pengumuman keputusan peperiksaan sijil tinggi …portal.mpm.edu.my/documents/guest/orang...

30
1 PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) TAHUN 2016 oleh YBHG. PROF. DATO’ SERI DR. MOHAMED MUSTAFA ISHAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA NAIB CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa, dan Salam Satu Malaysia 1. Sukacita saya memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan STPM 2016 akan dikeluarkan pada hari ini, Selasa, 28 Februari 2017. Calon sekolah kerajaan dan sekolah swasta boleh mendapatkan slip keputusan di sekolah masing-masing pada jam 12:00 tengah hari ini , manakala calon persendirian akan mendapat slip keputusan mereka melalui pos. Di samping itu, semua calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan melalui portal MPM [www.mpm.edu.my] dan juga melalui SMS (sistem mesej singkat) di talian 15888. 2. Calon STPM 2016 merupakan kohort keempat dalam sistem pentaksiran baharu STPM (Modular) yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sejak diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012 bagi

Upload: dangkiet

Post on 15-Jun-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

TAHUN 2016

oleh

YBHG. PROF. DATO’ SERI DR. MOHAMED MUSTAFA ISHAK

PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA NAIB CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa, dan Salam Satu Malaysia

1. Sukacita saya memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan

STPM 2016 akan dikeluarkan pada hari ini, Selasa, 28 Februari

2017. Calon sekolah kerajaan dan sekolah swasta boleh

mendapatkan slip keputusan di sekolah masing-masing pada jam

12:00 tengah hari ini, manakala calon persendirian akan

mendapat slip keputusan mereka melalui pos. Di samping itu,

semua calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan melalui

portal MPM [www.mpm.edu.my] dan juga melalui SMS (sistem

mesej singkat) di talian 15888.

2. Calon STPM 2016 merupakan kohort keempat dalam sistem

pentaksiran baharu STPM (Modular) yang dikendalikan oleh

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sejak diluluskan oleh

Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012 bagi

2

menggantikan peperiksaan STPM Terminal yang telah

dikendalikan sejak tahun 1982.

3. Peperiksaan bertulis dijalankan pada tiga penggal, iaitu Penggal 1,

Penggal 2, dan Penggal 3 dalam tempoh pengajian selama satu

setengah tahun. Calon dibenarkan untuk memperbaiki

keputusan peperiksaan bertulis Penggal 1 dan Penggal 2

dengan mengambil peperiksaan Ulangan bertulis bagi penggal

tersebut pada bulan November.

4. Dalam sistem pentaksiran STPM terdapat juga Kerja Kursus

dalam bentuk Kertas Projek, Kerja Lapangan, dan Amali Sains

yang perlu dijalani oleh calon (bergantung kepada penawaran

dalam mata pelajaran masing-masing) dan dinilai oleh guru

sekolah dengan wajaran 20 peratus hingga 40 peratus. Jumlah

mata pelajaran yang ditawarkan untuk STPM 2016 adalah

sebanyak 22 mata pelajaran dengan 19 mata pelajaran

menawarkan Kerja Kursus.

5. Peperiksaan bertulis Penggal 1 STPM 2016 telah dijalankan pada

17 hingga 24 November 2015, Penggal 2 pada 18 hingga 24 Mei

2016, dan Penggal 3 pada 7 hingga 14 November 2016.

Peperiksaan Ulangan Penggal 1 pula telah diadakan pada

15 hingga 21 November 2016 dan Ulangan Penggal 2 pada

22 hingga 29 November 2016 yang lalu.

Bilangan Calon

6. Bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan

STPM 2016 telah mencatatkan peningkatan berbanding STPM

3

2015, iaitu daripada 45,515 kepada 47,122 calon, meningkat

sebanyak 3.53 peratus (1,607 calon). Daripada jumlah calon yang

mendaftar ini 43,235 calon (91.75 peratus) telah hadir.

7. Daripada jumlah yang hadir ini, 42,845 calon (99.10 peratus)

daripadanya adalah calon Sekolah Kerajaan manakala baki yang

lain adalah terdiri daripada calon sekolah swasta sebanyak 264

calon (0.61 peratus), calon persendirian individu sebanyak 114

calon (0.26 peratus), dan calon Sekolah Kerajaan Negeri

sebanyak 12 calon (0.03 peratus).

Bilangan Calon Mengikut Jantina, Aliran, dan Kaum

8. Bilangan calon perempuan yang menduduki peperiksaan STPM

2016 masih mengatasi bilangan calon lelaki dengan nisbah 2:1.

Sebanyak 29,854 calon (69.05 peratus) yang hadir adalah calon

perempuan manakala baki 13,381 (30.95 peratus) adalah calon

lelaki.

9. Dari segi aliran pula, bilangan calon aliran Sains Sosial adalah

sebanyak 37,033 calon (85.66 peratus) manakala 6,202 calon

(14.34 peratus) adalah calon aliran Sains.

10. Daripada 43,235 calon yang hadir, kaum Bumiputera sebanyak

29,614 calon (68.50 peratus), kaum Cina sebanyak 9,660 calon

(22.34 peratus), kaum India sebanyak 2,321 calon (5.37 peratus),

dan lain-lain kaum sebanyak 1,640 calon (3.79 peratus).

