penyata rasmi parlimen · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara...

65
Jilid II Bil. 24 MALAYSIA Hari Rabu 12hb Disember, 1984 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA SENATE PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament PENGGAL KEDUA Second Session KANDUNGANNYA JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 3137] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan, 1985 [Ruangan 3179]

Upload: others

Post on 08-Sep-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

Jilid II Bil. 24

MALAYSIA

Hari Rabu 12hb Disember, 1984

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA

SENATE

PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

PENGGAL KEDUA Second Session

KANDUNGANNYA

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 3137]

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan, 1985 [Ruangan 3179]

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

MALAYSIA

PARLIMEN KEENAM-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

P E N G G A L Y A N G K E D U A

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI ISMAIL KHAN, P.M.N., P.S.M., P.N.B.S., B.K.T., P.P.T. (Dilantik) Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DR. MOHAMAD YUSOF BIN HAJI MOHAMAD NOOR, J.M.N., S.M.T., P.P.T. (Dilantik)

Timbalan Yang di-Pertua, TAN SRI DATO SULAIMAN BIN NINAM SHAH, P.S.M., S.P.M.J., S.S.IJ., J.M.N., B.S.I., ., J.P. (Dilantik)

„ TUAN ABDUL GHANI BIN HAJI OTHMAN (Dilantik)

„ Lt. Kol. (B) ABDUL HAMID BIN IBRAHIM, S.M.S., K.M.N., P.I.S.

(Dilantik) „ TUAN HAJI ABDUL HAMID BIN HAJI LATIF (Dilantik)

„ TUAN HAJI ABDUL JALIL BIN ABDUL RAHMAN, A.M.N., PJ.K., J.P.

(Dilantik) „ TUAN HAJI ABDUL RAZAK BIN HAJI ABU SAMAH, A.M.N., PJ.K.

(Dilantik)

TUAN HAJI ABDUL WAHAB BIN HAJI ABU BAKAR, A.M.N. (Dilantik)

„ TOH MUDA DR. ABDULLAH FADZIL BIN CHE WAN, P.C.M.

(Dilantik) TUAN HAJI ABU BAKAR BIN LAJIM (Dilantik)

TUAN AHMAD BIN OTHMAN, B.M.S., A.M.K., A.M.N., P.J.K. (Kedah)

TUAN ABANG HAJI AHMAD URAI BIN DATU HAKIM ABANG HAJI MOHIDEEN (Sarawak)

TUAN ALEXANDER Y. L. LEE (Dilantik) TUAN HAJI ARIFFIN BIN HAJI SALLEH, K.M.N., S.M.K. (Dilantik)

„ TUAN FADZIL BIN MAHMOOD, A.M.N., P.P.N., PJ.K. (Perlis)

DATO S. GOVINDARAJ, D.P.M.S., K.M.N., P.P.N., P.P.T., J.P. (Dilantik) PUAN HAJJAH HABIBAH BINTI ABDUL GHANI, K.M.N., AMP., A.M.N., PJ.K. (Pahang) PUAN HAFSAH BINTI OTHMAN (Dilantik)

PUAN HASANAH BINTI HAJI MOHD. KASSIM @ HASANAH FATIMAH BINTI HAJI MOHD. KASIM, A.M.N., P.P.N., PJ.K. (Terengganu)

„ TUAN HASSAN BIN NAM (Dilantik)

TUAN HAJI HUSSEIN BIN AHMAD (Dilantik) TUAN HAJI IBRAHIM BIN HAJI UJANG (Negeri Sembilan)

TUAN IBRAHIM BIN SALLEH, A.M.N., PJ.K. (Dilantik) „ DATUK ISHAK BIN ABDUL RAHMAN, D.S.P.N., A.M.N., PJ.K.

(Pulau Pinang)

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3131 12 DISEMBER 1984 3132

Yang Berhormat TUAN JAAFAR BIN HARUN (Dilantik)

DATUK JAMES BERNARD WILLIE, P.G.D.K. (Sabah) PUAN SRI JANAKI ATHI NAHAPPAN, A.M.N.,PJ.K. (Dilantik) TUAN R. M. JASNI, B.K. (Dilantik)

„ DATO KAMARUZAMAN BIN AHMAD (Dilantik) TUAN KEE YONG WEE (Wilayah Persekutuan)

„ TUAN KENNETH KENYAN ANAK TEMENGGONG KOH, K.M.N.,

J.B.S. (Sarawak)

DATO KHOO KAY POR, D.M.P.N., J.M.N., J.P. (Pulau Pinang) „ TUAN KUAN PENG SOON @ KUAN PENG CHING (Perak)

„ TUAN K. KUMARAN, K.M.N., P.M.P., P.P.T., J.P. (Dilantik) TUAN HAJI LATIP BIN HAJI DRIS, P.B.S. (Dilantik)

„ TUAN LIM KEAN SIEW (Dilantik)

CIK LIM SEAN LEAN @ LIM HIANG NAI, K.M.N. (Dilantik) DATUK LOH FOOK YEN, D.S.I.J., P.P.N., PIS. (Dilantik) TUAN LOO SWEE MOK, A.M.N., P.P.N. (Pahang)

„ TUAN HAJI MOHAMED BIN YAHYA, PIS., B.S.I., A.M.N. (Johor)

„ DATUK HAJI MOHD. DIN BIN JAAFAR, P.G.D.K., A.D.K., B.K.

(Dilantik) TUAN HAJI MOHD. NOOR BIN HAJI ABDULLAH (Kelantan)

„ TUAN MOHD. NOOR BIN BEDAH, PJ.K., P.J.B. (Perlis)

TUAN MOHD. YUSOFF BIN KASSIM (Perak)

TUAN MOHD. YUSOFF @ YUSOF HAJI MD. NOR (Kelantan) TUAN NASIR BIN HAJI MANAP, A.M.N., PJ.K. (Melaka)

PUAN NEN ABIDAH BINTI ABDULLAH, A.M.N., P.P.N., PJ.K. (Dilantik) TUAN N G AH POI, P.P.N., J.P. (Melaka)

TUAN NYANAPANDITHAN (Selangor) TUAN PARAMJIT SINGH (Dilantik)

„ DATO G. PASAMANICKAM, S.P.M.J., D.P.M.J., D.S.I.J., PIS., n.a.i., J.S.M., A.M.N., J.P. (Dilantik) PUAN ROKIAH @ MAIMUN BINTI ZAINUDDIN, A.M.N., PJ.K. (Dilantik) TUAN SALLEH BIN KASSIM, A.M.T. A.M.N., PJ.K. (Terengganu) TAN SRI C. SELVARAJAH, P.S.M. (Dilantik)

„ TUAN HAJI SHAHAROM BIN HAJI MAASOM, A.M.N., PJ.K. (Dilantik)

TUAN STEPHEN TIMOTHY WAN ULLOK (Dilantik) TUAN TAN CHANG SOONG, A.M.N. (Dilantik) TUAN TAY CHEE KING, K.M.N., B.S.I., P.I.S., A.M.N., J.P. (Johor)

TUAN D. P. VIJANDRAN (Dilantik) TUAN WONG YAU KET (Sabah)

DATO HAJI ZAKARIA BIN HAJI YAHYA (Selangor)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3133 12 DISEMBER 1984

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Ahmad Hasmuni bin Haji Hussein.

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Hamid

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Penyunting Kanan: Yahya Manap.

Penyunting: P. B. Menon.

Penyunting: Haji Osman bin Sidik.

Pemberita-pemberita:

N. Ramaswamy

Louis Yeoh Sim Ngoh.

Haji Abdul Rahman bin Haji Abu Samah.

Suhor bin Husin.

Amran bin Ahmad.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Juliah binti Awam.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Hassan.

Shamsiah binti Mohd. Yusof.

Hajjah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang
Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3137 12 DISEMBER 1984 3138

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Rabu, 12hb Disember, 1984

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mempengerusi-kdn Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI

PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Alexander Y. L. Lee.

Tuan K. Kumaran: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan No. 1.

PROJEK AEROBUS -KEMAJUAN DICAPAI

1. Tuan K. Kumaran (di bawah S.0.23(2)) minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan apakah kemajuan yang tercapai dalam projek aerobus di Kuala Kumpur dan bilakah ianya akan dilaksanakan.

Menteri Wilayah Persekutuan (Dato Shahrir bin Abdul Samad): Tuan Yang di-Pertua, projek Aerobus di Kuala Lumpur kini sedang diusahakan oleh sebuah syarikat swasta bernama SITRA di mana Kerajaan mempunyai 10% daripada ekuitinya. Syarikat ini sedang berusaha mendapatkan jaminan bank tempatan untuk membolehkannya memperolehi pinjaman bagi melaksana-kan projek tersebut. Pelaksanaannya dijangka akan bermula pada awal tahun hadapan.

GANJARAN KAKITANGAN WANTTA BERHENTI KERJA

2. Dato9 G. Pasamanickam minta

Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk memberikan ganjaran dan keistimewaan lain kepada wanita-wanita yang terdiri dari kakitangan Kerajaan apabila mereka berhenti kerja untuk tinggal di rumah sebagai suri rumah tetap sebagai menyahut syor Perdana Menteri yang menggalakkan 'mereka berbuat demikian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato Mohamed Khalil bin Yaakob): Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan tidak bercadang memberi apa-apa ganjaran atau keistimewaan kepada kakitangan wanita di dalam Perkhidmatan Ke­rajaan yang berhenti keija untuk tinggal di rumah. sebagai suri rumahtangga. Kenyataan yang dibuat.oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu adalah merupakaii satu saranan sahaja dan bukannya dasar Kerajaan. Ter-pulanglah kepada isteri-isteri pegawai-pegawai bergaji tinggi untuk menimbang-kan baik bufuknya akan saranan itu. Keputusan adalah terletak pada per-timbangan mereka sendiri sama ada hendak terus bekerja atau menjaga anak-anak mereka.

SYARIKAT PERWAJA TERENGGANU-PENGAMBILAN

KAKITANGAN 3. Tuan Salleh bin Kassim minta Perdana Menteri memberi garisan kasar bilangan pekerja tempatan dan pekerja-pekerja dari lain negeri yang akan diambil untuk bekerja di Kilang Besi Waja di Kemaman.

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3139 12 DISEMBER 1984 3140

Menteri Kahakiman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Dr. James P. Ongkili): Tuan Yang di-Pertua, bagi pengambilan kakitangan pada masa akan datang dasar memberi keutamaan kepada rakyat tempatan akan diteruskan. Garis kasar dari usaha pengambilan kakitangan Perwaja ada­lah berdasarkan kepada perkara-perkara yang berikut:-

(a) Tidak kurang daripada 60% kakitangan mahir dan separuh mahir akan terdiri daripada anak negeri Terengganu.

(b) Tidak kurang daripada 40% kakitangan pengurusan dan penyeliaan akan terdiri daripada anak negeri Terengganu.

Di samping garis kasar tersebut dalam perkara pengambilan kakitangan Perwaja juga memberi perhatian terhadap pentingnya mendapat kaki­tangan berkelayakan demi kepentingan, kelicinan operasi loji besi wajanya.

Untuk makluman Ahli Yang Ber-hormat, pada masa ini seramai 221 orang pekerja atau 53% daripada jumlah 417 orang pekerja Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. itu adalah anak negeri Terengganu. Pada masa ini keutamaan dalam pengambilan kaki­tangan adalah di beri kepada anak negeri Terengganu.

Dato' G. Pasamanickam: Soalan tambahan. Bolehkan Yang Berhormat Menteri memberi tahu bilakah agaknya kita dapat mengendalikan kilang-kilang perusahaan kita dengan menggunakan 100% tenaga dari pekerja tempatan serta tenaga dari luar negeri langsung tidak digunakan lagi?

