peraturan bola jaring 7 sebelah

4
PERATURAN PERMAINAN BOLA JARING 7 SEBELAH KARNIVAL 1M1S SK GOPENG,TAMAN GOPENG BARU 1. KELAYAKAN Kategori 1.1. Pertandingan ini terbuka kepada rumah-rumah sukan SK Gopeng,Taman Gopeng Baru 1.1.1. Penyertaan pemain adalah terbuka untuk murid-murid perempuan dari tahun 3 - 5 2. YURAN PENYERTAAN 2.1 Tiada yuran dikenakan 3. PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN 3.1. Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 14 orang pemain dan seorang pengurus pasukan; 3.2. Bagi setiap perlawanan, setiap pasukan di benarkan menurunkan seramai 7 orang pemain dan 7 orang pemain simpanan; 4. PENGADIL 4.1. Pihak penganjur akan menyediakan seorang pengadil bagi setiap perlawanan; 4.2. Setiap keputusan pengadil adalah muktamad. 5. PERATURAN PERTANDINGAN 5.1. Peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) dan Persatuan Bolasepak Malaysia serta pihak penganjur kejohanan; Sekiranya terdapat percanggahan di antara terjemahan undang-undang permainan dengan undang-undang IFNA, maka undang-undang IFNA perlulah dipatuhi. 5.2. Pusingan pertama akan dijalankan secara liga, manakala pusingan seterusnya akan dijalankan secara kalah mati

Upload: zairultepen

Post on 09-Dec-2015

85 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Peraturan Bola Jaring 7 Sebelah

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan Bola Jaring 7 Sebelah

PERATURAN PERMAINAN BOLA JARING 7 SEBELAH KARNIVAL 1M1S SK GOPENG,TAMAN GOPENG BARU

1. KELAYAKAN

Kategori 1.1. Pertandingan ini terbuka kepada rumah-rumah sukan SK

Gopeng,Taman Gopeng Baru

1.1.1. Penyertaan pemain adalah terbuka untuk murid-murid perempuan dari tahun 3 - 5

2. YURAN PENYERTAAN

2.1 Tiada yuran dikenakan

3. PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN

3.1. Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 14 orang pemain dan seorang pengurus pasukan;

3.2. Bagi setiap perlawanan, setiap pasukan di benarkan menurunkan seramai 7 orang pemain dan 7 orang pemain simpanan;

4. PENGADIL

4.1. Pihak penganjur akan menyediakan seorang pengadil bagi setiap perlawanan;

4.2. Setiap keputusan pengadil adalah muktamad.

5. PERATURAN PERTANDINGAN

5.1. Peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) dan Persatuan Bolasepak

Malaysia serta pihak penganjur kejohanan; Sekiranya terdapat percanggahan di antara terjemahan undang-undang permainan dengan undang-undang IFNA, maka undang-undang IFNA perlulah dipatuhi.

5.2. Pusingan pertama akan dijalankan secara liga, manakala pusingan seterusnya akan dijalankan secara kalah

mati

5.3. Pasukan yang menduduki tempat pertama dan kedua dalam kumpulan secara automatik akan ke peringkat akhir.Manakala 2 pasukan lagi akan merebut tempat ke3 dan ke4

5.4. Pertukaran pemain boleh dibuat bila-bila masa. Pertukaran pemain perlulah mengisi borang terlebih dahulu yang disediakan oleh pihak pengajur. (Borang Pertukaran Pemain).

Page 2: Peraturan Bola Jaring 7 Sebelah

5.5. Setiap pasukan dilarang mengambil pemain selain daripada pemain yang telah didaftarkan dalam borang pertandingan. Jika didapati ada pasukan yang mengambil pemain selain yang didaftarkan penyertaan pasukan akan terbatal.

5.6. Setiap pasukan perlulah menepati masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Jika lewat 5 minit selepas tiupan wisel pangadil dari masa yang telah ditetapkan, pasukan lawan akan mendapat kemenangan percuma jaringan 2 – 0

5.7. Semua pasukan tidak dibenarkan SENGAJA memberi kemenangan percuma. Sekiranya berlaku pasukan tersebut secara otomatik terkeluar daripada pertandingan dan perlawanan-perlawanan yang telah ditandinginya di anggap BATAL.

6. TEMPOH PERLAWANAN

6.1. Perlawanan akan berlangsung selama 15 minit dengan 7 minit untuk setiap separuh masa (7 x 1 x 7) dan 1 minit untuk pertukaran tempat.

6.2. Perlawanan suku akhir dan penentuan tempat ke3 dan ke4 di peruntukan masa perlawanan selama 10 minit pada setiap separuh masa (10 x 1 x 10) dan 1 minit untuk pertukaran tempat.

7. BANTAHAN

7.1. Sebarang bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia selewat- lewatnya 5 minit selepas perlawanan tersebut tamat;

7..2. Setiap bantahan mestilah disertakan dengan borang bantahan rasmi yang disediakan oleh urusetia;

7.3. Setiap bantahan hendaklah di sertakan dengan wang tunai sebanyak RM200.00 (tidak dikembalikan).

7.4. Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.

8. PAKAIAN PEMAIN

8.1. Setiap pasukan diwajibkan menyediakan 2 set jersi berlainan warna;

8.2. Setiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor;

8.3. Jika didapati sama warna jersi dalam perlawanan berkenaan, pasukan pertama yang dipanggil (mengikut jadual

perlawanan) dikehendaki menukar jersi dengan segera.

9. KECEDERAAN

Page 3: Peraturan Bola Jaring 7 Sebelah

9.1. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kecederaan dan kehilangan barang-barang semasa pertandingan berlangung.

9.2. Walaubagaimanapun pihak penganjur menyediakan perkhidmatan bantuan kecemasan oleh PBSM bagi membantu pemain yang mengalami kecederaan

10. PERINGATAN

10.1. Jawatankuasa pengelola kejohanan adalah berhak dan berkuasa menambah, meminda, menolak dan menerima atas sebarang perkara yang dinyatakan di dalam peraturan di atas.

10.2. Setiap pasukan dan pemain DILARANG sama sekali membawa minuman keras, memakai baju yang mempunyai logo atau ayat minuman keras dan mengunakan dadah yang terlarang oleh Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA).

10.3. Setiap pasukan dan pemain DILARANG merusuh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang negara semasa berlangsungnya kejohanan ini.

10.4 Pengurus pasukan hendaklah memastikan setiap pemain menjaga kebersihan dan harta benda sekolah.