penyelidikan sains sosial-tugasan kumpulan

28
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL 1.0 PENDAHULUAN Kekalnya sesuatu umat itu adalah kerana ketinggian dan kesempurnaan akhlaknya. Apabila lenyap dan runtuh akhlaknya maka runtuh dan lenyaplah umat tersebut. Kata-kata ini adalah rumusan yang dapat diambil daripada peristiwa sejarah umat manusia dan tamadunnya. Menurut Mohd. Sulaiman Hj. Yasin (1992:7), akhlak adalah syarat mutlak kepada kemajuan dan ketinggian umat dan tamadunnya, seterusnya menjadi syarat mutlak pula kepada kekal dan keterusan umat dan tamadun tersebut. Era globlisasi yang melanda dunia sekarang banyak memberi kesan terhadap manusia dipelusuk dunia. Dengan kepesatan pembangunan dan teknologi tanpa batasan, manusia semakin hari semakin mencapai kehidupan yang diselubungi dengan pelbagai teknologi yang berkembang pesat. Teknologi yang ada dimuka bumi ini memang tidak dapat dinafikan banyak membantu manusia dalam melakukan pelbagai pekerjaan dan memudahkan kerja seharian. Namun begitu, dalam keashikan dan keseronokan yang diperoleh dari teknologi ini, ia juga memberi kesan yang negatif terhadap manusia, khusus remaja pada zaman sekarang. Media elektronik khususnya banyak memberi kesan negatif kepada remaja jika disalahguna tanpa sebarang kawalan orang dewasa mahupun ibu-bapa. Media merupakan satu alat yang mampu merangsang dan mempengaruhi sikap serta tingkah laku individu atau masyarakat merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ini kerana, media berperanan dalam membina identiti bangsa dan budaya untuk pembangunan keseluruhannya. Di peringkat budaya, media elektonik diharap supaya menjadi jambatan penting bagi mewujudkan dialog antara agama dan peradaban pelbagai 1 S 193875

Upload: arvin4d

Post on 09-Aug-2015

217 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

1.0 PENDAHULUAN

Kekalnya sesuatu umat itu adalah kerana ketinggian dan kesempurnaan akhlaknya. Apabila

lenyap dan runtuh akhlaknya maka runtuh dan lenyaplah umat tersebut. Kata-kata ini adalah

rumusan yang dapat diambil daripada peristiwa sejarah umat manusia dan tamadunnya.

Menurut Mohd. Sulaiman Hj. Yasin (1992:7), akhlak adalah syarat mutlak kepada kemajuan

dan ketinggian umat dan tamadunnya, seterusnya menjadi syarat mutlak pula kepada kekal

dan keterusan umat dan tamadun tersebut.

Era globlisasi yang melanda dunia sekarang banyak memberi kesan terhadap manusia

dipelusuk dunia. Dengan kepesatan pembangunan dan teknologi tanpa batasan, manusia

semakin hari semakin mencapai kehidupan yang diselubungi dengan pelbagai teknologi yang

berkembang pesat. Teknologi yang ada dimuka bumi ini memang tidak dapat dinafikan

banyak membantu manusia dalam melakukan pelbagai pekerjaan dan memudahkan kerja

seharian. Namun begitu, dalam keashikan dan keseronokan yang diperoleh dari teknologi ini,

ia juga memberi kesan yang negatif terhadap manusia, khusus remaja pada zaman sekarang.

Media elektronik khususnya banyak memberi kesan negatif kepada remaja jika disalahguna

tanpa sebarang kawalan orang dewasa mahupun ibu-bapa.

Media merupakan satu alat yang mampu merangsang dan mempengaruhi sikap serta tingkah

laku individu atau masyarakat merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ini kerana,

media berperanan dalam membina identiti bangsa dan budaya untuk pembangunan

keseluruhannya. Di peringkat budaya, media elektonik diharap supaya menjadi jambatan

penting bagi mewujudkan dialog antara agama dan peradaban pelbagai bangsa di dunia

negara agar ia menjadi semakin penting kepada dunia dalam menuju era globalisasi iaitu

dunia tanpa sempadan.

1S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

1.1 CADANGAN TAJUK PENYELIDIKAN

Keruntuhan Akhlak Remaja Faktor Media Elektronik

Pembolehubah Bebas : Keruntuhan Akhlak Remaja

Pembolehubah Terikat : Faktor Media Elektronik

2.0 PENYATAAN MASALAH

Zaman beredar terlalu cepat. Kadang kala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah

mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara

maju. Bagi negara membangun seperti Malaysia perubahan-perubahan yang besar ini telah

memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan,

perbankan, pertanian dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat

negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada

masa akan datang. Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan

keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah,

cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan

sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke

atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang

berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.

Media elektornik memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Tanpa

media elektronik, sesungguhnya kehidup kita akan menghadapi kesukaran dalam mendapat

maklumat, hiburan, dan sebagainya. Persoalan yang ingin ditimbulkan sini ialah sama ada

pengaruh media massa atau rancangan-rancangan televisyen menjadi salah satu punca atau

faktor penyumbang kepada permasalahan ini. Seperti yang kita sedia maklum,gejala sosial

iaitu yang melibatkan pesalah juvana jelas bertambah rumit dan lebih mencabar terutama

2S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

dengan kemajuan teknologi maklumat yang antaranya adalah dengan pengenalan rancangan –

rancangan berbentuk aksi di dalam rangkaian televisyen berbayar dan tidak berbayar. Jadi

rancangan-rancangan di televisyen sedikit sebanyak memberi sumbangan kepada peningkatan

kes-kes masalah sosial dan kerutuhan akhlak remaja masa kini.

