perang-lubnan

23
SEJARAH KONFLIK ASIA BARATSELEPAS PERANG DUNIA KE-2 | TH 20 303 1.0: Pengenalan 1.1: Latar Belakang Lubnan Lubnan merupakan sebuah negara yang terletak di Barat Laut Asia iaitu di sebelah timur Laut Mediterranean dan bersempadan dengan negara Syria dan juga Israel. Lubnan juga turut dikenali sebagai Switzerland Timur Tengah disebabkan oleh kemajuan kewangannya. Dalam erti kata yang lain, orang Lubnan ini dianggap sebagai pedagang dan pengurus bank yang sangat berjaya serta bijak mencari wang. Lokasinya yang berada di tepi Laut Tengah menjadikan negara ini sebagai tempat persinggahan perdagangan lintas benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah. Negara Lubnan ini juga turut mempunyai panorama alam yang menawan sehingga mampu menarik hati orang asing untuk berkunjung ke sana sehingga ianya boleh dikenali sebagai Paris Timur Tengah kerana ia dapat menarik ramai pelancong ke ibu negaranya iaitu Beirut. 1 Maka ekoran daripada hal inilah telah menyebabkan ekonomi Lubnan mengalami kemajuan sejak mencapai kemerdekaan daripada pihak Perancis pada tahun 1943. Lubnan juga adalah merupakan kawasan yang didiami oleh manusia zaman Neolitik yang telah wujud sejak 7000 tahun lalu. Pada awalnya, negara Lubnan ini pernah dikuasai oleh beberapa buah kerajaan terdahulu seperti kerajaan Parsi, Rom, Byzantine, Phoencia dan juga Arab. Selepas itu, semasa zaman kegemilangan empayar Uthmaniyah, Lubnan juga turut telah dikuasai oleh kerajaan Turki Uthmaniyah. Walau bagaimanapun, selepas meletusnya Perang Dunia yang pertama, kerajaan Turki Uthmaniyah telah mula mengalami kemerosotan dan secara tidak langsung telah menyebabkan Lubnan telah diserahkan kepada kuasa Barat iaitu Perancis. Pada tahun 1943, Kerajaan Perancis telah diberikan kemerdekaan kepada Lubnan dengan dikenali sebagai Republik Lubnan. Bahasa rasmi adalah bahasa Arab namun bahasa Perancis dan Inggeris dipertuturkan oleh majoriti rakyat Lubnan. Lubnan juga adalah antara negara yang mengamalkan sistem kerajaan republik berparlimen di mana ianya diketuai oleh seorang Presiden dan dibantu oleh Perdana Menteri. Berdasarkan Perlembagaan Lubnan, Presiden Lubnan mestilah seorang yang beragama Kristian Maronite, Perdana Menteri adalah seorang pengikut Muslim-Sunni dan Speaker Parlimen dilantik daripada pengikut Muslim- Syiah.Di samping itu, negara Lubnan ini juga mempunyai satu keunikan yang tidak dimiliki oleh negara-negara Arab yang lain iaitu ia diwarnai dengan kepelbagaian masyarakatnya. Ini bermaksud, di Lubnan tidak hanya wujud dua mazhab sahaja tetapi turut mempunyai beberapa agama dan juga puak. Penduduk negara Lubnan 1 FawwazTraboulsi. (2007). A History Modern Lebanon. Pluto Press: London. Hlmn 88 1

Upload: haryani-jasni

Post on 15-Sep-2015

70 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

perang Lubnan

TRANSCRIPT

SEJARAH KONFLIK ASIA BARATSELEPAS PERANG DUNIA KE-2 | TH 20 303

1.0: Pengenalan 1.1: Latar Belakang LubnanLubnan merupakan sebuah negara yang terletak di Barat Laut Asia iaitu di sebelah timur Laut Mediterranean dan bersempadan dengan negara Syria dan juga Israel. Lubnan juga turut dikenali sebagai Switzerland Timur Tengah disebabkan oleh kemajuan kewangannya. Dalam erti kata yang lain, orang Lubnan ini dianggap sebagai pedagang dan pengurus bank yang sangat berjaya serta bijak mencari wang. Lokasinya yang berada di tepi Laut Tengah menjadikan negara ini sebagai tempat persinggahan perdagangan lintas benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah. Negara Lubnan ini juga turut mempunyai panorama alam yang menawan sehingga mampu menarik hati orang asing untuk berkunjung ke sana sehingga ianya boleh dikenali sebagai Paris Timur Tengah kerana ia dapat menarik ramai pelancong ke ibu negaranya iaitu Beirut.[footnoteRef:2] Maka ekoran daripada hal inilah telah menyebabkan ekonomi Lubnan mengalami kemajuan sejak mencapai kemerdekaan daripada pihak Perancis pada tahun 1943. [2: FawwazTraboulsi. (2007). A History Modern Lebanon. Pluto Press: London. Hlmn 88]

Lubnan juga adalah merupakan kawasan yang didiami oleh manusia zaman Neolitik yang telah wujud sejak 7000 tahun lalu. Pada awalnya, negara Lubnan ini pernah dikuasai oleh beberapa buah kerajaan terdahulu seperti kerajaan Parsi, Rom, Byzantine, Phoencia dan juga Arab. Selepas itu, semasa zaman kegemilangan empayar Uthmaniyah, Lubnan juga turut telah dikuasai oleh kerajaan Turki Uthmaniyah. Walau bagaimanapun, selepas meletusnya Perang Dunia yang pertama, kerajaan Turki Uthmaniyah telah mula mengalami kemerosotan dan secara tidak langsung telah menyebabkan Lubnan telah diserahkan kepada kuasa Barat iaitu Perancis. Pada tahun 1943, Kerajaan Perancis telah diberikan kemerdekaan kepada Lubnan dengan dikenali sebagai Republik Lubnan. Bahasa rasmi adalah bahasa Arab namun bahasa Perancis dan Inggeris dipertuturkan oleh majoriti rakyat Lubnan. Lubnan juga adalah antara negara yang mengamalkan sistem kerajaan republik berparlimen di mana ianya diketuai oleh seorang Presiden dan dibantu oleh Perdana Menteri. Berdasarkan Perlembagaan Lubnan, Presiden Lubnan mestilah seorang yang beragama Kristian Maronite, Perdana Menteri adalah seorang pengikut Muslim-Sunni dan Speaker Parlimen dilantik daripada pengikut Muslim-Syiah.Di samping itu, negara Lubnan ini juga mempunyai satu keunikan yang tidak dimiliki oleh negara-negara Arab yang lain iaitu ia diwarnai dengan kepelbagaian masyarakatnya. Ini bermaksud, di Lubnan tidak hanya wujud dua mazhab sahaja tetapi turut mempunyai beberapa agama dan juga puak. Penduduk negara Lubnan majoritinya adalah terdiri daripada mereka yang beragama Islam dan mereka terbahagi kepada beberapa mazhab iaitu Syiah, Sunni dan juga Druze manakala penduduk yang selebihnya pula adalah terdiri daripada mereka yang beragama kristian dan mereka ini juga turut terbahagi kepada beberapa mazhab dan juga puak. Antaranya ialah seperti Maronite, Ortodoks Greek dan Katolik Greek. Kepelbagaian corak dalam masyarakat di Lubnan ini telah bertambah apabila ramai pelarian Palestin masuk ke Lubnan semenjak tertubuhnya negara Israel. Sungguhpun Lubnan adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai agama, mazhab dan puak, namun secara realiti ianya bukanlah sesuatu yang baik. Hal ini kerana keadaan yang aman di Lubnan tidak dapat bertahan lama kerana akhirnya keadaan di Lubnan telah berubah yang mana ia telah terlibat dalam pelbagai konflik bersenjata dan pelbagai Pelbagai pergolakan terjadi yang mengorbankan banyak nyawa dan merosakkan infrastruktur yang sedia ada. Buktinya semenjak dari tahun 1975 sehinggalah tahun 1990, negara Lubnan ini tidak pernah sunyi daripada pergolakkan.[footnoteRef:3] Pergolakan dalaman yang sering berlaku di Lubnan dalam tempoh ini adalah melibatkan pertelingkahan di antara mazhab, puak dan juga agama. Selain itu, Lubnan juga pernah terlibat dalam Perang Arab-Israel yang berlaku pada tahun 1948 dan tidak terlibat dalam Perang Enam Hari dan juga Perang Yom Kippur. Salah satu daripada konflik yang telah berlaku dalam negara Lubnan ialah perang saudara Lubnan yang mana ia telah berlaku dalam suatu tempoh yang panjang iaitu dari tahun 1975 sehinggalah tahun 1990. Semenjak daripada bermulanya konflik tersebut, Lubnan tidak lagi menjadi negara yang kerap dikunjungi dan disenangi pendatang asing bahkan menjadi medan pertempuran. [3: Lois A.Aroian. (1984). The Modern Middle East and North Afrika. New York: Macmillan Publishing Company. Halaman 418.]

