peraturan dan panduan graduan majlis...

28
Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018 1 PERATURAN DAN PANDUAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN 2018 NOTA : Maklumat yang dinyatakan dalam panduan ini adalah benar pada masa ia dimuatnaik dan tertakluk kepada pindaan oleh pihak KPTM/KUPTM. Pihak KPTM/KUPTM berhak untuk membuat pindaan tanpa membuat pengumuman terlebih dahulu. Sila baca panduan ini dengan teliti.

Upload: danghuong

Post on 19-Mar-2019

299 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

1

PERATURAN DAN PANDUAN

GRADUAN

MAJLIS KONVOKESYEN 2018

NOTA :

Maklumat yang dinyatakan dalam panduan ini adalah benar pada masa ia dimuatnaik dan tertakluk kepada

pindaan oleh pihak KPTM/KUPTM. Pihak KPTM/KUPTM berhak untuk membuat pindaan tanpa membuat

pengumuman terlebih dahulu.

Sila baca panduan ini dengan teliti.

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

2

BIL PERKARA

MUKA

SURAT

1 PENGENALAN

3

2 PANDUAN GRADUAN

3

3 PANDUAN IBU BAPA/TETAMU

4

4 YURAN MAJLIS KONVOKESYEN

6

6 KOD PAKAIAN 8

7 JUBAH KONVOKESYEN

12

8 GAMBAR KONVOKESYEN

13

9 SKROL DAN TRANSKRIP

13

10 TERTIB DALAM DEWAN

14

11 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (TRACER STUDY)

14

12 PEGAWAI-PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI

14

13 CAWANGAN KOLEJ POLY-TECH MARA

14

14 SEMAKAN TARIKH PENTING

15

14 LAMPIRAN I-IV

17

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

3

PENGENALAN

Seluruh warga KPTM/KUPTM mengucapkan TAHNIAH kepada saudara/i kerana telah berjaya menamatkan pengajian di Kolej Poly-Tech MARA dan Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur. Maklumat berkenaan Majlis Konvokesyen KPTM ke-35 & Majlis Konvokesyen KUPTM ke 3 boleh dilayari dilaman web rasmi Konvokesyen :

http://convo.kptm.edu.my

PANDUAN GRADUAN

Raptai

1. Upacara Raptai untuk majlis ini akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 19 Oktober 2018 (Jumaat) Tempat : Dewan Plenari, Putrajaya International Convention Centre (PICC) Masa : 2.30 petang

2. Semua graduan yang akan hadir ke Majlis Konvokesyen DIWAJIBKAN menghadiri raptai supaya dapat memahami perjalanan aturcara pada hari majlis rasmi.

3. Pakaian semasa raptai hendaklah kemas dan sopan serta bersesuaian dengan majlis. Graduan lelaki hendaklah berambut pendek.

Majlis Konvokesyen Majlis Konvokesyen akan diadakan seperti berikut :

KPTM/KUPTM Sidang Tarikh Hari Masa Tempat

KUPTM Sidang 1 20 Oktober 2018 Sabtu 8.00 pagi Dewan Plenari,

Putrajaya International

Convention

Centre (PICC)

KPTM

Sidang 1 21 Oktober 2018 Ahad 8.00 pagi

Sidang 2 21 Oktober 2018 Ahad 2.00 petang

Sidang 3 22 Oktober 2018 Isnin 8.00 pagi

Sidang 4 22 Oktober 2018 Isnin 2.00 petang

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

4

Pengesahan Graduan 1. Setiap graduan yang telah menerima undangan WAJIB membuat pengesahan kehadiran

bermula 15 Ogos 2018 sehingga 30 September 2018 melalui pengesahan secara online dengan melayari laman web melalui alamat berikut : -

http ://graduan.kptm.edu.my/

2. Bayaran denda lewat (RM 50) akan dikenakan sekiranya membuat pengesahan SELEPAS 30 September 2018. Pengesahan yang dibuat selepas 18 Oktober 2018 TIDAK AKAN DITERIMA.

3. Graduan diminta untuk memuatnaik gambar ke dalam laman web konvokesyen dengan merujuk kepada lampiran II yang disertakan sekiranya belum berbuat demikian.

4. Kad Nama Graduan akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah dan hari raptai konvokesyen di Kaunter Semakan Baki & Serahan Kad Graduan. Tanpa kad nama ini graduan tidak akan dibenarkan untuk memasuki dewan konvokesyen.

PANDUAN IBU BAPA/TETAMU

Pas Masuk Tetamu Ke Majlis Konvokesyen 1. Pas Masuk akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan

jubah. Setiap graduan akan menerima satu pas masuk. Untuk pas masuk pelajar dibenarkan membawa dua (2) orang tetamu sahaja. Pas yang hilang tidak akan diganti. Pas masuk hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri majlis konvokesyen dan disimpan oleh ibu bapa graduan untuk digunakan ketika memasuki dewan. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Graduan dan tetamu juga dilarang mengambil gambar semasa majlis berlangsung.

