kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · web viewperkataan usahawan dalam bahasa inggeris...

25
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PENGENALAN Apabila membincangkan topik perniagaan, kita tidak dapat lari daripada bercakap mengenai keusahawanan kerana keusahawanan adalah teras dan tunjang perniagaan. Seorang usahawan adalah pencetus idea baru dan pencipta keluaran baru. Dia cuba memasarkan idea ataupun keluaran barunya. Perkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud memikul tugas, tanggungjawab atau mencuba. Kamus Webster s New World menyatakan usahawan ialah seorang yang mengorganisasi dan mengurus pengambilalihan, mengandaikan risiko untuk demi keuntungan. Menurut Kuratko dan Hodgetts keusahawanan ialah satu proses inovasi dan penciptaan perniagaan baru melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, persekitaran dan proses- dibantu oleh jaringan kerajaan, pendidikan, persekitaran dan institusi-institusi. Kao pula mentakrifkan keusahawanan sebagai satu proses mencipta sesuatu yang baru (kreatif) dan berbeza (inovatif) bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu dan menambah nilai kepada masyarakat. Individu yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan mempunyai perancangan terhadap objektif dan matlamat yang ingin dicapai. Hal ini demikian kerana untuk menjadi usahawan yang berjaya bukanlah sesuatu yang mudah tetapi dapat dikecapi oleh usahawan yang gigih dan bersungguh-sungguh. Minat dan kepuasan diri, pencapaian matlamat, keselamatan, status dan kuasa adalah faktor yang mendorong penyertaan individu dalam bidang keusahawanan. Usahawan adalah pengerak dan pemangkin ekonomi negara. Antara kepentingan keusahawanan ialah meningkatkan kadar per kapital pengeluaran dan pendapatan, mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia serta meningkatkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Sesebuah negara tidak akan mencapai taraf sebagai negara maju sekiranya tidak mempunyai usahawan yang berjaya serta berdaya saing yang tinggi. Konsep usahawan dan keusahawanan membawa satu definisi serta perspektif yang sangat luas. Usahawan adalah individu yang mempunyai ciri-ciri istimewa yang dapat membezakan mereka dengan individu lain. 1

Upload: lamque

Post on 13-Mar-2019

299 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PENGENALAN

Apabila membincangkan topik perniagaan, kita tidak dapat lari daripada

bercakap mengenai keusahawanan kerana keusahawanan adalah teras dan tunjang

perniagaan. Seorang usahawan adalah pencetus idea baru dan pencipta keluaran

baru. Dia cuba memasarkan idea ataupun keluaran barunya. Perkataan usahawan

dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu

entreprende yang bermaksud memikul tugas, tanggungjawab atau mencuba. Kamus

Webster’s New World menyatakan usahawan ialah seorang yang mengorganisasi

dan mengurus pengambilalihan, mengandaikan risiko untuk demi keuntungan.

Menurut Kuratko dan Hodgetts keusahawanan ialah satu proses inovasi dan

penciptaan perniagaan baru melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi,

persekitaran dan proses- dibantu oleh jaringan kerajaan, pendidikan, persekitaran

dan institusi-institusi. Kao pula mentakrifkan keusahawanan sebagai satu proses

mencipta sesuatu yang baru (kreatif) dan berbeza (inovatif) bagi tujuan mencipta

kekayaan untuk individu dan menambah nilai kepada masyarakat.

Individu yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan mempunyai

perancangan terhadap objektif dan matlamat yang ingin dicapai. Hal ini demikian

kerana untuk menjadi usahawan yang berjaya bukanlah sesuatu yang mudah tetapi

dapat dikecapi oleh usahawan yang gigih dan bersungguh-sungguh. Minat dan

kepuasan diri, pencapaian matlamat, keselamatan, status dan kuasa adalah faktor

yang mendorong penyertaan individu dalam bidang keusahawanan.

Usahawan adalah pengerak dan pemangkin ekonomi negara. Antara

kepentingan keusahawanan ialah meningkatkan kadar per kapital pengeluaran dan

pendapatan, mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi

kehendak manusia serta meningkatkan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Sesebuah negara tidak akan mencapai taraf sebagai negara maju sekiranya tidak

mempunyai usahawan yang berjaya serta berdaya saing yang tinggi.

Konsep usahawan dan keusahawanan membawa satu definisi serta

perspektif yang sangat luas. Usahawan adalah individu yang mempunyai ciri-ciri

istimewa yang dapat membezakan mereka dengan individu lain. Setiap individu

1

Page 2: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

berpeluang untuk mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan kerana ciri-ciri

keusahawanan yang ada pada kebanyakan usahawan bukanlah dilahirkan secara

semula jadi, tetapi adalah disebabkan faktor-faktor seperti mempunyai daya inisiatif

dan kejayaan yang tinggi, lokus kawalan dalaman yang tinggi serta berkeyakinan

terhadap kebolehan dirilah yang menjadikan mereka berjaya.

Oleh itu, dalam tugasan kali ini kami akan menjelaskan mengenai ciri-ciri

usahawan berjaya dan tokoh usahawan yang terdapat bukan sahaja di dalam malah

di luar negara untuk dijadikan sumber inspirasi bersama.

2

Page 3: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

TUGASAN 1

A. CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

1) Mempunyai Rangkaian Perniagaan Yang Luas (Networked)

Secara umumnya, rangkaian perniagaan atau perniagaan networking adalah

urusan perniagaan dan komunikasi dalam satu atau lebih syarikat. Rangkaian

adalah salah satu pemangkin dalam mengembangkan sesebuah perniagaan kerana

sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang baik mereka akan mudah

memperoleh sokongan dan kerjasama dalam kalangan rangkaian mereka.

Rangkaian juga boleh dikatakan sebagai strategi hasil daripada hubungan yang

pernah dibina bersama orang perseorangan atau syarikat tertentu atau dalam

bahasa mudahnya ialah ‘kenalan’. Ini bermankna senarai sumber tambahan bagi

perniagaan kita boleh dibina dan ditambah melalui pergaulan. Pada zaman yang

semakin modern ini, kita sebagi usahawan hendaklah tidak hanya menetapkan

target khusus kepada dalam negara sahaja tetapi juga hendaklah melihat peluang

luar negara. Jadi salah satu cara untuk mengembangkan perniagaan ke luar negara

dengan mudah dan lebih efisien ialah dengan mempunyai rangkaian di mana-mana

sahaja.

