peperiksaan sijil tinggi persekolahan …webmpm.mpm.edu.my/perisian/9304_manualkk18p2/pdf... ·...

18
1 TERHAD 930/4 STPM/S930 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL KERJA KURSUS SYARIAH(930/4) PENGGAL 2: JANUARI HINGGA MEI 2018 Buku panduan ini mengandungi 18 halaman bercetak ©Majlis Peperiksaan Malaysia 2018

Upload: ngodang

Post on 15-Feb-2018

289 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

1

TERHAD

930/4 STPM/S930

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(STPM)

MANUAL

KERJA KURSUS SYARIAH(930/4)

PENGGAL 2: JANUARI HINGGA MEI 2018

Buku panduan ini mengandungi 18 halaman bercetak ©Majlis Peperiksaan Malaysia 2018

2

TERHAD

KANDUNGAN

Halaman

1. PENGENALAN 3

2. OBJEKTIF

2.1 Kemahiran kognitif

2.2 Kemahiran manipulatif

2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)

3

3. PELAKSANAAN KERJA KURSUS SYARIAH (KKS)

3.1 Arahan KKS

3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam

3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2)

3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3)

3.6 Tanggungjawab Calon

4-8

4. JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 8-9

5. FORMAT PENULISAN 9-10

6. STRUKTUR PENULISAN 10

7. GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KKS 11-13

8. LAMPIRAN 14-18

3

TERHAD

1 PENGENALAN

Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon

persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Syariah wajib melaksanakan Kerja

Kursus Syariah (KKS) sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi

KKS adalah sebanyak 20%. Markah penaksiran KKS diambil kira bersama-sama dengan

markah peperiksaan bertulis bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan.

2 OBJEKTIF

Kerja Kursus Syariah (KKS) ini diadakan dengan tujuan untuk menilai keupayaan calon dalam;

2.1 Kemahiran kognitif iaitu:

(a) Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Pengajian Fiqh, Usul

Fiqh dan Kaedah Fiqh, Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum

syarak;

(b) Membincangkan cara mengistinbatkan hukum syarak daripada sumber yang

disepakati atau yang tidak disepakati bagi menyelesaikan masalah yang

berbangkit;

(c) Mengaplikasi Kaedah Fiqh dalam penentuan hukum;

(d) Membuat penilaian dan rumusan tentang isu dalam bidang Syariah;

(e) Menganalisis isu yang berkaitan Pengajian Fiqh;

(f) Mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu dan persoalan

semasa dalam bidang Syariah.

2.2 Kemahiran manipulatif iaitu:

(a) Mencerap, mengukur, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat sama ada

daripada sumber primer atau sumber sekunder;

(b) Menggunakan kaedah kajian dokumentasi dan/atau kajian lapangan bagi

menyiapkan hasil kajian;

(c) Memproses dan menganalisis data.

2.3 Kemahiran insaniah iaitu:

(a) Mahir berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan;

(b) Berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan;

(c) Berupaya menyelesaikan masalah;

(d) Berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif;

(e) Berupaya menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik;

(f) Berupaya menjalankan kajian secara jujur, amanah, beretika, dan fleksibel;

(g) Berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi.

4

TERHAD

3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS SYARIAH

3.1 Arahan Kerja Kursus Syariah (KKS)

(a) Wajib diambil oleh semua calon pada penggal kedua.

(b) Calon dikehendaki memilih/menyediakan satu tajuk berdasarkan tema yang

dikenal pasti daripada bidang muamalat, munakahat, mirath, dan jenayah.