Tempat Letak Kenderaan Graduan & Ibu bapa/Tetamu Graduan 1. Sila patuhi arahan keselamatan daripada pegawai-pegawai keselamatan yang

bertugas bagi melicinkan urusan letak kereta graduan/tetamu graduan.

2. Para graduan, ibu bapa dan tetamu hendaklah meletakkan kenderaan di ruang parkir basement bangunan PICC. Oleh kerana ruang ini terhad dan sekiranya ruang ini telah penuh, graduan, ibu bapa dan tetamu bagi sesi sebelah petang dibenarkan

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

5

meletakkan kenderaan di sekitar kawasan PICC. Sila patuhi arahan dan panduan pegawai lalulintas yang bertugas.

3. Kenderaan graduan, ibu bapa dan tetamu sekiranya dibenarkan untuk melalui

kawasan Mezzanine, adalah untuk menurunkan atau mengambil penumpang sahaja.

4. Pihak KPTM akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan (shuttle) bermula jam 11:00 pagi hingga jam 4:00 petang bagi memudahkan mereka yang meletakkan kenderaan di sekitar kawasan PICC.

5. Pihak KPTM memohon maaf diatas segala kesulitan yang dihadapi

Pakaian Ibu bapa/Tetamu Graduan 1. Pakaian Tetamu Lelaki

Pakaian rasmi/batik/kebangsaan, lengkap dan sopan. ATAU “Lounge Suit” lengkap bertali leher. SELUAR JEANS DAN KEMEJA-T TANPA KOLAR TIDAK DIBENARKAN

2. Pakaian Tetamu Perempuan

Pakaian rasmi, pakaian pejabat atau kebangsaan yang lengkap dan sopan. PAKAIAN “GAUN” ATAU “SKIRT”, “BLOUSE” TANPA LENGAN, KEMEJA-T DAN SELUAR JEANS TIDAK DIBENARKAN NOTA PENTING:

IBU BAPA/TETAMU GRADUAN ADALAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI PANDUAN BERPAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI MELANCARKAN URUSAN MASUK KE DEWAN KONVOKESYEN

Makanan/minuman Ibu bapa/Tetamu Graduan

Pihak Jawatankuasa Majlis Konvokesyen TIDAK menyediakan jamuan makan/minum untuk para graduan dan ibu bapa/tetamu. Walau bagaimanapun, pihak Putrajaya International Convention Centre (PICC) ada menyediakan kemudahan kafeteria/kantin untuk para graduan dan ibu bapa/tetamu.

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

6

YURAN MAJLIS KONVOKESYEN

1. Bagi menjayakan majlis ini, pihak KPTM telah menetapkan kadar bayaran Pakej

Graduasi yang perlu dijelaskan sebelum menghadiri Majlis Konvokesyen seperti berikut:

BAYARAN MELALUI BANK

i. Yuran Konvo : RM220.00

ii. Penyewaan jubah & Set gambar di atas pentas : RM60.00

Graduan boleh membuat bayaran berjumlah RM280.00 secara ONLINE atau di

KAUNTER TUNAI CIMB ke akaun berikut:

NAMA AKAUN : KOLEJ POLY-TECH MARA SDN BHD- IBUPEJABAT

No Akaun CIMB : 8003090511

1. BAYARAN SECARA ONLINE :

PENTING : SILA MASUKKAN MAKLUMAT BERIKUT DI RUANGAN YANG BETUL :

“RECIPIENT REFERENCE” : NAMA PELAJAR “OTHER PAYMENT DETAILS” : NO. KAD PENGENALAN (WAJIB ISI) “AMOUNT” : RM280.00

2. BAYARAN SECARA TUNAI DI KAUNTER CIMB :

SERAH MAKLUMAT BERIKUT SECARA BERTULIS KEPADA PEGAWAI YANG BERTUGAS (Maklumat tersebut akan dimasukkan ke sistem sebelum transaction slip dicetak dan diserah kepada pelajar) :

“RECIPIENT REFERENCE” : NAMA PELAJAR “OTHER PAYMENT DETAILS” : NO. KAD PENGENALAN (WAJIB ISI) “AMOUNT” : RM280.00

(Tanpa maklumat ini pembayar tidak dapat dikenalpasti dan pelajar akan mengalami kesukaran untuk membuat pengesahan kehadiran)

(slip bank – in hendaklah dibawa semasa pengambilan jubah dan raptai).

NOTA PENTING:

(Bagi mengelakkan masalah dalam mengenalpasti bayaran, kaedah bayaran melalui

Cash Deposit Machine (CDM) adalah TIDAK DIBENARKAN.)