11. Dalam peperiksaan STPM 2016, 3,624 calon (7.69 peratus) telah

mendaftar untuk lima mata pelajaran dan 43,440 calon (92.19

4

peratus) telah mendaftar untuk empat mata pelajaran. Bagi calon

yang mendaftar lima mata pelajaran, sebanyak 3,310 calon (91.34

peratus) telah hadir. Manakala bagi calon yang telah mendaftar

empat mata pelajaran, 39,911 calon (91.88 peratus) telah hadir.

Hal ini menjadikan daripada 43,235 calon yang hadir dalam STPM

2016, 7.66 peratus mengambil lima mata pelajaran dan 92.31

peratus mengambil empat mata pelajaran.

12. Mata pelajaran Pengajian Am adalah mata pelajaran yang

mempunyai bilangan calon terdaftar yang tertinggi, iaitu sebanyak

47,100 calon (berbanding 47,122 yang mendaftar. Ini kerana

terdapat 22 calon yang tidak mendaftar Pengajian Am), diikuti

sembilan mata pelajaran lain yang mempunyai bilangan calon

terdaftar yang banyak yang melebihi 5,000 orang (sembilan mata

pelajaran), iaitu mata pelajaran

(a) Bahasa Melayu (29,719 calon),

(b) Sejarah (24,228 calon),

(c) Pengajian Perniagaan (17,821 calon),

(d) Ekonomi (14,629 calon),

(e) Geografi (12,801 calon),

(f) Seni Visual (7,675 calon),

(g) Mathematics T (6,513 calon),

(h) Chemistry (6,382 calon), dan

(i) Kesusasteraan Melayu Komunikatif (6,178 calon).

5

13. Mata pelajaran lain yang mempunyai bilangan terdaftar yang

kurang daripada 5,000 calon (12 mata pelajaran) pula adalah

mata pelajaran

(a) Biology (3,782 calon),

(b) Physics (2,796 calon),

(c) Sains Sukan (2,646 calon),

(d) Perakaunan (2,567 calon),

(e) Syariah (2,069 calon),

(f) Bahasa Arab (1,620 calon),

(g) Usuluddin (1,069 calon),

(h) Mathematics M (1,027 calon),

(i) Information and Communications Technology

(492 calon),

(j) Bahasa Tamil (479 calon),

(k) Bahasa Cina (325 calon), dan

(l) Literature in English (79 calon).

PENETAPAN STANDARD

14. Penetapan standard STPM dilaksanakan melalui Mesyuarat

Jawatankuasa Pensijilan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

dengan dinasihati dan dipantau oleh Cambridge International

Examinations (CIE), England. Nasihat dan pemantauan secara

berterusan dari CIE adalah bertujuan mengekalkan standard yang

telah dilaksanakan semenjak STPM 1982. Pengiktirafan dari CIE

ini terzahir di belakang Sijil STPM. Wakil dari CIE, England yang

hadir pada Mesyuarat Jawatankuasa Pensijilan STPM 2016 kali ini

6

ialah Mr. Mark Dowling, Consultant of CIE. Berikut adalah sedikit

petikan daripada laporan daripada Mr. Mark Dowling tentang

mesyuarat tersebut:

“The declared objective was to maintain the standard of

each STPM subject by determining ‘the lowest mark for

which the performance of the current year can be

deemed equivalent to that achieved by candidates at the

lowest mark for the same grade the previous year’. The

meetings were conducted in the familiar efficient way,

using the excellent Excel spreadsheets which enabled

us to see readily the effect of alternative thresholds.

Files of evidence followed a standard template of

information which is very clear.” (Mark Dowling,

Consultant of CIE)

PENCAPAIAN KESELURUHAN CALON

15. Sukacita saya, sebagai Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia

memaklumkan bahawa secara keseluruhannya pencapaian calon

dalam peperiksaan STPM 2016 telah terus meningkat dalam

kesemua kriteria pengukuran pencapaian calon. Peningkatan ini

juga mengatasi semua pencapaian sejak STPM modular

diperkenalkan pada tahun 2013. Peningkatan peperiksaan STPM

2016 berbanding dengan STPM 2015 terlihat pada

(a) Peningkatan Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional

(PNGK),

(b) peningkatan pada PNGK 4.00,

(c) peningkatan pada PNGK 3.00 ke atas,

7

(d) peningkatan pada PNGK 2.75 ke atas,

(e) peningkatan calon yang mendapat A dalam lima dan

empat mata pelajaran, dan

(f) peningkatan pada lulus penuh.

16. PNGK Nasional telah mencatatkan peningkatan dari 2.65 dalam

peperiksaan STPM 2015 kepada 2.71 dalam peperiksaan STPM

2016. PNGK calon Sekolah Kerajaan juga didapati mengatasi

PNGK Nasional, iaitu 2.72.

17. Bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00 (Four Flat) daripada

keseluruhan calon yang hadir dalam peperiksaan STPM 2016

telah bertambah, iaitu daripada 335 calon (0.80 peratus) kepada

565 calon (1.31 peratus), iaitu meningkat sebanyak 230 calon

dengan perbezaan peratus sebanyak 0.51 peratus berbanding

dengan tahun 2015.

