visi kami - cls.edu.mycls.edu.my/documents/buku_peraturan_sekolah.pdf · melahirkan pelajar yang...

42
1 VISI KAMI Wadah kearah pencapaian tahap global dan nilai – Satu tumpuan kecemerlangan MISI KAMI Membekalkan program pendidikan yang dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum serta menjadi warga global yang bermoral tinggi OUR VISION The path forward with global standard and global values – a centre of excellence OUR MISSION To provide educational programmes that prepare students for quality performance in curriculum and co-curriculum and to become global citizens with high moral values MOTO SEKOLAH CONVENT Tulus dengan Fadilah Azam dengan Bakti THE CONVENT MOTTO Simple in Virtue Steadfast in Duty

Upload: lydiep

Post on 22-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

1

VISI KAMI

Wadah kearah pencapaian tahap global dan nilai

– Satu tumpuan kecemerlangan

MISI KAMI

Membekalkan program pendidikan yang dapat melahirkan pelajar yang cemerlang

dalam kurikulum dan kokurikulum serta menjadi warga global yang bermoral tinggi

OUR VISION

The path forward with global standard and global values

– a centre of excellence

OUR MISSION

To provide educational programmes that prepare students for quality performance

in curriculum and co-curriculum and to become global citizens

with high moral values

MOTO SEKOLAH CONVENT

Tulus dengan Fadilah Azam dengan Bakti

THE CONVENT MOTTO

Simple in Virtue Steadfast in Duty

Page 2: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

2

SEMANGAT SEKOLAH

Peka, Prihatin dan Perkongsian

SCHOOL SPIRIT

Be Aware, Care and Share

SCHOOL SONG

Rally round the school in endeavour Rally round the school in play

Trusting in the light of hope and love That guides us all along the way

Rally round the school together

Ring out loud Lord’s praises clear Harken to the call, let us one and all Strive, strive for King and Malaysia

In thought, word, deed and faith

Bring glory to the dear old school So let us, so let us ……

Rally round the school in honour

Cherish at the school’s good name Marching forth in search of grace and truth The shining youth of the Convent school

Page 3: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

3

KEHADIRAN PELAJAR 1. Setiap pelajar dikehendaki hadir ke sekolah pada hari persekolahan tepat pada

masanya supaya mereka boleh dapat manfaat dari program pendidikan dan menanamkan tabiat ketepatan masa, disiplin diri dan tanggungjawab.

2. Pada amnya, pelajar-pelajar yang menunjukkan kehadiran yang bagus juga mencapai gred yang lebih cemerlang dan lebih menikmati kehidupan alam persekolahan.

KETIDAKHADIRAN PELAJAR 1. Menepati masa dan kehadiran sangatlah penting. Setelah datang semula ke

sekolah selepas ketidakhadiran, setiap pelajar mesti menghantar satu surat bersebab kepada guru tingkatan pada keesokan hari.

2. Jika surat bersebab daripada ibu bapa, ia mesti mengandungi sebab ketidakhadiran, tarikh ketidakhadiran dan tandatangan ibu bapa atau penjaga yang sah.

3. Hanya lima surat daripada ibu bapa diterima bagi setiap penggal. 4. Untuk sijil sakit, ia mesti ditandatangani oleh ibu bapa sebagai tanda pengesahan

sijil sakit tersebut. 5. Ketidakhadiran yang melebihi 60 hari akan menjejaskan gred kelakuan dalam

helaian keputusan peperiksaan dan sijil berhenti sekolah serta sijil perakuan. WAKTU AKHIR MATA PELAJARAN Loceng yang berbunyi pada akhir waktu pelajaran menandakan sesi pembelajaran untuk mata pelajaran berakhir, bukannya bermakna pelajar-pelajar boleh keluar kelas. Hanya guru mata pelajaran sahaja yang boleh menyuraikan pelajar-pelajar dari kelas. PAS KELUAR 1. Pelajar yang ingin keluar dari bilik darjah mesti ada pas keluar sama ada yang

diberikan oleh guru atau ketua kelas. 2. Pas keluar hanya diberikan untuk urusan yang munasabah. 3. Hanya seorang pelajar sahaja dibenarkan keluar dari bilik darjah dengan satu pas

keluar. 4. Pelajar tidak dibenarkan berada di luar bilik darjah tanpa pas keluar kecuali

diiringi oleh seorang guru. 5. Nama pelajar yang keluar mesti dicatatkan dalam borang pemantauan kelas. 6. Pas keluar mesti diklipkan di hadapan baju sekolah. TELEFON 1. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon pejabat untuk panggilan

peribadi kecuali untuk kes kecemasan dan dengan kebenaran pihak pentadbir. 2. Telefon awam yang disediakan di sekolah tidak boleh digunakan semasa waktu

persekolahan kecuali dengan kebenaran pihak pentadbir, guru disiplin dan kaunselor.

Page 4: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

4

KELUAR SEKOLAH 1) Pelajar-pelajar yang hadir di sekolah tidak dibenarkan keluar dari sekolah tanpa

kebenaran pada bila-bila masa. 2) Kalau pelajar-pelajar terpaksa meninggalkan sekolah kerana sakit atau

kecemasan, prosedur keluar sekolah mesti dipatuhi seperti berikut : 3) Semasa waktu persekolahan, pelajar-pelajar mesti menggunakan pas

a) Keluar bilik darjah untuk berjumpa dengan pihak pentadbir, guru disiplin atau kaunselor untuk mendapat kelulusan.

b) Pelajar tersebut mesti mendapatkan pas telefon untuk memanggil ibu bapa atau penjaga yang sah.

c) Ibu bapa atau penjaga yang sah dikehendaki datang ke bilik guru untuk berjumpa dengan guru bertugas dan mengisi borang kebenaran keluar sekolah.

Catatan:- Ibu bapa dinasihatkan supaya membuat temujanji kesihatan atau pergigian hanya selepas waktu persekolahan PELAWAT 1. Pelawat dan ibu bapa dikehendaki mengisi buku perjumpaan di pondok pengawal

keselamatan di pintu masuk sekolah. 2. Pelawat dan ibu bapa mesti datang ke pejabat sekolah atau bilik guru untuk

urusan pelajar. Pelawat dan ibu bapa tidak dibenarkan pergi ke bilik darjah sama sekali

UBAT 1. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menyimpan sebarang jenis ubat semasa di

sekolah. 2. Surat daripada doktor atau ibu bapa dikehendaki untuk kelulusan membawa ubat

ke sekolah. 3. Semua ubat mesti disimpan oleh guru tingkatan atau guru disiplin. Pihak sekolah

tidak boleh membekalkan sebarang jenis ubat. KEDAI BUKU Kedai buku di buka pada waktu rehat dan dari jam 2.00 – 2.30 petang Isnin hingga Jumaat. KOPERASI SEKOLAH Koperasi sekolah di buka pada setiap waktu rehat.

Page 5: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

5

INSURAN PELAJAR Skim insuran takaful disediakan untuk semua pelajar. Pelajar-pelajar digalakkan mengikuti skim insuran tersebut. PERATURAN AM SEKOLAH Matlamat am peraturan sekolah adalah : 1. Menuju ke arah salahlaku sifar dalam hal-hal disiplin di kalangan pelajar. 2. Memegang teguh kepada konsep mengurangkan kes-kes disiplin dan

mewujudkan suasana iklim pembelajaran yang sempurna dan harmoni ke arah melahirkan sekolah penyayang dan masyarakat bertanggungjawab.

3. Melahirkan pelajar yang mampu menentukan hala tuju serta meningkatkan prestasi pelajar dalam aspek-aspek sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4. Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar kerajaan termasuk dasar MBMMBI.

Catatan Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan sekolah ke sekolah setiap hari. Kod Salahlaku Markah Demerit

Tingkahlaku Jenayah 111 Berjudi 12 112 Mencuri 12 113 Melawan / mengancam / memukul / mencederakan pengetua, guru 24 114 Melawan (fizikal) / mengancam / mencederakan pengawas 12 115 Memeras ugut 12 116 Membuli / pelancoan (rag) 12 117 Menganggotai kumpulan haram / kongsi gelap / kumpulan jahat 18 118 Menyalahgunakan dadah / terlibat dengan dadah 24 119 Membawa senjata merbahaya (dengan tujuan buruk) 27 120 Mencabul kehormatan 24 121 Mengancam / memukul / mencederakan pelajar lain 12-18 122 Menceroboh bilik khas / kedai koperasi / pejabat sekolah / 6

berada di kawasan larangan 123 Mengedar dadah / membawa minuman keras yang 24 mengandungi alkohol 124 Menunjuk perasaan / berpiket / mengganggu 18 ketenteraman sekolah / sengaja menimbulkan sesuatu perkara sensitif dengan kacau-bilau / perpecahan kaum 125 Bertaruh secara besar-besaran / main kutu 12 126 Permainan / kepercayaan karut (spirit of the coin) 6

Tingkahlaku Lucah 223 Membawa dan mengedar bahan-bahan lucah 12 225 Menggunakan kata-kata dan perbuatan lucah 6 226 Melukis, menulis dan menonton apa-apa bahan yang 12 berunsur lucah

Page 6: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

6

Kod Salahlaku Markah Demerit Kekemasan Diri

331 Berambut tidak kemas / pakai pewarna rambut / fesyen rambut 3 keterlaluan (terlalu pendek) dan bertentangan dengan peraturan sekolah (sila rujuk Lampiran A) 332 Berkuku panjang / memakai pewarna kuku / varnis kuku 3 (selepas diberi amaran 2 kali) (sila rujuk Lampiran A) 334 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah / 3 pakaian seragam tidak lengkap, tidak pakai tag nama selepas diberi amaran 2 kali (sila rujuk Lampiran A) 335 Memakai barang-barang perhiasan yang dilarang ke sekolah / 6 pakai barang kemas / guna alat solek (sila rujuk Lampiran A)

Tingkahlaku Tidak Mementingkan Masa 441 Berkeliaran di kawasan sekolah / berada dalam kelas 3 pada waktu rehat tanpa kebenaran 442 Datang lewat ke sekolah 3kali dan tidak menghadir kelas tahanan 3 442(a) Datang lewat selepas pukul 8 pagi tanpa alasan yang munasabah 3 443 Lewat ke perhimpunan 5 kali dalam sebulan. 3 (sila rujuk Lampiran B untuk tindakan) 444 Makan dalam kelas/ makan di kantin di luar masa rehat/ makan dan 3 minum di tempat selain daripada kantin dan Beach Hall 445 Menggunakan telefon awam tanpa kebenaran 3

