perjuangan memartabatkan - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti cina, india,...

35
PERJUANGAN MEMARTABATKAN AMALAN PERHUBUNGAN RAYA MELALUI AKTA PERHUBUNGAN RAYA MALAYSIA 1 Oleh Mohd Hamdan bin Haji Adnan, FIPR, APR 2 Kini amalan perhubungan awam atau perhubungan raya telah mencapai tahap global dan boleh dikatakan bersifat suatu profesion. Ia merentasi sempadan politik dan budaya. Kematangan perhubungan raya sebagai satu kerjaya adalah berasaskan kepada jumlah pengamalnya, institusi yang menawarkan bidang pengkhususannya serta kadar penyelidikan dan penulisan mengenainya. Namun begitu, sama ada amalan perhubungan raya dianggap sebagai satu profesion atau tidak masih dibahaskan. Satu sebab utama perhubungan raya sebagai satu profesion terus didebatkan ialah kerana ia masih belum ada takrifan yang diterima secara sepakat oleh para pengamalnya atau badan-badan perhubungan raya sendiri. Dikatakan, mungkin ada lebih 500 takrifan perhubungan raya dalam bahasa Inggeris. Jika kita gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ada beribu takrifan perhubungan raya. Sudah pasti setiap negara akan mengamalkan dan mentakrifkannya menurut suasana dan keperluan setempat. Pula, tidak banyak negara yang memartabatkannya melalui satu akta. Setakat ini, negara-negara yang memartabatkannya melalui perundangan termasuklah Brazil, Panama, Greece, Nigeria dan United Kingdom.

Upload: buithuy

Post on 07-Mar-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

PERJUANGAN MEMARTABATKAN

AMALAN PERHUBUNGAN RAYA

MELALUI AKTA PERHUBUNGAN RAYA MALAYSIA 1

Oleh Mohd Hamdan bin Haji Adnan, FIPR, APR 2

Kini amalan perhubungan awam atau perhubungan raya telah mencapai tahap global dan boleh dikatakan bersifat suatu profesion. Ia merentasi sempadan politik dan budaya. Kematangan perhubungan raya sebagai satu kerjaya adalah berasaskan kepada jumlah pengamalnya, institusi yang menawarkan bidang pengkhususannya serta kadar penyelidikan dan penulisan mengenainya. Namun begitu, sama ada amalan perhubungan raya

dianggap sebagai satu profesion atau tidak masih dibahaskan. Satu sebab utama perhubungan raya sebagai satu profesion terus didebatkan ialah kerana ia masih belum ada takrifan yang diterima secara sepakat oleh para pengamalnya atau badan-badan perhubungan raya sendiri. Dikatakan, mungkin ada lebih 500 takrifan perhubungan raya dalam bahasa Inggeris. Jika kita gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India,

Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ada beribu takrifan perhubungan raya. Sudah pasti setiap negara akan mengamalkan dan mentakrifkannya menurut suasana dan keperluan setempat. Pula, tidak banyak negara yang memartabatkannya melalui satu akta. Setakat ini, negara-negara yang memartabatkannya melalui perundangan termasuklah Brazil, Panama, Greece, Nigeria dan United Kingdom.

Page 2: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

Di negara-negara yang tiada perundangan untuk memartabatkannya sesiapa sahaja boleh mengaku

sebagai pengamal PR tanpa perlu melalui proses pemeriksaan serta syarat-syarat tertentu ataupun melalui akreditasi. Lebih malang, amalan PR sering dikaitkan dengan beberapa strategi atau kaedah komunikasi yang negatif. Ini termasuklah amalan-amalan seperi propaganda, perang jiwa, astroturfing, fronting, melobi, name calling, dan sebagainya.

Tiga contoh bagaimana kemahiran PR boleh disalahgunakan.

Seterusnya, profesion ini sukar untuk dipastikan kerana kegiatan-kegiatan dan kursus-kursusnya adalah meluas dan pelbagai. Maka, hingga kini seperti yang telah dinyatakan hanya lima negara telah memiliki undang-undang yang berkaitan dengan profesion perhubungan raya.

Buku-buku berkaitan dengan bidang perhubungan awam

Page 3: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

Jabatan Buruh Amerika Syarikat menganggarkan bahawa ada lebih daripada 200,000 yang menganggap diri mereka sebagai pengamal perhubungan raya. Di United Kingdom pula dianggarkan seramai 50,000. Di Malaysia mungkin melebihi 20,000 orang yang terlibat

dalam kerjaya perhubungan raya. Dari segi pendidikan dan latihan jumlah institusi yang menawarkan pengkhususan dan beberapa kursus dalam perhubungan raya kian pesat meningkat. Di Amerika Syarikat sahaja dianggarkan lebih 200 universiti dan di Eropah lebih 100 universiti. Di negara-negara lain peningkatan pendidikan dan latihan perhubungan raya turut memberangsangkan. Ini termasuk Malaysia yang kini lebih 10 universiti

menawarkan berbagai-bagai kursus PR yang termasuk ada memberi pengkhususan seperti di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM.

Menurut Reed’s Worldwide Directory of

Public Relations kini ada lebih daripada 200

badan profesional perhubungan raya dalam 70

buah negara yang dianggotai oleh lebih

150,000 ahli.

Global Alliance badan profesional sejagat

perhubungan raya pula menganggarkan

bahawa kini ada lebih 3,000,000 orang

yang berkerjaya sebagai pengamal

perhubungan raya.

Page 4: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

UiTM memperkenalkan pengkhususan Perhubungan Raya pertama

di Malaysia pada Julai 1972

Dunia kini kian terbuka dan bersifat persaingan hebat. Ini bukan sahaja di peringkat tempatan dan negara tetapi juga di tahap antarabangsa. Suasana ini kian mencabar dengan peningkatan pesat teknologi komunikasi serta penggunaan media sosial yang semakin meluas lalu membuat pengaliran maklumat bersifat spontan, menyeluruh dan mendalam pada setiap masa.

Setiap pengamal PR perlu bijak & cekap menggunakan media sosial.

Maka, ini memerlukan setiap organisasi mahupun pemimpin untuk cekap berkomunikasi dan mempromosikan diri bagi memastikan dan meningkatkan penerimaan khalayak-khalayak serta mengharumkan namanya atau positif reputasinya (PR).

Sesungguhnya, ini adalah suatu kepakaran yang harus ada kepada pengamal perhubungan raya yang menggelar dirinya sebagai seorang profesional.

