peranan dan tanggungjawab sosial terhada

15
PENDAHULUAN Islam melihat kedudukan individu manusia itu sebagai amat mulia tanpa perlu wujud perbezaan yang berdasarkan kepada kecantikan rupa paras dan fizikal, ataupun kelebihan pangkat dan kedudukan, harta mahupun keturunan. Selagi ia manusia, ia masih memiliki maruah yang perlu dipelihara, dijaga dan dihormati oleh setiap orang, walaupun ia memiliki keadaan rupa paras dan fizikal atau mental yang serba kekurangan. Penghormatan yang perlu diberikan itu perlulah adil dan saksama tanpa mengira bangsa dan pangkat, umur, gender dan sebagainya. Yang tua perlu dihormati dan disegani manakala yang muda pula perlu dikasihi dan disayangi. Inilah yang diajarkan oleh Islam sejak sekian lama. Ini juga bersesuaian dengan pengiktirafan yang telah Islam berikan terhadap kedudukan manusia itu sebagaimana menurut firman Allah SWT dalam surah al Isra' ayat 70 yang bermaksud: 'Sesungguhnya Kami telah memuliakan kedudukan anak-anak Adam dan Kami angkat mereka di darat dan di laut dan Kami beri mereka rezeki yang baik- baik dan Kami lebihkan mereka ke atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna' . OKU secara mudahnya dapat kita fahami ialah manusia yang tidak sempurna tubuh badan mereka dan cacat anggota. Namun begitu, mereka juga merupakan sebahagian daripada anggota

Upload: siuchin

Post on 02-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

oku

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Dan Tanggungjawab Sosial Terhada

PENDAHULUAN

Islam melihat kedudukan individu manusia itu sebagai amat mulia tanpa perlu wujud

perbezaan yang berdasarkan kepada kecantikan rupa paras dan fizikal, ataupun kelebihan

pangkat dan kedudukan, harta mahupun keturunan. Selagi ia manusia, ia masih memiliki

maruah yang perlu dipelihara, dijaga dan dihormati oleh setiap orang, walaupun ia memiliki

keadaan rupa paras dan fizikal atau mental yang serba kekurangan.

Penghormatan yang perlu diberikan itu perlulah adil dan saksama tanpa mengira

bangsa dan pangkat, umur, gender dan sebagainya. Yang tua perlu dihormati dan disegani

manakala yang muda pula perlu dikasihi dan disayangi. Inilah yang diajarkan oleh Islam

sejak sekian lama. Ini juga bersesuaian dengan pengiktirafan yang telah Islam berikan

terhadap kedudukan manusia itu sebagaimana menurut firman Allah SWT dalam surah al

Isra' ayat 70 yang bermaksud:

'Sesungguhnya Kami telah memuliakan kedudukan anak-anak Adam dan Kami angkat

mereka di darat dan di laut dan Kami beri mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebihkan

mereka ke atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna'.

OKU secara mudahnya dapat kita fahami ialah manusia yang tidak sempurna tubuh

badan mereka dan cacat anggota. Namun begitu, mereka juga merupakan sebahagian

daripada anggota masyarakat yang mempunyai perasaan, kebolehan, keterampilan, bakat dan

kepintaran dalam pelbagai bidang seperti manusia normal yang lain.

Oleh yang demikian, kita seharusnya memberi layanan yang sopan kepada mereka

supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Allah SWT.

Kehadiran golongan OKU dalam masyarakat sewajarnya dihargai dan diberi keutamaan agar

mereka dapat berdikari dan juga berupaya menyumbangkan bakti kepada masyarakat.

Page 2: Peranan Dan Tanggungjawab Sosial Terhada

DEFINISI ORANG KURANG / KELAINAN UPAYA (OKU)

Menurut akta Orang Kurang Upaya (2008), OKU adalah seseorang yang mempunyai

ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera

yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan atau

menyekat penyertaan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendefinisikan OKU sebagai seseorang yang

tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya ataupun sebahagian

daripada keperluan biasa seseorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat

sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan, sama ada daripada segi fizikal ataupun mental,

dan sama ada ia berlaku semenjak lahir ataupun kemudiannya.

