peranan dan sumbangan tun dr mahathir mohamad dalam perkembangan pendidikan masyarakat melayu pada...

46
Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada Era 1981 - 2002 BAB 1   PENDAHULUAN   1.0 Pendahuluan Menyorot tarikh bersejarah negara  pada 28hb. Februari 1991 dalam menyingkap ucaptama Tun Dr Mahathir  Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-4 semasa beliau memperkenalkan Wawasan 2020 di Persidangan Majlis Perdagangan Malaysia, beliau telah mencetuskan hasrat untuk menaik taraf status Malaysia daripada sebuah negara yang sedang membangun kepada sebuah negara perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Ucapatama beliau itu telah melahirkan salah satu falsafah pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap  perkembangan dan pembangunan pendidikan negara selama 22 tahun perkhidmatan beliau sebagai tonggak pemimpin negara. Antara ucaptama beliau di dalam persidangan itu ialah:  "Daripada pengalaman yang menakjubkan selama dua dasawarsa yang lalu di kalangan semua negara yang dulunya terbatas 'sumber alamnya', maka amatlah jelas bahawa sumber yang  paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha rakyatnya. Tenaga otak kita  adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber alam.  Rakyat adalah sumber kita yan g paling utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990-an dan  seterusnya Malaysiamestilah memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan  sumber yang amat penting ini”.[ 1]  Rentetan dari cetusan idea Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merealisasikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020 melalui Wawasan 2020, kerajaan Malaysia telah membangunkan satu kerangka (framework ) perlaksanaan pelan tindakan melalui pembangunan sumber manusia yang komprehensif melalui prosess pendidikan kepada semua peringkat golongan di Malaysia terutamanya kaum Bumiputra khasnya masyarakat Melayu. Ini jelas diungkapkan oleh beliau di dalama Persidangan yang sama iaitu:  "Dalam pembangunan sumber tenaga manusia, kita tidak harus mengabaikan separuh jumlah  penduduk kita, yakni golongan Bumiputra. Jika golongan ini  tercicir, jika kemungkinan- kemungkinan yang ada  pada mereka tidak diperkembangkan, jika mereka dibiarkan menjadi rintangan terhadap pertumbuhan kebangsaan kita, maka kemajuan kita pastilah akan  pincang”.[ 2]  Betapa kita tidak boleh menafikan peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam  bidang pendidikan. Malahan beliau telah memberi rangsangan kepada rakyat Malaysia

Upload: sh-shaeza

Post on 04-Jun-2018

1.239 views

Category:

Documents


36 download

TRANSCRIPT

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 1/46

Peranan Dan Sumbangan Tun Dr MahathirMohamad Dalam Perkembangan PendidikanMasyarakat Melayu Pada Era 1981 - 2002

BAB 1  

PENDAHULUAN  

1.0 Pendahuluan Menyorot tarikh bersejarah negara pada 28hb. Februari 1991 dalam menyingkap ucaptama Tun

Dr Mahathir  Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-4 semasa beliau memperkenalkan

Wawasan 2020 di Persidangan Majlis Perdagangan Malaysia, beliau telah mencetuskan hasrat

untuk menaik taraf status Malaysia daripada sebuah negara yang sedang membangun kepada

sebuah negara perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Ucapatama beliau itu

telah melahirkan salah satu falsafah pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap

 perkembangan dan pembangunan pendidikan negara selama 22 tahun perkhidmatan beliau

sebagai tonggak pemimpin negara. Antara ucaptama beliau di dalam persidangan itu ialah: 

"Daripada pengalaman yang menakjubkan selama dua dasawarsa yang lalu di kalangan semua

negara yang dulunya terbatas 'sumber alamnya', maka amatlah jelas bahawa sumber yang

 paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha

rakyatnya. Tenaga otak kita adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber alam.

 Rakyat adalah sumber kita yang paling utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990-an dan

 seterusnya Malaysiamestilah memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan sumber yang amat penting ini”.[1]  

Rentetan dari cetusan idea Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merealisasikan Malaysia sebagai

negara maju menjelang tahun 2020 melalui Wawasan 2020, kerajaan Malaysia telah

membangunkan satu kerangka (framework ) perlaksanaan pelan tindakan melalui pembangunan

sumber manusia yang komprehensif melalui prosess pendidikan kepada semua peringkat

golongan di Malaysia terutamanya kaum Bumiputra khasnya masyarakat Melayu. Ini jelas

diungkapkan oleh beliau di dalama Persidangan yang sama iaitu: 

"Dalam pembangunan sumber tenaga manusia, kita tidak harus mengabaikan separuh jumlah

 penduduk kita, yakni golongan Bumiputra. Jika golongan ini tercicir, jika kemungkinan-

kemungkinan yang ada  pada mereka tidak diperkembangkan, jika mereka dibiarkan menjadi

rintangan terhadap pertumbuhan kebangsaan kita, maka kemajuan kita pastilah akan

 pincang”.[2]  

Betapa kita tidak boleh menafikan peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam

 bidang pendidikan. Malahan beliau telah memberi rangsangan kepada rakyat Malaysia

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 2/46

khususnya kaum  Melayu di dalam ucapan beliau sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang

ke-40 pada 1991 supaya sentiasa berusaha melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmu

 pengetahuan berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul

dalam jiwa masing-masing. Ujar beliau, jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia,

negara pasti tidak mampu bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau mahu pembangunan

negara mestilah seiring dengan pembangunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapatmemenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat medani. [3] 

[Tun Dr Mahathir Mohamad] 1.1 OBJEKTIF KAJIAN 

Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk menganalisa keberkesanan pendidikan sebagai ejen

 perubahan pada era petadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memenuhi

matlamat nasional  untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Ini

adalah kerana pengukuhan ekonomi di samping kestabilan politik   di Malaysia sebagai sendi

utama kepada kemampuan negara untuk bangkit dari ketinggalan dalam bidang ekonomi dan

seterusnya mempunyai daya saing berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain.

Kajian juga dibuat terhadap Perkembangan Pendidikan Negara sebelum dan selepas merdeka

 bagi mengenal pasti evolusi Pendidikan Negara. Seterusnya kajian juga dibuat terhadap

 penerapan nilai-nilai murni dan adab ketimuran dalam dasar Pendidikan Negara pada era

 pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan kesannya terhadap masyarakat Melayu. 

Selain itu, kajian ini juga cuba menganalisis pendekatan berani Tun Dr Mahathir Mohamad yang

mengubah tanggapan masyarakat Melayu terhadap sains, ekonomi, matematik, teknologi,

aeroangkasa dan penguasaan Bahasa Inggeris yang sememangnya membantu orang-orang

Melayu bersifat terbuka dan berusaha gigih untuk lebih maju dan berdaya saing dan seterusnya

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 3/46

mendekatkan jurang pencapaian dalam bidang akademik, sukan, politik dan ekonomi di antara

orang-orang Melayu dan bukan Bumiputera. 

1.2 SKOP KAJIAN 

Penulisan kertas Ilmiah ini memfokuskan kepada peranan dan sumbangan Tun Dr MahathirMohamad sepanjang tempoh 22 tahun sebagai PerdanaMenteri Malaysia serta kesan-kesan

 positif yang sepanjang pemerintahannya di dalam bidang pendidikan. Kajian ini juga akan cuba

untuk melihat hubungkait rapat di antara pemikiran Tun Dr Mahathir untuk menjadikan Malaysia

dan rakyatnya khasnya orang-orang Melayu dan Bumiputra untuk turut sama merealisasikan

negara ini sebagai sebuah negara maju melalui Wawasan 2020. Skop pernulisan ini juga akan

membincangkan dengan terperinci cetusan idea Tun Dr Mahathir yang telah memberi impak

 besar kepada masayarakat Melayu dan rakyat Malaysia pada amnya. 

Walaupun skop kajian yang dinyatakan adalah sepanjang tempoh 1981-2002 iaitu pada era

 pemerintahan 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tonggak negara, adalah perlu untuk

 penulis menghuraikan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah pendidikan negara sebelum1981 secara ringkas. Ini untuk memperlihatkan kesinambungan persejarahan dan supaya

 pemahaman yang lebih mendalam dapat dilakukan. Namun begitu, secara khususnya skop kajian

ini adalah merangkumi tempoh 22 tahun bermula dari 1981 sewaktu Tun Dr Mahathir mula

dilantik menjadi Perdana Menteri ke-4 menggantikan Tun Hussein Onn. 

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN 

Permasalahan kajian dilihat apabila Tun Dr Mahathir Muhamad mengadakan dasar-dasar yang

drastik serta berani. Contohnya Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris telah mewujudkan tentangan dan kontroversi di kalangan orang-orang

Melayu. 

Selain itu, pelaksanaan dan penerapan dasar pendidikan Negara yang dilihat sebagai melangkaui

zaman atau batas masa. Sebagai contoh matlamat Wawasan 2020 yang mahukan semua kaum di

negara ini berdaya saing dan maju. Ini memberi satu peluang kepada orang-orang melayu

meningkatkan taraf hidup. Peningkatan taraf hidup perlu selaras dengan peningkatan pendidikan

orang Melayu. 

Kayu pengukur utama di dalam kajian ini ialah penulis akan menilai dan mengkaji peranan serta

sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Di bawah

kepimpinan tiga orang Perdana Menteri yang terdahulu, Malaysia berada di zaman peralihan

selepas kemerdekaan. Malaysia pada ketika itu masih lagi mengharapkan bantuan dari Barat

untuk membantu memulihkan negara dalam aspek pentadbiran, ekonomi, pertanian, teknologi,

 pertahanan dan pendidikan. 

Justeru itu apabila Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Dasar Pandang ke Timur, ianya

telah mengundang kritikan dan reaksi kurang senang dari Barat terutamanya Britain dan Amerika

Syarikat. Idea Dasar Pandang Ke Timur adalah bertujuan menjadikan Jepun dan Korea Selatan

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 4/46

sebagai model kejayaan Malaysia. Apatah lagi kedua buah negara tersebut mempunyai ciri-ciri

yang seakan sama dengan Malaysia iaitu lokasinya yang terletak di Asia. Negara-negara tersebut

 juga adalah merupakan negara pertanian pada peringkat awalnya. Melalui evolusi pendidikan,

kedua-dua buah negara tersebut telah mampu menyediakan rakyatnya dengan pelbagai

kemahiran yang diperlukan di samping mengubah mereka menjadi lebih progresif. Apa yang

menarik ialah sikap taat setia kepada negara yang menjadi sasar pembangunan di samping penghargaan kepada nilai budaya tradisional yang menjadi jati diri kepada kedua-dua bangsa di

Timur Jauh itu. 

1.4 KAJIAN YANG LEPAS 

Kajian ini adalah lebih banyak merujuk kepada maklumat-maklumat yang lepas bagi menyokong

hujah-hujah yang akan dibahaskan. Jurnal-jurnal, artikel-artikel dan juga keratan akhbar akan

digunakan sebagai sumber maklumat di dalam kajian ini. Antara jurnal dan arikel yang diguna

 pakai didalam penulisan ini adalah seperti di halaman rujukan. Antara penulisan dan

 penyelidikan ilmiah mengenai peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah

dihasilkan adalah seperti berikut: 

Rusdi Omar iaitu pensyarah di Sekolah Pengajian Antarabangsa dan Sivamurugan Pandian yang

 juga merupakan pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia

telah menghasilkan jurnal yang bertajuk “Falsafah pemikiran politik Dr. Mahathir

 Mohamad” . Di dalam jurnal tersebut mereka telah membuat pengamatan mengenai peranan

 pemikiran “Mahathirisme”. Istilah “Mahathirisme”ini ialah memaklumkan kepada pembaca

kedua-dua pensyarah ini melihat bagaimana idea-idea yang telah dicetuskan oleh Tun Dr.

Mahathir Mohamad bersama keunikan pemikirannya bersama falsafah dan cara pengurusan

negara yang telah dibawa oleh beliau ke arah negara maju pada tahun 2020. Kedua-dua pengkaji

ini juga membahaskan“Mahathirisme” ini membentuk ideologi politik Tun Dr Mahathir

Mohamad seterusnya melahirkan 5 komponen dasar pemerintahan beliau iaitu: 

i.   Nasionalisme; 

ii.  Kapitalisme; 

iii.  Islam; 

iv.  Populisme; dan 

v.  Autoritarianisme 

Disamping itu juga, kedua-dua pensyarah ini yang membuat pengamatan tentang falsafah

 pemikiran politik Tun Dr Mahathir yang juga sebagai Perdana Menteri ketika itu telah

mengenalpasti 4 faktor utama yang membentuk falsafah pemikiran Tun Dr Mahathir iaitu: i.  Latarbelakang keluarga; 

ii.  Penjajahan; 

iii.  Kerjaya kedoktoran; dan 

iv.  C.H.E Det 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 5/46

Menurut Rusdi dan Sivamurugan, gabungan idea yang diserap dan digubal sebagai

falsafah, “Mahathirisme” telah berjaya membawa Malaysia sebagai sebuah negara yang

disegani dan dihormati di persada antarabangsa[4]. 

