peraturan olahraga 2013

4
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKTPP KALI KE-11, 2013 PERATURAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKTPP KALI KE-11 TAHUN 2013 1. UNDANG-UNDANG Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia 1995/1996, Peraturan-peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri Johor (MSSMJ) Edisi 1996 dan Peraturan-Peraturan Pertandingan Olahraga 1997. 2. ACARA SERTA UKURAN DAN TIMBANGAN ALAT-ALAT PERTANDINGAN Bi l Acara Lelaki Perempuan D C B A D C B A 1 100 m X X X X X X X X 2 200 m X X X X X X 3 4 x 50 m X X 4 4 x 100 m X X X X X X 5 4 x 200 m X X X X X X 6 Lompat Tinggi X X X X X X 7 Lompat Jauh X X X X X X 8 Lontar Peluru X 2.72 kg X 2.72 kg X 2.72 kg X 2.72 kg 9 Rejam Lembing X 0.762 m X 0.762 m X 0.762 m X 0.762 m Jumlah 2 6 8 8 2 6 8 8 Kategori A :Tahun 6 Kategori B : Tahun 5 dan 4 Kategori C : Tahun 3 dan 2 Kategori D : Tahun 1 Pend. Khas : Junior (50 m) Senior (100 m) Lelaki dan Perempuan Guru/Kakitangan : 100 m Lelaki dan Perempuan 2.1 Acara 4 x 100 m 2.1.1 Pelari pertama akan menggunakan lorong sendiri dan akan bermula di garisan permulaan yang telah ditetapkan. 2.1.2 Pelari kedua akan bersedia di garisan yang telah ditetapkan di lorong sendiri. 2.1.3 Pelari ketiga bersedia di lorong masing-masing dan boleh memotong masuk (cut- in) ke lorong pertama setelah menerima baton. 2.1.4 Pelari terakhir akan bersedia mengikut kedudukan masing-masing dan boleh memotong masuk (cut-in) ke lorong pertama setelah menerima baton. 2.2 Acara 4 x 200 m 2.2.1 Pelari pertama akan menggunakan lorong sendiri dan akan bermula di garisan permulaan yang telah ditetapkan. 2.2.2 Pelari kedua akan bersedia di garisan yang telah ditetapkan di lorong sendiri dan boleh memotong masuk (cut-in) ke lorong pertama setelah menerima baton. 2.2.3 Pelari ketiga bersedia di lorong masing-masing mengikut kedudukan dan boleh memotong masuk (cut-in) ke lorong pertama setelah menerima baton. 2.2.4 Pelari terakhir akan bersedia mengikut kedudukan masing-masing dan boleh memotong masuk (cut-in) ke lorong pertama setelah menerima baton. 3. ACARA SARINGAN UNTUK 100m DAN 200m 3.1 Acara saringan dibahagikan kepada 2 saringan iaitu Saringan 1 dan Saringan 2 . 3.2 Hanya 8 peserta terpilih daripada 12 peserta akan layak ke pertandingan akhir. 1

Upload: medaus85

Post on 24-Dec-2015

260 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

track n field law

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN OLAHRAGA 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANGSKTPP KALI KE-11, 2013

PERATURAN

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANGSKTPP KALI KE-11 TAHUN 2013

1. UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia 1995/1996, Peraturan-peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri Johor (MSSMJ) Edisi 1996 dan Peraturan-Peraturan Pertandingan Olahraga 1997.

2. ACARA SERTA UKURAN DAN TIMBANGAN ALAT-ALAT PERTANDINGAN

Bil AcaraLelaki Perempuan

D C B A D C B A1 100 m X X X X X X X X2 200 m X X X X X X3 4 x 50 m X X4 4 x 100 m X X X X X X5 4 x 200 m X X X X X X6 Lompat Tinggi X X X X X X7 Lompat Jauh X X X X X X

8 Lontar PeluruX

2.72 kgX

2.72 kgX

2.72 kgX

2.72 kg

9Rejam Lembing

X0.762 m

X0.762 m

X0.762 m

X0.762 m

Jumlah 2 6 8 8 2 6 8 8

Kategori A :Tahun 6 Kategori B : Tahun 5 dan 4 Kategori C : Tahun 3 dan 2 Kategori D: Tahun 1