1.2: Perang Saudara Lubnan 1982 Sebagaimana yang kita sedia ketahui, Lubnan telah mengalami beberapa siri Perang Saudara yang telah bermula sejak dari tahun 1975 lagi dan secara amnya, Perang Saudara Lubnan ini berlaku kerana kelompok-kelompok di negara itu sendiri saling memperjuangkan kepentingannya dengan saling menyerang antara satu sama lain. Prinsip mengalahkan dan menaklukkan seperti yang terjadi dalam perang antara negara berlaku di negara itu dan sehingga tahun 1982, keadaan ini masih lagi berlarutan. Perang Saudara Lubnan 1982 adalah merupakan kesinambungan perang saudara yang telah meletus sebelumnya dan perang ini telah berlaku pada 6 Jun 1982 iaitu apabila pasukan pertahanan Israel (IDF) menyerang selatan Lubnan. Israel telah melancarkan serangan ke atas selatan Lubnan sebagai tindak balas daripada usaha pembunuhan duta besar Israel ke London iaitu Sholomo Argov. Satu lagi peristiwa yang telah dijadikan alasan oleh pihak Israel untuk menyerang Lubnan adalah berkait dengan peristiwa di mana sebuah lori tenteranya telah terlanggar periuk api di Lubnan. Melalui peristiwa tersebut, pihak Israel telah menuduh rakyat Palestin telah mencabuli genjatan senjata.[footnoteRef:4] Menurut Lois A. Aroian (1984), walaupun tidak terdapat sebarang bukti yang menunjukkan peranan PLO dalam peristiwa tersebut, namun pihak Israel telah mengambil kesempatan daripada peristiwa tersebut untuk melancarkan pelanggaran ke atas Lubnan. Terdapat beberapa faktor yang telah mendorong kepada tercetusnya Perang Saudara Lubnan 1982 ini. Faktor-faktor ini juga adalah lanjutan daripada beberapa siri perang saudara yang telah berlaku sebelumnya. [4: Lois A.Aroian. (1984). The Modern Middle East and North Afrika. New York: Macmillan Publishing Company. Halaman 429. ]

2.0 : Faktor-Faktor Berlakunya Perang Saudara Lubnan 1982Terdapat beberapa faktor yang telah mendorong kepada tercetusnya Perang Saudara Lubnan 1982 ini. Faktor-faktor ini juga adalah lanjutan daripada beberapa siri perang saudara yang telah berlaku sebelumnya iaitu pada tahun 1975.

a) Sejarah Masyarakat Lubnan (Hasil Kolonialisme)Selepas kejatuhan Empayar Turki Uthmanniyah, Lubnan yang sebelum ini beada di bawah kekuasaannya terpaksa diserahkan kepada Perancis melalui sistem mandat yang telah diperkenalkan. Maka melalui perjanjian Skyes- Picott pada tahun 1916, secara rasminya Lubnan telah diletakkan di bawah kekuasaan Perancis. Ketika Perancis menguasai Lubnan, pihak kerajaan Perancis telah bertindak untuk memberikan kawasan Gunung Lubnan dan wilayah di sekitarnya kepada golongan Maronites yang mana golongan ini adalah merupakan antara kelompok kristian yang terbesar di Lubnan[footnoteRef:5] dan pada masa yang sama juga, masyarakat Druze dan juga Islam di Lubnan juga turut menduduki pergunungan tersebut. Oleh itu, berdasarkan kepada hal ini, apabila dilihat dari sudut perlembagaan Perancis, golongan Maronite ini telah diberikan kuasa oleh Perancis untuk memerintah Lubnan. Hal ini kemudiannya telah menyebabkan golongan kristian Maronite yang menguasai Lubnan pada ketika itu enggan untuk berkongsi kuasa dengan saudara Arab mereka yang beragama Islam. Tambahan lagi golongan Maronite ini memiliki sentimen keagamaan yang tinggi yang sememangnya telah diwarisi sejak zaman-berzaman malah semenjak dari awal kedatangan Islam ke Lubnan lagi. Selain itu, golongan ini juga pernah bersatu dengan tentera salib dari Eropah untuk menyerang kawasan tersebut yang pada mulanya berada di bawah kekuasaan Syria. [5: Mohammad Redzuan Othman. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Edisi Terjemahan Bahasa Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 417.]

Selain itu, golongan kristian Maronite juga tidak mahu menerima idea Pan- Arabisme yang menyeru kepada semangat nasionalisme Arab sebaliknya golongan ini telah berjaya mewujudkan semangat Lubnanisme dalam kalangan golongan Kristian Lubnan yang mana mereka menganggap diri mereka sebagai bangsa Lubnan dan bukannya Arab. Pada tahun 1943, satu perjanjian tidak bertulis yang dikenali sebagai National Pact telah dimeterai di antara semua puak dan kaum di Lubnan. Walau bagaimanapun, perjanjian tersebut lebih memberikan kelebihan kepada pihak Maronite sendiri. Pihak muslim kemudiannya telah menuntut supaya bancian dilakukan supaya pemerintahan dibahagikan mengikut demografi penduduk. Namun malangnya golongan maronite telah menolak usul tersebut. Keadaan ini sekali gus telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk asal muslim yang merupakan penduduk majoriti di Lubnan sejak dari dulu lagi. Rasa tidak puas hati akhirnya mendorong kepada berlakunya pergolakan antara penduduk Lubnan itu sendiri. Selain daripada berlakunya perbalahan antara golongan kristian Maronite dengan masyarakat Islam Lubnan, pertelagahan juga turut berlaku dalam kalangan masyarakat Islam Lubnan itu sendiri iaitu pertelagahan antara Islam Sunni dan juga Syiah. Pertelagahan sedemikian berlaku apabila puak Sunni semakin terpinggir dari aspek politik dan juga ekonomi. Maka, kewujudan keadaan sedemikian telah menjadikan keadaan di selatan Lubnan menjadi semakin tegang.

b) Jurang EkonomiSalah satu lagi faktor yang telah menyebabkan tercetusnya perang saudara Lubnan ini adalah disebabkan oleh kewujudan jurang dalam bidang sosioekonomi. Sekiranya dilihat dari aspek ekonomi ini, orang-orang yang memperolehi manfaat dari kemajuan ekonomi Lubnan dan hidup dalam kemakmuran dan kemewahan pada umumnya berasal daripada kelompok kristian. Sementara bagi pihak kaum muslim pula, mereka perlu berjuang lebih keras lagi untuk terus membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan hidup. Dasar pemerintahan yang telah diperkenalkan oleh pihak Perancis yang pada ketika itu lebih kepada menjaga kebajikan bagi kaum maronite khususnya. Golongan ini juga turut sama telah diberikan kesempatan untuk memperolehi pendididkan yang lebih baik sehingga lahirnya golongan-golongan yang terpelajar dan mampu untuk memegang jawatan dalam bidang ekonomi. Ini menyebabkan kaum muslim yang rata-ratanya adalah penduduk majoriti di bumi Lubnan ini terus ketinggalan dan sekali gus telah menjadikan mereka tercicir daripada kemajuan ekonomi Lubnan. Keadaan ini menjadi semakin teruk lagi apabila sistem ekonomi liberal turut dilaksanakan di Lubnan yang mana melalui pelaksanaan sistem ekonomi ini, negara tidak banyak campur tangan dalam bidang ekonomi tetapi sebaliknya ekonomi adalah bergantung kepada mekanisme pemasaran. Melalui pelaksanaan sistem tersebut, pemilik-pemilik modal akan dapat menguasai ekonomi dengan sesuka hati dan menyebabkan mereka yang kurang mampu terpinggir dalam bidang ekonomi. Oleh itu, disebabkan oleh jurang ekonomi ini maka ia telah membangkitkan rasa tidak puas hati dan telah membawa kepada meletusnya perang saudara di Lubnan.

