assignment usuluddin - dailog.zikir.terapi jiwa

44
MELAKA LEARNING CENTRE, OPEN UNIVERSITY MALAYSIA NO. 2,2-1, 2-2, JALAN KPAA3, KOMPLEKS PERNIAGAAN AL AZIM, 75150 BANDAR BUKIT BARU MELAKA MALAYSIA MASTER OF ISLAMIC STUDIES 2013 KAEDAH PENGAJIAN USULUDDIN AMSU5103 PUSPA BINTI ADAM [email protected] 012-6936320 NAMA PENSYARAH DR. SHAHRULANUAR BIN MOHAMED TAJUK : Dailog antara agama pada pandangan Islam & zikir dan tafakkur terapi jiwa– Puspa Adam Page 1

Upload: puspajelite

Post on 12-Aug-2015

225 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

MELAKA LEARNING CENTRE, OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

NO. 2,2-1, 2-2, JALAN KPAA3, KOMPLEKS PERNIAGAAN AL AZIM,

75150 BANDAR BUKIT BARU MELAKA

MALAYSIA

MASTER OF ISLAMIC STUDIES 2013

KAEDAH PENGAJIAN USULUDDIN

AMSU5103

PUSPA BINTI ADAM

[email protected]

012-6936320

NAMA PENSYARAH

DR. SHAHRULANUAR BIN MOHAMED

TAJUK :

DAILOG ANTARA AGAMA DARI PANDANGAN ISLAM. ZIKIR DAN TAFAKKUR SEBAGAI KAEDAH TERAPI KEJIWAAN

BAGI MENANGANI MASALAH KERUNTUHAN SOSIAL DAN AKHLAK.

Page 1

Page 2: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

Penghargaan

� ح�يم ح�من� الر� � الله� الر� م �س� ب

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi

kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan bertajuk "

dialog antara agama pada pandangan Islam " dan " zikir dan tafakkur sebagai

terapi jiwa bagi menangani masalah sosial " pada kali ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu

memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan

tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUM Melaka ini. Tidak lupa

juga kepada seluruh warga OUM semester Januari 2013 ini terutamanya rakan-

rakan seunit yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya

menyelesaikan tugasan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih

kepada pensyarah yang di hormati, Dr. Shahrulanuar bin Mohamed kerana telah

memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam

menghasilkan tugasan yang dikehendaki.Tanpa tunjuk ajar dan kerjasama yang

diberikan tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang

baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.

Wallahu a'lam.

Sekian , terima kasih.

Page 2

Page 3: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

ISI KANDUNGAN HALAMAN

Penghargaan

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Pengertian dailog antara agama

1.2 Keperluan dailog antara agama masa kini

2

4

2.0 Etika dailog antara agama 5

3.0 Perkara-perkara yang harus diawasi dalam dailog antara agama

7

4.0 Halangan-halangan dailog antara agama 8

5.0 Pelaksanaan dailog antara agama 9

6.0 Penutup 11

Bibliografi

Page 3

Page 4: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

1.0 PENDAHULUAN

Dialog antara agama sememangnya tidak asing lagi bagi Islam kerana ia

merupakan salah satu medium penting generasi Islam terdahulu menyampaikan

risalah Islam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan tanpa melibatkan unsur-unsur

paksaan dan kekerasan. Allah S.WT berfirman :

Maksudnya : Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah ( berdailog ) dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara yang lebih baik, Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Sural an Nahl 16:125)

Menurut tafsir al-Qurtubi ayat ini diturunkan di Makkah ketika kaum Quraisy

sibuk membuat penentangan ke atas Nabi SAW dengan pelbagai bentuk kekerasan

dan keganasan, namun Allah SWT memerintahkan Nabi SAW supaya pergi kepada

mereka dan berdialog dengan penuh hikmah, kebijaksanaan dan kata-kata yang

lembut.

Dialog antara agama menurut perspektif Islam tidak lebih daripada satu

medium dakwah untuk menyampaikan risalah Islam kepada bukan Islam. Oleh itu ia

adalah berobjektifkan mencari kebenaran dan mengajak kepada agama-agama lain

menilai fakta-fakta yang dibentangkan dalam akidah dan syariah Islam.. Dailog antara

agama ini telah berlaku sejak zaman para nabi lagi contohnya dialog nabi Musa

dengandan dialog Rasulullah S.A.W. dengan kaum musyirikin Mekah. (Ramli, 2010)

Walau bagaimana pun terdapat kaedah dan perkara-perkara yang perlu diambil

Page 4

Page 5: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

perhatian dalam melaksanakan dialog antara agama ini dari sudut pandangan Islam.

Perkara-perkara inilah yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini.

1.1 PENGERTIAN DAILOG ANTARA AGAMA

Menurut kamus dewan dialog bermaksud percakapan, perbualan dalam

lakonan, cerita atau apa sahaja bentuk pertuturan serta pertukaran pendapat,

perbincangan, perundingan antara dua pihak atau lebih mengenai sesuatu isu secara

terbuka. Dalam bahasa Inggeris, dialogue berasal daripada perkataan Greek dialectic

yang bermaksud discourse atau wacana (Reese, 1996).

Merujuk kepada etimologi Greek, istilah dialog berasal dari dua gabungan

perkataan, pertama ia yang bermaksud through iaitu menembusi atau melalui,

sementara perkataan kedua adalah logos yang bermaksud "perkataan" tetapi ia turut

membawa pelbagai definisi seperti yang berhubung kait dengan prinsip dan

pandangan mengenai sesuatu perkara. Dalam bahasa Arab, dialog disebut al-hiwar,

merujuk kepada etimologinya yang berasal daripada ha, wau, ra. Ibn Manzur (2005)

dalam kitabnya Lisan al-Arab mendefinisikan al-hiwar iaitu dialog sebagai al-ruju

yang bermaksud kembali semula atau dirujuk semula.

Menurut Swidler, dailog bermaksud perbincangan mengenai sesuatu perkara

antara dua orang atau lebih yang berbeza pandangan dengan tujuan utama untuk

setiap pihak dapat mempelajari dari pihak lain agar mereka boleh berubah dan

berkembang maju. Takrifan ini menggariskan beberapa ciri penting yang terdapat

pada dialog :

Dialog bertitik tolak dari perbezaan pandangan.