Selain itu juga, OKU bermaksud orang yang mengalami keterbatasan mobilisasi

merujuk kepada jenis kecacatannya, sama ada anggota fizikal mahupun mental; ringan,

sederhana, dan berat; penglihatan, dan pendengaran (Mohd Hafiz Abd Rahman, 2009).

Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi menjaga sensitiviti sekaligus mengelakkan

sebutan “orang cacat” yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek

(tanpa dikategorikan).

KATEGORI ORANG KURANG / KELAINAN UPAYA

Jabatan Kebajikan Masyarakat (2008) telah membahagikan golongan OKU kepada beberapa

pembahagian seperti yang berikut:

1. Penglihatan (buta, buta warna, rabun)

2. Pendengaran & pertuturan (pekak, bisu, gagap)

3. Fizikal / anggota badan

4. Masalah otot (celebral palsy)

5. Masalah pembelajaran (autism, dll)

6. Masalah kurang upaya mental (syndrome down,dll)

7. Pelbagai (multiple disabilities)

Page 3: Peranan Dan Tanggungjawab Sosial Terhada

DALIL NAQLI BERKENAAN BERBUAT BAIK SESAMA MANUSIA

واخفض جناحك للمؤمنين.1

“Dan tundukkanlah sayapmu - yakni bersikap merendahlah sesama kamu” (Al-Hijr: 88)

ن�ين� .2 س� ر�يب� م�ن� ال�م�ح� م�ت� الله� ق� ح� إ�ن" ر�

”Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik.” (Al-A’raf: 56)

ع�ة�.3 ض� الله� و�اس� ر�أ� ن�ة� و� س� ذ�ه� الد+ن�ي�اح� ن�وا ف�ي ه� س� ل�ل"ذ�ين� أ�ح�

اب3 س� ه�م ب�غ�ي�ر� ح� ر� ون� أ�ج� اب�ر� ا ي�و�ف"ى الص" �ن"م� إ

"Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu

adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala

tanpa batas.” (Az-Zumar: 10)

4. Dari Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah kamu berbicara

dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu

memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan

sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara." [HR

Bukhari dan Muslim]

5. Dari Abu Darda RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Tidak seorang Muslim

mendoakan kebaikan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat

mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula." [HR Muslim]

6. Rasulullah SAW bersabda, "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai

saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." [HR Bukhari dan Muslim]

Page 4: Peranan Dan Tanggungjawab Sosial Terhada

ISU & PERMASALAHAN SEMASA ORANG KELAINAN UPAYA

Seperti yang kita sedia maklum, sesetengah daripada mereka akan berasa malu dan

terpinggir disebabkan kekurangan mereka. Ini menyebabkan mereka hilang atau kurang

keyakinan bila berhadapan dengan masyarakat. Tambahan pula dengan sikap negatif

segelintir pihak yang memandang rendah kekurangan mereka dengan memberikan penderaan

sama ada dari segi fizikal mahupun mental akan menyebabkan mereka disisihkan dan

dipinggirkan daripada komuniti, lebih-lebih lagi OKU daripada kalangan kanak-kanak. Ini

jelas sekali akan memberi kesan kepada perkembangan minda dan jati diri mereka. Sikap

sebegini yang harus kita cegah bersama bagi mengelakkan pengkelasan taraf kehidupan dan

sistem kasta dalam masyarakat.

Ujian ini ditambah pula dengan tindakan diskriminasi ataupun penafian hak mereka

untuk belajar dan berkerja walaupun mereka amat berkeinginan, masih mempunyai daya

usaha dan berkelayakan. Mereka di diskriminasikan oleh masyarakat normal yang tidak

punya apa-apa kekurangan. Kewujudan mereka seringkali diambil enteng oleh kebanyakan

pihak. Hak mereka untuk menerima dan menyumbang dalam masyarakat tidak mampu

dicapai sebaiknya.

