perang yom kippur 1973 artikel

13
Perang Yom Kippur 1973: Mesir Menguji Kekuatan Israel PENGENALAN Perang Yom Kippur merupakan sebahagian konflik Arab- Israel yang merangkumi banyak pertempuran dan peperangan sejak dari tahun 1948. Suasana hubungan antara mesir dengan Israel kelihatan seperti biasa selepas kematian jamal abdel Nasser pada tahun 1970, dan digantikan oleh Timbalan Presiden dan juga Ketua Parlimen Mesir , Anwar Sadat yang kelihatan mahu membuat pelbagai pembaharuan dalam pentadbiran kerajaan ,baik dari segi politik mahupun ekonomi. 1 Hubungan antara mesir dan Israel mengalami tempoh senggang daripada peperangan selama tiga tahun walaupun berlaku beberapa insiden kecil yang melibatkan pertengkaran sebentar antara kedua –dua Negara . antara kejadian penting yang berlaku adalah peristiwa kapal perang Israel telah ditenggelamkan oleh peliru berpandu mesir , dan Israel membalas balik dengan menghujani port said dengan tembakan roket dab meriam sehingga menyebabkan kemudahan penapisan minyak dibandar pelabuhan itu terbakar. 2 perang ini tercetus akibat daripada campur tangan atau konspirasi permainan tangan ghaib Yahudi antarabangsa bagi menaikkan harga minyak ke paras yang tertinggi Yang belum pernah dialami sebelum ini . mereka dapat menghidu Arab Saudi dan Negara pengeluar minyak Arab lain pasti akan menyekat penghantaran minyak ke Amerika syarikat dan juga Negara-negara 1 Sabaruddin Huseein,Perang Arab Israel: Selagi Belum Kiamat, Kuala Lumpur, 2013, hal.136 2 Ibid, hal 137 1

Upload: hafizullurvedieyla

Post on 28-Sep-2015

23 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

upsi

TRANSCRIPT

Perang Yom Kippur 1973: Mesir Menguji Kekuatan Israel

PENGENALAN Perang Yom Kippur merupakan sebahagian konflik Arab-Israel yang merangkumi banyak pertempuran dan peperangan sejak dari tahun 1948. Suasana hubungan antara mesir dengan Israel kelihatan seperti biasa selepas kematian jamal abdel Nasser pada tahun 1970, dan digantikan oleh Timbalan Presiden dan juga Ketua Parlimen Mesir , Anwar Sadat yang kelihatan mahu membuat pelbagai pembaharuan dalam pentadbiran kerajaan ,baik dari segi politik mahupun ekonomi.[footnoteRef:1] Hubungan antara mesir dan Israel mengalami tempoh senggang daripada peperangan selama tiga tahun walaupun berlaku beberapa insiden kecil yang melibatkan pertengkaran sebentar antara kedua dua Negara . antara kejadian penting yang berlaku adalah peristiwa kapal perang Israel telah ditenggelamkan oleh peliru berpandu mesir , dan Israel membalas balik dengan menghujani port said dengan tembakan roket dab meriam sehingga menyebabkan kemudahan penapisan minyak dibandar pelabuhan itu terbakar.[footnoteRef:2] perang ini tercetus akibat daripada campur tangan atau konspirasi permainan tangan ghaib Yahudi antarabangsa bagi menaikkan harga minyak ke paras yang tertinggi Yang belum pernah dialami sebelum ini . mereka dapat menghidu Arab Saudi dan Negara pengeluar minyak Arab lain pasti akan menyekat penghantaran minyak ke Amerika syarikat dan juga Negara-negara sekutu mereka dan Israel sebagai tindak balas peperangan itu.[footnoteRef:3] akibatnya harga minyak melambung hingga 400 peratus berbanding sebelumnya dan mengakibatkan kemelesetan ekonomi dunia selepas itu sekatan yang dilaksanakan oleh arab Saudi sehinnga tahun 1974. Dipercayai menjadi faktor Negara itu kehilangan Al Malik Faisal yang terbunuh dalam satu pertelingkahan keluarga . [1: Sabaruddin Huseein,Perang Arab Israel: Selagi Belum Kiamat, Kuala Lumpur, 2013, hal.136] [2: Ibid, hal 137] [3: Debra A. Miller, The Arab Israel Conflict, Farmington Hill, 2005, hal.31]