Datuk Dr. James P. Ongkili: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah saya katakan di jawapan saya itu, ini memanglah matlamat kita sebenarnya, iaitu mencapai 100% orang Malaysia sendiri mengendalikan bukan sahaja Syarikat Perwaja Terengganu Sdn. Bhd. ini tetapi juga kalau boleh semua anak-anak Syarikat HICOM yang lain di

masa hadapan. Walau bagaimanapun kemajuan teknologi kita sendiri masih di dalam peringkat perjalanan yang agak rendah dan walaupun kita berhasrat untuk memberi galakan kepada saintis-saintis dan pakar-pakar teknologi- di negara ini, ini walau bagaimanapun akan memakan masa yang agak panjang, barangkali sekurang-kurangnya 10 atau 15 tahun barulah kita berkemungkinan mengendalikan segala-segala urusan dengan orang Malaysia kita sendiri.

Datuk Haji Mohd. Din bin Jaafar: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Saya suka bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berapa banyakkah kilang-kilang besi waja yang terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang dikeluarkan oleh kilang-kilang besi di negara ini sesuai untuk menjadi bahan-bahan eksport selain daripada digunakan di negara ini?

Datuk Dr. James P. Ongkili: Tuan Yang di-Pertua, pada ketika ini kita mempunyai dua kilang besi waja yang besar iaitu di Labuan yang mengeluar-kan satu jenis yang berbungkus supaya tidak cepat lembab yang dinamakan HBI (high-bricketed iron) sebagai bahan untuk mengeluarkan perusahaan besi termasuklah besi steel, dengan izin, dan ini akan mengeluarkan lebih kurang 600,000 tan setahun. Kilang ini telahpun mula pengeluaran percubaan (trial production) pada bulan Jun tahun ini dan sekarang sudah pun mengeluar­kan.

Yang kedua, iaitu yang dikeluarkan oleh HICOM di Perwaja Terengganu Sendirian Berhad yang mana adalah dalam peringkat pembinaan.

Mengenai dengan sama ada besi waja ini dapat menampung keperluan kita di negara kita, ini memang senang sahaja dapat menampung. Ada lebihan lagi yang mana kita berusaha untuk mengeksportkannya; dan yang ketiga

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3141 12 DISEMBER 1984 3142

jenisnya besi waja itu besi wajalah dia, tidak pilih di mana kita buat kerana tarafnya memang besi waja yang boleh digunakan dan telah dibersih dan diproses sama sahaja kalau besi waja itu dibuat di Malaysia, dibuat di New York atau di mana sahaja.

AKAUN/LAPORAN AGENS1 KERAJAAN

4. TuanMohd. Yusoff binKassimminta Perdana Menteri menyatakan sama ada beliau bersetuju untuk meminda undang-undang yang berkenaan supaya semua akaun/laporan agensi-agensi Kerajaan seperti PETRONAS dan PERNAS hendaklah di semak dan diaudit oleh Juru Odit Negara dan kemudiannya dibentangkan di Parlimen.

Dato' Mohamed Khalil bin Yaakob: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman PETRONAS dan PERNAS- yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat adalah merupakan syarikat-syarikat Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965. Di bawah Akta tersebut akaun syarikat-syarikat ber­kenaan adalah diaudit oleh juru odit swasta yang dilantik oleh syarikat-syarikat berkenaan.

Sungguhpun mengikut Akta Audit, 1957 Kerajaan boleh meletakkan syarikat-syarikat tersebut di bawah pengauditan Ketua Odit Negara sekiranya didapati perlu, setakat ini Kerajaan belum lagi mendapati perlu bagi mana-mana syarikat berkenaan diletakkan di bawah pengauditan Ketua Odit Negara. Dengan yang demikian, Kerajaan tidak bercadang untuk meminda undang-undang yang berkenaan.

Sukalah juga saya menyatakan bahawa di bawah Akta Syarikat, 1965 syarikat-syarikat seperti PETRONAS dan PERNAS adalah dikehendaki mengemukakan akaun/laporan masing-masing yang telah diaudit kepada Pendaftaran Syarikat dan Kerajaan

berpuas hati dengan peraturan yang berkuatkuasa sekarang.

TABUNG PUSTAKA PERINGATAN P. RAMLEE

5. Datuk Haji Mohd. Din bin Jaafar minta Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyatakan sejauh manakah sambutan yang diberikan oleh Kerajaan-kerajaan negeri untuk men-dapatkan Tabung Pustaka Peringatan P.Ramlee yang dianjurkan oleh Arkib Negara.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (Datuk Dr. Sulaiman bin Haji Daud): Tuan Yang di-Pertua, setakat ini cuma Kerajaan Negeri Sarawak sahaja yang telah menyumbangkan derma sebanyak $1,000 kepada Tabung Pustaka Peringatan P. Ramlee. Derma-derma dari Kerajaan-kerajaan Negeri yang lain masih lagi diharapkan.

Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Adakah pihak Kementerian tidak berasa kasihan belas kepada Allahyarham P. Ramlee yang mana beliau sekarang berada di dalam alam barzah, dengan izin, sedangkan gambar dan lakunannya ditayangkan yang mana tidakkah ini maknanya alam nyata kepada beliau?

Datujt Dr. Sulaiman bin Haji Daud: Tuan-Yang di-Pertua, memanglah kita berbelas kasihan kepada Allahyarham P. Ramlee bahkan kita telah mengadakan majlis-majlis tahlil untuk arwah beliau.

Datuk Haji Mohd. Din bin Jaafar: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Adakah Tabung Pustaka Peringatan P. Ramlee ini akan dianjurkan oleh Arkib Negara sebagai satu acara tahunan mengikut giliran negeri-negeri yang difikirkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan oleh kerana kata Yang Berhormat Menteri tadi hanya be-berapa buah negeri sahaja terutama sekali Sarawak yang memberi bantuan. Jadi, oleh kerana negeri-negeri lain

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3143 12 DISEMBER 1984 3144

kurang berminat, adakah acara ini boleh dibuat selain daripada di Kuala Lumpur maka kita akan pilih pula di negeri Sabah dan pada tahun berikutnya pula mungkin kita akan pilih di Johor, di Terengganu, di Pahang dan sebagainya supaya peringatan kepada Allahyarham P. Ramlee ini akan berterusan.

Soalan saya yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, kalau dikatakan P. Ramlee sahaja seorang sebagai seniman agung di negara ini, pernah suatu masa dahulu isteri Allahyarham P. Ramlee ini iaitu yang dinamakan biduanita negara Saloma, adakah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ini juga akan membuat satu peringatan kepada Allahyarhamah biduanita negara, siapa yang beri nama dia ini biduan negara, kita mesti memberi penghormatan kepada isteri beliau iaitu biduanita negara Saloma kerana suara Saloma walaupun kedua-duanya telah kembali ke rahmatullah tetapi suara mereka masih menghidup berkumandang di udara angkasa raya Malaysia jika dibandingkan penyanyi-penyanyi kita yang ada sekarang.

Datuk Dr. Sulaiman bin Haji Daud: Tuan Yang di-Pertua, biarlah saya jawab soalan kedua dahulu. Saya pun berminat sangat dengan suara Allah­yarhamah Saloma tetapi setakat ini mengikut kriteria-kriteria yang ditentu-kan iaitu bagi menamakan seseorang itu sebagai biduanita agung ini maka kita dapati belum satu pun yang dapat me-nandingi kualiti yang dipunyai oleh Allahyarham P. Ramlee. Walau bagai-manapun, kita mengambil perhatian atas cadangan yang saya rasa begitu baik. Saya yakin Jawatankuasa atau pihak yang berkenaan akan menimbang-kan saranan itu.

Tentang cadangan pertama tadi adakah kita berhasrat hendak meng-anjurkan upacara seperti ini di negeri-negeri lain bagi mengutip derma untuk Tabung ini, insya Allah, kita berhasrat hendak berbuat demikian kalau ianya akan dapat mencapai matlamat kita dan

kita harap Kerajaan Negeri Sabah akan dapat memberi satu bantuan dalam masalah ini seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat dari Wilayah Persekutuan Labuan, dahulunya Sabah.

KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS DI PULAU LANGKAWI

6. Tuan Ahmad bin Othman minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk meng-adakan satu lagi kawasan perdagangan bebas di Utara Semenanjung Malaysia khususnya di Pulau Langkawi, meman-dangkan Pulau tersebut berhampiran dengan negara jiran dan juga usaha Kerajaan untuk menjadikan Pulau tersebut Pusat Pelancongan terbesar di negara ini, jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Sabaruddin Chik): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat berkenaan, sebuah syarikat swasta telahpun mengemukakan be-berapa cadangan untuk memajukan Pulau Langkawi sebagai pusat pe­lancongan yang dinamik. Satu daripada cadangan-cadangan ini ialah supaya Pulau Langkawi dijadikan sebagai sebuah kawasan bebas cukai untuk menarik pelancong-pelancong.

Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini Kerajaan masih mengkaji lagi cadangan tersebut, dan keputusan terhadapnya masih lagi belum dibuat.

TENAGA PENGAJAR UNIVERSITI-UNIVERSITI

7. Puan Nen Abidah binti Haji Abdullah minta Menteri Pelajaran menyatakan sebab-sebab kekurangan tenaga pengajar di universiti-unversiti yang mana buat masa ini pensyarah hanya ada seramai 578 orang berbanding dengan keperluan yang dikehendaki seramai 848 orang dan nyatakan juga sama ada mereka yang tidak mendapat layanan yang tidak memuaskan dari pihak Kerajaan dari segi gaji dan skim

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3145 12 DISEMBER 1984 3146

perkhidmatan, "red tape" yang menekan dan Iain-lain lagi; jika benar, nyatakan tindakan Kementerian bagi mengatasi perkara tersebut.

Timbalan Menteri Pelajaran (Datin Paduka Chow Poh Kheng): Tuan Yang di-Pertua, memang benar masalah kekurangan pensyarah ada dihadapi tetapi ini adalah bagi setengah-setengah bidang sahaja. Di antara faktor-faktor yang menyebabkan kekurangan ini ialah kekurangan calon yang mem-punyai kelayakan yang sesuai untuk menjadi pensyarah terutama sekali di bidang kejuruteraan dan perubatan, daya tarikan yang kuat dari bidang swasta. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian sedang mengkaji masalah ini dan akan berusaha untuk memperbaikinya.

Pihak Kerajaan telahpun mengambil langkah-langkah untuk melatih lebih ramai tenaga pengajar melalui skim-skim latihan dan juga mengambil kakitangan expatriates untuk menam-pung keperluan ini.

Di samping itu, Kerajaan juga sedang mengkaji skim perkhidmatan kaki­tangan akademik dengan tujuan untuk membaiki skim-skim yang ada sekarang.

Puan Hasnah binti Haji Mohd. Kasim: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Berapa ramaikah mahasiswa ataupun penuntut-penuntut sekolah tinggi jika dinisbahkan kepada seorang pensyarah?

Datin Paduka Chow Poh Kheng: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini saya hendak minta notis.

MESYUARAT KETUA KERAJAAN KOMANWEL RANTAU ASIA

PASIFIK

8. Tuan Jaafar bin Harun minta Menteri Luar Negeri menyatakan sama ada benar Sidang Serantau Ketua-ketua Kerajaan Komanwel benar-benar memberi faedah; jika ya, nyatakan

bagaimana hubungan kerjasama di kalangan negara-negara membangun termasuk Malaysia untuk mencapai matlamatnya,

Timbalan Menteri Luar Negeri (Tuan Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir): Tuan Yang di-Pertua, Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel Rantau Asia Pasifik ataupun CHOGRAM memang mendatangkan faedah kepada negara-negara yang berkaitan terutama dari segi menjalin-kan kerjasama dan muafakat bagi kepentingan bersama. Melalui mesyuarat serantau ini, Malaysia dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra dan lebih erat lagi dengan negara-negara Komanwel di rantau ini terutama dengan negara-negara kecil di Lautan Pasifik Selatan.