Terdapat beberapa kelebihan jika mempunyai rangkaian yang baik seperti dapat

meningkatkan accessibility atau kemudahan mencapai kepada usahawan tersebut.

Rangkaian ini sebenarnya boleh dibina secara langsung atau tidak langsung dari

sumber nyata atau tidak nyata. Sebagai contoh sumber nyata ialah dalam bentuk

sokongan kewangan atau pemindahan teknologi manakala dalam aspek tidak nyata

ialah dari segi sokongan moral atau kepercayaan. Seterusnya ialah dapat

mengekalkan atau meningkatkan reputasi seseorang usahawan. Reputasi ialah

kebolehan seorang usahawan untuk menunjukkan ciri kepimpinan atau kebolehan

mempengaruhi orang lain. Sekiranya seseorang usahawan itu mempunyai reputasi

yang baik, ini akan memudahkan dia menarik perhatian rakan untuk masuk ke dalam

rangkaian perniagaannya dan seterusnya menjadi salah satu sumber

mengembangkan perniagaan.

Oleh yang demikian, seorang usahawan itu hendaklah menjadikan strategi

rangkaian ini sebagai platform untuk berjaya. Kebanyakan professional bebas dan

3

Page 4: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

pemilik kecilan telah menggunakan pendekatan ini dan hasilnya mereka dapat

mengurangkan kos dan masa penyebaran maklumat dengan adanya rangkaian.

Usahawan yang boleh dikategorikan sebagai memmpunyai dan memanfaatkan

prinsip perniagaan networked ialah usahawan dan penyanyi nombor 1 Malaysia iaitu

Dato’ Siti Nurhaliza. Sepanjang kerjaya beliau dalam dunia hiburan, beliau telah

memenangi pelbagai anugerah berprestij seperti Grand Prix Champion dan digelar

Voice of Asia. Pada 30 Mac 2010, beliau telah mengumumkan pelancaran produk

kecantikan dan kosmetik jenamanya sendiri yang dikenali sebagai SimplySiti. Sejak

awal SimplySiti berada di pasaran, ia telah mendapat sambutan yang amat

menggalakkan di seluruh negara termasuk dari negara jiran.

Datuk Siti memanfaatkan pengalaman beliau selama menjadi duta kepada

beberapa jenis produk seperti Maybeline dan Pantene. Beliau melihat potensi jika

beliau sendiri memperkenalkan satu produk dan menjadi duta utama produk

tersebut. Tambahan lagi beliau merupakan seorang yang dikenali ramai. Datuk Siti

dikatakan memnagamalkan perniagaan networked kerana beliau sendiri dikenali di

peringkat dunia, mempunyai ramai peminat dan teman. Ini merupakan kekuatan

beliau kerana beliau boleh memperoleh kepercayaan ramai dalam produk SimplySity

secara mudah. Produk SimpliSiti juga sangat cepat menembusi pasaran

antarabangsa dek kerana mempunyai jenama seorang penyanyi popolar. Tambahan

lagi, kehadiran suami beliau yang dikenali sebagai Datuk Khalid sebagai rakan

kongsi yang berpengalaman luas dalam bidang perniagaan amat membantu

kejayaan produk SimplySiti. Sebagai seorang alhi perniagaan yang berpengalam,

pastinya Datuk Khalid mempunyai kenalan dan hubungan yang luas dan pelbagai.

Kita boleh lihat di sinilah ciri networked itu ditunjukkan. Produk baru seperti

SimplySiti pada ketika itu mempunyai sokongan dari segi moral, tenaga kerja,

nasihat dan maklumat oerniagaan dari figura yang mempunyai nama dalam dunia

perniagaan.

Selain itu, Datuk Siti juga menggunakan jaringan perniagaan iaitu manejalinkan

hubungan perniagaan dengan agensi dari luar negara. Hal ini produk SimplySiti ini

dihasilkan dengan teknologi Korea yang juga merupakan satu ciri istimewanya.

Bahan-bahan yang digunakan juga adalah dari Korea yamg sememangnya terkenal

dengan kepakaran dalam penghasilan kosmetik. Hasil daripada jaringan ini, beliau

4

Page 5: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

dapat menjenamakan produknya sebagai produk antarabangsa. Jaringan

perniagaan syarikat SimplySiti ini bukan sahaja boleh dilihat dalam kalangan syarikat

gergasi lain sahaja tetapi juga mereka telah mewujudkan hubungan perniagaan

yang baik bersama pelanggan dengan mengambil dan berkongsi testimoni

pelanggan secara bersama. Kesannya, pelanggan sendiri merupakan badan yang

terlibat dalam memperkenalkan produk tersebut.

Akhir sekali, SimplySiti juga menggunakan jaringan awam dalam

mempromosikan rangkaian produk mereka. Jaringan awam ini termasuklah surat

khabar dan internet sebagai medium utama untuk mendekati pelanggan. Dengan

status kewangan yang boleh dikategorikan sebagai baik membolehkan SimplySiti

mempromosikan produk mereka secara besar-besaran.

(Dato’ Siti Nurhaliza)

2) Mengambil Risiko (Open risk taker)

Kerjaya sebagai usahawan sememangnya dipandang tinggi oleh masyarakat.

Bahkan 9/10 rezeki itu adalah melalui perniagaan. Pada hari ini, terdapat ramai

kelompok masyarakat khususnya golongan muda yang mula menjinakkan diri dalam

dunia perniagaan malahan ada yang sanggup berhenti kerja atau belajar semata-

mata untuk memulakan perniagaan sendiri yang ditafsirkan sebagai sesuatu yang

lumayan. Sikap seperti ini perlu dipuji kerana mereka berani mencuba dan

5

Page 6: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

mempunyai semangat yang tinggi tetapi mereka harus sentiasa cakna akan risiko

yang menanti. Dalam setiap perniagaan, sudah menjadi lumrah untuk duiji dengan

masalah-masalah seperti mengalami kerugian, tidak mendapat sambutan mahupun

mendapat kritikan masyarakat.

Kita harus sentiasa beringat bahawa untuk menjadi usahawan berjaya adalah

perlu untuk kita bermula dari bawah dan seterusnya semakin berkembang.Namun

begitu, usahawan bukanlah merupakan seorang yang sanggup menbambil risiko

secara membabi buta tetapi sebenarnya usahawan berjaya merupakan seorang

yang telah dapat menjangkakan dan mengabil kira segala risiko yang bakal dihadapi

sepanjang perniagaan. Secara ringkasnya, usahawan ini adalah orang yang

sanggup berhadapan dengan cabaran dan berani mencuba sesuatu yang baru.