Tingkahlaku Kurang Sopan Dan Biadap

551 Berkelakuan kasar terhadap pengetua, guru / biadap 12 terhadap guru / bersifat bongkak / menghina guru 552 Berkelakuan kasar terhadap pengawas / pekerja 6 553 Berkelakuan kasar terhadap pelajar 3 554 Berbahasa kesat / kasar 6 555 Menyimpan rokok 3 556 Menghisap rokok 12 557 Tidak memberi perhatian / membuat kerja lain semasa 3 guru mengajar / mengganggu proses pengajaran & pembelajaran / membuat bising/ tidak buat kerja rumah. 558 Tidak menghormati pengetua / guru 6 559 Tidak menghormati pengawas 3 560 Menggunakan tandas kelas lain dengan sengaja 3 561 Berlawan (secara fizikal) 9 562 Bergaduh 3 563 Mengadu kepada akhbar / majalah tanpa kebenaran 12 564(a) Membantah amaran / perintah / arahan guru 12 564(b) Membantah amaran / perintah / arahan pengawas 3 565 Mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik/ 12 pertandingan bakat 567 Tidak menghormati bendera & lagu negara / negeri 6 568 Membawa barang tanpa kebenaran (sila rujuk Lampiran C) / 3 menyimpan untuk pihak lain

Page 7: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

7

Kod Salahlaku Markah Demerit Tingkahlaku Musnah (Rujuk Lampiran D)

661 Merosakkan harta benda sekolah 12 662 Merosakkan harta benda pengetua / guru 12 663 Merosakkan harta benda kantin sekolah 12 664 Merosakkan harta benda pelajar 12 665 Mencemar kebersihan kawasan / bangunan sekolah 3

Tingkahlaku Tidak Jujur / Menipu 771 Menipu yang melibatkan wang 12 772 Menipu yang melibatkan kepercayaan / cakap bohong / 12 semak buku latihan sendiri 773 Menipu / meniru dalam peperiksaan / ujian 12 774 Mengubah markah dalam buku laporan 12 775 Meniru tandatangan guru / ibu bapa / penjaga 12

Ponteng 881 Ponteng kelas 6 882 Ponteng sekolah / meninggalkan kawasan sekolah tanpa 12 kebenaran 882(a) Tidak datang ke sekolah pada waktu sekolah tetapi hadir selepas 12 waktu persekolahan akan dianggap ponteng sekolah 883 Ponteng perhimpunan 3 884 Ponteng kegiatan luar bilik darjah/kokurikulum 3 885 Ponteng ujian 3 886 Ponteng peperiksaan 6 912 Kenakalan/ Hooliganism 3 913 Kesalahan siber 3 914 Membawa telefon bimbit ke sekolah 3 Tindakan akan diambil bagi sebarang salahlaku yang tidak disenaraikan di atas tertakluk kepada keputusan JAWATANKUASA DISIPLIN SEKOLAH.

Page 8: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

8

LAMPIRAN A KEKEMASAN DIRI

Kod Huraian Markah Demerit 331 1. Fesyen rambut yang keterlaluan dan bertentangan 3 dengan peraturan sekolah tidak dibenarkan. (selepas 2 amaran) 2. Tidak boleh mengguna gel rambut, mousse, hair cream (dibasuh serta-merta). 3. Rambut yang melepasi kolar kedua mesti diikat. 4 . Anak rambut tidak dibenarkan melebihi paras kening mata. Harus dipotong serta-merta. 5. Rambut di sebelah telinga/ pipi tidak boleh dilepaskan. Mesti dipinkan. (Dapatkan 5 pin dengan harga RM 0.20 untuk dipinkan serta-merta) 6 . Tidak dibenarkan mewarnakan rambut. Pelajar yang warnakan rambut diminta balik dengan ibubapa/penjaga untuk mewarnakan balik rambut ke warna asal.Pelajar berkenaan diminta melapor kepada guru disiplin pada keesokan hari. 7. Pelajar yang mempunyai warna rambut selain hitam (semulajadi) mesti hantar surat yang ditulis dan ditandatangani oleh ibu bapa kepada guru disiplin dan bayaran RM 1 untuk kad kebenaran. 8. Riben, sepit rambut ,dan ‘hair band’ dan getah yang berwarna putih, hitam, biru, coklat dan kelabu sahaja dibenarkan (warna emas dan perak tidak dibenarkan).Barang tersebut akan dirampas dan pelajar diminta dapatkan 5 gelung getah dengan harga RM0.20. FESYEN RAMBUT YANG TIDAK DIBENARKAN

LONG FRINGE HAIR OVER SECOND COLLAR

Page 9: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

9

FESYEN RAMBUT YANG TIDAK DIBENARKAN

SPIKY HAIR SIDEBURN

Kod Huraian Markah Demerit 332 1. Para pelajar mestilah berkuku pendek. Jika ditangkap 3 pelajar mesti mendapatkan pengetip kuku dengan harga RM0.70 dan memotong kuku pada masa itu juga. 2. Para pelajar tidak dibenarkan menyapu pewarna kuku atau varnis kuku.Jika ditangkap pelajar mesti mendapatkan “Nail Polish Remover”dengan harga RM0.20 dan membersihkan pada masa itu juga. 334 1(a) Mesti memakai pakaian seragam dengan lengkap. Lencana sekolah harus dijahit sepenuhnya pada tempat yang ditetapkan. (b)Mesti memakai pakaian unit beruniform setiap hari Rabu. Jika pelajar tidak memakai uniform yang ditetaplan akan didenda dengan menghadiri kelas tahanan. Jika gagal menghadiri kelas tahanan, mereka akan diberi markah 3 demerit. 2. Mesti memakai pakaian seragam yang melepasi lutut. 3. Semasa menghadiri ucapan/ aktiviti khas di sekolah/ melawat ke sekolah, pelajar mesti pakai kemeja-T sekolah dengan seluar PJ sekolah. 4. Pelajar-pelajar harus mencangkuk ‘buckle’ pakaian seragam mereka sepanjang masa. Pelajar yang ditangkap mesti membayar RM 0.50 untuk jarum dan benang. Pengawas akan menjahitnya dan pelajar mesti berjumpa dengan guru disiplin selepas waktu persekolahan untuk membuka jahitan. 5. Para pelajar tidak dibenarkan memakai kemeja yang berkolar tebal. Hanya pengawas, ketua dan penolong ketua darjah, pengawas rehat dan pengawas perpustakaan dibenarkan untuk memakainya. Untuk pelajar yang memakai kemeja yang bukan berkolar tebal, butang pertama mesti dipasang. Lengan baju tidak boleh dilipat. Jika dilipat, lengan pelajar akan dijahit serta-merta dan bayaran RM 2 mesti dibuat untuk jarum dan benang.

Page 10: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

10

6. Seluar pendek dan baju kemeja-T tidak dibenarkan dipakai selepas pelajaran jasmani. 7. Pada waktu latihan rumah sukan, olahraga dan permainan, baju kemeja-T mengikut warna rumah mesti dipakai. 8. Mesti sentiasa memakai tag nama. Sekiranya tag nama hilang atau rosak, pelajar akan didenda sebanyak RM 0.50. Tag nama sementara akan dibekalkan. Tag nama mesti dipinkan dan bukan diklipkan (pin pada sebelah atas lencana sekolah). Pelajar dilarang memakai tag nama selain daripada nama sendiri dan dilarang menconteng tag nama. 9. Para pelajar tidak dibenarkan memakai kerongsang. 10(a)Para pelajar Melayu hanya dibenarkan memakai anak tudung yang berwarna putih atau hitam sahaja. (b)Para pelajar dikehendaki memakai tudung pelajar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 11. Mereka juga tidak dibenarkan melipat lengan baju. Sesiapa yang didapati melipat lengan baju akan dijahit serta-merta serta membayar denda RM 0.50. 12. Para pelajar beragama Hindu hanya dibenarkan memakai pottu hitam berdiameter tidak melebihi 0.5 cm. 13. Stoking pelajar harus dilipat dengan kemas dan hanya stoking putih dibenarkan. Stoking yang berjenama (Nike, Body Glove dan sebagainya) akan dirampas dan mesti membeli stoking yang berharga RM 2 yang akan dibekalkan oleh sekolah. Panjang sarung kaki mesti melepasi paras pergelangan kaki sekurang-kurangnya 5 cm. 14. Hanya kasut putih kanvas sekolah dibenarkan. Kasut ‘high-top’ tidak dibenarkan dan para pelajar tidak dibenarkan menconteng kasut. Jika pelajar ditangkap memakai kasut lain selain kasut kanvas, pelajar mesti membayar RM 2 sebagai cagaran sewa kasut yang akan dibekalkan oleh sekolah. 15. Jika pelajar memakai selipar ke sekolah tanpa alasan yang munasabah pelajar tersebut mesti menyewa kasut – sewanya ialah RM 2. 16. Para pelajar dilarang memakai barang dan lencana yang tidak berkaitan dengan sekolah. 17. Para pelajar tidak dibenarkan memakai sebarang rantai kecuali dengan kebenaran P.K. HEM. Pelajar harus meminta kebenaran secara bertulis dan bayaran sebanyak RM 1 akan dikenakan untuk kad kebenaran. 18. Para pelajar dilarang memakai tali yang dililit beberapa kali di pergelangan tangan. Pelajar hanya boleh memakai tali yang diikat seutas sahaja di pergelangan tangan. 19. Jam tangan sebarang saiz dibenarkan. 335 1. Subang duduk (ear studs) yang mempunyai warna sekolah, emas dan perak sahaja dibenarkan. Subang gantung (dangling earrings) tidak dibenarkan.

Page 11: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

11

2. Para pelajar tidak boleh memakai lebih daripada satu pasang subang dan kedua-duanya mesti sama. 3. Sebarang subang telinga atau “ear stud” ekstra akan dirampas. 4. Subang mestilah dipakai pada lubang pertama. Diameter subang tidak harus melebihi 0.5 cm. 5. Subang hidung “nose stud” tidak dibenarkan. 6. Sebarang ‘body piercing’ tidak dibenarkan. 7. Para pelajar tidak dibenarkan memakai sebarang barang kemas. 8. Para pelajar dilarang menggunakan dan membawa alat solek ke sekolah. * SEMUA WANG DENDAAN DISALURKAN KEPADA TABUNG PIBG. LAMPIRAN B 1. Loceng pertama - 7.25 pagi.

Loceng kedua - 7.35 pagi. Lewat ke perhimpunan - Pelajar yang belum sampai ke tempat perhimpunan akan membuat kerja amal. Lewat ke sekolah - Pelajar yang belum masuk kawasan sekolahpada 7.25 pagi akan membuat kerja amal. Pelajar yang lewat sebanyak 3 kali akan menghadiri kelas tahanan.Jika gagal menghadiri kelas tahanan, 3 markah demerit diberi,

2. Semua pelajar mesti hadir di kawasan perhimpunan 5 minit sebelum loceng elektrik berbunyi pada waktu pagi dan selepas masa rehat.

3. Sebaik sahaja loceng elektrik berbunyi, semua pelajar mesti berada di tempat perhimpunan. Setiap kali lewat untuk perhimpunan pagi, pelajar dikehendaki menjalankan perkhidmatan komuniti. Apabila loceng kedua dibunyikan, pelajar mestilah senyap dan bersiap-sedia untuk mendengar pengumuman.