Forum seperti ini membuka peluang untuk negara-negara kecil seperti untuk mengutarakan masalah-masalah yang mereka hadapi dalam pembangunan negara mereka dan membuka peluang pula untuk kita dan juga negara-negara lain bagi memahami akan masalah-masalah yang mereka hadapi dan untuk bersama-sama mencari penyelesaian yang sesuai.

Mesyuarat ini juga memberikan mereka peluang untuk mereka menyuarakan pandangan dan perhatian mereka terhadap isu-isu politik dan ekonomi antarabangsa. Manakala mereka biasanya tidak berpeluang berbuat demikian secara berkesan di Persidangan-persidangan Ketua-ketua Kerajaan Negara-negara Common­wealth yang penuh ataupun di forum-forum antarabangsa yang lebih besar.

Dalam hal ini Malaysia telah mewujudkan program kerjasama teknikal Malaysia, atau apa yang dikenali sekarang ini MTCP dengan tujuan memberi bantuan-bantuan latihan dan teknikal kepada negara-negara kecil di Kepulauan Pasifik Selatan. Bantuan-bantuan yang kita beri ini bukan sahaja mendatangkan faedah kepada negara-negara kecil ini

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3147 12 DISEMBER 1984 3148

tetapi juga memberi peluang kepada kita untuk menambahkan lagi peluang pelaburan yang menguntungkan di negara-negara ini.

Kerajaan yakin dengan adanya kerjasama ini ianya pasti akan menguntungkan semua pihak dari segi jangka panjang.

PRODUKTIVITI KILANG DITINGKATKAN

9. Puan Hajjah Hafsah Osman minta Menteri Perdagangan dan Perindustri-an menyatakan sama ada:

(a) pihak Kementerian ada membuat rancangan untuk menganjurkan perjumpaan dengan penjgilang-pengilang dari masa ke semasa bagi menerangkan pantang-larang di dalam agama Islam supaya hubungan buruh dan majikan dapat dieratkan untuk mencapai daya pengeluaran yang baik;

(b) Kerajaan sedar bahawa keluaran dalam jurusan pengiklanan dan mutu yang tidak setanding menyebabkan sebahagian dari-pada barang pengeluaran tempat-an tidak mendapat pasaran; dan

(c) Kerajaan akan menambah pegawai-pegawai di Kementerian Perdagangan di luar negeri terutama di pasaran E.E.C. dan di Kawasan Timur Tengah.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Tuan Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin): Tuan Yang di-Pertua, (a) Kementerian saya sentiasa meng-adakan perbincangan dengan para pengilang yang antara lainnya menekan supaya produktiviti pengeluaran mereka dipertingkatkan. Sehubungan dengan ini satu perbincangan menyeluruh anjuran Kementerian dengan para pengilang akan diadakan selama tiga hari mulai 17hb. Disember 1984 ini/ yang akan juga meliputi langkah-langkah yang boleh diambil bersama oleh Kerajaan dan sektor

pengilangan untuk meningkatkan produktiviti.

Kementerian saya mengambil ingatan tentang perlunya dijelaskan kepada para pengilang tentang pantang larang di dalam agama Islam untuk mengeratkan hubungan antara majikan dengan pekerja bagi mencapai daya pengeluaran yang baik.

(b) Berhubung dengan mutu penge­luaran tempatan, saya suka menjelas-kan bahawa dalam keadaan persaingan di pasaran yang terbuka para pengilang akan dengan sendirinya terpaksa memberi tekanan kepada mutu untuk menguasai pasaran masing-masing. Perlunya mengeluarkan barang-barang bermutu akan lebih nyata dengan bertambahnya kesedaran para pengguna. Di samping itu Kerajaan melalui badan-badan penyelidikan seperti SIRIM dan MARDI, akan meneruskan usaha mereka dalam bidang meningkatkan mutu pengeluaran tempatan.

(c) Kementerian saya berpendapat bahawa bilangan pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian ini di luar negeri terutamanya di pasaran EEC dan Timur Tengah adalah sudah mencukupi dan tidaklah perlu ditambah buat ketika ini.

Walau bagaimanapun, sekiranya difikirkan perlu, Kementerian saya akan menambahkan bilangan pegawai dan kakitangan di pasaran tersebut pada masa-masa ke hadapan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan R.M. Jasni.

Dato G. Pasamanickam: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan No. 10.

REFORMASI UNDANG-UNDANG ROGOL

10. Dato G. Pasamanickam (di bawah S.O. 23 (2)) minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk mengkaji atau mem­buat perubahan-perubahan reformasi

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3149 12 DISEMBER 1984 3150

tentang undang-undang rogol di mana undang-undang yang berkuatkuasa sekarang menitikberatkan kelakuan mangsa-mangsa rogol sebagai salah satu faktor pengadilan.

Datuk Dr. James P. Ongkili: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan tidak ber-cadang untuk mengkaji atau membuat apa-apa perubahan reformasi tentang undang-undang rogol.

Mengenai kelakuan mangsa-mangsa rogol sebagai salah satu faktor pengadilan, ini adalah tertakluk kepada undang-undang keterangan yang di-pakai untuk semua kes mahkamah dan bukan khusus untuk kes-kes rogol sahaja.

Penerimaan keterangan tentang kelakuan terpulanglah kepada budi-bicara mahkamah dalam tiap-tiap satu kes.

SISTEM PARKING ATTENDEN

11. Tuan Haji Abdul Jalil bin Abdul Rahaman minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan semenjak sistem Parking Meter digunakan semula di beberapa tempat dalam Bandaraya Kuala Lumpur sekarang apakah keistimewaannya dan hasil yang lebih tinggi dari Sistem Parking Attenden yang digunakan dahulu.

Dato Shahrir bin Abdul Samad: Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini terdapat sebanyak 9,142 petak letak kereta yang ditadbirkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pada peringkat pertama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menyerah sebanyak 1,799 petak letak kereta kepada pengurusan pihak swasta dengan menerima kadar bayaran sebanyak $566,000 pada satu tahun.

Pada peringkat kedua sebanyak 2,099 petak lagi akan diserahkan kepada pengurusannya oleh pihak swasta dengan Dewan Bandaraya menerima hasil sebanyak $1.2 juta setahun.

Pada peringkat ketiga dan keempat pula, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganggar akan mendapat hasil sebanyak $2 juta dari pengurusan tempat letak keretanya oleh pihak swasta. Dewan Bandaraya juga mendapat hasil daripada pembayaran compound di atas kesalahan letak kereta sebanyak $1.9 juta setahun.

Adalah dianggarkan jumlah segala hasil-hasil yang dinyatakan tersebut ialah sebanyak $5.6 juta setahun. Sistem parking meter mempunyai beberapa keistimewaan berbanding dengan sistem parking attenden yang di­gunakan dahulu.

la dilaksanakan mengikut konsep di mana syarikat swasta akan ber-tanggungjawab untuk membeli, memasang, menjaga dan memungut wang dari meter-meter yangberkenaan. Dengan adanya sistem sedemikian, Dewan Bandaraya telah menganggar-kan bahawa beberapa kakitangan yang terdahulunya terlibat dengan peng­urusan tempat letak kereta di bandaraya ini akan digunakan untuk menjalankan tugas-tugas yang lain yang lebih manfaat lagi.

Mengikut sistem lama di mana Dewan Bandaraya menggunakan parking attenden, Dewan Bandaraya memperolehi sebanyak $9 juta setahun termasuk pembayaran compound, dari pendapatan itu perbelanjaan mengurus ialah sebanyak $6 juta setahun dan ini bermakna keuntungan kasar ialah hanya $3 juta setahun.

Dari maklumat-maklumat yang dinyatakan di atas adalah didapati pada masa ini hasil yang diperolehi oleh Dewan Bandaraya adalah lebih tinggi dari sistem parking meter berbanding dengan penggunaan parking attenden.

Tuan Haji Abdul Wahab bin Haji Abu Bakar: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Adakah terlibat pembuangan kerja kepada parking-parking attenden ini setelah kita mewujudkan parking meter. Soalan yang kedua, Tuan Yang

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3151 12 DISEMBER 1984 3152

di-Pertua, sungguhpun kita mendapat keuntungan lebihan dengan mewujud-kan sistem parking meter yang baharu tetapi dari segi sosial, kita boleh me-nambahkan pekerjaan kepada rakyat kita, apakah ini konsep yang dituju oleh pihak Bandaraya.

Dato Shahrir bin Abdul Samad: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan yang pertama-tidak, kerana mereka diserapkan kepada bahagian-bahagian yang lain ataupun pekerjaan-pekerjaan yang lain di dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sendiri.

Dan untuk menjawab soalan yang kedua, kami merasakan bahawa ini merupapan satu sistem yang lebih efisyen dan sebenarnya walaupun digunakan parking meter tetapi juga terlibat atas pengambilan pekerja-pekerja bagi tugas-tugas yang tertentu oleh syarikat-syarikat yang mengendali-kan sistem parking meter ini.

UBAT RACUN "PARAQUAT"

12. Tuan K. Kumaran minta Menteri Pertanian menyatakan sama ada beliau akan mengharam atau mengetatkan lagi kawalan di atas ubat racun "paraquat" memandangkan ubat racun ini terdapat secara senang dan penggunaan ubat yang bahaya ini membawa maut dan tidak terkawal pada masa ini.

Timbalan Menteri Pertanian (Tuan Luhat Wan): Tuan Yang di-Pertua, Lembaga Racun Makhluk Perosak telah mengkaji kedudukan paraquat dan berpendapat bahawa pada masa sekarang racun ini belum dapat diharamkan oleh kerana paraquat merupakan sejenis racun rumpai yang mempunyai daya kawalan yang luas (broad spectrum), denga izin, yang membunuh secara sentuhan dan tidak mempunyai kesan terhadap tanaman-tanaman yang ditanam pada kawasan di mana ia digunakan sejurus selepas itu. Paraquat juga merupakan salah satu jenis racun rumpai yang mudah diperolehi oleh petani-petani.

Walau bagaimanapun pihak Racun Makhluk Perosak akan mengetatkan lagi kawalan ke atas semua jenis-jenis racun-racun yang digunakan. Dalam konteks ini Lembaga akan menubuh-kan Pusat Kawalan Racun dan telahpun mewujudkan satu pasukan petugas (task force), dengan izin, yang bekerjasama dengan Jabatan Pertanian, MARDI, RRIM dan PORIM bagi mencari satu racun rumpai yang lain untuk mengganti paraquat. Pihak Lembaga juga sedang membuat deraf peraturan bagi mengawal penjualan dan penyimpanan racun makhluk perosak.

Tuan Mohd. Noor bin Bedah: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri iaitu mengenai mengetatkan kawalan pengeluaran racun-racun serangga itu, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi mempastikan iaitu bahan-bahan kimia yang digunakan oleh kilang-kilang bagi pengeluaran racun tersebut tidak membahayakan kepada orang ramai iaitu bila berlaku sesuatu malapetaka seperti mana yang berlaku di India baru-baru ini.

Tuan Luhat Wan: Tuan Yang di-Pertua, kita pada setakat ini sudah mempunyai Rang Undang-undang untuk mengawalkan berbagai jenis racun itu, termasuk juga pengilang-pengilang yang sedia ada di dalam negara kita sekarang tertakluk kepada undang-undang tersebut untuk mengawali semua jenis-jenis racun termasuk juga racun rumpai dan "pesticide" yang Iain-lain, dengan izin. Oleh kerana hal yang demikian, sebagaimana yang saya sebutkan tadi, pihak Lembaga Pengawal ini tadi sedang membuat deraf untuk mengetatkan penyimpanan dan penggunaan racun-racun tersebut.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Tan Chang Soong.

