perang salib keempat

4
8/14/2019 Perang Salib Keempat http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-keempat 1/4 INFORMATION of ELAKSAMANA 1 Present by [email protected] © All Right Reserved Presented 2009 PERANG SALIB KEEMPAT Perang Salib Keempat Penawanan Constantinople oleh tentera salib pada tahun 1204. Tarikh 1202 - 1204 Tempat Balkan Hasil Perpecahan Besar disempurnakan. Penubuhan Empayar Latin. Perubahan wilayah Penubuhan negara tentera salib di Balkan. Pihak bersengketa Tentera Salib y Empayar Rom Suci y Venice y Montferret o Champagne o Blois o  Amiens o  Île-de-France o Saint-Pol o Burgundy o Flanders Balkan y Empayar Byzantine y Hungary o  Croatia o Fail:Coat of Arms Zara.jpg Dalmatia Komander Otto IV Boniface I Theobald I Lois I  Alexios V Doukas Isaac II Angelos  Alexios III Angelos Fail:Coat of Arms Zara.jpg Emeric I Kekuatan Tentera y Tentera salib: 12,000 tentera [1]  y Venice: 8,000 tentera [2]  Tentera y Byzantine: 30,000 tentera [3]  Tentera laut

Upload: akhi-mohamad-aiyad

Post on 30-May-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perang Salib Keempat

8/14/2019 Perang Salib Keempat

http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-keempat 1/4

INFORMATION of ELAKSAMANA

1 Present by [email protected]© All Right Reserved Presented 2009

PERANG SALIB KEEMPAT

Perang Salib Keempat

Penawanan Constantinople oleh tentera salib pada tahun 1204.

Tarikh 1202 - 1204Tempat Balkan

Hasil Perpecahan Besar disempurnakan. Penubuhan Empayar Latin.

Perubahanwilayah Penubuhan negara tentera salib di Balkan.

Pihak bersengketa

Tentera Salib

y  Empayar Rom Suciy  Venicey  Montferret

o  Champagneo  Bloiso   Amienso   Île-de-Franceo  Saint-Polo  Burgundyo  Flanders

Balkan

y  Empayar Byzantine

y  Hungary

o  Croatiao  Fail:Coat of Arms Zara.jpg Dalmatia

Komander 

Otto IVBoniface ITheobald I

Lois I

 Alexios V DoukasIsaac II Angelos

 Alexios III Angelos

Fail:Coat of Arms Zara.jpg Emeric IKekuatan

Tentera

y  Tentera salib: 12,000tentera[1] 

y  Venice: 8,000 tentera[2] 

Tentera

y  Byzantine: 30,000 tentera[3] 

Tentera laut

Page 2: Perang Salib Keempat

8/14/2019 Perang Salib Keempat

http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-keempat 2/4

INFORMATION of ELAKSAMANA

2 Present by [email protected]© All Right Reserved Presented 2009

Tentera laut

y  Venice: 200 kapal[1] 

y  Byzantine: 20 Kapal[4] 

Perang Salib Keempat (1202-1204) pada awalnya dirancang untuk menawanJerusalem daripada orang Islam dengan menceroboh Mesir. Sebaliknya padabulan April 1204, tentera salib menyerang dan menawan kota Constantinople,ibu negara Empayar Byzantine. Tindakan ini dilihat sebagai satu tindak balashasil daripada Perpecahan Besar dalam agama Kristian yang menyaksikanperpecahan antara Kristian Katolik dan Kristian Ortodoks. Pencerobohan danpenggeladahan kota Constatinople merupakan salah satu penggeladahan yang

 jelek dalam sejarah manusia.

Latar belakang

Selepas kegagalan Perang Salib Ketiga (1187-1192), minat bangsa Eropahuntuk melancarkan satu lagi Perang Salib pudar. Jerusalem pada ketika itudikuasai oleh Dinasti Ayubiyyah yang menguasai keseluruhan Syria dan Mesir kecuali sejumlah kecil bandar-bandar di sepanjang persisiran pantai yangdikuasai oleh tentera salib yang berpusat di Acre, di samping kerajaan kristiansalib di Cyprus.