Usahawan juga merupakan manusia biasa jadi mereka juga tidak mengetahui apa

yang akan terjadi pada masa hadapan dan disinilah peluang yang patut direbut oleh

setiap usahawan. Sebagai contoh menjual sesuatu produk yang baru dan belum

pernah diperkenalkan.

Namun begitu, kita harus mengetahui bahawa masih ada usahawan yang

memilih untuk berhadapan dengan risiko yang menanti kerana mungkin bagi mereka

pengalaman itu mematangkan seseorang.

Seorang tokoh yang kami bawakan ini jelas menunjukkan ciriciri berani

berhadapan dengan risiko. JIka ditanya kepada masyarakat adakah mereka

mengenali wanita hebat yang bernama Datuk Dr Maznah Hamid? Mungkin hanya

sebahagian dari kumpulan tersebut yang mengenali beliau. Hal ini kerana beliau

merupakan seorang wanita pertama di Malaysia yang mengetuai syarikat kawalan

keselamatan. Lazimnya bahagian kawalan keselamatan diletakkan di bawah

pengurusan kaum lelaki namun Datuk Dr Maznah tidak menjadikan isu gender

sebagai satu masalah.

Sejarah mengatakan bahawa beliau memulakan perniagaan beliau hanya

dengan modal sebanyak RM 5000 dan lima orang pegawai. Pada awal penubuhan

Securiforce, beliau telah mneghadapi pelbagai rintangan antaranya beliau sendiri

pernah turun padang sebagai pekerja untuk menyelesaikan kerja-kerja mengumpul

bil, peronda dan juga sebagai pegawai keselamatan. Bagi beliau semua yang

6

Page 7: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

dihadapi olehnya itu adalah permulaan kepada kejayaan beliau. Kini beliau telah

membuka hampir 64 buah cawangan dengan pekerja yang mencapai hampir 6000,

ratusan senjata api dan beberapa kenderaan perisai. Perkhidmatan yang ditawkan

bukan sahaja terhad kepada pengawal statik tetapi juga menjangkau kepada logistik,

tunai dalam transit, keselamatan elektronik, penghantaran kargo dan logistik

berteknologi tinggi, perkhidmatan trak perisai, serta pelbagai perkhidmatan lain.

Falsafah kejayaan dan pencapaian beliau yang dapat kita contohi ialah beliau

percaya bahawa "the main capital in business is yourself ". Beliau membawa prinsip

"we should produce a workload more than what we are paid for, as in the end, we

will be rewarded much more than what we have done". Prinsip ini telah membawa

kepada kejayaan utama dalam kerjaya perniagaan beliau. Faktor kejayaan beliau

adalah didorong oleh kekuatan diri, usaha gigih dan tidak gentar menghadapi risiko

dalam melakukan sesuatu perkara. Kejayaan beliau dianggap sebagai model

usahawan yang berjaya dan beliau juga diberi gelaran “The Iron Lady”

Konklusinya, Datuk Wira Dr Maznah Hamid merupakan seorang usahawan

yang berani mengambil risiko dalam perniagaan. Buktinya telah dinyatakan di mana

walaupun beliau meupakan seorang wanita tetapi beliau tetap meneruskan

perkidmatan menyediakan servis keselamatan sehingga berjaya mendapat

kepercayaan ramai. Seterusnya beliau telah mengambil risiko mengembangkan

servisnya ke peringkat antarabangsa yang mana beliau sendiri sedia maklum akan

bersaing dengan lebih banyak syarikat gergasi. Kini syarikat Securiforce merupakan

jenama Malaysia yang diiktiraf dunia dan kita seharusnya berbangga dengan

kejayaannya.

7

Page 8: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

(Datuk Wira Dr Maznah Hamid)

3) Berorientasikan Kumpulan (Team Oriented)

Seseorang usahawan yang berjaya haruslah mempunyai ciri yang

berorientasikan kumpulan. Hal ini kerana bekerja dalam kumpulan banyak memberi

impak kepada kemajuan sesebuah perniagaan. Melalui kumpulan usahawan akan

memperolehi pendapat dan idea daripada rakan kongsi yang lain bagi memperbaiki

kelemahan dalam sesebuah perniagaan. Bekerja dalam kumpulan amat berkait

rapat dengan masyarakat bagi mencapai matlamat dan objektif dalam sesebuah

perniagaan. Rakan kongsi memainkan peranan yang penting dalam sesebuah

perniagaan sebagai contoh rakan kongsi dapat memberikan sumbangan dari segi

wang dan tenaga serta jaringan. Sesebuah perniagaan, usahawan dan rakan kongsi

perlulah mempunyai sikap integriti iaitu kejujuran, kerjasama, amanah dan toleransi

antara satu sama lain. Sikap integriti ini mampu memperoleh kebaikan kepada

semua pihak. Kebiasaannya, 20 orang yang pertama dalam pekerja anda bakal

menentukan tahap kejayaan perniagaan atau syarikat yang anda mahu bina dan

kembangkan. Ada usahawan yang kekal berniaga bertahun-tahun tanpa mempunyai

masalah kerana ia memiliki kumpulan pekerja yang dipercayai. Oleh itu, kita sebagai

usahawan perlulah bijak memilih pekerja.

Tokoh usahawan yang berjaya di Malaysia yang menggunakan ciri

berorientasikan kumpulan ialah Haji Ismail Ahmad (Haji Ismail Group HiG Langkawi

Holdings Sdn Bhd). HiG Langkawi Holding Sdn Bhd adalah syarikat bumiputera

sepenuhnya dan telah diperbadankan secara rasmi pada 16 november 2009

dibawah Akta Syarikat 1965. Haji Ismail telah menubuhkan syarikat ini bagi

menguruskan perjalanan dan hala tuju anak-anak syarikat supaya berjalan dengan

lancar. Haji Ismail juga mempunyai misi agar syarikatnya dapat menjadi sebuah

syarikat pioneer dan mampu bersaing di pasaran global. HiG ini mempunyai 3 anak

syarikat dan 1 syarikat berkaitan pengarah iaitu Perniagaan Haji Ismail Group Sdn

Bhd, HiG Property Sdn Bhd dan HiG Travel & Tours Sdn Bhd Haji Ismail

menggunakan ciri berorientasikan kumpulan ini apabila beliau bekerjasama dengan

ahli keluarganya sendiri sebagai pemegang saham terpenting dalam syarikat

tersebut.

