topik 9 perancangan kewangan peribadi dan usahawan.pdf

23

Click here to load reader

Upload: norbaizura-md-isa

Post on 06-Sep-2015

94 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

  • r

    PENGENALAN

    Bila kita merancang dengan baik, kita sudah sampai separuh jalan dalam mengejar kejayaan. Prinsip ini adalah relevan kepada usahawan dalam merancang kewangan peribadi. Sebagai seorang usahawan, anda mempunyai pilihan sama ada untuk membuat perancangan kewangan peribadi ataupun tidak. Jika anda membuat perancangan ini dan anda lakukannya dengan betul, ia akan memanfaatkan keadaan kewangan anda. Topik ini akan memberikan anda

    TTooppiikk

    99 Perancangan

    Kewangan Peribadi dan Usahawan

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan makna perancangan kewangan;

    2. Menjelaskan kepentingan mempunyai matlamat kewangan peribadidalam membuat perancangan kewangan;

    3. Mengira nilai bersih (net worth) individu yang berkaitan dengankunci kira-kira peribadi (personal balance sheet);

    4. Menyediakan bajet untuk perancangan kewangan peribadi dankenyataan aliran tunai (cash flow statement) untuk memantau alirantunai;

    5. Mengenal pasti tanda-tanda seseorang individu itu sedangmenghadapi masalah kewangan; dan

    6. Menghuraikan apa yang boleh dilakukan untuk menghindari ataumenyelesaikan masalah kewangan.

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 122

    pengetahuan asas tentang perancangan kewangan peribadi dan perkara lain yang berkaitan dengannya. Mari kita lihat bersama.

    PERLUNYA PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI

    Pada fikiran anda, kenapakah kita memerlukan perancangan kewangan? Jawapannya adalah perancangan kewangan mempunyai pengaruh ke atas masa hadapan, cita-cita dan matlamat kita. Ia akan menentukan sama ada kita boleh merealisasikan apa yang kita ingin capai dalam kehidupan kita contohnya berkahwin, membeli sebuah kereta atau rumah, menimang anak dan merancang pendidikan mereka. Anda memerlukan perancangan kewangan yang betul untuk mencapai cita-cita dan matlamat hidup anda. Ini melibatkan bagaimana anda membuat bajet, menyimpan dan membelanjakan wang dari masa ke semasa. Mengikut Persatuan Perancangan Kewangan, perancangan kewangan adalah proses jangka panjang yang memerlukan anda untuk menguruskan kewangan anda dengan bijak agar dapat mencapai matlamat dan cita-cita anda dan pada masa yang sama, menangani masalah kewangan yang biasa dihadapi di setiap peringkat hidup. Perlu diingati bahawa perancangan kewangan adalah sebuah proses dan bukannya sebuah produk.

    9.1.1 Langkah-langkah dalam Perancangan Kewangan

    Tahukah anda langkah-langkah yang perlu diambil untuk membuat perancangan kewangan yang kukuh? Rajah 9.1 menunjukkan lima langkah dalam perancangan kewangan.

    Rajah 9.1: Lima langkah dalam perancangan kewangan

    Kita akan membincang langkah-langkah ini dengan lebih lanjut dalam topik ini.

    9.1

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 123

    9.1.2 Faedah Perancangan Kewangan

    Kebanyakan kita memikirkan bahawa perancangan kewangan adalah leceh dan menghindarkan kita daripada melakukan perkara-perkara lain yang lebih menyeronokkan. Jika anda hidup mengikut bajet, anda perlu menghentikan aktiviti-aktiviti yang membawa keseronokan kepada anda, bukankah begitu? Cubalah anda berfikir sejenak, jika anda biasa menjimatkan wang anda, akan ada wang lebih untuk menghiburkan diri bersama kawan-kawan. Mungkin anda memerlukan bantuan untuk mengambil langkah yang pertama. Jika anda mempunyai tabiat perancangan kewangan yang baik, anda pasti akan mempunyai wang yang cukup untuk mengecapi keseronokan yang lebih di masa hadapan! Jika anda mempunyai waktu serta pengetahuan dan jika situasi kewangan anda tidak terlalu rumit, mungkin anda boleh membuat perancangan kewangan anda dengan sendiri. Dengan perancangan kewangan anda sendiri, anda akan:

    (a) Mempunyai lebih kuasa dalam hal kewangan anda dan boleh mengelakkan daripada berbelanja terlalu banyak, mempunyai hutang yang tidak terkawal, bangkrap atau bergantung kepada orang lain;

    (b) Mempunyai hubungan yang lebih baik dengan orang di sekeliling anda contohnya keluarga, kawan dan rakan sekerja kerana anda gembira dengan kehidupan anda dan tidak meminjam duit sana-sini untuk meneruskan kehidupan atau mengharapkan orang lain untuk memberikan anda wang;

    (c) Bebas daripada kebimbangan tentang duit kerana anda sudah pun merancang untuk masa hadapan, menganggarkan perbelanjaan anda dan mencapai matlamat hidup anda; dan

    (d) Lebih efektif dalam memperoleh, menggunakan dan melindungi sumber kewangan anda sepanjang hidup anda, bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang yang disayangi.

