peranan institusi islam

5
SARSIKALA A/P T.SIVAM Huraikan tiga peranan utama yang telah dimainkan oleh institusi-institusi Islam dalam aspek pembangunan ekonomi. Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi ialah pertumbuhan yang lazimnya diukur dengan ukuran ekonomi seperti Keluaran Negara Kasar(KNK). Pada masa yang sama, proses pembangunan ekonomi juga diharapkan akan membawa kepada perubahan sosial yang menyeluruh kepada masyarakat, iaitu daripada kehidupan yang bersifat tradisional, miskin atau mundur kepada kehidupan maju dan moden. Perubahan-perubahan sosial tersebut dapat dilihat misalnya dalam aspek pekerjaan dan dalam aspek kehidupan. Bagi mencapai matlamat pembangunan ekonomi institusi-institusi Islam memainkan peranan yang sangat penting supaya masyarakat tidak ketinggalan daripada pembangunan ekonomi tersebut. Pusat Zakat boleh dikatakan sebagai salah satu institusi Islam yang memainkan peranan utama dalam pembangunan ekonomi. Yang pertama, zakat dapat meningkatkan permintaan agregat dalam negara manakala kesan kedua zakat dapat mengelakkan pembekuan harta dalam ekonomi melalui kegiatan pelaburan yang dijalankan. Dari aspek permintaan agregat, zakat dikenakan ke atas golongan kaya diagihkan kepada golongan miskin yang menyebabkan pendapatan orang kaya menurun dan pendapatan golongan miskin meningkat. Akhirnya ia dapat meningkatkan kecenderungan mengguna sut dan purata secara agregat dalam ekonomi. Wang zakat yang diagihkan kepada asnaf fakirdan miskin tadi akan digunakan oleh golongan ini untuk membeli

Upload: yamuna-nadarajan

Post on 21-Oct-2015

75 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

hubungan etnik

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Institusi Islam

SARSIKALA A/P T.SIVAM

Huraikan tiga peranan utama yang telah dimainkan oleh institusi-institusi Islam dalam aspek pembangunan ekonomi.

Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi ialah pertumbuhan yang

lazimnya diukur dengan ukuran ekonomi seperti Keluaran Negara Kasar(KNK). Pada

masa yang sama, proses pembangunan ekonomi juga diharapkan akan membawa

kepada perubahan sosial yang menyeluruh kepada masyarakat, iaitu daripada

kehidupan yang bersifat tradisional, miskin atau mundur kepada kehidupan maju dan

moden. Perubahan-perubahan sosial tersebut dapat dilihat misalnya dalam aspek

pekerjaan dan dalam aspek kehidupan. Bagi mencapai matlamat pembangunan

ekonomi institusi-institusi Islam memainkan peranan yang sangat penting supaya

masyarakat tidak ketinggalan daripada pembangunan ekonomi tersebut.

Pusat Zakat boleh dikatakan sebagai salah satu institusi Islam yang memainkan

peranan utama dalam pembangunan ekonomi. Yang pertama, zakat dapat

meningkatkan permintaan agregat dalam negara manakala kesan kedua zakat dapat

mengelakkan pembekuan harta dalam ekonomi melalui kegiatan pelaburan yang

dijalankan. Dari aspek permintaan agregat, zakat dikenakan ke atas golongan kaya

diagihkan kepada golongan miskin yang menyebabkan pendapatan orang kaya

menurun dan pendapatan golongan miskin meningkat. Akhirnya ia dapat

meningkatkan kecenderungan mengguna sut dan purata secara agregat dalam

ekonomi. Wang zakat yang diagihkan kepada asnaf fakirdan miskin tadi akan

digunakan oleh golongan ini untuk membeli barang-barang keperluan asas. Dengan

peningkatan dalam kuasa beli mereka setelah menerima bantuan zakat maka

mereka mampu meningkatkan permintaan terhadap barang-barang dalam pasaran.

Dengan kecenderungan mengguna sut golongan ini yang tinggi, penerima

bantuan akan membelanjakan sebahagian besar perolehan itu untuk penggunaan

(Faridi, 1983). Peningkatan kuasa beli boleh membantu menjana ekonomi negara

secara tidak langsung kerana ia mewujudkan kesan rantaian terhadap sektor

ekonomi yang lain. Permintaan pengguna yang bertambah ini akan menggerakkan

pengeluaran dalam ekonomi. Di samping itu pertambahan tahap penggunaan

agregat akan menghasilkan permintaan berkesan terhadap barangan keluaran

Page 2: Peranan Institusi Islam

industri dalam negara. Peningkatan dalam permintaan akan menggalakkan

penawaran oleh pengeluar. Maka pengeluaran akan ditingkatkan untuk memenuhi

permintaan tersebut.

