penyelenggaraan semasa bangunan warisan

Upload: shuko-taupek

Post on 06-Jul-2018

284 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Penyelenggaraan Semasa Bangunan Warisan

    1/9

    KAJIAN TERHADAP AMAL AN SEMASA PENYENGGARAAN BANGUNAN WARISAN DI MALAYSIA

     Robiah Abdul Rashid 1 , Ahmad Sharim Abdullah1 , A.Ghafar Ahmad 2 

    Seminar Arkeologi Kebangsaan ke-2

    1

    KAJIAN TERHADAP AMALAN SEMASA PENYENGGARAAN

    BANGUNAN WARISAN DI MALAYSIA

    Robiah Abdul Rashid1, Ahmad Sharim Abdullah

    1, A.Ghafar Ahmad

    1.Universiti Teknologi MARA, Selangor, Malaysia2.Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia

    ABSTRAK: Penyenggaraan bangunan warisan memerlukan sistem yang sesuai bagi mencapai objektif

     penyenggaraan yang berkesan. Pemahaman tentang konsep penyengaraan bangunan warisan adalah

    sangat penting dalam mereka bentuk program penyenggaraan yang berkesan.Berdasarkan kajian awal

    yang telah dilakukan, tahap penyenggaraan bangunan warisan masih di tahap sederhana dan ia

    memerlukan penambahbaikan yang berterusan. Oleh yang demikian, matlamat utama dalam kajian ini

    adalah untuk melihat sejauh mana perlaksanaan amalan semasa bagi pendekatan penyengaraan bangunan

    warisan diMalaysia. Kajian ini melibatkan soal selidik, temubual dan pemerhatian serta kajian kes seperti

    Bangunan Residensi ( Memorial Tunku Abdul Rahman Al -Haj ), Bangunan Keretapi Tanah MelayuBerhad (bangunan stesen), Bangunan Parlimen dan Muzium Negara. Kajian ini menggunakan kaedah

    kualitatif untuk menganalisis data dan penemuan dengan pertimbangan terhadap beberapa aspek yang

    tertentu. Secara ringkasnya , pendekatan amalan semasa bagi penyenggaraan bangunan warisan ini akan

    membantu untuk meningkatkan kefahaman dan bertindak sebagai pemangkin ke arah penyenggaraan

     bangunan warisan yang lebih berkesan di masa hadapan.

     Kata kunci: Penyenggaraan, bangunan warisan, amalan

    1 PENDAHULUAN

    Keadaan dan kualiti bangunan adalah komponen dasar yang utama bagi menikmati kehidupan yang

     berkualiti. Kebanyakan manusia menghabiskan masa lebih daripada 95% berada di dalam ataupun

     berdekatan bangunan (Wordsworth, 2001). Keadaan dan kualiti bangunan berupaya menggambarkan imej

    sesebuah masyarakat, tahap kehidupan dan sikap perlakuan sama ada pada masa lalu mahu pun masa kini

    yang mana telah bergabung bagi membentuk suatu karakter masyarakat yang unik (Wordsworth, 2001;

    Fielden, 2003). Apabila William Morris memperkenalkan sebuah persatuan yang dikenali sebagai Society

    for Protection of Ancient Buildings (SPAB) pada 1877 bagi melindungi bangunan purba, penyenggaraan

    telah pun dikenal pasti sebagai kaedah utama dalam melindungi binaan warisan (SPAB, 2008).

    Berdasarkan senarai tapak warisan yang diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta

    645), terdapat sebanyak 180 tapak warisan yang terdiri daripada bangunan/monumen, arkeologi dan

    semulajadi terdapat di seluruh Malaysia. Daripada jumlah itu, 176 adalah diklasifikasikan sebagai

     bangunan/monumen (Jabatan Warisan Negara, 2013). Sementara itu, sebanyak 47 bangunan/monument

    telahpun diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara (Rajah 1 dan Rajah 2).

