penyata rasmi parlimen dewan negara · 2 dn 17.12.2012 dalam konteks ini, dalam sistem malaysia dan...

133
Bil. 25 Isnin 17 Disember 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA

Upload: vandat

Post on 22-Apr-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

Bil. 25 Isnin 17 Disember 2012

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA

MESYUARAT KETIGA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita
Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

Diterbit oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012

KA N D U N G A N

MENGANGKAT SUMPAH (Halaman 1) PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

Mengalu-alukan Pelantikan Semula Ahli (Halaman 1) dan Pelantikan Ahli Baru

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 17) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2013 (Halaman 27)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita
Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang

2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Doris Sophia ak Brodi

3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman (Dilantik)

4. “ Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik)

5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis)

6. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor)

7. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang)

8. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) – Senator - Timbalan Menteri Luar Negeri I

9. “ Datuk Dr. Awang Adek Hussin (Dilantik) – Senator - Timbalan Menteri Kewangan I

10. “ Tuan Baharudin bin Abu Bakar (Dilantik)

11. “ Dato’ Boon Som a/l Inong (Dilantik)

12. “ Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah (Dilantik)

13. “ Puan Chew Lee Giok (Dilantik)

14. “ Tuan Chiew Lian Keng (Dilantik)

15. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik)

16. “ Datuk Chiw Tiang Chai (Dilantik)

17. “ Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak)

18. “ Dato’ Donald Lim Siang Chai (Dilantik) – Senator - Timbalan Menteri Kewangan II

19. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik)

20. “ Tuan Gan Ping Sieu (Dilantik) – Senator - Timbalan Menteri Belia dan Sukan II

21. “ Dato’ Sri Iris Jala @ Idris Jala (Dilantik) – Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

22. “ Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman (Dilantik)

23. “ Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B) (Dilantik) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

24. “ Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh (Dilantik)

25. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat (Kelantan)

26. “ Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya (Sabah)

27. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan)

28. “ Tuan Khoo Soo Seang (Johor)

29. “ Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

30. “ Tuan Lihan Jok (Sarawak)

31. “ Yang Berhormat Dato’ Lim Nget Yoon (Pahang)

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

ii DN 17.12.2012

32. Yang Berhormat Tuan Lucas bin Umbul (Sabah)

33. “ Datuk Maglin a/l Dennis D’Cruz - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II

34. “ Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik)

35. “ Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Dilantik) – Senator - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

36. “ Dato’ Maznah binti Mazlan (Dilantik) – Senator - Timbalan Menteri Sumber Manusia

37. “ Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor (Dilantik)

38. “ Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah (Negeri Sembilan)

39. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis)

40. “ Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin (Kedah)

41. “ Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik)

42. “ Dato’ Nallakaruppan a/l Solaimalai (Dilantik)

43. “ Puan Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik)

44. “ Puan Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik)

45. “ Datuk Seri G. Palanivel (Dilantik) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

46. “ Datuk Pau Chiong Ung (Dilantik)

47. “ Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin (Dilantik) – Senator - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

48. “ Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah (Dilantik)

49. “ Puan Hajah Rohani binti Abdullah (Terengganu)

50. “ Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman (Pahang)

51. “ Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal (Dilantik)

52. “ Datuk Haji Saat bin Haji Abu (Melaka)

53. “ Tuan Saiful Izham bin Ramli (Kedah)

54. “ Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam (Dilantik)

55. ” Dato’ Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik)

56. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor)

57. “ Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud (Pulau Pinang)

58. " Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Dilantik)

59. “ To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin (Terengganu)

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen Dato’ Ngah Senik

Setiausaha Dewan Negara

Datuk Zamani bin Haji Sulaiman

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Encik Che Seman bin Pa Chik

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd Hassan Rosna binti Bujairomi

Nurziana binti Ismail

Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki

Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Mulyati binti Kamarudin

Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Mohd Salleh bin Ak Atoh

Nor Hamizah binti Haji Hassan

Azmir bin Mohd Salleh Nur Nazihah binti Mohd. Nazir

Noraidah binti Manaf Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil

Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Siti Norlina binti Ahmad

Hazwani Zarifah binti Anas Mohd. Zaidi bin Mahmood

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita
Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Isnin, 17 Disember 2012

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

MENGANGKAT SUMPAH

Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat sumpah:

1. Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali; dan

2. Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah.

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

Mengalu-Alukan Pelantikan Semula Ahli

dan Pelantikan Ahli Baru

Tuan Yang di-Pertua: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Selamat pagi kepada kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat. Di sini saya ingin sekali lagi mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan Yang Berhormat Dr. Syed Husin Ali di atas pelantikan semula sebagai Ahli Dewan Negara, dan juga pelantikan ahli baru kepada Yang Berhormat Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana biasa saya selalu bercakap kepada pelantikan baru ataupun semula kepada semua Ahli Yang Berhormat, sebagaimana lafaz dan ikrar setia yang telah dilafazkan oleh kedua-dua Yang Berhormat sebentar tadi, ingin saya mengingat diri saya dan khususnya kepada kedua-dua Ahli Yang Berhormat yang baru sahaja angkat sumpah sebentar tadi supaya marilah kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat menghormati serta mematuhi prinsip-prinsip seperti berikut, pertama, mestilah kita hormati dan patuhi lafaz ikrar taat setia yang telah sama-sama kita dengar sebentar tadi dan yang hendak tekankan di sini ialah taat setia kepada negara dan juga mempertahankan serta Perlembagaan negara dengan mematuhi segala-galanya demi untuk negara tercinta.

Dan kedua, mestilah kita sama-sama mempertahankan keagungan dan kesucian Dewan yang mulia ini agar jangan sekali-kali mana-mana pihak yang cuba mencemarkan nama baik Dewan yang mulia ini kerana Dewan yang mulia ini ialah sesuatunya Dewan dan sepatutnya kita sama-sama menghormati khususnya kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara.

■1010

Persoalannya bukan soal individu, soal kedudukan kerusi yang kita duduki sekarang ini mestilah sama-sama kita hormati. Dengan izin, there must be a proper decorum in The House supaya dapat rakyat sama-sama dapat menghormati Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam sesuatu negara yang mengamalkan prinsip berparlimen dan di sini soal Demokrasi Berparlimen kita semua sudah maklum. Akan tetapi persoalannya, negara kita mengamalkan satu sistem pemerintahan, “Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan”, ada bezanya.

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

2 DN 17.12.2012

Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan

mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita Malaysia. Masyarakat majmuk, berbilang kaum, berbilang bangsa, agama dan etnik.

Dalam perlembagaan sebagai nyatanya ada tersebut segala peruntukan-peruntukan untuk menjamin ketenteraman dan keselamatan negara. Kita sebagai Ahli-ahli Dewan Negara, sebagai satu Dewan yang terhormat mestilah menunjukkan satu sikap teladan yang baik supaya dapat dihormati oleh rakyat. Seandainya kita bersikap menganggap Dewan sebagai pasar dan tempat kita hendak bertekak, saya rasa peraturan mesyuarat ada menentukannya.

Dengan itu, saya berharap semua memberikan kerjasama kepada Dewan ini dan pada saya semua Ahli Yang Berhormat adalah keluarga Senator Malaysia, tidak ada bezanya. Setiap orang, tidak kira mana-mana parti pun mesti menghormati Dewan ini.

Kepada Yang Berhormat Dr. Syed Husin Ali, saya secara peribadi mengucapkan tahniah. Sebagai Ketua Pembangkang setakat ini, dengan izin, he has been fair position and we want to see a healthy opposition in our Parliament.

Dan kepada Yang Berhormat Senator Chandra Mohan a/l S. Thambirajah, saya telah meneliti latar belakang Yang Berhormat Senator. Yang Berhormat ini bukannya orang baru, orang lama dan telah bergerak aktif semenjak Mendiang V. David. So, pengalaman Yang Berhormat itu kita alu-alukan. Akan tetapi Yang Berhormat mestilah pandai menyesuaikan diri mengikut perubahan semasa, dahulu lain, sekarang lain. Justeru, saya ingin melihat, tunjukkanlah kebijaksanaan Yang Berhormat atau tunjukkanlah satu teladan yang baik, jangan merosakkan persangkaan dan penghormatan rakyat kepada kita semua.

Saya berdoa kepada Allah semoga Yang Berhormat termasuk semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga saya sendiri, marilah kita bersama-sama menghormati dan memuliakan Dewan ini dengan menjadikan Dewan Negara sebagai satu Dewan Negara yang boleh sama-sama kita hormati. Sekian, terima kasih.

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, projek rumah terbengkalai menjadi satu isu yang tidak pernah selesai. Berapa jumlah sebenar projek perumahan terbengkalai di seluruh negara setakat ini dan sejauh mana pihak kementerian berjaya menangani masalah ini dan sehingga ke hari ini, berapakah projek yang telah berjaya dipulihkan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Seri Chor Chee Heung]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Baharudin bin Abu Bakar yang telah pun mengemukakan soalan pada pagi ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian saya sentiasa memantau dan cuba membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat yang kurang bernasib baik akibat rumah yang dibeli telah pun diisytiharkan terbengkalai. Sebenarnya, kalau kita melihat kepada keseluruhannya, projek-projek terbengkalai swasta yang telah menjadi terbengkalai adalah akibat krisis kewangan yang melanda negara kita pada tahun 1997. Pengawasan rapi kementerian saya mendapati selepas 2007, masalah projek terbengkalai swasta adalah di tahap yang paling rendah sekali.

Sehingga 30 November 2012, terdapat sebanyak 178 projek perumahan swasta terbengkalai. Daripada jumlah ini, sebanyak 113 ataupun 30 peratus projek telah siap ataupun selesai dipulihkan di mana pembeli-pembeli telah pun mendapat rumah yang dibeli oleh mereka. Baki 50 projek lagi sedang berada dalam pelbagai peringkat pemulihan dan baki sepuluh projek lagi masih di peringkat perancangan awal pemulihan.

Tuan Yang di-Pertua, saya baru diberitahu oleh pegawai saya tadi bahawa ada lima projek yang terbengkalai dan sedang dipulihkan, akan siap sebelum 31 Disember 2012.

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 3

Dalam perkataan lain, pada hujung tahun ini terdapat 118 projek terbengkalai akan siap dan diserahkan semula kepada pembeli-pembeli. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Soalan tambahan Yang Berhormat Senator Tuan Baharudin.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Terima kasih di atas penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Yang Berhormat Menteri. Jadi, di sini saya ingin tahu juga berkenaan dengan konsep pemulihan tadi. Pemulihan ini dilakukan oleh siapa sebenarnya? Oleh pihak swasta itu semula ataupun oleh pihak kerajaan? Kedua, saya ingin tahu juga berkenaan dengan konsep yang telah kita perkenalkan dahulu iaitu bina dahulu kemudian baru beli. Jadi, status yang kita ingin tahu dari segi konsep tersebut, bagaimanakah pihak kementerian melihat perkara ini? Terima kasih.

Datuk Seri Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Soalan pertama mengenai usaha pemulihan, usaha pemulihan ini adalah satu proses yang agak panjang. Walaupun demikian, saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa segala kos pemulihan ini jika perlu dibelanjakan adalah daripada Kerajaan Persekutuan. Didapati banyak projek terbengkalai swasta yang tidak perlu sebarang suntikan modal daripada kerajaan. Misalnya, saya mengambil satu contoh ialah satu projek terbengkalai swasta yang kemungkinan projek ini mempunyai 200 buah rumah yang ingin dijual oleh pemaju.

Akan tetapi sebelum pemaju menjual habis, rumah-rumah telah menjadi terbengkalai. Maksudnya, oleh sebab pihak pemaju menghadapi masalah kewangan, tidak dapat lagi untuk menyiapkan projek. Apabila kerajaan masuk setelah ia diisytiharkan projek terbengkalai, kerajaan akan melalui satu proses yang dikenali sebagai tender terbuka, yang terbuka kepada semua kontraktor-kontraktor penyelamat yang berminat dan telah pun diberikan pre-Q dalam senarai kementerian. Selepas tender ini dibuka dan diterima, kita akan melihat macam mana kita dapat memulihkan.

Kadang-kadang di antara 200 buah rumah, 150 buah sudah dijual, tinggal 50 buah. 50 buah ini, kita boleh memberikan hak kepada kontraktor penyelamat untuk menjualkan unit-unit supaya harga penjualan itu akan di offset balik pada usaha dan kos pemulihan. Kedua ialah konsep bina kemudian jual. Pada tarikh dasar kerajaan, ia akan bermula pada tahun 2015. Ini kerana kita tidak dapat secara tergesa-gesa supaya konsep bina kemudian jual ini diperkenalkan negara ini kerana kita begitu lama telah pun mengadakan satu kaedah yang lain.

Buat masa ini kita sedang mempunyai banyak perundingan dengan pemaju-pemaju. Kita juga mempunyai banyak perjumpaan dengan institusi-institusi perbankan kerana sistem perbankan kita memang tidak begitu sedia hendak membantu pemaju-pemaju. Kalau kita memperkenalkan kaedah bina kemudian jual. Akan tetapi kita berharap semua pihak dapat bekerjasama. Kita sedang mula dengan projek-projek kecil di mana pemaju-pemaju kalau ingin membina rumah untuk dijual melalui kaedah bina kemudian jual, kita akan memberikan satu keistimewaan kepada pemaju-pemaju supaya mereka dapat mengadakan, menjalankan pembinaan, penjualan rumah melalui kaedah yang baru ini. Sekian, terima kasih.

■1020

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahim.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan setinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian di atas kerja-kerja memulihkan projek-projek terbengkalai ini. Soalan tambahan saya, dalam proses pemulihan projek-projek terbengkalai, setakat manakah Kerajaan Pusat mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri, istimewa pula di negeri Selangor yang mempunyai 40 projek terbengkalai yang melibatkan sebanyak 20,000 unit iaitu hampir 50 peratus dari jumlah seluruh negara.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

4 DN 17.12.2012

Datuk Seri Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul

Rahim. Yang Berhormat sebagai seorang profesional dalam bidang penilaian perumahan ini memang mengetahui tentang keadaan yang berlaku di negeri Selangorlah. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam proses pemulihan kita, kebanyakan kita harus mendapat kerjasama rapat dengan pemaju yang telah pun terguling.

Kedua, kita harus mendapat kerjasama dari pihak berkuasa tempatan (PBT) di mana projek yang dilokasikan di bawah kawasan PBT ini terbengkalai. Ketiga, kadang kala kita juga minta supaya kerajaan negeri membantu. Selama ini kita rasa puas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh semua kerajaan negeri termasuk juga PBT-PBT berkenaan. Dari segi negeri Selangor, kita memang mengetahui bahawa ada banyak projek-projek terbengkalai tetapi bukan swasta dengarnya tetapi projek-projek termasuk juga agensi-agensi kerajaan negeri yang masih terbengkalai dan kita tidak dapat campur tangan. Kita mintalah supaya Kerajaan Negeri Selangor dapat mempercepatkan proses pemulihan projek-projek terbengkalai agensi kerajaan negeri di negeri Selangor. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Kerana Yang Berhormat Menteri menjawab, saya benarkan satu lagi tambahan ya Yang Berhormat Dato’ Boon Som.

Dato’ Boon Som a/l Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan. Soalan saya ini berlaku di Pokok Sena Yang Berhormat Dato’ Seri di mana projek itu terbengkalai lima tahun dahulu iaitu tahun 2005. Selepas itu, harga rumah dulu RM50,000 tetapi apabila direvise balik, dengan izin, kini naik harga ke RM80,000. Jadi deposit sekarang ini dia orang kata hendak bagi balik deposit itu kerana orang yang beli rumah itu tidak mampu. Apakah jalan penyelesaian dalam perkara ini Yang Berhormat Dato’?

Datuk Seri Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Boon Som. Memang benar kita pernah berjumpa dengan begitu ramai pembeli di mana projek mereka ini sudah terbengkalai dan pihak pemaju telah pun mencari mereka supaya deposit yang dibayar oleh pembeli-pembeli dipulangkan balik kepada mereka. Pihak pemaju selepas pemulangan deposit akan guna tanah itu untuk membina rumah dengan kos yang lebih tinggilah. Kami telah pun begitu banyak kali menasihati pihak pembeli, ini adalah hak mereka. Sama ada mereka setuju atau tidak, ini terpulang kepada mereka. Mereka tidak boleh dipaksa untuk hendak terima balik deposit yang dibayarkan. Sedangkan rumah-rumah mempunyai harga yang lebih tinggi sekarang dalam kawasan itu.

Walaupun demikian, didapati ramai juga pembeli-pembeli di banyak projek terbengkalai yang telah pun setujulah hendak terima. Kalau mereka terima, kita pun tidak boleh kata apa-apalah ini hak mereka. Akan tetapi, kalau hendak tunggu pemulihan, projek mereka ini hanya diisytiharkan sebagai terbengkalai apabila pemaju yang berkenaan itu telah pun diisytiharkan sebagai muflis dari segi perundangan, barulah kerajaan boleh masuk campur tangan.

Selagi pemaju itu masih tidak diiktiraf sebagai muflis oleh mahkamah, maka kita mempunyai masalah untuk hendak memasuki. Akan tetapi, ada cara-cara yang lain kita boleh membantu pembeli. Kita boleh minta pemaju kalau kita tahu pemaju itu memang sengaja tidak hendak meneruskan projek itu, kita akan beri amaran dan jika tidak kita akan bawa mereka ke mahkamah di bawah Akta Pemajuan Perumahan di bawah akta itulah. Sekian, terima kasih.

2. Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah kerajaan mempunyai satu sistem pelaksanaan yang lebih holistik dalam membantu belia-belia dan usahawan kita agar masalah senarai hitam ini dapat diatasi kerana kegagalan merancang aliran kewangan dalam perniagaan, dan adakah kerajaan akan mewujudkan satu revolving fund untuk membantu golongan ini daripada tersungkur.

Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan melalui Bank Negara Malaysia telah melaksanakan beberapa langkah dan prosedur awal untuk membantu belia-belia dan usahawan dalam mengatasi masalah senarai hitam.

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 5

Pada permulaan, individu dan usahawan yang menghadapi masalah bayar balik pembayaran disebabkan oleh kesulitan aliran tunai dinasihatkan untuk berbincang dengan institusi kewangan terbabit bagi menyusun atau menjadualkan semula pembayaran tersebut.

Di samping itu, bagi menangani masalah pembayaran ini, kerajaan telah menyediakan pelbagai mekanisme seperti berikut:

(i) Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia dan tahun 2006 yang menyediakan khidmat kaunseling dan bantuan kepada pengguna dalam penjadualan semula pinjaman peribadi, pinjaman perumahan sewa beli dan kad kredit yang diperoleh daripada institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia;

(ii) Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil atau Small Debt Resolution Scheme (SDRS) telah ditubuhkan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berdaya maju tetapi menghadapi masalah pinjaman tidak berbayar (NPL) dengan institusi kewangan. Di bawah skim ini PKS akan dibantu melalui penyusunan atau penjadualan semula pembiayaan tersebut. Sekiranya penjadualan bersesuaian PKS boleh mengakses pembayaran baru di bawah skim SME Revitalization Fund yang diurus tadbir oleh SME Bank yang mana PKS boleh diberi kelonggaran untuk menangguhkan pembayaran balik pembiayaan bagi tempoh enam bulan pertama; dan

(iii) Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) berperanan membantu pelanggan sama ada individual atau syarikat untuk menyelesaikan pertikaian dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang juga merupakan ahli BPK. BPK merupakan badan bebas yang menyediakan saluran yang cepat, mudah dan cekap bagi pengguna untuk membuat aduan dan menyelesaikan pertikaian atau tuntutan mereka sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah.

Sehubungan itu, individual dan PKS boleh mendapat nasihat daripada AKPK atau SDRS bagi membantu mengatasi masalah pembayaran balik pinjaman mereka. Dengan adanya mekanisme holistik ini, maka kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan satu dana pusingan atau revolving fund sebagaimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat. Sekian.

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, untuk menentukan bahawa kaum India akan terus terbela, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu yayasan pembangunan ekonomi khas untuk kaum India bagi menyediakan bantuan kewangan untuk pendidikan, perniagaan, mikro kredit, skim pelaburan dan sebagainya, di bawah satu payung yang boleh membantu kaum India seperti mana YaPEIM bagi golongan bumiputera agar mereka tidak bergantung pada perbankan konvensional yang mempunyai satu sistem yang sangat tragik. Sekian, terima kasih.

■1030

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal. Memang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat iaitu mengadakan suatu yayasan atau tabung khususnya untuk kaum India. Buat masa ini, memang kita tidak ada cadangan itu.

Untuk makluman Yang Berhormat, seperti kita dengar dalam Bajet 2013, kita ada satu tabung atau fund iaitu RM50 juta untuk orang India. Kita nampak di negara kita, kita ada bank yang sedia ada lapan domestic bank dan 19 international bank dan juga bank-bank yang lain seperti SME Bank. Memang mereka boleh dapat pinjam dari institusi kewangan ini dan memang kita boleh bantu mereka yang ada masalah.

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

6 DN 17.12.2012

Kita ada satu bahagian di Bank Negara Malaysia untuk membantu mereka yang

ada masalah. Kita pun haraplah Yang Berhormat pun boleh mengadakan sesi forum. Kita memang boleh hantar pegawai dari Bank Negara dan juga institusi kewangan untuk mengajak mereka atau mengongsi pandangan atau macam mana mereka boleh dapat itu pinjaman dari bank-bank.

Dato’ Lim Nget Yoon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang kita telah maklum, dengan izin, prevention is better than cure. Jadi, apakah langkah-langkah oleh kementerian untuk mendidik rakyat kita supaya ada persepsi yang betul tentang management kewangan? Terima kasih.

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Dato’ Lim Nget Yoon. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan kita melalui Bank Negara Malaysia, kita memang telah mengadakan beberapa inisiatif untuk memberi pendedahan kepada orang ramai. Antaranya kita ada Program Pengurusan Wang Ringgit Anda (POWER) yang telah dilancarkan oleh AKPK, dan diperkenalkan dalam modul Program Latihan Khidmat Negara. Jumlah yang kita telah memberi knowledge untuk pinjaman wang dalam program ini lebih dari 134,000 belia yang telah pun mengambil bahagian.

Kita juga ada program ‘Trader’ Trainer dan juga kita menubuhkan Pusat Perhubungan Bersepadu Bank Negara Malaysia yang mereka hendak tahu lebih maklumat boleh menghubungkan mereka. Buat masa ini, lebih dari 440,000 pelanggan termasuk PKS telah dapat bantuan dari mereka. Juga di SME Corp. kita ada satu pusat rujukan setempat, one-references center dan ini memang kita harap semua boleh tahu macam mana kita hendak dapat bantuan dari kewangan.

Saya hendak beri sedikit maklumat untuk Dewan yang mulia ini. Angka yang kita sedia ada sampai April 2012, jumlah rakyat Malaysia yang telah bankrap atas pinjaman dari institusi kewangan adalah seramai 241,740 orang. Mereka ramainya pinjam tidak bayar itu kereta, hire purchase. Perumahan pun juga besar dan kad kredit dan juga sebagai guarantor. Kita haraplah angka ini dapat dikurangkan selepas mereka dapat lebih maklumat dan mereka lebih pandailah sedikit.

3. Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan:

(a) apakah prospek dan polisi terkini kementerian mengenai perusahaan sarang burung walet dan adakah kementerian telah menyediakan pelan induk (master plan) bagi pembangunan perusahaan tersebut; dan

(b) sejauh manakah usahawan bumiputera telah terlibat dalam perusahaan sarang burung walet, dan apakah insentif yang telah disediakan oleh kementerian kepada mereka.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani I [Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum]: Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya, Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad dari Perlis.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mewujudkan di bawah Program Transformasi Ekonomi, EPP kedua bagi pembangunan ladang industri sarang burung walid. Melalui usaha ini, akan dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada 20,800 orang dan dijangka berupaya menyumbang kepada pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak 4.5 bilion menjelang tahun 2020 melalui:

(i) peningkatan pengeluaran sarang burung walet dengan menambah 2,000 premis baru setiap tahun dan enam pusat pengumpulan;

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 7

(ii) penambahbaikan usaha pemantauan dan menggalakkan amalan baik perladangan, mengamalkan amalan baik veterinar oleh loji-loji pemprosesan dan mewujudkan sistem daya jejak bagi produk sarang burung walet;

(iii) peningkatan pembangunan produk hiliran dan pengeluaran produk mentah siap bersih (raw and clean) tempatan; dan

(iv) meningkatkan aktiviti pendidikan dan pembangunan bagi industri sarang burung walet serta menaik taraf ujian makmal melalui pemerolehan peralatan makmal.

Pada masa ini, dianggarkan lebih kurang 50,000 buah premis sarang burung walet beroperasi di Malaysia di mana kira-kira 20 peratus penglibatannya adalah terdiri daripada golongan bumiputera. Antara insentif yang telah dilaksanakan oleh kementerian:

(i) program Azam Tani yang melibatkan insentif RM10,000 kepada setiap pengusaha burung walet;

(ii) program SDSI iaitu Satu Daerah Satu Industri yang melibatkan insentif sebanyak RM30,000 bagi setiap pengusaha sarang burung walet;

(iii) khidmat nasihat latihan teknikal dalam pembangunan premis dan amalan baik ladang; dan

(iv) program usahawan penyelidikan bersama UPM dalam meningkatkan pengeluaran dan kualiti sarang burung walet dan produk sarang burung walet.

Terima kasih

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, kos pembinaan rumah sarang burung walet adalah antara RM200,000 ke RM300,000 yang sedang dan yang besar. Walaupun industri ini digalakkan di bawah Program Transformasi Ekonomi, ETP masih enggan membiayai dan menyebabkan usahawan-usahawan ini kurang minat dan apakah bank industri yang boleh membantu usaha ini? Kedua, adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan standard sarang burung walet Malaysia seperti di dalam industri getah iaitu Standard Malaysia Rubber, dan bagaimanakah di Malaysia dapat mencegah sarang burung walet yang diseludupkan dari negara jiran melalui Malaysia ke China? Apakah...

■1040

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat, Cukup. Panjang sangat Yang Berhormat.

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Terima kasih.

Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum: Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, berkenaan dengan bank ini susah saya hendak bagi jawapan di sini kerana bank ini ia ada cara-cara yang tersendiri. Maknanya, kalau pinjam dia bayarlah. Dia tidak kira sama ada siapa pun. Itu ada dia punya caralah.

Akhir-akhir ini, kita mengalami masalah apabila kita tidak boleh eksport sarang burung walet ke China baru-baru ini oleh kerana ada penipuan di kalangan pengeksport-pengeksport iaitu mereka menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu untuk hendak kononnya gred yang lebih baiklah. Akan tetapi, akhirnya telah dikesan oleh pihak China yang menyebabkan mereka terpaksa melakukan sesuatu untuk menahan sarang-sarang burung yang tidak mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pihak China yang menyebabkan lebih kurang setahun lebih kita tidak boleh eksport kita punya sarang burung walet.

Ini menyebabkan bank-bank lebih-lebih lagi Agrobanklah terutamanya sekarang menghadapi masalah berjuta-juta ringgit yang tidak boleh selesai. Oleh sebab itu, bank sekarang terpaksa mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat untuk mereka.

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

8 DN 17.12.2012

Jadi, sekarang ini kalau hendak kira saya tengok sarang burung memang banyak.

Rumah-rumah burung walet pun saya tengok di kawasan-kawasan bandar pun, sekarang ini di kawasan ladang, kawasan MADA pun sudah dibina sarang-sarang burung walet.

Akan tetapi, saya pun sudah buat tinjauan di kawasan saya. Ada sesetengah-sesetengah itu, burung tidak masuk pun. Jadi, kalau burung tidak masuk, saya rasa susahlah. Kadang-kadang burung pun sudah tidak tahu ke mana hendak pergi. Terlampau banyak sarang, ke mana burung hendak pergi, saya tidak tahu. Jadi, burung ini bukan kita pelihara. Ia bukan kita pelihara. Jadi, makna burung ini datang ke tempat kita. Kalau ia tidak datang, maknanya tuan-tuan kena duduk rumah burung walet lah. Tuan tanah itu sendiri. Ini masalahnya. Ia banyak risiko sekarang. Orang yang untung ialah orang atau pihak yang telah mengusahakan sejak 10 hingga 15 tahun dahulu.

Sekarang ini terlampau banyak. Macam saya katakan sekarang ini sudah 50,000 buah sarang burung. Jadi, burung pun sudah pening hendak masuk belah mana. Jadi, berkenaan dengan penyeludupan, ini saya tidak pasti. Ini kerja kastam. Yang pentingnya, sekarang ini, akhir-akhir ini kita sudah sign protokol dengan negara China. Kita tidak ada masalah sekarang ini untuk kita eksport negara China tetapi ada perkara-perkara yang masih lagi belum selesai yang akan diuruskan oleh pihak kementerian daripada semasa ke semasa. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahman.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, kita dapat tahu bahawa harga sarang burung walet jatuh menjunam. Contoh, kalau dahulu RM4,000 lebih sekilo, sekarang sekitar RM2,000 sahaja. Apakah sebab-sebabnya? Kedua, bagaimanakah cara atau kaedah kementerian mengatasinya untuk menaikkan balik harga? Terima kasih.

Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum: Terima kasih Yang Berhormat. Saya sudah jawab dalam jawapan tadi. Salah satu sebab jatuhnya harga itu kerana ada penipuan. Penipuan daripada pihak tertentu yang eksport ke negara China itu. Hal ini menyebabkan tadi ia letakkan syarat yang telah banned eksport sarang burung walet dari negara kita yang menyebabkan lambakan di negara kita, yang menyebabkan harga itu jatuh.

Walau bagaimanapun, pada satu ketika dahulu kandungan nitrat yang sekarang ini Kerajaan China telah menetapkan bahawa kandungan nitrat tidak melebihi 30ppm. Satu ketika dahulu mereka telah menemui lebih daripada 1,000ppm. Jadi, saya pun tidak tahu ppm ini benda apa, tetapi itulah sukatannya. Ini menunjukkan bahawa ada penipuan dalam industri ini. walau bagaimanapun, pada 19 September yang lepas, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan Menteri AQSIQ di negara China telah menandatangani protokol. Sekarang ini dikenakan syarat-syarat.

Syarat yang pertama, semua pengimport mesti mengisi dengan lengkap borang oleh negara China. Sekarang ini negara China sudah meletakkan syarat-syaratnya. Mereka ada agensinya yang mengawasinya. Pihak China juga akan membuat lawatan untuk membuat pengauditan di tempat-tempat pemprosesan kita. Selain daripada itu juga, kita juga adakan sistem untuk mengesan sumber asli produk iaitu kita hendak tahu daripada mana asalnya dan sebagainya. Ini adalah usaha-usaha kita yang dibuat oleh pihak kementerian untuk menjaga atau mengawal supaya standard sarang burung walet ini mencapai satu tahap yang baik supaya harga kita dapat kekalkan.

Selain itu, sekarang ini kementerian kita pun, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang mengadakan rundingan terus dengan China untuk tujuan memudahkan kan lagi perkara-perkara lain. Pada malam ini, KSU saya akan bersama-sama dengan pegawai daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan sekali lagi ke Beijing untuk berjumpa dengan pihak CNCA negara China mengenai perkara-perkara yang berhubung kait dengan eksport burung walet daripada Malaysia ke negara China. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya mempersilakan pertanyaan... Oh! Ada yang mahu bertanya kah?... [Disampuk] Silakan Yang Berhormat.

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 9

Puan Hajah Rohani binti Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk pengusaha-pengusaha burung walet yang terlalu lama seperti yang dimaklumkan iaitu 10 tahun hingga 15 tahun yang lampau, mereka masih lagi mengekalkan lokasi mereka di tempat lama di mana ia menimbulkan kacau ganggu kepada kejiranan. So, adakah kerajaan akan mengadakan satu garis panduan yang konkrit, yang boleh diterima oleh pihak pengusaha dan juga pihak kejiranan? Terima kasih.

Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, kita sudah ada garis panduan berkenaan dengan premis-premis ini. Sebenarnya, ini adalah kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan pihak perbandaran, KPKT. Ini kerana ada juga premis-premis sarang burung walet ini macam di Kedah, dia buat dalam pekan. Bawah dia jual barang, atas dia buat burung walet. Ada sesetengah di rumah, rumah di bawah, atas burung tidur. Jadi, sekarang ini ia menyebabkan- pada satu ketika itu tidak banyak. Akan tetapi, oleh kerana sekarang ini sudah terlampau banyak, kita terpaksa menetapkan syarat-syarat tertentu kerana complaint daripada orang-orang tertentu.

Burung walet ini pun pelik juga. Ia tidak boleh pindah. Kalau kita pindah sarang itu daripada sekarang yang ada asal, kita pindah ke tempat lain, burung itu tidak ikut kita. Burung itu akan lari. Jadi, maknanya burung yang mana datang sudah duduk dalam memang dalam rumah yang kita sediakan tetapi kalau kita pindah ke tempat yang lain, burung itu tidak akan ikut kita. Jadi, ini masalah yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha. Masih dalam pihak KPKT lah masalah ini. Akan tetapi, walau bagaimanapun syarat-syarat telah kita keluarkan baru-baru ini.

4. Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman minta Perdana Menteri menyatakan, apakah kementerian mempunyai data lengkap mengenai penduduk miskin tegar di negara ini dan apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil untuk mencapai status miskin tegar sifar menjelang tahun 2020.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat. Kerajaan telah mewujudkan sistem e-Kasih pada tahun 2007 di bawah ICU sebagai pangkalan data yang lengkap mengenai bilangan penduduk miskin tegar di negara ini.

Sistem ini menggabungkan sistem Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang merupakan pangkalan data profil isi rumah miskin tegar luar bandar dan Urban Poverty Information System, dengan izin, UPIS iaitu sistem untuk merekodkan dan memproses permohonan bantuan kemiskinan di bandar.

Setakat 31 Oktober 2012, seramai 53,034 ketua isi rumah masih direkodkan sebagai miskin tegar di dalam pangkalan data e-kasih. Antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mencapai status miskin tegar sifar menjelang 2020 adalah melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun 2010. Program GTP diperkenalkan bertujuan menangani bidang-bidang utama yang menjadi keprihatinan rakyat Malaysia di samping menjadi pemangkin kepada transformasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang membangun dan berpendapatan tinggi selaras dengan Wawasan 2020.

Untuk memastikan usaha GTP adalah berfokus dan mampan, sebuah rancangan sembilan tahun yang bercita-cita tinggi, yang meliputi tiga fasa telah diwujudkan iaitu fasa 1 (2010-2012), fasa 2 (2012-2015) dan fasa 3 (2015-2020). Antara kejayaan besar yang dicapai daripada program GTP ini adalah mengeluarkan lebih 44,000 isi rumah daripada kategori miskin tegar pada tahun 2010.

■1050

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), mempertingkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah iaitu LIH iaitu low income household, dengan izin adalah untuk mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah.

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

10 DN 17.12.2012

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang Timbalan Menteri barunya adalah di sebelah saya, selaku agensi peneraju kepada inisiatif ini telah memperuntukkan bantuan kepada isi rumah berpendapatan rendah selain memberi peluang kepada mereka untuk membantu diri sendiri dan meningkatkan produktiviti melalui program baru yang diperkenalkan iaitu Program 1AZAM. Maksud 1AZAM ini ialah Akhiri Zaman Miskin, kalau orang tidak tahu apa itu AZAM. Program 1AZAM dilaksanakan bagi membebaskan isi rumah berpendapatan rendah daripada kelompok miskin melalui pekerjaan, keusahawanan, aktiviti pertanian dan perkhidmatan.

Tuan Yang di-Pertua, pendekatan baru yang digunakan Yang Berhormat adalah holistik, bukan sahaja bantuan kewangan tetapi memberi capacity buildings kepada mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih. Saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada kerajaan untuk memberi pelbagai pertolongan kepada rakyat yang kurang bernasib baik seperti Program 1AZAM seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Soalan tambahan saya ialah jika boleh Timbalan Menteri memberitahu bilangan keluarga di seluruh negara yang mendapatkan bantuan dengan cara pemberian wang tunai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berapakah perbelanjaan kerajaan tiap-tiap tahun untuk membiayai program-program ini? Terima kasih.

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Baik. Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya jawapan itu diberikan oleh Kementerian Wanita yang menjaga kebajikan tetapi setakat tahun 2009, e-Bantuan yang diberi melalui JKM adalah 330,635 orang dan jumlahnya saya tidak ada angka. Mungkin boleh diberi secara bertulis kepada Yang Berhormat nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Lim Nget Yoon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti kita telah dimaklumkan, jangan berikan mereka ikan tetapi ajar mereka memancing. Jadi yang 1AZAM itu, adakah program ini berjaya? Kalau tidak, adakah apa-apa langkah lain yang boleh membantu golongan yang memang memerlukan bantuan itu?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat nampaknya sudah bagus sekarang ini. Soalan pun sudah cantik. Teruskan Yang Berhormat.

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat tadi. Soalannya memang tepat dan jitu. Adakah saya dimaklumkan sampai sekarang hampir setengah juta orang dapat bantuan ini. Kita kerajaan telah berubah sedikit, mengubah strategi. AZAM ini ada empat. Contohnya AZAM Tani, AZAM Niaga, AZAM Kerja dan sebagainya, maka dia balik kepada konsep capacity building. Setakat ini maklumat yang diberi oleh Timbalan Menteri- saya sempat tanya sekejap tadi, sejauh manakah kejayaannya. Beliau mengatakan kepada saya 60 peratus berjaya. Akan tetapi masih ada 40 peratus yang tidak berjaya kerana bantuan ini banyak melibatkan nilai keinsanannya.

Pertama, daripada segi cognitive skills, motivasi dan juga suasana ekosistem kemiskinan. Maka saya akui bahawa kita masih perlu memperkasakannya. Akan tetapi dalam hal ini, saya rasa pertama, masalah pelaksanaan. Kita ada isu masalah pelaksanaan. Orang yang tidak sepatutnya dapat, diberi bantuan.

Kedua, orang yang dapat bantuan tidak ada dia punya kesinambungan, continuity nya tidak ada. So kita beri bantuan selepas itu kita terlepas dia, sedangkan bantuan ini bukan sahaja sekadar memberi duit tetapi kita perlu bina keupayaan dia. Ini challenge yang paling dahsyat yang kita- kita sudah banyak kali bermesyuarat bersama NKRA- low income household yang mana sekretariatnya ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pula selalu bertanya, bagaimana isu yang mana orang yang diberi bantuan ini tidak kekal, balik kepada miskin tegar. Macam mana kita hendak keluarkan dia?

Akan tetapi, satu berita baik daripada jumlah yang saya katakan tadi miskin tegar itu ialah kita dapat mengeluarkan hampir 30 peratus daripada mereka, daripada kemiskinan melalui aktiviti-aktiviti ini tetapi ini ongoing. It is a long process, khususnya kepada orang di luar bandar dan juga kaum Orang Asli. Kita ada eDamak untuk bantu mereka. Terima kasih Yang Berhormat kerana bertanya soalan ini.

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 11

5. Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, dampak yang disebabkan oleh perubahan cuaca, ke atas pengeluaran makanan dan apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi jika tidak pun dapat mengurangkan dampak tersebut.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani I [Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, perubahan iklim (climate change) melibatkan berlakunya banjir, kemarau, peningkatan suhu, perubahan pola hujan dan kenaikan paras air laut.

Sememangnya perubahan iklim memberi impak kepada pengeluaran makanan kerana kebergantungan sektor pertanian kepada cuaca. Dampak yang disebabkan oleh perubahan iklim ke atas pengeluaran makanan antaranya ialah peningkatan jumlah hujan yang berlebihan menyebabkan banjir dan merosakkan tanaman di kawasan rendah seperti tanaman padi, jagung, sayur-sayuran dan lain-lain serta kematian ternakan.

Kemarau pula menjejaskan pengeluaran tanaman seperti buah mangga yang memerlukan musim kering yang ketara. Kemarau yang berpanjangan boleh menjejaskan tanaman padi dan dijadualkan penanaman terpaksa dianjak disebabkan kekurangan air. Selain daripada itu, kenaikan paras air laut disebabkan perubahan iklim akan menyebabkan kawasan rendah ditenggelami air dan dihakis kawasan pantai akan mengurangkan kawasan pertanian. Ini menyebabkan tanah tersebut menjadi masin dan tidak sesuai untuk diusahakan sebagai kawasan pertanian.

Langkah yang diambil oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mengatasi atau mengurangkan dampak tersebut antaranya ialah menghasilkan variety tanaman dengan tempoh matang singkat dan mempunyai daya tahan kepada kemarau. Kementerian Pertanian melalui MARDI sedang membangunkan sistem tanaman padi aerob yang menggunakan air sehingga kira-kira 50 peratus berbanding dengan amalan keperluan air sekarang untuk padi di kawasan yang- tanpa menjejaskan hasil. Bagi ternakan, Perkhidmatan Veterinar dipertingkatkan serta penyakit ternakan dipantau semasa musim panas di samping memastikan kesediaan makanan untuk ternakan.

Seterusnya ialah usaha diambil untuk meningkatkan keupayaan pegangan air iaitu bagi kawasan yang tertentu dan bahan organik dalam tanah melalui pengurusan tanah yang cekap dan pemprosesan pelupusan sisa makanan. Pengurusan pengairan yang efisien turut mengurangkan kehilangan air dan usaha-usaha lain ialah melalui penerangan dan kesedaran kepada petani untuk menghadapi waktu-waktu yang tertentu apabila mereka menghadapi banjir dan sebagainya.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Tuan Yang di-Pertua, apakah ada usaha secara bersepadu di antara kementerian ini dengan kementerian-kementerian lain? Ini bukan hanya soal Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Cuaca ini melibatkan kita semua. Oleh sebab itu saya bertanya, adakah usaha dibuat secara berintegrasi dalam menangani isu ini?

■1100

Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum: Terima kasih Yang Berhormat. Jadi mengenai usaha-usaha bersepadu antara kementerian memang ada di bawah Blue Ocean Strategy. Sekarang ini pelbagai program yang dilaksanakan oleh kementerian bersama, umpamanya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kita dalam soal cuaca ini, kita berhubung rapat dengan Kementerian Sumber Asli iaitu JPS dan juga dengan MOSTI iaitu mengenai cuaca dan sebagainya. Jadi apa-apa maklumat yang berkaitan dengan cuaca, kita selalu ada hubungan dan sama-sama kita memantau untuk memastikan kita dapat memberi penerangan dan juga mengatasi masalah-masalah yang akan timbul akibat daripada perubahan cuaca ini.

6. Puan Chew Lee Giok minta Menteri Pelancongan menyatakan, apakah faktor kejayaan yang menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya shopping yang kedua di Asia Pasifik mengikut Globe Shopper Index terkini.

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

12 DN 17.12.2012

Timbalan Menteri Pelancongan [Dato’ Dr. James Dawos Mamit]: Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator Chew Lee Giok, Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai destinasi membeli belah kedua terbaik di rantau Asia Pasifik pada tahun 2012 menerusi laporan kajian Globe Shopper Index Criteria yang dinilai merangkumi keselesaan membeli belah, tarikan budaya setempat, cuaca, kepelbagaian produk dan premis membeli belah serta harga atau kos barangan.

Kuala Lumpur telah mendapat markah yang konsisten dan kekal di antara 10 tempat teratas bagi setiap kategori. Selain daripada itu, keupayaan Kuala Lumpur untuk menawarkan pusat membeli belah mega serta keselamatan yang lebih baik berbanding bandar lain di dunia turut dikenal pasti sebagai faktor yang mendorong pemilihan ini.

Usaha kerajaan menghapuskan duti import ke atas lebih 328 barangan membeli belah untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi bebas cukai serta inisiatif membangunkan premis membeli belah Bukit Bintang dan Kuala Lumpur City Centre ataupun BB-KLCC yang dihubungkan oleh jejantas penjalan kaki berbumbung dilengkapi penyaman utara, kamera litar tertutup, tangga bergerak dan kemudahan lif di bawah inisiatif NKEA pelancongan juga secara langsung telah membantu Kuala Lumpur mendapat pengiktirafan ini.

Fasa pertama, haluan sepanjang 562 meter yang menghubungkan Kuala Lumpur City Centre dengan Bukit Bintang daripada laluan bertingkat-tingkat yang merupakan bahagian utama dari laluan penjalan kaki sepanjang 1.173 km ini telah siap dan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada awal tahun ini. Di samping itu dalam usaha memacu Kuala Lumpur ke arah sebuah destinasi pelancongan setaraf kosmopolitan luar, kementerian Pelancongan telah memperkenalkan satu lagi mercu tanda iaitu dekorasi pintu gerbang bercahaya di BB-KLCC di mana pelancong boleh menikmati suasana malam yang bercahaya sambil membeli belah.

Selain itu baru-baru ini, Kuala Lumpur juga telah dipilih sebagai destinasi keempat membeli belah terbaik di dunia oleh CNN Travel selepas New York, Tokyo dan London. Pencapaian ini telah mendahului destinasi-destinasi membeli belah terkenal yang lain seperti Paris, Hong Kong, dan Venice. Sekian.

Puan Chew Lee Giok: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tahniah kepada Kementerian Pelancongan. Saya ingin mengetahui apakah pencapaian dan anugerah yang telah diperolehi oleh sektor pelancongan dalam empat tahun ini? Juga apakah peranan dimainkan oleh sektor pelancongan ini dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam empat tahun ini? Terima kasih.

Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat Senator Chew atas soalan tambahan itu. Kebelakangan ini empat tahun yang lepas, negara kita Malaysia adalah satu negara di tangga ke-9 yang paling diminati oleh pelancong-pelancong daripada peringkat antarabangsa ataupun daripada luar negara. Anugerah ini atau pengiktirafan ini yang diperoleh kita dalam pada tahun 2009, 2010, dan tahun 2011 setakat ini yang dianugerahkan oleh United Nations World Tourism Organization (UNWTO).

Di dalam pendapatan pula atau pun tourism receipt, kita di tangga ke-14 di dunia. Bayangkan berapa ratus negara di dunia ini, kita berada di tangga yang ke-14 di dalam pendapatan yang diperoleh oleh industri pelancongan. Ini juga diiktiraf oleh UNWTO. Pada tahun ini, kita mendapat anugerah yang paling tinggi, juga daripada UNWTO iaitu First Prize Ulysses Award. Di dalam penganugerahan ini, UNWTO menilai kita dari segi dasar. UNWTO mengatakan bahawa dasar kita adalah dasar yang terbaik di dalam dunia ini daripada segi industri pelancongan.

Kita amat berbangga kerana kita dapat First Prize Award ini. Negara kita juga pada tahun 2012 adalah negara yang di tangga nombor 10 sebagai negara yang rakyatnya peramah ataupun Friendliest Country. Selepas itu negara kita juga adalah di tangga keempat, pada tahun ini dianugerahkan sebagai Retirement Heaven iaitu sebuah negara di mana rakyat di dalam dunia ini yang ingin duduk di negara kita atau tinggal di negara kita selepas bersara daripada pekerjaan.

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 13

Kita di tangga yang ketujuh sebagai Top Meeting Destination ataupun sebagai sebuah negara di mana mesyuarat, konvensyen atau persidangan boleh diadakan. Ini diiktiraf oleh ICCA di Asia Pasifik pada tahun ini iaitu tahun 2012. Kita juga di tangga yang ke-12 paling kompetitif di dalam dunia ini untuk perniagaan iaitu untuk business. Ini diiktiraf tahun ini juga oleh World Bank, jadi inilah pencapaian negara kita dari segi industri pelancongan. Kementerian dengan berterusan membuat promosi di mana-mana negara di dunia ini kerana kita sememangnya mahu pelancong-pelancong luar negara datang ke negara kita disebabkan mereka berbelanja besar kalau mereka datang ke negara kita lebih-lebih lagi dalam arena membeli belah ataupun shopping. Sekian.

■1110

Dato' Boon Som a/l Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri Pelancongan. Saya difahamkan bahawa tahun 2013 merupakan tahun Visit Malaysia Year atau Tahun Melawat Malaysia 2013. Apakah perancangan yang dilakukan oleh Kementerian Pelancongan di mana saya melihat bahawa belum ada lagi iklan-iklan di mana di Dubai saya pergi pun tidak ada iklan lagi, malah beberapa hari lagi tinggal. Apakah persediaan kementerian? Satu lagi di mana saya pergi, di negara jiran, di merata tempat WiFi nya free, di hotel-hotel WiFinya free tetapi di Malaysia kita galakkan pelancongan tetapi WiFi nya terlalu mahal harganya. Adalah lebih baik saya cadangkan supaya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Menteri Pelancongan mencari jalan bagaimana untuk memudahkan atau mempermurahkan WiFi bagi hotel-hotel supaya pelancong mudah untuk menggunakannya. Terima kasih.

Dato' Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat Senator atas dua soalan tambahan tersebut. Sebenarnya Visit Malaysia Year bukannya tahun 2013 tetapi tahun 2014. Walaupun demikian, bulan Januari nanti iaitu 17 Januari hingga 19 Januari nanti Yang Amat Berhormat akan melancarkan promosi Visit Malaysia Year supaya kementerian boleh meneruskan perjalanan untuk membuat promosi ini. Nanti pada tahun 2014 barulah Visit Malaysia Year dilakukan, dilaksanakan dengan pelbagai program yang kita sudah sediakan. Oleh itu walaupun tahun 2013 bukannya tahun Visit Malaysia Year, yang penting adalah promosi kita. Ini kerana kita mahu membuat promosi dan memberi penerangan kepada pelancong-pelancong daripada luar negara pakah yang kita lakukan pada tahun 2014 iaitu Visit Malaysia Year. Pelbagai events yang kita akan lakukan pada masa itu.

Kedua tentang WiFi kita mahal. Ini saya tidak berapa tahulah Yang Berhormat sebab WiFi di bawah kementerian lain. Oleh itu, saya tidak boleh memberi jawapan dengan tepat tentang perkara ini. Namun, bekerjasama dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memang kita boleh lakukan dan kita...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat sebagai bagi pelancong mencadangkan tadi koordinasi antara kementerian itu kalau boleh dipertingkatkan, itu sahaja.

Dato' Dr. James Dawos Mamit: Ya lah, memang begitulah.

Tuan Yang di-Pertua: Okey terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato' Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Saya ucap berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat yang begitu nampak berjaya peningkatan pelancong di negara ini. Kirim salam kepada Menteri Yang Berhormat. Kalau boleh agaknya Yang Berhormat sendiri rindu juga Yang Berhormat kalau datang ke Dewan ini sekali sekala.

7. Puan Roslin bniti Haji Abdul Rahman minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, sejauh manakah kejayaan Dasar Keluarga Negara (DKN) dalam mengukuhkan institusi keluarga dan nyatakan inisiatif kementerian dalam melancarkan Gerakan 1Malaysia-Family First kepada perspektif keluarga dalam konteks pembangunan sosioekonomi negara.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

14 DN 17.12.2012

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Dato' Noriah binti Kasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Senator Puan Roslin, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dasar Keluarga Negara (DKN) yang diluluskan oleh kerajaan pada 17 Disember tahun 2010 bermatlamat untuk membangunkan keluarga yang sejahtera, sihat, resilient dan berperibadi mulia untuk memastikan kestabilan sosial. Dasar ini menjadi pemangkin kepada kesedaran dan komitmen semua pihak yang berkepentingan termasuk setiap anggota masyarakat untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.

Tuan Yang di-Pertua, Dasar Keluarga Negara turut dilengkapi dengan Pelan Tindakan Dasar Keluarga Negara (PTDKN) yang memperincikan tindakan yang perlu diambil oleh pihak kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan izin, sektor swasta dan anggota masyarakat. Melalui pelan tindakan ini, DKN diterjemahkan dalam bentuk program dan aktiviti untuk memudahkan pihak-pihak yang berkepentingan melaksanakannya dengan berkesan. Pelan tindakan ini mengandungi tiga teras strategik seperti berikut:

(i) meningkatkan komitmen dan penglibatan pelbagai pihak untuk mengutamakan perspektif keluarga dalam segala usaha pembangunan sosioekonomi;

(ii) memastikan undang-undang, dasar dan prosedur serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan mengutamakan perspektif keluarga; dan

(iii) menyedia dan memastikan program perkhidmatan dan kemudahan mesra keluarga mudah diakses atau diperoleh.

Bagi menyokong pencapaian DKN, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui LPPKN telah menyediakan dan memastikan program, perkhidmatan dan kemudahan mesra keluarga mudah dicapai. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, antara pencapaian DKN setakat ini adalah seperti berikut:

(i) aktiviti, advokasi, kesejahteraan keluarga terus dipertingkatkan melalui penganjuran program pendidikan kekeluargaan seperti Kursus Keluarga@Kerja, Smart Belanja@LPPKN, dan Ilmu Keluarga@LPPKN. Dari bulan Januari hingga November 2012, seramai 217,736 orang ahli keluarga telah mendapat faedah melalui 2,078 program yang telah dijalankan;

(ii) bagi memberi pengetahuan dan kemahiran kepada ibu bapa yang bekerja, sebanyak 71 Kursus Keluarga@Kerja ataupun Parenting@Work dengan izin, telah diadakan dengan penyertaan seramai 2,274 orang peserta bagi tempoh yang sama; dan

(iii) selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan keluarga yang sihat daripada segi fizikal, kerohanian dan emosi, dari Januari hingga November 2012 seramai 391,611 orang ahli keluarga telah mendapat faedah daripada Program Pembangunan dan Kesihatan Reproduktif yang dijalankan oleh LPPKN.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan izin, DKN ini menjadi asas bagi pelaksanaan Gerakan 1Malaysia- Family First, ataupun dengan izin 1MFF, 1Malaysia Utamakan Keluarga yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah gerakan ini. Lebih 50 buah agensi kerajaan, swasta dan NGO telah terlibat dalam pelaksanaan program dan aktiviti di bawah Gerakan 1Malaysia- Family First ini. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah pengisytiharan bulan November sebagai bulan Keluarga Kebangsaan.

Sehubungan itu, bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 3 November 2012 di Pekan, Pahang. Bagi syarikat-syarikat swasta yang menganjurkan hari keluarga untuk pekerja, mereka diberi pelepasan cukai 100 peratus.

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 15

Sepanjang November ini Tuan Yang di-Pertua, sebanyak sembilan buah kementerian dan agensi serta syarikat swasta telah mengadakan hari keluarga di organisasi masing-masing. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan Yang Berhormat Puan Roslin, soalan tambahan.

Puan Roslin bniti Haji Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang telah menjawab dengan begitu lengkap tadi yang mana perangkaan di Malaysia kita telah menunjukkan kira-kira 7 juta yang sudah berkeluarga yang mana 70 peratus daripada jumlah itu adalah keluarga nuklear, manakala 30 peratus pula adalah hidup bersendirian. Kita sedia maklum sebagaimana dalam institusi keluarga ini adalah penting sebagai asas pembangunan insan yang mana soalan saya adalah melihat kepada kejayaan pelaksanaan Dasar Keluarga Negara ini, di mana kita telah pun mencapai indeks kesejahteraan keluarga daripada 7.5 dan kepada untuk menghampiri skala 10.

Maka soalan saya, apakah perancangan bagi pihak kementerian untuk menaikkan indeks ini dan juga memperluaskan pelaksanaan ke seluruh negara? Soalan kedua saya, sejauh manakah sambutan pihak swasta dan juga jabatan kerajaan di atas seruan kerajaan untuk mengadakan hari keluarga ini sebagaimana dikatakan tadi sambutan ini diadakan setiap bulan November untuk bulan Keluarga Kebangsaan. Soalan saya yang ketiga, apakah langkah kerajaan bagi mengatasi peningkatan gejala sosial dan sumbang mahram iaitu perzinaan, membuang bayi, keganasan rumah tangga, jenayah sosial yang mana perkara-perkara ini yang mencalarkan institusi keluarga. Terima kasih.

Dato' Noriah binti Kasnon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Puan Roslin. Terima kasih Yang Berhormat kerana begitu bermaklumat, sangat informatif tentang Dasar Keluarga Negara ini termasuklah perangkaan-perangkaan dan juga antara sebab mengapa Dasar Keluarga Negara ini digubal. Antaranya juga adalah kerana wujudnya banyak keluarga nuklear di dalam negara kita ini. Terlalu banyak soalan dalam soalan tadi Tuan Yang di-Pertua, tentang apakah perancangan kementerian untuk memperluaskan kefahaman ataupun pelaksanaan program-program Dasar Keluarga Negara ini di peringkat akar umbi yang melibatkan semua lapisan masyarakat, komuniti NGO dan khususnya keluarga itu sendiri.

■1120

Pertama, selain daripada program di bawah Strategi Lautan Biru (BOS 6) yang telah dilancarkan yang mana kita memberi gerakan 1Malaysia Utamakan Keluarga ini adalah dengan mengadakan jelajah-jelajah ke setiap negeri. Di mana wakil-wakil kementerian termasuk KSU sendiri, timbalan KSU dan juga ketua-ketua pengarah yang terlibat telah menemui stakeholders, pemimpin-pemimpin masyarakat di setiap negeri. Terutamanya Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang terlibat secara langsung tentang portfolio ini untuk mendapatkan maklum balas dan untuk memaklumkan tentang perancangan dan program-program.

Ini supaya sebelum kita memberi kesedaran kepada rakyat betapa pentingnya mengarusperdanakan kesejahteraan keluarga ini supaya ia menjadi satu booster ataupun satu penggerak utama kepada kejayaan-kejayaan dasar lain. Termasuklah untuk menggerakkan, menjadi pemangkin kepada kejayaan aspirasi Wawasan 2020 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Maka, secara berterusan. Selain daripada sudah meliputi kesemua negeri jelajah ini, program-program terus dijalankan. Termasuklah yang saya katakan tadi dan sambutan untuk hari keluarga dengan insentif yang diberikan oleh kerajaan seperti pengecualian 100 peratus cukai ini juga mendapat sambutan. Akan tetapi ini adalah tahun pertama Yang Berhormat. Insya-Allah saya kira dengan adanya insentif yang begitu menarik, dapat meningkatkan ukhuwah dan juga jaringan kerjasama hubungan erat antara majikan dan pekerja. Saya yakin ianya akan dapat sambutan yang lebih menggalakkan dan mungkin luar biasa pada masa-masa akan datang. Ini adalah peringkat pertama dan satu soalan tentang peningkatan gejala sosial.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

16 DN 17.12.2012

Saya kira Dasar Keluarga Negara ini juga digubal untuk semua ketua keluarga

khasnya dengan keprihatinan pemimpin-pemimpin. Melalui dasar ini, apabila dasar ini memberi keutamaan kepada keutuhan sesebuah keluarga, kesejahteraan sesebuah keluarga. Ini kerana biasanya masalah-masalah keluarga, masalah sosial ini antara sebab utamanya ialah berpunca daripada keporak-perandaan ataupun keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang kurang perhatian daripada ketua keluarga, daripada ibu, daripada ayah misalnya.