18. Bilangan dan peratusan calon yang mendapat PNGK 3.00 ke

atas, juga telah mencatat pertambahan bilangan calon, iaitu

bertambah kepada 16,263 calon (37.62 peratus) pada tahun 2016

berbanding tahun 2015 sebanyak 14,263 calon (33.97 peratus).

19. Begitu juga halnya dengan bilangan calon yang mendapat PNGK

2.75 ke atas, juga telah mencatatkan peningkatan, iaitu daripada

20,359 calon (48.49 peratus) dalam peperiksaan STPM 2015

kepada 22,407 calon (51.83 peratus) daripada bilangan calon

yang hadir dalam peperiksaan STPM 2016.

8

20. Dengan peningkatan peratusan dan bilangan calon yang

mendapat PNGK 3.50 ke atas dan 2.75 ke atas, saya

menjangkakan peluang lepasan STPM 2016 untuk diterima

masuk ke Universiti Awam (UA) adalah lebih besar.

PNGK Pencapaian Calon Mengikut Aliran dan Jantina

21. PNGK Nasional calon aliran Sains adalah 2.73 mengatasi calon

aliran Sains Sosial, iaitu 2.71. Walau bagaimanapun, PNGK calon

bagi kedua-dua aliran telah menunjukkan jumlah peningkatan

yang sama, iaitu sebanyak 0.07 mata berbanding PNGK tahun

2015.

22. Dari segi analisis pencapaian PNGK calon mengikut aliran yang

mendapat PNGK 4.00 pula, daripada 565 calon yang mendapat

PNGK 4.00, bilangan calon aliran Sains Sosial yang mendapat

PNGK 4.00 adalah sebanyak 419 calon manakala bilangan calon

Sains yang mendapat PNGK 4.00 adalah 146 calon.

23. Dari segi pencapaian PNGK mengikut jantina pula, pencapaian

calon perempuan seperti biasa telah mendahului calon lelaki,

calon perempuan telah mendapat PNGK 2.75 berbanding calon

lelaki yang mendapat PNGK 2.64. Walau bagaimanapun, dari segi

peningkatan pencapaian PNGK, kedua-dua jantina telah

menunjukkan peningkatan dalam PNGK berbanding tahun lepas.

PNGK Calon Mengikut Lokasi Bandar Dan Luar Bandar

24. Perbezaan jurang pencapaian antara calon bandar dengan calon

luar bandar dalam peperiksaan STPM 2016 adalah sangat kecil,

9

iaitu hanya 0.03 mata sahaja. Pencapaian PNGK calon bandar

adalah 2.75 menakala PNGK calon luar bandar adalah 2.66.

25. Jika dibandingkan jurang antara tahun 2016 dan 2015, didapati

jurang perbezaan PNGK antara bandar dan luar bandar sedikit

mengembang, iaitu daripada 0.06 dalam STPM 2015 kepada 0.09

dalam STPM 2016, perbezaan sebanyak 0.03 mata sahaja.

26. Namun demikian, kedua-dua calon dari bandar dan luar bandar

telah menunjukkan peningkatan pada PNGK 3.50 hingga 4.00.

Calon luar bandar yang mendapat PNGK 3.50 hingga 4.00 telah

menunjukkan peningkatan daripada 1,327 calon (8.07 peratus)

kepada 1,952 calon (11.36 peratus). Pertambahan drastik telah

berlaku pada bilangan calon luar bandar yang mendapat PNGK

4.00 dengan peratusan peningkatan lebih sekali ganda atau

148.33%, iaitu daripada 60 calon pada tahun 2015 kepada 149

calon pada tahun 2016.

27. Dari segi pencapaian calon bandar dan luar bandar mengikut

aliran, pencapaian calon bandar masih mengatasi calon luar

bandar dalam kedua-dua aliran. Dalam aliran Sains Sosial, PNGK

calon bandar adalah 2.75 manakala PNGK calon luar bandar

adalah 2.67. Begitu juga dalam aliran Sains, PNGK calon bandar

adalah 2.75 berbanding calon luar bandar 2.56. Walau

bagaimanapun, analisis mendapati PNGK calon luar bandar dalam

kedua-dua aliran telah menunjukkan peningkatan berbanding

STPM tahun sebelum, iaitu daripada 2.61 kepada 2.67 dalam

aliran Sains Sosial dan 2.53 kepada 2.56 dalam aliran Sains.

10

PENINGKATAN CALON YANG MENDAPAT 5A DAN 4A

28. Dalam peperiksaan STPM 2016, 11 calon telah mendapat 5A

dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil manakala bilangan

calon yang mengambil lima mata pelajaran tetapi mendapat 4A

juga didapati bertambah daripada 27 calon kepada 47 calon

dalam peperiksaan STPM 2016 berbanding dalam peperiksaan

STPM 2015.

29. Bilangan calon yang mendapat 4A dalam keempat-empat mata

pelajaran juga telah bertambah kepada 517 calon (1.20 peratus)

dalam peperiksaan STPM 2016 berbanding 302 calon pada

peperiksaan STPM tahun sebelum. Ini menjadikan bilangan

keseluruhan calon yang mendapat 5A dan 4A dalam peperiksaan

STPM 2016 telah meningkat daripada 339 calon (0.81 peratus)

kepada 575 calon (1.33 peratus).