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

7

2. Sekiranya slip bank-in tidak memaparkan nama dan no kad pengenalan pelajar, sila email slip tersebut kepada [email protected] dengan SEGERA. Nyatakan nama, no kad pengenalan dan nombor telefon graduan di dalam email tersebut. Jabatan Kewangan akan mengemaskini status bayaran yuran ke portal konvo dalam tempoh tiga hari bekerja dan graduan boleh mula membuat pengesahan kehadiran dalam tempoh tersebut. (PENTING : Sila pastikan anda mematuhi tatacara bayaran dan jelaskan yuran majlis konvokesyen lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah kelewatan membuat pengesahan kehadiran)

3. Hanya graduan yang telah menjelaskan yuran sepenuhnya (Yuran Pengajian dan Yuran Majlis Konvokesyen) akan dibenarkan membuat pengesahan kehadiran serta menghadiri majlis konvokesyen ini. Semua yuran tertunggak hendaklah dijelaskan di kolej masing-masing. Tarikh akhir pembayaran yuran konvokesyen adalah pada 30 September 2018.

4. Sila buat semakan tentang status hutang melalui alamat url berikut:-

http://graduan.kptm.edu.my/ atau

http://convo.kptm.edu.my

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

8

KOD PAKAIAN

Para graduan diminta mematuhi peraturan pakaian semasa menghadiri Majlis Konvokesyen. 1. Pakaian Graduan Lelaki

Baju Melayu berwarna Biru Gelap atau Hitam lengkap bersamping tenun / songket hitam

ATAU

Blazer Hitam lengkap berkemeja lengan panjang, seluar (Hitam) dan bertali leher berwarna Merah.

Berkasut kulit hitam yang bertumit (dress shoes), dan berstoking warna gelap; dan rambut didandan rapi dan tidak panjang melebihi paras bawah telinga.

Memakai songkok DIWAJIBKAN bagi graduan DIPLOMA MUSLIM dan tidak diwajibkan bagi graduan bukan Muslim.

2. Pakaian Graduan Perempuan Graduan Muslim berbaju Kurung atau Kebaya Labuh TANPA BELAH. WAJIB

MEMAKAI TUDUNG POLOS (TIDAK BERCORAK ATAU BERBUNGA).

Graduan bukan Muslim berbaju kemeja (blouse) berlengan panjang dan berseluar (Hitam) atau long dress atau skirt labuh di bawah paras lutut TANPA BELAH.

Kasut jenis tertutup (pump shoes) warna hitam dan bertumit tidak melebihi satu setengah inci. Selipar atau sandal atau lain-lain bentuk yang menampakkan jari kaki adalah tidak dibenarkan.

Graduan program Ijazah, Profesional (kecuali CAT) dan Master dibenarkan memilih warna tudung mengikut kesesuaian warna baju yang dipakai.

Graduan Diploma hendaklah memakai warna tudung mengikut ketetapan seperti di Jadual 1.

PENTING

PERATURAN BERPAKAIAN HENDAKLAH DIPATUHI SEBAGAIMANA YANG TELAH DITETAPKAN. GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI KOD PAKAIAN INI ADALAH TIDAK DIBENARKAN UNTUK TURUT SERTA DALAM MAJLIS INI.

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

9

JADUAL 1 (GRADUAN KPTM)

BIL FAKULTI BIL KOD

KURSUS PROGRAM

WARNA

TUDUNG

1

FAKULTI SAINS

KOMPUTER DAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT

(FSKTM)

1 CC103 Diploma in Computer Systems And Networking

2 CC132 Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) Merah Hati

(Maroon)

3 CT101 Diploma in Business Information Technology

4 CT103 Diploma in Information Technology

5 *CU203 BSc. (Hons) in Computer Science 3+0 in Collaboration with Coventry University, UK

Warna bebas

6 *CU216

BSc. (Hons) Multimedia Computing 3+0 in Collaboration with Coventry University, UK

2

FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN

(FPP)

1 AB101 Diploma In Business Management

Biru (Turquoise)

2 AB103 Diploma in Management with Multimedia

3 AB107 Diploma in Human Resource Management

4 AB108 Diploma in Entrepreneurship

3 FAKULTI

PERAKAUNAN (FPA)

1 AA101 Diploma in Accountancy

Oren

(Orange)

2 *AA231

BSc. of Arts (Hons) in Accounting and Finance 3+0 Collaboration with Dublin Business School

Warna bebas

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

10

BIL FAKULTI BIL KOD

KURSUS PROGRAM

WARNA

TUDUNG

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN

KEMANUSIAAN (FSSK)

1 AS120 Diploma Sains UiTM

Ungu (Purple)

