perang 6 hari

12
PENGENALAN Perang Enam Hari 1967 merupakan perang yang ketiga antara Arab dan Israel. Dalam Bahasa Ibrani, perang ini disebut dengan nama Milkhemet Sheshet Ha Yamin (מממממ מממ מממממ). Dalam Bahasa Arab pula ia disebut sebagai Harb al-‘ayyam as-sittah ( מממממ מממממ מממ) atau lebih umum Harb 1967(מממ). Peperangan yang meletus dari 5 hingga 10 Jun 1967 ini merupakan salah satu lagi episod terpanas dari serangkaian perang antara Negara-negara Arab dengan Israel. Nama lain bagi Perang 6 Hari ini ialah Perang Arab-Israel 1967, Perang Arab- Israel Ketiga dan juga Perang bulan Jun. Perang 6 Hari 1967 merupakan peperangan antara Israel dengan gabungan tiga buah Negara Arab iaitu Mesir, Jordan dan Syria. Bagi ketiga-tiga kuasa dari negara Arab, mereka telah diberi bantuan aktif dari Iraq, Kuwait, Arab Saudi, Sudan, Aljazair, Tunisia dan Maghribi serta dari kuasa barat iaitu Soviet Rusia yang menyumbang tentera dan juga senjata. 1. Bincangkan Perkembangan Pergolakan Arab-Yahudi sehingga berlakunya Perang Enam Hari, 1967 Perkembangan pergolakan di antara Arab-Yahudi sehingga mencetuskan perang enam hari adalah bermula pada 1966. Pada bulan Februari 1966, satu rampasan kuasa golongan sayap kiri telah berlaku di Syria. Disebabkan tekanan daripada golongan sayap kiri ini, Mesir telah bersetuju untuk mengadakan satu perikatan tentera bagi menghadapi Israel pada bulan November 1966. Tidak lama kemudian, Israel telah menyerang tiga buah desa yang berhampiran dengan Hebron di Jordan. Seterusnya, pada bulan November 1966, tiga orang tentera Israel telah terbunuh dalam letupan jerangkap samar di sepanjang sempadan Jordan. Oleh itu, Israel telah memutuskan untuk menyerang Jordan dan bukan ke atas Syria. Tentera Israel memusnahkan 125 buah rumah di sebelah kampung, al samu di Jordan. Apabila 1

Upload: haryani-jasni

Post on 16-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

war

TRANSCRIPT

PENGENALANPerang Enam Hari 1967 merupakan perang yang ketiga antara Arab dan Israel. Dalam Bahasa Ibrani, perang ini disebut dengan nama Milkhemet Sheshet Ha Yamin ( ). Dalam Bahasa Arab pula ia disebut sebagai Harb al-ayyam as-sittah ( ) atau lebih umum Harb 1967(). Peperangan yang meletus dari 5 hingga 10 Jun 1967 ini merupakan salah satu lagi episod terpanas dari serangkaian perang antara Negara-negara Arab dengan Israel. Nama lain bagi Perang 6 Hari ini ialah Perang Arab-Israel 1967, Perang Arab-Israel Ketiga dan juga Perang bulan Jun.Perang 6 Hari 1967 merupakan peperangan antara Israel dengan gabungan tiga buah Negara Arab iaitu Mesir, Jordan dan Syria. Bagi ketiga-tiga kuasa dari negara Arab, mereka telah diberi bantuan aktif dari Iraq, Kuwait, Arab Saudi, Sudan, Aljazair, Tunisia dan Maghribi serta dari kuasa barat iaitu Soviet Rusia yang menyumbang tentera dan juga senjata.