Page 5: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

Lazimnya, tugas untuk berkomunikasi dan mempromosi serta urusan tanggungjawab sosial adalah di bawah bidang kepakaran pengamal

perhubungan raya. Akibatnya, profesion perhubungan raya kian amat berpengaruh. Maka, ia memerlukan keprofesionalan tinggi dan kod etika amalan wajib dipatuhi demi kepentingan awam dan negara.

Walaupun, tugas penyaluran maklumat, tanggungjawab sosial dan membina reputasi yang sesuai serta melestarikan nama baik organisasi ini resminya dibuat oleh pengamal perhubungan raya namun profesion ini sering dilabel dengan imej yang negatif. Ini terjadi kerana ketiadaan akta yang mampu meyakinkan pengguna mengenai keprofesionalannya.

Tanggapan atau persepsi ini hanya boleh dielak dengan adanya suatu Akta yang mampu memastikan bahawa setiap pengamal memiliki kelayakan dan pengalaman yang sesuai dengan bidang kepakaran, kod amalan profesion atau etika amalan perhubungan raya yang boleh dikuatkuasakan, sistem dan kaedah pentauliahan yang telus dan diyakini, keperluan pendidikan sepanjang hayat, dan sebagainya.

Kini di Malaysia hampir kesemua organisasi, sama ada yang swasta atau kerajaan ataupun pertubuhan bukan kerajaan mahupun besar atau sederhana kian memerlukan perkhidmatan profesional perhubungan

“Cepat panggil PR. Kita sedang diserang krisis.”

PR sering dianggap beroperasi seperti bomba memadam

api yang sedang menyemarak.

Page 6: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

raya. Juga, didapati kian banyak organisasi kecil turut memerlukan perkhidmatan perhubungan raya atau awam bagi meningkatkan daya saing.

Pula, Kerajaan Malaysia telah lama menjadi majikan utama bagi pengamal perhubungan raya. Bagaimanapun, dahulu ia lebih tertumpu kepada Jabatan Penerangan. Kini, perkembangan ini jelas kepada hampir semua agensi kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan yang kian mendapatkan perkhidmatan perhubungan raya. Kini, Jabatan Penerangan masih majikan terbesar bagi pengamal perhubungan raya

dalam sektor kerajaan. Fenomena kerajaan sebagai majikan terbesar menggunakan perkhidmatan profesional perhubungan raya bukanlah terjadi di Malaysia sahaja. Ia berlaku di hampir setiap negara yang mahu berhubung dengan rakyatnya secara berkesan dan interaktif supaya dilihat sebagai mesra rakyat dan mengamalkan urus tadbir baik (good governance). Maka, tidak hairanlah bahawa industri perhubungan raya di Malaysia diakui sedang berkembang pesat. Ini bukan sahaja dari segi jumlah pengamal dan agensi perunding tetapi juga daripada mutu, standard dan keprofesionalan. Juga, didapati bahawa pengamal-pengamal perhubungan raya kita kian mampu berdaya

saing di peringkat global dan ada yang bertugas di luar negara serta berjawatan tinggi di tahap antarabangsa. Peningkatan industri dan keprofesionalan perhubungan raya ini menunjukkan bahawa tiba masanya profesion ini diiktiraf dan dimartabatkan melalui suatu perundangan yang bergelar Akta Profesion Perhubungan Raya Malaysia (APPRM). Perlu ditegaskan bahawa setiap profesion yang

diiktiraf ada aktanya sendiri. Akta ini didapati telah meningkatkan keyakinan penggunanya dan dengan itu memajukan lagi profesional berkenaan. Dengan adanya akta profesion berkenaan maka sesiapa

Page 7: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

melanggar peraturan-peraturannya boleh didakwa dan hukuman yang setimpal dikenakan.

Bagaimanapun, ini tidak membunuh mana-mana profesion yang memiliki akta mengiktirafnya. Malah, ia meningkatkan penerimaan profesion berkenaan. Juga, perlu ditegaskan bahawa Akta Pengamal Perhubungan Raya Malaysia ini bukan bertujuan untuk menyekat liberalisasi dagangan global.

Sebenarnya, cadangan untuk melesenkan profesion perhubungan raya melalui satu akta bukanlah fenomena

abad 21. Di Amerika Syarikat, Edward Bernays yang dianggap sebagai „bapa perhubungan raya” dan juga sebagai “raja putar” dalam usia lanjutnya mula mengakui keperluan suatu akta bagi menjamin nama baik profesion. Menurut beliau tanpa pelesenan ia akan membenarkan sesiapa sahaja untuk mengaku dan bertindak sebagai profesional perhubungan raya.

Edward Bernays

Penulis pernah bertemu dengan Edward Bernays di New York pada Oktober 1976. Ketika itu penulis menuntut di Boston University untuk mendapatkan Sarjana Sains Perhubungan Raya. Pertemuan tersebut telah diatur oleh Profesor Carol Hill untuk memberi

Edward Bernays mempercayai bahawa:

“If our profession was regulated, it would give our

vocation a status comparable to lawyers, architects, and

doctors. Without it any crook, nitwit, dope,

charlatan or ignoramus can use the words

public relations.”

Page 8: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu dan pengalaman beliau.

Ketika itu beliau telah merasakan betapa pentingnya profesion perhubungan raya dilesenkan. Malangnya, sehingga tamat riwayatnya usaha beliau gagal. Namun begitu, difahamkan bahawa di Massachusetts ada Akta melesenkan pengamalan perhubungan raya. Di Malaysia, keperluan untuk mendapatkan satu Akta atau piagam-pelesenan bagi perhubungan raya telah dibincangkan sejak penubuhan IPRM pada 1962.

Pada 1983, Dato‟ Ahmad Nordin mantan Presiden IPRM dan Puan Hamidah Karim selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IPRM dalam kertas peperiksaan CAM/IPRM telah mengemukakan kenyataan berikut:

Usaha mendapatkan Akta PR bermula secara rasmi

pada 1999, ketika Mohd Hamdan bin Adnan adalah Presiden IPRM. Draf pertama Akta Perhubungan Raya telah dihantar kepada Kementerian Penerangan dan Pejabat Peguam Negara.

“Akta adalah perlu untuk mengupayakan IPRM mengadakan pendaftaran bagi para

pengamal perhubungan raya. Ahli-ahli perlu memenuhi syarat-syarat tertentu sebelum dibenarkan menjadi pengamal perhubungan raya. Tujuannya adalah untuk memelihara kualiti dan standard

profesion perhubungan raya.”