Peningkatan permintaan agregat dalam negara bermakna merancakkan aktiviti

ekonomi bagi menambah output keluaran, justeru dapat merangsang pertumbuhan

serta pembangunan ekonomi dan akhirnya membantu mempercepatkan pencapaian

status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 sebagaimana menjadi

hasrat Model Baru Ekonomi (MBE). Selain itu, zakat sebagai instrumen semula jadi

dasar fiskal Islam boleh berperanan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi

menuju ke arah negara berpendapatan tinggi. Zakat secara sinonimnya dikaitkan

sebagai bantuan kepada orang susah. Dalam bahasa lebih santun, zakat

dimanfaatkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti fakir dan

miskin. Zakat hakikatnya adalah mekanisme ekonomi yang berbentuk global tetapi

bersifat manusiawi. Memperkasakan zakat bermakna memperkasakan manusia.

Itulah falsafah zakat yang indah di sisi Islam. Melalui agihan zakat kepada golongan

berpendapatan rendah (khususnya asnaf fakir dan miskin) ia dapat menambah

kuasa beli mereka dan mempertingkatkan perbelanjaan penggunaan secara

agregat. Dengan ini, kekayaan negara akan dapat diagihkan di kalangan masyarakat

secara saksama dan berkesan sehingga tiada seorang umat Islam pun berada

dalam kemiskinan dan kelaparan.

Selain daripada ini, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)

juga antara institusi Islam yang memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi

Malaysia. Antara program teras yang dianjurkan YaPEIM adalah Program Mikro

Kredit Ar-Rahnu atau sistem pajak gadai Islam yang membantu golongan peniaga

kecil-kecilan dari segi aliran tunai, Program Membangun Ilmu Pengurusan Islami

yang merangkumi projek terjemahan buku-buku Arab ke Bahasa Melayu dan

Program Kecemerlangan Komuniti yang termasuk usaha membantu anak yatim dan

fakir miskin.

Tiga program teras lain adalah program membangunkan institusi Islam yang

merangkumi pembinaan masjid-masjid untuk kegunaan komuniti setempat serta

program pembangunan tanah wakaf dan pemangkin, iaitu program membantu

Page 3: Peranan Institusi Islam

mangsa bencana alam. Dari segi sumber kewangan, YaPEIM menggalakkan

individu dan institusi swasta menyumbang sama ada melalui skim potongan gaji

atau skim korporat penyayang. Untuk penjawat awam misalnya, kemudahan

potongan gaji boleh dibuat setiap bulan dengan potongan serendah RM5.

Syarikat korporat pula boleh menyumbang dengan memilih sendiri badan tertentu

yang ingin dibantu dan membantu secara kelompok. Pilihan boleh dibuat misalnya

daripada rumah-rumah anak yatim yang ada di negara ini, rumah orang tua atau

sebarang bentuk badan kebajikan sukarela atau badan bukan kerajaan yang

memerlukan.

Namun, fungsi YaPEIM ini tidak boleh disamakan dengan Jabatan Kebajikan

Masyarakat atau pusat zakat memandangkan objektif bantuan tertumpu kepada

badan-badan kebajikan dengan tujuan membantu secara kolektif. Pendek kata,

YaPEIM bersedia membantu badan-badan sedia ada yang kekurangan sumber

kewangan, berbanding bantuan individu kepada fakir miskin dan anak yatim.

Kelebihan ini memberi YaPEIM kekuatan memfokuskan kepada bantuan berbentuk

'bersama' dengan harapan dapat membantu lebih ramai umat Islam khususnya

untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Tambahan pula, institusi yang memainkan peranan dalam pembangunan

ekonomi Malaysia adalah Perbankan Islam. Industri perbankan Islam dapat

menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara melalui instrumen muamalat

yang ditawarkan lebih-lebih lagi yang berasaskan prinsip perkongsian untung-rugi

yang unik seperti mushārakah dan muḍārabah. Dalam hal ini, pembiayaan dan

deposit di institusi perbankan Islam diperluaskan di bawah perjanjian perkongsian

untung rugi. Bank Islam selaku penyedia dana atau ṣāḥib al-māl dalam keadaan ini

akan cenderung untuk mengetahui keadaan pelabur atau muḍārib bagi memastikan

dana yang disalurkan digunakan untuk tujuan produktif. Kaedah ini diakui mampu

mengeratkan lagi hubungan antara pengantara kewangan iaitu bank Islam dengan

penyedia dana dan juga pelanggan. Ini juga akan menggalakkan lagi kegiatan

ekonomi yang produktif dan seterusnya meningkatkan keadilan sosioekonomi.

Apabila matlamat ini berjaya dicapai, secara tidak langsung pertumbuhan

ekonomi dapat dikecapi oleh semua lapisan rakyat melalui peningkatan berterusan

Page 4: Peranan Institusi Islam

dalam petunjuk utama ekonomi negara seperti Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK), pendapatan bersih kerajaan peningkatan dalam eksport negara, penurunan

kadar pengangguran dan sebagainya. Jika sistem perbankan Islam boleh

membuktikan fungsinya dalam pertumbuhan ekonomi yang lebih bertanggungjawab,

ia bakal menjadi tarikan utama kepada golongan bukan Islam, khususnya

masyarakat peniaga di Malaysia yang pada mata kasarnya nampak dipelopori oleh

kalangan orang Cina yang bukan Islam. Justeru, pengukuhan ekonomi melalui

kewangan Islam boleh dilihat sebagai wahana dakwah dalam konteks ini.