1. Bincangkan Perkembangan Pergolakan Arab-Yahudi sehingga berlakunya Perang Enam Hari, 1967Perkembangan pergolakan di antara Arab-Yahudi sehingga mencetuskan perang enam hari adalah bermula pada 1966. Pada bulan Februari 1966, satu rampasan kuasa golongan sayap kiri telah berlaku di Syria. Disebabkan tekanan daripada golongan sayap kiri ini, Mesir telah bersetuju untuk mengadakan satu perikatan tentera bagi menghadapi Israel pada bulan November 1966. Tidak lama kemudian, Israel telah menyerang tiga buah desa yang berhampiran dengan Hebron di Jordan. Seterusnya, pada bulan November 1966, tiga orang tentera Israel telah terbunuh dalam letupan jerangkap samar di sepanjang sempadan Jordan. Oleh itu, Israel telah memutuskan untuk menyerang Jordan dan bukan ke atas Syria. Tentera Israel memusnahkan 125 buah rumah di sebelah kampung, al samu di Jordan. Apabila tentera Jordan sampai di kampung tersebut, pertempuran meletus dan mengakibatkan 18 orang tentera Jordan terbunuh.Rakyat Palestin dan rakyat Jordan membantah peristiwa tersebut kerana menganggap perlindungan yang tidak memadai terhadap kerajaan Jordan. Majlis keselamatan PBB sebulat suara mengutuk serangan Israel ke atas Jordan. Tidak lama kemudian, Syria dan Mesir telah menandatangani perjanjian perikatan tentera. Peristiwa ini iaitu perjanjian perikatan tentera menjadikan serangan tersebut menjadi penting. Selepas meletusnya rusuhan yang berpanjangan di kalangan rakyat Palestin di tebing barat sungai Jordan, kerana tidak berpuas hati dengan reaksi al-malik Husain, iaitu yang memilih untuk berdiam diri terhadap keganasan Israel itu, maka al-malik Husain telah mengecam nasir dan teman-temannya dari Syria dengan hebat sekali. Hal ini dilakukan atas alasan bahawa Nasir dan teman-temannya hanya pandai untuk mengutuk Jordan kerana menerima serangan Israel dengan berdiam diri sahaja, manakala nasir sendiri selama ini berlindung di sebalik Tentera Pendamai Bangsa-bangsa bersatu (UNEF) yang ditempatkan di Sinai. Pada peringkat ini, kedua-dua sahabat dan pengkritik Nasir tertanya-tanya mengapa Mesir masih sanggup untuk berpeluk tubuh dan tidak meminta UNEF supaya mengundurkan diri agar dengan itu Selat Tiran dapat ditutup semula kepada kapal-kapal Israel, sedangkan Mesir mempunyai tentera yang kuat di dunia Arab. Pada bulan April dan Mei 1967, ketegangan memuncak apabila Israel mengancam untuk menyerang Syria jika al Fatah iaitu salah sebuah daripada organisasi gabungan kepada PLO dibenarkan terus oleh para pemimpin Syria untuk melakukan serangan gerila ke atas kawasan Israel. Setelah diberitahu oleh Rusia yang Israel sedang bersiap untuk menyerang Syria, maka Nasir telah meminta UNEF agar berundur dari Sinai dan mereka telah mengirimkan tentera Mesir ke Sharm al-sheikh, sebuah tempat di muara Teluk Aqabah. Berikutnya, Nasir langsung menutup Selat Tiran kepada kapal-kapal Israel. Hal tersebut menjadikan keadaan semakin tegang.Pada 15 Mei 1967, Mesir telah mula menggerakkan tenteranya ke Semenanjung Sinai. Pada hari yang sama juga Israel merayakan hari kemerdekaannya kerana berjaya memperoleh negara dengan mengadakan perbarisan tentera di Baitulmaqaddis. Daripada apa yang berlaku adalah sukar untuk mengesahkan atau menafikan bahawa serangan yang dilakukan oleh Israel adalah sebenarnya dirancang. Namun, negara Israel yang kecil membolehkan pergerakan tentera yang cepat melalui walaupun mendapat