    1. Apa yang anda faham tentang perancangan kewangan peribadi?

    2. Pada fikiran anda, apakah hubungan antara matlamat kewangan peribadi dan peringkat-peringkat hidup seorang individu?

    3. Adakah anda faham mengapa ia penting untuk menilai kedudukankewangan anda sebelum menetapkan matlamat kewangan anda?

    SEMAK KENDIRI 9.1

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 124

    Dalam erti kata lain, apabila anda mempunyai pelan kewangan peribadi yang baik, anda akan lebih berpengetahuan tentang keperluan masa hadapan anda dan sumber yang anda miliki. Anda akan berasa tenang kerana tahu keadaan kewangan anda berada dalam kawalan.

    9.1.3 Peringkat Kehidupan dan Matlamat Kewangan

    Sebagai seorang dewasa, anda akan melalui pelbagai peringkat kehidupan, dari memulakan kerjaya sehingga bersara, dari zaman bujang sehingga berkahwin, mempunyai anak dan kadangkala membujang sekali lagi. Dalam pelbagai fasa ini, anda akan mempunyai keutamaan, tanggungjawab dan matlamat kewangan yang berbeza-beza. Setiap peringkat kehidupan anda mengemukakan peluang pelaburan dan cabaran yang berlainan. Disiplin dan ketabahan berperanan penting dalam pelaksanaan strategi kewangan yang boleh dipercayai. Sambil kehidupan anda berubah, demikian juga keperluan dan matlamat anda. Perancangan kewangan yang mantap akan membolehkan anda bersedia untuk menangani cabaran dan perubahan dengan jayanya. Apabila anda berusia dalam lingkungan 20-an, anda akan melihat wang dan membelanjakannya secara berbeza berbanding dengan apabila anda berusia dalam lingkungan 50-an. Sebagai contoh, semasa bujang, anda mungkin ingin memiliki wang yang cukup untuk membuat bayaran muka sebuah kereta atau bercuti bersama kawan-kawan. Selepas berkahwin, anda mungkin mahu membeli sebuah rumah. Selepas itu, apabila anda mempunyai beberapa orang anak, anda mungkin mahu merancang pendidikan mereka, malah juga memulakan dana persaraan untuk diri sendiri. Memandangkan keperluan anda berubah dari semasa ke semasa, keutamaan kewangan anda akan juga berubah untuk memenuhi keperluan pada waktu yang berlainan dalam hidup anda. Maka, apa yang anda lakukan dengan wang anda sambil menempuh kehidupan dewasa bergantung pada matlamat kewangan anda. Dalam bahagian yang seterusnya, kita akan melihat bagaimana anda mampu mencapai matlamat kewangan anda. Walau bagaimanapun, adalah baik untuk ditekankan di sini bahawa untuk mencapai matlamat kewangan, anda perlu menabung!

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 125

    KUASA WANG

    Adakah anda masih ingat apa yang dipelajari dalam subtopik sebelumnya? Kita sudahpun membincangkan mengapa perancangan kewangan peribadi diperlukan. Wang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita kerana ia membantu kita mencapai pelbagai perkara. Pernahkah anda dengar petikan berikut?

    Adalah penting bagi kita untuk memahami peranan wang dari aspek membolehkan kita berjaya dari segi kewangan. Pengetahuan kewangan adalah penting kerana ia membolehkan kita membuat keputusan yang baik tentang wang kita. Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan bagaimana untuk menetapkan matlamat serta apakah matlamat penting menyimpan wang untuk kecemasan serta aset dan liabiliti: apa yang anda miliki dan hutang. Di samping itu, kita juga akan melihat nilai bersih anda dan bagaimana untuk menghitungnya.

    9.2.1 Bagaimana Menetapkan Matlamat Anda

    Tahukah anda bahawa menetapkan matlamat akan membolehkan anda menguasai wang dan hidup anda? Ia adalah langkah pertama dalam mengatur kewangan anda. Matlamat anda boleh merupakan matlamat jangka pendek atau panjang, kecil atau besar, tetapi ia mesti merupakan matlamat yang boleh dicapai. Bila menetapkan matlamat kewangan, anda perlu mengatur keutamaan anda kerana tanpa mengetahuinya adalah susah untuk membentuk matlamat

    9.2

    1. Berikan definisi perancangan kewangan.

    2. Jelaskan tiga manfaat perancangan kewangan.

    3. Pada fikiran anda, adakah matlamat kewangan peribadi berubah mengikut peringkat hidup seseorang?

    SEMAK KENDIRI 9.2

    Money is power, freedom, a cushion, the root of all evil, the sum of blessings. (Wang adalah kuasa, kebebasan, pelindung, akar segala kejahatan, rumusan segala rahmat).

    Carl Sandburg

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 126

    kewangan yang memuaskan. Akan lebih senang untuk anda menetapkan matlamat kewangan bila anda faham apa yang menjadi keutamaan bagi diri anda. Bagaimanakah anda menetapkan matlamat anda? Cara terbaik adalah untuk menulis matlamat kewangan anda. Hanya memikirkan tentangnya tidak mencukupi. Anda akan melupakan matlamat yang telah anda tetapkan atau tanpa disedari menukarkannya dalam fikiran anda. Menulis matlamat kewangan akan menambahkan peluang anda untuk mencapainya. Tulis matlamat kewangan anda dengan cara yang paling spesifik yang mungkin. Apakah gunanya menulis Matlamat saya adalah untuk mempunyai duit yang banyak dalam bank? Apakah erti duit yang banyak? Adakah ia RM50,000, RM500,000 atau RM5,000,000? Tulis matlamat anda dengan spesifik dan dalam bentuk yang boleh diukur. Pecahkan matlamat anda kepada jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Contoh: (a) MMatlamat Jangka Pendek (kurang daripada setahun)

    (i) Menyimpan RM5,000 dalam enam bulan. (ii) Membayar deposit untuk sebuah kereta baharu.