4. Semasa di sekolah, pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada pihak sekolah.

5. Setiap pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah, persatuan atau permainan mesti memberi surat akuan doktor atau surat daripada ibu bapa / penjaga dengan memberitahu sebab-sebabnya kepada guru berkenaan.

6. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memasuki bilik darjah sebelum perhimpunan sekolah pada waktu pagi dan masa rehat tanpa kebenaran guru. 2 orang pelajar bertugas membersihkan bilik darjah masingmasing selepas sekolah.

7. Pelajar-pelajar yang keluar untuk masa rehat pertama tidak dibenarkan mencari pelajar yang keluar pada masa rehat kedua dan sebaliknya.

* Pelajar yang melanggar dasar MBMMBI sewaktu di sekolah akan dicatat nama oleh guru atau pengawas sekolah. Pelajar yang namanya dicatat 3 kali ke atas, diwajibkan menyertai kelas tahanan yang ditetapkan oleh pihak sekolah pada waktu tertentu. Jika pelajar gagal hadiri kelas tahanan, 3 markah demerit diberi.

Page 12: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

12

LAMPIRAN C BARANG LARANGAN Senarai barang di bawah adalah barang larangan yang tidak dibenarkan dibawa ke sekolah kecuali bersertakan tandatangan guru. Tarikh berkuatkuasa: 1/1/2004 A) Rampas dengan demerit 1. Sebarang pita video/CD/VCD/DVD 2. Sebarang pakaian luar/pakaian luar dalam uniform 3. Cermin mata/kanta mata yang mempunyai kanta berwarna 4. Sebarang ‘liquid paper’ dan ‘correction sticker’ 5. Sebarang barangan emas dan barangan elektronik (seperti ‘walkman’, ‘discman’,

‘game and watch’, telefon bimbit dan ‘organizer’) 6. ‘Bubble gum’ dan ‘chewing gum’ 7. Pemetik api, mancis, mercun dan bunga api. 8. Daun terup / kad judi 9. Pisau dan ‘pen knife’ 10. Sebarang barang emas kecuali subang B) Rampas tanpa demerit 1. Sebarang pita rakaman serta kertas liriknya 2. Sebarang katalog barangan 3. Sebarang buku Tamil atau Cina kecuali buku-buku teks dan buku-buku

perpustakaan sekolah 4. Sebarang fotograf kecuali fotograf sendiri berukuran pasport/kad pengenalan.

Fotograf yang berkaitan dengan aktiviti sekolah mesti bersertakan tandatangan guru berkenaan

5. Sebarang buku autograph (hanya dibenarkan pada minggu Hari Kesyukuran) 6. Sebarang rantai kunci dengan gambar bintang–bintang filem/penyanyi 7. Sebarang lencana dengan gambar bintang-bintang filem/penyanyi 8. Sebarang ‘soft toy’ dalam pelbagai bentuk 9. Sebarang alat-alat perhiasan diri, terutamanya manik, tali berwarna-warni

(‘friendship bands’) dan tali berpintal-pintal kecuali tali seurat dari tokong 10. Sebarang poster, poskad, pelekat (sticker), beg, penanda buku dan kotak pensel

yang bergambar bintang-bintang filem/penyanyi 11. Sebarang hadiah, kek hari jadi, ubat dan alatan sukan kecuali yang disemak dan

disimpan oleh guru tingkatan. 12. Sebarang alat solek (seperti gincu, air wangi, ‘compact powder’ dan sebagainya) 13. Sebarang gula-gula dan makanan ringan 14. ‘Confetti’ 15. ‘Marker pen’ 16. Pembaris besi 17. ‘Wind breaker’ 18. ‘Film negatives’ 19. ‘Reload card’ 20. Subang tambahan (Extra earrings).

* * *

Page 13: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

13

C) Bahan yang akan dirampas tetapi bukan barang larangan 1. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan buku teks dan buku rampaian dan lain lain

di dalam kelas. Pelajar yang bersalah dikehendaki menghadiri kelas tahanan. D) Lain-lain hal 1. Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga barangnya sendiri – buku teks, dompet

dan barang-barang bernilai yang lain.Pihak sekolah tidak akan mengadakan “ spot check” ke atas seberang kehilangan wang tunai.

Semua barang yang dirampas tidak akan dipulangkan kecuali yang bertanda*. * - Dirampas dan hanya akan dipulangkan kepada ibu bapa/penjaga pelajar pada masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Barang-barang lain yang tidak disenaraikan di atas dan dianggap tidak sesuai boleh dirampas oleh JAWATANKUASA DISIPLIN SEKOLAH.

Page 14: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

14

Langkah-langkah yang akan diambil oleh Lembaga Disiplin Sekolah Bil. Jumlah Markah Demerit

yang diperoleh Langkah–langkah yang akan diambil oleh Lembaga Disiplin Sekolah

1 Kurang daripada 12 markah Nasihat: jika perlu, rujuk kepada Guru Bimbingan

2 12 markah Kelas Tahanan Pengetua / P.K.HEM / AJK Disiplin berdialog dengan ibu bapa / penjaga serta guru berkenaan Rujuk kepada Guru Bimbingan

3 18 markah 3.1. Kelas Tahanan Pengetua / P.K.HEM / AJK Disiplin berdialog dengan ibu bapa / penjaga Rujuk kepada Guru Bimbingan 3.2. Menjalankan tugas hukuman – membuat semua tugas kelas selama 5 hari

4 21 markah 4.1. Kelas Tahanan Ibu bapa / penjaga dipanggil berdialog dengan pengetua / P.K.HEM 4.2. Gantung sekolah selama 3 hari, iaitu pada hari Selasa, Rabu dan Khamis (mesti datang ke sekolah pada hari Isnin dan Jumaat) 4.3. Membuat tugas hukuman (semua tugas kelas) selama 5 hari, iaitu pada hari Isnin dan Jumaat serta 3 hari pada minggu berikutnya

5 24 markah 5.1. Kelas Tahanan Ibu bapa / penjaga dipanggil berdialog dengan Pengetua / P.K.HEM 5.2. Gantung sekolah selama 3 hari, iaitu pada hari Selasa, Rabu dan Khamis (mesti datang ke sekolah pada hari Isnin dan Jumaat) 5.3. Membuat tugas hukuman (semua tugas kelas) selama 5 hari, iaitu pada hari Isnin dan Jumaat serta 3 hari pada minggu berikutnya.

6 27 markah Buang sekolah – tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

Catatan:- Peraturan disiplin sekolah tertakluk kepada pindaan oleh pihak sekolah.

Page 15: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

15

PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM Kegiatan kokurikulum sekolah merangkumi 3 kategori, iaitu:

i. Unit Beruniform ii. Kelab/Persatuan iii. Sukan dan Permainan.

1. Penyertaan Aktiviti Kokurikulum

1.1. Setiap pelajar diwajibkan menyertai tiga aktiviti kokurikulum, iaitu Unit Beruniform, Persatuan/Kelab, Sukan dan Permainan.

1.2. Pelajar mesti menyertai Rumah Sukan dan Unit Beruniform yang sama setiap tahun manakala Persatuan/Kelab boleh ditukar setiap tahun atas sebab yang munasabah kecuali Kelab Koir, Kelab Orkestra, Kelab APD dan Kelab Tarian

1.3. Pelajar yang bermasalah kesihatan atau mempunyai surat pengesahan doktor wajib hadir tetapi dikecualikan daripada menyertai aktiviti kokurikulum. Surat pengesahan doktor perlu diserahkan kepada guru tingkatan, guru penasihat dan PKKK.

2. Peraturan

2.1. Pelajar wajib pakai pakaian seragam unit beruniform semasa kegiatan kokurikulum.

2.2. Semua pelajar mesti berdisiplin dan mengutamakan keselamatan. 2.3. Pelajar tidak boleh meninggalkan tempat aktiviti tanpa kebenaran guru

penasihat. 2.4. Pelajar yang menyertai kegiatan di luar sekolah sama ada dianjurkan oleh

pihak sekolah atau pihak lain, mesti menyerahkan borang kebenaran yang ditandatangani oleh ibu bapa/waris kepada guru penasihatnya.

2.5. Guru penasihat dan ahlinya wajib memastikan alatan disimpan dengan baik,lampu, kipas dan lain-lain alatan lektrik dipadamkan serta tempat kokurikulum dikemaskan selepas aktiviti.

2.6. Untuk pelajar tingkatan 4 dan 5, kegiatan kokurikulum hanya akan direkodkan dalam Sijil Berhenti Sekolah sekiranya kedatangan setiap tahun mencapai sekurang-kurangnya 50%.

3. Penghargaan

3.1. Pelajar tingkatan 5 yang berkhidmat sebagai AJK dan ahli pasukan sekolah yang telah memberi sumbangan akan menerima sijil penghargaan. Pemberian sijil adalah tertakluk kepada kelakuan pelajar.

3.2. Pihak sekolah akan memberi sijil penyertaan/sijil penghargaan kepada pelajar yang menyertai/memenangi aktiviti kokurikulum

3.3. Setiap kejayaan di luar sekolah hendaklah dilaporkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum dengan mengisi borang Rekod Pencapaian Sekolah untuk dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Page 16: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

16

4. Penilaian

Berdasarkan garis panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah, aspek-aspek kokurikulum yang dinilai terdiri daripada : 4.1. Kehadiran 4.2. Pencapaian 4.3. Penglibatan 4.4. Jawatan Disandang 4.5. Peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti berikut.

Aspek Penilaian

% Markah

Kehadiran 50 Pencapaian 20 Penglibatan 20

Jawatan Disandang 10 Jumlah 100

4.6. Markah aspek Kehadiran diperuntukkan 50%. Ini bertujuan untuk

menggalakkan pelajar hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika

pelajar sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan, sebab-sebab lain yang munasabah, (ketidakhadiran perlulah dengan pengetahuan pihak sekolah)

Markah Kehadiran = (Bilangan kehadiran) X 50

(Jumlah hari kegiatan – Bilangan hari tidak hadir bersebab)

4.7. Markah Aspek Pencapaian ialah 20%. Pencapaian yang dinilai hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga di peringkat Sekolah, Zon/Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa. Markah pencapaian adalah seperti berikut.

Peringkat

Pertandingan Johan

Naib Johan

Ketiga

Sekolah 8 7 6

Zon/Daerah/Bahagian 11 10 9 Negeri 14 13 12

Kebangsaan 17 16 15 Antarabangsa 20 19 18

Page 17: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

17

4.8. Markah Aspek Penglibatan ialah 20%. Markah diberikan kepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka dalam aktiviti mengikut tahap penglibatan. Markah-markah adalah seperti berikut.

