peranan pihak swasta w

5
Teks Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia Menteri Pelajaran Malaysia Sempena MAJLIS PENUTUP PERSIDANGAN KERJASAMA AWAM-SWASTA DALAM SISTEM SEKOLAH ANJURAN RAZAK SCHOOL OF GOVERNMENT DAN INSTITUTE FOR DEMOCRACY AND ECONOMIC AFFAIRS (IDEAS) 31 Mei 2011 Hotel InterContinental, Kuala Lumpur 31/05/2011 - Bismillahirahmanirrahim Asslamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan salam 1Malaysia Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-Abidin ibni Tuanku Muhriz, Presiden Pengasas Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Yg. Bhg. Professor Madya Dr Hamidin Abdul Hamid, Ketua Eksekutif Razak School of Goverment, Yg. Brs. En. Neil McIntosh, Ketua Eksekutif CfBT Education Trust, United Kingdom Yg. Brs. En. Norman Larocque, Pakar Pendidikan, Bank Pembangunan Asia. Datuk-Datuk, Datin-Datin, para pendidik, wakil-wakil dari sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan, dif-dif jemputan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. 1. Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, maka kita dapat hadir bersama-sama dalam Majlis Penutup Persidangan Kebangsaan Kerjasama Awam-Swasta dalam Sistem Sekolah anjuran Razak School of Government dan Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) pada petang ini. 2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Razak School of Government dan IDEAS di atas kerjasama yang dijalin dengan Kementerian Pelajaran dalam menjayakan transformasi pendidikan di Malaysia, khususnya dengan penganjuran persidangan seperti ini. Dengan adanya usaha ini, Razak School of Government dan IDEAS akan menjadi rakan kongsi penting kerajaan dalam usaha mentransformasi negara kita untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Upload: roslan-tuah

Post on 01-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

JURNAL

TRANSCRIPT

Page 1: peranan pihak swasta W

Teks Ucapan

Tan Sri Muhyiddin YassinTimbalan Perdana Menteri MalaysiaMenteri Pelajaran Malaysia

Sempena

MAJLIS PENUTUP PERSIDANGAN KERJASAMA AWAM-SWASTA DALAMSISTEM SEKOLAH ANJURAN RAZAK SCHOOL OF GOVERNMENT DANINSTITUTE FOR DEMOCRACY AND ECONOMIC AFFAIRS (IDEAS)

31 Mei 2011Hotel InterContinental, Kuala Lumpur

31/05/2011 - Bismillahirahmanirrahim

Asslamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan salam 1Malaysia

Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-Abidin ibni Tuanku Muhriz, Presiden PengasasInstitute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS),

Yg. Bhg. Professor Madya Dr Hamidin Abdul Hamid, Ketua Eksekutif Razak Schoolof Goverment,

Yg. Brs. En. Neil McIntosh, Ketua Eksekutif CfBT Education Trust, United Kingdom

Yg. Brs. En. Norman Larocque, Pakar Pendidikan, Bank Pembangunan Asia.

Datuk-Datuk, Datin-Datin, para pendidik, wakil-wakil dari sektor swasta, badan-badanbukan kerajaan, dif-dif jemputan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormatisekalian.

1. Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia danizinNya, maka kita dapat hadir bersama-sama dalam Majlis Penutup PersidanganKebangsaan Kerjasama Awam-Swasta dalam Sistem Sekolah anjuran Razak Schoolof Government dan Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) padapetang ini.

2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggipenghargaan dan terima kasih kepada Razak School of Government dan IDEAS diatas kerjasama yang dijalin dengan Kementerian Pelajaran dalam menjayakantransformasi pendidikan di Malaysia, khususnya dengan penganjuran persidanganseperti ini. Dengan adanya usaha ini, Razak School of Government dan IDEAS akanmenjadi rakan kongsi penting kerajaan dalam usaha mentransformasi negara kitauntuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Page 2: peranan pihak swasta W

3. Kerjasama awam-swasta dalam pendidikan adalah seiring dengan matlamatkerajaan untuk meningkatkan penglibatan pihak swasta, badan bukan kerajaan danmasyarakat dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti melalui penyampaianpendidikan yang bermutu tinggi. Lebih-lebih lagi, waktu mana negara kita sedangberhadapan dengan cabaran persaingan global yang semakin sengit, makakeperluan untuk mentransformasi sektor pendidikan dengan matlamat untukmelahirkan modal insan yang berketerampilan dan berdaya saing, bagi memacukemajuan negara ke tahap seterusnya menjadi satu tuntutan yang harus dipikulsecara bersama oleh sektor awam dan swasta.