pemberitahuan yang singkat. Oleh itu, tidak mustahil bahawa pihak Israel sendiri yang telah merancang peperangan ini terlebih dahulu Sebelum mula untuk menyerang negara Mesir.Tidak seperti Israel, Mesir dengan padang pasirnya luas di Timur Suez tidak boleh menyembunyikan pengumpulan bala tenteranya. Apabila Mesir menyahut permintaan Syria untuk membantunya memindahkan tenteranya ke Sinai selaras dengan perjanjian perikatan Syria-Mesir, Syria mendakwa bahawa Mesir bersembunyi di belakang tentera U.N.E.F. yang ditempatkan di sempadannya. Gamal Abdul Nasser meminta U Thant, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu supaya memindahkan tentera P.B.B. dari sana tetapi tidak di Gaza dan Sharm al-sheikh. Walaubagaimanapun, U Thant mencabar kewibawaan Abdul Nasser dalam membuat permintaan itu yang seterusnya memaksanya membuat pilihan sama ada berundur dari kedudukannya ataupun mengambil tindakan lanjut yang lebih tegas. Pada 18 Mei 1967, Abdul Nasser meminta supaya diundurkan semua tentera P.B.B. dari bumi Mesir. Apabila Israel sendiri enggan membenarkan tentera tersebut ditempatkan di buminya, P.B.B tidak mempunyai pilihan selain berundur. Sementara itu, Mesir secara terbuka menyatakan bahawa hasratnya ialah untuk melindungi Syria dan bukan untuk melancarkan serangan ke atas Israel. Bukti-bukti ini menunjukkan bahawa Abdul Nasser tidak merancang untuk menggalakkan permusuhan, kerana kebanyakkan tenteranya masih berada di Yaman dan beliau tidak mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi membawa mereka pulang. Walaubagaimanapun, selepas menggantikan tentera P.B.B. di Sharm el-Sheikh dengan tentera Mesir pada 22 Mei, Abdul Nasser tidak dapat mengelakkan diri daripada menutup Selat Tiran kepada perkapalan Israel. Israel menganggap tindakan ini sebagai satu casus belli, walaupun kegiatan perkapalannya di laluan itu tidaklah begitu banyak. Seterusnya, pada 25 Mei, dengan dorongan daripada Mesir maka Syria, Jordan, Iraq dan Arab Saudi telah menggerakkan tentera mereka ke sempadan Israel. Dua hari selepas itu, iaitu pada 27 Mei, Presiden Mesir Nasser telah mengisytiharkan tentang kesediaannya untuk berperang. Katanya:Sekiranya Israel memulakan kekasarannya terhadap Syria atau Mesir, pertempuran ini akan menjadi sesuatu yang umum dan objektif dasar kita adalah untuk menghancurkan Israel. Ketika Abdul Nasser mengesahkan bahawa Mesir bersedia untuk berperang jika perlu, pemimpin P.L.O. (Palestine Liberation Organization / Organisasi Pembebasan Israel) iaitu Shuqairi yang tenteranya adalah kecil telah mengancam untuk membinasakan negara Israel. Tetapi kenyataan Shuqairi ini dibuat pada 4 Jun manakala pemimpin Israel telah pun membuat keputusan untuk melancarkan serangan pada 3 Jun lagi. Pada 30 Mei 1967, Perjanjian Pertahanan Bersama antara Mesir dan Jordan telah ditandatangani dan ini menunjukkan bahawa kini terdapat tiga buah negara Arab telah bersatu iaitu Mesir, Syria dan Jordan. Hal ini seolah-olah memperlihatkan satu pertahanan negara-negara Arab telahpun wujud untuk melawan serangan daripada Israel.Perang Enam HariPada 5 Jun, tentera udara Israel menyerang kesemua tujuh belas buah kapal terbang dari lapangan terbang ketenteraan Mesir dan banyak memusnahkan kapal perlindungan udara negara tersebut sebelum kapal terbangnya sempat meninggalkan landasan. Serangan terhadap lapangan terbang Mesir ini menandakan bermulanya Perang Enam