Peringkat Penglibatan

Markah

Sekolah 8

Zon/Daerah/Bahagian 11 Negeri 14

Kebangsaan 17 Antarabangsa 20

4.9. Markah Aspek Jawatan Disandang ialah 10%. Markah diberi kepada

individu yang memegang sesuatu jawatan dan juga ahli-ahli biasa. Agihan markah adalah seperti berikut.

Badan Beruniform

Jawatan Markah Pengakap Raja/Pandu Puteri Raja/PW1/Bentara Kanan Sub-Inspektor/Drum Major/Pangkat-Pangkat lain yang difikirkan sama taraf

10

PWII/Staf Sarjan/Sarjan Mejar/Anugerah Ketua Pesuruh-jaya/Pangkat-Pangkat lain yang difikirkan sama taraf

8

Sarjan/Penolong Trup/PP Kelas 1/Ketua Platun/Pangkat- Pangkat yang difikirkan sama taraf

7

Koperal/Lans Koperal/Ketua Patrol/Penolong Ketua Patrol/AJK/’House Leader’/’Section Leader’/Jawatan-Jawatan lain yang difikirkan sama taraf

5

Pra-Persetiaan/Ahli Aktif 3 Ahli Biasa 1

Persatuan/Kelab/Sukan/Permainan

Jawatan Markah Pengerusi/Presiden/Kapten Pasukan/Ketua Pasukan Sukan/Permainan/Ketua Rumah

10

Timbalan Pengerusi/Naib Pengerusi 8 Setiausaha/Bendahari 7 Penolong Setiausaha/Penolong Bendahari 6 Ahli Jawatankuasa 5 Ahli Aktif 3 Ahli Biasa 1

Page 18: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

18

4.10 Markah Bonus. Markah bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh pelajar dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Perjawatan tersebut merangkumi :

Perjawatan Peringkat Sekolah seperti pengawas, pengawas perpustakaan,

dan sebagainya. Perjawatan Peringkat Rumah seperti ketua rumah, ketua bilik/asrama dan

sebagainya. Perjawatan Peringkat Kelas seperti ketua kelas dan sebagainya.

Bagi setiap jawatan tersebut markah bonus diberikan sebagai pengiktirafan kepada pelajar di atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun. Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti berikut.

Jawatan Markah

Bonus Ketua Pengawas 10 Penolong Ketua Pengawas 8 Pengawas 7 ‘Editor’/Pengawas Perpustakaan/Pengawas Rehat/ Ketua Kelas/Ketua Rumah/Ahli Pandang Dengar

6

‘Assistant Editor’/Penolong Ketua Rumah/ Penolong Ketua Kelas/Bendahari Kelas/Ahli Jawatankuasa Majalah Sekolah/Koperasi Sekolah/ Pasukan SPBT

5

Penolong Ketua/Pengerusi/Setiausaha/Bendahari Badan-Badan Perkhidmatan

3

AJK Keceriaan Kelas/AJK Pemantauan Kelas/ AJK NILAM

2

Anugerah Khas

Jawatan Markah Bonus

Anugerah Remaja Perdana Emas 10 Perak 7 Gangsa 5 Pingat Hang Tuah Kebangsaan/Tunas Jaya Kebangsaan 10 Pencapaian Aktiviti Kokurikulum di luar negara atas pembiayaan sendiri

Johan 5 Naib Johan 3 Ketiga 2 NILAM 5 Lain-Lain Anugerah yang setara 5

Page 19: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

19

Setiap pelajar hanya layak menerima markah bonus untuk jawatan yang paling tinggi yang disandang setiap tahun.

Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab-sebab tindakan tatatertib atas kes disiplin, maka markah bonus ini tidak layak dimasuk kira.

Markah Bonus dari jadual tidak boleh diubahkan. ‘Editor’/’Assistant Editor’/AJK Majalah Sekolah – Markah Bonus di beri

pada tahun majalah diterbit. (Dua tahun sekali sahaja)

4.11 Gred Keseluruhan Gred keseluruhan bermaksud gred yang yang diperolehi oleh pelajar dalam dua dari tiga jenis kegiatan kokurikulum yang dianggotai berserta markah bonus. Dua bidang kegiatan dipilih bergantung kepada prestasi markah yang diperolehi, iaitu dua bidang yang menunjukkan prestasi tertinggi.

Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah kedua-dua kegiatan kokurikulum yang diperolehi dan mendapatkan purata bagi kedua-dua markah tersebut. Kemudian nilai tersebut dicampurkan dengan markah bonus yang diperoleh. Hasil tambah tersebut dipadankan dengan nilai gred sebagaimana yang terdapat pada 4.12.

4.12 Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum

Gred penilaian setiap markah yang diperoleh adalah seperti berikut :

Gred

Markah

A 80% - 100% B 60% - 79% C 40% - 59% D 20% - 39% E 19% ke bawah

Page 20: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

20

SISTEM PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN 1. Ujian dan Peperiksaan yang dijalankan setahun.

Jenis ujian / peperiksaan Tarikh-tarikh dijalankan Ujian sekolah pertama / kedua Peperiksaan Pertengahan Tahun Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM Peperiksaan Akhir Tahun

Dijalankan mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan dalam takwim sekolah. Pihak sekolah akan memaklumkan kepada semua pelajar sekiranya ada sebarang pindaan tarikh

2. Markah lulus untuk setiap mata pelajaran bagi semua tingkatan ialah 40. 3. Markah Ujian / Peperiksaan

3.1 Pemberian markah bagi kes-kes ketidakhadiran 3.1.1 Semasa ujian sekolah

a. Pelajar yang tidak hadir tanpa sebab / surat akuan doktor berdaftar / surat ibu bapa akan diberi 0 markah dan 3 markah demerit ( Kod 885 ).

b. Pelajar yang tidak hadir dengan surat akuan doktor berdaftar / surat ibu bapa akan diberi ‘ TH ‘.

c. Pelajar yang tidak hadir kerana menghadiri majlis pengebumian keluarga dengan menyerahkan salinan sijil kematian akan diberi ‘TH’

3.1.2 Semasa peperiksaan a. Pelajar tidak hadir tanpa sebab / surat akuan doktor berdaftar akan

diberi 0 markah dan 6 markah demerit ( Kod 886 ). Surat ibu bapa tidak diterima untuk ketidakhadiran semasa peperiksaan.

b. Untuk kes-kes khas ( cth. Campak ) jika terima surat daripada ibu bapa / ibu bapa datang sendiri untuk menjelaskan sebab akan diberi 0 markah tanpa markah demerit.

3.1.3 Pelajar yang dianggap sebagai ‘ tidak hadir’ (TH) ialah seperti berikut:

a. Sakit dan menyerahkan surat akuan doktor berdaftar. b. Menghadiri pengebumian keluarga terdekat sahaja dan

menyerahkan salinan surat daftar kematian. c. Mewakili sekolah, negeri dan negara dalam sukan atau

pertandingan anjuran Jabatan Pelajaran. d. Tidak menduduki salah satu kertas daripada dua atau tiga kertas

soalan dalam mata pelajaran yang sama dengan sebab a / b / c di atas.

Page 21: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

21

3.2 Syarat lulus peperiksaan PPT, PAT dan Percubaan PMR/SPM adalah seperti berikut:

Tingkatan Mesti Lulus Tingkatan 1 hingga 3 i. Pelajar yang mengambil 7 subjek sahaja ii. Pelajar yang mengambil

Pendidikan Islam / Bahasa Cina / Bahasa Tamil

- Lulus 7 subjek: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Kemahiran Hidup, Geografi dan Sejarah. - Lulus 7 subjek seperti di atas dan subjek tambahan yang diambil.

Tingkatan 4 dan 5 i. Kelas Sains ii. Kelas Kemanusiaan / Prinsip Akaun

- Lulus 5 subjek: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Biologi / Kimia / Fizik - Lulus 5 subjek: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains

4. Kedudukan dalam kelas dan dalam tingkatan ditentukan dengan

a. Lulus / gagal sesuatu mata pelajaran b. Purata markah keseluruhan

Pelajar yang telah diberi TH dalam mana-mana mata pelajaran tidak akan diberi kedudukan.

5. Pada akhir tahun, penyusunan untuk kenaikan tingkatan adalah berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Bagi kes-kes khas, pihak sekolah berkuasa untuk membuat pindaan.

6. Selepas PPT, slip keputusan peperiksaan hanya akan diberikan kepada ibubapa / waris pada Hari Interaksi Guru dengan Ibubapa. Slip keputusan peperiksaan tidak akan diserahkan kepada pelajar sehingga ibu bapa datang untuk mengambilnya. Slip keputusan peperiksaan akan disimpan oleh guru tingkatan sehingga ibubapa/waris datang mengambilnya.

7. Slip keputusan peperiksaan mesti ditunjukkan kepada ibu bapa atau waris untuk disemak / ditandatangani dan disimpan dalam fail peperiksaan.

8. Peraturan-peraturan Ujian dan Peperiksaan 8.1 Tempat duduk mengikut nombor dalam senarai nama kelas. Pelajar

tidak dibenarkan menukar tempat duduk. 8.2 Meja di dalam kelas disusun dalam baris berasingan dengan laci meja

menghala ke arah papan tulis.

Page 22: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

22

8.3 Letakkan buku-buku dan beg sekolah sama ada di hadapan atau di belakang kelas atau di tempat yang diarahkan oleh guru pengawas.

8.4 Tidak boleh datang lewat untuk ujian / peperiksaan. 8.5 Hanya alat tulis sahaja dibenarkan dibawa masuk ke bilik peperiksaan. 8.6 Pastikan tidak ada nota / catatan / formula di dalam dompet. 8.7 Hanya boleh jawab dalam kertas yang dibekalkan oleh pihak sekolah. 8.8 Kertas jawaban yang telah digunakan tetapi tidak diserahkan sebagai

skrip hendaklah dikoyak dan dibuang ke dalam bakul sampah. 8.9 Semua kertas jawaban hendaklah diikat dengan benang. Tidak

dibenarkan menggunakan stapler. 8.10 Angkat tangan untuk meminta kertas jawaban yang diperlukan atau

untuk sebarang pertanyaan. 8.11 Tulis nama pada pembalut kertas peperiksaan sekiranya hendak ke

tandas. 8.12 Tidak dibenarkan tidur, bercakap atau berkomunikasi dengan apa-apa

cara pun semasa peperiksaan. 8.13 Tidak dibenarkan meminjam barang-barang semasa peperiksaan. 8.14 Tidak dibenarkan meninggalkan bilik peperiksaan sebelum tamat

peperiksaan. 8.15 Tidak dibenarkan keluar atau balik awal kecuali dengan kebenaran

daripada AJK Penilaian dan Peperiksaan. 8.16 Tidak dibenarkan meniru atau memberi peluang kepada pelajar lain

untuk meniru. 8.17 Pelajar yang didapati meniru, memberi peluang kepada orang lain

meniru atau membawa masuk nota / catatan ke dalam bilik peperiksaan akan diberi 0 markah. Keputusannya akan dibatalkan dan 12 markah demerit akan diberi.