Menurut Ahmad Fauzi bin Mohamad dalam artikel beliau yang bertajuk “Pendemokrasian

Pendidikan: Suatu pentafsiran dan tinjauan mengenai pendekatan serta perlaksanaannyadalam sistem pendidikan di Malaysia” telah mengutarakan pengertian pendemokrasian

 pendidikan telah memberi kesan yang sangat memberangsangkan di dalam perkembangan

 pendidikan di Malaysia. Beliau banyak mengungkapkan semula ucapan-ucapan Dr. Mahathir

Mohamad yang relevan dengan topik pendemokrasian pendidikan. Umpamanya beliau memetik

kata-kata ketika Tun Dr Mahathir berucap sempena Persidangan Majlis Perdagangan Malaysia

 pada 28hb Februari 1991 seperti berikut: 

"Daripada pengalaman yang menakjubkan selama dua dasawarsa yang lalu di kalangan semua

negara yang dulunya terbatas 'sumber alamnya', maka amatlah jelas bahawa sumber yang

 paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha

rakyatnya. Tenaga otak kita adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber alam. Rakyat adalah sumber kita yang paling utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990-an dan

 seterusnya Malaysia mestilah memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan

 sumber yang amat penting ini”[5]  

Ahmad Fauzi telah membuat satu analisa ucapan Tun Dr. Mahathir dengan

menghubungkaitkannya dengan konsep pendemokrasian pendidikan, kepentingan isu

 pendemokrasian pendidikan, kualiti pendidikan, kemudahan infrastruktur dan penekanan

 pendidikan yang bertaraf dunia. Disamping itu juga, Ahmad Fauzi juga ada menyentuh isu

 pendemokrasian pendidikan juga harus diimbangi dengan pembangunan sumber manusia yang

lengkap, seimbang dan bersepadu. Dengan kata lain pihak kerajaan mestilah memastikan bahawa

tidak boleh mana-mana golongan dan rakyat di Malaysia tercicir atau diabaikan dalam prosess

 pendidikan tersebut. Ini sejajar dengan kehendak Tun Dr Mahahir Mohamad di dalam

 persidangan yang sama iaitu: 

"Dalam pembangunan sumber tenaga manusia, kita tidak harus mengabaikan separuh jumlah

 penduduk kita, yakni golongan Bumiputra. Jika golongan ini tercicir, jika kemungkinan-

kemungkinan yang ada pada mereka tidak diperkembangkan, jika mereka dibiarkan menjadi

rintangan terhadap pertumbuhan kebangsaan kita, maka kemajuan kita pastilah akan

 pincang”.[6]  

Menurut Ahmad Sohaimi Lazim pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan juga pengarang buku “Dua Dekad Dasar Pandang ke Timur: Satu Penilaian Aspek Pendidikan (1982-

2002)” beliau mendapati bahawa sepanjang pimpinan Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat

selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohammad telah mencetuskan pelbagai idea dalam

 pentadbirannya yang banyak mempengaruhi dasar-dasar Malaysia meliputi aspek politik,

ekonomi dan sosial. Salah satu dasar menarik yang telah diperkenalkan oleh Dr. Mahathir ialah

Dasar Pandang ke Timur yang dilancarkan pada tahun 1982 bertujuan meniru budaya dan etika

kerja masyarakat Jepun dan Korea bagi memacu kemajuan ekonomi Malaysia. 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 6/46

 

Tun Dr. Mahatihir amat kagum dengan kejayaan Jepun dan Korea membangunkan ekonomi

mereka dan berhasrat menjadikan negara tersebut sebagai model kepada Malaysia yang selama

ini banyak bergantung kepada barat. Dr. Mahathir mengaitkan kejayaan ekonomi Jepun dengan

sikap positif rakyatnya seperti rajin, dedikasi, inovatif, menepati masa dan mementingkan

kualiti tinggi dalalam semua aspek kehidupan., Bagi menjayakan dasar ini. kerajaan telahmelancarkan program menghantar pelajar dan pekerja Malaysia ke sana bertujuan mempelajari

teknologi dan mencontohi budaya kerja mereka. Sejak dimulakan pada awal tahun 1980-an

sehingga awal tahun 2000, beberapa ribu pelajar dan pekerja Malaysia berpeluang mengikuti

skim latihan yang disediakan. Kini setelah program ini berjalan selama lebih daripada dua dekad,

Ahmad Sohaimi telah membuat dan penilaian perlu dibuat bagi menentukan sejauh mana

kejayaannya kepada Malaysia. 

Sebenarnya Ahmad Sohaimi Lazim buku “Dua Dekad Dasar Pandang ke Timur: Satu Penilaian

Aspek Pendidikan (1982-2002)” adalah merupakan lanjutan kajian yang dibuat oleh beliau

semasa beliau menuntut di Universiti Sains Malaysia iaitu kertas ilmiah yang bertajuk “Pengaruh

Jepun Terhadap Bidang Pendidikan di Tanah Melayu (Malaysia) 1941-1990 an. Ahmad SohaimiLazim telah membongkar perasaan generasi sebelum merdeka terutamanya semasa zaman

 pendudukan Jepun dari 1941  –   1945 ke atas perlaksanaan Dasar Pandang Ke Timur yang

dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu. Pengalaman pahit serta suka duka generasi ketika

zaman Jepun telah mencetuskan kritikan dan perasaan tidak senang mereka terhadap Tun Dr

Mahathir. 

Dalam kajian yang sama, Ahmad Sohaimi Lazim turut menyatakan bahawa hubungan diplomatic

yang terjalin di antara Malaysia –  Jepun selepas merdeka adalah berbentuk saling bergantungan.

Ini kerana Jepun memerlukan bahan mentah dari Malaysia dan Malaysia menyediakan peluang

 pasaran bagi eskport Jepun. Sementara secara timbalbalik, Malaysia memerlukan pelaburan

daripada ahli-ahli perniagaan Jepun untuk melabur di Malaysia sebagai pusat pelaburan dan

 bersaing dengan Singapura. Oleh itu, hubungan kedua-dua negara dapat ditingkatkan demi

manafaat bersama. Rakyat Malaysia yang telah terlibat di dalam program Dasar Pandang Ke-

Timur ini adalah terdiri dari 2 kategori iaitu: 

i.  Pelajar-pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran sama ada di Jepun atau Korea Selatan 

ii.  Para pekerja yang dihantar ke Jepun ataupun Korea Selatan untuk program latihan kerja 

Tujuannya adalah untuk mendapatkan pengalaman serta membudayakan cara kerja Jepun dan

Korea Selatan dari aspek mutu dan dispilin kerja[7]. 

1.5 METODOLOGI KAJIAN 

Dalam penyusunan kertas ilmiah ini penulis mengambil data, dari pendapat para ahli sejarah

yang telah menghasilkan buku-buku atau jurnal tentang peranan dan sumbangan Tun Dr

Mahathir Mohamad pada era 1981-2002. Temubual dengan pegawai-pegawai yang berkaitan

dengan permasalahan kajian dari pada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 7/46

Pendidikan Tinggi juga akan di atur untuk mendapatkan data-data yang relevan dengan kajian

ini. 

Sumber primer dalam dalam penulisan ini kajian melalui penyelidikan di Arkib Negara

Malaysia, Perpustakaan Negara, Perpustakaan Tun Sri Lanang dan Perpustakaan Utama

Universiti Malaya. Istilah ini lazim disebutlibrary research iaitu pengambilan data yang berasaldari buku-buku atau karya ilmiah yang terdiri dari sumber primer dan sekunder. Disamping itu

sekundernya adalah buku-buku yang berkaitan dengan peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir

dalam aspek pendidikan yang relevan dengan pembahasan kajian ini. Maklumat yang relevan

dengan peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir seperti keratan-keratan akhbar dan juga turut

capaian internet digunakan dalam mendapatkan maklumat. 

1.6 PEMBAHAGIAN BAB 

Kajian ini dibahagikan kepada enam bab iaitu, bab pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan

 bab keenam yang berupa kesimpulan. Di dalam bab pertama adalah menghuraikan tujuan kajian

ini dibuat, skop kajian, membahaskan kajian-kajian yang telah lepas ke atas topik yang relevanserta metodologi kajian. 

Dalam bab kedua akan di utarakan tentang latarbelakang Tun Dr Mahathir Mohamad dari segi

asal usul, keluarga, kejayaannya semasa beliau menuntut di universiti, jatuh bangun beliau di

dalam politik, dan pemikiran semasa pentadbir negara dalam tempoh 22 tahun sejak 1981  –  

2002. 

Bab yang ketiga pula, membincangkan sejarah awal pendidikan di Malaysia sebelum merdeka,

selepas merdeka dan sistem pendidikan masa kini yang merangkumi Dasar Pendidikan Negara,

Falsafah Pendidikan Negara, Pembudayaan masyarakat Malaysia, peranan pendidik dan

sebagainya. 

Peranan dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad akan dibincangkan dalam bab yang

keempat. Idea-idea Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membantu, merangka dan memajukan

masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia pada amnya akan dibincangkan di dalam bab ini.

Umpamanya Dasar Pandang Ke-Timur, mewujudkan lebih banyak universiti-universiti awam

dan swasta tempatan, memperkenalkan kursus-kursus yang berasaskan sains dan teknologi di

 pusat pengajian tinggi tempatan, menggalakkan penuntut-penutut Malaysia untuk melanjutkan

 pelajaran ke Jepun, Korea Selatan ataupun mana-mana universiti tempatan. Di era Tun Mahathir

Mohamad telah memperuntukkan dana khas di dalam belanjawan negara mengenai pendidikan.

Umpamanya memperuntukkan dana khas untuk mewujudkan sekolah bistari dan sebagainya.

Seterusnya di dalam bab 4 ini, pengamatan perubahan-perubahan dasar yang telah dilakukan dan

oleh Tun Dr Mahathir dilakukan sejajar dengan kepentingannya kepada pendidikan dan

 pembangunan negara selaras dengan matlamat Wawasan 2020. 

Bab kelima merupakan bab yang menerangkan masalah dan kekangan-kekangan yang dihadapi

apabila beberapa perubahan dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam meningkatkan

taraf pendidikan di negara ini. Perubahan-perubahan yang drastik telah dibuat bagi memenuhi

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 8/46

keperluan ekonomi dan mendepani sosio-budaya masyarakat rakyat Malaysia yang berbilang

 bangsa, laterbelakang dan fahaman politik yang berbeza-beza telah mendatangkan cabaran baru

 bagi Tun Dr Mahathir. Umpamanya ketika beliau memperkenalkan matapelajaran sains dan

matematik diajar di dalam bahasa Inggeris. Pada sesetengah golongan Melayu, pendekatan ini

sangat baik bagi memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan orang-orang Melayu.

 Namun ada sesetengah golongan Melayu yang beranggapan bahawa pendekatan ini adalahsekular. Begitu juga dalam aspek ekonomi. Cabaran yang paling utama ialah menyediakan

 pendidik yang memahami kehendak industri. Silibus matapelajaran di peringkat universiti itu

sendiri mestilah bersifat futuristik [8]  bagi menyediakan tenaga kerja yang mahir, berkebolehan

 berkomunikasi lebih dari dua bahasa, mempamerkan kebolehan untuk bekerja di dalam

kumpulan, mempunyai daya analitikal yang tinggi serta berinovasi terutamannya dalam sektor

 pembuatan dan pengeluaran. 

Bab keenam adalah bab cadangan dan kesimpulan. Di dalam bab ini penulis akan mencadangkan

 beberapa langkah untuk pihak kerajaan mempertimbangkan supaya sistem pendidikan yang sedia

ada diberi nilai tambah serta untuk mendepani cabaran-cabaran baru sama ada dari segi sosial-

 budaya mahupun daripada aspek ekonomi. Umpamanya sistem pembelajaran sekarang adalahmerupakan warisan daripada sistem pembelajaran yang ditinggal oleh British. Iaitu memisahkan

aliran agama dan aliran kebangsaan. Sudah sampailah masanya Kementerian Pendidikan

Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi membuat penilaian semula untuk menyatukan

kedua-dua aliran ini supaya dapat melahirkan generasi yang seimbang dalam aspek agama dan

ilmu-ilmu sains. 

Daripada pemerhatian penulis, silibus di sekolah-sekolah agama tidak menekankan

matapelajaran sains dan matematik. Tetapi disebaliknya bagi sekolah kebangsaan, matapelajaran

agama hanyalah diajar sehingga tingkatan 5 sahaja. Sebagai contoh, apabila para pelajar dari

aliran kebangsaan melanjutkan pelajaran ke universiti, mereka tidak lagi belajar matapelajaran

agama. Ini merupakan satu kerugian kepada masyarakat Melayu dewasa ini lebih-lebih lagi

statitik daripada Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan bahawa masalah kelahiran bagi tidak

sah taraf adalah sangat mendukacitakan iaitu ianya melibatakan kaum Melayu. Melalui

 pendidikan yang mantap, penulis berpendapat gejala sosial akan dapat dibendung demi masa

depan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia amnya. Di dalam bab ini juga kesimpulan akan

dibuat berdasarkan topik perbincangan dari bab pertama hingga bab keenam penulisan ini.

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 9/46

 

BAB DUA 

LATARBELAKANG TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD 

2.0 Latarbelakang Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr. Mahathir bin Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Penggalkepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003. Beliau telah menerajui Malaysia

ke arah arus kemodenan yang amat pantas dalam tempoh 22 tahun dan membawa kepada

kemakmuran dan kesejahteraan untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. 

Semasa beliau menerajui negara, beliau sentiasa mempamerkan gaya pentabdbiran yang dilihat

sangat optimistik. Beliau mempunyai pemikiran yang berpandangan jauh kehadapan serta telah

melahirkan cetusan-cetusan idea yang melangkaui zaman. Faktor-faktor inilah yang telah

mempengaruhi beliau didalam membuat keputusan-keputusan penting negara seperti dalam isu-

isu yang menyentuh aspek ekonomi, sosial-budaya, sukan, penglibatan negara dalam projek

aeorangkasa dan yang paling utama adalah dalam bidang pendidikan. [9] 

Didalam bab ini, penulis akan menghuraikan bagaimana proses sosialisasi dan

latarbelakang keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi tulang belakang (backbone)

kepada keperibadian beliau semasa menjadi Perdana Menteri yang turut jelas terpamer didalam

gaya pentadbirannya. 

2.1 LATARBELAKANG KELUARGA 

Tun Dr Mahathir telah dilahirkan pada 20hb Disember 1925 di Alor Setar, Kedah. Ibunya

 bernama Wan Tempawan Binti Wan Hanapi adalah seorang berketurunan Melayu, manakala

ayahnya Encik Mohamad bin Iskandar adalah berketurunan Islam India (Kerala). Encik Iskandar

telah berkahwin dengan Siti Hawa yang mana Siti Hawa (iaitu nenek kepada Tun Dr Mahathir)

mempunyai susurgalur keluarga yang terdiri daripada golongan bangsawan Melayu. EncikMohamad bin Iskandar adalah seorang guru bahasa Inggeris di sekolah Inggeris[10] yang lebih

terkenal dikalangan para pendidik ketika itu sebagai „Master Iskandar‟ yang beliau berpindah

dari Pulau Pinang dan terus menetap di Kedah[11]. 

Tun Dr Mahathir ialah merupakan anak paling bongsu dalam keluarga yang terdiri daripada 9

orang adik-beradik. Beliau mempunyai 4 orang abang dan 3 orang kakak. Nama abang-abang

ialah Murad, Mustapha, Mahadi dan Mashahor. Manakala nama kakak-kakak beliau ialah

Rafeah, Habsah dan Johara. 

J. Victor Morais telah merakamkan di dalam temubual dengan Tun Mahathir didalam yang manaTun Dr Mahathir pernah ditanya mengenai bapanya. Beliau menjawab: 

“Ayah saya sudah meninggal dunia. Beliau (Encik Mohamad bin Iskandar) menamakan saya

 Mahathir oleh kerana beliau sangat menyukai dengan keganjilan huruf „M‟ . Keempat-empat

abang saya juga diberikannya, tetapi tidak kesemua adik beradik yang perempuan yang

dilahirkan selepas mereka tidak diberikannya”.[12]  

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 10/46

Menurut Tun Dr Mahathir lagi di dalam temubual yang sama: 

“Saya dibesarkan di dalam satu keluarga yang berdisplin. Ayah saya telah mengelolak annya

 seperti sebuah bilik darjah. Bunyi batuknya sahaja semasa dia mendekati rumah sudah

mencukupi untuk kami budak-budak berlari ke pangkuan buku-buku kami” 

Abang Tun Dr Mahathir bernama Murad telah berkhidmat sebagai seorang pegawai di Kolej

Pertanian Serdang, yang kini telah meninggal dunia. Mahadi adalah seorang bekas pagawai

 perkeranian di dalam bidang Perkhidmatan Eksekutif Negeri Kedah tetapi kemudianya menjadi

seorang peniaga yang berjaya. Mashahor pula seorang pegawai buruh dan Mustapha telah

meninggal dunia semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. 

