peraturan pertandingan bola...

2
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA TAMPAR KEJOHANAN SUKAN PENTADBIRAN TANAH DAN DAERAH NEGERI PAHANG KALI KE 4 TAHUN 2017 1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN 1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Sukan Pentadbiran Tanah Dan Daerah Negeri Pahang Kali Ke 4 Tahun 2017 1.2 Kecuali apa yang tersebut di dalam peraturan yang menguasai pertandingan ini, maka Undang-undang Persatuan Bola Tampar Antarabangsa hendaklah diikuti. 2.0 PENDAFTARAN PEMAIN 2.1 Bilangan Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai tidak lebih dari 10 orang pemain dalam Borang Pendaftaran Perlawanan. 2.2 Kelayakan Rujuk Perkara 9 Peraturan Am Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah Pahang 2017. 3.0 PASUKAN DAN MASA BERMAIN 3.1 Pasukan Tiap-tiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 6 pemain di padang sebelum satu-satu pertandingan dimulakan. 4.0 PAKAIAN/ALAT 4.1 Pakaian Pakaian yang seragam dan bersesuaian dengan permainan bola tampar. 4.2 Alat. Bola perlawanan akan disediakan oleh pihak penganjur. 5.0 SISTEM PERTANDINGAN 5.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara liga dalam kumpulan pada peringkat awal dan secara kalah Mati (Knock Out) pada pusingan berikutnya.

Upload: trancong

Post on 07-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAKptg.pahang.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/Peraturan-Bola-Tampa… · peraturan dan undang-undang pertandingan bola tampar kejohanan sukan pentadbiran

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

KEJOHANAN SUKAN PENTADBIRAN TANAH DAN DAERAH NEGERI PAHANG KALI KE 4 TAHUN 2017

1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Sukan Pentadbiran Tanah Dan Daerah Negeri Pahang Kali Ke 4 Tahun 2017

1.2 Kecuali apa yang tersebut di dalam peraturan yang menguasai pertandingan ini, maka Undang-undang Persatuan Bola Tampar Antarabangsa hendaklah diikuti.

2.0 PENDAFTARAN PEMAIN

2.1 Bilangan Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai tidak lebih dari 10 orang pemain dalam Borang Pendaftaran Perlawanan.

2.2 Kelayakan Rujuk Perkara 9 Peraturan Am Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah Pahang 2017.

3.0 PASUKAN DAN MASA BERMAIN

3.1 Pasukan Tiap-tiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 6 pemain di padang sebelum satu-satu pertandingan dimulakan.

4.0 PAKAIAN/ALAT

4.1 Pakaian Pakaian yang seragam dan bersesuaian dengan permainan bola tampar.

4.2 Alat. Bola perlawanan akan disediakan oleh pihak penganjur.

5.0 SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara liga dalam kumpulan pada peringkat awal dan secara kalah Mati (Knock Out) pada pusingan berikutnya.

Page 2: PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAKptg.pahang.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/Peraturan-Bola-Tampa… · peraturan dan undang-undang pertandingan bola tampar kejohanan sukan pentadbiran

5.2 Pada peringkat separuh akhir, juara kumpulan A akan menentang naib juara kumpulan B, manakala satu lagi separuh akhir ialah juara kumpulan B akan menentang naib juara kumpulan A.

5.3 Pada peringkat kumpulan, pemain hanya akan bermain satu set perlawanan sahaja dengan sistem kiraan 35 mata. Mana-mana pasukan yang mencapai mata ke-35 dikira sebagai pemenang.

6.0 KELEWATAN

Masa selama 15 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma.

7.0. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang/gelanggang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, akibat hal-hal yang di luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola.

8.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.