8.18 Bagi pelajar yang menghitamkan dua atau lebih ruang jawaban untuk satu soalan, 3 markah akan dipotong untuk setiap soalan daripada jumlah markah bagi kertas tersebut.

8.19 Untuk pelajar yang tidak menulis nama pada kertas jawaban, sebanyak 3 markah akan dipotong daripada jumlah markah bagi kertas tersebut.

8.20 Sebelum kertas jawaban dikutip, pelajar mesti senyap dan tidak boleh meninggalkan tempat duduk masing-masing. Pelajar tidak boleh meninggalkan bilik peperiksaan sehingga arahan diberi oleh guru pengawas.

Page 23: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

23

BILIK DARJAH 1. Pelajar tidak dibenarkan berlumba-lumba masuk dan keluar dari bilik darjah. 2. Apabila guru masuk atau keluar dari kelas, pelajar harus berdiri untuk memberi hormat. 3. Pelajar mesti berada di tempat duduk masing-masing. Pelajar tidak dibenarkan

berkumpul dan merayau-rayau di kaki lima sekolah atau duduk sambil berbual- bual di atas lantai berdekatan dengan pintu di bilik darjah.

4. Pelajar tidak boleh menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran guru. 5. Pelajar dilarang meninggalkan kelas tanpa kebenaran guru. Pelajar yang mendapat kebenaran untuk keluar dari kelas mesti menggunakan pas keluar and klipkan pas keluar di hadapan baju sekolah. Hanya seorang pelajar sahaja yang boleh keluar pada satu masa. 6. Pelajar mesti berbaris dengan senyap dalam dua barisan sebelum dan semasa

bergerak ke bilik khas atau padang. Ketua Kelas mest berada di hadapan barisan dan Penolong Ketua Kelas di belakang barisan.

7. Sewaktu pelajaran dijalankan, pelajar mesti menumpukan perhatian pada pelajaran. Pelajar tidak dibenarkan tidur atau menjalankan aktiviti lain tanpa kebenaran guru. 8. Pelajar harus berdiri semasa menanya soalan atau menjawab soalan guru. Pelajar- pelajar lan dikehendaki berdiam diri ketika itu. 9. Pelajar tdak dbenarkan makan di dalam kelas. 10. Pelajar dilarang menconteng atau merosakkan harta benda di dalam bilik darjah. Jika berlakunya kes tersebut, ketua kelas harus melaporkan kepada guru tingkatan untuk tindakan selanjutnya. 11. Pelajar yang menjalankan tugas harian kelas wajib menjalankan tugas 10 minit sebelum sekolah bersurai setiap hari persekolahan. 12. Pelajar mesti menunggu di tempat duduk masing-masing sebelum loceng tamat sekolah berbunyi. Pelajar tidak boleh berkumpul di pintu bilk darjah atau beratur di luar bilik darjah. 13. Pelajar dilarang menyimpan sebarang buku di dalam bilik darjah atau di dalam almari selepas sekolah. Pemilik buku yang tertinggal akan didenda menghadiri kelas tahanan. 14. Pelajar dilarang berada di bilik darjah selepas sekolah. 15. AJK Kebersihan dan Keceraian: 15.1 Memastikan papan notis dan sudut-sudut bacaan di dalam bilik darjah dihiasi dan dikemaskini. 15.2 Mengarahkan pelajar menjalankan tugas harian kelas. Memberitahu ketua kelas sekiranya terdapat pelajar yang tidak menjalankan tugas atau dengan tidak sempurna. 15.3 Memastikan almari bilik darjah bersih dan kemas serta tidak tersimpan buku- buku pelajar. Sekirany terjumpa buku-buku pelajar, laporkan kepada guru tingkatan dengan segera. 15.4 Memastikan langsir bilik darjah digantung dengan kemas. 15.5 Memastikan meja guru dan perabot bilik darjah bersih dan kemas. 15.6 Mengembalikan langsir kelas yang telah dicuci kepada guru tingkatan sebelum akhir sesi akademik.

Page 24: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

24

16. AJK Pemantauan Kelas 16.1 Mengambil fail pemantauan kelas dari bilik guru disiplin sebelum waktu pertama dan menyerah balik fail pada waktu selepas sekolah 16.2 Mengemaskinikan butir-butir pada borang pemantauan kelas. 16.3 Membawa fail pemantauan kelas ke tempat pengajaran-pembelajaran dijalankan (bilik khas dan padang) 16.4 Memastikan setiap guru yang memasuki kelas memantau kelas dan menurunkan tandatangan pada pemantauan kelas. 17. Bendahari Kelas 17.1 Mengumpul dan menyimpan wang tabung kelas yang berjumlah RM 30/= ke bawah. Sekiranya wang tabung lebih dari jumlah itu, serahkan wang berlebihan itu kepada guru tingkatan untuk disimpan. 17.2 Mengemaskinikan buku akaun kelas untuk disemak oleh guru tingkatan. 17.3 Membuat bayaran latihan fotostat kepada guru-guru yang berkenaan. 17.4 Menyerahkan baki wang tabung kelas kepada guru tingkatan untuk disumbangkan kepada Lembaga Pengurus/Pengelola Sekolah. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA KELAS Organisasi sesebuah kelas akan menjad lebih berkesan dan disiplin kelas lebih teratur dengan adanya seorang ketua kelas yang efisien dan bertanggungjawab. Pihak sekolah menyenaraikan tugas dan tanggungjawab Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif. 1. Memastikan pelajar berbaris dengan teratur dan senyap mengikut kelas masing- masing semasa perhimpunan dan memastikan mereka bergerak dengan teratur selepas perhimpunan dan selepas waktu rehat. Berbaris di hadapan barisan kelas setiap kali beratur semasa perhimpunan. Penolong Ketua Kelas pula berbaris di belakang barisan kelas. 2. Menjaga disiplin di dalam kelas apabila tiada guru di dalam kelas. 3. Mengarah pelajar bangun untuk memberi salam sebelum dan selepas waktu pelajaran. 4. Mencatat dan menyerahkan nama-nama pelajar yang melanggar disiplin dan peraturan bilik darjah kepada guru matapelajaran/guru tingkatan/guru disiplin untuk diambil tindakan. 5. Mencatat dan menyerahkan nama pelajar yang keluar dari kelas tanpa kebenaran guru matapelajaran. 6. Mengarah semua pelajar berbaris dengan senyap dalam dua barisan sebelum dan semasa bergerak ke bilik khas atau padang. 7. Memastikan lampu dan kipas dipadam sebelum meninggalkan bilik darjah. 8. Membantu AJK Kebersihan dan Keceraian dalam menjaga kebersihan kelas. 9. Mencatat dam menyerahkan nama-nama pelajar yang tidak menjalankan tugas harian kelas atau tidak menjalankan tugas dengan sempurna kepada guru tingkatan. 10. Mencar guru sekiranya guru tidak memasuki kelas selepas 10 minit loceng berbunyi. Sementara itu Penolong Ketua Kelas akan menjaga disiplin di dalam kelas. 11. Memberitahu guru tentang lokasi kelas sekiranya berlaku perubahan kelas.

Page 25: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

25

12. Mencatat kedatangan harian dan nama pelajar yang tidak hadir di papan tulis kelas setiap hari. 13. Memberitahu guru tingkatan tentang kedatangan harian kelas sebaik sahaja selepas waktu pertama. 14. Melantik seorang pelajar membantu menghantar buku untuk setiap matapelajaran dan seterusnya memaklumkan nama-nama pelajar tersebut kepada guru matapelajaran masing-masing. 15. Memastikan pintu-pintu dan tingkap-tingkap bilik darjah dikunci sebelum waktu rehat, sebelum sekolah bersurai atau sekiranya tiada pelajar di dalam kelas. 16. Melaporkan kerosakan di dalam bilik darjah kepada guru tingkatan. 17. Membawa fail pemantauan pada masa latihan kawad api. 18. Mengembalikan kunci kelas, kunci tandas, pas keluar pelajar kepada guru tingkatan sebelum sesi akademik berakhir. 19. Menyusun dan menyimpan kerusi untuk perhimpunan sekolah. 20. Menghadiri semua mesyuarat Lembaga Ketua Kelas. 21. Berpakaian kemas pada setiap masa. 22. Mematuhi Perlembagaan Lembaga Ketua Kelas pada setiap masa. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KETUA KELAS 1. Membantu Ketua Kelas dalam semua tugas. 2. Mengambil alih tugas-tugas Ketua Kelas sekiranya Ketua Kelas tidak hadir atau tiada di kelas. 3. Menghadiri semua mesyuarat Lembaga Ketua Kelas. 4. Berpakaian kemas pada setiap masa. 5. Mematuhi Perlembagaa Lembaga Ketua Kelas pada setiap masa.

KEBERSIHAN 1. Kawasan Sekolah Semua pelajar mesti menjaga kebersihan sekolah, tidak membuang sampah merata-rata dan menolong menjaga kebersihan sekolah. Sekiranya terdapat sampah, pelajar perlu mengutip sampah itu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. 2. Bilik Darjah 5 minit sebelum tamat waktu persekolahan, setiap kelas diwajibkan 2.1 membersihkan laci pelajar dan sekitar tempat duduk. 2.2 memadamkan dan membersihkan papan hitam. 2.3 mengosongkan bakul sampah. 2.4 Pelajar yang bertugas mengosongkan bakul sampah mesti membuang sampah ke dalam tong sampah besar sekolah hanya setelah loceng tamat persekolahan berbunyi.

