peranan aqidah & kesannya

18
GPI 1083 PERANAN AQIDAH & KESANNYA

Upload: antasha-kamaruzzaman

Post on 13-Apr-2017

293 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan aqidah & kesannya

GPI 1083PERANAN AQIDAH &

KESANNYA

Page 2: Peranan aqidah & kesannya

PENGENALAN• Menurut Dr. Umar Al-Asyqar, perkataan aqidah berasal

dari perkataan yang bermaksud ikatan.• Ia adalah lawan kepada perkataan “lepas”. • Dari segi syarak’ pula, aqidah bermakna segala perkara

yang dengannya dapat dipercayai sepenuhnya (Tasdiq) hingga kepadanya boleh menenangkan hati dan perasaan.

• Kedudukan aqidah setaraf dengan keyakinan yang sama sekali tidak bercampur dengan syak, keraguan dan kebimbangan.

Page 3: Peranan aqidah & kesannya

AQIDAH ISLAM• Istilah “aqidah Islam” membawa erti kepercayaan dan

keyakinan terhadap Yang Maha Pencipta selain pengakuan bahawa Allah itu adalah Rabb dan Ilahi.

• Namun, aqidah Islam masih tidak lengkap jika seseorang itu tidak menaruh kepercayaan secara seratus peratus terhadap nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya selain mempercayai rukun-rukun Iman yang lain iaitu

Beriman kepada Allah beriman kepada Malaikat, beriman kepada Kitab-kitab, beriman kepada para Rasul, beriman kepada Hari Kiamat beriman kepada qadak qadar Allah.

Page 4: Peranan aqidah & kesannya

SYAHADAHرسول دا محم أن وأشهد الله إ�ال �له إ ال أن أشهد

”الله�• Jika dilihat secara kasar, kalimah syahadah

itu pendek dan ringkas sahaja bunyinya, namun ia sebenarnya mengandungi makna yang sungguh besar.

• Syahadah itu adalah suatu ucapan atau pengakuan bahawa Allah itu Maha Esa dan Nabi Muhammad S.A.W pula adalah RasulNya

Page 5: Peranan aqidah & kesannya

RUKUN IMAN.• Setelah lafaz syahadah dimeterai, itu bukan bermakna

imannya sudah cukup sempurna. • Syahadah itu hanyalah pembuka jalan ke arah meraih

gelaran Mukmin. • Oleh sebab itu, Islam sudah menyediakan enam Rukun

Iman yang wajib dipercayai dan dihayati sepanjang hayat. Beriman kepada Allah beriman kepada Malaikat, beriman kepada Kitab-kitab, beriman kepada para Rasul, beriman kepada Hari Kiamat beriman kepada qadak qadar Allah.

Page 6: Peranan aqidah & kesannya

KEBENARAN AQIDAH DAN KESANNYA KEPADA IMAN• Perbincangan terdahulu telah mengupas dengan

terperinci tentang konsep aqidah, kepentingan syahadah dan keperluan beriman dengan keenam-enam Rukun Iman

• Seandainya kesemua perkara ini dipegang dengan erat, pastinya seseorang akan memperoleh satu pegangan aqidah yang benar lagi kukuh

• Ikatan aqidah yang teguh pastinya akan memberi kesan yang baik terhadap iman seseorang. Di antara kesan-kesan tersebut ialah:

Page 7: Peranan aqidah & kesannya

DI ANTARA KESAN-KESAN TERSEBUT IALAH:

(i) Melahirkan rasa takut kepada Allah.(ii) Mengelakkan diri dari mengikut hawa nafsu. Nabi Isa a.s. pernah bersabda maafhumnya:“Berbahagialah sesiapa yang meninggalkan sesuatu keinginan nafsu yang hadir di depannya demi sesuatu yang dijanjikan pahalanya, yang belum pernah melihatnya.”

Hadis ini menyatakan bahawa apabila seseorang telah mampu mengawal nafsunya kerana untuk menjaga keimanan dan meraih pahala, maka dia akan memperoleh kebahagiaan.

Page 8: Peranan aqidah & kesannya

iii) Meningkatkan keimanan.• Manusia dan Malaikat, kedua-duanya dianugerahkan dengan

nikmat iman. • Bezanya, iman manusia ada kalanya bertambah, dan ada

kalanya akan berkurang sekiranya ia tidak disemai dan dipupuk. • Untuk memperoleh iman yang sentiasa meningkat, seseorang

perlu menetapkan keyakinan terhadap aqidah Islam..• Pengahayatan yang mendalam terhadap aqidah Islam akan

membuatkan seseorang mempunyai kecenderungan untuk berbuat kebaikan.

Page 9: Peranan aqidah & kesannya

KEROSAKAN AQIDAH DAN IMPLIKASINYA• Implikasinya dapat dilihat dari 3 sudut: hati, lisan dan perbuatan. Implikasi terhadap Hati.

• Hati adalah umpama kerajaan terhadap seluruh anggota tubuh badan.

• Jika rosak hati, bermakna akan rosaklah seluruh tubuh yang ditadbirnya.