Saya cukup yakin kalau semua pihak memainkan peranan sama untuk kejayaan pelaksanaan program-program di bawah Dasar Keluarga di bawah tiga teras yang saya nyatakan tadi, insya-Allah antara sasaran dan matlamat kita adalah untuk mewujudkan keluarga-keluarga, institusi keluarga yang mantap yang akan menjadi penggerak utama kepada kejayaan pembangunan negara. Khasnya untuk menjadi sebuah negara maju 2020 dengan memberi sokongan kuat kepada agenda transformasi kerajaan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ya, saya persilakan Yang Berhormat Khairiah.

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, setakat ini sejauh manakah Dasar Keluarga Negara dan juga program Gerakan 1Malaysia- Family First ini menangani isu apa yang diistilahkan sebagai suami isteri jarak jauh. Terutamanya di kalangan penjawat awam di pelbagai kategori sama ada pendidikan ataupun penjawat awam di bawah kategori lain. Hari ini kita lihat isteri bekerja di Semenanjung, suami bekerja di Sabah Sarawak dan juga sebagainya. Jadi, sejauh mana dasar ini menyelesaikan perkara-perkara seperti ini.

Dato’ Noriah binti Kasnon: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di-Pertua, antara program yang dimasukkan di bawah inisiatif Gerakan 1Malaysia- Family First ini, dengan izin, adalah juga untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan kaunseling, perkhidmatan-perkhidmatan kekeluargaan di pusat-pusat transformasi bandar ataupun UTC dan juga pusat transformasi luar bandar RTC. Selain daripada kita mempunyai sebanyak 58 buah klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara di semua negeri. Jadi, kita yakin dengan adanya dasar yang complete ini, insya-Allah yang hari ini menjadi rujukan dan kajian kepada beberapa buah negara lain. Melihat kepada Dasar Keluarga Negara kita ini, saya cukup yakin bahawa kita sudah mulakan walaupun dasar ini baru.

Akan tetapi dengan pengisian-pengisian, dengan kesedaran-kesedaran, dengan program-program yang kita sediakan saya yakin ianya akan dapat turut setidak-tidaknya kalau ada masalah sebelum mereka atau suami isteri ini dapat dipindahkan bersama, kerana salah satu juga usaha kita yang sedang kita dalam proses untuk fight atau untuk perjuangkan adalah untuk memastikan setiap pasangan suami dan isteri itu kalau terpaksa berpisah tempat kerja, maksimumnya setahun sahaja. Akan tetapi ini memerlukan juga sokongan dan kerjasama daripada pihak-pihak majikan.

Kalau majikan yang tidak ada masalah, umpamanya sama-sama sektor awam misalnya. Saya cukup yakin ianya mampu untuk kita laksanakan. Cuma Tuan Yang di-Pertua, kita bimbang apabila satu pasangan itu, suami bekerja dengan sektor awam, isteri pula bekerja dengan sektor swasta yang tidak ada cawangan berdekatan dengan suami, mungkin itu yang akan menjadi masalah. Program-program LPPKN seperti parenting, seperti untuk mengeratkan suami isteri, kaunseling untuk meredakan masalah-masalah di peringkat awal sekurang-kurangnya, insya-Allah sedikit sebanyak akan dapat membantu, Yang Berhormat Senator. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ada satu usul sebelum saya teruskan ini yang untuk dikemukakan, silakan.

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 17

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN

DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

11.27 tgh.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato' Yong Khoon Seng]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran kementerian-kementerian menggulung dan sehingga diputuskan dan diluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 18 Disember 2012.”

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I [Dato' Razali bin Haji Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua: Seterusnya Ahli Yang Berhormat, saya ingin menarik perhatian semua bahawa hari ini adalah kita hendak selesaikan semua kementerian menjawab dan saya harap semua kementerian bersedia. Juga Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau boleh duduk dalam Dewan kerana apa sahaja soalan Yang Berhormat kemukakan semasa berbahas tempoh hari akan dijawab. Andainya Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan, kementerian itu boleh meneruskan tanpa perlu jawab dan memberi jawapan secara bertulis. Itu saya ingin menarik perhatian semua supaya dapat kita jalankan persidangan kita lebih lancar lagi. Silakan Yang berhormat, soalan.

8. Datuk Chin Su Phin minta Menteri Kerja Raya menyatakan, bilakah kementerian akan melaksanakan projek pembinaan jalan pesisir menghubungkan Tuaran, Kota Marudu hingga Kudat dan apakah kementerian sedar akan kepentingan mendesak bagi pembinaan jalan raya ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato' Yong Khoon Seng]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Datuk Chin Su Phin. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan pembinaan jalan pesisir Pantai Tuaran ke Kota Belud ke Kudat baru sahaja ditimbulkan sewaktu lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Kudat, Sabah pada 13 dan 14 hari bulan Oktober 2012.

■1130

Memandangkan kos untuk membina jalan baru ini sepanjang 100 kilometer akan mencecah RM1 bilion, maka kerajaan telah memutuskan supaya projek ini dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2013. Selanjutnya kerajaan telah memutuskan agar kajian kemungkinan dilaksanakan terlebih dahulu untuk tujuan mengenal pasti jajaran jalan yang paling optimum dari sudut teknikal dan sosioekonomi dengan mengambil kira impak sosial serta impak kepada alam sekitar.

Pada masa ini, kementerian telah memohon kelulusan peruntukan daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri serta mengemukakan pelantikan perunding kepada Kementerian Kewangan. Kajian kemungkinan dijangkakan akan bermula pada awal tahun 2013 dengan tempoh kajian selama sembilan hingga 12 bulan. Sekian terima kasih.

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

18 DN 17.12.2012

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan

tambahan Datuk Chin Su Phin.

Datuk Chin Su Phin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan tadi yang begitu jelas dan soalan tambahan saya adakah kerajaan bercadang untuk membina lebuh raya yang akan menghubungkan Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau dalam tempoh lima tahun dari sekarang. Terima kasih.

Dato' Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Datuk Chin Su Phin kerana kita tanya pasal di utara, sekarang kita tanya keseluruhan Kota Kinabalu ke bawah sini. Memang ada perancangan untuk kita memperbaiki jalan Pan Borneo dan yang ini memang lebuh raya atau jalan raya di barat sedikit. Dalam rancangan kita memang ada, dalam perancangan untuk memperbaiki jalan Pan Borneo mulai dari 2013 sehingga 2025 dalam tempoh 12 tahun ini kita akan mempertingkatkan keseluruhan jalan Pan Borneo di Sarawak, RM9 bilion telah diperuntukkan dan di Sabah hampir RM7 bilion telah pun diperuntukkan. Pada tahun ini untuk tahun depan RM1 bilion sudah diperuntukkan untuk beberapa batang jalan di Sabah. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Dato’ Mohammed Najeeb. Silakan Yang Berhormat Dato’.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya tidak berhajat untuk bagi soalan tambahan tentang lebuh raya di Sabah, itu soalan spesifik tetapi saya hendak sentuh berhubung dengan kesesakan di sebahagian lebuh raya PLUS Highway di antara Seremban dan Kuala Lumpur yang walaupun saya tidak ada statistik, mungkin yang paling sesak sekarang ini. Tidak payah tunggu musim perayaan, tiap-tiap hari Sabtu, hari Jumaat dan hari minggu sentiasa sesak. Jadi apakah usaha-usaha yang sedang dijalankan, saya lihat ada usaha naik taraf. Adakah usaha kementerian secara serius melihat ataupun memanggil pengusaha lebuh raya ini supaya mengambil tindakan proaktif di waktu-waktu puncak umpamanya meletakkan pegawai-pegawai, petugas-petugas bagi mengendali lalu lintas umpamanya bagi promosi air percuma. Jangan jalan dulu, berhenti minum kopi dulu sebelum jalan bagi mengurangkan kesesakan dan sebagainya supaya keadaan ini boleh membantu mengawal keadaan. Terima kasih.

Dato' Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Kita sentiasa juga melalui Lembaga Lebuh Raya Malaysia memantau di jalan-jalan lebuh raya-lebuh raya di Semenanjung Malaysia. Kita tidak ada lebuh raya di Sabah dan Sarawak. Kita sentiasa memperbaiki, menambahkan lorong. Saya ingat di Kuala Lumpur Seremban ini memang kita telah pun menambahkan lorong. Tidak sangka pula kalau question macam ini timbul mendadak macam ini, saya tidak dapat maklumat, saya akan cari maklumat dan bagi kepada Yang Berhormat Senator pasal ini. Sekian, terima kasih.

9. Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah minta Perdana Menteri menyatakan, banyak inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menangani dan mengurangkan bebanan rakyat untuk memiliki keperluan asas keluarga seperti rumah (roof over your head), makanan (food on the table), dan pendidikan anak-anak. Apakah master plan kerajaan untuk menentukan setiap keluarga dapat memiliki rumah, mampu menyara keluarga dapat memberi pendidikan kepada anak-anak serta hidup dengan selesa dan aman sejahtera.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana mengajukan satu soalan yang begitu luas sekali sebenarnya skopnya. Maka saya akan cuba menjawab dari konteks tiga perkara yang dibangkitkan iaitu isu perumahan, isu makanan dan isu pendidikan secara makro. Tuan Yang di-Pertua, mungkin jawapan saya panjang sedikit, saya minta keizinan daripada Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat.

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 19

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, rekod pembangunan negara sejak awal lagi telah menunjukkan bahawa penjagaan kesejahteraan rakyat merupakan objektif utama kesemua rancangan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Melalui dua Rancangan Malaya dan sembilan Rancangan Malaysia, kerajaan telah berjaya memperkukuh dan mempelbagaikan asas pertumbuhan ekonomi sejak merdeka lagi. Kerajaan juga sememangnya prihatin ke atas memenuhi keperluan asas rakyat termasuklah penyediaan perumahan, makanan, kesihatan, pengangkutan dan pendidikan yang mencukupi.

Yang Berhormat, konsep pembangunan kita pada mulanya dalam denyutan Dasar Ekonomi Baru. Sekarang adalah Dasar Model Ekonomi Baru (NEM), New Economic Model. Maka hasil daripada pendapatan per kapita hasilnya daripada sepuluh perancangan yang telah kita jalankan, per kapita rakyat telah meningkat sebanyak 27 kali ganda sejak 1970 kepada kini lebih daripada RM29,000.

Maka pada tahun 2020, kita punya sasaran per kapita adalah USD15,000 lebih kurang RM48,000 dalam currency sekarang. Maka itulah dan untuk makluman Yang Berhormat, kita sekarang kini berjaya di tingkat ini. Pada 2009 kita punya adalah USD6,700, sekarang adalah USD9,500 dalam tempoh ini dan kita jangkakan kita akan sampai ke threshold USD15,000 itu pada tahun 2018. Itu dari segi penjanaan pendapatan.

Dari segi keperluan perumahan pula, kerajaan amat prihatin di atas keperluan mendesak yang dihadapi oleh rakyat dalam memenuhi keperluan asas sebuah keluarga untuk memiliki sebuah rumah yang selesa terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah. Pada masa ini terdapat kira-kira 16,029 unit rumah yang sedang dibina oleh kerajaan di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Di samping itu terkini kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM543 juta di bawah Bajet 2013 bagi melaksanakan 45 lagi projek PPR yang melibatkan pembinaan sebanyak 20,454 unit rumah kos rendah. Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) juga turut terlibat dalam mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah di mana SPNB akan membina kira-kira 21,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan 22,855 unit kediaman yang turut merangkumi apartmen kos rendah.

Kerajaan juga tidak melupakan golongan berpendapatan sederhana yang turut terbeban dengan kenaikan taraf hidup. Pembinaan rumah mampu milik bagi golongan tersebut telah dipertanggungjawabkan kepada Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Pada tahun 2013, Perbadanan PR1MA telah menyasarkan pembinaan sebanyak 7,000 unit rumah mampu milik di sekitar Lembah Klang dengan baki sebanyak 43,000 unit rumah akan dibina di bandar-bandar utama seluruh Malaysia. Jumlahnya 50,000 Yang Berhormat. Usaha Perbadanan PR1MA tersebut akan disokong oleh SPNB yang akan membina 1,855 unit apartmen kos rendah di Shah Alam dan Sungai Buloh.

Dari segi makanan pula, pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam usaha meningkatkan pendapatan bagi guna rakyat bagi mereka memperoleh pendapatan yang cukup untuk membeli barangan makanan dan lain-lain keperluan asas agar mereka mampu menyara keluarga dan hidup dengan selesa.

■1140

Maka kalau kita tengok di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), banyak inisiatif dilakukan. Sebagai contoh, satu inisiatif yang dilaksanakan adalah National Key Result Area Low Household Income (NKRALIH) yang merupakan program Productive Welfare, dengan izin yang dikenali sebagai Program 1AZAM. Program ini telah menampakkan penyertaan sejumlah 90,984 orang daripada seluruh negara. Seramai 11,289 peserta bagi AZAM Tani, 5,669 peserta bagi AZAM Kerja, 18,266 peserta bagi AZAM Niaga dan Khidmat di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia, 29,209 peserta bagi AZAM Niaga dan Khidmat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 14,614 peserta di bawah Kerajaan Negeri Sabah dan 11,937 peserta di bawah Kerajaan Negeri Sarawak.

Selain itu, bantuan dari segi non productive welfare- maksud non productive welfare Tuan Yang di-Pertua adalah orang yang tidak berupaya langsung kerja yang disediakan oleh kerajaan untuk orang yang kurang bernasib baik.

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

20 DN 17.12.2012

Bagi kumpulan ini, mereka akan bantu golongan-golongan warga emas miskin dan

juga OKU di bawah JKM. Bantuan Orang Tua (BOT) juga disediakan kepada orang yang uzur.

Bagi meringankan beban keluarga isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, kerajaan akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun depan dan juga bantuan persekolahan RM100 dan juga bantuan Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 bagi pelajar-pelajar universiti. Kepada bujang pula- bujang pun dapat juga bantuan kali ini Yang Berhormat. Orang bujang yang pendapatan kurang daripada RM2,000 gaji bulanan, diberi wang tunai RM250. Maka kalau kita tengok website Bajet 2013, banyaklah.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali bagi pendidikan pula. Pendidikan ini akan mengalami satu transformasi yang begitu ketara. Baru-baru ini kerajaan telah melancarkan Program Transformasi Pendidikan melibatkan lifelong learning daripada budak dua tahun sampailah ke tua ini. Maka seluruhnya dapat dilihat. Maka pelbagai inisiatif diperkenalkan untuk kemudahan pendidikan untuk semua.

Untuk makluman Yang Berhormat, sokongan yang bekerja sendiri, perniagaan mikro dan industri berskala kecil juga akan difokuskan dalam agenda pendidikan. Usaha akan diteruskan untuk meningkatkan produktiviti dan mengekalkan aktiviti berasaskan pertanian untuk menggunakan teknologi pertanian moden dan kaedah perladangan kontrak yang meluas supaya menjana pendapatan.

Bagi isi rumah berpendapatan rendah di bandar pula, inisiatif meliputi pelaksanaan program mengukuhkan keupayaan melalui latihan peningkatan kemahiran bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan berpendapatan tinggi serta menjalankan perniagaan berasaskan kemahiran. Di samping itu, program melalui Agensi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) akan diperluaskan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, pihak kerajaan akan sentiasa memberi tumpuan dan perhatian kepada ketiga-tiga keperluan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu rumah, makanan dan pendidikan dan ini adalah satu usaha berterusan. Maka saya rasa Bajet 2013 dan juga Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Kesebelas ke arah Wawasan 2020 begitu merangkumkan segala skop ini. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberi satu jawapan yang saya rasa amat baik sekali dengan angka-angkanya. Saya juga dengan itu ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan. Sebenarnya semua inisiatif yang telah dibuat daripada dahulu hingga sekarang menentukan bahawa rakyat kita semuanya terbela daripada segi ketiga-tiga aspek yang saya nyatakan melalui soalan saya.

Walau bagaimanapun, saya ingin bertanya tentang satu perkara iaitu mengenai perumahan. Saya nampak bahawa kalau dibacakan tadi sama ada dari segi rumah PPR yang dibangunkan oleh kerajaan melalui SPNB, PR1MA dan sebagainya, menentukan bahawa banyak rumah akan dibina. Saya ingin tahu bahawa sebenarnya apakah angka perumahan yang perlu dibina bagi rumah kos rendah dan sederhana rendah yang perlu kita bina untuk menampung keperluan negara, berapa banyak angka sebenarnya? Adakah angka-angka yang dibacakan tadi telah memenuhi keperluan seluruh negara?

Yang keduanya, saya juga ingin mengetahui bahawa adakah perancangan telah dibuat oleh pihak kerajaan sama ada pihak kerajaan membina ataupun pihak swasta membina mengikut jadual yang telah dijadualkan? Ini kerana saya dimaklumkan bahawa kadangkala jadual tidak diikuti terutamanya oleh pihak swasta kerana pemaju lebih menumpukan dan mengutamakan pembinaan rumah-rumah yang memberi keuntungan kepada mereka. Jadi kadangkala walaupun dalam syarat...

Timbalan Yang di-Pertua: Cukuplah itu Yang Berhormat, cukuplah soalan dia.

Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah: Jadi itu soalan saya.

Timbalan Yang di-Pertua: Biarkan Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Terima kasih.

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 21

Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih. Baik, soalan pertama, penawaran dan permintaan. Soal permintaan dari rakyat jelata akan berterusan. Tidak ada satu angka yang mutlak, sangat relatif, dan penawaran pula akan mengikut permintaan. Itu soalan yang pertama. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, untuk rancangan tahun 2013 dalam bajet kita, kerajaan telah menyasarkan untuk membina 123,000 unit mengikut kajian yang dibuat mengikut permintaan yang sedia ada untuk rumah-rumah yang kita rasakan boleh bantu golongan sederhana dan golongan yang miskin dengan kos sebanyak RM1.9 bilion. Kalau kita tengok bajet yang kita masukkan melalui agensi SPNB, agensi PR1MA, Jabatan Perumahan Negara, DBKL, KKLW, lima agensi ini, maka sasarannya 123,000 dan bajet yang kita peruntukkan RM1.9 bilion. Satu angka yang begitu besar sekali.

Soalan yang kedua, adakah rumah-rumah yang dirancang itu boleh dibina mengikut jadual. Saya hendak mengatakan di sini dahulunya pemaju-pemaju ini dia kurang bertanggungjawab. Sekarang kita akan membawa dalam perubahan legislatif di mana Dewan Negara dan Dewan Rakyat akan membawa kepada konsep– KPKT telah membawa akta ini supaya membawa perundangan yang lebih ketat kepada pemaju ini kerana dahulu dia bina, dia kutip duit, lepas itu projek terbiar. Maka sekarang KPKT sedang betulkan segala-galanya.

Kalau dahulu 20 projek, sekarang 45 projek dalam bajet akan dipulihkan balik. Ribu-ribu unit terbengkalai dan pembeli pula yang rugi. Maka saya setuju, ini adalah satu ruang kekangan yang perlu dibetulkan. Maka tahun ini kita telah bawa penggubalan akta untuk criminalize developers, dengan izin. Bukan sekadar fine sahaja. Dia pandai, dia bayar fine sahaja, dia lepas. Maka kita hendak criminalize mereka supaya mereka bertanggungjawab terhadap menyiapkan rumah setelah kutipan dibuat. Ini tengah dibuat. Maka saya berani mengatakan bahawa perubahan-perubahan perundangan ini akan memberi satu shock effect kepada mereka dan memberi kebertanggungjawaban kepada pembeli-pembeli.

Soalan yang terakhir sekali yang ditanyakan oleh Yang Berhormat tadi, saya rasa secara menyeluruhnya rancangan yang kita buat ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terlalu prihatin kerana orang kaya semakin kaya. Bayangkan dalam property market Tuan Yang di-Pertua, 30 peratus meningkat harganya dalam tempoh tiga tahun ini. Macam Subang dahulu dia jual RM300,000 sekarang dekat RM600,000. RM400,000 jadi RM600,000 harganya. Maka ada golongan-golongan mungkin tidak boleh langsung beli. Baru-baru ini kerajaan memperkenalkan konsep PR1MA untuk affordable home, dengan izin. So, minggu lalu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pergi ke Pulau Pinang dan memperkenalkan affordable home, 20,000 akan dibina.

■1150

Sebanyak 15,000 di bawah skim yang sedia ada dan 5,000 melalui PERDA dan juga JKP. Maka ini akan dibuat seluruh. Di Putrajaya juga akan dibuat rumah mampu beli. Maka saya rasa jumlahnya, saya sudah bagi angka-angka tadi. Dengan adanya usaha seperti ini saya rasa golongan-golongan kurang berkemampuan, kakitangan kerajaan dan juga golongan yang sederhana pendapatan dapat juga menikmati pemilikan rumah hartanah. Maka ini perjuangan negara. Pengagihan kekayaan dalam denyutan Dasar Ekonomi Baru dan kesinambungan Model Ekonomi Baru sekarang dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan satu cadangan atau konsep baru yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi iaitu tentang hendak mengadakan apa yang disebut sebagai criminalize developers yang katanya tengah dibuat. Saya alu-alukanlah tetapi sebagaimana biasa saya minta supaya yang tengah dibuat itu tolong berikan dateline dia. Janganlah hendaknya menjadi satu proses yang mana seperti saya sebutkan minggu lalu, hari ini bayar tunai, esok boleh hutang. Terima kasih.

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

22 DN 17.12.2012

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Terima kasih atas cadangan Yang

Berhormat tadi. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Baik.

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Target, dateline itu, ia proses perundangan ini mengambil masa kerana lunas-lunas perundangan perlu dijitukan, diperincikan, di sempurna dan dimurnikan. Terima kasih. Maka ia akan dibentangkan di Dewan Rakyat lepas itu Dewan Negara akan luluskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

10. Datuk Haji Saat bin Haji Abu minta Menteri Kewangan menyatakan, supaya syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengambil langkah-langkah drastik melantik dan membimbing syarikat-syarikat bumiputera dan terus diberi peluang-peluang berkaitan projek-projek yang diberi kepada GLC, dengan cara ini syarikat-syarikat bumiputera tidak akan bergantung sangat dengan tender kerajaan.

Timbalan Menteri Kewangan II [Dato’ Donald Lim Siang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat Senator, salah satu daripada prinsip teras Program Transformasi GLC atau Program GLCT yang dilancarkan pada bulan Mei tahun 2004 adalah menyokong dasar pembangunan negara yang mana merangkumi pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Sejak pelancaran Program GLCT, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau GLC terutamanya GLC yang diletakkan di bawah program berkenaan secara berterusan membantu meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat tempatan khususnya syarikat milik bumiputera melalui pelbagai Program Pembangunan Vendor (VDP).

Ini dibuktikan dengan pencapaian oleh kumpulan GLC yang dikenali sebagai kumpulan G-20 iaitu GLC utama dan terbesar tersenarai di Bursa Malaysia di bawah program GLCT. Di antara tahun 2004 sehingga tahun 2011. Membantu dan membimbing usahawan bumiputera melalui VDP dan seterusnya meningkatkan jumlah agihan kontrak perolehan daripada usahawan-usahawan bumiputera tersebut seperti berikut:

(i) GLC melahirkan usahawan bumiputera melalui Program Pembangunan Vendor (VDP). Tujuan buat GLC di bawah kumpulan G-20 telah membantu melantik dan memberi sokongan kepada 1,803 vendor di bawah beberapa program VDP yang mana sejumlah 314 vendor telah berjaya ditauliahkan. Daripada jumlah tersebut, 203 vendor atau 65 peratus merupakan vendor bumiputera. Seterusnya vendor-vendor ini terbukti mampu berdikari dengan kemahiran baru yang dipelajari tanpa perlu terlalu bergantung dengan tender kerajaan; dan

(ii) agihan kontrak perolehan kepada usahawan bumiputera. Kumpulan G-20 telah menganugerahkan kira-kira 29 peratus daripada keseluruhan kontrak perolehan kepada syarikat-syarikat bumiputera yang berkelayakan.

Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tidak ada soalan tambahan? Soalan tambahan Datuk Haji Saat.

Datuk Haji Saat bin Haji Abu: Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan sebentar tadi. Soalan saya yang pertama, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan syarikat-syarikat yang telah dibantu dan telah berjaya di peringkat global. Bagaimana usaha-usaha kementerian dan GLC bagi membantu peniaga-peniaga bumiputera khususnya peniaga-peniaga bumiputera di luar bandar. Soalan saya yang kedua, apakah tindakan kementerian kepada kumpulan-kumpulan GLC? Contoh seperti Petronas yang mana kita difahamkan terdapat ramai kumpulan pengurusan dan kumpulan eksekutif yang terlibat dengan pihak pembangkang. Sekian, terima kasih.

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Haji Saat bin Haji Abu atas soalan.

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 23

Pertama, soalan mengenai nama-nama syarikat yang telah berjaya dan mereka boleh pergi keluar untuk bersaing dengan syarikat yang luar. Nama itu saya tidak ada di sini, saya akan menjawab secara bertulis kepada Yang Berhormat. Soalan yang kedua mengenai isu Petronas. Saya pun tidak dapat jawab di sini. Terima kasih.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: [Bangun]

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahman, silakan Yang Berhormat.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: [Ketawa] Saya menang, terima kasih. Saya dapati, banyak syarikat GLC yang ingkar hendak bantu bumiputera, itu yang pertama. Kedua, banyak syarikat GLC dia sendiri hendak berniaga. Jadi ia tidak bantu bumiputera. Soalannya, apakah tindakan kerajaan untuk atasi hal ini sebab ia berlawan dengan aspirasi nasional negara?

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar atas soalan. Saya ucapkan terima kasihlah atas soalan ini dan saya akan sampaikan pandangan Yang Berhormat kepada mereka yang berkenaan terutama sekali Khazanah.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Tidak puas hati jawapan itu.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Soalan, boleh saya tambah sedikit?

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tunggu dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak boleh jawabkah soalan itu tadi ataupun?

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Sudah, sudah jawab.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Sudah jawab apa, tak jawab lagi, tak jawab lagi.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Kalau boleh...

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Dia kata minta tangguh.

Timbalan Yang di-Pertua: Duduk dulu, duduk dulu, Yang Berhormat, satu sahaja berdiri, seorang sahaja berdiri. Saya minta pada Yang Berhormat, mungkin boleh bertemu dengan Yang Berhormat Menteri secara berasingan dan bincanglah dengan Yang Berhormat Menteri untuk mendapatkan jawapan yang lebih terperinci. Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Akan tetapi, Dewan juga hendak tahu. Semua Senator ini hendak tahu juga, betul?

Beberapa Ahli: Betul!

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Ha! Betul! Betul!

Timbalan Yang di-Pertua: Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh bagi...

Dato’ Donald Lim Siang Chai: Itu jawapan saya, terima kasih. Sekian.

11. Datuk Chiw Tiang Chai minta Menteri Kesihatan menyatakan, sejauh manakah kementerian komited melengkapkan hospital tempatan dengan kemudahan teknologi perubatan nuklear yang terbukti mampu meningkatkan diagnostik penyakit dan penambahbaikan rawatan sedia ada.

Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator di atas soalan yang dikemukakan.

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

24 DN 17.12.2012

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia komited dan sentiasa

berusaha untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang profesional, berkualiti dan selamat selaras dengan perkembangan teknologi terkini demi kesejahteraan pesakit yang datang untuk mendapat rawatan di kemudahan KKM.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengenal pasti teknologi perubatan nuklear sebagai satu teknologi yang penting dan mampu meningkatkan proses diagnostik dan pengesanan penyakit serta penambahbaikan rawatan penyakit tertentu.

■ 1200

Pada masa kini, teknologi perubatan nuklear membantu dalam aspek diagnostik dengan penggunaan beberapa peralatan berteknologi tinggi seperti positron emission tomography (PET) CT scan, dengan izin, dan pelbagai jenis pemeriksaan imbasan yang lain. Memandangkan perkhidmatan perubatan nuklear melibatkan penggunaan bahan radiopharmaceutical dan pancaran radiasi, langkah-langkah keselamatan diambil bagi mengawal tahap radiasi atau pancaran sinaran semasa penggunaan teknologi perubatan nuklear berdasarkan peruntukan Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304].

Tuan Yang di-Pertua, bagi menyediakan perkhidmatan perubatan nuklear di seluruh negara, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat perancangan yang teliti menerusi pembangunan Rancangan Malaysia setiap lima tahun. Pada ketika ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melengkapi beberapa buah hospital mengikut zon dengan kemudahan perubatan nuklear yang dikenal pasti selamat dan berkesan dalam pemeriksaan dan rawatan pesakit.

Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Pulau Pinang, untuk zon Utara; Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Putrajaya untuk zon Tengah; Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, untuk zon Selatan; dan, Hospital Umum Sarawak, Kuching, untuk zon Sarawak. Pada masa hadapan, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas untuk zon Sabah akan turut menawarkan perkhidmatan perubatan nuklear seawal tahun hadapan. Pada masa ini terdapat seramai 16 orang pakar perubatan nuklear yang berdaftar dengan National Specialist Register (NSR), dengan izin. Lima orang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia, lapan orang di kemudahan swasta dan tiga orang berkhidmat di institut pengajian tinggi.

Kementerian Kesihatan Malaysia turut berbangga dengan kejayaan Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah mencipta sejarah negara dengan kejayaan melahirkan lima orang pasca siswazah sulung Sarjana Perubatan Nuklear baru-baru ini. Tiga orang pakar perubatan nuklear ini sedang menjalani latihan pra pewartaan di Jabatan Perubatan Nuklear, Hospital Pulau Pinang dan dua orang lagi di Hospital Kuala Lumpur. Pakar-pakar ini akan ditempatkan di Jabatan Perubatan Nuklear di hospital Kementerian Kesihatan termasuklah di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas serta Institut Kanser Negara yang akan mula beroperasi tidak lama lagi.

Dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus menggalakkan bidang kepakaran perubatan nuklear. Sehingga kini, terdapat seramai 25 orang iaitu 13 orang lelaki dan 12 orang wanita, pegawai perubatan yang sedang menjalani pengajian pasca siswazah Sarjana Perubatan Nuklear di Universiti Sains Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Hospital Putrajaya merupakan hospital Kementerian Kesihatan pertama dan satu-satunya hospital kerajaan yang memiliki facility penyediaan radiopharmaceutical siklotron mendapat pensijilan compliance with the current good manufacturing practice (ECGMP), dengan izin pada Februari 2009.

Ia menghasilkan bahan radiopharmaceutical (FDG) yang telah berdaftar dengan National Pharmaceutical Control Bureau (NPCB) pada 29 Januari 2009 dengan menggunakan nama FDG Putra Injection, nombor pendaftaran MAL09011503X. FDG adalah bahan radiopharmaceutical pada dos yang terkawal, disuntik kepada pesakit yang akan menjalani imbasan PET-CT bagi tujuan diagnosa kanser dan juga bagi tujuan untuk mengenal pasti sejauh mana berkesannya rawatan yang telah dijalani oleh pesakit-pesakit yang mengidap kanser.

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 25

Selain dari penggunaan bagi pesakit-pesakit di Jabatan Perubatan Nuklear Hospital Putrajaya, FDG juga telah dibekalkan di Hospital Pulau Pinang bagi manfaat pesakit-pesakit di sana. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan Datuk Chiw Tiang Chai. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Chiw Tiang Chai: Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Menteri itu tadi. Selain daripada tiga bidang utama yang ditumpukan oleh pihak kementerian di hospital-hospital tempatan sekarang iaitu bidang klinikal yang merangkumi aspek diagnostik dan therapeutic dan bidang radiopharmacy dan bidang sains fizik. Soalan saya, adakah kementerian bercadang menggunakan teknologi ini kepada bidang-bidang yang lebih kompleks dan komprehensif seperti bagi tujuan pemeriksaan jantung?

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator di atas soalan tambahan. Saya ingin menjawab soalan ini dengan menyatakan kepada Yang Berhormat, memang benar teknologi ini merangkumi tiga bidang iaitu bidang klinikal, bidang radiopharmacy dan juga bidang sains fizik di mana bahagian klinik seperti yang saya jawab tadi merangkumi aspek diagnostik dan juga aspek therapeutic seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat.

Pada masa ini, teknologi perubatan nuklear sebenarnya membantu kita dalam aspek diagnostik dengan perubatan beberapa teknologi imbasan termasuklah PET-CT seperti yang saya katakan tadi, gamma camera dan pelbagai jenis pemeriksaan imbasan. Manakala teknologi perubatan nuklear juga sebenarnya Yang Berhormat memang benar boleh digunakan bagi tujuan pemeriksaan jantung. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan Puan Hajah Khairiah.

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, apakah cadangan dan perancangan pihak kementerian bagi pembangunan kemudahan teknologi perubatan nuklear tadi di hospital-hospital di Pantai Timur khususnya Kelantan, Terengganu dan juga Pahang?

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat Senator di atas soalan yang dikemukakan. Sebenarnya Yang Berhormat setakat ini, untuk pesakit-pesakit dari Kelantan, Terengganu dan beberapa negeri di sebelah Pantai Timur akan dirujuk di kedua-dua hospital sama ada di Hospital Kuala Lumpur dan juga Hospital Putrajaya dan begitu juga di Hospital Pulau Pinang. Daripada segi perancangan, sudah tentu langkah-langkah yang kita ambil pada ketika ini adalah untuk menambah bilangan pakar yang sedia ada. Sejurus sahaja pakar-pakar ini dapat kita lahirkan, seperti yang saya katakan tadi Yang Berhormat, kita ada 25 orang pegawai perubatan yang sedang menjalani pengajian di peringkat Sarjana Perubatan Nuklear di universiti tempatan kita. Sebaik sahaja kita dapat mengembangkan bidang kepakaran ini, kita akan merancang supaya ia juga dapat diwujudkan di sebelah Pantai Timur. Terima kasih, Yang Berhormat.

12. Dato' Syed Ibrahim bin Kader minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan, kementerian telah membina banyak jejantas untuk keselamatan dan kemudahan untuk pejalan kaki di Kuala Lumpur. Apa yang berlaku kebanyakan jejantas ini tidak mempunyai tahap keselamatan yang memuaskan dan sering dipenuhi oleh penagih dadah dan peminta sedekah dan sangat gelap pada waktu malam. Apakah tindakan kementerian bagi menangani masalah ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar [Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, reka bentuk jejantas di Kuala Lumpur adalah mengambil kira faktor keselamatan, fungsi estetik dan juga ekonomi serta spesifikasi yang sesuai.

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

26 DN 17.12.2012

Reka bentuk jejantas yang baru dibuat pula turut mengambil kira keperluan

semasa seperti peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial yang lain serta merujuk kepada sesuatu lokasi yang hendak dibuat.

Salah satu perubahan yang boleh dibuat ialah dengan mereka bentuk kedudukan panel papan iklan di atas paras bumbung bagi mengelakkan aktiviti di atas jejantas, terlindung dari pandangan orang ramai. Selain daripada itu, di lokasi-lokasi tertentu, ia dilengkapi dengan kemudahan lif ataupun eskalator manakala di tempat yang lebih khusus dipasang dengan kamera litar tertutup (CCTV). Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa menjalankan penyelenggaraan secara berterusan ke atas jejantas terutama berkaitan pencahayaan ataupun lampu. Walau bagaimanapun, banyak terdapat lampu-lampu di jejantas yang dirosakkan ataupun dicuri. Kadangkala perkara ini boleh menyebabkan kelewatan untuk DBKL membaiki kerana jumlah kerosakan yang agak banyak dan jejantas ini terletak secara bertaburan di seluruh Kuala Lumpur.

■1210

Namun begitu, DBKL akan mempertingkatkan lagi rondaan ataupun pasukan task force yang telah diwujudkan untuk menangani masalah kerosakan lampu serta dalam cadangan untuk mendapatkan pegawai ataupun pengawal keselamatan di lokasi-lokasi tertentu bagi mengurangkan aktiviti laku musnah, kecurian dan juga jenayah.

Dato’ Syed Ibrahim bin Kader: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Memandangkan ramai warga Myanmar dan Sri Lanka masih tidur di kaki lima, kedai-kedai dan mengotori kawasan itu, soalan saya adalah adakah penguat kuasa yang memberikan kebenaran untuk mereka boleh membuatkan sesuatu untuk mengalihkan mereka daripada tempat itu ataupun apakah tindakan yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.

Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin: Tuan Yang di-Pertua, jawapan kepada Ahli Yang Berhormat Senator. Berkaitan dengan kebenaran, saya tidak nampaklah bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi mana-mana warga asing ataupun warga tempatan untuk bergelandangan di tempat-tempat di publik seperti kawasan pejalan kaki ataupun walkway dan juga di tepi-tepi kedai. Penguatkuasaan dibuat dari semasa ke semasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga dengan kerjasama jabatan-jabatan yang berkaitan seperti pihak Kementerian Dalam Negeri supaya mereka ini dapat diambil tindakan dan juga penting bagi rakyat ataupun warga kedai perlu bekerjasama untuk melaporkan dan ambil tindakan.

Dalam perkara ini masyarakat setempat perlu juga memainkan peranan untuk menunjukkan kepada warga-warga ini bahawa mereka tidak berhak ataupun tidak dijemputlah untuk menggunakan tempat-tempat ini. Kadangkala bila operasi dibuat secara terlalu besar dan dilaporkan dalam akhbar ataupun media-media alternatif bahawa kerajaan kita ini begitu kasar ataupun ganaslah kepada golongan yang memerlukan pembelaan ini. Jadi dengan izin, kadangkala ia dilaporkan secara negatif dan imej kerajaan terjejas.

Dato' Lim Nget Yoon: Memandangkan perkara tersebut itu memanglah berlaku. Tidak perlulah siapa hendak bagi maklumat kalau Datuk Bandaraya pada malam pergi Jalan Alor, Jalan Bukit Bintang yang ramai pengemis didapati dan sudah pasti mereka itu bukan orang kita, bukan rakyat kita iaitu memanglah pengemis dibawa masuk...

Timbalan Yang di-Pertua: Terus kepada soalan Yang Berhormat, soalan terus.

Dato' Lim Nget Yoon: No, oleh sindiket bukan dia datang sendiri. Jadi apakah langkah-langkah memandangkan sentiasa berlaku? Jadi kementerian, kerajaan perlulah adakan langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah itu sebab masalah itu memang menjejaskan imej...

Timbalan Yang di-Pertua: Okey, cukuplah Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri sudah tahu soalan itu, cukuplah itu. Sila jawab Yang Berhormat Menteri.

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 27

Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi jawapan saya tidak lari kepada jawapan Yang Berhormat sebelum ini iaitu memang pihak kerajaan khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumur, memang kita mengambil tindakan dengan agensi-agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga daripada pihak polis iaitu Kementerian Dalam Negeri.

Operasi ini dijalankan dari semasa ke semasa tetapi seperti sedia maklum kerjasama daripada warga tempatan ataupun penduduk setempat sangat-sangat penting. Kadangkala oleh sebab sindiket-sindiket ini juga datang daripada orang tempatan itu sendiri yang akhirnya menyebabkan kesukaran untuk sentiasa memantau perkara ini.

Jadi inilah sebab dengan izin, Tuan Yang di-Pertua the public have to work together dalam perkara ini supaya kita sendiri juga ambil tindakan kepada mereka-mereka ini jangan menggalakkan mereka menggunakan tempat-tempat awam ini. Jadi selain daripada agensi-agensi kerajaan yang akan dari semasa ke semasa akan ambil tindakan kepada golongan-golongan ini yang banyak juga digambarkan dalam akhbar bahawa golongan-golongan ini perlu juga diberi perlindungan kadangkala iaitu isu gelandangan.

Isu gelandangan ini terlibat juga orang tempatan dan juga orang asing. Jadi, perkara-perkara ini kita perlu bila ambil tindakan pun tidak digambarkan seolah-olah kerajaan kita begitu kasar dan perkara-perkara ini boleh dilaporkan termasuk kadangkala boleh dikhabarkan ke akhbar asing bahawa kita ini menindas warga asing seperti apa yang berlaku dengan iaitu pembantu rumah. Jadi kita hendak elakkan sentimen-sentimen seperti ini timbul tetapi tindakan akan tetap diambil tetapi kerjasama dengan warga tempatan itu sangat-sangat penting. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat maka setakat itulah pertanyaan-pertanyaan dari jawab lisan kita pada hari ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2013

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [13 Disember 2012]

Timbalan Yang di-Pertua: Sebelum itu, baiklah bagi tidak melengah-lengahkan masa saya ingin meminta Menteri Pelancongan untuk mula menjawab. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

12.17 tgh.

Timbalan Menteri Pelancongan [Dato' Dr. James Dawos Mamit]: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaiton binti Haji Mat Amin, Yang Berhormat Senator Dato’ Boon Som a/l Inong, Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal dan Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah serta Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang telah menyentuh secara langsung dan tidak langsung perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan semasa perbahasan Bajet 2013.

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

28 DN 17.12.2012

Kementerian ini amat menghargai serta mengambil perhatian terhadap semua pandangan, saranan, cadangan dan teguran yang diberikan. Sepanjang perbahasan Bajet 2013 ini, antara isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah program homestay, strategi promosi pelancongan serta Tahun Melawat Malaysia 2014.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya suka saya merujuk kepada saranan Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun mengenai program homestay. Untuk makluman Yang Berhormat bagi tahun 2013, sebanyak RM12.5 juta telah diperuntukkan untuk meningkatkan kemudahan dan prasarana di homestay yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan. Sehingga September 2012, sebanyak 159 buah homestay telah berdaftar dengan kementerian ini yang melibatkan 3,424 orang pengusaha dengan 4,717 buah bilik.

■1220

Jumlah pendapatan bagi tempoh tersebut pula telah meningkat sebanyak 26.4 peratus iaitu RM13.04 juta berbanding RM10.32 juta pada tempoh yang sama tahun lepas. Manakala jumlah kedatangan pelancong di homestay pula telah meningkat sebanyak 39.8 peratus iaitu seramai 231,103 orang pelancong berbanding 165,334 orang pada tempoh yang sama pada tahun 2012.

Mengenai geran kepada pengusaha chalet kurang daripada sepuluh bilik. Kementerian ini tidak menyediakan sebarang peruntukan geran untuk membantu pengusaha chalet yang ingin membuat penambahbaikan serta pengubahsuaian chalet mereka. Walau bagaimanapun, Kementerian Pelancongan ada menyediakan kemudahan pinjaman Tabung Khas Pelancongan dan Tabung Infrastruktur Pelancongan bagi membantu pembangunan projek pelancongan termasuklah pengusaha chalet yang ingin membuat penambahbaikan serta pengubahsuaian kemudahan penginapan.

Jumlah pinjaman yang boleh dipohon di bawah Tabung Khas Pelancongan ini adalah RM50,000 hingga RM25 juta. Bagi Tabung Infrastruktur Pelancongan pula, jumlah pinjaman yang boleh dipohon adalah RM5 juta hingga RM50 juta. Permohonan hendaklah dihantar kepada kementerian ini untuk disokong oleh Jawatankuasa Pinjaman Tabung Pelancongan. Maklumat lanjut mengenai tabung ini boleh didapati di laman web kementerian iaitu www.motour.gov.my.

Merujuk kepada saranan Yang Berhormat Senator Datuk Boon Som a/l Inong mengenai promosi di New York, memang kita sudah lama menunggu adanya penerbangan terus ke sana kerana terdapat potensi besar dalam membawa pelancong yang berbelanja besar ke Malaysia. Walaupun begitu, kekangan ini tidak menjadi halangan bagi kita. Melalui pejabat Tourism Malaysia di New York, kita telah merencana strategi promosi melalui kepelbagaian corak aktiviti, hebahan dan perkhidmatan di New York. Antara usaha tersebut adalah seperti berikut:

(i) kerjasama dengan syarikat penerbangan asing seperti Emirates dan Singapore Airlines bagi membangunkan pakej-pakej pelancongan untuk perkhidmatan kemudahsampaian ke Malaysia;

(ii) kempen taktikal bersama pengusaha pelancongan, pihak media, persatuan badan bukan kerajaan, pihak hotel dan sebagainya yang berpusat di New York;

(iii) menganjurkan program media formalization dengan pihak media, persatuan, syarikat penerbangan dan pengusaha pelancongan New York untuk mengadakan publisiti, promosi serta pakej pelancongan;

(iv) promosi menerusi media sosial dan promosi secara online seperti expedia, dan sebagainya yang menjadi medium utama dalam hebahan maklumat dan penerangan pelancongan negara kepada penduduk New York; dan

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 29

(v) mengadakan kerjasama dengan media televisyen yang berpangkalan di New York seperti NBC dan “Discovery Channel International”, melalui program TV yang melibatkan selebriti-selebriti TV terkenal seperti Paul Teutul Senior, dalam program “American Chopper” Malaysia episode, Matt Lauer di dalam rancangan, “Where is Matt Lauer” serta lawatan Martha Stewart dan Robert De Niro ke Malaysia memberikan nilai publisiti yang tinggi kepada Malaysia sebagai destinasi pilihan selebriti terkenal.

Ekoran daripada perancangan tersebut, bilangan ketibaan pelancong daripada Amerika Syarikat termasuk New York pada bulan Januari hingga Jun 2012 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 18.9 peratus jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun 2011 iaitu seramai 119,528 pelancong berbanding 100,468 pelancong.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Yang Berhormat Senator Puan...

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Mohon penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah Yang Berhormat Menteri. Bolehkah?

Dato Dr. James Dawos Mamit: Boleh, silakan.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Amerika satu pasaran besar tetapi ia sungguh jauh hendak datang sini, naik kapal terbang lebih daripada 24 jam, penerbangan terus tidak ada. Saya pernah mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini supaya pemasaran mendapatkan ketibaan pelancong daripada negara-negara yang sebegini, kita bergabung tenaga secara kolektif bersama dengan jiran-jiran, Thailand contohnya, Singapura dan sebagainya. Mungkin ada satu sinergi yang boleh kita gabungkan supaya kedatangan mereka ini lebih bermakna. Kalau setakat hendak datang Malaysia 24 jam, satu soalan yang susah mereka hendak jawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Senator, saya memang mengakui bahawa Amerika Syarikat memang jauh daripada negara kita, lebih daripada 20 jam. Saya tahu itu sebab saya pun pergi ke Amerika juga tetapi jauh itu tidak semestinya permasalahan. Apa yang penting adalah apabila kita bercuti, walau bagaimana jauh pun kalau tarikan itu yang kita sendiri mahu, tarikan yang besar untuk kita, yang bermakna untuk kita, kita datang juga. Jadi begitu juga dengan orang Amerika Syarikat. Kalau mereka bercuti adalah untuk leisure, holiday for leisure, mana-mana pun mereka pergi. Jadi ini tidak menjadi masalah. Oleh itu promosi kita memang kita tegas, kita pergi juga untuk membuat promosi di Amerika Syarikat termasuklah New York.

Bergabung tenaga memang kita buat, selama ini kita telah bekerjasama dengan negara-negara jiran, bergabung tenaga. Walaupun kita bekerjasama lebih-lebih lagi di dalam mempromosi destinasi-destinasi yang mana mereka ada, kita pun ada tetapi pilihan juga daripada pelancong-pelancong sama ada mereka lebih meminati dengan destinasi-destinasi pelancongan di negara kita. Jadi oleh itu, selagi kita berlandaskan kepada promosi yang hebat, promosi yang berstrategi. Itulah sebabnya sekarang kita mengguna pakai Blue Ocean Strategy untuk membuat promosi destinasi-destinasi kita. Terima kasih Yang Berhormat atas pertanyaan itu.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Yang Berhormat, saya hendak bagi sikit angka perbandingan bagi menyedapkan perancangan kita. Tahun ini pasaran Amerika, kita mengharapkan 216,000 orang. Itu angka yang diberi oleh Tourism Malaysia di New York kepada saya.

Untuk makluman semua, Amerika mengharapkan ataupun Thailand mengharapkan lebih besar angka ketibaan pelancong daripada Amerika yang dianggarkan lebih daripada 2 juta orang. Jadi, sebagai satu usaha untuk kita tap sedikit daripada angka-angka yang melawat ke Thailand ini, sudah tentu akan mendatangkan pulangan yang lebih baik kepada kita. Itu sebab saya kata tadi kita aturkan dan susunkan strategi sinergi tadi. Terima kasih.

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

30 DN 17.12.2012

■1230

Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat sekali lagi atas pandangan itu. Sememangnyalah target kita kalau dapat memang 1 juta juga tetapi apa boleh buat kalau tidak boleh sampai kepada itu. Yang penting ialah tourism receipts iaitu perbelanjaan mereka di dalam negara kita. Oleh itu kita target quality tourists ataupun pelancong-pelancong yang berkualiti. Jadi, itulah yang kita mahu. Walaupun demikian, kita memang bekerjasama juga. Ada synergy dengan negara-negara jiran supaya nanti mereka boleh datang ke negara kita.

Apabila saya pergi ke Eropah sebagai contoh, saya bertanya dengan tourist on the ground iaitu pelancong yang saya jumpa, rakyat di situ. Mereka kata mereka pergi ke Thailand tetapi mereka mahu pergi ke destinasi ataupun tempat yang lebih bersih, pantai yang lebih bersih. Mereka mengatakan bahawa pemandu teksi membawa mereka ke Pattaya. Apabila mereka pergi ke sana, mereka tengok air laut pun tidak bersih. Selepas itu minta bawa lagi ke tempat yang lain. Sama juga kualitinya. Oleh itu pengurusan destinasi adalah amat penting. Itulah sebabnya di negara kita, sekarang kita ada satu usaha untuk 1Malaysia Clean 1Malaysia Green. Inilah yang kita mahu sebab pelancong memang mahu kebersihan lebih-lebih lagi pelancong daripada luar negara.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada soalan Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal. Ingin saya memaklumkan kepada Dewan ini iaitu Malaysia telah diiktiraf oleh United Nations World Tourism Organization (UNWTO) sebagai negara kesembilan dalam menerima kedatangan pelancong asing pada tahun 2011. Ini adalah tahun ketiga berturut-turut kita mendapat kedudukan kesembilan di kalangan sepuluh negara terbaik di dunia. Berhubung dengan kajian pemergian pelawat asing yang dijalankan oleh Tourism Malaysia pada tahun 2011 pula, sebanyak 61.5 peratus daripada jumlah pelancong ke Malaysia adalah pelancong berulang iaitu repeat visitors, manakala 38.5 peratus sahaja merupakan pelancong kali pertama. Yang kita mahu juga adalah untuk yang 38.5 peratus nanti akan menjadi pelancong repeat visitors juga ke Malaysia ataupun pelancong berulang. Inilah yang kita mahu.

Kementerian ini juga sememangnya bersetuju dengan saranan Yang Berhormat mengenai cadangan Smart Marketing Plan untuk mempromosikan pelancongan negara dengan lebih efektif lagi. Untuk itu, kita sudah ada pelan pemasaran untuk mempromosi pelancongan negara sebagai destinasi percutian yang terpilih merangkumi strategi-strategi berikut:

(i) mengadakan kempen Malaysia Truly Asia di luar negara dan Cuti-cuti 1Malaysia di dalam negara;

(ii) mengenal pasti produk-produk pelancongan untuk dijadikan sebagai ikon bagi mempromosi di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur dan Pulau Carey di Selangor. Pemilihan sebagai destinasi untuk dipromosi tertakluk kepada daya tarikan serta kemudahsampaian ke destinasi berkenaan;

(iii) mengendalikan kajian pasaran bagi mengesan trend pasaran, segmen pasaran, aktiviti-aktiviti promosi dan sebagainya yang hendak diberi tumpuan promosi bagi meningkatkan lagi bilangan pelancong; dan

(iv) melaksanakan pelbagai aktiviti secara aktif melalui media cetak dan majalah elektronik, menyertai pameran pelancongan utama dunia bersama agensi-agensi pelancongan di luar negara, bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan dan pengusaha-pengusaha pelancongan atas talian, menganjurkan Program Familiarisation Trip kepada pengusaha-pengusaha dan media antarabangsa serta promosikan Malaysia melalui media sosial dan laman sesawang rasmi Tourism Malaysia iaitu www.tourismmalaysia.gov.my.

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 31

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah mengenai Tahun Melawat Malaysia dan strategi promosi pelancongan negara.

Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan yang telah dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 24 Oktober 2012 telah bersetuju agar Tahun Melawat Malaysia diadakan pada tahun 2014. Manakala bagi kempen promosi Tahun Melawat Malaysia tersebut akan dilaksanakan di sepanjang tahun 2013.

Justeru itu, kementerian ini sedang giat merancang kempen-kempen promosi yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2013. Selain itu, segala urusan berkaitan pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2014 akan diselaraskan oleh Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2014 yang telah ditubuhkan pada Oktober 2012. Sekretariat ini akan bertanggungjawab untuk mengkoordinasi mekanisme jawatankuasa induk Tahun Melawat Malaysia 2014 dan jawatankuasa kerja yang melibatkan semua kementerian dan agensi kerajaan dalam menilai dan meneliti isu-isu berkaitan, kemudahsampaian, kempen berhemah dan budi pekerti serta latihan tenaga manusia yang diperlukan sebagai persiapan untuk Tahun Melawat Malaysia 2014.

Kementerian ini juga sedang mengadakan kajian pra Tahun Melawat Malaysia 2014 yang mana di antara objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran, pengetahuan, minat dan prestasi rakyat Malaysia yang terdiri daripada penggiat industri pelancongan dan orang awam berhubung kempen Tahun Melawat Malaysia 2014. Kajian ini akan dijadikan kayu pengukur kepada tahap kesediaan penggiat industri pelancongan serta rakyat Malaysia untuk bekerjasama dalam menjayakan kempen tersebut. Sebagai langkah bagi mengujud kesedaran di kalangan rakyat juga, satu majlis pelancaran Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 akan diadakan pada 19 Januari 2013 di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

■1240

Pelancaran ini akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai tanda bermulanya kempen promosi bagi Tahun Melawat Malaysia 2014 ke seluruh dunia.

Tuan Yang di-Pertua, dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014, kementerian ini telah mengadakan kerjasama strategik antara kementerian-kementerian, kerajaan-kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO bagi menyelaraskan acara-acara utama semua kementerian di dalam kalendar acara tahun Melawat Malaysia 2014. Di samping itu kementerian ini sedang giat membuat persiapan bagi mengadakan promosi secara besar-besaran Tahun Melawat Malaysia 2014 dengan menyertai pameran pelancongan utama dunia seperti ASEAN Cultural Exchange di Laos, World Travel Market di London, China International Travel Mart di Shanghai, International Tourism Bourse di Berlin dan Arabian Travel Market di Dubai.

Program-program dan acara-acara yang dianjurkan sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2014 ini akan diberikan nafas baru yang lebih unik dan inovatif bagi menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia serta memberi impak yang maksimum. Antara acara khusus homegrown bertaraf dunia yang akan dilaksanakan adalah seperti 1Malaysia International Shoe Festival, 1Malaysia Contemporary Art Festival, Fabulous Food 1Malaysia dan Malaysia International Night Floral Parade.

Bagi memastikan penganjurannya berjaya, kementerian ini telah mempunyai lagu dan tema Tahun Melawat Malaysia 2014 yang akan digunakan sepanjang kempen promosi berlangsung di peringkat nasional dan antarabangsa. Satu laman web rasmi juga akan diwujudkan bagi memudahkan para pelancong mendapat informasi yang tepat berkaitan Tahun Melawat Malaysia. Kempen besar-besaran ini akan dilaksanakan oleh semua pejabat Tourism Malaysia di dalam dan luar negara.

Ingin ditekankan di sini bahawa Tahun Melawat Malaysia 2014 adalah satu kempen melibatkan seluruh rakyat Malaysia termasuk agensi-agensi kerajaan, NGOs, sektor swasta serta masyakat. Keseluruhan rakyat adalah tuan rumah dan mempunyai tanggungjawab untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia.

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

32 DN 17.12.2012

Saya mengambil kesempatan ini menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat untuk terus

menyokong dan memberikan input menjayakan pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Peruntukan sebanyak RM358 juta adalah merupakan jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan di bawah Kementerian Pelancongan bagi tahun 2013. Walau bagaimanapun, peruntukan bagi pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2014 adalah RM124.5 juta sahaja bagi tujuan kempen promosi, pengiklanan dan penganjuran program sambutan sepanjang tahun 2013.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada soalan Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah mengenai pegawai Tourism Malaysia di Moscow, Rusia. Soalan oleh sama dengan soalan Yang Berhormat pada penggal keempat tahun lepas semasa membahaskan Bajet 2012 yang telah pun dijawab sendiri oleh Yang Berhormat Menteri pada 19 Disember 2011. Sememangnya kita tidak mempunyai penerbangan terus ke Moscow berbanding Thailand yang mempunyai penerbangan terus ke sana. Akan tetapi walaupun mempunyai kekangan ini, Pejabat Tourism Malaysia di Moscow senantiasa bekerjasama secara aktif dengan pengusaha pelancongan di Rusia dan syarikat penerbangan asing seperti Emirates, Singapore Airlines dan Qatar Airways untuk menarik pelancong Rusia ke Malaysia. Kementerian ini mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan bagi meningkatkan jalinan penerbangan dari Rusia ke Malaysia.

Selain itu memandangkan Rusia berkeluasan 17,075,400 kilometer persegi dengan anggaran jumlah penduduk seramai 143 juta orang dan Tourism Malaysia hanya mempunyai sebuah sahaja pejabat di Moscow. Tourism Malaysia telah mengubah strategi dengan Tourism Malaysia di Tokyo, membuat promosi di bahagian Timur Asia iaitu di antara Kovrov dan Vladivostok. Bahagian Timur Rusia hanya berjarak dua jam perjalanan udara dari Tokyo berbanding lapan jam dari Moscow. Itulah sebabnya kita membuat strategi sebegitu. Hasilnya Tourism Malaysia telah berjaya menarik operasi penerbangan, sewa khas oleh syarikat Vladivostok Air ke Malaysia iaitu sebanyak sembilan penerbangan ke Kota Kinabalu dan enam penerbangan ke Langkawi. Aktiviti penerbangan sewa khas ini akan berlangsung selama tiga bulan dengan membawa seramai 2,205 pelancong Rusia ke Malaysia.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua ahli Yang Berhormat untuk sama-sama memupuk sikap think tourism, act tourism di kalangan rakyat Malaysia serta berganding bahu menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 kerana program ini adalah program kita bersama seluruh warganegara Malaysia.

Sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pandangan, saranan dan teguran Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan. Mana-mana saranan, pandangan dan soalan yang tidak diperjelaskan hari ini akan diambil catatan untuk tindakan susulan...

Dato’ Lim Nget Yoon: Boleh saya mencelah Tuan Yang di-Pertua?

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Saya juga ingin hendak mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah Yang Berhormat.

Dato' Dr. James Dawos Mamit: Ada yang hendak mencelah, dua orang. Okey.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang mana satu Yang Berhormat?

Dato' Dr. James Dawos Mamit: Yang mana satu?... [Ketawa] Yang Berhormat berbaju hitam.

Dato’ Lim Nget Yoon: Dua-dualah.

Timbalan Yang di-Pertua: Dato’ Lim dahulu. Silakan.