LATAR BELAKANG PERANG YOM KIPPUR Perang Yom Kippur merupakan sebahagian pertikaian Arab-Israel yang merangkumi banyak pertempuran dan peperangan sejak dari tahun 1948. Peperangan yang bermula pada 6 hingga 24 Oktober ini mempunyai implikasi yang sangat besar. Perang yang juga dikenali sebagai perang Ramadan (kerana bermula pada 10 Ramadan) dan Perang Yom Kippur (kerana jatuh pada hari kebesaran orang Yahudi) ini telah merubah landskap politik Timur Tengah seperti hari ini.. Dalam Perang Enam Hari pada bulan Jun 1967, Israel telah menduduki Dataran Tinggi Golan di utara serta Semenanjung Sinai di selatan sehingga ke Terusan Suez.Pada tahun-tahun yang menyusul Perang Enam Hari, Israel mendirikan barisan pertahanan di kedua-dua Sinai (Mesir) dan Dataran Tinggi Golan (Syria). Kemudian pada tahun 1971, ia membelanjakan AS$500 juta untuk mengukuhkan kedudukannya di Terusan Suez dengan serangkaian kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamainya Garis Bar Lev sempena nama jeneral Israel, Haim Bar Lev.[footnoteRef:4] Selepas serangan mengejut yang mengalahkan tentera-tentera Mesir dan Syria pada tahun 1967 dan kemenangannya dalam Perang Pelumpuhan dengan Mesir di selatan yang berlangsung selama tiga tahun bersama-sama beberapa kejadian perbatasan di utara dengan Syria, pimpinan Israel menjadi agak lalai. Bangga dengan rasa keunggulan tentera sendiri, Israel gagal menyedari usaha agresif yang dilakukan oleh musuh-musuhnya, terutamanya Mesir, dalam mempersenjatai dan menyusun semula tentera masing-masing menjadi angkatan-angkatan tentera yang jauh lebih berdisplin yang dapat mencabar angkatan tenteranya IDF (Israel Defense Forces). Presiden Gamal Abdel Nasser dari Mesir meninggal dunia pada bulan September 1970 dan digantikan oleh Anwar Sadat yang dianggap lebih sederhana dan pragmatik berbanding Nasser. Bagaimanapun, bagi mengimbangi ancaman dalaman kepada kuasanya dan memperkukuh imejnya di kalangan dunia Arab, Sadat bertekad untuk melawan Israel dan memenangi kembali kawasan yang hilang pada tahun 1967.[footnoteRef:5] Rancangan menyerang Israel bersama dengan Syria dirujuk sebagai Operasi Badr (bahasa Arab: operasi bulan penuh). [4: Ibid, hal.138] [5: Pratiwi Utami, Perang-Perang Paling Berpengaruh di Dunia, Yokyakarta, 2010,hal 67]

LANGKAH AWAL MESIRKebangkitan Mesir bermula setelah pelantikan presiden baru iaitu Anwar Sadat .Anwar Sadat yang dilantik sebagai presiden selepas kematian Jamal Abdel Naseer pada tahun 1970 secara diam-diam menanam hajat besar ,iaitu kekal berkuasa di land of pharoan dan seterusnya merampas kembali Sinai daripada taklukan yahudi selepas mesir kalah dalam perang 1967 .sadat melakukan kejutan awal terhadap para pencabar beliau . khususnya Ali sabri yang taksub dengan fahaman sosialis dan komunis melalui pengumuman pada 4 februari 1971. Beliau mengatakan akan membuka terusan suez sekiranya Israel bersetuju mengundurkan tenteranya dari Sinai hingga ke segenting Mitla dan Giddi yang terletak kira-kira 48 kilometer ke timur terusan Suez . pengumuman itu amat mengejutkan dan mula menunjukan sikap sebenar beliau pada Israel ,itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh sadat kepada wakil PBB Gunnar Jarring . walaubagaimanapun usul itu ditolak oleh Israel dan ini menandakan bermulanya pertelingkahan baru yang bakal menyaksikan satu lagi peperangan besar-basaran meletus di bumi para anbiyak ini .