c) Masalah Kewujudan Pasukan Tentera LubnanKepelbagaian mazhab, puak serta agama yang wujud di Lubnan menyebabkan sering berlakunya pergolakan dalam negara tersebut. Ekoran daripada penguasaan golongan kristian Maronite di Lubnan telah mendorong penduduk Lubnan yang beragama Islam untuk bangun menentang kerana keengganan golongan Maronite untuk berkongsi kuasa pemerintahan. Oleh itu, setiap mazhab atau kaum tersebut masing-masing telah menubuhkan pasukan ketenteraan yang berasaskan kepada kaum dan juga persoalan agama. Kewujudan pelbagai pertubuhan milita ataupun pasukan tentera ini di Lubnan telah menyebebkan keadaan Lubnan semakin tegang kerana petelingkahan antara parti-parti serta pertubuhan-pertubuhan pasukan tentera ini.Sebagai contohnya, penubuhan Lebanese National Movement (LNM) atau juga dikenali sebagai Pergerakan Nasional Lubnan pada tahun 1969. Pasukan ketenteraan LNM ini telah dipimpin oleh Kamal Jumlat yang mana beliau adalah merupakan seorang Muslim Druze dan pertubuhan ini dianggotai oleh puak Muslim seperti Syiah, Sunni dan juga Druze. Tujuan penubuhan parti ini adalah sebagai salah satu daripada usaha yang dilakukan oleh Kamal Jumlat untuk mewujudkan orde sosioekonomi yang lebih adil di Lubnan dan juga sebagai usaha untuk mencapai persefahaman kebangsaan[footnoteRef:6]. Parti ini telah berpihak kepada Organisasi Pembebasan Palestin atau PLO. Pada masa yang sama juga, Lebanese National Movement (LNM) ini juga turut sama menerima bantuan kewangan berserta senjata daripada negara-negara Arab yang lain seperti dari Libya, Iraq dan juga Yaman. Pada tahun 1976, Lebanese National Movement (LNM) telah menguasai 80 peratus negara Lubnan. [6: Mohammad Redzuan Othman. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Edisi Terjemahan Bahasa Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 418.]

Sementara itu pada tahun 1975 pula, sebuah lagi pasukan ketenteraan yang dinamakan sebagai Lebanese Front juga telah ditubuhkan yang mana ia adalah merupakan sebuah pertubuhan ketenteraan yang dianggotai oleh kumpulan Kristian Phalangist dan juga parti Kataib. Lebanese Front ini dianggotai oleh keluarga Gameyel dan yang kemudiannya telah dibantu oleh Israel. Pada tahun 1982, Bashir Gamayel telah dilantik untuk mengetuai Lebanese Front ini. Penubuhan pasukan ketenteraan yang berasaskan agama dan juga puak ini menjadikan perang saudara Lubnan menjadi semakin sengit. Hal ini kerana tujuan penubuhan Lebanese Front ini adalah untuk menentang Lebanese National Movement (LNM). Selain daripada pertubuhan-pertubuhan seperti yang telah disebutkan di atas, satu lagi parti atau pertubuhan yang wujud di Lubnan pada ketika itu adalah pertubuhan Phalangist yang mana pertubuhan ini adalah merupakan satu pertubuhan yang secara majoritinya dianggotai oleh orang kristian Maronites dan pertubuhan ini telah diketuai oleh Bachir Gemayel. Bachir Gemayel adalah merupakan seorang pemimpin daripada golongan Maronites yang sememangnya terkenal dengan sikap kekejamannya dan beliau juga pernah membunuh pesaingnya. Parti Phalangist adalah sebuah pertubuhan yang bersekutu dengan pihak Israel. Buktinya, semenjak daripada tahun 1976 lagi, pihak Israel telah memberikan latihan ketenteraan, bekalan senjata dan juga turut memberikan pakaian seragam kepada parti Phalangist ini. Matlamat utama penubuhan Parti Phalangist ini adalah untuk menyingkirkan sebarang kuasa asing yang wujud di Lubnan terutamanya pelarian Palestin. Oleh itu, dengan menerima bantuan daripada Israel, maka ini telah menambahkan lagi ketegangan yang sedia adal di Lubnan pada ketika itu. Kerjasama dan persefahaman yang wujud antara Phalangist dan pihak Israel ini telah menjadikan Parti Phalangist ini telah menjadi pusat kepada perancangan Israel.[footnoteRef:7] [7: Mohammad Redzuan Othman. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Edisi Terjemahan Bahasa Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 417.]

Di Lubnan, bukan sahaja berlaku perbalahan dan konflik antara golongan kristian dengan muslim malahan, pertelingkahan antara sesama Islam juga turut berlaku. Contohnya pertelingkahan yang berlaku antara Islam Sunni dan juga Syiah yang mana pertelingkahan atau perbalahan ini adalah berpunca daripada keadaan puak Sunni yang semakin terpinggir dalam bidang politik dan juga ekonomi.

d) Masalah Pelarian PalestinSemenjak tercetusnya Perang ArabIsrael pertama iaitu pada tahun 1948, maka banyak rakyat palestin yang telah keluar daripada negara Palestin dan Lubnan adalah merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelarian Palestin tersebut. Pelarian Palestin ini tinggal di khemah-khemah pelarian yang terletak di selatan Lubnan. Dianggarkan bahawa lebih daripada 110 000 orang pelarian Palestine berada di Lubnan semenjak Perang Arab-Israel 1948. Jumlah pelarian Palestin di Lubnan ini semakin meningkat selepas tahun 1967. Kewujudan pelarian yang bilangannya semakin meningkat di Lubnan telah menyebabkan kebimbangan kepada golongan Maronite di Lubnan. Golongan Maronite ini bimbang sekiranya peningkatan jumlah pelarian yang memasuki Lubnan ini berterusan ia akan membentuk satu entiti politik yang kuat akan menyokong masyrakat muslim di Lubnan. Tambahan lagi pihak Palestine Liberation Organization (PLO) yang pada ketika itu turut memainkan peranan penting dalam merekrut pejuang Palestine dari kalangan pelarian Palestin yang tinggal di Lubnan. Pada tahun 1975, bilangan atau jumlah pelarian Palestin ke Lubnan menjadi semakin ramai dan keadaan ini telah semakin mengukuhkan kedudukan PLO di Lubnan. Keadaan ini semakin membimbangkan golongan kristian Maronite yang sememangnya mahukan dominasi mereka berterusan di Lubnan. Oleh itu, bagi mengekang isu tersebut, golongan Maronite (Phalangist) telah menjalinkan kerjasama dengan Israel bagi mengekalkan dominasi mereka berterusan di Lubnan. Sementara di pihak Israel pula, telah bersetuju untuk membantu golongan maronite kerana melalui kerjasama tersebut, Israel akan dapat mewujudkan satu bentuk penguasaan ke atas sumber airnya. Hasrat Israel ini hanya akan dapat dengan mengukuhkan kembali kedudukan golongan maronite di Lubnan. Daripada kerjasama tersebut, maka Israel telah melancarkan serangan demi serangan ke atas pendudukan rakyat Palestin di Lubnan dan sekali gus telah membawa kepada operasi Litani yang mana melalui operasi ini, Israel mahu mengusir PLO dari kawasan sungai Litani yang mana kawasan tersebut dianggap sebagai sempadan negara mereka dan penguasaan ke atas kawasan tersebut sekaligus akan membolehkan Israel berkuasa ke atas pengawalan sumber air.