Dato’ Lim Nget Yoon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah dan syabas kepada Kementerian Pelancongan untuk menarik pelancong asing ke negara kita.

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 33

Jadi usaha-usaha dan langkah-langkah itu memang banyak dan apa penting di sini saya amat hendak tahu, berapa ramai pelancong asing telah masuk ke negara kita dan berapa jumlah pendapatan di bawa oleh pelancongan ke negara kita. Yang itu penting, duit. Terima kasih.

Dato' Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat. Ada masalah sedikit mikrofon ini. Tekan butang pun lampu dia tidak menyala. Okey.

■1250

Kepentingan ialah pelancong asing untuk datang ke negara kita daripada segi pendapatan kerana ianya menjana ekonomi negara. Untuk tahun lepas, sebanyak 24.7 juta orang pelancong asing datang ke negara kita dan memberi pendapatan kepada industri pelancongan pada tahun lepas ialah RM58.3 bilion. Itu adalah jumlah yang amat besar.

Pada tahun ini kita sasarkan bahawa sekurang-kurangnya 26 juta pelancong akan datang ke negara kita. Dari bulan Januari hingga sekarang memang sudah beberapa juta pun. Juga kita sasarkan agar lebih daripada RM60 bilion akan terjana oleh kehadiran pelancong-pelancong daripada luar negara. Industri pelancongan adalah industri kedua terbesar di dalam negara kita. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Puan Hajah Dayang Madinah.

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang kita sedia maklum, negeri Sarawak akan menyambut ulang tahun ke-50 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia tahun depan. Jadi saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, sepanjang kempen promosi pelancongan ke Malaysia untuk tahun 2013 nanti, apakah pendekatan dan bentuk kerjasama kementerian dengan pihak kementerian pelancongan di negeri Sarawak dalam usaha menarik kedatangan pelancong asing sempena sambutan ke-50 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia tahun depan? Terima kasih.

Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat Senator atas pertanyaan itu. Kementerian Pelancongan memang bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Negeri Sarawak. Selama ini pun kita bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan. Pelbagai promosi kita buat. Kalau kita buat promosi di luar negara dengan besar-besaran, kita juga promosi Sarawak walaupun tidak ada seorang pegawai menyertai rombongan kita. Kita memang buat promosi. Bukan untuk Sarawak sahaja tetapi untuk semua negeri.

Akan tetapi untuk tahun 2013, promosi sedang pun dibuat dengan besar-besaran oleh Pengarah Pejabat Tourism Malaysia di Sarawak dan juga oleh Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan di Sarawak. Dari bulan Januari hingga bulan Oktober pada tahun ini, kehadiran pelancong ke Sarawak ialah 3.2 juta orang. Sudah meningkat daripada tahun lepas. Pelancong luar negara ialah 2.1 juta orang daripada luar negara. Ini bermakna perbelanjaan mereka juga tinggi, pelancong daripada luar negara. Pelancong domestik 1.1 juta orang daripada bulan Januari hingga bulan Oktober tahun ini. Oleh itu, promosi besar-besaran yang sedang dibuat dan juga yang sudah dibuat sememangnya berkesan untuk Sarawak. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada lagi satu yang hendak bertanya Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Datuk Jamilah.

Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang. Saya ingin bertanya satu soalan iaitu saya ingin kepastian atau penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berapa buah kah skrin besar yang ditempatkan di bandar-bandar raya besar di seluruh dunia seperti yang ada ditempatkan di bandar raya Abu Dhabi untuk mengiklankan destinasi pelancongan di seluruh Malaysia? Terima kasih.

Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Jamilah atas soalan tersebut. Saya tidak ada statistik untuk semua skrin besar yang ditempatkan di bandar-bandar besar di dunia.

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

34 DN 17.12.2012

Akan tetapi saya boleh beri jawapan bertulis sebab ini adalah satu angka yang

saya kena kaji dahulu dan bertanya daripada pegawai-pegawai Tourism Malaysia di luar negara. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baiklah, seterusnya kita beralih ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Saya meminta Menterinya menjawab.

12.56 tgh.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani I [Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada seramai 16 Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2013 yang telah menyentuh pelbagai perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Terima kasih sekali lagi diucapkan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Pau Chiong Ung telah membangkitkan isu mengenai penanaman padi di Sabah dan di Sarawak. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, di antara strategi yang akan dilaksanakan bagi menggalakkan penanaman padi di Sabah dan di Sarawak adalah melalui pembukaan kawasan jelapang padi baru iaitu di Batang Lupar, Sarawak dan di Kota Belud di Sabah. Selain itu, pelaksanaan projek-projek di bawah NKEA merupakan antara inisiatif yang diambil oleh kerajaan bukan sahaja untuk menggalakkan penanaman padi secara komersial bahkan berusaha untuk meningkatkan pengeluaran padi di Sabah dan di Sarawak.

Pada tahun 2011, keluasan bertanam padi di Sabah adalah berjumlah 42,907 hektar dengan jumlah pengeluaran padi sebanyak 129,722 tan metrik, manakala keluasan bertanam di Sarawak berjumlah 127,023 hektar dengan jumlah pengeluaran padi sebanyak 242,669 metrik tan. Negeri Sabah telah menyumbang sebanyak 5 peratus daripada pengeluaran padi negara manakala Sarawak menyumbangkan sebanyak 9.4 peratus daripada keluaran negara.

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Ahamat bin Yusop telah membangkitkan isu mengenai bekalan variety benih padi lama di kawasan luar jelapang terutamanya di negeri Johor. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kerajaan melalui MARDI telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan ke atas variety benih-benih padi. Di antara variety benih-benih padi yang disyorkan oleh MARDI adalah seperti MR219, MR220, MR232, MR220 CL1. MR220 CL2, MR253, MR263, MR269 dan lain-lain variety benih padi baru yang akan diperkenalkan dari semasa ke semasa.

Sehingga 30 November 2012, variety benih padi yang telah dibekalkan di kawasan penanaman padi khasnya di Johor meliputi variety lama seperti MR219 dan MR220, manakala variety baru yang telah dibekalkan seperti MR220 CL1 dan MR220 CL2 dan MR253. Pengeluaran benih variety baru ini adalah secara berperingkat iaitu memerlukan tempoh sekurang-kurangnya dua musim sebelum penggunaan dapat diperluaskan ke seluruh negara. Untuk pengetahuan..

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Waktu kita sekarang tepat pukul satu tengah hari.

Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum: Sikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua: Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh sambung?

Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum: Saya habiskan ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Berapa lama itu?

Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum: Seminit.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 35

Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum: Untuk pengetahuan Yang Berhormat, benih padi itu, MR219 itu benih padi yang lama. Lama itu maksudnya sepuluh tahun selepas penyelidikan. Walau bagaimanapun, benih ini yang memang popular di kalangan petani-petani. Bukan sahaja di kawasan luar jelapang, tetapi di dalam kawasan jelapang padi kerana hasilnya lebih baik. Akan tetapi ia mudah dijangkiti penyakit. Walau bagaimanapun, variety baru ini yang baru-baru ini dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang seperti mana maklum tadi, dia perlu dua musim untuk kita luaskan ke seluruh negara...

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah Yang Berhormat Menteri, sambung lagi belah petang nanti ya.

Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum: Ya, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kena tangguhkan Dewan ini sekarang dan kita sambung balik jam 2.30 petang nanti.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

■1430

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang kita akan teruskan persidangan kita, tadi saya mendapat maklum bahawa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sedang memberi ulasan, saya meminta Yang Berhormat teruskan bersambung.

2.32 ptg.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani I [Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Senator Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg telah membangkitkan isu mengenai penyelidikan tanaman padi di Sarawak.

Untuk makluman Yang Berhormat, penyelidikan dan pembangunan khususnya untuk penanaman padi bagi kawasan Batang Lupar sedang dijalankan oleh pihak MARDI mulai awal tahun 2012 melalui peruntukan EPP 11. Penyelidikan sekarang ditumpukan untuk pembaikan kualiti variety tradisional Sarawak yang popular seperti bubuk, bali dan mamut. Variety padi yang dibangunkan akan mempunyai tempoh matang yang lebih pendek iaitu kurang daripada 120 hari berbanding dengan sekarang lebih daripada 150 hari.

Pengeluaran hasil padi yang tinggi iaitu lebih lima tan satu hektar berbanding dengan sekarang kurang daripada dua tan satu hektar dan berkualiti di samping rintangan terhadap penyakit dan rosak utama. Variety yang akan dihasilkan dan ditanam dua kali setahun, variety padi baru ini dijangka akan digunakan khusus untuk kawasan Batang Lupar di mana pada ketika ini kemudahan infrastruktur kawasan padi telah pun lengkap. Penyelidikan juga dibuat untuk membangunkan teknologi sistem pengeluaran padi khususnya untuk kawasan Batang Lupar.

Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah telah membangkitkan isu mengenai produk pertanian yang diimport berbanding penggunaan bahan pertanian yang diimport. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, jumlah bahan makanan negara untuk tempoh dua tahun yang diimport iaitu daripada tahun 2010 hingga 2011 ialah sebanyak RM64.6 bilion. Import bahan makanan negara RM64.6 bilion, import bahan makanan negara didapati meningkat daripada RM30.2 bilion pada tahun 2010 kepada RM34.4 bilion pada tahun 2011 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 11.41 peratus.

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

36 DN 17.12.2012

Walau bagaimanapun, komoditi yang diimport adalah daripada jenis yang tidak

ekonomik untuk dihasilkan di dalam negara kerana kos pengeluaran yang tinggi dan faktor ketidaksuaian iklim seperti gandum, jagung untuk ternakan, buah-buahan, sayur-sayuran beriklim sederhana.

Antara penyumbang tertinggi kepada jumlah import bahan makanan negara pada tahun 2011 adalah seperti berikut. Bahan makan ternakan terutamanya jagung dan hampas kacang soya menyumbang kepada 16.4 peratus daripada jumlah keseluruhan import makanan. Bijirin seperti beras, gandum menyumbang kepada 12.6 peratus kepada jumlah keseluruhan import makanan. Sayur-sayuran terutama bawang, ubi kentang, bunga kubis, brokoli dan cili menyumbang kepada 7.9 peratus jumlah keseluruhan import makanan. Keempat, susu hasil tenusu yang menyumbang kepada 6.1 peratus kepada jumlah keseluruhan import makanan dan 4.6 peratus ialah buah-buahan seperti epal, limau dan sebagainya termasuklah kurma.

Walau bagaimanapun, selaras dengan Dasar Agro Makanan 2011 hingga tahun 2020, tumpuan diberikan untuk meningkatkan hasil dan produk pertanian tempatan seperti yang pertama, meningkatkan produktiviti buah-buahan daripada 10.1 metrik tan satu hektar pada tahun 2012 kepada 12.9 metrik tan per hektar pada tahun 2012 seperti nanas, belimbing, tembikai, betik, pisang dan lain-lain. Meningkatkan insentif pusingan tanaman daripada 1.9 pada tahun 2012 kepada 2.5 pada setiap tahun dan penambahan kawasan pengeluaran sayur-sayuran seluas 8,000 hektar. Keempat, meningkatkan kawasan pengeluaran rempah ratus daripada 4,744 hektar kepada 6,500 hektar.

Yang Berhormat Senator Dato’ Lim Nget Yoon telah membangkitkan isu berkenaan pemberian subsidi kepada penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran. Yang Berhormat, pada masa ini subsidi tidak diberikan kepada penanaman sayur-sayuran dan juga buah-buahan memandangkan ia merupakan industri yang dapat menjana pendapatan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, kerajaan sentiasa memberikan bantuan dan galakan kepada petani yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran untuk membantu meringankan bebanan mereka seperti kemudahan pinjaman melalui pembiayaan NKE EPP Pertanian di bawah Agrobank. Pengusaha sayur-sayuran dan buah-buahan juga diberikan bantuan daripada aspek pemasaran seperti penyediaan ruang pemasaran melalui 494 pasar tani di seluruh negara dan ladang-ladang kontrak. Melalui jualan pasar tani telah menunjukkan peningkatan daripada RM438 juta pada tahun 2008 kepada RM506 juta pada tahun 2011 sehingga bulan Oktober tahun 2012.

■1440

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Saat bin Haji Abu telah mencadangkan diwujudkan modal-modal petani dan nelayan moden. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tujuan untuk melahirkan usahawan tani dan model petani moden, sebanyak 66 Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) seluas 7,813.88 hektar telah diwujudkan di seluruh negara meliputi ke semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak dan kerajaan juga telah mewujudkan satu Projek Pertanian Moden (PPM). Melalui program TKPM dan PPM, kerajaan telah memberi bantuan daripada aspek penyelidikan tanah dan pembangunan infrastruktur. Peserta-peserta yang terpilih hanya menanggung kos operasi seperti input pertanian, baja dan racun. Di samping itu, kementerian ini juga memberi perkhidmatan teknikal dan khidmat nasihat bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek di sepanjang rantaian pengeluaran.

Selain daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup nelayan. Bajet tahun 2013, Program Transformasi Nelayan pantai kepada nelayan moden diteruskan bagi menggalakkan nelayan membuat pinjaman secara berkumpulan bagi membina bot yang lebih besar dan seterusnya menggunakan peralatan moden menangkap ikan. LKIM juga terus berusaha melaksanakan rantaian nilai terutama dalam pemasaran dan pemprosesan ikan. Sehingga kini terdapat 28 pasar nelayan yang telah beroperasi bertujuan untuk memudahkan nelayan membuat pemasaran ikan segar secara terus kepada pengguna.

Yang Berhormat Senator Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan lembaga pertubuhan herba bernilai tinggi.

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 37

Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan penubuhan aktiviti khusus untuk pembangunan industri herba negara adalah dalam perancangan dan mengambil kira faktor-faktor memberi implikasi kewangan, keperluan perjawatan dan perkembangan secara semasa industri herba. Buat masa ini, kementerian telah menubuhkan Majlis Pembangunan Herba Negara pada tahun 2011.

Yang Berhormat Senator Datuk Pau Chiong Ung telah membangkitkan isu berkenaan dengan sarang burung walet. Tadi saya pun sudah jawab panjang lebarlah berkenaan dengan sarang burung walet ini...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, itu agaknya tidak payah. Dia pun tidak ada di dalam Dewan ini.

Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum: Ya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri teruskan yang lain.

Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum: Ya. Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin telah membangkitkan isu berkenaan dengan bekalan daging dan ayam serta cadangan penambahbaikan fidlot yang sedia ada.

Untuk makluman Yang Berhormat, pembekalan daging ayam telah mencapai tahap sara diri pengeluaran 128 peratus pada tahun 2011. Kerajaan telah mengambil pendekatan meningkatkan aspek kecekapan pengurusan penternakan dan produktiviti. Antara pendekatan yang telah diberi tumpuan meliputi:

(i) kaedah penternakan ayam secara reban tertutup;

(ii) amalan sistem penternakan menggunakan sistem amalan penternakan yang baik;

(iii) meningkatkan usaha kawalan penyakit ayam; dan

(iv) penggunaan automasi dalam aktiviti penternakan ayam pedaging.

Pengimportan daging ayam pula hanya untuk tujuan pemprosesan. Kerajaan juga telah melaksanakan aktiviti regulatory bagi aspek kawalan penyakit dan intervensi bagi pengawalan harga dan memastikan bekalan ayam di dalam negara mencukupi untuk kegunaan rakyat.

Yang Berhormat Senator Tuan ‘Mohd. Khalid bin Ahmad’ telah membangkitkan isu berkenaan dengan penyalahgunaan lesen dan juga kad subsidi minyak diesel dan nelayan. Di bawah skim subsidi diesel dan petrol, nelayan setiap vessel yang dilesenkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia adalah layak menerima satu kad e-Diesel atau e-Petrol. Bagi pemilik dan yang memiliki lebih daripada satu vessel, mereka layak menerima kad berdasarkan bilangan vessel yang dilesenkan oleh Jabatan Perikanan.

Mulai 1 Disember 2012, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah memperkenalkan sistem pembelian minyak menggunakan MyKad menggantikan penggunaan kad e-Diesel dan e-Petrol. Dalam hubungan ini, pemilik vessel wajib membawa MyKad masing-masing bagi membeli diesel dan petrol subsidi kerana MyKad ini akan dimasukkan dalam mesin pengimbas di pusat-pusat jualan minyak diesel dan petrol subsidi nelayan. Oleh itu, masalah penyalahgunaan kad e-Diesel dan e-Petrol tidak akan berlaku lagi.

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus telah membangkitkan isu berkenaan dengan cadangan mengkaji semula permit import oleh MAQIS. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak bercadang untuk mengkaji semula permit import dan eksport oleh MAQIS.

Yang Berhormat Senator Dato’ Lim Nget Yoon telah membangkitkan isu mengenai tanah pertanian yang terhad. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri telah menyediakan rizab tanah bagi tujuan pertanian.

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

38 DN 17.12.2012

Antara lain ialah Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Pusat Pertanian Moden

Zon, industri akuakultur, rizab padang ragut, ladang satelit, tanah jelapang, ladang merdeka, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu dan sebagainya dalam meningkatkan pengeluaran agro makanan. Selain daripada itu, tanah pertanian juga digunakan secara optimum bagi meningkatkan pengeluaran melalui amalan pertanian secara integrasi tanaman selingan penggunaan variety baru, teknologi baru dengan menggunakan mesin-mesin moden dalam bidang pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin telah membangkitkan isu berkenaan pemberian bantuan pinjaman TEKUN Nasional kepada semua kaum di Malaysia. Pada peringkat permulaan, program TEKUN diwujudkan khususnya untuk membantu usahawan bumiputera yang ingin memulakan perniagaan. Pinjaman modal ini juga termasuklah bumiputera di Sabah dan di Sarawak. Melalui Bajet 2013, TEKUN Nasional telah diperuntukkan RM350 juta di mana RM300 juta adalah di bawah TEKUN khusus untuk bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak. Dan RM50 juta bagi Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India.

Kementerian ini amat menyokong dasar semangat 1Malaysia dalam merapatkan jurang perbezaan di antara kaum di Malaysia. Kementerian juga yakin bahawa peruntukan yang disalurkan kepada TEKUN Nasional adalah secara tidak langsung untuk mengurangkan jurang ekonomi yang wujud dalam kalangan semua kaum di negara kita.

Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh telah membangkitkan isu pinjaman TEKUN Nasional kepada kaum India dan impak pinjaman tersebut. Dalam program SPUMI adalah satu skim pinjaman mikro bertujuan memberikan kemudahan pinjaman untuk menjalankan peniagaan dalam kalangan belia India. Walau bagaimanapun, purata pinjaman seperti yang dinyatakan adalah 9,000 sahaja. Pinjaman yang diluluskan kepada usahawan ini adalah berdasarkan kepada kumpulan perniagaan mereka dan daya maju projek perniagaan tersebut. TEKUN Nasional telah mempunyai maklumat yang khusus mengenai tahap peningkatan pendapatan usahawan ini. Sehingga kini, kutipan bayaran balik daripada program SPUMI ialah 40 peratus.

■1450

Sehingga November 2012, pinjaman bernilai 38.9 juta telah diluluskan kepada RM4,560 usahawan masyarakat India melalui program ini. Melalui peruntukan yang disediakan ini, lebih ramai usahawan mampu dilahirkan di kalangan masyarakat India. Yang Berhormat Senator Dato’ Syed Ibrahim bin Kader telah membangunkan isu mengenai pemberian peruntukan TEKUN khusus untuk masyarakat India Muslim. Untuk makluman Yang Berhormat, masyarakat India Muslim juga boleh layak memohon pinjaman TEKUN. Yang Berhormat Senator Puan Norliza binti Abdul Rahim telah membangkitkan isu berkenaan semakan terhadap pinjaman TEKUN.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, TEKUN Nasional telah mengambil pendekatan membuat lawatan ke premis perniagaan pemohon bagi mengesahkan yang usahawan itu benar-benar menjalankan perniagaan dan secara tidak langsung untuk memastikan pinjaman yang diusahakan kepadanya dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan meningkatkan perniagaan mereka. Lawatan ke premis ini adalah prosedur yang telah ditetapkan dan dibuat oleh pegawai TEKUN di peringkat kawasan dan negeri. Pinjaman yang tidak berbayar, yang tertunggak enam bulan sehingga 2012 adalah sebanyak RM414.99 juta yang melibatkan 53,048 orang pinjaman atau peminjam, banyaknya.

Antara tindakan yang diambil oleh pihak TEKUN ialah kepada mereka yang ingkar iaitu kita memberi surat saman dan setakat ini 49 orang telah diambil tindakan. Jadi kita mohonlah Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk mengingatkan mereka supaya bayar.

Akhir sekali, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan. Insya-Allah segala pandangan dan cadangan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat akan diberi perhatian dan tindakan untuk kebaikan kita bersama. Sekian. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan Kementerian Kerja Raya.

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 39

2.52 ptg.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato’ Yong Khoon Seng]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator di Dewan yang mulia ini yang telah sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 yang melibatkan Kementerian Kerja Raya.

Antara Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah menyentuh isu dan bidang tugas kementerian ini ialah Yang Berhormat Datuk Pau Chiong Ung, Yang Berhormat Dr. Lucas bin Umbul, Yang Berhormat Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus, Yang Berhormat Datuk Paul Kong Sing Chu, Yang Berhormat Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad, Yang Berhormat Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin, Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah, Yang Berhormat Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud, Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan dan Yang Berhormat Puan Hajah Rohani binti Abdullah.

Segala cadangan dan teguran oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ini amat dihargai dan akan diberi perhatian sewajarnya oleh kementerian ini. Pembentangan Bajet 2013 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut meningkatkan fokus terhadap komitmen kerajaan untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Ini melibatkan perlaksanaan berbagai-bagai projek dan program sektor pembinaan infrastruktur awam seperti jalan raya, lebuh raya dan lain-lain. Kemudahan awam yang di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sektor pembinaan negara ini telah memberikan sumbangan yang besar dan amat signifikan kepada pertubuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Ini kerana industri pembinaan mempunyai faktor kesan berganda dan rangkaian luar serta menjadi pemangkin kepada pertubuhan sektor-sektor ekonomi yang lain. Sebagai contoh, sektor pembinaan pada tahun 2012, dianggarkan mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 15.5 peratus berbanding 4.6 peratus sahaja pada tahun yang lalu. Manakala pada tahun 2013, sektor pembinaan turut dianjurkan mencatatkan pertumbuhan dua digit iaitu 11.2 peratus.

Prestasi yang amat memberangsangkan ini didorong oleh kerancakan pelaksanaan berbagai-bagai projek kerajaan khususnya projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Program Transformasi Ekonomi seperti Projek My Rapid Transit (MRT), landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Baru, KLIA 2, Jambatan Pulau Pinang ke-2, Projek Terminal Minyak dan Gas di Sabah dan Pengerang di Johor dan pelaksanaan projek-projek lebuh raya yang baru.

Dalam Bajet 2013 ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM49.75 bilion untuk tujuan belanjaan pembangunan negara secara keseluruhan. Daripada jumlah tersebut, Kementerian Kerja Raya telah diperuntukkan sebanyak RM3.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Manakala di bawah peruntukan mengurus pula Kementerian Kerja Raya menerima peruntukan sebanyak RM2.4 bilion.

Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Pau Chiong Ung telah membangkitkan isu cadangan kerja menaik taraf jalan utama Medan Jaya ke Tanjung Kidurong di Samalaju, Sarawak.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah mempertimbangkan permohonan Kerajaan Negeri Sarawak dan seterusnya meluluskan projek menaiktarafkan Jalan Tanjung Kidurong ke Samalaju Industrial Park, bahagian Bintulu, dalam Rolling Plan yang Ketiga, Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Skop kerja-kerja ini ialah menaik taraf jalan sedia ada kepada dua lorong dua hala atau dua carriage way dari Tanjung Kidurong ke Pelabuhan Bintulu ke kawasan Samalaju Industrial Park sepanjang 15 kilometer. Peruntukan yang diluluskan ialah berjumlah RM144 juta di mana daripada jumlah tersebut sebanyak RM30 juta telah disediakan pada tahun 2013 untuk tujuan-tujuan kerja-kerja mereka bentuk dan mengambil balik tanah. Manakala kerja-kerja pembinaan pula dijangka bermula pada awal tahun 2014.

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

40 DN 17.12.2012

Ahli Yang Berhormat Senator Dr. Lucas bin Umbul menyatakan tentang cadangan

naik taraf jalan-jalan utama di sekitar kawasan Parlimen Tenom, Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya sememangnya mengambil maklum tentang keperluan untuk menaik taraf rangkaian jalan raya sedia ada di Sabah. Keutamaan adalah untuk memastikan pengguna jalan raya menikmati keselesaan dan berasa amat selamat sepanjang berada di jalan raya. Berbagai-bagai usaha dirangka telah dilaksanakan secara berterusan bagi tujuan tersebut.

Namun demikian suka saya memaklumkan bahawa perancangan rangkaian jalan di negeri Sabah ialah berpandukan kepada Pelan Strategik Pembangunan Jalan Raya, Fasa 2 iaitu Highway Network Development Plan untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Dokumen ini telah disiapkan oleh Kementerian Kerja Raya pada tahun 2010. Setelah berbincang dan mendapatkan pandangan dari berbagai pihak termasuk input dari kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat.

Hasil kajian ini, antara lain telah mengenal pasti rangkaian jalan yang berhampiran kawasan Tenom yang perlu dinaiktarafkan iaitu Jalan Sepulut ke Mambong sepanjang 100km dengan anggaran kos sebanyak RM719.5 juta. Berikutan daripada kos projek yang tinggi serta jarak yang panjang, projek berkenan perlu dilaksanakan secara berperingkat. Oleh itu, kementerian sedar akan keperluan jalan raya tersebut dan merancang untuk memasukkan projek berkenaan dalam rolling plan yang akan datang.

■1500

Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus membangkitkan isu cadangan pembinaan jambatan menghubungkan Pulau Labuan-Menumbok di Sabah dan status kerja-kerja pelebaran Jalan Tun Mustapha, Labuan yang mengambil masa yang terlalu lama. Mengenai isu cadangan pembinaan jambatan baru yang menghubungkan Pulau Labuan ke Menumbok di Sabah, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan projek berkenaan adalah terletak di bawah bidang kuasa dan tindakan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Kementerian ini difahamkan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah melantik pihak juru perunding untuk menjalankan kajian kemungkinan mengenai projek tersebut.

Sehubungan itu, saya percaya perkara ini masih sedang dalam pertimbangan oleh kementerian tersebut dan agensi pusat yang berkaitan. Sebagai agensi teknikal utama kerajaan, Kementerian Kerja Raya sentiasa bersedia memberikan khidmat kepakaran dan nasihat teknikal dalam melaksanakan projek-projek kerajaan. Manakala berkenaan status kerja pelebaran Jalan Tun Mustapha, Labuan, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek jalan yang dimaksudkan ini ialah merujuk kepada projek naik taraf jalan dari Pohon Batu-Simpang Tamu ke Pancur Hitam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, skop kontrak ini adalah untuk menyiapkan kontrak asal yang telah terbengkalai pada tahun 2008 kerana kontraktor asal telah ditamatkan kontrak secara persetujuan bersama atau mutual termination.

Berikutan daripada kenaikan harga bahan binaan yang mendadak pada waktu ini, projek ini sedang dalam peringkat akhir pembinaan dengan kemajuan kerja setakat ini adalah 95 peratus dan ia dijangka siap sepenuhnya pada 3 Februari 2013. Baki kerja yang masih belum siap itu melibatkan kerja-kerja mengecat garisan jalan, memasangkan perabot jalan, memasangkan lampu jalan dan pemasangan lampu trafik. Oleh itu, kementerian ini berkeyakinan projek berkenaan dapat disiapkan mengikut jadualnya iaitu pada bulan Februari 2013. Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, saya telah pun melawat projek ini dalam bulan Julai tahun ini. Saya yakin ia akan disiapkan.

Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Paul Kong Sing Chu telah membangkitkan isu jalan persekutuan di Sabah dan Sarawak yang didakwa tidak di selenggara dengan baik. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan telah melantik lima syarikat konsesi bagi negeri Sarawak dan Sabah untuk menyelenggarakan jalan-jalan persekutuan untuk tempoh kontrak selama 15 tahun iaitu 2003 hingga 2018. Pelantikan ini bertujuan untuk memastikan jalan persekutuan di Sarawak dan Sabah sentiasa di selenggara dan berada dalam keadaan selesa.

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 41

Syarikat konsesi yang dilantik itu bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan rutin menambah lubang jalan atau road holes, meratakan bahu jalan 10 peratus daripada keseluruhan panjang jalan yang di selenggara, memotong rumput sebulan sekali, mencuci perabot jalan dua kali setahun, mencuci pembetung dan jambatan dua kali setahun, mencuci longkang dua kali setahun dan pemeriksaan berkala berjadual di sepanjang jalan terlibat dua kali seminggu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keseluruhan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi ini perlu mematuhi piawaian prestasi yang telah dipersetujui oleh kerajaan dan syarikat konsesi sebagaimana termaktub dalam perjanjian konsesi. Sehubungan dengan itu, antara langkah kementerian ini adalah dengan melaksanakan audit kualiti penyelenggaraan setiap bulan bagi memastikan penyelenggaraan sentiasa dilaksanakan mengikut perjanjian.

Sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kerja, amaran dalam bentuk laporan ketidakpatuhan atau non conformance report dan kadar pemotongan harga akan dikenakan sewajarnya pada syarikat konsesi yang berkenaan. Bagi tempoh tiga tahun terakhir yakni 2009 hingga 2011, sebanyak 668 Nonconformance Report (NCR) telah dikeluarkan kepada syarikat konsesi di negeri Sarawak dan Sabah. Di samping itu, kerajaan juga akan menilai semula kontrak penswastaan ini untuk tempoh setiap lima tahun sehingga tempoh sebenar konsesi ini tamat.

Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Mohd. Khalid Ahmad mencadangkan kementerian membuat kajian untuk melebarkan jalan di negeri Perak dan cadangan untuk melebarkan Lebuhraya Utara-Selatan di negeri Perak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini telah membuat kajian bagi mengenal pasti projek jalan yang di naik taraf dan pembinaan jalan baru di Malaysia. Berdasarkan kepada kajian semula Pelan Rangkaian Lebuhraya (HNDP) Fasa I, Kementerian Kerja Raya telah mengenal pasti keperluan untuk menaik taraf jalan-jalan persekutuan yang terlibat di negeri Perak. Projek menaik taraf jalan ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut keutamaan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun kerajaan, tertakluk kepada kelulusan agensi pusat.

Manakala saranan Ahli Yang Berhormat berkaitan cadangan melebarkan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di negeri Perak pula, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada keperluan serta keadaan trafik, kapasiti laluan sedia ada di Lebuhraya Utara-Selatan adalah mencukupi untuk menampung aliran trafik semasa. Namun demikian, sememangnya tidak dinafikan kelancaran aliran trafik di lokasi tertentu PLUS mengalami kesesakan semasa musim-musim perayaan tertentu. Oleh itu, pelbagai pendekatan serta inisiatif proaktif dalam usaha untuk memastikan kelancaran aliran kenderaan pada musim-musim tersebut dengan pelaksanaan langkah-langkah seperti berikut...

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Minta laluan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat, silakan.

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, bukan masa-masa tertentu sahaja di PLUS Perak. Seperti mana yang dikatakan pagi tadi Dato’ Sri Najib daripada Seremban ke Kuala Lumpur jammed setiap Sabtu dan Ahad. Begitu juga di Utara. Contohnya kelmarin hari Ahad, saya daripada Perlis hendak ke Kuala Lumpur, bertolak daripada pukul 2 petang, pukul 10.30 malam, semalam sampai. Bukan kelmarin sahaja, tiap-tiap minggu.

Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri ada masa, kita pergi Penang cukuplah. Hari Ahad ini kita datang ke Kuala Lumpur. Cuba tengok bagaimana kesesakan. Bahagian Penang jammed tetapi sekejap. Lepas sahaja Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Pulai, Tapah sampai ke sini tidak boleh laju. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, kelmarin saya buat silap, petang tadi asyik bercakap Dewan ini, pang, pang, pang, dia emosi. Sampai dekat Tapah, saya lalu lane tepi, lane kecemasan. Sampai depan, siren biru. Berhenti, berhenti. Apa kena? Saya beritahu dia, jalan sesak. Bukan saya seorang, ada ramai lagi.

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

42 DN 17.12.2012

Jadi, makna perjalanan kita setiap minggu. Minta Yang Berhormat Menteri Kerja

Raya tolong buat kajianlah. Bukan saya seorang, tanyalah orang daripada Utara. Semua macam itu, kebanyakan setiap minggu. Bukan musim yang tertentu sahaja. Terima kasih.

Dato’ Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat belum dengar kata saya dalam langkah-langkah yang kita akan ambil. Dengar dahulu, saya akan jelaskan. Kita mengehadkan kenderaan-kenderaan berat daripada menggunakan seksyen tertentu jalan atau lebuh raya pada tempoh atau waktu yang ditetapkan. Ini ada dijalankan. Menggalakkan para pengguna untuk merancang perjalanan dengan memperkenalkan jadual waktu perjalanan (travel time advisory) untuk panduan berjalan para pengguna sekali gus membantu mengurangkan tumpuan perjalanan pada waktu puncak. Kita perlu planlah. Jangan pergi pada waktu yang semua orang pergi sekali gus memang ada jem.

■1510

Membuat hebahan maklumat keadaan trafik semasa menerusi pelbagai media penyampaian sedia ada seperti capaian web, perkhidmatan SMS, saluran radio serta media sosial seperti Twitter dan Facebook, serta paparan VMS. Memang saya tidak menggalakkan pemandu baca atau tengok Twitter setiap masa dan lupa bagaimana nak jaga pemaduan jalan raya. Akan tetapi ini adalah cara-cara kita berikan nasihat supaya mereka tahu bila pergi, bila jalan pada waktu yang lebih selesa untuk mereka.

Kita menggalakkan pengguna untuk beralih ke sistem transaksi pembayaran secara elektronik. Beli kad Touch n’ Go dan SmartTag supaya tak perlu kita tunggu lama di plaza-plaza tol untuk membayar wang tunai. Lebih baik kita guna kad dan make sure kad ini ada wang dalamnya. Jangan kena berhenti juga. Menyediakan pasukan ronda serta kren berada dalam keadaan siap siaga. Kita ada kren atau kereta selalu standby di lokasi-lokasi strategik untuk membantu dalam kecemasan atau kerja pengalihan kemalangan. Memang kita juga ada telah pun – saya akan baca lagi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengenai pelebaran Lebuhraya PLUS pula, kerajaan setakat ini telah siap melaksanakan kerja-kerja pelebaran lorong ketiga di seksyen Seremban, Ayer Keroh dan Rawang. Ini pun menjawab apa yang disentuh pagi tadi– Tanjung Malim, Slim River pada tahun 2009. Manakala terkini PLUS sedang giat melaksanakan kerja-kerja pembinaan lorong keempat Lebuhraya Utara-Selatan di Shah Alam, Rawang, Jalan Duta dan Nilai, Seremban.

Di samping itu kerajaan juga turut mengkaji cadangan bagi pembinaan laluan alternatif kepada PLUS. Ini yang penting- iaitu cadangan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat dari Taiping ke Banting, yang kini sedang dalam peringkat rundingan akhir sebelum ia dimuktamadkan. Ini sebagai alternatif kepada pihak dari utara akan pergi ke Kuala Lumpur melalui Perak.

Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin pula telah membangkitkan...

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Mohon mencelah.

Dato’ Yong Khoon Seng: Oh ya.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat. Silakan.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini berhubung juga dengan apa yang saya bangkitkan pagi tadi yang mana Yang Berhormat tadi kata dia akan jawab. Saya harap dia akan jawablah petang ini. Sama dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Khalid tadi, masalah pengurusan highway ini, siapa yang bertanggungjawab? Siapakah yang bertanggungjawab merancang lima tahun ke hadapan, sepuluh tahun ke hadapan, 20 tahun ke hadapan? Jangan kita sudah sampai ke hidung, baru kita nak merancang. Ini yang terjadi hari ini. Kita sudah tak tahan. Pengguna lebuh raya tak tahan.

Adakah Yang Berhormat mencadangkan kita merancang nak masuk highway? Ini saya rasa satu kenyataan yang tak berapa logiklah. Highway pada persepsi orang adalah satu laluan yang memudahkan, yang segera.

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 43

Takkan kita merancang nak masuk highway untuk menganggap highway ini akan memberi masalah kepada kita sebab kita bayar tol. Pengguna bayar tol. Jadi soalannya, apakah proaktif sama ada Lembaga Lebuhraya dan juga pihak lebuh raya sendiri macam PLUS bagi memastikan tidak ada masalah-masalah yang berlaku semasa hujung minggu Tuan Yang di-Pertua dan juga apabila ada kemalangan.

Baru-baru ini saya bagi contoh Tuan Yang di-Pertua. Kemalangan di laluan Seremban-Kuala Lumpur sebelah kanan. Satu batang besi seberat tiga tan jatuh ke atas jalan raya yang memakan masa lama untuk dialihkan. Jadi di sini saya mungkin mempersoalkan kecekapan pengendali lebuh raya untuk mengambil tindakan sepatutnya. Apa yang hairannya sebelah kanan yang accident, sebelah kiri yang jam. Ini juga soalan saya kenapa kita tidak boleh mampu mengurus supaya ada smooth flow dalam jalan belah ini, dengan izin. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, nak menyampaikan salam rindu juga ini kerana Menteri tak pernah datang.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, okey Yang Berhormat. Yang Berhormat, dengar agaknya rintihan dari Yang Berhormat di Dewan ini. Saya bersimpati pada Yang Berhormat sebagai Timbalan Menteri. Kalau Menteri datang dalam Kabinet, dia boleh bawa perkara ini. Itu agaknya- tolong sampaikan salam saya jugalah kepada sahabat saya itu. Datang-datanglah ke Dewan ini... [Tepuk]

Dato’ Yong Khoon Seng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya semua lebuh raya ini di bawah pengurusan LLM iaitu Lembaga Lebuhraya Malaysia, di bawah Kementerian Kerja Raya tetapi penswastaan lebuh raya ini jalan betul memang dari dasarnya adalah satu cara penswastaan di mana pihak UKAS akan buat planning dan semuanya. Kita cuma menjaga operasinya. Akan tetapi saya setuju dengan apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat tadi memang kalau lebuh raya ini telah sampai ke kapasiti yang amat tinggi dan kesesakan akan berlaku. Kita perlu juga buat planning untuk masa hadapan. Inilah kita ada jalan lebuh raya tambahan atau lebuh raya baru yang akan dibuat oleh pihak UKAS.

Saya tahu tahun ini juga kita telah pun meluluskan beberapa lebuh raya yang baru yang akan dibina dan apa yang kita sebutkan tadi adalah West Coast (Pantai Barat), Lebuh Raya Pantai Barat. Forward planning juga ada tetapi saya akan- apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat, pegawai kita akan ambi perhatian supaya mereka akan juga- seperti Tuan Yang di-Pertua kata tadi... [Ketawa] Saya mungkin tidak akan dapat melihatnya sebab saya akan bersara. Betul ini, saya cakap benar. Kementerian ini telah menetapkan piawaian dan spesifikasi yang perlu dipatuhi oleh semua pihak iaitu sejak peringkat mereka bentuk sesebuah projek ini sehingga projek tersebut diserah untuk penyelenggaraan bagi laluan dari Gurun ke Jeniang iaitu FT175, had laju yang ditetapkan di laluan tersebut ialah 90 km/jam iaitu merujuk kepada perintah had laju kebangsaan yang telah diwartakan.

Sebahagian besar jalan dari Sik-Gurun iaitu sepanjang 34.95 kilometer ini ialah termasuk dalam projek menaik taraf daripada dual lane single carriageway kepada four lane dual carriageway, dengan izin, bernilai RM228 juta dalam projek laluan Lingkaran Alor Setar-Tasik Pedu-Gurun daripada Pekan Gurun, Daerah Kuala Muda ke Pekan Sik. Projek ini telah siap dilaksanakan pada 21 Julai 2008.

Kementerian ini sedar dan mengenal pasti terdapat beberapa kerosakan yang memerlukan pembaikan di laluan tersebut seperti keretakan pada permukaan jalan, aras bahu jalan yang lebih tinggi daripada permukaan jalan dan kerenggangan pada sendi jambatan (bridge joint). Sehubungan dengan itu, kementerian ini akan melantik pihak ketiga untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan yang terlibat iaitu mengambil kira hasil audit keselamatan oleh pihak JKR. Ini kerana kerja-kerja pembaikan tersebut terletak di luar skop konsesi penyelenggaraan jalan yang dilantik kerajaan.

■1520

Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Mohammed Najeeb bin Abdullah meminta penjelasan mengenai strategi bagi mengurangkan bayaran pampasan tol atau subsidi tol dan adakah diskaun tol yang diberi semasa musim perayaan ditanggung oleh kerajaan.

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

44 DN 17.12.2012

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara langkah-langkah kerajaan untuk

memastikan bayaran tol yang dikenakan munasabah yang dapat mengurangkan beban pengguna, kerajaan telah merangka beberapa pelan strategik tindakan seperti berikut:

(i) mengadakan kajian-kajian seperti subsidi lebuh raya bertol oleh PEMANDU dan kajian kadar tol oleh juru perunding luar bagi mengatasi kenaikan kadar tol; dan

(ii) mengadakan bengkel penyelesaian isu tol dengan syarikat konsesi dan agensi terbabit bagi menyelesaikan isu-isu tol dan perbincangan daripada masa ke semasa dengan syarikat-syarikat konsesi untuk mengurangkan kadar tol melalui cadangan penstrukturan semula.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, hasil daripada pelaksanaan strategi ini, kerajaan dalam tempoh dua tahun terakhir telah melaksanakan inisiatif seperti berikut:

(i) penstrukturan semula kadar tol yang lebih rendah bagi tempoh lima tahun mulai 2011 bagi lebuh raya di bawah bidang seliaan Plus Expressway Berhad iaitu Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya LinkKedua Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Lebuhraya ELITE serta lebuh raya di bawah seliaan MTD Prime Sdn. Bhd. iaitu Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak;

(ii) pengurangan kadar tol Plaza Tol PJS2 Lebuhraya Baru Pantai dan pemansuhan kutipan tol di Lebuhraya Metramac di Taman Connaught, Cheras pada bulan Mei 2011; dan

(iii) penutupan Plaza Tol Batu 9 ke arah Kuala Lumpur dan Plaza Tol Batu 11 ke arah Kajang bagi Lebuhraya Cheras-Kajang pada bulan Mac 2012.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, inisiatif diskaun tol yang diberikan semasa musim perayaan tertentu adalah ditanggung sepenuhnya oleh syarikat-syarikat konsesi yang terlibat. Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat atau corporate social responsibility (CSR) yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi untuk membantu dalam meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh para pengguna lebuh raya.

Ahli Yang Berhormat Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud telah membangkitkan cadangan disediakan mesin timbang untuk kenderaan perdagangan bagi mengelakkan kenderaan perdagangan melebihi muatan yang merosakkan lebuh raya terutama di laluan Bukit Lanjan hingga R&R Sungai Buloh dan cadangan sistem lampu jalan pencahayaan yang lebih baik di sepanjang Bukit Kayu Hitam hingga ke Johor seperti yang dilakukan di Terowong Genting Sempah, hingga ke tol Gombak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penggunaan stesen timbang atau weight bridge station telah pun dilaksanakan di berapa buah lebuh raya seperti Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Guthrie. Pembinaan stesen timbang ini adalah berdasarkan kepada keperluan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selaku agensi penguatkuasaan serta kesesuaian tapak di lebuh raya berkenaan. Perkara ini juga telah dimasukkan sebagai obligasi di dalam perjanjian konsesi. Walau bagaimanapun, pelaksanaan aspek penguatkuasaan terletak di bawah bidang kuasa pihak JPJ.

Berkenaan isu pencahayaan lebih baik di sepanjang lebuh raya, kementerian menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia sememangnya sentiasa mengambil berat akan keperluan kemudahan lampu jalan bagi pengguna lebuh raya. Pemasangan lampu jalan ini di lebuh raya ditentukan berdasarkan kepada kriteria seperti berikut:

(i) lebuh raya dalam bandar atau urban highway, kemudahan jalan perlu disediakan di tol plaza, kawasan rehat dan rawat, hentian sebelah, persimpangan bertingkat dan sepanjang lebuh raya; dan

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 45

(ii) lebuh raya luar bandar atau inter-urban highway, kemudahan lampu jalan perlu disediakan di tol plaza, kawasan rehat dan lawat, hentian sebelah dan persimpangan bertingkat sahaja.

Ahli Yang Berhormat...Ya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri ada ahli bangun Yang Berhormat, silakan.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu apakah kementerian atau LLM bercadang untuk menerangkan kawasan-kawasan yang memang dianggap berbahaya, contoh misalnya jalan daripada tol Bentong ke Bukit Tinggi, ada beberapa selekoh yang bahaya di mana tidak ada pencahayaan yang cukup. Demikian juga halnya dengan jalan selepas daripada terowong melepasi Sungai Perak menghala ke Jelapang, ada beberapa selekoh yang bahaya yang mana tidak ada pencahayaan yang cukup. Apakah ada ikhtiar atau usaha daripada kementerian atau LLM untuk menerangkan tempat tersebut?

Dato’ Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, ini adalah cadangan Yang Berhormat, kita tidak kira daripada pembangkang atau tidak.

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang semua baik Yang Berhormat.

Dato’ Yong Khoon Seng: Semua baik, itu pun bagus sebab saya pun baik... [Ketawa] Cadangan dari Bentong ke Bukit Tinggi itu, saya tahu kita masih membuat jalan di sana dan ada selekoh yang amat bahaya. Daripada Terowong Sempah keluar, kita akan beritahu pihak LLM supaya meneliti perkara ini. Okey ya Yang Berhormat, puas hatilah ya... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat.

Dato’ Yong Khoon Seng: Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan telah membuat meminta penjelasan mengenai kad Touch 'n Go yang lama yang tidak digunakan sama ada nilai baki di dalam kad tersebut akan luput. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kad Touch 'n Go menjadi tidak aktif jika kad tersebut tidak digunakan untuk apa-apa urus niaga atau penggunaan sama ada pembayaran atau tambah nilai sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 12 bulan atau setahun. Kad Touch 'n Go bukan selalunya sekadar untuk highway tetapi untuk tambang letak kereta juga.

Namun begitu baki dalam kad tersebut tidak luput, walau bagaimanapun kad yang tidak aktif akan dikenakan caj pentadbiran untuk menyelenggarakan kad tersebut sebanyak RM5 bagi tahun pertama dan caj tersebut ditolak daripada baki kad tersebut. Pengguna yang mengalami masalah kad tidak aktif ini boleh memohon untuk menamatkan perkhidmatan dan baki kad tersebut akan dikembalikan dalam tempoh 30 hari sama ada dikreditkan ke dalam akaun atau melalui cek. Pengguna juga boleh memilih untuk membeli kad baru dan memindahkan bakinya yang ada di dalam kad tersebut. Kita tidak ambil duit sewenang-wenangnya.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Hajah Rohani binti Abdullah membangkitkan isu mengenai sistem penerapan teknologi hijau dalam pembinaan bangunan kerajaan. Status pelaksanaan building sector energy efficiency project dan pencapaian pelaksanaan IBS.

■1530

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, teknologi hijau merujuk kepada pembangunan, aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi, dan juga meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Aplikasi teknologi hijau bertujuan untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida yang boleh menyebabkan pemanasan global dan juga penipisan lapisan ozon. Penerapan teknologi hijau dalam pembinaan bangunan akan memastikan setiap bangunan mengikut kehendak pemeliharaan alam sekitar dan seiring dengan matlamat kerajaan untuk menurunkan kadar pelepasan gas karbon dioksida di negara kita. Konsep teknologi hijau bukan sahaja mesra alam tetapi ia juga mengurangkan perbelanjaan kos projek yang dikeluarkan pemaju untuk jangka masa panjang.

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

46 DN 17.12.2012

Kos penggunaan sumber dan tenaga lebih menjimatkan banding dengan projek

pembangunan yang dibina tanpa aspek teknologi hijau ini.

Selaras dengan konsep teknologi hijau ini, kerajaan melalui Jabatan Kerja Raya telah mengambil kira ciri-ciri kecekapan tenaga, kelestarian tapak bahan binaan serta teknologi binaan yang lestari dalam mereka bentuk bangunan yang dibina. Beberapa dokumen-dokumen teknikal serta garis panduan juga telah dihasilkan bagi mereka bentuk bangunan yang lestari. Di samping itu, penyelidikan bersama secara kolaborasi dengan institut pengajian tinggi awam telah dilaksanakan bagi mempertingkatkan aspek kelestarian dalam reka bentuk bangunan terutamanya bangunan kerajaan.

Untuk menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam bidang pembinaan, pengubahsuaian, menaik taraf, operasi dan selenggaraan bangunan, kerajaan telah memberikan galakan kepada sistem penarafan green building index yang dibangunkan oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia dan Persatuan Jurutera Perunding Malaysia. Ini untuk menggalakkan pemaju dan pemilik bangunan untuk mereka bentuk dan membina bangunan hijau yang mampu menjimatkan tenaga, air, mesra alam. Penarafan GBI ini diberikan ke atas bangunan yang dikategorikan sebagai mesra alam berdasarkan enam kriteria utama iaitu:

(i) kecekapan penggunaan tenaga;

(ii) kualiti persekitaran dalaman;

(iii) kemapanan perancangan dan pengurusan tapak lestari;

(iv) kecekapan penggunaan air;

(v) pengurusan bahan dan sumber; dan

(vi) program inovasi.

Kerajaan juga turut melancarkan garis panduan MS1525 sebagai inisiatif penggunaan teknologi hijau di bangunan pejabat kerajaan dan bangunan komersial. Penggunaan IBH ini juga giat dilaksanakan oleh sektor swasta berikutan ia telah terbukti mempercepatkan pelaksanaan projek dan mengurangkan tahap kebergantungan kepada tenaga kerja manusia khususnya pekerja asing.

Tuan Yang di-Pertua, setakat inilah sahaja penjelasan-penjelasan mengenai isu-isu...

Dato’ Boon Som a/l Inong: Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ada seorang lagi Yang Berhormat.

Dato' Yong Khoon Seng: Banyak saya fikir sudah jawab semua.

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar: Saya sudah ikuti dari tadi, saya hendak tanya soalan yang tahun lepas. Bilakah Lebuhraya Pantai Timur akan siap? Beri betul-betul tarikhnya. Jangan kata, ya ya ya akan siap sedangkan tidak siap sudah enam tahun lebih. Bilakah akan siap?

Dato' Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya telah pun melawat projek LPT2 ini dan banyak projek sudah berjalan lancar kecuali yang Pakej 7 yang akan disiapkan pada tarikh yang terakhir untuk keseluruhan LPT2 ini adalah Ogos 2014. Saya baru pergi sana, tidak kita cakap- betul, memang kita cakap betul.

Dato’ Boon Som a/l Inong: Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ada lagi? Okey silakan Yang Berhormat Dato’ Boon.

Dato’ Boon Som a/l Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri kerana menjawab soalan. Pada 11 Disember, saya ada bangkit beberapa isu mengenai Kementerian Kerja Raya termasuklah Kelas ‘F’ tetapi saya sedih kenapa pegawai tidak mencatat dan mungkin tidak menghormati Dewan yang mulia ini.

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 47

Jadi Kelas ‘F’ pada sidang Julai Yang Berhormat Timbalan Menteri kata akan buka balik pada November. Saya difahamkan bahawa belum buka lagi pendaftaran baru untuk Kelas ‘F’. Jadi pada 25 Februari tahun ini dan pada 26 September, sidang Jemaah Menteri dalam mesyuarat mereka telah melulus bahawa masyarakat Siam adalah bumiputera. Apakah pandangan dari segi Kementerian Kerja Raya mengenai masyarakat Siam ini? Adakah mereka layak untuk membuat permohonan Kelas ‘F’ ini? Terima kasih.

Dato' Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat tidak membangkitkan isu ini dalam perbahasan tetapi ini ada satu isu...

Dato’ Boon Som a/l Inong: Saya bangkit, saya bangkit.

Dato' Yong Khoon Seng: Ada bangkit di dalam bajet itu?

Dato’ Boon Som a/l Inong: Ya.

Dato' Yong Khoon Seng: Okey, kalau begitu kita terlepas pandang. Saya akan bagikan jawapan secara bertulis. Sebenarnya pendaftaran untuk Kelas ‘F’ ini telah pun dibuka semula, sefaham sayalah.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Saya bagi peluang kepada Hajah Dayang Madinah dahulu fasal dia sudah bangun lama. Silakan.

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kebetulan Yang Berhormat Timbalan Menteri berasal dari Kuching, saya hendak ajukan satu soalan. Saya hendak tahu Yang Berhormat, adakah pembinaan jalan raya ini punya specification yang standardize for the whole Malaysia dengan izin, seluruh negara? Ini kerana saya dapati, seperti Yang Berhormat sedia maklum di kawasan di beberapa jalan raya di Bandaraya Kuching, walaupun sudah direpair tetapi dia punya kualiti tidak licin, tidak rata seperti jalan raya di Semenanjung ini, contohnya di Kuala Lumpur. Kita khuatir kalau kita tidak selesa dalam kereta kita sepanjang perjalanan, apatah lagi kepada para pelancong yang membuat lawatan seperti sight seeing di sekitar Bandaraya Kuching. Terima kasih.

Dato' Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, saya terpaksa jawablah orang Sarawak juga. Sebenar kita memang ada standard, ada R5, R3. Mungkin apa yang dilakukan di sebahagian jalan ini mungkin adalah jalan bandaran atau jalan negeri di mana kita tidak sampai ke tahap R5. Kebiasaannya R3 pun memadai di banyak tempat. Kalau kita katakan jalan kampung, mungkin ini R1 pun tidak adalah, ini memang betul. Di Kuching ini di bandar-bandar memang dia ada standard, R5 lah. Kita akan menelitikannya. Kalau dapat berikan specification- saya diam sana, saya hari-hari tengok kecuali Jalan Song sekarang kita ada buat kerja yang jalannya tidak berapa selesa tetapi tidak tunggu sampai April tahun depan dia akan siap sepenuhnya, jalannya akan lebih elok. Tuan Yang di-Pertua, setakat inilah saya boleh jawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

■1540

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Ada lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Saya nampak letih Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab. Tak apa, last one lah.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Last one.

Tuan Yang di-Pertua: Lepas Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdul Rahman cukuplah ya. Cukup-cukup, cukuplah Yang Berhormat. Berjumpa dengan Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Senator Datuk.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Boleh?

Tuan Yang di-Pertua: Ya boleh, last one, penghabisan.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: [Ketawa] Tadi Yang Berhormat kata Lebuh Raya Pantai Timur siap Ogos 2014 kecuali Pakej 7. Sebab apa tak siap Pakej 7 dan bila akan siap sepenuhnya?

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

48 DN 17.12.2012

Dato' Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya kata banyak

sudah berjalan dan bergerak kecuali Pakej 7 yang akan siap pada Ogos 2014, inilah. Salah dengarkan tadi?

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Dah siap semualah?

Dato' Yong Khoon Seng: Dah siap semuanya.

Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat Dato’ Lim. Sebenarnya saya bersimpati dengan kawan saya ini, kawan lama ini dan juga itu kalau dapat Menteri dapat jawab, kementerian ini memang kementerian yang panas juga, ramai yang hendak bertanya. Sudah itu, Yang Berhormat sampaikan salam kepada Menteri Yang Berhormat. Datanglah sesekali dekat sini, dengar sedikit dan you know dalam keadaan sekarang ini maklum sahajalah. Yang Berhormat pun sedia maklum, dah dekat-dekat ini fahamlah Yang Berhormat agaknya. Takkan Yang Berhormat sahaja terima all the punches, dengan izin. Sama-sama kita kongsi, ya? Tak apa, agaknya saya tahu Yang Berhormat ini telah cuba sedaya upayanya.

Timbalan Menteri, dia punya yardstick itu tak panjang, dah tu agaknya faham-faham sahajalah. Seterusnya saya mempersilakan tanpa membuang masa lagi Kementerian Kesihatan. Setidak-tidaknya Menteri Kesihatan ada juga datang, so timbalan pun dia fully competent lah. Silakan Yang Berhormat.

3.42 ptg.

Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin]: Kami berkongsi the punches, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada tujuh Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia. Pertama sekali izinkan saya menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Pau Chiong Ung mengenai Hospital Bintulu. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Hospital Bintulu masih dapat menampung keperluan semasa dengan sebanyak 292 buah katil. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mengkaji keperluan untuk masa akan datang seperti menaik taraf Hospital Bintulu.

Mengenai peruntukan bagi membeli peralatan perubatan, pada tahun ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan peruntukan berjumlah RM1,699,500 untuk Hospital Bintulu bagi membeli peralatan perubatan yang diperlukan. Antaranya adalah phaco machine dan automated parameter bagi perkhidmatan oftalmologi, pharmaceutical isolator bagi perkhidmatan farmasi dan plasma low hemoglobin checker bagi perkhidmatan transfusi darah. Kementerian pada masa ini juga sedang mengkaji senarai peralatan yang diperlukan bagi tujuan perolehan pada tahun 2013. Daripada segi penempatan doktor pakar di Hospital Bintulu, Kementerian Kesihatan memang prihatin dan sentiasa berusaha untuk menambahkan lagi bilangan doktor pakar dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada rakyat termasuklah di Hospital Bintulu.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga Disember 2012, terdapat 20 pegawai perubatan dan 18 orang pakar perubatan pelbagai disiplin yang menyediakan perkhidmatan kepakaran di Hospital Bintulu iaitu dalam bidang pediatrik, perubatan dalaman, obstetrik dan ginekologi, ortopedik, bedah am, radiologi, perubatan kecemasan, oftalmologi, psikiatri dan juga bius. Selain daripada bidang kepakaran ini, bagi rawatan kritikal yang melibatkan kes-kes rumit dalam bidang lain, pesakit akan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak di Kuching. Kementerian Kesihatan akan terus berusaha untuk menambah penempatan pakar di semua hospital kerajaan termasuklah di Hospital Bintulu menerusi pelbagai strategi, seperti:

(i) pengambilan pakar warganegara asing secara kontrak;

(ii) pelantikan semula pakar Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah bersara wajib secara kontrak;

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 49

(iii) pengambilan doktor pakar swasta berkhidmat secara seasonal; dan

(iv) menggalakkan pakar warganegara Malaysia yang berkhidmat di luar negara untuk pulang ke tanah air.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha untuk memperluaskan lagi akses perkhidmatan kepada komuniti terutama sekali yang di luar bandar dengan penambahan daripada semasa ke semasa, klinik pergigian bergerak dan penggunaan kenderaan pacuan empat roda. Bagi perkhidmatan kesihatan pergigian pula, buat masa ini Bahagian Kesihatan Pergigian Bintulu menyediakan perkhidmatan secara outreach di Klinik Kesihatan Tatau, Klinik Kesihatan Sebauh dan Klinik Kesihatan Sungai Asap mengikut jadual yang telah ditentukan. Di samping itu, Bahagian Kesihatan Pergigian Sarawak akan memperluaskan liputan penyampaian perkhidmatan pergigian secara outreach ke kawasan luar bandar yang lain di bahagian Bintulu pada 2013 seperti KK Jepak, KK Tubau, KK Lubuk Tapang, KK Nyalau, KK Kuala Katau, KK Sangan, KK Nanga Tau dan KK Kakus Penyarai. Kekerapan lawatan ke klinik kesihatan juga akan diperbaiki.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu pengangkutan bagi pesakit-pesakit di Sarawak pula. Pada masa ini, terdapat sebanyak tujuh buah ambulans di Hospital Bintulu. Untuk perolehan ambulans pada 2010-2012, sebanyak sepuluh buah ambulans telah diagihkan ke negeri Sarawak. Untuk perolehan pada 2012-2014, sebanyak 23 buah ambulans lagi diagihkan ke negeri Sarawak, yang mana tiga buah ambulans akan diagihkan ke Hospital Bintulu. Selain daripada itu, kementerian menyewa tiga helikopter bagi tujuan perkhidmatan doktor udara yang berpusat di Kuching, Sibu dan Miri manakala bagi perkhidmatan Medevac, dua helikopter telah disewa dan berpusat di Sibu dan Miri. Bagi perkhidmatan Medevac di Bintulu, analisa laporan yang diperoleh dari Hospital Bintulu menunjukkan daripada 14 permohonan Medevac yang dihantar daripada Januari hingga September 2012, sebanyak sembilan permohonan telah diaktifkan iaitu 64.3 peratus.