Hari 1967. Ketika ini, perundingan Mesir dengan Amerika Syarikat sedang berlangsung. Akibat daripada berlaku peperangan ini maka hubungan Mesir dan Amerika Syarikat semakin merosot. Hal ini diikuti dengan serangan ke atas lapangan terbang di Jordan, Iraq dan Syria. Tentera Mesir yang berada di Sinai juga terdedah kepada serangan musuh. Israel telah menghantar tenteranya ke sana untuk menyerang tentera Mesir. Tentera Mesir lari bertempiaran ke sana sini kerana tidak dapat melawan kekuatan tentera Israel. Hasilnya, beberapa ribu di kalangan tentera Mesir telah mati terbunuh. Mesir dan sekutunya mengalami kekalahan yang amat teruk dalam peperangan ini.Seterusnya, pada 6 hingga 7 Jun, Syria telah memulakan serangan ke atas Israel. Sebelum ini Syria telah berada dalam keadaan bersedia untuk berperang. Apabila mendapat tahu Israel telah mula menyerang di Mesir, maka merekapun terus memulakan langkah untuk berperang. Pada 7 Jun, Israel terlebih dahulu memulakan penaklukan ke atas Sharm el-Sheikh. Tentera Laut Israel memulakan operasi dengan menyerang pertahanan Mesir tentera laut. Pada kira-kira 4:30 pagi, Israel telah melepaskan tembakan peluru berpandu ke atas tiga bot di pantai Mesir, manakala pasukan payung dan komando telah menaiki pengangkutan Nord Noratlas iaitu helikopter dan pesawat bagi serangan ke atas Al-Tur. Walaubagaimanapun, bandar ini sebahagian besarnya telah ditinggalkan sehari Sebelum serangan dilancarkan daripada Israel. Di Sharm el-Sheikh, Israel terlibat dalam pertempuran dengan orang-orang Mesir dan mengambil kota itu. Semasa pertempuran tersebut sekurang-kurangnya seramai 20 askar Mesir telah dibunuh dan 8 orang diambil untuk menjadi banduan Israel. Pada 12:15 petang, Menteri Pertahanan Dayan mengumumkan bahawa Selat Tiran merupakan jalan air antarabangsa yang terbuka kepada semua kapal tanpa sekatan. Pada 8 Jun, Israel menamatkan penawanan Sinai dengan menghantar unit infantri Ras Sudar di pantai barat semenanjung.Semasa peperangan tersebut berlaku, Arab Liberation Army mula memasuki negara Israel pada 7 Jun 1967 dan Mesir mula memasuki dan menyerang Israel pada 7 hingga 8 Jun. Walaupun pertempuran hebat berlaku dalam perang ini, namun tentera Israel hanya mengambil masa selama 5 hari sahaja untuk ke Terusan Suez. Dalam peperangan sengit selama tiga hari, bandar lama Baitulmaqaddis dan Tebing Barat juga ditakluki. Kekalahan ini mempercepatkan penerimaan Jordan terhadap cadangan gencatan senjata tajaan P.B.B. pada 8 Jun. Mesir juga menerima gencatan senjata pada hari berikutnya, tetapi Israel meneruskan peperangan menentang Syria sehingga hari keenam peperangan. Sasaran utamanya ialah Bukit Golan yang sering digunakan bagi membedil penempatan Israel berhampiran Tasik Tiberias.Kemudian, berlaku peristiwa pengeboman ke atas kapal U.S.S. Liberty, sebuah kapal perisik Amerika Syarikat di luar pantai Israel. Tetapi peristiwa tersebut tidak dihebohkan ketika ianya terjadi. Lebih tiga puluh rakyat Amerika terbunuh dalam serangan yang tidak disengajakan itu. Israel kemudiannya menawarkan pampasan tetapi sikap menyepi secara rasmi telah diambil daripada mereka yang terselamat. Akhirnya pada 10 Jun, Bandar Qunaytra di Bukit Golan jatuh ke tangan Israel. Setelah itu, Israel juga bersetuju dengan gencatan senjata. Dalam masa 5 hari Israel telah berjaya menguasai kawasan yang tiga kali ganda lebih besar daripada keluasan asal negaranya.