e) Campur Tangan SyriaPada Januari 1976, serangan yang dilakukan ke atas khemah pelarian Tel al- Zatar yang dilakukan oleh pasukan Kataib dan daripada peristiwa tersebut, maka Gamayel dan pemimpin-pemimpin maronite yang lain telah mengisytiharkan bahawa bermulanya perjuangan orang kristian Lubnan untuk menentang rakyat kristian dan juga muslim Palestin. penentangan ini kemudiaannya telah diperluaskan lagi sehingga ke khemah pelarian Damur yang juga terletak di selatan Beirut. Maka, melalui serangan yang dilancarkan ke atas khemah-khemah pelarian tersebut, pemimpin-pemimpin kiri Lubnan serta Palestin telah melihat tindakan yang dilakukan oleh golongan maronite tersebut sebagai permulaan kepada pembahagian Lubnan[footnoteRef:8]. Pada masa yang sama juga, peristiwa ini juga telah membawa kepada campur tangan Syria. Syria pada mulanya memihak kepada Palestin mengikut perjanjian Palestinian Front. Pada peringkat awalnya, tentera pembebasan Palestin yang telah disokong oleh Syria telah memasuki Lubnan dengan tujuan untuk menjamin keselamatan masyarakat Palestin. Syria juga berusaha untuk mewujudkan perdamaian antara kumpulan kanan dan juga kumpulan kiri. Walau bagaimanapun, pemimpin golongan maronite iaitu Kamal Jumblat telah menentang usaha Syria yang telah bertindak sebagai orang tengah dalam persengketaan antara kumpulan kiri dan kanan di Lubnan. Campur tangan Syria dalam ketegangan yang berlaku di Lubnan ini juga turut didorong oleh faktor untuk memastikan Elias Sarkis menjadi presiden Lubnan yang baru.[footnoteRef:9] Akhirnya, pada akhir bulan Mei 1976, Elias Sarkis telah dilantik menjadi presiden Lubnan dalam tempoh enam tahun. [8: Mohammad Redzuan Othman. (1991).Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Edisi Terjemahan Bahasa Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 418.] [9: Ibid; hlmn 418.]

Pada Jun 1976, kekecohan yang berlaku di Lubnan menyebabkan golongan maronite hampir mengalami kekalahan dan keadaan ini telah menyebabkan presiden Suleiman Frangieh telah meminta Syria untuk camput tangan. Pada masa yang sama juga, pelabuhan Beirut yang terletak berdekatan dengan Syria juga adalah merupakan pelabuhan di mana Syria menerima sebahagian besar bekalan untuk rakyatnya. Akhirnya, Syria telah bertindak balas dengan memungkiri persefahaman yang telah dijanjikan melalui perjanjian Palestinian Front untuk memihak kepada orang-orang Palestin dan telah beralih arah kepada menyokong kerajaan yang pro- Maronite.Pada bulan Jun juga, presiden Syria pada ketika itu iaitu Hafiz al- Assad telah mengambil keputusan untuk mengukuhkan kedudukannya di Lubnan. Oleh itu, beliau telah menghantar tenteranya ke Lubnan tetapi bukan untuk tujuan membantu rakyat Palestin tetapi sebaliknya adalah untuk menentang mereka. Hafiz al-Assad telah memutuskan bahawa peranan Syria sebagai orang tengah tanpa mempunyai sebarang tindakan tidak akan dapat mengekalkan kepntingan Syria dan juga tidak akan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah di Lubnan. Tentera Syria kemudiannya telah melancarkan serangan dan menggempur khemah pelarian Tel al- Zatar selama 51 hari dan gerila Palestin telah mengalami kekalahan teruk. Ini menyebabkan pada 13 Ogos 1976 khemah Tel al- Zatar mengalami kejatuhan dan pada pertengahan bulan November 1976, tentera Syria telah berjaya menguasai Beirut Tengah.[footnoteRef:10] Selepas memasuki Lubnan, tentera Syria ini juga turut menduduki kawasan Tripoli dan juga Lembah Bekaad dan juga telah mengalahkan Lebanese National Movement (LNM) dan ketenteraan Palestin.[footnoteRef:11] Campur tangan Syria ini juga turut mempunyai agenda politiknya yang tersendiri dan selain itu, ia juga adalah bertujuan bagi mengelakkan kemungkinan untuk diserang oleh Israel. Oleh itu, daripada peristiwa ini, dapat dilihat bahawa penglibatan atau campur tangan Syria telah menyebabkan keadaan di Lubnan ini menjadi semakin rumit apatah lagi tindakannya menyerang khemah-khemah pelarian adalah sama seperti tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Israel. [10: Mohammad Redzuan Othman. (1991).Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Edisi Terjemahan Bahasa Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 419.] [11: AsadGhanem. (2010). Ethnic Politics in Israel. London & New York : Routledge. Hlmn 215.]

f) Penyembelihan Sabra dan ShatilaFaktor ini adalah merupakan salah satu faktor yang terpenting dalam siri perang saudara Lubnan 1982. Peristiwa penyembelihan Sabra dan Shatila ini telah berlaku pada bulan September 1982 dan bertempat di Beirut Lubnan. Peristiwa ini juga telah disifatkan sebagai penghapusan kaum (Genocide) dan perkara ini dianggap sebagai perkara biasa dalam perang saudara tersebut. Semasa peristiwa penyembelihan Sabra dan Shatila ini berlaku, Lubnan pada ketika itu sedang berada dalam perang saudara yang rumit yang mana perang saudara ketika itu adalah melibatkan pakatan antara Israel dan juga Parti Phalangist dan kumpulan bersenjata menentang pihak Muslim Lubnan termasuklah PLO. Peristiwa ini telah menyaksikan seramai 100 000 nyawa yang telah menjadi mangsa korban daripada peristiwa penyembelihan tersebut.Pihak PLO ini kemudiaannya telah mendapatkan kebebasan daripada Perdana Menteri Lubnan untuk menggunakan Lubnan sebagai pangkalan operasinya untuk melancarkan serangan ke atas Israel. PLO telah melancarkan serangan yang berterusan ke atas negara Israel. Sebelum peristiwa ini, pihak PLO telah menjadikan Lubnan sebagai tapak untuk melancarkan serangannya ke atas Israel Utara dan tindakan PLO ini telah dijadikan alasan oleh pihak Israel untuk melancarkan serangan balik kepda pihak PLO yang berada di Lubnan. Pada peringkat awal serangan Israel, serangan telah dimulakan dengan pengepungan bandar Beirut di Lubnan. Pada masa yang sama, Israel juga turut melancarkan pengeboman tanpa henti di Beirut. Walau bagaimanapun, kebanyakan pejuang PLO telah biasa dengan kawasan-kawasan di bandar Beirut dan ketika pengeboman dari pihak Israel berlaku, kebanyakkan mangsanya adalah merupakan orang-orang awam. Serangan dan pengeboman dari pihak Israel terus berlaku tanpa penghujung dan akhirnya telah membawa kepada campur tangan pihak Amerika Syarikat yang ketika itu diketuai oleh Presiden Reagan. Pihak Amerika Syarikat telah masuk campur dalam pergolakan tersebut ekoran daripada tindakan Israel yang telah menggunakan bom api untuk mengebom bandar Beirut.Hasil daripada campur tangan Amerika Syarikat dalam pertikaian tersebut, ia telah membawa kepada perjanjian perletakkan senjata yang mana ia telah ditaja olh pihak Amerika Syarikat sendiri. Berdasarkan kepada perjanjian perletakan senjata yang telah ditandatangani tersebut: Pihak Palestine Liberation Organization (PLO) telah bersetuju untuk meninggalkan Lubnan di bawah penguasaan antarabangsa. Israel pula telah bersetuju untuk tidak terus mara ke Beirut dan juga berjanji akan menjaga serta menjamin keselamatan orang awam yang tinggal di khemah-khemah pelarian.Berikutan dengan perjanjian yang telah dipersetujui tersebut, akhirnya pada tarikh 1 September 1982, pengunduran pejuang Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) daripada Lubnan telah pun lengkap dan pada 10 September pasukan antarabangsa yang menyelia pengunduran tersebut seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Itali juga telah berundur.Selepas pengunduran pihak PLO daripada bumi Lubnan, Bachir Gameyel telah dilantik untuk menjadi presiden Lubnan yang mana beliau telah dilantik pada 23 Ogos 1982 iaitu ketika beliau berusia 34 tahun. Perlantikan Bachir Gameyel sebagai presiden Lubnan telah mendapat tentangan daripada segelintir masyarkat Lubnan pada ketika itu. Hal ini kerana Bachir Gameyel sememangnya terkenal dengan kekejamannya bahkan beliau juga pernah membunuh pesaingnya. Pada masa yang sama juga, musuh-musuh politiknya turut menyatakan bahawa adalah tidak sesuai untuk mengadakan pilihan raya ketika berada di bawah cengkaman Israel.[footnoteRef:12] Selain daripada itu juga, penentangan terhadap perlantikan Gameyel sebagai presiden Lubnan juga adalah disebabkan oleh kekhuatiran bahawa beliau akan menggunakan kedudukannya itu untuk menghapuskan golongan kiri. [12: Mohammad Redzuan Othman. (1991).Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Edisi Terjemahan Bahasa Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 430.]