3.0 DEFINISI KONSEP

3.1 KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA

Keruntuhan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 1160), keruntuhan membawa

maksud perihal runtuh, kejatuhan, kerosakan, kerobohan dan kerosakan. Kamus Za'ba (2000:

982) mendefinisikan keruntuhan sebagai kerosakandan kejatuhan. Definisi ini hampir sama

dengan definisi Kamus Dewan diatas. Keruntuhan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah

keruntuhan akhlak remaja Islam masa kini. Keruntuhan akhlak yang dimaksudkan juga

meliputi rosaknya akhlak remaja apabila mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang

menyimpang daripada ajaran agama Islam dan budaya masyarakat timur seperti terlibat

dengan seks bebas, berkhalwat, bersekududukan, lari dari rumah, penagihan dadah dan

meminum minuman keras, lepak, lumba haram dan penglibatan remaja dalam jenayah seperti

mencuri, merompak, merogol, meliwat dan membunuh.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga(2002),jenayah bermaksud perbuatan jahat seperti

merompak, mencuri, membunuh dan lain-lain yang salah disisi undang-undang.Dalam

konteks ini,ianya dikhususkan kepada pesalah jenayah dikalangan remaja atau dikenali

sebagai kes juvana..Manakala bagi maksud juvana pula ialah umur tanggungjawab jenayah

bagi seseorang juvana untuk disabitkan kesalahan melanggar undang-undang bermula dari

usia 10 hingga 18 tahun (Akta Mahkamah Juvana 1974 dibawah seksyen 82 kanun

keseksaan) ini bermaksud kanak-kanak dibawah umur 10 tahun melakukan jenayah tidak

diadili di mahkamah juvana.Manakala remaja berumur lebih dari 18 tahun melakukan

3S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

jenayah akan diadili di mahkamah civil( dewasa).Menurut kamus dewan edisi ketiga (2002)

juvana ialah anak muda yang belum mancapai tahap matang atau budak-budak.

Akhlak Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 21), akhlak memberi maksud budi

pekerti, kelakuan, tingkah laku manusia dan tabiat samada baik atau jahat. Menurut Kamus

Za'ba (2000: 20), akhlak memberikan dua pengertian iaitu pengertian yang pertama

bermaksud watak dan pengertian akhlak yang kedua boleh ditinjau daripada beberapa aspek

samada daripada pandangan ahli falsafah Islam, tokoh-tokoh agama, al-Quran, hadis danahli

sufi.

Mohd. Sulaiman Hj. Yasin (1992: 20) mengemukakan pengertian akhlak adalah hai'ah atau

sifat dalam diri manusia iaitu jiwa manusia yang telah tetap sehingga dengan mudah dan

senang mendorong ke arah perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk tanpa perlu difikir

atau dirancang. Disamping itu akhlak juga mengandungi substance atau kejiwaan yang

direalisasikan dalam bentuk kelakuan. Akhlak juga difahami sebagai prinsip-prinsip dan

dasar atau kaedah yang ditentukanoleh wahyu untuk mengatur pelakuan, menentukan atau

membentuk hubungan seseorang dengan orang lain sehingga matlamat kewujudannya di

dunia ini dicapai secara yang paling sempurna. Sebagai ilmu, akhlak ditakrifkan sebagai ilmu

yang menghuraikan hakikat perbuatan berakhlak, mengkaji makna dan erti kebaikan,

keburukan, kewajipan, hati nurani atau suara hati.

Kamus al-Mawrid (1999:521), menyatakan bahawa akhlak iaitu kalimah al-Khuluq

membawa empat pengertian iaitu perangai, tabiat, maruah dan agama.Menurut Abd. Rahman

Md. Aroff (1996: 76), akhlak berasal daripada Bahasa Arab iaitu jama' daripada kata 'khuluq'

yang membawa maksud kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dan tingkah laku.

Maksud ini terkandung dalam ayat-ayat yang berkaitan dengan akhlak Nabi Muhammad

s.a.w yang telah dikatakan oleh Aisyah r.a yang bermaksud "Akhlak Rasulullah s.a.w. adalah

4S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

al-Quran" . Akhlak Nabi Muhammad s.w.t yang dimaksudkan dalam kata-kata di atas ialah

kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Nabi Muhammad s.a.w. yang

semuanya merupakan perlaksanaan ajaran al-Quran.

Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan, secara

tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa gadis remaja kini semakin agresif,

berani, dan liar. Banyak kajian akademik telah dibuat oleh mereka yang pakar dan terlibat

secara langsung dengan isu-isu remaja secara langsung dan tidak langsung seperti pihak

kementerian, jabatan, agensi, persatuan dan NGO, pihak cerdik pandai, orang perseorangan

dan lain-lain. Daripada kajian yang telah dijalankan didapati masalah remaja ini mempunyai

hubungan kait yang luas dengan masyarakat, keluarga, pengetahuan agama, tahap

pendidikan, suasana rumah, pengaruh luar, media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lain-lain.

Di dalam konteks Islam, faktor yang boleh menyekat seseorang daripada melakukan

kejahatan ialah iman yang membolehkan seseorang itu takutkan Allah. Dengan iman,

seseorang itu akan sentiasa dalam kawalan Allah, menyebabkan segala tindak-tanduknya

mempunyai sempadan yang tidak boleh dilangkaui. Tabii manusia apabila dia bernafas

hendak melakukan sesuatu. Dia akan berusaha seberapa boleh untuk melaksanakan hasratnya.

Dia boleh mengawal dirinva ketika diperhatikan, dikurung dan sebagainya. walaupun

demikian apabila terlepas daripada kawalan, kerana lalai, ia akan bertindak Iebih cepat

daripada orang yang mengawal tadi. Sebaliknya, orang yang beriman kepada Allah s.w.t.

merasakan dirinya sentiasa dalam kawalan Allah sama ada di tempat terang ataupun dalam

kepekatan malam.

