peraturan mssd b12 9s pasir puteh

3
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSD BAWAH 12 TAHUN PPD PASIR PUTEH 1. NAMA PERTANDINGAN 1.1 Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak MSSD 2015 1.2 (9 Sebelah) Peringkat Umur Bawah 12 Tahun. 2. PENGANJURAN 2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Teknik Bolasepak MSSD Pasir Puteh. 3. PENGELOLAAN 3.1 Pertandingan ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah Daerah, PPD Pasir Puteh. 4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN 4.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut undang- undang permainan bola sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh FIFA berkuatkuasa sekarang. 4.2 Undang-undang permainan bagi 12 Tahun dan ke bawah adalah sebagaimana yang berkuatkuasa (4.1) diatas melainkan : a) Ukuran Padang : Berdasarkan ukuran MSSM. b) Bola : Bersaiz 4. 4.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:- 4.3.1 Keputusan berasaskan kepada PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA 4.3.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada keputusan Jawatankuasa Teknikal Bola Sepak MSSD PPD Pasir Puteh berpandukan Undang- undang FIFA. 4.4 Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah muktamad 5. PENYERTAAN 5.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua pasukan ZON MSSD Pasir Puteh. 5.2 Setiap Zon yang menyertai pertandingan ini hanya boleh mendaftar satu pasukan sahaja. 5.3 Setiausaha Jawatankuasa Pertandingan akan menguruskan permohonan-permohonan dan akan menetapkan tarikh tutup permohonan tertakluk kepada keputusan atau arahan tertentu yang dibuat dari semasa ke semasa. 6. KELAYAKAN PEMAIN 6.1 Seorang pemain terdiri dari pelajar sekolah dan warganegara Malaysia adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 6.2 Seorang pemain hanya layak didaftar untuk satu satu (1) pasukan sahaja. 6.3 Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada Jawatankuasa Pertandingan dan Status seperti berikut 6.3.1 Pemain mesti mengemukakan Salinan Surat Beranak yang telah disahkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan. 6.4 Kelayakan umur pemain adalah lahir pada atau selepas tahun 2002 6.6 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status pemain ke atas mana-mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad. 7. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN 7.1 Pendaftaran Pemain 7.1.1 Setiap pemain mesti mendaftar lima belas (15) orang pemain dalam Borang Pendaftaran Pemain MSSD. Hanya pemain yang berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 7.2 Pendaftaran Pegawai 7.2.1 Setiap pegawai pasukan hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (DG) yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah. i. Setiap pasukan boleh mendaftar pegawai yang dikehendaki. 1

Upload: ahmad-fadzil

Post on 08-Nov-2015

237 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

per

TRANSCRIPT

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSM

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSDBAWAH 12 TAHUN PPD PASIR PUTEH

1.NAMA PERTANDINGAN1.1 Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak MSSD 2015 1.2 (9 Sebelah) Peringkat Umur Bawah 12 Tahun.

2.PENGANJURAN2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Teknik Bolasepak MSSD Pasir Puteh.

3.PENGELOLAAN3.1Pertandingan ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah Daerah, PPD Pasir Puteh.

4.UNDANG-UNDANG PERMAINAN4.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang permainan bola sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh FIFA berkuatkuasa sekarang.4.2 Undang-undang permainan bagi 12 Tahun dan ke bawah adalah sebagaimana yang berkuatkuasa (4.1) diatas melainkan :

a)Ukuran Padang : Berdasarkan ukuran MSSM.

b) Bola: Bersaiz 4.

4.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-4.3.1 Keputusan berasaskan kepada PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA4.3.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada keputusan Jawatankuasa Teknikal Bola Sepak MSSD PPD Pasir Puteh berpandukan Undang-undang FIFA.

4.4Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah muktamad

5.PENYERTAAN5.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua pasukan ZON MSSD Pasir Puteh.5.2 Setiap Zon yang menyertai pertandingan ini hanya boleh mendaftar satu pasukan sahaja.5.3 Setiausaha Jawatankuasa Pertandingan akan menguruskan permohonan-permohonan dan akan menetapkan tarikh tutup permohonan tertakluk kepada keputusan atau arahan tertentu yang dibuat dari semasa ke semasa.