Pada tahun 1198, Paus Innocent III yang baru menjadikan perang salib sebagaimatlamatnya yang tidak boleh disanggah. Tetapi seruan beliau tidak dihiraukankalangan monarki di Eropah. Atas pujukan seorang paderi, Fulk dari Neuilly,tentera salib akhirnya dapat dikumpulkan dalam satu pertandingan sukan di Ecry

oleh Count Thibaut dari Itali, Boniface. Boniface dan pemimpin lain menghantar utusan ke Venice, Genoa dan negera kota lain untuk mendapatkan kapalpengangkutan ke Mesir yang menjadi sasaran tentera salib. Genoa tidakberminat tetapi pada bulan Mac 1202, Venice bersetuju untuk menyiapkan kapalyang dapat mengangkut 33,500 orang tentera salib. Tentera salib dianggarkanmengandungi 4,500 satria berkuda, 9,000 tentera sokongan pasukan berkudadan 20,000 tentera.

Majoriti tentera salib yang akan bertolak dari Venice pada bulan Oktober 1202berasal dari Perancis. Pasukan lain datang dari Flanders dan Empayar Rom Sucitermasuk tentera di bawah Biskop Martin.

Serangan ke atas Zara

Pasukan tentera salib yang bertolak dari Venice berjumlah 12,000, kurang dari  jumlah yang dijangkakan. Venice yang sudah bersiap sedia dengan kapal-kapalbesar cukup untuk tiga kali ganda jumlah tentera yang sepatutnya bertolak dariVenice. Tentera salib tidak mampu membayar Venice jumlah yang dijanjikan.

Page 3: Perang Salib Keempat

8/14/2019 Perang Salib Keempat

http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-keempat 3/4

INFORMATION of ELAKSAMANA

3 Present by [email protected]© All Right Reserved Presented 2009

Perkara ini merugikan pihak Venice kerana mereka terpaksa menghentikankegiatan perdagangan untuk menyiapkan keperluan ekspedisi tentera.

Pihak Venice dan tentera salib akhirnya berjaya mencapai kata sepakat. Venicemahukan tentera salib membantunya menyerang kota Zara yang juga sebuah

kota kristian

]

. Zara pernah didominasi oleh pedagang Venice tetapi memberontakpada tahun 1181 dan bersekutu dengan Raja Emeric dari Hungary yangmerupakan musuh kepada Venice.

Terdapat dari kalangan tentera salib tidak bersetuju menyerang Zara dankembali ke tempat mereka tetapi wakil Paus dalam tentera salib bersetujudengan syarat Venice untuk mengelakkan kegagalan Perang Salib. PausInnocent bimbang dengan perkembangan ini dan menulis surat kepadapemimpin tentera salib mengancam untuk menyisihkan (excommunicate) merekasekiranya tentera salib meneruskan hasrat mereka menyerang Zara. Surat inibagaimanapun disembunyikan dan serangan ke atas Zara diteruskan.

Walaupun menzahirkan mereka sebagai Kristian Katolik dengan menggantungkain bercorak palang di tingkap dan dinding kota, Zara jatuh ke tangan tenterasalib dan Venice dalam kepungan yang singkat.

Penggeladahan Constantinople

Selepas berjaya menawan Zara, tentera salib bersiap sedia berangkat ke Mesir dengan kapal mereka. Belum pun sempat berangkat, Alexius Comnenus, yangbaru diusir dari takhtanya di Constantinople, meminta bantuan dari tentera salibuntuk berkuasa kembali. Baginda berjanji membayar wang yang banyak apabila

baginda berjaya menjadi maharaja kembali. Baginda juga berjanji untuk kembalike pangkuan Gereja Katolik.