Pend. Khas : Junior (50 m) Senior (100 m) Lelaki dan PerempuanGuru/Kakitangan : 100 m Lelaki dan Perempuan

2.1 Acara 4 x 100 m2.1.1Pelari pertama akan menggunakan lorong sendiri dan akan bermula di garisan permulaan yang telah

ditetapkan.2.1.2Pelari kedua akan bersedia di garisan yang telah ditetapkan di lorong sendiri.2.1.3Pelari ketiga bersedia di lorong masing-masing dan boleh memotong masuk (cut-in) ke lorong pertama

setelah menerima baton.2.1.4Pelari terakhir akan bersedia mengikut kedudukan masing-masing dan boleh memotong masuk (cut-in) ke

lorong pertama setelah menerima baton.

2.2 Acara 4 x 200 m2.2.1Pelari pertama akan menggunakan lorong sendiri dan akan bermula di garisan permulaan yang telah

ditetapkan.2.2.2Pelari kedua akan bersedia di garisan yang telah ditetapkan di lorong sendiri dan boleh memotong masuk

(cut-in) ke lorong pertama setelah menerima baton.2.2.3Pelari ketiga bersedia di lorong masing-masing mengikut kedudukan dan boleh memotong masuk (cut-in)

ke lorong pertama setelah menerima baton.2.2.4Pelari terakhir akan bersedia mengikut kedudukan masing-masing dan boleh memotong masuk (cut-in) ke

lorong pertama setelah menerima baton.

3. ACARA SARINGAN UNTUK 100m DAN 200m

3.1 Acara saringan dibahagikan kepada 2 saringan iaitu Saringan 1 dan Saringan 2 .3.2 Hanya 8 peserta terpilih daripada 12 peserta akan layak ke pertandingan akhir.3.3 Pemenang tempat pertama dan kedua setiap saringan sahaja layak secara “automatik” , manakala 4

peserta lagi akan dipilih mengikut catatan masa yang terbaik.

4. HADIAH-HADIAH

4.1 Acara individu : Pertama, Kedua dan Ketiga4.2 Acara berpasukan : Pertama, Kedua dan Ketiga (4 pingat akan diberi kepada yang berjaya)

5. CARA PERTANDINGAN

5.1 Setiap pasukan rumah tidak dibenarkan menghantar tidak lebih daripada 2 orang peserta bagi setiap acara individu dan 1 pasukan bagi setiap acara lari berganti-ganti.

5.2 Bilangan maksimum penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut :-

Kategori Individu Lari Berganti-gantiA, B dan C 2 1

1

Page 2: PERATURAN OLAHRAGA 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANGSKTPP KALI KE-11, 2013

6. PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA

6.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat pada atau sebelum 20 SEPTEMBER 2013 dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang dihantar oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir diri peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Pengurus Pasukan masing-masing.

6.2 Peserta yang mengambil bahagian dalam acara berganti-ganti dikehendaki mendaftar juga.

7. TARIK DIRI DAN PENGANTIAN

7.1 Mesyuarat Pengundian.7.1.1Mesyuarat pengundian akan diadakan sebelum kejohanan.

7.2 Penarikan Diri Semasa Kejohanan7.2.1Jika didapati seseorang peserta, setelah disahkan pada taklimat Pengurus Pasukan, tidak mengambil

bahagian dalam sesuatu acara kecuali dengan mengemukakan surat pengesahan Pegawai Perubatan Kejohanan, maka peserta ini dianggap sebagai menarik diri tanpa sebab. Oleh itu, peserta tersebut tidak dibenarkan menyertai lagi acara-acara seterusnya yang didaftar atas namanya.

7.2.2Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal tanpa surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara-acara seterusnya yang didaftar atas namanya.

7.2.3Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan Kejohanan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan syarat peserta tersebut mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan.

8. MELAPORKAN DIRI PESERTA

8.1 Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara balapan dan 45 minit bagi acara padang sebelum waktu yang dijadualkan. Selepas itu mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh penyelia Peserta.