4. Ini termasuklah dengan mewujudkan kerjasama dalam menyediakan satu bentukpendidikan holistik yang dapat mengasah bakat kepimpinan dan daya berfikir muridsecara kritis, kreatif dan analitis di samping meningkatkan kematangan merekadalam menanggapi pelbagai isu yang didepani oleh masyarakat di negara kita dan diperingkat antarabangsa. Sehubungan itu, adalah amat wajar untuk semua pihakmelihat bagaimana hasrat murni mewujudkan pendidikan yang holistik ini dapatditerjemahkan dalam bentuk keberhasilan pendidikan yang tidak hanya tertumpukepada pencapaian akademik semata-mata, tetapi menjurus ke arah pembentukankualiti insan yang mempunyai jatidiri yang kental, ilmu yang mendalam, kemahiranyang mantap dan kebolehpasaran yang tinggi.

5. Saya percaya, kedua-kedua sektor awam dan swasta mempunyai peranan yangpenting dalam menjayakan hasrat murni ini. Dengan kepakaran yang dimiliki dankemampuan dana yang mencukupi, pihak swasta boleh melibatkan diri secara aktifdalam membantu kerajaan untuk mentransformasi sekolah-sekolah di negara kita,dan sekaligus meningkatkan kualiti pendidikan negara. Di samping itu, peluang untukmelibatkan diri secara aktif dalam proses transformasi pendidikan negara adalahsatu peluang terbaik yang seharusnya dimanfaatkan oleh pihak swasta untukmenyumbang sesuatu yang bermakna kepada pembangunan negara.

6. Hasil daripada sumbangan ini pastinya akan dinikmati oleh pihak swasta juga.Sebagai pemacu utama ekonomi negara, pihak swasta memerlukan tenaga kerjayang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan kepadatenaga mahir dalam pelbagai sektor ekonomi. Dengan sedikit pelaburan dalamsektor pendidikan hari ini, pihak swasta akan dapat meraih manfaat dari segimemperolehi bekalan tenaga kerja mahir yang berkualiti pada masa hadapan.

7. Selanjutnya, bagi mewujudkan kerjasama awam-swasta yang mapan, satuimbangan diperlukan dalam pelaksanaan dasar dan pengurusan pendidikan negaraagar ianya dapat memenuhi keperluan pihak swasta, di samping memastikanagenda pendidikan kebangsaan dapat dipertahankan. Dalam konteks ini,pengurusan pendidikan di negara kita perlu mengambil pendekatan yang akomodatifdalam melakar kerjasama awam-swasta yang berkesan dan berimpak tinggi. Initermasuklah dengan membuka ruang yang lebih luas kepada pihak swasta untukberkongsi kepakaran dan pengalaman dalam pengurusan pendidikan di negara kita,

Page 3: peranan pihak swasta W

dengan hasrat untuk meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah danmelonjakkan pencapaian murid.

8. Alhamdulillah, di Malaysia, model kerjasama awam-swasta telah dilancarkan tahunlalu melalui penubuhan Yayasan AMIR yang bertanggungjawab untuk membantumeningkatkan prestasi sekolah-sekolah amanah di negara kita. Inisiatif penting iniadalah selari dengan amalan kerjasama awam-swasta di peringkat antarabangsayang dizahirkan melalui beberapa inisiatif seperti penubuhan Yayasan Naandi diIndia, Sekolah Piagam di Amerika Syarikat, Specialist Schools and Academic Trust(SSAT) di United Kingdon dan Raffles Group di Singapura. Sepertimana amalan diperingkat antarabangsa, kerjasama awam-swasta di negara kita adalah bermatlamatuntuk meningkatkan kualiti pendidikan melalui suntikan kepakaran dan dana pihakswasta. Saya percaya walaupun terdapat banyak cabaran yang mesti diharungi,namun dengan tekad, kesedaran dan komitmen semua pihak, inisiatif ini akanmenjadi pemangkin kepada kewujudan kerjasama awam-swasta dalam pendidikanyang lebih bermakna di negara kita.

9. Seperkara penting yang perlu diberikan perhatian dalam membentuk modelkerjasama awam-swasta yang berfungsi ialah bagaimana untuk mewujudkankerjasama yang lestari dan berterusan antara kedua-dua pihak awam dan swasta.Lantaran pendidikan adalah satu bidang yang dinamik dan progresif, maka kunciutama kepada kelangsungan kerjasama awam-swasta yang mapan adalahkesediaan kedua-dua pihak untuk bersikap akomodatif dan responsif kepadaperubahan dan pembaharuan dalam sektor pendidikan. Pihak awam perlumempunyai kemahuan dan keberanian untuk meneroka dan menerima idea-ideabaru dalam dunia pendidikan, termasuklah amalan-amalan terkini di peringkat global.Manakala pihak swasta pula hendaklah sentiasa memahami aspirasi pendidikannasional yang berteraskan dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalammelaksanakan sebarang inisiatif kerjasama awam-swasta dalam pendidikan. Denganadanya peranan yang seimbang antara kedua-dua pihak awam dan swasta dalammemacu perubahan dan pada masa yang sama memelihara aspirasi pendidikannasional, saya yakin kita akan dapat mewujudkan kerjasama awam-swasta yanglebih berkesan dalam menjayakan transformasi pendidikan negara.