    (b) MMatlamat Jangka Sederhana (satu hingga tiga tahun)

    (i) Membayar deposit RM20,000 untuk rumah pertama. (c) MMatlamat Jangka Panjang (lebih daripada tiga tahun)

    (i) Menyimpan RM100,000 dalam lima tahun untuk akaun persaraan. Anda boleh menggunakan Jadual 9.1 untuk menulis matlamat kewangan anda.

    Jadual 9.1: Matlamat Kewangan

    Matlamat Kewangan Saya

    Jangka Pendek Jangka Sederhana Jangka Panjang

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 127

    9.2.2 Matlamat Penting Simpan Wang untuk Kecemasan

    Apakah yang akan berlaku jika tiba-tiba anda tidak mampu membayar yuran pendidikan anda? Adakah anda akan mengorbankan impian anda untuk menggenggam segulung ijazah atau adakah anda akan menggunakan suatu pelan kecemasan? Dalam kehidupan ini, banyak ketidakpastian yang mungkin anda hadapi. Dari kerosakan kecil pada kenderaan anda kepada kematian ketua keluarga, malang memang tidak berbau. Kejadian yang tidak disangka-sangka, sama ada malapetaka atau kemalangan, boleh berlaku kepada anda atau ahli keluarga anda. Dalam kebanyakan situasi, wang akan diperlukan. Adalah sangat penting untuk anda bersedia dengan alat dan pengetahuan yang betul untuk situasi yang memerlukan anda untuk berfikir pantas dan menangani masalah yang lazimnya anda tidak akan hadapi. Dana kecemasan adalah salah satu alat yang boleh anda gunakan. Bila anda menyenaraikan matlamat kewangan anda, menyimpan untuk dana kecemasan patut dimasukkan sekali. Sebagai panduan am, simpan wang dalam dana kecemasan anda untuk perbelanjaan kehidupan yang asas untuk sekurang-kurangnya enam bulan. Paling bagus adalah menyimpan wang untuk 12 bulan. Contohnya, jika anda memerlukan lebih kurang RM1,500 sebulan untuk perbelanjaan hidup anda, termasuk bayaran tetap seperti pinjaman perumahan atau sewa dan premium insurans serta bil elektrik dan air, anda harus mempunyai sekurang-kurangnya RM9,000 dalam dana kecemasan anda (RM1,500 x 6 bulan). Jika boleh, simpan RM18,000 dalam dana tersebut (RM1,500 z 12 bulan). Mungkin susah untuk menyimpan wang yang sebegitu banyak bila anda mula bekerja tetapi anda boleh membina simpanan tersebut sedikit demi sedikit. Anda perlu ingat untuk menyimpan wang bagi dana kecemasan ini.

    9.2.3 Aset dan Liabiliti: Apa yang Anda Miliki dan Hutang

    Dalam perancangan kewangan, anda perlu menilai di mana anda berada sekarang dari segi kewangan iaitu apa yang anda miliki dan apa yang anda hutang, berapa wang yang anda ada dan berapa wang yang tinggal selepas anda membuat pelbagai bayaran.

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 128

    Bila membuat hitungan ini, dua jenis penyata kewangan peribadi adalah berguna:

    (i) Kunci kira-kira; dan

    (ii) Penyata aliran tunai (dibincangkan dalam bahagian Asas Membuat Bajet dalam topik ini).

    Penyata ini akan membantu anda untuk:

    (a) Menyediakan maklumat tentang keadaan kewangan anda dan ringkasan pendapatan dan perbelanjaan anda;

    (b) Mengukur prestasi anda dalam mencapai matlamat kewangan anda dalam bentuk jangka pendek, sederhana dan panjang;

    (c) Menyimpan maklumat tentang aktiviti kewangan anda seperti pelaburan dan corak perbelanjaan; dan

    (d) Menyediakan maklumat yang boleh digunakan untuk mengisi borang cukai atau permohonan pinjaman bank.

    Tahukah anda apa itu kunci kira-kira peribadi? Mari kita lihat definisinya:

    Kunci kira-kira anda melaporkan apa yang anda miliki dan apa yang anda hutang:

    (i) AApa yang anda miliki (aset) Contohnya wang tunai, simpanan, hartanah, amanah saham atau saham syarikat.

    (ii) AApa yang anda hutang (liabiliti) Contohnya semua jenis pinjaman, sama ada pinjaman bank, keluarga atau kawan, serta hutang kad kredit dan bayaran yang perlu dibuat seperti untuk sewa rumah dan bil utiliti.

    Contoh kunci kira-kira peribadi diberikan di dalam Jadual 9.2. Anda boleh gunakannya sebagai asas untuk menyediakan satu untuk diri anda. Kunci kira-kira peribadi ini mempunyai nilai bersih positif kerana nilai jumlah aset lebih tinggi daripada nilai jumlah liabiliti.