    Pemuliharaan bangunan-bangunan tersebut adalah amat penting dalam usaha mempertingkatkan

    kesedaran dan pengetahuan masyarakat terhadap sejarah lampau. Namun begitu, jika dilihat daripada usia

  • 8/18/2019 Penyelenggaraan Semasa Bangunan Warisan

    2/9

    KAJIAN TERHADAP AMAL AN SEMASA PENYENGGARAAN BANGUNAN WARISAN DI MALAYSIA

     Robiah Abdul Rashid 1 , Ahmad Sharim Abdullah1 , A.Ghafar Ahmad 2 

    Seminar Arkeologi Kebangsaan ke-2

    2

     bangunan tersebut, struktur tersebut tidak akan dapat bertahan lama tanpa sebarang kerja-kerja

     penyenggaraan yang teratur dan betul dijalankan (Amir Fasha, 2002; Brit, 2003).

    Rajah 1 : Senarai Warisan yang diwartakan (Jabatan Warisan Negara, 2013)

    Rajah 2: Senarai Warisan Kebangsaan (Jabatan Warisan Negara, 2013)

    2 OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti pendekatan penyenggaraan bangunan yang

    diguna pakai di Malaysia pada masa kini dan melihat keberkesanan dari segi aplikasinya terhadap

     bangunan warisan. Hasil penemuan diharapkan akan menjadi panduan bagi membentuk satu garispanduan

    amalan baik yang boleh diguna pakai bagi mana-mana bangunan warisan yang terdapat di Malaysia dan

    seterusnya menambaik amalan penyenggaraan sedia ada.

  • 8/18/2019 Penyelenggaraan Semasa Bangunan Warisan

    3/9

    KAJIAN TERHADAP AMAL AN SEMASA PENYENGGARAAN BANGUNAN WARISAN DI MALAYSIA

     Robiah Abdul Rashid 1 , Ahmad Sharim Abdullah1 , A.Ghafar Ahmad 2 

    Seminar Arkeologi Kebangsaan ke-2

    3

    3 PENYATAAN MASALAH

    Secara umumnya, permasalahan yang dihadapi oleh bangunan-bangunan di Malaysia adalah akibat

    tiadanya suatu panduan amalan penyenggaraan semasa yang baik sekaligus mengundang kepada

    kerosakan yang berterusan. Ini dapat dibuktikan dengan berlakunya beberapa kejadian seperti kejadian

    siling runtuh di Bangunan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, dan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta,

    serta kejadian bumbung bocor di bangunan Parlimen (JKR Perlu Juru Ukur Bangunan, 2007a). Merujuk

    kepada bangunan warisan, beberapa buah bangunan yang mempunyai kepentingan sejarah dan nilai

    estetik yang tinggi berada di dalam keadaan terbiar disebabkan ketiadaan panduan amalan baik

     penyenggaraan. Seperti mana yang terjadi kepada Bangunan Hotel Majestic Kuala Lumpur dan Bangunan

    Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Kuala Lumpur (Hotel Majestic Yang terbiar, 2007b dan Stesen

    Keretapi KL Terbiar, 2007c). Kedua-dua bangunan ini adalah sebahagian daripada warisan negara yang

    tidak ternilai dan tiada tukar gantinya. Namun begitu, akibat daripada kelekaan dan kecuaian pihak-pihak

    yang tertentu bangunan-bangunan ini ditinggalkan terbiar tanpa sebarang penjagaan dan penyenggaraan

    yang baik menyebabkan keadaannya menjadi usang dan rosak.

    4 KAJIAN LITERATUR

    Merujuk kepada definisi Institut Bangunan Berkanun (Hasnan, 1994), kerja-kerja di dalam penyenggaraan bangunan meliputi tindakan yang diambil bagi maksud menjaga, memulih atau

    mempertingkatkan setiap kemudahan ke suatu tahap atau piawaian yang dipersetujui. Ia turut meliputisebarang kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian yang dilakukan bagi mencapai maksud tersebut.

    Bagi kebanyakan bangunan, tujuan utama penyenggaraan adalah bagi melindungi fungsi, nilai aset dan penampilan (Hills dan Worthing, 2006). Perbezaan bagi penyenggaraan bangunan warisan adalahdisebabkan oleh nilai bangunan itu sendiri yang mempunyai nilai kepentingan kebudayaan. Hills dan

    Worthing turut menyatakan bangunan warisan boleh dianggap sebagai suatu artifak bernilai yang manafabrik bangunan mempunyai nilai arkeologi dan fungsi yang tersendiri.

