    Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola atau w