Terdapat seramai empat pesakit telah dihantar ke hospital rujukan dengan penerbangan komersial disebabkan faktor cuaca yang tidak baik dan jadual penerbangan Medevac yang agak padat. Namun demikian, dukacita terdapat seorang pesakit telah meninggal dunia ketika menunggu persetujuan daripada ahli keluarga setelah permohonan Medevac dibuat. Tuan Yang di-Pertua, di Bintulu, perkhidmatan klinik bergerak telah disediakan di bawah operasi enam buah klinik iaitu KK Bintulu, KK Sebauh, KK Tubau, KK Tatau, KK Kuala Tatau dan KK Sangan yang meliputi perkhidmatan doktor udara, pasukan kesihatan bergerak darat dan sungai. Sebanyak 94 buah locality telah disenaraikan dalam kawasan operasi perkhidmatan doktor udara bagi Januari hingga November 2012 iaitu dalam tempoh 44 hari penerbangan, 65 kawasan iaitu 69.15 peratus berjaya diliputi oleh perkhidmatan ini dalam tempoh 35 hari penerbangan iaitu 79.55 peratus manakala pasukan kesihatan bergerak sungai dan darat mempunyai 117 kawasan operasi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Pau Chiong Ung juga telah membangkitkan isu kelewatan projek pembesaran pusat dialisis dan tempoh masa kelulusan penghantaran mesin dialisis di Hospital Bintulu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kelewatan menyiapkan projek pembesaran pusat dialisis di Hospital Bintulu adalah disebabkan oleh isu-isu yang dihadapi oleh syarikat kontraktor seperti tidak mempunyai tenaga mahir mencukupi dan masalah kewangan syarikat. Berkenaan tempoh masa kelulusan penghantaran mesin dialisis, Kementerian Kesihatan telah menerima permohonan penerimaan hadiah pada 14 Ogos 2012 namun demikian, permohonan ini didapati tidak lengkap. Setelah dihubungi, permohonan lengkap hanya diterima pada 5 November 2012.

■ 1550

Seterusnya, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan surat kelulusan pada 28 November 2012. Tempoh proses yang digunakan untuk memproses penerimaan hadiah ini adalah selama 15 hari waktu bekerja berpandukan Piagam Pelanggan Kementerian Kesihatan iaitu memproses dan meluluskan permohonan bagi penerimaan hadiah dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

50 DN 17.12.2012

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji

Mat Amin telah bertanya tentang jumlah pesakit yang menerima kemudahan dialisis dan membangkitkan isu berkenaan dengan kos rawatan. Izinkan saya nyatakan bahawa pada tahun 2011, jumlah pesakit kegagalan buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara adalah seramai 26,159 orang. Daripada jumlah ini, seramai 8,114 orang pesakit menerima rawatan dialisis di pusat dialisis kerajaan.

Kerajaan memang prihatin dengan keperluan pesakit buah pinggang khususnya pesakit golongan berpendapatan rendah dan kerajaan selalu berusaha untuk meningkatkan kemudahan untuk rawatan dialisis. Untuk membantu pesakit yang miskin, kerajaan memberikan bantuan subsidi bagi kos rawatan hemodialisis sebanyak RM50 kepada setiap pesakit miskin dan kurang berkemampuan yang menjalani rawatan hemodialisis di pusat-pusat hemodialisis NGO yang berdaftar.

Sejak bulan April 2009, kerajaan telah mula memberi bantuan suntikan epoetin kepada pesakit-pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis di pusat-pusat hemodialisis NGO dan menerima subsidi rawatan hemodialisis daripada Kementerian Kesihatan. Bantuan suntikan ini adalah sebanyak RM30 untuk setiap suntikan kepada pesakit dan pusat hemodialisis tidak boleh mengenakan sebarang caj kepada pesakit bagi suntikan tersebut.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Muhammad ....

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Tuan Yang di-Pertua, pohon mencelah. Boleh menteri?

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Silakan.

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagaimana yang kita tahu Yang Berhormat Menteri yang mana di negara kita ini banyak tenaga kepakaran doktor daripada luar negara kita import untuk memberi khidmat di negara kita. Jadi saya hendak tahu berapakah jumlahnya dan apakah bidang-bidang yang diambil bahagian oleh tenaga-tenaga import yang memberi servis kepada negara kita?

Keduanya, berapa ramai kah tenaga pakar kita yang mahir sebab kita difahamkan ada juga tenaga kita yang memberi servis kepada negara luar? Jadi kenapakah berlaku sedemikian sedangkan dalam masa yang sama, keperluan tuntutan di bidang rawatan kedoktoran ini di negara kita tidak mencukupi? Saya pohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat Senator di atas soalan yang dikemukakan. Memandangkan Yang Berhormat bertanyakan mengenai doktor mahir ataupun doktor pakar yang berasal dari luar negara dan jumlahnya serta soalan kedua, berapakah doktor yang mahir dengan tenaga yang memberi servis, saya akan bekalkan jawapan ini secara bertulis Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah membangkitkan isu-isu tentang pengagihan peruntukan dalam perbelanjaan kementerian dan kempen kesedaran.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada tahun 2013, pihak Kementerian Kesihatan telah diperuntukkan sebanyak RM7.46 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan. Daripada jumlah peruntukan berkenaan, sebanyak RM2.85 bilion iaitu bersamaan dengan 38.2 peratus telah diperuntukkan bagi pembelian ubat-ubatan, consumables reagent dan vaksin. Sebanyak RM1.4 bilion iaitu bersamaan dengan 18.8 peratus adalah bagi perkhidmatan sokongan hospital. Selebihnya iaitu sebanyak RM3.21 bilion yang bersamaan dengan 43 peratus pula adalah bagi perbelanjaan mengurus facilities Kementerian Kesihatan di peringkat ibu pejabat dan juga negeri.

Berkenaan dengan kempen-kempen kesedaran, sukacita saya maklumkan yang Kementerian Kesihatan amat prihatin dan komited untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat. Sebenarnya, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kesedaran supaya masyarakat lebih sihat dan juga dapat mengurangkan permintaan penjagaan kesihatan terutamanya rawatan perubatan di hospital.

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 51

Langkah pencegahan penyakit terutamanya memberi kesedaran dan pendidikan kesihatan telah dilaksanakan melalui beberapa pelan strategik kebangsaan seperti Pelan Strategik Kebangsaan bagi Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Pelan Strategik Kebangsaan mengenai HIV/AIDS, Pelan Strategik Kebangsaan bagi Mengawal Denggi dan beberapa lagi program kesihatan awam. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti kempen promosi kesihatan di media massa termasuklah di televisyen, radio, akhbar dan juga media luar, program di peringkat komuniti seperti karnival dan kem kesihatan, program bersama komuniti yang dikenali sebagai COMBI turut juga diadakan. Pendidikan kesihatan seperti ceramah dan juga nasihat turut diadakan di klinik-klinik oleh petugas kesihatan.

Selain daripada itu, program promosi kesihatan di sekolah turut dipertingkatkan melalui program yang dikenali sebagai Program Doktor Muda dan kepada belia melalui Program PROSTAR. Program promosi kesihatan juga diadakan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Selain daripada itu, penyebaran maklumat kesihatan juga disebarkan melalui bahan-bahan pendidikan seperti poster, risalah dan melalui ICT dengan menyediakan portal kesihatan dan juga melalui kaedah media massa terkini seperti media sosial Facebook dan juga blog.

Antara kempen utama yang ditekankan ialah kesedaran pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD) yang menjurus kepada penggalakan makan secara sihat, tidak merokok, amalkan aktiviti fizikal dan senaman serta bijak mengawal stres. Selain daripada itu, pihak kerajaan juga turut memberi perhatian kepada pencegahan penyakit berjangkit utama seperti pencegahan denggi, pencegahan jangkitan HIV/AIDS, penyakit tibi dan juga keracunan makanan. Aspek-aspek lain seperti penjagaan kesihatan ibu dan anak, kebersihan makanan dan kebersihan diri juga turut diberi kesedaran dan pendidikan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah dan Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin telah membangkitkan beberapa isu tentang hospital-hospital daerah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kemudahan facility kesihatan di seluruh negeri Sabah sentiasa diberi perhatian oleh pihak kementerian sama ada membina facility baru ataupun aktiviti menaik taraf mengikut keperluan.

Di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, sebanyak RM996 juta telah disediakan untuk tujuan ini. Pendekatan yang diambil kementerian adalah perluasan perkhidmatan kepakaran secara berfasa dengan mengambil kira keperluan penduduk tempatan dan juga beban penyakit di kawasan tersebut. Bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh, sebanyak 19 buah hospital kementerian telah dirancang dan dinaiktarafkan sebagai hospital pakar minor bagi menyediakan perkhidmatan kepakaran untuk enam bidang kepakaran iaitu bidang perubatan, pembedahan, pediatrik, obstetrik dan ginekologi, ortopedik dan anestesiologi.

Pada masa ini, enam buah hospital pakar minor telah menyediakan sebanyak enam perkhidmatan kepakaran. Pihak kementerian juga sentiasa berusaha melengkapkan peralatan di hospital dengan peralatan terkini dan selamat dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik dengan menaik taraf bangunan hospital yang telah uzur dan membina infrastruktur baru selaras dengan perkembangan teknologi perubatan semasa.

Pelbagai inisiatif lain juga telah dilaksanakan untuk meningkatkan akses dan kualiti perkhidmatan yang disediakan. Ini meliputi sistem rujukan yang mana hospital tanpa pakar akan merujuk kes ke hospital pakar terdekat sekiranya pesakit memerlukan tahap penjagaan dan rawatan lebih tinggi. Sebelum pesakit dirujuk, keadaan klinikal pesakit seboleh-bolehnya akan distabilkan supaya pemindahan pesakit tidak memudaratkan keadaan klinikal pesakit tersebut.

■1600

Pihak kementerian juga menggalakkan kerjasama- networking di antara hospital berpakar dengan hospital tanpa pakar di mana pakar-pakar memberikan perkhidmatan pesakit dalam setiap hari di hospital tanpa pakar bagi meningkatkan akses perkhidmatan kepakaran kepada penduduk di luar bandar dan sekali gus mengurangkan permintaan katil di hospital berpakar. Contohnya, kerjasama di antara Hospital Melaka dan Hospital Jasin dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan juga Hospital Jitra.

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

52 DN 17.12.2012

Selain daripada itu, perkhidmatan hospital di Sabah sentiasa ditambah baik dari

semasa ke semasa. Ketika ini bilangan pakar yang berkhidmat di pelbagai disiplin kepakaran di Sabah adalah seramai 238 orang. Bilangan pegawai perubatan adalah seramai 506 orang yang berkhidmat di 24 buah hospital seluruh Sabah. Bermula tahun 2013, Hospital Lahad Datu dan Hospital Keningau akan memulakan program untuk latihan housemen officer (HO). Ini merupakan tambahan kepada empat buah hospital yang menjalankan latihan HO pada ketika ini. Sehingga 15 November 2012, pengisian jawatan gred fleksi pegawai perubatan di negeri Sabah menghampiri 70 peratus. Kementerian menjangkakan lebih banyak jawatan pegawai perubatan akan di sini di Sabah bermula tahun 2013.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Selain daripada itu, sehingga 31 Disember 2011 kementerian telah menyediakan 302 fasiliti kesihatan statik di negeri Sabah. Dari jumlah tersebut, 105 adalah klinik kesihatan dan 197 adalah klinik desa. Tumpuan telah diberikan kepada penduduk luar bandar di mana 69 bersamaan dengan 65.7 peratus dari jumlah klinik kesihatan terletak di luar bandar dan 183 bersamaan dengan 92.8 peratus buah klinik desa terletak di luar bandar. Masyarakat luar bandar turut mendapat perkhidmatan dari 21 pasukan klinik bergerak sama ada secara darat, air ataupun udara.

Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan untuk penduduk bandar berpendapatan rendah dan sederhana kementerian telah membina Klinik 1Malaysia yang menyediakan perkhidmatan rawatan ringan kepada semua golongan. Sekarang terdapat 19 Klinik 1Malaysia yang telah beroperasi di seluruh negeri Sabah. Ini merupakan 12 peratus dari keseluruhan Klinik 1Malaysia di seluruh negara. Kementerian Kesihatan akan terus berusaha meningkatkan perkhidmatan dari semasa ke semasa, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato' Muhammad Olian bin Abdullah telah bertanya tentang langkah-langkah dan tindakan Kementerian Kesihatan untuk memantau caj perkhidmatan hospital swasta.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sejak tahun 2006 Kementerian Kesihatan Malaysia memantau kos perubatan di hospital swasta berpandukan Jadual ke-13 Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta, Hospital Swasta dan kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta 2006 iaitu dengan mengenakan harga siling atau julat kepada kos atau fi profesional untuk rundingan dan prosedur perubatan dan pergigian dan lain-lain fi yang boleh dikenakan, seperti fi penyediaan laporan perubatan oleh pengamal perubatan atau pergigian swasta. Jadual ke-13 ini telah dijadikan panduan oleh hospital swasta di Malaysia dalam mengenakan caj ke atas pesakit.

Walau bagaimanapun, fi selain daripada fi profesional seperti fi penginapan, fi tatacara, kejururawatan, fi peralatan, fi ujian makmal dan fi ubat-ubatan masih tidak dikawal selia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Fi yang boleh dikenakan ke atas mana-mana pesakit termasuk pesakit warga asing yang mendapatkan rawatan di hospital swasta di Malaysia tidak boleh melebihi kadar fi yang dinyatakan dalam Jadual ke-13 tersebut. Ini bermakna Jadual ke-13 terpakai untuk pesakit warganegara dan juga bukan warganegara ataupun warga asing di Malaysia.

Di hospital swasta, bayaran dikenakan bagi setiap perkhidmatan atau kemudahan jagaan kesihatan yang disediakan untuk pesakit iaitu yang terdiri dari kos pembedahan major yang boleh menjangkau ribuan ringgit hinggalah kos bagi penggunaan alat pakai buang yang kecil seperti kapas dan kain kasa. Kos perubatan di hospital swasta perlu dibiayai sepenuhnya oleh pesakit atau pembayar seperti syarikat insurans dan juga majikan kepada pesakit.

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 53

Pada masa yang sama, beberapa langkah diambil oleh Kementerian Kesihatan bagi mengawal kos rawatan perubatan yang dianggap tinggi dan tidak munasabah di hospital swasta dan seterusnya mengelak dari dikenakan kos rawatan yang tinggi. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut, langkah-langkah jangka pendek:

(i) pemantauan ke atas fi yang dikenakan oleh hospital swasta dibuat oleh Kementerian Kesihatan berpandukan Jadual ke 13 di mana pertanyaan dan ketidakpuasan hati atau aduan daripada pelbagai pihak mengenai fi disemak dan seterusnya diteliti;

(ii) berdasarkan keputusan siasatan ke atas pertanyaan atau aduan, Kementerian Kesihatan telah menyarankan atau memberikan peringatan kepada pihak hospital swasta supaya mematuhi fi yang tertera dalam Jadual ke-13 dan mengenakan fi yang munasabah ke atas pesakit; dan,

(iii) Kementerian Kesihatan juga berharap supaya pesakit turut memainkan peranan penting bagi memantau sendiri kos perubatan yang dikenakan dengan membandingkan caj keseluruhan yang dibilkan kepada pesakit dengan anggaran kos yang telah diberikan kepada pesakit seperti yang diperuntukkan di bawah perenggan 27(1)(a) Peraturan-peraturan kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Hospital Swasta, Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain 2006.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh saya celah sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada yang hendak mencelah, boleh?

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih atas penjelasan dan beberapa statistik yang dikemukakan. Saya hanya agak musykil bilangan tindakan yang dilakukan terhadap pesalah-pesalah dalam memberikan prescription dan salah memberikan ubat seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan. Saya percaya mungkin statistik tidak ada sekarang tapi kalau ada menarik juga. Dalam setahun berapa kesalahan sedemikian dilakukan dan saya rasa baik kementerian ini perlu memberikan statistik seperti ini dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Mohon izin Yang Berhormat Senator, adakah Yang Berhormat merujuk kepada hospital kerajaan ataupun swasta dalam hal ini?

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Kedua-dua sekali baguslah kalau ada.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Kita akan bekalkan secara bertulis.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Kalau dapat rekod itu lagi bagus. Terima kasih.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Insya-Allahlah saya akan bekalkan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat, teruskan.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Tuan Yang di-Pertua, di bawah peruntukan yang telah saya sebutkan tadi pihak hospital swasta juga perlu memastikan bahawa seseorang pesakit sebagai haknya diberikan maklumat termasuklah kos yang mungkin dikenakan bagi rawatan penyiasatan ataupun prosedur yang hendak dijalankan. Selain itu, di bawah perenggan 26(1)(a) peraturan-peraturan yang sama, pesakit di atas permintaan juga mempunyai hak untuk diberitahu caj yang dianggarkan bagi perkhidmatan bersesuaian dengan diagnosis awal yang dibuat sebelum memulakan jagaan dan juga rawatan.

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

54 DN 17.12.2012

Untuk langkah-langkah berterusan, Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan

pihak pengurusan hospital swasta melalukan pemantauan ke atas caj yang dikenakan oleh pengamal perubatan yang mengamalkan di hospital swasta tersebut. Fi profesional yang dikenakan oleh pengamal perubatan atau pergigian swasta dikawal oleh sistem yang dibangunkan oleh pihak hospital swasta sendiri bagi memastikan fi tersebut tidak melebihi fi yang dinyatakan oleh Jadual ke-13.

Seterusnya, pihak organisasi jagaan yang diuruskan atau MCO turut memantau caj perubatan yang dikenakan oleh pihak hospital swasta untuk pesakit-pesakit berinsurans. Pihak MCO akan menjalankan verifikasi terhadap setiap tuntutan bayaran yang dibuat ke atas seseorang pesakit oleh pihak hospital swasta atau dan mana-mana caj yang dianggap melampau termasuk fi profesional dan lain-lain fi yang dikenakan oleh hospital swasta akan dipersoalkan dan pembayaran akan dibuat setelah mendapat clarification dan didapati munasabah.

■1610

Untuk langkah-langkah jangka panjang, Kementerian Kesihatan Malaysia juga sedang menyediakan draf pindaan ke atas Jadual ke-13. Termasuk beberapa nota tambahan bagi mengelakkan pengamal perubatan yang mengamalkan di hospital swasta daripada memanipulasi fi profesional yang boleh dikenakan ke atas pesakit dan mematuhi fi yang dinyatakan dalam Jadual ke-13 yang akan dipinda itu.

Seterusnya, persatuan hospital swasta juga telah bersetuju bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan hospital-hospital swasta yang menganggotai persatuan tersebut memuat naik dan memaparkan fi bagi pelbagai prosedur bagi membolehkan pesakit membuat pilihan rawatan mengikut kemampuan mereka serta menjamin ketelusan dari segi kos rawatan perubatan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu permintaan pembayaran 10 peratus hingga 20 peratus, pihak Kementerian Kesihatan amat prihatin dengan perkara yang dibangkitkan iaitu berhubung pesakit perlu membuat pembayaran walaupun mempunyai perlindungan insurans. Adalah dimaklumkan bahawa ada sesetengah syarikat insurans mengamalkan polisi pembayaran bersama (co-payment), dengan izin ataupun ditolak, deductible, dengan izin.

Jika co-payment di dalam polisi insurans adalah 10 peratus, pesakit perlu membayar 10 peratus daripada jumlah bil hospital dan 90 peratus lagi dibayar oleh pihak insurans. Tujuan co- payment dan deductible adalah untuk memastikan pemegang polisi insurans tidak menggunakan perkhidmatan penjagaan kesihatan dengan sewenang-wenangnya. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, terdapat situasi di mana pesakit mendapat rawatan yang di luar perlindungan insurans atau melebihi kelayakan perlindungan insurans. Sehubungan itu pesakit sebagai pemegang polisi insurans perlu tahu dan memahami syarat serta kelayakan dalam polisi perlindungan insurans mereka.

Tuan Yang di-Pertua, perkhidmatan kesihatan swasta adalah mahal disebabkan oleh kadarnya adalah bergantung pada kadar pasaran semasa (market rate), dengan izin, walaupun pihak Persatuan Perubatan Malaysia mempunyai panduan kadar caj perkhidmatan profesional.

Berkenaan isu membawa kepakaran doktor swasta ke hospital kerajaan untuk mengurangkan kos, doktor-doktor pakar daripada hospital swasta ada menjalankan perkhidmatan klinikal secara seasonal di hospital-hospital kementerian. Di mana mereka ini mendapat bayaran sebanyak RM100 sejam bagi disiplin perubatan dan RM120 sejam bagi disiplin pembedahan.

Kementerian juga ada membeli perkhidmatan daripada pihak hospital swasta untuk kes-kes kecemasan bagi tujuan diagnosis dan rawatan seperti perkhidmatan CT Scan dan MRI dari klinik radiologi swasta di Limbang untuk pesakit-pesakit hospital Limbang dan perkhidmatan kardiologi dari hospital swasta di Melaka bagi pesakit-pesakit hospital Melaka. Selain daripada itu, kementerian berkolaborasi dengan 32 buah IPTA dan IPTS yang menempatkan pegawai-pegawai perubatan di 113 buah hospital kementerian untuk latihan perubatan.

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 55

Bagi meningkatkan akses perkhidmatan kepakaran kepada rakyat, terdapat pensyarah-pensyarah perubatan yang telah memberikan perkhidmatan klinikal kepada pesakit-pesakit Kementerian Kesihatan termasuklah perkhidmatan pesakit dalam seperti di Hospital Serdang dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan perkhidmatan klinik pakar secara seasonal seperti yang didapati di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Rohani binti Abdullah membangkitkan isu pembinaan bangunan hospital baru untuk daerah Kemaman dan Dungun. Bagi Hospital Dungun, pembinaan hospital ini akan dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan khas daripada Kementerian Kewangan Malaysia iaitu secara private financing initiative (PFI) dengan kos sejumlah RM150 juta berdasarkan keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Bajet 2012.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah bersetuju melantik agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melaksanakan projek ini. Borang Pelaksanaan Projek (BPP) juga telah dikeluarkan kepada pihak JKR pada bulan Mac 2012, untuk tindakan pihak JKR seterusnya. Hospital ini akan mempunyai 108 buah katil. Bagi mempercepatkan proses pembinaan, kerja-kerja pembinaan akan dilakukan dalam dua fasa.

Fasa pertama, kerja-kerja awalan dan kerja tanah serta kerja-kerja berkaitan yang lain.

Fasa kedua, kerja-kerja pembinaan bangunan hospital baru serta kerja-kerja berkaitan yang lain.

Berdasarkan jangkaan, fasa pertama akan di tender pada pertengahan tahun 2013.

Tuan Yang di-Pertua, bagi Hospital Kemaman, Kementerian Kesihatan telah bersetuju untuk melaksanakan projek ini secara private financing initiative (PFI) melalui Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS). Pihak Kementerian Kesihatan telah menyerahkan projek ini kepada pihak UKAS untuk tindakan selanjutnya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman telah mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan supaya setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di Sabah hendaklah diletakkan sebuah Klinik 1Malaysia...

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Silakan.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Saya hendak tanya sikit. Di Terengganu ada lapan daerah. Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Besut. Lapan-lapan ini semua ada hospital kecuali Marang. Saya minta sudah lama minta, tiga tahun dah. Jawapan daripada Yang Berhormat Menteri dekat dengan Kuala Terengganu, dia kata tidak boleh bina. Boleh bina klinik kesihatan sahaja. So, saya minta juga. Sudah dua tahun minta. Minta, minta, minta dalam proses. Minta, tak jawab, minta tak jawab. Kenapa dan mengapa? Saya hendak tahu. Kenapa tak jawab surat saya, kenapa tak layan orang Marang? Kenapa Marang hanya daerah yang tak ada hospital sedangkan penduduknya sama dengan daerah lain. Saya hendak tahu kenapa dan mengapa? Kedua, saya hendak tahu, bilakah Klinik Kesihatan Marang akan dibina sebab hospital sudah tak boleh buat. Jadi, gantinya bila hendak bina? Itu sahaja, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila, teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Memandangkan saya tidak ada perincian mengenai yang telah disuarakan, sekali lagi saya mohon izin untuk memberikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Saya teruskan ya Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Target dia berapa lama boleh jawab? Dalam proses...

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

56 DN 17.12.2012

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Saya akan bagi selepas sahaja

saya menggulung Yang Berhormat.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Oh, thank you.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Saya yakin, pegawai saya dekat belakang tengah mendengar suara hati Yang Berhormat. Insya-Allah saya...

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Terima kasih, saya tunggu.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan mengucapkan terima kasih di atas cadangan Yang Berhormat untuk mewujudkan Klinik 1Malaysia di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di Sabah. Di negeri Sabah pada masa ini terdapat sebanyak 19 buah Klinik 1Malaysia yang telah beroperasi di dalam 14 kawasan Dewan Undangan Negeri. Kementerian Kesihatan akan memperluaskan Klinik 1Malaysia di kawasan Dewan Undangan Negeri yang masih belum mempunyai Klinik 1Malaysia. Pada tahun 2013, sebanyak tujuh buah lagi Klinik 1Malaysia akan diwujudkan di tujuh lagi kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu masing-masing satu di Pekan Tenom di bawah DUN Melalap, Pekan Kota Belud di bawah Dewan Undangan Negeri Usukan, Dataran Bengkoka Pitas di bawah Dewan Undangan Negeri Pitas, Bandar Labuk Sandakan di bawah Dewan Undangan Negeri Labuk.

■1620

Ini bukan Paris ya tetapi Paris Kinatabatangan, di bawah Dewan Undangan Negeri Sukau, Bandar Sri Perdana, Lahad Datu di bawah Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri Lahad Datu serta yang terakhir adalah di Pimping, Membakut iaitu di bawah Dewan Undangan Negeri Membakut.

Untuk pertanyaan Ahli Yang Berhormat mengenai mewujudkan Klinik Kesihatan Desa di setiap kampung yang terpencil di pedalaman negeri Sabah. Kementerian Kesihatan telah merangka Pelan Transformasi Perkhidmatan Kesihatan Sabah pada tahun 2011 bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan masyarakat di luar bandar. Transformasi Perkhidmatan Kesihatan adalah satu strategi untuk menganjak dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di negeri tersebut melalui penambahbaikan facility kesihatan khususnya di kawasan luar bandar.

Pelan ini menggunakan konsep Satu Sekolah Satu Klinik yang bermaksud di mana ada sekolah di situ sepatutnya ada klinik kesihatan. Oleh itu terdapat sebanyak 111 klinik desa telah dikenal pasti untuk di naik taraf kepada klinik kesihatan jenis tujuh dan 286 buah klinik kesihatan jenis tujuh yang baru akan dibina dalam tempoh Rancangan Malaysia Yang Kesepuluh dan Rancangan Yang Kesebelas. Selain itu, Kementerian Kesihatan telah merancang untuk menaik taraf klinik desa kepada klinik kesihatan jenis tujuh dan membina klinik kesihatan jenis tujuh yang baru secara berperingkat-peringkat dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas.

Tuan Yang di-Pertua, setakat 11 Disember 2012, sebanyak 16 buah klinik desa telah dinaik taraf kepada klinik kesihatan. Selain daripada itu, dalam First Rolling Plan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, projek baru pembinaan klinik kesihatan yang telah diluluskan adalah Klinik Kesihatan Tawau jenis dua dengan kos RM35 juta. Fasa satu pembinaan KK ataupun Klinik Kesihatan Tawau telah selesai dan memasuki fasa dua iaitu pembinaan bangunan klinik kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Lim Nget Yoon telah bertanya tentang langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk menambah bilangan doktor di Malaysia.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, hasil daripada langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan, bekalan graduan perubatan yang dilantik untuk berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia telah meningkat melebihi 3,000 setahun mulai tahun 2009. Ianya terus meningkat kepada 3,575 orang pada tahun 2011 dan dijangkakan Kementerian Kesihatan akan mendapat bekalan pegawai perubatan sebanyak 3,778 orang pada tahun 2012.

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 57

Pegawai-pegawai perubatan ini akan ditempatkan ke semua hospital dan klinik mengikut keperluan bagi memantapkan lagi perkhidmatan perubatan. Peningkatan jumlah pegawai perubatan ini akan dapat membantu pengagihan penempatan ke semua hospital dan klinik. Bagi tujuan meningkatkan jumlah doktor pakar di Malaysia, Kementerian Kesihatan juga telah menambah slot tajaan latihan kepakaran iaitu program Sarjana Perubatan daripada 450 kepada 600 mulai sesi 2008-2009 dan 800 orang mulai sesi 2011-2012.

Pada masa ini terdapat seramai- ini adalah juga bagi menjawab kepada persoalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin pada awal sesi tadi. Terdapat seramai 2,396 orang pegawai perubatan yang sedang mengikuti kursus sarjana dalam pelbagai bidang kepakaran dan akan menamatkan pengajian serta akan kembali bertugas secara berperingkat. Jumlah tersebut akan menyumbang kepada peningkatan pegawai perubatan pakar di kementerian seterusnya meningkatkan lagi mutu serta prestasi perkhidmatan perubatan dalam negara.

Walaupun kementerian memperoleh bekalan pegawai perubatan secara berterusan setiap tahun, kementerian sentiasa mengambil langkah-langkah untuk mengekalkan pegawai perubatan dan pegawai perubatan pakar untuk berkhidmat dengan kementerian. Terutamanya dari segi menambah baik elaun, insentif dan kemudahan serta laluan kerjaya bagi pegawai perubatan dan pegawai perubatan pakar. Ini termasuklah pemberian elaun khusus kepada pegawai perubatan seperti bayaran insentif perkhidmatan kritikal (BIPK), bayaran insentif pakar (BIP), peningkatan kadar elaun kerja luar waktu bekerja biasa (on call) pada tahun 2011, bayaran insentif klinik selepas waktu pejabat (locum), bayaran insentif khas iaitu pembedahan elektif, bayaran insentif pentadbiran hospital (BIPH) dan full paying patient (FPP), dengan izin.

Kementerian juga telah menambah baik laluan kerjaya kepada pegawai perubatan sejak tahun 2010. Melalui laluan kerjaya baru ini pegawai perubatan dan pegawai perubatan pakar menikmati tempoh kenaikan pangkat yang lebih cepat berbanding tempoh sebelum ini. Bagi pegawai perubatan pakar, tempoh yang diambil untuk dinaikkan pangkat ke gred 54 adalah selama 9 tahun bermula dari tahun lantikan dan tempoh masa selama 12 tahun bagi pegawai perubatan untuk dinaikkan pangkat ataupun gred yang sama. Saya ingin menjawab persoalan yang telah dibangkitkan oleh…

Dato’ Lim Nget Yoon: Boleh bertanya?

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah. Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Lim Nget Yoon: Memandangkan kekurangan doktor pakar dekat negara kita, sefaham saya hendak dapat kursus lanjut untuk menjadi doktor pakar bukan senang. Lagipun, melalui sistem attachment memandangkan doktor pakar memang kurang. Jadi, seseorang pegawai perubatan hendak mengikuti attachment, kena tunggu giliran. Jadi, apakah pandangan oleh kementerian?

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang dibangkitkan. Memang benar Yang Berhormat kalau dulu amat sukar bagi pegawai perubatan kita untuk melanjutkan ataupun mengambil bidang sarjana iaitu melanjutkan sebagai master bagi kepakaran. Namun Yang Berhormat, seperti saya yang nyatakan dalam jawapan saya, bermula dengan sesi 2011-2012 kita telah menambah slot daripada 600-800 supaya lebih ramai lagi yang diberi peluang untuk melanjutkan bidang sarjana ataupun bidang kepakaran yang terpilih Yang Berhormat.

Namun Yang Berhormat juga mungkin mengetahui bahawa ada setengah kepakaran yang masih kita perlukan. Jadi, kita utamakan kepakaran-kepakaran di mana kita mempunyai kekurangan dari segi jumlah pakar Yang Berhormat. Mungkin dari segi pembahagian ataupun pengkhususan dan juga mungkin keutamaan kita lebih kepada kepakaran yang kita mengalami masalah kekurangan. Seperti yang telah saya janjikan tetapi Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar sudah keluar, saya kurang pasti kalau perlu saya menjawab soalan ini Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Mungkin boleh bagi dia secara bertulis.

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

58 DN 17.12.2012

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Saya akan memberikan secara

bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang saya katakan, akhir kata saya ingin sekali lagi mengambil peluang untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang telah menyentuh tentang bidang kuasa Kementerian Kesihatan. Sesungguhnya cadangan, teguran dan pandangan akan diambil perhatian sewajarnya oleh pihak kementerian demi memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan untuk masyarakat di negara kita. Pada masa yang sama untuk soalan yang telah saya janjikan untuk dijawab secara bertulis, saya akan berikan jawapan tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Bagus Yang Berhormat. Terima kasih. Baiklah seterusnya saya ingin mempersilakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Menterinya untuk menjawab. Silakan Yang Berhormat.

■1630

4.30 ptg.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Dato' Noriah binti Kasnon]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam 1 Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 12 orang Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013. Pihak kementerian amat menghargai serta mengambil perhatian semua pandangan, saranan, cadangan, serta teguran membina daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin dan Senator Hajah Mariany binti Mohammad Yit telah membahaskan penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan. Dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 27 Jun 2011 merupakan satu langkah affirmative, dengan izin, oleh pihak kerajaan yang diyakini akan dapat meningkatkan bilangan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat, seterusnya membolehkan mereka meningkatkan sumbangan dalam bidang ekonomi.

Kini pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang memastikan kumpulan wanita yang kompeten dalam diketengahkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah di syarikat-syarikat awam tersenarai ataupun public listed companies, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Sehubungan dengan itu, kementerian telah melaksanakan Program Pengarah Wanita atau Women Directors Programme, dengan izin, pada tahun 2012. Sukatan Program Pengarah Wanita adalah seperti berikut:

(i) Kursus Women Directors on Boarding Training, dengan izin, yang melatih kemahiran-kemahiran teknikal seperti corporate governance, financial language in the board room, risk management dan board room diversity, dengan izin; dan

(ii) Kursus Women Directors Softskills Training, dengan izin, yang memberi tumpuan kepada essential board room skills, dengan izin, seperti communication skills dan networking skills juga, dengan izin, bagi melatih kemahiran softskills.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini seramai 220 orang wanita telah berjaya mengikuti program pengarah wanita ini dan telah bersedia untuk ditempatkan sebagai pembuat keputusan tertinggi dalam sektor korporat.

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 59

Selain dari itu satu pangkalan data khusus ataupun registry, dengan izin, calon-calon wanita yang berkelayakan untuk Ahli Lembaga Pengarah telah bermula operasi pada bulan April 2012 melalui laman web www.wcdregistry.com. Daftar ini adalah sumber bagi syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia mendapatkan calon-calon pengarah wanita yang sesuai dan kompeten untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat. Setakat 7 Disember 2012, seramai 640 orang calon pengarah wanita telah berdaftar dalam pangkalan data ini. Bagi tahun 2013 pula, peruntukan sebanyak RM10 juta disediakan untuk melatih 500 orang wanita lagi di bawah Program Pengarah Wanita ini.

Berhubung dengan soalan Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin dan Senator Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah mengenai wanita dalam pekerjaan. Sukacita saya maklumkan bahawa hingga bulan Julai 2012, bilangan wanita dalam sektor awam adalah seramai 591,195 atau 54 peratus daripada jumlah keseluruhan penjawat awam di negara ini yang berjumlah 1.094 juta orang dan ini tidak termasuk anggota polis dan tentera. Pencapaian ini adalah memberangsangkan memandangkan wanita merupakan 49.1 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara.

Selain daripada itu, bagi meningkatkan penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam, satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah ditubuhkan seperti yang termaktub dalam dokumen Rancangan Malaysia Kesepuluh. Antara fungsi jawatankuasa khas ini adalah melaksanakan program kesedaran gender untuk sektor awam berkaitan pengambilan, pembangunan kerjaya dan perancangan penggantian.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah ada juga membangkitkan tentang, dengan izin, small office-home office (SOHO) dan Get Malaysian Business Online (GMBO). Berdasarkan trend semasa, semakin ramai wanita mula menceburkan diri kepada konsep bekerja dari rumah susulan perkembangan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi iaitu ICT. Gaya bekerja seumpama ini memberi beberapa kelebihan berbanding kaedah bekerja konvensional. Antaranya berpeluang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga di rumah serta penjimatan masa, wang dan tenaga disebabkan faktor mobiliti kerja yang sangat minimum selain menjana pendapatan untuk keluarga. Berdasarkan trend tersebut, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program Get Malaysian Business Online (GMBO).

Tuan Yang di-Pertua, program ini bertujuan untuk membantu seramai 50,000 orang usahawan kecil, terutamanya wanita bagi melonjakkan perniagaan dengan meningkatkan jualan secara dalam talian ataupun online, dengan izin, menerusi geran sebanyak RM1,000.00 setiap seorang peserta. Peruntukan sebanyak RM50 juta ini disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Dalam hal ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bekerja sama dengan SKMM untuk mengenal pasti usahawan-usahawan wanita yang berpotensi memajukan perniagaan mereka secara online. Sehubungan dengan itu, saya ingin menyeru golongan wanita yang berminat untuk merebut peluang keemasan ini.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian turut mengambil perhatian akan cadangan Yang Berhormat berhubung penggubalan undang-undang bagi melindungi wanita yang bekerja di rumah. Cadangan ini akan diperhalusi bersama beberapa agensi yang berkaitan seperti Kementerian Sumber Manusia, Yang Berhormat Menterinya ada di sini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Peguam Negara.

Mengambil maklum akan keprihatinan Yang Berhormat Puan Hajah Khairiah binti Mohamed pula mengenai berita di laman web yang memetik laporan akhbar China Press mengenai wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia. Ingin saya nyatakan bahawa kementerian turut terkejut dengan berita tersebut memandangkan laporan akhbar berkenaan berbeza dengan dapatan kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan beberapa sumber lain.

Sebagai contoh Yang Berhormat, berdasarkan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia keempat ataupun KPKM 4 yang telah dijalankan oleh LPPKN pada tahun 2004, didapati pembubaran perkahwinan melalui perceraian yang berpunca daripada kecurangan dalam kalangan suami isteri adalah tidak begitu serius.

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

60 DN 17.12.2012

Secara khususnya, kajian LPPKN ini mendapati punca utama perceraian adalah

tiada persefahaman sebanyak 41.8 peratus; curang – 6.0 peratus; enggan dimadu – 6.0 peratus; dan tidak bertanggungjawab - 11.4 peratus.

Selain itu, kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2005 ke atas 3,312 pasangan mendapati hanya 0.6 peratus suami dan 1.8 peratus isteri berlaku curang terhadap pasangan masing-masing. Berdasarkan kes-kes kaunseling pula yang pernah dikendalikan oleh kaunselor di LPPKN, didapati antara punca kecurangan suami isteri adalah seperti kurangnya perhatian dan penghargaan daripada pasangan, tiada persefahaman, penyalahgunaan media sosial, pengaruh rakan dan pergaulan bebas serta masalah lemah tenaga batin.

Apa yang menjadi kebimbangan dan cabaran pada masa ini ialah perlakuan curang berikutan perhubungan sulit di laman-laman sosial yang sukar dikesan oleh pasangan, misalnya melalui Facebook dan Twitter, dengan izin. Menyedari akan kesan kecanggihan ICT terutamanya internet dan laman sosial terhadap institusi keluarga di negara ini, kementerian melalui LPPKN akan menjalankan satu kajian yang bertajuk Kesan Media Baru Terhadap Institusi Keluarga pada tahun hadapan.

■1640

Adalah diharapkan penemuan kajian ini kelak akan berupaya menyediakan asas yang kukuh untuk membangunkan program intervensi sosial bagi mengekalkan kesejahteraan keluarga terutamanya dalam membendung masalah kecurangan di kalangan pasangan yang sudah berkahwin. Justeru Tuan Yang di-Pertua, apa yang boleh saya simpulkan di sini adalah pegangan agama dan didikan moral yang sempurna adalah antara faktor yang berupaya menjamin kesejahteraan rumah tangga setiap pasangan. Dalam hal ini, kementerian akan meneliti berita di laman sesawang ghanaweb supaya tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu kecurangan di kalangan pasangan suami isteri.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat turut membahaskan mengenai taska dan pusat jagaan kanak-kanak. Mengenai penguatkuasaan dan pemantauan ke atas pendaftaran taska, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) lebih cenderung menggunakan pendekatan advokasi dan berhemah terhadap taska yang didapati tidak berdaftar di bawah Akta Taska 1984 dan Peraturan-peraturan Taska 1985. Dalam hal ini, JKM terlebih dahulu akan mengeluarkan surat peringatan ‘mesra’ kepada taska yang berkenaan supaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Pada masa yang sama, pihak pengurusan taska akan diberi khidmat nasihat dan bimbingan oleh pegawai JKM bagi membantu pengurusan taska mengambil tindakan sewajarnya agar taska tersebut dapat memenuhi syarat dan peraturan yang digariskan untuk didaftarkan.

Selain menjalankan operasi secara berkala bagi memantau taska yang tidak berdaftar, pihak kementerian mendapat kerjasama orang ramai yang memberi maklumat kepada JKM sekiranya mereka mengesyaki wujudnya taska-taska sedemikian di kawasan masing-masing. Berdasarkan rekod JKM, bilangan taska yang berdaftar dengan jabatan tersebut kini berjumlah 1,348 buah berbanding 819 buah taska pada tahun 2011. Bilangan taska di tempat kerja pula yang berdaftar dengan JKM berjumlah 96 buah iaitu 74 buah di sektor awam dan 22 buah di sektor swasta.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai masalah yang turut dibangkitkan adalah masalah yang dihadapi oleh majikan sektor swasta untuk menubuhkan taska di tempat kerja. JKM telah meneliti masalah yang dihadapi dan mendapati antara kekangan yang dihadapi oleh pihak majikan sektor swasta untuk menubuhkan taska di tempat kerja ini adalah antaranya:

(i) ruang pejabat sedia ada tidak mencukupi;

(ii) persekitaran tempat kerja yang tidak kondusif untuk kanak-kanak, misalnya penggunaan bahan kimia berbahaya di kilang;

(iii) kesukaran mendapatkan pengasuh terlatih; dan

(iv) turnover dengan izin, pengasuh yang tinggi.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 61

Satu daripada inisiatif kementerian untuk menambah baik sistem penyampaian pada tahun 2012 dan insya-Allah akan diteruskan, adalah mempermudahkan pendaftaran taska baru tanpa perlu mendapat pengesahan daripada agensi-agensi teknikal terlebih dahulu sekiranya taska berkenaan mematuhi piawaian minimum yang ditetapkan oleh JKM. Pembaharuan ini diperkenalkan supaya taska yang telah mematuhi standard minimum JKM berdasarkan aspek perkembangan, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak seperti latihan kepada pengasuh, nisbah pengasuh dengan bilangan kanak-kanak, jadual aktiviti dan penglibatan ibu bapa di bawah Akta Taska 1984 boleh didaftarkan dengan JKM dengan segera. Adalah dijangka melalui penambahbaikan ataupun kemudahan yang saya nyatakan tadi, sebanyak 372 buah taska akan dapat didaftarkan dalam fasa pertama melalui inisiatif baru tersebut.

Selain daripada itu, Bajet 2013 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada bulan September 2012 juga telah memperkenalkan pelbagai insentif bagi meningkatkan bilangan taska di seluruh negara dan antaranya adalah:

(i) geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia taska swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti, dan adalah dianggarkan sebanyak seribu buah taska swasta baru akan mendapat manfaat daripada insentif ini;

(ii) potongan cukai dua kali ke atas elaun atau subsidi yang diberi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan kanak-kanak akan diberi kepada pihak majikan; dan

(iii) pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun diberi kepada pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak swasta.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan pengendali dan kakitangan taska mempunyai kompetensi di dalam bidang pengasuhan awal kanak-kanak, kementerian melalui JKM turut melaksanakan Program Insentif 1Malaysia Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak di mana pengendali dan kakitangan yang menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ataupun KAAK diberi latihan secara intensif serta menikmati subsidi bayaran kursus sebanyak RM180 seorang. Langkah ini diharap dapat menghasilkan lebih ramai pengasuh taska yang berkemahiran. Daripada Januari hingga November 2012, seramai 5,040 orang peserta telah mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ini.

Selanjutnya, Bajet 2013 juga memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi melaksanakan projek perintis taska OKU mengikut enam kategori kurang upaya iaitu down syndrome, autism, penglihatan, pekak dan bisu, fizikal dan masalah pembelajaran. Sehubungan dengan itu, berhubung dengan harapan Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin terhadap penubuhan taska OKU di kawasan luar bandar, sukacita saya nyatakan bahawa kementerian bersedia menimbangkan cadangan tersebut sebagai satu daripada enam taska OKU di bawah projek perintis tersebut sekiranya terdapat bilangan kanak-kanak OKU yang mencukupi di sesebuah kawasan tersebut. Jumlah yang saya maksudkan adalah di dalam lingkungan 20 hingga 25 orang kanak-kanak OKU untuk satu-satu kategori OKU untuk kita menubuhkan taska OKU perintis ini.

Yang Berhormat Senator Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah juga ada membangkitkan berkenaan warga emas. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan sentiasa ingin memastikan warga emas tidak tercicir daripada menikmati faedah pembangunan dan kemakmuran negara. Kerajaan sangat komited untuk meningkatkan kualiti hidup golongan tersebut dan pelbagai insentif telah disediakan untuk manfaat warga emas seperti berikut.

Pertama, pengecualian caj pendaftaran pesakit luar sebanyak RM1 di semua hospital dan klinik termasuk Klinik 1Malaysia serta klinik pergigian milik kerajaan diberikan kepada warga emas mulai 1 Januari 2012. Juga, mulai 1 Mei 2012, warga emas juga dikecualikan caj pendaftaran rawatan pakar sebanyak RM5 sebelum ini dan pengurangan caj pesakit kelas tiga sebanyak 50 peratus dengan caj maksimum sebanyak RM250 bagi setiap kemasukan.

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

62 DN 17.12.2012

Juga, kerajaan akan menyelaras semula pencen pesara kerajaan yang telah

berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dengan menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820 sebulan. Pelarasan pencen ini akan mengambil kira bayaran pencen mulai 1 Januari 2012 dan langkah ini melibatkan seramai 56,000 orang pesara kerajaan termasuk penerima pencen terbitan dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun.

Bersesuaian dengan peralihan kepada Dasar Pelaksanaan Subsidi Bersasar, kerajaan akan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M 2.0 pada tahun 2013. Dalam hal ini, sebahagian besar daripada pesara kerajaan dan swasta serta warga emas yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 sebulan akan sekali lagi menikmati hadiah sebanyak RM500 secara One-Off daripada pihak kerajaan. Satu lagi hadiah kerajaan dalam Bajet 2013 pada golongan warga emas adalah pengurangan caj bayaran pemprosesan pasport sebanyak 50 peratus iaitu daripada RM300 kepada RM150 untuk tempoh sah laku selama lima tahun. Selain daripada itu, caj bayaran pengurusan pasport untuk tempoh dua tahun pula dikurangkan kepada RM80. Kadar bayaran baru ini akan berkuat kuasa mulai bulan Januari 2013.

Seterusnya berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Senator Datuk Raja Ropiaah juga untuk mewujudkan kad khas bagi warga emas menikmati faedah dan diskaun-diskaun tertentu, pihak kementerian berpendapat bahawa kad pengenalan MyKad sedia ada selaku kad pintar adalah memadai untuk mendapatkan pelbagai diskaun dan pengecualian bayaran bagi sesuatu perkhidmatan untuk golongan warga emas yang saya sebutkan tadi. Tambahan pula kementerian berpendapat langkah untuk memperkenalkan satu lagi kad baru. Mungkin akan menyulitkan warga emas kerana perlu menyimpan dan membawa terlalu banyak kad di dalam dompet mereka.

■1650

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus mengenai golongan gelandangan dan pengemis, kementerian memandang serius akan kedua-dua kumpulan tersebut. Berdasarkan rekod JKM, sebanyak dua kes telah dilaporkan pada tahun 2010 dan tahun 2011 di Labuan yang mana tindakan sewajarnya telah diambil terhadap golongan ini manakala pada tahun 2012 tiada sebarang aduan yang diterima oleh pihak JKM di Labuan yang membabitkan kes sedemikian. Sebagai makluman juga, pengemis dan kutu rayau warganegara Malaysia yang diselamatkan dalam operasi-operasi JKM akan ditempatkan di Desa Bina Diri manakala bagi warga emas yang berumur 60 tahun ke atas pula akan diberikan perlindungan di Rumah Seri Kenangan. Langkah ini adalah bagi memastikan kebajikan, kesejahteraan dan kelangsungan hidup mereka terus terjamin.

Di kedua-dua Desa Bina Diri dan Rumah Seri Kenangan ini, mereka akan menjalani pemulihan, motivasi dan latihan kerjaya ataupun kemahiran bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun. Mereka turut diberikan rawatan perubatan dan penjagaan kesihatan, kaunseling dan kelas-kelas agama termasuklah juga latihan-latihan vokasional, kemahiran kraf tangan, pertanian dan mereka turut dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti rekreasi ataupun riadah. Bagi menangani isu ini, kementerian mengambil pendekatan secara menyeluruh ataupun holistik dengan izin, dengan pelbagai agensi multisectoral, dengan izin.

Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa khas bagi menangani isu golongan gelandangan yang diterajui oleh Ketua Setiausaha Kementerian ini telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini berperanan untuk menyelaras program serta merangka tindakan bersepadu antara agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Rohani binti Abdullah turut mengemukakan pertanyaan tentang bilangan institusi kanak-kanak yang dikendalikan oleh pihak kementerian. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian melalui JKM mengendalikan sebanyak 36 buah institusi kanak-kanak di seluruh negara. Bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak di institusi terbabit, kementerian melakukan pemantauan dan penyelenggaraan bangunan secara berterusan dan pada tahun 2012, institusi kanak-kanak JKM telah menerima peruntukan sebanyak RM2.6 juta bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan bangunan.

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 63

Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga bertanggungjawab terhadap pesalah muda yang diperintah menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (CSO), dan menjawab soalan Yang Berhormat yang sama, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Rohani binti Abdullah, suka saya jelaskan di sini bahawa pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat telah bermula sejak tahun 2008. Sehingga bulan Oktober 2012, seramai 2,817 orang pesalah muda telah dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat ini. Perintah Khidmat Masyarakat ini dijalankan di 41 buah institusi JKM, 16 pihak berkuasa tempatan dan 234 buah Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK). Antara program yang dilaksanakan dalam usaha untuk memberi pemulihan dan keinsafan kepada pesalah-pesalah muda ini ialah seperti Kem Jati Diri, Seminar Kerjaya, Kem Pemerkasaan Pelatih, Kem Solat Bestari dan Bakti Murni Bersama Komuniti.

Seterusnya merujuk kepada soalan berkaitan kajian keberkesanan pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat, suka saya nyatakan bahawa satu kajian sedang dilaksanakan oleh pihak Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama JKM bermula 18 November 2012 sehingga 18 November 2013. Hasil kajian ini akan diumumkan sebaik sahaja diperoleh daripada pihak perunding.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg telah menyentuh berkenaan orang kurang upaya (OKU). Untuk menyediakan akses pekerjaan kepada OKU adalah selaras dengan peruntukan termaktub di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 dan konvensyen mengenai hak OKU yang diratifikasi oleh negara pada 19 Julai 2010. Ia juga merupakan satu daripada strategi utama yang digariskan dalam dasar dan pelan tindakan OKU. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rekod Jabatan Perkhidmatan Awam, sehingga bulan Disember 2011, seramai 1,686 orang OKU iaitu 0.1 peratus daripada bilangan perjawatan dalam sektor awam telah diisi oleh golongan OKU.

Berdasarkan data ini, sebanyak dua kementerian sahaja telah mencapai sasaran 1 peratus penempatan OKU di organisasi masing-masing iaitu yang pertama pastinya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan kedua Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Manakala di sektor swasta pula daripada rekod Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia menunjukkan bagi tempoh 1990 hingga 2011, seramai 13,339 OKU telah berdaftar untuk mencari pekerjaan dalam sektor swasta melalui Sistem Penempatan Pekerjaan OKU (SPOKU), dengan izin. Daripada jumlah tersebut, seramai 9,074 orang OKU ataupun 68 peratus telah berjaya mendapat pekerjaan dan ditempatkan di pelbagai sektor pekerjaan sehingga akhir tahun 2011.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat percaya masih ramai lagi OKU yang bekerja tetapi tidak mendaftarkan diri mereka sama ada dengan SPOKU untuk mencari pekerjaan. Ini adalah kerana jumlah OKU yang menerima pelepasan cukai pendapatan individu daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi tahun taksiran 2009 adalah seramai 35,604 orang iaitu melebihi statistik yang saya sebutkan sebentar tadi. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan penyertaan OKU dalam sektor pekerjaan dan antara usaha tersebut adalah seperti berikut:

(i) memperkukuhkan dari semasa ke semasa dasar 1 peratus peluang pekerjaan di sektor awam kepada OKU melalui pekeliling perkhidmatan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor awam kepada golongan OKU yang berkelayakan. Pekeliling perkhidmatan yang terkini iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16/2010 menetapkan agar setiap agensi dan pihak berkuasa melantik, membuat pengambilan OKU sekurang-kurangnya 1 peratus daripada jumlah pegawai ataupun kakitangan dalam agensi tersebut tertakluk kepada permohonan oleh OKU dan kesesuaian bidang tugas dan kemudahan berbanding pekeliling terdahulu yang menetapkan pengambilan sekurang-kurangnya 1 peratus golongan OKU daripada keseluruhan perjawatan sektor awam;

(ii) memperkenalkan perkhidmatan job coach, dengan izin, bagi membantu OKU mendapat pekerjaan dan terus kekal dalam pekerjaan tersebut;

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

64 DN 17.12.2012

(iii) melaksanakan kursus Disability Equality Training (DET) dengan

izin, bagi meningkatkan pemahaman masyarakat termasuk majikan tentang ketidakupayaan ataupun disability dari perspektif model sosial;

(iv) potongan cukai berganda ke atas perbelanjaan gaji yang dibayar oleh syarikat kepada OKU tersebut; dan

(v) potongan cukai terhadap perbelanjaan mengubah suai premis seperti penyediaan rem, dengan izin, dan juga tandas OKU yang khusus dan membeli peralatan bagi membolehkan OKU bekerja secara lebih efisien di syarikat-syarikat mereka. Potongan cukai berganda kepada syarikat terhadap perbelanjaan kos latihan golongan OKU iaitu yang bukan pekerja syarikat mereka di institusi latihan di Malaysia bagi meningkatkan prospek kerjaya dan peluang pekerjaan kepada golongan OKU.

Buat masa ini Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian lebih cenderung untuk menumpukan perhatian terhadap usaha-usaha memastikan pelaksanaan dasar 1 peratus peluang pekerjaan kepada OKU di sektor awam tercapai terlebih dahulu seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16/2010 sebelum kita memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada cadangan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Dayang Madinah untuk menambah kuota sedia ada kepada peratusan yang lebih tinggi.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus, Yang Berhormat Senator Dato’ Syed Ibrahim bin Kader dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat berhubung pemberian bantuan kepada golongan miskin dan kumpulan yang memerlukan.

■ 1700

Pada tahun 2012, JKM menerima sejumlah 89,363 permohonan bagi bantuan kebajikan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44,734 permohonan telah diluluskan dan pecahan bagi skim EPC (Elaun Pekerja Cacat), Bantuan Kanak-Kanak (BKK), dan Bantuan Orang Tua (BOT) seperti yang ditanya adalah seperti berikut: 6,733 orang penerima Elaun Pekerja Cacat iaitu EPC; 8,112 orang penerima Bantuan Kanak-Kanak (BKK); dan, 10,711 orang penerima Bantuan Orang Tua (BOT).

Tuan Yang di-Pertua, antara usaha-usaha yang telah diambil untuk mempercepatkan proses siasatan permohonan-permohonan bantuan serta pemberian bantuan bulanan oleh JKM Ini adalah antaranya kuasa meluluskan bantuan telah diturunkan daripada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah sehingga ke Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat di peringkat daerah berkuat kuasa 17 Jun 2011 yang bertujuan untuk menambah bilangan pelulus dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan bantuan...

Dato’ Boon Som a/l Inong: Boleh saya mencelah?

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada yang hendak mencelah.

Dato' Noriah binti Kasnon: Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Boon Som a/l Inong: Tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Soalan tambahan saya adalah dahulunya Jabatan Kebajikan Masyarakat melantik pembantu pegawai daripada golongan masyarakat Siam ini Kedah, Kelantan, dan Perlis tetapi kini tidak ada lagi. Jadi kalau boleh saya mohon supaya jawatan ini dikekalkan, disambung kembali. Terima kasih.

Dato' Noriah binti Kasnon: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Boon Som yang mewakili masyarakat Siam. Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai pegawai sementara, saya kira ini adalah tempoh hari di bawah Projek CARI. Semasa itu saya kira saya pun berada di kementerian ini ketika itu selama setahun.

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 65

Akan tetapi itu adalah sementara sahaja Yang Berhormat. Walaupun kewujudan skim ataupun pegawai sementara CARI ini memang berkesan, tetapi permohonan pada ketika itu adalah untuk sementara kerana masalah kekangan peruntukan elaun pegawai dan sebagainya. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, khusus untuk masyarakat Siam yang memang begitu kuat menyokong pihak kerajaan, tidak salah untuk saya bawa cadangan Yang Berhormat ini ke atas, sekurangnya-kurangnya mungkin seorang Yang Berhormat. Insya-Allah, saya cuba Yang Berhormat.