Ia bukan sahaja memerlukan persefahaman di antara pihak yang terbabit akan

tetapi juga menuntut perubahan dari segi pendirian dan kepercayaan.

Page 5

Page 6: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

Dialog juga merupakan tindak balas kepada masalah dan kemelut yang

bersifat pragmatik.

Sebagaimana yang dinukilkan oleh Thomas Michel (2000) melalui definisi

dialog oleh Pope John Paul, dialog mempunyai pelbagai bentuk dan ekspresi yang

pada tradisinya adalah pertukaran idea antara pakar-pakar agama sebagai wakil rasmi

dalam sesebuah forum. Forum ini mengkehendaki penganut Kristian melibatkan diri

dalam semua aspek kehidupan dengan mewujudkan semangat perkongsian bersama

penganut agama lain dan mempelajari cara hidup sebagai Kristian untuk diaplikasikan

bersama dengan penganut agama lain dan merangkumi tatacara berinteraksi,

bertingkahlaku, berfikiran dan bertindak balas mengikut ajaran Kristian.

Menurut Azizan Baharuddin (2005) dialog adalah suatu bicara dengan pihak

yang berfikiran berbeza daripada kita dengan tujuan utamanya belajar cara berfikir

yang berlainan dan baru, suatu cara untuk melihat alam dan kehidupan serta

maknanya, bukan debat untuk mengalahkan orang lain. Beliau menjelaskan bahawa

semua pihak mesti mendengar dengan perasaan yang empati supaya dapat difahami

kedudukan pihak lain dengan setepat yang mungkin dan menonjolkan suatu perlakuan

yang begitu murni dan bermoral iaitu menuntut manusia mengatasi tanggapan negatif

dan rendah diri serta bersifat jujur dan ikhlas.

Berasaskan pengertian dialog di atas, jelas bahawa dialog adalah satu elemen

komunikasi dan medium interaksi yang melibatkan pertemuan dan perbincangan

mengenai sesuatu isu yang menimbulkan perbezaan pendapat, kesangsian dan salah

faham di antara pelbagai masyarakat yang tinggal bersama. Dialog tidak hanya

terbatas pada perkara yang membincangkan konflik dan kemelut masyarakat tetapi

dialog juga berperanan dalam memupuk persefahaman dan perkongsian hidup

bersama.

Page 6

Page 7: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

1.2 KEPERLUAN DAILOG ANTARA AGAMA MASA KINI

Dasawarsa ini menyaksikan seruan untuk melakukan dialog agama semakin

kuat walaupun ia masih diperingkat awal. Keperluan dialog antara agama di zaman ini

dikaitkan dengan corak kehidupan manusia yang lebih pluralistik akibat dari arus

globalisasi. Justeru suasana interaksi agama yang dahulunya lebih bersifat monolog

harus berubah kepada dialog.

Selain dari itu, timbul masalah-masalah baru seperti ektremisme agama yang

kadangkala bukan sahaja memberi kesan buruk kepada penganut agama lain malah

kepada penganut agama itu sendiri. Tindakan sekelompok masyarakat bertindak atas

nama agama dengan membunuh, mengebom manusia lain yang tidak berdosa adalah

sesuatu yang tidak dibenarkan oleh mana-mana agama. Justeru itu usaha dialog sama

ada di peringkat dalaman di antara penganut agama itu sendiri (intra-religion) dan

juga dialog dengan agama lain (inter-religion) adalah perlu untuk menjelaskan

kedudukan sebenar kefahaman agama tersebut dan mengelakkan kesilapfahaman.

Persoalan lain yang timbul ialah kewujudan common enemies di kalangan

pelbagai agama misalnya dalam keadaan kehidupan penduduk dunia yang semakin

sekular dan berteraskan kebendaan, timbul keperluan di kalangan penganut-penganut

agama untuk bersama berganding bahu menentang aliran-aliran ini dari

mempengaruhi kefahaman agama-agama mereka. Begitu juga dengan isu-isu yang

bersifat sosio-politik semasa seperti kerosakan alam sekitar, kemiskinan, ancaman

nuklear, kepanasan global kesemuanya memerlukan suara dari kelompok agamawan

dan boleh menjadi pendorong utama kelompok-kelompok agama untuk bersama-sama

menyatakan pendirian mereka.

Page 7

Page 8: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

Dari sudut yang lebih kecil, terdapat juga masalah-masalah dalaman yang

bersifat teknikal yang kadangkala berkait dengan agama. Misalnya dalam konteks

Malaysia, beberapa isu tentang pentadbiran agama dan perlaksanaan undang-undang

yang memberikan kesan terhadap agama seperti pembinaan kuil, sistem mahkamah

sivil dan shari’ah. Perkara-perkara ini sudah pasti memerlukan tindakan proaktif dari

kelompok-kelompok agama untuk duduk berbincang dan cuba menawarkan

penyelesaian terhadap masalah-masalah tersebut dengan penuh kebijaksanaan.

Penyelesaian terhadap semua masalah ini akan memastikan keharmonian dan

kerukunan hidup antara masyarakat beragama akan terjamin. Ini merupakan landasan

yang paling penting dalam kehidupan manusia yang mengesahkan lagi keperluan

terhadap dialog antara agama.

2.0 ETIKA DALAM DIALOG ANTARA AGAMA

Dalam berdialog, terdapat etika khusus yang perlu dipatuhi oleh pihak-pihak

tertentu. Antaranya :

1. Dailog tidak boleh menjejaskan kerangka dan pemahaman asas yang

berteraskan konsep tauhid yang terkandung di dalam ajaran Islam. Asas tauhid

ini seperti mana diperjelaskan oleh sarjana teologi Islam adalah bersifat tetap

dan tidak boleh berubah sehingga kiamat (Ramli, 1998).

2. Mengakui tentang elemen universal yang wujud di antara agama besar dunia

tanpa melibatkan persoalan aqidah. Menurut Soroush (2001), ia merangkumi

penekanan kepada sistem moral yang baik, hukuman terhadap sesuatu

Page 8

Page 9: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

perbuatan yang buruk, sikap alami terhadap alam semesta, soal penyucian diri

untuk tujuan kebaikan dan budaya ilmu.