2 BE101 Diploma in TESL

3 BE102 Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

4 BM111 Diploma Pengajian Perniagaan UiTM

5 BM114 Diploma Analisa Pelaburan UiTM

6 BM117 Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan) UiTM

7 BM119 Diploma Pengajian Perbankan UiTM

8 CS110 Diploma Sains Komputer UiTM

9 HM111 Diploma Pengurusan Pelancongan UiTM

10

BM118 Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat UiTM

11 AT101 Diploma in Tourism Management

5 FAKULTI

KEJURUTERAAN

1 ET101 Diploma In Electrical Engineering (Industrial Electronic)

Hijau Epal (Apple Green)

2 EV101 Diploma In Civil Engineering (Construction Safety)

6

FAKULTI BIO-INDUSTRI

& SAINS KESIHATAN

1 DN101 Diploma Kejururawatan

Merah

Jambu

(Pink) 2 DS102 Diploma in Agro Technology

7 FAKULTI

MULTIMEDIA KREATIF

1 CT104 Diploma in Multimedia

Emas

(Gold)

2 CT108 Diploma in Computer Graphic Design

* Contoh warna boleh dilihat pada laman web Konvokesyen KPTM *HANYA GRADUAN PROGRAM (BERTANDA *) SAHAJA DIBENARKAN memilih warna tudung mengikut kesesuaian warna baju yang dipakai.

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

11

JADUAL 2 (GRADUAN KUPTM)

BIL FAKULTI BIL KOD

KURSUS PROGRAM

WARNA

TUDUNG

1 SEKOLAH

PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

1 AA102 Diploma in Accounting And Finance

Hijau

Turqoise 2 AB107

Diploma in Human Resource Management

3 AA111/ AA112

Certified Accounting Technician (CAT)

4

*AA211 ACCA Qualification

Warna bebas

5 *AU201

Institute Of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA)

6 *AA201 Bachelor of Accountancy (Hons)

7 *AB201

Bachelor of Business Administration (Hons) Human Resource Management

8 *AB301 Master of Business Administration

2 SEKOLAH

KEMANUSIAAN DAN SAINS SOSIAL

1 BE101 Diploma in TESL

Merah (Red)

2 BK101 Diploma in Corporate Communication

3 *BK201 Bachelor of Communication (Hons) in Corporate Communication

Warna Bebas

4 *BE201 Bachelor of Arts (Hons) in Applied English Language Studies

3

SEKOLAH PENGKOMPUTERAN

DAN SAINS TEKNOLOGIKAL

1 CC101 Diploma In Computer Science Kelabu

(Gray) 2 CT101

Diploma in Business Information Technology

3 *CC202 BSc. (Hons) in Information Security

Warna Bebas

Nota : Contoh warna boleh dilihat pada laman web Konvokesyen KPTM HANYA GRADUAN BAGI PROGRAM BERTANDA * SAHAJA DIBENARKAN memilih warna tudung mengikut kesesuaian warna baju yang dipakai.

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

12

JUBAH KONVOKESYEN

Set jubah konvokesyen yang lengkap mengandungi :

Jubah konvokesyen berwarna hitam Topi (Mortar Board) bagi Graduan peringkat Ijazah, Profesional (kecuali CAT)

dan Master sahaja

Hood (Warna mengikut fakulti) Selempang (Bagi Penerima Anugerah Cemerlang Sahaja)

Pengambilan jubah konvokesyen akan dijalankan selama 3 hari iaitu; I. 16 & 17 Oktober 2018 [Selasa & Rabu] – 9.00 pagi hingga 4.00 petang

di Pekarangan KUPTM Kuala Lumpur

II. 19 Oktober 2018 [Jumaat] – 9.00 pagi hingga 6.00 petang di PICC.

III. Tiada sesi pengambilan selepas tarikh masa seperti di atas.

IV. Kad gambar akan diserahkan semasa pengambilan jubah. Kad tersebut hendaklah diisi dengan lengkap dan dibawa bersama semasa perarakan naik ke pentas bagi penganugerahan ijazah/diploma/sijil. Kad hendaklah diserahkan kepada jurugambar yang bertugas. Kegagalan membawa kad gambar boleh mengakibatkan kegagalan penghantaran gambar tersebut.

Slip bank-in bayaran sebanyak RM280.00 hendaklah dibawa semasa hari pengambilan jubah dan juga semasa raptai.

Selain itu, semua bakal graduan juga diminta untuk mengisi dan melengkapkan satu (1) borang/resit penyewaan jubah dan menyerahkan borang/resit tersebut pada hari yang sama. Setiap graduan adalah dinasihatkan supaya menyimpan dan menjaga dengan baik salinan borang/resit tersebut sebagai tanda bukti penyewaan jubah.

Jubah hendaklah dikembalikan di Kaunter Jubah iaitu di PICC, sebaik sahaja graduan selesai upacara konvokesyen. Kaunter ini akan dibuka mulai jam 1.00 petang hingga jam 6.00 petang. Semasa mengembalikan jubah tersebut para graduan adalah dikehendaki membawa dan menyerahkan salinan borang/resit penyewaan jubah kepada pegawai petugas di kaunter.