    Kunci kira-kira peribadi adalah kad skor kewangan anda, yang boleh anda gunakan untuk menilai kedudukan kewangan anda dari semasa ke semasa. Anda boleh merujuknya dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan wang.

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 129

    Jadual 9.2: Kunci Kira-kira Peribadi

    Butir Aset RM Liabiliti

    RM

    Akaun Bank

    Akaun simpanan 5,237

    Akaun semasa 3,532

    Akaun deposit tetap 25,835

    Tunai 1,235 Harta

    Pangsapuri 250,000

    Rumah

    Tanah

    Barang kemas 7,695

    Kereta 60,000

    Pelaburan

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 55,267

    Amanah saham 15,982

    Saham Pinjaman Bank

    Kad kredit

    Pinjaman pelajaran

    Pinjaman dari keluarga dan kawan

    Sewa beli perabot dan perkakas elektrik Jumlah 4424,783 254,292 Nilai Bersih 1170,491

    9.2.4 Mengetahui Nilai Bersih Anda

    Nilai bersih anda adalah jumlah aset tolak jumlah liabiliti anda. Anda akan mempunyai nilai bersih positif jika milik anda lebih daripada hutang anda. Bila ini berlaku, tahniah! Ini bermakna anda mempunyai kedudukan kewangan yang sihat.

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 130

    Namun demikian, mempunyai nilai bersih yang tinggi tidak menjamin anda tidak akan mempunyai masalah kewangan sampai bila-bila. Anda boleh memiliki nilai bersih yang tinggi dan masih menghadapi kesusahan. Bagaimanakah seorang yang mempunyai nilai bersih yang tinggi boleh menghadapi masalah? Masalah timbul apabila aset yang ada itu bukan aset cair! Bila aset tidak mudah ditukarkan kepada tunai, masalah boleh muncul. Mari kita lihat bagaimana ini boleh berlaku. Katakan anda mempunyai sebuah rumah sebagai aset (di mana anda tinggal) tetapi anda tidak mempunyai tunai di dalam poket atau akaun bank anda dan anda sudah tidak membayar hutang kad kredit anda. Masalah yang paling menekan adalah apabila anda memerlukan wang untuk perbelanjaan harian. Anda sudah hilang kerja dan tidak ada cara untuk mendapatkan walau seringgit pun. Anda bercadang menjual rumah anda untuk mendapatkan duit bagi perbelanjaan harian. Di sini terletak masalahnya anda tidak boleh menjual rumah anda dengan serta-merta. Oleh sebab ia bukan aset cair, ia tidak mudah dijual. Mencari seorang pembeli akan memakan masa berbulan-bulan lamanya. Tambahan lagi, ini rumah tempat tinggal anda sekeluarga. Tentu anda tidak boleh menjualnya sehingga anda mempunyai tempat tinggal yang lain. Adalah senang untuk membuat kesimpulan bahawa sihat dari segi kewangan bererti mempunyai portfolio aset yang seimbang jadi anda tidak akan kekurangan wang tunai pada bila-bila masa. Dengan cara ini anda boleh memastikan bahawa kebebasan kewangan akan menjadi milik anda. Bila anda berhutang lebih daripada yang anda miliki, anda mempunyai nilai bersih negatif. Dalam situasi ini, anda tidak mampu membayar hutang anda bila tiba masanya kerana anda tidak mempunyai cukup wang atau aset yang boleh ditukarkan kepada wang tunai dengan mudah. Anda sebenarnya menghadapi masalah kewangan dan mungkin menjadi bankrap.

    9.2.5 Menghitung Nilai Bersih Anda

    Bagaimanakah kita boleh menghitung nilai bersih anda? Rajah 9.2 menunjukkan lima langkah menghitung nilai bersih.

    Nilai bersih anda memberikan gambaran kedudukan kewangan anda pada tarikh tertentu. Jangan anggap barangan bukan tunai anda sebagai tunai kerana ia mungkin tidak senang dijual.

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 131

    Rajah 9.2: Lima langkah menghitung nilai bersih anda

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 132

    Terdapat beberapa cara untuk menambahkan nilai bersih anda contohnya menambahkan simpanan anda, mengurangkan perbelanjaan dan hutang anda dan menjual sebahagian daripada aset dan barang milik anda yang tidak menjana pendapatan.

    ASAS MEMBUAT BAJET

    Menyediakan bajet adalah cara terbaik untuk mencapai matlamat anda tidak kira umur atau peringkat hidup anda. Ia merupakan pelan untuk wang yang anda harap terima dan bagaimana anda harap untuk membelanjakannya.

    9.3.1 Pelan Bajet dan Perbelanjaan

    Dalam perancangan kewangan, adalah penting untuk menyediakan bajet. Hidup mengikut bajet memerlukan disiplin yang tinggi tetapi ia akan membantu anda:

    (a) Hidup dalam lingkungan gaji bulanan anda;

    (b) Menyimpan wang;

    (c) Mencapai matlamat kewangan;

    (d) Bersedia untuk kecemasan kewangan; dan

    (e) Membina tabiat pengurusan kewangan yang baik di mana anda biasa memantau aliran tunai dan nilai bersih anda.

    Bila anda menyediakan bajet peribadi:

    (i) Rujuk matlamat kewangan anda. Bandingkan bajet anda dengan matlamat kewangan anda untuk melihat sama ada anda sedang mencapai matlamat tersebut. Contohnya, jika anda mensasarkan untuk membayar wang muka untuk membeli sebuah kereta dalam masa setahun, pastikan anda

    Sediakan bajet anda pada permulaan setiap bulan atau pada hari anda menerima gaji bulanan.