Langkah percubaan menawarkan perdamaian itu menunjukkan tanda-tanda ada tolak ansur awal sadat dengan Israel ,sekiranya Israel bersetuju ,itu adalah kemenangan awal politik baginya . sekiranya ditolak ,Sadat terpaksa memikirkan langkah dan dasar baru yang terbaik bagi kerjaya politik neliau . bagi memastikan beliau dapat keluar dari baying-bayang naseer yang begitu teguh dihati penduduk mesir mungkin beliau percaya musuh politik beliau Ali Sabri lebih disukai oleh soviet union , maka beliau tidak menpunyai pilihan selain mengubah haluan dalam mencari sekutu baru dalam situasi ini.[footnoteRef:6] tidak lain tidak bukan Amerika Syarikat sebagai pilihan tunggal . Namun ,apa jua dasar dan pelaksanaannya tidak dapat dilakukan begitu sahaja tanpa sebarang pencetus ,ataupun kelak beliau akan digelar sebagai pengecut di seluruh dunia Arab dan Islam. Erti perdamaian dengan Israel tidak dapat dilakukan begitu sahaja tanpa sebarang kejadian mendorongnya daripada dipersetujui bersama. Anwar Sadat percaya sekiranya mereka menyerang Israel tanpa mengira kalah ataupun menang , pasti suara mereka akan lebih didengari dan mereka lebih diberi perhatian oleh masyarakat antarabangsa. Pada waktu yang sama sekutu dekat mesir iaitu Syria juga sudah berkira-kira untuk melakukan serangan keatas Israel . Presiden Syria, Hafez Al Assad juga percaya bahawa perbincangan damai bukanlah satu pilihan , bahkan beliau menegaskan bahawa bukit Golan hanya Akan dapat di rampas kembali sekiranya melancarkan perang ke atas Israel. Israel telah menduduki bukit Golan Dalam Perang Enam Hari pada bulan Jun 1967.[footnoteRef:7] [6: Rosaria Mita Amalina, Repretasi Hubungan Amerika Serikat-Islam Analisis Tekstual Terhadap Teks Pidata Presiden Barack Obama Di Kairo,] [7: Ibid, hal.139]

Mungkin kerana tuntutan mendapatkan kembali Sinai menjadi alasan utama dalam usaha diplomatiknya Sadat mendapat sokongan meluas dalam kalangan Negara liga arab ,Negara-negara berkecuali dan kesatuan Afrika. Malah tanpa diduga Britain dan perancis turut menyatakan sokongan kepada mesir di Majlis keselematan PBB. Pada tahun 1971, Anwar Sadat mengumumkan bahawa sekiranya Israel melakukan pengunduran satu pihak dari semua kawasan yang ditawannya semasa perang tahun 1967, Mesir akan menimbangkan gencatan senjata atau kedamaian sementara yang menyeluruh. Walau bagaimanapun Israel seperti enggan berundur dari tanah jajahannya tanpa sebarang jaminan perjanjian damai daripada Mesir dan tanpa peluang untuk mencapai sebarang perjanjian damai dengan jiran-jiran Arabnya ketika itu.[footnoteRef:8] [8: Ritchie Ovendale, The Origins of The Arab- Israel wars, Addison Wesley, New York, 1999, hal 199]

