peranan seni dalam pendidikan

10
PENULISAN AKEDEMIK Berdasarkan data yang dikumpul di atas, bincangkan sejauh mana mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu, menyeronokkan , dalam aplikasi pengajaran dan pembelajaran. Seni Dalam Pendidikan (SDP) memainkan peranan penting ke arah pembentukkan perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativiti. Ia sebenarnya bermatlamat untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik sejajar dengan gagasan yang ingin membentuk mentaliti kelas pertama. Beberapa tokoh ilmuan hebat telah memberikan pandangan yang menyokong bahawa seni dalam pendidikan memberikan manfaat dari segi jangka masa panjang. Teori konstruktivisme oleh Jean Piaget mengetengahkan pendapat bahawa kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. Mereka boleh meneroka dunia mereka dengan membina pengetahuan berdasarkan unsur seni yang diterapkan. Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner pula mengutarakan terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak seterusnya dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh. Howard Gardener juga berpendapat bahawa pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. 1

Upload: mitsuzaka-mitsuka

Post on 05-Dec-2014

413 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

SENI

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Seni Dalam Pendidikan

PENULISAN AKEDEMIK

Berdasarkan data yang dikumpul di atas, bincangkan sejauh mana mata

pelajaran Seni Dalam Pendidikan dapat mewujudkan pembelajaran yang

optimum, bersepadu, menyeronokkan , dalam aplikasi pengajaran dan

pembelajaran.

Seni Dalam Pendidikan (SDP) memainkan peranan penting ke arah

pembentukkan perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi,

estetika dan kreativiti. Ia sebenarnya bermatlamat untuk melahirkan individu

yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,

inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni

yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu

pembentukan insan yang holistik sejajar dengan gagasan yang ingin membentuk

mentaliti kelas pertama.

Beberapa tokoh ilmuan hebat telah memberikan pandangan yang

menyokong bahawa seni dalam pendidikan memberikan manfaat dari segi

jangka masa panjang. Teori konstruktivisme oleh Jean Piaget mengetengahkan

pendapat bahawa kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam

Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid

mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. Mereka boleh meneroka dunia

mereka dengan membina pengetahuan berdasarkan unsur seni yang diterapkan.

Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner pula

mengutarakan terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan.

Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan

minda kanak-kanak seterusnya dapat menjana kecerdasan minda murid dengan

lebih menyeluruh. Howard Gardener juga berpendapat bahawa pendekatan yang

berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan

pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.

1

Page 2: Peranan Seni Dalam Pendidikan

Hermann (1991) didalam “Quadrant Concept” yang mengkaji

perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu

pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Bahagian otak pada tubuh

badan manusia amat penting. Ia mengawal segala pergerakan otot kecil

mahupun otot besar di dalam tubuh badan manusia supaya manusia boleh

melakukan sebarang pergerakkan. Menurut Hermann juga , keupayaan otak kiri

dan kanan dapat dijana dengan baik sekiranya seni diterapkan dalam sebarang

tindakan pemikiran.

Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari

oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu

sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan

intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga

memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti

yang seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia juga membantu

perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.

Seni sememangnya memainkan banyak peranan dalam pendidikan.

Menurut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk

sebagai “3R” iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, “R”

adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi

mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan “R” keempat atau

literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting

dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam

mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan.

Antara peranan Seni Dalam Pendidikan ialah menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran menjadi lebih seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni

dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan

kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat

menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih

selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Murid pada

2

Page 3: Peranan Seni Dalam Pendidikan

zaman moden kini lebih celik dan bijak dalam menilai. Mereka sudah bersedia

untuk diajar dengan gaya guru yang lebih moden yang menerapkan kaedah dan

strategi pengajaran yang lebih efisyen.

Bukan itu sahaja, secara amnya, kebanyakan aktiviti Seni Dalam

Pendidikan tidak dapat mengelak murid-murid daripada melibatkan diri dalam

kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu

bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan

bersama. Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Penidikan merangkumi

aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial

yang terjalin melalui deria sentuh.

Di samping itu, apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti–aktiviti

yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu

situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu kemilikan

dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya

diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama

memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan

untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang

diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik.

Natijahnya, satu perhubungan mesra antara murid dengan murid serta

murid dengan guru dapat diwujudkan. Bukan itu sahaja, dengan terbinanya

perhubungan mesra ia dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan

menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhdap

dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki oleh mereka. Denagn itu, satu

kelompok murid yang produktif akan berjaya dihasilkan hasil daripada penerapan

nilai-nilai seni semsa melakukan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Murid akan memliki sifat daya saing yang positif yang dapat membina intelek

serta membawa murid kepada satu tahap kematangan yang sepatutunya.