Page 9: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

Pada 23 Oktober 1999,Mohd Hamdan bersama Valentine Siva selaku Naib Presiden dan Doris Lim sebagai Pengerusi Jawatankuasa Piagam telah

menemui Datin Hafisah Mustaffa di Pejabat Peguam Negara bagi membincangkan hal ini dengan lebih rapi serta untuk mendapatkan sokongan. Kemudiannya, Majlis ke 16 IPRM menyampaikan kertas kerja mengenai Akta PR 2000 kepada Kementerian Penerangan.

Mohd Hamdan Adnan Valentine Siva Doris Lim

Haji Aznan

Dalam usaha merealisasikan status piagamnya, Majlis ke 16

IPRM yang diketuai oleh

Presidennya, Mohd Hamdan Adnan telah menemui Menteri

Penerangan, Tan Sri Khalil Yaakob dan para pegawai kanannya yang termasuk

Setiausaha Parlimen Dato‟ Zainuddin Maidin untuk menerangkan secara

mendalam rasional untuk mengadakan Akta PR.

Tan Sri

Zainuddin

Maidin

Tan Sri Khalil

Yakoob

Beberapa pertemuan telah

diadakan lagi bagi

memantapkan Akta cadangan

ini. Usaha–usaha murni ini telah

banyak dibantu oleh Haji Aznan

Mat Piah selaku Pengarah

Akhbar & Perhubungan Raya

Kementerian.

Page 10: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

Pada 2 November 2000 satu cadangan rasmi telah dikemukakan kepada Kementerian. Sekiranya, Kementerian merestuinya ia akan dikemukakan ke

Kabinet untuk mendapatkan kelulusan ia di bawa ke Parlimen. Pada 30 Januari 2001, Kementerian Penerangan telah menjemput beberapa pihak yang berkenaan untuk membincangkan cadangan tersebut. Di antara yang hadir termasuklah wakil-wakil dari Bernama, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Universiti Sain Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Teknologi Mara dan IPRM. Mohd

Hamdan Adnan, Syed Arabi dan Doris Lim mewakili IPRM. Walaupun, ia telah diterima baik oleh pihak-pihak berkenaan tiada sebarang perkembangan berlaku. Pujian harus diberi kepada Doris Lim kerana usaha-usaha beliau untuk mendapatkan Akta ini. Misalnya, di antara Mei dan Oktober 2002 beliau telah menulis 13 rencana mengenai kepentingan Akta PR bagi Malaysia. Doris sentiasa peka mengenai setiap isu yang berkaitan dengan Akta dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan yang suara IPRM mengenainya turut diketengahkan. Beliau begitu lama mempengerusikan Jawatankuasa Akreditasi dan terus berusaha untuk meramaikan pengamal PR yang bergelar APR.

Memandangkan kesukaran untuk memperoleh Akta PR, IPRM pada penghujung 2002 memulakan proses pentauliahan melalui kaedah akreditasi sukarela. Pada April 2003 suatu forum telah dikendalikan bersama di antara IPRM dengan Kementerian untuk mencari kaedah terbaik bagi meningkatkan profesion perhubungan raya di Malaysia. Rumusan forum ini mendapati bahawa ramai yang

masih mahukan Akta PR di samping memulakan proses pentauliahan sukarela.

Page 11: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

Di antara rumusan penting yang dikemukakan ialah: 1. Perhubungan raya perlu di kawal selia oleh suatu pihak yang

berkuasa.

2. Ada keperluan untuk meningkatkan lagi amalan, tahap dan

pendidikan perhubungan di Malaysia.

3. Pihak pengurusan atasan Malaysia di pihak swasta atau kerajaan

masih tidak jelas mengenai keupayaan dan peranan perhubungan

raya.

4. Pihak pengurusan kanan dan para pemimpin politik tidak

memahami dan menghargai peranan dan fungsi perhubungan

raya. Ini dirasakan telah menghalang kemajuan perhubungan

raya di Malaysia.

5. Kekurangan keprofesionalan di dalam pengamalan perhubungan

raya.

Pada Mesyuarat Agong 2004, ahli-ahli yang hadir telah memberi mandat kepada Majlis IPRM untuk terus memperjuangkan Akta Profesion Perhubungan Raya sehingga ia menjadi suatu realiti.

Pada 6 Mei Majlis IPRM membuat

kunjung hormat kepada Dato’ Seri Abdul Kadir

Sheikh Fadzir yang ketika itu Menteri Penerangan.

Beliau masih berminat kepada idea status piagam

dan akreditasi. Ia sanggup membantu IPRM

memperolehnya. Sebagai makluman pihak BIPR

(British Institute of Public Relations) berjaya

mendapat status Piagam pada 17 Februari 2005.

Page 12: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

Sokongan para ahli terhadap Akta Profesion Perhubungan Raya Malaysia (APPRM) ini jelas berterusan. Malah, ia bertambah kukuh apabila 99%

yang hadir pada Mesyuarat Agong 2010 bersetuju bahawa perlu diperjuangkan dengan lebih aktif lagi. Pada 2010 juga YB Dato‟ Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menyatakan bahawa beliau akan mempertimbangkan usaha untuk meningkatkan martabat amalan perhubungan raya melalui suatu Akta. Kenyataan ini tercetus semasa Ucap Utama beliau di

IPRM mengenai peranan perhubungan raya untuk menjayakan kempen 1Malaysia Kerajaan serta melancarkan dua buku perhubungan raya yang ditulis oleh penulis ini, iaitu Perkembangan Perhubungan Awam Kerajaan dan Politik Malaysia dan Pengamalan Perhubungan Awam Kerajaan dan Politik Malaysia. Bagi membuktikan kesungguhan beliau, Dato‟ Seri Dr Rais Yatim telah mempengerusikan mesyuarat membincangkan draf Akta Perhubungan Raya pada 7 Julai 2010.

Pada mesyuarat ini beliau menegaskan bahawa secara dasarnya ia bersetuju

dengan usaha murni untuk mewujudkan Akta Perhubungan Raya.

Beliau turut mengingatkan bahawa setiap

akta yang hendak dibuat perlu definisi yang cukup dan jelas serta penggunaan

istilah-istilah dalam draf akta perlu diperjelaskan dan diperbetulkan.

Page 13: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

YB Menteri turut memberi beberapa cadangan bernas seperti berikut:

1. Satu kajian dibuat secara menyeluruh melibatkan para pengamal PR di peringkat kementerian/jabatan kerajaan dan agensi swasta bagi mendapatkan pungutan suara dan pandangan ke arah penambahbaikan kepada akta yang dikehendaki.

2. Menganjurkan satu forum di media massa untuk

membincang dan memberikan penjelasan mengenai kebaikan menggubal akta ini kepada semua pengamal PR di Malaysia.

3. Proses mewujudkan akta ini dipercepatkan kerana telah terlalu lama dibentangkan dan perincian diberikan kepada aspek dan sumber kewangan.