    9.3

    Hitung nilai bersih diri anda.

    AKTIVITI 9.2

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 133

    membuat semakan bulanan untuk menentukan bahawa anda sedang menyimpan duit untuk matlamat tersebut.

    (ii) Anggarkan pendapatan anda untuk tempoh bajet tersebut. Anggaran ini meliputi gaji, komisen, elaun dan sumber wang lain.

    (iii) Peruntukkan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda untuk simpanan anda (20-30% daripada pendapatan anda adalah lebih baik kerana anda akan mewujudkan simpanan yang lebih besar untuk persaraan anda).

    (iv) Peruntukkan sebahagian wang untuk dana kecemasan anda.

    (v) Anggarkan perbelanjaan tetap (fixed expenses) untuk tempoh bajet. Ini adalah perbelanjaan yang mesti dibayar atau dibelanjakan seperti sewa rumah, bayaran ansuran pinjaman, bayaran kad kredit dan premium insuran.

    (vi) Anggarkan perbelanjaan tidak tetap (variable expenses) untuk tempoh tersebut seperti petrol, barang runcit serta bil elektrik dan air.

    (vii) Anggarkan perbelanjaan yang boleh dipertimbangkan (discretionary expenses) iaitu untuk perkara di mana anda boleh memilih sama ada untuk membelanjakan wang ataupun tidak seperti hadiah, hobi, hiburan dan cuti.

    Untuk menyediakan bajet yang berjaya, ingat perkara yang berikut:

    Bersabar dan berdisiplin Suatu bajet yang baik mengambil masa dan usaha untuk disediakan. Jangan berputus asa sebab anda merasakan terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan!

    Bersifat realistik Jika pendapatan anda sederhana, jangan berharap untuk menyimpan wang yang banyak dalam masa yang singkat.

    Bersifat fleksibel Akan ada perbelanjaan yang tidak dijangka dan perubahan dalam harga barang runcit serta benda lain. Pinda bajet anda bila perlu.

    Peruntukkan sejumlah wang untuk menghiburkan diri Misalnya, anda mungkin ingin keluar dengan kawan-kawan atau menonton wayang.

    Ingat: Sebuah bajet hanya akan berjaya jika anda mengikutinya!

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 134

    9.3.2 Memantau Aliran Tunai Anda

    Menyediakan bajet peribadi anda bukan langkah terakhir dalam proses bajet. Anda perlu memantau perbelanjaan sebenar anda setiap hari, terutama sekali ke mana wang anda pergi. Istilah lain yang digunakan adalah mengurus aliran tunai aliran dana masuk dan aliran dana keluar bagi tempoh tertentu.

    Rajah 9.3: Aliran dana masuk dan aliran dana keluar sebenar

    Aliran dana masuk yang paling penting bagi anda mungkin adalah gaji anda tetapi anda mungkin juga mempunyai pendapatan lain seperti pendapatan perniagaan dan faedah yang diperolehi untuk simpanan dan pelaburan. Aliran dana keluar adalah untuk perbelanjaan kehidupan, pinjaman dan komitmen kewangan lain. Jika anda mempunyai lebihan tunai, itu adalah hebat! Letakkan wang dalam simpanan anda. Jika anda mempunyai defisit tunai, semak perbelanjaan anda. Cuba tangguhkan sebarang pembelian atau pembayaran buat seketika. Cuba jangan gunakan dana kecemasan anda kecuali jika benar-benar terpaksa. Jika anda mesti juga menggunakan kad kredit, gunakannya sebagai jalan terakhir kerana menggunakan kad kredit hanya akan menambahkan perbelanjaan anda untuk bulan-bulan yang akan datang. Dalam menyediakan bajet bulan yang berikut, gunakan baki bulan sebelumnya sebagai asas. Pastikan anda mengkaji semula dan meminda bajet dan pelan perbelanjaan anda dari semasa ke semasa. Jika anda perlu mengurangkan perbelanjaan anda, lihat perbelanjaan apa yang anda boleh elakkan. Antara lain anda boleh mengurangkan perbelanjaan untuk makanan dan hiburan. Mungkin anda juga perlu meminda matlamat kewangan anda jika ia tidak realistik untuk pendapatan bulanan anda.

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 135

    Jadual 9.3 menunjukkan contoh penyata yang menggabungkan bajet peribadi dan penyata aliran tunai. Dalam contoh ini, individu terlibat telah membelanjakan lebih daripada yang diperuntukkan dalam bajetnya akibat peristiwa yang tidak diduga iaitu kerosakan kereta dan penggunaan kereta yang lebih banyak sehingga bertambah perbelanjaan petrol, tol dan tempat letak kereta serta makanan.