3. Menerima pluralisme agama yang positif. Ia dicirikan dengan:

a) Mengakui kewujudan dan hak agama lain serta memahami perbezaan

dan persamaan untuk mencapai kerukunan dalam kepelbagaian.

b) Harus dibezakan dari kosmopolitanisme. Kosmopolitanisme merujuk

kepada suatu realiti di mana pelbagai ragam agama, ras dan bangsa

hidup berdampingan di satu lokasi tetapi interaksinya pada tahap

minima.

c) Berbeza dari relativisme yang berkaitan dengan nilai. Kesannya, semua

agama adalah sama.

d) Bukan sinkretisme iaitu campuran atau paduan unsur tertentu atau

sebahagian komponen ajaran dari beberapa agama untuk dijadikan

agama baru (Alwi, 1998).

4. Menerima inklusif lawan eksklusif agama. Pemikir-pemikir besar agama

seperti Seyyed Hoessein Nasr (Islam), Hans Kung (Kristian), Gunaseela

Vitanage (Buddha) dan Raimundo Pannikar (Hindu) menjelaskan perlu

dikembangkan sikap beragama secara inklusif dan menolak eksklusivisme

(falsafah keterbukaan atau merasa rendah diri sendiri serba betul dan

menafikannya kepada orang lain) kerana di dalamnya ada kecenderungan

eksklusif yang menentang atau menolak agama lain.

5. Mengelakkan cemuhan budaya serta agama lain dan mengelakkan perdebatan

teologis doktrinal yang berakhir dengan kebuntuan.

6. Perlu bersikap toleransi antara penganut agama untuk mengelak sebarang

konflik.

Page 9

Page 10: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

7. Memelihara kerukunan di antara penganut agama.

8. Mengelak tiga gejala buruk yang ditegah oleh semua agama dan etika

kemanusiaan sejagat. Trilogi ini menghasilkan unsur terrorist, iaitu

ekstremisme, cauvinisme dan fanatisisme. (Shaharom, 2003).

Sehubungan dengan itu, etika-etika tersebut perlu diambil kira dalam

hubungan dialog di antara orang Islam dengan bukan Islam khususnya bagi membina

satu persefahaman dalam masyarakat yang beragam cara hidup, budaya dan agama.

3.0 PERKARA-PERKARA YANG HARUS DIAWASI DALAM DAILOG

ANTARA AGAMA

Dalam keghairahan menjalankan dialog antara agama, terdapat juga perkara-

perkara yang harus dielakkan :

Kecenderungan untuk menyamakan kebenaran antara agama dengan

menganjurkan faham pluralisme agama. Pluralisme yang ditolak ialah

kefahaman bahawa semua agama sama dari segi kebenaran dan tidak ada

agama yang boleh mendakwa kebenaran lebih dari agama lain. Sebaliknya

prinsip yang harus dipegang ialah seperti mana yang dianjurkan oleh al-Quran

bahawa. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku (lakum dinukum wa

liyadin). Adalah amat penting ditegaskan bahawa pengakuan kebenaran

eksklusif sesuatu agama bukan bermakna tidak bersifat tasamuh (intolerance)

dengan agama lain.

Kecenderungan untuk membuang kemutlakan agama (deabsolutization of

truth) dengan menafikan aspek kesucian dan kemutlakan setiap agama

Page 10

Page 11: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

sepertimana yang dianjurkan oleh beberapa penulis-penulis dalam bidang ini.

Walaupun tujuan anjuran ini adalah untuk membuka ruang keterbukaan yang

lebih kepada semua agama untuk berdialog, namun ia adalah sesuatu yang

tidak perlu, malah sudah pasti tidak akan dipersetujui oleh mana-mana

penganut agama yang meyakini akan kebenaran agama mereka. Yang lebih

wajar dianjurkan ialah di samping kepercayaan tentang kemutlakan agama

masing-masing, setiap penganut harus dapat membezakan antara kemutlakan

agama yang benar dan ketidaksempurnaan penganut-penganut yang

mengamalkan agama tersebut. Masalah-masalah yang berlaku antara agama

sebahagiannya bukan disebabkan ajaran agama, akan tetapi kelemahan dan

kejahilan penganut agama tersebut dalam memahami agama asing-masing.

4.0 HALANGAN – HALANGAN DAILOG ANTARA AGAMA

Terdapat beberapa trend negatif yang berkaitan dengan realiti dialog melalui

wacana intelektual ini, di antaranya sikap prejudis melulu penganut Islam

terhadap agama lain. Penganut Islam perlu dididik bagi mengamalkan sikap

toleransi beragama terhadap penganut bukan Islam kerana rata-ratanya penganut

Islam masih bersikap prejudis kepada penganut agama lain (Chandra, 1997).

Bagi Muhammad (1987), penganut Islam perlu berusaha untuk memahami

realiti kehidupan beragama masyarakat bukan Melayu di Malaysia. Interaksi

dalam ruang-ruang yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam seharusnya

dimaksimumkan. Sikap memencilkan diri ini hanya bakal menyebabkan penganut

agama lain menjadi terus jahil mengenai Islam meskipun mereka sudah lama

hidup bersama dengan penganut Islam.

Page 11

Page 12: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

Paul (1993) menegaskan kegagalan dialog dalam wacana ilmiah ini

disebabkan tiga faktor yang utama:

Kekurangan pakar yang benar-benar memahami agama-agama di Malaysia.

Penumpuan yang lebih diberikan kepada aspek perbezaan etnik khususnya

antara Melayu dan bukan Melayu.

Tiadanya sikap keterbukaan dari pihak masyarakat Islam untuk bersemuka

serta berdialog dengan masyarakat bukan Melayu.

Fenomena ini dikuatkan dengan sikap sinikal yang diamalkan oleh penganut

Kristian. Batumalai (1989) mencadangkan alternatif untuk mewujudkan perpaduan

dalam kalangan penganut bukan Islam, beliau mencadangkan:

Masyarakat Kristian perlu bersatu meskipun wujud perbezaan mazhab

sesama mereka.