8.2 Peserta-peserta tidak dibenarkan melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan.8.3 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap, nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin di setiap

sudut.8.4 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara mereka dimulakan, mereka tidak

dibenarkan mengambil bahagian dan akan dianggap sebagai telah menarik diri.

9. PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

9.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila masuk dan keluar dari arena pertandingan.9.2 Bagi acara balapan, selepas sesuatu perlumbaan tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong masing-

masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka. Kemudian, berbaris balik ke tempat peserta dengan serta-merta.

10. CARA MENANDA DI TEMPAT PERTANDINGAN

10.1 Peserta tidak dibenarkan menanda menggunakan bahan-bahan yang sama dengan penanda / garisan di tempat pertandingan. Peserta hendaklah menggunakan bahan yang berlainan dari penanda / garisan di tempat pertandingan dan tidak mendatangkan kemudaratan atau berisiko.

11. UKURAN TINGGI PERMULAAN

11.1 Ukuran tinggi permulaan adalah sepeti berikut :-

Lompat TinggiKategori Lelaki PerempuanA dan B 0.9 m 0.8 m

C 0.8 m 0.7 m

12. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN DAN PENENTUAN KEDUDUKAN

12.1 Cara memutuskan keputusan kejohanan dan penentuan kedudukan keseluruhan adalah berdasarkan kepada mata kutipan keseluruhan. Pungutan mata adalah seperti yang berikut :-

Kedudukan Pertama Kedua Ketiga KeempatMata 5 3 2 1

12.2 Jka berlaku kedudukan seri (sama), maka keputusan pemenang akan dikira seperti berikut :-12.2.1 Jika pungutan mata sama maka kiraan jumlah emas akan dibuat.12.2.2 Jika seri lagi maka kiraan pingat perak akan dibuat.12.2.3 Jika seri lagi maka kiraan pingat gangsa akan dibuat.12.2.4 Jika seri lagi maka pasukan tersebut akan menang bersama.

2

Page 3: PERATURAN OLAHRAGA 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANGSKTPP KALI KE-11, 2013

13. HURUF-HURUF PENGENALAN PASUKAN RUMAH

BIL NAMA RUMAH KOD RUMAH NOMBOR KATEGORI1 MERAH M

A ( 01 – 20 )B ( 21 – 40 )C ( 41 – 50 )D ( 51 – 60 )

2 KUNING K3 HIJAU H4 BIRU B5 OREN/JINGGA J6 UNGGU U

14. KAIN NOMBOR PESERTA

14.1 Kain berwarna putih.14.2 Saiz kain - 26 cm x 15 cm14.3 Saiz nombor - Tinggi huruf dan nombor - 12 cm

- Lebar huruf dan nombor - 4.5 cm – 5.0 cm- Tebal huruf dan nombor - 1.5 cm- Warna huruf dan nombor - Hitam

15. BANTAHAN

15.1 Segala bantahan hendaklah mengikut Peraturan KOAM, kecuali perkara-perkara yang berikut :-15.1.1 Jika masalah berkenaan dengan kelayakan (status) seseorang peserta tidak dapat diselesaikan

dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protes). Kemudian perkara tersebut akan dikemukakan kepada pihak Pengurusan Kejohanan untuk dibincangkan status peserta.

15.2 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada :-15.2.1 Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal.15.2.2 Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir.

15.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00.

16. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

16.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik Olahraga berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pindaan Pengurus-pengurus Pasukan akan diberitahu kelak.

16.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tiada dalam Undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) 1995/1996, Peraturan-peraturan Am MSSMJ edisi 1996 atau Peraturan-peraturan Kejohanan Olahraga 1996.

17. HAL-HAL LAIN

17.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Orang yang tidak berkenaan DI LARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.

17.2 Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

17.3 Jawatankkuasa Pengelola tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota/harta benda atau sebarang kecederaan walaupun beberapa persediaan telah diambil yang berlaku seperti berikut :-17.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balilk dari sekolah ke tempat pertandingan dan sebaliknya.17.3.2 Semasa kejohanan dijalankan.17.3.3 Di dalam dan di luar kawasan pertandingan.17.3.4 Di tempat-tempat pertandingan.

17.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin, setakat mana yang munasabah.

3