    Jadual 9.3: Bajet Peribadi dan Aliran Tunai Peribadi Bulanan

    Bajet Peribadi dan Aliran Tunai Peribadi Bulanan dalam Satu Penyata

    Pendapatan Bulanan Bajet Aliran Tunai Sebenar

    Kerja #1 (nilai bersih KWSP, PERKESO dan cukai bayar bila terima pendapatan / pay as you earn tax)

    RM3,450 RM3,450

    Kerja #2 RM0 RM0

    Sumber lain RM0 RM0 Jumlah pendapatan bulanan RRM3,450 RM3,450

    Tolak simpanan tetap bulanan (10% daripada pendapatan bulanan)

    RM345 RM345

    Tolak simpanan untuk dana kecemasan

    RM100 RM100

    Nilai bersih penjimatan daripada pendapatan bulanan

    RM3,005 RRM3,005

    Tolak perbelanjaan tetap bulanan

    Sewa bilik RM300 RM300

    Pembayaran untuk kereta RM650 RM650

    Insuran kereta RM0 RM0

    Kunci kira-kira anda menunjukkan nilai bersih anda.

    Bajet anda memberitahu berkenaan pendapatan, simpanan dan perbelanjaan anda dalam usaha mencapai matlamat kewangan anda.

    Penyata aliran tunai anda memberitahu jumlah tunai yang anda telah terima dan belanjakan untuk tempoh tertentu.

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 136

    Jumlah perbelanjaan tetap bulanan RRM950 RRM950

    Tolak jumlah perbelanjaan tidak tetap bulanan

    Makanan RM550 RM650

    Utiliti rumah RM0 RM0

    Bil telefon bimbit RM85 RM97

    Tambang bas dan teksi RM50 RM30

    Gas dan minyak RM200 RM270

    Tempat letak kereta dan tol RM150 RM198

    Pembaikan kereta RM250 RM598

    Jumlah perbelanjaan tidak tetap bulanan

    RM1,285 RRM1,843

    Tolak jumlah perbelanjaan bulanan yang boleh dipertimbangkan

    Perbelanjaan perubatan RM70 RM0

    Pakaian RM150 RM0

    Hiburan RM100 RM186

    Barang rumah RM100 RM392

    Barang peribadi RM150 RM163

    Hadiah RM100 RM0

    Perbelanjaan lain RM100 RM0

    Jumlah perbelanjaan bulanan yang boleh dipertimbangkan

    RM770 RM741

    Pendapatan Lebihan (Defisit) RRM0 (RM529)

    Pendapatan lebihan selepas tolak perbelanjaan, simpanan tetap dan dana kecemasan = Simpanan tambahan.

    (Jika jumlahnya adalah negatif, anda telah berbelanja lebih daripada pendapatan bulanan anda)

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 137

    HIDUP DALAM BATAS KEMAMPUAN

    Pasti anda pernah mendengar ungkapan live within your means (hidup dalam batas kemampuan anda). Adakah anda berjaya hidup dalam batas kemampuan anda Dalam bahagian ini, anda akan mendapat tahu sama ada anda hidup dalam batas kemampuan anda dengan melihat beberapa tip seperti mengetahui keperluan dan kemahuan anda, bijak berbelanja dan menangguhkan kepuasan (delay gratification).

    9.4.1 Mengetahui Keperluan dan Kemahuan Anda

    Bila anda hidup dalam batas kemampuan anda, anda hanya belanja apa yang anda mampu. Pada masa yang sama, anda masih ada sedikit wang untuk dijadikan simpanan untuk mencapai matlamat kewangan anda. Memang mudah untuk berbelanja lebih daripada kemampuan! Pelbagai produk sentiasa diiklankan melaui media elektronik seperti televisyen, radio, Internet (membeli-belah dalam talian) dan papan iklan serta dalam majalah dan surat khabar. Perbelanjaan anda bergantung pada semangat anda untuk menolak segala jenis godaan untuk berbelanja besar. Anda boleh berbuat begini dengan memahami apa yang mempengaruhi perbelanjaan, keperluan dan kemahuan anda. Apa itu keperluan? Keperluan adalah sesuatu yang mesti anda punyai, sesuatu yang mustahak. Satu contoh adalah makanan. Anda perlu makan untuk hidup. Jika anda tidak makan selepas beberapa hari, anda tidak akan hidup lama. Apa itu kemahuan pula? Kemahuan adalah sesuatu yang anda ingin punyai, sesuatu yang tidak mustahak langsung. Barang kemas adalah suatu kemahuan kerana anda tidak perlu memakai barang kemas untuk hidup.

    9.4

    1. Apakah matlamat kewangan peribadi anda dan bagaimanakah anda akan mencapainya? Sediakan bajet untuk tujuan ini.

    2. Sediakan dan analisa penyata aliran tunai anda.

    AKTIVITI 9.1

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 138

    Dalam dunia sekarang, contohnya, telefon bimbit dengan ciri-ciri asas penting untuk berkomunikasi dengan orang lain, manakala telefon bimbit yang mempunyai kemudahan bluetooth, memainkan muzik, kamera, video dan GPS pula adalah seronok untuk dimiliki. Mengetahui perbezaan antara keperluan dan kemahuan akan memberikan kesan besar kepada tabiat berbelanja anda dan akhirnya, kewangan anda di masa hadapan. Keputusan yang anda buat berkaitan dengan apa yang anda perlukan atau mahukan akan mempengaruhi bajet dan perbelanjaan bulanan anda.