Bagi Tun Dr Mahathir, zaman kependudukan Jepun di Tanah Melayu telah memberi pengalaman

yang pahit di dalam kehidupannya semasa kecil. Beliau telah mengambil iktibar daripada

 pengalaman pahit ini untuk membawa manafaat kepada dirinya dan juga rakyat Malaysia semasa

 beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Kesusahan dan penderitaan rakyat Tanah

Melayu semasa kependudukan Jepun telah membuka mata Tun Dr Mahathir Mohamad dalammembuat strategi untuk membangunkan Malaysia. 

Bertitik tolak dari zaman pemerintahan Maharaja Meiji lebih dikenali dalam sejarah Jepun

sebagai zaman Pemodenan Jepun berikutan kejayaan cemerlang beberapa pembaharuan yang

telah dilakukan oleh baginda dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan. Berikutan

dari itu Jepun pada akhirnya telah mengalami anjakan paradigma di mana ia telah berjaya beralih

dari sebuah negara pertanian yang mundur menjadi sebuah negara perindustrian yang maju. 

Kejayaan pemodenan Jepun ini adalah bergantung kepada sistem pendidikan. Dengan

cogankata " semua rakyat mestil ah mencari i lmu di selu ruh duni a" . Maharaja Meiji telah

menghantar ramai pelajar ke luar negara bagi menimba ilmu di bidang pertanian, perkapalan,

ketenteraan, perindustrian dan pendidikan. Bagi menyediakan rakyat Jepun kepada arus

 pemodenan ini, baginda telah memperkenalkan satu sistem pendidikan yang baru kepada semua

rakyat Jepun yang di mana sebelum ini hanya dikhususkan kepada golongan samurai dan

 bangsawan sahaja. Baginda telah meniru model pendidikan yang terbaik pada masa itu iaitu dari

Britain, Perancis dan Amerika Syarikat dan menyesuaikannya (customized) untuk rakyat Jepun

tanpa sama sekali membuang nilai-nilai pendidikan tradisional yang ada dalam masyarakat

tempatan seperti Koyohei-mama iaitu pendidikan dari rumah. Penekanan diberikan kepada

 pendidikan vokasional dan teknikal bagi menyediakan rakyat Jepun sebagai gunatenaga yang

mahir dalam perindustrian. [13] 

Banyak sekolah-sekolah ditubuhkan dan sistem persekolahan diseragamkan diseluruh negara

Jepun. Ini adalah kerana kerajaan Jepun menyedari bahawa bidang pendidikan adalah merupakan

 pelaburan yang menguntungkan Jepun di masa akan datang. Bidang penterjemahan mendapat

galakan dari kerajaan untuk menterjemah buku-buku asing dalam berbagai bidang ke dalam

 bahasa Jepun. Kegiatan ini telah meninggikan tahap literasi budaya rakyat Jepun. Selain itu

setiap rakyat Jepun telah ditanamkan semangat Ware Ware Nippon-jin iaitu kebanggaan

 berbangsa Jepun serta cinta dan taat setia kepada negara. Caranya ialah dengan memartabatkan

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 11/46

 bahasa Jepun sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan serta menguatkan kembali

ajaran Shinto yang menjadi asas falsafah masyarakat Jepun. Dengan cogankata wakon yohsai

iaitu semangat Jepun dengan teknologi barat, Jepun telah muncul sebagai sebuah negara

 perindustrian yang maju menjelang abad ke-20.[14] 

Pengalaman kejayaan Jepun bangkit sebagai negara yang mundur telah menjadi sumber inspirasikepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju

menjelang tahun 2020. Penerangan terperinci akan dihuraikan di Bab ke-4. 

2.2 PENDIDIKAN 

Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun

1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School,

Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan

Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945. 

Tun Dr Mahathir bercermin mata sejak beliau kecil lagi. Beliau memengang jawatan sebagai pustakawan di dalam kelasnya dan sentiasa menjadi pemenang hadiah bahasa Inggeris setiap

tahun. Kebolehan Tun Dr Mahathir di dalam bidang penulisan bahasa Inggeris sangat terserlah

semasa di bangku sekolah. Beliau pernah menjadi editor untuk majalah Sultan Abdul Hamid

College yang mana sub-editornya ialah guruny sendiri iaitu Sir John Augustin pada tahun

1945[15]. Semasa di sekolah, beliau dilaporkan tidak gemarkan sukan dan lebih berminat dengan

hobinya membaca buku. 

Pada 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa

Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of

Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan

 bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Ketika mununtut di kolej, minat beliau terhadap sukan

mula tumbuh yang mana beliau aktif dalam sukan ragbi. Beliau sentiasa mengambil berat tentang

kebajikan pelajar-pelajar lain. Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan kelulusan Ijazah

Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya, Singapura.

2.3 KERJAYA 

Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih

di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai

Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah

memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis[16]. 

Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri,

MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu

 pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu terdapat lima buah

klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor

Setar dan kekal sehingga sekarang. Keputusan untuk berhenti kerja sebagai kakitangan kerajaan

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 12/46

adalah kerana beliau merasakan bekerja di sektor kerajaan telah membataskan beliau untuk

 bergerak aktif di dalam politik .[17] 

2.4 PERKAHWINAN 

Setelah 3 tahun berkhidmatan sebagai Pegawai Perubatan di Alor Setar, Kedah, Dr MahathirMohamad telah melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya. Perkenalan dengan seorang

gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti

 bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga

mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura

telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 5hb Ogos

1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahaya mata iaitu Marina (kini Datin

Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz (kini Datuk

Mukriz), Maizura dan Mazhar. 

Ternyata, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tun Dr Mahathir juga menyukai

keganjilan huruf „M‟  seperti bapanya almarhum Encik Mohamad bin Iskandar. Ini jelas dengan beliau telah menamakan kesemua anak-anak beliau dengan pangkal huruf „ M‟ .

Susurgalur keluarga Tun Dr Mahathir adalah seperti di Jadual 1 dibawah. 

 Jadual 1: Salahsilah Keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali 

Gambar 1: Dr Mahathir Mohamad & 

Dr Siti Hasmah Mohd Ali (ketika zaman muda mereka) 

Gambar 2: YAB Tun Dr Mahathir Mohamad 

& YAB Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (sekarang) 

2.5 PENGLIBATAN DI DALAM POLITIK  

Penglibatan Tun Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun

1950an kerana beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis

esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan

 jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir bergiat

dalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959,

tetapi menolaknya. Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan

menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti

Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario

 politik negara. Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr. Mahathir dilantik

sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu

 pada tahun 1969. 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 13/46

Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau

dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis

Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University

of Malaya Council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr.

Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk

membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menangtanpa bertanding. Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri

Pelajaran. 

Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi

 pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan

kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi

 peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau memberi

 peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi,

mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut,

mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Beliau juga

 bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang oleh ahliakademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Sebagai seorang yang berdisplin dan

tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat

 pengajian tinggi diuruskan di bawah Kementerian Pendidikan. 

Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agung

UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada

kejayaan politik beliau. Pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh

Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan

Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr.

Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga

adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus

menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing. Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya

umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan

 parti. 

Falsafah politik Tun Mahathir adalah bersifat terbuka untuk mengatasi masalah-masalah secara

terbuka. Beliau berpendapat bahawa dengan menyembunyikan sesuatu, bersifat manis tidak akan

membawa Malaysia ke mana-mana. Mengenai polisi luar negara, Tun mengamalkan dasar

 berbaik-baik dengan semua negara sama ada sesuatu negara itu mengamalkan sistem

 pemerintahan sosialisme atau komunisme. Konsisten dengan prinsip ASEAN iaitu mengamalkan

sikap tidak campurtangan dalam hal ehwal negara asing, Tun Dr Mahathir mempunyai harapanyang sama iaitu tidak mahu urusan pentadbiran negara dicampuri oleh negara asing[18]. 

2.6 PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN 

Semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, banyak pembangunan yang telah dibuat

sehinggakan beliau digelarkan sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia”, negarawan ulung yang

membawa Malaysia ke mercu kejayaan sehingga mendapat penghormatan negara-negara asing.

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 14/46

Malaysia juga menjadi pusat pelaburan baru di Asia Tenggara menjadi alternatif kepada pelabur-

 pelabur asing selepas Singapura. Antara kejayaan projek-projek mega yang berbentuk material

yang dikaitkan dengan Tun Dr Mahathir ialah Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Lapangan

Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Menara

Berkembar Petronas (Petronas Twin Tower), Menara KL (KL Tower), Jambatan Pulau Pinang,

Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton), Perusahaan Otomobil Kedua Negara (Perodua)Litar Formula One Litar Sepang, pembangunan Putrajaya dan mengalihkan pusat pentadbiran

negara daripada ibunegara Kuala Lumpur ke Putrajaya. 

Sementara itu sumbangan beliau dalam aspek pembangunan insan dan pendidikan akan

dihuraikan dengan lebih terperinci di dalam Bab ke-4. [Rujuk Bab 4: Sumbangan dan Peranan

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu pada era 1981

 –  2002]. 

Selepas persaraanya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 pada 31hb Otober 2003, nama Tun

Dr Mahathir telah berada di kemuncak kegemilangan di persada antarabangsa. Beliau telah

mendapat anugerah Tun iaitu satu anugerah penghormatan tertinggi di Malaysia kerana perkhidmatannya yang cemerlang sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun iaitu satu

era kepimpinan yang paling lama di Asia Tenggara. 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 15/46

 

BAB TIGA 

SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA 

3.0 Sejarah Pendidikan Di Malaysia 

Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah seorang ahli politik yang mempunyai tahap intelek yang

tinggi. Adalah sukar bagi seorang pengkaji untuk menentukan adakah beliau seorang ahli politik

yang inteletual atau seorang intelektual yang berpolitik .[19] Ternyata beliau seorang yang sangat

 bijak dan mempunyai pemikiran strategik dalam pembangunan negara. Dalam usaha

memperkenalkan dasar dan program pembangunan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah

mengemukakan dan menjelaskan segala idea dan hasil pemikirannya kepada rakyat termasuklah

dalam bidang pendidikan. 

Walaupun skop kajian yang dinyatakan adalah sepanjang tempoh 1981-2002 iaitu pada era

 pemerintahan 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia, adalah

 perlu untuk penulis menghuraikan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah pendidikan negarasebelum 1981 secara ringkas. Ini untuk memperlihatkan kesinambungan persejarahan dan supaya

 pemahaman yang lebih mendalam dapat dilakukan. Namun begitu, secara khususnya skop kajian

ini adalah merangkumi tempoh 22 tahun bermula dari 1981 sewaktu Tun Dr Mahathir mula

dilantik menjadi Perdana Menteri ke-4 menggantikan Tun Hussein Onn. 

3.1 SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA SEBELUM MERDEKA 

Sistem pendidikan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan secara umumnya merupakan

 pendidikan yang mempunyai satu bentuk yang sistem tersendiri. Para pengkaji yang telah lepas

 pada amnya melihat pendidikan sebelum zaman kemerdekaan adalah tidak menekankan aspek

formality. Malah sistem pendidikan sebelum merdeka telah dikelaskan dengan istilah“pendidikan tradisi”. Rata-rata pengkaji terdahulu mengklasfikasikan sistem pendidikan sebelum

merdeka adalah mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad

kepada teks Al-Quran sahaja.

Pada pendapat penulis pada ketika itu sistem pendidikan adalah berlandaskan Al-Quran dan Al-

Sunnah. Para pelajar pada ketika itu memperlajari Al-Quran dan teks-teks Hadith melalui kitab-

kitab di dalam Bahasa Arab. Terdapat juga kitab-kitab Arab yang telah diterjemahkan ke dalam

Bahasa Melayu tetapi bertulisan Jawi. Para penuntut adalah diuji berdasarkan kebolehan mereka

untuk membaca Al-Quran dengan kaedah tajwid serta tartil yang betul. Manakala dalam aspek

urusan kehidupan pula, para pelajar diajar dengan kitab-kitab Feqah untuk memahami hukum

hakam yang melibatkan pembayaran zakat, kaedah fidyah, pengurusan jenazah, pengurusan

masjid, pendidikan akhlak dan adab sopan. 

Terdapat ramai tokoh-tokoh agama yang bergiat cergas dalam aspek pendidikan di nusantara

 pada masa itu. Antaranya Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Beliau lebih dikenali dengan

akronim nama beliau iaitu HAMKA. Kitab karya terkenal yang hingga kini masih digunakan

sebagai bahan rujukan ialah Tafsir Al-Azhar .[20] 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 16/46

 

Manakala antara tokoh agama di Tanah Melayu yang terkenal ialah Syeikh Mohamad Idris bin

Abdul Rauf Al-Marbawi.[21] Antara sumbangan beliau ialah dengan menulis Kitab Bahru Al-

Madzi yang mempunyai 22 jilid syarah hadith yang telah disusun kemas mengikut bab-bab.

Kitab Bahru Al-Madzi ini juga masih digunakan sebagai teks rujukan hadith oleh Fakulti

Pengajian Islam di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia pada masa kini. Beliausangat fasih berbahasa Arab sehingga telah menyusun kamus Al-Marbawi iaitu sebuah kamus

Bahasa Arab  –   Bahasa Melayu yang ditulis dalam bahasa Jawi. Begitu juga dengan Syeikh

Muhyiddin Abdul Qadir Mahmud al-Kedahi. Beliau mahir dalam bidang nahu Bahasa

Arab, Feqah dan Hadis. Beliau mengajar ilmu-ilmu tersebut di Madrasah Nurul Iman, Hulu

Langat. 

Ramai dikalangan tokoh-tokoh agama di Tanah Melayu pada ketika telah mendirikan madrasah-

madrasah untuk masyarakat Melayu mendapatkan pendidikan agama atau lebih dikenali dengan

sekolah pondok. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti

Kelantan, Terengganu dan Kedah. Kesan daripada penjajahan barat yang telah memperkenalkan

 bentuk tulisan rumi serta memisahkan urusan agama dengan urusan dunia telah menyebabkanramai masyarakat Melayu kini tidak boleh menguasai tulisan Jawi dengan baik. Malah terdapat

anak-anak Melayu yang buta huruf Jawi. 

3.2 EVOLUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA SELEPAS MERDEKA 

Dalam lipatan sejarah pendidikan negara, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami

evolusi sejak tercapainya kemerdekaan. Sistem kebangsaan yang dibentuk berasaskan perakuan-

 perakuan di dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib (1960) dan Akta Pendidikan (1996).