Mengadakan dialog dengan pihak kerajaan yang dapat dilakukan dengan

anggota masyarakat bukan Islam menyertai NGO bagi menyuarakan hasrat

mereka yang tidak bertentangan dengan dasar kerajaan.

Mengemukakan beberapa nilai yang terkandung dalam agama lain seperti

Kristian agar dapat dijadikan sebagai nilai universal rakyat Malaysia

Bagi menangani keadaan ini, kalangan penganut agama perlu mengamalkan

pendekatan proaktif dengan mempergiatkan dialog antara agama dan dialog

peradaban untuk memberi imej yang positif tentang setiap agama dan dalam masa

yang sama membina persefahaman dengan penganut agama lain.

5.0 PELAKSANAAN DAILOG ANTARA AGAMA

Page 12

Page 13: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

Berdasarkan kepada sejarah atau tamaddun, dialog antara agama boleh berlaku

dalam dua peringkat iaitu :

i. Dialog yang lebih khusus dengan tujuan menjelaskan kebenaran agama

masing-masing dan mengelakkan kesilapfahaman di kalangan penganut agama

lain. Asas kepada dialog bentuk ini ialah menjalin persefahaman. Ia bukan

bertujuan untuk mengubah mana-mana doktrin agama akan tetapi untuk

menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kepercayaan dan kefahaman agama

masing-masing. Ia mungkin menjadi bentuk perdebatan, akan tetapi ia harus

dilakukan dengan ilmiah dan sihat. Di peringkat ini, dialog harus diwakili oleh

para ilmuwan yang berwibawa dari kedua-dua belah pihak. Sebaiknya ia

dijalankan secara tertutup dengan dihadiri oleh mereka yang benar-benar

faham mengenai maudu yang dibahaskan.

ii. Dialog yang menumpukan terhadap penyelesaian masalah-masalah semasa

yang lebih berkait dengan urusan pentadbiran agama dan masalah-masalah

semasa. Tujuan dialog bentuk ini ialah untuk menjamin kelangsungan

keharmonian dalam kehidupan bersama (peaceful co-existence). Ia bersifat

lebih pragmatik dalam erti kata membahaskan masalah-masalah yang timbul

yang memberi kesan langsung kepada keharmonian kehidupan bersama

masyarakat beragama. Ia termasuk membincangkan persoalan common

enemies yang dihadapi oleh setiap agama seperti aliran-aliran sekular,

kepentingan prinsip-prinsip etika yang dapat dikongsi bersama. Ia bukan untuk

berkompromi mengenai nilai-nilai agama yang dipegang oleh setiap agama

akan tetapi mencari titik pertemuan yang dapat dijadikan titik tolak tasamuh

antara penganut-penganut agama. Persoalan ekstremisme agama yang wujud

Page 13

Page 14: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

dalam setiap masyarakat beragama juga dapat diketengahkan dalam dialog

seperti ini.

Selain itu, menurut Anuar dan Abu Bakar (2012), media elektronik seperti

televisyen juga penting sebagai wadah memperbetulkan prejudis dan gambaran buruk

mengenai Islam ciptaan Barat, orientalis dan musuh Islam yang tidak bersikap adil

dengan umat Islam. Maka, seandainya dialog antara agama ini dapat disiarkan melalui

televisyen, sudah pasti pemikiran rakyat dapat dicorak dengan ilmu dan perkongsian

yang bermanfaat. Rakyat dapat membuat perbandingan dan penilaian secara tidak

langsung mendorong mereka untuk mengkaji agama dengan lebih mendalam. Ia juga

dapat membangkitkan rasa menghormati agama lain dan lebih menghargai agama

sendiri. 

6.0 PENUTUP

Sewajarnya para ilmuwan Muslim dan para cendekiawan bukan Islam

bersatu dalam membangunkan paradigma baru dalam menangani konflik agama

dalam kalangan masyarakat Malaysia yang beraneka agama, budaya, tamadun dan

peradaban. Dailog ini wajar dilaksanakan secara berhemah dan berhikmah bagi

memastikan semua pihak dapat hidup dalam aman dan damai. (Mohamad Khatami,

1998).  Jelaslah bahawa Islam amat menggalakkan dialog antara agama dilakukan

dalam suasana harmoni dan baik.

Page 14

Page 15: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

BIBLIOGRAFI

Al Quran al Karim

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dawama sdn. Shd.

Alwi Shihab. 1998. Islam inklusif: Menuju sikap terbuka dalam beragama.Bandung: Penerbit Mizan.

Anuar Ab. Razak dan Abu Bakar Abdul Majid (eds). 2005. Enhancing the understanding of Islam for the media. Kuala Lumpur. IKIM.

Azizan Baharuddin. 2005. Dialog peradaban: Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Center for Civilization Dialogue, Universiti Malaya.

Batumalai, S. 1989. Responses to Islamic resurgence in Malaysia: From a Christian perspective. Asian Journal of Theology 3(1): 1–14.

Chandra Muzaffar. 1997. Accommodation and acceptance of non-Muslim communities within the Malaysian political system: The role of Islam. American Journal of Islamic Social Sciences 13(1): 28–41

Ibn Manzur. 2005. Lisan al-Arab. Beirut, Lebanon: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

Mohammad Khatami. 1998. Membangun dialog antara peradaban: Harapan dan tantangan. Bandung: Mizan.

Muhammad Abu Bakar.. 1987. Penghayatan sebuah ideal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Paul Tan Chee Ing. 1993. Muslim-Christian relations in Peninsular Malaysia. Islamochristiana 19, 125–151.

Rahimin Affandi Abd. Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail, Nor Hayati Mohd Dahlal. 2011. Dailog antara agama : realiti dan prospek di Malaysia. Penerbit

Page 15

Page 16: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

Universiti Sains Malaysia. Kajian Malaysia , Vol. 29, No . 2, 2011, 91 – 110. Laman sesawang : http://web.usm.my/km/29(2)2011/Art5_KM29-2.pdf

Ramli Awang. 1998. Tasawwur rabbani menurut al-Quran dan sunnah. Kuala Lumpur: Utusan Publication

__________. 2010. Dailog antara agama dari perspektif al Quran. Penerbit Universiti Malaysia press.

Reese, J. S. 1996. Recasting social values in the work of Virginia Woolf. London: Associated University Press

Shaharom TM Sulaiman. 2003. Hiperterorisme dan hiperteknologi: Babak baru pertembungan barat-Islam. Paper presented at Seminar Islam dan Era Imperialisme Baru organized by Persatuan Ulama Malaysia, Petaling Jaya.