    9.4.2 Bijak Berbelanja

    Bila anda ingin membeli sesuatu, tanyakan pada diri sendiri Adakah ia sesuatu yang saya perlukan? dan Adakah saya mampu membelinya? Bajet peribadi dan aliran tunai anda akan membolehkan anda menjawab soalan ini. Semak sama ada anda telah memperuntukkan wang yang mencukupi atau telahpun berbelanja lebih daripada yang anda mampu. Jika barang ini adalah satu kemahuan, pertimbangkan sama ada untuk tidak membelinya atau membeli benda serupa pada harga yang lebih murah agar anda dapat menambahkan wang simpanan anda. Bila anda berbuat begini, anda dikatakan bijak berbelanja dan hidup mengikut batas kemampuan anda. Membeli dan berbelanja secara bijak akan menghindarkan anda daripada terjebak dalam masalah kewangan untuk diri sendiri dan juga orang lain. Uruskan kewangan peribadi anda dengan sifat bertanggungjawab; ini mudah jika anda belajar mengatakan tidak kepada barang atau perkara yang anda tidak mampu.

    9.4.3 Menangguhkan Kepuasan

    Ingatkah zaman kanak-kanak anda bila anda inginkan aiskrim dan ibu anda memberitahu bahawa anda boleh makan aiskrim hanya selepas menghabiskan kerja rumah? Adakah anda ingat, masa anda meminta ayah anda untuk membeli sebuah basikal dan beliau memberitahu bahawa anda akan mendapat basikal tersebut jika anda cemerlang dalam peperiksaan? Dalam kedua-dua situasi ini, ibu bapa anda mengajar anda untuk menangguhkan kepuasan. Dalam kehidupan dewasa anda, mesti ada orang yang cuba mempengaruhi anda untuk membelanjakan wang anda. Ia mungkin kawan yang meminta anda untuk keluar makan malam bersamanya ataupun pembantu kedai di hypermarket yang meminta anda membeli produk berjenama mereka.

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 139

    Ambil masa untuk memikirkan sama ada adalah mustahak untuk membelanjakan wang untuk perkara itu dan sama ada anda mampu membelinya. Ingat, jika anda katakan tidak sekarang (dengan menangguhkan kepuasan), anda akan maju selangkah dalam perjalanan mencapai cita-cita kewangan anda. Dalam hidup ini, terdapat banyak alternatif untuk anda pilih. Cari pengganti untuk apa yang anda perlukan dan mahukan. Ubah persepsi anda jika perlu. Di sebalik membeli kereta, gunakan pengangkutan awam untuk pergi dari satu tempat ke tempat lain. Anda akan menjimatkan wang dan menyumbang secara positif kepada alam sekitar.

    TANDA AWAL MASALAH KEWANGAN Malangnya, ada orang yang tidak sedar bahawa mereka sedang menghadapi masalah kewangan. Mereka meneruskan hidup seperti biasa, tidak mengakui masalah yang mereka hadapi dan menjadikan situasi mereka lebih teruk hari demi hari. Jadual 9.4 menyenaraikan tanda-tanda anda menghadapi masalah kewangan. Jika anda mempunyai tanda-tanda ini, adalah penting untuk anda menyedarinya. Tanda-tanda ini adalah seperti berikut:

    Jadual 9.4: Tanda-tanda Anda Menghadapi Masalah Kewangan

    Sumber Masalah Tanda-tanda

    Kad kredit

    (i) Membayar hanya baki minimum setiap bulan. (ii) Menambahkan baki setiap bulan. (iii) Berbelanja lebih daripada had kredit. (iv) Kerap mengambil wang pendahuluan. (v) Tidak membayar, lambat membayar atau membayar

    sesetengah bil pada bulan semasa dan bil lain pada bulan berikutnya.

    (vi) Kad kredit dibatalkan oleh bank.

    Pinjaman

    (i) Kerap menggunakan overdraf atau ciri-ciri pinjaman automatik yang ada pada akaun semasa anda.

    (ii) Menerima notis kedua atau ketiga daripada bank atau pemiutang kerana tidak membayar hutang.

    (iii) Tidak diberi kredit kerana laporan biro kredit yang negatif.

    (iv) Meminjam wang daripada keluarga dan kawan untuk membayar hutang anda.

    9.5

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 140

    Simpanan

    (i) Menggunakan wang simpanan anda pada kadar yang membimbangkan.

    (ii) Mempunyai sedikit atau tiada simpanan untuk perbelanjaan yang tidak diduga atau kecemasan.

    Perbelanjaan

    (i) Bergantung pada kerja separuh masa, kerja lebih masa, komisen atau bonus untuk membayar perbelanjaan kehidupan anda.

    (ii) Hidup dari gaji ke gaji.

    Kurang pengetahuan

    (i) Tidak berbincang dengan pasangan hidup atau ahli keluarga tentang masalah wang atau bergaduh bila berbincang tentang wang dengan mereka.

    (ii) Tidak mengetahui berapa banyak hutang anda sehingga bil-bil tiba.

    Jika anda mula mengalami salah satu daripada tanda-tanda di atas, dapatkan nasihat dengan segera. Jangan tunggu sehingga masalah itu berlarutan. Lagi awal anda meminta bantuan, lagi mudah untuk anda keluar daripada situasi tersebut. Apa yang anda boleh buat? Anda boleh menghubungi bank anda dan membuat pelan pembayaran yang disesuaikan dengan aliran tunai anda. Anda boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk kaunseling dan nasihat kewangan.

