peraturan pertandingan boling tenpin (1)

Upload: sharizal-sanik

Post on 14-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Peraturan Pertandingan Boling Tenpin (1)

    1/8

    PERATURAN PERTANDINGAN BOLING TENPINTERBUKA MSS JOHOR EDISI 2011

    ________________________________________________________________________

    1. PERATURAN AM

    1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini akan dijalankan

    mengikut Peraturan Pertandingan Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC)

    1.2 Sekiranya timbul perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggerisyang terkini akan dipatuhi.

    1.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

    1.3.1 Semua peraturan am akan diputuskan berasas kepada PERATURAN AM MSS JOHOR.1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasas kepada Peraturan MTBC.

    1.4 Semua keputusan berkaitan acara yang akan dipertandingkan dan jumlah permainan yang akandimainkan serta format pertandingan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan PertandinganMSS JOHOR.

    2. PENDAFTARAN

    2.1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengahnegeri Johor

    2.2 Bola

    2.2.1 Semua peserta diwajibkan mendaftarkan bola masing-masing bagi memastikan berat danspesifikasi lain mematuhi peraturan.Peserta yang bermain dengan bola tanpa daftar akanmengakibatkan keputusannya tidak diiktiraf.

    2.2.2 Sekiranya ada peserta yang membuat perubahan pada bolanya atau membuat Pluggingsemula pada bola yang telah diluluskan sebelum ini, bola tersebut mesti didaftarkan

    semula sebelum digunakan.

    3. KELAYAKAN PESERTA

    3.3.1 Rujuk Peraturan Am MSS Johor ( Bilangan 4 )

  • 7/27/2019 Peraturan Pertandingan Boling Tenpin (1)

    2/8

    4. HAD UMUR

    4.1 18 tahun dan ke bawah4.2 15 tahun dan ke bawah4.3 12 tahun dan ke bawah

    4.4 Kiraan umur 18 tahun dan ke bawah, 15 tahun dan ke bawah, 12 tahun dan kebawah adalahpada 1 Januari tahun pertandingan.4.5 Lain-lain peraturan rujuk Peraturan Am MSS Johor.

    5. TAKLIMAT PENGURUS DAN PENGADIL

    5.1 Taklimat pengurus pasukan dan pengadil diadakan sebelum pertandingan pertama dijalankan.5.2 Semua pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta beserta dengan

    salinan kad pengenalan asal untuk disahkan.5.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad.Selepas

    Taklimat Pengurus Pasukan , sebarang permohonan / pertukaran gantian tidak dibenarkan.

    6. ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

    6.1 Lelaki

    6.1.1 Perseorangan

    6.2 Perempuan

    6.2.1 Perseorangan

    7. PENYERTAAN DAN SISTEM PERTANDINGAN

    PERINGKAT NORTHERN REGION DAN PERINGKAT SOUTHERN REGION

    a ) Kategori 18 tahun dan ke bawah , 15 tahun tahun dan ke bawah

    7.1 Acara Perseorangan :

    7.1.1 Setiap pasukan sekolah dibenarkan menghantar seberapa ramai peserta lelakidan perempuan bagi acara ini.

    7.1.2 Pesertapeserta diwajibkan bermain enam ( 6 ) permainan dengan menyeberangiempat (4 ) lorong berasingan , dan peserta dengan jumlah jatuhan Pin

    keseluruhan tertinggi adalah pemenang.

    b) Kategori 12 tahun dan ke bawah

    7.2 Acara Perseorangan :

    7.2.1 Setiap pasukan sekolah dibenarkan menghantar seberapa ramai peserta lelaki danperempuan bagi acara ini.

    7.2.2 Pesertapeserta diwajibkan bermain empat ( 4 ) permainan dengan menyeberangiempat ( 4 ) lorong berasingan, dan peserta dengan jumlah jatuhan Pin keseluruhan

  • 7/27/2019 Peraturan Pertandingan Boling Tenpin (1)

    3/8

    tertinggi adalah pemenang.

    PERINGKAT GRAND PRIX (GP) FINAL

    a ) Kategori 18 tahun dan ke bawah , 15 tahun tahun dan ke bawah

    7.3 Acara Perseorangan :

    7.3.1 Pesertapeserta diwajibkan bermain lapan ( 8 ) permainandengan menyeberangiempat (4 ) lorong berasingan , dan peserta dengan jumlah jatuhan Pinkeseluruhan tertinggi adalah pemenang.

    b) Kategori 12 tahun dan ke bawah

    7.4 Acara Perseorangan :

    7.4.1 Pesertapeserta diwajibkan bermain enam ( 6 ) permainan dengan menyeberangiempat ( 4 ) lorong berasingan , dan peserta dengan jumlah jatuhan Pinkeseluruhan tertinggi adalah pemenang.