8

Page 9: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

(Haji Ismail Ahmad)

4) Pemerhatian (Observant)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2004), pemerhatian membawa maksud

seseorang yang memberikan perhatian ataupun yang mengikuti perkembangan

terhadap satu perkara. Usahawan observant ini selalunya tahu merangka pelan,

menganalisis situasi dan mengambil setiap peluang yang ada.

Ciri-ciri ini dapat dilihat dalam diri seorang usahawan tempatan kita iaitu Dato

Ramli Bin Mokni. Beliau berasal dari Sekinchan, Selangor. Dahulunya beliau hanya

bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasaraya di ibu kota pada tahun 1970-

an. Kebanyakkan pada masa itu, makanan sejuk beku tidak pasti adakah ianya halal

atau haram. Bermula dari situasi inilah, beliau memerhati maka tercetuslah satu idea

baharu untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang dijamin halal untuk umat

islam khususnya di negara ini. Jenama produk ini “Ramly” dan ianya sudah terkenal

di seluruh Malaysia, malah mudah didapati di gerai makanan tepi jalan ataupun

restoran. Selain itu, burger “Ramly” juga telah terkenal di Singapura sebagai

makanan segera penduduk di sana. Ramly Food Processing adalah industri

bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan

daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama “Ramly”. Produk “Ramly” yang

paling diminati oleh pembeli antaranya burger, nuget, frankfurter dan drummet.

9

Page 10: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Disebalik kejayaan Dato Ramli ini, beliau juga menghadapi banyak cabaran dan

halangan antaranya beliau pernah diperlekehkan oleh masyarakat mengenai

ideanya untuk membuka kilang pemprosesan makanan kerana bahawa usahanya

menjadi sia-sia kerana tidak dapat keuntungan yang banyak, siapa mahu beli dan

sebagainya. Selain itu, beliau juga pernah ditolak oleh pihak bank untuk membuat

pinjaman loan untuk pembukaan kilang pemprosesan makanan sejuk bekunya.

Namun, dengan berkat usahanya yang bersungguh-sungguh, beliau berjaya

membina sebuah kilang pemprosesan makanan sejuk beku hasil daripada simpanan

sendiri dan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad.

Dari situlah, beliau mula mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya.

(Dato Ramli Bin Mokni)

5) Proaktif

Proaktif bermaksud seseorang yang berinisiatif dan bertanggungjawab terhadap

tugas diberikan. Usahawan yang proaktif akan mengambilkan tindakan segara

seperti mencari peluang untuk membentuk persekitaran yang baru. Mereka akan

mencari maklum balas daripda pengguna sebelum pengguna membuat aduan dan

akan mencari penyelesaian yang sesuai untuk menambahbaikan produk

tersebut.Selain itu,Usahawan yang proaktif mempunyai sikap positif dalam

10

Page 11: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

merancang dan mengawal tindakan yang dialkukan berdasarkan asas pengetahuan

mereka yang lebih jauh daripada jangkaan untuk menghasilkan produk atau idea.

Contoh usahawan yang proaktif ialah Datuk Wan Mohamad Sani

Salleh.Kejayaan beliau dapat dilihatkan pada masa kini.Sebelum beliau menjalankan

perniagaannya,Beliau adalah seorang model, penyanyi dan pelakon.Beliau

membuat satu keputusan iaitu meninggalkan popularity dalam dunia hiburan dan

melibatkan diridalam dunia perniagaan. Beliau memulakan perniagaannya dengan

membuka bengkel membaiki kenderaan di Kuala Lumpur dan Terengganu. Selepas

itu, beliau mula bergiat aktif dalam bidang pengangkutan. Beliau mengusahakan

perkhidmatan bas yang lebih baik berdasarkan pengalaman silam menaiki pelbagai

jenis bas. Melalui kajian terperici disertakan analisis dan susunan strategi yang

mantap membolehkan penubuhan syarikat Sani United Berhad stabil. Sani United

meningkatkan perkhidmatan dengan menukarkan Bus kepada Dua Deck (double

decker) dengan servis yang lebih baik kepada penumpang. Kini seluruh semenjung

Malyasia boleh mendapatkan perkhidmatan Sani Ekspres kerana berkembangnya

sistem perkhidmatan yang baik.

(Datuk Wan Mohamad Sani Salleh)

6) Berwawasan

Berwawasan bermaksud keupayaan seseorang melihat sesuatu atau situasi

yang orang lain tidak dapat melihat dan menjangka apa yang orang tidak dapat

11

Page 12: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

menjangka .Usahawan berwawasan akan merancanga dan menetapkan matlamat

yang ingin dicapai untuk perniaggan mereka pada masa depan. Wawasan

dibahagikan kepada dua iaitu wawasan berjangka panjang dan pendek .Wawasan

akan membantu usahawan utuk mengelakkan lencongan. Dengan wawasan yang

jelas ,segala tindakan disasarkan untuk perniagaan akan dicapai .

Usahawan yang mempunyai ciri berwawasan ini ialah Dato’Aliff Syukri

Kamaruzaman. Beliau seorang usahawan yang berwawasan tinggi . Ciri wawasan

ini dapat dilihatkan apabila beliau menentapkan visi D’Herbs adalah untuk menjadi

sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihtan

dengan konsep terbuka dan lebih mudah serta ringkas sekaligus mempunyai sistem

yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan kualiti serta harga berpatutan.

Selain itu, beliau juga menetapkan wawasan syarikat sejajar dengan wawasan

kerajaan dengan misi yang telah ditetapkan dalam syarikatnya iaitu membantu

golongan wanita dan lelaki yang mempunyai masalah kesihatan tampil lebih yakin

dan bergaya. Selain itu, beliau berhasrat untuk menghasilkan 500 produk lain y pada

masa yang akan datang sebagai pilihan kepada pengguna.