Lumrahnya orang yang tidak mempunyai didikan agama atan mempunyai didikan tetapi tidak

kuat, maka hubungan kekeluargaan seseorang itu tidak kin lelaki atau perempuan alan lebih

longgar. kurang pengawasan keluarga, menyebabkan mereka lebib bebas bergerak, banyak

5S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

membuang masa di luar rumah tanpa dapat membezakan ketika bila seseorang itu seharusnya

keluar rumah dan bila tidak boleh keluar rumah. Anak-anak yang tidak mempunyai didikan

agama lumrabnya lahir daripada keluarga yang tidak mementingkan masalah agama. ini

terjadi kerana keluarga itu sendiri tidak memahami keperluan agama. Keadaan menjadi lebih

parah apabila ketua keluarga, termasuk si ibu, lebih menumpukan perhatian, menghabiskan

tenaga untuk mencari nahkah, ataupun bukan semata-mata mencari nafkah tetapi tidak

mengambil berat tentang anak-anak mereka. Akibat daripada sikap ibu bapa seperti ini, anak-

anak alan lebih cenderung dipengaruhi oleh pengaruh sekeliling seperti teman-teman sebaya

dan sebagainya.

Anak-anak seperti ini merasakan bahawa diri mereka ada suatu kekosongan yang mesti

dipenuhi, yang wujud pada diri setiap orang, iaitu kasih sayang. Oleh kerana tidal mendapat

kasih sayang di rumah, mereka terdorong mencari sesuatu untuk memenuhi ruang kosong

tadi dan kekosongan itu hanya diperoleh di luar rumah. Apabila seseorang itu telah dewasa

dan mempunyai perasaan daya tarikan seks, seorang perempuan itu memerlukan seorang

lelaki, begitulah sebaliknya. Apabila perasaan seumpama ini timbul dan sekatan

meninggalkan rumah itu tidak jelas, maka anak-anak yang meningkat remaja tidak bersama

teman sebaya yang mungkin mempunyai latar belakang sama akan keluar dari rumah pada

masa-masa mereka berkesempatan berbuat demikian, biar pun tujuan asalnya hanya untuk

bersuka-suka.

3.3 REMAJA

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 1121), remaja bermaksud mulai dewasa, sudah

akil baligh dansudah cukup umur untuk berkahwin. Menurut Kamus Za'ba (2000: 975),

remaja ialah orang yang berumur dalam lingkungan 12 hingga 21tahun. Remaja yang

dimaksudkan dalam tugasan ini ialah remaja Melayu yang beragama Islam yang tinggal

6S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

dinegara ini. Remaja yang diperkatakan dalam kajian ini ialah semua golongan remaja yang

terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang negatif sehingga rosak akhlak mereka. Akhlak

remaja menjadi rosak apabila mereka terjebak dengan perlakuan-perlakuan di luar batas

kesusilaan masyarakat. Apabila remaja terbabit terjebak dengan situasi sedemikian maka

remaja tersebut diklasifikasikan sebagai remaja yang runtuh akhlaknya.

Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda (1996) mentakrifkan seorang kanak-kanak

adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta

Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah.

Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam

membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang

berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam

persekolahan.

Remaja merupakan seseorang yang sangat kompleks dan di fahami. Tempoh perkembangan

kehidupan seseorang remaja sentiasa di selubungi dengan perasaan ingin tahu, mudah di

pengaruhi, di dominasi, pasif, emotional dan mudah memberontak. Pada peringkat usia ini,

mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru

yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan

remaja, secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan

perkara-perkara tersebut. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang

menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya,

umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja

akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau

buruknya perkara perkara tersebut.

7S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Menurut Golemen (1995) tahap kecerdasan emosi seseorang individu adalah merupakan

faktor utama kepada penentuan kejayaan seseorang individu, terutamanya remaja. Dalam

bukunya, Emotional Intelligence, Golemen (1995) berpendapat bahawa kecemerlangan

seseorang individu adalah bergantung kepada 20% daripada kecerdasan intelek dan 80% lagi

adalah bergantung kepada pengurusan emosi secara berkesan. Ini jelas menunjukkan bahawa

tahap “pengurusan emosi ” yang baik adalah faktor yang amat di titikberatkan dalam

kehidupan seseorang individu (Zainuddin, 2000).

Emosi yang tidak stabil akhirnya akan menjadikan manusia itu gelisah, tertekan, lalu tidak

dapat berfikir dan bertindak secara rasional. Ini akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat

memberi tumpuan dan tidak boleh melakukan kerja dengan baik, sukar tidur, kurang selera

makan sehingga menjejaskan produktiviti individu itu sendiri, institusi atau tempat bekerja

dan seterusnya produk negara. Kadangkala seseorang individu itu boleh melakukan kesilapan

dalam usaha menghilangkan kegelisahan jiwa atau kesedihan emosinya dengan bertindak

diluar batasan seperti melepak, lari dari rumah, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-

kanak, pengabaian orang tua, bermusuhan antara satu sama lain, bergaduh, membunuh diri

atau membunuh orang lain, mengambil dadah, memperkosa dan terlibat dengan pelbagai lagi

gejala salah laku serta keruntuhan akhlak yang serius.

8S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

3.4 MEDIA ELEKTRONIK

Perkembangan industri media amat dirasai pada pertengahan abad 1990 an apabila kerajaan

telah mengubah dasarnya terhadap perkhidmatan penyiaran, dengan pindaan akta penyiaran

yang membolehkan wujudnya siaran televisyen satelit. Begitu juga dipertengahan tahun

1990an, didapati perubahan dasar kerajaan yang memberikan lesen untuk mengendalikan

perkhidmatan siaran kepada beberapa stesyen televisyen dan radio swasta bagi merancakkan

lagi perkembangan media massa di Malaysia. Hasilnya, media menjadi penyumbang utama

kepada corak kehidupan belia hari ini (Samsudin A.Rahim, 1998 : 92).

Media merupakan satu alat yang mampu merangsang dan mempengaruhisikap serta tingkah

laku individu atau masyarakat merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ini kerana,

media berperanan dalam membina identiti bangsadan budaya untuk pembangunan

keseluruhannya. Di peringkat budaya, media massa di harap supaya menjadi jambatan

penting bagi mewujudkan dialog antara agamadan peradaban pelbagai bangsa di dunia negara

agar ia menjadi semakin penting kepada dunia dalam menuju era globalisasi iaitu dunia tanpa

sempadan. Pelbagai kemudahan sosial dan budaya disalurkan melalui televisyen, VCD,

majalah, buku cerita, radio, telefon bimbit, internet, dan lain-lain kemudahan yang sedia ada.