Tuan Loo Swee Mok: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soal No. 13.

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3153 12 DISEMBER 1984 3154

TENAGA PENGAJAR SEKOLAH -KEKURANGAN

13. Tuan Loo Swee Mok (di bawah S.O. 23 (2))minta. Menteri Pelajaran me-nyatakan kadar pengurangan (attrition rate) dalam bilangan tenaga pengajar dan juga bilangan tenaga pengajar yang diperlukan untuk mengatasi di peringkat sekolah rendah menurut bahasa pengantar masing-masing yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah ini.

Datin Paduka Chow Poh Kheng: Tuan Yang di-Pertua, kadar pengurangan tenaga pengajar ialah lebih kurang 2% setiap tahun. Bilangan keperluan tenaga pengajar yang terlatih untuk mengatasi kekurangan di peringkat sekolah rendah bagi tahun 1985 adalah:

Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan

Sekolah Rendah Jenis Kbg. Cina Sekolah Rendah Jenis Kbg. Tamil

Jumlah kesemua aliran

Langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah ini ialah:

1. menempatkan guru-guru baru keluaran maktab-maktab ke negeri-negeri yang berkenaan;

2. mengadakan kursus pergurusan dalam cuti bagi guru-guru sementara tanpa latihan yang didapati sesuai dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetap-kan;

3. menambah pengambilan guru-guru pelatih sebanyak 50% di maktab-maktab mulai tahun 1985; dan

4. membina maktab-maktab per-guruan yang baru.

Tuan Haji Abdul Wahab bin Haji Abu Bakar: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sekiranya Kementerian Pelajaran mengalami kekurangan

sepanjang tahun dan sebagaimana maklumat yang diberikan oleh Timbalan Menteri tadi langkah-langkah untuk memperbaiki kekurangan itupun diambil juga, kenapa terjadi demikian. Adakah pihak Kementerian tidak melebihkan pengambilan secara, dengan izin, reserve kiranya apa-apa berlaku, katalah, seperti pemberhentian kerja ataupun guru-guru menukar aliran dan sebagainya, maka kita ambil daripada jumlah .simpanan itu. Adakah pihak Kementerian bercadang untuk berbuat demikian supaya masalah kekurangan tenaga pengajar itu tidak berlaku pada tahun-tahun yang akan datang?

Datin Paduka Chow Poh Kheng: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran tidak bercadang berbuat demikian.

10,669 orang 4,268 1,070

16,007 orang

TAMAN BIMBINGAN KANAK-KANAK KEMAS

14. Tuan Mohd. Noor bin Bedah minta Menteri Pembangunan negara dan Luar Bandar menyatakan:

(a) langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi memasti-kan kanak-kanak di kawasan mundur dan luar bandar dapat mengikuti pendidikan pra-sekolah di Kelas Tabika KEMAS;

(b) sama ada Kementerian akan merangka satu program menyeluruh bagi menentukan semua kanak-kanak luar bandar dapat peluang menyertai Tabika; dan

(c) sama ada Kementerian akan mengadakan peruntukan makan-an, menyediakan buku, alat-alat belajar dan permainan di Kelas

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3155 12 DISEMBER 1984 3156

Tabika KEMAS sebagai galakan dan dorongan kepada keluarga-keluarga miskin menghantar anak-anak mereka ke Tabika.

Timbalan Mehteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar (Dato Mohamad Yahya bin Lampong): Tuan Yang di-Pertua, (a) adalah menjadi hasrat Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar untuk memberi peluang kepada semua kanak-kanak luar bandar menyertai pendidikan pra sekolah di kelas Taman Bimbingan Kanak-kanak, Kemas (TABIKA). Walau bagaimanapun, pembukaan kelas-kelas TABIKA tertakluk kepada dasar yang ditetapkan:-

1. Keperluan; 2. Kehendak; dan 3. Keupayaan Masyarakat Setempat.

Ini bermakna TABIKA Kemas hanya akan dibuka apabila masyarakat sesuatu tempat memerlukan dan bersedia menyediakan kemudahan asas dan sanggup melibatkan diri dalam melaksanakan aktiviti TABIKA itu.

Di samping itu, Pejabat-pejabat Kemas Daerah melalui Penyelia-penyelia, sentiasa mendapat maklumat mengenai masyarakat setempat yang benar-benar memerlukan Taman Bimbingan Kanak-kanak dan pembukaannya bergantung kepada asas-asas yang disebutkan tadi.

(b) Kemas setiap tahun menerima tidak kurang daripada seribu permohonan daripada masyarakat setempat untuk mengadakan TABIKA. Permohonan itu adalah besar berbanding dengan kemampuan Kemas yang walaupun telah memulakan program TABIKA semenjak tahun 1972 hanya dapat melatih seramai lebih kurang 3,327 Pemaju Masyarakat TABIKA sahaja.

Data semasa menunjukkan Kemas mempunyai 3,327 buah TABIKA, 3,282

pemaju masyarakat dan meliputi seramai 105,073 kanak-kanak. Mengikut band Kemas hanya dapat melibatkan 17.8% kanak-kanak sahaja daripada jumlah sebenar kanak-kanak yang berumur antara 4-6 tahun di seluruh negara.

Memandangkan kepada hakikat ini-lah maka Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar menerusi Kemas sedang menyediakan rangka program menyeluruh untuk lebih banyak melibatkan kanak-kanak di peringkat umur yang sama sekurang-kurangnya 75% dalam tempoh Rancang-an Malaysia Kelima.

Semua Pejabat Kemas Daerah telahpun diarah membanci kanak-kanak berumur antara 4-6 tahun iaitu kumpulan sasaran program pendidikan pra sekolah Kemas. Sejajar dengan ini Kemas berusaha untuk mempercepat-kan operasi 3 buah pusat latihan Kemas jurusan pra sekolah di Kuantan, Lumut dan Kuching yang sepatutnya telahpun dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-tiga tetapi ditangguhkan kerana keada-an ekonomi negara yang tidak mengizin-kan. Tujuannya adalah untuk menam-bah keupayaan melatih pemaju masya­rakat TABIKA (sebelum bertugas ter-lebih dahulu membuat latihan) dari­pada 420 orang setahun kepada 800 orang setahun dalam tempoh Rancang­an Malaysia Kelima. Sekiranya rancang­an ini terlaksana, maka program TA­BIKA ini akan dapat meliputi hampir semua kanak-kanak di luar bandar.

(c) Kementerian saya sememangnya mengadakan peruntukan makanan dan bahan-bahan asas setiap tahun. Dalam tahun 1984 di bawah Anggaran Belanjawan Mengurus sebanyak $1.7 juta telah diperuntukkan untuk membekalkan makanan tambahan dan siisu dengan tujuan untuk memberi makanan seimbang dan berkhasiat kepada kanak-kanak.

Bagi tahun 1985 jumlah ini bertambah menjadi $2.1 juta. Bagi bekalan bahan-bahan serta alat

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3157 12 DISEMBER 1984 3158

pengajaran dan pembelajaran pula sebanyak $300 ribu telahpun diperuntukkan bagi tahun 1984 di bawah Anggaran Belanjawan Pembangunan dan ditambah menjadi $600 ribu bagi tahun 1985. Peruntukan ini adalah untuk membekalkan alat-alat dan kelengkapan seperti almari, alat-alat permainan dan sebagainya.

Bagaimanapun jumlah ini terlalu kecil di mana hitung panjang setiap TABIKA hanya mendapat antara $200 - $300 sahaja. Bagi mengatasi masalah ini, TABIKA menggunakan wang tabung sendiri untuk menampung perbelanjaan Iain-lain. Kemas tidak berpegang kepada prinsip mengadakan alat-alat dan bahan pengajaran yang sophisticated dan commercil, dengan izin, di TABIKA untuk mendorong keluarga miskin menghantar anak-anak mereka ke Kelas TABIKA Kemas.

Sebenarnya, apa yang diamalkan di TABIKA hari ini ialah untuk menyedia-kan alat-alat bahan pengajaran yang sederhana tetapi mempunyai unsur dan nilai pendidikan yang bermutu. la di-buat oleh pemaju masyarakat atau guru TABIKA dan di setengah-tengah tempat kaum ibu turut bersama membuatnya.

Cara ini dibuat ialah kerana pelaksanaan TABIKA Kemas, di samping menggalakkan perkembangan kanak-kanak dari segi sosial, fizikal, emosi, mental dan rohani, mementing-kan juga penglibatan serta penyertaan masyarakat sebagaimana yang dike-hendaki oleh prinsip pembangunan masyarakat.

Tuan Fadzil bin Mahmood: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita tidak dapat nafikan bahawa kelas TABIKA adalah satu kelas yang betul-betul memberi kesan kepada anak-anak kita terutama sekali apabila mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah. Jadi inilah satu tugas yang baik.

Saya ingin tahu daripada pihak Menteri adakah pihak Menteri bercadang untuk menyerapkan guru

TABIKA ini kepada jawatan tetap supaya masa depan mereka itu terjamin. Dan satu lagi, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sekarang ini kita mengadakan kelas-kelas TABIKA di Dewan-dewan orang ramai, kadang-kadang kalau tak ada Dewan di bawah rumah orang dan sebagainya. Jadi ada lebih baik saya rasa Kerajaan mengubahsuaikan sedikit supaya kelas-kelas TABIKA itu diadakan bersama-sama dengan sekolah rendah supaya dapat murid-murid itu melazimkan diri mereka dengan kanak-kanak yang sedia ada di situ.

Dato Mohammad Yahya bin Lampong: Untuk sementara ini Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar belum bercadang untuk menyerapkan guru-guru TABIKA ini kepada jawatan tetap.

Yang kedua, sebenarnya cadangan daripada Yang Berhormat itu adalah elok sekali, akan tetapi oleh sebab keadaan kewangan tidak mengizinkan ianya belum dapat dilaksanakan. Sekarang pun untuk melatih guru-guru TABIKA ini, kita terpaksa menangguhkan program kita. Jadi sekiranya kita boleh menyelaraskan kelas-kelas TABIKA ini di mana kita boleh menggunakan kelas-kelas sekolah rendah yang ada pada masa ini, itu digalakkan oleh Kementerian. Jadi, oleh sebab kebanyakan daripada sekolah-sekolah rendah tidak memberi peluang kepada kelas-kelas TABIKA ini, maka program ini tidak dapat kita adakan di sekolah-sekolah rendah. Walaupun demikian, adalah menjadi hasrat Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar untuk memperbaiki taraf Kelas TABIKA ini. Tetapi sebagaimana yang saya nyatakan tadi oleh sebab keadaan kewangan tidak mengizinkan terpaksalah kita menangguhkan cita-cita kita itu.

Tuan Haji Abdul Razak bin Haji Abu Samah: Tuan Yang di-Pertua, kita memang ucapkan terima kasih kepada

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3159 12 DISEMBER 1984 3160

Kerajaan mengadakan pra-sekolah di kelas TABIKA ini. Di sini ingin saya bertanya, adakah pihak-pihak Kementerian ini mengarahkan guru-guru untuk meminta wang daripada ibu bapa yang jnenghantar anak-anak ke kelas TABIKA ini, kerana separuhnya kelas ada minta wang, separuh tidak. Oleh itu adakah arahan yang dibuat oleh Kementerian ini mengarahkan kutipan wang daripada ibu bapa?

Dato Mohammad Yahya bin Lampong: Tuan Yang di-Pertua, tidak ada arahan.