Sesetengah majikan masih belum terbuka, tidak bersedia serta tidak ingin untuk

mengambil pekerja OKU kerana berpendapat mereka tidak boleh membuat kerja,

memerlukan cuti sakit yang kerap, kadar insurans yang tinggi, keselamatan di tempat kerja

yang terganggu, memerlukan kemudahan khas, dan mungkin beberapa perubahan terpaksa

dilakukan di tempat kerja bagi menjamin keselamatan pekerja kurang upaya. Jadi, ini akan

melibatkan perbelanjaan yang tinggi untuk menyediakan kemudahan mereka; sedangkan

OKU seperti Allahyarham Profesor Dato’ Ismail bin Salleh yang buta matanya itu terbukti

boleh berkerja dengan baik, mempunyai sijil universiti yang diiktiraf dan boleh membuat

kerja yang sepatutnya jika diberikan peluang sewajarnya. Namun, persepsi buruk yang

mereka terima berkenaan kemampuan dan kebolehupayaan mereka akan meruntuhkan

keyakinan diri dan moral mereka.

Page 5: Peranan Dan Tanggungjawab Sosial Terhada

Selain itu juga, kesedaran masyarakat terhadap golongan OKU ini masih di takuk

yang lemah. Kesedaran yang dimaksudkan adalah dari segi penjagaan OKU, sifat OKU,

masalah OKU, kemudahan OKU, pendidikan dan kerjaya, dan sebagainya. Ianya bermula

daripada peringkat di rumah lagi dan bersambung ke peringkat sekolah dan institusi

pengajian tinggi dan ke peringkat yang lebih tinggi. Pelbagai kempen dan program kesedaran

sudah dianjurkan, namun kesedaran masyarakat masih rendah.

Apabila tahap kesedaran terhadap golongan OKU ini rendah, wujudlah pelbagai

masalah lain lagi seperti kurangnya fasiliti kemudahan buat mereka. Golongan pentadbir

tidak mahu mengeluarkan belanja tambahan untuk menyediakan kemudahan buat golongan

OKU kerana menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak penting dan mendatangkan kerugian

kepada mereka. Tambahan pula, sesetengah daripada mereka mempunyai masalah untuk

mendapatkan rawatan perubatan, fisioterapi, pembelian alatan sokongan (seperti kerusi roda

ataupun alat ganti palsu dsb) tidak mendapat keprihatinan pihak berwajib.

Akhir sekali, kurangnya penguatkuasaan akta dan undang-undang berkenaan OKU ini

dilaksanakan. Seperti yang termaktub dalam Akta Orang Kurang Upaya yang ada

memperuntukkan kemudahan kepada golongan OKU, namun pelaksanaannya tidak

dijalankan secara meluas. Tambahan pula, ada segelintir pihak bersikap zalim dengan

menyalah gunakan kemudahan yang diperuntukkan kepada golongan OKU untuk

kepentingan peribadi mereka seperti perkhidmatan parkir khas untuk OKU ini. juga menjadi

permasalahan utama warga OKU di Malaysia. Secara efektifnya, pihak berkuasa perlu

mengambil langkah tegas bagi memudahkan warga OKU seiring memelihara hak mereka.

Page 6: Peranan Dan Tanggungjawab Sosial Terhada

PERBINCANGAN DAN PENYELESAIAN

Setiap individu perlulah menunjukkan nilai-nilai murni dan mencerminkan etika

sebagai seorang mukmin. Hal ini demikan kerana setiap individu mempunyai tangungjawab

masing-masing. Tunjukkan keprihatinan dan pupuk sifat empati dalam diri untuk membantu

mereka sekadar yang termampu. Jaga hubungan sesama manusia (hablum minan nas) dan

berikan hak mereka sebaiknya.

