peraturan kejohanan bola sepak u12

11
UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN – PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK (9 SEBELAH ) BAWAH 12 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH – SEKOLAH DAERAH GOMBAK 2010. 01. NAMA KEJOHANAN Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Sepak ( 9 sebelah ) umur 12 Tahun ke bawah Majlis Sukan Sekolah Sekolah Daerah Gombak. 02. PENGELOLAAN 2.1 Pertandingan ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah Sekolah Selangor dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah Sekolah Daerah Gombak. 2.2 Keseluruhan kawalan dan pengurusan pertandingan adalah di bawah Jawatankuasa Pertandingan yang tertakluk kepada Arahan Am Jawatankuasa Pengelola. Jawatankuasa Pertandingan juga akan bertindak sebagai Jawatankuasa Tatatertib bagi pihak Jawatankuasa Kejohanan ini. 03. UNDANG – UNDANG PERMAINAN 3.1 Selain daripada peraturan yang terkandung, pertandingan ini dijalankan mengikut Peratuaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 3.2 Segala perkara yang dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan mengikut Peraturan Am MSSM dan Peraturan Am MSSS atau keputusan Jawatankuasa Pertandingan atau Jawatankuasa Pengelola yang mana keputusannya adalah muktamad. 3.2.1 Undang undang 1 berhubung ukuran padang dan gol adalah seperti berikut ; Panjang padang 73.15 82.30 meter Lebar padang 54.86 64.01 meter Kawasan gol 14.63 x 4.57 meter Kawasan penalti 32.92 x 13.72 meter Jarak tendangan gol 9.14 meter Jejari bulatan tengah 7.32 meter Tinggi gol 7 kaki (2.13 meter) Lebar gol 7 ela ( 6.40 meter ) Saiz tiang gol 4 x 4 inci Saiz garisan 4 x 4 inci 3.2.2 Saiz bola adalah saiz empat ( 4 )

Upload: nasoha

Post on 27-Dec-2015

153 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

Undang-undang kejohanan bola sepak bawah 12 tahun.

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK U12

UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN – PERATURAN

KEJOHANAN BOLA SEPAK (9 SEBELAH ) BAWAH 12 TAHUN

MAJLIS SUKAN SEKOLAH – SEKOLAH DAERAH GOMBAK 2010.

01. NAMA KEJOHANAN

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Sepak ( 9 sebelah ) umur 12 Tahun ke bawah Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Daerah Gombak.

02. PENGELOLAAN

2.1 Pertandingan ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Selangor

dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Daerah Gombak.2.2 Keseluruhan kawalan dan pengurusan pertandingan adalah di

bawah Jawatankuasa Pertandingan yang tertakluk kepada Arahan Am Jawatankuasa Pengelola. Jawatankuasa Pertandingan juga akan bertindak sebagai Jawatankuasa Tatatertib bagi pihak Jawatankuasa Kejohanan ini.

03. UNDANG – UNDANG PERMAINAN

3.1 Selain daripada peraturan yang terkandung, pertandingan ini dijalankan mengikut Peratuaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

3.2 Segala perkara yang dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan mengikut Peraturan Am MSSM dan Peraturan Am MSSS atau keputusan Jawatankuasa Pertandingan atau Jawatankuasa Pengelola yang mana keputusannya adalah muktamad.

3.2.1 Undang – undang 1 berhubung ukuran padang dan gol adalah seperti berikut ;

Panjang padang 73.15 – 82.30 meterLebar padang 54.86 – 64.01 meterKawasan gol 14.63 x 4.57 meterKawasan penalti 32.92 x 13.72 meterJarak tendangan gol 9.14 meterJejari bulatan tengah 7.32 meter Tinggi gol 7 kaki (2.13 meter)

Page 2: PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK U12

Lebar gol 7 ela ( 6.40 meter )Saiz tiang gol 4 x 4 inciSaiz garisan 4 x 4 inci

3.2.2 Saiz bola adalah saiz empat ( 4 )

04. PENYERTAAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pasukan sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Gombak (PPDG).