Page 26: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

26

3. Tandas 3.1 Kebersihan tandas adalah tanggungjawab semua pelajar. 3.2 Pastikan tiada sebarang kertas dan tisu di dalam sinki atau di lantai tandas. 3.3 Pastikan sinki tidak dikotorkan oleh pewarna dan bahan-bahan lain. 3.4 Tuala wanita yang terpakai mesti dibalut dan dibuang ke dalam tong tuala wanita yang disediakan. 3.5 Guna air dengan jimat dan tutup kepala paip dengan baik. 3.6 Laporkan kepada pihak sekolah dengan segera sekiranya terdapat terkesan sebarang kerosakan. KANTIN 1. Pelajar perlu pergi ke kantin pada waktu rehat yang betul. 2. Pengawas sekolah, pengawas rehat, petugas kedai koperasi sekolah keluar rehat

10 minit lebih awal. 3. Pelajar perlu berbaris semasa membeli makanan dan dilarang berebut. 4. Pelajar dibenarkan membeli maksimum 2 pinggan makanan sahaja. 5. Pelajar digalakkan menyediakan duit syiling yang tepat untuk membeli makanan. 6. Pelajar bertanggungjawab melaporkan makanan yang tercemar dan kes keracunan

makanan kepada guru bertugas. 7. Pelajar tidak boleh mengambil peralatan gerai untuk makanan bekalan sendiri. 8. Pelajar tidak boleh makan di meja guru (2 buah meja di hadapan gerai ban dan 1

di hadapan gerai Melayu). 9. Semua pinggan mangkuk, gelas dan kutleri mesti dikembalikan dan diletak ke

dalam besen-besen yang disediakan. 10. Pelajar mesti membasuh tangan sebelum dan selepas makan. 11. Pelajar tidak dibenarkan membuang tisu, sisa-sisa makanan atau sampah ke

dalam sinki. 12. Pelajar tidak dibenarkan merosakkan hiasan di kantin. 13. Pelajar hanya dibenarkan membawa makanan sendiri ke Beach Hall. 14. Pelajar tidak dibenarkan mengotorkan meja makan. 15. Pelajar tidak dibenarkan membeli makanan apabila loceng untuk masuk ke kelas

berbunyi. 16. Pelajar tidak dibenarkan bercakap dengan kuat atau berbuat bising semasa di

kantin atau Beach Hall. 17. Pelajar dilarang bermain dengan ketul ais. 18. Pelajar mesti menghormati pengusaha kantin dan mematuhi arahan pengawas

serta pengawas rehat.

Page 27: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

27

PANDUAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN Perpustakaan merupakan tempat menimba ilmu pengetahuan. 1. Pengguna-pengguna perpustakaan

1.1 Semua pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima 1.2 Semua guru dan kakitangan sekolah

2. Waktu perpustakaan Isnin hingga Jumaat: 7:35 pagi – 4:30 petang 3. Peraturan-peraturan meminjam buku

3.1 Semua pengguna dibenarkan meminjam 2 buah buku fiksyen / bukan fiksyen, 2 buah Buku Tanda Merah (buku ulangkaji) dan 1 naskhah CD / DVD pada setiap pinjaman.

Jenis Buku Tempoh Masa Bilangan Pinjaman

a. Bahasa Melayu b. Bahasa Inggeris c. Bahasa Cina / Tamil

2 minggu Mana-mana 2 buah buku sahaja

d. Buka Ulangkaji 2 hari 2 buah buku sahaja e. CD / DVD 2 hari 1 naskhah sahaja

3.2 Semua peminjam buku akan dikenakan denda jika lewat memulangkan buku. Deanda adalah seperti berikut: a) 10 sen sehari untuk setiap buku fiksyen dan bukan fiksyen b) 50 sen sehari untuk setiap Buku Tanda Merah (buku ulangkaji) dan CD / DVD

3.3 Buku-buku yang hilang atau rosak dan tidak boleh dibaiki hendak digantikan dengan buku baru atau dibayar dengan nilai buku yang sepenuhnya.

3.4 Pinjaman buku tidak boleh disambung lebih daripada 2 kali. Pinjaman kali ketiga hanya boleh dibuat selepas 3 hari. 3.5 Pelajar mesti memakai tag nama semasa berada di perpustakaan dan menunjukkan kad pelajar semasa membuat pinjaman 3.6 Kad pelajar yang hilang akan dikenakan bayaran RM 2.00 untuk gantiannya.

4. Bahan-bahan yang tidak boleh dipinjam 4.1 Buku-buku bertanda ‘R” ( rujukan ) atau ‘TR’ ( rujukan guru ). 4.2 Majalah. 4.3 Keratan surat khabar. 4.4 Surat khabar. 4.5 Majalah sekolah. 4.6 Kamus.

5. Barang-barang yang tidak dibenarkan bawa masuk ke dalam perpustakaan 5.1 Beg-beg sekolah 5.2 Fail-fail besar/ fail berbentuk kotak 5.3 Minuman dan makanan

Page 28: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

28

5.4 Bekas minuman dan makanan 5.5 Barang-barang larangan sekolah 5.6 Sebarang buku / alat yang tidak dibenarkan oleh pihak sekolah.

6. Penggunaan Komputer 6.1 Pengguna mesti mendaftarkan diri dalam buku daftar penggunaan komputer

sebelum menggunakannya. 6.2 Setiap kali penggunaan hanya 30 minit jika ada pengguna lain. 6.3 CD / DVD yang hendak digunakan hanya CD / DVD perpustakaan sahaja. 6.4 CD / DVD yang hendak digunakan mesti dipinjam dan dipulangkan dalam

masa 2 hari 6.5 Melayari laman web hanya untuk tujuan pendidikan sahaja.

7. Kelakuan di dalam perpustakaan 7.1 Semua pengguna hendaklah berkeadaan senyap semasa berada di dalam

perpustakaan. 7.2 Segala perbincangan hendaklah dibuat dengan nada suara yang rendah

(pengawas perpustakaan berhak melarang / memperhentikan segala perbincangan yang terlalu tinggi suaranya)

7.3 Sesiapa yang meminjam buku tebal diminta meletakkan buku di atas meja supaya tidak merosakkan buku itu.

7.4 Buku-buku, majalah-majalah atau surat khabar dan bahan bacaan lain hendaklah disimpan semula di tempat asal.

7.5 Ambil senaskhah buku, majalah atau surat khabar sahaja untuk bacaan sendiri tiap-tiap kali membaca supaya pengguna lain berpeluang membaca juga.

7.6 Susun balik semua kerusi dan apa-apa jua yang telah digunakan. 7.7 Sesiapa yang didapati mengoyak, menoreh atau menconteng muka surat

buku, majalah atau surat khabar ataupun merosakkan apa-apa benda di perpustakaan akan disuruh menggantirugi harga barangan tersebut.

7.8 Semua sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam bakul sampah.

8. Maklumat am perpustakaan Kod buku Jenis buku Kod buku Jenis buku

000 Karya Am F Fiksyen Bahasa Inggeris 100 Falsafah dan Psikologi MF Fiksyen Bahasa Melayu 200 Agama CF Fiksyen Bahasa Cina 300 Sains Kemasyarakatan TF Fiksyen Bahasa Tamil 400 Bahasa R Rujukan 500 Sains Tulen dan Matematik TR Rujukan Guru 600 Teknologi (Sains Gunaan) RS Red Spot (Buku Ulangkaji) 700 Kesenian 800 Kesusasteraan 900 Geografi Am dan Sejarah &

Fahaman yang berkaitan

Page 29: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

29

9. Kad-kad pinjaman 9.1 Kad-kad pelajar adalah mengikut warna tag nama. 9.2 Pinjaman buku tidak boleh dibuat tanpa gambar pelajar (saiz pasport) pada

poket kad dan kad merah untuk Buku Tanda Merah. 9.3 Setiap poket kad yang hilang dikenakan bayaran sebanyak 30 sen. 9.4 Setiap kad pelajar yang berjalur dan kad merah yang hilang akan dikenakan

bayaran sebanyak 10 sen setiap satu. 10. Kod Pakaian 10.1 Setiap pengguna perpustakaan mesti berpakaian kemas dengan tag nama. 10.2 Kemeja-T sekolah atau badan-badan kokurikulum sahaja dengan seluar panjang sekolah atau ‘pinafore’ sahaja dibenarkan. PUSAT SUMBER MULTIMEDIA (PSM) Pusat Sumber Multimedia (PSM) sekolah menyediakan kemudahan komputer kepada warga sekolah. Kemudahan adalah termasuk: (a) Kelas ICT / Kelas Kemahiran Komputer. (b) Edutainment Center. Kemudahan-kemudahan di atas disediakan bertujuan mempertingkatkan pengetahuan warga sekolah terhadap kepentingan penggunaan komputer dalam semua bidang pada masa kini dan masa akan datang. Sekolah menyediakan peluang pembelajaran komputer kepada semua warga sekolah. 1. Kelas ICT / Kelas Kemahiran Komputer

1.1. PSM 1 disediakan oleh pihak sekolah atas bantuan oleh pihak PIBG dan PSM 2 ditaja oleh pihak INTEL. Kelas ICT sekolah menyediakan Kemahiran Komputer termasuk Pengenalan Asas Komputer, Pengenalan kepada Internet dan Aplikasi- aplikasi seperti Microsoft Office, Macromedia, Adobe serta lain-lain yang difikirkan bersesuaian.

1.2. Semua pelajar Tingkatan Satu dan Dua serta semua pelajar aliran Kemanusiaan diwajibkan mengikut kelas ICT mengikut Jadual Waktu Sekolah.

1.3. Kelas ICT ini akan dikendalikan oleh guru sekolah. 1.4. Sumbangan ICT ditetapkan oleh pihak PIBG dan dikutip dua kali setahun

iaitu pada permulaan Semester Pertama dan Semester Kedua setiap tahun akademik

1.5. Semua pelajar yang mengikuti kelas ICT mesti mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan guru kelas ICT.

1.6. Peperiksaan akan diadakan pada masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah / guru kelas ICT. Sijil akan diberikan kepada pelajar tingkatan 5 yang layak sahaja.

Page 30: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

30

2. Peraturan-peraturan PSM

2.1. Peraturan-peraturan PSM disediakan untuk menjamin keselamatan Pusat Sumber Multimedia. Selain itu, peraturan-peraturan yang disediakan juga adalah untuk memastikan sesi pembelajaran komputer dapat dijalankan dengan lancar.

2.2. Peraturan Am 2.2.1. Semua pengguna PSM mesti merekodkan nama,kelas,waktu mula

dan waktu tamat dalam BUKU REKOD KEGUNAAN yang disediakan.

2.2.2. Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam PSM tanpa kehadiran dan kebenaran guru.

2.2.3. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan kemudahan komputer semasa waktu persekolahan kecuali dengan kehadiran dan kebenaran guru.

2.2.4. Semua harta benda yang bernilai adalah menjadi tanggungjawab sendiri.

2.2.5. Semua pelajar bertanggungjawab membawa semua barangan sendiri semasa meninggalkan PSM. Pihak PSM tidak akan bertanggungjawab terhadap barangan yang hilang selepas pelajar meninggalkan PSM.

2.2.6. Semua pengguna hendaklah menjaga kebersihan PSM dan kebersihan tempat duduk masing-masing.

2.2.7. Pelajar yang mengotorkan PSM akan dihukum membersihkan PSM selama seminggu selepas waktu persekolahan.

2.2.8. Semua kerusi mesti dimasukkan ke dalam meja dengan kemas serta pastikan semua lampu, kipas dan suis penghawa dingin dipadamkan sebelum meninggalkan PSM. Komputer-komputer perlu ditutup setelah kelas tamat.

2.2.9. Pintu-pintu PSM mesti ditutup setelah kelas tamat. 2.2.10. Untuk keselamatan PSM, pengguna-pengguna tidak dibenarkan

memegang atau menyimpan kunci-kunci PSM. 2.2.11. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan / kejadian yang tidak

diingini, laporkan dengan segera kepada guru ICT dalam PSM / pentadbir sekolah.