Selain itu, pihak kerajaan dan swasta hendaklah turut sama membantu golongan OKU

menjalani kehidupan yang lebih baik dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada

mereka termasuklah kemudahan fasiliti, peluang pendidikan, peluang pekerjaan dan

sebagainya. Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan tidak menganggap OKU

sebagai beban dalam masyarakat.

Kita boleh membantu mereka dengan memberikan peluang perkerjaan berdasarkan

tahap kemampuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Sekiranya mereka mempunyai

keistimewaan dalam bidang seni kraf tangan, agensi tertentu bolehlah mengambil mereka

sebagai pekerja ataupun melatih mereka untuk menambahkan kemahiran dalam bidang

tersebut. Hal ini secara tidak langsung akan berupaya meningkatkan industri kraf tangan

Malaysia yang akhirnya menjadi sumber pendapatan negara. Kini, banyak institusi kewangan

mengambil OKU sebagai kakitangan mereka kerana kualiti kerja OKU setanding, malah

adakalanya lebih hebat daripada manusia normal.

Selain itu juga, pihak kerajaan perlulah mengambil langkah efektif dengan

memperbanyakkan infrastruktur atau kemudahan awam kepada mereka. Hal ini adalah untuk

memudahkan OKU bergerak dengan selesa. Sebagai contoh, kemudahan lorong khas, laluan

pejalan kaki atau tempat khusus untuk meletakkan kenderaan, tandas khas OKU, tanjakan

dan lain-lain. Sekiranya kemudahan ini tiada, sudah tentu golongan OKU akan mengalami

kesukaran kerana ketidakupayaan mereka dari segi fizikal jika menggunakan kemudahan

awam yang sama seperti orang yang sempurna sifat fizikaInya. Oleh itu, pelbagai kemudahan

perlu disediakan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.  

Page 7: Peranan Dan Tanggungjawab Sosial Terhada

Pengangkutan awam amat penting untuk golongan oku, supaya dapat memudahkan

mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain. Oleh itu, semua pihak perlu mengambil

inisiatif untuk mewujudkan banyak lagi kemudahan pengangkutan awam. Malah, bas

perlulah direka khas untuk golongan OKU, supaya golongan yang berkerusi roda dapat

menaiki bas ini dan mampu bergerak ke satu tempat. Kini,100 buah bas RAPIDKL mesra

OKU telah beroperasi di kawasan Kuala Lumpur. Bas ini akan memudahkan golongan ini

bergerak ke destinasi yang ingin dituju. Oleh itu, pihak berkuasa perlulah memperkenalkan

bas yang khas untuk golongan OKU di seluruh negara kita.

Tambahan pula, pihak kerajaan perlu sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat

pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini

terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada

golongan kurang upaya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah

sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang

konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas

TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga

telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.

Dari sudut pendidikan pula, pihak kerajaan haruslah menyediaka program pendidikan

buat mereka. Pengecualian bayaran yuran haruslah diberi bagi mengurangkan bebanan buat

mereka. Bagi pelajar yang cemerlang, insentif perlulah diberi kepada mereka bagi

meningkatkan semangat ingin belajar dalam diri mereka. Tidak dilupakan juga, alat bantu

mengajar seperti braille, bantuan alat tiruan atau alat sokongan dan sebagainya amat

diperlukan bertujuan membantu orang kurang upaya yang tidak berkemampuan untuk

membeli seperti kaki palsu, tangan palsu, kaliper, tongkat tangan, kerusi roda, alat

pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh

doktor atau pakar perubatan.