05. KELAYAKAN PEMAIN

5.1 Seseorang pemain yang terdiri daripada pelajar sekolah rakyat Malaysia layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pelajar rakyat Malaysia daripada sekolah swasta yang bergabung dengan MSSD Gombak juga layak mengambil bahagian.

5.2 Seseorang pemain hanya layak mewakili sekolah tempat pelajar tersebut belajar sahaja.

5.3 Seseorang pemain hanya layak bermain dalam satu kategori peringkat umur sahaja. Seseorang pemain juga tidak dibenarkan bermain dalam pertandingan kumpulan umur yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan untuk umurnya.

5.4 Seseorang pemain yang telah didaftarkan dalam satu pasukan dalam pertandingan ini tidak layak lagi mewakili pasukan lain dalam kejohanan ini.

5.5 Kelayakan umur pemain adalah seperti berikut ;

5.5.1 Pertandingan umur 12 Tahun ke Bawah – Dilahirkan pada atau selepas 01 Januari 1998.

5.6 Dokumen pengesahan kelayakan pemain yang perlu dikemukakan bersama borang pendaftaran pemain adalah salah satu daripada berikut ;

5.6.1 Salinan surat beranak yang telah disahkan. (Disahkan oleh Guru Besar sekolah pelajar berkenaan)

5.6.2 JPN 1/9 asal.

5.7 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status mana – mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan yang mana keputusannya adalah muktamad.

06. PENDAFTARAN PEMAIN

Page 3: PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK U12

6.1 Borang pendaftaran pemain yang telah lengkap diisi dan disahkan oleh Guru Besar hendaklah diserahkan kepada Urusetia Kejohanan. Sebarang pertukaran atau tambahan pemain selepas itu tidak dibenarkan.

6.2 Hanya pemain yang didaftar dalam borang pendaftaran pemain sahaja yang boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Tiap – tiap pasukan yang bertanding hanya boleh mendaftar seramai 15 orang pemain sahaja.

6.3 Kesemua pemain boleh didaftarkan dalam borang perlawanan semasa perlawanan di mana 9 orang pemain utama dan bakinya adalah pemain simpanan.

6.4 Borang perlawanan yang lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Urusetia

Pertandingan 15 minit sebelum perlawanan bermula. Pengurus atau jurulatih daripada kedua – dua pasukan boleh memohon menyemak kesahan atau status mana – mana pemain lawan.

6.5 Sekiranya pemain yang turun bermain bagi mana – mana pasukan gagal mengemukakan dokumen pengesahan kelayakan pemain yang sah maka perlawanan tersebut boleh dimulakan atau diteruskan dalam keadaan “Under Protest”.Namun begitu dokumen pengesahan kelayakan pemain yang sah hendaklah diserahkan kepada Urusetia Perlawanan dan diperakui oleh Pengurus atau Jurulatih pasukan lawan dalam tempoh masa sebelum tamat perlawanan tersebut. Sekiranya gagal maka pasuakan lawan akan dikira menang dengan diberi tiga (3) mata dan tiga (3) jaringan gol berbalas kosong (0) atau lebih sekiranya itulah jaringan gol pada masa perlawanan ditamatkan.

07. FORMAT PERTANDINGAN

7.1 Pusingan Pertama

7.1.1 Pusingan pertama dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan.

7.1.2 Semua pasukan yang layak ke peringkat Daerah akan dibahagikan kepada empat ( 4 ) kumpulan yang akan ditetapkan oleh urusetia kejohanan. **

7.1.3 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan layak ke pusingan kedua.

7.1.4 Mata kepada pemenang diputuskan seperti berikut :

Menang : 3 mataSeri : 1 mataKalah : 0 mata

Page 4: PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK U12

7.1.5 Jika terdapat mana – mana pasukan yang gagal bermain atau berada di padang seperti yang telah dijadualkan maka kemenangan akan diberikan kemenangan kepada pasukan lawan dengan kiraan tiga (3) mata dan tiga (3) jaringan gol berbalas kosong (0).

