peranan kerajaan dalam membantu usahawan

25
PERANAN KERAJAAN DALAM MEMBANTU USAHAWAN Golongan usahawan antara penyumbang kepada perkembangan ekonomi dan kemajuan negara. Oleh itu, kerajaan melalui pelbagai angesinya, sentiasa berusaha untuk melahirkan dan memperbanyak usahawan yang berjaya.

Upload: ieza-taha

Post on 13-Sep-2015

437 views

Category:

Documents


30 download

DESCRIPTION

KHB ERT TINGKATAN 2

TRANSCRIPT

PERANAN KERAJAAN DALAM MEMBANTU USAHAWAN

PERANAN KERAJAAN DALAM MEMBANTU USAHAWANGolongan usahawan antara penyumbang kepada perkembangan ekonomi dan kemajuan negara. Oleh itu, kerajaan melalui pelbagai angesinya, sentiasa berusaha untuk melahirkan dan memperbanyak usahawan yang berjaya.1Agensi Kerajaan Yang Membantu Usahawan

Agensi-agensi ini diberi tanggungjawab untuk meningkat ilmu dan kepakaran dalam pelbagai bidang . Antara agensi-agensi kerajaan tersebut termasuklah:

Majlis Amanah Rakyat (MARA);

Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC);

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA);

UDA Holdings Berhad (UDA);

Institut Penyelidikan Dan Pertanian Malaysia (MARDI);

Institut Piawaian Dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM BERHAD);

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).Majlis Amanah Rakyat (MARA) Mara ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. MARA banyak memberikan sumbangan kepada bakal usahawan dan usahawan sedia ada dengan cara:

Memberikan Latihan dan bimbingan secara teori dan amali;

(B) Menyediakan prasana seperti ruang niaga, kedai, kompleks perniagaan dan perniagaan dan pejabat, arked, serta bengkel perusahaan;

(C) Membiayai perniagaan dengan memberikan pinjaman modal.

MEDEC ditubuhkan pada tahun 1975 di bawah kelolaan Institut Teknologi Mara yang kini dikenal sebagai Universiti Teknologi Mara. Fungsinya ialah memberikan latihan dan pendidikan, membuat penyelidikan keusahawanan, dan memberikan khimat perundingan serta nasihat kepada usahawan MIDA berperanan memajukan dan menyelaraskan segala aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan perindustrian. Selain itu, MIDA turut memberikan khimat nasihat kepada kementerian dan kerajaan negeri tentang dasar dan strategi pembangunan perindustrian. Badan ini juga bertanggungjawab mengurus permohonan lesen, perlindungan tarif, pemberian taraf perintis, dan pelepasan cukai import.

Fungsi UDA Holdings Berhad ialah merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan di kawasan bandar dan pinggir bandar. Untuk itu, UDA turut menyediakan infrastruktur, kawasan petempatan, kawasan perdagangan, serta kawasan perindustrian untuk kemudahan usahawan.

MARDI menjalankan kajian dan penyelidikan tentang pelbagai hasil pertanian negara. Tujuannya adalah untuk membantu meningkat produktiviti pertanian. Selain itu, MARDI mengadakan kursus-kursus tentang teknologi pertanian dan produk baru pertanian kepada usahawan.

SIRIM BERHAD adalah syarikat milik penuh kerajaan di bawah Kementerian Kewangan yang mula beroperasi pada 1 September 1996. Antara fungsinya termasuklah menentukan dan memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan dan bermutu tinggi. SIRIM menjalankan kajian dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada penyelewangan dari segi kualiti. Selain itu, SIRIM turut menjalankan penyelidikan dan menyampaikan maklumat tentang pembangunan dan perubahan teknologi.

MPOB ditubuhkan dengan matlamat untuk menggalakkan, membangunkan, dan memajukan industri kelapa sawit negara. Antara fungsinya ialah menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang biologi, kejuruteraan dan pemprosesan, serta pembangunan produk sawit. Di samping itu MPOB juga menyediakan khimat nasihat dan latihan kepada usahawan tempatan.

MLVK adalah agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Agensi ini berperanan mengurus dan mengawal kualiti kemahiran negara. Beberapa Skim latihan ditawarkan kepada orang ramai untuk melahirkan sumber tenaga yang berilmu dan berkemahiran tinggi yang dapat menyumbang kepada pembangunan industri negara. MLVK merupakan badan tunggal yang menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada peserta-peserta latihan

Jenis Bantuan dan Kemudahan Kerajaan kepada UsahawanDalam usaha membantu usahawan, pelbagai jenis bantuan dan kemudahan telah disediakan oleh kerajaan. Antaranya termasuklah memberikan bimbingan latihan, menyediakan prasarana, membuat kajian dan penyelidikan, memberi pinjaman kewangan, dan memberi galakan.Bimbingan dan latihan

Pelbagai kementerian terlibat dalam usaha memberikan bimbingan dan latihan perniagaan dan keusahawaan. Malah usaha ini telah dilakukan sejak peringkat sekolah rendah hingga peringkat sekolah menengah lagi melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, Perdagangan, Ekonomi, dan Prinsip Akaun. Di institusi-institutsi pengajian tinggi awam dan swasta pula, pelbagai kursus dalam bidang perniagaan dan keusahwanan di peringkat sijil, diploma, ijazah, dan sebagainya turut ditawarkan.