Tuan Haji Wahab bin Haji Abu Bakar: Tuan Yang di-Pertua, saya terdapat dua kemusykilan daripada penerangan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi laitu dari segi latihan lanjutan kepada pemaju kelas TABIKA ini. Kelas TABIKA ini sangat popular di seluruh negara terutama di luar bandar, termasuk juga dalam banar. Tetapi sayangnya kelas-kelas pemaju-pemaju TABIKA ini Tuan Yang di-Pertua, menerima latihan di peringkat awal sahaja kemudian selepas daripada itu sehingga hari ini pemaju-pemaju ini terbiar macam cupak hanyut di dalam laut sahaja, senget. Saya kira masalah kewangan dan kemelesetan ekonomi negara tidak menjadi masalah yang besar kepada memberi latihan. Mereka boleh diberi latihan semasa cuti penggal sekolah dan juga tempatnya boleh kita adakan ketika musim cuti ini sama di sekolah-sekolah, di asrama di peringkat negeri ataupun di universiti-universiti tempatan. Kerana saya dapati pemaju dan penolong-penolong pemaju ini mendapat kelulusan ijazah MA semua - MA 'mati angin'. Kadang-kadang kita terdapat pula sungutan ibubapa pergi hantar anak ke sekolah didapati pemaju ini duduk relax, dengan izin, di atas meja sahaja tanpa menyambut dan meraikan kanak-kanak itu dari segi saikoloji. Jadi, latihan yang seperti ini tidaklah memerlukan tenaga profesional yang tinggi dan memerlukan kewangan yang banyak, memadai sepenggal-sepenggal cuti-cuti sekolah, setahun sekali supaya

orang ini di 'brainwash', dengan izin, sepanjang masa dan menyelami masalah-masalah dari pendidikan itu. Jadi, ada­kah ini termasuk di dalam perancangan Kemas untuk mengkemaskan urusan-urusan yang sangat lemah di dalam TABIKA ini?

Dato Mohammad Yahya bin Lampong: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya adalah tidak benar bahawa selepas kita mengadakan latihan awal, guru-guru ini tidak diberi latihan tambahan. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar melalui KpMAS sentiasa memberi latihan-latihan tambahan di waktu cuti penggal sekolah-sekolah.

Dan yang kedua, perkara-perkara ataupun kelemahan-kelemahan yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat itu tadi belum sampai ke pengetahuan Kementerian. Jadi, kalau sekiranya Yang Berhormat mempunyai laporan-laporan yang tepat, bolehlah ianya dihantar kepada Kementerian supaya kita boleh mengambil tindakan.

MATAPELAJARAN KOMPUTER DI SEKOLAH-SEKOLAH

15. Tuan Haji Abdul Razak bin Haji Abu Samah minta Menteri Pelajaran menyatakan sama ada Kerajaan akan memperkehalkan matapelajaran kom-puter di sekolah-sekolah memandang-kan alat ini amat penting di zaman Sains dan Teknologi moden.

30. Toh Muda Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan minta Menteri Pelajaran menyatakan bila Kementerian akan mengadakan pelajaran "Computer" kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah memandangkan betapa pentingnya bidang ini di masa depan.

Datin Paduka Chow Poh Kheng: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab kedua-dua soalan yang dibawa oleh Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Razak bin Haji Abu Samah dan Toh Muda Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan yang telah membangkitkan perkara pelajaran komputer.

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3161 12 DISEMBER 1984 3162

Kementerian Pelajaran sedang merancang untuk memperkenalkan pelajaran mengenai komputer-komputer di sekolah menengah sahaja Walau bagaimanapun, pada masa sekarang terdapat beberapa buah sekolah sedang memperkenalkan pelajaran komputer kepada murid-murid melalui daya usaha sekarang sebagai kegiatan ko-kurikulum.

BUANGAN TAHI BABI -HASIL PENYIASATAN

16. Tuan Haji Shahrom bin Haji Maasom minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan hasil penyiasatan Kementerian ini dalam usahanya menghapuskan bau busuk buangan tahi babi di seluruh negara terutama di Kampung-kampung Melayu dan nyatakan juga sama ada:

(a) logi membuat baja dari tahi babi sepertimana yang dijalankan di Sungai Buluh akan diperluaskan ke selurh negara; dan

(b) Kementerian ini ada langkah jangka panjang untuk mengatasi masalah ini memandangkan bertambahnya penduduk dan lebih banyak lagi babi akan diternak.

Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Datuk Amar Stephen Yong Kuet Tze): Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan:

(a) saya ingin menegaskan bahawa Kementerian saya melalui sebuah Jawatankuasa Petugas, yang juga dianggotai oleh Jabatan Haiwan dan Universiti Pertanian Malaysia, telah dan sedang menjalankan kajian yang bertujuan untuk mengatasi masalah buangan ternakan babi serta mengurangkan bau busuk. Bau busuk dari ternakan babi ini boleh dikurangkan, tetapi pada masa kini tiada teknologi yang dapat menghapuskan bau busuk sama sekali.

Projek printis di Sungai Buloh, Selangor ialah satu projek kajian pengolahan buangan ternakan babi untuk menghasilkan biogas dan ia bukanlah untuk membuat baja. Projek tersebut ialah projek loji printis, dan jika ianya menjadi sesuai dan praktik untuk dilaksanakan, maka usaha akan dijalankan untuk menggalakkan kegunaannya oleh penternak-penternak babi.

Selain daripada loji tersebut itu satu lagi sistem pengolahan yang terdiri daripada sistem filter-bed, dengan izin, dan kolam pengokisan (oxidation pond) juga diusahakan. Sistem ini adalah untuk ladang ternakan babi yang mengandungi di antara sebanyak 100 hingga 1,000 ekor babi.

Bagi tujuan ini, Kementerian saya sedang dalam proses menyediakan risalah-risalah maklumat untuk diedarkan kepada penternak-penternak babi.

(b) Untuk mengatasi masalah pembuangan ternakan babi, langkah-langkah jangka panjang adalah seperti berikut:

(i) ternakan babi hendaklah dijalan­kan di kawasan yang dizonkan khas untuk perindustrian itu;

(ii) effluen ternakan babi tidak dilepas ke dalam alur air; dan

(iii) meningkatkan teknologi untuk mengawal pencemaran ini. Da­lam hubungan ini, Kementerian Pertanian telah mengambil alih pengendalian perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, memandang­kan pihak Kerajaan-kerajaan Negeri ialah pihak yang mengeluarkan lesen untuk ternakan babi, maka pihak Ke­rajaan-kerajaan Negeri hendaklah men-syaratkan langkah-langkah tersebut, iaitu pengzonan dan Kawalan pelepas-an (effluen) di dalam lesen yang dikeluar-kan olehnya. Penguatkuasaan undang-

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3163 12 DISEMBER 1984 3164

undang dan syarat-syarat itu adalah di dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kementerian saya ialah pihak yang mem-beri nasihat kepada pihak Kerajaan-kerajaan Negeri dari segi mengatasi masalah pencemaran dari ternakan babi.

Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahya: Tuan Yang di-Pertua, mengikut penerangan Yang Berhormat Menteri tadi, bahawa loji membuat baja tahi babi di Sungai Buluh itu sebagai satu percubaan sahaja dan ianya kalau boleh digunakan akan terus dipergunakan dalam usaha membuat baja.

Soalan saya, adakah kalau sekiranya didapati sesuai dan boleh digunakan, adakah loji membuat baja tahi babi di Sungai Buluh itu akan dikekalkan di situ. Kerana setahu saya bahawa resapan, limpahan daripada najis itu boleh menjejaskan kesucian air sungai yang berhampiran untuk digunakan oleh penduduk di sekitar kawasan Sungai Buluh itu.

Datuk Amar Stephen Yong Kuet Tze: Tuan Yang di-Pertua, seperti saya katakan tadi, loji di Sungai Buluh itu bukanlah untuk membuat baja dan ini projek perintis sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Kee Yong Wee.

Datuk Ishak bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, Soalan No. 17.

PUSAT PEMULfflAN DADAH -PENYIKSAAN PESAKIT

17. Datuk Ishak bin Abdul Rahman (di bawah S.O. 23(2)) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-

(a) sama ada beliau akan mengambil langkah-langkah positif untuk mempastikan di pusat-pusat pemulihan penagih dadah tidak akan berlaku lagi peristiwa siksaan kepada pesakit-pesakit; dan

(b) jumlah kes aduan yang telah diterima oleh Kementerian tentang penyiksaan kepada pesakit-pesakit di pusat pemulihan penagih dadah sejak ianya ditubuhkan dan nyatakan tindakan yang telah diambil terhadap pegawai-pegawai yang bertanggungjawab.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad): Tuan Yang di-Pertua, pihak Kementerian sedar bahawa ada aduan yang menyatakan pelatih-pelatih di sebuah pusat pemulihan telah didera oleh sebilangan kecil kakitangan pusat berkenaan. Kementerian memandang sangat besat ke atas perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan pusat atau undang-undang negara kita dan tidak akan bertolak ansur dengan tindak tanduk mana-mana kakitangan berkenaan.

Saya suka memberi jaminan kepada Dewan yang mulia ini bahawa tindakan yang setimpal akan diambil termasuk tindakan mahkamah terhadap mana-mana pegawai atau kakitangan pusat sekiranya terdapat keterangan-keterangan yang membabitkan mereka. Untuk mencegah perbuatan yang tidak diingini ini berlaku, pihak Kementerian telah mengambil langkah-langkah positif seperti berikut:

1. Semua pegawai dan kakitangan pusat telah diberi amaran bertulis bahawa tindakan tatatertib atau tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan mendera mana-mana pelatih di masa akan datang.

2. Arahan bertulis telah dikeluar-kan kepada semua pegawai dan kakitangan supaya memberhenti-kan mengambil tindakan bersen-dirian terhadap pelatih-pelatih yang melakukan kesalahan.

3. Satu borang kertas pertuduhan telah disediakan dan pelatih-pelatih yang melakukan kesalahan

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3165 12 DISEMBER 1984 3166

akan didakwa dengan mengguna-kan borang tersebut dan dihadap-kan kepada Komandan untuk di-bicarakan dan diberi hukuman selaras dengan peruntukan-per-untukan di dalam Kaedah-kaedah Pusat Pemulihan Dadah 1983.

4. Ahli-ahli Lembaga Pelawat akan membuat lawatan ke asrama serta perjumpaan yang kerap lagi dengan pelatih-pelatih untuk mengetahui kebajikan mereka dan menerima aduan-aduan terhadap mana-mana kakitangan yang menyalahgunakan kuasa mereka. Dengan ini tindakan awalan dapat diambil untuk mencegah perbuatan-perbuatan yang tidak diingini berlaku itu.

Tuan Yang di-Pertua, tidak ada kes-kes yang membuat aduan terus kepada Kementerian Dalam Negeri tentang penyiksaan kepada mereka, tetapi ada seramai 13 orang pelatih-pelatih telah membuat aduan kepada pihak Polis bahawa mereka telah didera oleh kakitangan Pusat Seranti, Tampin sejak ianya ditubuhkan. Pihak Polis telah mengambil tindakan yang sewajarnya dan penyiasatan masih diteruskan. Apa-apa tindakan yang akan dikenakan kepada mana-mana pegawai atau kakitangan yang terlibat adalah bergantung kepada hasil penyiasatan pihak Polis.

Tuan Loo Swee Mok: Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, selain daripada memberi rawatan kepada penagih-penagih dadah di dalam Pusat Penagih Dadah, adakah pihak Kementerian melaksanakan pendidikan terhadap penagih dadah supaya mereka menginsafi menagih dadah adalah merbahayakan jiwanya dan apabila mareka berpisah dari Pusat Penagih Dadah terus menjadi seorang rakyat yang berguna.

