perang khandak

2
A. Pengenalan 1. Perang Ahzab juga dikenali sebagai Perang Khandak, kerana dalam peperangan ini umat Islam telah bertindak menggali parit di sekeliling kota Madinah sebagai benteng pertahanan. Dalam peperangan ini, jumlah tentera musuh ialah 10 000 orang di bawah pimpinan Abu Sufyan. 2. Perkataan al Ahzab merujuk kepada gabungan musuh musuh Islam yang diketuai oleh kaum Quraisy yang dibantu oleh Bani Ghatfan, Yahudi Bani Nadhir, Yahudi Bani Quraizah, orang orang munafik, suku suku Arab tertentu, dan orang perseorangan seperti Hayy bin Akhtab B . Faktor – faktor Peperangan 1. Perang Ahzab tercetus pada tahun 5 H disebabkan timbulnya keyakinan di kalangan pemimpin Quraisy mampu mengalahkan tentera Islam seterusnya menghapuskan Rasulullah s.a.w. berikutan kejayaan dalam Perang Uhud. Kemenangan pada pendapat kaum Quraisy akan dapat mengekalkan maruah mereka di Semenanjung Tanah Arab. 2. Kaum Quraisy berhasrat menegakkan dan mengekalkan kekuasaan agama berhala di kota Makkah. Oleh itu, timbul keazaman untuk menghapuskan agama tauhid yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. 3. Selain itu, peperangan ini juga berlaku disebabkan mereka ingin mempertahankan kota Makkah sebagai pusat ekonomi mereka. Malah, mereka berhasrat mengekalkan maruah mereka di Semenanjung Tanah Arab di samping kebimbangan mereka terhadap perkembangan dan pengaruh Islam. 4. Golongan Yahudi sememangnya tidak menyenangi kehadiran Rasulullah s.a.w. di Madinah. Sehubungan dengan itu, mereka khususnya Yahudi Bani Nadhir yang telah dihalau keluar kerana menyokong Quraisy dalam Perang Uhud telah bertindak menghasut Quraisy supaya menyerang kota Madinah dan Yahudi Bani Quraizah agar menyerang dari dalam kota Madinah sendiri. 5. Keengganan golongan munafik menerima kepimpinan Rasulullah s.a.w. Merekalah yang menjadi salah satu punca kelemahan tentera Islam apabila menarik diri dalam Perang Uhud. Mereka bertindak menghasut kabilah Arab lain agar menentang Rasulullah s.a.w. C. Peranan Kumpulan – kumpulan Terlibat 1. Tentera Quraisy di bawah pimpinan Abu Sufyan bin Harb yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan dan merangka strategi .Tentera ini dilengkapi dengan peralatan perang yang lengkap. 2. Bani Ghatfan di bawah pimpinan Uyainah bin Hisn berjumlah 1000 orang lengkap berkuda dan bersenjata 3. Yahudi Bani Nadhir pula berperanan membangkitkan semangat dan api permusuhan kebilah – kabilah Arab terhadap kerajaan Islam. 4. Bani Quraizah, satu – satunya golongan Yahudi di dalam kota Madinah turut menyertai tentera bersekutu kerana terpengaruh dengan hasutan Hayy bin Akhtab. 5. Kabilah – kabilah Arab lain yang menyertai tentera bersekutu ialah Bani Murrah, Bani Asyja’, Bani Saad, dan golongan munafik. 6. Tentera Islam terdiri daripada golongan Ansar dan Muhajirin. Golongan Ansar diketuai Saad bin Ubadah bertanggungjawab. Sementara Zaid bin Harithah dan

Upload: mohdzakiahmad

Post on 05-Jul-2015

496 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERANG KHANDAK

A. Pengenalan

1. Perang Ahzab juga dikenali sebagai Perang Khandak, kerana dalam peperangan ini umat Islam telah bertindak menggali parit di sekeliling kota Madinah sebagai benteng pertahanan. Dalam peperangan ini, jumlah tentera musuh ialah 10 000 orang di bawah pimpinan Abu Sufyan.