Setiap perubahan yang dibuat adalah untuk menambah baik kelemahan-kelemahan sedia ada

disamping untuk memastikan ianya sesuai serta memenuhi keperluan masyarakat di Malaysia

yang majmuk. Berikut adalah perinciannya:

3.2.1 Penyata Razak (1956) 

Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa

Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini

dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah

dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 

Tujuan Penyata Razak adalah: 

a)  Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa

 pengantar di sekolah; 

 b)  Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di

Tanah Melayu; 

c)  Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan; 

d)  Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang

 berdisplin, terlatih, liberal dan progresif; 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 17/46

 

e)  Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan; 

f)  Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif; dan 

g)  Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan 

3.2.2 Laporan Rahman Talib (1960) 

Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang

terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang

terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu: 

a)  Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama

dan proses penukaran bahasa pengantar  

 b)  Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa di

 peringkat rendah, menengah,dan menengah atas 

c)  Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir  

d)  Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian

sebagai teras. 

Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan

Laporan Rahman Talib ialah: 

a)  Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma; 

 b)  Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan; 

c)  Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun; 

d)  Murid naik darjah secara otomatik; 

e)  Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang; dan 

f)  Pendidikan akhlak dititikberatkan 

Selepas itu Sistem Pendidikan Aneka Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah

Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan

di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains

Pertanian dan Perdagangan. 

Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada diMalaysia, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola

tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir

 pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang

getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. 

Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein

Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 18/46

Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman

Talib. 

3.2.3 Akta Pendidikan 1996 

Selaras dengan cabaran dalam bidang pendidikan dan pihak keprihatinan kerajaan dalam bidang pendidikan, Akta Pendidikan 1996 telah digazetkan dan diluluskan oleh Parlimen. Ini

menunjukkan bahawa pendidikan adalah merupakan kepentingan awam. Peranan sistem

 pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan

cemerlang merupakan usaha murni untuk membangunkan generasi alaf baru. 

Penguatkuasaan Akta Pendidikan 1996 telah membuat penilaian semula ke atas definisi

 pendidikan iaitu: 

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan

 potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia yangberilmu pengetahuan,berketerampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”[22] 

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, ianya telah diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan sistem

 pendidikan yang mengambilkira prinsip-prinsip kesamarataan hak-hak sosial setiap masyarakat

Malaysia untuk menjadikan modal insan yang berkualiti. Matlamat jangka panjang ialah untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan menyediakan modal insan (human capital)

yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

3.3 SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA MASA KINI 

Di Malaysia sistem pendidikan adalah di kategorikan kepada 3 peringkat[23]. Iaitu: 

a.  Peringkat pertama: Sekolah Rendah (primary level) 

 b.  Peringkat kedua: Sekolah Menengah (secondary level) 

i.  Menengah Rendah 

ii.  Menengah Atas 

iii.  Tingkatan 6 

c.  Peringkat Ketiga : Pengajian Tinggi (tertiary level) 

Sistem pendidikan di peringkat Rendah memakan masa selama 6 tahun, peringkat Menengah

Rendah memakan masa selama 3 tahun sementara Menengah Atas adalah selama 2 tahun dan

 pada peringkat Tingkatan 6 adalah selama 2 tahun. Ini diikuti dengan Peringkat Pendidikan

Tinggi yang terdiri dari 2 jenis iaitu maktab, politeknik dan universiti. 

Peringkat-peringkat pendidikan tersebut di atas boleh diklasifikasikan lagi kepada beberapa

 jenis. Pendidikan Rendah contohnya terbahagi kepada 3 kategori iaitu: 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 19/46

 

i.  Sekolah Kebangsaan 

ii.  Sekolah Rendah Kebangsaan 

iii.  Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil) 

Begitu juga pada peringkat Menengah. Ianya dibahagikan kepada beberapa kategori iaituSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Vokasional dan

Sekolah Menengah Agama. 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 20/46

 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 21/46

 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 22/46

BAB 4 

PERANAN DAN SUMBANGAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD 

4.0 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Bab ini mengandungi tiga bahagian utama, iaitu: 

a.  Bahagian pertama membentangkan pemikiran Tun Dr Mahathir mengenai orang-orang Melayu; 

 b.  Bahagian kedua memperkenalkan pendekatan atau keadah yang digunakan oleh penulis untuk

mengenal pasti peranan dan perlaksanaan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam bidang

 pendidikan; dan 

c.  Bahagian ketiga pula mengenal pasti dan menyenaraikan sumbangan-sumbangan pemikiran Tun

Dr Mahathir dalam bidang pendidikan 

BAHAGIAN PERTAMA 

4.1 PEMIKIRAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD MENGENAI ORANGMELAYU 

Pemikiran Tun Dr Mahathir mengenai sikap orang-orang Melayu tersebar dalam pelbagai media. Beliau telah

menghasilkan buku-buku tentang nasib orang-orang Melayu contohnya The Malay Dilemma (1970)

dan Menghadapi Cabaran (1976). Buku The Malay Dilemma ialah pandangan berani beliau menyuarakan pendapat

yang memperkatakan mengenai masalah ekonomi orang Melayu dan Bumiputera pada ketika itu. Beliau telah

memberi beberapa pandangan untuk menyelesaikan masalah tersebut malahan beliau turut mengkritik

ketidakcekapan kerajaan ketika itu dalam usaha untuk memulihkan keadaan berikut. Walaupun buku tersebut

diharamkan, ada beberapa perkara dan pandangan yang hampir sama dengan Dasar Ekonomi Negara (DEB) yang

dilancarkan pada 1971 yang menerangkan bagaimana untuk memperbaiki keadaan Bumiputera ketika itu.  

Di dalam buku tersebut, Tun Dr Mahathir telah membidas sikap fanatik orang Melayu yang sentiasa menyalahkan

takdir dan sering menerima kekalahan melalui sifat pasif mereka. Pada 1970, Perdana Menteri, Allahyarham Tunku

Abdul Rahman telah meletakkan jawatan dan digantikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Ketika itu Tun Dr.

Mahathir kembali aktif dalam UMNO dan mendapat sokongan ramai. Kekalahan dan kekecewaan sebelum ini tidak

 pernah mematahkan semangat beliau untuk terus berusaha untuk memperjuangkan isu-isu yang mempunyai

kepentingan dengan orang-orang Melayu. 

4.1.1 Sejarah Orang Melayu Antara asas pemikiran Tun Dr Mahathir ialah sikap beliau terhadap sejarah terutama sekali nasib

yang menimpa orang Melayu, antaranya dasar penjajahan British[24], kemasukkan orang-orangCina dan India yang dibawa oleh British ke Tanah Melayu, kemunculan elit-elit aristokrat dan

 birokrat Melayu dan zaman penjajahan Jepun. Tun Dr Mahathir telah menganalisa kehidupan

orang-orang Melayu dan mencari sebab mengapa orang Melayu mundur di tanah air mereka

sendiri. Menurut Tun Dr Mahathir, nasib yang melintasi kehidupan bangsa sedikit-sebanyak

telah meninggalkan kesan pada “mind-set” sosio-budaya, politik dan ekonomi orang Melayu.[25] 

4.1.2 Punca Kemunduran Orang Melayu 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 23/46

Munurt Tun Dr Mahathir di dalam The Malay The Lemma ialah kerana faktor genetik (baka) dan

alam sekitar. Kedua-dua faktor ini telah memberi kesan terhadap kemajuan bangsa Melayu di

Semenanjung Tanah Melayu. Ini kerana pada era sebelum tahun 70-an, kebanyakkan masyarakat

Melayu gemar berkahwin sepupu dan saudara terdekat. Namun Tun Dr Mahathir berbeza

 pendapat mengenai isu genetik ini. Beliau telah menempelak sikap orang-orang Melayu dengan

mengatakan bahawa: 

“Satu per kara diterima umum ialah faktor-faktor keturunan memainkan peranan dalam

 perkembangan sesuatu kaum”[26]  

Menurut Tun Dr Mahathir di dalam buku yang sama, beliau berpendapat bahawa: 

“Amalan begini agak biasa berlaku di kalangan orang -orang Melayu. Pengaruh keturunan

boleh juga menimbulkan kesan buruk di dalam masyarakat yang menggalakkan setiap orang

berkahwin, tidak kira sama ada orang itu sihat atau tidak. Oleh itu oranng-orang cacat tubuh

badan atau otak juga berkahwin dan beranak pinak”.[27]  

Tun Dr Mahathir juga mengajak orang-orang Melayu untuk berfikir dengan beliau telahmembuat perbandingan di antara adat perkahwinan orang Melayu dan Cina. Kata beliau: 

“Kalau begitu memang wajarlah dikatakan bahawa pembiakan seketurunan dan amalan kahwin

 paksa di kalangan orang Melayu lebih tinggi kalau dibandingkan dengan kaum-kaum lain”[28] . 

Setelah membahaskan isu pengaruh genetik pada perkembangan bangsa, Tun Dr Mahathir juga

turut membincangkan isu alam sekitar turut mempengaruhi cara masyarakat Melayu dalam aspek

ekonomi dan bersosial. Beliau mengatakan bahawa: 

“Alam sekitar turut memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri seseorang,

keluarganya dan kaumnya. Disamping faktor keturunan, alam sekitar adalah faktor yang sangat

 penting dalam membentuk perkembangan manusia dari segi fizikal, mental dan psikologi”.[29] 

Alam sekitar yang melingkungi orang Melayu adalah subur dan tidak banyak halangan untuk

memperolehi sumber makanan, justeru itu kehidupan orang-orang Melayu adalah relatifnya

selesa. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Tun Dr Mahathir: 

“Sebilangan besar orang Melayu terlibat di dalam penanam padi, iaitu satu pekerjaan

bermusim. Kerja-kerja yang sebenarnya hanya memakan masa dua bulan dan hasilnya dapat

menampung bekalan hidup untuk selama setahun. .. masa lapang mereka begitu banyak”.[30]  

“Iklim negeri ini panas dan lembab juga tidak begitu menggalakkan bagi pekerjaan berat

ataupun daya pemikiran yang lebih aktif. Oleh itu penduduknya kecuali sebilangan kecil lebih

 suka duduk rehat-rehat atau berbual dengan jiran tetangga dan rakan-rakan mereka”.[31]  

Dalam aspek pertanian moden yang memerlukan penerokaan tanah-tanah baru, penanaman padi

adalah memerlukan guna tenaga yang banyak serta mengakibatkan keletihan. Tun Dr Mahathir

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 24/46

 juga turut mengupas bahawa masyarakat Melayu yang mendiami kawasan luar bandar adalah

kurang keazaman untuk berjaya seperti tegasnya: 

“Azam mereka untuk maju memang tidak begitu kuat kerana kurangnya hubungan dengan dunia

luar jadi semakin tipis. Lama-kelamaan ketinggalan di dalam berbagai bidang”.[32]  

Berbeza dengan orang-orang Melayu di bandar[33] yang telah mengamalkan perkahwinan

campur, mereka juga lebih terpelajar berbanding dengan orang Melayu luar bandar. Kemajuan

yang dibawa penjajah British khususnya telah mencorakkan imej baru masyarakat Melayu di

 bandar. 

BAHAGIAN KEDUA 

4.2 PERUBAHAN SEMASA MENJADI MENTERI PELAJARAN 

Selepas Tun Dr Mahathir berjaya memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu dengan menang

tanpa bertanding di dalam Pilihan Raya Umum 1974,[34] beliau telah mendapat tempat di dalam

 barisan kabinet Allahyarham Tun Abdul Razak. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran

 pada 6 Oktober 1974.

Semasa menjadi Menteri Pelajaran, beberapa perubahan telah dibuat iaitu: 

a.  Tindakan pertama beliau selaku Menteri ketika itu ialah mengubah dasar pendidikan negara

dengan melaksanakan usaha-usaha untuk membasmi dan menghapuskan kemiskinan dan

mewujudkan keadilan kepada semua; 

 b.  Tindakan kedua beliau ialah meminda Akta Universiti dan Kolej 1974 dengan meletakkan

 pentadbiran universiti secara langsung di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau telah mendapat

 banyak tentangan serta halangan daripada ahli akademik dan mereka yang terlibat di dalam

 pendidikan, namun beliau tetap dengan segala tindakan yang dilakukannya dan telah berjaya

melenyapkan segala kritikan-kritikan terhadap dasar-dasar pendidikannya. 

4.3 PERUBAHAN SEMASA MENJADI PERDANA MENTERI 

Tun Dr Mahathir telah melakukan banyak perubahan di dalam pentadbiran negara. Semenjak awal

pelantikan sebagai Perdana Menteri, beliau telah menyeragamkan sistem dan cara bekerja dengan

mengadakan sistem kad perakam waktu, pengenalan tag nama, sistem simpanan fail, urusan surat

menyurat dan pos, panduan dan penyelarasan dalam segala urusan pejabat. Selain itu, beliau juga

telah memperkenalkan slogan di dalam pentadbiran awam negara di antaranya Kepimpinan melalui

Tauladan, Dasar Pandang ke Timur dan Penerapan Nilai-Nilai Islam di dalam pentadbiran. Melalui usaha

ini, telah banyak perubahan telah dilaksanakan seperti etika kerja yang baik, penerapan nilai-nilai

murni yang positif, rajin, efektif serta efisyen dan lain-lain.

Beliau juga telah melancarkan usaha memerangi Rasuah dengan slogan “Bersih, Cekap dan Amanah”

kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan. Di zaman pentadbiran beliau, masalah ekonomi dunia

telah dilanda kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara seluruh dunia

terutama negara-negara Asia seperti Thailand, Filipina dan Indonesia. Beliau telah berjaya

menyelesaikan masalah ini dengan menambat mata wang ringgit Malaysia kepada Dollar Amerika.

Badan Kewangan Dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) telah mengkritik

tindakan beliau namun ia terbukti berjaya apabila Malaysia merupakan satu-satunya negara yang

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 25/46

terlepas dari belenggu kegawatan dan pelbagai syarat yang ditetapkan oleh mereka. Tindakan berani

dan bijak ini telah mendapat pujian daripada Horst Kohler, Pengurus Besar IMF.

Tun Dr Mahathir mempunyai aspirasi yang begitu tinggi untuk menyatukan setiap matlamat negara ke

arah pembentukan sebuah negara yang membangun. Beliau mempunyai pandangan yang jauh untuk

kesejahteraan dan kemakmuran, dan menebus maruah bangsa, memajukan negara dan meletakkannya

di persada antarabangsa. Segala perancangan adalah di dalam bentuk jangka panjang menunjukkan

satu titik permulaan dan penyatuan negara secara keseluruhannya. Tun Dr Mahthir telah berjaya

merealisasikan impian dan harapan rakyat selaras dengan kehendak Wawasan 2020 ke arah kemajuan

negara.Wawasan 2020 yang telah diperkenalkan oleh beliau dijadikan sebagai asas dan panduan untuk

mencapai matlamat negara yang maju dan sistematik dari segi sains dan teknologi, ekonomi dan

infrastruktur bertaraf dunia. Ia merupakan idea yang akan membawa negara ke arah mercu dengan

mempunyai panduan hala tuju tindakan di masa hadapan.