4. Akta ini disiapkan secara menyeluruh dan jelas

dengan persetujuan daripada para pengamal PR.

5. Menubuhkan satu jawatankuasa penggubalan yang

diketuai oleh penasihat undang-undang dengan jawatankuasa yang disyorkan oleh badan-badan PR di Malaysia demi menggubal satu akta yang lengkap, jelas dan konkrit meliputi semua aspek seperti definisi, sumber kewangan, kuasa-kuasa menteri, badan disiplin dan sebagainya. Bagi menunjukkan keikhlasan beliau dalam hal ini, YB Menteri menyatakan bahawa sebarang pandangan atau ketidakpuasan hati terhadap perkara ini boleh

dihantar terus kepada beliau untuk dipertimbangkan.

Page 14: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

Sebagai kata akhir YB Menteri menasihatkan semua pihak bersatu agar perkara ini dapat direalisasikan demi untuk kepentingan negara.

Beliau berpendapat profesion PR perlu diasuh dengan baik bagi meningkatkan penghormatan masyarakat kepada pengamal PR. YB Menteri turut menyeru kepada jawatankuasa yang dilantik untuk bekerja kuat bagi merealisasikan akta ini dengan mengambil kira setiap pandangan yang diberikan.

keadaan semasa PR di Malaysia

Semasa mesyuarat ini, Profesor Dato‟ Mohd Hamdan selaku Presiden IPRM membentangkan perkara berikut:

1. Industri PR di Malaysia masih bermasalah. Ini kerana tiada penyatuan di antara para pengamal PR.

2. Tiada penyatuan di antara persatuan-persatuan PR di Malaysia.

3. Profesion PR sering dilabel dengan imej yang

negatif.

4. Betapa pentingnya akta PR direalisasikan bagi meningkatkan imej profesion PR sama di pihak kerajaan atau swasta.

5. Tuduhan bahawa taraf pendidikan PR di Malaysia belum sampai ke tahap tertinggi untuk dibanggakan.

6. Tuduhan bahawa tiada latihan yang khusus untuk pengamal PR. Ini menyukarkan untuk mendapat pengiktirafan yang sepatutnya.

7. Keperluan terhadap proses akreditasi bagi meningkatkan imej pengamal PR.

8. Keperluan untuk adanya suatu Akta PR bagi menyelesaikan semua masalah yang telah disebut.

Page 15: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

Profesor Hamdan menegaskan kebaikan akta ini. Beliau sangat tidak setuju bahawa kewujudan akta ini akan merencatkan industri perhubungan awam negara

seperti yang dituduh oleh prca Malaysia yang pada mula lagi telah menentang kewujudan akta ini. Malah Presidennya Julia Ahmad menyatakan bahawa secara dasarnya persatuan yang dipimpinnya tidak bersetuju akta ini digubal. Beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak dapat memberi sebarang komen berkenaan draf akta ini kerana lewat menerimanya. Dalam hal ini pihak Menteri menyatakan bahawa beliau menerima draf akta sehari

sebelum mesyuarat dan ia sempat membacanya. Di sini Profesor Hamdan mengingatkan bahawa Malaysia bukanlah negara pertama yang mahu menggubal akta PR. Malah, beberapa negara seperti United Kingdom, Greece, Brazil, Nigeria dan Panama telah menggubal akta perhubungan raya dan melaksanakannya.

Akta & Akreditasi meningkatkan

keprofesionalan

Matlamat Akta ini di antaranya adalah bagi memastikan bahawa pengamal Perhubungan Raya

tempatan dan luar memiliki akreditasi atau pentauliahan. Iaitu, sama ada diiktiraf oleh negara sendiri atau negara asal/asing pengamal berkenaan. Yang penting adalah setiap pengamal PR sama ada warganegara atau warga asing yang mengelar dirinya sebagai profesional perhubungan raya di Malaysia wajib ada akreditasi atau pengesahan keprofesionalan. Ini adalah bagi memastikan bahawa nama baik negara kita serta profesion perhubungan raya tidak dinodai

atau disalahgunakan. Ini adalah selaras dengan matlamat atau tuntutan badan-badan profesional perhubungan raya bersifat global.

Page 16: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

Ini kerana APR mengharuskan pemegangnya untuk

mengamalkan pendidikan sepanjang hayat bagi terus bergelar APR. Maka, APR akan menjamin serta melambangkan kepakaran dan pengalaman yang cemerlang serta beretika.

Faedah-faedah khusus yang dinikmati daripada akreditasi ialah:

1. pengamal PR boleh menggunakan gelaran „APR‟ (Akreditasi Perhubungan Raya) di belakang namanya;

2. mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dan

3. lebih berpeluang dinaikkan pangkat.

Hampir kesemua profesion yang

dimartabatkan oleh akta telah

membuktikan bahawa proses

akreditasi telah meningkatkan

amalan keprofesionalan. Ia bukan

sahaja telah menaikkan kredibiliti

profesional berkenaan tetapi tahap

amalannya. Ini membezakan

profesional tulen dengan mereka

yang berpura-pura.

Page 17: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

Akreditasi Perhubungan Raya (APR) telah diperkenalkan oleh Public Relations Society of America (PRSA) pada 1964 bagi menyelesaikan masalah kredibiliti yang dihadapi oleh pengamal PR di Amerika

Syarikat. Di United Kingdom ada pula diperkenalkan pentauliahan atau piagam bergelar Chartered Institute Public Relations (CIPR). Hanya pengamal PR yang memiliki kelayakan, pengalaman dan integriti dianugerahkan dengan gelaran-gelaran tersebut.

Model akreditasi IPRM telah dibentuk berasaskan daripada yang sedia ada di Singapura, Amerika Syarikat, Australia, Nigeria, dan United Kingdom serta daripada IPRSA dan Global Alliance. Ia juga termasuk daripada badan-badan profesional Malaysia seperti Majlis Peguam dan Institut Jurukira Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan perundangan. Skim akreditasi IPRM adalah hibrid yang dirasakan memenuhi keperluan semasa pengamal perhubungan raya di Malaysia. IPRM pada 2005 telah melaksanakan sekim

akreditasi secara sukarela.

Jawatankuasa akreditasi sedang menilai tiga calon untuk dianugerahkan APR. Proses bermula dengan permohonan untuk dipertimbangkan. Bila didapati sesuai akan dimohon membuat dua kajian kes, persembahan dan ditemu duga.