(c) Tema tersebut adalah seperti berikut:

(i) Jual beli

(ii) Khiyar

(iii) Riba

(iv) Ijarah

(v) Al-Rahn

(vi) Syarikat

(vii) Wakalah

(viii) Wadi'ah

(ix) Hibah

(x) Wasiat

(xi) Praperkahwinan

(xii) Perkahwinan

(xiii) Talak

(xiv) 'Iddah dan rujuk

(xv) Konsep mirath

(xvi) Liability harta pusaka

(xvii) Waris dalam pembahagian harta pusaka

(xviii) Undang-undang dan pentadbiran harta pusaka

(xix) Qisas

(xx) Diyat

(xxii) Kaffarah

(xxiii) Hudud

(xxiv) Ta'zir

3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam

(a) Memastikan calon yang mengambil KKS telah dibimbing dan diselia oleh guru

mata pelajaran

(b) Mengesahkan penulisan KKS calon telah dilaksanakan, dinilai, dan diberikan

markah oleh guru mata pelajaran mengikut peraturan yang ditetapkan dengan

menandatangani Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)

5

TERHAD

(c) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan

seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(d) Memberi kerjasama yang sewajarnya bagi menjayakan KKS

(e) Memastikan guru mata pelajaran menghantar markah penulisan KKS kepada

Majlis Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang ditetapkan

(f) Mengesahkan markah penulisan KKS yang diperoleh calon dengan

menandatangani borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-

submission

(g) Memastikan penyediaan tempat untuk penyimpanan eviden penulisan KKS di

sekolah

(h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan eviden penulisan KKS dalam tempoh

enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumukan

(i) Memastikan eviden penulisan KKS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas

keputusan STPM diumumkan.

3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran

(a) Memastikan bahawa semua calon memahami kehendak sukatan pelajaran dan

arahan pelaksanaan KKS

(b) Memuat turun Manual KKS dari portal MPM

(c) Menandatangani boring akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang

dilampirkan dalam Kriteria Penilaian Kerja Kursus Syariah Kertas 4 (930/4) dan

menghantarnya kepada MPM (u.p: Tuan Haji Kamurudin bin Kusni)

(d) Memastikan calon menghasilkan penulisan KKS secara individu

(e) Memastikan setiap calon melaksanakan KKs dalam tempoh yang ditetapkan

seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(f) Memantau kemajuan kerja penulisan KKS calon mengikut masa yang ditetapkan

(g) Membimbing calon dari aspek yang berikut:

i. Memilih tema,

ii. Mengenal pasti isu,

iii. Menetapkan tajuk dan skop KKS,

iv. Mengenal pastis umber maklumat yang sesuai, dan

v. Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

(h) Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses

data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KKS

(i) Membimbing calon dari aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah

semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan KKS

(j) Memastikan calon tidak memplagiat atau meminta orang lain menghasilkan KKS

6

TERHAD

(k) Memastikan calon menghantar KKS pada masa yang ditetapkan

(l) Menyediakan dan menghantar Jadual Pembentangan KKS ke MPM dua minggu

sebelum sesi penilaian pembentangan dijalankan

(m) Menyelia dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC)

(Lampiran 3)

(n) Menilai penulisan akhir KKS setiap calon, mengisi, dan memperakui Borang

Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC) (Lampiran 5). Boring tersebut

hendaklah dicetak, ditandatangani, dan dihantar ke MPM selewat-lewatnya

seminggu selepas penilaian dilakukan

(o) Memastikan markah Kerja Kursus calon hanya ditulis di dalam BMKKC dan tidak

menulisnya di dalam eviden kerja kursus calon

(p) Mengisi dan menghantar markah KKS calon melalui e-submission ke MPM

mengikt tarikh yang ditetapkan

(q) Menghantar surat iringan, BMKKC, dan BRKKC yang bertukar sekolah ke

sekolah calon yang baharu

(r) Menghantar Salinan BRuMKKC yang telah disahkan oleh pengetua ke MPM (u.p:

Tuan Haji Kamarudin bin Kusni, Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM, Bgn.

MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Bt. Caves, Selangor). Kegagalan

menghantar maklumat tersebut akan menyebabkan calon dianggap tidak

melaksanakan KKS dan dianggap tidak mengambil kertas 930/4

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2)

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh

MPM

(b) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan

seperti Perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(c) Menyemak dan menilai penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon

(d) Menghantar markah penulisan KKS calon kepada MPM dengan menggunakan

perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(e) Menyediakan sampel penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon untuk

penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

(f) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan eviden penulisan KKS dalam tempoh

enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan

(g) Memastikan eviden penulisan KKS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas

keputusan STPM diumumkan.

7

TERHAD

3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3)

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh

MPM

(b) Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan

KKS dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir

penyerahan tugasan

(c) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan

seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

(d) Menyemak penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon

(e) Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang telah

ditandatangani oleh calon dan BMKKC (Lampiran 4)

(f) Menghantar markah penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan

markah

(g) Menyediakan sampel penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon untuk

penyelarasan markah

(h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan eviden penulisan KKS dalam tempoh

enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan

(i) Memastikan eviden penulisan KKS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas

keputusan STPM diumumkan.

3.6 Tanggungjawab Calon

(a) Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KKS

(b) Melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual

Perancangan dan Pelaksanaan

(c) Menghasilkan penulisan KKS secara individu

(d) Melaksanakan tugas berikut:

i. Memilih tema,

ii. Mengenal pasti isu,

iii. Menetapkan tajuk dan skop KKS,

iv. Mengenal pastis umber maklumat yang sesuai, dan

v. Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

(e) Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KKS

(f) Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa

pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan KKS

8

TERHAD

(g) Mengisi maklumat yang terdapat dalam BRKKC (Lampiran 3) dan menyerahkan

boring tersebut kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan oleh

pihak sekolah

(h) Menghantar hasil KKS kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah

ditetapkan oleh pihak sekolah

(i) Membentangkan hasil KKS dalam sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan

tempat yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon

25 Sept. 2017 Muat naik Manual

Kerja Kursus

Melayari portal MPM Melayari portal MPM

15 Januari

hingga

20 April 2018

Pengajaran dan

pembelajaran,

pelaksanaan,

penghantaran,

pemeriksaan dan

pembentangan

KKS

Menyampaikan taklimat

tugasan kepada calon

Memaklumkan tarikh

akhir penyerahan KKS

mengikut arahan MPM

Membimbing calon

menganal pasti tema dan

memilih isu, tajuk, dan

skop KKS

Menjelaskan calon

tentang elemen

kemahiran insaniah

yang dinilai

Membimbing calon

melaksanakan tugasan

Menilai elemen

kemahiran insaniah

Menjelaskan item-item

yang dinilai dalam

penulisan KKS

Menerima tugasan KKS

dan pemakluman tarikh

akhir penyerahan KKS

Memahami skop KKS

Membincangkan tema,

isu, tajuk, dan skop KKS

yang telah dikenal pasti,

dipilih, dan ditetapkan

bersama-sama dengan

guru

Merancang jadual kerja

Mengumpul data dan

maklumat melalui

pemerhatian, temu bual,

dan kaji selidik daripada

pelbagai sumber

Menyusun dapatan (data

dan maklumat)