Beliau yakin dan percaya bahawa setiap rakyat perlu memainkan peranan agar wawasan ini akan

berjaya dilaksanakan menjadi sebuah negara yang berteknologi tinggi dan maju menjelang tahun 2020.

Untuk mencapai segala matlamat yang dirancang, beliau telah merancang strategi untuk meghadapi

beberapa dugaan dan cabaran kepada generasi-generasi yang akan datang terutama dalam aspek

pendidikan.

BAHAGIAN KETIGA 

4.4 PENDIDIKAN UNTUK ORANG MELAYU DAN KAUM WANITA 

Keperhatinan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang pendidikan orang-orang Melayu dan golongan

wanita adalah sangat tinggi. Daripada 6 tulisan beliau di The Straits Times adalah menyentuh

tentang pendidikan orang Melayu di peringkat menengah Inggeris dan pendidikan university di

kalangan anak-anak Melayu dan juga wanita Melayu. [35] 

Pada 1947 beliau pernah menulis “Unless social reforms are carried out, and that quickly Malay

 girls would be in danger of being neglected and despised by boys of their own race.”[36]  

Dengan social reform menurut Tun Dr Mahathir adalah merujuk kepada:“A sound education

 system and through knowledge of modern housecraft should be made available to Malay girls.

 Religiuos teaching designed to enable them to distinguish between good and evil of Western

culture must be initiated. Let all Malay parents admit the inevitability of these reforms and take

an active part in them…. And as for the political bodies; they must  shape a difinete policy

immediately on social problems or else….”[37]  

Tun Dr Mahathir juga ada menjelaskan bahawa kerajaan perlu menyediakan peluang pelajaran

yang komprehensif untuk orang-orang Melayu. Ini kerana pada 1948 Tun Dr Mahathir telah

menulis tentang“The Malays and Higher Education” beliau mendapati bahawa daripada 17,000

murid Melayu yang mengadiri sekolah kurang daripada 100 orang yang menghadiri sekolahInggeris. Oleh itu Tun Dr Mahathir telah menggesa kerajaan dan ahli politik Melayu supaya

memperjuangkan hak orang Melayu dalam pendidikan ini mengelakkan orang Melayu jauh

ketinggalan di belakang berbanding kaum-kaum lain.[38] 

4.5 BAHASA SEBAGAI EJEN PERPADUAN DALAM PROSES PENDIDIKAN 

Memetik pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam “The Malay The Lemma” 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 26/46

 

“Selain dari fungsi menyampai dan memajukan  pengetahuan, dasar pelajaran mana-mana

negara sekalipun biasanya adalah suatu cara bagi menanamkan dalam fikiran bakal rakyat

 perasaan bersatu, taat setia dan bangga terhadap negara. Di negara-negara yang baru

merdeka, pelajaran dipergunakan dengan meluas untuk tujuan di atas”[39] . 

Tun Dr Mahathir seterusnya telah kemudiannya merujuk kepada kejayaan negara maju seperti

Amerika dan Australia yang mana telah membangunkan sistem pendidikan negara masing-

masing dengan jayanya iaitu dengan adanya satu bahasa yang menyatukan rakyat Amerika dan

Australia iaitu penggunaan bahasa kebanggsaan sebagai bahasa pengantar dan ejen perpaduan.

Menurut Tun Dr Mahathir: 

“Bahasa peng antar sangatlah penting dalam membentuk perasaan bersatu. Oleh itu bahasa

 pengantar lazimnya adalah bahasa kaum yang tetap. Memang sesiapa pun tidak terlintas untuk

menuntut supaya bahasa pendatang- pendatang baru dijadikan bahasa pengantar”. [40]  

Walaubagaimanapun menurut Tun Dr Mahathir, berbanding dengan bahasa pengantar yang penting ialah seluruh kurukulumnya. Katanya: 

“Pengajaran sejarah, geografi dan sastera semuanya direncanakan untuk memupuk suatu idea

 yakni negara adalah milik penduduk tetap dan untuk menjadi warga negara itu dan mendakwa

menjadi milik negara itu, maka seseorang itu hendaklah mengenal pasti dirinya dengan

 penduduk tetap. Mengenal pasti ini meliputi segala-galanya dan sekali-kali tidak boleh ada

kenal pasti dengan negara atau kebudayaan lain. Mengenal pasti dengan penduduk tetap bererti

menerima sejarah mereka, geografi mereka dan sastera mereka, kebudayaan mereka dan

bahasa mereka dan menol ak semua yang lainnya”[41]  

Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang

ke-4, bahasa Melayu tetap diangkat menjadi bahasa kebanggsaan dan juga bahasa pengantar di

sekolah-sekolah seluruh negara. Bahasa juga memainkan peranan sebagai ejen perpaduan rakyat.

Dan ternyata Tun Dr Mahathir Mohamad sangat berpegang kepada pepatah Melayu iaitu

melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jelas perpaduan di kalangan orang-orang Melayu dan

 bukan Melayu di pupuk sejak mereka di bangku sekolah lagi. Ini kerana perpaduan adalah sendi

kepada kemakmuran dan keamanan negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.  

4.6 MODEL IKUTAN PENDIDIKAN MALAYSIA 

Dasar Pandang Ke Timur ini telah diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8hb.

Februari 1982 semasa Persidangan "5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" diHilton Kuala Lumpur. Dasar ini bermakna, pihak Kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian

dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan

Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia. Adalah tidak tepat

 jika Dasar Pandang Ke Timur ditakrif sebagai mengambil apa sahaja dari Jepun dan Korea untuk

dipraktik di Malaysia dan mengenepikan teladan yang boleh dipelajari dari negara-negara Barat. 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 27/46

Tumpuan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas contoh-contoh yang harus di pelajari

oleh rakyat Malaysia ialah dari segi kemajuan Jepun dan Korea Selatan dari segi ekonomi,

 pendidikan, kesenian dan kebudayaan. Ini kerana kemajuan kedua-dua negara ini adalah dipacu

oleh kecekapan, kesungguhan, nilai-nilai estetika (bersungguh-sungguh, rajin, setia, hormat

menghormati, menetapi masa) yang tinggi dalam cara hidup dan berorganisasi masyarakat Jepun. 

Oleh itu, pendidikan untuk memanfaatkan pengalaman Jepun telahpun dibuat secara total

cultural immersion. Mata pelajaran Bahasa Jepun dijadikan bahasa pilihan dalam kurikulum

sekolah menengah. Universiti Malaya pula telah menubuhkan program matrikulasi Bahasa Jepun

dan pelajar-pelajar Malaysia dihantar ke Jepun untuk mengikuti program ijazah dalam bidang

kejuruteraan dan teknikal. Di samping itu dilaksanakan pelbagai program susulan di antaranya

ialah program kemahiran, kursus-kursus jangka pendek dan program pertukaran pelajar di antara

kedua-dua negara. 

Kesannya daripada Dasar Pandang ke Timur ini telah membawa perubahan yang positif telah

menyediakan tenaga kerja yang berdaya saing dari aspek 'kerajinan dan disiplin bekerja,

kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja, keutamaankepada kumpulan dan tidak mementingkan diri sendiri, memberi focus kepada daya pengeluaran

(productivity) dan mutu yang tinggi (quality), peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan

dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem pengurusan yang menitikberatkan

kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan

dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada

kemajuan bagi negara kita. 

Dasar Pandang Ke Timur ini tidak bermakna bahawa Malaysia mengurangkan hubungan

dagangannya dengan rakan-rakan dagang seperti Amerika dan negara-negara Eropah. Sebaliknya

Kerajaan telah terus memperluaskan lagi perdagangannya dengan mengadakan hubungan dengan

rakan-rakan bukan tradisional di samping terus mengekalkan dan memajukan hubungan

 perdagangan yang setia selaras dengan kepentingan negara. 

4.7 PENDIDIKAN DAN ISU BAHASA 

Menurut Tan Sri Awang Had Salleh, beliau berpendapat bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad

mempunyai pendirian yang tertentu di dalam aspek pendidikan dan isu bahasa. Menurutnya lagi,

Tun Dr Mahathir Mohamad memberi keutamaan kepada perkara-perkara berikut dalam caranya

mentadbir dan mengurus negara, iaitu: 

a.  Perpaduan; 

 b.  Keutuhan ilmu; dan c.  Penyertaan dan pengagihan yang adil kekayaan negara dalam masyarakat Malaysia yang

 berbilang kaum yang tidak saksama dari segi pemilikan kekayaan 

Dalam aspek perpaduan, pengalaman Tan Sri Awang Had Salleh menyatakan bahawa Tun Dr

Mahathir Mohamad pernah berucap kepada mahasiswa Universiti Malaya (UM) di dalam Dewan

Tunku Cancelor pada awal penubuhan UM. Tun Dr Mahathir menggunakan sepenuhnya bahasa

Melayu dan terdengar hiruk pikuk mahasiswa yang pada ketika itu yang mirip sosialis.

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 28/46

Mendengar ucapan yang berterusan dalam bahasa Melayu, akhirnya kebisingan menjadi reda.

Kemudian, Tun Dr Mahahir menerangkan kepada hadirin yang hadir di dalam bahasa Inggeris

 bahawa beliau baru saja berucap di dalam bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara mereka

sendiri. Ketika itu timbullah kesedaran dikalangan mahasiswa untuk menghormati bahasa

kebangsaan bahasa rasmi negara.[42] 

Pada tahun 1974 (ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad ialah Timbalan Perdana Menteri),

kerajaan telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kabinet untuk mengkaji Perlaksanaan Dasar

Pelajaran dengan usul supaya bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah

 jenis kebangsaan secara peringkat-peringkat. Namun ketika itu kesediaan dan kematangan politik

 belum lag wujud, maka tujuan perlaksanaan bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar di

sekolah jenis kebangsaan adalah ditangguhkan dan mengekalkan status quo hingga ke hari

ini. [43] 

 Namun begitu Tun Dr Mahathir Mohamad lebih menitik beratkan pelajar-pelajar orang Melayu

untuk berkebolehan dan menguasai bahasa Inggeris . Ini kerana menurut beliau pelajar-pelajar

Melayu bukan sahaja lemah dalam bahasa Inggeris tetapi berkacau-bilau pula dengan penguasaaan bahasa Melayunya. [44] 

Di antara tahun-tahun hampir umur persaraan Tun Dr Mahathir, beliau telah mengenengahkan

masalah penuntut-penutut lepasan Universiti tempatan tentang penguasaan bahasa Inggeris

mereka. Isu lemah penguasaan bahasa Inggeris di kalangan orang-orang Melayu bukan sahaja

menyebabkan orang-orang Melayu itu sendiri ketinggalan ke belakang dalam bidang sains dan

teknologi malahan hilang daya saing ketika di temuduga bagi kekosongan jawatan oleh syarikat-

syarikat multinational yang melabur di Malaysia. Isu lemah penguasaan bahasa Inggeris ini juga

dilihat dari aspek jurang pencapaian yang sangat besar di kalangan pelajar Melayu yang tinggal

di bandar san pelajar Melayu yang tinggal di luar bandar. 

Tun Dr Mahathir Mohamad sangat percaya bahawa di dalam usaha untuk membenteras kaum

Melayu daripada terus ketinggalan di dalam kedua-dua bidang sains dan teknologi adalah

menjadi kewajaran pihak kerajaan untuk memastikan kewujudan profil di kalangan pelajar-

 pelajar Melayu menunjukkan penguasaan bahasa kebangsaan yang tinggi disamping cekap dan

mahir dalam bahasa Inggeris. 

Asprirasi Tun Dr Mahathir ini menjadi realiti apabila Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains

dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan yang menetapkan bahasa Inggeris

menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan

Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yanghangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun

2003. 

Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti

yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam

dilakukan. [45] 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 29/46

Isu penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara bagi mata pelajaran Sains dan

Matematik masih lagi belum selesai yang mana terdapat segelintir ibubapa (terutama ibubapa

yang tinggal dibandar) yang meminta kerajaan melalui Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu

Dato‟ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mempertimbangkan semula pemansuhan PPSMI

menjelang tahun 2012. Menjawab soalan wartawan berkenaan dengan permintaan ibubapa

terbabit mengenai kerajaan masih mengkaji saranan sesetengah ibu bapa agar mata pelajaranSains dan Matematik dibenarkan diajar dalam bahasa Inggeris di beberapa sekolah terpilih, Dato‟

Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata: 

"Kami masih menilai cadangan tersebut dengan mendapatkan pendapat serta reaksi ibu bapa,

 selain melihat sama ada kita boleh wujudkan fleksibiliti. Bagaimanapun, Kementerian

 Pendidikan akan membuat keputusan mengenai hal ini," jelasnya.[46]  

4.7 PENDIDIKAN TINGGI SEBAGAI SEBUAH INDUSTRI 

Pada tahun 1993, iaitu sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad membentangkan kepada Parlimen

tentang Kajian Pertengahan Penggal Rancangan Malaysia Ke-6, beliau telah mengutara usul berkaitan dengan bidang pendidikan. Beliau menyatakan adalah bidang pendidikan perlu dibina

sebagai satu komponen yang penting dalam industri perkhidmatan dan akhirnya dinaik taraf

kepada pendidikan bertaraf dunia dan menjadikannya sebagai industri eskport. 

Keperihatinan Tun Dr Mahathir dalam bidang pendidikan ialah mengembangkannya menjadi

salah satu daya penggerak ekonomi negara. Pada ketika itu Malaysia telah dilanda krisis

ekonomi yang teruk dan satu pelan tindakan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dengan

mengurangkan kadar pengaliran matawang keluar negara telahpun dibuat. Salah satu daripada

 punca pengaliran matawang ringgit keluar negara ialah kos pembiayaan pendidikan bagi

 penuntut Malaysia di luar negeri. Kos tersebut termasuklah kos pembiayaan kapal terbang, sewa

tempat tinggal dan elaun sara hidup. 

Rentetan daripada itu satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mempermudahkan penubuhan

institusi pendidikan tinggi, penganugerahan ijazah dan memperakukannya. Kerajaan juga telah

menggalakkan program berkembar di antara institusi pendidikan tinggi swasta dengan universiti-

universiti terkenal luar negara. Ini termasuklah penubuhan kampus-kampus cawangan dalam

negara.