Pada tahun 1972,sekali lagi Anwar Sadat dengan lantang menyatakan bahawa Mesir akan berperang dengan Israel, malahan mereka bersedia untuk mengorbankan sejuta orang askarnya. Sejak dari akhir tahun 1972, Mesir memulakan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan angkatan tenteranya dan menerima MiG-23, SAM6, RPG-7, khususnya peluru berpandu anti-kereta kebal 'Sagger', daripada Kesatuan Soviet serta memperbaik taktik-taktik tenteranya.[footnoteRef:9] [9: Giriwi Jayanto, Fakta-fakta Kiamat 2012 Akhir Dari Sebuah Siklus Besar Kehidupan, Jakarta,2005, hal 105]

Pada tahun 1972 dan 1973, Sadat secara terang-terangan mengisytiharkan sekali lagi bahawa Mesir akan berperang dengan Israel kecuali ia berundur sepenuhnya dari kesemua tanah jajahan yang telah ditakluknya pada tahun 1967. Sadat mengambil langkah diplomatik pada tahun 1973 untuk meyakinkan negara-negara Afrika, Eropah dan Kesatuan Soviet supaya menyokongnya dalam peperangan dengan Israel. Oleh sebab Kesatuan Soviet sedang cuba memperbaiki hubungannya dengan Amerika Syarikat melalui pengenduran ketegangan, ia enggan menyetujui permintaan Mesir untuk memperoleh lebih banyak senjata dan sokongan umum terhadap perangnya dengan Israel. Disebabkan hal tersebut, Sadat menyingkirkan sekitar 20,000 orang penasihat Soviet dari Mesir.

Kuasa-kuasa besar juga memainkan peranan yang penting dalam keputusan kedua-dua perang, dasar Kesatuan Soviet merupakan salah satu punca kelemahan tentera Mesir. Sedangkan Amerika Syarikat tidak terbatas membekalkan Israel dengan senjata-senjata serangan yang paling terkini, Rusia hanya membekalkan Mesir dengan persenjataan pertahanan dan walaupun demikian, juga hanya dengan banyak keberatan. Sebenarnya, Gamel Abdel Nasser hanya dapat memperoleh bahan untuk barisan pertahanan peluru anti-pesawatnya selepas beliau melawat Moscow dan mengugut pimpinan Kremlin bahawa beliau akan pulang ke Mesir untuk memberitahu orang Mesir bahawa Moscow telah meninggalkan mereka dan kemudian akan meletakkan jawatannya supaya penggantinya akan dapat berbaik-baik dengan Amerika Syarikat yang akan mendapat kuasa di wilayah itu.[footnoteRef:10] [10: Paul Findley, Diplomasi Munafik Zionis Israel: Mengungkap Fakta Hubungan AS Israel, New York, 1993, hal 84]

Salah satu matlamat Perang Pelumpuhan yang tidak diisytiharkan adalah untuk memaksa Kesatuan Soviet supaya membekalkan Mesir dengan senjata dan bahan perang yang lebih maju. Mesir berasa bahawa cara yang tunggal untuk meyakinkan para pemimpin Soviet tentang kekurangan kebanyakan pesawat dan persenjataan pertahanan udara yang dibekalkan selepas tahun 1967 adalah untuk mengujinya terhadap persenjataan maju yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat kepada Israel.PEPERANGAN BERMULA Mesir dan Syria menghujani Bandar-bandar di Israel dengan serangan mortar ,roket dan peluru oberpandu yang mengakibatkan ramai penduduk awam terbunuh. Serentak dengan itu mesir mengerakkan tenteranya ke terusan suez dan mencapai kemenangan awal apabila Berjaya menembusi benteng pertahanan Bar Lev Yahudi yang baru siap sepenuhnya sekitar 40.000 hingga 50000 orang tentera Syria pula menyerbu bukit Golan dan diperkuatkan dengan 1400 kereta kebal dan dibantu oleh 18000 orang tentera iaraq serta pasukan bantuan dari Jordan.[footnoteRef:11] [11: Karen Amstrong,Perang Suci Dari Perang Salib Hingga Perang Teluk, New York, 2001, hal. 45]