    Kerr (2004) turut berpendapat bahawa penyenggaraan adalah sebahagian daripada proses pemuliharaan.Beliau menyatakan penyenggaraan adalah suatu proses pemuliharaan yang amat penting dan beliau turut

    menekankan bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada pembaikan. Seterusnya, Dann dan Worthing(1999) berpendapat jika dilihat dari sudut bangunan warisan, penyenggaraan dan pembaikan tidak bolehdipisahkan yang mana sebarang kerja pembaikan yang dilakukan berupaya memanjangkan jangka hayatsesuatu komponen atau elemen bangunan. Oleh kerana itu ia diperlukan bagi melindungi kepentingan

     bangunan tetapi dalam masa yang sama menyebabkan kerosakan kepada fabrik bangunan. Penyataan ini

    dikuatkan lagi dengan kenyataan oleh Brereton (1991) yang menyatakan sebarang penggantian yang tidakdiperlukan ke atas fabrik bangunan warisan, tidak kira secantik dan seteliti mana kerja tersebut

    dilakukan, ia akan memberi kesan terhadap penampilan bangunan tersebut, ia juga turut mengurangkan

    nilai keaslian, dan seterusnya mengurangkan nilai sesebuah bangunan warisan.

    Berdasarkan Ahmad (2002), salah satu aspek kepentingan penyenggaraan bangunan adalah bahanwarisan. Beliau menyatakan bahawa kesedaran dan minat masyarakat serta negara kepada bahan warisan

    kian meningkat. Kesedaran tersebut bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor sejarah atau nilai aset mahupunfaktor reka bentuk semata-mata, namun ia juga berkait rapat dengan bahan atau sebagai daya tarikan

     pelancong. Ahmad turut menyatakan bangunan warisan dapat memberikan satu daripada sumber

     pendapatan kepada masyarakat setempat dan negara. Ini dapat dilihat contohnya tempat-tempat sepertiKota A-Famosa di Melaka, Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, Kota Cornwallis di Pulau

  • 8/18/2019 Penyelenggaraan Semasa Bangunan Warisan

    4/9

    KAJIAN TERHADAP AMAL AN SEMASA PENYENGGARAAN BANGUNAN WARISAN DI MALAYSIA

     Robiah Abdul Rashid 1 , Ahmad Sharim Abdullah1 , A.Ghafar Ahmad 2 

    Seminar Arkeologi Kebangsaan ke-2

    4

    Pinang dan banyak lagi tempat-tempat bersejarah lain di seluruh Malaysia yang sering menjadi tumpuan

     pelancong tempatan mahupun luar Negara (Gambar 1 dan 2).

    Gambar 1: Bangunan Sultan Abdul

    Samad, Kuala Lumpur(Penyelidik, 2011)

    Gambar 2: Kota Cornwallis, Pulau

    Pinang(Penyelidik, 2011)

    Hasil daripada pemahaman teori penyenggaraan yang dihubungkaitkan dengan pemuliharaan amatlah jelas sekali bahawa penyenggaraan merupakan suatu kaedah yang tidak seharusnya diabaikan oleh mana-mana pemilik mahupun penghuni bangunan warisan. Penyenggaraan yang bersistematik mesti diamalkan

     bagi memastikan sesebuah bangunan warisan terus berdiri teguh bagi memberi peluang kepada generasi

    masa hadapan untuk menghargai kepentingannya sebagai salah satu aset penting negara. Keperluanterhadap penyenggaraan tidak seharusnya dipandang ringan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dansudah sampai masanya satu langkah diambil bagi menambahbaik keadaan penyenggaraan sedia ada.

    5 METODOLOGI

    Penyelidikan ini dijalankan melalui penggunaan 3 kaedah iaitu soal selidik, temu bual dan pemerhatian

    terhadap kajian kes. 4 buah bangunan telah dipilih sebagai bangunan kajian kes iaitu Bangunan Residensi

    (Memorial Tunku Abdul Rahman Al-Haj), Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad, Bangunan

    Parlimen Malaysia dan Bangunan Muzium Negara. Penyelidikan kajian menggunakan kaedah kualitatif

     bagi analisis data dan penemuan dengan mengambilkira beberapa aspek amalan penyenggaraan hasil

    kajian literature yang dijalankan. Aspek-aspek yang diambil kira termasuklah organisasi penyenggaraan,

    keperluan terhadap inventori dan rekod, kaedah pemeriksaan dan tahap kepentingan kerja, keperluan

    terhadap program dan rangka kerja dan keperluan kepada kakitangan dan latihan yang bersesuaian. 