Kita lihat dengan jelas bahawa proses ini masih berjalan dan berterusan sehingga hari ini dengan

kemungkinan IPTS mengendalikan program ijazah itu sepenuhnya di dalam negara. Tun Dr

Mahathir Mohamad apabila ditanya oleh wartawan apabila melihat kejayaan ini, beliau berkata bahawa konsep Malaysia menjadi hub kecermelangan pendidikan di rantau ini bukan sahaja

memantapkan matlamat awal menjadikan pendidikan sebagai salah satu penjana ekonomi dan

menarik pelajar-pelajar asing belajar di Malaysia malahan Malaysia boleh dan mampu untuk

mengeksport pendidikan keluar negara. Bagi Tun Dr Mahathir kunci kejayaan ialah pengawalan

kualiti. Ini dapat dilihat dari petikan ucapan beliau semasa merasmikan International

College, Bukit Bintang  di Kuala Lumpur pada Jun 1994: 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 30/46

“We must be rigorous wit h regard to standards if we are to maintain the reputation of being

 providers of quality education. Our credibility must not be undermined. We are aware that if we

are not sufficient vigilant, there is the temptation that in the pursuit of quick profits, dubious

arrangements will be resorted to and certificate mills will be set up. The behavior of a few can

undermine the credibility of the whole nation, and the whole education industry will be brought

into subsequent loss to everyone.”[47]  

4.8 PENDIDIKAN DAN AGAMA ISLAM 

Tun Dr Mahathir Mohamad sangat menekankan bahawa seseorang yang beragama Islam

sepatutnya menjadi seorang rakyat di sebuah negara yang maju. Memetik ucapannya pada 18

April 2004 kepada sebilangan cendiakawan di Maghribi, beliau berkata tidak sepatutnya negara-

negara Islam yang ada sekarang ini berada pada tahap yang mundur dari segi ekonomi. Beliau

telah menyingkap sejarah sarjana-sarjana Islam semasa di zaman kegemilangan Islam dulu umat

Islam sangat maju dalam pelbagai bidang umpamanya ilmu sains, pelayaran, perubatan,

astronomi, matematik, falaq dan falsafah. 

Sehubungan dengan itu, Tun Dr Mahathir merasakan perlunya anjakkan paradigma mengenai pendidikan agama khususnya di Malaysia. Pada 1983 kerajaan telah menubuhkan sebuah IPTA

yang berlandaskan Islam iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). UIAM

merupakan salah sebuah universiti yang agak selalu diperkatakan di dunia Islam. Ini kerana

antara tujuan UIAM ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara

Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi. Maka

tidak hairanlah sebahagian daripada kos permulaan UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan

Persidangan Islam (OIC) dan beberapa negara Islam. 

Cadangan untuk menubuhkan universiti ini lahir pada awal tahun 1982, apabila Tun Dr Mahathir

Mohamad, mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk merancang dan menubuhkan Universiti

Islam di Malaysia. Setelah dipersetujui kabinet, UIAM telah ditubuhkan secara rasmi pada 10

Mei 1983. Presiden pertamanya, Tun Hussein Onn telah dilantik pada 16 September tahun yang

sama.[48] 

Begitu juga dengan penubuhan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dahulu dikenali: Kolej

Universiti Islam Malaysia, KUIM) merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di

Malaysia pada 1998. 

USIM merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan

Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12

di negara ini dan didaftarkan dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia. Di antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus

 perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem

 pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa

kebangsaan juga menjadi tumpuan. 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 31/46

Dalam usaha mempastikan matlamat tersebut terlaksana, USIM menetapkan syarat kemasukkan

kepada pelajarnya terhad supaya tumpuan khusus dapat diberikan untuk membina ketrampilan,

kebolehan dan disiplin serta keimanan yang jitu di kalangan pelajar .[49] 

Dengan penubuhan UIAM dan USIM ini, nama Malaysia harum di kalangan negara-negara

Islam sedunia dan ianya dapat merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi hub pendidikandi rantau ini. 

Bagi Tun Dr Mahathir menuntut ilmu adalah satu jihad. Berkaitan dengan pemikirannya dalam

usaha untuk menggalakkan umat Islam seluruhnya dan umat Islam di Malaysia khususnya

supaya menguasai ilmu segala bidang. Bagi Tun Dr Mahathir, tanpa ilmu pengetahuan ummah

tidak akan dapat mempertahankan diri daripada pencerobohan musuh. Tanpa ilmu juga ummah

tidak akan berjaya menguruskan negara dan menjana ekonomi dengan baik. Dalam ucapan

 beliau di Persidangan Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam pada Januari 2002,

Tun Dr Mahathir berkata betapa umat Islam telah ditinggalkan oleh arus Revolusi Industri di

Barat bila pemikiran kita “tertutup bukan sahaja kepada ajaran atau pendapat kumpulan lain

 berkenaan dengan agama, tetapi juga kepada keadaan dan perkembangan di sekeliling, baik perkembangan dalam bidang ilmu atau ideology atau peningkatan kebolehan manusia dalam

 bidang- bidang lain”.[50] 

Beliau di dalam ucapannya antara lain menegaskan bahawa: “Justeru itu penguasaan ilmu sains

dan teknologi dan perolehan hasil daripada ilmu-ilmu ini juga adalah jihad, bahkan lebih baik

daripada mereka yang secara buta tuli menyerang musuh dan mengundang malapetaka kepada

umat Islam yang lain”.[51]  

4.9 KEMAHIRAN HIDUP DALAM PENDIDIKAN 

Pada awal tahun 1965, pendidikan aneka jurusan iaitu Sains Pertanian, Sains Rumahtangga, Seni

Perusahaan, dan Perdagangan telah dilaksanakan yang mana pelajar dibenarkan hanya memilih

satu bidang daripada empat pilhan yang ditawarkan. Oleh itu dalam sistem pendidikan aneka

 jurusan pelajar hanya belajar satu kemahiran sahaja dan ini tidak memberi peluang pelajar-

 pelajar mempelajari pilhan lain.

Semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau telah memasukkan input

kepada kurikulum sekolah mata pelajaran kemahiran hidup yang bermula daripada andaiannya

 bahawa pendidikan tidak sepatutnya hanya mendedahkan pelajar kepada teori tetapi sepatutnya

 juga amat bergantung kepada praktis. 

Berdasarkan daripada kelemahan pendidikan aneka jurusan, mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu (KHB) diperkenalkan pada tahun 1989 yang bercorak terbuka yang mana pelajar

 berpeluang mempelajari semua bidang elektif. Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha

 pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran

ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid boleh bertindak dan

mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia teknologi dan industri yang

kompleks dan sentiasa berubah. Pelajar dipupuk sikap kerja yang positif seperti menghargai

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 32/46

kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi dalam pembinaan projek, penuh yakin dan berdikari

dalam daya usaha. 

KHB merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada

semua pelajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Matapelajaran ini dirancang adalah untuk

mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatanmasyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. [52] 

Mata pelajaran KHB, mempunyai dua komponen iaitu bahagian teras dan pilhan.Bahagian teras

mengandungi tiga bahagian iaitu Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan serta

Kekeluargaan. Bahagian pilihan pula mengandungi 3 bahagian iaitu pilihan Kemahiran

Manipulatif, Ekonomi Rumahtangga dan Pertanian. 

Tan Sri Awang Had Salleh berpendapat[53]  bahawa cetusan idea Tun Dr Mahathir untuk

mewujudkan kursus kemahiran hidup dalam pendidikan adalah kerana faktor-faktor berikut: 

a.  Pertama: Latihan dan pendidikan perubatan yang diterima;  b.  Kedua : kerana amalan perubatan yang menjadikannya satu kemestian memiliki kemahiran

dalam pengubatan; 

c.  Ketiga: mungkin juga ia tercetus daripada hobinya sendiri yang melibatkan kemahiran kraf dan

seni tembaga; 

d.  Keempat: mungkin juga timbul dari kesedaran kepenggunaan di mana kejahilan dalam

kemahiran manipulasi asas menjadikan penguna amat tinggi kepergantungannya kepada peniaga-

 peniaga kecil tertentu. 

Oleh itu melalui proses pendidikan, pelajar-pelajar harus didedahkan untuk memastikan mereka

mempunyai kebolehupayaan untuk mempraktiskan ilmu yang dipelajari di sekolah atau di

universiti sebagai langkah untuk membenteras kepergantungan rakyat negara dalam bentuk

serupa (d) ini.

4.10 PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 

Satu lagi kejayaan dan sumbangan Tun Dr Mahathir kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia

amnya ialah tentang penekanan matapelajaran sains, teknologi dan mematik. Umum mengetahui

 bahawa Tun Dr Mahathir seorang yang sangat berminat dalam sains dan teknologi.

Kecenderungannya telah dipamerkan sejak zaman kanak-kanak dengan beliau telah mengambil

aliran sains semasa menuntut di Maktab Sultan Abdul Hamid lagi. Beliau turut mengakui

 bahawa pendidikan dalam bidang perubatan banyak membantu beliau dalam karier politik dan

 petadbiran negara. Beliau berpendapat bahawa sains dan teknologi mempunyai peranan yangsangat luas untuk pembangunan manusia sejagat. Berikut adalah pendirian Tun Dr Mahathir

Mohamad mengenainya: 

“Dalam erti kata yang amat luas sains ialah kaedah sistematik penghuraian dan pengawalan

dunia yang rasional dan adalah kajian hukum alamiah sejagat. Perkembangan hukum, teori dan

 prinsip sains sepanjang 6000 tahun yang lalu ialah hasil minda manusia dalam usaha menuntut

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 33/46

ilmu dan mencari kebenaran. Sains tidak mencipta, tetapi menukar apa yang sedia wujud. Kita

 seharusnya melihat ilmu dan sains sebagai prasyarat segala usaha manusia”.[54]  

Selepas Tun Dr Mahathir mengambil alih pentadbiran negara beberapa langkah penting telah di

ambil serta idea-idea baru dilaksanakan untuk mengembangkan sains dan teknologi. Pada tahun

1986, Dasar Sains Negara telah dilancarkan. 

Menurut Tun Dr Mahathir lagi, keperluan pengurusan sumber manusia amat penting

memandangkan negara memerlukan golongan sains dan jurutera yang mencukupi kerana sains

dan teknologi amat penting untuk mewujudkan satu masyarakat saintifik yang progresif. Beliau

turut memasukkan elemen sains dan teknologi dalam salah satu teras Wawasan 2020 iaitu pekara

7 adalah: 

“Wewujudkan masyarakat saintifik dan progresif inovatif dan memandang ke depan bukan

 sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi kepada penyumbang kepada tamadun saintifik dan

teknologi masa hadapan. Malaysia sepatutnya mempunyai sebilangan saintis yang komited

terhadap kerjayanya dan Malaysia bukan sahaja memerlukan pekerja-pekerja yang tahumenggunakan teknologi malah tahu mencipta teknologi baru untuk keperluan industri”. 

4.10.1 Pembangunan Teknologi Kenderaan Bermotor Selepas Tun Dr Mahathir mengambil alih tampok pemerintahan negara, beliau telah melancarkan

Proton Saga merupakan model pertama keluaran syarikat automotif pertama Malaysia iaitu

PROTON, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah

Alam pada bulan September 1985. Pada tahun yang sama Tun Dr Mahathir Mohamad telah

merasmikan Jambatan Pulau Pinang pada September 1985 dengan menaiki Proton Saga yang

menghubungkan Seberang Perai dan Pulau Pinang. 

Perodua adalah syarikat kereta Malaysia yang kedua selepas Proton. Dilancarkan pada 27 Ogos

1994, kilangnya terletak di tapak seluas 80 hektar di Sungai Choh,Serendah, Selangor. Nama

Perodua merupakan singkatan untuk "Perusahaan Otomobil Kedua". 

Tun Dr Mahathir mensifatkan bahawa kejayaan yang dicapai oleh PROTON dan PERODUA

membolehkan negara menyediakan kenderaan mampu milik oleh ramai penduduk Malaysia.

Bilangan permintaan yang banyak dari penduduk Malaysia membolehkan kedua-dua syarikat

kenderaan nasional itu membangunkan komponen kenderaan dengan rangkaian jualan seluruh

negara disamping keupayaan penyelidikan bagi kenderaan penumpang. 

Pada 7hb Februari 1995, Malaysia sekali lagi telah maju setapak dalam industri pembuatan permotoran dengan wujudnya Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd, atau lebih dikenali

sebagai Modenas ialah syarikat pengeluar motosikal nasional yang menghasilkan pelbagai model

motosikal kecil 200cc untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Ibu pejabat dan kilangnya

terletak di Gurun, Kedah, Malaysia. Modenas adalah usahasama syarikat Malaysia iaitu DRB

Hicom dan 2 syarikat Jepun iaitu Kawasaki Heavy Industri Ltd dan Nissho Iwai Corporation.

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 34/46

Dalam ucapan Tun Dr Mahathir di Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman

Pembangunan dan Pembuatan Motosikal Nasional dan Jentera Kecil Pelbagai Penggunaan di

antara ketiga-tiga syarikat usahama itu pada 7hb Februari 1995 di Kuala Lumpur, Tun Dr

Mahathir berkata: 

“Saya yakin pembangunan dan pembuatan motosikal nasional dan jentera kecil kami akan

memberikan satu lagi kemajuan besar dalam bidang ini disamping membantu negara mencapaitahap penduduk yang memiliki kenderaan bermotor pada kadar tinggi. Selain itu jentera kecil

 pelbagai penggunaan boleh digunakan secara meluas dalam sektor pertanian dan pembinaan

bagi membantu rakyat kami meningkatkan productiviti dan kecekapan dengan perbelanjaan

modal yang minimum”.[55]  

Tun Dr Mahathir juga melihat penglibatan Malaysia sebagai negara pembuat kenderaan

 permotoron adalah sebagai batu loncatan bagi Malaysia untuk menembusi pasaran ASEAN, Asia

Timur, dan Eropah. 

Jelas peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir dalam bidang teknologi pembuatan kenderaan

nasional tidak dapat dinafikan. Malaysia berbangga mempunyai jenama kenderaan sendirisetanding dengan negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat (Ford, Jeep, Pontiac),

German (Mercedez, BMW), Italy (Fiat) dan Perancis (Peugeut). 

 Namun begitu usaha gigih untuk meningkatkan kualiti pembuatan hendaklah sentiasa dibuat

supaya Malaysia boleh menjadi negara pengeksport kereta dan memasuki negara maju tersebut

sebagaimana kejayaan syarikat-syarikat Jepun menembusi pasaran Amerika Syarikat,dan negara-

negara Timur Tengah (negara-negara Teluk). 