Mesir menyerbu menggunakan tentera bersenjata ringan seperti RPG-7 dan pelancar grenad RPG-43 berserta senjata anti kereta kebal. Mereka bergerak tanpa sokongan pasukan tentera berperisai ataupun kereta kebal selama lebih kurang 12 jam bagi menembusi benteng pertahanan rejim zionis , tentera mesir membina tanjakan setinggi 21 meter bagi melepasi dinding benteng. Ia membantu memperluaskan penglihatan yang memudahkan pengawasan dan menjadikan jarak sasaran tembakan semakin jauh. Dibahagian yang menghadap ke kawasan perairan rejim zionis menbina tembok pasir bercampur tanah yang mereka percayai kebal dan tidak runtuh. Walau ditembak dengan peluru meriam.Namun atas nasihat seorang anggota biasa yang menurut penceritaan dari mulut ke mulut. Di mesir yang mendapat ilham daripada mimpi beliau, tentera mesir menggunakan meriam air berkuasa tinggi bagi meruntuhkan benteng itu. Meriam air buatan Britain dan Jerman itu terbukti berkesan meruntuhkan benteng itu yang membantu melancarkan kemasukan tentera mesir ke bumi Israel.[footnoteRef:12] [12: Ibid hal.139]

Semasa operasi badr bermula pada pukul 2.00 petang, ia dilancarkan dengan serangan udara besar-besaran oleh mesir dengan menggunakan 200 buah pesawat pejuang MiG ke atas tiga buah pengkalan tentera udara zionis. Mereka Berjaya memusnahkan tiga bateri peluru berpandu,tiga pusat pemerintah artileri dan beberapa radar penting IDF. Dua buah pengkalan udara iaitu hedifin dan Bir Tamada rosak teruk dan tidak dapat digunakan. Serangan itu juga mencatatkan 2000 tembakan meriam mesir dan Syria menghujani Israel dalam tempoh 53 minit. Diruang udara, pesawat mesir berhadapan dengan phantom F4-E Israel yang ternyata lebih berkesan apabila sebanyak 10 hingga 15 buah pesawat mesir ditembak jatuh dalam pertempuran di Sharm As sheikh. Serami 32000 orang tentera mesir menyeberangi terusan suez dalam 12 gelombang serangan di lima kawasan menyeberang yang berbeza lima belas garison tentera Israel ditumpaskan di sepanjang pertahanan benteng Bar Lev dan hanya tinggal bahagian utara sahaja yang masih di kuasai oleh zionis.Tentera mesir Berjaya bergerak masuk kira-kira 15 batu(23 km) kedalam Israel dan tidak dicabar. Tentera gabungan Negara-negara arab yang terdiri daripada Libya, yang menghantar pasukan tentera udara skuadron jet pejuang mirage, dan arab Saudi serta Kuwait enghulur bantuan kewangan. Sudan,Tunisia dan maghribi tidak ketinggalan menghantar bantuan ketenteraan dan tenaga. Pasukan gabungan ini kelihatan begitu kukuh dalam dua hari pertama peperangan ini. Pada pagi 7 oktober(hari kedua perang) mesir Berjaya menghantar 850 buah kereta kebal menyeberangi terusan suez, dan hanya kehilangan kira-kira 280 orang anggota tentera. Keadaan panic mula melanda penduduk awam Israel apabila Syria pula bertindak menyerang bukit Golan. Menjelang malam itu, tentera mesir Berjaya menawan sepenuhnya Bandar Qatana. Tentera mesir bergerak di segenting Mitla dan Giddi selepas memusnahkan kira-kira 300 buah kereta kebal Israel dan membina kubu pertahanan di situ. Kereta kebal itu sebenarnya diperuntukkan kepada tentera simpanan Israel yang akan sampai ke segmenting itu dan menggunakannya sebagai strategi gerak kilat Israel. Ertinya, gerakan mereka lebih pantas dengan meletakkan kereta kebal di satu lokasi strategic dan mereka hanya bergerak ke lokasi kereta kebal itu apabila keadaan memerlukan. Malangnya kereta kebal itu dimusnahkan oleh tentera arab sementara kawasan tentera mereka di Mitla dan Giddi turut jatuh ke tangan tentera arab.[footnoteRef:13] [13: Ibid, hal 57]