Tuan Radzi bin Sheikh Alma: Tuan Yang di-Pertua. memanglah perkara-

perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu diajar, ditanam kepada pelatih-pelatih yang terdapat dalam semua pusat-pusat pemulihan yang terdapat di negara kita ini malahan lebih daripada itu juga. Masalah yang timbul mungkin Yang Berhormat mungkin terfikir adalah masalah yang timbul selepas pelatih-pelatih itu dilepaskan balik daripada Pusat-pusat Pemulihan selepas menjalani rawatan selama dua tahun. Inilah masalah yang mungkin tertanya-tanya dalam fikiran Yang Berhormat.

Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, adakah pendidikan diberi kepada penagih-penagih dadah itu terdiri daripada alim ulama. Kalaulah ada guru-guru agama atau alim ulama berapakah ramai guru-guru agama yang telahpun diambil oleh pihak Kementerian untuk mendidik penagih-penagih dadah ini. Sebab, mengikut pendapat saya kalaulah seseorang itu tidak mengenal sesuatu itu, menyiksakan dirinya sama ada dalam segi keimanannya terhadap perkara itu boleh jadi mereka itu tidak menjadi endah atau mengerti daripada apa yang telah dikata.

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, selain daripada latihan-latihan amali dan juga latihan-latihan praktikal yang lain ajaran agama dititikberatkan terutama sekali kepada mereka yang beragama Islam dengan harapan bahawa mereka bukan sahaja akan insaf tetapi apabila mereka dilepaskan balik selepas mendapat rawatan yang seelok-eloknya akan menjadi orang yang berguna kepada masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Hassan bin Nam.

Datuk Loh Fook Yen: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, Soalan No. 18.

BER AS — PENGELUARAN TEMPATAN

18. Datuk Loh Fook Yen (di bawah S.0. 23(2)) minta Menteri Perusahaan

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3167 12 DISEMBER 1984 3168

Awam menyatakan jumlah peratus beras keluaran negara ini dan jumlah peratus yang terpaksa diimport dan dari negara mana dan „ nyatakan juga rancangan Kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

Menteri Perasahaan Awam (Datin Paduka Rafidah Aziz): Tuan Yang di-Pertua, pengeluaran beras tempatan adalah di antara 80% hingga 85% daripada keluaran beras negara. Keperluan beras negara selebihnya adalah ditampung dari sumber import dan kadar perimpotan ialah sekurang-kurangnya 15% setahun. Sumber-sumber import pula adalah negara-negara Thailand, Burma, Pakistan dan Australia. Jumlah importan beras bagi sesuatu tahun adalah bergantung kepada pengeluaran beras negara, penggunaan beras, keperluan simpanan stockpile dan kedudukan stok LPN serta stok swasta pada tahun berkenaan. Quantiti beras yang diimport adalah dalam lingkungan 350,000 tan metrik hingga 500,000 tan metrik setahun. Kerajaan sentiasa mengambil langkah dari semasa ke semasa bagi meningkatkan penghasilan padi negara melalui Kementerian-kementerian dan agensi-agensi berkena­an.

Tuan Fazil bin Mahmood: Tuan Yang di-Pertua, dalam negara-negara yang diimport beras oleh Kerajaan kita, negara manakah mutu beras yang baik sekali.

Datin Paduka Rafidah Aziz: Mengikut pengalaman di masa lepas jumlah yang terbanyak sekali diimport itu daripada negara Thailand dan ini berdasarkan kepada kecenderungan pengguna untuk menggunakan beras daripada negeri tersebut.

Tuan Mohd. Noor bin Bedak Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri iaitu selain daripada import secara yang sah oleh Kerajaan sekarang

ini, ada juga beras-beras terutama sekali beras yang bermutu tinggi (Al) yang mana baru-baru ini telah dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan telah banyak masuk melalui Pantai Timur. Kemasukan ini saya rasa mengancam sedikit sebanyak kepada pengeluaran beras-beras yang dikilang di negara kita ini.

Saya ingin bertanya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi mempastikan iaitu beras-beras ini kalaupun tidak dihapuskan, tetapi dapat dikurangkan daripada masuk secara haram ke negara kita?

Datin Paduka Rafidah Aziz: Tuan Yang di-Pertua, beras-beras ini biasanya diseludup masuk daripada negara jiran iaitu negara utara ke Malaysia ini apabila berlaku keadaan di mana harga beras di negara kita lebih tinggi daripada negara jiran dan untuk mencegah ini Kerajaan telahpun menubuhkan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) yang telah ditempatkan di pintu-pintu masuk negara ini selain daripada membuat rondaan di sekitar sempadan antara negara kita dengan negara jiran.

Di masa-masa yang lepas, UPP ini telah berhasil untuk mencegah sedikit sebanyak usaha penyeludupan terutama apabila terdapat maklumat-maklumat daripada orang ramai mengenai usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyeludup beras masuk. Namun demikian ada kalanya penyeludupan ini tidak dapat dibanteras 100% kerana cara-caranya kadangkala begitu teliti, ada kalanya menggunakan kanak-kanak misalnya dibawa masuk secara kecil-kecilan dan ini tidak dapat dikawal 100%. Tetapi namun demikian UPP diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk mencegah dan di dalam UPP ini ada juga dilibatkan beberapa orang kakitangan LPN sendiri untuk membantu.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3169 12 DISEMBER 1984 3170

Tuan Haji Abdul Wahab bin Haji Abu Bakar: Adakah pernah berlaku pengalaman di mana Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) itu ada kalanya bertukar menjadi Unit Pengeluar Permit kepada beras yang masuk daripada negara tersebut?

Datin Paduka Rafidah Aziz: Setakat yang saya sendiri tahu tidak ada pula, tetapi kalau Yang Berhormat ada maklumat di mana penyelewengan berlaku, saya rasa sindiran itu ialah penyelewengan berlaku di UPP, silalah beri maklum kerana mereka ini adalah membantu mencegah, bukan untuk mempromote penyeludup pula.

KEROSAKAN BEREK KEM ULU KINTA, IPOH

19. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada beliau sedar bahawa terdapat banyak berek di Kem Ulu Kinta, Ipoh yang bangunannya telah rosak dan tidak diawasi dengan api dan terbiar kosong; yang boleh digunakan jika dibaiki untuk aktiviti yang berfaedah kepada keluarga polis tersebut.

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan memang sedar terdapat berek-berek di Kem Ulu Kinta, Ipoh, Perak yang mengalami kerosakan. Bagaimanapun, berek-berek itu akan dibaiki dan kelak dikhususkan kepada anggota bujang yang akan berkahwin kerana setakat ini semua anggota berkelamin telah mendapat berek masing-masing.

KONTRAKTOR ASING -PEMBERIAN KONTRAK

20. Datuk Ishak bin Abdul Rahman minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan akan mengkaji semula pemberian kontrak kepada kontraktor dan penyebut harga asing yang kurang memberi galakan pemindahan teknologi kepada rakyat Malaysia.

Dato' Mohamed Khalil bin Yaakob: Tuan Yang di-Pertua, amalan Kerajaan mensyaratkan . pemborong asing menganjurkan Latihan Kemahiran dan Amali dalam berbagai bidang yang berhubung kait dengan pembinaan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada orang-orang tempatan mempelajari dan menimba pengetahu-an, dengan izin, to acquire technical know-how, mengenai penggunaan teknologi pembinaan yang efficient dan menghasil-kan tenaga kerja binaan yang terlatih dan berkemahiran.

Walau bagaimanapun, kejayaan rancangan ini bergantung kepada kerjasama dua pihak yang terlibat. Di pihak pemborong mereka hendaklah bersungguh-sungguh menyediakan jenis latihan yang diperlukan, pembiayaan kepada pelatih-pelatih dan tunjuk ajar yang sempurna dan bersistematik. Manakala pelatih-pelatih pula hendaklah bersedia menerima arahan dan latihan yang diberikan oleh pemborong berkenaan kepada mereka. Dengan ini maka proses pemindahan kepakaran akan berlaku secara tersusun dan berkesan. Justeru itu maka rancangan Kerajaan untuk menghasilkan tenaga kerja yang terlatih dan berkemahiran dalam sektor pembinaan melalui usaha ini akan tercapai.

Oleh yang demikian, saya sukalah menyatakan di sini bahawa Kerajaan sentiasa mengkaji dari masa ke semasa tentang pemberian kontrak kepada kontraktor dan penyebut harga asing secara keseluruhannya untuk menentukan hasrat Kerajaan akan dapat dicapai sehubungan dengan pemberian kontrak kepada kontraktor asing ini.

Kerajaan telahpun mengingatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan jika terdapat mana-mana pemborong asing yang gagal memainkan peranan dan tidak memberikan kerjasama mereka dalam aspek menganjurkan Skim Latihan Kemahiran kepada

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3171 12 DISEMBER 1984 3172

pekerja-pekerja tempatan, mereka tidak akan diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam kerja-kerja kontrak di negara ini di masa-masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, waktu sudah cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 21 hingga 31 adalah diberi dibawah ini).

SAINS VETERINAR DARI INDIA/ PAKISTAN/BANGLADESH

21. Tuan D.P.Vijandran minta Perdana Menteri menyatakan mengapa Kementerian masih berterusan secara kolonial mengamalkan perbezaan-perbezaan antara doktor-doktor haiwan kelulusan Britian, Australia dan Canada dengan yang berkelulusan dari India, Pakistan dan Bangladesh.

Dato Mohamed Khalil bin Yaakob: Kelulusan Ijazah dalam bidang Sains Veterinar dari India, Pakistan dan Bangladesh telahpun di putus oleh Kerajaan sebagai setaraf dengan kelulusan-kelulusan Ijazah Am, manakala kelulusan dalam bidang yang sama dari Britain, Australia, Canada mahupun Malaysia diiktiraf sebagai kelulusan professional bagi tujuan perlantikan ke dalam perkhidmatan awam. Keputusan ini dicapai selepas suatu kajian yang mendalam dibuat mefigenainya. Dengan yang demikian, berlaku perbezaan dari segi lantikan ke atas pemegang-pemegang kelulusan berkenaan dari negara-negara tersebut.

AJARAN SESAT PELAMPAU AGAMA

22. Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahya minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan bagi mengatasi kumpulan-kumpulan yang menyebarkan Ajaran Sesat yang mengelirukan Umat Islam di negara ini dan juga kumpulan-kumpulan pelampau yang mempergunakan agama

Islam bagi mencapai tujuan kumpulan mereka serentak dengan itu memusnahkan perpaduan Ummah.

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad: Saya mohon mengambil kesempatan disini untuk menjawab soalan ini dan juga merangkumi soalan yang hampir sama oleh Yang Berhormat Puan Hajjah Hafsah Osman dan Yang Berhormat Encik Fadzil Mahmood yang akan dijawab pada 19hb. dan 20hb. Disember, 1984.

Kerajaan memanglah sedar dan sentiasa mengawasi kegiatan orang-orang tertentu, samada kegiatan ini dari golongan pelampau agama atau dari mereka yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran sesat kerana akibat dari kegiatan mereka ini boleh menimbulkan perpecahan perpaduan dikalangan masyarakat Islam, serta mengancam keselamatan negara.

Dalam usaha mengatasi masalah ini beberapa tindakan positif telah diambil oleh Kerajaan disamping pendakwaan yang dijalankan oleh Jabatan-Jabatan Ugama dibawah undang-undang pentadbiran Ugama Islam bagi negeri-negeri yang berkenaan. Diantara tindakan tegas yang diambil oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

(i) Tindakan Buang Daerah di bawah Enakmen Kediaman Terhad Bab 29.

(ii) Tangkapan di bawah Seksyen 298A Kanun Kesiksaan.