Graduan adalah dibenarkan mengambil jubah konvokesyen bagi pihak graduan yang lain tetapi bilangannya dihadkan tidak melebihi 1 orang graduan sahaja dengan syarat semua bayaran dan dokumen yang diperlukan telah dilengkapkan oleh graduan yang berkenaan.

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

13

Graduan juga diingatkan supaya mengisi Borang Semakan Proses Pengambilan Jubah Konvokesyen yang disertakan dan diserahkan semasa hari pengambilan jubah.

PERHATIAN

Ketiadaan salah satu daripada set jubah konvokesyen seperti di perkara (1) bermakna pakaian konvokesyen adalah tidak lengkap dan graduan TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam dewan.

Graduan TIDAK DIBENARKAN mengubahsuai jubah yang disewa.

Graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jubah yang disewa. Oleh itu graduan dinasihatkan supaya membawa bersama jubah pada hari konvokesyen.

TIP PEMAKAIAN JUBAH KONVO

Jubah konvokesyen hendaklah dipakai dengan kemas dan tertib seperti berikut:

(*Hood) terletak di atas paras bahu kedua-dua bahu

Topi (*Mortar board) dipakai dengan membiarkan rumbai (tassel) tergantung di hadapan sebelah kiri. (* Bagi graduan peringkat Ijazah / Profesional (kecuali CAT) dan Master sahaja

Selempang diletakkan di sebelah bahu kiri (bagi penerima Anugerah Cemerlang Sahaja)

GAMBAR KONVOKESYEN

Jawatankuasa Jubah Konvokesyen akan menyediakan khidmat jurugambar profesional di pentas untuk mengambil gambar para graduan sepanjang upacara. Jurugambar peribadi tidak dibenarkan sama sekali. Semua gambar konvokesyen akan dihantar melalui pos ke alamat rumah masing-masing.

SKROL DAN TRANSKRIP

Semua graduan hendaklah mengambil skrol dan transkrip masing-masing selepas sidang konvokesyen tamat pada hari yang sama di Dewan Perdana PICC.

PERINGATAN : Skrol dan transkrip hanya akan diserahkan kepada graduan yang TIDAK MEMPUNYAI hutang dengan kolej masing-masing (data hutang adalah setakat tarikh semakan sebelum majlis) serta telah menjawab kaji selidik Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) KPTM/KUPTM dan KPT. Oleh itu graduan adalah dinasihatkan untuk menyelesaikan semua hutang kepada pihak kolej selewat-lewatnya satu minggu sebelum majlis berlangsung.

Untuk semakan maklumat skrol menggunakan aplikasi certifai sila rujuk Lampiran III

muka surat 24.

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

14

TERTIB DALAM DEWAN

Graduan akan diiringi oleh pepandu ke tempat duduk masing-masing di dalam dewan semasa perarakan masuk. Oleh itu para graduan diminta duduk di tempat masing-masing dengan tertib dan jubah konvokesyen hendaklah dipakai dengan sempurna sepanjang majlis. Graduan juga tidak dibenarkan keluar dari dewan semasa majlis berlangsung.

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (TRACER STUDY)

Sila rujuk lampiran yang disertakan (Lampiran I muka surat 17).

PEGAWAI-PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI

En. Azram Affendi Bin Yazid : 03-91795659 Pn. Azrani binti Abdul Rashid : 03-92069611 Pn. Zarina binti Yahya : 03-91795659 Pn. Hafizah binti Halid : 03-92069606 Pn. Nur Afidah Farahin Binti Mustapa Kamal : 03-91795660 En. Syafful Anuar bin Abdul (Urusan Jubah) Pn. Renny Fadzlina Mohamad Redzuan

: 03-91795712/667 : 03-91795666/670

(Urusan Tracer Study)

CAWANGAN KOLEJ POLY-TECH MARA

KUPTM Kuala Lumpur

ttttttttTel Tel Tel

: 03-92069700

KPTM Kuantan : 09-536 6701

KPTM Bangi : 03-8925 9769/9776

KPTM Kota Bharu : 09-7462020

KPTM Batu Pahat : 07-4559902/6729

KPTM Alor Star : 04-7309255

KPTM Ipoh : 05-2421003

kkkkkk

KPTM Semporna : 089-782 801/802

KPTM Kesedar : 09-9122022/1929

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

15

SEMAKAN TARIKH PENTING

Tarikh Perkara

15 Ogos 2018

-

30 September 2018

Pengesahan graduan secara online:

http://graduan.kptm.edu.my/

Tarikh akhir pembayaran yuran konvokesyen

30 September 2018

16 Oktober 2018

dan

17 Oktober 2018

(Selasa - Rabu)

PENGAMBILAN JUBAH KONVOKESYEN – SESI 1

Para Graduan perlu mengambil tindakan berikut sebelum hadir untuk mengambil jubah :

I. RM280 (Bank in ke CIMB)

II. Telah mencetak Slip Kajian Pengesanan Graduan

(Tracer Study) KPTM/KUPTM I. Telah mencetak Slip Kajian Pengesanan Graduan

(Tracer Study) Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT). Sila layari portal ini di alamat;

graduan.moe.gov.my/v/mulai 10 September 2018

secara berperingkat

Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang

Tempat: Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur

Tiada kemudahan internet dan percetakan disediakan pada

hari pengambilan jubah. Semua graduan di ingatkan untuk

menyediakan semua dokumen berkaitan sebelum hadir

mengambil jubah.