(Dato’Aliff Syukri Kamaruzaman)

7) Kegagalan adalah satu pilihan

Kegagalan merupakan keadaan dan hal yang tidak mencapai kejayaannya

atau sasarannya. Dengan itu, kegagalan adalah perkataan yang membawa maksud

12

Page 13: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

yang negatif. Namun begitu, untuk menjadi usahawan yang berjaya, kegagalan

adalah satu pilihan dan juga perkara yang tidak dapat dielakkan oleh seseorang

usahawan. Kegagalan juga merupakan satu batu loncatan untuk mencapai

kejayaan. Seseorang usahawanan yang berjaya haruslah mengenalpasti masalah

dan mempelajari pelajaran dari kegagalan untuk terus berkembang maju. Oleh itu,

kegagalan bukan berarti kita gagal, maka ini hanya berarti kita belum berhasil lagi.

Tokoh yang mempunyai ciri kegagalan adalah pilihan untuk berjaya ialah

Nicholas Woodman, penemu kamera GoPro. Beliau lahir dan besar di kawasan di

Silicon Valley, California. Nicholas sejak kecil dikenal sebagai peribadi yang aktif dan

gemar dengan kegiatan luar ruangan. Apabila beliau dewasa dan tamat

pelajarannya dari Universitas California, beliau mula menjalankan perniagaannya.

Beliau memulakan Funbug pada tahun 1999 sebagai platform permainan dan

pemasaran yang memberikan pengguna peluang untuk memenangi wang tunai

sebagai hadiah. Walaupun ramai pelabur yang melabur perniagaannya dengan

hampir $3.9 juta, namun belum genap setahun perniagaannya terpaksa gulung tikar

akibat mengalami banyak kerugian.

Untuk memberi nafas baru, Nicholas telah pergi ke Indonesia dan Australia

selama 5 bulan pada tahun 2001 dan pada masa ini juga merupakan idea GoPro

muncul. Sebagai seorang surfer, Nicholas terfikir untuk mencipta kamera yang

membolehkannya ikat pada pergelangan tangan dan merekod pergerakan, ombak

dan lain lain. Beliau mempunyai sokongan kewangan yang baik daripada

keluarganya untuk menghasilkan kamera ciptaannya. Ibunya melabur $32,000 pada

permulaan sementara ayahnya yang merupakan seorang pegawai bank pelaburan

juga melabur sebanyak $200,000 pada syarikatnya. Pada penghujung tahun

pertama, GoPro telah berjaya menjual keseluruhan kamera dan berjaya mendapat

keuntungan sebanyak $150,000. Dengan itu, Nicholas mengambil rakan sekolejnya

bekerja untuk membantu beliau memasarkan produk itu ke kedai kedai runcit

surfing.

Tidak lama selepas itu, pengguna mendapati kamera video ini bukan saja

boleh digunakan dalam air tapi juga di darat. Ini telah menyebabkan jualan GoPro

13

Page 14: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

meningkat dan ia terutamannya dijual kepada pemain ski dan juga penunggang

basikal.

Selepas itu, penambahbaikan telah dijalankan untuk menjadikan kamera ini

bukan saja mampu mengambil gambar tetapi juga dapat merakam video serta audio.

Ini menyebabkan populariti kamera ini turut meningkat. Dengan ini, jualan pada

tahun tersebut merupakan $800,000 dan jualannya meningkat 4 kali ganda ke $3.4

juta pada tahun berikutnya.

GoPro juga menerima pelaburan luar antara 2010 dan 2012. Antara yang

menjadi perhatian ialah pelaburan sebanyak $200 juta daripada Foxconn pada

Disember 2012. Pelaburan syarikat elektronik China itu telah melonjakkan nilai

syarikat ke $2.25 bilion. Walaubagaimanapun, Nicholas masih memiiki saham

terbesar dalam syarikat dan berjaya disenaraikan dalam senarai Billionaire Forbes.

Kini, GoPro semakin kuat dan sahamnya di pasaran stok bernilai $48 iaitu

dua kali ganda harga IPO. Seri Hero 3 dari GoPro juga membawa kamera ini ke

babak baru. Tambahan pula, perusahaan media raksasa seperti Discovery Channel

hingga dunia kedokteran di Amerika telah menggunakan kamera GoPro untuk

mendokumentasikan kegiatan mereka.Hal ini membuat Nicholas Woodman menjadi

jutawan yang muda dalam versi terbaru majalah Forbes. Ini menunjukkan walaupun

beliau pernah mengalami kegagalan, namun kegagalan itu tidak menakutkan

Nicholas Woodman maka menjadi pengalaman yang berguna untuk menjalankan

perniagaannya pada masa depan.

14

Page 15: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

(Nicholas Woodman)

8) Berorientasikan kepada Hasil

Berorientasikan kepada hasil adalah satu sifat dalam keusahawanan yang

hanya berdasarkan keputusan untuk mencapai matlamat tertentu sama ada

usahawan berjaya atau tidak. Sifat keusahawanan ini adalah berbeza daripada sifat

berorientasikan proses kerana mereka tidak melihat kepentingan proses dan

prestasi. Akhirnya, mereka tidak menang malah kalah dalam tangan pesaing. Dalam

kata lain, usahawan berorientasikan hasil hanya mementingkan kemenangan dalam

persaingan.

Selain itu, motif bagi usahawan yang berorientasikan kepada hasil adalah

keputusan yang mendatangkan keuntungan atau memperoleh hasil yang lumayan.

Usahawan yang berorientasikan kepada hasil akan sentiasa menyediakan

peesekitaran yang selesa kepada pekerja supaya mereka dapat bekerja dengan

baik dan menghasilkan produk yang berkualiti dan cepat. Selain itu, usahawan akan

memberikan hasil kerja yang terbaik kepada pelanggan supaya dapat meningkatkan

kepercayaan pelanggan dan jumlah pelanggan .

Oprah Winfrey lahir pada 29 Januari 1954. Sejak Oprah masih kecil lagi,

beliau telah melalui penderaan fizikal, kesepian dan kesedihan. Walaupun hidupnya

itu dipenuhi dengan ketidaksempurnaan kerana penderaan yang dilaluinya, beliau

tetap tabah menghadapi segala cabaran di dalam hidupnya. Seorang usahawan

wanita yang luar biasa dan mentor kepada wanita-wanita di seluruh dunia dengan

sikap kentalnya dan ketabahan. Oprah ialah seorang pengacara televisyen, pelakon,

penerbit dan dermawan Amerika Syarikat. Beliau paling dikenali dengan rancangan

temu bualnya The Oprah Winfrey Show, yang menjadi program paling tinggi rating

dalam sejarah dari tahun 1986 hingga 2011. Beliau dianggap oleh sesetengah pihak

sebagai wanita paling berpengaruh di dunia.