(iii) Tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

LANUN - MEMBANTERAS KEGIATAN

23. Tuan Haji Mohamed bin Yahya minta Menteri Dalam Negeri menyatakan siasatan gerombolan lanun yang telah membunuh seramai 33 orang di Perairan Sabah baru-baru ini dan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mengelakkan perkara itu berlaku lagi.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3173 12 DISEMBER 1984 3174

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad: Untuk makluman Yang Berhormat pihak polis tidak menjalankan sebarang siasatan ke atas kejadian sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat oleh kerana ianya berlaku di luar perairan Malaysia dan tidak melibatkan warganegara kita. Bagaimanapun kerajaan sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah positif bagi membenteras kegiatan lanun di negara ini termasuklah di Sabah.

Sehubungan dengan tujuan ini kerajaan akan menempatkan seramai 300 orang anggota PPH dari Semenanjung sebagai tambahan kepada satu batalion yang sedia ada di sana untuk di tugaskan di sekitar kawasan pantai dan pulau-pulau yang sensitif. Dengan dibantu oleh Pasukan Polis Merin PPH ini sentiasa membuat pemeriksaan rapi di pulau-pulau yang didiami dari masa kemasa untuk menentukan keselamatan penduduk-nya. Sebanyak 48 buah bot ronda merin jenis terbesar dan jenis laju sentiasa membuat rondaan dan sekatan laut di kawasan-kawasan sensitif. Di samping langkah-langkah di atas Kerajaan juga akan menempatkan 2 buah pesawat udara dari unit udara PDRM di sana untuk membuat liputan udara bagi mengawal perairan Sabah.

LPN - KEROSAKAN BERAS

24. Tuan Mohd. Nor bin Bedah minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan:

(a) jumlah sebenar padi dan beras yang rosak di kompleks LPN sepanjang 3 tahun yang lalu;

(b) sama ada benar bahawa beras yang rosak itu selain daripada LPN sendiri membeli padi yang lembab dan bermutu rendah, LPN juga cuai menyimpan; jika benar apakah langkah yang di-ambil bagi mempastikan kerosak-an tersebut diatasi atau dikurang-kan; dan

(c) sama ada Kementerian sedar bahawa masih ada lagi terdapat pengilang-pengilang swasta enggan membeli padi dalam keadaan tertentu seperti yang berlaku di Sabak Bernam baru-baru ini; jika sedar sama ada LPN mempunyai satu rancangan untuk mendiri lebih banyak komplek mengering padi dan menyimpan beras bagi menjamin pasaran semasa pengeluaran padi berlebihan, selaras dengan Dasar Pertanian Negara yang menetapkan padi sebagai industri yang dilindungi.

Darin Paduka Rafidah Aziz: Adalah tidak tepat untuk menyatakan berlaku-nya kerosakan padi dan beras dalam erti-kata ianya tidak boleh digunakan lang-sung. Apa yang sebenarnya berlaku di kompleks-kompleks LPN ialah padi jatuh mutu akibat dari beberapa keada­an. Antaranya ialah padi yang dibeli se-memangnya bermutu rendah kerana mengandungi wap basah yang tinggi serta mengandungi padi muda. Dalam keadaan-keadaan tertentu pula, LPN terpaksa membeli padi dalam jumlah yang banyak melebihi keupayaan penge-ringan dan penyimpanan. Padi yang lambat dikeringkan akan jatuh mutunya. Padi jenisini apabiladikisar akan meng-hasilkan beras bermutu rendah. Bagi tempoh 3 tahun yang lalu kedudukan padi yang jatuh mutu adalah seperti berikut:

Padi Jatuh Mutu Tahun (Tan Metrik)

1981 75,848

1982 55,419

1983 66,115

Buat masa ini kadar kerosakan beras di kompleks LPN adalah pada tahap yang rendah. Ini adalah kerana beras tempatan yang dihasilkan oleh LPN dari padi yang dibeli tidak disimpan lama sebelum dijual. Apa yang selalu didapati adalah beras rosak yang dihasilkan daripada padi yang jatuh

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3175 12 DISEMBER 1984 3176

mutunya akibat basah pada masa LPN membelinya.

Kementerian Perusahaan Awam sememangnya sedar bahawa masih terdapat pengilang-pengilang swasta yang enggan membeli padi dalam keadaan tertentu seperti yang berlaku di Sabak Bernam baru-baru ini. Sehubungan dengan itu, LPN telah merangka langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi masalah ini. Bagi langkah jangka pendek, LPN telah membuat aturan dengan pengilang-pengilang swasta disekitar dan dari luar kawasan Sabah Bernam untuk membeli lebihan padi yang dihasilkan di kawasan ini. Untuk langkah jangka panjang pula LPN akan membina 3 lagi kompleksnya iaitu bertempat di Seberang Perak, Perak; Chekali, Kelantan; dan Sungai Besar, Selangor.

Secara menyeluruh, LPN mempunyai rancangan untuk mengering padi dan menyimpan beras tambahan di tempat-tempat yang sesuai dengan tujuan menambah keupayaan. serta sebagai langkah mengatasi kejatuhan mutu padi dan membeli padi yang enggan dibeli oleh pengilang-pengilang swasta.

(Soalan No. 25 dijawab bersama soalan No. 3 pada 6-12-84)

HUTANG NEGARA

26. Tuan Ng Ah Pooi minta Menteri Kewangan menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengurangkan beban hutang asing negara yang amat tinggi.

Dato' Sabaruddin Chik: Pinjaman yang diperolehi oleh Kerajaan adalah untuk membiayai projek-projek pem-bangunan supaya dapat mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang stabil. Ba-gaimanapun Kerajaan telah mengambil beberapa langkah positif untuk me­ngurangkan pergantungan negara kita ke atas pinjaman-pinjaman luar negeri. Kerajaan sentiasa memperolehi pin­jaman punca-punca tempatan sebelum memperolehi pinjaman dari punca-

punca luar negeri. Dalam pada itu Ke­rajaan juga telah mengkaji semula ak-tiviti dan program yang sedang dan akan dilaksanakan dimana projek-pro­jek yang produktif sahaja diluluskan. Langkah ini akan terus dilaksanakan sehinggalah kedudukan ekonomi pulih semula.

MARDI - KLON BAKA KOKO

27. Tuan Hj Abdul Wahab bin Abu Bakar minta Menteri Pertanian menyatakan oleh kerana pihak MARDI yang berjaya mengeluarkan klon-klon baka koko yang baik serta mengeluarkan hasil yang banyak sebab-sebab mengapa klon-klon jenis baik itu masih tidak dibekalkan seluas-luasnya ditanam oleh petani-petani di kampung.

Tuan Luhat Wan: MARDI telah mengistihar 5 klon koko yang memberi hasil tinggi, dan bermutu dalam tahun 1983. Berikutan dengan pengistiharan tersebut, MARDI dengan kerjasama Jabatan Pertanian telah membekal bahan-bahan tanaman klon-klon ini kepada pekebun-pekebun kecil yang terlibat dalam projek pemulihan koko di Rungkup dan Sungai Keli, Perak, Sabak Bernam, Selangor dan Benut, Johor. Selain dari itu, bahan-bahan tanaman tersebut telah juga diedarkan kepada pekebun-pekebun kecil diluar kawasan pemulihan tersebut. Oleh kerana permintaan yang begitu banyak, adalah diakui tidak semua permohonan dapat di penuhi. Usaha-usaha sedang dijalankan dengan Jabatan Pertanian untuk melipatgandakan pengeluaran bahan tanaman klon-klon ini untuk memenuhi permintaan dari semua pihak, baik pekebun kecil mahupun ladang-ladang swasta di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

SAPARINAH BINTI IDRIS -KEMATIAN

28. Tuan Jaafar bin Harun minta Menteri Kesihatan menyatakan sebab-sebab kematian seorang wanita yang menjadi gemok di hospital Muar pada 8-9-1984.

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3177 12 DISEMBER 1984 3178

Menteri Kesihatan (Dato Chin Hon Ngian): Pesakit itu, Saparinah bte Idris, berusia 31 tahun, telah dimasukkan ke Hospital Daerah Batu Pahat pada lhb September 1984. Beliau telah diberi rawatan dan penjagaan sewajarnya. Pada 8hb September 1984, pesakit ini tiba-tiba tidak sedarkan diri dan meninggal dunia. Sebab kematian ialah "cardiac (heart) and respiratory failure".

PEMAJU PERUMAHAN -TINDAKAN

29. Dato' G. Pasamanickam minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada Kerajaan telah mengambil tindakan ke atas Pemaju-pemaju perumahan yang menggunakan bahan-bahan yang kurang bermutu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Dato' Dr Neo Yee Pan): Sebenarnya kawalan mutu bahan-bahan binaan dalam sektor pembinaan adalah dipertanggungjawabkan kepada juru perunding-juru perunding yang berkenaan. Pada kebiasaannya, bahan-bahan yang akan digunakan serta spesifikasi untuk sesuatu binaan itu adalah dimasukkan ke dalam dokumen kontrek pembinaan. Oleh itu, juru perunding-juru perunding hendaklah mempastikan bahawa semua binaan hendaklah dibina mengikut dokumen kontrek yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak iaitu kontrektor dan pemaju.

Walau bagaimanapun jika sekiranya ada binaan-binaan yang dibinakan dengan bahan-bahan yang kurang bermutu dan dengan sebab itu telah melibatkan ketukangan yang tidak memuaskan (poor workmanship). Selain dari pembeli berkenaan mengambil tindakan sivil, Kementerian saya boleh mengambil tindakan-tindakan mengarahkan pemaju yang berkenaan membaiki kecacatan-kecacatan yang berkenaan. Jika sekiranya arahan-arahan tersebut tidak

dipatuhi Kementerian saya boleh mengambil tindakan-tindakan meng-gantongkan atau membatalkan lesen pemaju yang terlibat dan seterusnya menyenaraikan pemaju tersebut ke dalam senarai hitam Kementerian saya.

(Soalan No. 30 dijawab bersama soalan No. 15)

LEMBAGA PERPADUAN NEGARA - PERANAN

31. Tuan K. Kumaran minta Perdana Menteri menyatakan peranan Lembaga Perpaduan Negara setakat ini dan sama ada beliau akan mengkaji kemungkinan mengeluarkan Laporan Tahunan yang mencerminkan peranan dan aktivitinya untuk dibentangkan dalam Parlimen atau untuk pengetahuan orangramai.

Datuk Dr. James P. Ongkili: Peranan utama yang dimainkan oleh Jabatan Perpaduan Negara ialah:-

(a) mengambil daya utama mengadakan program yang boleh memberi peluang kepada rakyat berbilang kaum mengenali rapat antara satu sama lain dengan lebih bersefahaman ke arah menjalin semangat muhibah;

(b) menyelaraskan proses integrasi dan perpaduan antara wilayah supaya kepentingan negara mengatasi kepentingan wilayah;

(c) mengingatkan rakyat terhadap kewajipan mereka sebagai warganegara Malaysia selaras dengan prinsip-prinsip Rukun-negara supaya sentiasa berse-mangat patriotis, berdisiplin dan bersatu padu.

Jabatan Perpaduan Negara ada mengeluarkan Laporan Tahunannya yang menghuraikan peranan dan aktiviti-aktivitinya. Laporan Tahunan itu dikeluarkan sebagai amalan pentadbiran untuk makluman Jemaah Menteri dan orang ramai. Oleh kerana Jabatan Perpaduan Negara bukan sebuah agensi Badan Berkanun maka

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3179 12 DISEMBER 1984 3180

Laporan Tahunannya tidak perlu dibentangkan di Parlimen.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN, 1985

Bacaan Kali Yang Kedua

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." (llhbDisember, 1984)

Tuan Yang di-Pertua: Jabatan Per-dana Menteri.

3.35 ptg.

Menteri Kehakiman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Dr. James P. Ongkili): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucap-kan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan, teguran dan syor-syor yang membina terhadap perkara-perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri.