19 Oktober 2018

(Jumaat)

PENGAMBILAN JUBAH KONVOKESYEN – SESI 2

Para Graduan perlu mengambil tindakan berikut sebelum hadir untuk mengambil jubah :

II. RM280 (Bank in ke CIMB)

III. Telah mencetak Slip Kajian Pengesanan Graduan

(Tracer Study) KPTM/KUPTM IV. Telah mencetak Slip Kajian Pengesanan Graduan

(Tracer Study) Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT). Sila layari portal ini di alamat;

graduan.moe.gov.my/v/mulai 10 September 2018

secara berperingkat

Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang

Tempat : PICC

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

16

Tiada kemudahan internet dan percetakan disediakan pada

hari pengambilan jubah. Graduan di ingatkan untuk

menyediakan semua dokumen berkaitan sebelum hadir

mengambil jubah.

Raptai:

Dewan Plenari PICC

jam 2.30 – 4.00 petang

Semua graduan untuk sidang 1-4 (KPTM) & sidang 1

(KUPTM)

20 Oktober 2018

(Sabtu)

Majlis Konvokesyen KUPTM

Dewan Plenari PICC

Sidang 1 : jam 8.00 pagi

21 Oktober 2018

(Ahad)

Majlis Konvokesyen KPTM

Dewan Plenari PICC

Sidang 1 : jam 8.00 pagi – 12.30 tengahari

Sidang 2 : jam 2.00 petang – 5.30 petang

22 Oktober 2018

(Isnin)

Majlis Konvokesyen KPTM

Dewan Plenari PICC

Sidang 3 : jam 8.00 pagi – 12.30 tengahari

Sidang 4 : jam 2.00 petang – 5.30 petang

20 Oktober 2018

-

22 Oktober 2018

Edaran skrol di Dewan Perdana PICC mengikut sidang masing-masing.

*Hanya pelajar yang telah menjelaskan yuran sepenuhnya/

tiada yuran tertunggak layak untuk mendapatkan skrol.

*Pelajar diberi masa selama sejam selepas sidang saudara/i

tamat untuk mendapatkan skrol.

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

17

1 KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (TRACER STUDY)

1.1 Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) merupakan kaji selidik kebolehpasaran graduan yang dijalankan oleh Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT). Objektif utama kaji selidik ini dilaksanakan adalah untuk meninjau kadar kebolehpasaran graduan serta bertujuan mengumpul data dan menyediakan maklumat berasaskan fakta mengenai pelbagai aspek berkaitan pekerjaan graduan baru dan pengalaman mereka semasa di IPT. Di samping itu, kajian ini mencakupi aspek lain yang berkaitan seperti meninjau cara graduan mendapatkan pekerjaan, kekerapan bertukar kerja, tahap kepuasan terhadap pekerjaan sekarang dan maklumat berkaitan pengajian lanjutan termasuk menjadi usahawan.

1.2 Graduan DIWAJIBKAN menjawab dua (2) tahap Kaji Selidik Tracer Study iaitu;

1.2.1 Tracer Study KPTM/ KUPTM

Semua graduan WAJIB menjawab kesemua soalan tracer study ini secara online dengan melayari alamat url berikut :

http ://graduan.kptm.edu.my/

Seterusnya, sila ikuti langkah berikut ;

LAMPIRAN I

1. Masukkan No.KP tanpa

tanda dash (-)

2. Kod Pengesahan

(Captcha) akan

dipaparkan

3. Sila masukkan Nombor

Kod Pengesahan seperti yang

dipaparkan

4. Akhir sekali, tekan butang

semak

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

18

Peringatan Penting;

1. Teliti semua arahan yang diberikan sebelum menjawab soalan yang disediakan. 2. Saudara/i adalah DIGALAKKAN memuat naik dokumen sokongan mengikut

status pekerjaan masing-masing tetapi TIDAK DIWAJIBKAN. Contoh dokumen sokongan adalah seperti berikut ; Status Dokumen Sokongan

Bekerja (Makan Gaji) Surat Tawaran Bekerja/ Kad ID

Kakitangan

Sambung Belajar Surat Tawaran Melanjutkan Pengajian

Usahawan (Bekerja Sendiri/Bekerja

dengan Keluarga /Peniaga Online)