10. Bagi sektor swasta, penglibatan dalam kerjasama awam-swasta mestilah dilihatsebagai satu bentuk pelaburan jangka panjang yang tidak semata-mata bermotifkankeuntungan. Pihak swasta mestilah membuktikan bahawa melalui program ini,mereka dapat membantu kerajaan meluaskan akses kepada pendidikan berkualititanpa membebankan mana-mana pihak dengan peningkatan kos yang tinggi.Kaedah dan pemikiran baru mestilah dipelopori agar satu model pendidikan yangmenjurus ke arah pewujudan keusahawanan sosial (social enterprise) dapatdilaksanakan di negara kita. Dengan model ini, sesebuah sekolah mungkin diuruskanoleh pihak swasta, tetapi seperti juga sektor awam, ia mestilah mempunyai matlamatdan aspirasi sosial yang jelas, di mana lebihan dana yang diperolehi kemudiannyadilaburkan kembali untuk memastikan kos tidak menjadi terlalu tinggi dan kualiti

Page 4: peranan pihak swasta W

pembelajaran terus dipertingkatkan. Model yang bersifat universal ini pasti akanmemberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar kaum,agama dan wilayah.

11. Kesimpulanya, matlamat kerjasama awam-swasta dalam pendidikan adalahuntuk mewujudkan gandingan kepakaran yang erat antara sektor awam dan swastadalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang. Agenda penting ini mestilahdilaksanakan dengan mengambil kira keperluan, latar belakang dan konteks komunitiyang terlibat sejajar dengan konsep “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, PencapaianDiutamakan”. Sehubungan itu, saya amat berharap agar Razak School ofGovernment, IDEAS dan badan-badan lain akan menyahut saranan kerajaan untukmewujudkan kerjasama awam-swasta dalam pendidikan yang akan menghasilkanimpak berganda dalam pembangunan pendidikan di negara kita. Penganjuranpersidangan seperti ini adalah satu langkah tepat yang membolehkan kita berkongsiidea dan amalan terbaik dalam melaksanakan kerjasama awam-swasta yang lestaridan berimpak tinggi. Saya difahamkan persidangan ini adalah salah satu daripadabeberapa siri aktiviti yang akan dianjurkan selama dua bulan yang akan datangmelalui penglibatan entiti seperti PEMANDU, Bank Dunia dan CfBT Education Trust.Saya yakin usaha murni ini akan menyumbang kepada kejayaan transformasipendidikan negara.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,

Sebelum mengakhiri ucapan, izinkan saya menyampaikan sepatah dua kata dalambahasa Inggeris.

12. I would like to express my sincere appreciation to the Razak School ofGovernment and the Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) forallowing me to share my thoughts on the pertinent subject of Public-PrivatePartnership in the School System at this conference. The imperatives fortransformation has been cited numerous times, particularly in the field of educationand human capital development, which forms one of the key components of theGovernment Transformation Program (GTP) and the National Key Results Areas(NKRA). We need well-rounded individuals with the right leadership qualities andthinking skills to drive national growth and competitiveness, and propel Malaysia intoa fully developed and high income nation by 2020. The ’call to arms’ to ensure abrighter future for our children against the backdrop of global challenges requires allparties, be it the government, non-governmental organizations, private entities andinternational partners to collaborate in improving the quality of our education. This iswhere I believe widening access to high-quality education through public-privatepartnership programs (PPP) holds the key to successful provision of qualityeducation.

Page 5: peranan pihak swasta W

13. The nation’s trajectory requires our future generation’s hearts and minds to benurtured in the most collective and inclusive manner. By upholding this sharedobjective for our children, I believe, we will be able to introduce meaningful andeffective transformation in our education system. I hope that the Razak School ofGovernment, IDEAS and all partner organizations will continue to work closely withthe government to realize this paramount objective. I am pleased to know that thisconference is only the first of a series of workshops and other activities to be run bythe Razak School of Government and IDEAS in collaboration with reputable partnerssuch as PEMANDU, the World Bank and CfBT Education Trust. I pray that everyonein this journey holds steadfast to this noble mission of providing a better future for ourchildren.

14. Dengan lafaz Bismilahirahmannirahim, saya dengan sukacitanya merasmikanMajlis Penutup Persidangan Kebangsaan Kerjasama Awam Swasta dalam SistemSekolah 2011.

Wabillahi al-taufik walhidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.