    6 PENEMUAN KAJIAN

    Hasil dari kajian yang telah dijalankan terhadap empat (4) buah bangunan kajian kes yang juga

    merupakan bangunan Warisan Kebangsaan, berikut dibentangkan penemuan kajian (Gambar

    3,4,5 dan 6). Kajian yang telah dijalankan berdasarkan lima keperluan utama pendekatan amalan

     penyenggaraan yang merangkumi organisasi penyenggaraan, inventori dan rekod, pemeriksaan

     bangunan dan tahap kepentingan, program dan rangka kerja dan kakitangan dan latihan. Hasil

  • 8/18/2019 Penyelenggaraan Semasa Bangunan Warisan

    5/9

    KAJIAN TERHADAP AMAL AN SEMASA PENYENGGARAAN BANGUNAN WARISAN DI MALAYSIA

     Robiah Abdul Rashid 1 , Ahmad Sharim Abdullah1 , A.Ghafar Ahmad 2 

    Seminar Arkeologi Kebangsaan ke-2

    5

    kajian menemukan bahawa keempat-empat bangunan kajian kes sememangnya mempunyai

    usaha kea rah pendekatan penyenggaraan namun begitu masih banyak kelemahan yang perlu

    diperbaiki dari masa ke semasa.

    RESIDENSI KTMB PARLIMEN MUZIUM

    NEGARA

    Organisasi

    Penyenggaraan

           

    Inventori dan Rekod˟  ˟  ˟  ˟ 

    Pemeriksaan

     bangunan dan tahap

    kepentingan.

    ˟  ˟  

    ˟ 

    Program dan rangka

    kerja˟  ˟  ˟  ˟ 

    Kakitangan dan

    Latihan

           

    Jadual 1: Ringkasan perbezaan amalan penyenggaraan yang diguna pakai oleh keempat-empat bangunan

    kajian kes (Penyelidik, 2011)

    Gambar 3: Bangunan Residensi (Memorial Tunku

    Abdul Rahman) (Penyelidik, 2011)

    Gambar 4: Bangunan Stesen Keretapi Tanah

    Melayu Berhad – 

     KTMB (Penyelidik, 2011)

  • 8/18/2019 Penyelenggaraan Semasa Bangunan Warisan

    6/9

    KAJIAN TERHADAP AMAL AN SEMASA PENYENGGARAAN BANGUNAN WARISAN DI MALAYSIA

     Robiah Abdul Rashid 1 , Ahmad Sharim Abdullah1 , A.Ghafar Ahmad 2 

    Seminar Arkeologi Kebangsaan ke-2

    6

    Gambar 5: Bangunan Parlimen Malaysia

    (Penyelidik, 2011)

    Gambar 6: Bangunan Muzium Negara

    (Penyelidik, 2011)

    6.1 Organisasi Penyenggaraan

    Hasil dari kajian yang dijalankan ke atas empat buah bangunan warisan, ia menunjukkan bahawa setiap bangunan sememangnya mempunyai organisasi penyenggaraan yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal penyenggaraan bangunan terbabit. Walaubagaimanapun, organisasi yang diwujudkan tidak berfungsisecara efektif disebabkan beberapa kekangan seperti struktur organisasi yang tidak lengkap, jumlah

     pekerja yang tidak mencukupi dan tiadanya pengkhususan dari segi skop kerja yang tidak begitumemberikan penekanan terhadap kepentingan penyenggaraan bangunan. Unit penyenggaraan yang

    ditubuhkan juga ada yang terdiri daripada beberapa orang kakitangan sahaja yang menyebabkankesukaran kepada mereka menangani kerja penyenggaraan yang diperlukan.