Media elektronik bukan sahaja merupakan saluran maklumat bagi memperolehi hiburan dan

pengetahuan, tetapi juga mencorakkan pelbagai tingkah laku sosial, budaya, perkembangan

personaliti dan seterusnya memperkasakan diri individu sama ada ke arah positif ataupun

sebaliknya.

Justeru, pengaruh negatif yang terdiri daripada media elekronik ini sebenarnya secara tidak

langsung mempengaruhi tingkah laku masyarakat. Fenomena hari ini menyaksikan

kewujudan pengaruh media massa seperti media cetak dan media elektronik dilihat sebagai

punca yang menyebabkan akhlak belia pincang dan rosak. Hal ini disebabkan, belia kini

9S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

lebih berminat menonton televisyen, mendengar radio, berinteraksi dengan komputer sama

ada bermain‘game’ komputer atau melayari internet daripada bersemuka dengan ibu bapa dan

ahli keluarga. Secara tidak langsung, keasyikan ini menyebabkan pelajaran, kerja rutin harian

dan tanggungjawab lain diabaikan.

Keruntuhan moral serta krisis nilai yang dihadapi oleh generasi sekarangadalah disebabkan

oleh kurangnya teladan yang baik yang boleh dijadikan asas pedoman dalam memilih jalan

dan gaya hidup ke arah kesempurnaan, berhemah, dan bermoral tinggi. Pembentukan watak

remaja banyak dipengaruhi oleh media elektronik seperti radio, televisyen, akhbar, majalah,

filem, telefon, papan iklan, dan pelbagai jenis lagi yang memaparkan beraneka bentuk

informasi, berita, dan mesej. Justeru, kesilapan dalam memilih bentuk hiburan boleh

menjadikan manusia ketandusan akhlak dan mudah terikut-ikut dengan budaya yang

diserapkan oleh musuh-musuh Islam yang akan menyebabkan generasi akan datang semakin

rosak akhlak dan budayanya.

Setiap hari televisyen misalnya, televisyen menayangkan filem-filem yang berlatar

belakangkan budaya dan masyarakat asing. Adegan ganas dan 'panas' dan segala jenis

hiburan sentiasa dipamerkan. Gaya hidup mewah dan "glamor" ditonjolkan. Hasilnya,

didapati remaja terikut-ikut dengan apa yang dilihat dan didengar walaupun apa yang dibuat

itu bertentangan dengan nilai-nilai agama dan budaya ketimuran. Anehnya, apa yang diikut

itu kebanyakannya bersifat negatif. Akhirnya, timbul pelbagai tingkah laku sumbang seperti

pakaian yang tidak senonoh, kelakuan kasar dan biadab, tidak menghormati orang tua,

bersekedudukan tanpanikah antara lelaki dan perempuan, melacur dan sebagainya (Ibrahim

Mamat,1997:41dan 43).

10S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Masyarakat sekarang dilihat lebih cenderung menerima hiburan yang terlampau hingga

melupakan ajaran Islam dan nilai-nilai murni serta tatasusila budaya ketimuran. Pengaruh

hedonisme begitu menular hingga mewujudkan gejala gejala yang boleh merosakkan akidah

dan akhlak generasi akan datang. Gejala ini umpama virus yang berbahaya yang boleh

menghancurkan generasi bakal pemimpin negara di masa hadapan. Jika dilihat kepada trend

semasa, budaya hedonisme seolah olah sudah sebati dan bertapak kukuh dalam masyarakat.

Budaya yang mementingkan keseronokan dan kepuasan hawa nafsu menjadi budaya yang

dihayatioleh semua lapisan umur sama ada golongan tua ataupun muda (Fariza Md.

Shamet.al, 2000:53).

Menurut kajian yang dijalankan oleh Prof. Madya. Md. Nor Othman di dalam Samsudin

A.Rahim,1998:102), didapati bahawa berbanding remaja bukan Melayu, remaja Melayu

mempunyai tabiat media yang paling negatif di mana rata-ratanya lebih sukakan majalah

berbentuk murahan dan hiburan seperti URTV, Varia pop, Gila-Gila, Gelihati, Ujang dan

sebagainya berbanding dengan majalah yang berbentuk ilmiah seperti Dewan Siswa, Dewan

Masyarakat, Dewan Budaya, dan sebagainya. Begitu juga, dengan program-program TV yang

ditonton, didapati mereka lebih meminati program berbentuk hiburan seperti rancangan

Melodi, PopKuiz melebihi program yang berbentuk keagamaan dan maklumat semasa.

Senario remaja hari ini amat membimbangkan banyak pihak. Sama ada ia melibatkan pelajar

sekolah atau penuntut Institusi Pengajian Tinggi. Masalah yang ditimbulkan oleh mereka

nyata memberi impak yang sungguh besar kepada masyarakat.

Penyalahgunaan media elektronik boleh mengundang berlakunya pelbagai kesan terhadap

masyarakat terutamanya golongan remaja yang terdiri daripada pelajar. Sudah menjadi

lumrah peringkat umur remaja mudah terikut dengan budaya yang melekakan. Tambahan

lagi, dengan kepelbagaian media elektronik seperti televisyen, alat perakam, video,

radio/kaset, ‘overhead projector’ (OHP), slaid, komputer, dan sekarang ini dengan kewujudan

11S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

telefon pintar yang dibekalkan dengan kemudahan internet dan 3G secara tidak langsung

memberi impak yang kuat kepada remaja.