Sijil SSM/ Lesen Perniagaan/ Gambar

Premis Perniagaan/ Maklumat Perniagaan Online (screenshot produk yang dijual di

Facebook, Instagram dan sebagainya)

3. Setelah selesai, pastikan saudara/i mencetak slip tersebut dengan menekan butang cetak.

4. Serahkan salinan slip berkenaan semasa sesi pengambilan jubah nanti.

1.2.2 Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT)

Tarikh mengakses portal Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) akan dibuka secara berperingkat mulai 10 September 2018. Saudara/i dinasihatkan mengakses portal ini dari semasa ke semasa sehingga Majlis Konvokesyen.

1.2.2.1 Sila Ikuti langkah berikut;

1. Layari laman sesawang berikut; graduan.moe.gov.my/v/. Paparan berikut akan

muncul. Seterusnya, sila klik butang log masuk graduan untuk akses masuk.

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

19

2. Seterusnya, akan muncul paparan berikut. Sila masukkan data yang dikehendaki iaitu;

Sila klik butang ini

untuk akses masuk

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

20

Perhatian : Graduan Program Usahasama dengan UiTM Sahaja

Sekiranya saudara/i masih gagal log in, saudara/i dinasihatkan log in semula dengan memilih Institusi Pengajian Tinggi Swasta di ruangan institusi, seterusnya pilih Kolej Poly-Tech MARA di ruangan nama institusi pengajian sepertimana langkah-langkah di atas.

3. Pastikan saudara/i menjawab semua soalan yang disediakan. Setelah selesai, sila cetak slip tersebut.

4. Serahkan salinan slip ini semasa sesi pengambilan jubah nanti.

1. Masukkan No.KP tanpa dash (-)

2. (i) Pilih Institusi Pengajian Tinggi Swasta bagi Program

Diploma Homegrown/ Ijazah/ Profesional/ Master

(ii) Pilih Universiti Awam bagi Program Usahasama dengan

UiTM

3. (i) Pilih Kolej Poly-Tech MARA bagi Program Diploma

Homegrown/Ijazah/Profesional/Master/ Program KUPTM

(ii) Pilih Universiti Teknologi MARA bagi Program Usahasama

dengan UiTM

4. Akhir sekali, tekan

butang hantar

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

21

2 SERAHAN SLIP KAJIAN PENGESANAN GRADUAN

2.1 Bagi graduan yang MENGHADIRI konvokesyen, anda diberikan pilihan untuk

mengambil jubah seperti butiran berikut :

Perkara Tarikh Tempat

Sesi 1 16-17 Oktober 2018 KUPTM Kuala Lumpur

Sesi 2 19 Oktober 2018 PICC, Putrajaya

Semasa sesi pengambilan jubah, pastikan anda menyerahkan kedua-dua salinan slip

berikut iaitu:

(i) Slip kajian pengesanan graduan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)/ Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM), dan

(ii) Slip kajian pengesanan graduan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT)

Kegagalan graduan mengemukakan slip ini menyebabkan anda tidak

dibenarkan mengambil jubah serta tidak dibenarkan menyertai Konvokesyen.

2.2 Graduan yang TIDAK MENGHADIRI KONVOKESYEN tidak perlu membuat

pengesahan kehadiran. Walaubagaimanapun, saudara/i WAJIB menjawab kaji

selidik berikut;

(i) Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) Kementerian Pendidikan Tinggi

(KPT) di alamat graduan.moe.gov.my/v/ mulai 10 September 2018

secara berperingkat DAN

(ii) Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) KPTM/KUPTM di alamat

graduan.kptm.edu.my mulai 23 Oktober 2018. Pastikan saudara/i telah

MENJELASKAN SEPENUHNYA YURAN PENGAJIAN terlebih dahulu.

2.2.1 Setelah selesai menjawab kesemua soalan, saudara/i dikehendaki menghantar

kedua-dua slip berkenaan ke emel [email protected] atau

faks ke 03-92837173 untuk MENGELAKKAN SKROL DAN TRANSKRIP

SAUDARA/I DITAHAN.

2.3 Jika terdapat sebarang pertanyaan/kemusykilan, sila hubungi kakitangan berikut :

Bil Nama Kakitangan No.Telefon Emel

1. Pn. Renny Fadzlina Binti

Mohamad Redzuan

03-91795666

[email protected]

2. En. Mohd Fithri bin Omar 03-91795670

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

22

TAMAT

PANDUAN MEMUATNAIK (UPLOAD) GAMBAR GRADUAN DI SISTEM PENGESAHAN GRADUAN

Jika menghadapi sebarang masalah untuk memuatnaik gambar, sila berhubung dengan pegawai seperti senarai dibawah:

LAMPIRAN II

1. Layari Sistem Pengesahan Kehadiran Graduan di http://graduan.kptm.edu.my/

2. Masukkan No Kad Pengenalan (tanpa `-`) pada ruangan Pengesahan Kehadiran Graduan

4. Semakan

Hutang

Tertunggak?