• Salah satu contoh kerosakan aqidah yang melibatkan hati adalah seseorang yang suka mengeluh apabila ditimpa sesuatu ujian.

• Perasaan geram dan marah yang wujud, walaupun tidak dapat dilihat oleh orang lain sebenarnya sudah cukup untuk menyatakan bahawa dia tidak betul-betul percaya kepada qadak dan qadar Allah.

Page 10: Peranan aqidah & kesannya

IMPLIKASI TERHADAP LISAN• Lisan ataupun lidah adalah nikmat Allah kepada manusia

yang tidak ternilai.• Tanpanya, seseorang tidak mampu berinteraksi dengan

baik dan tidak dapat menyatakan hasrat hati kepada orang yang mendengar.

• Oleh sebab itu, ramai yang tidak menyedari bahawa kadang kala mereka telah menyalahgunakan nikmat lidah ini.

Page 11: Peranan aqidah & kesannya

• Ramai wanita yang dihumban ke Neraka kerana lidah.• Ini kerana mereka menggunakannya untuk mengumpat

dan bercerita tentang keaiban orang lain.• Bagi kaum lelaki pula, mereka menggunakan lidah untuk

berbalah dan berdebat perkara yang tidak masuk akal.• Perkara ini terjadi kerana rapuhnya ikatan aqidah dalam

diri. • Natijahnya, aqidah yang pada asalnya elok, menjadi rosak

dan tidak mampu lagi untuk mengawal lidah dari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Page 12: Peranan aqidah & kesannya

IMPLIKASI TERHADAP PERBUATAN.

• Kukuhnya tali ikatan aqidah menandakan teguhnya keimanan seseorang. Sebaliknya, jika ikatan tersebut sudah longgar, maka akan rosaklah aqidah seseorang dan robohlah keimanan seseorang. I

• ni semestinya akan menjejaskan ibadat individu tersebut. Apabila dia tidak lagi menaruh keyakinan terhadap rukun-rukun iman, itu beerti dia sudah menetapkan hatinya untuk ingkar kepada Allah.

• Bila mana hati sudah jauh dari Allah, pastinya ia akan menyebabkan seseorang malas untuk beribadah.

Page 13: Peranan aqidah & kesannya

CARA MEMPERKUKUHKAN AQIDAH

Banyak melakukan amalan kebajikan dan

kebaikan

Taat dan patuh pada perintah Allah

Sentiasa bertawakal dengan Allah

Sentiasa berdoa untuk memohon

petunjuk-Nya

Page 14: Peranan aqidah & kesannya

KONSEP ILMU & INSAN

Page 15: Peranan aqidah & kesannya

DEFINISI ILMU• Bahasa : merupakan perkataan arab iaitu ‘alima yang bererti

mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu dengan sebenarnya.

• Istilah : memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari ALLAH swt yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batin.

• Secara umumnya, ilmu didefinasikan sebagai pengetahuan dan kepandaian mengenai sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan yang berkait dengan bidang ilmu tersebut.

Page 16: Peranan aqidah & kesannya

AYAT AL-QURAN DAN HADITH-HADITH MENGENAI ILMU .Allah mengangkat martabat orang berilmu serta diletakkan ditempat yang tinggi. Maka, dengan ilmu jugalah seseorang itu dipandang tinggi dan dihormati. Di sini, Allah telah menerangkan melalui beberapa firmanNya :

• Diangkat darjatnya:

“Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan” Surah al mujahadah:11

• Ilmu dapat membezakan taraf dalm kalanan manusia:

“Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat perngakatan dan petunjuk hanyalah dikalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana” Surah al Zumar:9

• Membentuk peribadi yang baik dan menjadikan seseorang itu bertakwa dan cintakan ALLAH swt dan Rasul-NYA

“Seseungguhnya yang takutkan ALLAH daripada hamba-nya ialah orang yang berilmu” Surah al-Fathir:28

Page 17: Peranan aqidah & kesannya

KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN

• Mengenai keutamaan menuntut ilmu, Rasulullah saw ada menyatakan:

“Sungguh, malaikat akan meletakkan sayapnya(menaungi) pada pencari ilmu kerana senang apa yang sedang dituntutnya. Orang berilmu selalu diminta ampunkan oleh apa yang ada di langit dan dibumi sampai oleh ikan di air. Keutamaan orang berilmu dibanding dengan orang yang banyak beribadat seperti keutamaan bulan purnama berbanding semua bintang. Para ulama pewaris nabi, mereka tidak mewarisi dinar dan dirham tetapi mereka mewarisi ilmu. Maka sesiapa yang mengambilnya bererti ia mendapat keuntungan yang banyak.

Hadith riwayat Abu daud, tirmizi dan ibnu hibban

Page 18: Peranan aqidah & kesannya

DEFINISI INSAN• Perkataan manusia dalam Bahasa Melayu adalah menyamai

istilah yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar.

• Nama-nama ini adalah merujuk kepada manusia yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini.

• Dengan kata lain, manusia adalah pemerintah, pemilik dan pengguna bagi semua kejadian sama ada di darat, di laut atau di udara