Page 18: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

Pula, akreditasi yang diperlukan bolehlah datang daripada negara asalnya atau tempat ia bertugas. Yang penting adalah mana-mana agensi yang mahu membawa kepakaran luar perhubungan raya harus memastikan yang dia benar-benar layak. Ini supaya ia tidak menghalang pengamal perhubungan raya tempatan untuk mencapai kemampuan sepenuhnya. Resminya, para pengamal negara-negara maju suka melihat apa jua isu daripada kepentingan mereka dan langsung tidak memikirkan nasib pakar-pakar yang ada di negara-negara yang “dijajah” secara baru. Malang lagi apabila para pakar tempatan yang diberi ganjaran yang lumayan turut menjadi “tali barut” negara.

Masalah ini menjadi lebih rumit apabila berlaku kelaziman pegawai-pegawai atasan yang berandaian bahawa para perunding daripada negara maju, khasnya berkulit putih adalah lebih baik daripada pakar-pakarnya sendiri. Penulis ini telah beberapa kali mendengar rintihan daripada para perunding tempatan yang sering diketepikan. Para perunding asing ini akan menggunakan beberapa pakar upahan tempatan mereka untuk

menentang sebarang perundangan yang mereka anggap akan membuat mereka lebih sukar untuk mengaut keuntungan yang boleh dibawa balik ke negara-negara asal mereka. Maka, walaupun ia adalah

Maka, skim akreditasi dan APPRM tidak

sepatutnya dilihat sebagai menyekat liberalisasi.

Ini kerana pengamal yang layak dan sahih tidak

seharusnya takut kepadanya.

Malah ia wajar menyokongnya. Ini kerana

menjamin kepentingan profesionnya sendiri.

Juga, ia akan menghalang mereka yang tidak

layak daripada menyalahgunakan nama baik

profesion perhubungan raya.

Page 19: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

skim akreditasi yang harus diwajibkan demi meningkatkan profesion berkenaan mereka akan mendapatkan pegawai-pegawai upahan mereka untuk

membantah walaupun skim berkenaan telah lama wujud di tempat mereka sendiri. Kini, sistem dan kaedah pentauliahan atau akreditasi pengamal perhubungan raya telah pun disediakan oleh Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM). (Sila lihat halaman web IPRM untuk keterangan lanjut mengenai skim akreditasi ini.)

Telefon: 03 - 26915062 Faks: 03 - 26925064

Sesiapa yang berkerjaya perhubungan raya dan memiliki pengamalan lebih lima tahun serta pendidikan atau latihan yang sesuai bolehlah memohon untuk diakreditasikan. Borang akreditasi bolehlah diperoleh daripada IPRM. Juga, perlu ditegaskan bahawa profesion perhubungan raya ini kian turut menarik minat individu-individu yang dilatih dalam bidang lain. Ini tidak

menjadi masalah asalkan mereka ini sanggup mengambil kursus-kursus yang asas dalam profesion perhubungan raya dan menduduki peperiksaan yang disediakan oleh badan profesion perhubungan raya yang diiktiraf oleh kerajaan, seperti IPRM. Keperluan ini adalah asas seperti dalam profesion-profesion lain. Iaitu, di mana seseorang yang mahu menjadi pengamal profesion berkenaan harus menduduki kursus dan peperiksaan yang diwajibkan dan lulus sebelum diiktiraf sebagai profesional kerjaya itu.

Di Malaysia kini beberapa institusi pendidikan tinggi telah lama menawarkan pengkhususan perhubungan raya. IPRM telah menawarkan kursus keprofesionalan

Page 20: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

perhubungan raya sejak 1971 lagi dan telah melatih lebih 6000 profesional. UiTM memulakan pengkhususan dalam bidang perhubungan raya sejak

1972. Kini, lebih daripada sepuluh institusi pengajian tinggi sama ada kerajaan atau swasta telah memulakan beberapa kursus dalam bidang yang berkaitan dengan perhubungan raya. Bagi institusi pendidikan kerajaan ia termasuklah Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Putera Malaysia, dll. Di pihak swasta ia

termasuklah Sunway Universiti, UNISEL, Universiti Kolej Islam, HELP, Wawasan Open University, dll.

Kolej Yayasan Sabah pernah menawarkan sijil dan diploma PR dan sedang berusaha untuk mengadakannya semula. Akta Profesion Perhubungan Raya ini diharap dapat merangsang institusi-institusi pengajian tinggi lain sama ada kerajaan atau swasta untuk menawarkan bidang pengkhususan dalam profesion perhubungan raya. Ini termasuklah bagi kolej komuniti. Pada satu

ketika dahulu Kolej Yayasan Sabah telah mengendalikan sijil dan diploma perhubungan awam. Setelah ditemui oleh Presiden IPRM pihak Kolej telah menunjuk minat untuk memulakannya semula. Maka, Akta ini mampu untuk memastikan jumlah profesional perhubungan raya yang terlatih dan cekap bukan sahaja mencukupi tetapi sihat bersaing untuk

Page 21: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

mendapat pekerjaan yang sesuai dengan pendidikan dan latihan mereka di dalam dan luar negara.

Tuduhan bahawa graduan perhubungan raya kita tidak memenuhi kehendak industri adalah tidak wajar. Tinjauan mendapati ramai di antara mereka kini memegang jawatan tinggi dan penting dalam organisasi mereka. Ini termasuk dalam sektor swasta dan kerajaan. Perlu ditegaskan bahawa dalam apa jua profesion di peringkat awal pihak majikan sudah pasti perlu memberi pendedahan yang sesuai bagi organisasi berkenaan. Kelemahan dalam Bahasa Inggeris bukanlah terhad kepada graduan

perhubungan raya. Ia boleh diatasi dengan pendedahan yang diberi oleh majikan jika itulah bahasa utama gunaannya. Perlu juga dimaklumkan bahawa graduan perhubungan raya kita umumnya mampu melanjutkan pendidikan mereka di dalam dan luar negara dengan cemerlang. Ramai daripada tenaga pengajar graduan daripada universiti tempatan telah berjaya mendapat sarjana dan kedoktoran mereka di universiti-universiti seberang laut seperti di United States of America, England, Australia, New Zealand, dll. Kini, di Malaysia telah ditubuhkan suatu badan khusus bergelar “Public Relations Educators Chapter IPRM” atau Badan Pendidik Perhubungan Raya.

Matlamat utamanya ialah untuk menyatukan pendidik perhubungan raya bagi meningkatkan pendidikan profesion supaya sentiasa semasa dan memenuhi kehendak pasaran di peringkat negara dan global atau antarabangsa.

