perancis

16
KEMUNCULAN KERAJAAN REPUBLIK DI PERANCIS

Upload: adzila

Post on 15-Sep-2015

34 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

penggal 1

TRANSCRIPT

  • KEMUNCULAN KERAJAAN REPUBLIK DI PERANCIS

  • Pada tahun 1787, Raja Louis XVI telah memutuskan untuk mengadakan Perhimpunan Orang-Orang Kenamaan untuk mengatasi masalah kewangan Perancis dengan mengenakan cukai ke atas golongan bangsawan, gereja dan hakim.Raja Louis XVI telah mengadakan persidangan parlimen buat kali pertama pada 5 Mei 1789 dengan mengikut cara lama yang memberi kelebihan kepada Estet (Parlimen) Pertama dan Kedua, manakala Estet Ketiga diminta tunggu diluar dewan.

  • Segala usul yang dibincangkan akan diundi yang akan menyebelahi Estet Pertama dan Kedua. Estet Ketiga menuntut supaya ketiga-tiga Estet disatukan dan pengiraan undi berdasarkan undi individu, tetapi tidak mendapat persetujuan oleh Raja Louis XVI. Pada 12 Jun 1789, Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen Negara) telah diisytiharkan oleh Estet Ketiga dan ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis. Apabila pintu dewan ditutup untuk anggota Perhimpunan Kebangsaan, mereka telah berkumpul di gelanggang tenis dan mengangkat sumpah bahawa mereka tidak akan bersurai sehingga mereka mengubal perlembagaan Perancis. Peristiwa ini dikenali sebagai Sumpah Padang Tenis.

  • Perhimpunan Kebangsaan (Estet Ketiga) menuntut konsep persamaan dan keadilan dilaksanakan dan bukannya keistimewaan diberikan kepada rakyat berdasarkan hak atau warisan turun temurun. Perjuangan mereka turut mendapat sokongan golongan miskin dan sebahagian tentera yang dipimpin oleh Marshall de Broglie yang dihantar oleh Raja Louis XVIRevolusi Perancis 1789-1795Pada 14 Julai 1789, bangunan Bastille telah jatuh ke tangan golongan Perhimpunan Kebangsaan (pemberontak) yang memberi semangat kepada golongan revolusi di kawasan bandar dan desa. Peristiwa ini diperingati oleh rakyat Perancis sehingga kini dan tarikh ini disambut setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan Perancis.

  • Kejatuhan Bastille

  • . Penghapusan masyarakat feudal dan sistem feudal di Perancis dikenali sebagai Hari Ogos.

    Perhimpunan Kebangsaan [terdiri daripada Estet Ketiga] berjaya;i. Menghapuskan sistem feudalii. Menghapuskan perhambaaniii. Menghapuskan monopoli golongan bangsawaniv. Menghapuskan buruh paksav. Menarik balik hak istimewa gerejavi. Menyamaratakan cukai

  • Pada 26 Ogos 1789, Parlimen meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan Warganegara. Antara kandungannya ialah;i. Hak kebebasan- harta benda, perlindungan dan tiada penindasan.ii. Hak kesamarataan perbezaan hanya boleh diwujudkan untuk manfaat umum.

  • Seterusnya pada tahun 1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan menyiapkan perlembagaan baru yg berdasarkan teori pengasingan kuasa Montesquieu. Menurut teori pengasingan kuasa ini, kerajaan dibahagikan kepada;i. Badan legislatifii. Badan eksekutifiii. Badan judisiari

    Pemerintahan raja berperlembagaan berlangsung selama setahun sebelum bertukar kepada republik. Perancis masih tidak aman kerana berlaku perpecahan golongan pendukung revolusi iaitu Jacobin dan girondin. Perancis turut terlibat dalam peperangan dengan negara jiran mereka iaitu Austria dan Prusia apabila golongan bangsawan Perancis lari ke kedua-dua negara berkenaan. Golongan bangsawan ini cuba mempertahankan sistem monarki di Perancis.

  • Keadaan kacau-bilau ini melahirkan pemerintahan diktator yg dikenali sebagai Zaman Pemerintahan Ganas. Pemerintah dikuasai golongan Jacobin (Diktator) yg diketuai Maximilien Robespierre. Kumpulan ini mewujudkan Mahkamah Revolusi dan menggubal Undang2 Syak yang mengenakan hukuman tembak dan pancung kepada golongan musuh revolusi dan golongan menyokong raja.Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinnette juga dihukum pancung dengan gilotin. Maximilien Robespierre sendiri dihukum pancung oleh puak yang menyokong parlimen Kematian Maximilien menandakan berakhirnya Zaman Pemerintahan Ganas

  • Zaman ini berakhir selepas Kematian Robespierre pada Julai 1794.Keadaan tidak stabil berterusan hingga Muncul Napolean Bornaparte 1799

  • Replika guillotine Perancis era abad ke-17 dan ke-18(digunakan untuk memancung Raja Louis)

  • Maximilien Robespierre

  • KERAJAAN REPUBLIK KETIGADiasaskan pada 1875Struktur pemerinthan terdiri daripada Parlimen dan KabinetParlimen terdiri daripada Dewan Senat & Dewan PerwakilanKerajaan Republik ketiga lakukan pelbagai dasar utk membangunkan Perancisi) Dasar Luar negeriii)Dasar dalam negeriiii)Dasar Kolonial