Dato’ Lim Nget Yoon: Boleh saya bertanya?

Dato' Noriah binti Kasnon: Boleh Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato’ Lim Nget Yoon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang Projek CARI. Memang berkesan dan memang membantu golongan yang memerlukan bantuan kebajikan. Jadi sudah confirm berkesan, kenapa tidak melanjutkannya? Something good, we must continue. Terima kasih.

Dato' Noriah binti Kasnon: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Sebenarnya seperti yang saya kata tadi skim itu diwujudkan untuk sementara sahaja Yang Berhormat kerana pada ketika itu kita tidak cukup kakitangan kebajikan dan kita hendak mencari klien-klien yang memang susah tetapi tidak terjangkau oleh kumpulan petugas tetap kita. Memang ia bagus. Respons kita dapat daripada pemimpin-pemimpin juga bagus. Insya-Allah, saya kira pegawai-pegawai saya termasuk Ketua Setiausaha saya, Timbalan Ketua Setiausaha saya yang memang sangat prihatin mendengar. Saya akan panjangkan perbincangan ini sekiranya ada peruntukan kewangan atau kita akan merayu kepada pihak MOF dengan sokongan suara kuat daripada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator Dewan Negara. Insya-Allah, kita cuba Yang Berhormat.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, izinkan untuk saya teruskan. Tuan Yang di-Pertua, antara usaha untuk menambah baik untuk menyegerakan proses keputusan permohonan ini juga bagi kes-kes yang clear cut, dengan izin misalnya untuk Elaun Pekerja Cacat, pekerja kurang upaya fizikal yang menepati kriteria kelayakan akan memperoleh keputusan serta-merta. Akan tetapi dengan syarat akan datang sendiri ke pejabat, nampak sendiri dengan jelas, insya-Allah pegawai kita akan terus memberikan tindakan dan siasatan secara mudah kepada kes-kes yang sangat clear cut ini.

Seterusnya bayaran kepada penerima bantuan juga akan dibuat pada satu hari bulan setiap bulan di semua Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Jajahan ataupun Bahagian dan juga mewujudkan Tabung Bantuan Segera bagi memastikan kes-kes yang memerlukan bantuan segera dapat terus dibantu tanpa perlu menunggu kelulusan permohonan biasa. Akan tetapi ini One-Off sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Seterusnya memperbanyakkan urusan pembayaran bantuan melalui bank supaya pemohon menerima bantuan dapat segera menerimanya walaupun ada juga sebahagian besarnya yang kita masih lagi sampaikan secara bersemuka. Juga memperkenalkan inisiatif bulk SMS, dengan izin, sebagai kaedah pemakluman segera keputusan kepada pemohon. Melalui inisiatif ini, kelulusan akan dimaklumkan melalui SMS ke telefon bimbit manakala yang tidak mempunyai telefon bimbit, keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada perujuk-perujuk.

Bagi menghilangkan keluh-kesah dan kerisauan Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus, mengenai pembayaran bantuan kebajikan melalui akaun bank yang membebankan sebilangan penerima yang tidak mampu untuk ke bank disebabkan uzur atau tinggal di pedalaman yang tidak ada bank misalnya, tidak ada ATM. Suka saya mengambil kesempatan di sini untuk mengiktiraf iltizam dan komitmen anak-anak buah saya, pegawai-pegawai JKM di peringkat akar umbi. Mereka sentiasa bertungkus-lumus bagi memastikan bantuan dalam bentuk wang tunai disampaikan ke rumah terus kepada para penerima setiap bulan khasnya kepada yang sakit terlantar dan tidak mempunyai waris, misalnya.

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

66 DN 17.12.2012

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji

Mat Amin dan Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman yang bertanyakan mengenai kejayaan Program 1AZAM setakat ini. Untuk makluman, sehingga 30 November 2012, pencapaian Program 1AZAM adalah memberangsangkan dengan penyertaan seramai 93,911 orang dari seluruh negeri. Daripada jumlah tersebut, seramai 11,289 orang peserta menyertai AZAM Tani, seramai 8,606 orang peserta Azam Kerja, seramai 18,266 orang peserta AZAM Niaga dan Khidmat di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia dan seramai 29,209 orang peserta AZAM Niaga dan Khidmat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Seramai 14,614 orang peserta di bawah 1AZAM yang diselaraskan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan seramai 11,937 orang peserta di bawah 1AZAM yang diselaraskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Berhubung kaedah permohonan yang ditetapkan. Pemohon disyaratkan berdaftar dengan e-Kasih. Langkah ini bertujuan untuk memastikan pemohon adalah individu yang benar-benar layak untuk menerima bantuan. Seterusnya, proses temu duga mula dijalankan bagi memastikan peserta mempunyai potensi minat dan kemahiran dalam bidang-bidang yang dipilih. Kementerian mengguna pakai prosedur sedemikian bagi memastikan integriti dan tiada ketirisan dalam penyaluran bantuan-bantuan kerajaan.

Adalah didapati Program 1AZAM telah memberikan impak positif kepada keupayaan para peserta menjana pendapatan tambahan untuk keluarga. Berdasarkan pemantauan khusus yang dijalankan ke atas 13,237 orang peserta dari bulan Januari sehingga Oktober 2012, didapati seramai 6,389 orang ataupun 48 peratus peserta telah berjaya meningkatkan pendapatan keluarga melepasi paras garis kemiskinan (PGK) dengan izin.

Bagi tahun 2013 pula, di bawah GTP iaitu Government Transformation Programme 2.0 dengan izin, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) isi rumah berpendapatan rendah (LIH) yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat akan terus memberi tumpuan kepada kerjasama bersepadu dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak swasta bagi memantapkan Program 1AZAM.

■1710

Kerjasama ini menekankan penglibatan pihak NGO dalam memantau prestasi dan pencapaian para peserta 1Azam manakala pihak swasta pula melaksanakan tanggungjawab sosial korporat atau CSR dengan mengenal pasti golongan miskin atau mereka yang memerlukan yang wajar untuk diberikan bantuan. Tuan Yang di-Pertua...

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Pohon mencelah Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Noriah binti Kasnon: Silakan.

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya juga mengalu-alukan Yang Berhormat Dato’ Noriah yang berpindah ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Saya ingin melahirkan rasa terima kasih daripada wanita kepada kementerian kerana terlalu banyak sumbangan dan keprihatinan kerajaan terutama kepada wanita yang memerlukan sokongan dalam pelbagai bentuk.

Saya ingin mengetengahkan hasrat ramai di kalangan yang memerlukan di mana kita lihat daripada laporan Yang Berhormat Menteri tadi 48 peratus telah pun melepasi, akhiri zaman kemiskinan. Ini menunjukkan satu prestasi yang cukup mendadak dan sangat baik di atas sumbangan dan sokongan daripada alat-alat ataupun apa juga bantuan yang diberi melalui program 1Azam.

Saya hendak memohon melalui Dewan yang mulia ini supaya program 1Azam yang telah pun dipohon sekian lama, saya difahamkan melebihi 50,000 permohonan diberi satu peruntukan khas di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat di mana tuntutan ini sangat dinanti-nantikan oleh rakyat di bawah sana dan saya difahamkan ianya sudah lama tidak dilaksanakan untuk akhir-akhir ini.

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 67

Saya melalui program ataupun di Dewan yang mulia ini sekali lagi merayu supaya di mana 93,911 orang penerima sumbangan tahun lepas itu mudah-mudahan tahun ini juga mendapat 100 peratus permohonan yang dirayu yang dihantar ke pihak kementerian untuk dilaksanakan segera. Mudah-mudahan program GTP 20 ini dapat dilaksanakan dengan baik dan rakyat dapat menikmati dan ianya dapat memberi satu sokongan yang kuat kepada rakyat supaya dapat akhiri zaman kemiskinan sebagaimana kehendak dan matlamat perjuangan Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Noriah binti Kasnon: Terima kasih sahabat saya yang begitu prihatin Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua saya kira tidak ada seorang pun di dalam Dewan yang mulia ini menafikan keberkesanan Program Akhiri Zaman Miskin ataupun 1Azam ini dan memang lebih 50,000 permohonan yang sedang menunggu untuk diberikan keputusan.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, untuk tahun hadapan untuk tahun 2013 kita sebenarnya hanya diluluskan bajet sebanyak RM400 juta sahaja. Itu untuk merangkumi kesemua empat azam. Kesemua empat azam yang saya nyatakan tadi walaupun majoriti permohonan adalah di bawah 1Azam Niaga dan Khidmat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Walau bagaimanapun, saya cukup yakin dengan suara-suara, harapan-harapan rakyat khasnya penerima yang masih sangat-sangat memerlukan umpama memerlukan pancing Tuan Yang di-Pertua kerana kita tidak memberikan ikan tetapi pancing untuk mereka keluar daripada paras garis kemiskinan. Saya, kita semua sangat-sangat berharap supaya Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sendiri, insya-Allah beliau cukup prihatin dan kita akan sampaikan suara Yang Berhormat-Yang Berhormat semua supaya akan bertambah jumlah yang diluluskan itu akan ditambah mungkin sekali atau dua kali ganda lagi bagi memenuhi semua. Oleh kerana ianya memang merupakan satu program yang sangat-sangat berkesan untuk mengakhiri zaman miskin mereka ataupun rakyat di peringkat akar umbi khasnya Tuan Yang di-Pertua.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, cuma Yang Berhormat sebolehnya mohon didaftarkan di bawah e-Kasih sebagaimana yang kita mensyaratkan. Tuan Yang di-Pertua, saya kira hanya ada satu sahaja isu lagi Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat. Teruskan.

Dato’ Noriah binti Kasnon: Yang Berhormat senator Puan Hajah Rohani binti Abdullah menyentuh tentang perkhidmatan kaunseling yang diberikan oleh pihak kementerian kepada rakyat mengenai pertanyaan nisbah kaunselor bagi pesakit mental.

Ingin saya nyatakan bahawa kaunselor hanya mengendalikan kes-kes kaunseling yang melibatkan klien normal dengan izin, yang menghadapi masalah dalam kehidupan seharian seperti kaunseling perkahwinan dan kaunseling pekerjaan. Sehubungan itu kes klien yang menghadapi atau menunjukkan simptom gangguan mental akan dirujuk kepada doktor perubatan yang khusus dalam bidang psikiatri melibatkan proses pengubatan, pemulihan dan juga pencegahan.

Berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan, nisbah pakar psikiatri kepada pesakit mental adalah satu pakar kepada 20 pesakit mental di wad acute, dengan izin, dan satu pakar kepada 40 pesakit lama atau kronik. Sementara itu nisbah kaunselor kepada bilangan penduduk di negara ini pula adalah satu kaunselor berdaftar kepada 10,000 orang. Pada masa ini seramai 2,878 orang kaunselor sahaja yang didaftarkan di bawah Akta Kaunselor 1998. Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh celah sedikit Tuan Yang di-Pertua?

Dato’ Noriah binti Kasnon: Sila, sila Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Mengenai statistik tentang nisbah kaunselor dengan bilangan penduduk yang memerlukannya itu. Pertama sekali dan saya percaya jawapannya, tidak.

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

68 DN 17.12.2012

Adakah kerajaan berpuas hati dengan nisbah yang demikian? Kalau memang

jawapannya seperti yang saya teka itu tidak, apakah usaha-usaha konkrit sistematik dan concern di pihak kerajaan untuk mengatasi masalah itu? Terima kasih.

Dato’ Noriah binti Kasnon: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus di atas soalan tadi. Sememangnya Yang Berhormat cara saya menjawab pun pastinya semua dapat maklum bahawa kita belum lagi mencapai tahap puas hati melihat kepada nisbah kaunselor kepada klien yang memerlukan. Kita sentiasa menghebahkan pendaftaran kaunselor-kaunselor yang sudah dapat kursus berdaftar dengan Akta Kaunselor 1998 yang saya nyatakan tadi kerana kaunselor ini bukan sahaja bekerja bersama dengan jabatan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini tetapi ramai juga yang bekerja di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang mereka juga berdaftar, bertauliah dan boleh membantu kita. Sekarang gerakan-gerakan jelajah sedang dibuat untuk menarik peserta-peserta kaunselor bertauliah ini untuk mendaftar dengan pihak kementerian.

Seterusnya kita juga menawarkan perkhidmatan kaunseling tersebut iaitu bimbingan dan kaunseling secara dalam talian Tuan Yang di-Pertua selain daripada bersemuka.

Akhir sekali saya kira adalah satu tentang perkongsian pintar yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Rohani tentang program kaunseling antara kerajaan dan NGO. Jalinan kerjasama tersebut telah kita laksanakan di rumah-rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak bagi mangsa memperdagangkan orang melibatkan Pusat Kebajikan Good Shepherd, SUKA Society Malaysia dan Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO). Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua NGO terbabit yang sudi untuk menjadi rakan strategik kepada pihak kementerian. Itu juga antara langkah yang boleh membantu sedikit sebanyak kekurangan kaunselor seperti yang diutarakan dan dibimbangkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja antara isu-isu yang saya kira telah dijawab dan disediakan jawapan oleh pihak pegawai-pegawai saya dengan agak terperinci. Akan tetapi mana-mana yang mungkin ada tertinggal ataupun terlepas pandang insya-Allah boleh dimaklumkan kepada saya dan saya akan jawab secara bertulis.

Harapan akhir saya kepada semua Ahli Yang Berhormat supaya akan terus menyokong usaha-usaha kementerian bagi memastikan hasrat kerajaan untuk merealisasikan tema belanjawan tahun 2013, “Memakmurkan Negara, Menyejahterakan Rakyat - Sebuah Janji Ditepati” dapat tercapai. Sekian Tuan Yang di-Pertua. terima kasih.

■1720

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu jawapan yang saya fikir agak memuaskan. Seterusnya kita beralih kepada Kementerian Sumber Manusia. Silakan Yang Berhormat Menteri.

5.20 ptg.

Menteri Sumber Manusia [Datuk Dr. S. Subramaniam]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Seramai 16 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan mengenai cadangan bajet Kementerian Sumber Manusia dan menyentuh lebih kurang 14 tajuk berkenaan dengan Kementerian Sumber Manusia.

Satu perkara yang telah dibangkitkan ialah tentang pelaksanaan gaji minimum. Tentang peruntukan yang sedia ada di dalam undang-undang Akta Gaji Minimum Kebangsaan yang telah membenarkan majikan-majikan yang tidak mempunyai keupayaan untuk memohon kepada kerajaan supaya pelaksanaannya ditangguhkan untuk satu-satu masa yang ditetapkan.

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 69

Daripada mereka yang telah memohon, Majlis selepas mengkaji segala faktor-faktor daripada asas permohonan dan keupayaan majikan, saya diberitahu walaupun ini akan diumumkan oleh mereka, lebih daripada 85 peratus daripada pemohon telah ditolak, hanya 50 peratus telah diambil kira ke atas isu-isu kemampuan seseorang majikan itu iaitu mereka sudah ada di dalam keadaan masalah kewangan yang begitu tidak membenarkan mereka. Ada yang tiga, empat tahun berturut-turut telah menunjukkan bahawa mereka telah menghadapi kerugian dan mereka tidak di dalam keadaan untuk menanggung peningkatan kos mereka. Di dalam keadaan-keadaan ini, Majlis telah membenarkan satu masa tertentu untuk mereka mengkaji semula dan menstrukturkan semula sistem mereka untuk membenarkan agar mereka boleh dibayar. Akan tetapi lebih daripada 95 peratus daripada majikan dan pekerja-pekerja akan mendapat gaji minimum seperti yang telah diwartakan iaitu pada 1 Januari tahun yang akan datang untuk SME yang kurang daripada lima orang pekerja pada 1 Julai.

Perkara mengenai umur persaraan juga telah dibangkitkan, mengapa kerajaan tidak melaksanakannya pada 1 Januari tetapi telah menangguhkannya pada 1 Julai. Keputusan ini dibuat kerana permintaan yang berbeza daripada pihak majikan dan daripada pihak pekerja. Seperti yang kita maklum, pihak pekerja memang mahukan pelaksanaan ini dibuat pada 1 Januari. Akan tetapi pihak majikan pada awalnya MEF dan FMM telah meminta supaya pelaksanaan ini dibuat secara berperingkat, kalau boleh mengambil lima tahun supaya dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Untuk mendapatkan satu persetujuan di antara kedua-dua pihak, kita telah mengadakan mesyuarat beberapa kali dan akhirnya telah mendapat satu pencapaian bahawa memang wajar bahawa majikan diberikan satu tempoh yang tertentu supaya mereka boleh membuat persediaan yang diperlukan untuk menghadapi situasi yang baru, di mana mereka tidak boleh menyara siapa-siapa yang telah mencapai 55 tahun tetapi diwajibkan untuk menyimpan mereka sehingga 60 tahun. Untuk membantu mereka, satu persetujuan telah dicapai oleh kedua-dua pihak iaitu di dalam satu suasana yang baik supaya pelaksanaan dibuat 1 hari bulan walaupun arahan akan diwartakan pada 1 Januari tetapi pelaksanaan dan penguatkuasaan akan dibuat pada 1 Julai.

Walaupun ramai majikan yang tidak berapa bersetuju dan suka dengan apa yang telah dibuat oleh kerajaan, tetapi kerajaan telah memberikan dan membuat satu keputusan dengan mengambil kira keperluan dan permintaan daripada pihak pekerja. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak iaitu pihak majikan iaitu wakil pekerja yang telah berbincang di dalam perkara ini dengan satu suasana yang baik dan membantu untuk mendapatkan satu pencapaian yang boleh diterima oleh semua pihak.

Satu isu lagi yang telah dibangkitkan ialah tentang keperluan Menteri untuk memberi rujukan kepada kes-kes penamatan pekerjaan yang telah dirujuk kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan dan adakah cadangan dan soalan telah dibangkitkan bahawa ini tidak memberi keadilan kepada pekerja. Ada pekerja jika mereka membuat rayuan kepada keputusan Menteri, mereka mesti membuatnya melalui judicial review dan ini meningkatkan kos kepada pekerja.

Kerajaan memang sedar akan perkara ini dan kementerian sekarang di dalam satu proses untuk melihat balik dan mencari satu jalan yang paling sesuai untuk mengatasi perkara ini. Baru-baru ini, kita telah mengadakan perbincangan secara tripartite dan meminta pandangan daripada semua agensi khasnya daripada stakeholders di dalam persandaran tripartite, pandangan-pandangan mereka mengenai cara yang paling baik bagaimana kita boleh menangani isu ini dan banyak pandangan yang kita terima. Tujuannya adalah pertama, kita mahu memendekkan proses yang diambil.

Saya memang menerima hakikat bahawa apa yang sedang berlaku pada masa sekarang iaitu kadang-kadang kes tidak boleh diselesaikan di dalam dua, tiga tahun atau sebagainya dan bagaimana kita boleh mengadakan satu proses di mana daripada masa aduan dibuat di peringkat Jabatan Perhubungan Perusahaan di peringkat negeri sehingga penyelesaian di peringkat Mahkamah Perusahaan, kita boleh buat dalam satu masa, jika boleh di dalam tempoh 24 bulan pada masa itu dan untuk memastikan bahawa keadaan di mana masa yang lebih lama diperlukan boleh dielakkan.

Page 78: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

70 DN 17.12.2012

Terdapat cadangan yang dibuat oleh pelbagai pihak supaya rujukan dibuat secara

terus, ada majikan yang masih berpendapat bahawa kita masih memerlukan satu sistem penapisan tetapi mungkin tidak memerlukan rujukan daripada pihak Menteri. Kita sedia untuk menerima pandangan daripada mana-mana pihak kerana kerajaan mahu meningkatkan lagi dan memperbaiki lagi sistem yang sedia ada supaya pekerja yang telah ditamatkan pekerjaan ini boleh mendapatkan keadilan.

Berkaitan dengan ini ialah pampasan yang diberikan iaitu satu perkara yang sentiasa dibangkitkan di dalam Dewan ini dan di dalam Dewan Rakyat ialah satu keputusan di mana ada pampasan yang dibayar dan boleh dibuat oleh Mahkamah Perusahaan telah dihadkan kepada 24 bulan sahaja dan ini menjadi isu. Di dalam perbincangan semula, kita lihat kepada proses ini supaya keadilan diberikan kepada pekerja supaya jika mereka boleh mendapatkan satu keputusan secara cepat dan isu pampasan tidak menjadi satu isu yang besar dan kalau proses kita tidak membenarkan kita untuk memastikan bahawa isu ini boleh diselesaikan di dalam 24 bulan dan isu mengapa pampasan ini dihadkan kepada 24 bulan sahaja wujud.

Sekarang proses perbincangan sedang berlaku dengan pihak MTUC dan pihak MEF. Saya berharap mungkin pada awal tahun kita boleh mendapatkan satu persetujuan dengan satu proses yang lebih baik daripada yang ada pada masa sekarang supaya kita boleh memberikan keadilan kepada pekerja-pekerja dan yang sudah ditamatkan pekerjaan mereka dan kepada majikan yang menghadapi situasi ini supaya mereka boleh membuat ini di dalam satu masa yang pendek.

Soalan tentang retrenchment fund juga telah dibangkitkan. Kerajaan telah mencadangkan untuk mewujudkan satu tabung pemberhentian pekerjaan. Semasa kita berbincang, walaupun kerajaan sudi memberikan dana untuk memulakan tabung ini tetapi isu yang dibangkitkan ialah apakah cara bagaimana tabung pemberhentian ini boleh diteruskan untuk satu jangka masa yang lebih panjang.

■1730

Di dalam hal itu, semasa perkara ini telah dikemukakan kepada pihak majikan dan pihak pekerja, memang pihak pekerja sudi untuk melabur kepada satu-satu tabung untuk meneruskan tabung retrenchment fund, pemberhentian itu untuk jangka masa panjang. Akan tetapi, pihak majikan mempunyai pandangan yang sedikit berbeza kerana mereka tidak membuat bayaran kepada dua fund iaitu satu ialah berbayar kepada tabung pemberhentian pekerjaan dan tambahan pula masih kalau sesuatu kerja ditamatkan, mereka diwajibkan melalui perundangan yang ada untuk membayar pampasan kepada pihak pekerja.

So, mereka berpendapat kalau mereka mahu bayar cuma kadar satu sahaja dan bukan untuk keadaan yang dua dan kerana kita tidak mendapat satu persetujuan oleh kedua-dua pihak masih perkara ini di dalam perbincangan. Semasa ini kerajaan sedang membuat satu kajian lebih menyeluruh dengan ILO untuk lihat kepada satu long term Tabung Pemberhentian Pekerjaan dan unemployment insurance. Kajian ini di fasa pertama sudah habis dan kita menunggu untuk keputusan yang muktamad yang akan dikemukakan mungkin pada pertengahan tahun yang akan datang.

Kajian ini akan dilihat kepada segala isu ini iaitu pekerjaan, penamatan, bayaran pampasan dan mereka yang tidak membayar bayaran dan isu insurans pemberhentian pekerjaan pada lebih daripada satu skop yang lebih holistik...

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: [Bangun]

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Saya berpendapat mungkin selepas itu kita boleh membuat satu keputusan untuk satu proses rancangan yang lebih baik yang boleh digunakan di dalam semua keadaan yang boleh diterima oleh semua pihak. Pada masa sekarang, kita menunggu keputusan daripada kajian ini untuk memutuskan apakah jenis retrenchment fund yang paling sesuai untuk negara kita yang boleh diterima oleh semua pihak.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Lagi satu perkara yang telah dibangkit...Ya?

Page 79: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 71

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri ada yang hendak mencelah. Silakan Yang Berhormat.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Tuan Yang di-Pertua, setahu saya kajian ini telah dibuat lebih daripada tiga tahun. Tiga tahun adalah satu jangka masa yang agak panjang maknanya kalau hendak dipanjangkan lagi sampai bila? Sebab perkara ini adalah satu perkara yang sangat penting dan kita sudah pun melalui proses retrenchment ataupun pemberhentian beramai-ramai. 30 tahun yang lepas, hampir tiga atau empat kali apabila berlaku kemerosotan ekonomi maka hal ini terkesan kepada pekerja.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih. Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Terima kasih. Keputusan awal daripada kajian itu sudah dibuat tetapi itu adalah keputusan awal tetapi keputusan muktamad yang lebih dalam ini saya ingat boleh diselesaikan pada pertengahan dan ini akan memberi maklumat yang lebih dalam dan keputusan-keputusan yang lebih baik yang boleh digunakan oleh kita untuk teruskan ini. Saya setuju bahawa pemberhentian pekerjaan ialah satu perkara yang selalu berlaku secara berterusan. Akan tetapi, di dalam sistem kita yang ada okey ada kewajipan kalau seseorang pekerja itu ditamatkan dia perlu dibayar pampasan.

Isu yang berbangkit ialah untuk satu-satu majikan bukan begitu banyak yang bila mereka ada isu dan mereka contohnya gulung tikar dan menjadi insolvent dan mereka tidak mempunyai kemampuan untuk bayar pekerja. Pekerja-pekerja itu macam mana kita mahu jaga kebajikan, itulah sebab kerajaan telah lihat kepada isu retrenchment fund. Pada awalnya ada satu cadangan supaya RM1 dibayar oleh majikan dan RM1 dibayar oleh pihak pekerja tetapi pihak majikan mereka tidak mahu setuju kepada dua sistem yang lain iaitu pihak majikan yang bertanggungjawab mereka berkata bahawa kita membayar pampasan kepada pekerja mereka semasa mereka ditamatkan.

Mereka yang tidak membayar pampasan ialah majikan yang tidak maju, yang tidak bertanggungjawab dan kalau kita bayar secara berterusan kepada retrenchment fund, ini akan menjadi iaitu majikan yang bertanggungjawab memberi subsidi kepada majikan yang tidak bertanggungjawab. So, itulah sebabnya kita tidak boleh mendapat satu persetujuan daripada semua pihak dan ada kemungkinan kita kena lihat kepada perkara ini secara lebih menyeluruh dengan mengambil kira segala sistem yang tersedia ada dan mewujudkan satu sistem baru yang boleh mengatasi kelemahan-kelemahan yang mungkin ada di dalam sistem yang ada pada masa sekarang.

Tajuk lanjutan ialah tentang pekerja asing, ada pandangan yang berbeza diberi oleh Ahli Yang Berhormat. Ada yang telah menyentuh bahawa kebergantungan kepada pekerja asing ialah satu perkara yang tidak berapa sihat. Di sebelah memang ada Ahli-ahli Yang Berhormat telah bangkitkan isu kesukaran untuk mendapatkan pekerja asing untuk bidang-bidang tertentu. Daripada soalan ini, kita tahu bahawa isu pekerja asing ini ada senario yang berbeza mengikut daripada pandangan dan keadaan sesuatu orang. Saya sudah jawab ini di dalam satu soalan lisan dua, tiga hari yang lalu bahawa kementerian dengan keadaan ekonomi yang kita ada pada masa sekarang, di sektor-sektor tertentu ada keperluan untuk pekerja asing dan kita tidak boleh lari daripada itu.

Akan tetapi, cara ialah macam mana kita boleh memperkasakan kegunaan mereka, mengadakan satu proses yang baik, membawa mereka secara baik, menggunakan mereka secara baik dan selepas mereka sudah tamat masanya boleh balik ke rumah mereka di dalam satu suasana yang baik. Itulah cabaran kepada kerajaan, kalau itu boleh dicapai kerajaan tahu kita mungkin memerlukan pekerja asing untuk satu jangka masa yang panjang. Kita semestinya menyediakan– isu ialah tentang di dalam perkara ini kadang-kadang ada penyelewengan daripada banyak pihak dan itu yang menjadi isu untuk di dalam cara macam mana kita menggunakan pekerja asing.

Contoh, ada pekerja asing di dalam bidang-bidang yang tidak diluluskan. Ada pekerja asing yang datang ke negara ini secara tidak rasmi, ada pekerja asing yang tidak mempunyai dokumentasi.

Page 80: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

72 DN 17.12.2012

Inilah cabaran yang sedang dihadapi oleh kerajaan dan kita telah mengambil

langkah dengan usaha oleh Kementerian Dalam Negeri melalui Program 6P yang masih berterusan dan saya ingat ini mungkin akan mendapat satu penamatan di dalam tiga, empat bulan lagi. Selepas ini sudah dibuat, kita berharap proses untuk menjaga dan menyelenggarakan pekerja asing secara lebih baik boleh dicapai.

Untuk menjawab soalan mengapa ada kesusahan untuk mendapatkan pekerja asing. Ini kerana pada masa sekarang, negara-negara yang menjadi negara sumber, mereka pun menghadapi satu pembangunan ekonomi yang begitu baik dan kerana peluang-peluang yang tersedia ada di dalam negara mereka dan gaji yang mereka yang sudah mendapat daripada negara mereka pun besar dan oleh itu bilangan yang mahu datang dan kerja di dalam negara kita bukan begitu besar seperti yang ada pada masa dahulu.

Ada kenaikan kos dan ini pun menjadi satu isu tetapi kita sedang buat apa-apa yang perlu dibuat untuk memastikan di dalam bidang-bidang tertentu di mana kebergantungan kita bukan mustahak. Contohnya perladangan kepada satu ketika bila mereka tidak mendapat pekerja asing yang mencukupi, ada ladang-ladang di mana output mereka sudah kurang, lebih kurang 30 peratus kerana mereka tidak mempunyai pekerja yang mencukupi untuk potong buah yang ada di dalam pokok. Kalau buah ini ada di pokok tidak guna. Kalau tidak dipotong pada masa yang tertentu ini, menjadi satu kerugian yang besar kepada majikan.

So, itulah sebab kerajaan sedang buat apa-apa yang sepatut dibuat untuk pastikan bahawa di sektor-sektor yang tertentu di mana ekonomi kita memerlukan pekerja asing, kita terus membekalkan mereka melalui sistem yang baik dan di dalam sektor di mana mereka tidak dibenarkan kita kena meningkatkan penguatkuasaan untuk pastikan mereka tidak membanjiri sektor-sektor di mana sepatutnya tidak ada pekerja asing.

Pada tahun yang akan datang, satu isu yang akan mungkin menjadi satu cabaran kepada majikan untuk menggunakan pekerja asing ialah peningkatan kos. Ini kerana apabila mereka diwajibkan bayar gaji minimum kepada pekerja asing, mereka ditambahkan, tambahan pula mereka dikenakan bayar levi dan ada kos agensi dan kos datang ke negara ini, bayaran tiket kapal terbang dan sebagainya. Kos untuk satu-satu pekerja asing secara minimum boleh naik sampai RM1,200, RM1,300.

■1740

Di dalam keadaan ini, mungkin majikan kena lihat balik kepada cara macam mana mereka gunakan mereka dan membuat rasionalisasi supaya mereka boleh mengurangkan kegunaan ini. Saya berharap ini secara tidak langsung akan mengurangkan bilangan pekerja asing yang ada di dalam negara kita. Satu lagi perkara yang ingin dibangkit...

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Saya ingin mencelah Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Ianya adalah mengenai kemasukan pekerja dari luar ini adalah di bawah kementerian yang berbeza dan apabila timbul masalah, diuruskan oleh Kementerian Sumber Manusia. Mengapa jadi demikian? Apakah tidak ada satu polisi yang jelas sepanjang kemasukan pekerja daripada luar ini ke Malaysia? Jadi, tiap-tiap kali kita dengar apabila timbul masalah, yang uruskan ini adalah Kementerian Sumber Manusia tetapi yang memasukkan mereka ini adalah Kementerian Dalam Negeri.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Terima kasih ke atas pandangan itu. Telah dibangkit di dalam Dewan ini banyak kali dan perkara ini kita pun sudah bincang macam mana kedua-dua kementerian boleh kerjasama. Ini kerana isu imigresen ini memang di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri. Isu keselamatan pun di dalam Kementerian Dalam Negeri. Isu keperluan dan pembekalan, itu di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Page 81: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 73

Oleh itu ada keperluan supaya kerjasama di antara kedua-dua kementerian di dalam menetapkan proses yang paling baik dan saya mengambil maklumat tentang pandangan yang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat. Satu lagi topik yang telah disentuh ialah latihan kemahiran yang...

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh saya mencelah sedikit?

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam:Ya.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Yang Berhormat Menteri tadi mengakui memang sudah bincang antara Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia. Terima kasihlah atas makluman itu bahawa ada perbincangan. Akan tetapi yang barangkali kita lebih berminat ialah hasil daripada perbincangan itu. Saya tidak hendak mengulangi analogi hari ini, bayar tunai esok boleh berhutang. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Okey, hasil daripada itu, proses akan diperbaiki dan di dalam makmal yang telah dijalankan untuk meningkatkan proses pengurusan pekerja asing yang dibuat pada tahun yang lalu ada banyak cadangan untuk melicinkan proses ini supaya pertindihan yang tersedia ada boleh diperbaiki. Isu-isu yang wujud di dalam proses pengambilan pekerja asing ini, dibuat asas kepada keperluan dan kegunaan tenaga kerja sahaja dan bukan oleh sebab-sebab yang lain. Satu lagi topik yang disentuh ialah tentang latihan kemahiran.

Dasar Latihan Kemahiran yang ada pada masa sekarang ialah untuk memastikan bahawa kita mewujudkan peluang-peluang latihan kemahiran yang mencukupi untuk menunaikan keperluan, tenaga kerja yang mahir di dalam proses perjalanan untuk menjadi satu negara yang sudah membangun menjelang tahun 2020. Saranan negara ialah untuk memastikan 50 peratus daripada pekerja yang ada pada tahun 2020 ialah mereka yang mempunyai kemahiran yang tinggi. Banyak sistem latihan dan banyak peruntukan untuk latihan yang telah disediakan.

Salah satu perubahan besar yang akan berlaku pada tahun 2013 ialah program untuk mengadakan Program Latihan Vokasional di dalam sistem persekolahan. Kementerian Pelajaran Malaysia daripada tahun 2013, akan mula satu program baru untuk mereka selepas PMR. Supaya murid-murid yang tidak minat di dalam bidang akademik, mereka akan diberi peluang supaya mendapat latihan di dalam bidang vokasional dan sedikit di dalam bidang akademik.

Ini ialah satu program yang besar dan akan memastikan bahawa murid-murid selepas masa mereka keluar selepas SPM, mereka mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu yang akan menjanjikan peluang-peluang pekerjaan kepada mereka. Ini memberi mereka satu kemahiran yang akan membolehkan mereka menjadi usahawan secara sendiri kalau itu menjadi pilihan kepadanya.

Untuk mencapai itu, latihan dibuat oleh semua agensi-agensi di bawah kerajaan dan melalui Program SLDN. Di mana kita sudah melatih lebih kurang 10,000 orang di dalam tiga tahun yang berikutan ini. Di mana satu peratusan besar daripada latihan ini di buat di tempat kerja dan 30 peratus cuma dibuat di tempat dewan kuliah. Semua latihan yang ada di dalam sistem latihan perindustrian pada masa sekarang, murid-murid didedahkan kepada industri dan keperluan industri. Ini telah meningkatkan kebolehpasaran...

Dato’ Lim Nget Yoon: Boleh mencelah?

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Ya.

Dato’ Lim Nget Yoon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adakah sekolah-sekolah kemahiran ini dapat sambutan yang baik? Kalau jawapan ialah tidak begitu menggalakkan, apakah langkah-langkah untuk menarik pelajar-pelajar? Terima kasih.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Apa yang saya terangkan tadi ialah bahawa ini akan menjadi sebahagian daripada sistem pelajaran kita. Iaitu selepas mereka sudah melalui PMR, kepada pencapaian di bidang akademik tidak berapa baik, mereka akan disalurkan kepada saluran alternatif.

Page 82: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

74 DN 17.12.2012

Di mana mereka akan didedah kepada kemahiran-kemahiran tertentu dan

beberapa mata pelajaran akademik yang ada pada masa sekarang. Mereka akan mengikut ini sampai SPM dan di peringkat SPM mereka mendapat peluang, mendapat dua sijil. Satu ialah sijil SKM iaitu Sijil Kemahiran Malaysia dan lagi satu sijil, Sijil Pelajaran Malaysia. Mereka mendapat kedua-dua ini, ini akan membolehkan mereka- dan memang daripada apa yang kita lihat kepada satu dari dua daripada sekolah-sekolah yang telah di transformasi menjadi kolej vokasional, sambutan memang baik. Apabila diserap di dalam sistem pembelajaran sebagai dasar, tidak akan jadi isu.

Semasa saya belajar pun kita ada buat woodworking, carpentry, power mechanics, electricity dan sebagainya. Kita sedang ulang balik kepada keadaan itu dan secara lebih luas. Saya mempunyai satu keyakinan yang besar bahawa ini ialah satu program yang akan meningkatkan keupayaan murid-murid kita dan membekalkan tenaga kerja yang diperlukan oleh negara dan memastikan mereka boleh mendapat kerja. Pada masa yang sama, menunaikan keperluan tenaga kerja di dalam negara. Untuk bantu di dalam semua proses ini, kerajaan telah menyediakan banyak program.

Untuk mereka yang sudah lepasan kerja selepas untuk- dan mereka mengikuti latihan kemahiran di peringkat swasta, kerajaan sedang memberi pinjaman melalui Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK. Di mana mereka diberi pinjaman dan pinjaman ini membantu mereka mengikuti kursus di dalam kolej-kolej latihan swasta. Pada tahun yang lalu, pinjaman ini telah diperluaskan kepada golongan pekerja supaya pekerja pun boleh diberi pinjaman oleh kerajaan untuk meningkatkan pencapaian mereka dan meningkatkan kemahiran mereka.

Kerajaan telah pada bajet yang lalu iaitu Bajet 2012, menyediakan lebih kurang RM100juta untuk digunakan oleh pekerja sebagai untuk mengujudkan budaya pendidikan sepanjang hayat. Supaya mereka boleh meningkatkan kemahiran mereka walaupun sudah kerja dan mencapai tahap yang lebih tinggi. Melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad, levy yang dibayar oleh majikan, lebih kurang tiap-tiap tahun majikan bayar RM300 juta untuk memberi latihan kepada pekerja-pekerja mereka. RM300 juta digunakan oleh majikan dan kerajaan memberi sokongan di dalam hal itu untuk majikan yang ialah daripada kategori SME. Mereka secara- untuk menggalakkan mereka memberi latihan kepada pekerja mereka, untuk tiap-tiap RM1 yang mereka belanja, kerajaan memberi tambahan RM1. Ini menjadi satu galakan supaya mereka boleh memberi latihan kepada pekerja-pekerja mereka. Kita sedang meningkatkan taraf latihan ini dengan meminta supaya institusi-institusi kita mendapat pensijilan antarabangsa dan pengiktirafan antarabangsa.

■1750

Banyak institusi sekarang memberi sijil, bukan sahaja Sijil Kemahiran Malaysia, tetapi yang telah mendapat pengiktirafan atau akreditasi daripada sijil-sijil antarabangsa. Contohnya di dalam bidang pengimpalan, welding. Kalau mereka dapat welding certificate by The Welding Union (TWU), ini akan meningkatkan pengiktirafan mereka di peringkat antarabangsa dan ini memberi mereka gaji yang lebih tinggi dan penerimaan daripada dalam kalangan majikan tentang mutu dan standardnya. Ini bukan dibuat dalam satu bidang sahaja tetapi di dalam bidang-bidang yang pelbagai untuk memastikan mereka yang keluar daripada sistem latihan kemahiran kita mencapai satu tahap yang lebih tinggi.

Untuk satu jangka masa panjang, kerajaan telah mengemukakan dasar untuk membantu mereka yang selepas mengikuti latihan kemahiran, mereka boleh terus ke universiti dan mendapat ijazah di dalam bidang kemahiran. Technical graduates. Empat teknikal universiti telah dikenal pasti untuk menjalankan program ini, kita panggil program ini program articulation iaitu mereka yang keluar dengan diploma, contoh daripada Institut Latihan Perindustrian atau diploma daripada kolej komuniti atau IKBN, mereka boleh teruskan untuk mendapat ijazah di dalam universiti.

Ini akan membuka satu saluran baru untuk mereka yang mungkin di dalam tempoh pembelajaran mereka di peringkat awal tidak memperoleh satu pencapaian yang tinggi di peringkat akademik, tetapi ini akan membuka satu lagi pintu untuk mereka. Melalui saluran baru ini, mereka akan menjadi technical graduates.

Page 83: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 75

Kalau kita lihat kepada pengalaman negara-negara yang lain, technical graduates ini, mereka mendapat pendapatan dan peningkatan mereka, pencapaian mereka lebih tinggi, lebih cepat serta lebih pantas berbanding dengan mereka yang boleh dipanggil the academic graduates.

Satu lagi isu yang telah dibangkitkan ialah apa kemudahan yang disediakan untuk pekerja di ladang dan program-program untuk membangunkan mereka. Pada tahun yang lalu, kerajaan telah menyediakan satu peruntukan RM50 juta untuk meningkatkan kemudahan air di dalam estet-estet di mana pembekalan air ialah daripada sumber asli...

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Mencelah sedikit.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat, silakan.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum Yang Berhormat Menteri pindah kepada subjek lain, saya masih tertarik mengenai aspek latihan ini tadi. Ini sekarang sudah beralih kepada aspek pemberian kemudahan. Okeylah, kita alu-alukan itu. Akan tetapi yang saya masih terkilan, Yang Berhormat Menteri dengan panjang lebar telah menyebut tentang latihan-latihan kemahiran, tetapi satu yang tidak jelas di sini ialah latihan kemahiran yang diadakan yang terpencar-pencar itu, adakah langkah-langkah yang consorted, dengan izin, mengkoordinasi, menyelaraskannya supaya dengan demikian tidak akan berlaku mismatching apabila sudah graduate nanti. Oleh kerana itu, saya rasa perlu ada koordinasi antara kementerian-kementerian berkenaan, dan ini tidak ada disebut. Satu.

Kemudian, saya juga berkali-kali telah ditimbulkan masalah tenaga kerja tempatan tidak mahu membuat kerja ini, tidak mahu membuat kerja itu. Kita telah menimbulkan di sini antara sebabnya ialah kerana masalah mindset. Oleh kerana itu, adalah juga menjadi tanggungjawab kementerian saya rasa, untuk melakukan latihan merubah mindset itu. itu yang tidak disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Okeylah, kita alu-alukan tentang pelbagai latihan kemahiran, tetapi sayang tidak ada disebut adakah latihan itu dikoordinasikan, diselaraskan.

Selain dari itu, yang rasanya tidak disebut ialah latihan-latihan untuk merubah mindset. Ini sangat penting saya rasa. Selagi mindset kita tidak bertukar, apa pun kemahiran kita, kemahiran itu tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat rasanya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Saya setuju bahawa kerana terdapat banyak agensi yang menawarkan latihan-latihan kemahiran, ada kadang-kadang pertindihan, ada kurikulum yang berbeza dan ada sistem pensijilan yang berbeza. Untuk mengatasi perkara itu, di bawah Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, satu majlis telah diwujudkan iaitu majlis untuk menyeragamkan latihan vokasional yang dibuat supaya isu-isu yang telah dibangkit oleh Yang Berhormat tadi iaitu bahawa tiada pertindihan, bahawa latihan dibuat mengikut keperluan supaya kita mempunyai satu standard yang sama iaitu kurikulum yang sama dan pensijilan yang sama. Jadi, perkara-perkara ini telah diambil dikira dan kita sekarang dalam usaha untuk memperbaiki dan memastikan bahawa perkara yang di mana ada keadaan yang tidak seragam di antara agensi-agensi yang menyediakan boleh diperbetulkan supaya secara as a consorted effort, semua kumpulan yang ada tanggungjawab di dalam isu latihan kemahiran ini boleh bekerjasama dan mengarah ke satu tujuan yang sama.

Untuk menjawab soalan yang kedua iaitu tentang the soft skills, the attitudinal issues yang ada di dalam kalangan pelatih dan pekerja ini. Di dalam kurikulum, salah satu daripada perkara yang telah diberi tumpuan baru-baru ini ialah untuk memastikan semasa mereka mendapat training di dalam the hard skills, isu-isu soft skills iaitu di dalam komunikasi, di dalam attitude dan etika kerja ini turut diberi tumpuan supaya mereka boleh bekerja, bukan sahaja mempunyai kemahiran daripada segi kemahiran tentang kerja itu, tetapi seperti yang dijelaskan oleh Yang Berhormat, bahawa mereka mempunyai attitude, etika yang sesuai untuk kerja dan meningkatkan taraf mereka dan pada masa yang sama menyumbang kepada kemajuan majikan mereka.

Beralih balik kepada bantuan, kepada estet...

Page 84: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

76 DN 17.12.2012

To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tumpang bertanya? Yang Berhormat Menteri, boleh?... Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga turut berasa bangga di atas inisiatif kementerian khususnya Yang Berhormat Menteri sendiri yang begitu gigih dan memberi satu tumpuan yang khusus bagi mengatasi kebanjiran pendatang asing.

Tinggal lagi, daripada hasil latihan kemahiran yang dilaksanakan oleh pihak kementerian, boleh tidak dinyatakan di dalam Dewan yang mulia ini, bilakah dapat kami menerima ataupun di semua sektor dapat mengecap hasil daripada latihan itu pengurangan kemasukan pendatang asing? Contoh kata di sektor-sektor yang kita tengok hari ini, bukan perladangan dan pembinaan sahaja, malahan kita pergi ke Shell, kita pergi ke restoran, kita pergi mana-mana, bercakap pun susah, hendak order pun susah. Jadi, apakah tindakan kementerian di atas inisiatif yang diambil hasil daripada latihan kemahiran di semua peringkat yang dibuat oleh kementerian untuk mengatasi dan data-data yang dapat kami dimaklumkan kepada Dewan ini hasil daripada usaha yang kementerian laksanakan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Yang Berhormat. Terlebih dahulu, saya ingin menerangkan, walaupun saya sudah buat ini semasa saya menjawab soalan lisan beberapa hari dahulu, bahawa 95 peratus atau lebih daripada pekerja asing yang datang ke negara kita bukan untuk mengisikan kekurangan kemahiran yang ada di dalam pekerja Malaysia, tidak. Mereka datang dan mengisikan kekosongan yang ada, peluang-peluang pekerjaan yang tidak mahir. Oleh kerana itulah kerja-kerja yang disegani oleh rakyat Malaysia dan mereka tidak mahu kerja di dalam bidang-bidang itu.

Kerja-kerja di mana kemahiran diperlukan, contohnya di dalam satu kilang, di peringkat yang lebih tinggi daripada labor operator, di situ kita boleh nampak pekerja tempatan kerja. Kalau naik di tangga kerja ini, lebih tinggi, lebih pekerja tempatan. Itu bermaksud, pekerja tempatan bekerja di dalam kerja-kerja yang memerlukan kemahiran, memerlukan latihan dan memerlukan pengetahuan tetapi di peringkat bawah itu yang susah. Macam mana kita mahu mengurangkan penggunaan pekerja asing ialah melalui transformasi cara, proses yang ada di dalam tempat kerja itu.

■1800

Contoh di dalam factory, kalau sistem proses yang tersedia ada ini ialah satu proses yang menggunakan tenaga pekerja yang begitu banyak. Apa yang diperlukan ialah proses yang ada di dalam factory itu menghadapi satu perubahan supaya teknologi akan menjadi lebih tinggi, apa yang dipanggil capital intensive dan apabila teknologi menjadi lebih tinggi, ini akan mengurangkan keperluan pekerja yang tidak mahir kerana kerja ini akan dibuat oleh mesin. Kita memerlukan pekerja yang lebih mahir untuk jaga mesin-mesin yang buat kerja ini. Kalau di dalam keadaan itu, memang kita boleh mengurangkan pekerja asing kerana pekerja yang diperlukan untuk jaga mesin ialah mereka yang lebih mahir. Ini boleh dibuat untuk semua perkara.

Contohnya, kerja untuk membersihkan jalan raya. Ada kerja menyapu di jalan raya gunakan penyapu yang biasa dan ada kerja yang menggunakan mesin yang datang dan buat semua kerja sahaja dan mereka yang datang ialah pemandu mesin itu. Kalau kita mahu pekerja tempatan, mereka sudi untuk bekerja dengan mesin, yang membawa mesin itu tetapi kalau disuruh pekerja tempatan untuk turun dan sapu jalan raya, mereka tak setuju. So, kalau perubahan dibuat kepada proses itu seperti yang sudah berlaku di dalam negara-negara yang sudah membangun, maka ini akan menjadi dan kita boleh mengurangkan, termasuk di dalam restoran pun.

Kalau restoran, kita alih kepada menggunakan capital intensive dan menggunakan banyak self service, mungkin kita boleh mengurangkan. So, apa yang diperlukan ialah pemindaan kepada proses dan saya ingat ini akan jadi bila, pertama kesukaran untuk mendapat pekerja asing. Kedua, bila pekerja asing menjadi sangat mahal untuk didapati. Saya ingat majikan akan menghadapi satu situasi supaya mereka tidak ada pilihan tetapi membuat pemindaan kepada proses-proses sedia ada untuk menggunakan sedikit pekerja-pekerja yang mereka ada sahaja. Berbalik kepada estet, saya tadi telah...

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh...

Page 85: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 77

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Saya belum habis.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, mengenai subjek yang sama Yang Berhormat timbulkan tadi iaitu kerja-kerja yang kurang mahir, yang masih dilakukan oleh pekerja-pekerja asing itu seperti dengan izin, cashier dan shop attendant. Satu yang saya nak tanya. Dua perkara yang ingin saya tanyakan. Pertama, adakah pekerja-pekerja asing ini mendapat izin untuk bekerja di tempat-tempat berkenaan, di kedai-kedai, di supermarket untuk menjadi cashier, untuk menjadi shop attendant? Adakah keizinan khas diberi? Siapa yang memberi izin itu? Kemudian, apakah syarat-syarat sebelum izin itu diberi?

Saya timbulkan perkara ini seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi, kadang-kadang kita nak membayar dengan berhitung daripada satu hingga sepuluh pun tak boleh. Jadi setidak-tidaknya saya rasa, kalau nak juga mengupah pekerja asing ini di tempat-tempat sedemikian, sekurang-kurangnya perkara yang basic dalam komunikasi pasaran itu hendaklah dikenakan syarat. Ini bukan sahaja tidak mengurangkan rasa sakit hati kita, bahasa kita tidak dihargai orang tetapi juga ini ada kena mengena saya rasa dengan usaha kita mempertahankan jati diri kita.

Jadi, dua perkara. Siapa yang memberi izin, apa syarat sebelum izin itu diberi? Adakah akan diteruskan memberi izin kepada pekerja-pekerja asing yang tidak tahu langsung menghitung, daripada satu sampai 20 pun tak tahu. Terima kasih. Ini pengalaman peribadi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Terima kasih Yang Berhormat. Secara dasar, sektor-sektor yang diberitahu oleh Ahli Yang Berhormat bukan sektor yang diberi peluang untuk mendapat pekerja asing tetapi saya terima pandangan Ahli Yang Berhormat bahawa mereka ada. Contohnya tadi ada di pam minyak. Sebagai dasar, tiada kelulusan diberi kepada pam minyak tetapi apa yang berlaku pada satu masa dahulu, bila ada syarikat-syarikat yang dipanggil syarikat outsourcing walaupun kegiatan mereka sekarang tidak berapa kuat. Mereka diberi kelulusan untuk mengambil satu jumlah pekerja dan lepas itu mereka memberi pekerja ini ke bidang-bidang tertentu.

Pada masa itu memang mereka tolong membekalkan pekerja kepada sektor-sektor yang tidak menjadi sektor utama untuk negara kita daripada segi dasar dan kerajaan memang peka kepada perkara ini. Kita mempunyai dasar yang memang jelas bahawa di dalam front line seperti cashier dan Hotel Reception seboleh-bolehnya ini mesti ada pekerja tempatan kerana untuk mengelakkan isu dan kejadian yang telah diberi contoh oleh Ahli Yang Berhormat tadi.

Saya menerima mungkin di dalam perkara ini siapa yang diberi kelulusan ini memang ini melalui proses pengambilan, masa itu outsourcing ini di bahawa Kementerian Dalam Negeri dan kelulusan diberi melalui proses-proses yang telah ditetapkan oleh mereka. Saya menerima pandangan bahawa mungkin di dalam perkara ini, kita kena meningkatkan penguatkuasaan untuk memastikan bahawa adanya pekerja asing di dalam sektor-sektor yang mana tidak dibenarkan. Khasnya di sektor-sektor yang telah diterangkan tadi seperti cashier, di mana saya ingat masih boleh dapat pekerja tempatan untuk kerja sebagai cashier kalau diberi gaji yang lebih lumayan dan ini ialah isu penguatkuasaan. Saya mengambil kira pandangan yang dibuat supaya dapat meningkatkan penguatkuasaan untuk mengatasi isu ini.

Berbalik kepada keadaan kemudahan pekerja di estet, salah satu daripada kemudahan untuk membekalkan air kepada estet yang mendapat air daripada sumber asli. Kerajaan telah meluluskan RM50 juta dan ini diberi kepada estet di mana mereka di dalam sumber awam ini, lima kilometer daripada pintu masuk estet dan kepada estet yang– dan kalau keadaan di mana kerajaan membantu untuk memasang paip daripada punca sumber awam sampai pintu masuk estet dan kalau estet sudi untuk meneruskan pemasangan daripada pintu masuk sampai ke rumah-rumah pekerja yang ada. Ini dibuat untuk lebih kurang 48 estet di seluruh negara untuk meningkatkan kemudahan air bersih.

Page 86: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

78 DN 17.12.2012

Tambahan kepada itu, kerajaan telah menyediakan satu tabung khususnya untuk

pekerja estet yang sudah bersara untuk membeli rumah dan ini ialah satu tabung pinjaman yang diuruskan dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional, yang mana seseorang pekerja yang sudah kerja di dalam estet untuk sepuluh tahun, diberi peluang untuk mendapat pinjaman RM60,000 dengan kadar faedah 4 peratus dan mereka diberi peluang untuk membuat bayaran untuk jangka masa yang panjang.

Saya ingat sehingga 40 tahun mereka boleh bayar balik dengan syarat-syarat yang dilonggarkan untuk membantu golongan ini yang sebelum ini tidak mendapat peluang untuk mendapat rumah supaya mereka boleh gunakan pinjaman ini untuk membeli rumah. Ini adalah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini untuk membantu golongan pekerja-pekerja estet supaya meringankan beban yang dihadapi.

Tuan Yang di-Pertua itulah tajuk-tajuk yang telah dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ucapkan terima kasih kepada semua atas keprihatinan mereka ke atas isu-isu berkaitan...

Puan Chew Lee Giok: Minta mencelah.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: ...Tentang Kementerian Sumber Manusia dan sokongan yang diberi oleh Ahli Yang Berhormat.

Puan Chew Lee Giok: Minta mencelah sebab banyak soalan saya tidak dijawab.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Ini soalan yang penghabisan ya. Baik.

Puan Chew Lee Giok: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Ada satu soalan saya dalam perbahasan saya tentang bagaimana nak mengatasi masalah kekurangan pembantu rumah yang semakin serius ini? Apakah perancangan kementerian ingin melatih orang tempatan ataupun ada kaedah lain untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Okey. Terima kasih. Isu pembantu rumah, kerajaan sudah membuat banyak usaha untuk memastikan khasnya dengan Indonesia untuk melicinkan proses-proses yang sedia ada, untuk meningkatkan bilangan mereka yang boleh masuk. Walaupun semua proses sudah selesai dan pintu sudah dibuka tetapi ini seperti satu paip sudah dibuka tetapi air tak keluar Yang Berhormat. Sekarang kita di dalam proses macam mana nak tambah air supaya boleh keluar daripada paip itu. Salah satu daripadanya ialah duit dan isunya kerana agensi di peringkat Indonesia, mereka mahu meningkatkan kos agensi.

■1810

Baru-baru ini pegawai-pegawai daripada kementerian saya dan Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan perbincangan mereka dengan agensi di Jakarta pada dua tiga hari yang lalu dan mereka sudah balik. Permintaan mereka untuk meningkatkan kadar agensi fi yang lebih tinggi. Ini adalah perkara yang sekarang menjadi satu halangan, pandangan mereka bahawa mereka punya kos di Indonesia sudah naik. Itulah sebab kos agensi yang tersedia ada ini, tidak sesuai dengan keadaan yang ada dan mesti menghadapi satu kenaikan.

Kita sedang lihat kepada cadangan mereka dan kalau itu sesuai, mungkin bilangan mereka akan naik iaitu di sebelah dan di sebelah ada Ahli-ahli Yang Berhormat pun telah sebut bahawa gaji yang diminta iaitu RM700 dan RM800 ini terlampau tinggi. Akan tetapi untuk pekerja yang datang, kerajaan peringkat agensi di Indonesia telah minta sekurang-kurangnya gaji yang diberi ialah RM700 kerana kalau mereka pergi kerja di Taiwan, Hong Kong, Korea atau di Singapura, mereka mendapat gaji yang lebih tinggi. Jadi ada banyak isu yang kita hadapi dalam isu pembantu rumah dan kerajaan sedang buat apa-apa yang sepatutnya dibuat untuk selesaikan isu ini.

Untuk jawab soalan yang lain yang ditanya oleh Ahli Yang Berhormat, adakah usaha dibuat untuk membekalkan pembantu rumah tempatan. Saya mahu menjelaskan bahawa kekurangan pembantu rumah tempatan bukan kerana kekurangan latihan. Mereka yang datang dari Indonesia bukannya yang terlatih tinggi tetapi mereka yang buat kerja di rumah.

Page 87: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 79

Jadi isunya bukan latihan. Usaha-usaha untuk memberi latihan ini cuma telah memberi kejayaan atau meningkatkan keuntungan untuk institusi latihan sahaja tetapi tidak membekalkan tenaga kerja untuk rumah.

Ada agensi yang sudah buat latihan tetapi latih 90 orang, selepas itu bukan satu orang pun kerja di rumah. Jadi itulah akibatnya. Oleh itu bukan latihan yang menjadi isu. Isu ini ialah pekerja tempatan kita ada pilihan yang lain, yang lebih senang punya dan mereka tidak perlu kerja di rumah. Kita sedang bincang, mungkin kita kena lihat pada satu zaman yang mana kita menerima hakikat bahawa susah untuk mendapat pembantu rumah. Jadi di dalam keadaan itu, apa yang diperlukan ialah the supportive institution yang boleh sokong supaya seseorang suri rumah atau seorang ibu boleh terus kerja tanpa memerlukan seorang pembantu rumah.

Jadi kita sedang lihat kepada isu-isu tentang pusat asuhan anak yang telah dijelaskan secara baik oleh Yang Berhormat Menteri Kementerian Pembangunan Wanita tadi tentang mungkin day-care services, pekerja yang datang kerja untuk beberapa jam sahaja macam mana boleh institutionalize situasi itu dan macam mana kita boleh meningkatkan institusi sokongan untuk memberi penjagaan kepada warga tua. Perkara-perkara ini yang diberi tumpuan oleh kerajaan supaya kalau kita ada institusi-institusi ini yang mencukupi dan ini akan membantu seseorang suri rumah, sesebuah keluarga supaya mereka boleh mendapat segala sokongan daripada institusi-institusi dan tidak perlu mendapat seorang pembantu rumah.