PENCAPAIAN CALON MENGIKUT KELULUSAN LULUS

PENUH (PERINGKAT PRINSIPAL)

30. Dalam peperiksaan STPM, lulus penuh adalah dari gred C ke

atas, lulus sebahagian adalah antara gred D ke gred C─, dan

gagal adalah pada gred F.

31. Untuk mengukur pencapaian keseluruhan calon STPM

berdasarkan kelulusan lulus penuh dalam mata pelajaran, lulus

penuh dalam lima dan empat mata pelajaran telah diambil kira.

Seperti yang telah dimaklumkan, Bahagian Kemasukan Pelajar

(BKP), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi

telah menetapkan syarat bahawa dalam suatu peperiksaan STPM,

11

lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran sahaja

termasuk mata pelajaran Pengajian Am akan dipertimbangkan

untuk memasuki Universiti Awam.

32. Dalam peperiksaan STPM 2016, didapati peratusan dan bilangan

calon yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata

pelajaran telah meningkat kepada 31,079 calon (71.88 peratus)

berbanding dengan pencapaian lulus penuh dalam lima dan empat

mata pelajaran tahun sebelum, iaitu sebanyak 29,028 calon

(69.14 peratus).

33. Lulus penuh dalam empat mata pelajaran telah mendapat

peratusan tertinggi dalam peperiksaan STPM 2016, iaitu sebanyak

67.69 peratus atau 29,266 calon berbanding sebanyak 65.52

peratus atau 27,510 calon dalam peperiksaan tahun sebelumnya.

34. Calon Sekolah Kerajaan telah mencatatkan bilangan dan

peratusan tertinggi yang mendapat lulus penuh pada lima dan

empat mata pelajaran berbanding dengan calon sekolah swasta

dan calon persendirian individu dengan masing-masing sebanyak

30,892 calon (71.45 peratus), 179 calon (0.41 peratus), dan

8 calon (0.02 peratus).

35. Calon Sekolah Kerajaan yang mendapat lulus penuh dalam

1 hingga 5 mata pelajaran juga telah menunjukkan peningkatan

berbanding dengan peperiksaan tahun 2015 dengan peningkatan

sebanyak 0.88 peratus, iaitu daripada 40,629 (96.77 peratus)

kepada 42,220 calon (97.65 peratus).

12

36. Peningkatan peratusan lulus penuh dalam lima dan empat mata

pelajaran juga memberikan gambaran bahawa pencapaian calon

tingkatan enam di sekolah-sekolah kerajaan kini telah semakin

baik, dipercayai hasil daripada Transformasi Tingkatan Enam

yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

37. Peningkatan pencapaian calon ini juga adalah hasil intervensi

kepada guru tingkatan enam yang telah dilaksanakan oleh Majlis

Peperiksaan Malaysia dan Bahagian-Bahagian yang berkenaan di

Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian

Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Penyelidikan dan

Perancangan Dasar Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri

khususnya Sektor Penilaian dan Peperiksaan dan Sektor

Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah, dan pihak

sekolah sendiri.

PRESTASI MATA PELAJARAN

38. Secara keseluruhannya, kesemua 22 mata pelajaran yang

ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2016 telah mencatatkan

peratusan lulus penuh melebihi 65%, iaitu gred C dan ke atas.

39. Dalam peperiksaan STPM 2016, enam mata pelajaran telah

menunjukkan peningkatan dalam prestasi lulus penuh berbanding

dengan prestasi pada tahun sebelumnya yang melebihi 3.00

peratus berbanding peperiksaan STPM 2015, iaitu mata pelajaran

Literature in English, Information and Communications

Technology, Mathematics M, Perakaunan, Ekonomi, dan Sains

Sukan. Manakala 16 mata pelajaran lain selain daripada mata

pelajaran yang disebut di atas tidak berubah prestasinya.

13

Prestasi Gred A Mata Pelajaran

40. Dalam peperiksaan STPM 2016, semua mata pelajaran

mempunyai gred A. Sebanyak 21 mata pelajaran telah mencapai

peratusan bilangan calon yang melebihi 5% pada gred A dan

satu sahaja mata pelajaran yang mempunyai bilangan gred A yang

kurang daripada 5%, iaitu mata pelajaran Bahasa Tamil.

PRESTASI DAN ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG

41. Prestasi sekolah diukur berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS),

iaitu jumlah PNGK semua calon bagi sesebuah sekolah

dibahagikan dengan bilangan calon yang mempunyai PNGK

di sekolah tersebut. Min PNGK Sekolah Kerajaan pada tahun

2016 telah meningkat kepada 2.72, berbanding 2.65 pada tahun

2015.

42. Sebagai menghargai pencapaian cemerlang sekolah yang

mempunyai GPS tertinggi dengan bilangan calon yang tidak

kurang daripada 40 orang, Majlis Peperiksaan Malaysia akan

memberikan sijil penghargaan kepada 10 Sekolah Kerajaan yang

mendapat GPS terbaik dalam STPM 2016.

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

43. Dalam peperiksaan STPM 2016, Majlis Peperiksaan Malaysia

telah memilih 14 calon terbaik daripada 565 calon yang

mendapat PNGK 4.00 untuk diberikan Anugerah Pelajar

Cemerlang. 14 calon terbaik ini masing-masing 7 calon dari

bandar dan luar bandar.