    8. PERUBAHAN DALAM SUSUNAN PERMAINAN ( ORDER OF PLAY )

    8.1 Peserta-peserta bagi acara perseorangan mesti bermain mengikut susunan yang didaftarkandalam permainan ( game ) yang pertama.

    8.2 Sekiranya didapati ada pasukan yang menukar peserta semasa pertukaran lorong, pasukanitu akan hilang kelayakannya tanpa apa-apa amaran lagi.

    9. MENARIK DIRI DARIPADA PERTANDINGAN ( WALK OVER )

    Rujuk Peraturan Am MSS Johor ( Bilangan 14 )

    10. PENGESAHAN KEPUTUSAN

    10.1 Adalah tanggungjawab setiap peserta untuk mengesahkan keputusan perlawanan dalamskor yang disediakan.

    10.2 Keputusan setelah disahkan hanya boleh diubah dengan kebenaran Pengerusi Teknik

    Pertandingan atau wakilnya.

    11. GANGGUAN PERMAINAN

    11.1 Pengerusi Teknik Pertandingan mempunyai kuasa muktamad untuk membuat arahan supayapermainan yang terganggu disambung pada sepasang lorong baru sekiranya lorong dimanapermainan itu berlangsung ditimpa kerosakan mesin.

    11.2 Permainan ( game ) yang terganggu itu mesti disambung dari frame di mana gangguan ituberlaku.

  • 7/27/2019 Peraturan Pertandingan Boling Tenpin (1)

    4/8

    12. BERMAIN DI ATAS LORONG YANG SALAH

    12.1 Bila seseorang pemain bermain diatas lorong yang salah dan kesalahan ini ditemui sebelumpeserta lain membuat balingannya, maka balingan itu dianggap sebagai Bola Mati ( DeadBall ) dan pemain tersebut dikehendaki bermain frame yang kemudiannya pada lorong yangsalah tadi.

    12.2 Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui selepas pemain kemudian membaling bolanya, makamata yang diperolehi itu akan diambil kira dan pemain tersebut dikehendaki bermain semulaframe yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.

    13. WAKTU MELAPOR DIRI

    13.1 Semua peserta mesti melapor diri selewat-lewatnya 15 minit sebelum sesuatu acarabermula.Peserta yang lewat akan kehilangan kelayakan dalan sesuatu acara itu.

    13.2 Peraturan ini berkuatkuasa dalam semua acara.

    14. PACER

    Pihak penganjur mempunyai kuasa untuk melantik seorang Pacer sekiranya ada Walk Overdalam sesuatu acara atau bilangan peserta dalam sesuatu acara itu tidak mencukupi.

    15. MEMPERLAHANKAN PERMAINAN ( SLOW BOWLING )

    15.1 Seseorang peserta yang bersedia untuk membaling bolanya harus mengetahui tentang hakdan obligasinya seperti berikut :-

    15.1.1 Seseorang peserta untuk bermain terlebih dahulu ( right of way ) terhadap pemain yangberada diatas lorong sebelah kirinya.

    15.1.2 Mereka harus memberi laluan kepada pemain yang berada di atas lorong sebelahkanannya.

    15.1.3 Semua pemain harus bersedia untuk bermain bila sampai gilirannya dan tidak harusmelambatkan permainan itu.

    15.1.4 Sekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan diatas, dia akan diberiamaran dengan isyarat kad Putih untuk kesalahan pertama ( tiada penalti ),dan kadKuning atas kesalahan kedua (tiada penalti).Untuk kesalahan ketiga dan berikutnya

    dalam sesuatu blok permainan, pemain tersebut akan diberi kad Merah dan sifar ( 0 )mata untuk frame tersebut.

    16. KEHILANGAN SKOR SEMASA GANGGUAN ELEKTRIK

    16.1 Sekiranya berlaku sebarang black out dalam tv monitor dimana skor sesuatu permainanyang sedang berlangsung itu hilang dan tidak dapat dipulihkan, maka pemain-pemainyang berkenaan dikehendaki bermain semula game tersebut.Akan tetapi jika skor telahdicatatkan, maka permainan akan bersambung dari frame dimana permainan tersebutberhenti sebelum ini.

  • 7/27/2019 Peraturan Pertandingan Boling Tenpin (1)

    5/8

    16.2 Game-game yang mana skornya telah direkodkan itu akan dikekalkan.

    16.3 Pasukan dan pemain tidak boleh mengambil kesempatan ini untuk meminta sesuatupermainan itu dibatalkan atau dimainkan semula pada waktu black out seumpama ini.

    17. PAKAIAN

    17.1 Semua pasukan dan peserta mestilah memakai pakaian seragam yangmelambangkan identiti pasukan sekolah mereka masing-masing.