Pada tahun 1986, Oprah membentuk Harpo (“Oprah” dieja daripada

belakang) Productions Inc. Pada tahun 1988, beliau membeli sebuah studio di

Chicago dan mengambil alih hak milik dan pengeluaran “The Oprah Winfrey Show”.

Langkah ini oleh Oprah Winfrey menjadikan beliau antara wanita ketiga dalam

15

Page 16: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

sejarah selain Mary Pickford dan Lucille Ball untuk memiliki dan menghasilkan acara

televisyen sendiri dan juga merupakan wanita pertama Afrika-Amerika untuk

memiliki syarikat produksi hiburan. Beliau menggunakan kebolehannya mengambil

alih Harpo Production daripada syarikat kecil yang hanya mempunyai 5 orang

pekerja hinggalah hari ini syarikat iru mempunyai sebanyak 430 orang pekerja. Pada

akhir 1990-an, Winfrey $415 juta ceramah empayar telah membuat dia wanita

terkaya di perniagaan acara televisyen dan salah seorang tokoh yang paling

berkuasa dalam industri televisyen. Resepi kejayaan beliau adalah mudah : “Ikut

naluri anda,” kata beliau dalam satu artikel majalah Ladies Home Journal. “That's

where true wisdom manifests itself.”

(Oprah Winfrey)

9) Budaya Terbuka (open culture)

Budaya terbuka adalah konsep yang mana pengetahuan hendaklah disebarkan

secara bebas dan meluas. Penyebaran pengetahuan ini adalah tidak terikat kepada

peraturan yang berkaitan dengan perlindungan undang-undang dan harta intelek

seperti pembangunan, penukaran yang telah sedia ada di atas perkongsian dan

kerjasama. Melalui pengetahuan mengenai budaya terbuka usahawan dapat

memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan oleh

sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan untuk maju dan

mengembangkan perniagaannya sepanjang masa

Budaya terbuka mempengaruhi corak perilaku usahawan ke arah yang lebih baik

dan diterima masyarakat setempat di samping membawa organisasi perniagaannya

ke arah yang maju. Usahawan yang berfikiran matang dan bebas akan sentiasa

terbuka mindanya serta tidak mudah dipengaruhi oleh perkara-perkara yang tidak

sihat kerana usahawan adalah peneraju kejayaan sesebuah perniagaan. Beliau

mampu merebut dan menilai peluang dan menterjemah strategi dan usaha

perniagaan untuk faedah ekonomi dan keuntungan.

Usahawan yang mempunyai sifat budaya terbuka sanggup menerima teguran

daripada pihak lain, mudah diajak dalam segala masalah, bersedia berkongsi

maklumat berkaitan tugas serta bersedia untuk mendengar dan menerima pendapat

16

Page 17: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

daripada mana-mana individu samaada daripada pekerja yang berjawatan tinggi

ataupun pekerja bawahan atau pekerja lebih muda juga harus diambil kira dalam

membuat sesuatu keputusan.

Tan Sri Dato' Loh Boon Siew iaitu Pengasas Boon Siew Honda telah memaparkan

sifat budaya terbuka. Datuk Loh membawa masuk motorsikal Honda ke Malaysia

dari Jepun. Datuk Loh telah melakukan kajian pasaran berkaitan gaya hidup dan

perbezaan budaya di negara Malaysia. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957,

trend sosial rakyat pada ketika itu mula berubah. Rakyat Malaysia mula mengenali

motorsikal yang dibawa masuk oleh penjajah sebelum kemerdekaan. Namun rakyat

Malaysia yang tubuh badan bersaiz kecil tidak bersesuaian dengan motosikal

bersaiz besar yang dibawa masuk jenama Norton.

Pada tahun 1958. Datuk Loh telah melancong ke Jepun Pada ketika itu, Datuk

Loh ternampak sebuah motorsikal Honda‘cub’ yang bersaiz kecil dan ringan adalah

lebih sesuai dengan masyarakat Malaysia. Datuk Loh mengenalpasti peluang

perniagaan yang baru ini dengan menjual motorsikal Honda ‘cub’ di Malaysia. Datuk

Loh juga percaya bahawa mesin berkos rendah, amat berkesan akan mendapat

pasaran yang meluas jika dibawa ke Malaysia. Oleh itu, Datuk Loh mengatur

perjumpaan dengan Mr. Soichiro Honda, pencipta motosikal Honda , bagi mendapat

subsidiari Honda di Malaysia dan juga berjaya mempengaruhi pengeluar motorsikal

terbabit iaitu Honda Motor Japan Limited untuk melantik Datuk Loh sebagai

pengedar tunggal motorsikal

Menjelang tahun 1963, Honda Cub menjadi motosikal paling diminati di

Malaysia. Tan Sri Dato Loh Boon Siew sebagai orang pertama membawa masuk

motosikal Honda Cub ke Asia Tenggara. Kejayaan ini membuktikan bahawa Datuk

Loh sangat berfikiran terbuka dan kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga

dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus

meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10

tokoh usahawan terkemuka di Malaysia.

17

Page 18: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

(Tan Sri Dato' Loh Boon Siew)

B. Tokoh yang mempunyai ciri-ciri usahawan berjaya iaitu Datuk Wira Dr. Maznah Hamid

Pendahuluan

Di Malaysia, sudah terdapat ramai usahawan yang telah menempa kejayaan

dalam bidang yang diceburi bahkan ada yang telah sampai ke peringkat

antarabangsa. Antaranya ialah Dato’ Siti Nurhaliza dengan produk kecantikan

jenama sendiri, pereka kasut terkemuka Dato Jimmy Choo, Dato’ Yusuf Haslam

dalam industri hiburan dan ramai lagi usahawan kebanggaan Malaysia.

Usahawan yang ingin kami ketengahkan kali ini ialah Datuk Wira Dr. Maznah

Hamid. Beliau merupakan anak kelahiran Kedah yang lahir pada 18 April 1955.

Beliau merupakan seorang wanita berkeluarga dan hasil perkahwinannya bersama

Haji Shaheen Mirza Habib, mereka telah dikurniakan lima orang cahaya mata.