Malangnya pada 14 September 1982, Bachir Gameyel telah terbunuh bersama-sama dengan beberapa orang penasihat tertingginya dalam satu letupan bom. Kematian beliau ini telah dipercayai telah dilakukan oleh musuh-musuh dalam parti politiknya sendiri.[footnoteRef:13] Ekoran daripada peristiwa pembunuhan beliau, maka ia telah menimbulkan kemarahan Pasukan Phalangist. Kejadian ini juga sekaligus telah mendorong pasukan Phalangist untuk membalas dendan ke atas kematian Bachir Gameyel. Kemarahan ini semakin menjadi-jadi apabila menteri pertahanan Israel ketika itu iaitu Ariel Sharon telah meletakkan tanggungjawab pembunuhan Bachir Gameyel ke atas penduduk Palestin. Tuduhan tersebut semakin menjadikan Parti Phalangist yang sememangnya memusuhi oarng Palestin semakin marah sekaligus menyebabkan mereka sekali lagi telah beergabung atau berkerjasama dengan pihak Israel untuk membalas dendam terhadap orang Palestine. Secara tidak langsung, kejadian ini telah menimbulkan keadaan huru-hara dan telah membuka peluang kepada pihak Israel untuk mencerobohi Beirut Barat bagi memperkukuhkan kedudukannya di Lubnan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pihak Israel telah mencabuli pengunduran pejuang palestin (PLO) yang telah dipersetujui oleh Amerika Syarikat sebelumnya dengan memasuki kawasan Beirut serta merta. Israel telah bertindak mengepung kawasan petempatan utama rakyat palestin di Lubnan. [13: Ibid; hlmn 430.]

Selepas pembunuhan peristiwa pembunuhan presiden Lubnan iaitu Bachir Gameyel ini, pihak pengintipan Israel telah mendakwa bahawa masih terdapat seramai 2000 orang anggota PLO yang masih berada di khemah Sabra dan Shatila iaitu khemah bagi pelarian palestin. Maka, Israel Defense Force dan juga perti Phalangist telah bersepakat untuk sama-sama mengusir pejuang PLO untuk keluar daripada kem pelarian orang palestin di Sabra dan Shatila. Melalui kerjasama kedua-dua pihak, pihak IDF akan memainkan peranannya untuk mengawal sempadan kem dan membenarkan tentera Kataib untuk memasuki khemah-khemah pelarian untuk menjalankan pembersihan. Semasa tentera daripada parti Phalangist ini memasuki khemah pelarian tersebut, mereka telah menyembelih kesemua orang yang menduduki kem tersebut termasuklah kaum wanita, kanak-kanak dan juga golongan orang tua. Dalam tempoh masa dua hari sahaja telah dianggarkan bahawa seramai seribu orang yang telah menjadi mangsa kepada operasi pembersihan yang dilakukan oleh tentera Kataib.

3.0: Kesan Perang Saudara Lubnana) Israel menguasai Lubnanekoran daripada perang saudara Lubnan ini telah menyaksikan penguasaan Israel keatas Lubnan dalam suatu masa yang singkat. Kerjasama yang terjalin antara pihak golongan kristian Maronite dan Israel telah membolehkan lagi pihak Israel untuk mengukuhkan kedudukannya di Lubnan. Sebagaimana yang dapat dilihat pada tahun 1985, Israel telah mengambil balik balik kedudukan tetap di Lubnan dan dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukannya, proses tersebut telah diselang-selikan dengan dengan beberapa serangan bom singkat. Pada masa yang sama, pengasas dan ketua South Lebonan Army iaitu Major Saad Haddad yang juga merupakan sekutu utama Israel telah menggerakkan tenteranya ke satu per tiga kawasan selatan negara Lubnan dan tindakan beliau ini adalah selaras dengan rancangan Israel untuk mewujudkan satu kawasan jaluran keselamatan di kawasan tersebut.

b) Kesan SosioekonomiPada akhir tahun 1987 sehingga awal tahun 1988, Lubnan mengalami hampir kegagalan dalam hampir segala bidang. Pembunuhan dan penangkapan tebusan terus meningkat, letupan bom berlaku dengan meluas menyebabkan kematian lebih ramai rakyat. Para ahli ekonomi ada menyatakan tahun tersebut sebagai masa kejatuhan yang hampir menuju kesempurnaan kerana pemerintah tidak menjalankan tugas dan saling menuduh kepentingan antara satu sama lain. Tambahan lagi pasukan militer Lubnan yang berpecah belah dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa.Perang Saudara Lubnan yang berlangsung dari tahun 1975 hingga 1990, dianggarkan seramai 150 000 hingga 250 000 orang terkorban, hampir sejuta orang cedera, dan sekitar 900 000 lagi melarikan diri dan keluar dari Lubnan secara besar-besaran. Mangsa-mangsa penculikan sekitar pertengahan tahun 1980 yang mana ketika itu berlangsungnya gelombang nasionalisme Arab akhirnya dipulangkan kembali ke Barat pada Mei 1992 termasuk juga para tawanan yang berasal dari Barat yang ditahan oleh gerakan jihad Muslim milik Hizbullah. Pihak Israel melepaskan 51 orang tahanan Lubnan dengan pertukaran informasi mengenai korban atau pasukan Israel yang ditahan di Lubnan. Pemerintahan lumpuh, prasarana hancur dan korban jiwa. Walid Junblat seorang yang berasal dari kaum Druze, sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap rakyat mulai melakukan gerakan sosial di kawasan Lubnan. Sebuah program yang bertujuan untuk melindungi dan mengembalikan semula warga yang menderita hasil dari peperangan. Walid Junblat menjalankan programnya ke seluruh pelosok Lubnan terutama di daerah-daerah konflik akibat perang saudara 1975-1990. Program tersebut berjaya membangunkan semula pemukiman yang hancur dan mengumpulkan rakyat untuk pulang ke daerah asal mereka. Namun, sebaliknya bagi warga Palestina yang menetap di wilayah Selatan Lubnan. Pemerintah memutuskan untuk mengurangkan kem-kem pelarian yang ingin dibangunkan, dengan menghadkan seramai 50 000 pelarian Palestin yang berhak menjadi warga negara Lubnan, termasuk kesamarataan hak sebagai warga negara Lubnan. Kerana program pemerintah untuk jangka masa panjang adalah untuk menjadikan Lubnan sebagai negara yang berkuasa atas kawasannya dan kawasan tersebut meruoakan hak dari warga negaranya sesuai dengan apa yang terkandung dalam isi PerjanjianTaif seksyen I. Prinsip-prinsip Umum.[footnoteRef:14] [14: Barclay, Sarah. (2007). College Of Arts and Sciences CUREJ College Undergraduate Research Electronic Journal Consociationalism in Lebanon. Pennsylvania: University of Pennsylvania. Hlm 79.]