Ini adalah amalan di negara-negara yang sudah membangun. Cuma di Malaysia, kerana untuk jangka masa yang lama, kita sudah menyesuaikan diri dengan keadaan mengadakan seorang pekerja pembantu rumah ini. Jadi sekarang untuk menyesuaikan diri di dalam satu keadaan tidak ada pembantu rumah, itu satu perkara yang pada mulanya mungkin susah tetapi dengan masa, saya ingat kita akan membuat apa yang sepatut dibuat untuk menghadapi situasi di mana tidak ada pembantu rumah.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh mencelah sedikit?

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Jika ini masih berlaku di dalam satu masa– saya sudah jawab.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh saya hendak celah sedikit Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua: Kalau boleh Yang Berhormat ini terakhir ya.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Ya ini kali yang terakhir...

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Saya ada satu soalan juga yang tidak dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Sebelum itu Yang Berhormat Senator Tuan Syed, sebelum Yang Berhormat menimbulkan soalan yang tidak dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Bahagian terakhir penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi yang sebenarnya telah disebut juga oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam satu jawapan soalan lisan minggu lalu. Kita mengalu-alukan usaha itu tetapi yang saya timbulkan pada satu soal jawab itu ialah adakah kementerian menetapkan satu dengan izin, dateline bila program yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dulu beyond maid itu yang sekarang katanya sedang diusahakan atau melaksanakannya.

Akan tetapi sedang diusahakan, merancangnya tetapi saya hendak pasti, berapa lama kita hendak membuat perancangan ini sebelum hasil daripada perancangan itu benar-benar dapat kita nikmati? Itu sebab saya katakan dalam perancangan seperti ini, perlu ada target, perlu ada sasaran, perlu ada dateline. Jadi apa yang saya minta ialah dateline itu. Katakanlah umpamanya kita mengatakan datelinenya enam bulan, kalau tidak tercapai dalam masa enam bulan, barangkali kita boleh mengadakan post-mortem kenapa tidak tercapai. Akan tetapi itu yang masih lagi ingin saya dengar. Berapa lama program beyond maid ini hendak dirancang sebelum benar-benar dilaksanakan? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan, silakan Yang Berhormat.

Page 88: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

80 DN 17.12.2012

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Tuan Yang di-Pertua, soalan yang saya

timbul dalam semasa berbahas ialah mengenai Human Resource Development Fund atau Tabung Pembangunan Sumber Manusia, sejak ditubuhkan sehingga sekarang berapa jumlahnya?

Datuk Seri Dr. S. Subramaniam: Saya jawab Yang Berhormat Tuan Syed Shahir ini cepat kerana ini senang dijawab. Jumlah daripada tahun 1993 sampai 30 November 2012 ialah RM3.99 bilion iaitu RM4 bilion dan daripadanya, RM3.3 bilion sudah diberi sebagai bantuan untuk latihan kemahiran.

Berbalik kepada beyond maid, baru sebelum saya datang ke sini saya telah mempengerusikan satu perbincangan tentang program ini juga dengan Jabatan Pembangunan Wanita dan Keluarga, EPU, agensi-agensi sukarelawan, wakil-wakil daripada universiti tentang struktur-struktur yang diperlukan. Memang kita sudah mula dengan proses ini tetapi proses ini memerlukan mengandungi beberapa aspek. Salah satu aspek ialah daripada dasar mungkin ada daripada sistem perundangan untuk mewajibkan satu-satu keperluan.

Ketiga, daripada segi dana untuk memberi galakan untuk menubuhkan satu-satu organisasi dan sekarang kita lihat kepada semuanya. Kita satu demi satu akan membuat keputusan yang diperlukan supaya program untuk menghadapi zaman di mana tidak ada pembantu rumah ini boleh dihadapi dalam satu suasana yang lebih senang.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas, memberi pandangan dan telah memberi sokongan kepada Kementerian Sumber Manusia. Kita menghargai segala pandangan yang diberi dan ini akan membantu kita di dalam menggubal dasar pada masa yang akan datang dan untuk memperbaiki apa-apa kelemahan yang tersedia ada di dalam sistem yang ada pada masa sekarang. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin mengambil perhatian kepada Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat sebagai Menteri – Timbalan Menteri pun ada, Menteri pun datang sekali. Ini menunjukkan keprihatinan Yang Berhormat dan saya ucap banyak-banyak terima kasih. Kalau semua Menteri buat macam itu, bagus juga bukan. Seterusnya saya mempersilakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Silakan.

6.19 ptg.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I [Dato’ Tan Lian Hoe]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan mengutarakan isu-isu yang berkait rapat dengan kementerian ini semasa perbahasan Bajet 2013 yang lalu. Seramai tujuh orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam memberi pandangan serta mengemukakan soalan bagi tujuan mendapatkan penjelasan lanjut daripada kementerian ini. Sehubungan itu, saya akan memberikan maklum balas sebaik mungkin yang telah dibangkit ke dalam usaha bagi terus memperkukuhkan peranan kementerian ini dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya berkaitan dengan isu kenaikan harga susu bayi yang meningkat berbanding negara lain seperti Thailand, yang mencapai 40 peratus perbezaan harganya.

■1820

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Malaysia bergantung kepada bekalan susu dari negara luar bagi menampung keperluan susu tempatan. Di mana hanya 4 peratus daripada keperluan susu negara dikeluarkan oleh pengilang tempatan manakala baki 96 peratus susu bagi kegunaan negara ini adalah diimport dari negara-negara luar.

Page 89: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 81

Memandangkan Malaysia bukan negara pengeluar susu, bekalan yang diperoleh dari luar adalah tertakluk kepada pergerakan harga pasaran dunia dan terletak di luar kawalan kerajaan.

Antara faktor penyebab kenaikan harga susu yang dikesan adalah kenaikan harga susu khususnya di Amerika Syarikat. Faktor ini diburukkan lagi dengan keadaan cuaca kemarau yang melanda Amerika Syarikat sekali gus memusnahkan tanaman dan meningkatkan kos makanan ternakan. Selain itu penternak-penternak di Amerika Syarikat selama ini dilindungi di bawah dengan izin, Milk Income Loss Contract Program yang mengurangkan impak kenaikan harga makanan ternakan ke atas kos pengeluaran susu. Walau bagaimanapun, program ini belum lagi disambung pada tahun ini kerana tidak diluluskan oleh Senate Amerika Syarikat. Jika ia berterusan tidak disambung akan menyebabkan kos ternakan lembu dan penghasilan susu terus meningkat. Ini sekali gus berkemungkinan menyebabkan harga susu dunia meningkat akibat kekurangan bekalan dan kos penghasilan yang tinggi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga walaupun produk susu bayi merupakan barang kawalan di bawah Akta Bekalan 1961 tetapi harganya tidak dikawal oleh kerajaan. Dalam perbincangan dengan Kementerian Kesihatan kerajaan belum bercadang untuk mengawal harga produk susu bayi kerana ia akan menyebabkan percanggahan dasar dengan polisi menggalakkan penyusuan ibu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua menyentuh tentang isu penyeludupan barang kawalan masih berleluasa terutamanya di sempadan. Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini sentiasa menjalankan tugas-tugas pencegahan di kawasan sempadan dan telah mewujudkan beberapa mekanisme untuk mengawal ketirisan barang subsidi agar ia tidak berlaku secara berleluasa. Antara mekanisme yang dilaksanakan contohnya bagi isu penyeludupan minyak bersubsidi adalah dengan mengarahkan semua pengusaha stesen minyak yang terletak di sempadan. Untuk tidak menjual minyak petrol RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing dan hanya 20 liter diesel dibenarkan dijual kepada kenderaan asing di stesen minyak dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan.

Notis larangan juga dipamerkan secara jelas di semua stesen minyak seluruh negara. Tindakan tegas ke atas pengusaha stesen akan dikenakan sekiranya terbukti mereka bersubahat melakukan penyelewengan. Tindakan yang sama juga akan dikenakan kepada mana-mana peniaga di sempadan yang cuba menyeludup barangan bersubsidi yang lain ke luar negara. Hasil daripada arahan larangan ini kementerian mendapati terdapat pengurangan jualan minyak petrol RON 95 sebanyak 5.7 peratus iaitu 12.6 juta liter setakat Oktober 2012. Manakala penjualan minyak di stesen-stesen minyak di sempadan Thailand juga telah berkurangan sebanyak 9 peratus dengan 9.5 juta liter berbanding tempoh yang sama pada tahun 2011.

Jaringan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain turut diadakan seperti Jabatan Kastam Diraja, Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia, Unit Pencegah Penyeludupan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Pengangkutan dan Angkatan Tentera Malaysia. Bagi mengawal penyelewengan barangan kawalan ke luar negara. Kes serahan agensi bagi sempadan yang melibatkan barang kawalan bagi tahun 2011 adalah sebanyak 252 kes dengan nilai rampasan RM248,986. Manakala pada tahun 2012 sebanyak 342 kes telah diserahkan dengan nilai rampasan RM341,586 .

Tuan Yang di-Pertua, isu kesukaran masyarakat Siam untuk menjadi wakil stesen Petronas atas alasan bangsa Siam bukan bumiputera. Tuan Yang di-Pertua, permohonan mengusahakan stesen minyak Petronas adalah terbuka kepada semua kaum dan tidak terhad kepada kaum bumiputera sahaja. Sekiranya permohonan menepati syarat-syarat kelayakan pihak Petronas Dagangan Berhad akan memaklumkan kepada calon-calon yang berminat untuk mengikut program pemilihan yang akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, isu sama ada masih terdapat pihak-pihak lain selain daripada pengguna isi rumah yang menikmati barang bersubsidi.

Page 90: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

82 DN 17.12.2012

Pada ketika ini kerajaan sememangnya menanggung beban subsidi yang tinggi

iaitu sebanyak RM22 bilion bagi barangan bersubsidi dengan matlamat bagi mengurangkan bebanan, tanggungan rakyat negara kita. Kerajaan maklum pemberian subsidi turut dinikmati oleh golongan yang tidak sepatutnya menerima subsidi iaitu termasuk industri dan pekerja asing. Oleh itu kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri sedang menjalankan kajian berkenaan rasionalisasi subsidi serta penentuan golongan sasaran yang sesuai yang layak untuk menikmati subsidi tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu penjaja dan peniaga kecil. Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 27 Mei 2012 telah mengumumkan bahawa tanggungjawab menjaga hal ehwal penjaja dan peniaga kecil diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Sehubungan itu pihak kementerian telah merangka program bagi pembangunan penjaja dan peniaga kecil di negara ini.

Selain itu pihak kementerian juga telah turun padang untuk bertemu dan meninjau serta mendengar segala isu dan permasalahan berkaitan peniaga dan penjaja kecil di negara ini. Hasil pertemuan tersebut kementerian ini telah pun merumuskan beberapa masalah penjaja dan peniaga kecil seperti ketiadaan medium perantaraan dengan kerajaan, isu kebajikan, pemodenan jenis perniagaan, kekurangan modal kekurangan penekanan kepada aspek pembangunan modal insan dan ketiadaan hala tuju dan perancangan jangka panjang.

Beberapa cadangan dan pandangan telah diutarakan oleh pihak kementerian dan pihak kementerian telah mengambil tindakan segera memaklumkan kepada kerajaan mengenai program-program yang dirancang untuk pembangunan penjaja dan peniaga kecil. Antara program utama yang telah dirancang ialah penubuhan Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil peringkat kebangsaan dan negeri. Majlis ini menjadi platform kepada para penjaja dan peniaga kecil bagi mencari jalan penyelesaian kepada sebarang permasalahan serta merangka aktiviti dan program di kawasan masing-masing.

Bagi menjaga kebajikan penjaja dan peniaga kecil kementerian telah pun memohon peruntukan melalui skim pelaksanaan skim insurans berkelompok penjaja dan peniaga kecil seluruh negara yang dikenali sebagai Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional, di mana dikatakan oleh Yang Berhormat ia menguntungkan bank.

Sebenarnya kerajaan dalam Bajet 2013 telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM16 juta setahun yang akan memberikan faedah perlindungan kepada 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil seluruh negara pada kadar premium RM10.60 seorang. Pelan insurans ini akan dilaksanakan mulai Julai 2013 dan bank sebenarnya tidak mengenakan sebarang bayaran ke atas pelan insurans ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga skim perlindungan insurans berkelompok yang diilhamkan oleh kerajaan kepada kelompok penjaja dan peniaga kecil bukanlah bersifat jangka pendek. Malah lebih kepada perlindungan kepada masa yang panjang sekiranya berlakunya apa-apa musibah terhadap penjaja dan peniaga terlibat dengan meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga masing-masing nanti.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu Kedai Rakyat 1Malaysia. Pelaksanaan Projek Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah berlandaskan prinsip 1Malaysia di mana semua rakyat mendapat manfaatnya. Projek KR1M mendapat sambutan yang baik di mana produk KR1M yang terdiri daripada barangan keperluan harian menjadi pilihan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

■1830

Maka, tumpuan utama pemilihan lokasi premis KR1M adalah di kawasan bandar dan luar bandar yang mempunyai kepadatan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana. Harga produk KR1M lebih murah berbanding dengan produk yang dijual di pasar raya atau premis-premis perniagaan lain. Pertamanya, disebabkan kerana penjimatan daripada segi kos promosi antara 20 peratus hingga 30 peratus kerana ia tidak perlu diiklankan. Keduanya, pembungkusan yang ringkas yang mempunyai label generik 1Malaysia yang tidak melibatkan kos yang tinggi. Ketiga, pembelian barangan secara pukal daripada pengusaha IKS tempatan.

Page 91: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 83

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Pihak kerajaan akan memperluaskan KR1M ke seluruh negara, khususnya sebuah KR1M di setiap kawasan Parlimen dan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Pada masa ini sebanyak 76 kawasan Parlimen telah mempunyai Kedai Rakyat 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan yang dibangkitkan berkaitan dengan mencadangkan pemasangan billboard di setiap stesen minyak bagi menguar-uarkan subsidi barangan kawalan seperti petrol, diesel dan barang kawalan yang lain. Supaya rakyat sedar pemberian subsidi kerajaan termasuk juga pelabelan subsidi pada bekas barangan kawalan ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini kerajaan dengan kerjasama syarikat minyak telah melaksanakan paparan subsidi bagi produk petrol RON95 dan diesel di stesen-stesen minyak bagi memaklumkan kepada rakyat mengenai kadar harga jualan runcit, harga sebenar dan kadar subsidi.

Paparan harga bagi silinder LPG gas memasak ini turut dilaksanakan dengan pemasangan kolar tag pada silinder LPG dan pelabelan pada bungkusan gula dan tepung. Makluman mengenai pemberian subsidi oleh kerajaan juga sering kali disiarkan di media cetak dan elektronik. Tuan Yang di-Pertua, akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator...

Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah: Mohon mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang nak mencelah.

Dato' Tan Lian Hoe: Sila.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Ada dua perkara. Yang pertama, berhubung dengan pelabelan yang disebut tadi di petrol pump. Memang betul ada tetapi bukanlah seperti saiz Yang Berhormat sebut tadi. Saiznya saya rasa tak lebih daripada font 12. Font 12 lebih kurang macam kita baca ini sahajalah, macam mana orang nak nampak? Font 12 dia letak lekat dekat situ. Yang dimaksudkan oleh cadangan Yang Berhormat ini satu billboard yang besar supaya pengguna tahu that they are enjoying subsidize rate, dengan izin. Yang kedua Yang Berhormat Menteri, saya ada bertanya berhubung dengan barang kawalan iaitu tepung dan gula yang mana kedua-duanya disubsidi dengan harga yang tinggi, RM551 juta untuk gula dan RM150 juta untuk tepung. Soalan saya, adakah berlaku ketirisan yang mana pihak-pihak pengilang membeli barang-barang kawalan ini untuk tujuan komersial mereka. Kalau ada, berapa peratus kah yang masuk ke pihak-pihak yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.

Dato' Tan Lian Hoe: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Dua perkara. Yang pertamanya, berkaitan dengan billboard, pelabelan untuk di stesen minyak ini. Berkaitan dengan font 12 itu, kita akan ambil maklum. Kita akan minta pengusaha-pengusaha stesen minyak ini untuk buat font yang lebih besarlah. Ini kerana kalau kita nak buat billboard ini, akhirnya bebanan itu akan diletakkan kepada pihak kerajaan. Akan tetapi kita akan ambil maklum dan kita akan mengarahkan semua pengusaha stesen minyak ini supaya besarkan font untuk pelabelan dan juga daripada segi harga subsidi dengan harga pasaran dengan berapa banyak subsidi kerajaan itu akan kita tingkatkan. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang keduanya, berkaitan dengan barang kawalan, khususnya untuk gula dan tepung ini. Buat masa ini boleh dikatakan bahawa ketirisan secara khusus untuk tepung dan gula ini sebenarnya adalah tidak banyak oleh pengilang tetapi sebenarnya oleh orang-orang atau rakyat kita yang sebenarnya membelinya dan lepas itu dibawa keluar. Untuk pengilang memang tidak ada kes yang dilaporkan. So, itu sahaja dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun memberi pandangan dan teguran. Pandangan-pandangan tersebut ini akan dijadikan panduan dan rujukan kementerian dalam melaksanakan program-program bagi kepentingan rakyat keseluruhannya. Sekian, terima kasih.

Page 92: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

84 DN 17.12.2012

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas segala

jawapan yang telah diberi tadi. Seterusnya, kita beralih ke Kementerian Pengangkutan. Silakan Yang Berhormat Menteri.

6.36 ptg.

Timbalan Menteri Pengangkutan II [Tuan Jelaing anak Mersat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam hormat kepada semua Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan.

Seramai 11 orang Ahli Dewan telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan membangkitkan pelbagai isu berkaitan dengan Kementerian Pengangkutan. Antara isu yang mendapat perhatian Ahli-ahli Dewan termasuk isu berkaitan pelaksanaan Automated Enforcement System dalam kata pendek AES, yang dibangkitkan oleh lima orang Ahli Dewan iaitu Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed, Yang Berhormat Senator Tuan Khoo Soo Seang, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat dan Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan.

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Saat bin Haji Abu ada membangkitkan isu perkhidmatan teksi di KLIA dan KLIA II, caj kelulusan pemasangan cermin gelap kenderaan serta pendaftaran nombor plat persendirian kenderaan. Isu berkaitan kompaun dan denda kesalahan trafik juga telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah. Perkara berkaitan dengan operasi MAS dan AirAsia telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok dan cadangan pemberian tambang murah oleh MAS kepada Ahli-ahli Dewan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah.

Selain itu, isu berkaitan sektor maritim juga telah dibangkitkan berhubung fi pendaratan bagi kenderaan yang dibawa masuk oleh rakyat Malaysia termasuk mereka yang berasal dari Labuan atau Sabah telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus. Sementara itu Yang Berhormat Senator Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman pula membangkitkan isu berkaitan pelaksanaan projek Kereta Api Pantai Timur yang melibatkan perkhidmatan kereta api barang di antara Kuantan, Pahang dan Kerteh, Terengganu.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas pandangan serta reaksi positif yang digambarkan oleh Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negara yang memahami iltizam serta niat kerajaan dalam pelaksanaan AES bagi memastikan pematuhan kepada undang-undang lalu lintas dan pengurangan kadar kemalangan jalan raya mencapai sasarannya.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kebanyakan kes kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal adalah disebabkan dilanggar oleh kenderaan lain yang memandu secara cuai, laju dan membahayakan. Pelaksanaan AES akan dapat mendidik pemandu kenderaan agar memandu secara lebih berhati-hati dan mengurangkan risiko berlakunya kemalangan jalan raya, khususnya yang melibatkan kenderaan ringan seperti motosikal. Selain itu, kebanyakan kemalangan yang melibatkan motosikal adalah berlaku di kawasan persimpangan lampu isyarat. Daripada 14,932 kemalangan yang melibatkan motosikal, sebanyak 4,157 atau 27.8 peratus berlaku di persimpangan jalan kerana cenderung untuk tidak mematuhi peraturan lampu isyarat.

Bagi menangani masalah ini, kamera AES turut dipasang di persimpangan lampu isyarat yang tersenarai dalam kategori blackspots bagi merakamkan kesalahan tersebut. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kamera AES boleh mengesan kesalahan memandu melebih had laju dan melanggar lampu isyarat yang dilakukan oleh penunggang motosikal.

Lokasi kamera AES. Kerajaan mengambil maklum pandangan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam menambahbaikkan perlaksanaan AES.

Page 93: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 85

■1840

Untuk makluman Dewan yang mulia, kamera AES dipasang dan dikendalikan di kawasan kerap berlaku kemalangan ataupun dengan izin, accident-prone area yang disebabkan memandu laju dan melanggar lampu isyarat merah. Lokasi tersebut ditentukan berdasarkan analisis yang dibuat oleh institusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) terhadap data kemalangan jalan raya yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tuan Yang di-Pertua, dakwaan pelaksanaan AES menguntungkan sesetengah pihak. Dakwaan pelaksanaan AES menguntungkan sesetengah pihak adalah tidak benar kerana pihak syarikat tidak diberikan sebarang hasil atas pelaksanaan AES. Bayaran fi perkhidmatan yang dibuat adalah bergantung kepada bilangan saman sah yang dikeluarkan tertakluk kepada kutipan saman yang dijelaskan.

Selain itu, kerajaan juga telah mengehadkan kadar pulangan dalaman tidak melebihi 17 peratus bagi mengelakkan pulangan yang berlebihan kepada penyedia perkhidmatan. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai intervensi dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya. Dalam hal ini, pelaksanaan AES adalah merupakan salah satu intervensi penguatkuasaan bagi memastikan pengguna jalan raya senantiasa mematuhi peraturan lalu lintas melalui peningkatan dengan izin, perception of being spot serta penalti yang bersifat dengan izin literal.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan AES secara outsource bukannya penswastaan. Kerajaan mempunyai pelbagai pilihan dalam melaksanakan AES. Antaranya sama ada kerajaan melaksanakan sendiri sistem tersebut atau melalui kaedah penswastaan. Kajian secara terperinci telah dijalankan dengan mengambil kira faktor-faktor seperti berikut;

(i) kos pelaksanaan dari segi CAPAC dan OPAC;

(ii) masalah vandalisme dan kos penyelenggaraan; dan

(iii) pengalaman serta pendekatan negara-negara lain.

Setelah mengambil kira pertimbangan-pertimbangan tersebut, kerajaan telah memutuskan bahawa kaedah pelaksanaan AES dilakukan secara outsource. Namun, kerajaan masih bertanggungjawab sepenuhnya bagi sistem AES berkenaan dari segi kawalan operasi termasuk pengesahan dan pengeluaran saman. Kedua-dua syarikat yang dilantik hanya berperanan sebagai penyedia perkhidmatan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya sedang dalam proses untuk mengkaji had laju jalan raya. Walau bagaimanapun, kajian ini memerlukan penelitian yang terperinci dengan mengambil kira reka bentuk dan hierarki jalan bagi memastikan had laju yang ditetapkan tidak meningkatkan risiko berlakunya kemalangan.

Sebutan kes saman AES di mahkamah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebutan kes AES pada kali pertama iaitu 29 November 2012 di Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur adalah sebanyak 120 kes. Daripada jumlah tersebut, dua orang kena saman telah mengaku bersalah dan didenda RM300, seramai 118 yang lain tidak hadir ke mahkamah dan telah dikeluarkan waran tangkap. Walaupun jumlah kes yang didaftar setiap hari di mahkamah banyak, namun berdasarkan statistik kehadiran di mahkamah dari 29 November 2012 hingga 13 Disember 2012 hanya lebih kurang 5 peratus sahaja atau dari segi bilangannya seramai 56 orang.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS) sedang menjalankan penyelidikan berhubung keberkesanan pelaksanaan AES. Walau bagaimanapun, kajian antarabangsa telah menunjukkan bahawa pelaksanaan penguatkuasaan secara elektronik dapat mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya antara 17 peratus hingga 71 peratus dan menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 40 peratus. Selain itu, kerajaan juga mendapati melalui penguatkuasaan sebegini, bilangan kenderaan yang dipandu melebihi had laju akan menurun sebanyak 70 peratus.

Page 94: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

86 DN 17.12.2012

Penambahbaikan AES. Antara kriteria penentuan lokasi pemasangan kamera AES

adalah berdasarkan kepada bilangan kemalangan minimum yang berlaku di suatu lokasi dan jarak minimum antara lokasi pemasangan kamera AES. Walau bagaimanapun, lokasi yang dipilih tetap merupakan kawasan yang dikategorikan sebagai black spot oleh MIROS.

Sememangnya kerajaan telah menetapkan keperluan untuk memasang papan tanda amaran zon operasi kamera sebelum lokasi pemasangan kamera AES seperti mana yang diperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Kesalahan yang Dirakam Melalui Kamera) 2012. Papan tanda amaran bagi kesalahan memandu melebihi had laju hendaklah dipasang antara dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi pemasangan kamera manakala bagi kesalahan melanggar lampu isyarat, papan tanda tersebut perlu dipasang antara 50 hingga 500 meter.

Bagi meningkatkan kebolehlihatan ataupun dengan izin, visibility papan tanda di kalangan pengguna jalan raya, kerajaan telah menetapkan keperluan pemasangan papan tanda tambahan di setiap lokasi pemasangan kamera AES seperti berikut:

(i) pada jarak 1 kilometer dan 500 meter sebelum kamera bagi kesalahan memandu melebihi had laju; dan

(ii) pada jarak 100 meter dan 50 meter sebelum kamera bagi kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

Bayaran saman AES. Bermula 23 Oktober 2012, pengguna jalan raya boleh menyemak saman AES melalui portal JPJ. Mata demerit tidak akan dikenakan kepada orang yang kena saman jika bayaran dibuat dalam tempoh tiga bulan dari tarikh notis dikeluarkan. Langkah ini sekali gus akan menggalakkan orang yang kena saman membayar saman mengikut tempoh yang ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, kurikulum sekolah memandu. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, sememangnya syllabus kurikulum memandu sedia ada menekankan...

Tuan Khoo Soo Seang: Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri beralih ke topik yang lain, izinkan saya tanya. Ini kerana saya pernah tanya sama ada JPJ akan kaji semula had kelajuan di jalan-jalan tertentu yang tidak realistik. Juga soalan yang kedua saya ada bangkitkan ialah oleh kerana di bawah cara hukuman sekarang, saya berikan contoh kalau had laju di jalan tertentu ialah 90 kilometer, sebuah kenderaan yang dibawa pada kelajuan 104 kilometer dan 140 kilometer akan dihukum dengan hukuman yang sama iaitu RM300. Adakah ini adil dan adakah ini realistik? Adakah kementerian akan mengkaji semula supaya hukuman dihukum, didenda mengikut kelebihan had laju. Sekian, terima kasih.

Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum semua projek kerajaan lebih-lebih lagi projek intervensi untuk memperbaiki keadaan, semuanya akan ada reviewnya pada masa yang tertentu. Jadi soalan yang pertama tadi, lokasi ataupun had laju ini memang ia dikaji dari semasa ke semasa misalnya selepas kita pasang AES ini di satu tempat dan di tempat itu berkurangan sangat kelajuan atau kurang sangat kes-kes accident, kita kena pindahkan mungkin dia sudah tukar kawasan itu, sebelum kawasan ‘A’, kawasan ‘B’ start, dia mula speeding.

Jadi sama ada 104 kilometer dan 140 kilometer ini adil, bagi saya Yang Berhormat kalau sudah melanggar had laju itu walaupun satu kilometer tetap salah bagi saya. Jadi sama ada di tempat-tempat yang tertentu adil, maksudnya ada juga cadangan mengapa di Putrajaya had lajunya kurang sangat, dengan izin, very low dia punya speed limit? Ini satu daripada di Putrajaya walaupun jalannya lebar, besar tetapi ianya kita kena ingat satu bandar dalam taman dan kelajuan ini mesti dikontrol. Janganlah laju sangat seperti di highway. Saya bagi peluang yang hendak speeding di highway mengikut tanpa had laju. Sekian, Yang Berhormat.

Tuan Khoo Soo Seang: Mohon mencelah sekali lagi. Maksud saya kalau seseorang yang dia bawa kenderaan pada 104 kilometer dia bukanlah seorang dare devil, seorang hell driver. Akan tetapi yang bawa kereta 104 kilometer itu hal yang lain.

Page 95: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 87

■1850

Oleh kerana saya sedar bahawa pada satu ketika denda melebihi had laju ini bergantung kepada kelajuan melebihi had. Sekarang saya tidak tahu kenapa ini langsung tidak diambil kira.

Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebutkan tadi kalau kementerian berhasrat untuk mengubah mengikut cadangan Yang Berhormat kita berterima kasih tapi buat masa sekarang ini seperti yang saya sebutkan tadi kalau dia melanggar had laju itu sudah satu kesalahan walaupun jauh daripada had laju ini ataupun melebihi sedikit dan sebagainya. Kita akan ambil kira cadangan Yang Berhormat ini. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri terus menjawabkah, ada lagi, habis jawapan?

Tuan Jelaing anak Mersat: Saya ingat ada orang hendak tanya lagi. Kurikulum sekolah memandu ini Tuan Yang di-Pertua saya baru sebut tadi. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan sememangnya syllabus kurikulum memandu sedia ada menekankan aspek moral dan pematuhan terhadap peraturan lalu lintas. Semasa menjalani latihan kemahiran pun bakal calon turut diterapkan dengan pemanduan yang berhemah. Namun setelah lulus ujian memandu dan memperoleh lesen memandu mereka lebih cenderung untuk memandu secara cuai dan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Sehubungan itu, di bawah Sistem Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) yang baru kerajaan bercadang untuk mewajibkan supaya pemandu yang digantung lesen memandu kerana melakukan kesalahan lalu lintas bawah sistem ini mengikuti kursus refresher, dengan izin. Kursus ini adalah bertujuan untuk mengubah sikap pemandu sebagai langkah membudayakan pemanduan selamat.

Kadar kompaun kesalahan lalu lintas. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan kesalahan memandu melebihi had laju adalah merupakan salah satu antara tujuh kesalahan utama yang menyumbang kepada kadar kemalangan jalan raya dan kematian yang tinggi. Penetapan kadar kompaun dan denda minimum RM300 adalah satu langkah yang deterrent bagi memastikan mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama. Dalam hal ini pengguna jalan raya mempunyai pilihan untuk tidak melakukan kesalahan memandu melebihi had laju seperti yang ditetapkan. Ini juga boleh jadi satu jawapan kepada pencelahan Yang Berhormat tadi.

Tuan Yang di-Pertua, caj pemasangan cermin gelap. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kebenaran menggunakan cermin gelap adalah berdasarkan kepada Kaedah 11, Kaedah-kaedah Kenderaan Motor larangan mengenai jenis-jenis kaca tertentu yang dibuat pada 1991. Berasaskan perundangan tersebut tiada caj yang dikenakan kepada pemilik kenderaan yang memohon untuk menggunakan cermin gelap atas faktor keselamatan dan kesihatan. Kerajaan juga tidak bercadang untuk memperkenalkan caj bagi maksud tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, pendaftaran nombor plat persendirian. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, buat masa ini kerajaan masih belum bercadang untuk memperkenalkan nombor pendaftaran secara terbuka berdasarkan permintaan daripada mana-mana pihak. Sebagai contoh, nombor plat kenderaan yang menggunakan nama peribadi. Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan nombor pendaftaran sedia ada yang diperuntukkan mengikut negeri kawasan pendaftaran masih lagi mencukupi. Perkhidmatan teksi di KLIA dan KLIA II. Tidak berapa jelas sebab KLIA II belum lagi beroperasi. Ini mungkin untuk masa depan.

Untuk makluman, penyediaan perkhidmatan teksi di lapangan terbang khususnya KLIA dan KLIA II adalah di bawah pengurusan Airport Limo Sdn. Bhd. yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat. Ini bukan lagi di bawah naungan Ministry of Transport ataupun Kementerian Pengangkutan.

Tuan Yang di-Pertua, fi pendaratan bagi kenderaan di Labuan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, fi pendaratan bagi kenderaan di Labuan telah pun dihentikan bermula 1 November tahun 2012.

Page 96: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

88 DN 17.12.2012

Walau bagaimanapun, fi pendaratan masih dikenakan di Terminal Feri Menumbok,

Sabah yang di bawah kawalan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah agensi kerajaan negeri Sabah sendiri. Justeru, fi pendaratan di Terminal Feri Menumbok adalah di luar bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.

Tuan Yang di-Pertua, soalan Projek Kereta Api Pantai Timur. Berkenaan pelaksanaan Projek Kereta Api Pantai Timur pihak Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur telah memberi taklimat kepada Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri pada 22 November 2012 berhubung hasil kajian projek laluan rel pantai timur. Hasil kajian dan cadangan pelaksanaan projek ini sedang dalam penelitian.

Berhubung isu berkaitan jajaran kereta api Kuantan-Kerteh ianya dibina dan dimiliki oleh Petronas di mana operasinya dijalankan oleh syarikat MISC Bhd dan KTMB sebagai sub operator perkhidmatan kereta api. Walau bagaimanapun, syarikat MISC Bhd. telah menghentikan operasinya pada 21 November 2010 kerana kos operasi melebihi hasil pendapatan operasi sektor tersebut. Pada masa ini, kerajaan belum ada perancangan untuk mengadakan perkhidmatan kereta api ke Kenyir di Terengganu. Walau bagaimanapun, kajian lebih lanjut perlu dibuat jika projek ini hendak dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara penawaran kemudahan tambang penerbangan. Berhubung isu penawaran kemudahan tambang separuh harga kepada...

Tuan Lihan Jok: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada yang hendak mencelah. Bolehkah? Silakan Yang Berhormat.

Tuan Lihan Jok: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam perbahasan saya, saya ada meminta pandangan kerajaan berhubung dengan cadangan untuk membina laluan kereta api dari Samalaju Industrial Park ke Tanjong Manis kerana ini adalah infrastruktur yang dipohon oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk menjana dan memperkasakan pelaburan pada masa hadapan dalam kawasan SCORE. Apa pendirian kerajaan tentang sistem kereta api untuk menghubungi kedua tempat ini. Terima kasih.

Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Cadangan untuk membuat kereta api di kawasan SCORE ini saya percaya yang pertama sekali kita kena bincang dengan state government ataupun Kerajaan Negeri Sarawak dan juga Kementerian Pengangkutan sekiranya boleh memberi faedah kepada mana-mana rakyat di Malaysia ini memang kita akan memberi pertimbangan dengan sewajarnya. Sekian.

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Saya mohon bertanya.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin memanjangkan bersabit dengan KTM ke Terengganu terutama laluan ke Kenyir.

Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga Ahli Dewan yang mulia, sekarang ini penekanan ataupun rayuan kita untuk melalui laluan ke Kenyir oleh kerana Kenyir merupakan salah satu pusat pelancongan yang istimewa dan sangat cantik di situ di mana satu-satunya pulau bebas cukai yang ketiga di dunia.

Jadi untuk pakej melengkapkan lagi transport atau pengangkutan barangan untuk bebas cukai dan juga mungkin untuk laluan mudah kepada pelancong menyebabkan kami warga Terengganu rasa sangat mengharapkanlah untuk memastikan pihak kementerian di masa pembentangan bajet ini kita pohon untuk dimasukkan dalam peruntukan ini. Ini kerana banyak laluan di situ terutama yang saya katakan tadi pulau bebas cukai yang ketiga di dunia dan juga tempat-tempat lain seperti Taman Tamadun Islam dan tempat-tempat yang menarik lain yang sangat sesuai untuk kita tingkatkan usaha untuk kemasukan pelancong asing ke tempat kita.

Page 97: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 89

Jadi saya merayu melalui Dewan yang mulia ini supaya KTM melalui daripada Kuantan ke Kerteh ataupun laluan terus ke Terengganu melalui Kenyir dimasukkan dalam bajet untuk akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

■1900

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Perancangan berkaitan dengan pembangunan jajaran kereta api adalah di bawah bidang kuasa SPAD dan ada saya sebut tadi bahawa yang ECRR ini, kawasan kemajuan Pantai Timur ini telah juga mengkaji dan hasil kajian dan cadangan pelaksanaan projek kereta api dan sebagainya ini sedang dalam penelitian. Kita akan ambil perhatian dan kita akan panjangkan ini kepada pihak yang berkuasa seperti SPAD supaya cadangan Yang Berhormat yang begitu baik itu akan dipertimbangkan untuk meningkatkan lagi tourism dan lain-lainnya kepada Pantai Timur.

Tuan Yang di-Pertua, penawaran kemudahan tambang penerbangan, saya sudah sebut sikit tadi. Berhubung penawaran kemudahan tambang separuh harga kepada Ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara, untuk makluman, pihak Malaysia Airlines (MAS) telah pun menawarkan diskaun sebanyak 25 peratus ke atas tiket penerbangan kelas ekonomi dan perniagaan kepada Ahli-ahli Parlimen dan pasangan masing-masing untuk semua laluan penerbangan domestik.

Tuan Yang di-Pertua, isu keuntungan MAS dan AirAsia. Untuk makluman, MAS dan AirAsia masing-masing mempunyai struktur kos operasi yang berbeza. Kos operasi syarikat-syarikat penerbangan tambang murah adalah lebih rendah berbanding dengan syarikat penerbangan full service carrier, dengan izin.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, untuk bulan Julai sehingga September iaitu suku ketiga tahun 2012, MAS telah berjaya mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak RM37 juta. Dalam hubungan ini, MAS akan sentiasa berusaha untuk mengawal kos operasinya dan meningkatkan pendapatan syarikat.

Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Dewan yang membangkitkan isu-isu berkaitan...

Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan: Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, boleh celah sikit?

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada dua orang, yang mana dulu?

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Saya dulu... [Ketawa] Boleh?

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Yang Berhormat, saya hendak tanya, MAS sekarang rugi. Okeylah. Dia rugi sebab dia kerja ikut office. Contoh, buka pukul 9, tutup pukul 5. AirAsia buka pukul 8 sampai malam. Hari minggu, Sabtu, Ahad, jual tiket. MAS hari minggu, Sabtu, Ahad tak jual tiket. Macam mana hendak untung? Contoh di Kuala Terengganu, Firefly buka kaunter tiket, AirAsia buka hari minggu, lepas pejabat, buka, tapi MAS tutup. Macam mana hendak untung? Yang Berhormat Timbalan Menteri jawablah.

Timbalan Yang di-Pertua: Satu lagi Yang Berhormat.

Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanyakan apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Senator kita tadi berkenaan dengan minimum kompaun. Saya difahamkan ada dua agensi yang mengeluarkan kompaun. Satu, Polis Diraja Malaysia dan satu lagi JPJ. Polis Diraja Malaysia mengenakan kompaun antara RM200 hingga ke RM300 tetapi JPJ RM300 tak boleh hendak bincang lagi dah. Jadi saya harap perkara ini boleh diselaraskan. Itu satu.

Page 98: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

90 DN 17.12.2012

Yang kedua berkenaan dengan pembekal AES. Berapa lama pihak kementerian

memberi kepada pembekal ini? Adakah target dia berapa jumlah ataupun berterusan? Sekian, terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Ada banyak lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri yang hendak mencelah ini.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berhubung dengan MAS juga. Saya hendak dimaklumkan di sini, di Dewan yang mulai ini, sama ada pihak kementerian sedar bahawa apabila perkhidmatan MAS melakukan codeshare dengan penerbangan yang lain, melalui pengalaman saya sendiri, makanan yang disediakan oleh perkhidmatan rakan kongsi MAS adalah tidak halal. Ini saya boleh sahkan, saya boleh nyatakan bila dan apa syarikat penerbangannya. Akan tetapi saya hendak tahu sama ada MAS ambil peka perkara ini atau tidak?

Yang kedua, saya ingin tahu, apakah implikasinya kepada MAHB setelah penarikan tawaran sebagai pengendali lapangan terbang Maldives, di Male maksud saya? Ini kerana MAHB adalah salah satu rakan kongsi penting dalam operasi lapangan terbang di Male, Maldives. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Hajah Madinah.

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ajukan satu soalan mengenai MAS juga. Dari pemerhatian saya, semenjak saya dilantik sebagai senator, saya selalu berulang-alik ke sini sudah dua tahun. Saya nampak harga tiket business class, tahun pertama saya di sini harganya lebih dan RM1,000, kurang daripada RM2,000. Itu tahun pertama. Tahun kedua, last year, tahun lepas, RM2,000 lebih, RM2,766. That was sehingga my last triplah, kedatangan saya pada bulan Oktober tahun ini.

Akan tetapi kali ini, kedatangan saya untuk persidangan ini harganya meningkat ke RM3,000 lebih. Dari Kuching-KL-Kuching business class. Jadi agak menghairankan sayalah dia punya perbezaan itu sampai RM300 lebih sedangkan my last trip, dengan izin, bulan pada bulan September dan Oktober, harganya RM2,766. Itu saya masih ingat. Akan tetapi kedatangan saya kali ini, trip saya kali ini, Kuching-KL-Kuching, harga tiket RM3,000 lebih macam itulah. Hampir RM300 peningkatannya. Jadi adakah disebabkan oleh kerugian MAS itu sampai kita penumpang juga, perlu menerima bebanannya? Menanggung beban peningkatan itu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Seterusnya Yang Berhormat Lihan Jok.

Tuan Lihan Jok: Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab tentang hal kereta api itu tadi. Ada satu perkara yang belum dijawab oleh kementerian berhubung dengan dua jaringan jalan yang amat penting. Satu adalah jalan menuju ke Ulu Tutoh-Miri-Long Seridan dan yang kedua adalah Miri ke Hulu Tinjar yang sudah jambatannya runtuh dan tanah runtuh. Jadi dalam beberapa bulan ini, laluan ini tidak boleh digunakan oleh masyarakat di Ulu Baram. Belum dijawab Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, agaknya tidak ada lagi pencelahan. Teruskan.

Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membuat celahan tadi. Yang akhir sekali rakan saya dari Sarawak itu, saya ingat perkara ini mengenai jalan ini adalah di bawah naungan Jabatan Kerja Raya (JKR). Dan mungkin boleh tulis surat kepada mereka untuk memberi pandangan ataupun cadangan pada masa yang tertentu. Pertama sekali bekerja mengikut masa pejabat yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Senator tadi.

Untuk makluman, ia merupakan polisi operasi atau marketing strategy. Isu penjualan tiket MAS di kaunter tidak timbul kerana tiket boleh dibeli melalui talian atau online sekarang ini dan berapa lama memberi...

Page 99: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 91

■1910

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh hujah sedikit? Kaunter AirAsia buka, Firefly buka, hari minggu dua-dua buka. Kita di airport, bukan di rumah. Jadi kita hendak beli tiket kena beli di Firefly, AirAsia. Kenapakah MAS tidak buka? Hari Minggu, Jumaat, Sabtu, Ahad biasanya tidak jual. Lepas pejabat pukul 5 tutup. Rantai besar ini, rantai mangga besar ini... [Menunjukkan pergelangan tangan] Betul! Yang Berhormat To’ Puan Hajah Zaitun betul? Besar ini rantai... [Menunjukkan pergelangan tangan] Jadi rugi, MAS rugi sebab sikap biar, biar, biar. AirAsia boleh online juga tetapi kita sudah pergi airport, hendak tukar tiket, hendak beli tiket, tidak boleh. Bukan KT saja malah semua kaunter tiket di bandar-bandar Malaysia yang lain. Kita tidak puas hati MAS. Sorry lah.

Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih Yang Berhormat, saya sudah jawab tadi sebab-sebabnya, jadi kita akan memanjangkan ini kepada pihak MAS. Diharap MAS akan mengambil perhatian untuk dia mendapatkan lebih lagi untung. Saya pun semasa briefing pagi tadi berbincang dengan pegawai MAS ini, macam mana hendak membuat lebih lagi untung kepada syarikat MAS. Dia belum lagi jawab. Fasal codeshare tadi, yang berkaitan dengan bekalan yang tidak halal. Perkara ini akan disiasat Yang Berhormat dan pohon dikemukakan maklumat yang berkaitan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil serius, komen Yang Berhormat tadi. Kalau ianya betul-betul berlaku kita akan ambil tindakan yang sesuai pada masa itu.

Bagi yang Maldives tadi ya, pengambilan pengurusan di Maldives oleh pihak tempatan. MHB sedang dalam proses menuntut ganti rugi. Ini yang the latest ataupun yang akhir sekali tindakan daripada Malaysia.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Yang Berhormat, saya tahu kita dalam proses untuk menuntut dengan kerajaan Maldives. Akan tetapi saya hendak tahu tadi, implikasi kewangan kepada kita. Berapa banyak kita akan ditimpa kerugian sekiranya kita gagal menyambung semula?

Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih Yang Berhormat kerana prihatin sangat kepada syarikat MHB kita yang mengendalikan lapangan terbang di Maldives. Jadi, saya rasa ini akan dikaji dengan teliti dan pada masa ini kita belum tahu lagi apakah gantian yang diminta, macam mana dan sebagainya. Akan tetapi dalam sedikit masa lagi saya rasa ini memang akan diberitahu kepada public ataupun orang awam supaya kita tahu apa yang MHB– dan tindakan yang akan diambil.

Fasal harga tiket di antara Kuching dan Kuala Lumpur, tulisan pegawai ini pun tidak berapa jelas ya. Akan menjawab dan menyiasat perkara ini dan akan dimaklumkan kepada Yang Berhormat yang buat soalan tadi. Lewat sedikit saya cakap sebab sudah lama tidak jadi cikgu, dulu okey... [Ketawa] Fasal minimum kompaun ini tadi, ada Yang Berhormat membawa satu cadangan yang di antara polis dengan JPJ. Pihak polis ini seperti disebut oleh Yang Berhormat tadi boleh mengurangkan saman tetapi JPJ tetap RM300. RM300 adalah minimum. Mahkamah boleh... Yang Berhormat, kerana saya tidak berapa faham tulisan ini, boleh saya jawab secara bertulis Yang Berhormat? Minta izin Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, saya fikir lebih elok macam itu. Saya harap pegawai-pegawai semasa menulis maklumat untuk Menteri, tulislah dengan terang supaya Menteri dapat menjawab dengan baik ya.

Tuan Jelaing anak Mersat: Saya pun kecewa jugalah but sorry I can’t help it, dengan izin.

Timbalan Yang di-Pertua: Akan tetapi buat secara bertulis ya Yang Berhormat, pada yang bertanya tadi.

Tuan Jelaing anak Mersat: Boleh, boleh. Saya akan ambil perhatian.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Tuan Jelaing anak Mersat: Soalan dari Yang Berhormat yang kedua tadi, fasal perbezaan masa MAS dengan AirAsia.

Page 100: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

92 DN 17.12.2012

Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan: Tidak Yang Berhormat, soalan

saya yang kedua berkenaan dengan outsource di AES machine kepada pembekal. Berapa lama yang diambil... was 70 peratus itu? Adakah had limit ataupun berterusan? Terima kasih.

Tuan Jelaing anak Mersat: Kepada kedua-dua syarikat yang mengendalikan AES ini Yang Berhormat, memang kalau tidak ada kesalahan lagi dibuat, berhentilah. Ini bermakna dia tidak akan dapat untung lagi. Bagi struktur pembayaran kepada mereka, limitnya ataupun yang dibagi kepada syarikat-syarikat ini mengikut langkah yang tertentu. Biar saya bacakan di sini, daripada bayaran kompaun dan denda minimum yang dibayar oleh pesalah lalu lintas sebanyak RM300, kerajaan akan membuat bayaran perkhidmatan kepada syarikat pelaksana berdasarkan kepada formula tiga langkah seperti berikut.

Langkah pertama, bagi saman sah yang dikeluarkan syarikat pelaksana akan dibayar sebanyak RM16 bagi setiap saman terhad kepada lima juta saman atau RM80 juta. Kedua, setiap syarikat pelaksana akan dibayar 50 peratus daripada baki hasil bayaran saman yang telah dikutip selepas ditolak bayaran di bawah langkah pertama. Terhad kepada RM270 juta setahun. Kerajaan akan mendapat jumlah yang sama dalam langkah ini. Jumlah kumulatif bayaran kepada syarikat di bawah langkah pertama dan kedua terhad kepada RM350 juta. Langkah ketiga, syarikat pelaksana akan dibayar 7.5 peratus daripada baki kutipan saman selepas ditolak bayaran di bawah langkah pertama dan kedua. Bagi sebanyak 92.5 peratus dalam langkah ini adalah merupakan milik kerajaan. Itu sahaja Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua: Ada lagi Yang Berhormat Menteri, jawapan?

Tuan Jelaing anak Mersat: Buat conclusion tadi, jadi saya ucapkan sekali lagi terima kasih kepada Yang Berhormat yang ada memberi pandangan, cadangan kepada kementerian, kita ucapkan terima kasih. Segala yang saya tidak dapat jawab tadi akan kita jawab bertulis. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak atas cadangan dan pendapat Yang Berhormat. Terima kasih.

■1920

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Seterusnya kita beralih ke Kementerian Luar Negeri. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

7.20 ptg.

Timbalan Menteri Luar Negeri I [Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Rancangan Bajet 2013 yang telah berlangsung pada 5 hingga 14 Disember 2012. Izinkan saya untuk memberikan penjelasan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Rohani binti Abdullah pada 5 Disember 2012, Yang Berhormat Senator Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor pada 11 Disember 2012 dan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat pada 11 Disember 2012.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Rohani binti Abdullah pada 5 Disember 2012, mengenai situasi yang berlaku di Wilayah Rakhine di Myannmar.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan sewajarnya menerusi pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang dianggotainya termasuk ASEAN, OIC dan juga PBB. Kerajaan Malaysia amat prihatin dan bersimpati dengan keperitan yang dialami oleh penduduk Rakhine termasuk etnik Islam Rohingya yang telah terjejas akibat konflik perkauman ini.

Tindakan dan peranan yang dimainkan oleh Malaysia di dalam perkara ini, walau bagaimanapun perlulah dilakukan tanpa melampaui batas atau dengan dasar tidak campur tangan yang diamalkan oleh negara.

Page 101: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 93

Malaysia telah mengambil tindakan sewajarnya dalam isu ini dan akan terus memainkan peranannya di pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang dianggotai demi kepentingan negara serta keamanan dan keharmonian di rantau ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puan Hajah Rohani binti Abdullah juga pada 5 Disember 2012 menyentuh persoalan sama ada kerangka perjanjian mengenai Bangsamoro. Ini akan membantu masalah migrasi di antara Wilayah Mindanao dan negeri Sabah, di samping dapat meningkatkan aktiviti perdagangan di antara kedua-dua belah pihak. Seperti Dewan yang mulia ini sedia maklum Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk membawa keamanan kepada Wilayah Selatan Filipina. Komitmen yang terbukti melalui pemeteraian kerangka oleh Bangsamoro di Istana Presiden Filipina di Manila pada 15 Oktober 2012.

Kerajaan Filipina kini giat menjalankan usaha menarik pelaburan asing ke Mindanao termasuk dalam bidang pelancongan, pertanian, perlombongan, sumber mineral, pembinaan infrastruktur, industri halal, perbankan Islam, perladangan getah dan kelapa sawit menerusi penganjuran Business Investment Forum pada 29 Mei 2012 dan Business Networking Opportunities in Mindanao pada 29 November 2012 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur. Selain itu, Pengerusi MILF Al Haj Murad Ebrahim juga turut menghadiri World Islamic Economic Forum ke-8 di Johor Bahru pada 4 hingga 6 Disember 2012.

Dengan komitmen yang tinggi tersebut serta usaha-usaha lain yang lebih giat diatur oleh Kerajaan Filipina dan MILF untuk menarik pelaburan asing ke Selatan Filipina, maka tidak mustahil masalah migrasi di antara Wilayah Mindanao dan Sabah dapat dikurangkan, apabila lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang-bidang tersebut diwujudkan untuk rakyat selatan Filipina.

Pemeteraian kerangka perjanjian mengenai Bangsamoro juga membuka peluang kepada Kerajaan Malaysia untuk berbincang dengan lebih serius untuk mencari penyelesaian kepada masalah migrasi di antara Wilayah Mindanao dan Sabah dengan kerajaan Filipina. Kini adalah masa terbaik bagi menangani masalah tersebut melalui mekanisme Philippines-Malaysia Working Group on Migrant Workers di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator juga turut menyentuh persoalan mengenai adakah Kerajaan Filipina akan menarik balik tuntutan mereka ke atas negeri Sabah.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, isu tuntutan tersebut tidak pernah relevan. Negeri Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia sejak tahun 1963. Atas pilihan rakyat Sabah sendiri status kemasukan negeri Sabah ke dalam Malaysia sebagai sebuah negara dalam persekutuan telah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa termasuk PBB. Walaupun jelas Kerajaan Filipina menghargai sumbangan Malaysia kepada perjanjian damai tersebut dengan melabelkan Malaysia sebagai, dengan izin, ‘honest broker’. Namun kerajaan Filipina tidak mengaitkan kerangka perjanjian mengenai Bangsamoro tersebut dengan isu tuntutan ke atas negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua menyentuh kepada persoalan adakah pendamaian yang di kecapi akan menjamin keselamatan di perairan Sabah dan sememangnya menjadi harapan kita di Malaysia terutamanya rakyat Sabah sendiri. Keamanan di Selatan Filipina akan dapat menyumbang bukan sahaja kepada aspek keselamatan tetapi juga kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di rantau ini.

Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor pada 11 Disember 2012. Kementerian Luar Negeri mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh badan-badan bukan kerajaan atau dengan izin, NGO’s di Malaysia dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada negara-negara yang dilanda musibah atau bencana. Cadangan-cadangan bernas Yang Berhormat serta dari semua pihak adalah amat dialu-alukan. Sememangnya Kementerian Luar Negeri akan mengkaji cadangan serta komen yang diutarakan bagi memperhebatkan dan memperkasakan lagi mekanisme yang sedia ada dalam memberikan bantuan kemanusiaan yang bersesuaian.

Page 102: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

94 DN 17.12.2012

Untuk makluman Dewan yang mulia ini terdapat dua tabung kemanusiaan di

bawah seliaan Kementerian Luar Negeri yang dikhususkan untuk mengutip sumbangan orang awam bagi meringankan beban mangsa-mangsa bencana di luar negeri. Tabung yang dimaksudkan adalah Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang ditubuhkan pada 2002 dan Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) yang ditubuhkan pada 2006. Dana yang terkumpul akan dan telah diagihkan kepada NGO-NGO di Malaysia tertakluk kepada syarat yang ditetapkan bagi menjalankan pelbagai bantuan dan projek amal atau kemanusiaan di negara-negara yang memerlukan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhorma Dato’ Dr. Johari bin Mat pada 11 Disember 2012 mengenai Palestin dan Syria.

■1930

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, dasar Malaysia adalah konsisten sejak dahulu lagi iaitu secara terbuka dan lantang menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin dalam mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel serta bagi penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat. Seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, berikutan serangan ketenteraan yang dilancarkan oleh Israel ke atas Gaza pada 14 November 2012, Dewan Rakyat telah sebulat suara meluluskan usul bertajuk, “Mengecam Serangan Kejam Oleh Israel Ke Atas Wilayah Palestin di Gaza.”

Selaras dengan ketetapan usul tersebut, Kementerian Luar Negeri melalui perwakilan Malaysia di Washington DC, London, Brussels dan juga New York telah mengemukakan usul berkenaan kepada Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain, Parlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung dan Presiden Majlis Keselamatan (PBB) pada hari yang sama iaitu 20 November 2012 bagi mendesak Israel menghentikan keganasan di Gaza, Palestin.

Kerajaan Malaysia akan terus memainkan peranannya dalam platform-platform antarabangsa seperti PBB, NAM, OIC dan sebagainya dalam menggesa badan-badan tersebut untuk memperjuangkan kepentingan dan hak rakyat Palestin dan menumpukan perhatian kepada masalah-masalah utama, kepada konflik tersebut seperti isu penempatan haram Israel di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur. Pembinaan tembok pemisah haram oleh Israel, tahanan politik, sekatan ke atas Gaza dan isu pelarian Palestin.

Semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-21 yang telah diadakan di Phnom Penh, Kemboja pada 18 hingga 20 November 2012, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menekankan bahawa adalah amat penting bagi keganasan yang berlaku di Gaza dihentikan dan rundingan damai di antara Palestin dan Israel disambung semula. Penekanan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah diterima baik oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga turut meminta Obama untuk meningkatkan penglibatan Amerika Syarikat atau engagement, dengan izin, dalam krisis yang sedang berlaku di Timur Tengah khususnya konflik Palestin-Israel melalui pendekatan, “The two states solution” dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh pula isu Syria. Malaysia telah mengambil pendirian tegas bersama-sama dengan negara anggota PBB lain untuk menamatkan krisis dan konflik di Syria dengan mengambil kira atau menghormati kedaulatan dan integriti negara Syria sejajar dengan Prinsip-prinsip Asas dan Piagam PBB. Sebagai anggota PBB, Malaysia menyokong usaha Lakhdar Brahimi sebagai usaha khas PBB Liga Arab yang baru dalam mencari penyelesaian kepada koflik di Syria. Malaysia yakin pelantikan Lakhdar Brahimi yang berpengalaman luas di dalam bidang diplomasi dan membantu mencari penyelesaian secara aman kepada krisis di Syria.

Dalam hal ini juga, semasa sesi khas Majlis Hak Asasi Manusia mengenai situasi hak asasi di Syria yang telah diadakan padMalaysia2012 di Geneva, Malaysia telah membuat kenyataan mengecam sekeras-kerasnya pertumpahan darah dan tindakan kejam pihak yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai di Syria.

Page 103: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 95

Malaysia turut memberi sokongan padu agar Suruhanjaya Siasatan Bebas Antarabangsa ke Syria, Commission of Inquiry untuk menjalankan siasatan secara bebas dan berkecuali mengenai pencabulan hak asasi manusia di negara tersebut supaya mereka yang bertanggungjawab di atas pembunuhan di Syria dibawa ke muka pengadilan.

Sokongan Malaysia terhadap resolusi ini merupakan kali keempat dMalaysia di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva. Malaysia bersama-sama negara-negara anggota OIC juga sentiasa memainkan peranan yang aktif dalam OIC bagi menyuarakan dan merencanakan usaha-usaha melindungi kepentingan negara-negara Islam dan ummah termasuk langkah dan strategi menangani pergolakan di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara. Berikutan konflik di Syria yang semakin meruncing, Malaysia dan anggota OIC yang lain telah menyokong keputusan untuk menggantung keahlian Syria di dalam organisasi tersebut semasa Sesi Keempat Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC, pada 14 hingga 15 Ogos 2012 di Arab Saudi.

