peraturan batu seremban

7
BATU SEREMBAN PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN - PERATURAN BERMAIN - CARA BERMAIN AHLI KUMPULAN : MOHAMAD DZULWAQAR BIN DZULKARNAIN ASRUL IZWAN BIN ABD RAZAK WAN MUHAMMAD KHAIRIL AMRI BIN WAN ABDUL MAJID MUHAMMAD ALIFF HAIKAL BIN ZAIDI ABDUL RAQIB BIN MD HANIPAH MUHAMMAD NAJMI BIN JALI NURFAZILA BINTI MOHD ZAM ZAM 1

Upload: abdul-raqib

Post on 13-Aug-2015

573 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

peraturan permainan

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan Batu seremban

BATU SEREMBANPERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN

- PERATURAN BERMAIN

- CARA BERMAIN

AHLI KUMPULAN :

MOHAMAD DZULWAQAR BIN DZULKARNAIN

ASRUL IZWAN BIN ABD RAZAK

WAN MUHAMMAD KHAIRIL AMRI BIN WAN ABDUL MAJID

MUHAMMAD ALIFF HAIKAL BIN ZAIDI

ABDUL RAQIB BIN MD HANIPAH

MUHAMMAD NAJMI BIN JALI

NURFAZILA BINTI MOHD ZAM ZAM

NORSARA AKMA BINTI MOHD NUSIR

1

Page 2: Peraturan Batu seremban

BATU SEREMBAN

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN

1. NAMA KEJOHANAN

1.1 Kejohanan Batu Seremban sempena Karnival PETRA 2013 (Permainan Tradisional 2013).

2. BILANGAN PEMAIN

2.1 3 Orang Pemain – Lelaki / Wanita

3. PERATURAN BERMAIN

3.1 Pada masa mengambil buah-buah itu, pemain tidak boleh menyentuh

mana-mana buah yang berhampiran.

3.2 Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah itu

jatuh ke lantai.

3.3 Tiap kali satu-satu tahap semua dikumpulkan dan diserahkan ke peringkat

lain.

3.4 Pemain lain akan mengambil gilirannya bermain apabila sesuatu

kesilapan/kesalahan telah dilakukan.

3.5 Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain menyambung permainannya

dIperingkat ia telah melakukan kesilapan.

2

Page 3: Peraturan Batu seremban

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

(BATU SEREMBAN)

4. CARA BERMAIN

i) Tahap Satu (Buah Satu)

Serakkan buah dilantai, ambil satu dan lambung. Sebelum buah yan dilambung jatuh,

pungut satu buah dilantai dan terus sambut buah yang dilambung tadi dengan tangan

yang sama. Letakkan ke tangan kiri. Ulang semula sehingga habis buah dilantai dan

dengan sekali lambung pindahkan buah yang terkumpul di tangan kiri ke tangan

kanan.

ii) Tahap Dua (Buah Dua)

Sama seperti tahap satu, Cuma pungut dua buah setiap kali lambung.

iii) Tahap Tiga (Buah Tiga)

Sama seperti buah satu dan dua, bezaaya sekali lambung pungut satu dan

lambungan ke dua pungut tiga.

iv) Tahap Empat (Buah Empat)

Sama , Cuma pungut keempat-empat buah dengan sekali lambung.

3

Page 4: Peraturan Batu seremban

v) Tahap Kelima (Buah Lima)

Serakkan buah seperti biasa, ambil 3 buah di tangan kanan dan 2 buah di tangan

kiri. Lambung satu yang ada di kedua-dua tangan terus pungut semula buah yang

ada di kedua-dua tangan dan sambut segera buah yang dilambung. Sekali lagi

lambung dan terus pungut semula buah yang ada dilantai dengan kedua-dua belah

tangan (dua buah di tangan kiri dan dua buah ditangan kanan) . Sambut buah yang

dilambung dan sekali lambung pindahkan semua buah ke tangan kanan.

vi) Tahap Enam ( Buah Enam )

Seperti buah satu, Cuma sentuh sahaja setiap buah di lantai dengan sekali lambung

pungut kesemua buah yang telah disentuh.

vii) Tahap Tujuh ( Buah Pungut )

Sama cuma setiap kali lambung, pungut satu buah dan masukkan ke tangan kiri

hingga habis dan sekali lambung pindahkan ke tangan kanan.

viii) Tahap Lapan ( Buah Tukar )

Serakkan buah, ambil satu, lambung dan pungut satu buah.Sekali lambung sambil

menukar buah dia tangan dengan satu buah dilantai. Ulang sehingga ke semua

buah-buah ditukar. Akhir sekali sambil lambung, letakkan buah yang berada

ditangan dan sekali lambung pungut semua buah.

4

Page 5: Peraturan Batu seremban

ix) Tahap Sembilan (Buah Lambung/Layar)

Sama seperti buah tukar, bezanya kedua-dua buah dilambung dan cepat-cepat

tangan kiri menyambut satu daripada buah tersebut dan tangan kanan pungut satu

buah dilantai dan segera sambut satu lagi buah yang dilambung tadi. Ulang

pergerakan itu hingga habis buah dilantai. Sekali lagi lambung dan kumpulkan

semua buah ke tangan kanan.

x) Tahap Sepuluh (Buah Timbang)

Untuk menentukan mata, timbang buah ke belakang tangan, sekiranya dapat lima,

disambut semula di tapak tangan dengan angka lima juga dan mata dikira lima.

5. PENENTUAN KEMENANGAN

Pemungut mata terbanyak dikira menang.

6. LARANGAN DAN HUKUMAN

a. Mati

i) Jika pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung.

ii) Ketika memungut buah dilantai, buah tersebut, buah lain atau buahbuah yang

terhimput bergerak.

iii) Pada tahap menimbang. Ketika menyambut semula ke tapak tangan, jumlahnya

tidak sama.

iv) Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula permainan.

5

Page 6: Peraturan Batu seremban

b. Berbuat perkara yang di luar permainan menggunakan tangan kanan.

c. Mana-mana peserta yang membuat kesalahan sebanyak 3 kali akan dibatalkan

permainannya.

7. Dalam teks permainan menggunakan tangan kanan. Jika peserta yang

menggunakan tangan kiri, semua tangan kanan menjadi kiri dan sebaliknya.

6