    6.2 Pengunaan Inventori & Rekod

    Dari segi penyediaan inventori, hasil kajian mendapati memang terdapat kelemahan yang ketara kerana

    tiada sebarang inventori disediakan oleh pihak terbabit. Penyediaan inventori sering diabaikan kerana

    kesemua responden merasakan penyediaan inventori merupakan satu perkara yang menyukarkan dan

    tidak begitu memahami fungsi dan kepentingan inventori yang disediakan. Kaedah bagaimana ingin

    menyediakan sesebuah inventori juga merupakan satu permasalahan bagi setiap responden kerana mereka

    tidak tahu kaedah terbaik bagi penyediaan sesebuah inventori.

    6.3 Pemeriksaan Bangunan & Tahap Kepentingan

    Begitu juga dengan kaedah pemeriksaan bangunan dan penetapan tahap kepentingan kerja yang

    merupakan salah satu elemen penting bagi sesebuah organisasi penyenggaraan. Jadual 1 juga jelas sekali

    menunjukkan bahawa kebanyakan bangunan tidak mengamalkan sebarang kaedah pemeriksaan yang

    khusus. Pemeriksaan bangunan dijalankan berdasarkan kehendak para kakitangan dan jika terdapatnya

    keperluan yang mendesak contohnya jika berlaku sebarang kerosakan yang ketara kepada bangunan

    seperti mana yang pernah dialami oleh bangunan Parlimen yang mengalami kebocoran secara tiba-tiba.

    Kaedah pemeriksaan yang diamalkan oleh keempat-empat bangunan pada masa kini hanyalah

     berdasarkan pengalaman daripada kakitangan berkaitan tanpa menggunakan sebarang prosedur mahupun

     panduan khusus. Sesungguhnya kesemua responden sedar akan kepentingan menjalankan pemeriksaan

     bangunan ini namun tidak begitu arif dalam aspek bagaimanakah sesuatu pemeriksaan bangunan yang

     betul perlu dijalankan. Begitu juga dengan penetapan tahap kepentingan sesuatu kerja penyenggaraan

  • 8/18/2019 Penyelenggaraan Semasa Bangunan Warisan

    7/9

    KAJIAN TERHADAP AMAL AN SEMASA PENYENGGARAAN BANGUNAN WARISAN DI MALAYSIA

     Robiah Abdul Rashid 1 , Ahmad Sharim Abdullah1 , A.Ghafar Ahmad 2 

    Seminar Arkeologi Kebangsaan ke-2

    7

    yang sering diabaikan oleh para kakitangan kerana mereka merasakan tiada sebarang keperluan berbuat

    demikian dalam bentuk yang formal. Kepentingan sesuatu kerja dinilai berdasarkan pemerhatian dan

     pengalaman semata-mata dan juga berdasarkan keselamatan penghuni dan struktur bangunan itu sendiri.

    Jika sesuatu kerja dirasakan tidak begitu penting dan berupaya ditangguhkan maka ia akan ditangguhkan

    ke suatu masa yang mereka sendiri tidak tahu bila akan dilakukan. Ini turut berkait rapat dengan faktor peruntukan yang sering tidak mencukupi dan sekaligus menyukarkan pelaksanaan kerja.

    6.4 Program &Rangka Kerja

    Satu lagi amalan yang sudah begitu sebati dengan mereka adalah amalan rosak dahulu baru baiki.

    Sehingga kini faktor ketiadaan sebarang program dan rangka kerja dalam menjalankan kerja-kerja

     penyenggaraan bangunan merupakan amalan yang sering digunakan dalam setiap organisasi

     penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia. Apabila diutarakan faktor kepada permasalahan ini,

    mereka menyatakan tiada sebarang panduan yang boleh digunakan untuk menyediakan program dan

    rangka kerja terbabit. Ini menyukarkan mereka kerana mereka juga terdiri daripada para kakitangan yang

    tidak begitu berpengalaman dalam penyenggaraan bangunan warisan. Ada juga bangunan contohnyaMuzium Negara yang mempunyai inisiatif dalam penyediaan program dan rangka kerja ini yang dimulai

    dengan program dan rangka kerja bagi sistem penghawa dingin. Ini merupakan inisiatif yang diambil oleh

     jurutera mekanikal bangunan itu sendiri dan seharusnya diberi pujian dan diharapkan dapat

    dikembangkan kepada sistem yang lain pula.