Akibatnya, berlaku pengimportan budaya asing melalui rancangan-rancangan yang jelas

menunjukkan bahawa perancangan musuh adalah untuk merosakkan generasi muda agar leka

dan asyik dengan hiburan dan hidup dalam keseronokanyang sementara. Pendedahan kepada

hiburan yang keterlaluan menyebabkan golongan remaja banyak membuang masa tanpa

memikirkan hala tuju dan masad epan. Kesannya, wujud kegilaan yang keterlaluan dan

melampau sehingga terikutikutdengan pembawaan budaya Barat sebagai contohnya

kemunculan industri muzik moden seperti rock, reggae, dan rap.

Di samping itu juga, kerancakan perkembangan teknologi telekomunikasi dan perkembangan

dalam industri serta organisasi media yang memperluaskan liputan disetiap pelusuk dunia

tanpa mempunyai tapisan dan tiada pemantauan yang sewajarnya daripada pihak yang

bertanggungjawab memungkinkan remaja terdedah kepada pengaruh yang negatif. Hal ini

kerana, melalui penayangan program di kaca televisyen sebagai contohnya dilihat banyak

mengandungi unsur-unsur yang ditiru daripada western culture. Polemik tentang isu-isu

sosial remaja di negara ini sebenarnya hasil daripada pengaruh industri media. Perkembangan

industri media di Malaysia di lihat telah menunjukkan ke arah memperagakan budaya popular

seperti yang berlaku dinegara barat khususnya Amerika Syarikat.

Oleh kerana itulah, penggunaan media perlulah di berikan pemantauan yang sepatutnya bagi

mengelakkan penayangan unsur-unsur yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak pelajar.

Situasi permasalahan yang berlaku ini mendorong pengkaji untuk membuat kajian mengenai

“Pengaruh Media Elekronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar”. Ini kerana mereka

merupakan aset dan generasi yang bakal memimpin negara pada masa akan datang serta

masalah-masalah timbul di kalangan mereka perlu diberi perhatian sewajarnya.

12S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Dalam membincangkan pengaruh media massa terhadap perkembangan remaja, perlu dilihat

beberapa kajian dan juga perbincangan yang telah dijalankan oelh ramai tokoh pendidikan di

dalam dan luar negara.tentang isu ini.Kebanjiran VCD,DVD, satelit TV dan pelbagai

program dan rancangan televisyen dalam pasaran di serata negara termasuk Malaysia. Rata –

ratanya telah menimbulkan pelbagai masalah di kalangan generasi muda.

Menurut Larking (1996) telah menjelaskan bagaimana media massa,khususnya

televisyen ,telah mempengaruhi perkembangan kehidupan pelajar dan beliau berpandangan

“along with the home video.Television can full the view passive reception on ideas under the

guise of being entertained”(1996:40).

Malah fungsi semulajadi dan matlamat televisyen untuk memberi hiburan menyebabkan

program-program yang dijalankan perlu berbentuk hiburan sebagaimana yang dinyatakan

oleh Larking (1996):40).Selain itu menurut beliau, televisyen boleh menjadi modern day

idolatry di dalam rumah dan mejadi ancaman kepada pegangan agama jika pengguna secara

melampau dan tidak terkawal.Pada peringkat remaja dan juvana,mereka lebih mudah

terpengaruh untuk menjadi seperti didalam rancangan ;yang di tayangkan di televisyen.Bagi

mereka meniru dan menjadi seperti di dalam televisyen itu akan membuatkan diri mereka

nampak lebih hebat.

Kemajuan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi telah memberi kesan yang besar

kepada perkembangan media massa di dalam negara.Perkembangan ini telah memberi

peluang kepada rakyat Malaysia dari setiap peringkat umur untuk memperolehi maklumat-

maklumat,hiburan malahan juga ilmu.Oleh yang demikian , pemerhatian ini dibahagikan

kepada dua kategori seperti media cetak dan media elektronik yang sering hubungkan dengan

pembentukan sahsiah seseorang remaja.

13S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

4.0 KAJIAN LEPAS

4.1 DALAM NEGARA

Kajian yang dilaksanakan oleh Abdul Malek (2005) mendapati keruntuhan akhlak dikalangan

remaja adalah berpunca daripada rapuhnya pegangan agama,berlakunya krisis jiwa yang

menjerumuskan diri ke kancah perangai yang tidak bermoral seperti rogol dan pelbagai

jenayah lagi.Sikap yang acuh tak acuh dalam penghayatan nilai-nilai agama amat jelas dan

bermula dengan krisis rumah tangga membentuk persekitaran yang mengancam anak-anak.

Menurut Othman dan Noradzmah (2004) dalam kajian mereka membuktikan bahawa

penglibatan anak muda remaja dalam gejala sosial kini adalah disebabkan kekurangannya

amalan kerohanian seperti menunaikan kewajipan solat lima waktu.Dalam kajian

membuktikan hanya 16 peratus sahaja pelajar yang menunaikan ibadah solat lima waktu

sehari semalam (Azhar dan Ab.Halim,2005).Ini membuktikan bahawa anak-anak muda ini

mempunyai pemahaman yang agak nipis dalam mengetahui kepentingan nilai rohani dalam

kehidupan.kajian ini dikuatkan lagi dengan Arieff dan Wardah (2006) membuktikan bahawa

proses kemantapan untuk mengenali nilai-nilai agama adalah sangat lewat yang bermula

sekitar 23-24 tahun.Dalam meniti usia muda ini,mereka mengambil berat tuntutan agama

apabila mereka dalam alam dewasa,tetapi dalam isu agama hanya dipinggiran sahaja.