2. Perkataan al Ahzab merujuk kepada gabungan musuh – musuh Islam yang diketuai oleh kaum Quraisy yang dibantu oleh Bani Ghatfan, Yahudi Bani Nadhir, Yahudi Bani Quraizah, orang – orang munafik, suku – suku Arab tertentu, dan orang perseorangan seperti Hayy bin Akhtab

B . Faktor – faktor Peperangan

1. Perang Ahzab tercetus pada tahun 5 H disebabkan timbulnya keyakinan di kalangan pemimpin Quraisy mampu mengalahkan tentera Islam seterusnya menghapuskan Rasulullah s.a.w. berikutan kejayaan dalam Perang Uhud. Kemenangan pada pendapat kaum Quraisy akan dapat mengekalkan maruah mereka di Semenanjung Tanah Arab.

2. Kaum Quraisy berhasrat menegakkan dan mengekalkan kekuasaan agama berhala di kota Makkah. Oleh itu, timbul keazaman untuk menghapuskan agama tauhid yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

3. Selain itu, peperangan ini juga berlaku disebabkan mereka ingin mempertahankan kota Makkah sebagai pusat ekonomi mereka. Malah, mereka berhasrat mengekalkan maruah mereka di Semenanjung Tanah Arab di samping kebimbangan mereka terhadap perkembangan dan pengaruh Islam.

4. Golongan Yahudi sememangnya tidak menyenangi kehadiran Rasulullah s.a.w. di Madinah. Sehubungan dengan itu, mereka khususnya Yahudi Bani Nadhir yang telah dihalau keluar kerana menyokong Quraisy dalam Perang Uhud telah bertindak menghasut Quraisy supaya menyerang kota Madinah dan Yahudi Bani Quraizah agar menyerang dari dalam kota Madinah sendiri.

5. Keengganan golongan munafik menerima kepimpinan Rasulullah s.a.w. Merekalah yang menjadi salah satu punca kelemahan tentera Islam apabila menarik diri dalam Perang Uhud. Mereka bertindak menghasut kabilah Arab lain agar menentang Rasulullah s.a.w.

C. Peranan Kumpulan – kumpulan Terlibat

1. Tentera Quraisy di bawah pimpinan Abu Sufyan bin Harb yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan dan merangka strategi .Tentera ini dilengkapi dengan peralatan perang yang lengkap.

2. Bani Ghatfan di bawah pimpinan Uyainah bin Hisn berjumlah 1000 orang lengkap berkuda dan bersenjata3. Yahudi Bani Nadhir pula berperanan membangkitkan semangat dan api permusuhan kebilah – kabilah Arab terhadap

kerajaan Islam.4. Bani Quraizah, satu – satunya golongan Yahudi di dalam kota Madinah turut menyertai tentera bersekutu kerana

terpengaruh dengan hasutan Hayy bin Akhtab.5. Kabilah – kabilah Arab lain yang menyertai tentera bersekutu ialah Bani Murrah, Bani Asyja’, Bani Saad, dan golongan

munafik.6. Tentera Islam terdiri daripada golongan Ansar dan Muhajirin. Golongan Ansar diketuai Saad bin Ubadah

bertanggungjawab. Sementara Zaid bin Harithah dan Maslamah bin Aslam menjaga keselamatan Madinah serta memantau gerakan Yahudi Bani Quraizah.

7. Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan Na’im bin Mas’ud memecahbelahkan perpaduan di kalangan orang Quraisy dan Yahudi dengan menggunakan kaedah tipu muslihat dan mengadu domba sesama mereka. Kesannya, perpaduan di kalangan mereka terjejas sehinggalah Allah menurunkan pula ribut pasir menyebabkan tentera musuh terpaksa berundur.

D. Kesimpulan

1. Perang Ahzab telah memberikan kemenangan mutlak kepada tentera Islam. Pengunduran tentera musuh menunjukkan mereka amat lemah di samping mengembalikan imej tentera Islam di kaca mata kabilah – kabilah Arab. Negara Islam semakin stabil dengan pengusiran golongan Yahudi Bani Quraizah, apatah lagi Saad bin Ubadah yang dilantik sebagai hakim atas permintaan Yahudi Bani Quraizah sendiri telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas semua lelaki dewasa di kalangan Bani Quraizah.

2. Kemenangan tentera Islam ke atas tentera musyrikin Makkah dan sekutu – sekutunya telah mendedahakan sekali lagi betapa kebenaran dan kemenangan berada di pihak Islam sementara pihak yang batil terus tersungkur bukan sahaja di medan perang malah pada kaca mata kabilah – kabilah Arab lain.