    6.5 Kakitangan & Latihan

    Dilihat daripada sudut kakitangan pula, selain daripada bangunan KTMB, lain-lain bangunan

    menggunakan khidmat para kakitangan yang dipinjamkan dalam tempoh sementara. Peminjaman

    kakitangan ini turut bergantung kepada pemilikan bangunan contohnya bangunan Residensi yang berada

    di bawah tanggungjawab Jabatan Arkib Negara yang menggunakan khidmat kakitangan yang

    dipinjamkan Jabatan Arkib Negara kepada bangunan Residensi ini. Bagi bangunan Parlimen dan Muzium

     Negara pula khidmat pinjaman kakitangan JKR digunakan. Kaedah pinjaman ini pada hakikatnya

    mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Kebaikan yang dapat dilihat adalah kerana para

    kakitangan pinjaman ini dilihat berupaya membantu setiap organisasi bangunan dalam menjalankan kerja-

    kerja penyenggaraan dengan lebih baik dan sempurna. Jika dilihat daripada sudut keburukannya pula,

    faktor tempoh pinjaman yang singkat tidak memberi peluang kepada para kakitangan terlibat menjalankan

    sesuatu kerja secara sempurna kerana ada setengah-setengah perancangan tidak sempat dilaksanakan

    mereka sudahpun menerima arahan untuk kembali ke tempat asal dan penggantian dengan kakitangan

     baru adakalanya tidak menyambung semula apa yang sudah dirancang sebaliknya membuat perancangan

    yang lain yang mana mungkin akan mengalami nasib yang sama apabila para kakitangan ini bertukar

    ganti.

    Perasaan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan bangunan juga merupakan satu masalah apabila

     penggunaan kakitangan secara pinjaman diamalkan. Mereka tidak mempunyai rasa sayang dan kepunyaan

    kepada bangunan mengakibatkan kerja-kerja dijalankan secara sambil lewa sahaja tanpa mempunyai

    sebarang impian untuk dicapai. Faktor ini timbul kerana mereka merasakan bila-bila masa sahaja mereka

    akan dipanggil semula dan tiada gunanya mereka bertungkus lumus menjalankan kerja.

  • 8/18/2019 Penyelenggaraan Semasa Bangunan Warisan

    8/9

    KAJIAN TERHADAP AMAL AN SEMASA PENYENGGARAAN BANGUNAN WARISAN DI MALAYSIA

     Robiah Abdul Rashid 1 , Ahmad Sharim Abdullah1 , A.Ghafar Ahmad 2 

    Seminar Arkeologi Kebangsaan ke-2

    8

    7 KESIMPULAN

    Kewujudan Jabatan Warisan Negara sememangnya amat penting di dalam memastikan struktur bangunan

    warisan sentiasa terpelihara. Namun penemuan penyelidikan ini mendapati perkara utama yang harusdiberi perhatian adalah dari segi kerja-kerja pemuliharaan bangunan sahaja tanpa memanjangkan

    keperluan kepada penyenggaraan bangunan-bangunan warisan terbabit. Faktor ini sememangnya tidak

     boleh dipandang remeh kerana umum mengetahui bahawa penyenggaraan merupakan perkara utama bagi

    memastikan usia bangunan dapat dipanjangkan. Pemuliharaan sahaja adalah tidak mencukupi tanpa

    sokongan kerja-kerja penyenggaraan yang berterusan.

    Hasil analisis penyelidikan telah mendapati masih banyak kekurangan yang dihadapi oleh organisasi

     penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia disebabkan faktor kekurangan panduan bagi

    membangunkan satu amalan penyenggaraan yang baik dan sempurna. Walau bagaimanapun, ruang bagi

     penambahbaikan masih lagi ada bagi setiap organisasi penyenggaraan terbabit dan seharusnya langkah-

    langkah penambahbaikan di ambil dalam masa terdekat bagi menjamin keutuhan dan kestabilan setiap

     bangunan warisan negara yang sekian lama terabai dan kurang diberi perhatian. Perhatian dan

     penyenggaraan berterusan sudah sepatutnya dijalankan ke atas kesemua bangunan ini melalui penggunaan

    kaedah yang betul agar nilai dan kepentingan setiap bangunan tetap terpelihara dan terpulihara sehingga

     bila-bila. Secara kesimpulanya, permasalahan-permasalahan yang diutarakan di dalam kajian ini

    sememangnya mempunyai jalan penyelesaian melalui satu penyelidikan yang lebih terperinci bagi

    menghasilkan satu cadangan penyelesaian yang diharapkan.