    MENGELUARKAN DIRI DARIPADA MASALAH KEWANGAN

    Jika anda mengikut nasihat, tip dan bimbingan yang diberi dalam modul ini, anda tidak akan terperangkap dengan masalah kewangan. Sebaliknya, anda akan mengurus wang dengan bijak dan menuju ke arah suatu kehidupan yang bebas daripada tekanan kewangan. Adalah tidak berbaloi untuk mengikut segala kehendak diri, berbelanja sesuka hati tanpa memikirkan masa hadapan. Jika anda tidak merancang kewangan dengan betul, anda mungkin berbelanja lebih daripada pendapatan anda. Ini

    9.6

    Jika anda tidak bertindak segera bila melihat tanda-tanda masalah kewangan, ia hanya akan menjadi lebih teruk lagi.

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 141

    akan menyebabkan anda berhutang besar, yang akan membawa padah di kemudian hari. Masalah kewangan akan merosakkan reputasi anda. Bukan itu sahaja, anda akan dilanda tekanan emosi akibat terpaksa mencari wang untuk membayar hutang dan hubungan dengan keluarga dan rakan akan turut terjejas. Semua ini akan mempengaruhi kesihatan fizikal anda serta kestabilan mental dan emosi anda. Akhirnya, anda akan menghadapi masalah yang silih berganti semuanya akibat gagal merancang dengan bijak.

    9.6.1 Kepercayaan Kredit Anda

    Biro Kredit Bank Negara Malaysia menyimpan maklumat kredit para peminjam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System) dan institusi kewangan boleh menyemak status anda. Jika anda mempunyai hutang yang besar, anda boleh dilihat sebagai risiko kredit oleh mana-mana bank di mana anda memohon pinjaman. Institusi kewangan mempunyai pelbagai kriteria untuk menilai kepercayaan kredit bakal peminjam. Ini termasuk sifat peminjam, sikap mereka terhadap tanggungan pinjaman mereka serta kemampuan membayar pinjaman mereka.

    9.6.2 Apa yang Boleh Berlaku

    Bila anda tidak membayar pinjaman anda, institusi kewangan yang berkenaan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap anda. Pertama sekali, ia akan mendapatkan keputusan mahkamah. Jika ia merupakan pinjaman kereta, institusi kewangan tersebut akan menarik balik dan menjual kereta itu. Jika ia merupakan pinjaman perumahan yang mencagarkan rumah yang dibeli, institusi kewangan tersebut akan merampas rumah itu dan menjualnya menerusi lelongan awam. Untuk pinjaman tanpa cagaran, institusi kewangan tersebut mempunyai beberapa pilihan untuk mendapatkan kembali wang yang dipinjamkan. Ini termasuk arahan rampas dan jual (writ of seizure and sale), prosiding penahanan wang (garnishee proceedings), saman penghutang penghakiman (judgement

    Bila anda mempunyai rekod kredit yang kurang baik, ia akan menyukarkan anda untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan yang berlesen.

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 142

    debtor summons) dan memfailkan arahan muflis jika jumlah hutang adalah RM30,000 ke atas. Jika anda dijadikan muflis, undang-undang akan menghalang anda daripada melakukan beberapa perkara berikut:

    (a) Memegang jawatan dalam kerajaan tanpa kebenaran Ketua Pengarah (Director-General).

    (b) Mengambil tindakan mahkamah tanpa kebenaran Ketua Pengarah.

    (c) Meninggalkan negara tanpa kebenaran mahkamah atau Ketua Pengarah.

    (d) Menjadi pengarah syarikat, menjalankan perniagaan sendiri atau melibatkan diri dalam pengurusan sebuah syarikat tanpa kebenaran mahkamah atau Ketua Pengarah.

    (e) Melibatkan diri dalam pengurusan sebuah syarikat atau menjadi pekerja sebuah syarikat yang dimiliki oleh pasangan hidup anda atau saudara dekat anda atau pasangan hidup mereka.

    (f) Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana badan berdaftar.

    Perancangan kewangan adalah penting untuk memberikan anda ketenangan hati, perlindungan masa hadapan dan kualiti hidup yang lebih baik.

    Perancangan kewangan sangat perlu dalam mencapai cita-cita dan matlamat hidup anda.

    Memandangkan wang boleh menjana faedah, wang yang anda ada sekarang lebih bernilai daripada jumlah yang sama pada masa hadapan.

    Menetapkan sasaran kewangan adalah penting untuk memperolehi keselamatan serta kebebasan dari segi kewangan.

    Matlamat kewangan anda perlu mencerminkan nilai-nilai dan kepercayaan anda.

    Cadangkan beberapa cara praktikal untuk mengeluarkan diri daripada masalah kewangan.

    AKTIVITI 9.2

  • TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 143

    Tuliskan matlamat kewangan anda secara spesifik dan letakkan dalam kategori matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang.

    Menyimpan wang untuk dana kecemasan patut menjadi salah satu matlamat kewangan anda.

    Kunci kira-kira peribadi anda menunjukkan aset, liabiliti dan nilai bersih anda pada waktu tertentu.

    Menyediakan bajet dan memantau aliran tunai anda adalah sebahagian daripada proses yang memerlukan kesabaran, disiplin dan kefleksibelan.

    Adalah sangat penting untuk hidup dalam batas kemampuan anda.

    Aset

    Bajet

    Kunci kira-kira peribadi

    Liabiliti

    Nilai bersih

    Penyata aliran tunai peribadi

    Perancangan kewangan