2. Jelaskan kesan Perang Enam Hari 19671. POLITIKa) Perang Enam hari merubah landskap geo-politik wilayah Arab-Israel.Perang Enam hari telah merubah landskap geo-politik wilayah kedua-dua negara tersebut. Sebelum perang, negara Israel hanya mempunyai 8000 batu persegi sahaja, tetapi selepas perang tersebut berlaku perubahan kawasan dalam negara Israel dimana kawasan menjadi sangat luas akibat penaklukan Israel ke atas wilayah-wilayah Arab tersebut seperti Bukit Golan, Semenanjung Sinai, Tebing Barat, Baitulmaqaddis Timur dan Semenanjung Gaza. Dalam masa lima hari sahaja, Israel telah berjaya menguasai tiga kali ganda daripada keluasan asal negaranya. Manakala Mesir dan Syria, beberapa wilayah jajahan yang dijadikan medan peperangan telah berjaya ditawan oleh tentera Israel sepenuhnya. Wilayah-wilayah Arab yang ditawan menyebabkan keluasan yang ada pada negara ini berkurangan. Bukit Golan merupakan wilayah Syria yang masih ditakluki oleh Israel sehingga kini. Sinai pula telah diserahkan kembali kepada Mesir melalui perjanjian damai selepas perang Yom Kippur 1973. Walaubagaimanapun, wilayah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza telah diserahkan kepada pentadbiran sementara Palestin yang diketuai oleh Presiden Mahmud Abas. Pada tahun 2007, krisis kepimpinan Palestin meyaksikan Presiden Mahmud Abas hanya berjaya mentadbir Tebing Barat manakala semenanjung Gaza ditadbir oleh pergerakan Hamas. Pentadbiran Palestin di dua wilayah ini bagaimanapun hanya dari segi teorinya sahaja kerana Israel masih mengenakan kawalan ketenteraan yang ketat. Dalam perang ini, tentera Israel hanya mengambil masa lima hari untuk sampai ke Terusan Suez. Dalam peperangan yang hebat selama tiga hari berturut-turut, Baitulmaqaddis da Tebing Barat telah berjaya ditakluki dan ditawan oleh tentera Israel. Pada 10 jun, bandar Qunayta di Bukit Golan jatuh ke tangan Israel.b) Perang Yom Kippur terjadiSelepas perang Enam hari terjadi, perang Yom Kippur telah berlaku. Perang ini juga dikenali sebagai Perang Oktober 1973. Perang ini berlangsung pada bulan Ramadhan. Anwar al-Sadat mempelopori kepimpinan dalam perang ini. Penglibatan Anwar bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan beliau di mata pemimpin Arab kerana orang Arab melihat beliau sebagai pemimpin yang kurang berpengalaman berbanding dengan pemerintah Mesir sebelum ini iaitu Gamal Abdul Nasser dan beliau juga dilihat sebagai seorang pemimpin yang bersikap pro-barat. Selain daripada itu, tujuan perang ini berlaku juga adalah bertujuan untuk menuntut atau mengambil semula wilayah-wilayah Mesir yang telah diambil oleh Israel.

2. EKONOMIa) Sekatan hasil minyakSetelah berakhirnya perang, negara-negara Arab mula membuat sekatan hasil minyak kepada Eropah dan Britain selama tiga bulan. Walaupun demikian, sekatan yang dilakukan hanya mengambil masa yang pendek tetapi ia amat memberi kesan kepada Britain dan Eropah. Penutupan Terusan Suez kepada kapal-kapal tangki besar pengangkut minyak oleh UAR (United Arab Republic) menyebabkan kapal-kapal British terpaksa mengambil jalan jauh di benua Afrika untuk mengimport minyak Iran. Kedudukan Israel yang strategik telah menyelamatkan sumber minyak Britain. Iran telah meningkatkan pengeluaran minyaknya untuk dieksport tetapi sumber minyak dari Teluk Parsi tidak dapat dibawa ke Laut Mediterranean untuk disalurkan ke Eropah dengan cekap disebabkan laluan utama pengedaran minyak melalui Terusan Suez telah