Page 22: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

Pihak yang ditugaskan untuk melancarkan Badan Pendidik PR Malaysia. Prof Madya DrKiren selaku Pengerusi Jawatankuasa

Pendidikan IPRM, Prof Dt Hj Hamdan sebagai Presiden IPRM dan Hj Ibrahim Abdul Rahman mewakili Ketua Pengarah Penerangan.

Turut dibentuk ialah “Public Relations Students

Chapters” (IPRMSA) atau Badan Pelajar Perhubungan Raya. Setakat ini lima badan pelajar perhubungan awam telah bergabung di bawah naungan IPRM. Ia telah ditubuhkan di UiTM, UIA, UUM, USM, Sunway University dan HELP.

Matlamat badan pelajar ini adalah untuk mengadakan kegiatan-kegiatan yang memartabatkan profesion perhubungan raya serta membolehkan para pelajar

Page 23: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

perhubungan awam berbagai-bagai universiti untuk berkongsi kegiatan dan pengalaman.

Juga, bagi memastikan para pelajar perhubungan raya yang cemerlang diberi anugerah untuk merangsang mereka supaya menjadi profesional perhubungan raya yang hebat. Ia juga bagi memastikan graduan menjadi ahli IPRM.

PR Sebagai Profesion Masih Diragui Ini berlaku kerana:

1. takrifan PR yang diterima oleh semua pihak masih belum ada;

2. keahlian pengamalnya kepada badan profesionalnya

adalah sukarela;

3. pentauliahan pengamalnya sukarela;

4. penguatkuasaan kod etika praktisnya sukarela;

5. kegiatan-kegiatan negatif komunikasi masih dikaitkan dengan amalan PR; dan

6. ketiadaan badan yang berkuasa mengawalnya.

PR Mampu Menjadi Profesion

Sebenarnya, perhubungan raya berupaya menjadi satu profesion sekiranya memenuhi syarat-

syarat yang dipersetujui oleh sebilangan besar pengamal dan sarjana PR seperti berikut:

1. memiliki pengamal sepenuhnya masa yang

berkelayakan, berpengalaman dan mahir dalam profesion berkenaan serta mampu menjana ilmu dan pengalaman dalam amalannya;

Page 24: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

2. wujudnya sekumpulan ilmu/pengetahuan/kemahiran/

teori wujud daripada pengalaman dan penyelidikan

yang digunakan bagi mendidik pengamal PR;

3. wujudnya institusi-institusi yang diiktiraf untuk mendidik/melatih pengamal PR;

4. memberi khidmat unik dan perlu yang diiktiraf oleh masyarakat;

5. mengutamakan perkhidmatan awam dan tanggungjawab sosial, bukan kepada keuntungan

majikan serta peribadi semata-mata;

6. pengamal diberi autonomi serta tanggung-jawab peribadi yang bererti memiliki kebebasan untuk membuat keputusan dan bertindak menurut pertimbangan sendiri;

7. memiliki dan mematuhi nilai-nilai serta norma-norma profesionalnya sendiri serta yang bersifat umum;

8. memiliki kod etika amalan yang boleh dikuatkuasakan kepada pengamal yang melanggarnya;

9. memiliki badan profesional yang bebas dan kuat; dan

10. pengamal wajib menjadi ahli badan

profesionalnya.

PR Di Malaysia Satu Profesion?

Jika menggunakan kriteria-kriteria

yang telah dipersetujui oleh

sebilangan besar pengamal dan

pendidik perhubungan raya kita akan

mendapati bahawa di Malaysia

amalan bidang ini hampir memenuhi

semua syarat.

Page 25: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

Sila teliti berikut:

1. Hampir semua pengamal PR di Malaysia berkhidmat sepenuh masa sama ada dalam kerajaan, swasta dan badan masyarakat.

2. Kelayakan dan pengalaman mereka yang terlibat dalam

amalan perhubungan serta para pendidiknya kian meningkat.

3. Wujud ilmu/pengetahuan/teori PR di kalangan pendidik PR Malaysia. Ramai di antara mereka terlatih di luar negara serta memiliki pengalaman yang sesuai. Ada

pula yang membuat penyelidikan & menulis dalam bidang PR.

4. Wujudnya institusi-institusi pendidikan yang diiktiraf mengendalikan pendidikan PR daripada peringkat sijil hingga kedoktoran. Misalnya, di UiTM, UKM, UIA, USM, UUM, UPM, UMS, dll. IPRM turut mengendalikan kursus-kursus PR yang sesuai menurut permintaan.

5. Pengamal PR di Malaysia memberi khidmat yang unik

yang diiktiraf oleh masyarakat. Lazimnya, khidmat yang diberi adalah untuk merapatkan hubungan organisasi dengan khalayak-khalayak tujunya, mengharumkan reputasi serta mengendalikan acara-acara khas dan pengurusan krisis.

6. Pengamal PR di Malaysia perlu mengutamakan

kepentingan awam daripada kebajikan organisasi dan sendiri. Beberapa akta yang ada menuntut pengamal PR memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat dan negara. Ini termasuk Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Keselamatan Dalam Negeri, dll. Kod Etika PR turut memberi penekanan yang sama.

7. Pengamal PR di Malaysia diberi kebebasan dan tanggungjawab secukupnya untuk bertindak demi menjalankan tugasan asalkan tidak bercanggah dengan perundangan negara.

Page 26: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

8. Pengamal PR di Malaysia memiliki dan mematuhi nilai-

nilai dan norma-norma profesional. Lazimnya, semua

ini telah ditanamkan semasa belajar di institusi pengajian tinggi.

9. IPRM sejak ditubuhkan pada 1962 telah menekankan kepentingan kod etika amalan PR. Turut digalakkan ialah pematuhannya yang termasuk Kod Etika PR antarabangsa seperti milikan IPRA & PR Global Alliance. Bagaimanapun, kod etika PR tidak dapat dikuatkuasakan kerana tiada Akta yang menyokongnya. Diharap dengan adanya Akta Profesion PR masalah ini

dapat diatasi.

10. Malaysia memang memiliki badan profesional PR seperti IPRM. Namun, keahliannya adalah sukarela. Perkara ini boleh diatasi melalui Akta Profesion PR. Setakat ini pengamal PR di Malaysia tidak wajib menjadi ahli badan profesionalnya seperti IPRM. Perkara ini dapat diatasi melalui Akta Profesion Perhubungan Awam.