14

44. Majlis Peperiksaan Malaysia juga telah memilih tiga calon

istimewa yang cemerlang yang mendapat PNGK 3.50 ke atas

dalam peperiksaan STPM 2016 untuk diberikan penghargaan dan

ganjaran khas sebagai menghargai usaha mereka untuk mencapai

keputusan yang cemerlang walaupun menghadapi pelbagai

kesukaran dalam keadaan jerih-perih.

45. Bagi menyokong dasar Kementerian Pendidikan Malaysia

terhadap pendidikan untuk murid Orang Asli, iaitu memastikan

Orang Asli diberi peluang untuk mendapatkan akses kepada

pendidikan yang berkualiti dan relevan, Majlis Peperiksaan

Malaysia meneruskan lagi pemberian penghargaan dan anugerah

yang diperkenalkan pada tahun 2014. Pada tahun ini, seorang

pelajar orang asli yang mendapat keputusan yang cemerlang

dalam peperiksaan STPM 2016 akan menerima penghargaan dan

anugerah daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.

46. Selain itu, sukacita saya memaklumkan bahawa pada majlis ini,

seperti pada tahun-tahun yang lepas, Majlis Peperiksaan Malaysia

juga telah memilih calon cemerlang yang mendapat Band 6

(highly proficient user) dalam Malaysian University English Test

(MUET) pada tahun 2016, iaitu seorang daripada setiap sesi

MUET 2016 akan diberikan anugerah cemerlang.

47. Sebagai menghargai pencapaian pelajar cemerlang di atas, Majlis

Peperiksaan Malaysia akan memberikan ganjaran wang sebanyak

RM1,000, sijil penghargaan, dan sebuah plak kepada setiap

pelajar.

15

PENUTUP

48. Sukacita saya memaklumkan bahawa pelajar cemerlang dan

sekolah terbaik dalam peperiksaan STPM 2016 itu akan diraikan

oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Mahdzir Khalid, Menteri

Pendidikan Malaysia yang akan bersama-sama kita sebentar lagi

selepas ini. Kesudian Yang Berhormat Menteri hadir meraikan

mereka menunjukkan keprihatinan Yang Berhormat terhadap

kejayaan pelajar dalam peperiksaan STPM. Semua dijemput hadir.

49. Pada kesempatan ini juga, saya mengucapkan setinggi-tinggi

tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dalam peperiksaan

STPM 2016 dan MUET 2016, khususnya kepada pelajar dan

sekolah yang terpilih untuk menerima anugerah dalam majlis ini.

Tidak lupa sekalung syabas kepada ibu bapa atau penjaga dan

guru kepada para pelajar cemerlang ini.

50. Bagi yang tidak dijemput menghadiri majlis penganugerahan

pelajar cemerlang dan sekolah terbaik kali ini bukanlah bermakna

mereka tidak berjaya dan tidak dihargai. Saya menganggap

penghargaan kepada kejayaan mereka akan diwakili oleh mereka

yang dijemput.

51. Bagi pelajar dan sekolah yang masih belum menunjukkan

kejayaan memberangsangkan diharap tidak putus asa. Cuba lagi

dalam peperiksaan yang akan datang. Kepada calon yang akan

menduduki STPM pada tahun ini, diharapkan kejayaan calon

STPM 2016 pada hari ini dapat dijadikan semangat dan motivasi

untuk mencapai keputusan yang lebih baik lagi.

16

52. Akhir kata, sebagai Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, saya

ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan

penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Majlis,

kakitangan Majlis Peperiksaan Malaysia, Cambridge International

Examinations, England, Cambridge English Language

Assessment, England, International Association for Educational

Assessment (IAEA) (yang mana MPM telah menjadi ahli sejak

tahun 1984), Bahagian-Bahagian di Kementerian Pendidikan

Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah,

Pengetua, guru, ibu bapa, calon, masyarakat, dan tidak

ketinggalan juga kepada pihak media yang telah memberikan

sokongan yang padu dan terus menerus kepada Majlis

Peperiksaan Malaysia dalam mengangkat martabat dan

memperkasakan STPM sehingga hari ini.

Sekian, terima kasih.

PROF. DATO’ SERI DR. MOHAMED MUSTAFA ISHAK

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) 28 FEBRUARI 2017

Lampiran 7

2.74

Lampiran 8

-3.13

17

Lampiran 1 (no.6) Perbandingan Bilangan Calon yang Mendaftar dan Bilangan Calon yang Hadir

Mengikut Jenis Calon dalam Peperiksaan STPM 2015 dan STPM 2016

Jenis Calon

STPM 2015 STPM 2016

Calon Yang mendaftar

Calon Yang Hadir

Calon Yang mendaftar

Calon Yang Hadir

Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %

Calon sekolah kerajaan 44,897 98.64 41,544 98.94 46,537 98.76 42,845 99.10

Calon sekolah swasta 346 0.76 295 0.70 299 0.63 264 0.61

Calon Persendirian Individu

264 0.58 140 0.34 273 0.58 114 0.26

Calon sekolah kerajaan negeri

8 0.02 8 0.02 13 0.03 12 0.03

Calon sekolah integriti 0 0.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00