Secara ringkas mengenai sejarah kehidupan beliau, Dr Maznah Hamid mendapat

pendidikan awal di SK Ayer Hitam, Kedah dan seterusnya menyambung zaman

sekolahnya di SM Ayer Hitam. Setelah tamat zaman persekolahan, beliau

melanjutkan pelajaran dalam bidang linguistik di Pusat Bahasa, CML. Beliau tidak

mengehadkan pendidikan dan sentiasa memperluaskan ilmu pengetahuan sehingga

berjaya menggenggam Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang

18

Page 19: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Keusahawanan Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State

University of New York.

Datuk Wira Dr Maznah Hamid juga merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan

Securiforce yang dibangunkan dengan hasil keringat beliau sendiri. Beliau telah

bertungkus lumus untuk membawa nama Securiforce sebagai sebuah syarikat

kawalan keselamatan yang dahulunya tidak dikenali dan kini menjadi antara syarikat

yang terbesar di Malaysia menyaingi lebih 400 syarikat lain. Kini beliau boleh

berbangga dengan kejayaan membangunkan 65 buah cawangan dan sedang

menempa nama di pasaran antarabangsa. Dr Maznah Hamid merupakan seorang

usahawan yang mempunyai pakej ciri-ciri keusahawanan yang cukup lengkap.

5 ciri-ciri keusahawanan

i. Pemerhati (observant)

Antara ciri yang dimiliki beliau ialah Dr Maznah Hamid merupakan seorang yang

pemerhati(observant). Hal ini kerana sejak awal penubukan Securiforce, beliau telah

aktif mengenalpasti dan meyesuaikan diri dalam situasi yang bakal ditempuhi. Dr

Maznah pernah menceritakan pengalaman beliau sebelum menubuhkan

Securiforce, beliau telah berkerja sebagai juru bahasa persendirian di syarikat-

syarikat multinasional dan sering berkunjung ke kediaman orang-orang kenamaan.

Dari sini bermulanya idea beliau untuk membuka syarikat membekalkan kawalan

keselamatan kerana beliau dapati setiap rumah golongan atasan mempunyai

pengawl keselamatan dan pengawal peribadi. Perkara tersebut membuatkan beliau

merasakan golongan kenamaan tersebut ialah golongan sasar yang pasti

mendapatkan perkhidmatan sedemikian.

Seterusnya, sikap pemerhati dalam diri beliau sekali lagi ditojolkan apabila

beliau melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa. Oleh kerana beliau dapati

syarikat luar negara pasti akan mendapatkan khidmat pengwal keselamatan dari

kalangan mereka, maka Dr maznah memperkenalkan Securiforce Logistik yakni

19

Page 20: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

agen penghantaran darat, laut dan udara yang memiliki cawangan di Singapura,

Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Jelaslah bahawa beliau berjaya menilai

keperluan di sesuatu tempat dan berjaya memenuhi permintaan tersebut

ii. Kegagalan sebagai satu pilihan

Ramai yang tidak mengetahui bahawa terlalu banyak dugaan yang perlu dilalui

oleh Datuk Dr Maznah Hamid dalam memajukan perniagaanya. Dr Mznah

dibesarkan dalam keadaan miskin oleh neneknya dan perkara tersebut menjadi

pembakar semangatnya untuk terus berjaya. Pada awal permulaan perniagaanya,

dia hanya mempunyai wang simpanan sebanyak RM 5000 memandangkan beliau

gagal mendapatkan pinjaman bank, wang itulah yang digunakan untuk memulakan

perniagaan. Beliau dan suami telah mengambil alih sebuah syarikat keselamatan

dan menamakannya Securiforce Sdn Bhd. Pada awal penubuhan syarikat tersebut,

beliau hanya mempunyai lima orang pelanggan. Demi meneruskan juga perniagaan

tersebut beliau telah menjual kediamannya dan menetap di kawasan setinggan

bersama suaminya. Bagi beliau, kepayahan dalam kehidupan itulah merupakan

pendidik paling berkesan kerana beliau bermula dari bawah jadi keperitan itu

merupakan lumrah perniagaan.

Dr Maznah juga menyatakan bahawa beliau sendiri pernah menjadi pengawal

keselamatan di sebuah pasar raya bagi menggantikan pekerjanya yang bercuti.

Manakala suaminya pula melakukan tugas rondaan keselamatan di rumah orang

kenamaan. Bagi beliau, kepayahan dan pengalaman berada di ambang kegagalan

tersebut yang akhirnya menyebabkan pihaknya kini berjaya menyediakan sistem

keselamatan yang canggih dan menyeluruh.

Kini Securiforce mempunyai 65 cawangan seluruh negara dengan 5000

kakkitangan dan telah menembusi lebih 10 buah negara.

iii. Proaktif

Proaktif sering dikaitkan dengan tindakan mengealpasti dan mengambil peluang

yang ada. Datuk Dr Maznah Hamid dilihat aktif memngun dan mengembangkan

20

Page 21: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

perniagaanya walaupun menghadapai kesulitan terutama untuk mendapatkan

kepercayaan pelanggan memendangkan beliau seorang wanita tetapi

mnegusahakan perkhidmatan kawalan keselamatan.

Bermula dengan hanya membekalkan pengawal keselamatan di bawah syarikat

Securiforce di dalam negara, kini beliau telah membuka cawangan di luar negara

seperti di Singapura, China, Korea dan Jerman. Tambahan pula kini syarikat

Securiforce telah mempelbagaikan perkhidmatan mereka dengan memperkenalkan

Securiforce Logistics Sdn Bhd dan Securiforce Transport Sdn Bhd. Hal ini kerana

beliau melihat keperluan perkhidmatan Kargo melalui udara, laut dan darat jadi

beliau menubuhkan Securiforce Logistic. Bagi memenuhi permintaan dari pihak bank

misalnya, Securiforce Transport menawarkan perkidmatan pemasangan CCTV, van

kalis peluru, electronic card access system dan sebagainya.

iv. Jaringan (networked)

Walaupun telah dikenali dalam dunia keusahwanan, namun Datuk Dr Maznah

Hamid amat mementingkan jaringan dalam kehidupan sosialnya dan perniagaanya.

Beliau bergiat aktif dalam parti politik sejak 1998 dan antara jawatan yang dipegang

beliau ialah merupakan Ketua Wanita UMNO Cawangan Ayer Hitam. Beliau juga

pernah menjadi Pengerusi Biro Pembangunan Usahawan Pergerakan Wanita

UMNO Negeri Kedah. Justeru, beliau amat dikenali dalam parti politik dan dihormati

kerana pencapaian yang membanggakan. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa Dr

Maznah membina rangkaian secara berterusan tanpa mengira siapa dan di mana.