Walau bagaimanapun, menjelang 8 Oktober, Israel mula melakukan serangan balas hasil maklumat berkesan yang diperoleh oleh pengintip senyap Amerika Syarikat yang menggunakan pesawat pengintip SR-71 Blackbird yang mampu terbang tanpa di kesan oleh radar buatan Rusia milik tentera Mesir. Berdasarkan maklumat itu, Israel mengetahui dengan tepat penumpuan dan gerakan tentera arab yang menyerang. Selain itu, Israel juga dapat mengetahui dimanakah kubu terkuat dan paling lemah musuh. Dengan bantuan pesawat tersebut juga, Israel bebas untuk memilih sama ada untuk bertahan ataupun meyerang, selain itu mereka juga boleh menyerang musuh dari arah yang tidak disangka. Strategi menyerang dari belakang yang di laksanakan oleh pihak arab juga menemui jalan mati apabila banyak helicopter milik mesir di tembak. Dikatakan hampir 20 buah helicopter serta 740 orang terbunuh dan 330 orang dijadikan tawanan. Dalam masa yang sama pemimpin yahudi di Amerika Syarikat telah meminta bantuan dari pihak rumah putih, presiden Nixon bersetuju untuk memberi pertongan kepada Israel dalam apa jua permintaan Israel. Sejak dari pertolongan diberikan, Israel telah mengambil alih semua kawasan perang yang telah di tawan oleh mesir pada awal perang. Mesir terpaksa menandatangani genjatan senjata, selain itu anwar sadat juga dengan rela hati menerima perdamaian awal dengan Israel. Atas usaha Sadat sendiri, menyaksikan Amerika Syarikat menjadi penganjur kepada perdamaian penuh yang ditandatangani di Camp David. Melalui perjanjian tersebut, mesir berjanji tidak akan menyentuh Israel dan menjadi Negara islam pertama yang mengiktiraf kewujudan Israel di bumi Palestin. KESIMPULAN Perang Yom Kippur merupakan perang keempat setelah serangkaian Perang 1948, Perang 1956, dan Perang Enam Hari (Six Day-War 1967), sejak berdirinya negara Israel pada 14 Mei 1948. Perang Yom Kippur timbul karena keinginan Mesir untuk membalas kekalahannya dalam Perang Enam Hari. Sejak tahun 1948, a state of war terus berlangsung antara Israel dan sebagian besar negara-negara Arab sampai sekarang dan sumber pokok dari konflik ArabIsrael tersebut adalah masalah Palestina. Walu bagaimanapun, segala serangan yang dilakukan menemui jalan penamat kerana Israel di sokong oleh kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat. Peperangan tersebut telah menyebabkan Mesir mengalami kejatuhan dari segi ekonomi kerana mata wang Mesir telah jatuh menjunam iaitu dari USD4 bagi setiap Pound Mesir dan menjadi 4 Pound Mesir bagi setiap USD.

RUJUKAN Debra A. Miller, The Arab Israel Conflict, Farmington Hill, 2005, hal.31 Giriwi Jayanto, Fakta-fakta Kiamat 2012 Akhir Dari Sebuah Siklus Besar Kehidupan, Jakarta,2005 Pratiwi Utami, Perang-Perang Paling Berpengaruh di Dunia, Yokyakarta, 2010,Rosaria Mita Amalina, Repretasi Hubungan Amerika Serikat-Islam Analisis Tekstual Terhadap Teks Pidata Presiden Barack Obama Di Kairo, Ritchie Ovendale, The Origins of The Arab- Israel wars, Addison Wesley, New York, 1999,

1