Memproses data dan

maklumat – mentafsir,

menganalisis, dan

membuat hubung kait

antara dapatan yang

diperoleh

9

TERHAD

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon

15 Januari

hingga

20 April 2018

Pengajaran dan

pembelajaran,

pelaksanaan,

penghantaran,

pemeriksaan dan

pembentangan

KKS

Membimbing calon

memproses dan

menganalisis data

Membimbing calon untuk

menulis mengikut format

yang ditetapkan

Memantau kemajuan hasil

penulisan calon secara

berterusan dengan

merekodkan dan

menandatangani Borang

BRKKC

Membiimbing calon

membuat

penambahbaikan

Menerima KKS daripada

calon

Menilai pembentangan

KKS mengikut skema

yang ditetapkan oleh

MPM

Mempersembahkan data

dan maklumat dalam

bentuk jadual, graf, carta,

dan lain-lain yang

bersesuaian

Membincangkan dapatan

kajian dan menghubung

kaitkannya dengan teori

yang bersesuaian

Menghasilkan penulisan

yang lengkap mengikut

format yang ditetapkan

Menyemak dan membuat

penambaikan terhadap

kualiti penulisan KKS

Menyerahkan KKS

mengikut tarikh yang

ditetapkan oleh guru

Membentang KKS pada

tarikh dan masa yang

ditetapkan

23 April

hingga

23 Mei 2018

Pengisian dan

penghantaran

markah melalui e-

submission

Membuat semakan dan

penyelarasan semula

markah bagi setiap calon

Menghantar markah

KKS calon kepada

MPM menggunakan

perisian e-submission

Tidak berkenaan

12 Mac hingga

30 April 2018

Pemantauan Kerja

Kursus oleh MPM

Mengemukakan sampel

KKS untuk pemantauan

markah oleh MPM

Tidak berkenaan

15 Okt 2019 Penyimpanan eviden

5 FORMAT PENULISAN

5.1 calon digalakkan untuk menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK) untuk mencari maklumat tambahan

5.2 calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan KKS mengikut

format berikut:

(a) saiz kertas: A4 putih sahaja

(b) Margin: Atas, bawah, kiri, dan kanan 2.54 cm

(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)

(d) Tulisan: Jawi/Traditional Arabic (font 16)

10

TERHAD

(e) Langkau (spacing): 1.5

(f) Nombor halaman ditulis pada bahagian atas sebelah kanan.

5.3 panjang penulisan antara 200 hingga 2500 patah perkataan, iaitu tidak termasuk

kandungan, abstrak, penghargaan, jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, dan

lampiran.

5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan.

5.5 Panjang abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi

permasalahan kajian, objektif kajian, kaedah kajian, dan dapatan utama kajian yang

ditulis dalam satu perenggan. Abstrak hendaklah ditulis menggunakan tulisan Times

New Roman (font 12) dengan single spacing.

5.6 Gaya penulisan rujukan dalam teks KKS hendaklah menggunakan sistem pengarang-

tarikh.

5.7 Sistem penulisan KKS adalah seperti berikut:

(a) Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)

(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon Sekolah (BRKKCS) (Lampiran 3)

(d) Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKCS) (Lampiran 4)

(e) Kerja Kursus Syariah

5.8 KKS yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk berjilid dan

susunan seperti perkara 1.7 di atas.

6 STRUKTUR PENULISAN

6.1 Kandungan

6.2 Abstrak

6.3 Penghargaan

6.4 Pengenalan – latar belakang dan penyataan masalah kajian

6.5 Objektif kajian – penyataan objektif kajian

6.6 Kaedah kajian – huraian tentang cara memperoleh data atau maklumat dengan

menggunakan kaedah dokumentasi dan/atau kajian lapangan yang melibatkan soal

selidik, temu bual, pemerhatian dan sebagainya.

6.7 Perbincangan dan dapatan kajian – huraian untuk mendapatkan hasil kajian dengan

menghubung kait antara permasalahan kajian dengan objektif kajian.

6.8 Rumusan dan cadangan

6.9 Senarai rujukan

6.10 Lampiran (jika ada)

11

TERHAD

7 GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA KURSUS SYARIAH

7.1 MPM mengemukakan tiga tema

7.2 Guru dan calon perlu berbincang untuk mengenal pasti isu, menetapkan tajuk, dan skop

tugasan daripada tema yang telah dipilih.