Keputusan ini adalah sebagai tindakan simbolik untuk menghantar mesej yang jelas kepada Syria mengenai keperluan untuk mengambil langkah-langkah untuk menghentikan pergaduhan dan peperangan di antara mereka seterusnya mencari penyelesaian kepada krisis di negara tersebut.

Terdahulu, Malaysia juga telah menyokong pelan damai yang dianjurkan oleh Liga Arab semasa Mesyuarat Khas OIC di Jeddah mengenai situasi di Syria pada November 2011. Sebagai langkh prihatin terhadap penderitaan yang dilalui oleh rakyat Syria, NGO di Malaysia telah menghulurkan bantuan kemanusiaan lebih USD2.5 juta kepada pelarian pada 19 hingga 31 Oktober 2012. Malaysia menggesa agar semua pihak yang terlibat di Syria berusaha memulakan dialog kebangsaan dan mencari penyelesaian secara damai terhadap krisis di Syria.

Malaysia juga menggesa agar komuniti antarabangsa khususnya PBB, negara-negara yang berpengaruh serta utusan khas PBB, Liga Arab agar bekerjasama dan menyokong penyelesaian secara damai serta menghulur bantuan kemanusiaan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa pelarian Syria. Malaysia juga turut menekankan kepentingan, kesederhanaan dalam usaha-usaha masyarakat antarabangsa mencari penyelesaian secara aman dan pragmatik untuk memenuhi aspirasi rakyat Syria ke arah pendamaian.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri ucapan saya ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, terhadap ucapan tahniah ke atas kejayaan-kejayaan kerajaan terutamanya mengenai isu di bawah bidang kuasa Kementerian Luar Negeri. Ucapan penghargaan turut ingin saya rakamkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa kementerian ini semasa sesi perbahasan tempoh hari. Kementerian Luar Negeri akan sentiasa mengambil perhatian di atas pandangan dan cadangan yang telah diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sidang Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, boleh celah sedikit?

Tuan Yang di-Pertua: Boleh, silakan.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Saya hendak tahu apakah keputusan penting yang dibuat oleh OIC mengenai:

(i) Rohingya di Rakhine;

(ii) mengenai umat Islam di Selatan Thailand; dan

(iii) apakah OIC ini ada peranan untuk selesaikan umat di kedua-dua negeri tersebut iaitu Burma atau Myanmar dan Thailand. Apakah peranan mereka?

���� 1940

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti saya kata tadi iaitu, Malaysia telah mengambil tindakan sewajarnya melalui pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang dianggotai termasuk ASEAN, OIC dan juga PBB.

Page 104: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

96 DN 17.12.2012

Menerusi platform OIC, Malaysia telah menyertai mesyuarat pertama Kumpulan

Hubungan atau Contact Group OIC mengenai Muslim Rohingya sewaktu perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-67 di New York. Kumpulan Hubungan ini telah ditubuhkan selaras dengan keputusan semasa sesi keempat Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Mekah pada 15 Ogos 2012. Sewaktu di sidang kemuncak luar biasa tersebut, Malaysia telah menyarankan agar bantuan kemanusiaan di Rakhine bukan sahaja diberikan kepada etnik Islam Rohingya tetapi juga diberikan kepada penduduk beragama Buddha kerana langkah ini dipercayai akan mengurangkan jurang antara kedua-dua kaum tersebut.

Kalau kita lihat pada masa yang sama, peranan kita juga terus melalui pertubuhan-pertubuhan seperti ASEAN iaitu untuk membincangkan bagaimana menggerakkan mekanisme-mekanisme sedia ada dalam usaha membantu mana-mana negara anggota yang dilanda krisis kemanusiaan. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Dipersilakan Yang Berhormat.

7.43 mlm.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar [Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perkara-perkara yang terletak di bidang kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sepanjang perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013, Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Kedua Belas, Dewan Negara 2012 kali ini. Keprihatinan dan ketelitian Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap perkara-perkara yang membabitkan kesejahteraan hidup dan kebajikan para warga Wilayah Persekutuan khususnya dan rakyat amnya sangatlah kami hargai.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman telah membangkitkan isu mengenai kelonggaran yang diberi kepada pemaju di dalam kawasan-kawasan tertentu kepada di Kenny Hill dan Damansara Height di Kuala Lumpur di mana pemaju tidak perlu membina rumah murah tetapi dikehendaki memberi sumbangan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebanyak RM3,250 bagi tiap-tiap rumah murah yang tidak dibina.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Senator Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman, dasar perancangan mengenakan syarat ke atas mana-mana pemaju perumahan yang memajukan tapak kediaman dengan keluasan lima ekar dan ke atas, mereka dikenakan syarat untuk menyediakan 30 peratus kediaman kos rendah dalam keseluruhan unit kediaman yang dicadangkan. Di sesetengah kawasan yang mempunyai keunikan tersendiri dan bertaraf perumahan mewah, penyediaan rumah kos rendah di tengah-tengah kawasan kediaman itu tidak bersesuaian. Kawasan kediaman mewah di Kuala Lumpur seperti di Bukit Damansara, Bukit Bandaraya, Taman Duta, Bukit Persekutuan, Bukit Tunku, Mont Kiara, Taman Tasik Titiwangsa, Bellamy dan Ampang Hilir, pembinaan rumah kos rendah adalah kurang sesuai.

Sehubungan dengan itu, pada tahun 80-an, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memberi pilihan kepada pihak pemaju sama ada hendak membina rumah kos rendah di kawasan lain dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ataupun membayar sumbangan Tabung Rumah Kos Rendah sebanyak RM3,250 bagi setiap unit pembangunan yang dicadangkan. Kadar ini ditetapkan berdasarkan harga rumah kos rendah pada ketika itu iaitu berjumlah RM25,000 dan sumbangan berjumlah RM3,250 dikenakan bagi setiap unit rumah kediaman yang dibina oleh pemaju dalam tapak kediaman berkeluasan lima ekar ke atas.

Page 105: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 97

Pada tahun 2009, pihak DBKL telah membuat pindaan terhadap kadar sumbangan rumah kos rendah di mana pihak pemaju yang tidak dapat menyediakan 30 peratus rumah kos rendah dalam tapak cadangan pembangunan perumahan yang melebihi lima ekar, dikehendaki membayar sumbangan kepada kadar RM35,000 satu unit bagi 10 peratus daripada jumlah unit kediaman yang dicadangkan. Walau bagaimanapun, pada awal tahun 2012, sekali lagi pindaan terhadap kadar sumbangan rumah kos rendah ini dibuat selaras dengan harga semasa rumah kos rendah di Kuala Lumpur iaitu RM42,000 bagi 30 peratus daripada jumlah unit kediaman yang dicadangkan. Kadar baru ini terpakai sehingga kini. Kadar baru ini dikenakan bagi memastikan DBKL mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk membina rumah kos rendah di Kuala Lumpur.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Chiew Lian Keng membangkitkan isu berlakunya kesesakan jalan setiap kali berlakunya hujan lebat di Kuala Lumpur dan ia membebankan warga kota yang bekerja di Kuala Lumpur. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Chiew Lian Keng, DBKL sentiasa mengambil maklum dengan kesesakan jalan setiap kali berlakunya kejadian hujan di Kuala Lumpur. DBKL telah menempatkan anggota penguatkuasaan di 20 buah persimpangan jalan setiap hari bekerja pada waktu puncak bagi mengawal aliran lalu lintas. Selain itu, anggota trafik warden DBKL juga menjalankan tugas-tugas kawalan dan penguraian aliran lalu lintas apabila berlaku hujan dan kesesakan jalan raya. Bagi kenderaan yang rosak pula, DBKL akan mengalihkan kenderaan tersebut untuk melancarkan lagi pergerakan lalu lintas di kawasan yang berkenaan. Di samping itu, pihak polis trafik sendiri sememangnya membantu apabila sesuatu kesesakan jalan raya berlaku seperti ketika waktu hujan, kemalangan jalan raya mahupun semasa kesesakan jalan raya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Chiew Lian Keng turut membangkitkan isu mengenai tindakan pihak berkuasa tempatan, polis dan juga imigresen di gesa untuk menjalankan tindakan tegas terhadap mereka yang menjalankan aktiviti maksiat di kawasan tumpuan pelancong seperti di Jalan P. Ramlee, Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu dan sebagainya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Chiew Lian Keng, bagi menangani masalah maksiat iaitu aktiviti pelacuran, jika berlaku di sesebuah premis yang dilesenkan untuk menjalankan aktiviti urut, pemantauan berjadual dilakukan oleh DBKL bagi memastikan agar premis yang terlibat dengan aktiviti yang berkenaan jika didapati melanggar syarat-syarat lesen, maka tindakan merampas wang cagaran dan pembatalan lesen akan dilaksanakan. Sekiranya aktiviti berkenaan berselindung di sebalik aktiviti urut dan dilakukan premis urut yang tidak berlesen, maka tindakan mengeluarkan notis kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Establisymen Kecantikan dan Kesihatan (WPKL) 2003 akan dilakukan.

■1950

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 ataupun penjara tidak melebihi satu tahun ataupun kedua-duanya. Dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi RM200 bagi setiap hari kesalahan itu selepas sabitan. Jika aktiviti maksiat berlaku di premis hotel, maka tindakan yang sama juga boleh diambil. Sehingga tahun 2012, sebanyak lima buah premis telah dibatalkan lesen hotel iaitu satu premis di Brickfields, satu premis di Jalan Petaling dan tiga premis di Jalan Pudu. Bagi premis yang dilesenkan di bawah Undang-undang Kecil Establisymen Kecantikan dan Kesihatan (WPKL) 2003, dari Januari hingga November 2012, sebanyak 14 premis telah dirujuk kepada Jawatankuasa Pembatalan Lesen dan Permit ekoran melanggar syarat. Hasilnya dua premis diberikan amaran, enam premis dirampas wang cagaran yang keseluruhannya berjumlah RM40,000, lima premis dikenakan cagaran baru dan satu premis dibatalkan lesen.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Chiew Lian Keng turut membangkitkan isu mengenai banting-banting, papan tanda dan pelekat-pelekat haram yang diletakkan secara berleluasa termasuk di petunjuk jalan yang telah membawa masalah sekali gus menyusahkan pengguna jalan raya untuk mengenal pasti sesuatu destinasi dan lokasi yang tepat.

Page 106: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

98 DN 17.12.2012

Untuk makluman ahli Yang Berhormat Tuan Chiew Lian Keng, isu ini sama seperti

soalan yang telah saya jawab pada soalan lisan oleh Yang Berhormat Tuan Baharudin bin Abu Bakar pada 11 Disember 2012 yg lepas. Namun begitu, sebagai maklum Yang Berhormat sendiri, DBKL sentiasa mengambil tindakan secara berterusan dalam usaha menangani masalah pemasangan ataupun penampalan iklan tampal lesen tersebut. Tindakan membuka dan menurun iklan berkenaan dilaksanakan secara berterusan di sekitar Kuala Lumpur bagi memastikan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa bersih daripada iklan berkenaan.

Pada tahun 2011, hampir 500,000 unit iklan telah diturunkan. Manakala di sepanjang tahun 2012, sehingga bulan Oktober sahaja terdapat sebanyak 955,548 unit iklan yang telah diambil tindakan. Selain itu, sebanyak 470 notis kesalahan telah dikeluarkan sepanjang tempoh Januari hingga Oktober 2012 yang membabitkan kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen di bawah Undang-undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982. Suka saya maklumkan juga bahawa kementerian melalui Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama DBKL telah melaksanakan kaedah pengiklanan melalui eBANTING. Pelaksanaan eBANTING ini adalah untuk membolehkan mana-mana pihak mengiklankan produk-produk mereka sama ada agensi kerajaan, korporat swasta mahupun individu. Kita berharap agar kaedah e-banting ini akan memberi pilihan yang terbaik kepada para pengguna untuk mengiklankan produk mereka dan seterusnya dapat kita kawal masalah iklan haram yang di tampal di merata-rata tempat yang mencacatkan keindahan dan kebersihan Kuala Lumpur.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Senator Tuan Chiew Lian Keng membangkitkan masalah pusat siber dan internet yang terlibat dengan aktiviti perjudian haram semakin berleluasa beroperasi di sekitar Kuala Lumpur. Selain itu juga isu pusat-pusat refleksologi dan pusat kesihatan urut dibuka di merata pelosok Kuala Lumpur dan pengawalan yang ketat dari segi pengeluaran lesen turut dicadangkan bagi membolehkan kawalan yang lebih ketat dapat dilaksanakan. Untuk makluman ahli Yang Berhormat senator Tuan Chiew Lian Keng, isu ini adalah hampir sama seperti yang saya jawab secara bertulis melalui Dewan ini kepada Yang Berhormat dalam soalan jawapan lisan pada 12 Disember 2012 yang lalu.

Walau bagaimanapun, suka saya jelaskan sekali lagi bahawa aktiviti yang membabitkan pusat siber dan juga kafe siber merupakan aktiviti yang sebelum ini tidak dilesenkan ekoran tidak terdapat undang-undang yang khusus untuk DBKL berbuat demikian. Sebaliknya aktiviti pusat siber dan kafe siber ini selalunya beroperasi di premis yang dilesenkan di bawah syarat lain seperti restoran dan sebagainya. Walau bagaimanapun pada 15 Jun 2012, Undang-undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (WPKL) 2012 telah diluluskan dan boleh dikuatkuasakan penggunaannya.

DBKL sedang menyediakan garis panduan terperinci ini dalam usaha untuk melesenkan aktiviti tersebut dan adalah dijangka pengusaha boleh membuat permohonan untuk mendapat lesen bagi menjalankan aktiviti pusat siber dan kafe siber mulai 2013 nanti. Dalam usaha mengawal aktiviti perjudian yang berlaku di pusat siber, DBKL sememangnya mengambil tindakan, dan di sepanjang tempoh Januari hingga Oktober 2012, sebanyak 45 buah premis yang terbabit aktiviti perjudian telah dikenakan tindakan sita peralatan komputer mereka yang melibatkan CPU, monitor, keyboard dan simulator sebanyak 2,320 unit telah disita di bawah Akta Hiburan (WPPKL) 1992.

Manakala bagi aktiviti pusat refleksologi atau urut pula, DBKL turut membekukan kelulusan lesen untuk aktiviti urut dan refleksologi di beberapa kawasan perniagaan iaitu pusat komersial Lamban Rimbunan Kepong, Kompleks Perniagaan Indah Parade di Sri Petaling, Jalan Bukit Bintang dan yang terbaru diputuskan oleh Jawatankuasa Pelesenan DBKL di dalam mesyuarat bertarikh 13 Disember 2012 adalah di Pudu Plaza dan di kawasan sekitarnya sebagai suatu usaha pengawalan.

Tindakan membatalkan lesen dan merampas wang cagaran juga dilaksanakan oleh DBKL sama ada berdasarkan pemantauan berjadual yang dilaksanakan oleh DBKL sendiri ataupun melalui laporan daripada pihak Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Kesihatan serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Page 107: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 99

Bagi tempoh Januari hingga November 2012, sebanyak 14 buah premis yang telah dirujuk ke Jawatankuasa Pembatalan Lesen dan Permit ekoran melanggar syarat lesen di mana dua premis diberikan amaran dan enam premis dirampas wang cagaran yang keseluruhannya berjumlah RM40,000, lima premis dikenakan cagaran baru dan satu premis dibatalkan lesen. Di samping itu juga, sebanyak 121 notis kesalahan turut dikeluarkan oleh DBKL bagi tempoh yang sama di atas pelbagai kesalahan yang membabitkan premis urut refleksologi serta kecantikan di bawah Undang-undang Kecil, Establisymen Kecantikan (WTKL) 2003.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat senator Tuan Chiew Lian Keng juga membangkitkan mengenai masalah wujudnya pembuli jalan yang menjalankan aktiviti mengutip duit perlindungan kenderaan dalam kawasan jagaan mereka di sekitar Kuala Lumpur. Ia turut mewujudkan rasa takut di kalangan warga kota yang memakir kenderaan mereka jika tidak membayar wang perlindungan tersebut. Untuk makluman Yang Amat Berhormat senator Tuan Chiew Lian Keng, kegiatan sebenar yang berlaku di tapak adalah kegiatan jockey kereta dan bukannya kegiatan membayar duit perlindungan untuk meletakkan kereta. Aktiviti jockey kereta merupakan aktiviti yang boleh diluluskan lesen di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Perdagangan, Perniagaan dan Perusahaan (WPKL) 1986 dengan “P" lesen sebanyak RM200 setahun di mana salah satu syarat untuk mendapatkan lesen berkenderaan, pemohon mesti mempunyai tempat letak kereta yang berlesen daripada DBKL.

Kadar bayar tempat kereta masih belum diseragamkan dan kita sedang berusaha untuk menyeragamkan kadar bayaran tempat letak kereta di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dijangka usaha ini akan berjaya dilaksanakan pada tahun 2013 memandangkan kadar yang sesuai yang berada di peringkat untuk memuktamadkan setelah beberapa siri perbincangan dengan pengusaha tempatan letak kereta serta pemilik bangunan dijalankan. Insya-Allah kita akan umum pada awal tahun hadapan.

Walau bagaimanapun, DBKL turut mengambil maklum dengan aktiviti penjaga kereta tanpa kebenaran di jalan awal di tempat letak kereta tanpa kebenaran. Perbuatan ini merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 50(3), Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sehubungan dengan itu DBKL telah menjalankan operasi berjadual ke atas aktiviti tersebut melalui tangkapan. Sepanjang Januari hingga November 2012, seramai 213 orang telah ditangkap dan didakwa di mahkamah. Mereka telah dijatuhkan hukuman denda ataupun penjara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat senator Tuan Chiew Lian Keng turut membangkitkan mengenai pungutan tol tidak berlesen di Taman Connaught Cheras di mana oleh pengusaha letak kereta haram dan pusat membeli belah CMC telah menyekat jalan tersebut dan mengenakan bayaran sebanyak RM1 kepada setiap pengguna jalan tersebut. Walaupun perkara ini telah pun diambil tindakan oleh pihak DBKL dengan merobohkan pondok kutipan tersebut pada waktu pagi, namun ianya dibina semula pada waktu petang semasa mereka beroperasi dan perkara ini masih berlanjutan sehingga hari ini.

■2000

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Chiew Lian Keng, aktiviti yang dijalankan di tapak adalah aktiviti tempat letak kereta persendirian tanpa kelulusan lesen. Kesalahan yang dilakukan telah diambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan notis kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Tempat Letak Kereta Persendirian WP1982. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 dan dikenakan tambahan tidak melebihi RM200 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan setelah disabitkan.

DBKL telah mengeluarkan sebanyak empat notis kesalahan sepanjang Januari hingga November 2012 di samping tindakan merobohkan dua buah pondok untuk kutipan bayaran tempat letak kereta pada 28 November 2012 selaras dengan peruntukan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. Tindakan yang selaras dengan peruntukan undang-undang akan diteruskan dengan lebih kerap bagi menangani masalah ini.

Page 108: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

100 DN 17.12.2012

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Syed Ibrahim bin Kader membangkitkan isu mengenai masalah kekurangan tempat letak motosikal di Bandar Raya Kuala Lumpur. Untuk maklumat Yang Berhormat Senator Dato’ Syed Ibrahim bin Kader, isu ini telah saya jawab secara lisan di dalam Dewan yang mulia ini pada 11 Disember 2012 yang lalu yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Syed Ibrahim bin Kader membangkitkan mengenai isu masalah pemberian unit-unit rumah flat agar dikhususkan kepada kaum India Muslim. Bagi mengatasi masalah kesukaran mendapat rumah di Kuala Lumpur. Yang Berhormat turut mencadangkan agar dihebahkan juga maklumat tentang kawasan-kawasan perumahan baru yang diwujudkan dan unit-unit flat sedia ada untuk dijual. Supaya dapat dibeli ataupun disewa oleh kaum India Muslim yang berkelayakan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Syed Ibrahim bin Kader, setakat ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak mengkhususkan kuota peruntukan rumah PPR kepada mana-mana kaum. Walau bagaimanapun, pemilihan menduduki PPR atau PPA adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan meliputi warganegara, pendapatan isi rumah, jarak tempat tinggal dengan pusat bandar, status perkahwinan, menetap atau bekerja di Kuala Lumpur dan perlu mendaftar dengan Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL.

Selain itu, kerajaan telah membuat keputusan untuk menjual sejumlah 45,358 unit PPR dan PPA DBKL. Pembelian ini adalah terbuka kepada penyewa yang tidak mempunyai tunggakan sewa dan memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh kerajaan. Untuk membantu penyewa membeli unit rumah PPR atau PPA DBKL, kementerian saya melalui Yayasan Wilayah Persekutuan juga menyediakan kemudahan pembiayaan 100 peratus berlandaskan prinsip syariah. Pembiayaan ini adalah berasaskan kepada sewa beli yang berakhir dengan pemilikan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus telah membangkitkan isu cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan dan Menumbok di Sabah. Di mana ianya turut melibatkan isu keselamatan dan sosioekonomi penduduk setempat. Di samping itu ia turut memberi kemudahan kepada penduduk untuk berulang alik dari kedua-dua tanah besar ini sama ada bagi mendapat kemudahan rawatan pakar dan bekalan makanan. Selain itu ia juga mampu menyelesaikan masalah ketiadaan pelabuhan laut dalam di Kimanis dan Sipitang, Sabah bagi aktiviti yang berkaitan dengan logistik minyak dan gas.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus, pandangan oleh Yang Berhormat Senator memang telah diambil kira maklum oleh kerajaan. Untuk itu, kerajaan telah membuat kajian pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok pada tahun 2010. Kos pembinaan yang terlibat adalah dianggarkan RM3 bilion.

Hasil daripada analisis yang dibuat ke atas kajian terdahulu, kerajaan berpandangan pembinaan tersebut tidak sesuai pada masa ini. Walau bagaimanapun, kerajaan bersedia untuk menimbang cadangan ini pada masa hadapan. Bagi mengatasi masalah pengangkutan laut di Labuan, pada 2012 pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan Perbadanan Labuan telah diminta untuk membuat kajian pembinaan terminal feri yang baru di Labuan dan Menumbok. Ini dapat mengurangkan masa perjalanan di samping dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga hingga kini kajian tersebut akan diiklankan semula kerana cadangan bidaan semula ini tidak memenuhi kriteria ataupun, dengan izin, terms of reference yang telah ditetapkan. Selain itu, bagi mengurangkan beban kos kepada pengguna di Labuan, kerajaan juga telah bersetuju untuk memberi diskaun tambang sebanyak 50 peratus bagi penumpang dan kenderaan komersial yang menggunakan pengangkutan laut di Labuan mulai 1 Januari 2013.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus turut membangkitkan masalah mengenai projek-projek kecil luar bandar di Labuan dapat disegerakan peruntukan kewangan sebelum diadakan Pilihanraya Umum Ke-13 ini.

Page 109: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 101

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus, kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada setiap tahun menyalurkan sejumlah peruntukan kepada Perbadanan Labuan untuk digunakan bagi projek-projek kecil seperti yang dinyatakan.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, bagi tahun 2012 sahaja kementerian memperuntukkan geran khas sebanyak RM2.8 juta dan RM800,000 khusus untuk projek-projek kecil. Untuk tahun 2012 juga Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah bersetuju untuk menyalurkan sejumlah RM3 juta lagi bagi projek-projek kecil ini yang telah dan sedang dilaksanakan. Peruntukan-peruntukan tersebut adalah bagi meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan yang diperlukan melalui pelaksanaan projek-projek kecil di Labuan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi Dewan Negara yang melibatkan bidang kuasa dan tanggungjawab kementerian ini. Segala teguran, pandangan dan cadangan yang membina daripada Ahli Yang Berhormat semua amatlah kami hargai dalam usaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan khususnya kepada rakyat dan juga negara. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Kehadiran Yang Berhormat...

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Mohon penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua: Eh! Ada lagi?

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua: Kenapa tidak bangun cepat sangat? Ini lain kali bangun cepat sedikit. Saya silakan, satu sahaja.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu tahniahlah kepada Yang Berhormat Menteri yang rajin datang pagi dan malam. Kedua, saya hendak tanya berhubung dengan apa bezanya pusat refleksologi dengan pusat urut? Apa bezanya, apa syarat-syaratnya, dan apa perkhidmatannya?

Ketiganya, dalam Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, saya telah bangkitkan berhubung dengan pada bulan Julai yang lepas sesi yang lepas berhubung dengan masalah yang kita selalu dengar iaitu tapak perniagaan di musim bulan Ramadhan.

Jadi, Timbalan Menteri pada ketika itu telah menjawab, ”Tidak ada masalah, no problem”, sebab tahun ini dia akan pamerkan nama, gambar sekali iaitu mereka-mereka yang telah berjaya mendapat tapak tersebut. Akan tetapi setelah timbul datangnya bulan Ramadhan, di sana sini terdengar banyak masalah, masih banyak lagi masalah tentang penjualan tapak-tapak tersebut yang ini mengecewakan peniaga-peniaga kecil. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin: Tuan Yang di-Pertua, saya jawab soalan yang kedua itu dahulu, yang pertama saya hendak tunggu kalau ada apa-apa maklumat. Berkenaan dengan tapak perniagaan, khususnya pada waktu Ramadhan ataupun Deepavali. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah membuat garis panduan yang boleh katakan mengurangkan ketidakpuasan peniaga-peniaga yang tulen. Apa yang kita buat pada masa ini adalah pemilihan dibuat secara undian dan mereka-mereka yang hendak mohon tempat ini perlu mohon, ia ada dipamerkan di akhbar pada waktu-waktu tertentu untuk mereka memohon dan di tempat-tempat yang tertentu. Selepas di tempat-tempat yang puncak seperti di jalan Tuanku Abdul Rahman dan juga Masjid India akan diadakan pengundian.

Oleh kerana itu walaupun tidak memuaskan 100 peratus semua pihak tetapi saya rasa kali ini kurang kontroversi daripada ataupun bantahan-bantahan daripada khususnya daripada persatuan ataupun peniaga-peniaga sendiri. Jadi, itulah kaedah yang kita telah laksanakan untuk Bazar Ramadhan dan juga Bazar Deepavali.

Page 110: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

102 DN 17.12.2012

Memanglah permintaan akan lebih daripada tempat yang ada tetapi kita perlu buat

secara yang telus supaya, pertama, mereka yang tulen diberi seberapa banyak peluang dan kedua, mungkin pemilihan pun tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

■2010

Kedua, pertanyaan pertama tadi berkenaan dengan, apa bezanya antara pusat refleksologi dan pusat urut. Pusat refleksologi merujuk kepada aktiviti untuk badan dan urut kaki. Pusat urut hanya merujuk kepada aktiviti urut badan sahaja. Jadi makna refleksologi itu dia ada lebih dia punya aktivitilah dan urut, seluruh badan dan refleksologi adalah berdasarkan kepada kaki. Jadi inilah yang didefinisikan oleh DBKL. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ada lagi yang bangun, Yang Berhormat.

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Saya terus teranglah Tuan Yang di-Pertua, waktu Yang Berhormat Menteri mula menggulung perbahasan ini tadi, saya sedang sembahyang Maghrib, jadi saya tak mendengar keseluruhan apa jawapan beliau Akan tetapi apa yang saya nak tegur straight to the point, dengan izin, saya dalam perbahasan kelmarin saya ada menimbulkan tentang kenapa lambat sangat DBKL meluluskan tapak bangunan Masjid Brickfields yang menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom bahawa pihak perunding telah menulis surat kepada DBKL pada bulan April tapi sehingga sekarang tiada jawapan lagi. Minta kelulusan tapak itu supaya dapat pembangunan disegerakan. Jadi saya nak timbulkan itu sahajalah. Kalau saya timbulkan ini waktu sekarang, tak tahulah sama ada Yang Berhormat dah jawab atau belum tapi tadi saya sedang sembahyang tadi. Terima kasih.

Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana saya tak ada jawapan, saya akan hantar jawapan secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya rasa agaknya pegawai Yang Berhormat ramai dekat belakang itu, boleh bantu Yang Berhormat. Sebenarnya saya pun dengar hari itu ada Yang Berhormat Firdaus bangkitkan hal ini berkenaan Masjid di Brickfields. Kalau boleh, bertanyalah, ada di belakang itu semua itu pegawai-pegawai kanan hebat-hebat belaka itu. Ada jawapan pegawai-pegawai? Kalau ada itu adalah, kalau tidak ada itu senanglah kita beritahu. Sebab to be fair to Yang Berhormat Menteri, itulah saya selalu pesan, pegawai-pegawai bila masa perbahasan hendaklah catatkan semua point ataupun perkara yang dibangkitkan supaya dijawab semasa penggulungan ini. Tak mengapa Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat beri jawapan secara bertulis sahajalah kemudian.

Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin: Ya, ya. Saya akan buat jawapan bertulis.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Firdaus, terimalah.

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Sebelum itu, saya ingin merakamkan di sini, Yang Berhormat Menteri datang jawab ini pun sangat menggalakkan. Ini Menteri Wilayah dan juga Menteri Perumahan ada ini. So saya rasa ini satu trend yang baiklah. Jangan harapkan Timbalan Menteri sahaja menjawab. So, kehadiran Menteri itu amat digalakkan. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Datuk Seri Chor Chee Heung.

8.14 mlm.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Seri Chor Chee Heung]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada lapan orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 peringkat dasar yang mengenai bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Saya amat menghargai pandangan dan juga saranan yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Page 111: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 103

Yang pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, perumahan merupakan satu keperluan yang mendapat titik sentuh istimewa dalam bajet kali ini selaras dengan konsep shelter for all, dengan izin, seperti digariskan di dalam Dasar Perumahan Negara. Saya menghargai cadangan dan saranan Ahli Yang Berhormat Senator Dato' Abdul Rahim bin Abdul Rahman dan juga Puan Norliza binti Abdul Rahim untuk menambah baik dasar yang sedia ada. Cadangan-cadangan tersebut termasuklah mengubah dasar sedia ada yang hanya memberikan fokus kepada kuota pembinaan kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana serta mengkaji semula nilai sumbangan pengecualian daripada membina rumah kos rendah dan sumbangan caruman pemaju kepada syarikat utiliti.

Pada amnya, Dasar Perumahan Negara memberikan fleksibiliti kepada kerajaan negeri dalam hal-hal penentuan kuota pembinaan rumah kos rendah, sederhana rendah dan sederhana. Ini kerana syarat kuota pembinaan rumah kos rendah yang perlu dibina oleh pemaju perumahan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat negeri seperti Johor yang telah pun melaksanakan cadangan kuota pembinaan rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan juga kos sederhana.

Berkaitan dengan nilai sumbangan pengecualian daripada membina kos rendah, ianya adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri ataupun PBT. Sementara itu, kementerian saya sedang mengkaji semula jumlah sumbangan yang dikenakan oleh syarikat-syarikat utiliti dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) memandangkan syarikat-syarikat utiliti adalah di bawah seliaan KeTTHA.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Khoo Soo Seang dan Yang Berhormat Puan Norliza binti Abdul Rahim telah membangkitkan isu peningkatan harga rumah dewasa ini. Secara spesifik saya memahami bahawa kedua-dua Ahli Yang Berhormat tersebut berasa bimbang dengan tahap pemilikan rumah oleh warga asing khususnya di negeri Johor dan Pulau Pinang yang boleh menjadi faktor kepada kenaikan harga rumah yang mendadak.

Walau bagaimanapun, pada pandangan kementerian, jumlah dan nilai hartanah yang dibeli oleh warga asing adalah terkawal dan tidak membimbangkan. Jumlah hartanah yang dibeli oleh warga asing di Malaysia adalah dalam lingkungan 5.4 peratus sahaja dengan pecahan 13.6 peratus di Kuala Lumpur, 1.8 peratus di Selangor, 8.8 peratus di Johor dan 4.5 peratus di Pulau Pinang. Pembelian hartanah oleh warga asing juga adalah dihadkan kepada hartanah yang melebihi RM500,000 dan perkara ini termaktub dalam Garis Panduan Perolehan Hartanah yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Pembelian unit kediaman ini walau bagaimanapun tidak memerlukan kelulusan Unit Perancang Ekonomi sebaliknya adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak berkuasa negeri.

Selain daripada itu, kepentingan asing yang bukan merupakan pemastautin tetap serta pegawai dagang juga tidak dibenarkan memperoleh hartanah yang bernilai kurang daripada RM500,000 seunit, unit kediaman di bawah kategori kos rendah dan sederhana seperti ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri, hartanah di atas tanah rizab Melayu dan hartanah yang telah diperuntukkan kepada kepentingan bumiputera dalam sesuatu projek pembangunan hartanah yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri.

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar fiskal seperti pengenalan cukai keuntungan harta tanah ataupun CKHT dan pengurangan loan to value kepada 70 peratus sahaja bagi pinjaman perumahan untuk mengurangkan aktiviti spekulasi. Dalam masa yang sama, pelbagai agensi telah pun digerakkan untuk membina rumah kepada golongan sasaran yang spesifik bagi memudahkan dan mempercepatkan akses rakyat kepada pemilikan rumah.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian saya secara khususnya telah pun dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Program Perumahan Rakyat ataupun PPR yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.

Page 112: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

104 DN 17.12.2012

Ingin saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa sejak mula

dilaksanakan iaitu di bawah Rancangan Malaysia ke-8, peruntukan yang disalurkan Kerajaan Persekutuan untuk projek PPR telah pun mencecah RM6 bilion. Bagi bajet kali ini, sebanyak RM543 juta ataupun hampir 20 peratus daripada peruntukan kementerian saya telah pun dikhaskan untuk pelaksanaan program PPR pada tahun depan.

Ahli Yang Berhormat Senator Puan Norliza binti Abdul Rahim dan Datuk Jamilah binti Sulaiman telah pun bertanya mengenai kaedah pengisian rumah PPR ini serta kebimbangan terhadap fenomena warga asing menduduki unit-unit tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kaedah pengisian sama ada penyewaan ataupun penjualan unit-unit PPR dilaksanakan oleh kerajaan negeri mengikut kriteria-kriteria asas yang ditetapkan oleh kementerian seperti berikut:

(i) warganegara Malaysia;

(ii) berumur 18 tahun ke atas;

(iii) pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan;

(iv) berkeluarga;

(v) belum memiliki rumah; dan

(vi) memohon melalui sistem pendaftaran terbuka.

■2020

Di samping itu kementerian juga sedar bahawa terdapat kes-kes terpencil di mana unit-unit rumah disewa kepada mereka yang bukan golongan sasaran termasuk kepada warga asing. Ingin saya tegaskan di sini bahawa tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan terhadap penghuni asal yang antaranya boleh menyebabkan kelayakan bagi menduduki unit PPR ditarik balik.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya difahamkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah pun akan mula dengan operasi-operasi untuk memastikan bahawa semua unit-unit rumah PPR yang dibina oleh kementerian saya, yang telah diserah kepada DBKL akan bebas dari anasir-anasir yang tidak sihat termasuk juga warga asing.

Bagi menjawab saranan Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah supaya pembinaan PPR tidak ditumpukan di kawasan bandar sahaja terutama di Lembah Klang. Pelaksanaan PPR adalah tertumpu di kawasan bandar dan pinggir bandar memandangkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah pun mempunyai program khas untuk perumahan di luar bandar iaitu Program Bantuan Rumah. Walau bagaimanapun, kementerian turut melaksanakan projek-projek di luar bandar berdasarkan keperluan daripada golongan berpendapatan rendah dan setinggan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan iklan jualan rumah yang mempunyai unsur-unsur penipuan atau tidak tepat seperti dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Khoo Soo Seang dan juga Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya amat memandang serius perkara ini dan saya telah mengesyorkan pembeli yang merasa tertipu boleh mengemukakan aduan tersebut kepada kementerian saya bagi membantu untuk menyelesaikan dan supaya kita boleh dapat membuat siasatan yang rapi terhadap aduan yang dikemukakan.

Sungguh pun begitu, secara amnya sebarang kenyataan ataupun perihal palsu dalam iklan pemajuan perumahan adalah menjadi satu kesalahan selaras dengan Peraturan 5(3) Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989. Pemaju boleh didakwa di mahkamah dan sekiranya disabitkan kesalahan, pemaju boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun ataupun kedua-duanya.

Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua Ahli Yang Berhormat tersebut turut membangkitkan mengenai peranan statistik kes dan komen terhadap Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah ataupun TTPR. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah kes yang diterima dari tahun 2003 hingga 30 November 2012 adalah sebanyak 34,261 kes dan daripada bilangan ini sebanyak 33,671 kes berjaya diselesaikan.

Page 113: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 105

Jumlah pampasan yang telah diterima bagi 1 November 2011 hingga 30 September 2012 adalah sebanyak RM28,229,000.

Terdapat dua jenis kes yang diterima oleh TTPR iaitu tuntutan ganti rugi bukan teknikal termasuk ganti rugi serahan lewat milik kosong unit, ganti rugi serahan lewat kemudahan bersama. Pemulangan deposit akibat pembatalan perjanjian jual dan beli dan tuntutan teknikal termasuk ganti rugi bagi kecacatan pada binaan rumah dan rumah yang dibina tidak mengikut spesifikasi.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana perbicaraan di mahkamah, apabila sesuatu tuntutan telah pun didengar dan diputuskan oleh pihak tribunal, tuntutan yang sama tidak boleh difailkan lagi sama ada di tribunal ataupun mahkamah oleh penuntut yang sama. Oleh yang demikian, tuntutan yang berulang oleh penuntut tidak akan berlaku. Terdapat dua tindakan yang boleh dikenakan terhadap pemaju yang ingkar iaitu penalti jenayah di bawah seksyen 16 [Akta 118] iaitu pemaju jika disabitkan bersalah oleh mahkamah boleh didenda di antara RM5,000 hingga RM10,000.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, boleh saya? Berhenti sekejap Yang Berhormat, saya hendak beri peringatan kepada semua. Ahli Yang Berhormat, selepas ini Kementerian Kewangan menggulung. Saya ingin memperingatkan kepada semua Ahli Yang Berhormat, kepada siapa yang telah menulis meminta kelepasan daripada saya, saya bersedia. Setelah saya luluskan, saya sedia memaafkan tetapi untuk menentukan perjalanan lancar Dewan ini, siapa yang keluar tanpa izin saya, saya hendak pastikan mereka itu siapa.

Kepada Yang Berhormat Dr. Syed Husin Ali, saya ucap syabas. Yang Berhormat masih ada lagi tetapi tengok juga ini, Ahli Yang Berhormat di kalangan pembangkang yang tidak ada. Nampaknya sudah menghilangkan diri tetapi siapa yang telah menulis surat kepada saya, sudah dapat kelulusan saya, saya bersedia memaafkannya tetapi siapa yang tidak ada itu saya harap berada dalam Dewan dan be serious untuk menentukan. Yang Berhormat sebenarnya hanya dalam satu- ini penggal yang terakhir dan mustahak. Jangan dipersalahkan mana-mana pihak nanti. Saya harap be more attentive, dengan izin. Sekian terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Seri Chor Chee Heung: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kedua, pembeli boleh memfailkan tindakan sivil terhadap pemaju tersebut bagi melaksanakan award yang telah pun diperoleh daripada tribunal.

Pindaan Akta 118 telah dibuat pada tahun 2007 di mana had bidang kuasa tribunal telah pun dinaikkan daripada RM25,000 kepada RM50,000. Sehubungan dengan itu, kementerian sedang mengkaji tentang cadangan untuk menaikkan had tuntutan di tribunal serta implikasi kepada semua pihak. Dalam hal ini, tribunal juga sering mengadakan kerjasama dengan semua pihak yang terlibat seperti House Buyers Association, Developers Association, warga universiti, persatuan penduduk ataupun persatuan pengguna dalam memberikan maklumat mengenai fungsi dan peranan pihak tribunal.

Bagi kes pelanggaran award yang dikeluarkan oleh TTPR seperti yang dibangkitkan Ahli Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang, biasanya TTPR atau tribunal akan memanjangkan aduan pengadu terhadap pelanggaran award tersebut kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perumahan Negara bagi membolehkan pemaju tersebut didakwa di bawah seksyen 16, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.

Di bawah seksyen ini, pemaju boleh didenda di antara RM5,000 hingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun ataupun kedua-duanya sekali. Tindakan pendakwaan ini adalah tambahan daripada tindakan sivil yang boleh diambil sendiri oleh pembeli yang telah memperoleh award tribunal. Selain daripada itu, kementerian juga akan menyenaraihitamkan syarikat pemaju dan anak syarikat termasuk semua ahli pengarah daripada diluluskan lesen bagi projek baru.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sememangnya memberikan penekanan terhadap pembinaan rumah yang berkualiti untuk keselesaan rakyat.

Page 114: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

106 DN 17.12.2012

Untuk itu, kerajaan amat menghargai saranan Ahli Yang Berhormat Senator Dr.

Ramakrishnan a/l Suppiah, Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman dan Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah yang mencadangkan perwujudan peruntukan untuk membaiki rumah-rumah usang dan daif serta mengimplementasikan konsep livable city dan livable home bagi peningkatan daya huni penduduk negara ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Perumahan Negara ataupun DRN yang diluluskan pada tahun 2010 di bawah teras 6 telah pun menggariskan bahawa peningkatan terhadap kemudahan sosial perkhidmatan asas dan persekitaran daya huni ataupun livability adalah amat penting untuk dicapai. Pernyataan dasar bagi teras ini adalah seperti berikut:

(i) penyediaan rumah yang lengkap dan pembangunan yang mapan dengan kemudahan dengan perkhidmatan asas mengikuti piawaian dan keperluan semasa terkandung di dalam construction industry standard yang dikeluarkan oleh CIDB serta keperluan-keperluan sosial bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;

(ii) pemantapan mekanisme pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata dan harta bersama yang efisien; dan

(iii) pelaksanaan Konsep Bandar Selamat berkaitan dengan kawasan perumahan.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, kerajaan telah pun memperuntukkan dana sebanyak RM500 juta di bawah Program Penyelenggaraan Perumahan (PPP) bagi membantu pihak joint management body ataupun management corporation menyenggara rumah berstrata kos rendah awam di seluruh negara supaya rumah yang terlibat akan lebih selesa didiami. Melalui program ini, pihak JMB atau MC hanya perlu menyediakan dana sebanyak 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kos penyenggaraan manakala 90 peratus lagi dibiayai oleh pihak kerajaan.

■2030

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, saya menghormati pendirian Ahli Yang Berhormat Senator Dato' Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman yang berpandangan bahawa peruntukan asal dalam rang undang-undang strata yang menyatakan pengurus harta mestilah berdaftar, tidak harus dipinda. Sungguhpun demikian, pihak kementerian berpandangan bahawa pindaan ini adalah wajar berdasarkan sebab-sebab seperti berikut:

(i) pindaan dilaksanakan bagi mengekalkan status quo peruntukan yang berkaitan pelantikan pengurus bangunan seperti terdapat dalam Akta Bangunan dan Harta Bersama 2007. Dalam Akta 663 tersebut, JMB ataupun MC diberi kebebasan untuk melantik mana-mana orang termasuk pengurus bangunan berdaftar selaku pihak tiga yang bebas daripada menguruskan bangunan tersebut;

(ii) pada masa ini, terdapat 15,000 kawasan pemajuan ataupun Skim Bangunan Berstrata di seluruh negara yang termasuk bangunan kediaman, perniagaan dan pejabat. Daripada maklum balas yang diterima, terdapat sejumlah 1,714 ejen pengurusan yang berdaftar di bawah Akta Penilai, Penaksir dan Ejen Harta Tanah dan pada masa yang sama, terdapat lebih daripada beberapa ribu orang yang beroperasi sebagai pengurus bangunan yang tidak berdaftar. Oleh itu, sebarang perubahan drastik dibimbangkan akan menimbulkan isu lain seperti menjejaskan pengurusan semasa bangunan-bangunan yang bergantung kepada pengurus bangunan yang tidak berdaftar;

Page 115: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 107

(iii) masalah rezeki pengurus bangunan akan menjadi satu isu utama. Walau bagaimanapun, kementerian amat memahami bahawa terdapat keperluan untuk melindungi kepentingan penghuni bangunan berstrata daripada segi profesionalisme, akauntabiliti dan ketelusan pengurus-pengurus bangunan yang dilantik oleh JMB ataupun MC. Oleh itu, kementerian akan mengeluarkan peraturan berkaitan keperluan setiap ejen bebas yang dilantik oleh JMB ataupun MC menandatangani surat perjanjian di samping mendepositkan bon jaminan kepada JMB atau MC berkenaan. Bagi pengurus bangunan berdaftar, mereka dikecualikan daripada mendepositkan bon tersebut. Selepas ini, kementerian akan berbincang bersama-sama dengan Lembaga Penilai, Penaksir dan Ejen Hartanah supaya dapat mencapai satu persetujuan untuk mendaftarkan pengurus-pengurus bangunan yang sedia ada yang masih tidak didaftarkan.

Tuan Yang di-Pertua, pihak berkuasa tempatan merupakan barisan hadapan ataupun front liner dalam perkhidmatan awam khususnya dalam memberikan perkhidmatan perbandaran yang berkesan kepada masyarakat setempat.

Selaras dengan peredaran masa, kementerian turut membantu PBT untuk mempercepat dan mempermudah prosedur perkhidmatannya. Sebagai contoh, saranan Ahli Yang Berhormat Senator Puan Norliza binti Abdul Rahim supaya pelan binaan dipercepatkan telah dilaksanakan melalui inisiatif proses kelulusan pelan bangunan baru. Antara penambahbaikan tersebut adalah seperti berikut:

(i) pengurangan agensi teknikal luar yang dirujuk daripada empat iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Indah Water Konsortium dan Jabatan Bomba dan Penyelamat kepada satu ATL sahaja iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat; dan

(ii) pengurangan jumlah senarai keperluan yang disemak daripada 81 senarai sekarang dikurangkan hingga 19 senarai semak dan tempoh kelulusan dikurangkan dari 61 hari kepada 37 hari.

Begitu juga dengan Ahli Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat yang membangkitkan isu prosedur yang rumit untuk membuka taman asuhan kanak-kanak (TASKA) kementerian telah pun mengambil langkah proaktif dengan mengeluarkan garis panduan penubuhan taska dan tadika pada tahun ini yang telah diluluskan oleh Majlis Negara bagi kerajaan tempatan untuk mempermudah dan mempercepatkan lagi proses pendaftaran dan pelesenan operasi tadika dan taska serta menjamin keselamatan kanak-kanak. Garis panduan ini telah pun memberi panduan kepada pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan, agensi pelaksana dan pemaju dalam merancang, mengawal dan memantau pelaksanaan tadika dan taska di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian menghargai cadangan Ahli Yang Berhormat dan turut bersetuju bahawa pemasangan lampu isyarat yang bercorak countdown timer dapat mengurangkan stress pemandu, mengelakkan kesesakan dan meningkatkan lagi keselamatan jalan raya. Saya amat berharap JKR dan pihak berkuasa tempatan dapat memperkenalkan lampu isyarat jenis tersebut untuk diguna pakai dalam bandar-bandar kita di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, bak kata pepatah peribahasa ‘sediakan payung sebelum hujan’. Justeru itu, saya amat menghargai keprihatinan Ahli Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat memberikan beberapa pandangan beliau yang menjurus kepada peri pentingnya pelan tindakan kecemasan sebagai persediaan menghadapi bencana yang tidak diundangkan. Di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341], semua premis bangunan tinggi dikehendaki mempunyai Sijil Perakuan Bomba dan salah satu syarat untuk memiliki sijil berkenaan mestilah mempunyai Pelan Tindakan Kecemasan.

Page 116: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

108 DN 17.12.2012

Di samping itu, premis berkenaan juga perlu dilengkapi sistem pemantauan

berkomputer yang disambung terus daripada bangunan ke balai bomba. Bangunan berkenaan juga perlu mempunyai pasukan pemadam kebakaran yang dipertanggungjawabkan untuk memadam kebakaran di peringkat awal dan mengadakan latihan kebakaran secara berkala. Semua bangunan tinggi yang berisiko tinggi dikehendaki mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya satu kali setahun sama ada secara bersendirian ataupun bersama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Di Kuala Lumpur pada tahun ini misalnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah pun mengadakan sebanyak 56 latihan kebakaran bersama-sama pemilik premis. Semua bangunan di negara ini telah dilengkapi dengan sistem pencegahan kebakaran yang bersesuaian dengan tahap kemerbahayaan bangunan berkenaan. Perkara yang paling penting ialah penghuni atau pemilik premis perlu memastikan sistem pencegahan kebakaran sentiasa dalam keadaan baik yang berfungsi semasa kecemasan.

Daripada aspek penyelarasan pula, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengadakan latihan PTK bersama agensi-agensi yang lain. Contohnya di peringkat kebangsaan diadakan latihan Disaster Management Exercise dengan izin, dan di peringkat negeri diadakan latihan Exercise Special Team Operation dan Response Mechanism, dengan izin. Agensi-agensi yang terlibat adalah seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan SMART Tim dan lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam membahaskan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan...

Dato' Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Mohon.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Chor Chee Heung: Ya.

Dato' Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih Yang Berhormat. Pertama sekali saya hendak mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri bukan sahaja datang sudah hampir pukul 9 malam datang sendiri dan yang keduanya ialah kerja-kerja Yang Berhormat Menteri dan juga kakitangan kementerian yang bertungkus-lumus untuk mencapai hasrat tiap-tiap rakyat mempunyai rumah sendiri. Saya tidak bercadang untuk berbahas berhubung dengan Strata Title Management sebab itu kita berpeluang bahas esok.

Cuma Yang Berhormat Menteri saya hendak tanya sedikit sahaja iaitu kuasa di antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan khususnya kementerian Yang Berhormat iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Seperti yang kita tahu memang land is a state matter, dengan izin, ataupun kuasa tanah adalah kuasa kerajaan negeri. Oleh sebab itulah kepentingan untuk membina rumah murah adalah kuasa kerajaan negeri masing-masing apabila memberi permit ataupun development plan. Akan tetapi Yang Berhormat, kalaulah kita serahkan kuasa ini terus menerus kepada kerajaan negeri, nampaknya pembinaan rumah-rumah murah ini tidak akan tercapai di antara satu negeri dan satu negeri yang lain.

■2040

Jadi pertanyaan saya Yang Berhormat ialah tidakkah Kerajaan Pusat melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh memastikan semasa memberi lesen pembinaan perumahan, developers’ permits itu supaya sekurang-kurangnya peratusan dibuat untuk pembinaan rumah murah dan rumah sederhana ataupun rumah mampu milik. Tidakkah kementerian boleh menentukan semasa memberi lesen pembinaan itu? Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Page 117: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 109

Datuk Seri Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Abdul Rahim. Ini adalah satu soalan yang cukup baik bukan sahaja bagi saya, bagi kementerian juga. Akan tetapi selama inilah sejak kementerian memperkenalkan kuota untuk pemaju-pemaju yang ingin membina projek-projek, rumah-rumah di negeri-negeri telah pun diikuti oleh pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Setakat ini kita masih belum mengadakan masalah di mana pihak berkuasa negeri ataupun pihak berkuasa tempatan tidak mengikuti cadangan yang diberikan oleh kementerian. Akan tetapi katalah misalnya pihak berkuasa negeri tidak bersetuju untuk mengadakan kuota untuk rumah kos rendah kepada pemaju-pemaju semasa mereka ini membuat permohonan kepada kerajaan negeri. Saya percaya dengan adanya alasan-alasan yang ada pada kita, kita tidak mempunyai sebarang hak untuk tidak mengeluarkan lesen kepada bakal pemaju kalau mereka tidak ikut.

Sebab pada lazimnya lesen yang dikeluarkan oleh kementerian selepas kita memastikan bahawa segala syarat telah pun dipatuhi oleh pihak pemaju di peringkat PBT dan juga di peringkat pihak berkuasa negeri. Akan tetapi walau bagaimanapun ini adalah satu food for thought, Dato’ Rahim. Saya akan bawa balik untuk berbincang. Jika perlunya sama ada kita berhak untuk tidak mengeluarkan lesen pemajuan kepada pemaju jika didapati kuota rumah kos rendah tidak di dalam rancangan kemajuan mereka. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri... Ada lagi?

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya ada menyentuh tentang mengenai perumahan dalam perbahasan Bajet 2013, di mana saya mengalu-alukan supaya projek PR1MA juga dapat dikembangkan ke Sarawak, satu. Keduanya mengenai masalah financing dengan izin yang dihadapi oleh pembeli rumah di Sarawak. Pinjaman mereka ditolak oleh pihak bank atas sebab mereka disenaraikan CTOS.

Jadi, saya ada cadangkan supaya kalau boleh pihak kerajaan mewujudkan satu badan atau syarikat kewangan yang khas untuk memberi pinjaman perumahan kepada mereka dengan jaminan kolateral iaitu rumah dicagarkan untuk membantu mereka. Terima kasih.

Datuk Seri Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat. Seperti kita semua maklum, PR1MA ini di bawah Jabatan Perdana Menteri. Akan tetapi saya difahamkan mula tahun depan, pihak PR1MA memang mempunyai perancangan yang cukup agresif. Selama ini kita ada dengar perancangan-perancangan di beberapa buah negeri telah pun diumumkan seperti di Negeri Sembilan, di Johor Bahru, di Pulau Pinang. Skim perumahan pertama yang telah pun dekat siap ataupun hampir siap adalah di Putrajaya. Mengenai masalah pembeli yang tidak dapat pinjaman dari bank-bank oleh sebab CTOS telah pun mengeluarkan satu laporan iaitu peminjam mempunyai masalah. Saya percaya kita boleh tujukan soalan ini kepada Kementerian Kewangan sebab ini adalah di bawah hal-hal Kementerian Kewangan. Sekian.

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Untuk penjelasan Yang Berhormat, yang sebenarnya mereka bukannya mempunyai hutang sendiri dengan bank tetapi mereka hanya sebagai penjamin. Terima kasih.

Datuk Seri Chor Chee Heung: Itulah, itu satu masalah. Mungkin Kementerian Kewangan boleh bantu untuk menjawab. Akan tetapi saya difahamkan memang ada dua, tiga agensi yang membuat laporan terhadap latar belakang seseorang peminjam dan CTOS ini sekarang jarang dipakai. Dia pakai CRISS ataupun lain-lain agensi. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Datuk Dr. Awang Adek ada di sini. Beliau dalam jawapan beliau nanti beliau akan menerangkan seterusnya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Akhir sekali saya ingin mempersilakan Kementerian Kewangan selaku kementerian yang bertanggung jawab untuk menggulung bagi Perbahasan Bajet 2013. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Page 118: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

110 DN 17.12.2012

8.46 mlm.

Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Dr. Awang Adek Hussin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah kita akan gulung, lipat dan simpan baik-baik...

Timbalan Yang di-Pertua: Baik, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: ...Supaya belanjawan yang begitu baik ini akan dapat kita laksanakan sebaik mungkin.

Pertamanya saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih bagi pihak kementerian dan kerajaan. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian secara keseluruhannya dan juga secara khususnya yang menyentuh hal-hal berhubung kait dengan Kementerian Kewangan. Pada rekod saya ada 22 orang Ahli Yang Berhormat yang telah menimbulkan isu-isu yang menyentuh dengan Kementerian Kewangan dan saya akan cuba menjawabnya. Tidak terlalu panjang kerana memandangkan masa dan saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat pun kalau boleh ingin menyelesaikan urusan kita dengan kadar yang segera tetapi menepati tanggungjawab kita iaitu memenuhi apa yang perlu kita lakukan di sini.

Pertamanya saya ingin menyentuh beberapa isu mengenai ekonomi yang telah dibawa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertamanya, Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali menyebut tentang perangkaan mengenai pendapatan per kapita negara. Mengikut rekod yang disebut oleh Yang Berhormat Senator, Malaysia nampaknya telah mencatat pendapatan per kapita yang kurang daripada tahun 2010 berbanding dengan tahun 2013. Saya tidak yakin tahun 2013 ini tetapi ini mengikut Hansard yang ada yang saya check kerana tahun 2013 ini belum lagi kita lalui. Akan tetapi mengikut Ahli Yang Berhormat bahawa per capita income kita nampaknya menurun daripada tahun 2010 kepada tahun 2013 dan sekali gus membayangkan kebimbangan Yang Berhormat bahawa cita-cita kita untuk menjadikan negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 mungkin agak tersasar kalau itu yang berlaku.

Mengikut rekod yang kita ada sebenarnya pendapatan per kapita negara sentiasa menunjuk peningkatan. Trend peningkatan daripada USD8,346 pada tahun 2010 kepada USD9,989 pada tahun 2012 dan dijangka akan meningkat berdasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi dalam lingkungan 5 peratus dalam tahun 2013. Ianya akan meningkat kepada USD10,631 dalam tahun 2013. Jadi bererti oleh kerana ada peningkatan yang secara konsisten ini, unjuran untuk mendapat sekurang-kurangnya USD15,000 pada tahun 2020 tidaklah kelihatan luar biasa dan berada dalam tahap yang boleh kita capai. Itu pertama.

■2050

Keduanya mengenai isu yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat mengenai pembahagian perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Nampaknya seolah-olah lebih kepada perbelanjaan mengurus. Ini ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Mohamad Ezam, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar dan yang lain juga Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin saya kira ada juga menyentuh perkara yang serupa.

Pada Belanjawan 2013 ini yang berjumlah lebih kurang RM250 bilion kesemuanya, memang perbelanjaan mengurus adalah RM201 bilion, lebih kurang 80 peratus. Perbelanjaan pembangunan RM48 bilion lebih kurang 19 peratus. Saya ingin sebutkan bahawa pertamanya walaupun kelihatan agak tinggi perbelanjaan mengurus ini, sebenarnya kalau dilihat dari segi rationya, saya buat kajian sikit daripada tahun 1990, ia berada pada tahap 70 peratus lebih, 75 peratus, 76 peratus berbanding dengan 20 peratus lebih untuk perbelanjaan pembangunan.

Kalau dilihat dari segi perbandingan dengan negara-negara lain, Yang Berhormat Tuan Mohamad Ezam ada minta, kalau mengikut statistik IMF, yang juga agak mengejutkan saya. Saya pun tidak sangka, Sweden purata tahunan ialah 47 peratus, hampir 50 peratus, Amerika Syarikat 40 peratus. Jadi bermakna kalau kita lihat di negara lain ianya begitu tinggi, Malaysia 20 peratus puratanya.

Page 119: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 111

Peratus perbelanjaan mengurus kerajaan berbanding dengan KDNK, minta maaf saya agak keliru sedikit sebab ia tidak perbandingan antara mengurus dengan jumlah bajet semua, dia ambil pada IMF, dia ambil dalam konteks perbandingan dengan KDNK.

Malaysia kalau diambil perbelanjaan mengurus berbanding KDNK 20.3 peratus, Vietnam 21 peratus, purata ASEAN 16.8 peratus. Memang kita tinggi sedikit. Tapi kalau negara-negara maju agak mengejutkan saya sendiri bahawa Sweden 47 peratus; UK 47 peratus; Jerman 45 peratus; Portugal 41 peratus; Amerika Syarikat 39 peratus; Jepun 37 peratus; Australia 25 peratus; dan Korea 20 peratus; Purata bagi negara maju ialah 37.9 peratus, bermakna kalau dalam konteks peratusan GDP itu bahawa perbelanjaan mengurus ini tidak lah tinggi kalau berbanding dengan negara-negara lain.