7.1.6 Setelah selesai perlawanan liga pusingan pertama, jika terdapat dua pasukan atau lebih mempunyai mata yang sama maka :

a) Perbezaan jaringan gol akan menjadi penentu, iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang.**

b) Jika perbezaan gol sama, pasukan yang mempunyai jaringan gol yang terbanyak dikira pemenang.

c) Jika masih seri, pasukan yang pernah menewaskan lawan dikira pemenang.

d) Jika masih seri, kedudukan seri ini hendaklah diselesaikan menurut cara yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

7.2 Pusingan Kedua

7.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan diundi ke dalam kumpulan X dan Y selepas tamat semua perlawanan pusingan pertama.

7.2.2 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan yang sama pada pusingan pertama akan diundi dan ditempatkan dalam kumpulan yang berlainan.

7.2.3 Semua perlawanan dalam Pusingan Kedua akan bermain secara liga satu pusingan dalam kumpulan. Peraturan 7.1.4 dan 7.1.5 diguna pakai.

7.2.4 Johan setiap kumpulan layak ke Perlawanan Akhir, manakala Naib Johan setiap kumpulan pula akan menentukan Tempat Ke – 3 dan 4.

7.2.5 Setelah selasai pertandingan liga Pusingan Kedua, jika terdapat dua pasukan atau lebih mempunyai mata yang sama, maka Peraturan 7.1.6 diguna pakai.

7.3 Perlawanan Akhir serta Penentuan Tempat Ke – 3 dan 4.

7.3.1 Perlawanan Akhir dan perlawanan penentuan Tempat Ke – 3 dan 4 dijalankan secara kalah mati. Sekiranya mana – mana perlawanan berkesudahan dengan seri selepas

Page 5: PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK U12

tamat tempoh perlawanan sebenar, maka masa tambahan 7 minit setiap separuh masa akan diberikan.

7.3.2 Jika perlawanan masa tambahan juga berkesudahan dengan seri, maka pemenangnya akan ditentukan dengan lima (5) tendangan dari tanda penalti. Peraturan “sudden death” akan dikuatkuasakan.**

7.3.3 Pemain – pemain tidak boleh meninggalkan padang antara tempoh permainan dengan masa tambahan dan juga semasa tendangan dari tanda penalti.

08. TENDANAGAN DARI TANDA PENALTI

8.1 Tendangan dari tanda penalti jika diberikan hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh FAM dan FIFA.

09. MASA PERLAWANAN

9.1 Masa perlawanan Pusingan Pertama adalah 10 minit bagi setiap separuh masa. Manakala perlawanan di Pusingan Kedua adalah 15 minit bagi setiap separuh masa. Untuk Perlawanan Akhir dan Penentuan Tempat Ke – 3 dan 4, selama 20 minit bagi setiap separuh masa akan diberikan.

9.2 Masa rehat adalah 1 minit.

10. JADUAL PERTANDINGAN

10.1 Jadual pertandingan hendaklah ditetapkan dan disahkan dalam Mesyuarat Pengurus – Pengurus Pasukan dan Pengerusi Teknik Bola Sepak Daerah. Walaubagaimanapun Jawatankuasa Pertandingan atau atas arahan Jawatankuasa Pengelola berhak membuat pindaan kepada mana – mana bahagian jadual pertandingan jika perlu atas sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan atau atas sebab kepentingan permainan bola sepak semasa kejohanan berlangsung dimana keputusan pindaan tersebut perlu dipatuhi.

11. KELEWATAN

11.1 Setiap pasukan hendaklah berada di padang 30 minit sebelum perlawanan bermula.

Page 6: PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK U12

11.2 Masa tidak melebihi 15 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat berada di padang. Selepas daripada tempoh tersebut, pengadil berhak tidak memulakan permainan dan akan mengemukakan laporan kepada Jawatankuasa Pertandingan untuk membuat keputusan.