KEBIMBANGAN YANG DISUARAKAN

MENGENAI AKTA PROFESION

PERHUBUNGAN RAYA

i. Menyekang Liberalisasi

Seperti yang telah ditegaskan Akta ini bukan bertujuan menyekat liberalisasi. Malah, ia bertujuan untuk memastikan daya saing profesion perhubungan raya serta etika amalannya yang bertaraf global. Etika atau kod praktis perhubungan raya ini bolehlah diubahsuai daripada kod etika perhubungan raya yang digubal oleh institusi-institusi perhubungan raya antarabangsa, seperti Global Alliance (GA) dan International Public

Relations Association (IPRA). Liberalisasi pengamalan perhubungan raya akan mengakibatkan kerjaya bidang ini tidak akan mencapai potensi sebenarnya.

Page 27: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

ii. Menyekang Pertumbuhan Profesion Perhubungan

Raya Alasan ini tidak munasabah. Jika, kita lihat profesion-profesion lain yang memiliki perundangan untuk mengawal kelayakan dan kod etika amalan kita pasti mendapati kesemuanya lebih diyakini dan memiliki tahap keprofesionalan yang tinggi. Akta tersebut akan menggalakkan kesemua institusi pendidikan yang menawarkan kursus perhubungan raya untuk meningkatkan keprofesionalannya. Juga, Akta akan memudahkan lagi untuk meningkatkan pendidikan perhubungan raya. Pula, Akta ini akan memastikan bahawa profesional perhubungan raya turut menyumbang kepada kepentingan masyarakat dan negara.

iii. Akta Tidak Meningkatkan Imej Perhubungan Raya Akta sepatutnya membantu meningkatkan imej amalan perhubungan raya. Ini kerana ia memastikan bahawa pengamal perhubungan raya memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat dan negara serta tahap pendidikan yang sesuai dan amalan yang beretika. Lazimnya, sekiranya dibuat secara sukarela keutamaan mudah diberi kepada majikan atau

pelanggan yang memberi upah dan ganjaran. Ini adalah resam manusia. Juga, tanpa suatu Akta yang menyeluruh agensi-agensi global perhubungan raya boleh dengan senang menepikan kepentingan masyarakat tempatan dan negara mahupun kerajaan. Melalui Akta ini semua pengamal perhubungan raya yang bangga akan profesionnya harus bekerjasama untuk mengharumkan imejnya. Jelaslah bahawa kebimbangan bahawa Akta

Perhubungan Raya mengekang kemajuan profesion dan anti liberalisasi adalah tidak berasas. Sebaliknya, Akta ini mampu meningkatkan keupayaan kemahiran dan semangat beretika di kalangan profesional

Page 28: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

perhubungan raya di Malaysia. Kesemua ini akan membantu mengupayakan profesional perhubungan raya kita untuk bersaing dengan keyakinan pada

zaman liberalisasi dan globalisasi.

15 FAEDAH AKTA PROFESION PERHUBUNGAN RAYA

1. Memastikan pengiktirafan dan pemartabatan profesion perhubungan raya di Malaysia.

2. Memastikan takrifan, matlamat dan skop amalan profesion perhubungan raya. Kesemua ini bolehlah diguna pakai dan diubahsuai bagi keperluan Malaysia daripada “The Chartered Institute of Public Relations

Royal Charter, United Kingdom.

3. Memastikan profesional perhubungan raya di Malaysia memiliki pendidikan, latihan dan pengalaman yang sesuai sebelum diiktiraf selaku pengamal yang bertauliah. Ini adalah selaras dengan profesion-profesion lain di Malaysia yang dilindungi melalui Akta.

4. Memastikan bahawa setiap profesional perhubungan raya akan sentiasa mengemaskinikan ilmunya melalui keperluan pendidikan sepanjang hayat. Keperluan ini kian ditekankan dalam profesion-profesion yang menghadapi perkembangan ilmu bidang masing-masing berlaku dengan secepatnya. Iaitu, jika ilmunya tidak dikemaskinikan ia boleh ketinggalan zaman atau menjadi usang. Ilmu dan kemahiran dalam profesion

perhubungan raya perlu sentiasa dikemaskinikan memandangkan maklumat dan saluran komunikasi paling cepat dan pesat berkembang.

5. Memastikan bahawa setiap profesional perhubungan raya di Malaysia turut memberi sumbangan kepada masyarakat dan profesionnya demi kepentingan komuniti dan negaranya.

Page 29: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

6. Memastikan adanya suatu kod amalan perhubungan

raya beretika yang berasaskan perundangan dan boleh dikuatkuasakan apabila perlu. Kini, Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM) memiliki Kod Etika dan Perilaku Profesional Perhubungan Raya. Juga, IPRM turut merujuk kepada kod etika dan amalan profesional yang digubal oleh badan-badan perhubungan raya sejagat seperti Global Alliance (GA) dan International Public Relations Association (IPRA).

7. Memastikan bahawa setiap profesional perhubungan

raya Malaysia mematuhi kod perilaku amalan perhubungan raya yang beretika.

8. Memastikan bahawa adanya badan yang akan sentiasa memantau perkembangan dan pengamalan industri dan profesional perhubungan raya supaya kepentingan dan kebajikannya terjamin.

9. Memastikan perhubungan raya sebagai profesion membina reputasi, komunikasi interaktif dan pelaksanaan tanggungjawab sosial bergiat dengan lebih telus dan bertanggungjawab.

10. Memastikan akauntabiliti dan kredibiliti dalam profesion perhubungan raya.

11. Memastikan kegiatan-kegiatan negatif perhubungan raya seperti “spin doctoring”, “flacks”, “astroturfing”, “opponent defining”, “fronting” dan sebagainya dilarang kerana ia akan menjejaskan imej profesion perhubungan dan kepentingan awam. Kegiatan seperti “lobi” juga dapat dikawal dengan lebih baik.

12. Memastikan bahawa pengamal perhubungan raya akan mematuhi undang-undang seperti Akta Hasutan,

Akta Rahsia Rasmi, Akta Perihal Dagangan dan sebagainya demi kepentingan masyarakat dan negara.

Page 30: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

13. Memastikan bahawa integriti semua saluran media di Malaysia terjamin serta bebas melapur secara adil dan bertanggungjawab. Ini termasuk media sosial.

14. Memastikan bahawa seseorang yang mahu

mengelar diri sebagai Pengamal PR Profesional perlu mendapatkan akreditasi dahulu daripada pihak yang dilantik oleh pihak berkuasa serta direstui oleh badan profesional PR, seperi IPRM.

15. Diharapkan bahawa APPRM ini akan menyatukan

para profesional PR yang praktis di Malaysia serta badan-badan yang mewakilinya.

