peraturan pertandingan

10
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK LELAKI (11 SEBELAH) 1. AM Pertandingan ini diadakan sempena Hari Guru Peringkat Daerah Saratok 1

Upload: mohamad-tarmimie-bin-ali

Post on 18-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

BOLA SEPAK

TRANSCRIPT

PERATURAN PERTANDINGAN

BOLA SEPAK LELAKI (11 SEBELAH)1. AMPertandingan ini diadakan sempena Hari Guru Peringkat Daerah Saratok

2. PENGELOLAPertandingan ini dikelolakan oleh Majlis Guru Besar Zon Roban bersama Pejabat Pendidikan Daerah Saratok.

3. PENDAFTARAN PEMAIN3.1 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar tidak lebih dari dua puluh (20) orang pemain.

3.2 Pendaftaran hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan.

3.3 Pemain-pemain didaftarkan hendaklah mengikut kategori seperti berikuta) Pemain berumur di antara 46 tahun hingga 60 tahun- 6 orang (No Jersi Pemain 16 hingga 21 kecuali penjaga gol) b) Pemain berumur di antara 35 tahun hingga 45 tahun- 7 orang (No Jersi pemain 9 hingga 15 kecuali penjaga gol)c) Pemain berumur di antara 18 tahun hingga 34 tahun- 7 orang (No Jersi pemain 2 hingga 8 kecuali penjaga gol)

4. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN4.1 Tarikh pertandingan ialah pada 23/5/2015 hingga 24/5/2015 bertempat di padang Majlis Daerah Saratok.4.2 Masa pertandingan bermula pada pukul 7.00 pagi hingga petang bagi kedua-dua hari tersebut

5. PERATURAN PERTANDINGAN5.1 Masa bagi semua perlawanan adalah seperti berikut:Separuh masa pertama : 20 minitMasa berehat : 5 minitSeparuh masa kedua : 20 minit

5.2 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada dalam padang lima (5) minit sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan jika sesuatu pasukan gagal berada dalam padang atau gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) pemain.selepas lima (5) minit dari masa perlawanan sepatutnya dimulakan.

5.3 Dalam setiap perlawanan setiap pasukan perlu menyediakan 11 orang pemain utama yang terdiri daripadaa) Pemain berumur di antara 46 tahun hingga 60 tahun- 3 orangb) Pemain berumur di antara 35 tahun hingga 45 tahun- 4 orangc) Pemain berumur di antara 18 tahun hingga 34 tahun- 4 orang

6. PERTUKARAN PEMAIN6.1 Pasukan yang hendak membuat pertukaran pemain semasa perlawanan hendaklah memastikan bahawa pemain gantian tersebut hendaklah pemain dalam kategori umur yang sama dengan pemain yang hendak ditukarkan atau pemain pada kategori umur yang lebih tua boleh menggantikan pemain pada kategori umur yang lebih muda.

6.2 Bagi pemain kategori umur 46 tahun hingga 60 tahun peraturan pertukaran Rolling substitute diguna pakai.

6.3 Bagi kategori yang lain sistem pertukaran pemain adalah berdasarkan undang- undang FIFA cuma semua pemain simpanan dibenarkan bermain dalam sesuatu perlawanan ( 3 pertukaran untuk setiap kategori boleh dilakukan ) 6.4 Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui pembantu pengadil pertama dan semasa bola tidak di dalam permainan.

7. PERATURAN AM7.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.

7.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu (1) kad merah dalam satu (1) perlawanan dan diperintahkan keluar padang, pemain tersebut tidak boleh bermain dalam satu (1) perlawanan berikutnya.

7.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam satu (1) perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam satu (1) perlawanan berikutnya.

7.4 Sekiranya dua (2) pasukan yang bertanding memakai jersi yang sama warnanya, salah satu pasukan hendaklah menggunakan jersi kedua berdasarkan undian yang dibuat oleh pihak pengadil. Pasukan hendaklah bersetuju menggunakan bib yang disediakan oleh pihak pengelola sekiranya tidak mempunyai jersi yang kedua

7.6 Penjaga gol semasa bermain dalam perlawanan akan memakai warna yang berbeza daripada kedua-dua pasukan yang bertanding dan juga berbeza daripada pengadil.

7.7 Semua pemain mesti memakai jersi yang lengkap dengan pelapik tulang kering (shin guard) dan pemain akan diberi amaran serta tidak dibenarkan bermain di dalam perlawanan tersebut. Kesalahan yang berulang kali akan menyebabkan pasukan itu disingkir daripada pertandingan.