6.KELAYAKAN PEMAIN6.1 Seorang pemain terdiri dari pelajar sekolah dan warganegara Malaysia adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini.6.2 Seorang pemain hanya layak didaftar untuk satu satu (1) pasukan sahaja.6.3 Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada Jawatankuasa Pertandingan dan Status seperti berikut6.3.1 Pemain mesti mengemukakan Salinan Surat Beranak yang telah disahkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan.6.4 Kelayakan umur pemain adalah lahir pada atau selepas tahun 2002 6.6Sebarang pertelingkahan atas hak atau status pemain ke atas mana-mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad.

7.PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN7.1 Pendaftaran Pemain7.1.1Setiap pemain mesti mendaftar lima belas (15) orang pemain dalam Borang Pendaftaran Pemain MSSD. Hanya pemain yang berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 7.2 Pendaftaran Pegawai7.2.1 Setiap pegawai pasukan hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (DG) yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah. i. Setiap pasukan boleh mendaftar pegawai yang dikehendaki. 7.2.2 Jika pasukan menggunakan khidmat pegawai bukan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran khasnya jurulatih, mereka boleh mengikuti pasukan itu tetapi tidak boleh didaftarkan dalam Borang pendaftaran pasukan.Pegawai ini setaraf dengan penonton, Segala tunjuk ajar hendaklah dibuat di luar permainan.7.3 Semua borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh Pengerusi Permainan Zon. 7.4 Kesemua pemain boleh disenaraikan semasa perlawanan di mana sembilan (9) pemain utama dan enam (6) pemain simpanan. Pendaftaran itu adalah seperti yang dinamakan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

8.FORMAT PERTANDINGAN8.1 Sistem pertandingan dijalankan mengikut Peraturan AM MSSM (Peraturan 10)8.2 Peraturan permainan liga digunakan seperti ketetapan berikut:8.2.1 Pemberian mata Menang tiga (3) mata, Seri satu (1) mata dan kalah kosong (0) mata8.2.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau melapor diri lewat dari 15 minit selepas waktu pertandingan yang diistiharkan dalam Jadual Pertandingan, maka pasukan yang hadir dengan cukup bilangan pemain iaitu sembilan (9) pemain akan diberikan kemenangan percuma, dengan perolehi tiga (3) mata dan jaringan 3 - 0.8.2.3 Penarikan diri mana-mana pasukan semasa kejohanan sedang berlangsung adalah tidak dibenarkan.Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri perlawanan ini, dengan apa sebab sekalipun, mata dan jaringan gol yang masuk atau kena dalam semua perlawanan yang dimainkan olehnya tidak diambil kira. 8.2.4 Setelah selesai semua perlawanan liga, dua pasukan yang teratas dalam kumpulan akan layak masuk pertandingan Separuh Akhir. 8.2.5 Pemenang perlawanan peringkat Separuh akhir akan bermain pada peringkat Akhir. 8.2.6 Pada peringkat liga jika ada dua atau lebih pasukan dalam kumpulan, telah mengutip jumlah mata yang sama maka penentuan kedudukan dalam kumpulan adalah mengikut hierarki berikut :-

1. perbezaan gol2. jumlah jaringan gol3. pasukan yang pernah mengalahkan lawan4. lambungan syiling

8.3 Sekiranya dalam perlawanan kalah keluar, terdapat seri setelah tamat tempoh masa bermain tiada masa tambahan diberi. Pemenang akan ditentukan menerusi sepakan dari tanda penalti mengikut peraturan yang berkuatkuasa.

9 JANGKA MASA PERMAINAN9.1 Masa permainan ialah lima belas (20) minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak melebihi lima (5) minit. 9.2 Tiada masa tambahan diperuntukan pada peringkat kalah keluar..