Jumlah 45,515 100.00 41,987 100.00 47,122 100.00 43,235 100.00

18

Lampiran 2 (no.8)

Perbandingan Bilangan Calon Mengikut Jantina dalam Peperiksaan STPM 2016

Jantina Bilangan Peratus

Perempuan 29,854 69.05

Lelaki 13,381 30.95

Jumlah 43,235 100.00

19

Lampiran 3 (no.9)

Perbandingan Bilangan Calon Mengikut Aliran dalam Peperiksaan STPM 2016

Aliran Bilangan Peratus

Sains Sosial 37,033 85.66

Sains 6,202 14.34

Jumlah 43,235 100.00

20

Lampiran 4 (no.10)

Bilangan dan Peratusan Calon yang Hadir Mengikut Kaum dan Aliran STPM 2016

Kaum

Sains Sains Sosial Jumlah

Keseluruhan

Peratusan

Bilangan Hadir

Peratusan Bilangan

Hadir Peratusan

Bumiputera 781 12.59 28,833 77.86 29,614 68.50

Cina 4,755 76.67 4,905 13.24 9,660 22.34

India 584 9.42 1,737 4.69 2,321 5.37

Lain-lain 82 1.32 1,558 4.21 1,640 3.79

Jumlah 6,202 100.00 37,033 100.00 43,235 100.00

21

Lampiran 5 (no.11)

Bilangan dan Peratusan Calon yang Mendaftar dan Hadir Mengikut Lima dan Empat Mata Pelajaran STPM 2016

Bilangan Mata Pelajaran

Calon Yang Mendaftar

Calon Yang Hadir

Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan

5 Mata Pelajaran 3,624 7.69 3,310 7.66

4 Mata Pelajaran 43,440 92.19 39,911 92.31

Jumlah 47,064 99.88 43,221 99.97

Jumlah Keseluruhan Calon

47,122 100.00 43,235** 100.00

**Termasuk bilangan calon yang mengambil kurang daripada empat mata pelajaran

22

Lampiran 6 (no.12)

Perbandingan Bilangan Calon STPM 2015 dengan STPM 2016 Mengikut Mata Pelajaran

Bil. Mata Pelajaran STPM 2015 STPM 2016

Bilangan Mendaftar

Bilangan Hadir

Bilangan Mendaftar

Bilangan Hadir

1 Pengajian Am (900) 45,496 41,898 47,100 43,169

2 Bahasa Melayu (910) 28,287 25,765 29,719 26,872

3 Bahasa Cina (911) 294 275 325 284

4 Bahasa Tamil (912) 440 395 479 419

5 Bahasa Arab (913) 1,633 1,554 1,620 1,547

6 Literature In English (920) 71 60 79 67

7 Kesusasteraan Melayu Komunikatif (922) 5,791 5,103 6,178 5,522

8 Syariah (930) 2,005 1,906 2,069 1,960

9 Usuluddin (931) 1,017 965 1,069 1,012

10 Sejarah (940) 23,025 20,964 24,228 21,939

11 Geografi (942) 11,952 10,917 12,801 11,689

12 Ekonomi (944) 14,509 13,430 14,629 13,521

13 Pengajian Perniagaan (946) 16,818 15,568 17,821 16,265

14 Perakaunan (948) 2,344 2,227 2,567 2,430

15 Mathematics M (950) 1,144 1,077 1,027 960

16 Mathematics T (954) 6,945 6,546 6,513 6,133

17 Information and Communications Technology (958)

475 425 492 429

18 Physics (960) 3,123 2,976 2,796 2,649

19 Chemistry (962) 6,883 6,490 6,382 6,050

20 Biology (964) 3,906 3,628 3,782 3,552

21 Sains Sukan (966) 2,195 1,975 2,646 2,372

22 Seni Visual (970) 6,769 6,124 7,675 6,925

23

Lampiran 7 (no.15)

Perbandingan Pencapaian Calon Secara Keseluruhan dalam Peperiksaan STPM 2015 dan Peperiksaan STPM 2016

Bil. Pencapaian Calon Tahun

Beza 2015 2016

1 PNGK Nasional 2.65 2.71 +0.06

2 PNGK 4.00 0.80% (335 calon) 1.31% (565 calon) +0.51%

3 PNGK 3.50 ke atas 11.22% (4,711 calon) 14.20% (6,137 calon) +2.98%

4 PNGK 3.00 ke atas 33.97% (14,263 calon) 37.62% (16,263 calon) +3.65%

5 PNGK 2.75 ke atas 48.49% (20,359 calon) 51.83% (22,407 calon) +3.34%

6 PNGK 2.50 ke atas 63.02% (26,459 calon) 65.79% (28,443 calon) +2.77%

7 PNGK 2.00 ke atas 84.70% (35,562 calon) 86.51% (37,403 calon) +1.81%

8 Peratus calon yang mendapat 5A dan 4A

0.81% (339 calon) 1.33% (575 calon) +0.52%

9 Peratus calon yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran (gred C ke atas)

69.14% (29,028 calon) 71.88% (31,079 calon) +2.74%

10 Peratus lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran (gred C ke atas)

97.64% (40,995 calon) 98.41% (42,546 calon) +0.77%

11 Bil. Calon Hadir 41,987 43,235 +1,248

12 Bil. Calon Daftar 45,515 47,122 +1,607

24

Lampiran 8 (no.17)