Soroush Abdul Karim. 2001. Evolusi dan devolusi pengetahuan keagamaan. In Wacana Islam liberal: Pemikiran Islam kontemporer tentang isu-isu global, ed. Charles Kurzman. 411– 1424. Jakarta: Penerbit Paramadina.

Swidler, D. L. 2003. Dialogue in Malaysia and the global scenario. Kuala Lumpur: Center for Civilizational Dialogue, Universiti Malaya.

Tiada pengarang. Kebebasan beragama antara universial Islam . IKIM. Laman sesawang :

http://www.islam.gov.my/sites/default/kebebasan_beragama_antara_universal_islam_dan _pluralisme_agama.pdf

Page 16

Page 17: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

ISI KANDUNGAN HALAMAN

Penghargaan

Pendahuluan 1

Pengertian

2.1 Zikir

2.2 Tafakkur

2.3 Terapi Jiwa

2.4 Keruntuhan sosial dan akhlaq

1

2

3

3

Contoh serta jenis-jenis zikir dan tafakkur 4

Cara pelaksanaan zikir dan tafakkur sebagai terapi jiwa

5

Kesan atau keberkesanan terapi zikir dan 6

Page 17

Page 18: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

tafakkur dalam menangani keruntuhan sosial

Penutup 10

Bibliografi

1.0 PENDAHULUAN

Zikir dan tafakkur adalah satu amalan yang disyariatkan dalam Islam. Perintah

supaya melaksanakannya ditemui dalam banyak ayat al-Qur’an dan juga hadis Nabi

S.A.W. Ia adalah satu amalan yang disuruh supaya diperbanyakkan tanpa ada

halangan dan keterikatan dengan syarat-syarat tertentu untuk diamalkan sebagaimana

ibadah-ibadah lain seperti solat, puasa dan sebagainya. Ia adalah rahsia dan

penghubung secara langsung antara hamba dengan Tuhannya. Setiap mukmin yang

mengingati Allah pasti akan diingati olehNya. 

Ternyata bahawa amalan zikir dan tafakkur bukan hanya sekadar ibadah, tetapi

juga merupakan amalan yang boleh membersihkan dan menyucikan jiwa manusia,

mendekatkan diri kepada penciptanya, membuka hijab rohani dan seterusnya

mencapai ma`rifat terhadapNya (Nik Azran dan Warnidah, 2006). Kertas kerja ini

akan menyentuh tentang zikir dan tafakkur serta peranannya sebagai terapi kejiwaan

dalam menyucikan hati, membina sahsiah muslim seterusnya menangani masalah

keruntuhan sosial dan akhlak pada masa kini.

Page 18

Page 19: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

2.0 PENGERTIAN ZIKIR, TAFAKUR, TERAPI JIWA DAN KERUNTUHAN

SOSIAL

Menurut kamus dewan, zikir ialah perbuatan menyebut nama Allah dan

mengingati Allah. Zikir ialah pengakuan dengan lidah dan pembenaran dengan hati.

(al Syarqawi, 1984) Menurut Asahari Muhammad, zikir berasal dari bahasa Arab

iaitu ingat, zikir disebut di bibir, ingat di hati. Ingat Allah, ingat kekuasaanNya,

kebesaranNya, nikmatNya, penglihatanNya, pendengaranNya atau apa sahaja yang

berhubung dengan Allah S.W.T. Menurut al-Ghazali (1996), zikir ialah ingat serta

sebut nama Allah S.W.T. dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya. Zikrullah adalah

termasuk amalan orang-orang sufi kerana dengan zikir kepada Allah bererti dapat

merasakan dekatnya hati dengan Allah. Bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu

pagi dan petang. Sebagaimana firman Allah S.W.T. :

Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya”.

(Surah Al-Ahzab 33: 41)

Zikir yang sebenarnya adalah suatu cara atau media untuk menyebut dan

mengingati Allah S.W.T. bertujuan mendekatkan diri kepadaNya. Oleh itu, dalam

berzikir harus ikhlas, tenang, suara yang lembut dan khusyuk. Zikir berfungsi

menenangkan jiwa, mendapat perlindungan dari Allah, meningkatkan keimanan dan

member kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Tafakkur pula ialah renungan, perenungan, dan bertafakur ialah bermenung

memikirkan sesuatu dengan sungguh-sungguh, menumpukan segenap perhatian dan

fikiran terhadap sesuatu (kamus dewan). Tafakkur yang berasal dari dasar kata فكر-

Page 19

Page 20: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

yang berasal dari akar kata tafakkara,  yatafakkaru, tafakkuran dengan kata dasar

fakkara. , seperti perkataan orang Arab األمر في ) فكر telah memikir ia akan

suatu). Tafakkur juga dapat diertikan dengan ta’ammal ertinya pertimbangan,

memberi perhatian, memikir, mengkaji, dan tazakkara yang bererti mengingati.

Tafakkur menurut syarak  merenung dan memikirkan ciptaan Allah SWT di

langit dan di bumi, dan mengarahkan akal kepada keagungan Pencipta dan kemuliaan

sifat- sifatnya. Bertafakkur adalah pangkal dari segala kebaikan dan pekerjaan hati

yang paling utama dan paling mulia.

Menurut kamus dewan, terapi bermaksud aktiviti fizikal atau mental yang

dilakukan untuk membantu merawat, memulih atau mengatasi masalah fizikal, emosi

atau sosial yang dihadapi seseorang. Jiwa menurut kamus pelajar, roh yang ada

dalam tubuh manusia seperti nyawa, seluruh kehidupan batin manusia seperti

perasaan, orang yang dikasihi seperti buah hati.

Oleh itu, terapi jiwa boleh didefinisikan sebagai rawatan dalaman iaitu kerohanian

dan emosi kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan hidup bagi menjadi muslim

sejati. Kesejahteraan jiwa membawa kepada ketenangan dan kesempurnaan hidup.

