bab 1 pendudukan jepun di negara kita

28

Upload: capucine-jencarlos

Post on 03-Jan-2016

144 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA. Faktor kejayaan Jepun mengalahkan British di Tanah Melayu. Kelengkapan perang tentera Jepun Pakatan Jepun-Thailand Taktik serangan Jepun Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM) semangat tentera Jepun kelemahan tentera British - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA
Page 2: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA
Page 3: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

- Kelengkapan perang tentera Jepun

- Pakatan Jepun-Thailand

-Taktik serangan Jepun

- Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)

- semangat tentera Jepun

- kelemahan tentera British

- perancangan awal perang

Page 4: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

Kelengkapan perang Tentera Jepun

Jepun mempunyai banyak kapal

terbang pejuang yang moden seperti “Zero

Fighter”

Jepun menggunakan

kereta kebal yang sesuai dengan keadaan muka bumi di Tanah

Melayu

Page 5: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

Pakatan Jepun - Thailand

Thailand memberi laluan kepadatentera Jepun mendaratkantenteranya. Sebagai balasan

Jepun tidak menyerang Thailand

Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah

dan Perlis kepada Thailand

Page 6: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

Tektik seranganJepun

Jepun memulakan serangan dari utara TanahMelayu kerana pertahanan British tertumpu

di Singapura

Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii,yang menjadi pengkalan utama tentera

Amerika Syarikat di Asia Pasifik

Page 7: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)

• KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang melayu

• KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanh melayu

• KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun

Page 8: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

Semangat tentera Jepun

Tentera Jepun berpengalaman kerana pernahTerlibat dalam Perang China-Jepun

Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun

Tentera Jepun berjuang untuk kemegahanNegara mereka

Page 9: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

Kelemahan tentera British

• Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah

• Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang

• Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British

• Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura

Page 10: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

Perancangan Awal Perang

-Jepun menggunakan propaganda untuk Memenangi hati dan mendapatkan kerjasama Penduduk di Tanah Melayu

-Jepun menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan

Page 11: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

KESAN PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN

EKONOMI SOSIALPOLITIK

Page 12: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

Slogan “Asia untuk orang Asia” berjaya mempengaruhi penduduk

tempatan untuk menentang penjajahan Barat.

Bagi mengatasi kekurangan pegawai awam, Jepun telah menubuhkan

Koa Kunrenjo (Sekolah Latihan Kepimpinan) untuk melibatkan orang

Melayu dalam pentadbiran misalnya :

Abang Haji Openg (Kuching), Kapten Mohd Salleh Hj Sulaiman (Hulu Perak) dilantik sebagai Pegawai Daerah.

Ibrahim Hj Yaacob dilantik sebagai Leftenan Kolonel Pasukan pembela Tanah Air (PETA) yang diberi latihan ketenteraan oleh Jepun untuk menentang tentera bersekutu.

Page 13: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

Dasar Jepun untuk membela negara Asia Tenggara tidak

dilaksanakan malah telah mengongkong dan menyusahkan rakyat.

Hal ini dapat dilihat dalam keadaan seperti :

Kegiatan politik diawasi ketat oleh Jepun.

Kebebasan bersuara rakyat disekat kerana surat khabar yang mencurigakan diharamkan oleh Jepun.

Page 14: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

Dasar Jepun mula berubah apabila menerima tekanan daripada tentera

bersekutu kerana ingin mendapatkan sokongan dari penduduk

tempatan. Langkah-langkah yang dijalankan oleh Jepun ialah :

Membenarkan pertubuhan politik seperti KMM bergiat semula

Tanah melayu dijanjikan kemerdekaan bersama dengan Indonesia.

Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan untuk mendapat kemerdekaan Tanah Melayu dan Indonesia yang selari dengan konsep Melayu Raya.

Orang India berusaha untuk memerdekakan India manakala orang Cina

pula bersikap Anti Jepun dengan menubuhkan MPAJA dan

bekerjasama dengan Force 136 menentang Jepun.

Page 15: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

Ekonomi dan taraf hidup penduduk Tanah Melayu merosot.

Peningkatan kadar pengangguran.

Mata wang Jepun yang dikenali sebagai Wang Pokok Pisang telah dicetak tanpa kawalan telah menyebabkan berlaku inflasi dan nilai mata wang Jepun jatuh teruk.

Berkurangan bekalan barangan pengguna menyebabkan timbulnya pasaran gelap atau kegiatan menyorok barang.

Page 16: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

Untuk mengatasi kekurangan makanan Jepun telah mengenakan catuan. Kad catuan diedarkan untuk memastikan setiap keluarga mendapat makanan. Kekurangan beras menyebabkan ubi kayu dan keledek menjadi makanan gantian.

Munculnya begitu banyak industri baru berasaskan sumber tempatan seperti kain benang nanas dan kertas daripada buluh, daun getah.

Page 17: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

Masalah kekurangan makanan dan kebuluran yang berleluasa.

Taraf kesihatan penduduk merosot. Akibatnya penyakit seperti malaria, taun, beri-beri merebak dan kadar kematian meningkat.

Ubat-ubatan berkurangan akibat dirampas oleh Jepun bagi merawat askarnya.

Tentera Polis Jepun (Kempeitai) membunuh ramai Anti Jepun terutamanya orang Cina kerana ketika itu Jepun bermusuhan dengan negara China.

Jepun juga telah melaksanakan buruh paksan yang tidak diberi gaji dan ada yang dihantar ke sempadan Thailand-Burma untuk membina “Jalan Kereta Api Maut”.

Page 18: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

KOA KUNRENJO

Pelajar Sekolah Latihan Kepimpinan yang mendapat latihan pentadbiran daripada Jepun

Page 19: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

WANG POKOK PISANG

Mata wang Jepun atau dikenali sebagai “wang pokok pisang” digunakan semasa pendudukan Jepun. Wang ini begitu rendah nilainya.

Page 21: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

JALAN KERETA API MAUT

Buruh paksa sedang bekerja membina jalan kereta api yang dikenali sebagai “Jalan Kereta Api Maut”

Page 25: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

PKEIMATEK

MK TE E IP A I

Page 26: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

DACKANUTA

K A D C A U NT A

Page 27: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA

Pendudukan Jepun telah membawa kesengsaraan dalam semua aspek kehidupan penduduk negara kita.

Semangat kebangsaan semakin bersemarak di kalangan penduduk tetapi berpaksikan negara asal masing-masing.

Pendudukan Jepun memberi pengajaran kepada kita untuk menolak semua bentuk penjajahan sama adadari Barat atau Timur.

Page 28: BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN  DI NEGARA KITA