Perbandingan Pencapaian Calon Yang Mendapat PNGK 4.00 Hingga 2.00 Dalam Peperiksaan STPM 2015 dan STPM 2016

Purata Nilai

Gred Keseluruhan

(PNGK)

Bilangan calon Peratusan Bilangan calon

Longgokan Peratusan Longgokan

2015 2016 2015 2016 2015 2016 2015 2016

4.00 335 565 0.80 1.31 335 565 0.80 1.31

3.92 363 558 0.86 1.29 698 1,123 1.66 2.60

3.84 269 404 0.64 0.93 967 1,527 2.31 3.54

3.83 268 309 0.64 0.71 1,235 1,836 2.94 4.25

3.75 645 818 1.54 1.89 1,880 2,654 4.48 6.14

3.67 784 1,001 1.87 2.32 2,664 3,655 6.35 8.46

3.59 333 479 0.79 1.11 2,997 4,134 7.14 9.56

3.58 610 670 1.45 1.55 3,607 4,804 8.59 11.11

3.50 1,104 1,333 2.63 3.08 4,711 6,137 11.22 14.20

3.42 1,234 1,368 2.94 3.16 5,945 7,505 14.16 17.36

3.34 411 495 0.98 1.14 6,356 8,000 15.14 18.51

3.33 1,013 997 2.41 2.31 7,369 8,997 17.55 20.81

3.25 1,634 1,640 3.89 3.79 9,003 10,637 21.44 24.61

3.17 1,611 1,758 3.84 4.07 10,614 12,395 25.28 28.67

3.09 591 641 1.41 1.48 11,205 13,036 26.69 30.15

3.08 1,225 1,201 2.92 2.78 12,430 14,237 29.61 32.93

3.00 1,833 2,026 4.37 4.69 14,263 16,263 33.97 37.62

2.92 2,034 2,023 4.84 4.68 16,297 18,286 38.82 42.30

2.84 892 806 2.12 1.86 17,189 19,092 40.94 44.16

2.83 1,159 1,264 2.76 2.92 18,348 20,356 43.70 47.09

2.75 2,011 2,051 4.79 4.74 20,359 22,407 48.49 51.83

2.67 2,084 2,083 4.96 4.82 22,443 24,490 53.45 56.65

2.59 810 723 1.93 1.67 23,253 25,213 55.38 58.32

2.58 1,254 1,293 2.99 2.99 24,507 26,506 58.37 61.31

2.50 1,952 1,937 4.65 4.48 26,459 28,443 63.02 65.79

2.42 1,793 1,867 4.27 4.32 28,252 30,310 67.29 70.11

2.34 535 484 1.27 1.12 28,787 30,794 68.56 71.23

2.33 1,223 1,190 2.91 2.75 30,010 31,984 71.48 73.98

2.25 1,596 1,608 3.80 3.72 31,606 33,592 75.28 77.70

2.17 1,446 1,479 3.44 3.42 33,052 35,071 78.72 81.12

2.09 441 371 1.05 0.86 33,493 35,442 79.77 81.98

2.08 922 915 2.20 2.12 34,415 36,357 81.97 84.09

2.00 1,147 1,046 2.73 2.42 35,562 37,403 84.70 86.51

Jumlah Calon 35,562 37,403 84.70 86.51

Jumlah Keseluruhan Calon

41,987 43,235

25

Lampiran 9 (no.21)

Perbandingan PNGK Calon Mengikut Aliran STPM 2015 dan STPM 2016

Aliran STPM 2015 STPM 2016 Beza

PNGK Bil. Calon PNGK Bil. Calon PNGK

Sains Sosial 35,385 2.64 36,860 2.71 +0.07

Sains 6,602 2.66 6,166 2.73 +0.07

Jumlah Calon Hadir

41,987 2.65 43,235 2.71 0.06

26

Lampiran 10 (no.22)

Bilangan Calon yang Mendapat PNGK 4.00 Mengikut Aliran dan Jantina STPM 2016

PNGK Bil. Mata Pelajaran

Aliran Sains Aliran Sains Sosial

Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan

4.00 5 6 1 15 26

4.00 4 73 66 98 280

Jumlah 79 67 113 306

Keseluruhan 146 419

JUMLAH BESAR 565

27

Lampiran 11 (no.28)

Perbandingan Bilangan Calon Mendapat Gred A dalam Lima dan Empat Mata Pelajaran pada Peperiksaan STPM 2015 dan

STPM 2016

Bilangan Mata

Pelajaran yang Diambil

Bilangan Gred A yang

Diperoleh

Bilangan Calon

STPM 2015

(Jumlah hadir 41,987)

STPM 2016 (Jumlah hadir

43,235)

Bil. % Bil. %

Lima 5A 10 0.02 11 0.03

Lima 4A 27*** 0.06 47*** 0.11

Empat 4A 302 0.72 517 1.20

Jumlah 339 0.81 575 1.33

***Terdapat calon yang tidak mendapat gred A dalam P. Am

28

Lampiran 12 (no.32)