12. BILANGAN MINIMA PEMAIN

12.1 Sesuatu pasukan hendaklah menurunkan sekurang-kurangnya 7 orang pemain yang berdaftar berada di atas padang semasa pengadil memerintahkan perlawanan dimulakan. Mana – mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini maka kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan tiga (3) mata dan tiga (3) jaringan gol berbalas kosong (0).

12.2 Jika kedua-dua pasukan gagal menurunkan 7 orang pemain atau lebih berada di atas padang apabila pengadil memerintahkan perlawanan dimulakan mengikut masa yang dijadualkan maka pengadil hendaklah melaporkan kepada Jawatankuasa Pertandingan yang akan membuat keputusan dimana keputusannya adalah muktamad.

13. PEMAIN GANTIAN

13.1 Mana – mana 6 orang pemain simpanan boleh digantikan dalam masa sesuatu perlawanan termasuk masa tambahan. Mana – mana pemain yang digantikan tidak boleh bermain lagi dalam permainan tersebut termasuk mengambil tendangan penalti.

13.2 Pemain yang akan masuk sebagai pemain gantian hendaklah terlebih dahulu membuat pengesahan kelayakan pemain dengan Urusetia Perlawanan sebelum masuk ke padang.

14. PAKAIAN PASUKAN SERTA ALATAN PEMAIN

14.1 Setiap pasukan bagi setiap kategori umur hendaklah membawa dua (2) set jersi yang berlainan warna yang perlu didaftarkan semasa Mesyuarat Pengurus–Pengurus Pasukan dan Pengerusi Teknik Bola Sepak Daerah. Mesyuarat hendaklah memutuskan warna jersi yang akan dipakai oleh setiap pasukan bagi setiap perlawanan. Pasukan yang gagal mematuhi keputusan ini hendaklah menukar jersi sekiranya jersi kedua – dua pasukan sukar dibezakan oleh pengadil.

Page 7: PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK U12

14.2 Semua pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor seperti yang berdaftar mengikut nama pemain tersebut. Setiap pemain mesti menggunakan nombor yang sama sepanjang kejohanan tersebut. Sebarang pengiklanan jenama rokok, minuman keras dan parti politik tidak dibenarkan.

14.3 Semua pemain hendaklah berpakaian kemas dan mengikut peraturan pakaian pemain yang dikuatkuasakan oleh FAM.

14.4 Kasut bola (boots) yang mengikut peraturan yang ditetapkan dan pelapik betis (shin pads) wajib dipakai oleh semua pemain.

14.5 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan (arm band) dan sekiranya beliau digantikan maka salah seorang pemain lain yang berada di dalam padang hendaklah mengambil alih tugas.

14.6 Setiap pasukan hendaklah membawa sebiji bola yang akan dipilih oleh Pengadil sebagai bola perlawanan. Sebarang jenama bola yang mengikut peraturan dan mendapat kebenaran pengadil bertugas boleh digunakan

15. PERLAWANAN YANG DIHENTIKAN

15.1 Sekiranya pengadil menghentikan sesuatu perlawanan kerana sikap penonton, pegawai, atau pemain sesuatu pasukan yang tidak memuaskan atau yang mendatangkan ancaman maka pengadil perlawanan tersebut hendaklah membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa Pertandingan untuk membuat keputusan. Jika Jawatankuasa Pertandingan membuat keputusan bahawa sesuatu pasukan itu bersalah di atas tindakan yang telah dibuat maka kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan tiga (3) mata dan tiga (3) jaringan gol berbalas kosong (0) atau jaringan semasa perlawanan dihentikan jika ianya lebih.

16. TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN

16.1 Menarik diri atau gagal bermain dalam kejohanan atau mana – mana perlawanan tidak dibenarkan. Sekiranya berlaku, Jawatankuasa Pertandingan akan menimbang untuk membuat laporan bertulis mengenai pasukan tersebut kepada Pengerusi Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Selangor dan juga Pegawai Pendidikan Daerah Gombak. Semua perlawanan yang telah dilalui oleh pasukan tersebut dibatalkan.