    SENARAI RUJUKAN

    Ahmad, R. (2002). Prinsip dan Praktis Pengurusan Penyenggaraan Bangunan. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmi.

    Amir Fasha, M .I. (2002). Building Conservation in Malaysia: Case Study of Conservation Maintenance Management of Ipoh

     Railway Station. Sheffield Hallam University. MA Disertasi, United Kingdom.

    Atkins, B., & Brooks, A. (2000). Total Facilities Management. United Kingdom, UK: Blackwell Science.

    Brereton, C. (1991). The Repair of Historic Buildings. London: English Heritage.

    Brit, K. (2003). Pengekalan Bangunan Lama Kerajaan di Kuala Lumpur Dari Aspek Pengurusan Penyenggaraan. Universiti

    Malaya. MSc Disertasi, Malaysia.

    Chew, M. Y. L., Nayanthara, D. S., & Tan, S. S. (2004a). Maintainability of Wet Areas of Non-Residential Buildings. Journal of

    Structural Survey, 22(1), 39-52.

    Chew, M. Y. L., Tan, S. S., & Kang, K. H. (2004b). Building Maintainability - Review of State of the Art. Journal of

     Architectural Engineering, 10(3), 80-87.

    Dann, N., Worthing, D., & Bond, S. (1999). Conservation Maintenance Management - Establishing A Research Agenda.

    Structural Survey, 17 (3), pp143-153.

    Fielden, B. M. (2003). Conservation of Historic Buildings (3rd Ed). United Kingdom: Architectural Press.

  • 8/18/2019 Penyelenggaraan Semasa Bangunan Warisan

    9/9

    KAJIAN TERHADAP AMAL AN SEMASA PENYENGGARAAN BANGUNAN WARISAN DI MALAYSIA

     Robiah Abdul Rashid 1 , Ahmad Sharim Abdullah1 , A.Ghafar Ahmad 2 

    Seminar Arkeologi Kebangsaan ke-2

    9

    Hasnan, A. (1994). Pengurusan Penyelenggaraan. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

    Hills, S., & Worthing, D. (2006). Private Home, public cultural asset: the maintenance behaviour of listed building owner-

    occupiers. Housing Built Environment, 21(2), ms203-213.

    Hotel Majestic Yang Terbiar. (2007b, 25 Ogos). Utusan Malaysia.

    Horner, R. M. W., El-Haram, M. A., & Munns, A. K. (1997). Building Maintenance Strategy: A New Management Approach.

     Journal of Quality in Maintenance Engineering, 3(4), 273-280.

    Jabatan Warisan Negara. (2005). Akta Warisan Kebangsaan (Akta 645), Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan, .

    Kuala Lumpur: International Law Book Services.

    Jabatan Warisan Negara. (2013). Senarai Tapak Warisan yang akan digazetkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.  

    Didapati daripada: https://www.heritage.gov.my/v2/index.php/en/heritage-register/statistic/national-heritage-register. 

    Dapatan 28 Oktober 2013.

    JKR Perlu Juru Ukur Bangunan. (2007a, 26 Ogos). Utusan Malaysia.

    Kerr, J. S. (2004). The Sixth Edition Conservation Plan. Australia: The National Trust of Australia (NSW).

    Stesen Keretapi KL Terbiar. (2007c, 22 Ogos). Utusan Malaysia.

    Society for the Protection of Ancient Buildings: SPAB. (2008,). The Purpose of the SPAB. Didapati daripada: www.spab.org.uk,

    Dapatan 24 Februari 2008.

    Wordsworth, P. (2001). Lee's Building Maintenance Management . Oxford: Blackwell Science.

    https://www.heritage.gov.my/v2/index.php/en/heritage-register/statistic/national-heritage-registerhttps://www.heritage.gov.my/v2/index.php/en/heritage-register/statistic/national-heritage-register