Dalam bidang ekonomi, Perdana Menteri Rafik Hariri pada tahun 1992 melakukan beberapa perubahan dalam mengubah atau membaik pulih keadaan ekonomi selepas perang saudara tersebut.[footnoteRef:15] Antaranya ialah membangun Solidere di Beirut iaitu sebuah perusahaan saham pemerintah yang dibangunkan untuk menguatkan semula keadaan ekonomi Lubnan setelah sekian lama. Selain itu, Rafik Hariri turut mengembangkan aspek pengangkutan dan infrastruktur masyarakat. hubungan dengan Perancis dan Amerika Syarikat juga dijalinkan semula. Dengan melaksanakan sistem ekonomi laissez-faire untuk menarik minat para pelabur luar negara ke dalam ekonomi Lubnan. Hasilnya, PDB per kapita Lubnan naik mendadak sehingga 353% pada tahun 1990an. [15: Winslow, Charles. (1996). Lebanon War & Politics In A Fragmanted Society. London: Routledge. Hlm 278.]

b)Pembentukan Nasionalisme HizbullahParti Hizbullah merupakan pergerakan sosial dan politik kaum Lubnan yang ditubuhkan pada tahun 1982. Sekitar tahun 1980, Hizbullah menentang organisasi AMAL dan terlibat dalam beberapa penculikan orang Barat. Kelahiran gerakan ini disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama iaitu pembantaian 2000 orang pelarian Palestin oleh Israel pada tahun 1982. Selain itu juga disebabkan oleh pembatasan sosial dan politik terhadap masyarakat Syiah yang berlarutan di Lubnan, serta pengaruh revolusi Islam Iran, dan perpecahan gerakan Syiah di Lubnan. Hizbullah menjadi parti yang memimpin perolehan suara dalam pilihan raya 1992, dengan perolehan hampir 10% kerusi pada undang-undang Lubnan.[footnoteRef:16] [16: Traboulzi, Fawwas. (2007). A History Of Modern Lebanon. London: Pluto Press. Hlmn 547.]

Disebabkan majoriti penduduk Lubnan ialah Muslim Syiah, Hizbullah merupakan kuasa politik terbesar Lubnan. Aktiviti kebajikan yang dijalankan, termasuk menguruskan hospital, sekolah dan stesen televisyen mengukuhkan lagi kedudukan Hizbullah dalam politik Lubnan. Walaupun menerima bantuan Syria, gerakan Islam pimpinan Syaikh Hasan Nasrallah itu tidak dipengaruhi Syria - ataupun Iran, negara yang bertanggungjawab menubuhkan dan menyokong gerakan itu sejak awal penubuhannya seperti yang diperlihatkan oleh sebahagian media. Dalam demonstrasi yang digerakan oleh Hizbullah, Syaikh Hasan menegaskan sikap Hizbullah yang mahukan Lubnan merdeka. Hizbullah tidak mahu bergantung kepada Syria, dan tindakan Hizbullah bukan ditentukan oleh Syria. Hubungan Hizbullah dengan Syria juga bukan selamanya harmoni, terutama semasa pemerintahan Hafez al-Assad, yang menggunakan Hizbullah hanya untuk mengimbangi Israel. Menurut Syaikh Hasan, Lubnan juga berterima kasih kepada Syria kerana membantu mengekalkan keamanan Lubnan. Hizbullah merupakan satu-satunya entiti yang telah menewaskan Israel melalui cara ketenteraan, dan melalui kegiatan kemasyarakatannya dan politiknya telah muncul sebagai kuasa politik popular dan penting di Lubnan. Sikapnya yang konsisten menentang Israel dan pengaruh Amerika berbeza sekali dengan pimpinan dunia Muslim Sunni yang berkompromi dan dikooptasi, dan kemudian menjadi mangsa Washington. Dari sudut politik, Hizbullah bersikap realistik terhadap penubuhan negara Islam bermodelkan Iran di Lubnan yang berbilang kaum dan agama. Bagaimanapun, parti ini mengukuhkan sokongan terhadapnya melalui pelbagai aktiviti yang membolehkannya diterima masyarakat plural Lubnan. Emil Lahoud sendiri pernah berkata Hizbullah diiktiraf oleh sebahagian besar rakyat Lubnan sebagai gerakan pembbasan nasional. Menurutnya, Lubnan bebas daripada penjajahan Israel kerana Hizbullah. Kekuatan Hizbullah juga menjadikannya satu kuasa digeruni oleh Israel. Semasa penaklukan Israel, militia Hizbullah yang jauh lebih kecil bilangannya berdepan dengan dua kuasa ketenteraan; tentera Israel dan Tentera Selatan Lubnan (SLA) yang disokong Israel. Setelah tidak mampu menghadapi serangan Hizbullah, perdana menteri Israel ketika itu, Ehud Barak memutuskan untuk mengundukan tentera Isral dari selatan Lubnan, kawasan yang dinamakan "zon keselamatan" oleh Tel Aviv. Tentera Israel berundur ke kawasan kecil itu pada 1985, akibat tentangan bersenjata berterusan daripada Hizbullah. Aktiviti Hizbullah juga membawa kepada pengunduran tentera Amerika dari Lubnan pada awal 1980-an. Satu kejayaan besar Hizbullah yang disambut baik oleh rakyat Lubnan ialah kejayaan mendesak Ariel Sharon membebaskan 429 tahanan dan mengembalikan jenazah 59 pejuang Hizbullah, dengan menukarkan mereka dengan seorang rakyat Israel dan mayat tiga tentera Israel. Peristiwa ini dirayakan oleh sekumpulan rakyat Lubnan. Hizbullah menangani politik Lubnan dengan agak bebas daripada pengaruh Syria dan Iran, walaupun kedua pihak masih menjadi penyokong utama gerakan itu. Pemimpin Syria hari ini, Bashar al-Assad dikatakan mengagumi tokoh Hizbullah itu. Hizbullah telah melalui banyak transformasi sejak penubuhannya pada 1982. Kuasa besar dunia, Amerika Syarikat mengklasifikasikan gerakan ini sebagai teroris, tetapi Eropah membezakan sayap militia Hizbulah dengan kegiatan politiknya. Sebagai sebuah parti politik, walaupun terdapat bebeapa kelemahan, Hizbullah berjaya membezakan dirinya daripada parti lain dalam banyak hal. Sikapnya yang pragmatik mengetepikan perbezaan kaum dan agama untuk kepentingan ramai membolehkannya bekerjasama dengan parti lain, termasuk parti Kristian. Hizbullah kini merupakan parti yang paling berpotensi untuk mendepani perubahan di Lubnan. Kejayaannya membebaskan Lubnan daripada penaklukan Israel, aktiviti kemasyarakatan yang berharga untuk rakyat Lubnan memperlihatkan kesungguhan dan kesediaan parti ini untuk menyumbang kepada pembangunan Lubnan. Banyak bukti menunjukkan Hizbullah akan berperanan lebih besar dalam masa depan politik Lubnan.

c) Perjanjian TripartitePada akhir tahun 1985, sebuah pertemuan Tripartite dijalankan di Damaskus yang bertujuan untuk menghilangkan masalah sektarian yang berlaku di Lubnan. Perjanjian ini diadakan oleh tiga pemimpin militer Lubnan, Eli Hobeika dari LF, Walid Junblat dari PSP, dan Nabih Berri dari AMAL.[footnoteRef:17] Pertemuan tersebut menghasilkan beberapa keputusan iaitu, kesamaan perwakilan sektarian antara kaum Kristian dengan Muslim, kemudian abolisi politik sektarian dengan masa peralihan, dan yang terakhir adalah keseimbangan baru pada hak prerogatif presiden terhadap perdana menteri dan kabinetnya. Dalam perjanjian itu juga disebutkan bahawa Lubnan akan tetap kekal sebagai negara Arab berkenaan dengan identitinya. Selain itu, hak mengundi masyarakat Lubnan yang dikurangkan kepada 18 tahun dari 21 tahun asalnya. Kemudian mendirikan Senat yang bertanggungjawab mengurus persoalan dalam hal ehwal melibatkan konstitusi, pindaan, naturalisasi, deklarasi perang dan perdamaian antara kaum di Lubnan. Serta yang terakhir, perjanjian ini membuka kembali hubungan bilateral antara Lubnan dengan Syria.[footnoteRef:18] [17: MacQueen, Benjamin. (1999). Political Culture and Conflict Resolution in the Arab World; Lebanon and Algeria. Victoria: Melbourne University Press. Hlmn 44-46.] [18: Traboulzi, Fawwas. Op. Cit, hlmn 226.]