Menurut kamus dewan, keruntuhan ialah perihal runtuh, roboh, rosak atau

tertimpa sesuatu. Sosial pula ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat seperti

suka mengambil berat tentang hal kemasyarakatan, faham atau ajaran yang bertujuan

untuk membangunkan masyarakat secara damai. Oleh itu, keruntuhan sosial

bermaksud musnahnya nilai kemasyarakatan yang diterapkan di dalam Islam bagi

membangunkan sesuatu masyarakat.

Page 20

Page 21: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

Keruntuhan akhlak juga difahami sebagai masalah sosial merangkumi berbagai

perlakuan negatif anggota mesyarakat yang tidak membawa sokongan dan

keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam

sesuatu masyarakat atau pun negara. Contoh keruntuhan akhlak seperti semua

pelanggaran terhadap syariat Islam, pelanggaran terhadap undang-undang yang telah

ditetapkan oleh negara dan lain-lain.

3.0 CONTOH DAN JENIS ZIKIR DAN TAFAKUR

Zikir dan tafakkur ada banyak jenis merangkumi tasbih, tahmid, takbir, tahlil,

baca al-Qur’an dan sebagainya, namun yang menjadi intipati dari semua jenis-jenis

zikir ini ialah ingat kepada Allah (zikrullah). Oleh itu dapat dikatakan bahawa zikir

merangkumi dua perkara iaitu sebutan (zikir lisan) dan ingatan (zikir hati) terhadap

Allah dan perkara yang berkaitan dengannya. Ingatan adalah hakikat zikir manakala

sebutan itu pula adalah laluan untuk mencapai ingatan tersebut. Tahap ingatan itu pula

berbeza-beza sehingga ada yang mencapai tahap lupa kepada sesuatu yang lain

daripada apa yang dizikirkan dan inilah yang dikatakan hakikat sebenar zikir.

Mengenai hakikat zikir ini, al-Kalabadhi (1949) menyatakan bahawa ia adalah

merupakan sesuatu yang lain daripada apa yang dizikirkan dalam zikir tersebut.

Dalam hal ini, al-Kalabadhi merujuk kepada firman Allah:

يت� �س� ن �ذ�ا إ �ك� ب ر� �ر� و�اذ�ك

 Maksudnya: “dan ingatlah akan Tuhanmu apabila engkau lupa”.

( Surah al Kahfi 18:24)

  Mengenai ayat ini beliau mengulas, apabila engkau lupa sesuatu yang lain

daripada Allah, maka sesungguhnya engkau telah mengingati Allah. Ia bermaksud

Page 21

Page 22: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

mengingati Allah yang sebenar-benarnya ialah apabila seseorang itu lupa kepada

sesuatu yang lain daripadaNya.

Terdapat banyak jenis-jenis zikir dan tafakkur, antaranya :

Zikir sirrr (secara sembunyi, dengan suara perlahan) mahupun jahar (secara

terang, dengan suara keras)

Zikir munfarid (berseorangan) dan zikir bersama jama’ah (beramai-ramai)

Zikir muqayyad (yang terikat dengan waktu atau ruang yang khusus) dan zikir

mutlaq ( zikir yang tidak terikat dengan ruang, waktu dan hal )

4.0 CARA PELAKSANAAN TERAPI ZIKIR DAN TAFAKUR

Allah S.W.T telah memerintahkan supaya melaksanakan zikrullah dan Nabi

S.A.W pula telah mengajarkan kaedah melaksanakannya. Kehidupan Nabi S.A.W.

menunjukkan baginda umpama tenggelam di dalam lautan zikir dan tauhid dengan

tiada ruang waktu di mana baginda tidak mengingati Allah (Hairunnaja, 2004).

Kerana ini semua perkara yang berkait dengan amalan zikir ini perlu merujuk kepada

al-Qur’an dan hadis Nabi S.A.W di samping huraian dan tafsiran para ulama.

  Dari satu sudut, terdapat dua jenis zikir dan tafakkur iaitu zikir umum dan

zikir khusus. Zikir umum ialah zikir yang terisi dalam amal ibadah lain seperti solat

dan sebagainya di mana semua amalan itu dilaksanakan untuk ingat kepada Allah.

Zikir ini terlaksana dengan sendirinya apabila amalan tersebut dilaksanakan dengan

hadir hati.

  Manakala zikir khusus pula ialah sebutan dan ingatan terhadap Allah. al-

Qur’an dan hadis telah menyebut tentang beberapa jenis zikir khusus yang utama iaitu

dhikrullah, tafakkur, tasbih, tahmid, tahlil, takbir, al-asma’ al-husna, dan bacaan al-

Page 22

Page 23: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

Qur’an. Zikir ini boleh diamalkan pada bila-bila masa dan di mana juga seseorang itu

berada kecuali di tempat dan keadaan terlarang. Zikir inilah yang perlu

diperbanyakkan. Di samping itu terdapat juga zikir yang berkait dengan masa, tempat

dan keadaan tertentu. Zikir jenis ini juga baik untuk dilaksanakan. Para ulama telah

mengarang dan menyusun banyak karya bagi menjelaskan tentang amalan zikir ini

yang boleh dijadikan rujukan.

Apa yang penting bagi pengamalan zikir dan tafakkur ini ialah ia hendaklah

didasari atas ilmu pengetahuan, kefahaman dan kesungguhan untuk menghadirkan

hati dan menghayatinya. Semakin mendalam pengetahuan tentang perkara berkaitan

dan semakin tinggi tahap keinginan dan kesungguhan melaksanakan dan

menghayatinya maka semakin berkesan zikir tersebut terhadap hati.

Terdapat juga zikir dan tafakkur yang memerlukan talqin, tarbiyah dan irsyad

daripada murshid. Zikir ini dinamakan zikir tarekat atau zikir darajah. Ia boleh

diamalkan bagi orang yang berkeinginan untuk memperbaiki diri, menyucikan hati,

mendekatkan diri, membuka hijab rohani dan seterusnya mencapai ma`rifat, namun ia

perlu merujuk kepada ahli yang berkelayakan.