4.10.2 Pelancaran Program Satelit Micro Malaysia (MEASAT) Malaysia telah memasuki industri Angkasalepas dan telekomunikasi secara rasmi pada 13hbJanuari 1995. Program satelit micro telah membawa Malaysia selangkah ke hadapan yang mana

rakyat Malaysia sudah mampu mereka bentuk, membina, membuat dan melancarkan kapal

angkasa Malaysia. Kontrak Measat 1 dan Measat 2 telah ditandatangani pada Mei 1994 telah

membuka jalan bagi penyertaan Malaysia dalam bidang teknologi aeroangkasa dan

telekomunikasi. Dengan pelancaran sistem Measat ini ianya boleh dijadikan platform dalam

 bidang penyelidikan dan pendidikan aeroangkasa disamping menyokong pembangunan

infrastrutur telekomunikasi dan berteknologi tinggi. 

Measat 1 dan Measat 2 telahpun dilancarkan serentak ke orbit pada tahun 1996 dengan

menempatkan sistem satelit micro. Satelit micro ini adalah seberat 50 kilogram telah direka

untuk menjalankan operasi sains dan pendidikan serta penderian jauh untuk mengumpulkan datadari permukaan bumi untuk pengurusan sumber, kegunaan tanah dan perlindungan alam

sekitar[56]. 

 Namun begitu selepas persaraan Tun Dr Mahathir Mohamad usaha murni dalam bidang ini tetap

diteruskan dengan pelancaran Measat 3 ke orbit pada tahun 2006. 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 36/46

Gambar5: MEASAT-3 mengorbit atas Malaysia 

4.10.3 Malaysia Pusat Bagi Industri Tinggi Semasa Rancangan Malaysia Ke-4, Dasar Perindustrian Berat Negara telah diwujudkan. Tun Dr

Mahathir Mohamad telah menyarankan satu dasar digubal dengan anjakan paradigma dalam

struktur ekonomi negara yang sebelum ini berteraskan pertanian sama ada secara sara diri

ataupun komoditi, perladangan getah dan kelapa sawit dan bijih timah. Dengan adanya DasarPerindustrian Berat Negara atau nama singkatannya HICOM bagi membawa gelombang

 perubahan baru dalam industi pembuatan kenderaan negara terutama sekali industri permotoran. 

Rasionalnya penubuhan HICOM ini adalah kerana industri berat mempunyai potensi jangka

 panjang dalam proses rancangan perindustrian negara kerana dasar ini adalah merupakan satu

langkah ke arah satu ekonomi yang lebih kukuh dengan memperluas dan mengukuhkan asas dan

struktur perkilangan agar ianya terus mampu menghadapi pertumbuhan dan kematangan. 

Selama ini, Kerajaan adalah merupakan pelabur yang terbesar sementara sektor swasta kurang

memainkan peranan dan pelaburannya adalah terlalu lembap. Sektor ini tidak dinamik di mana ia

lebih bertindak balas kepada galakan dan perlindungan tanpa memberi perhatian kepada 'newareas' dan berbelanja untuk penyelidikan dan pembangunan. Pada masa-masa yang lepas sektor

swasta lebih memandang ke dalam (inward-looking) dan polisi ditujukan ke arah itu iaitu gantian

import dan galakan perlindungan tanpa memikirkan persaingan dalam pasaran dunia. Dasar

 perindustrian berat diharap dapat mengubah keadaan ini agar sektor swasta meningkatkan

 pelaburan mereka dan mengambil bahagian cergas dalam pembangunan ekonomi melalui

 program perindustrian berat yang lebih sophisticated yang akan mengwujudkan industri-industri

sokongan dan berkemampuan untuk bersaingan dalam pasaran dunia. 

Kebanyakan pelaburan sehingga hari ini, adalah 'assembly of packaging type'yang gagal

memberi peluang untuk 'forward or backward linkages'. Akibatnya, walaupun proses

 perindustrian telah berlangsung selama 25 tahun, Malaysia masih belum mempunyai 'industrial

elite' dan masyarakat perindustriannya sendiri. Malaysia perlu mempunyai kedua-dua ini jika

mahu terus maju setanding dengan negara-negara perindustrian yang lain.[57] 

4.10.4 Pendidikan Dan Pemindahan Teknologi Menurut statistik projek pelaburan Jepun ke Malaysia pada tahun 1986, permohonan projek yang

disertai oleh syarikat-syarikat Jepun ke Malaysia dar 44 pada 1986 telah meninggkat ke 229 iaitu

5 kali ganda. Modal pelaburan dari Jepun telah meningkat daripada RM285 juta pada 1986

kepada RM6,738 pada 1990 lebih 23 kali ganda jumlah pada 1986. [58] 

Ketika berucap di Majlis Perasmian Pembukaan Canon Opto (Malaysia) Sdn Bhd di Shah Alam

 pada 22hb Februari 1991, Tun Dr Mahathir telah melahirkan hasrat beliau agar syarikat-syarikat

dari Jepun ini sanggup berkongsi teknologi mereka dengan syarikat tempatan. Pemindahan

teknologi ini bagi beliau sangat diperlukan bagi memacu ekonomi ke arah perindustrian

 peringkat tinggi. Disamping itu rakyat Malaysia juga mendapat peluang pekerjaan serta dapat

dilatih dengan kemahiran dan kecekapan bagi memenuhi keperluan industri. 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 37/46

Di dalam majlis yang sama juga Tun Dr Mahathir telah memberi komitmen kepada syarikat-

syarikat Jepun dan asing yang melabur di Malaysia bahawa kerajaan Malaysia akan

menyediakan tenaga kerja dan kemudahan pelaburan dengan katanya:  

“Malaysia menyediakan persekitaran ini. Kerajaan Malaysia secara konsisten berjaya

memastikan kestabilan politik serta dasar ekonomi dan infrastruktur yang baik, termasuk tenagakerja yang berpelajaran dan terlatih. Pembangunan dan latihan tenaga kerja terlatih ini mesti

dilakukan oleh syarikat. Mereka perlu berusha menyemai etika dan budaya kerja yang baik yang

dapat menanam nilai tinggi dalam kesetiaan kepada syarikat dan produktivi”.[59]  

Pemindahan teknologi oleh syarikat-syarikat asing terutamanya dari Jepun dapat membantu

rakyat Malaysia untuk memahami teknologi bagi kepentingan ekonomi negara. 

4.10.5 Pendidikan Dan ICT Pada lewat tahun 1990-an, minat Tun Dr Mahathir untuk menyediakan Malaysia maju dan lebih

 berdaya saing berbanding dengan negara jiran seperti Singapura dan negara-negara yang

mempunyai kos buruh lebih rendah seperti China, India, Indonesia dan Vietnam, beliau telahmemperkenalkan projek Multimedia Super Corridor yang menekankan IT sebagai asset rakyat

untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Pada 1hb Ogos 1996 Tun Dr Mahathir telah

merasmikan Multimedia Super Corridor semasa Persidangan Multimedia Asia. 

Kelebihan Daya Saingan MSC akan membolehkan perkembangan industri telekomunikasi serta

multimedia sebagai salah satu kemudahan asas di Malaysia. Idea Tun Dr Mahathir Mohamad

menggabungkan kedua-dua industri tersebut telah membolehkan Malaysia untuk menyediakan

frasarana kepada pelabur-pelabur asing (FDI) dan juga pelabur-pelabur tempatan (MDI) untuk

menjadikan Malaysia sebagai hub pelaburan mereka. 

Multimedia merupakan gabungan antara bunyi, data, grafik dan video. Sementara itu, industri

telekomunikasi telah membolehkan hubungan jarak jauh didekatkan dengan rangkaian komputer.

Masa depan untuk perkembangan industri multimedia serta telekomunikasi bergantung kepada

 pergabungan kedua-dua teknologi untuk memberikan lebihan daya saingan kepada syarikat yang

menjalankan perniagaan strategik. 

Adalah dianggarkan bahawa pasaran multimedia akan mencecah angka US$3.5 trilion menjelang

tahun 2002. Ini adalah lebih kurang saiz ekonomi negara USA pada awal tahun 1980an. (Bradley

P.Holmes, Multimedia Global Alliances:Business Opportunities on the Information Highway,

APT Jurnal Jan 1995). Memandangkan "kek ekonomi" bagi industri multimedia adalah terlalu

 besar untuk mana-mana negara, maka langkah Malaysia mewujudkan MSC untuk turut bersamanegara-negara lain dalam pembangunan industri multimedia adalah langkah bijak. Walaupun

Malaysia baru menceburi bidang teknologi maklumat secara serius dan terdapat gergasi industri

teknologi maklumat di Silicon Valley, California, Amerika Syarikat, tetapi MSC menawarkan

 beberapa tarikan yang boleh disifatkan sebagai lebihan daya saingan MSC berbanding lokasi lain

di dunia.[60] 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 38/46

Dengan adanya minat Tun Dr Mahathir Mohamad dalam bidang ICT, kesemua perancangan

 pendidikan menengah dan peringkat universiti telah digerakkan ke arah itu. Penubuhan berbagai

universiti yang menawarkan kursus-kursus seperti Teknologi Maklumat dan kursus-kursus yang

relevan dengan tuntutan baru dalam bidang ICT ini telah turut diwujudkan. Ini adalah salah saru

usaha beliau yang sentiasa konsisten untuk membantu anak-anak Malaysia amnya dan

masyarakat Melayu khususnya terutamanya sekali golongan muda yang mahir, separuh mahirdan peka kepada perubahan dan tuntutan alaf baru.

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 39/46

 

BAB KELIMA 

CABARAN 

5.0 Cabaran Setiap invidu di Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan tidakmengira umur, jantina atau pun bangsa. Dasar Pendidikan Negara menginginkan pelajarnya maju

dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial. Walaupun begitu penulis beranggapan

 bahawa terdapat cabaran-cabaran yang perlu diambil kira oleh setiap rakyat Malaysia untuk

memastikan bahawa Malaysia benar-benar menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Antara

cabaran-cabaran tersebut ialah: 

5.1 PERPADUAN MELALUI PENDIDIKAN 

Sehingga ke hari ini pelbagai pendekatan yang telah dibuat oleh kerajaan untuk memastikan

 bahawa semua rakyat Malaysia sentiasa mumpunyai semangat bersatu padu. Penulis menyokong

 penuh akan Konsep 1 Malaysia yang diumumkan oleh YAB Dato‟ Seri Mohd Najib Tun Abdul

Razak pada 1hb Julai 2009. Namun jika amati dengan teliti usaha untuk menyatu padukan rakyatMalaysia telah mengalami satu proses yang panjang. Dengan cabaran-cabaran dalam masalah

kegawatan ekonomi dan sistem politik jikalau tidak stabil boleh menggugat semangat perpaduan

negara. Oleh itu mendepani cabaran perpaduan, usaha-usaha melalui proses pendidikan mestilah

diteruskan supaya memastikan rakyat Malaysia sentiasa dalam keadaan aman sejahtera dan tidak

 perasaan syak wasangka diantara satu sama lain. Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan

erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang

 berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. 

Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk

satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan Negara. Di samping itu juga,

definisi perpaduan[61]menurut Kamus Bahasa Melayu mentakrifkan sebagai penggabungan,

 peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat

dan sebagainya. Manakala definasi pendidikan[62] pula, pendidikan  bermaksud sesuatu proses

 belajar dan juga mengajar. Manakala maksud bagi perkataan memperkasakan adalah

memantapkan atau mengukuhkan sesuatu. 

5.2 PERANAN PENDIDIK PADA MASA AKAN DATANG 

Profesion sebagai pendidik adalah satu kerjaya sangat murni dan mulia.Dengan memasuki satu

lagi era baru, peranan pendidik bukan sahaja sebagai pemudah cara kepada pelajar. Tetapi

 pendidik mesti sentiasa peka dengan kehendak industri demi kepentingan negara. Oleh itu, setiap

 pendidik di Malaysia hendaklah sentiasa perlu lebih sedia dan peka bagi mewujudkan danmenggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Pelajar perlu selalu

digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, pelajar dijangka dapat menyoal guru

serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah

dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari

yang membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan

dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar membuat

 pilihan ilmu dan maklumat yang betul. 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 40/46

 

Pendidik masa hadapan bukan lagi bersifat pemudah cara, tetapi juga pembimbing, pakar

motivasi, mempunyai kemahiran membaca Al-Quran dengan baik, mempunyai pengetahuan

dalam bidang Al-Hadith agar pendidik itu sendiri benar-benar mempunyai dunia yang bukan

sekadar untuk menjadi pemudah cara malahan juga sebagai tempat rujukan (source of reference)

kepada anak-anak didiknya. 

5.3 CABARAN DALAM ASPEK PEMBANGUNAN INSAN 

Dalam mendepani masalah gejala sosial dan pergaulan bebas muda-mudi terutama sekali

golongan pelajar-pelajar Melayu di negara kita, sistem pendidikan mestilah mapan untuk

menangani masalah sosial ini. Masalah sosial telah dikupas saban hari di dada-dada akhbar

umpamanya gejala pecah rumah, penghisapan rokok, meragut, penzinaan di kalangan remaja,

 pembuangan bayi, pengguguran bayi, penyalahgunaan dadah dalam bentuk yang semakin

canggih seperti pil-pil khayal dan sebagainya. Kita tidak dapat menafikan bahawa kesan

kemajuan dalam bidang ekonomi telah menyebabkan kedua ibubapa sibuk bekerja. Anak-anak

diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk guru-guru membimbing bukan sahaja dalam mata

 pelajaran pengkhususan guru terbabit malahan tanggungjawab guru adalah memastikan akhlak pelajar-pelajar juga dibentuk disekolah. 

Sudah tiba saatnya bagi pendapat penulis bahawa pra-syarat untuk menjadi seorang pendidik

harus boleh membaca Al-Quran walaupun seorang guru itu mengajar sains, atau pun mata

 pelajaran sejarah sekalipun. Penulis berpendapat bahawa untuk membenteras masalah sosial

yang berluasa sekarang ialah bukan dengan pendekatan fizikal sahaja tetapi harus diiringi dengan

 pendekatan rohani sekaligus. 

5.4 SENTIASA MEMBUAT PENILAIAN SEMULA KE ATAS SISTEMPENDIDIKAN SEDIA ADA 

Untuk mewujudkan satu masyarakat yang benar-benar seimbang dari sepgi mental, jasmani danrohani di Malaysia, pembelajaran agama Islam hendaklah dilaksanakan hingga ke peringkat

universiti. Ini kerana mata pelajaran agama hanyalah bagi sistem pendidikan yang sedia ada

hanyalah diajar kepada pelajar-pelajar yang memasuki sekolah-sekolah menengah kebangsaan

termasuklah sekolah-sekolah aliran sains dan berasrama penuh kerajaan setakat tingkatan 5

sahaja. 