3

Page 4: Peranan Seni Dalam Pendidikan

Selain itu juga, Seni Dalam Pendidikan berperanan sebagai satu medium

untuk murid menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat

ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang

belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah.

Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman

meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan

dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai

idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan,

cara pengelohan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

Disamping itu, Seni Dalam Pendidikan menjadi medium untuk murid

meluahan perasaan serta membina keyakinan pada aras yang tinggi. Perasaan

merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia

bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan

sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mendapat tahu

perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang

menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana

keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam

menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri

yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai

pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan

perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

Oleh yang demikian, peranan Seni Dalam Pendidikan tidak boleh

dipertikaikan lagi. Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,

muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini

mempunyai motif dan peranan yang sama. Pengintegrasian ini akan

memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk

yang diajar oleh guru. Lantaran itu, negara kita Malaysia, akan sentiasa

mempunyai sumber tenaga kerja yang berpotensi tinggi serta mampu berdaya

saing dengan negara maju di luar sana.

4

Page 5: Peranan Seni Dalam Pendidikan

Seni Dalam Pendidikan boleh diaplikasikan di dalam pembelajaran mata

pelajaran lain agar ia dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum,

bersepadu dan menyeronokkan. Aplikasi seni dalam pengajaran ialah melakukan

aktiviti yang berkaitan dengan seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun,

syair, dan lain-lain lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,

seseorang guru boleh mengajar muridnya menggunakan pelbagai elemen seni

mengikut kretiviti seseorang itu. Hal ini demikian kerana, aplikasi seni dalam

pengajaran dapat digunakan bagi menarik minat murid mengikuti proses

pembelajaran di samping dapat meransang minat murid untuk memberikan fokus

yang sepenuhnya kepada isi pelajaran.

Aplikasi seni di dalam pengajaran juga dapat memperkembangkan

kemahiran meneroka dan pengalaman yang tersediri kepada setiap murid. Di

samping itu, Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner juga telah

menyokong agar seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum kerana

menurutnya, manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang

pelbagai antaranya kecerdasan logik–matematik, kecerdasan verbal-linguistik,

kinestetik badan, muzik, ruang visual, interpersonal, intra personal, naturalis, dan

eksistensialis.

Seni Dalam Pendidikan (SDP) diwujudkan bagi membantu perkembangan

individu seimbang sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga

sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selain itu, ianya

juga bermatlamat untuk menyediakan guru pelatih dengan pengetahuan dan

juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan

juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata

pelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan

ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni

visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Ruang lingkup seni visual hanya

lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan

ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi

seseorang terhadap muzik yang didengari.

5

Page 6: Peranan Seni Dalam Pendidikan

Irama, warna dan juga pergerakan merupakan elemen yang sentiasa

wujud di sekeliling kanak-kanak. Dengan wujudnya unsur-unsur ini, kanak-kanak

dapat mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok

dan lebih berkesan. Mereka juga digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu

yang baru dengan dibantu oleh guru sebagai pembimbing. Warna merupakan

elemen yang tidak kurang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan

akan menjadi tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada hanya

warna hitam dan putih yang semestinya akan menghasilkan kehidupan yang

bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni pendidikan

iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual.

Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer,

warna sekunder dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud

disekeliling kita. Contoh yang terdekat yang dapat kita lihat ialah seperti warna

hijau yang terdapat pada daun, warna warni yang terdapat pada pelangi dan juga

sebagainya. Penggunaan warna juga turut memberi kesan kepada manusia.

Warna yang digunakan memberi kesan terhadap personaliti, budaya dan juga

psikologi seseorang. Terdapat juga warna panas dalam seni visual. Sebagai

contohnya, warna merah yang menggambarkan perasaan marah, semangat

keberanian dan juga keceriaan dalam diri seseorang. Ini dapat dikaitkan jika

seseorang individu itu mengenakan pakaian yang berwarna terang seperti oren

dan merah, semestinya tanggapan yang wujud ialah dia seorang berani kerana

memilih warna tersebut sebagai pilihan.

Irama merupakan elemen pelengkap dalam seni muzik. Tanpa irama

maka tidak lengkaplah muzik. Muzik tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama

dapat dinyatakan sebagai sesuatu atau rentak yang berlaku secara berulang.

Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang

menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar

muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan seharian, kita semestinya akan

menemui pelbagai irama. Sebagai contohnya, bunyi tapak kaki, bunyi degupan

jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama

6

Page 7: Peranan Seni Dalam Pendidikan

yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku

setiap masa. Kanak-kanak juga mampu menghasilkan irama mereka sendiri. Ini

dapat dilihat ketika mereka berkawad, menepuk tangan, mengetuk meja dan

sebagainya. Kepelbagaian irama yang dihasilkan tersebut akan menghasilkan

muzik yang menarik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai

sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang

mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam

irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan

ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat

meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang

dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu

aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu,

kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik

minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktiviti dengan lebih seronok dan

bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktiviti seperti

melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan meneroka

pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya

tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka

dengar.

Ruang juga merupakan elemen dalam mata pelajaran Seni Dalam

Pendidikan. Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di

sekeliling sesuatu objek atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Dalam

pergerakan kita seharian, kita memerlukan ruang untuk bergerak dengan baik

dan sempurna. Penggunaan ruang yang baik, bijak dan sempurna akan

mewujudkan keselesaan dan menjadikan ruang tersebut lebih selamat. Menurut

Howard Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan melihat dunia

“visual spatial” dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi

memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan

aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung

7

Page 8: Peranan Seni Dalam Pendidikan

membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan

seterusnya mencapai matlamat P&P tersebut.

Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education

menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai

satu cabang komunikasi. Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan

baik dan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi

keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan

menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam

mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan

pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan

pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan

sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam

sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir

dalam setiap aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara

tidak langsung, ia mengajar murid untuk menangani dan menguruskan sumber

imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif.

Menurut ahli piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak

memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka

membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan juga

melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan. Melalui aktiviti yang dilakukan

seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah bahan, murid akan

memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan kekal kerana

mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk menilai

apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak boleh meluahkan

idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif.

Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi

semua matapelajaran. Guru mata pelajaran hendaklah melengkapkan diri

dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu

diberi tumpuan demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang

8

Page 9: Peranan Seni Dalam Pendidikan

dilakukan berkesan. Guru hendaklah memainkan peranan dengan

menggalakkan murid menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka

disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-

kanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai kepelbagaian

gaya belajar.

Tiga unsur Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga

pergerakan perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan

kreatif. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk

menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan

dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang

minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui

kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam pendidikan, murid akan

berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka

tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih

berpusatkan kepada guru.

Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan

dengan menggabungjalin mata pelajaran tertentu dengan unsur warna, irama

dan seni pergerakan. Kita dapat lihat dalam pengajaran matapelajaran sains

dimana guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar dan haiwan peliharaan

kepada kanak-kanak. Guru boleh membawa kanak-kanak ke taman sains

sekolah untuk melihat haiwan peliharaan yang terdapat di situ. Seterusnya

kanak-kanak akan membuat pemerhatian, membuat catatan tentang ciri-ciri

binatang yang dilihat dari aspek warna, tubuh badan, saiz dan sebagainya.

Selain itu, kanak-kanak juga boleh melukis rupa bentuk binatang yang mereka

lihat. Bimbingan daripada guru kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah

perlulah diberikan. Kebebasan perlulah diberikan kepada murid untuk mereka

menggunakan warna dan mencampurkan untuk mendapatkan hasil yang

menarik dan kreatif.

9

Page 10: Peranan Seni Dalam Pendidikan

Pelajar juga dapat menggunakan daya imaginasi dan ingatan mereka

dalam menghasilkan lukisan dan seterusnya dapat meningkatkan daya kreativiti

mereka. Setelah kajian yang dilakukan telah selesai dijalankan, guru boleh

mengarahkan murid untuk membentangkan dapatan kajian yang mereka telah

perolehi. Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan

boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam kelas dengan semaksimum

mungkin dan menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan

pembentangan tersebut menarik dan kreatif. Dengan itu, satu sesi pengajaran

dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan dapat dijalankan.

Kesimpulannya, mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan dapat

mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu, dan menyeronokkan

sekiranya guru pandai mengaplikasikan mata pelajaran ini dalam mata pelajaran

tersebut mahupun mata pelajaran lain. Seni Dalam Pendidikan merupakan satu

mata pelajaran yang unik kerana ia mampu digunakan dalam mata pelajaran lain

sekiranya digunakan pada waktu dan masa yang sesuai. Oleh itu, satu sesi

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan dapat dihasilkan oleh guru.

10