Selain melalui parti politik, kemunculan beliau dalam media elektronik yakni radio

dan televisyen juga meningkatkan populariti beliau sebagai seorang tokoh usahawan

yang disegani. Apabila seseorang usahawan itu dikenali, dari sini sebenarnya

bermula kepercayaan masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatannya.

v. Berani mengabil risiko

21

Page 22: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Dato’ Wira Dr Maznah Hamid disegani bukan sahaja kerana berjaya

membangunkan Securiforce sehingga ke pasaran antarabangsa tetapi juga kerana

beliau seorang wanita yang berani mengambil risiko menceburi bidang yang

melibatkan keselamatan. Secara logiknya perkidmatan kawalan keselamatan

dimonopoli oleh kaum lelaki tapi ini tidak menghalang beliau untuk meneruskan

impiannya. Kini beliau merupakan pengurus yang mengetuai pekerja yang

majoritinya adalah lelaki dan dikelilingi ratusan senjata api dan kenderaan

keselamatan kalis peluru.

Terbaru, beliau telah menceburkan diri dalam bidang hartanah yang dilihat agak

berisiko. Namun beliau telah membukikan kejayaan dalam bidang tersebut melalui

anak syarikatya, Danau Lumayan Sdn Bhd yang merupakan pemaju hartanah yang

aktif membangun di Bandar Tun Razak, Cheras. Risiko terbesar yang diambil beliau

ialah menubuhkan Danau Lumayan tanpa sebarang bantuan pihak bank dan kini

Danau Lumayan telah berjaya dalam projek membina 3,500 unit rumah kedai dan

900 unit kondominium di Bandar Tun Razak. Perkara ini bukan sahaja membuktikan

kejayaan beliau dalam bidang selain perkhidmatan kawalan keselamatan tetapi

membuktikan bahawa keberanian mengambil risiko adalah salah satu kunci bagi

kejayaan.

Konklusi

Secara kesimpulannya, diharapkan semua kejayaan yang dikecapi wanita

bernama Dato’ Wira Dr Maznah Hamid ini dapat dijadikan pemangkin dan inspirasi

bagi usahawan yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan atau apa sekali

bidang. Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah kebesaran persekutuan dan

negeri seperi Ahli Mahkota Kedah(AMK) pada tahun 1991, Dato’ Setia Diraja

Kedah(DSDK) pada tahun 2001 dan Jaksa Pendamai pada tahun 2008. beliau juga

telah mendapat gelaran ‘iron lady’ kerana semua kejayaan yang berjaya diraih beliau

dehingga membawa jenama wanita Malaysia ke peringkat antarabangsa.

22

Page 23: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

(Datuk Wira Dr. Maznah)

PENUTUP

Konklusinya, kita sedia maklum bahawa dunia perniagaan pada hari ini

menjadi semakin kompleks dan mencabar terutamanya dengan ekonomi negara

yang tidak menentu. Bagi memastikan perniagaan yang diusahakan mengecapi

kejayaan, para usahawan perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan

maklumat-maklumat perniagaan. Selain itu, usahawan boleh mencontohi tokoh-

tokoh usahawan yang berjaya dengan mengaplikasi ciri-ciri tokoh usahawan dalam

kehidupannya kerana usahawan dapat dibentuk melalui proses pembelajaran dan

latihan berdasarkan modul yang teratur. Usahawan yang berjaya sering mengambil

iktibar dari kesilapan diri sendiri dan orang lain untuk dijadikan sebagai panduan

dalam perniagaan mereka.

Adalah diharapkan agar para usahawan atau bakal usahawan di Malaysia

menjadikan tokoh-tokoh usahawan berjaya sebagai idola dan pembakar semangat

23

Page 24: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

untuk terus mengembangkan perniagaan. Perkara yang menyedihkan hari ini adalah

apabila banyak usahawan muda yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan

akhirnya tewas kerana kurangnya ilmu dan strategi perniagaan.

RUJUKAN

Janet Lowe.1998.Oprah Winfrey Speaks. Canada : John Wiley & Sons, Inc

Ab. Aziz Yusof. 2000.Usahawan dan Keusahawanan Satu Penilaian. Selangor :

Prentice Hall Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Ab. Aziz Yusof. 2013. Usahawan Cemerlang. Kuala Lumpur : Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd.

http://keusahawanant.blogspot.my/2015/10/budaya-terbuka-open-culture.html

https://allaboutentreprenuers.wordpress.com/2015/11/15/9-ciri-ciri-keusahawanan/

How ah foon . (2016) http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/08/14/boon-

siews-legacy-lives-on-more-than-two-decades-after-his-passing-the-word-and-

business-philosophy/

24

Page 25: kenaliusahawanberjaya.files.wordpress.com€¦ · Web viewPerkataan usahawan dalam bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang bermaksud

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN

http://www.hongkiat.com/blog/fail-to-succeed-billionaires/

http://www.inc.com/nick-woodman/inc-live-gopro-dont-take-logical-path.html

http://www.thevocket.com/bagaimana-founder-gopro-nicholas-woodman-menjadi-

billionaire/

Raja Maimon Raja Yusof . 2002. Ciri-ciri keusahawanan dan amalan pengurusan di

kalangan pengurus koperasi di Malaysia. Petaling Jaya : Kerjasama Malaysia

Maznah hamid. (2002). Motivasi memburu kejayaan, kebahagiaan, kekayaan Kuala

Lumpur. Maznah Motivational Centre

https://www.maxmanroe.com/nicholas-woodman-kisah-sukses-founder-brand-

kamera-fenomenal-gopro.html

http://meyentrepreneurshipwork.blogspot.my/

http://asas16.blogspot.my/2016/05/normal-0-false-false-false-en-us-ja-x_81.html

Kisah kejayaan Ikon Business Malaysia – Datuk Maznah Hamid

file:///C:/Users/Aima/Documents/entrepreneur/Kisah%20Kejayaan%20Ikon

%20Business%20Malaysia%20-%20Datuk%20Maznah%20Hamid%20_%20Matrik

%20Utama%20Sdn%20Bhd.html

http://kumpulanabsade1013.blogspot.my/2015/10/ciri-ciri-usahawan-yang-

berjaya.html

http://studentscorner96.wixsite.com/asaskeusahawananuum/single-post/

2015/11/11/20-Ciriciri-utama-untuk-menjadi-usahawan,11

25