Page 8: Peranan Dan Tanggungjawab Sosial Terhada

Dari aspek kesihatan pula, pengecualian daripada bayaran rawatan di Hospital

Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan perlulah diberi

kepada mereka. Hal ini kerana dapat meringankan beban golongan ini. Selain itu, penubuhan

klinik 1 Malaysia dan Klinik bergerak 1 Malaysia memberi rawatan yang percuma kepada

golongan ini. Malah, Pihak berkuasa perlulah membina tempat riadah yang sesuai untuk

golongan OKU supaya golongan ini dapat menjalankan aktiviti riadah. Selain itu, perlulah

membina kemudahan yang sesuai untuk golongan ini untuk melaksanakan aktiviti riadah.

Aktiviti riadah juga dapat membantu mereka untuk membina tubuh badan yang sihat dan

cergas.

Di samping itu juga, media massa boleh memainkan peranan mereka dengan

menyebarkan maklumat tentang peluang pendidikan dan kerjaya bagi OKU. Setiap

maklumat  mestilah disampaikan dan disebarkan oleh pihak media massa  kepada orang

ramai. Kempen Masyarakat Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah

disampaikan melalui saluran media. Maklumat tersebut boleh disalurkan melalui iklan,

kempen dan melalui drama. Kesannya, orang ramai akan mendapat maklumat tentang OKU

secara telus. Jelaslah, nasib OKU akan terbela dengan adanya peranan media massa.

          

Page 9: Peranan Dan Tanggungjawab Sosial Terhada

KONKLUSI

OKU merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai

kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang

lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan

bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan mereka. Namun begitu, tidak dinafikan

bahawa mereka menghadapi banyak permasalahan dan rintangan dalam menjalani kehidupan

seharian mereka.

Masyarakat haruslah bersatu dalam usaha untuk membangunkan modal insan OKU.

Walau bagaimanapun, peluang harus diberikan kepada mereka tanpa mengira sebarang

perbezaan dan selaras dengan dasar kerajaan untuk memberi hak yang sama kepada semua

individu. Kita sepatutnya memberi keutamaan dalam melahirkan sumber tenaga manusia

yang berpengetahuan dan berkemahiran sejajar dengan keperluan semasa, penekanan

terhadap bidang pendidikan dan latihan kemahiran. Oleh itu, kita perlu menghormati dan

memberi bantuan kepada OKU kerana mereka juga berupaya dalam memberi sumbangan

dalam pembangunan negara.

Sebagai pengakhirannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menjalankan

tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang prihatin terhadap kebajikan golongan OKU.

Segala amal baik yang dilakukan akan merealisasikan visi kudsi negara ke arah melahirkan

masyarakat penyayang seperti yang diwar-warkan oleh pemimpin negara. Hal ini bertepatan

dengan sikap kita sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan keluhuran budi, adab dan

nilai-nilai murni yang tinggi dan moleklah kita jelmakan nilai tersebut terhadap anggota

masyarakat kita yang kurang bernasib baik. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia

kerana muafakat, marilah kita mengatur langkah sederap, seia sekata agar taraf hidup OKU

lebih terjamin dan dapat seiring dengan kemajuan arus globalisasi

Page 10: Peranan Dan Tanggungjawab Sosial Terhada

RUJUKAN

I. Dr Musthafa Syed Khin, Syarah Riyadhus Shalihin Jilid 1 Imam Nawawi, Penerbit

Al-’Itishom CahayaUmat: Jakarta, 2010, m/s 181

II. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2010&dt=1211&sec=Rencana&pg=re_02.htm

III. http://www.jkm.gov.my/content.php?

pagename=dasar_orang_kurang_upaya&lang=bm

IV. http://www.kpwkm.gov.my/

V. http://www.slideshare.net/ridzuangrik/kaunseling-oku

VI. http://ruzimi-mohamed.blogspot.com/2011/05/masalah-sebenar-oku

VII. http://farihinzul1974.blogspot.com/2010/11/isu-sosial-kurang-fikir-terhadap-

orang.html

VIII. http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16301-rasulullah-gilap-oku-

demi-perjuangan-islam

Page 11: Peranan Dan Tanggungjawab Sosial Terhada

LAMPIRAN

11