5. Sila buat pembayaran

Hutang tertunggak (yuran

pengajian) dengan segera

di Kolej Cawangan masing-

masing

5. Sahkan kehadiran ke Majlis Konvokesyen KPTM & KUPTM/ Lengkapkan tracer study KPTM/KUPTM

6. Cetak Slip pengesahan Kehadiran dan serahkan ketika mengambil jubah

MULA

5. Muatnaik (upload) gambar mengikut kriteria gambar yang ditetapkan.

Gambar graduan akan digunakan untuk cetakan kad graduan dan paparan semasa Majlis Konvokesyen KPTM

Kriteria Gambar

1. Saiz tidak melebihi 3MB

2. Gambar Berukuran Passport

3. Latarbelakang Biru

4. Graduan Lelaki mestilah berpakaian formal (blazer warna gelap dan bertali leher).

Rambut perlu disisir kemas.

5. Bagi graduan perempuan muslim, hendaklah memakai tudung polos (TIDAK BERBUNGA)

6. Bagi graduan perempuan bukan muslim, hendaklah berpakaian sopan dan tidak

diwajibkan memakai tudung

CONTOH GAMBAR UNTUK DI UPLOAD

YA TIDAK 3. Lengkapkan dan kemaskini maklumat peribadi dan soalan kaji selidik Tracer Study (jika ada)

ADA HUTANG TIADA HUTANG

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

23

Nama Pegawai No Telefon Sambungan

Puan Nurul Syuhada Binti Abd Rahim

03 – 91795600

365

Cik Che Wan Nurul Hakimah Binti Che Wan

Mohd Puzi 364

TARIKH PENTING UNTUK GRADUAN BERKAITAN SISTEM PENGESAHAN KEHADIRAN GRADUAN

Tarikh Penting Aktiviti

15 Ogos 2018 (rabu) Sistem Pengesahan Kehadiran akan diaktifkan dan bakal graduan perlu

membuat pengesahan kehadiran konvokesyen.

30 Sept 2018 (ahad)

Sistem pengesahan kehadiran akan ditutup sementara.

(Dari pukul 5 petang 30 Sept 2018 sehingga 9.00 pagi 1 Okt 2018)

1 Okt 2018 (isnin) Sistem Pengesahan Kehadiran akan dibuka semula.

Bakal graduan yang lambat membuat pengesahan akan dikenakan

Denda lewat RM50 mulai tarikh ini.

18 Okt 2018 (khamis)

(sehari sebelum raptai)

Sistem Pengesahan Kehadiran akan diTUTUP sepenuhnya.

(Mulai pukul 5 petang)

* Nota :

SLIP KEHADIRAN perlu dicetak SEBELUM 18HB OKTOBER 2018 dan hendaklah dibawa bersama dengan SLIP KAJIAN

PENGESANAN GRADUAN KPT ketika hadir untuk pengambilan jubah.

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

24

SEMAKAN SKROL MENGGUNAKAN APLIKASI CERTIFAI

Langkah 1:

1. Layari laman sesawang berikut: certifai.kuptm.edu.my

2. Paparan halaman utama CertifAI akan muncul seperti dalam Gambarajah 1.

3. Seterusnya klik pada “SELECT CERTIFICATE”.

4. Graduan boleh menggunakan kamera telefon untuk mengambil gambar sijil atau memuat naik

gambar sijil dari memori telefon atau komputer.

Gambarajah 1: Paparan Halaman Utama CertifAI

LAMPIRAN III

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

25

Langkah 2:

Gambarajah 2: Sijil yang Telah Berjaya Dimuat Naik

5. Seterusnya graduan akan dapat melihat gambar sijil yang telah dimuat naik seperti dalam

Gambarajah 2.

6. Gerakkan alat pangkas atau ‘crop tool’ supaya ia berada di atas nama graduan dan tekan

butang ‘Submit’.

7. Jika sijil tersebut sah, maka maklumat graduan akan dipaparkan seperti dalam Gambarajah 3.

*Penafian: Jika tiada rekod dijumpai, ini mungkin disebabkan AI tidak dapat mengenalpasti sijil

anda. Sila cuba sekali lagi dan jika masih tiada rekod, anda mungkin bukan graduan dari

KUPTM/KPTM.

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

26

Gambarajah 3: Contoh Paparan Maklumat Graduan

Langkah 3:

8. Sila bandingkan maklumat yang tertulis di atas sijil anda dengan maklumat yang dipaparkan

pada skrin.

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

27

LAMPIRAN IV

Panduan Konvokesyen KPTM & KUPTM 2018

28

LAMPIRAN V