7.3 Jika calon menggunakan kajian lapangan, kajian itu hendaklah dihadkan kepada

kampung/bandar/daerah/negeri/sekolah calon sahaja

Contoh:

Gambar Rajah Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kerja Kursus Syariah

Tema 1:

Al-Rahn

Tema 2:

Konsep Mirath

Tema 3:

Diyat

Calon memilih satu tema, mengenal pasti isu, dan skop tugasan

Calon pilih tema 3

Diyat

A

12

TERHAD

Calon mengenal pasti isu

(isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada kampung/bandar/daerah/negeri/sekolah calon jika

menggunakan kajian lapangan)

Contoh: Masyarakat kurang memahami konsep diyat menurut Undang-Undang Jenayah Islam

Calon menentukan tajuk

(Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan isu yang telah dikenal pasti)

Contoh: Tahap kefahaman Masyarakat Kg.Pandan Dalam Mengenai Diyat Menurut Undang-Undang

Jenayah Islam

Calon menentukan skop tugasan

(skop tugasan yang dimaksudkan ialah batasan kepada KKS yang akan dijalankan. Penjelasan ini

penting bagi memastikan penilai dapat memahami sempadan KKS berkenaan. Calon perlu menjelaskan

batasan atau limitasi penghasilan KKS; seperti sampel kajian, tempoh kajian, dan limitasi tempat

kajian)

Contoh:

1. Sampel kajian – Masyarakat Muslim Kg. Pandan Dalam, Kuala Lumpur

2. Tempoh kajian – Dari Januari 2018 hingga Mac 2018

3. Limitasi tempat kajian – Kg. Pandan Dalam, Kuala Lumpur.

Calon menentukan objektif kajian

(calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara yang diharap dapat dicapai pada akhir

kajian. Penyataan ini hendaklah jelas, rasional, dan relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif

hendaklah mampu dicapai)

Contoh:

─ Mengenal pasti konsep diyat menurut Undang-Undang Jenayah Islam

─ Mengkaji/menganalisis tahap kefahaman masyarakat Kg. Pandan Dalam mengenai diyat menurut

Undang-Undang Jenayah Islam

13

TERHAD

B

Calon menentukan kaedah kajian

Calon boleh menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat, antaranya adalah

seperti berikut:

1. Kajian Dokumentasi

Kaedah ini dilakukan dengan cara merujuk kepada bahan bertulis, seperti buku, majalah, akhbar,

jurnal, dan lain-lain. Di samping itu, calon juga boleh membuat rujukan Internet.

2. Soal Selidik

Kaedah soal selidik ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul.

Dalam kaedah ini, boring soal selidik digunakan untuk memudahkan kajian yang hendak

dilakukan. Calon boleh mereka bentuk soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan

objektif kajian yang dilaksanakan untuk mendapat maklumat yang berkaitan. Boring itu boleh

diedarkan secara rawak/terpilih kepada responden di kawasan kajian.

3. Temu Bual

Kaedah temu bual ialah proses menemu bual individu yang mempunyai maklumat mengenai

bidang kajian. Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah

secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan/pangkat dalam sesebuah organisasi

atau kelompok masyarakat. Temu bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual dengan

orang persendirian. Contoh temu bual secara formal seperti menemu bual Pengerusi Jawatankuasa

Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Ketua Kampung, Ahli JKKR, Imam, Bilal dan

lain-lain. Manakala temu bual tidak formal seperti menemu bual ahli masyarakat dan orang awam

di tempat kajian.

4. Pemerhatian

Kaedah pemerhatian ialah proses mendapatkan maklumat melalui pemerhatian dan penelitian

terhadap proses, prosedur, peristiwa, perjalanan kes, gelagat, dan sebagainya.

Calon menjelaskan/membincangkan dapatan kajian

Calon dikehendaki menjelaskan atau membincangkan dapatan kajian dengan menghubung kait antara

permasalahan kajian dengan objektif kajian dalam bentuk esei bertulis. Perbincangan mestilah

disertakan dengan rujukan dan boleh disokong dengan jadual/carta/graf, dan sebagainya.

Calon menghasilkan rumusan Kerja Kursus

Calon dikehendaki membuat rumusan atau kesimpulan daripada perbincangan. Calon juga diharapkan

dapat menunjukkan sejauh mana dapatan kajian yang dijalankan itu menepati objektif kajian yang

ditetapkan. Calon hendaklah menyatakan kepentingan (signifikan) kajian atau cadangan daripada hasil

kajian yang telah dijalankan.

