perancangan kewangan

3
Perancangan seumur hidup merupakan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka masa panjang yang perlu dilakukan oleh setiap individu. Perancangan seumur hidup sangat penting untuk memastikan hala tuju hidup lebih terjamin pada masa hadapan. Perancangan ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap. Antara matlamat perancangan seumur hidup ini adalah untuk memastikan wasiat dapat dijalankan seperti yang telah diamanahkan. Selain itu ia juga bertujuan untuk memastikan kita mempunyai sumber kewangan sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan, pada masa yang sama orang yang bertanggungjawab mempunyai akses yang cukup kepada penjagaan kesihatan tanpa mengganggu sumber kewangan. Tahap 1 (5-23 tahun), Dalam lingkungan umur 5 hingga 23 tahun, fokus lebih kepada penetapan matlamat diri. Pada tahap penetapan matlamat diri ini, individu akan mula memikirkan tentang cita-cita dan idola dalam kerjaya dan perancangan kerjaya pada masa hadapan. Tahap 2 (24-55 tahun), Di tahap kedua ini, fokus adalah untuk merancang waktu bekerja dan kemahiran menguruskan kewangan di samping proses penyekolahan anak-anak sehingga ke tahap tertinggi. Pada waktu ini pengumpulan aset seperti rumah, tanah dan kereta perlu diambil serius kerana ia merupakan tangan dan kaki untuk pergi ke peringkat yang lebih tinggi. Tidak lupa, perancangan masa depan mula dijalankan dengan mengambil insurans-insurans tertentu serta melakukan simpanan dan pelaburan untuk jangka masa yang panjang. Tahap ini boleh dikira sebagai tahap

Upload: luis-garcia

Post on 03-Oct-2015

45 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Perancangan seumur hidup merupakan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka masa panjang yang perlu dilakukan oleh setiap individu. Perancangan seumur hidup sangat penting untuk memastikan hala tuju hidup lebih terjamin pada masa hadapan. Perancangan ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap. Antara matlamat perancangan seumur hidup ini adalah untuk memastikan wasiat dapat dijalankan seperti yang telah diamanahkan. Selain itu ia juga bertujuan untuk memastikan kita mempunyai sumber kewangan sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan, pada masa yang sama orang yang bertanggungjawab mempunyai akses yang cukup kepada penjagaan kesihatan tanpa mengganggu sumber kewangan.Tahap 1 (5-23 tahun),Dalam lingkungan umur 5 hingga 23 tahun, fokus lebih kepada penetapan matlamat diri. Pada tahap penetapan matlamat diri ini, individu akan mula memikirkan tentang cita-cita dan idola dalam kerjaya dan perancangan kerjaya pada masa hadapan. Tahap 2 (24-55 tahun),Di tahap kedua ini, fokus adalah untuk merancang waktu bekerja dan kemahiran menguruskan kewangan di samping proses penyekolahan anak-anak sehingga ke tahap tertinggi. Pada waktu ini pengumpulan aset seperti rumah, tanah dan kereta perlu diambil serius kerana ia merupakan tangan dan kaki untuk pergi ke peringkat yang lebih tinggi. Tidak lupa, perancangan masa depan mula dijalankan dengan mengambil insurans-insurans tertentu serta melakukan simpanan dan pelaburan untuk jangka masa yang panjang. Tahap ini boleh dikira sebagai tahap kegemilangan seseorang individu. Namun pada akhir tahap ini, individu perlu memikirkan tentang wasiat sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan.Tahap 3 (55tahun - meninggal dunia)Pada tahap ini, kebanyakan individu yang bekerja dalam sektor awam dan swasta telah pun bersara, namun ia bergantung pada diri sendiri sama ada ingin meneruskan dengan mengambil kerja sambilan atau tidak. Ketika ini, kehidupan yang tenang dan lebih bermakna merupakan idaman setiap individu dengan menumpukan kepada hobi masing-masing.

(300 patah perkataan)RUJUKAN :AKPK. (2012). Keperluan Pengurusan Kewangan. http://www.akpk.org.my/happenings/news/press-release/id/366/keperluan-pengurusan-kewangan. dicapai pada 7 Mac 2015.Don Chorleone. (2014). Perancangan hidup. http://jokerockide.blogspot.com/2014/12/perancangan-hidup.html. Di capai pada 7 Mac 2015Mohd. Mahyuddin Bin Ismail. (2004). Persepsi Mahasiswa Terhadap Pengurusan Kewangan. Tesis Ijazah Tidak Diterbitkan, University Teknologi Malaysia, Shah Alam, Selangor.Sholina Osman. (2011, Februari 1). Hidup Perlu Perancangan. Utusan Online, Pp. 1, 6-8.