Meskipun persetujuan Tripartite mendapat sambutan yang agak baik dari pelbagai pihak, namun presiden terpilih iaitu Amin Gemayel menolak rancangan tersebut. Amin Gemayel menentang persetujuan tersebut kerana menganggap kelayakannya masih agak lemah. Gemayel juga menyatakan bahawa salah satu syarat perjanjian tersebut akan melemahkan posisinya pada saat itu, kemudian penghapusan politik sektarian di Lubnan akan menutup sistem politik demokrasi yang akan membawa kepada sekularisasi. Pada bulan Februari, Gemayel memaksa parlimen supaya persetujuan tersebut ditolak. Persetujuan tersebut akhirnya menemui jalan buntu kerana tidak dipersetujui dan menjadi salah satu dasar dari pembentukan Perjanjian Taif.[footnoteRef:19] [19: Ibid hlmn 226-227.]

Perjanjian Taif 1989Perjanjian Taif 1989 menandakan berakhirnya perang saudara yang berlangsung selama 15 tahun di Lubnan. Rancangan ini muncul setelah berlangsungnya perundingan pada Mei 1989 di Casablanca, Morocco.[footnoteRef:20] Dalam perundingan tersebut, keputusan yang mencakupi permasalahan yang sedang dihadapi di Lubnan. Meskipun tahun berikutnya konflik ini masih berlaku namun tidak seteruk konflik-konflik sebelumnya. Salah satu isi perjanjian tersebut adalah mengubah perwakilan umat beragama di parlimen menjadi seimbang antara kaum Muslim dan Kristian. Hal ini dilakukan dengan menambah sembilan kerusi baru bagi kaum Muslim, yang mana tiga kerusi adalah untuk kaum Muslim Shiah. Menetapkan 108 (yang kemudian menjadi 128) anggota dewan perwakilan dengan perwakilan yang adil antara kaum Muslim dan Kristian dengan masing-masing mendapat 64 kerusi. Kedua, kerusi Presiden tetap menjadi milik kaum Kristian Maronite. Ketiga, menghapuskan hak Presiden untuk mengangkat Konsul secara peribadi. Keempat, mengangkat Konsul dengan Perdana Menteri yang diangkat oleh Dewan dan dipimpin oleh Presiden. Melalui perjanjian ini juga Syria diharapkan dapat menarik pasukannya dari Lubnan setelah keadaan politik beransur pulih.[footnoteRef:21] [20: MacQueen, Benjamin. Op. Cit, hlmn 44-46.] [21: Ibid; hlmn 47.]

Perjanjian Taif akhirnya ditandatangani pada 22 Oktober 1989 di Taif, Arab Saudi, yang kemudian disahkan pada 4 November 1989 di Landasan Udara Qulayat (Utara Tripoli).[footnoteRef:22] Melalui perjanjian tersebut, Rene Muawad dilantik sebagai Presiden pada 5 November 1989.[footnoteRef:23] Pada saat persidangan tersebut, wakil kaum Kristian seramai 31 orang dan 31 orang kaum Muslim dari 71 anggota parlimen pilihan raya 1972 yang selamat. Disebabkan oleh peperangan yang berpanjangan, tidak ada pemilihan umum yang dilaksanakan sejak tahun 1972, menetapkan anggota parlimen selama 17 tahun dengan komposisi yang sama.[footnoteRef:24] Wakil dari Syria tidak hadir tetapi Syria mendapat status sebagai negara pemerhati kerana pengaruh dan hubungannya dengan Lubnan pada masa lalu. [22: Winslow, Charles. Op. Cit, hlmn 264.] [23: Ibid. ] [24: Haughbolle, Sune. (2010). War And Memory In Lebanon. New York: Cambridge University Press. Hlmn 67.]

Tujuan Perjanjian Taif adalah untuk menghapuskan dominasi daripada kaum Kristian Maronite seperti yang tertulis dalam Pakatan Nasional, dan memberikan kedudukan yang sama rata kepada kaum Kristian dan Muslim dalam kabinet pemerintah. Keseimbangan ini diterapkan dalam sistem pengedaran kerusi Parlimen dan jabatan-jabatan penting yang lain. Kerusi Presiden diserahkan kepada kaum Kristian Maronite. Presiden merupakan kekuatan kepala pemerintahan, pemelihara keutuhan, kemerdekaan, kesatuan wilayah dan konstitusi pemerintahan Lubnan. Kedudukan Perdana Menteri sebagai ketua dari kabinet diisi oleh kaum Muslim Sunni. Kedudukan Ketua Dewan Legislatif yang dijabat oleh kaum Shiah mendapat tugas dari Presiden untuk memimpin perundingan parlimen dan memberitahu hasilnya kepada Dewan Legislatif.Beberapa bulan sebelum diadakan Persidangan Perjanjian Taif tersebut, Presiden Amin Gemayel yang mana jabatannya berakhir pada September 1988 mengangkat Michel Amoun seorang Kristian Maronite dengan jabatan komander Pasukan Bersenjata Lubnan agar kerusi kepimpinan tidak jatuh ke atas tangan kaum Sunni. Tindakan tersebut menimbulkan kemarahan Salim al-Huss yang sedang menjabat kerusi tersebut sehingga tamat tempoh kepimpinannya pada tahun 1990. Keberadaan dua pemimpin dalam satu pemerintahan menimbulkan perselisihan faham yang menjadi konflik.Peristiwa tersebut membawa kepada pertemuan di Taif untuk mencari penyelesaian masalah tersebut. Hampir semua badan menyetujui isi perjanjian tersebut, kecuali Michel Aoun yang menolak salah satu isi perjanjian mengenai kewujudan Syria di Lubnan. Michel Aoun kemudian mengisytiharkan perang terhadap Syria untuk menyingkirkan pasukan Syria dari Lubnan dengan secepat mungkin. Melalui pengaruh militernya, Michel Aoun mengerahkan pasukan meriam dan menyerbu kampus-kampus pasukan Syria. Hampir seribu orang terkorban dan ratusan tempat tinggal hancur akibat perang tersebut. Pada mulanya, tindakan Michel Aoun itu mendapat sokongan dari kaum Kristian dan Muslim, akan tetapi tindakan itu yang meragut banyak nyawa yang tidak berdosa membuat seluruh rakyat Lubnan mengecam tindakan tersebut. Pada awal tahun 1990, Michel Aoun tidak hanya berperang dengan Syria tetapi juga pasukan bersenjata kaum Kristian Maronite yang menganggap Michel Aoun akan mengancam masa depan Lubnan dalam prosesnya menuju negara yang damai. Perselisihan antara Michel Aoun dan seluruh masyarakat Lubnan berakhir pada akhir Oktober 1990. Ketika perhatian seluruh dunia tertumpu kepada krisis perang Iraq-Kuwait, pasukan darat dan udara Syria melancarkan serangan ke atas Lubnan. Michel Aoun kemudian melarikan diri ke suaka di kedutaan Perancis ketika pasukan Syria telah mengepungnya.di satu pihak yang lain, Amin Gemayel yang menjadi tokoh utama penyebab peperangan Syria dengan Michel Aoun telah mengasingkan diri ke Swiss, Perancis sehingga tahun 1990.Dengan kekalahan Michel Aoun, unsur ketenteraan sedikit demi sedikit dikurangkan untuk mengelak timbulnya konfrontasi. Di bawah presiden Ilyas Harwi, seorang Kristian Maronite pro Syria yang sebelum ini merupakan anggota majlis nasional mulai merestorasi kuasa militer Lubnan. Banyak yang berpendapat bahawa keputusan-keputusannya yang tidak melibatkan unsur ketenteraan telah mengakhiri perang saudara dan menyatukan parti-parti politik di Lubnan. Latar belakang Ilyas Harwi yang berasal dari golongan bebas membuatkan hampir seluruh masyarakat menyokongnya, walaupun ada beberapa keputusan yang menjadi kontroversi kerana condong ke Syria, namun tetap menjadikan Lubnan sebuah negara yang bebas dari masalah konflik untuk beberapa tahun.