Perbandingan Bilangan dan Peratusan Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Swasta, dan Calon Persendirian Individu Yang mendapat Lulus Penuh dalam

5 hingga 4 Mata Pelajaran Dalam Peperiksaan STPM 2014, STPM 2015 dan STPM 2016

Bilangan Mata Pelajaran dengan Kelulusan Penuh

STPM 2014 STPM 2015 STPM 2016

Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan

CALON SEKOLAH KERAJAAN

5 mata pelajaran 1,466 3.46 1,515 3.65 1,812 4.23

4 mata pelajaran 27,104 64.05 27,300 65.71 29,080 67.87

3 mata pelajaran 7,049 16.66 6,492 15.63 6,360 14.84

2 mata pelajaran 3,510 8.29 3,268 7.87 3,109 7.26

1 mata pelajaran 2,336 5.52 2,054 4.94 1,859 4.34

Jumlah 41,465 97.99 40,629 97.8 42,220 98.54

Jumlah Keseluruhan

42,316 100.00 41,544 100.00 42,845 100.00

Bilangan Mata Pelajaran dengan Kelulusan Penuh

STPM 2014 STPM 2015 STPM 2016

Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan

CALON SEKOLAH SWASTA

5 mata pelajaran 3 0.82 2 0.66 0 0.00

4 mata pelajaran 223 60.60 191 63.04 179 64.86

3 mata pelajaran 63 17.12 32 10.56 31 11.23

2 mata pelajaran 35 9.51 32 10.56 26 9.42

1 mata pelajaran 33 8.97 20 6.60 20 7.25

Jumlah 357 97.01 277 91.42 256 92.75

Jumlah Keseluruhan

368 100.00 303 100.00 276 100.00

Bilangan Mata Pelajaran dengan Kelulusan Penuh

STPM 2014 STPM 2015 STPM 2016

Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan

CALON PERSENDIRIAN INDIVIDU

5 mata pelajaran 1 0.66 1 0.71 1 0.88

4 mata pelajaran 15 9.93 19 13.57 7 6.14

3 mata pelajaran 18 11.92 14 10.00 11 9.65

2 mata pelajaran 18 11.92 11 7.86 16 14.04

1 mata pelajaran 41 27.15 44 31.43 35 30.70

Jumlah 93 61.59 89 63.57 70 61.40

Jumlah Keseluruhan

151 100.00 140 100.00 114 100.00

29

Lampiran 13 (no.38)

Perbandingan Peratus Lulus Penuh Mata Pelajaran STPM 2015 dan STPM 2016

Kod Mata

Pelajaran Mata Pelajaran

Peratusan Lulus Penuh Beza

Peratusan 2015 2016

900 Pengajian Am 89.86 90.95 +1.09

910 Bahasa Melayu 89.66 90.72 +1.06

911 Bahasa Cina 84.73 84.51 -0.22

912 Bahasa Tamil 79.24 80.91 +1.67

913 Bahasa Arab 67.12 69.10 +1.98

920 Literature In English 73.33 83.58 +10.25

922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif

87.99 88.52 +0.53

930 Syariah 91.24 93.32 +2.08

931 Usuluddin 92.12 92.69 +0.57

940 Sejarah 86.82 88.25 +1.43

942 Geografi 83.84 85.3 +1.46

944 Ekonomi 73.60 76.99 +3.39

946 Pengajian Perniagaan 83.76 85.58 +1.82

948 Perakaunan 84.42 88.11 +3.69

950 Mathematics (M) 70.94 75.42 +4.48

954 Mathematics (T) 75.01 74.29 -0.72

958 Information and Communications Technology

86.12 90.68 +4.56

960 Physics 77.86 79.28 +1.42

962 Chemistry 84.61 84.58 -0.03

964 Biology 76.60 79.05 +2.45

966 Sains Sukan 94.03 97.30 +3.27

970 Seni Visual 95.36 97.42 +2.06

30

Lampiran 14 (no.40)

Jadual 20: Bilangan dan Peratusan Calon STPM 2016 yang Mendapat Gred A Mengikut Mata Pelajaran

Kod Mata Pelajaran

Mata Pelajaran

Bilangan Hadir

Bilangan Mendapat A

Peratusan Mendapat A

958 Information and Communications Technology

429 75 17.48

911 Bahasa Cina 284 47 16.55

944 Ekonomi 13,521 1,936 14.32

966 Sains Sukan 2,372 323 13.62

970 Seni Visual 6,925 928 13.40

910 Bahasa Melayu 26,872 3,500 13.02

948 Perakaunan 2,430 311 12.80

931 Usuluddin 1,012 120 11.86

930 Syariah 1,960 225 11.48

954 Mathematics (T) 6,133 647 10.55

920 Literature In English 67 7 10.45

960 Physics 2,649 276 10.42

940 Sejarah 21,939 2,140 9.75

922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif 5,522 492 8.91

942 Geografi 11,689 869 7.43

950 Mathematics (M) 960 74 7.71

913 Bahasa Arab 1,547 107 6.92

946 Pengajian Perniagaan 16,265 1,110 6.82

962 Chemistry 6,050 397 6.56

964 Biology 3,552 210 5.91

900 Pengajian Am 43,169 2,525 5.85

912 Bahasa Tamil 419 19 4.53