Kalau dilihat dalam konteks perbelanjaan mengurus, mengapa begitu tinggi di negara kita, ia mempunyai unsur satunya ialah emolumen. Emolumen kita tinggi, emolumen kita gaji yang terpaksa kita bayar 29 peratus daripada perbelanjaan mengurus. Subsidi juga tinggi, 18 peratus. Jadi bayangkan kalau kita tidak ada subsidi, kita boleh mengurangkan banyak. Bahan api RM20 bilion, subsidi keseluruhan RM37.6 bilion. Subsidi kita banyak, bahan api, makanan asas, subsidi padi, beras, subsidi nelayan. Jadi ini yang menyebabkan perbelanjaan kita besar kerana kita dua perkara, satunya emolumen kita tinggi dan kita lihat peningkatan emolumen dan subsidi begitu ketara sejak akhir-akhir ini.

Pertamanya bila kita melaksanakan SSB, Skim Saraan Baru, bila kita naikkan gaji-gaji penjawat awam 2005 tidak silap saya, maka kita nampak satu lonjakan kepada perbelanjaan mengurus dan juga pada tahun 2007 ke atas apabila kenaikan harga minyak yang dahulunya USD40, USD37, sekarang ini sudah USD100. Itu bererti subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan begitu tinggi. Jadi ini beberapa perkara yang ingin saya sebut supaya kita tidak kelihatan bahawa pertamanya perbelanjaan mengurus kita ini berbanding dengan KDNK, kalau banding dengan dunia keseluruhannya tidaklah terlalu tinggi.

Keduanya ada sebab-sebab. Kenapa kelihatan akhir-akhir ini tinggi sedikit kerana satunya emolumen, keduanya subsidi. Ketiganya memang dalam konteks negara kita 75 peratus secara puratanya dalam agihan belanjawan, perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Saya harap jelas yang itu.

Dr. Syed Husin Ali: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah sedikit?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Ya, boleh.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Sebenarnya kalau kita lihat dalam 20 tahun yang lalu atau 30 tahun yang lebih jelas, yang penting ialah perbandingan di antara perbelanjaan pembangunan berbanding dengan pengurusan. Yang mengurus ini bertambah menurun iaitu daripada 34 peratus misalnya kurang daripada 20 peratus sekarang. Jadi maksud saya tadi, pembangunan ya, pembangunan kurang. Saya rasa ini satu masalah yang sangat besar dan perbandingan ini lebih saya rasa relevan daripada perbandingan dengan KDNK. Terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Yang Berhormat. Memang kalau dulu 25 peratus, 26 peratus itu biasa tapi sekarang ini sudah menjadi 20 peratus pembangunan kerana apa, kerana tadilah dua perkara yang saya sebutkan, satunya emolumen yang meningkat oleh kerana saraan baru yang kita buat sejak akhir-akhir ini. Yang keduanya harga minyak yang melambung daripada USD40 kepada USD100 memang. Ini bermakna kita berhadapan dengan satu keadaan yang kita perlu tangani yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb sendiri sama apakah yang kita perlu lakukan terhadap pengendalian subsidi terutamanya subsidi bahan api.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Datuk, Datuk Menteri, boleh celah?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Boleh, kalau bagi saya seminit lagi. Hendak habiskan yang saya sebut. Boleh duduk dulu sekejap Datuk Haji Abdul Rahman. Bagi dia exercise sikit. Ini satu persoalan.

Page 120: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

112 DN 17.12.2012

Kerajaan memang peka bagaimana kita harus menangani pemberian subsidi ini

supaya lebih terarah, targeted daripada memberi satu subsidi minyak, petroleum umpamanya yang mana orang yang bawak kereta besar sebenarnya mendapat subsidi yang lebih banyak kerana dia guna minyak petroleum yang lebih banyak. Jadi memang ini pada satu masa kita fikir satu kaedah di mana barangkali kereta besar, kereta Mercedes kah, kereta cc besar tidak boleh, tetapi ada pula masalah, dia kata ada orang kampung, dia beli Mercedes yang sudah lama, 15 tahun. Jadi adakah kita perlu finalized, dengan izin.

■2100

Jadi perkara-perkara ini walaupun kita fikir macam-macam belum sampai ke satu tahap masih lagi dalam kajian. Saya tahu kita tidak boleh bagi subsidi ini RM30 bilion sepanjang-panjangnya tetapi dalam masa yang sama kita juga mendengar rintihan bagaimana rakyat dengan kenaikan harga di dunia pada hari ini, contohnya harga gula biarpun kita sudah naik sedikit. Harga gula kalau buat perbandingan antara Malaysia dengan Indonesia, harga gula kita RM2.50 satu kilogram, barangkali Indonesia RM4 lebih tetapi di sana dibebaskan rakyat merana, meranalah. Adakah ini sesuatu yang kita boleh buat di Malaysia? Saya rasa mungkin tidak dapat kita lakukan lagi perlu kita cari satu kaedah yang boleh kita tangani masalah ini. Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Terima kasih Dato’ Dr. Awang. Saya hendak tanya betulkah Malaysia merupakan negara yang paling tinggi, paling banyak memberikan subsidi kepada rakyatnya? Kalau betul, kedudukannya nombor berapa dalam dunia, kalau tidak betul cakap tidak betul.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Saya rasa Malaysia adalah di antara negara yang paling banyak memberi subsidi. Saya tidak mahu sebut sama ada Malaysia nombor satulah kerana mungkin ada juga negara-negara lain. Kalau macam dari segi minyak memang ada barangkali di Timur Tengah kah negara di mana minyaknya murah kerana mereka ini mengeluarkan minyak yang banyak. Akan tetapi dari segi skop subsidi yang kita bagi bukannya sahaja minyak, kita bagi subsidi nelayan RM200 sebulan. Saya rasa barangkali tidak ada sebuah negara yang lain yang diberinya subsidi nelayan, RM200 sebulan. Tidak ke laut pun dapat RM200, ke laut pun dapat RM200 tetapi musim tengkujuh sekarang ini di Kelantan rakyat cukup suka kerana dia tidak boleh pergi ke laut tetapi dia dapat RM200.

Begitu juga di setengah-setengah subsidi ada macam subsidi padi. Di Jepun pun ada kerana ia mahu menjaga industri padi dia. Jadi ada setengah negara yang buat atas kepentingan nasionalnya, kepentingan negara. Kalau dikira dari segi skop secara menyeluruh subsidi yang diberikan barangkali Malaysia ini di antara negara yang paling banyak memberikan subsidi.

Datuk Haji Abdul Rahman bin Bakar: Yang Berhormat Datuk kalau betul, kenapa pembangkang tidak bersyukur?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Saya yakin pembangkang bersyukur jadi tidak apalah. Dia bersyukur tetapi dia tidak suka sebut bersyukur, dalam hati dia bersyukur. Terima kasih kerana bila beli gula pun murah juga, beras pun murah kalau mahal semuanya. Orang Indonesia pun bersyukur untuk rakyat Malaysia kerana kalau di Jakarta kita cakap dengan orang Indonesi,a dia kata, “Syukur pak, Malaysia harga barang-barangnya murah pak”. Dia bersyukur untuk kita. “Di sini mahal sekali pak, sudah makanya di sini pak”. Sebab itu dia hendak buka puasa pun susah di sana. Tidak apalah itu sesuatu yang perlu kita ucap berbanyak-banyak terima kasih lah. Tadi saya tengok dalam tahun, tidak apalah tidak mahu buka lagilah. Isunya banyak lagi isu-isu lain yang kita hendak bincangkan.

Saya ingin menyebut beberapa perkara. Okey Yang Berhormat Dr. Syed Husin ada menyebut tentang bajet peruntukan kepada GLC yang tinggi berbanding kepada pemberian kepada negeri-negeri. Sebenarnya memang transfer kepada GLC ada dibuat dalam tahun 2013 peruntukan sebanyak RM3.5 bilion yang merupakan 1.4 peratus.

Page 121: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 113

Pecahannya saya beri kepada 2-3 pecahannya. Kepada syarikat Prasarana semua ini yang membuat LRT, monorail semua RM400 juta, KLIA – RM972 juta, Indah Water. Indah Water ini yang membuat pembetungan ini kerana Indah Water ini memang business satu perniagaan yang tidak menguntungkan dan kita tidak boleh naikkan kadar tarif sebab rakyat tidak suka. Dia kata apa yang Indah Water buat jadi kita terpaksa tanggung kerana dengan izin, it’s a dirty job that must be done, somebody has to do it. Jadi kalau tidak ada pihak yang lakukan maka kita kena. Jadi ini dia perbelanjaan-perbelanjaan yang perlu.

Terima kasih rakan-rakan Yang Berhormat Timbalan Menteri, tiga orang datang kerana dapat sambutan seruan supaya datang menyokong Belanjawan 2013 ini kerana ia perlu sokongan. Kalau tidak, beri tepukan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat Timbalan Menteri... [Tepuk]

Pemberian kepada negeri secara langsung RM6.4 bilion iaitu sebanyak 3 peratus. Jadi kalau banding dengan GLC pemberian negeri memang pemberian negeri lebih banyak itu belum diambil kira pemberian kepada negeri melalui kementerian. Kementerian apa, dua kementerian yang besarnya Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran kerana ini merupakan perkhidmatan yang diberi di peringkat negeri, di hospital-hospital dan sebagainya.

Ada beberapa isu cukai yang telah ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya mahu rangkumkan isu-isu cukai ini yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator To’ Puan Hajah Zaitun, Yang Berhormat Senator Dr. S. Ramaskrishnan, Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin, Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali, Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb Abdullah, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah Mohamed, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Saat Haji Abu dan Yang Berhormat Senator Tuan Mohd. Khalid Ahmad.

Antara isu-isu cukai berkenaan adalah mengenai perluasan asas cukai dan ramai yang mencadangkan kita perlu perluaskan maka ini sesuatu yang perlu dilakukan oleh kerajaan dan disambut baik. Sebab-sebab jumlah individu atau syarikat yang membayar cukai pendapatan kurang. Langkah-langkah bagi meningkatkan kesedaran individu dan syarikat, cadangan bagi menaikkan kadar penghapusan cukai individu yang berpendapatan RM3,000 hingga RM5,000. Ini Yang Berhormat ada tanya berapa cukai yang terkorban. Cukai yang terkorban antara RM500 juta hingga RM850 juta setahun. Kalau kita tingkatkan kepada pendapatan RM5,000, jadi hampir RM1 bilion.

Cadangan kajian semula cukai keuntungan hartanah, ada cadangan Yang Berhormat hendak tambahkan lagi, double kan. Yang sekarang ini, yang perlu, yang sudah dikenakan, ditambahkan lagi RPGT ini daripada 10 peratus kepada 15 peratus. Sebenarnya yang di buat oleh kerajaan hari ini, pengumuman yang dibuat dalam Bajet 2013, RPGT dinaikkan daripada 10 peratus kepada 15 peratus daripada pelupusan hartanah dalam tempoh dua tahun. Bagi hartanah yang dilupuskan tahun ketiga dan kelima, kadar RPGT dinaikkan daripada 5 peratus kepada 10 peratus. Bagi RPGT yang dijual selepas lima tahun perolehannya, RPGT 0. Jadi, ada cadangan ditambahkan lagi. Kerajaan tidak bersedia untuk menambahkan lagi kerana dirasakan ini sudah sesuai. Ini kerana kita perlu juga ambil kira industri hartanah ini. Kalau kita kena cukai banyak sangat pun nanti orang tidak mahu membelinya...

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Mohon mencelah.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Ya, boleh.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Saya setuju 100 peratus supaya kita tidak naikkan cukai ini lagi kerana kalau tinggi cukainya, industri hartanah akan terjejas. Terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Yang Berhormat kerana itulah yang dibuat oleh kerajaan. Akan tetapi kita perlu meningkatkan kadarnya seperti mana dicadangkan dalam tahun 2013 kerana mengambil kira spekulasi yang berjalan sekarang, kita perlu kurangkan supaya rakyat Malaysia masih lagi mampu untuk membeli rumah.

Page 122: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

114 DN 17.12.2012

Kerajaan sedar kebergantungan kepada hasil petroleum sebanyak 30 peratus

daripada kutipan hasil Kerajaan Persekutuan sekarang dan kita tahu bahawa hasil ini tidak berterusan selama-lamanya. Langkah-langkah perlu diambil untuk mempelbagaikan ekonomi negara kita supaya sumber hasil itu dapat dikutip daripada perniagaan-perniagaan lain.

■2110

Satu contoh yang paling baik saya kira kalau kita lihat di Dubai. Dubai ini dulu tidak ada apa pun, kosong. Abu Dhabi yang mempunyai minyak dan menggunakan hasil minyak itu membangunkan Dubai. Sekarang ini kalau kita pergi ke Dubai, saya baru balik dari Dubai, seminggu lepas saya berada di Dubai. Saya melihat bagaimana ia berjaya membangunkan Dubai sebagai satu pusat perdagangan antarabangsa baik dari segi sistem kewangannya, industri penerbangannya. Dubai kecil sahaja, kalau kita hendak buat penerbangan dalaman, tidak ke mana dia, dua tiga kapal terbang pun cukup barangkali tetapi kalau kita lihat bagaimana banyaknya kapal terbang yang menjadikan Dubai ini hab antarabangsa, dari situ ia pergi ke mana-mana. Bukan sahaja Dubai, Qatar pun begitu. Bila saya mendarat di Qatar, terkejut tengok jumlah kapal terbang pada pukul 1 pagi, berpuluh-puluh, sebuah negara yang begitu kecil, berpuluh-puluh dan berjaya menembusi semua destinasi.

Jadi, ini umpamanya contoh bagaimana wang minyak itu perlu digunakan ke arah menjana sumber-sumber ekonomi. Itulah yang dibuat oleh kerajaan kita. Pada masa yang sama kita perlu meningkatkan pengutipan hasil, pematuhan ini perlu ditingkatkan. Jadi sebab itu kalau kita lihat baru dua hari yang lepas pengumuman LHDN sudah kutip RM126 bilion kalau tidak silap saya, ini mengatasi rekod... [Disampuk] RM116 bilion, saya tertambah sepuluh, tidak disengajakan. Maknanya ini menunjukkan peningkatan yang begitu ketara setiap tahun dan sudah tentu ada juga orang yang merintih kerana cukainya dikaji semula, kena bayar lagi tambahan dan sebagainya tetapi ini pematuhan, pematuhan perlu kita lakukan.

Pada masa yang sama, LHDN dan kastam sedang mengambil tindakan untuk meningkatkan usaha-usaha enforcement ini supaya tidak ada pelarian cukai. Kalau dikira mengapa antara faktor utama bilangan individu membayar cukai adalah rendah, disebabkan kerajaan kita menyediakan pada masa yang sama pelbagai insentif. Umpamanya 20 jenis pelepasan cukai dan dua rebat cukai yang layak dituntut oleh pembayar cukai. Pada masa yang sama, bagi syarikat pula kerajaan menyediakan pelbagai jenis galakan, pengecualian dan potongan cukai yang layak dituntut untuk menggalakkan pelaburan.

Jadi pada masa yang sama, kerajaan juga memberi insentif walaupun cukai perlu dikutip, insentif juga perlu disediakan supaya pelaburan itu dapat ditingkatkan, supaya negara kita dapat terus menjana pertumbuhan ekonomi dan bila ekonomi dijana dengan lebih tinggi, maka kita boleh kutip cukai yang lebih tinggi pada tahun-tahun yang akan datang.

Jadi, cadangan menaikkan kadar penghapusan cukai, tadi saya dah jawab, kerana ia akan merugikan ataupun mengorbankan hasil sebanyak RM850 juta. Cadangan kajian semula cukai keuntungan harta tanah tidak akan dibuat buat masa ini. Kenaikan harga rokok menyebabkan peningkatan penyeludupan. Ini harga rokok dan harga bir Yang Berhormat sebut, Yang Berhormat Puan Senator Hajah Khairiah sebut fasal cukai bir ini mengapa tinggi sangat, adakah ini berpatutan, RM1.3 bilion tahun 2012 dan dijangka naik RM1.4 bilion tahun 2013. Rokok dan beer ini masuk kategori cukai tinggi, sengaja dikenakan cukai tinggi bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa kerana ini kegiatan yang tidak digalakkan.

Di peringkat antarabangsa dipanggil sin tax, saya tidak mahu sebut sin tax takut kecil hati pula kawan-kawan yang minum, berdosa, sin tax ya. Jadi di peringkat antarabangsa dipanggil sin tax. Jadi kita tidak boleh hendak cuba galakkan supaya cukai-cukai ini diturunkan kerana di peringkat antarabangsa kita sudah terikat.

Page 123: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 115

Begitu juga dengan World Health Organization Framework Convention on Tobacco Control, dengan izin, kita dah terikat, kita dah sain, maknanya kita kena naikkan cukai. Jangan kira seludup tak seludup, itu soal enforcement, itu kita kena banteras, kita kena kuatkan penguasaan, jangan ada orang seludup. Memang penyeludupan ini ada berlaku di negara kita kerana pantai kita yang panjang dan juga banyaklah yang hendak menyeludup ini.

Cadangan mengkaji semula cukai motosikal berkuasa tinggi. Yang Berhormat Tuan Mohd. Khalid saya ingat, dia barangkali ada motosikal berkuasa tinggi. Minta maaf Yang Berhormat, kerajaan tidak bercadang untuk mengurangkan kerana ini dikira sesuatu yang mampu di kalangan golongan yang mampu dan barangkali kita boleh kutip. Akan tetapi yang cc rendah, 150 cc ke bawah, memang tidak ada eksais cukai, cukai jualan pun tidak ada, bagi free, kosong kerana hendak menggalakkan penunggang yang tidak berkemampuan.

GST, apakah dari segi ianya lebih senang dielak daripada cukai sekarang. GST saya rasa susah dielak kerana ia merupakan cukai yang multilevel, semua peringkat kena, jadi tidak boleh hendak elak. Pengendali GST ini, peniaga ini kena simpan resit kerana dia akan claim kreditnya sebab kalau ini yang dia bayar, dia jual pula pada orang lain, maka dia boleh kutip kredit daripada penjualannya supaya dia tidak tanggung semua yang dibayar yang kemudiannya dijual balik, ia berperingkat-peringkat. Jadi itu membuatkannya lebih sukar untuk dielakkan.

Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam bertanya tentang agar kerajaan meringankan syarat pemberian pinjaman perumahan terutama bagi golongan muda yang disenaraihitamkan. Tadi pun ada Yang Berhormat Dayang pun sebut, saya rasa. Memang sekarang ini kalau kita kira dari segi keberhutangan household, peminjam sebanyak RM710 bilion pada hari ini dan 46 peratus daripada RM710 bilion ini adalah untuk tujuan pembelian rumah. Jadi maknanya dah banyak. NPL untuk pembelian rumah ini adalah sebanyak 2 peratus sahaja. Jadi secara keseluruhannya yang membeli rumah ini tidak mengalami masalah NPL, hutang yang tidak berbayar tinggi kerana sebahagian sebabnya kerana rumah ini boleh dijual, dijadikan cagaran.

Soal yang disenaraihitamkan ini saya rasa cadangan tadi dibuat supaya mungkin ada satu badan khusus untuk memberi pinjaman rumah kepada golongan mereka ini. Saya rasa kerajaan sudah tentu tidak memikirkan untuk melakukan sesuatu seperti tersebut, bahkan segala pinjaman perumahan sekarang ini cuba diberi melalui sistem perbankan. Bahkan pinjaman perumahan kerajaan sendiri, Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb ada tanya, kalau boleh dia nak semua supaya 100 peratus perbankan Islam. Kita tidak berbuat demikian, cuma ada pilihanlah, yang hendak Islam pun boleh, yang hendak konvensional pun tidak apa kerana kita tahu tidak semua peminjam orang Islam. Jadi kalau hendak mengikuti kaedah pinjaman Islam perumahan pun ada, yang tidak pun tidak apa.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah Yang Berhormat.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Sekejap, saya hendak sebut satu lagi. Hendak menyelesaikan masalah senarai hitam, saya rasa kita tidak boleh mengadakan satu badan lain. Kita mesti selesaikan masalah yang dihadapi, masalah kewangan mereka ini. Kalau mereka disenaraihitamkan kerana mempunyai masalah kewangan tertentu, maka kita kena selesaikan cara yang pelbagai.

� 2120

Umpamanya sebab itu masalah kewangan ini kita ada Bank Negara menubuhkan AKPK, agensi kaunseling banyak menyelesaikan masalah, 40 peratus hingga 50 peratus daripada masalah ini dapat diselesaikan supaya mereka dapat diselesaikan once and for all. Kalau kita hendak adakan setiap kali ada masalah kita hendak cari cara lain hendak mengatasi masalah, tidak boleh. Kita kena selesaikan masalah kewangan mereka ini. Jadi melalui AKPK atau melalui kalau guarantor, yang bankrap umpamanya, kerajaan sekarang ini mengkaji undang-undang bankrap yang mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah umumkan supaya kita dapat memberi peluang kedua kepada mereka ini.

Page 124: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

116 DN 17.12.2012

Jadi oleh kerana mereka disenaraihitamkan, kalau CTOS atau apa tidak ada

masalah sekarang ini. Kita sudah tidak membenarkan CTOS lagi untuk mengeluarkan nama-nama sewenang-wenang hati mereka terutama sekali nama yang tidak dikemaskinikan. Kalau CCRIS ini dibuat oleh Bank Negara.

Jadi kalau ada sebab-sebab tertentu, kita boleh cuba selesaikan masalah mereka. Kalau mereka ini sudah tidak termampu lagi, sudah teruk, hendak bagi pinjaman perumahan lagi macam mana? Hendak bayar macam mana tiap-tiap bulan? Lagi susah dia itu. Jadi kalau pun ada cagaran rumah, dia masih perlu membayarnya setiap bulan. Jadi kalau dia sudah kes yang tidak boleh, kita sudah tidak boleh lagi membantu... Sila Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih. Nampaknya Yang Berhormat Timbalan Menteri ini tidak suka kena celahlah. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut pinjaman perumahan 100 peratus di bawah sistem perbankan Islam. Yang saya maksudkan jumlah yang dipinjamkan kepada kakitangan awam yang pada hari ini dalam book valuenya bernilai RM6 bilion seperti mana yang Perdana Menteri umum itu hari akan dipindahkan ke sistem perbankan. Jadi itu maksud saya. Oleh kerana sudah ada dalam buku, dengan mudah boleh dialihkan kepada sistem perbankan Islam. Terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih. Ini sebenarnya pemindahan ini melibatkan panel bank-bank. Jadi bukan sahaja pinjaman yang sedia ada tetapi juga pinjaman baru. Pegawai-pegawai kerajaan yang hendak pinjam pinjaman perumahan nanti, bermula tahun depan barangkali kalau kita dapat selesaikan semua perjanjian dengan panel bank ini, maka kita akan ada panel termasuk Bank Islam dan panel bank-bank biasa.

Jadi sebab itu kita tidak merasakan perlu tertumpu sepenuhnya kepada Bank Islam. Yang lain-lain pun kalau hendak pinjaman baru, boleh dibuat asalkan faedah yang dinikmati oleh peminjam perumahan kerajaan sekarang ini tidak terjejas. Bermakna kalau dia bayar 4 peratus interest ataupun kadar pinjaman, jadi 4 peratuslah. Yang selebihnya itu akan ditanggung oleh kerajaan. Kalau bank itu kenakan 5 peratus, maka 1 peratus terpaksa dibiayai oleh kerajaan.

Mengapa kerajaan buat macam ini? Ini kerana supaya kerajaan tidak terpaksa keluar wang yang banyak. Pinjaman semakin banyak, harga rumah semakin tinggi. Jadi kalau melalui panel bank ini, maka kerajaan hanya mengeluarkan peruntukan untuk pembayaran perbezaan kadar faedah sahaja. Yang lain dibayar oleh peminjam sendiri melalui potongan gaji. Jadi kerajaan tidak perlu keluar kapital modal yang besar supaya boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain. Terima kasih.

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Saat bin Haji Abu ada membawa isu SPNB yang saya rasa cukai saya sudah cover semua. Lebih kurangnya begitulah. SPNB dia kata memang margin kepada kontraktor ini semakin kecil. Mengikut maklumat yang saya ada, kontraktor kalau dia guna sistem IBS, mendapat keuntungan satu unit lebih kurang RM3,000 hingga RM5,000 seunit. Kalau sistem biasa ataupun kaedah hybrid, keuntungan antara RM3,000 hingga RM8,000 seunit. Jadi rumah SPNB ini, rumah mesra rakyat ini nilainya RM65,000. Kos pembinaan sebanyak RM60,000.

Jadi peminjam perlu bayar RM45,000 dan subsidi RM20,000. Jadi, untung kontraktor antara RM3,000 hingga RM5,000 seunit. Biasanya kontraktor ini diberi beberapa unit. Empat hingga lima unit. Jadi adalah untung tetapi hendak tinggi sangat itu, rumah pun sudah rumah mesra rakyat. Jangan pula untung kontraktor sudah tidak mesra kepada rakyat.

Datuk Haji Saat bin Haji Abu: Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang dalam pengetahuan sayalah. Ini kerana sekarang ini rumah SPNB ini telah turun kepada RM55,000. Akan tetapi saya difahamkan sekarang ini, konsepnya dia bagi kepada kontraktor payung dengan harga RM55,000. Kemudian, kontraktor tiada pilihan sekarang ini. Kontraktor terpaksa menggunakan konsep parapet dengan harga RM12,000 dan penghantaran sebanyak RM2,000. Jadi RM3,000 campur RM14,000 jadi RM17,000. Jadi kontraktor pelaksana yang dilantik ialah kontraktor Kelas ‘F’. Mereka cuma dapat projek itu dengan harga RM38,000.

Page 125: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 117

Jadi itu sebenarnya. Sama ada saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada atau tidak kontraktor payung yang dilantik oleh SPNB? Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Yang Berhormat. SPNB sekarang dia ada dua jenis kontraktor. Satunya dipanggil kontraktor utama. Ini kalau digunakan sistem IBS sebab IBS ini dia hanya kontraktor tertentu sahaja dia boleh buat IBS. Jadi diberi kontrak kepada kontraktor utama dan kontraktor utama ini kemudian beri kepada kontraktor Kelas ‘F’. Jadi memang kalau dilihat macam itu dia seolah-olah payung tetapi tidak dinamakan payung.

Jadi barangkalilah kalau sudah bertingkat, dua tingkat macam itu, barangkali keuntungan itu kurang sikit. Namun ada juga yang SPNB bagi direct yang tidak menggunakan sistem IBS. Jadi itu masih lagi direct. Jadi, kalau yang guna sistem kontraktor utama, barangkali kita boleh minta SPNB kaji sama ada oleh kerana sudah ada yang utama, kemudian yang di bawah itu. Takut-takut marginnya sudah dapat kepada yang utama.

Akan tetapi harganya RM60,000. Kontrak pembinaan adalah RM60,000 dan bukannya RM50,000 atau RM55,000. RM60,000 harganya. Okey, terima kasih Yang Berhormat kerana membawa. Boleh saya minta SPNB nanti tengok-tengoklah. Janganlah sampai kontraktor Kelas ‘F’ kita kerugian. Okey, Yang Berhormat Dato’ Najeeb saya sudah jawab tadi yang perumahan.

Yang Berhormat Dato’ Jaspal Singh ada bertanya berapa banyak bank yang memberi pinjaman mikro berbentuk peribadi dan perniagaan. Nyatakan nilainya. Sepuluh buah bank telah melibatkan diri dalam pemberian iaitu BSN, Agrobank, Bank Rakyat, Reliance, UOB, Public Bank, Ambank, CIMB, Maybank dan apa satu lagi ini? Saya tulis tetapi saya tidak dapat baca. Muamalat. Bank Muamalat. Sebab banyak...

Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh: Saya minta mencelah, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Ya.

Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh: Boleh?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Boleh.

Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh: Sebenarnya soalan saya ialah tentang pinjaman mikro. Berapa banyak kah yang dipinjam sebagai pinjaman peribadi dan berapa banyak kah yang dipinjam sebenarnya kepada peniaga-peniaga mikro?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Pinjaman mikro ini Yang Berhormat, sebenarnya hampir kesemuanya adalah untuk perniagaan. Dia tidak ada untuk peribadi macam TEKUN, Amanah Ikhtiar dan bank. Itu dia untuk perniagaan. Ada yang peribadi dan ada yang untuk personal loan. Bank Rakyat pun ada. Itu ada. Akan tetapi kebanyakan kalau kita kata micro financing ini ialah untuk perniagaan. Personal loan adalah untuk peribadi. Jadi kalau micro financing untuk peribadi, buat apa kita hendak beri dekat dia. Mesti dia buat perniagaan. Setiap minggu dia boleh bayar. Amanah Ikhtiar dia bayar setiap minggu. Orang yang kutip wang pinjaman itu dipanggil cikgu. Cikgu datang kutip. Saya pernah berada bersama mereka tengok cikgu kutip. Seorang bayar RM20, RM30. Setiap minggu dia kutip. Sebab itu pembayaran balik dia bagus dan kebanyakannya wanita. Wanita. Bagus micro financing.

■2130

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jadi yang itu, TEKUN dan Amanah Ikhtiar lebih lurang RM3 bilion kedua-duanya ini. Akan tetapi yang sepuluh bank tadi, lebih kurang 23 peratus sahaja daripada keseluruhan pembiayaan mikro, yang bank-bank tadi. Bank-bank ini yang canggih sedikitlah, yang ada akaun dan sebagainya. Purata pinjaman mikro yang diberi oleh sepuluh bank tadi RM90 ribu, puratanya. Sejak tahun 2006 hingga bulan Oktober 2011 sebanyak RM2 bilion telah diluluskan kepada 133,000 orang melalui sepuluh bank tadi. Pinjaman terkumpul sehingga Oktober 2012 ialah sebanyak RM868 juta.

Page 126: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

118 DN 17.12.2012

Yang Berhormat juga menyebut tentang pinjaman khusus bagi peniaga-peniaga

India yang terlibat di dalam SME ini. Mengikut semakan kita yang diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah sebanyak RM180 juta. Ini termasuk RM130 juta di bawah Dana Pembiayaan PKS, RM10 juta Skim Pinjaman Mudah PKS daripada MIDF, RM5 juta untuk satu program. Dua program kesemuanya daripada SME Corp. dan RM30 juta Mikro kredit di bawah Skim TEKUN. SME Corp. diberi tugas untuk memantau semua pinjaman-pinjaman ini, kalau ada masalah orang India boleh menghubungi SME Corp. untuk mendapatkan bantuan.

Saya rasa sudah hendak habis. Semakin hendak habis. Yang Berhormat Senator Dato’ Syed Ibrahim bin Kader mencadangkan supaya pengurup-pengurup wang ini janganlah dibatalkan lesen, yang buat kesalahan-kesalahan kecil. Saya sudah bincang dengan Bank Negara dan minta Bank Negara pastikan jangan batal sahaja lesen. Rupanya ada beberapa tindakan yang boleh diambil oleh Bank Negara. Satunya, arahan-arahan yang diberikan untuk penyimpanan rekod dan pengukuhan kawalan dalaman, tawaran kompaun kalau ada dan kalau perlu. Akan tetapi kalau kesalahan serius seperti menjalankan atau memudahkan penghantaran wang tanpa lesen, boleh dibatalkan lesen dia. Saya rasa kebanyakan, kalau ada lagi satu, dua. Mana lagi saya punya... Saya tahu Ahli Yang Berhormat pun sudah...

Dato’ Syed Ibrahim bin Kader: Saya ingin mencelah.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Boleh mencelah, sila.

Dato’ Syed Ibrahim bin Kader: Dalam perbahasan saya, saya telah pun sebutkan berkenaan peratusan yang diagihkan kepada masyarakat India Muslim untuk Bajet 2013. Saya minta jawapan untuk itu, terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Bajet yang diluluskan untuk India Muslim? Peratusan dia. Saya yakin adalah pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh India Muslim tetapi dari segi peruntukan khusus itu tidak ada. Cuma setahu saya kalau peruntukan untuk kaum India ini, dia juga melibatkan India Muslim. India ini termasuk India Muslim kerana Kita beri berdasarkan kaum India. India ini termasuklah India Muslim dan India bukan Muslim. Ada masalah kah hendak dapatkan pinjaman daripada mikro finance tadi itu?

Dato’ Syed Ibrahim bin Kader: Untuk TEKUN ada banyak peruntukan dalam Bajet 2013 ini. Saya cuma hendak tahu berapa banyak kah peratusan mengikut populasi India Muslim yang boleh kita dapatkan agihan itu, seperti TEKUN, SME dan banyak lagi?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Saya tidak tahu sama ada mereka menyimpan rekod berdasarkan India Muslim. Kalau ada pun India. Itu yang saya bimbang, kalau saya kata hendak bagi secara bertulis. Saya bimbang kalau mereka tidak ada kategori India Muslim. Bumiputera mungkin ada. India mungkin ada. Akan tetapi Muslim itu termasuk dalam India itulah. Yang Berhormat tidak suka kah sebab India Muslim, bolehkan?

Dato’ Syed Ibrahim bin Kader: Berdasarkan kepada satu jawapan yang saya dapat secara bertulis daripada Jabatan Perdana Menteri, dikatakan masyarakat India Muslim, dia akan dapatkan semua dana dalam golongan India. Saya cuma hendak bertanya, berapa banyak peratusan yang boleh saya minta? Tidak ada apa-apa perkara lain. Kalau saya tahu jumlah peratusannya, banyak perkara saya boleh jawab dengan satu jawapan ini.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: I stand corrected. Setahu saya peruntukan untuk kaum India itu meliputi peruntukan untuk India Muslim. Cuma pembahagian itu bergantung kepada permintaan kepada kelayakan dan sebagainya. Sebelum saya terlupa Yang Berhormat Dato’ Boon Som a/l Inong mengatakan masyarakat Siam yang diiktiraf sebagai bumiputera, tidak diiktiraf sebagai bumiputera semasa berdaftar syarikat di MOF, saya sudah check dan saya pastikan, sebenarnya masyarakat Siam juga diiktiraf bumiputera dan status syarikat bumiputera pun diiktiraf. Cuma bila mereka minta status bumiputera ini, mereka terpaksa memenuhi syarat-syarat seperti mana orang bumiputera sendiri pun yang minta, Yang Berhormat Senator Tuan Baharudin pun bertanya, bila hendak luluskan yang sahabatnya bumiputera. Dia bukan Siam, bumiputera pun tidak dapat lagi sebab dia tidak memenuhi syarat-syaratnya.

Page 127: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 119

Jadi orang Siam pun begitu juga. Memang dia layan memohon kerana dia bumiputera tetapi hendak mendapat taraf itu kena memenuhi syarat-syarat. Syaratnya apa? Satunya syarikat ini mesti 51 peratus bumiputera. Kalau 51 peratus Siam pun tidak apalah, dia bumiputera. Kita tidak mahu yang tidak genuine.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Boleh saya mencelah?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Nanti sekejap, saya habiskan ini. Yang bukan Siam ini jangan kacaulah... [Ketawa] Saya tahu kampung dia dekat dengan Siam, Pasir Mas. Itu kisah lama. Jangan bawa kisah lama, “Luka lama berdarah kembali” jangan... [Ketawa] Syaratnya mesti genuine bumiputera. Kita tidak mahu dia guna nama Siam, tetapi di belakangnya lain. Oleh sebab itu dia ada site visit, kita hendak tengok orang yang pegang akaun, siapa yang sign cek. Kalau pemiliknya sahaja bumiputera, semua yang sign cek bukan bumiputera maknanya tidak betullah itu. Begitu juga orang Siam. Nama Siam, 51 peratus Siam hendak tengok yang sign cek itu Siam atau tidak. Jadi, kalau syarat-syarat itu tidak dipenuhi, maka tidak boleh diberi...

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: [Bangun]

Dato’ Boon Som a/l Inong: Boleh saya mencelah?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Sekejap. Kita bagi orang Siam dahulu, lepas Siam baru...

Dato’ Boon Som a/l Inong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri Kewangan yang telah menjawab soalan yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Siam sejak merdeka lagi... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sudah puas hati Yang Berhormat?

Dato’ Boon Som a/l Inong: Ya sudah puas hati. Saya cuma hendak mohon satu penjelasan lagi, adakah masyarakat Siam kalau 51 peratus layak untuk register sebagai company bumiputera di Kementerian Kewangan? Terima kasih...

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Ya, layak.

Dato’ Boon Som a/l Inong: Okey, terima kasih itu sahaja... [Ketawa]

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Itu saya sudah jawab, sudah layak.

Seorang Ahli: Boleh tidur.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Cuma memenuhi syarat-syarat seperti mana juga bumiputera layak mendaftar sebagai syarikat bumiputera di Kementerian Kewangan pun perlu memenuhi syarat-syarat. Boleh, faham?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada dua perkara Yang Berhormat. Satu pengiktirafan Siam sebagai bumiputera. Hendak mendapat kontrak mesti ada kriteria peraturannya. Okey, teruskan Yang Berhormat.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Okey, terima kasih. Bagilah Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahim.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Terima kasih. Ini untuk memberi pertolongan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak bagi contoh. Saya ada satu syarikat, 100 peratus bumiputera. Memang bumiputera. Akan tetapi untuk pengetahuan kawan saya, saya pun terpaksa mematuhi syarat-syarat dan sampai hari ini saya tidak dapat syarat itu sebab penandatangannya ialah akauntan saya yang bukan berbangsa bumiputera. Itu hendak bagi penerangan yang lebih khusus, terima kasih. Saya tidak boleh sack akauntan saya itu kerana hendak dapat status bumiputera.

� 2140

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Tidak apa tidak payah sack dia kalau sack itu sudah zalim tetapi penanda itu janganlah bagi dia sahaja penandatangan. Bagilah Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman tandatangan sama ataupun isteri sama supaya tidak nampak seorang yang bukan bumiputera menandatangani keseluruhannya, yang kontrol semua macam mana.

Page 128: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

120 DN 17.12.2012

Kita tahu syarikat Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman ini memang

bumiputera, itu kita tahu. Akan tetapi kalau orang yang kita tidak tahu tiba-tiba semua pengendalian kewangannya dibuat oleh bukan bumiputera.

Ini satu daripada kriteria yang menunjukkan mungkin syarikat ini tidak bumiputera. Macam Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman orang tahu Rahim & Co. dari dahulu lagi bumiputera, tidak mungkin. Jadi kalau Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman hendak appeal pun ada asas dia orang tahu tetapi rule ini applies to all. Kalau datang Encik Rahim dari Pasir Mas yang bukan Rahim & Co. dia buat permintaan yang sama, macam mana kita hendak menilainya? Itu dia, itu dia. Terima kasih.

Dato’ Boon Som a/l Inong: Boleh saya tambah, boleh saya tambah?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Ya ada lagi?

Dato’ Boon Som a/l Inong: Terima kasih tambahan kerana puas hati dengan jawapan itu jadi inilah Kerajaan Barisan Nasional berlaku adil walaupun kaum minoriti sekalipun tidak pandang ringan, sentiasa mengambil tanggungjawab... [Tepuk]

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih, janji ditepati, terima kasih. Saya rasa itulah Ahli-Ahli Yang Berhormat terima kasihlah kepada semua.

Dr. Syed Husin Ali: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada...

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Kalau ada apa-apa soalan yang tertinggal sila Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Saya ada menyebut tentang merestructure bajet. Saya merujuk kepada beberapa perkara misalnya tentang perbelanjaan pembangunan yang kadarnya semakin menurun. Kemudiannya tentang penumpuan yang sewajarnya terhadap perbelanjaan kepada golongan sasaran terutama sekali yang miskin dan berpendapatan rendah. Saya sebut juga tentang lockin expenses yang sudah disebut oleh saudara Menteri tadi iaitu elaun dan sebagainya.

Akhir sekali tentang defisit. Walaupun ini akan dibetulkan tetapi selama 41 tahun daripada 44 tahun lalu kita mengalami defisit dalam bajet. Jadi, adakah Tuan Yang di-Pertua, adakah Timbalan Menteri bersetuju atau tidak tentang perlunya restructuring bajet ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Yang Berhormat. Saya cuba menjelaskan tadi bagaimana bajet ini sebenarnya macam Yang Berhormat sendiri kata. Dalam sejarah kita 44 tahun, 40 tahun defisit. Dalam ilmu ekonomi, defisit ini tidak ada masalah kecuali defisit ini pertamanya jangan digunakan untuk tujuan membayar gaji ataupun perbelanjaan mengurus. Defisit yang kita alami ini adalah defisit untuk menampung perbelanjaan pembangunan. Bila diguna untuk perbelanjaan pembangunan ia akan meningkatkan kegiatan ekonomi yang mana kita akan dapat kutip hasil yang lebih. Sebab itu dia 40 tahun tidak ada masalah. Kalau defisit ini bermasalah, sudah 40 tahun kita defisit sudah tentu sudah runtuh, sudah bankrap tidak ada masalah. Amerika pun begitu lagi teruk dia sudah cliff hanger sudah, tidak ada masalah.

Jepun, defisit lebih 100 peratus defisit, kita baru 53 peratus tidak ada masalah tetapi prinsipnya jangan kita guna defisit untuk benda-benda yang tidak mendatangkan kapasiti yang bertambah kepada ekonomi kita. Jadi, defisit yang kita buat ini ialah untuk membiayai perbelanjaan pembangunan. Kita masih ada operating surplus. Operating surplus ini sepanjang-panjangnya tidak ada masalah, kita ada.

Kalau kerajaan ini mengalami operating defisit, saya menjadi orang yang pertama menyuarakan kebimbangan dan keraguan tetapi kerajaan ini tidak mengalami operating defisit. Maknanya revenue tidak cukup hendak tampung operating ataupun perbelanjaan mengurus. Selagi revenue dapat menampung perbelanjaan mengurus, yang selebihnya untuk perbelanjaan pembangunan kita perlu pinjam, maka itu boleh. Dibolehkan dalam perlembagaan kita pun boleh, hutang pun boleh selagi dia tidak terlalu tinggi. Kita sudah ada sudah threshold dia kita sudah ada, itu defisit.

Page 129: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 121

Keduanya defisit ini mestilah sustainable, dengan izin, perlulah defisit itu meningkat. Sekarang kita daripada hampir 10 peratus dahulu, 7 peratus lebih semasa kegawatan kewangan dunia kita sudah bawa turun sudah tinggal 4 peratus dan akan turun kepada 3 peratus tahun 2015. Itu komitmen kerajaan, 3 peratus tiada masalah kecuali kalau naik lagi 7 peratus, 8 peratus, 9 peratus itu kita akan berhadapan dengan masalahlah. Begitu juga hendak hutang kita pun ada kita punya kaedah-kaedah peruntukan undang-undang dan perlembagaan yang kita tidak boleh melebihi ia, jadi ada disiplin. Jadi memang itu yang dibuat tidak ada masalah.

Dari segi penstrukturan untuk melihat bagaimana kita menangani subsidi saya setuju. Saya setuju dengan Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah, saya setuju dengan Dr. Syed Husin Ali, saya setuju. Cuma macam mana kita hendak buat supaya rakyat tidak terasa begitu tertekan jadi on going kita kena cari kaedah ini. Macam mana subsidi RM30 bilion ini mungkin tidak boleh berpanjangan selama-lamanya. Kita kena ada lebih fokus lagi. Jadi inilah perkara yang saya cakap maknanya ada masalah dalam pengurusan belanjawan ada masalah. Kita tidak kata kita tidak ada masalah, ada isu-isu ada masalah yang perlu kita tangani. Akan tetapi kita buat dengan cara yang disiplin yang berhemah. Kita tidak buat dengan cara yang boleh merosakkan ekonomi negara kita...

Beberapa Ahli: [Bangun]

Dr. Syed Husin Ali: [Bangun]

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Kita bagi peluang kepada orang lain pula. Sila Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Khoo Soo Seang.

Tuan Khoo Soo Seang: Tuan Yang di-Pertua, semasa saya berbahas dalam Bajet 2013, saya ada minta kementerian kaji semula beberapa syarat di dalam garis panduan untuk permohonan pengecualian cukai pendapatan bagi tabung pembinaan pertubuhan agama, kebajikan dan juga sekolah. Apa yang saya minta ialah ditimbang semula ialah syarat bahawa sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kutipan derma itu mesti dibelanjakan pada tahun yang berikutnya.

Oleh kerana kadang-kadang untuk pembinaan ia tidak boleh bina sebahagian. Kalau kutipan ini tahun yang pertama tidak cukup dia tidak boleh mulakan. Mungkin dia kena tunggu sampai tahun yang kedua ataupun ketiga. Kalau tahun yang pertama dia tidak boleh mulakan, paksa dia belanja 50 peratus saya ingat akan timbulkan masalah.

Kedua ialah bahawa semua wang derma itu hendaklah digunakan untuk pembinaan sahaja dan tidak boleh digunakan untuk pembelian alat, kemudahan dan sebagainya. Jadi, bagi pertubuhan-pertubuhan yang berikut yang berkenaan, bagaimana mereka hendak dapat dana untuk beli alat dan peralatan dan sebagainya.

Ketiga ialah kalau derma yang dikutip ada berlebihan, mesti didermakan. Saya ingat ini akan timbulkan masalah oleh kerana pihak-pihak yang menderma mungkin tidak setuju bahawa wang itu didermakan kepada orang lain.

Keempat ialah derma barangan tidak dibenarkan pengecualian cukai. Oleh kerana ini memang biasa bagi khususnya sekolah-sekolah Cina, ada pembekal bahan-bahan pembinaan yang dia tidak sanggup derma secara tunai. Dia mungkin akan dermakan pasir kah, besi kah, kayu dan sebagainya. Saya harap bahawa kementerian akan timbang semula syarat-syarat yang saya sebut tadi. Sekian terima kasih.

■2150

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya, Yang Berhormat ada tadi bertanya pasal GST. Bila saya jawab nyatakan GST sama ada lebih mudah dielak, ini sebenarnya soalan yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat, kalau ada terlintas bahawa nama Yang Berhormat tidak saya sebut secara khusus.

Derma untuk pembinaan, memang dahulu untuk tujuan ibadah dan tujuan sekolah hanya dihadkan kepada derma untuk pembinaan. Sekarang ini sudah dilonggarkan, sudah. Saya tahu sudah. Untuk pengurusannya pun dah boleh.

Page 130: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

122 DN 17.12.2012

Tuan Khoo Soo Seang: Sebab yang saya rujuk ialah garis panduan yang baru

dikeluarkan pada bulan September baru-baru ini.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Boleh, boleh. Memang, dia tak semestinya untuk pembinaan, dia untuk pengurusan pun boleh. Maknanya nak beli peralatan...

Tuan Khoo Soo Seang: Yang Berhormat, yang saya sedar, ada dua set garis panduan. Satu untuk pengurusan dan satu untuk tabung pembinaan. Caranya berlainan.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Ya tetapi dermanya boleh. Maknanya kalau dulu orang derma yang nak dapat potongan cukai hanya untuk pembinaan sahaja, sekarang dia boleh derma untuk digunakan untuk maintenance kah, pembelian peralatan, nak buat majlis agama pun boleh. Tak payah nak tunggu buat bangunan baru.

Tuan Khoo Soo Seang: Tuan Yang di-Pertua, saya minta bahawa saya dapat– supaya saya boleh jelaskan kepada pihak-pihak yang lain. Ada dua...

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Saya akan bagi jawapan bertulis, Yang Berhormat.

Tuan Khoo Soo Seang: Yang saya nak tahu, adakah ini tabung yang satu ataupun tabung yang berlainan? Kalau saya merujuk kepada dua set garis panduan ini, pembinaan dan pengurusan adalah tabung yang berlainan. Bolehkah mereka dicampuradukkan? Ini yang saya nak minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, very clear dah. Agaknya dah jelas Timbalan Menteri beritahu tadi. Kalau sekiranya untuk detail itu, Yang Berhormat jumpalah dia. Specific matter itu agaknya- umum, dasarnya boleh.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Ya, boleh. Cuma, pemberian barangan nak diminta pengecualian cukai ini susahlah sikitlah, Yang Berhormat. Kita takut nanti orang bagi barang-barang yang dia dah tak nak. Jadi kalau betul-betul ikhlas bagi derma, bagilah derma wang supaya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Kalau nak hantar pasir pun nak minta pengecualian cukai, hantar makanan pun, susahlah, itu susah. Kita pun kena kawal.

Akan tetapi kalau bagi wang, sama ada nak buat sembahyang kah, sama ada nak buat bangunan kah, boleh. Itu diperluaskan. Saya sendiri bentang pindaan undang-undang untuk membolehkan dalam sesi yang lepas, sebab itu saya tahu sudah boleh. Dulu kata limited, hanya nak buat bangunan baru. Dah ada bangunan baru, siapa pula nak urusnya? Siapa nak catnya, siapa nak maintenancenya? Sekarang boleh. Akan tetapi soal akaun ‘A’, akaun ‘B’ itu, jangan banyak sangat akaun, nanti susah pula...

Tuan Yang di-Pertua: [Ketawa] Okey Yang Berhormat, teruskan.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Ada siapa lagi tadi? Yang Berhormat Dato' Dr. Firdaus tadi kan ada bangkit?

Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan. Yang Berhormat Khairiah dulu, lepas itu Yang Berhormat Dr. Syed.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Okey, Yang Berhormat Khairiah dulu.

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Saya sebenarnya soalan ini telah saya tanyakan.

Tuan Yang di-Pertua: Bagi Yang Berhormat Khairiah dulu.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Yang Berhormat Khairiah dulu.

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan percukaian ke atas bir daripada malt, sebenarnya persoalan saya adalah berdasarkan hasil cukai, adakah kerajaan pernah membuat perkiraan daripada jumlah cukai tersebut dan di pasaran sekarang ini daripada hasil cukai tersebut, kita boleh mengira kuantiti yang berada di pasaran.

Page 131: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 123

Adakah pernah kerajaan mengira nisbah kuantiti tersebut dengan keperluan pengguna ataupun rakyat ke atas bir tersebut? Adakah nisbah tersebut tinggi ataupun memadai ataupun rendah? Saya tidak pernah mempertikaikan cukai yang tinggi ke atas bir daripada malt ini sebab memang saya sokong. Lagi tinggi, lagi elok.

Yang kedua, saya juga meminta supaya diberi penjelasan tentang butiran kod hasil penyediaan pasangan menari dan eskot sosial. Minta penjelasan ke atas butiran kod hasil tersebut.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Pasangan menari dan eskot sosial, saya minta pegawailah bantu saya itu. Saya pertamanya tak pernah menari, tak tahu... [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Tak apa Yang Berhormat, sementara itu Yang Berhormat jawab yang lain dulu.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Yang lain saya boleh jawab. Dikir barat boleh, menari-menari tak boleh.

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang ini agaknya Yang Berhormat Firdaus.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Oh, nak sekali? Saya nak jawab.

Tuan Yang di-Pertua: Biar pegawai dapat jawab dulu.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Tak, yang satu lagi boleh saya jawab.

Tuan Yang di-Pertua: Oh, boleh, boleh. Silakan.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Yang Berhormat tanya dua, saya jawab satu. Sekurang-kurangnya jawab satu.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, silakan Yang Berhormat.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Sama ada kementerian mengira berdasarkan...

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: [Batuk]

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Apa pasal batuk pula ini?... [Ketawa] Mengganggu saya sebab di depan saya. Tak dapat kontrol ya? Okey... [Ketawa] Sorry.

Tuan Yang di-Pertua: Dah malam Yang Berhormat, sejuk.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Ya, okey-okey. Sama ada kerajaan mengira daripada hasil yang diperoleh daripada kadar- untuk makluman Yang Berhormat, saya pun tanya apa dia kadar cukai bir ini. Import duti RM5 satu liter, eksais lagi, RM7.40 satu liter. Kemudian dia ada cukai jualan 5 peratus, kemudian dia ada 15 peratus lagi cukai, ad valorem dia panggil. Jadi memang cukai tinggi. Jadi kalau nak kira, barangkali bolehlah. Daripada RM1.4 bilion ini, berapa banyak liter yang digunakan berdasarkan hasil yang diperoleh. Boleh dapat, boleh dapat. Cuma barangkali tak pernah dibuat, tak pernah dikira dalam konteks berapa liter. Sebab apa tak pernah dikira? Sebab kita tidak berniat untuk menyekat pengeluaran atau pengimportan mana-mana produk.

Kita berada dalam sebuah negara mengamalkan sistem perniagaan antarabangsa yang bebas. Kalau kita nak sekat, kita nak discourage, kita guna dengan cukai kita yang tinggi tapi kita tak perlu. Kalau kita tanya berapa liter kita dapat dan kita tanya oh ini banyak sangatkah, tidak banyak sangatkah? Kalau dulu zaman komunis mungkin, sebab dia boleh tentukan berapa pengeluaran bir yang perlu dikeluarkan dalam setahun. Yang ini boleh kira berapa yang cukup, berapa yang tak cukup tetapi kita tidak. Kita mengambil tindakan bahawa kita berada dalam pasaran bebas, kita merupakan pedagang antarabangsa yang ke-20 terbesar di dunia. Kita ‘melarang’ dengan melalui cukai yang tinggi. Kalau ada orang nak pakai juga, nak buat macam mana. Orang nak guna juga, nak buat macam mana. Kita cukai lagi, mungkin bagus juga cukai, hasil dapat kepada negara kita.

Jadi kalau untuk mentah punya boleh dikira tapi gunanya barangkali tidak perlu sebab kita tak perlu tahu berapa seorang guna bir. Kalau seorang dia guna, dia kata dia bukan Islam, bukan Muslim, dia nak minum, adakah kita nak tentukan untuk orang bukan Islam berapa botol bir sehari dia minum? Kita tak boleh, kita tak boleh. Ha itu soalan yang pertama.

Page 132: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

124 DN 17.12.2012

Yang keduanya nanti saya tengok ada apa ini... [Merujuk kepada dokumen yang

diterima] Tak ada, ini saya dah jawab dah. Jawapan baru datang, saya dah jawab dah. Saya tahu. Cuma yang tadi satu lagi itu saya tak tahulah, yang pasangan menari dengan eskot sosial itu saya tahu, minta maaf. Itu tak tahu. Yang Berhormat Dato' Dr. Firdaus?

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ini lebih, kerana prinsipnya, bukan kerana substance nya sebenarnya, sebab ini ada persamaan tentang soalan saya pasal masjid di Brickfields tadi bahawa perkara yang ditimbulkan dalam perdebatan tidak dilaporkan kepada Menteri dan Menteri tidak menjawab. Hal yang sama berlaku juga untuk satu jawapan yang harusnya diberikan oleh Menteri Kewangan tapi saya bercakap dengan Timbalan Menteri di kantin tadi, katanya memang ini bukan di bawah portfolio dia. Maksud saya ialah bahawa, satu, saya ulang balik, bahawa isu yang saya timbulkan tentang Masjid Brickfields tidak dilaporkan kepada Menteri. Kemudian isu tentang, ini malu nak sebut sikit ini, tentang soal elaun tambahan yang dijanjikan oleh Dato’ Najib, kemudian ditolak oleh Ketua Pembangkang dalam Bajet 2011 dulu.

� 2200

Saya minta jawapan saja. Adakah, kenapa kita tidak dengan izin tidak ignore saja pendapat Ketua Pembangkang itu sebab dia mahu juga kenaikan elaun itu sebenarnya. Saya harap dapat menjelaskan dengan terang kerana sudah malam. Ceritanya begini Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam ucapan Bajet 2011, Yang Berhormat Menteri Kewangan pada masa itu menjanjikan di samping gaji dan elaun pegawai-pegawai kerajaan, gaji dan elaun anggota-anggota Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara pun akan dinaikkan juga, kalau mahu katanya.

Akan tetapi kemudian dalam perdebatan Ketua Pembangkang kata tidak mahu semata-mata kerana Ketua Pembangkang kata tidak mahu maka tidak terjadi walaupun waktu itu seperti dikatakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor walaupun Ketua Pembangkang buat begitu hanya helah untuk mencari publisiti saja. Jadi itu yang soalannya. Jadi lebih kerana prinsip, kenapa benda ini tidak dilaporkan kepada Menteri. Kedua, kalau dia punya substance hendak jawab, terima kasihlah Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya memang ini bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri kerana ada Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen. Soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat, elaun Ahli-ahli Parlimen. Jadi barangkali sudah dilaporkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi Kementerian Kewangan tidak dilaporkan kerana ia bukan di bawah Kementerian Kewangan.

Akan tetapi apa yang dikata oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah yang jatuh di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan yang telah pun dilaporkan tetapi tidak dijawab oleh saya dan ini saya hendak jawablah iaitu tajuk Bajet 2013 tidak mengikut penggunaan Bahasa Melayu yang betul. Sepatutnya memakmurkan negara, menyejahterakan rakyat tapi yang digunakan memakmurkan negara menyejahterakan rakyat. Jadi menyejahterakan dan sejahtera. Itu saya tidak pakar bahasa. Kalau itu yang betul kita terima yang betul. Terima kasih. Mungkinlah bahasa ini sedap dah, mensejahterakan rakyat tapi kalau tidak betul, kita terimalah yang tidak betul.

Itu dilaporkan cuma terlepas pandang. Satu lagi terlepas pandang yang hendak saya sebut ialah yang disebut oleh Yang Berhormat Datuk Haji Saat bin Haji Abu dan juga Yang Berhormat Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah iaitu tentang RTC dan UTC. RTC dan UTC memang di bawah Kementerian Kewangan, memang ada pemantauan di bawah Kementerian Kewangan. Ada unit khusus dan dari segi UTC dijangka enam buah UTC lagi akan dibuat Urban Transformation Centre tahun depan dan 77 buah RTC akan diadakan lagi. Jadi kalau saya tengok senarai-senarai ini boleh dikatakan hampir semua dah saya jawab. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang duduk sampai pukul 10 lebih dan terima kasih kepada rakan-rakan Timbalan Menteri yang bergegas datang kerana saya hantar SOS saya mahu seorang Timbalan Menteri menyokong saya nanti untuk meluluskan bajet yang begitu baik ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Page 133: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · 2 DN 17.12.2012 Dalam konteks ini, dalam sistem Malaysia dan kita mestilah menduduki dan mengamalkan satu sistem mengikut acuan negara kita

DN 17.12.2012 125

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat yang telah memberi jawapan yang begitu panjang lebar dan saya harap semua Ahli Yang Berhormat yang berada dalam Dewan ini berpuas hati dan sampailah masanya saya kemukakan kepada Ahli Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua]

Bacaan Kali Yang Ketiga

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan tahun 2013 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu telah disetujukan tanpa pindaan.

Saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 53(2) rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato' Maznah binti Mazlan]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.]

[Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.]

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih semua Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 18 Disember 2012. Sekian, terima kasih.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 10.06 malam.]