Rumusan Alasan yang diberi bahawa pengamal perhubungan raya tidak perlu dikawal oleh akta kerana ia dalam bidang perundingan dan tidak seperti profesion doktor perubatan, peguam, arkitek, jurutera atau jurukira yang melibatkan nyawa dan implikasi perundangan seharusnya tidak boleh diterima. Profesion perhubungan raya lebih mudah

mengakibatkan huru-hara dalam sesebuah negara jika tidak dikawal dengan rapi. Ini kerana pengamalnya adalah pakar komunikasi dan pendapat umum yang jika dibiarkan tanpa akta boleh mudah disalahgunakan. Lagi-lagi dalam zaman teknologi komunikasi tinggi dan penggunaan meluas media sosial. Sekiranya, doktor salah bagi ubat mungkin ada beberapa kematian. Jika, arkitek salah buat bangunan mungkin ada yang akan roboh yang juga

mengakibatkan kematian. Serupa juga dengan jurutera. Jika peguam tidak cekap memang anak guamannya akan tidak dapat keadilan.

Page 31: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

Bagaimanapun, jika pengamal perhubungan raya salah gunakan kepakarannya satu negara boleh musnah. Ini kerana profesion perhubungan raya cukup

terlibat dalam berbagai-bagai kaedah dan saluran komunikasi serta sentiasa berusaha mempengaruhi pendapat umum. Kita semua tahu akibat bergantung pada kuasa pasaran untuk menghukum para profesional yang lembap, cuai atau terlalu memikirkan ganjaran. Banyak masalah negara seperti krisis ekonomi dan masalah sosial adalah akibat terlalu liberal atau mengharapkan para profesional untuk mengawal selia

kendiri. Kini lima negara, iaitu United Kingdom, Greece, Brazil, Ngeri dan Panama telah menubuhkan akta yang berkaitan dengan profesion perhubungan raya. Setiap negara sudah tentu ada sebab-sebabnya sendiri bergantung pada persekitaran atau faktor-faktornya yang unik. Berasaskan keadaan semasa dan proses globalisasi adalah dirasakan bahawa tiba masanya Malaysia mengadakan Akta Profesion Perhubungan Raya. Kita bolehlah mengambil rujukan daripada akta-akta yang sedia ada, lagi-lagi daripada United Kingdom. Ini kerana sebilangan undang-undang awal kita adalah berasal daripada United Kingdom.

Perlu juga ditegaskan bahawa hasil tinjauan UiTM/IPRM 2010 mendapati bahawa 38 peratus responden merasakan bahawa Akta ini mampu meningkatkan standard dan amalan perhubungan raya di Malaysia. Seramai 20.5 peratus pula Akta ini akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan keprofesionalan perhubungan raya. Seterusnya, beberapa taklimat yang telah diberi

kepada pengamal perhubungan raya di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Penang, Labuan, Ipoh, Melaka dan lain-lain mendapati sebilangan besar menyokongnya. Malah Mesyuarat Agong IPRM pada bulan September 2010

Page 32: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

menyokong penggubalan Akta Profesion Perhubungan Raya. Ia turut disokong oleh Badan Pendidik Perhubungan Raya Malaysia dan Badan Pelajar

Perhubungan Raya Malaysia.

Namun begitu,beberapa soalan seperti berikut sering ditimbulkan, iaitu: 1/ Apakah kelayakan minimum untuk dapat diiktiraf selaku pengamal PR profesional? 2/ Siapakah yang memastikan sama ada seseorang itu profesional atau sebaliknya?

3/ Di manakah seseorang itu boleh mendapat pendidikan untuk menjadi seorang pengamal PR profesional? 4/ Bolehkah seseorang daripada bidang lain masuk untuk menjadi seorang pengamal profesional PR? 5/ Mampukah APPRM meningkatkan profesion PR di Malaysia?

1. Sebenarnya, kelima-lima soalan telah terjawab semasa memberi taklimat. Tentunya, kelayakan paling minimum ialah Sijil Persekolahan Malaysia atau SPM. Namun, ia memerlukan seseorang itu untuk bermula dengan sijil profesional PR. Lebih tinggi, lebih baik. Iaitu, pada zaman ini paling baik di peringkat sarjana

dan tentunya lebih baik ada kedoktoran. Turut dipertimbangkan ialah pengalaman yang sesuai. Misalnya, bagi seseorang yang ada ijazah pertama dan terlibat dalam bidang PR memerlukan lima tahun untuk boleh dipertimbangkan untuk di anugerah APR. Bagi yang ada diploma profesional PR tempoh minimum ialah tujuh tahun. Sekira memiliki sarjana masa yang sesuai ialah empat tahun. Manakala, yang ada kedoktoran ialah tiga tahun.

2. Yang memastikan kelayakan seseorang itu sudah pastinya badan yang telah ditetapkan oleh Akta. Dalam hal ini, IPRM bolelah memainkan peranan yang penting.

Page 33: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

3. Pendidikan PR bolehlah diperoleh daripada institusi pendidikan tinggi di Malaysia atau sebarang laut yang telah mendapat pengiktirafan Kerajaan Malaysia.

4. Seseorang daripada bidang lain yang berminat untuk menjadi pengamal profesional memang diberi peluang untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, ia perlulah lulus kursus-kursus asas PR.

5. Seharusnya APPRM mampu meningkatkan amalan PR di Malaysia. Jika profesion lain yang ditentukan oleh akta boleh mengapa tidak PR? Dengan adanya kuasa perundangan sudah tentu PR akan maju.

Taklimat menigkatkan martabat PR melalui APPRM di, Ipoh, Perak

Taklimat meningkat martabat PR melalui APPRM di Labuan

Page 34: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

Sidang media selepas taklimat meningkat martabat PR

Resminya, setiap taklimat yang diberi

mengenai penggubalan Akta Profesion

Perhubungan Raya mendapat sokongan

yang baik.

Akhir kata, perlu di ingatkan

semula bahawa tiada profesion

yang terkubur atau terencat

daya kreatifnya kerana ada

akta memartabatkannya.

Sebaliknya, akta profesion tersebut bukan sahaja telah meningkatkan keyakinan para pengamal tetapi pelanggan dan orang ramai terhadapnya.

Page 35: PERJUANGAN MEMARTABATKAN - iprm.org.my pr.pdf · gunakan bahasa-bahasa lain seperti Cina, India, Perancis, Brazil, Sepanyol dan sebagainya, mungkin ... Di negara-negara yang tiada

Saya merasakan bahawa pengamal PR

Malaysia yang menentang Akta Profesion

Perhubungan Raya Malaysia bukan sahaja

tidak kasih profesionnya malah tidak kisah

tentang kepentingan masyarakat dan

negaranya sendiri.

Karya & Hak milik:

Mohd Hamdan bin Haji Adnan & IPRM,

Presiden, Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM)

1 hb Disember 2010