14

TERHAD

8 LAMPIRAN

Lampiran 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 2 TAHUN 2018

MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)

TAJUK

NAMA CALON

NOMBOR

KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH/

ALAMAT CALON

NAMA GURU/

PEMERIKSA

TANDATANGAN

GURU/PEMERIKSA

TARIKH

15

TERHAD

Lampiran 2

BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 2 TAHUN 2018

MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)

BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon,

dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/ pemeriksa. Kegagalan calon

menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk

kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon

No. Kad Pengenalan Calon

Angka Giliran Calon

Nama Pusat Kerja Kursus Calon

Makluman kepada calon:

Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh

dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk

meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara

sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:

Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja

kursus .......................................... tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan

bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran ........................... di sekolah (untuk

calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa

kerja kursus mata pelajaran ......................................... (untuk calon persendirian individu).

Tandatangan Calon

Tarikh

Perakuan oleh Guru/Penilai:

Saya mengesahkan bahawa kerja kursus ........................................................ telah dihasilkan mengikut

spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati

bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa

Nama Guru/Pemeriksa

Tarikh

16

TERHAD

Lampiran 3

BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 2 TAHUN 2018

MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)

BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran: ........................................... No. Kad Pengenalan: ...................................

Tarikh

Aktiviti dalam Penghasilan

Kerja Kursus

(diisi oleh calon)

Ulasan Guru Tandatangan

Guru

Tandatangan

Calon

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Syariah

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam

penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Syariah Tahun 2018 mengikut peraturan yang ditetapkan

oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: .....................................

Nama Guru: ................................................

Tarikh: .......................................

Cap Sekolah:

Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama kerja kursus.

17

TERHAD

Lampiran 4

BMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 2 TAHUN 2018

MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon: …………………………………………….. Angka Giliran: ……………...................

No. Kad Pengenalan: …………………………………….

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)

Kriteria Pentaksiran Markah

Penuh

Markah

Guru/Pemeriksa

Markah

Penyelaras

A. Penulisan

1. Abstrak 4

2. Pengenalan 4

3. Objektif Kajian 4

4. Kaedah Kajian 4

5. Perbincangan dan Dapatan

Kajian

20

6. Rumusan dan Cadangan 4

7. Senarai Rujukan 3

8. Kemahiran Manipulatif 3

9. Kemahiran Insaniah 4

B. Pembentangan dan Soal Jawab

1. Pembentangan 4

2. Soal Jawab 2

3. Kreativiti 2

4. Keterampilan 2

Jumlah Markah 60

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan Saya mengesahkan bahawa markah dan

butiran di atas adalah benar. butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: ……………….. Tandatangan Penyelaras: ...................................

Nama: ................................................................... Nama: ................................................................

No. Kad Pengenalan: ............................................. No. Kad Pengenalan: .........................................

Tarikh: ................................................................... Tarikh: ..............................................................

No. Telefon (sekolah): ....................................... No. Telefon (sekolah): ......................................

(bimbit): ....................................... (bimbit):

.....................................

Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan

perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

18

TERHAD

Lampiran 5

BRuMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 2 TAHUN 2018

MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)

BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Sekolah: ……………………………………………………………………

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

Bil Angka Giliran No Kad Pengenalan Markah

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENGETUA

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas

adalah benar.

Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas

adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:…………………….……... Tandatangan Pengetua:………………………..…......

Nama : ………………………………………….…............ Nama : …………………………………………..…...

No. Kad Pengenalan : ………………….........…………… No. Kad Pengenalan : ………………………………..

Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ……………………………………….

No. Telefon (sekolah) : ………………………

(bimbit) : ………………………

No. Telefon (sekolah) : ………………………

(bimbit) : ………………………

Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia

selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.