8. FORMAT PERTANDINGAN8.1 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati ( knock out)8.2 cabutan undi akan dibuat pada 5/5/2015 atau selewat-lewatnya pada 21/5/2015 Bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Saratok.

9. YURAN DAN HADIAH9.1 Yuran adalah percma9.2 Hadiah berupa piala dan medal atau hamper

10.BANTAHAN

4 5 6 7 8 9 10 10.1 Jika terdapat bantahan oleh mana-mana pasukan terhadap mana-mana pasukan yang lain, pasukan yang membantah perlu menyertakan wang pertaruhan bantahan sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Ringgit sahaja).

10.2 Selepas bantahan diterima, satu mesyuarat AJK Teknikal/Bantahan akan diadakan oleh penganjur kejohanan dengan disertai oleh pengadil perlawanan tersebut dan kedua-dua pengurus pasukan (pasukan yang membantah dan dibantah)

10.3 Ahli jawatankuasa Bantahan adalah seperti berikuti. Pegawai Pendidikan Daerah Saratokii. Pegawai Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Saratokiii. Pengetua SMK Saratokiv. Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Saratokv. Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Roban

10.4 Segala keputusan bantahan akan diputuskan oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa Teknikal/Bantahan dan sekiranya bantahan didapati berasas dan mempunyai justifikasi yang kukuh, ianya akan diterima oleh penganjur kejohanan dan wang pertaruhan bantahan akan diserahkan semula kepada pasukan yang membantah. Jika tidak, wang bantahan akan dikira hangus.

10.5 Jika keputusan bantahan adalah positif dan diterima, pasukan yang membantah akan dikira pemenang (jika bantahan melibatkan perlawanan antara kedua-dua pasukan iaitu pasukan yang membantah dan dibantah)

10.6 Selain daripada bantahan yang melibatkan keputusan perlawanan untuk kedua-dua pasukan yang bertanding, bantahan lain yang boleh diterima oleh penganjur adalah yang melibatkan:

i. Pemain yang menggunakan bahan terlarang atau mabuk.

ii. Bergaduh di luar kawasan gelanggang. Walau bagaimanapun, pergaduhan yang melibatkan pemain yang sedang bermain ketika perlawanan sedang berlangsung, akan diputuskan oleh pengadil perlawanan tersebut.

iii. Pemain yang bermain untuk pasukan lain selain daripada pasukan yang disertainya secara sah.

BORANG PENYERTAANNAMA PASUKAN: ZON ROBANNAMA PENGURUS: EN. BUJANG BIN HJ LEENAMA JURULATIH: EN. JOS BIN ACHANNO. TELEFON PENGURUS/JURULATIH : 0111-0586156

SENARAI PEMAINBILNAMA PEMAINNO. KAD PENGENALANTEMPAT BERKHIDMATNO. JERSI

1. NECHOLAS DEXTER SUDOK690114-13-5191SK ULU SEBETAN

2. TADZRI BIN MALIM690121-13-5579SK ULU ROBAN

3. ELLYESS BIN AWIE681130-13-5269SK SG PASIR

4. MOHAMAD YUSUF BIN HJ MANAN680411-13-5033SK MUDONG

5. LUMPOH AK ENTAMIN660825-13-5959SK NYIAR

6. MAJENIN BIN JAHAR671231-13-5111SK ULU ROBAN

7. WAN MOHDI BIN WAN SUUD611212-13-5357SK ULU SEBETAN

8. AHMAD BIN MILAI690531-13-5117SK ENGKABANG

9. MATERANG BIN ABAS640327-13-5077SK ST PAUL

10. MOHAMAD TARMIMIE BIN ALI800220-13-5069SK SG PASIR

11. MAJUNI TOM ALLIAS770529-135943SK ST PAUL

12. YUSOF BIN WAHAB800122-13-5487SK ST MICHEAL PLASSU

13. KEMARAU AK ISA810127-13-5901SK SUPOK

14. ISYA BIN BAKI770803-13-5795SK SG PASIR

15. NIK AHMAD ZAIRI900325-03-5767SK ULU SEBETAN

16. MUHAMMAD KHAIRI SHAMSUDDIN890820-14-6099SK ULU ROBAN

17. VESLER IFAN900502-13-7175SK ULU SEBETAN

18. MUHAMMAD SYUKRI BIN WAHID901224-13-5163SK SUPOK

19. NOOR SYAFIQ AIMAN BIN MOHD ISA890909-02-6147SK LICHOK

20.

Saya seperti nama di atas dengan ini mengaku bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pasukan ini dan tidak akan membuat sebarang tuntutan di atas sebarang kecelakaan terhadap pasukan saya dari pihak penganjur.

....

T/tangan PengurusTarikh

8