Selain Kementerian Pelajaran, kementerian lain seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Kewangan, dan sebagainya turut terlibat. Melalui pelbagai agensi di bawah pengurusan kementerian berkenaan, banyak kursus perniagaan dan keusahawan jangka pendek dan sederhana yang telah ditawarkan kepada orang ramai.Agensi-agensi KerajaanPusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN)Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)Pusat Giat Mara (PGM)Majlis Amanah Rakyat (MARA)Institut Latihan Perindustrian (ILP)Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)

Jenis Bimbingan dan Latihan Pengetahuan perniagaanPengurusan Perniagaan Merekodkan simpan kira dan Perakaunan Motivasi Latihan semasa bekerja Latihan Kemahiran/PersijilanPrasana

Prasana atau kemudahan asas amat penting disediakan, bukan saja di kawasan yang dibangunkan sebagai pusat perdagangan dan perindustrian. Antara prasana tersebut termasuklah kemudahan bekalan elektrik, air, jalan raya, komunikasi, premis perniagaan , dan sebagainya. Dengan demikian, segala kegiatan dapat berjalan dengan lancar serta kawasan berkenaan dapat terus berkembang menjadi tumpuan orang ramai Agensi-agensi KerajaanUDA Holdings Berhad (UDA)Majlis Amanah Rakyat (MARA)Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)Jabatan Bekalan Air (JBA)Jabatan Kerja Raya (JKR)Agensi kerajaan yang diswastakan tetapi kerajaan masih mempunyai kepentingan seperti:Tenaga Nasional Berhad (TNB)Syarikat Telekom Malaysia Berhad (TELEKOM)Jenis Prasana Premis perniagaan (MARA, UDA, PKEN)Kawasan perindustrian (MARA, UDA, PKEN)Bekalan air, Elektrik, Komunikasi, (JBA, TNB, TELEKOM)Rangkaian jalan raya (lembaga Lebuhraya Malaysia, JKR, Pihak Berkuasa Tempatan)Kajian dan Penyelidikan Aspek kajian dan penyelidikan amat penting kerana inputnya dapat meningkatkan kualiti dan daya saing sesuatu produk. Selain itu, aspek ini turut terlibat dalam usaha meningkatkan produktiviti, mempelbagaikan penggunaan bahan mentah, menjimatkan kos pengeluaran, menjalankan pemasaran, dan sebagainya. Justera aspek kajian dan penyelidikan sememangnya berperanan besar dalam membantu mengembangkan sebarang perniagaan yang diusahakan. Untuk memperoleh bantuan dalam aspek kajian dan penyelidikan, ada pelbagai agensi kerajaan yang dapat dimafaatkan oleh para usahawan. Antara agensi kerajaan yang berkaitan serta jenis kajian dan penyelidikan yang dijalankan adalah seperti yang berikut.Agensi-agensi KerajaanInstitut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM)

Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI)

Jenis kajian dan PenyelidikanMengawal dan menetapkan mutu keluaran industri mengikut standard piawaian yang ditetapkan.Membuat kajian serta membangunkan dan memajukan keluaran industri kelapa sawit.

Membuat kajian tentang produk yang berkaitan dengan getah

Membuat kajian tentang produk pelbagai hasil pertanian

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKM)

Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)Membuat kajian tentang hasil-hasil laut dan air tawar (sungai,kolam, dan tasik)

Mewakili Kerajaan dalam pengurusan dan pemberian subsidi kepada penanam padi, mengurus Skim Pengilang Padi Bumiputera, dan membeli padi daripada petani pada harga yang berpatutanPinjaman KewanganKewangan memang merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh bakal usahawan dan usahawan sedia ada. Masalah kewangan menyebadkan usahawan kekurangan modal untuk meneroka bidang perniagaan baru dan mengembangkan perniagaannya. Untuk Membantu usahawan berpontesi yang menghadapi masalah kewangan, kerajaan telah menubuhkan beberapa agensi untuk menyalurkan pinjaman kewangan. Contoh agensi kerajaan yang terlibat serta jenis bantuan yang disalurkan adalah seperti berikutAgensi-agensi KerajaanMajlis Amanah Rakyat (MARA)Syarikat Pemodalan Kemajuan Perusahan Malaysia Berhad (MIDF)Bank pertanian Malaysia Berhad (BPM)Bank Pembangunan dan infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB)Syarikat Jaminan Kredit Malaysia (SJKM)Jenis BantuanSKIM pinjaman MARAPinjaman Berpenggal MIDFSKIM Rancangan Berniaga Kecil-kecilan.SJKM menjadi penjamin kepada usahawan yang ingin membuat pinjaman daripada institusi kewanganGalakan dan InsentifKerajaan turut memberikan pelbagai galakan dan insentif kepada usahawan bagi memastikan mereka mempunyai daya saing dan terus kekal dalam pasaran. Antara galakan dan insentif yang diberikan termasuklah seperti yang berikut.GalakanTaraf Perintis

Duti Import

Kuota

KeteranganBermaksud memberikan pengecualian cukai perniagaan selama bebarapa tahun kepada syarikat yang baru sehingga perniagaannya maju dan stabil

Bermaksud mengenakan cukai terhadap barang yang dibeli dari luar negeri.Bertujuan menaikkan harga barang import di pasaran tempatan dan memberikan peluang kepada barang tempatan dengan barang import.

Bermaksud mengehadkan jumlah pembelian barang dari luar negeri yang hendak dijual di pasaran tempatanBertujuan melindungi barang dalam negeri daripada persaingan dengan barang importGalakan Eksport

EmbargoMemberikan bantuan kepada usahawan tempatan supaya dapat meluaskan pasaran produk mereka di luar negara.Contoh galakan yang diberikan ialah mengurangkan cukai eksport supaya barang dalam negara dapat bersaing dengan barang luar negara serta menganjurkan pameran dan lawatan

Bermaksud dasar permulauan terhadap barang dan perkhimatan dari negara tertentu. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia tidak menjalankan perdagangan dengan negara Israel. Oleh itu, pengimportan barang dan perkhimatan dari negara itu tidak dibenarkan