Selain daripada itu,terdapat juga beberapa kajian yang menyentuh tentang longgarnya sisitem

kekeluargaan khususnya pendidikan daripada ibu bapa.Satu kajian oleh Othman dan

Noradzmah (2004),mengatakan sistem ibu bapa yang terlalu ketat juga merupakan satu sebab

musabab berlakunya perkara negatif di kalangan anak mereka.Sikap ibu bapa yang terlalu

autokratik iaitu dengan tidakl memberi peluang langsung kepada anak-anak untuk

memperjelaskan perkara sebenar yang berlaku.Ibu bapa terus menghukum tanpa usul periksa

dan perkara sebegini selalunya membuatkan anak-anak terutamanya yang dibawah umur

14S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

memberontak.Anak – anak ini akan cuba bersikap agresif dan mudah hilang kawalan

diri.Selalunya rakan-rakan menjadi tempat untuk meluahkan perasaan ketidakpuasan hati.Jika

tempat yang diluahkan tidak mendatangkan perkara negatif tidak mengapa tetapi yang

menjadi masalah apabila diluahkan kepada rakan-rakan yang tidak sepatutnya.Ini akan

membuatkan anak-anak mendegar kata-kata rakan daripda mendengar nasihat ibu bapa.

Sehubungan dengan itu,menurut kajian Arief dan Wardah (2006), penyelidik menyatakan

sikap ibu bapa yang terlalu sibuk dengan mencari nafkah semata-mata juga mengakibatkan

anak-anak hilang perhatian.Ketua keluarga tidak menjalankan perananya dengan baik dan

seterusnya membuatkan anak-anak mencari tempat hiburan dan kasih sayang di luar bersama-

sama rakan-rakan.Mereka juga telah menganggap bahawa rakan sebaya adalah tempat

mereka berkongsi masalah dan hanya rakan-rakan memahami masalah meraka.

Terdapat juga kajian lepas yang menunjukkan jenayah juvana ini berlaku akibat daripada

pengaruh media masa.Menurut Hashim Bedu 2008 ada segelintir program-program dan

drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja khususnya pelajar-

pelajar ,program-program realiti televisyen , serta rancangan – rancangan bersifat hiburan

semata-mata mempengaruhi para remaja dan pelajar dengan perkara yang tidak

baik.Umpanya corak pergaulan remaja yang jauh daripada nilai-nilai ketimuran ,cara

berpakaian yang tidak sopan ,dan gaya hidup yang mengikut cara barat.terdapat juga unsur-

unsur lucah dan mengghairahkan dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk

bercetak ,CD atau lain-lain selain dari itu bahan media ini mudah diperolehi.

15S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

4.2 LUAR NEGARA

Dalam satu kajian terhadap pengaruh televisyen yang dijalankan di Englad dan

Wales,melibatkan 20,968 pelajar yang berusia sembilan dan sepuluh tahun menunjukkan

terdapatnya hubungan yang signifikan antara menonton televisyen dengan perkembangan

sosio psikologi remaja (Francis,1997).Pelajar yang ketagih menonton televisyen lebih

menghadapi masalah sosio-psikologi seperti kesedaran diri yang rendah,kerisauan dalam

hubungan , kurang menerima perhatian deripada keluarga ,kurang berminat terhadap kerja

sekolah,kurang mantap keyakinan agama,lebih percaya kepada tahyul,dan lebih bermasalah

dalam gejala seks dan keganasan berbanding dengan rakan-rakan mereka yang kurang

menonton televisyen.ini menunjukkan media,khususnya televisyen mempunyai kesan secara

langsung ‘atau tidak langsung dalam perkembangan diri seorang remaja.Selain itu,soft

pornography juga secara tidak langsung telah dipromosikan dengan meluas melalui program-

program hiburan, tarian dan nyanyian yang megasyikan.

Selain daripada itu, menurut satu lagi kajian yang dijalankan oleh Dass (1992)

memperkatakan bahawa remaja yang terdedah terlalu awal kepada alam masyarakat yang

mempunyai sikap yangh kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga

merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak mereka.Keluarga yang terlalau mewah cara

hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin anak remaja.Sebagai contoh,ibu bapa yang

terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak.ini

menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oelh remaja lain untuk bersuka ria.kesan pergaulan

bebas dan terpengaruh dengan rakan sebaya yang rosak akhlak dakan memburukkan lagi

keadaan.juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakuan dan pergaulan

anak remaja mendorong mereka kepada akhlak yang rosak.

16S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Dalam kajian yang dilaksanakan oleh Floyd dan South (1972) mendapati sekiranya ibu bapa

dilihat sebagai sumber terpenting untuk mendapatkan maklumat,maka remaja akan merujuk

kepada mereka.Manakala Lyton (1980) manyatakan bahawa ibu bapa dianggap oleh remaja

sebagai seorang rakan,guru,teman berbual,pelindung yang sentiasa dilihat sebagai orang yang

selalu berinteraksi antara mereka.Begitu juga dengan kajian Britlain(1969) mendapati bahawa

remaja akan merujuk kepada keluarga sekiranya membincangkan mengenai isu-isu masa

depan tetapi sebaliknya mereka akan merujuk kepada rakan sebaya apabila membicarakan

mengenai isu-isu sekolah.Kajian oleh chand,Kelly dan Willels (1975) mandapati bahawa

remaja akan merujuk kepada ibu bapa apabila membincangkan mengenai persoalan agama

dan perkahwinan,tetapi bukan mengenai persoalan seks dan dadah.

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Melalui kajian yang dilakukan ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam. Antara

kepentingan kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan iaitu :

5.1 Membolehkan pihak-pihak berwajib seperti Kementerian Penerangan, Kementerian

Kesenian dan Kebudayaan serta beberapa kementerian lain menetapkan spesifikasi rancangan

yang akan di tayangan melalui media elektronik agar bersesuaian terutama bagi golongan

remaja.

5.2 Kajian ini membolehkan ibu bapa melakukan pemantauan rancangan yang hendak

ditonton oleh anak-anak mereka agar bersesuaian dan memberi manfaat kepada anak mereka.

5.3 Kajian ini juga diharap dapat menyedarkan masyarakat supaya tidak menyalahgunakan

penggunaan media elektronik.