Bagi sekolah menengah kebangsaan, adalah amat sesuai jika kerajaan melaksanakan mata

 pelajaran bahasa Arab untuk pelajar-pelajar lebih memahami Al-Quran dengan lebih mudah. Ini

kerana kebanyakkan kes-kes masalah sosial bukanlah masalah remaja ataupun ibubapa remaja

yang tidak mendirikan solat tetapi tiada kemahiran membaca Al-Quran dan kefahaman terhadapAl-Quran juga terlalu lemah. Jika kita ingin benar-benar seimbang dalam aspek dunia dan

akhirat, pendekatan ini haruslah diberi pertimbangan oleh pihak kerajaan untuk membuat

 penialain semula ke atas sistem pendidikan sedia ada. 

Pun begitu penulis juga sangat bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam

ucapannya di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar pada 22hb April 2010

 bahawa sistem pendidikan perlu diperbaharui dengan memasukkan elemen-elemen karakter

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 41/46

 bersama kebijaksanaan. Katanya pembaharuan berkenaan perlu dilakukan oleh mana-mana

negara sekali pun kerana masih banyak perkara yang perlu dan telah tidak dimasukkan dalam

sistem pendidikan yang sedia ada. 

"Masih terdapat ruang-ruang yang tidak digunakan dengan efektif...ini bagi mengelakkan

lahirnya pelajar-pelajar yang mempunyai karakter tidak baik. "Pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan tetapi dengan karakter yang tidak baik membahayakan masyarakat...dia tidak boleh

dianggap aset kepada kita," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk

"Beyond Vision 2020". 

Beliau berkata kerajaan perlu mengkaji semula sistem pendidikan negara bagi mengelak perkara

itu berlaku. Katanya, sukatan mata pelajaran turut memainkan peranan kerana ia perlu

disesuaikan dengan masa dan keperluan pelajar. 

"Setiap mata pelajaran itu perlu dikaji mengikut keperluan pelajar dan apakah yang ingin

diketengahkan kepada mereka. Ia hendaklah memberikan ilmu pengetahuan bagi memastikan

mereka bersedia menghadapi dunia luar selepas meninggalkan bangku sekolah,"  [63]  

BAB KEENAM 

KESIMPULAN 

6.0 Kesimpulan Selain itu terdapat andaian bahawa perlaksanaan sistem pendidikan di bawah Dr. Mahathir

Mohamad yang lebih menitikberatkan kepada pendidikan sains dan teknologi mempunyai

serampang dua mata. Pertama ialah kerana merealisasikan Dasar Pandang ke Timur danWawasan 2020 bagi menjadikan negara sebuah negara industri yang maju. Keduanya ia adalah

merupakan kesinambungan dari Dasar Ekonomi Baru iaitu untuk memajukan orang Melayu agar

setanding dengan kaum-kaum lain bagi tujuan menjadikan mereka tenaga kerja yang profesional.

Dari itu mereka akan mengambil bahagian yang cergas dalam pembangunan negara dan

seterusnya menjamin keutuhan orang Melayu sendiri. [Summary bab 1] 

Kehidupan semasa kecil dan remaja Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau telah mengalami fasa

 penjajahan oleh 3 penjajah iaitu Siam, British dan Jepun. Beberapa pengalaman lampau telah

diamati dan mengangkatnya sebagai sesuatu yang boleh mendatangkan manafaat oleh beliau dan

seterusnya menjadi tanda aras (benchmarking) didalam membentuk dan membangunkan

Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Liputan sejarah yang menunjukkanBritish kalah kepada Jepun telah memberi keyakinan kepada beliau bahawa Barat bukanlah

 bangsa yang terlalu agung sehingga sukar disaingi. 

Menurut Rusdi dan Sivamurugan, gabungan idea yang diserap dan digubal sebagai

falsafah, “Mahathirisme” telah berjaya membawa Malaysia sebagai sebuah negara yang

disegani dan dihormati di persada antarabangsa[64]. 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 42/46

 

Oleh dengan itu, penulis sangat bersetuju dengan pernyataan Rusdi Omar dan Sivamurugam

Pandian bahawa ke semua aspek yang dinyatakan di atas telah membentuk satu bentuk falsafah

dan aliran pemikiran Tun Dr Mahathir mentadbir negara dalam tempoh 22 tahun. [Summary bab

2] 

Realitinya penulis mempunyai ruang yang sedikit dan terlalu banyak keterbatasan untuk menulis

kesemua peranan dan sumbangan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang tempoh belaiu

menerajui negara. Beliau adalah pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi, cekal

menghadapi musuh-musuh politiknya sehingga beliau kekal memerintah selama 22 tahun untuk

menerajui Malaysia dari zaman pasca muram selepas kemerdekaan hinggalah ke zaman

kegemilangan Malaysia berjaya mengecapi ekonomi yang stabil. 

Sebagai penutup kertas projek ini, memadailah penulis membuat kesimpulan bahawa

kepimpinan, pengalaman pahit di zaman penjajahan, sifat, keperibadian, minat yang cenderung

ke arah sains dan teknologi, sikap yang sayangkan kepada orang-orang Melayu telah mendorong

 beliau membangunkan Malaysia daripada sebuah negara pertanian kepada sebuah negara industriadalah sangat membangakan. Keberanian beliau yang sangat luar biasa telah mengharumkan

nama Malaysia ke persada dunia serta mendapat pengiktirafan daripada pemimpin-pemimpin

dunia yang lain. 

Beliau sangat berbeza berbanding dengan 3 Perdana Menteri Malaysia yang lepas yang mana

masing-masing mendapat pendidikan dan pendedahan daripada luar negara. Tun Dr Mahathir

Mohamad benar-benar menunjukkan contoh tauladan dengan beliau sendiri adalah seorang

graduan tempatan telah berjaya untuk memimpin Malaysia ke tahap yang sekarang. Oleh itu

 pada pendapat penulis, beliau mempunyai pendekatan yang sangat berbeza dan langsung tidak

mahu rakyat Malaysia mempunyai nilai pergantungan kepada model pendidikan British atau

Barat. 

Prinsip dan formula beliau yang mengatakan “but British last” dalam usahanya untuk

menghapuskan cengkaman dan manipulasi British ke atas ekonomi Malaysia benar-benar

menjadi dalam membangunkan Malaysia dan masyarakat Melayu supaya boleh setanding dengan

 bangsa-bangsa yang maju. 

Peranan dan sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada masyarakat Melayu dalam era 1981

 –   2002 dalam bidang pendidikan memang besar dan jasanya hanya Allah SWT sahaja yang

membalas. Di doakan Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat nikmat kesihatan yang kini

sudahpun berusia 87 tahun.

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 43/46

 Buku Terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad 

A Doctor In The House 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 44/46

 

Rujukan 1.  Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), International Law Book Service, 1998 

2.  Ahmad Fauzi bin Mohamed, Pendemokrasian Pendidikan: Suatu Pentafsiran SertaPerlaksanaannya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia, 1997 

3.  Ahmad Fauzi bin Mohamed, Pengaruh Jepun Terhadap Bidang Pendidikan di Tanah Melayu

(Malaysia) 1941 –  1990 an, USM, 2007 

4.  Ahmad Sohaimi Lazim, Dua Dekad Dasar Pandang Ke Timur: Satu Penilaian Aspek Pendidikan

(1982-2002), Penerbit: UPSI, Tanjong Malim, 2011 

5.  Asia University, Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) Untuk Institusi Pengajian Tinggi 

6.  Ensiklopedia Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, Jilid 7 (Sains, Teknologidan Hak Asasi Manusia), Darulfikir, Kuala Lumpur, 2006 

7.  Biografi Dr. Mahathir. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia, 2004 

8.  Dr. Mahathir Mohamad : a brief biography. Kuala Lumpur : Jabatan Penerangan Malaysia, 1975 

9.  Dr Sidek Baba (mantan NC UKM), Pemikiran Hamka, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 2009 

10.  Govin Alagasari (compiler), Mahathir: The Awakening, Uni-Strengh Sdn Bhd, 1994 

11.  J. Victor Morais (Terjemahan Abdul Razak bin Hj Abdul Rahman), Mahathi: Riwayat Gagah Berani, Anenabuku

Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1982 

12.  Mahathir Mohamad, The Malay The Lemma, Kuala Lumpur, Times Books International, 1970 

13.  Mohamad Bin Muda, Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadp Alaf Baru, Bahagian

Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia 

14.  Penyunting: Ramlah Adam, Phd, Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, IKSEP, 2002 

15.  Rusdi Omar dan Sivamurugan Pandian, Falsafah Pendidikan Politik Dr. Mahathir Mohamad,UUM & USM 

16.  Richard Story, Sejarah Jepun Moden, DBP & Kementerian Pelajaran Malaysia, KL, 1967 

Pautan Luar  

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 45/46

1.  http://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Sains_Islam_Malaysia 

2.  http://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Islam_Antarabangsa_Malaysia 

3.  Berita Harian Online 20hb April 2010 

4.  Utusan Online 7hb April 2011 

5.  http://pmr.penerangan.gov.my/ 

6.  Malaysia Kini 8hb Julai 2009 7.  http://ms.shvoong.com/humanities/theory-criticism/1742567-msc-dan-cabaran-masa-akan/#ixzz1IoPlljVd 

[1] Terjemahan teks ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di Persidangan Majlis Perdagangan Malaysia. Teks asalnya

 bertajuk: “Malaysia: The Way Forward”. Rujuk hlm 20-21 

[2] Ibid, hlm 21-22 

[3] Lihat Esei Mohamad bin Muda, Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru 

[4] Lihat Rusdi Omar dan Sivamurugam Pandian, Falsafah pemikiran politk Dr. Mahathir Mohamad  

[5] Terjemahan teks ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di Persidangan Majlis Perdagangan Malaysia. Teks asalnya

 bertajuk: “Malaysia: The Way Forward”. Rujuk hlm 20-21 

[6] Ibid, hlm 21-22 

[7] Lihat Ahmad Sohaim Lazim, Pengaruh Jepun Terhadap Bidang Pendidikan di Tanah Melayu (Malaysia) 1941-

1990-an, hlm 1 - 24 

[8] Lihat artikel Mohamad Bin Muda, Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru. 

[9] Lihat Rusdi Omar dan Sivamurugam Pandian, Falsafah pemikiran politk Dr. Mahathir Mohamad, hlm 80 

[10] Sekolah Inggeris kerajaan yang pertama di Alor Setar dikenali kini sebagai Maktab Sultan Abdul Hamid  

[11] Lihat J. Victor Morais (Terjemahan Abdul Razak bin Hj Abdul Rahman), Mahathir: Riwayat Gagah Berani,

Bab 1, hlm1 –  13 

[12] Ibid, hlm 1 

[13] Lihat Richard Story, Sejarah Jepun Moden, hlm 67 - 103 [14] Lihat Ahmad Sohaimi Lazim pengaruh Jepun Terhadap Bidang Pendidikan Di Tanah Melayu (Malaysia) 1941-

1990-an, hlm 1 - 24 

[15] Lihat Ibid, hlm 6 

[16] Lihat Biografi Dr. Mahathir. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia, 2004 

[17] Lihat Rusdi Omar dan Sivamurugan Pandian, Falsafalah Pemikiran Politik Dr Mahathir Mohamad, hlm 79  

[18] Ibid, hlm 49 - 60 

[19] Lihat prakata Dato‟ Dr Affifuddin Hj Omar untuk Mahathir: Warisan Perjuangan –  Langkah Ke Hadapan 

[20] Lihat Bab 1, Pemikiran Hamka, Dr Sidek Baba (mantan NC UKM) 

[21] Lihat Mohammad Redzuan Othman, kertas kerja pada Seminar Ulama Dalam Sejarah Perak (9 Julai 1989). 

[22] Lihat Bab 1: Tafsiran, Akta Pendidikan 1996 [23] Ibid 

[24] Dasar yang dimaksudkan disini ialah dasar pecah dan perintah 

[25] Lihat Dilema Melayu: Satu Kupasan Pemikiran Tun Dr Mahathir tentang permasalahan Melayu 

[26] The Malay The Lemma, hlm 19 

[27] The Malay The Lemma, hlm 2 

[28] Ibid, hlm 3 

[29] Ibid, hlm 22 

8/13/2019 Peranan Dan Sumbangan Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Perkembangan Pendidikan Masyarakat Melayu Pada …

http://slidepdf.com/reader/full/peranan-dan-sumbangan-tun-dr-mahathir-mohamad-dalam-perkembangan-pendidikan 46/46

[30] Ibid, hlm 25 

[31] Ibid 

[32] Ibid, hlm 33 - 34 

[33] Bandar yang dimaksudkan di sini ialah Singapura, Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur  

[34] Tun Dr Mahathir adalah ahli parlimen Kubang Pasu sehingga tahun 2004 

[35] Lihat Awang Had Salleh, Pemikiran Tun Dr Mahathir Mengenai Pendidikan 

[36] Mahathir Mohamad, The Earlys Years, hlm 4 

[37] Ibid 

[38] Ibid, hlm 11 

[39] Ibid, hlm 170 

[40] Ibid, hlm 170 

[41] Ibid, hlm 170 - 171 

[42] Lihat Awang Had Salleh, Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad Mengenai Pendidikan, hlm 106  

[43] Ibid, hlm 106 

[44] Ibid, hlm 110 

[45] Lihat pautan PPSMI dimansuhkan mulai 2012", Malaysiakini, 8 Julai 2009 

[46] Lihat pautan Utusan Malaysia, 7hb Apr

2011 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&

 pg=dn_01.htm 

[47] Dipetik dari Govin Alagasari (compiler), Mahathir: The Awakening, hlm 19 

[48] Pautan luar  http://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Islam_Antarabangsa_Malaysia 

[49] Pautan luar  http://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Sains_Islam_Malaysia 

[50] Dr Mahathir Mohamad, Ucapan Perdana, Kuala Lumpur, DBP, hlm 6  

[51] Ibid 

[52] Huraian Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan 1, 2003 [53] Lihat Awang Had Salleh, Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad Mengenai Pendidikan, hlm 117  

[54] Dipetik dari artikel Hj Abdullah Kadir Bacha, Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad Mengenai Sains &

Teknologi, hlm 85 

[55] Lihat Ensiklopedia Dr Mahathir bin Mohamad, Jilid 7, hlm 7 - 8 

[56] Rujuk Ensiklopedia Dr Mahathir Mohamad, Jilid 7, hlm 9 - 10 

[57] Lihat pautan http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=245:dasar-

 perindustrian-berat-di-malaysia&catid=88:dasar-dasar-negara 

[58] Lihat Ensiklopedia Dr Mahathir Mohamad, Jilid 7, hlm 31 

[59] Lihat Ensiklopedia Dr Mahathir Mohamad, Jilid 7, hlm 32 

[60] Pautan luar  http://ms.shvoong.com/humanities/theory-criticism/1742567-msc-dan-cabaran-masa-akan/#ixzz1IoPlljVd 

[61] Lihat Kamus Bahasa Melayu, Fajar Bakti Sdn Bhd  

[62] Lihat Kamus Dewan 1994 

[63] Lihat Berita Harian 22hb April 2010