    17.2 Pesertapeserta dikehendaki memakai seluar panjang slack dan kemeja-T berkolar( tuck-in ) dan kemas untuk setiap pasukan .

    17.3 Baju dan seluar sesuatu pasukan haruslah mempunyai warna yang seragam.

    18. NOMBOR KOD DAN PERUNTUKAN LORONG

    18.1 Semua peserta akan diberikan kod dan nombor yang disediakan oleh pengelola18.2 Semua peserta mesti mempamerkan kodnya di bahagian belakang baju.Peserta tanpa

    nombor ini tidak akan dibenarkan untuk mengambil bahagian.18.3 Peruntukan lorong akan ditetapkan terlebih dahulu secara undian.

    18.4 Huruf dan nombor peserta :-

    KATEGORI KOD NOMBOR WARNA KAIN WARNA NOMBOR

    LELAKI 12 TAHUN A001 A999 PUTIH HITAM

    LELAKI 15 TAHUN B001 B999 PUTIH HITAM

    LELAKI 18 TAHUN C001 C999 PUTIH HITAM

    PEREMPUAN 12 TAHUN D001 D999 PUTIH HITAMPEREMPUAN 15 TAHUN E001 E999 PUTIH HITAM

    PEREMPUAN 18 TAHUN F001 F999 PUTIH HITAM

    19. LARANGAN ( PROHIBITION )

    19.1 Peserta-peserta adalah dilarang daripada merokok ,minum minuman keras atau di bawahpengaruh alkohol semasa pertandingan.

    19.2 Sekiranya didapati ada peserta yang melanggar peraturan ini, beliau akan dibatalkanpenyertaannya daripada kejohanan ini.

    19.3 Sekiranya berlaku perkara seperti ini, Pengerusi Teknik Pertandingan harus membawakes ini kepada Jawatankuasa Teknikal supaya peserta ini digantung daripada seluruhpertandingan.Beliau juga akan dikenakan tindakan disiplin lain yang dianggap sesuai.

    19.4 Minuman dan tepung serta sebagainya tidak boleh ditinggalkan diatas meja console.

    20. BANTAHAN / TATATERTIBRujuk Peraturan Am MSSM Johor ( Bilangan 16 )

    21. LEMBAGA RAYUAN

  • 7/27/2019 Peraturan Pertandingan Boling Tenpin (1)

    6/8

    Rujuk Peraturan Am MSSM Johor ( Bilangan 17 )

    HADIAH

    Pingat-pingat akan disediakan seperti berikut :-

    ACARA E P G K4 hingga K20

    PERSEORANGAN LELAKI 18THN DAN KE BAWAH 1 1 1 20

    PERSEORANGAN PEREMPUAN 18 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 20

    PERSEORANGAN LELAKI 15 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 20

    PERSEORANGAN PEREMPUAN 15 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 20

    PERSEORANGAN LELAKI 12 TAHUN DAN KE BAWAH 1 1 1 20

    PERSEORANGAN PEREMPUAN 12 TAHUN DAN KE BAWAH 1 1 1 20

    JATUHAN PIN TERTINGGI

    L12

    PIALA

    1

    L15 1

    L18 1

    P12 1

    P15 1P18 1

    NOTA :- Pingat yang disediakan untuk peringkat Grand Prix (GP) sahaja.

  • 7/27/2019 Peraturan Pertandingan Boling Tenpin (1)

    7/8

    HADIAH

    Pingat-pingat akan disediakan seperti berikut :-

    ACARA E P G K4 hingga K20

    PERSEORANGAN LELAKI 18THN DAN KE BAWAH 1 1 1 20

    PERSEORANGAN PEREMPUAN 18 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 20

    PERSEORANGAN LELAKI 15 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 20

    PERSEORANGAN PEREMPUAN 15 THN DAN KEBAWAH 1 1 1 20

    PERSEORANGAN LELAKI 12 TAHUN DAN KE BAWAH 1 1 1 20

    PERSEORANGAN PEREMPUAN 12 TAHUN DAN KE BAWAH 1 1 1 20

    JATUHAN PIN TERTINGGI

    L12

    PIALA

    1

    L15 1

    L18 1

    P12 1

    P15 1P18 1

    NOTA :- Pingat yang disediakan untuk peringkat Grand Prix (GP) sahaja.

    Pemenang setiap kategori akan ditentukan mengikut pungutan mata.

    Johan 10 MataNaib Johan 7 MataKetiga 5 MataKeempat 3 MataKelima 2 MataKeenam 1 Mata

    *** Sekiranya berlaku keputusan seri dalam jumlah pengiraan mata maka jumlah urutanpingat akan diambil kira.

  • 7/27/2019 Peraturan Pertandingan Boling Tenpin (1)

    8/8