peranan guru dlm pengurusan masalah bilik darjah

7
Peranan Guru Dalam Pengurusan Masalah Bilik Darjah Disediakan oleh: Afifah, Jen, Luqman

Upload: luqman-hakim

Post on 12-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pengurusan bilik darjah dan tingkah laku

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Guru Dlm Pengurusan Masalah Bilik Darjah

Peranan Guru Dalam Pengurusan Masalah Bilik DarjahDisediakan oleh: Afifah, Jen, Luqman

Page 2: Peranan Guru Dlm Pengurusan Masalah Bilik Darjah

Peranan guru

Pengurus bilik darjah Perancang

Bantu dan bombing

murid

Mengembang kebolehan

murid

Page 3: Peranan Guru Dlm Pengurusan Masalah Bilik Darjah

Sebagai Pengurus Bilik Darjah

Di dalam bilik darjah , selain mengajar , guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.

Page 4: Peranan Guru Dlm Pengurusan Masalah Bilik Darjah

Sebagai perancang

Guru perlu merancang pembelajarannya secara sistematik sebelum memasuki ke bilik darjah. Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu menimbangkan terhaap objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan elajaran dan pengurusan kemudahan

Page 5: Peranan Guru Dlm Pengurusan Masalah Bilik Darjah

Bantu dan bimbing murid mengatasi masalah

Di bilik darjah, murid-murid sering menghadapi pelbagai masalah sama ada masalah tersebut adalah berkaitan dengan masalah pembelajaran, sosioemosi serta keluarga. Oleh itu, selain mengajar , guru dikehendaki memainkan peranan sebagai pemimpin untuk membantu murid-murid mangatasi masalah yang mereka hadapi. Misalnya, guru boleh membimbing sekumpulan murid melaksanakan sesuatu projek, membimbing menjalankan aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan, membimbing menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dan sebagainya

Page 6: Peranan Guru Dlm Pengurusan Masalah Bilik Darjah

Mengembangkan kebolehan murid

Dalam satu kelas, murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang berlainan. Secara umumnya, kebolehan muid dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu pintar, sederhana dan lemah. Maka, guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka.Ini telah menggalakkan urid-murid secara aktif dalam pembelajaran

Page 7: Peranan Guru Dlm Pengurusan Masalah Bilik Darjah

Bimbing murid membuat keputusan

Guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak jika dibandingkan dengan murid-murid. Maka guru perlu membimbing murid untuk membuat keputusan yang bijaksana dan rasional dalam pelbagai situasinya dalam kehidupan mereka supaya mereka tidak kehilangan jalan dalam kehidupan. Guru perlu memastikan keputusan yang dibuat oleh murid adalah berpandukan dengan nilai-nilai moral, agama, terminal dan juga instrumental.