2.2.12. Pelajar dilarang membuka atau bermain dengan sebarang komponen komputer untuk mengelakkan terkenanya kejutan (renjatan) elektrik.

2.2.13. Jika ada sesiapa terkena renjatan elektrik, tutup suis utama dengan segera.

2.2.14. Pelajar tidak dibenarkan makan atau minum dalam PSM. 2.2.15. Bekas minuman dan makanan tidak dibenarkan dibawa masuk

dalam PSM. 2.2.16. Pelajar mesti beratur dalam dua barisan sebelum masuk dalam

PSM. 2.2.17. Pelajar tidak dibenarkan bermain atau membuat bising dalam PSM.

Page 31: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

31

2.2.18. Semasa pelajaran kelas ICT dijalankan, pelajar-pelajar yang bukan dari kelas tersebut tidak dibenarkan masuk kecuali dengan kebenaran guru.

2.2.19. Sesiapa pun tidak dibenarkan mengambil sebarang komputer atau sebarang perkakasan komputer dari PSM tanpa kebenaran Pengetua atau Penyelaras Komputer. Sebarang pinjaman mestilah mendapat kebenaran Penyelaras Komputer dan direkodkan dalam buku pinjaman.

2.2.20. Semua kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera atau direkodkan dalam buku kerosakan.

2.2.21. Penghawa dingin hanya boleh dipasang semasa kelas komputer dijalankan.

2.2.22. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa masuk pendrive ke dalam PSM tanpa kebenaran guru yang mengajar.

2.2.23. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengubah sebarang tetapan pada komputer, merakam sebarang program / perisian tanpa kebenaran Guru Penyelaras, main sebarang permainan komputer atau laman sosial dan lain-lain tindakan yang menjejaskan fungsi komputer atau menyalahgunakan kemudahan komputer sekolah.

2.2.24. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menggunakan pencetak laser kecuali mendapat kebenaran.

2.2.25. Pelajar yang tidak mematuhi peraturan PSM sekolah akan diberikan markah demerit mengikut peraturan sekolah.

3. 3. Peraturan Kelas ICT / Kemahiran Komputer

3.1.1. Semua pelajar mesti mematuhi peraturan am yang ditetapkan oleh pihak jawatankuasa Pusat Sumber Multimedia (Rujuk kepada 2.2).

3.1.2. Semua pelajar mesti mengikut arahan yang diberikan oleh guru kelas ICT.

3.1.3. Semua pelajar akan mempunyai tempat duduk yang ditetapkan oleh guru dan tidak dibenarkan menukar tempat duduk tanpa kebenaran guru.

Page 32: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

32

MAKMAL SAINS 1. Peraturan

1.1. Peraturan dan langkah-langkah keselamatan mesti dipatuhi pada setiap masa.

1.2. Pelajar dilarang masuk ke dalam makmal Sains tanpa kebenaran guru.

1.3. Pelajar dikehendaki berbaris dengan senyap sebelum memasuki makmal Sains.

1.4. Pelajar dilarang membawa keluar sebarang bahan dari makmal Sains tanpa kebenaran guru.

1.5. Pelajar hanya boleh menggunakan peralatan Sains atas arahan dan panduan guru.

1.6. Pelajar diwajibkan mengembalikan semua peralatan yang telah digunakan ke tempat asal.

1.7. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. 1.8. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran

guru. 1.9. Setiap kerosakan, barang yang pecah atau kemalangan perlu

dilaporkan dengan segera kepada guru atau pembantu makmal dan dicatatkan dalam buku laporan kerosakan.

1.10. Sebarang kerosakan akibat kecuaian akan ditanggung oleh pelajar sendiri.

1.11. Pelajar tidak dibenarkan bertukar tempat duduk tanpa kebenaran guru.

1.12. Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Kebersihan dan kekemasan makmal Sains adalah tanggungjawab pelajar.

1.13. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu Bunsen.

1.14. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

1.15. Sebarang sampah dalam bentuk pepejal mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan, bukan dibuang ke dalam sinki.

1.16. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal dan bilik persediaan.

1.17. Beg pelajar dan buku lain yang tidak berkenaan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam makmal Sains.

1.18. Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum. 1.19. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa

pengetahuan guru.

Page 33: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

33

2. Penggunaan bahan kimia 2.1. Pelajar mesti membaca label pada botol dengan teliti sebelum

menggunakannya. 2.2. Pelajar harus menggunakan bahan kimia yang secukupnya semasa

menjalankan eksperimen. 2.3. Pelajar mesti menggunakan spatula untuk mengambil bahan kimia

pepejal. 2.4. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan

segera. 2.5. Pelajar dilarang merasa sebarang bahan kimia.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1. Jenis-jenis perkhidmatan termasuklah: 1.1 Kaunseling individu 1.2 Kaunseling kelompok 1.3 Kaunseling akademik 1.4 Kaunseling kerjaya 1.5 Kaunseling peribadi 1.6 Kaunseling keluarga 1.7 Lain-lain 2. Pelajar yang ingin mendapatkan PBK hendaklah membuat temu janji terlebih dahulu dengan mengisi borang temu janji yang boleh didapati daripada bilik kaunseling kecuali kecemasan. 3. Pelajar yang ingin mendapatkan PBK semasa waktu pembelajaran hendaklah meminta kebenaran daripada guru mata pelajaran yang berkenaan. 4. Borang pengesahan menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling akan diberi kepada pelajar berkenaan untuk ditunjuk kepada guru mata pelajaran ketika pelajar tersebut balik ke kelas sebagai rekod keluar kelas. 5. Pihak sekolah atau guru boleh merujuk pelajar yang perlukan PBK kepada guru kaunseling 6. Terdapat juga sekumpulan pembimbing rakan sebaya (PRS) yang penyayang, yang sudi memberi bimbingan dan kaunseling kepada pelajar lain pada waktu luar pembelajaran. PRS akan dibantu oleh guru kaunseling. 7. Pelajar dibenarkan untuk mendapatkan maklumat atau meminjam bahan rujukan di bilik bacaan Bimbingan dan Kaunseling. Peminjam harus merekodkan nama, tingkatan serta tarikh pinjaman buku pada buku rekod yang disediakan. Tempoh pinjaman adalah selama 1 minggu.

Page 34: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

34

BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU Peraturan-Peraturan Keselamatan Peraturan Bengkal/Jahitan/ Masakan 1. Pelajar dilarang masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran guru. 2. Pelajar mesti mematuhi peraturan kerja yang betul. 3. Pelajar perlu memakai apron semasa menjalankan amali. 4. Pelajar perlu memastikan peralatan dalam keadaan baik sebelum digunakan. 5. Pelajar mesti melaporkan kecederaan/kemalangan kepada guru dengan segera. 6. Pelajar dilarang membawa keluar harta benda bengkel dari bengkel tanpa

kebenaran guru. 7. Pelajar mesti mengesan kedudukan peti kecemasan pertolongan cemas dan alat

pemadam api serta cara menggunakannya. Peraturan Keselamatan Diri 1. Pelajar mesti mengikut cara pemakaian di bengkel. (Lihat Lampiran–Cara

Pemakaian di Bengkel). 2. Pelajar mesti berhati-hati, sabar dan menumpukan perhatian pada kerja yang

sedang dilakukan. 3. Pelajar dilarang bermain-main, bergurau,berlari atau mengganggu rakan ketika di

bengkel. 4. Pelajar mesti berhati-hati semasa membawa alatan tajam dan dilarang berlari.

Mata alatan mesti dihalakan ke bawah dan dilarang memasukkan ke dalam poket. 5. Pelajar mesti menggunakan alatan yang sesuai dan betul bagi sesuatu tugas. 6. Pelajar dilarang menyentuh alatan/mesin dan bahan yang tiada berkaitan dengan

kerja berkenaan. Peraturan Keselamatan Alatan Tangan dan Mesin 1. Pelajar mesti memastikan tangan bersih daripada kotoran, minyak dan gris

semasa menggunakan alatan. 2. Pelajar mesti menggunakan alatan yang betul untuk tugas tertentu termasuk

kesesuaian saiz alatan tangan serta mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. 3. Pelajar perlu berhati-hati dan cermat ketika menggunakan alatan tangan. 4. Pelajar mesti membersihkan dan menyimpan alatan di tempat yang betul selepas

digunakan. 5. Pelajar dilarang menggunakan alatan yang rosak dan mesti melaporkan sebarang

kerosakan kepada guru. Peraturan Keselamatan Bengkel 1. Pelajar mesti mengamalkan peraturan keselamatan dalam bengkel semasa

melakukan kerja amali terutamanya ketika menggunakan mesin dan alatan tajam. 2. Pelajar mesti memastikan bengkel sentiasa bersih, lantai kering dan tidak

berminyak. 3. Pelajar mesti memastikan tingkap, pintu dan suis dibuka semasa menjalankan

kerja-kerja amali dan menutupnya sebelum meninggalkan bengkel. 4. Pelajar mesti menyusun kerusi dengan kemas dan rapi selepas digunakan.

Page 35: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

35

Peraturan Keselamatan Penggunaan Elektrik 1. Pelajar perlu memastikan tangan tidak basah sebelum mengendalikan alatan dan

perkakas elektrik (mengelakkan kejutan elektrik). 2. Pelajar dilarang menggunakan alatan elektrik yang rosak. 3. Pelajar dilarang membebankan litar elektrik dengan menyambung banyak

perkakas elektrik pada satu soket (mengelakkan litar pintas).

LAMPIRAN

KESELAMATAN SEMASA PENDIDIKAN JASMANI 1. Murid-murid dilarang masuk ke padang tanpa iringan guru. 2. Murid-murid dilarang ke kawasan ‘beach front’ pada bila-bila masa. 3. Murid-murid dilarang berkaki ayam semasa di padang. 4. Murid-murid dinasihatkan supaya tidak bermain secara kasar dengan kawan-

kawan untuk mengelakkan kecederaan. 5. Murid-murid dinasihatkan supaya tidak bercakap dengan sesiapa yang tidak

dikenali apabila berada di padang. 6. Murid-murid dinasihatkan supaya menggunakan alatan PJ dengan cara yang

selamat dan tidak membahayakan diri. 7. Murid-murid perlu memberitahu guru PJ sekiranya mereka tidak sihat. Ini adalah

untuk mengelak berlakunya sebarang kecederaan semasa aktiviti PJ dijalankan.

Tali leher atau tudung dimasukkan ke dalam baju

Page 36: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

36

UNIT PERKHIDMATAN KEBAJIKAN PELAJAR Kebajikan pelajar merupakan keutamaan di SMKCLL sebab sekolah ini mengamalkan semangat peka, prihatin dan berkongsian (Be Aware, Care and Share). 1. Bidang perkhidmatan

1.1. Memberikan bantuan kebajikan seperti makanan percuma pada waktu rehat, pakaian seragam sekolah, beg sekolah, kasut sekolah, stokin, cermin mata, alat lukisan, alat tulis dan buku rampaian.