17S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

6.0 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian adalah kaedah atau teknik yang digunakan untuk memperolehi data atau

maklumat bagi menyelesaikan masalah kajian yang dijalankan. Reka bentuk kajian yang

digunakan adalah perlu berasaskan tujuan utama kajian. Mohd. Majid (1993) menyatakan

reka bentuk sesuatu kajian adalah teknik dan kaedah tertentu yang digunakan untuk

memperolehi maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Di sini

kumpulan kami mengambil contoh kajian yang telah dilakukan oleh Abdullah Sulong &

Mawaddah Abdullah daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia tentang

“Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar” .Mereka menggunakan

satu set soal selidik yang mengandungi 33 item yang mana diedarkan kepada 91 responden

daripada tiga kursus yang dipilih sebagai responden kajian.

Walau bagaimanapun, hanya 87 responden yang mengembalikan. Ianya dianalisis secara

deskriptif bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, dan min dengan menggunakan

Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 13.0 for Windows. Hasil kajian rintis

menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.808. Secara keseluruhannya, dapatan kajian

menunjukkan bahawa kecenderungan responden terhadap permasalahan akhlak membabitkan

pelajar adalah sederhana iaitu pada tahap min 3.50. Di samping itu, kandungan bahan-bahan

yang ditayangkan, penayangan waktu siaran, pemantauan ibu bapa, dan penampilan

personaliti televisyen berada pada tahap min yang sederhana iaitu masing-masing 3.50, 3.10,

3.59, dan 3.28. Analisis secara inferensi dilakukan menggunakan pekali korelasi Pearson (r)

dan regrasi (r2) untuk melihat hubungan dan pengaruh yang wujud antara kedua-dua

angkubah. Faktor-faktor media elektronik memberikan input yang besar terhadap keruntuhan

akhlak pelajar berdasarkan kandungan bahan-bahan yang ditayangkan dengan nilai r = 0.925,

r2 = 0.855, penayangan waktu siaran dengan nilai r = 0.764, r2 = 0.584, pemantauan ibu bapa

18S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

dengan nilai r = 0.853, r2= 0.727, dan penampilan personaliti televisyen dengan nilai r =

0.798, r2= 0.637.

7.0 ANALISIS DATA

7.1 Contoh Analisis Data daripada kajian yang telah dibuat:

Berdasarkan jadual 1, jumlah populasi adalah seramai 91 orang berdasarkan tiga kursus

yang dipilih dalam kajian ini. Walau bagaimanapun, hanya 87 unit borang soal selidik

yang telah dikembalikan kepada penyelidik, manakala bakinya sebanyak empat unit tidak

dikembalikan. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan jumlah keseluruhan populasi

sebagai sampel kajian. Pemilihan keseluruhan populasi sebagai sampel kajian adalah

merupakan penyelidikan kes (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 2003 : 37). Rasional

pemilihan populasi ini adalah kerana terdapat ciri-ciri yang boleh dikaji dalam kumpulan

pelajar tersebut.

19S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Pada bahagian A mengandungi item-item demografi seperti jantina, umur, status,

bilangan anak, dan tahun pengajian. Responden bebas mengisi tempat kosong dengan

hanya menandakan salah satu pilihan jawapan. Tetapi, bagi bahagian B, C, D, E, F, dan G

menggunakan kaedah skala Likert iaitu responden perlu menandakan jawapan mereka

mengenai sesuatu kenyataan berdasarkan skala tersebut. Responden dikehendaki

menandakan jawapan berdasarkan skala sebagaimana yang terdapat dalam jadual 2.

Setelah itu, data yang telah diperolehi daripada soal selidik ini mengandungi arahan dan

soalan-soalan jenis tertutup untuk dijawab oleh responden. Semua data yang diperolehi

akan dianalisis secara kuantitatif.

Sebelum kajian sebenar di lakukan, penyelidik akan menjalankan kajian rintis ke atas 10

orang pelajar Fakulti Pendidikan yang terdiri daripada pelajar yang mengambil kusus

SPK. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.808. Kajian rintis yang

dibuat ini adalah bertujuan untuk memastikan soal selidik yang hendak digunakan

mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi (Reliability Coefficent). Rasional

pemilihan sampel untuk kajian rintis ini kerana ianya mempunyai ciri-ciri yang sama

dengan sampel yang hendak diuji. Di samping itu, kajian rintis ini juga adalah untuk

20S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

memastikan soal selidik yang diedarkan kepada sampel sebenar adalah berkualiti.

Rumusan di dalam bahagian ini adalah berdasarkan kepada analisis data bagi bahagian B

dan C. Min keseluruhan dapat diterangkan seperti berikut bagi keseluruhan konstruk item:

Jadual 3 menunjukkan bahawa min keseluruhan bagi konstruk permasalahan akhlak

membabitkan pelajar ialah 3.50. Manakala kandungan bahanbahan yang ditayangkan

ialah 3.50, penayangan waktu siaran ialah 3.10, pemantauan ibu bapa ialah 3.59, dan

penampilan personaliti televisyen ialah 3.28.

Jadual 4 di atas menunjukkan bahawa kandungan bahan-bahan yang ditayangkan,

penayangan waktu siaran, pemantauan ibu bapa, dan penampilan personaliti televisyen

mempunyai hubungan yang kuat dengan keruntuhan akhlak pelajar di Universiti

21S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Teknologi Malaysia, Skudai. Ini dapat dibuktikan dengan melihat nilai r yang diperolehi

iaitu kandungan bahan-bahan yang ditayangkan dengan nilai r = 0.925, penayangan

waktu siaran dengan nilai r = 0.764, pemantauan ibu bapa dengan nilai r = 0.853, dan

penampilan personaliti televisyen dengan nilai r = 0.798.

adual 5 di atas menunjukkan bahawa kandungan bahan-bahan yang ditayangkan,

penayangan waktu siaran, pemantauan ibu bapa, dan penampilan personaliti televisyen

mempunyai pengaruh yang pelajar dengan keruntuhan akhlak pelajar di Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai. Ini dapat dibuktikan dengan melihat nilai r2 yang diperolehi

iaitu kandungan bahan-bahan yang ditayangkan dengan r2 = 0.855, penayangan waktu

siaran dengan nilai r2 =0.584, pemantauan ibu bapa dengan nilai r2 = 0.727, dan

penampilan personaliti televisyen dengan nilai r2 = 0.637.