4.0: PenilaianSecara keseluruhannya, kami menilai bahawa kesemua faktor yang menyebabkan meletusnya perang saudara Lubnan 1982 ini adalah merupakan faktor jangka panjang dan ia juga adalah kesinambungan daripada siri perang saudara Lubnan yang telah berlaku pada sebelum ini iaitu pada tahun 1975. Dan daripada apa yang kami dapati, kami sekali lagi menilai bahawa kejadian perang saudara Lubnan ini telah berlarutan selama beberapa tahun disebabkan oleh kelemahan kerajaan Lubnan ini sendiri. Daripada sini juga, kami melihat ia adalah merupakan kelemahan utama yang menyebabkan siri Perang saudara ini sukar untuk diselesaikan. Pada masa yang sama kami juga menilai bahawa kerajaan Lubnan pada ketika itu juga terlalu bergantung kepada kuasa ataupun bantuan daripada luar dan keadaan ini begitu jelas apabila golongan kristian Maronite yang berkuasa di Lubnan pada ketika itu dengan mudahnya telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak Israel untuk menentang golongan muslim Lubnan yang juga merupakan orang-orang yang senegara dengan mereka. Tindakan untuk meminta bantuan daripada pihak Israel ini sememangnya bukan suatu tindakan yang bijak kerana di sebalik kerjasama tersebut, piak Israel juga turut mempunyai motif ataupun agendanya sendiri iaitu untuk meluaskan penguasaannya di bumi Lubnan. Melalui tindakan tersebut juga, tindakan golongan kristian Maronite untuk meminta bantuan pihak luar untuk menyelesaikan masalah dalaman Lubnan juga secara tidak langsung telah menunjukkan kelemahan sebenar dalam pentadbiran negaranya. Maka daripada hal ini, kita sebagai generasi pada masa kini perlu mengambil iktibar daripada Perang Saudara Lubnan ini agar kita tidak sewenang-wenangnya mengambil jalan yang mudah dalam menyelesaikan sesuatu permaslahan apatah lagi jika ianya berkait dengan negara kita tanpa berfikir panjang. Selain itu, adalah penting bagi kita untuk sentiasa bertolak-ansur sesama kita walaupun kita adalah daripada bangsa atau agama yang berbeza agar ia tidak akan mendatangkan impak yang negatif terhadap negara.Satu lagi perkara yang jelas dapat kami nilai daripada peristiwa perang saudara Lubnan ini ialah daripada pihak Israel itu sendiri. Apa yang dapat kami perhatikan dalam faktor-faktor tercetusnya perang saudara Lubnan ini, pihak Israel sentiasa cuba untuk mencari peluang untuk menguasai Lubnan dan menghapuskan orang-orang Palestin yang melarikan diri ke Lubnan. Buktinya, pihak Israel sering menjadikan setiap peristiwa yang berlaku di kawasan lingkungannya ada mempunyai kaitan dengan orang-orang Palestin dan keadaan ini jelas menunjukkan bahawa sememangnya Israel mahukan bangsa palestin ini untuk dihapuskan. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kata-kata menteri pertahanan Israel yang mana beliau telah mengatakan:

kita tidak akan memberikan sebarang tanda untuk sebuah negara Palestin, apatah lagi simbol sebuah negara (Mohammad Redzuan Othman, 1991)

Sebagai salah satu contoh yang dapat kita lihat ialah alasan yang digunakan oleh pihak Israel untuk melancarkan serangan ke atas Lubnan Selatan pada 6 Jun 1982 yang mana alasan yang digunakan oleh Israel ialah serangan tersebut adalah sebagai tindak balas tindak balas daripada usaha pembunuhan duta besar Israel ke London iaitu Sholomo Argov. Berdasarkan kepada sumber yang kami perolehi, dalam peristiwa tersebut duta Israel tersebut telah mengalami kecederaan yang parah namun tidak terdapat sebarang bukti yang menunjukkan bahawa peristiwa tersebut mempunyai kaitan dengan orang Palestin ataupun pihak Palestine Liberation Organization (PLO) sebaliknya ia dipercayai merupakan serangan yang dilakukan oleh dua orang warganegara Jordan dan juga seorang Iraq.[footnoteRef:25] Sungguh pun peristiwa ini tidak mempunyai kaitan dengan orang-orang Palestin namun menteri pertahanan Israel pada ketika itu iaitu Ariel Sharon tetap telah mengaitkan peristiwa tersebut dengan orang-orang Palestin. Demikian juga halnya dengan dalam peristiwa pembunuhan Bachir Gameyel yang merupakan sekutu kuat dengan pihak Israel semasa berlakunya Perang Saudara Lubnan. [25: Mohammad Redzuan Othman. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Edisi Terjemahan Bahasa Malaysia). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 429.]

5.0: kesimpulanSecara kesimpulannya, perang saudara yang berlaku di Lubnan ini telah berlaku dalam satu tempoh masa yang lama dan sepanjang berlakunya perang saudara ini, ia telah menyebabkan ramai nyawa yang telah terkorban dan pada masa yang sama juga, ia telah menyebabkan berlakunya kemusnahan infrastruktur di bumi Lubnan itu sendiri. Selain itu, sentimen keagamaan yang begitu kuat terutamanya dalam golongan kristian Maronite di Lubnan menyebabkan meraka enggan berkongsi kuasa pemerintahan dengan golongan muslim yang juga adalah merupakan penduduk majoriti di Lubnan. keadaan ini telah membuka peluang kepada kuasa luar untuk mengambil peluang memasuki Lubnan dan seterusnya menambahkan lagi keadaan huru-hara yang semenangnya sudah sedia wujud. Keadaan ini akhirnya telah menjadikan Lubnan ini sebagai sebuah negara yang penuh dengan konflik dalam suatu tempoh masa yang lama.

6.0. BIBLIOGRAFI:Barclay, S. (2007). College of Arts and Science CUREJ- College Undergraduate Research Electronic Journal-Consociation in Lebanon. Pensylvania: university of Pensylvania.Ghanem, A. a. (2010). Ethnic Pollitics in Israel. London & New York: Routledge.Haughbolle, S. (2010). War and Memory in Lebanon. New York: Cambridge University Press.Lois A. Aroian, R. P. (1984). The Modern Middle East and North Africa. New york: Macmilllan Publishing Company.MacQueen, B. (1999). Political Culture & Conflict Resolution in The Arab World; Lebanon and Algeria. Victoria: Melbourne University Press.Othman, m. R. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Edisi Terjemahan Bahasa Malaysia).KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Rose, J. (2004). The Myth of Zionism. London: Pluto Press. Traboulzi, F. (2007). A History of Modern Lebanon. London: Pluto Press.Winslow, C. (1996). Lebanon War and Politicals in A Fragmanted Society. London: Routledge.

24