peranan melahirkan pelajar

Upload: adel

Post on 07-Jul-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Peranan Melahirkan Pelajar

    1/2

    Peranan Melahirkan Pelajar/Remaja Bersahsiah Mulia

    Pendahuluan : Menelusuri sejarah awal tamadun Islam, minda kita pasti dapat mengingatkankehebatan dua orang anak muda yang menjadi ikon untuk dibanggakan. Mereka ialah Saiyidina

    Ali KW dan samah !in "ayid. Ali amat terkenal dalam peristiwa #ijrah $asul manakalasamah merupakan panglima perang Islam yang paling muda. Keberanian dan ketokohan yangditunjukkan telah melayakkan mereka berada sebaris dengan tokoh%tokoh Islam yang terkenal.

    !e&anya, ketika bangkit men'ipta nama mereka masih lagi muda belia. (emikianlah suatu

    gambaran betapa sumbangan anak muda sangat ditagihi dalam usaha membantu membangunkannegara. )ubuh yang sasa, tenaga yang kuat dan minda yang 'erdas menjadi aset untuk seseorang

    anak muda turut sama terlibat memajukan negara. Walau bagaimanapun, ketahanan minda dan

    *i&ikal sahaja belum 'ukup untuk mengangkat seseorang anak muda untuk menjadi wira dan

    wirawati kepada negara, malahan anak muda juga perlu menggilap sahsiah dan akal budi yang baik.

    +angkah perdana yang wajar diatur, sebagai anak muda saya harus menjadi hamba Allah yangsoleh, beriman dan bertakwa. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah menjadi syarat utama

    untuk menjadi insan yang sedar akan hakikat hidup dan mati. Kita dihidupkan supaya dapatmengabdikan diri kepada Allah selain menjadi insan yang berguna kepada insan yang lain.

    Seseorang yang patuh kepada Khali, maka memberikan impak kepada seluruh isi alam. Apabila

    memiliki kesedaran bahawa segala amal kita sama ada baik mahupun buruk akan memperolehganjaran, baharulah saya sedar tentang perlunya berbuat baik. (engan hal demikian, saya

     bera&am untuk menjadi insan soleh dengan taat kepada perintah Allah, meninggalkan segala

    larangan%-ya serta mengamalkan sahsiah yang terpuji dalam kalangan masyarakat. #akikattersebut sesuai dengan kata%kata, Insan yang kenal kepada )uhannya, justeru kenallah pada

    dirinya/.

    Selain prakarsa di atas, saya juga perlu menjadi remaja yang cinta akan ilmu. Penguasaan

    terhadap ilmu pengetahuan sama ada ukhrawi mahupun duniawi boleh membentuk diri sayamenjadi insan yang berguna terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat malah negara juga.

    Ilmulah yang menjadi lampu suluh untuk keluar daripada kegelapan dan kejumudan dan ilmulah

    yang membuka minda untuk memperoleh kejayaan sama ada dalam kerjaya mahupun untukhidup sejahtera. Perihal pentingnya menguasai ilmu bertepatan dengan nukilan Saiyidina Ali

    KW. 0adikanlah dunia ini dalam kalangan yang berilmu, atau mengajarkan ilmu, atau yang

    mempelajari ilmu, atau yang berkasih sayang dengan golongan berilmu. Sekiranya salah satu

    daripadanya tiada kepada kamu, nes'aya punah%ranahlah dunia ini/.

    Amalan menghormati sesama manusia juga menjadi keperluan kepada saya sebagai anakmuda. Inilah sari pati terpenting dalam men&ahirkan watak yang mulia dengan sahsiah yang

    'emerlang. Amalan seperti mengu'apkan salam, memberikan hormat, ber'akap se'ara sopan dan berbudi pekerti sangatlah dituntut oleh mana%mana masyarakat pun. Sebagai anak muda, saya

     perlu menunjukkan hormat kepada golongan tua dan para guru manakala dengan rakan sebaya

    saya perlu berlemah lembut dan sering menyantuni mereka. Sekiranya watak tersebut menjadi

    ikon kepada semua anak muda nes'aya masyarakat kita akan terus dihormati. Sesungguhnya

  • 8/18/2019 Peranan Melahirkan Pelajar

    2/2

    slogan, 12ang muda disayangi dan yang tua dihormati3 wajar saya jadikan a&imat utama dalam

    membina jaringan silaturahim.

    Selain itu, dalam hubungan masyarakat pelbagai kaum seperti di Malaysia, saya wajar

    mempertahankan jalinan persefahaman dan perpaduan. #al tersebut amatlah wajar kerana

    tanpa perpaduan yang jitu amat sukar untuk kita men'apai matlamat keamanan dan kesejahteraanyang total. Sikap yang suka berbalah dan tuduh%menuduh dengan mengagung%agungkan kaum

    sendiri di samping meremahkan orang lain tidak lebih daripada amalan yang mengundang perbalahan dan keka'auan. 4leh itu, saya bera&am untuk mengelakkan sebarang pengaruh

    negati* yang boleh mengundang perpe'ahan. Saya terlalu sedih apabila melihat satu lepas anak%

    anak ke'il yang tidak berdosa menjadi korban pertumpahan darah di seantero dunia yang berpun'a daripada runtuh semangat perpaduan dan tolak ansur. Ingatlah, kita yang hidup di muka

    dunia ini mempunyai hak yang sama untuk bebas kerana sesiapa pun kita darah kita tetap merah,

    maka *ahamilah hakikat kalah jadi abu, menang jadi arang.

    Sejajar dengan matlamat Wawasan 5656 yang ingin melahirkan bangsa Malaysia yang pintar,

    gigih dan berdaya saing, saya hendaklah memiliki cita-cita dan matlamat untuk memajukannegara ini. Selepas lebih setengah abad kita men'apai kemerdekaan sudah sewajarnya Malaysia

    mampu sebaris dengan negara%negara maju untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.Inti pati kepada 'ita%'ita yang tinggi hendaklah saya realisasikan dengan kegigihan belajar,

    mempunyai matlamat yang jelas dan semangat 'inta akan negara. Saya juga harus sedar sudah

     berbilion ringgit yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk menghantar anak%anak muda keluar negara supaya mereka dapat menuntut ilmu dan menuruti teladan anak%anak muda di negara

    maju. Semua usaha tersebut adalah untuk memperkasakan sikap mulia, 'ara ber*ikir dan 'ara

     bertindak anak%anak muda Malaysia sejajar dengan pemikiran berkelas dunia. Saya yakin,

    seandainya semua anak muda mahu ber*ikir se'ara positi* dan ber'ita%'ita tinggi demi negarater'inta, maka hasrat untuk membangunkan negara ini bukanlah suatu wadah yang mustahil

    untuk di'apai.

    Kesimpulannya, menelusuri nukilan Imam Al 7ha&ali, 0ikalau kamu melihat watanmu pada haridepan, lihatlah kepada pemudamu pada hari ini/, mengujai saya bahawa anak muda sangatlah

     berharga kepada sesebuah negara. Kombinasi antara minda, iman, akhlak dan akal budi boleh

    memberi saya dimensi baharu bahawa sesuatu yang luar biasa boleh dilakukan oleh orang biasa.

    Saya sedar, inilah masa yang terbaik untuk anak%anak muda bangkit membina sahsiah, 'ita%'itadan matlamat untuk membangunkan negara. Ayuh, bangkitlah anak%anak muda, kita realisasikan

    slogan, 1-egara Kita )anggungjawab Kita3 kerana di sini bumi dipijak, maka langitnya

    dijunjung.