5.0 KESAN ATAU KEBERKESANAN TERAPI ZIKIR DAN TAFAKUR

Zikir dan tafakkur merupakan satu amalan yang sangat berkesan dan

berperanan besar dalam pembentukan sahsiah muslim. Sahsiah yang baik hanya

terbina dan terbentuk dengan terbinanya hati yang menjadi wadah keimanan dan

ketaqwaan. Oleh itu untuk membina sahsiah muslim yang baik, pembersihan dan

penyucian hati perlu diberikan tumpuan dan keutamaan sebagaimana yang dapat

dilihat pertunjuknya dalam hadis di mana Nabi S.A.W. bersabda:

Page 23

Page 24: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

د�ت� ف�س� �ذ�ا و�إ �"ه �ل ك �د �ج�س� ال �ح� ص�ل �ح�ت� ص�ل �ذ�ا إ م�ض�غ�ة' د� �ج�س� ال ف�ي �ن� و�إ �ال� أ

��ب �ق�ل ال و�ه�ي� �ال� أ �"ه �ل ك �د �ج�س� ال د� ف�س�

 Maksudnya: Ketahuilah bahawa dalam badan manusia ada segumpal darah, apabila ia baik maka baiklah seluruh badan, apabila ia rosak maka rosaklah seluruh badan, ketahuilah bahawa ia adalah hati.

(Sahih al Bukhari,juz 1,90)

  Penelitian terhadap ayat-ayat al-Qur’an dan hadis yang menyentuh tentang

persoalan zikir dan tafakkur mendapati bahawa ia adalah amalan penyuci hati,

pembuka hijab rohani, penguat keimanan, penghapus kemunafiqan, pemadam gelora

nafsu, penghalau gangguan syaitan dan sebagainya. Antara kesan zikir dan tafakkur

ialah :

1 - Zikir dan tafakkur sebagai pengilap dan penyuci hati

Zikir dan tafakkur merupakan penggilap dan penyuci hati daripada kekotoran

sifat tercela. Perkara ini dapat dilihat antaranya pada firman Allah;

��وب �ق�ل ال �ن" �ط�م�ئ ت �ه� الل �ر� �ذ�ك ب �ال� أ �ه� الل �ر� �ذ�ك ب �ه�م� �وب ق�ل �ن" �ط�م�ئ و�ت �وا �م�ن آ �ذ�ين� ال

 Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

(Surah al Ra’d 13 :28)

Menurut Muhd. Ruzlan (2011), hati akan mencapai hakikat ketenteraman,

ketenangan dan kebahagian setelah ia dapat dibersih dan disucikan dan penyakit-

penyakitnya dapat dibuang. Perkara ini hanya tercapai menerusi zikrullah seperti yang

dinyatakan dalam ayat tersebut.

Page 24

Page 25: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

  Demikian juga perkara ini dinyatakan dalam beberapa hadis Nabi S.A.W.

Antaranya ialah hadis yang bermaksud “ hendaklah engkau berzikir kepada Allah dan

membaca kitabNya sesungguhnya ia adalah nur (hidayah) bagi engkau di dunia ini

dan kemasyhuran bagi engkau di langit”,  hadis yang bermaksud “zikir Allah itu

adalah penyembuh bagi hati” dan hadis yang bermaksud “ sesungguhnya hati ini

berkarat sebagaimana besi berkarat. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah, apakah

pengilapnya. Baginda menjawab: Mengingati kematian dan membaca al-Qur’an”.

 2 - Zikir dan tafakkur sebagai penyedar hati yang lalai dan pendorong kepada

taubat. 

Zikir dan tafakkur juga boleh menyedarkan hati yang lalai. Ini kerana orang

yang telah melakukan kejahatan, kemudian dia ingat kepada Allah, maka dia akan

mengalami kesedaran jiwa (intibah). Dia akan menyedari kesilapan, dosa, keaiban dan

kejahatan dirinya. Ini akan mendorongnya untuk bertaubat dan tidak lagi meneruskan

atau mengulangi kesilapan yang telah lalu. Perkara ini dapat dilihat dalam firman

Allah:

وا ��غ�ف�ر ت ف�اس� �ه� الل وا ��ر ذ�ك ه�م� �ف�س� �ن أ �م�وا ظ�ل و�� أ ة' ف�اح�ش� �وا ف�ع�ل �ذ�ا إ �ذ�ين� و�ال

و�ه�م� �وا ف�ع�ل م�ا ع�ل�ى وا �ص�ر" ي �م� و�ل ��ه الل �ال� إ �وب� الذ"ن ��غ�ف�ر ي و�م�ن� �ه�م� �وب �ذ�ن ل

�م�ون� �ع�ل ي

Maksudnya: Dan orang-orang yang apabila mereka telah melakukan perkara keji atau menzalimi diri mereka sendiri, lalu mereka ingat akan Allah, maka mereka terus meminta keampunan bagi dosa-dosa mereka, dan tiada yang mengampunkan dosa

Page 25

Page 26: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

kecuali Allah, dan mereka tidak meneruskan lagi apa yang telah mereka lakukan, sedangkan mereka itu mengetahui.

( Surah al Imran 3 : 134 )

  Lupakan Allah itu akan menjadikan seseorang itu lupa akan dirinya sendiri

dengan tidak mengingati dan menyedari kesalahan dan kesilapan dirinya. Dia akan

terus melakukan kesalahan dan dosa dengan tidak bertaubat sehingga dia menjadi

seorang yang fasiq. Sebagaimana firman Allah:

ق�ون� �ف�اس� ال �ه�م �ك� �ئ �ول أ ه�م� �ف�س� �ن أ اه�م� �س� �ن ف�أ �ه� الل وا ��س ن �ذ�ين� �ال ك �وا �ون �ك ت و�ال�

 Maksudnya: Dan janganlah kamu jadi seperti orang-orang yang lupakan Allah,

maka Dia (Allah) melupakan mereka terhadap diri mereka sendiri, mereka itulah

orang-orang yang fasiq.