1.2. Memberikan barang keperluan persekolahan kepada pelajar yang ditimpa malapetaka seperti kebakaran, banjir.

1.3. Memberikan pinjaman pakaian sekolah kepada pelajar sekolah jika : 1.4. Pakaiannya basah dalam perjalanan ke sekolah pada hari hujan. 1.5. Pakaiannya terkoyak/telah kotor semasa di sekolah.

2. Syarat permohonan Semua pelajar yang miskin dan berkelakuan baik boleh memohon melalui guru tingkatan atau guru kaunseling. 3. Cara memohon (Untuk hal 1.1, 1.2)

3.1. Setiap pemohon mesti mengisi borang permohonan dengan lengkap. Semua maklumat mesti benar.

3.2. Borang permohonan boleh diperoleh daripada guru kebajikan pelajar. 3.3. Pemohon akan ditemu duga oleh guru kebajikan pelajar. 3.4. Pemohon yang layak sahaja akan menerima bantuan.

4. Pinjaman pakaian sekolah

4.1. Pelajar yang ingin meminjam pakaian sekolah diminta merujuk kepada pegawai tadbir di pejabat sekolah.

4.2. Pelajar mesti mengisi buku rekod semasa meminjam. 4.3. Pelajar berkenaan mesti memulangkan pakaian yang telah dibersihkan dan

diseterika kepada pegawai tadbir dalam tempoh tiga hari.

Page 37: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

37

BANTUAN KEWANGAN 1. Jenis bantuan kewangan

1.1. Biasiswa kerajaan 1.1.1. Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) 1.1.2. Biasiswa Kecil Negeri (BKN) 1.1.3. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) – hanya untuk

pelajar Tingkatan 1 sahaja 1.2. Biasiswa swasta

1.2.1. Bantuan Yuran ICT Lim Phaik Guat 1.2.2. Biasiswa Sister Francis de Sales 1.2.3. Biasiswa Rosalind Chelliah 1.2.4. Biasiswa Datin Ratnathevi Ponnampalam 1.2.5. Biasiswa Dorothy Wong 1.2.6. Biasiswa Poh Choo Seah 1.2.7. Biasiswa Lim Soh Liang 1.2.8. Biasiswa Annie Eisenberg

2. Syarat permohonan 2.1. Biasiswa kerajaan 2.2. Warganegara Malaysia 2.3. Prestasi Akademik 2.4. Latar belakang keluarga dan kewangan 2.5. Kokurikulum 2.6. Kelakuan pelajar 2.7. Biasiswa swasta

3. Pelajar yang miskin dan berkelakuan baik boleh memohon. 4. Tarikh permohonan

4.1. Biasiswa kerajaan Tarikh akan ditetapkan oleh JPN.

4.2. Biasiswa swasta Pada awal sesi persekolahan setiap tahun.

5. Cara memohon 5.1. Borang permohonan akan diberikan kepada pelajar yang memerlukan

bantuan kewangan melalui guru tingkatan. 5.2. Pelajar yang layak memohon mesti mengisi borang permohonan dengan

lengkap dan benar. 5.3. Kesahihan setiap permohonan berdasarkan SMM (Sistem Maklumat

Murid). 5.4. Untuk biasiswa swasta, permohonan juga boleh dibuat melalui guru

biasiswa dan guru kaunseling.

Page 38: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

38

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS ( SPBT ) 1. Syarat memohon bantuan buku teks SPBT :

Program SPBT terhad kepada pelajar yang ibu bapa atau penjaga mereka warganegara Malaysia sahaja.

2. Penjagaan dan penggunaan buku teks SPBT: 2.1. Buku teks SPBT mesti dibalut dengan menggunakan plastik

lutsinar/‘brown paper’. 2.2. Nama dan tingkatan / tahun mesti ditulis dalam ruangan yang disediakan

pada cap SPBT. 2.3. Buku teks SPBT tidak boleh diconteng. 2.4. Buku teks yang telah ditulis mesti dipadamkan sebelum dipulangkan

kepada pihak sekolah pada akhir tahun. 2.5. Buku teks SPBT yang hilang / rosak mesti diganti oleh pelajar berkenaan

kecuali disebabkan hal-hal tertentu seperti bencana alam. 3. Pemulangan buku teks SPBT

3.1. Memulangkan buku mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 3.2. Pelajar yang lewat memulangkan buku SPBT tidak akan menerima buku

SPBT yang baru untuk tahun yang berikut. 3.3. Buku yang hilang mesti diganti oleh pihak yang berkenaan 3.4. Untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5, Surat Akuan, Sijil Berhenti Sekolah dan

Slip Keputusan SPM akan ditahan oleh pihak sekolah sehingga semua buku teks SPBT dikembalikan.

3.5. Untuk pelajar yang berhenti sekolah, Sijil Berhenti Sekolah akan diberikan kepada pelajar tersebut selepas semua buku teks SPBT telah dipulangkan kepada pihak sekolah.

KESELAMATAN SEKOLAH 1. Demi menjaga keselamatan warga sekolah, pihak sekolah mengambil langkah-

langkah keselamatan dengan ketat. Pengawal keselamatan ditugaskan di pintu besar setiap masa.

2. Ibubapa diminta bekerjasama dan menurut arahan daripada pengawal keselamatan.

3. Ibu/ bapa yang ingin berjumpa dengan pengetua / guru / kerani sekolah diminta mencatatkan nama dan no. kad pengenalan di buku pelawat di pondok pengawal keselamatan dan mendapatkan pas pelawat.

4. Pas pelawat perlu diserahkan kepada pengawal keselamatan sebelum keluar dari kawasan sekolah.

5. Jejantas di Jalan Farquhar (bersebelahan SMK St. Xavier) hanya boleh digunakan oleh pelajar sekolah pada hari persekolahan pada jam 7.00 – 7.25 pagi dan 2.00 – 2.30 petang.

6. Pelajar tidak digalakkan menggunakan jejantas tersebut berseorangan di luar waktu yang ditetapkan.

Page 39: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

39

Lalulintas Di Kawasan Semasa Hujan

Page 40: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

40

LALU LINTAS 1. Berjalan kaki

1.1. Pelajar-pelajar mesti menggunakan pintu besar untuk masuk/keluar sekolah.

1.2. Tidak boleh masuk/keluar mengikut pintu masuk/keluar kenderaan (pintu kayu)

2. Berbasikal 2.1. Masuk / keluar sekolah menggunakan pintu masuk / keluar kenderaan

(pintu kayu). 2.2. Setelah masuk melalui pintu kayu, pelajar mesti menolah basikal ke tempat

letak basikal. 3. Motosikal

3.1. Mesti mendaftarkan nombor motosikal dengan pihak sekolah. 3.2. Setelah masuk melalui pintu kayu sekolah pelajar mesti menolak motosikal

ke tempat letak motosikal dan meletakkan motosikal secara ‘fullstand’. 3.3. Pelajar ditegah membunyikan hon motosikal di dalam kawasan sekolah.

4. Kereta 4.1. Pelajar dilarang membawa masuk kereta ke dalam kawasan sekolah.

Tempat letak kereta hanya dikhaskan untuk guru-guru, pekerja dan pelawat.

5. Bas sekolah. 5.1. Bas sekolah mesti menghantar dan mengambil pelajar di perhentian bas

sekolah yang ditetapkan. 5.2. Pelajar yang menggunakan bas sekolah diwajibkan melaporkan nombor

bas sekolah kepada guru disiplin untuk rekod sekolah. 5.3. Pelajar-pelajar diwajibkan beratur dengan tertib untuk menaiki atau

menurun dari bas sekolah. 6. Kenderaan Ibu Bapa / Waris.

6.1. Jika tidak hujan, kenderaan ibubapa/waris tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran pihak sekolah.

6.2. Sekiranya hari hujan kenderaan ibu bapa / waris masuk melalui pintu besar sekolah untuk menurun / mengambil anak di ‘Porch 2’ dan keluar melalui pintu kayu.

6.3. Ibu bapa tidak dibenarkan menunggu di ‘Porch 1’ sekolah.

Page 41: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

41

KAWAD KECEMASAN KEBAKARAN Semasa berlakunya kebakaran, loceng sekolah akan dibunyikan secara terus menerus. 1. Semua warga sekolah diwajibkan berhentikan segala aktiviti dengan serta-merta

dan keluar dari bangunan sekolah mengikut laluan yang diarahkan ke tempat berkumpul yang ditetapkan ( rujuk lampiran kawad kebakaran).

2. Pelajar mesti berbaris dalam dua barisan di luar bilik darjah / bilik khas dan bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan berebut-rebut.

3. Ketua darjah atau penolongnya mesti membawa fail pemantauan kelas ke tempat berkumpul.

4. Guru mesti bersama-sama dengan kelas setiap masa. 5. Ketua kelas mesti melaporkan bilangan pelajar yang berkumpul kepada guru

keselamatan / PK HEM 6. Sesiapa pun tidak dibenarkan masuk semula bangunan sekolah sehingga

mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.

Page 42: VISI KAMI - cls.edu.mycls.edu.my/Documents/Buku_Peraturan_Sekolah.pdf · Melahirkan pelajar yang menghormati dan menurut segala dasar ... Semua pelajar diwajibkan membawa buku peraturan

42

PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku telah membaca dan memahami isi kandungan Buku Peraturan Sekolah. Saya juga mengaku sekiranya saya melanggar sebarang peraturan sekolah, saya akan terima tindakan disiplin sekolah. Nama : ……………………………… Tandatangan : ………………………. No K.P. : …………………………… Tarikh : ……………………………… PENGAKUAN IBU / BAPA / PENJAGA Saya mengaku telah membaca dan memahami isi kandungan Buku Peraturan Sekolah. Saya juga mengaku sekiranya anak / jagaan saya melanggar sebarang peraturan sekolah, anak / jagaan saya akan terima tindakan disiplin sekolah. Nama Ibu / Bapa / Penjaga : ……………………………………… Tandatangan : ………………………. No. K.P. : …………………………… Tarikh : ………………………………

PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku telah membaca dan memahami isi kandungan Buku Peraturan Sekolah. Saya juga mengaku sekiranya saya melanggar sebarang peraturan sekolah, saya akan terima tindakan disiplin sekolah. Nama : ……………………………… Tandatangan : ……………………….. No K.P. : ……………………………. Tarikh : ……………………………… PENGAKUAN IBU / BAPA / PENJAGA Saya mengaku telah membaca dan memahami isi kandungan Buku Peraturan Sekolah. Saya juga mengaku sekiranya anak / jagaan saya melanggar sebarang peraturan sekolah, anak / jagaan saya akan terima tindakan disiplin sekolah. Nama Ibu / Bapa / Penjaga : ……………………………………… Tandatangan : ………………………. No. K.P. : …………………………… Tarikh : ………………………………