disekat. Israel telah bertindak membina saluran paip minyak di Eilat di Laut Merah dan disambungkan ke Askelon di pantai Laut Mediterranean. Pada 6 Jun 1967, Syria bertindak untuk menutup semua paip minyak mereka yang menyalurkan minyak dari Iraq dan Arab Saudi merentasi kawasan negara mereka. Pada hari yang sama, Lubnan juga mengisytiharkan penutupan paip mereka dari Iraq dan Arab Saudi merentasi negara Lubnan. Negara Arab Saudi pula menghentikan penghantaran minyak ke negara-negara yang bersekutu dengan negara Israel. Dasar Bretton Wood telah digunakan untuk menetapkan harga minyak tidak boleh melepasi kadar tertentu dan tidak terdedah kepada spekulasi. Tindakan negara Arab menyekat pengeluaran minyak menyebabkan peningkatan harga minyak dunia sebanyak 8% berbanding sebelum ini. Pada tahun 1971, harga minyak adalah sebanyak $2.59 per tong dan meningkat sebanyak $3.01 per tong pada tahun 1973. Usaha ini dilihat telah berjaya dan pada 16 Oktober 1973, harga minyak sekali lagi meningkat sebanyak $5.12 per tong. Arab meneruskan dan melakukan lebih banyak lagi sekatan minyak pada tahun 1974 dan menyebabkan harga minyak terus naik mendadak sehingga mencecah $11. 65 per tong.b) Kepentingan ekonomi British di rantau Asia Barat terjamin.Perang 1967 amat penting kepada strategi ekonomi British yang boleh dianggap sebagai serampang dua mata. Yang pertama, kemenangan Israel dalam perang 1967 ini akan menghancurkan reputasi dan pengaruh kepimpinan Nasser serta sekutunya, seterusnya menghapuskan ancaman besar terhadap kepentingan ekonomi British di rantau Asia Barat. Manakalan, yang keduanya ialah dalam perang bersejarah selama enam hari ini, British tidak perlu langsung mengarah bala tenteranya ke Asia Barat untuk menghancurkan Nasser walaupun London mengharapkan kemenangan Israel. Oleh itu, dalam perang ini yang telah dimenangi oleh Israel, imej British tidak terjejas kerana tidak terlibat dalam sebarang usaha untuk menghancurkan kepimpinan Arab. Imej British amat penting bagi memenangi hati pemimpin-pemimpin negara Arab seterusnya menjamin pengekalan kepentingan ekonomi British di rantau Asia Barat. Justeru itu, perang ini telah menyebabkan British dapat campur tangan dengan mudah dalam negara Arab dan Israel.

3. SOSIALa) Masalah Pelarian Orang PalestinPerang Enam hari telah menyebabkan jumlah pelarian Palestin semakin meningkat antara 120,000 orang hingga 170, 000 orang pelarian. Hal ini kerana, seramai 250, 000 orang baru Palestin tersebut melarikan diri dari Tebing Barat bagi mencari perlindungan di Jordan. Manakala 100, 000 orang rakyat Syria meninggalkan Bukit Golan dan 300, 000 orang rakyat Mesir dipindahkan dari Sinai dan bandar-bandar terusan. Walaubagaimanapun, masalah pelarian ini bermula semenjak orang Yahudi menduduki tanah Palestin untuk menubuhkan negara Israel sehingga orang Palestin yang pada awalnya penduduk kawasan ini diusir dan terpaksa melarikan diri ke Mesir, Syria dan Jordan. Oleh itu, perang ini telah menyaksikan masalah pelarian Palestin yang kian meruncing khususnya dengan pertambahan pelarian yang mendadak dari Tebing Barat.c) Nyawa rakyat atau tentera terkorbanPerang selama enam hari ini juga menyebabkan ramai kematian yang berlaku dalam negara Israel, Mesir, Syria dan Jordan. Selain daripada kehilangan wilayah, seramai 15 ribu lebih tenteranya terkorban dan Syria 450 tentera yang maut dalam perang ini. Bagi negara Israel pula, seramai 679 orang tenteranya telah terkorban.

