peranan guru dalam pengurusan bilik darjah

4
PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH

Upload: aminuddin-amzar

Post on 16-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

aminah

TRANSCRIPT

PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH

PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAHGuru memaikan peranan sebagai pembimbing, penyelaras atau fasilitator. Peranan guru dalam menguruskan bilik darjah bukan sahaja tertumpu pada pengurusan persekitaran pembelajaran yang kondusif, tetapi juga tentang pengurusan pentaksiran dan juga menguruskan sumber maklumat murid.Pemahaman bab 2 membolehkan kita sebagai guru menjadikan suatu panduan bagi melancarkan tugasan harian guru.PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran yang sihat mendorong murid untuk minat belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada budaya yang dapat menwujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Ia melibatkan :Pendekatan pengajaranCorak komunikasiKemahiran guru dalam mengurusKawalan murid dan juga perlaksanaan aktiviti P&PPersonality guruPersekitaran fizikal Suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan murid dengan murid. Persekitaran selesa, kemas, ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Persekitaran fizikal merujuk aspek berikut:susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjahsumber bahan pembelajaranruang/sudut pembelajaranruang pada dindingpencahayaan, pengudaraan dan perabotkebersihan