Page 8: PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK U12

6.2 Sekiranya sesebuah pasukan tidak melaporkan diri untuk sesuatu perlawanan, kecuali dalam hal yang tidak dijangkakan dan sebab – sebabnya boleh diterima oleh Jawatankuasa Pertandingan atau jika sesebuah pasukan itu enggan meneruskan permainan atau meninggalkan padang sebelum tamat tempoh masa perlawanan sebenar maka pasukan yang ingkar itu dianggap telah kalah dan kemenangan diberikan kepada pasukan lawan dengan tiga (3) mata dan tiga (3) jaringan gol berbalas kosong (0). Peraturan 16.1 juga akan diguna pakai.

17. BANTAHAN

17.1 Sebarang bantahan atas perkara – perkara yang bukan berkaitan undang– undang permainan atau keputusan pengadil permainan mestilah dibuat secara bertulis Jawatankuaa Pertandingan tidak lewat daripada dua ( 2 ) jam selepas sesuatu perlawanan itu tamat. Bantahan bertulis mestilah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan disahkan oleh Pengerusi Teknik Bolasepak Daerah beserta dengan bayaran RM200.00. Wang bayaran tidak akan dikembalikan jika bantahan tersebut tidak berjaya.

18. TINDAKAN TATATERTIB

18.1 Tindakan tatatertib secara automatik akan dilaksanakan ke atas pemain atau pemain – pemain seperti berikut :

18.1.1 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang selepas menerima dua kali amaran bertulis di dalam satu perlawanan akan digantung satu perlawanan.

18.1.2 Seseorang pemain yang menerima dua kali amaran bertulis dalam dua perlawanan akan digantung satu perlawanan selepas perlawanan dimana pemain tersebut menerima amaran bertulis kali kedua. Jika pemain tersebut menerima dua kali amaran bertulis lagi dalam mana–mana perlawanan selepas itu maka pemain tersebut akan digantung satu perlawanan lagi dan begitulah seterusnya.

18.1.3 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang dalam sesuatu perlawanan akan digantung dua perlawanan berikutnya walaupun pemain tersebut telah menerima amaran bertulis sebelumnya. Jawatankuasa Pertandingan akan menimbang laporan pengadil mengenai pemain tersebut untuk tindakan selanjutnya jika perlu di mana tindakan yang lebih berat boleh dikenakan.

Page 9: PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK U12

19. ETIKA PEGAWAI

19.1 Pengurus Pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan tiap – tiap pegawai dan pemain termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkahlaku yang dihormati berdasarkan semangat sukan yang tulin.

19.2 Jawatankuasa Pengelola akan membuat laporan bertulis kepada Pengerusi Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Selangor dan Pegawai Pendidikan Daerah Gombak mengenai mana – mana pegawai atau pasukan yang bertindak tidak mengikut peraturan pertandingan atau objektif pertandingan ini keseluruhannya.

19.3 Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain atau pemain yang diturunkan semasa perlawanan sama ada sengaja atau tidak sengaja adalah dianggap sebagai kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permaian bola sepak.

20. OFF SIDE

20.1 Tiada kesalahan off side pada pertandingan 9 sebelah ini.

Page 10: PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK U12
Page 11: PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK U12

PEMBAHAGIAN PASUKAN MENGIKUT KUMPULANKEJOHANAN BOLA SEPAK ( 9 SEBELAH )BAWAH 12 TAHUN

MSSD GOMBAK 2010

KUMPULAN A KUMPULAN B

1. JOHAN GOMBAK2. N/JOHAN RAWANG3. KE – 3 HULU KLANG4. KE – 4 KUANG

1. JOHAN RAWANG2. N/JOHAN HULU KLANG3. KE – 3 KUANG4. KE – 4 GOMBAK

KUMPULAN C KUMPULAN D

1. JOHAN HULU KLANG2. N/JOHAN KUANG3. KE – 3 GOMBAK4. KE – 4 RAWANG

1. JOHAN KUANG2. N/JOHAN GOMBAK3. KE – 3 RAWANG4. KE – 4 HULU KLANG