Tentera salib bersetuju dengan tawaran Alexius. Pada tahun 1203, denganbantuan tentera Venice, mereka berjaya menawan Constantinople danmeletakkan Alexius IV kembali di atas takhta. Alexius IV bagaimanapun tidakmempunyai wang untuk membayar tentera salib dan Venice seperti yangdijanjikan. Maharaja Byzantine sebelumnya sempat melarikan diri dengan wangyang banyak menyebabkan kantung perbendaharaan negara kering.

 Alexius IV tidak disukai rakyat Constantinople kerana hubungan baginda dengan

orang Latin yang kebanyakannya juga adalah tentera salib. Apabila Alexius IVcuba untuk menaikkan cukai untuk meningkatkan perbendaharaan negara danmembayar wang kepada tentera salib dan pihak Venice, baginda semakindibenci oleh rakyat. Akibatnya baginda dan ayahanda baginda dibunuh danmaharaja baru, Alexius V, menaiki takhta. Tentera salib dan Venice mendesak

 Alexius V menunaikan janji maharaja sebelumnya. Apabila maharaja Byzantinemenolak, tentera salib dan Venice menyerang Constantinople sekali lagi.

Page 4: Perang Salib Keempat

8/14/2019 Perang Salib Keempat

http://slidepdf.com/reader/full/perang-salib-keempat 4/4

INFORMATION of ELAKSAMANA

4 Present by [email protected]© All Right Reserved Presented 2009

Pada 12 April 1204, Constantinople jatuh ke tangan tentera salib dan Venice.Tentera salib dan Venice dengan rakus menggelidah kota Constantinople danmengambil wang, permata dan emas, serta membawa barangan berharga ini ketempat mereka. Mereka tidak jadi ke Jerusalem dan tidak juga berlawan dengankerajaan dinasti Ayub.

Dikhabarkan 900,000 wang perak yang dirompak dari Constantinople. PihakVenice merampas 150,000 yang sepatutnya dibayar kepada mereka dan 50,000untuk tentera salib. 100,000 pula dibahagi-bahagikan antara tentera salib danVenice. Baki 500,000 wang perak pula disimpan secara rahsia oleh satria tenterasalib.

Empayar Byzantine pula dibahagikan antara pihak Venice dan pemimpin-pemimpin tentera salib. Empayar Latin di Constantinople ditubuhkan, danBaldwin dari Flanders dimahkotakan sebagai maharaja Empayar Latin.

Legasi

800 tahun selepas Perang Salib Keempat, Paus John Paul II melahirkanperasaan sedih ke atas apa yang berlaku. Pada tahun 2001, beliau menulis suratkepada Christodoulus, Paderi Besar Athens: "Tragis sungguh apabila penyerang,iaitu mereka yang berangkat untuk membebaskan laluan masuk untuk orangKristian ke tanah suci, menikam saudara seagama mereka sendiri. Bahawamereka ini Kristian Latin membuatkan penganut Katolik amat menyesal."

Pada bulan April 2004, dalam ucapan sempena ulangtahun ke-800 penawanankota, Ketua Ecumnical Bartholomew I secara rasmi menerima permohonan

meminta maaf tersebut. Bartholomew mengatakan beliau menerima permohonanmaaf berdasarkan semangat Pascha (Easter).

Perang Salib Keempat adalah salah satu antara Perang Salib terakhir yangdipimpin oleh pihak Paus walaupun ia juga tidak dapat dikawal oleh Paus sendiri.Selepas perselisihan faham antara orang biasa dan gereja yang membawakepada kegagalan Perang Salib Kelima, Perang Salib seterusnya dipimpin olehraja-raja, kebanyakannya menentang Mesir. Hanya Perang Salib Keenamberjaya menawan Jerusalem, itu pun dalam masa yang singkat. Akibat darikejadian seperti ini, Perang Salib menjadi perang yang dipengaruhi faktor politikdan ekonomi serta lebih kepada untuk mengaut keuntungan dunia dan bukannya

kerana semangat keagamaan.