10. PENGGANTIAN PEMAIN10.1. Tidak lebih dari enam (6) pemain yang didaftar dalam satu perlawanan itu boleh diganti. Mana-mana pemain yang diganti tidak dibenarkan bermain semula dalam perlawanan yang sama termasuk sepakan dari tanda penalti.

11. PAKAIAN PEMAIN11.1. Semua pemain hendaklah memakai jersi yang didaftar, dengan nombornya mengikut nama pemain tersebut sepanjang kejohanan. Sebarang pengiklanan jenama rokok, minuman keras, lambang/bertulis parti politik juga tidak dibenarkan dipamer.11.2. Setiap pemain mesti memakai kasut bola boot , stokin dan alas betis shin guard.hendaklah mengikut spesifikasi yang dibenarkan. 11.3. Pemain yang memakai Thigh atau Thermal atau Body Fit hendaklah bersamaan warna utama seluar dan warna lengan baju.11.4. Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan dan sekiranya digantikan, lilitan lengan itu hendaklah diberi kepada pemain lain yang mengambil alih.11.5. Setiap pasukan mesti menyediakan dua (2) set jersi dan mewartakan warna jersi sebagai tuan rumah dalam borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan warna jersi, maka pasukan pelawat perlu menukarkan jersi tersebut kecuali pasukan tuan rumah tidak menggunakan warna jersi yang diisytiharkan.

12. JADUAL PERLAWANAN 12.1. Jawatankuasa Teknikal / Pertandingan Bolasepak MSSD Pasir Puteh akan menyediakan Jadual Pertandingan dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian dan persetujuan pengelola.12.2. Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangka, maka keputusan tentang perlawanan berkenaan akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola.12.3. Mana-mana perlawanan yang tertangguh akan dimainkan semula baki masa permainan yang tertangguh.

13. MINIMA PEMAIN 13.1. Setiap pasukan mesti mempunyai minima pemain sembilan (7) orang sebelum memulakan perlawanan.13.2. Jika permainan dihentikan, kerana salah satu pasukan mempunyai kurang dari 6 (enam) orang pemain, maka pasukan lawan akan diberi kemenangan 3 0 atau jaringan semasa perlawanan dihentikan atau perlawanan tamat, jika ianya lebih.

14. TINDAKAN TATATERTIB14.1. Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan Bola Sepak MSSD akan berbincang perkara-perkara yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada Pengadil Bertugas dan pasukan-pasukan yang terlibat. Pasukan yang terlibat dan Pengadil Bertugas tidak boleh mengambil bahagian dalam undian semasa perkara berkenaan sedang dipertimbangkan.

15. BANTAHAN15.1. Bantahan setiap pasukan mestilah dibuat secara bertulis oleh hanya Pengurus Pasukan kepada Setiausaha Pengelola dan hendaklah diterima dalam masa 30 minit selepas tamat perlawanan berkenaan berserta wang tunai Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja (RM300.00). Wang tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan tersebut tidak berjaya.15.2. Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara dan fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

16. ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN16.1. Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan tiap-tiap pegawai dan pemain termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkah laku yang dihormati berdasarkan semangat sukan yang tulen.16.2. Tertakluk kepada pengesahan MSSD, Jawatankuasa Pengelola boleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pemain, pegawai dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan pertandingan atau objektif pertandingan ini keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pemain atau pegawai dari apa penglibatan bagi sebarang jangka masa yang ditimbang sesuai.

17. HAK PEMAIN17.1. Menjadi kewajipan pemain-pemain yang menyertai kejohanan MSSD diwajibkan mewakili pasukan MSSD ke mana-mana pertandingan peringkat tertinggi kecuali atas sebab-sebab kecederaan yang teruk dan disahkan oleh doktor kerajaan.17.2. Keengganan pemain mewakili pasukan MSSD adalah dibawah tanggungjawab Setiausaha MSSD Pasir Puteh.

18. PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA18.1. Peraturan AM MSSD 19 dirujuk.

19. BAYARAN PENDAFTARAN19.1. Setiap pasukan dikehendaki membayar RM 70.00 semasa membuat pendaftaran.

1