3. Berikan anda penilaian tentang pembabitan Mesir, Syria dan Israel dalam Perang Enam Hari 1967.A. MesirNasir telah membentuk Republik Arab Bersatu (gabungan Mesir dan Syria) pada 1958. Pada awal bulan Mei tahun 1967, Mesir mendapat laporan ketenteraan yang mengatakan bahawa Israel ingin menyerang Syria. Gamal Abdul Nasir meminta P.B.B. memindahkan tenteranya dari Sinai dan pada 18 Mei, Abdul Nasser meminta semua tentera P.B.B. diundurkan dari bumi Mesir. penglibatan Mesir di dalam pergolakan di antara Syria dan Israel ini hanyalah untuk melindungi Syria dan bukannya untuk menyerang Israel. Tindakan Nasser menutup Selat Tiran kepada perkapalan Israel kerana menggantikan tentera P.B.B. di Sharm al-Shaykh dengan tentera Mesir pada 21 Mei secara tidak langsung telah menyebabkan keadaan pada ketika itu semakin tegang. Pada 30 Mei 1967, Mesir dan Jordan telah menandatangani satu Perjanjian Pertahanan Bersama.- Mesir, Syria dan Jordan bersatu, satu Pertahanan Arab seolah-olah telah terbentuk. Pada 5 Jun 1967, Israel serang lapangan terbang ketenteraan Mesir dan memusnahkan banyak kapal terbang. Menerima gencatan senjata pada 8 Jun dan lebih kurang 3000 orang askar Mesir telah terkorban sepanjang perang berlangsungB. SyriaKerajaan Syria menyokong kumpulan al-Fatah dalam serangan gerila ke atas Israel. Israel meletakkan Syria bertanggungjawab bagi setiap serangan yang dilancarkan. Kumpulan al-Fatah, Golongan sayap kiri; rakyat Palestin. Sebuah organisasi yang bergabung dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Pada tahun 1967, al-Fatah melancarkan serangan dari Bukit Golan ke sekitar Tasik Tiberias iaitu kawasan petanian oleh penduduk Israel. Kawasan Tasik Tiberias ini adalah kawasan bukan ketenteraan dan tidak sepatutnya dimiliki oleh mana-mana pihak di bawah perjanjian genjatan senjata. Pada bulan April dan Mei tahun 1967, Israel mengeluarkan kenyataan ancaman untuk menyerang Syria jika al-Fatah masih dibenarkan melakukan serangan gerila ke atas kawasan Israel oleh para pemimpin Syria. Perang bulan Jun 1967 berlaku dengan pantas dan membawa kemenangan kepada Israel. Pada 5 Jun 1967, tentera Israel menyerang lapangan terbang Mesir diikuti dengan lapangan terbang Jordan, Iraq dan Syria. Israel meneruskan peperangan menentang Syria kerana sasaran utamanya ialah bukit Golan iaitu tempat yang sering digunakan oleh al-Fatah untuk membedil petempatan Israel berhampiran Tasik Tiberias. Pada 10 Jun 1967, Bandar Qunaytra, Bukit Golan jatuh ke tangan Israel. Dan selepas itu barulah Israel bersetuju dengan genjatan senjata. Pada bulan November 1966, Hafiz al-Asad iaitu pemimpin utama di Syria telah mengadakan satu Perikatan Tentera dengan Mesir bagi persediaan menghadapi kemungkinan serangan dari Israel.Penglibatan Syria dalam perang enam hari 1967, disifatkan sebagai tindakan yang terburu-buru kerana mengikut pandangan saya sama seperti Mesir, Syria juga sebenarnya tidak bersedia untuk menghadapi perang namun disebabkan keinginan dan kepentingan sesuatu pihak telah menyebabkan Syria turut terjebak dalam perang enam hari 1967. Sebagai akibatnya Syria turut merasai kerugian seperti Mesir.

C. IsraelPenglibatan Israel dalam perang enam hari 1967 adalah tidak wajar, ini kerana Israel sebenarnya mampu untuk menghalang perang ini daripada terjadi namun atas kepentingan peribadi, Israel telah melibatkan diri. Tanpa memikirkan rasa kemanusiaan Israel terus sahaja membedil daerah-daerah di negara Arab contohya di Bukit Golan dan Es- Samu di Jordan, ini dapat memperlihatkan kepada kita sememangnya Israel secara sengaja menpunyai keinginan untuk mencipta permusuhan kepada negara-negara Arab. Saya melihat perang ini juga bersifat peribadi dan kepentingan semata-mata misalnya Amerika Syarikat telah memberikan informasi kepada Israel tentang kedudukan strategik pasukan laut, udara, dan darat negara Arab. Jika ditinjau sebab Amerika menyokong Israel adalah disebabkan untuk menjaga kepentingan mereka di negara Arab. Disebabkan dasar kepentingan inilah saya merasakan penglibatan Israel dalam perang ini adalah tidak wajar dan tidak relevan.4