( Surah al Hasr 59 : 19 )

3 - Zikir dan tafakkur sebagai penghapus dorongan hawa nafsu

  Zikir dan tafakkur juga boleh menghapuskan dorongan hawa nafsu jahat yang

menguasai diri sehingga seseorang terdorong melakukan perkara-perkara yang

bertentangan dengan suruhan agama. Ini terjadi apabila zikir dan tafakkur menjadi

teguh dan menguasai diri manusia, maka di kala itu dorongan-dorongan melakukan

kejahatan akan terhapus. Berkait dengan persoalan ini Nabi s.a.w. bersabda:

ق�ال� �ه� الل ول� �س ر� �ا ي �م�ف�ر�د�ون� ال و�م�ا �وا ق�ال �م�ف�ر�د�ون� ال �ق� ب س�

�و�م� ي �ون� �ت �أ ف�ي �ه�م� �ق�ال ث� أ �ه�م� ع�ن ��ر الذMك ��ض�ع ي �ه� الل �ر� ذ�ك ف�ي ون� ��ر �ه�ت ت �م�س� ال

خ�ف�اف'ا �ام�ة� �ق�ي ال

Maksudnya: Sesungguhnya golongan mufarridun telah mendahului. Siapa mufarridun

itu wahai Rasulullah?. Baginda bersabda: Iaitu mereka yang asyik dalam zikrullah

Page 26

Page 27: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

yang mana zikir itu telah meletakkan (meringankan / melepaskan) bebanan mereka,

maka mereka akan datang pada hari kiamat dalam keadaan ringan”.

 4 - Zikir dan tafakkur adalah pengukuh keimanan

Zikir dan tafakkur juga boleh mengukuhkan dan memantapkan keimanan

seseorang. Ini kerana keimanan seseorang itu akan menjadi malap kalau tidak

diperbaharui dan diperteguhkan. Pengukuhan keimanan itu ialah dengan cara

menanam pengertian tauhid ke dalam jiwa menerusi jalan zikir kalimah tauhid.

Perkara ini dapat dilihat pada pesanan Nabi s.a.w. kepada para sahabat sebagaimana

sabda baginda:

ايمانكم أكثروا   جددوا قال إيماننا نجدد وكيف الله رسول يا قيل

الله إال إله ال قول  من

Maksudnya: Perbaharuilah iman kamu. Baginda ditanya: Wahai Rasulullah,

bagaimana kami dapat memperbaharui iman kami? Baginda bersabda:

Perbanyakkanlah menyebut La Ilaha Illallah.

 5 - Zikir dan tafakkur sebagai penghapus hijab rohani dan pembuka jalan

ma`rifat

  Zikir dan tafakkur juga menghapuskan hijab rohani dan membuka jalan

ma`rifat. Menyebut, memahami, meyakini dan mengingati kalimah tauhid dalam

keadaan penuh keikhlasan akan membawa kepada pembukaan pintu ma`rifat sehingga

sampai ke tingkatan `Arash. Mengenai perkara ini Nabi S.A.W. bersabda:

م�اء� الس� ��و�اب ب� أ ��ه ل �ح�ت� ف�ت �ال� إ �ص'ا ل م�خ� ق�ط" ��ه الل �ال� إ �ه� �ل إ ال� Wد� ع�ب ق�ال� م�ا

�ر� �ائ �ب �ك ال �ب� �ن ت اج� م�ا �ع�ر�ش� ال �ى �ل إ �ف�ض�ي� ت �ى ت ح�

Page 27

Page 28: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

Maksudnya: Seseorang itu tidak menyebut La Ilaha Illallah dalam keadaan ikhlas kecuali dibukakan baginya pintu-pintu langit sehingga membawa kepada `Arash selama mana dia menjauhi dosa-dosa besar.

  Kesan-kesan zikir seperti yang dijelaskan ini menjurus kepada penyucian jiwa

dan pengukuhan keimanan dan ketaqwaan dan seterusnya pembinaan sahsiah muslim

yang berkualiti seterusnya dapat menangani keruntuhan sosial dan akhlak.

5.0 PENUTUP

Setiap penyakit ada ubatnya dan setiap penyakit ada ahli yang dapat

menangani untuk menyembuhkannya. Ubat penyakit-penyakit badan dan anggota

tubuh manusia boleh diserahkan kepada doktor, tetapi penyakit hati hanya boleh

diubati dengan kembali kepada agama yang benar. Hati yang lalai merupakan pokok

segala kesalahan, melakukan kesalahan akan meruntuhkan sosial dan akhlaq, oleh

kerana itu, ubat yang mujarab bagi menangani masalah keruntuhan social dan akhlaq

adalah zikir dan tafakkur sebagai terapi kejiwaan.

BIBLIOGRAFI

Al Quran al Karim

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dawama sdn. shd.

Kamus Pelajar. 1987. Dewan Bahasa dan Pustaka. Harian (zulfadhli) sdn. bhd.

Al Bukhari. Muhammad ibn Ismail. 1987. Al Jami' al Sahih al Mukhtasir. Beirut. Dar Ibn kathir.

Abdul Manam bin Mohamad al Merbawi. 2010. Zikir dan peranannya dalam pembentukan sahsiah. Laman sesawang :

Page 28

Page 29: Assignment Usuluddin - Dailog.zikir.terapi Jiwa

http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tarekat- tassawuf/162-koleksi-kertas-kerja/632-zikir

Al Kalabadhi. Abu Bakar.1370. Al Ta'arruf li mazhab ahl al tasawwuf. Qahirah. Matba'ah 'isa al bab al halabi.

Al Syarqawi. Hasan Muhammad.1984. Nahwa 'ilm nafs islami. Iskandariah. Muassat syahab al jamiah.

Hairunnaja Najmuddin. 2004. Psaikologi ketenangan hati. PTS publication & distributor sdn. bhd. 174

Muhammad al Ghazali. 1996. Tujuan hidup para sufi. Pustaka ilmi sdn. bhd. 156-165

Nik Azran bin Muhammad dan Wardinah Wan Abdul Razak. 2006. Terapi kehidupan Muslim. Pekan ilmu publication sdn. bhd.

Suhendri Irandi dan Muhyidin Mas Ridha. 2012. Jangan asal berzikir. Jasmin publication. 56-60

Wan Mohammad Ruzlan Wan Omar. 2011. Minda zikir terapi hati paling berkesan . Laman sesawang :

http : /www.hmetro.com/articles/Minda_Zikirterapihatipalingberkesan//Article/

article_print

Page 29