22S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

8.0 KESIMPULAN

Kajian ini mendapati bahawa keruntuhan akhlak dalam kalangan rakyat Malaysia begitu

membimbangkan dan boleh merencatkan kecemerlangan negara. Malahan jika ini tidak

ditangani dengan bijaksana serta perancangan yang teliti pastinya akan mengancam

keselamatan negara kerana elemen-elemen keruntuhan akhlak ini boleh menjerumuskan

seseorang itu ke arah kehancuran. Kecemerlangan yang dilaungkan dan digembargemburkan

ketika ini tidak memberi apa-apa makna kiranya akhlak rakyat tidak seiring dengan agenda

untuk mencemerlangkan negara bangsa. Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya

mempunyai ciri-ciri yang ada dalam masyarakat makro. Oleh itu adalah wajar supaya pelajar

dan remaja didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat melalui interaksi mereka di

sekolah. Kerajaan perlu memainkan peranan yang penting dalam menyekat segala penyiaran

media and kandungan internet yang negatif khususnya, bagi membendung segala media

elektronik yang tidak sihat serta menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang

boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan

dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman. Pelajar dan

remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka

adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik,

ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak dikalangan

remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumbertenaga manusia yang akan

merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi

oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman

besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.

23S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Rujukan:

Hashim Bedu 2008 Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia,Keruntuhan Akhlak Dan Gejala Sosial Dalam keluarga.

http://sosialilmiah.blogspot.com/2010/08/jenayah-juvana.html . dilayari pada 21 september 2012

http://books.google.com.my/books=pengaruh+media+massa+terhadap+kes+juvana &source.wAA#v=onepage&q=pengaruh%20media%20massa

Abdullah Sulong & Mawaddah Abdullah ;Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia.

Amir Hasan Dawi, 2001 . Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjong Malim-: Quantum Books.

Alex Inkeles, 1982 . What is Sociology?: An Introduction to the Discipline and Profession.

Kuala Lumpur: Dewan Buhasa dun Pustaka.

Mahadi Osman. 1996. Masyarakat melayu dan gcjala sosial. Kuala Lumpur:lnstitut Perkembangan Minda.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003), “Penyelidikan Pendidikan” Johor Darul Takzim :Universiti Teknologi Malaysia.

Samsudin A.Rahim (1998), “Pembangunan, Ketembusan Media dan Identiti Budaya Remaja”, Kumpulan Penyelidik IRPA Media dan Identiti Budaya, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zukarnain Zakaria dan Hishamuddin Md.Som (2001), “Analisis Data Menggunakan SPSS Windows”, Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

Idris Awang (1996), “Kelakuan Seks Bebas Di Kalangan Remaja Melayu”. Jurnal Usuluddin (13) : 177-191.

Rahimin Affandi Abd. Rahim Dr. (1999), “Krisis Remaja dan Media Massa di Malaysia : Suatu Tinjauan Dari Perspektif Islam”. Jurnal Usuluddin (10) :125-134.

Shukeri Mohammad (1998), “Pembentukan Masyarakat Berakhlak Mengikut PolitikIslam”. Jurnal Usuluddin (12) : 145-174.

Nur Amirah Binti Mohd Rashid (2006),“Pengaruh Globalisasi Terhadap Gaya Hidup PelajarDi Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia” .

24S 193875

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Rohayati Binti Derani (2004), “Persepsi Ibu Bapa Terhadap Faktor-Faktor Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Masa Kini : Satu Tinjauan Di Taman Aman Anak Bukit, Alor Setar, Kedah”.

Kertas Kerja. (2007). Menangani gejala jenayah syariah. Johor Bahru: Jabatan Agama Islam Johor.

Laporan Tahunan. (2007). Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Kuala Lumpur. AADK.

Lily Mastura Harun & Ramlan Hamzah. (2007). Asas kaunseling keluarga. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Mahmood Nazar Mohamed. (1990). Pengantar psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Rosmani Binti Ibrahim. (1998). Masalah Amalan Lepak di Kalangan Remaja Melayu: KajianKes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Latihan Ilmiah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Clarke, Judith. (2004). “Democracy & New Communication Technology: the Asian Struggle” di dalam Steven Gan, James Gomez and Uwe Johannen (eds). Asian Cyberactivism: Freedom of Expression and Media Censorship.Singapore :Friedrich Naumann Foundation.

R. Karthigesu (1994). Sejarah Perkembangan Televisyen Di Malaysia. KL: DBP

Naapie Mat (Januari, 1997). Masalah Disiplin Pelajar Sekolah . Akademik, m.s 20.

Maizatul Akmam Bt Abu Bakar (2007) Perkaitan Antara Hubungan Keluarga,Pengaruh Rakan Sebaya Dan Kecerdasan Emosi Dengan Tingkah Laku Delinkuen Pelajar. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Kartini Kartono (1986). Patologi Sosial 2 : Kenakalan Remaja . Jakarta : CV.Rajawal

Utusan Malaysia. 20 Sept.2000. Seks Behas.

Azizi et. Al.,(2005) Psikologi Sosial Alam Remaja. Bentong: PTS Publication & Distributors

Hamidah Ab. Rahman (2006), "Faktor Penyumbang kepada Masalah Keluarga dan Perceraian; Kajian Kes di lohor" dalam Abd Rahim Abd Rashid et al. (2006), Krisis Dan Konflik Institusi Keluarga, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd., h. 13

Berita Harian, 1 Julai 2000:. Punca Masalah Disiplin Pelajar.

Mohd. Mansur dan Siti Nordinar (1988), Psikologi Remaja. Petaling jaya: Fajar Bakti.

Utusan Malaysia. 17 Oktober 2000 . Jenayah Pelajar.

Berita Harian, 31 Mel 2000 . Tangani Masalah Remaja Lebih Serius

25S 193875