Dalam tempoh perbahasan atas dasar-dasar am Belanjawan 1985 beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan beberapa perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri terutama sekali mengenai rasuah, gaji, aktiviti sukarela dan sukan, rawatan perubatan pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam, Dasar Per-syarikatan Malaysia dan Penswastaan, pencapaian Dasar Ekonomi Baru, Jemaah Haji, penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran, kegiatan dakwah, polarisasi kaum dan mengenai blok menara Bangunan Parlimen juga. Saya tidak bercadang untuk menjawab satu persatu kesemua hujah-hujah yang telah diberikan ini kerana itu telahpun dijawab dalam soalan-soalan, ada di antaranya di dalam persidangan Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom telah membangkitkan perkara rasuah dan menyatakan bahawa perbuatan rasuah tidak boleh habis kemungkinan kerana Akta Pencegah Rasuah dan Badan Pencegah Rasuah tidak kuat atau menyeluruh. Ingin saya tegaskan bahawa peruntukan di bawah Akta Pencegah Rasuah sudah mencukupi bagi Badan Pencegah Rasuah bertindak membanteras segala bentuk perbuatan rasuah yang berlaku di negara kita.

Setakat ini Kerajaan berpuas hati mengenai prestasi yang telah ditunjuk-kan oleh Badan Pencegah Rasuah. Kegigihan dan kesungguhan Badan tersebut bertindak untuk meng-hapuskan rasuah bukan sahaja telah berjaya mewujudkan kesedaran, keinsafan dan perasaan takut di kalangan mereka yang pernah melaku-kan rasuah, tetapi juga di kalangan mereka yang belum atau baru hendak berjinak dengan rasuah. Selain daripada itu, bilangan tangkapan yang semakin meningkat ke atas orang awam yang melakukan rasuah telah berjaya mewujudkan kesedaran dan perasaan takut di kalangan mereka untuk menghulurkan atau menyogok apa-apa perbuatan rasuah.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Haji Abdul Wahab bin Haji Abu Bakar telah membangkitkan perkara yang sama iaitu perbuatan rasuah bukan sahaja di kalangan pegawai-pegawai Kerajaan tetapi juga pegawai-pegawai bank dan Lembaga Padi dan Beras Negara. Di dalam perkara ini suka saya tegaskan sekali lagi di Dewan yang mulia ini bahawa Badan Pencegah Rasuah akan terus mempertingkatkan aktivitinya untuk menyiasat sesiapa sahaja yang disyaki telah melakukan rasuah dan membawa mereka ke muka pengadilan jika bukti-bukti yang cukup dan jelas diperolehi. Badan Pencegah Rasuah akan menyiasat sesiapa sahaja tanpa memilih kedudukan, pangkat atau keturunan seseorang yang disyaki melakukan sesuatu perbuatan rasualu

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3181 12 DISEMBER 1984 3182

Tuan Yang di-Pertua, saya me-ngucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Haji Ariffin bin Haji Salleh yang telah menasihatkan pekerja-pekerja sektor awam supaya bersabar dahulu mengenai tuntutan kenaikan gaji. Di dalam hubungan ini saya ingin menegaskan bahawa setakat ini Kerajaan tidak bercadang untuk membuat penyemakan gaji pekerja-pekerja sektor awam. Kerajaan sedar mengenai kenaikan harga barang-barang keperluan dari tahun ke setahun. Namun demikian, kadar kenaikan harga-harga barang itu belum dirasai sebagaf terlalu tinggi. Kenaikan harga barang-barang itu dialami bukan sahaja oleh pekerja-pekerja sektor awam bahkan juga oleh semua rakyat. Tambahan lagi pada waktu ini Kerajaan belum mempunyai keupayaan untuk menambah gaji kakitangan awam oleh kerana kedudukan kewangan negara.

Walaupun begitu Kerajaan sentiasa mengesan kadar kenaikan harga barang-barang dari masa ke semasa di samping membuat kajian yang tertentu mengenai pendapatan dan corak perbelanjaan pekerja-pekerja sektor awam terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. Hasil daripada kajian itu akan menjadi panduan kepada Kerajaan mengenai penyemakan gaji para pekerja sektor awam pada masa hadapan nanti.

Mengenai dengan penglibatan pekerja-pekerja sektor awam di dalam aktiviti-aktiviti sukan dan sukarela seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Wahab bin Haji Abu Bakar, suka saya menjelaskan bahawa pekerja-pekerja Kerajaan adalah digalakkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sukarela dan sukan. Walaupun demikian, penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti itu tidak bermakna mereka itu melalaikan tugas-tugas mereka di pejabat. Ada kemungkinan pada hari-hari apabila sesuatu aktiviti sosial atau sukan diadakan terdapat

pegawai-pegawai yang tidak berada di pejabat kerana penglibatan mereka di dalam aktiviti-aktiviti itu. Keadaan itu sebenarnya berlaku sekali sekala dalam setahun dan tidaklah sepanjang masa seperti yang digambarkan oleh Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Haji Ariffin bin Haji Salleh telah menyarankan supaya pegawai-pegawai dan kakitangan dari badan-badan berkanun dan Lembaga Kerajaan dikehendaki mendapatkan rawatan di hospital-hospital Kerajaan dan tidak begitu kerap daripada klinik-klinik dan hospital-hospital swasta seperti sekarang. Beliau membuat saranan ini sebagai salah satu langkah menjimat-kan kedudukan kewangan sekarang. Sukalah saya memaklumkan bahawa Kerajaan memang mengawasi ini dan sentiasa mengkaji dari masa ke semasa.

Berhubung dengan penggunaan Kad Perakam Waktu, perbuatan menipu dengan meminta seorang rakan mengetip kad itu tidak berlaku tanpa diketahui oleh pegawai yang bertugas. Sistem ini memang memerlukan seorang pegawai mengawasi proses perakaman itu dari pagi hingga pukul 8.00. Selepas menunggu mereka yang datang lambat, kad-kad yang ditanda merah akan dirujukkan kepada Ketua masing-masing untuk tindakan sewajarnya. Jika pegawai itu tidak menjalankan tugas atau membenarkan penipuan itu berlaku iaitu sipenjaga, dialah yang akan menanggung tindakan yang tertentu daripada jabatannya sendiri atau apa sahaja agensi Kerajaan. Masalah pengangkutan yang timbul kerana hendak sampai ke tempat kerja sebelum pukul 8.00 pagi telah cuba diatasi dengan mewujudkan sistem bas terus dari tempat-tempat kediaman tertentu ke pejabat. Sama ada bas-bas begitu boleh ditambah bilangannya atau tidak bergantung kepada sambutan yang diberi oleh kakitangan-kakitangan Kerajaan. Kemajuan sistem itu sedang terus menerus diawasi oleh pihak Pengangkutan Jalanraya dan

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3183 12 DISEMBER 1984 3184

MAMPU. Soal penggunaan kereta-kereta Kerajaan untuk mengangkut pekerja-pekerja dari tempat-tempat tertentu di pusat bandar ke pejabat juga sedang dikaji dari segi buruk baiknya dan implikasi belanja tambahan yang akan terlibat.

Cadangan untuk menyiarkan berita dalam akhbar-akhbar mengenai kakitangan Kerajaan yang menerima Pingat Khidmat Cemerlang memang dialu-alukan. Ini pasti akan memberi galakan yang lebih untuk memenangi anugerah itu, tetapi pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan tidaklah harus digalakkan bekerja semata-mata untuk mendapat publisiti. Ini boleh membawa kesan yang buruk dan perlu dikaji dahulu. Soal adanya jabatan-jabatan yang belum memberi sebarang penganugerahan kepada kakitangan-nya yang bekerja dengan tekun dan dedikasi, ini kita ambil perhatian dan sebenarnya jawatankuasa yang ber-kenaan dengan anugerah-anugerah ini sentiasa mengambil kira dari masa ke semasa kemungkinan jabatan-jabatan yang tidak memberi anugerah sama sekali ataupun selang beberapa tahun lamanya.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan perkara yang dibangkitkan oleh Senator K. Kumaran iaitu Kerajaan harus berjaga-jaga supaya dasar penswastaan dan persyarikatan Malaysia tidak akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan keyakinan para pelabur asing di negara kita, inginlah saya menjelaskan bahawa dasar persyarikatan Malaysia telah dirangka untuk mewujudkan suasana kerjasama yang lebih erat di antara sektor awam dan sektor swasta dalam usaha meningkatkan lagi pengurusan ekonomi dan kewangan negara. Pihak pelabur-pelabur asing adalah merupakan bahagian yang penting dalam pelaburan swasta keseluruhannya. Dari itu dasar persyarikatan Malaysia seharusnya juga memberi manfaat kepada para pelabur asing di negara ini.

Dasar penswastaan itu telah digubal khas untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam memberi perkhidmatan yang lebih cekap kepada pengguna-pengguna di samping meninggikan lagi sumbangan sektor swasta terhadap pertumbuhan ekonomi keseluruhannya. Dalam konteks ini pelaburan asing dianggap satu komponen yang penting ke arah menjayakan matlamat dasar pen­swastaan. Selaras dengan garis panduan mengenai penswastaan, penyertaan pelaburan asing di dalam program-program yang tertentu akan di pertimbangkan khasnya bagi tujuan mendapatkan modal, kepakaran, pengurusan dan teknologi yang tertentu daripada pihak-pihak asing. Berasaskan hasrat Kerajaan dalam kedua-dua dasar itu, Kerajaan ber-pendapat bahawa para pelabor asing seharusnyalah bersedia menyertai kegiatan ekonomi negara ini dengan lebih yakin lagi tanpa perasaan kuatir bagaimana yang telah disebutkan oleh setengah-setengah pihak.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Haji Latif bin Dris telah membangkitkan persoalan adakah DEB atau Dasar Ekonomi Baru boleh mencapai kejayaan yang diharapkan oleh Kerajaan atau rakyat apabila tempohnya sampai dan jika tidak dicapai 100%, apakah rancangan atau dasar baru Kerajaan untuk membaiki keadaan peribumi di negara kita. Dalam hal ini ingin saya menyatakan bahawa kemajuan yang dicapai setakat ini ke arah pencapaian matlamat-matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah didapati memuaskan terutamanya dalam dekad pertama perlaksanaan DEB iaitu mulai tahun 1971 hingga 1980. Butir-butir mengenai kemajuan ini bagi tempoh 1971/1980 terkandung dalam dokumen Rancangan Malaysia Keempat. Sementara bagi tempoh 1981 sehingga 1983 telah dijelaskan dalam Kajian Separuh Penggal RME. Kemajuan yang diperolehi dalam tempoh 1981/1983 didapati tidak pada kadar yang sama

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3185 12 DISEMBER 1984 3186

dengan yang dicapai dalam tempoh 1971/1980 disebabkan oleh kemelese-tan ekonomi dunia yang membawa kesan terhadap perkembangan ekonomi negara. Kejayaan yang diperolehi bagi mencapai matlamat-matlamat DEB ada-lah hasil daripada usaha-usaha Keraja-an dari segi melaksanakan dasar-dasar, strategi-strategi dan projek-projek yang bertujuan mencapai DEB.

Bagi tempoh Rancangan Malaysia Keempat, iaitu tahun 1981/1985, projek-projek bertujuan membasmi kemiskinan telah diperuntukkan sebanyak $10,497 juta, manakala projek-projek bagi penyusunan semula masyarakat mendapat peruntukan sebanyak $6,577 juta, sebanyak $465 juta pula adalah bagi projek-projek yang memberi faedah kepada kedua-dua matlamat DEB ini.

Kerajaan pada masa ini sedang mengambil langkah-langkah awal bagi menyediakan Rancangan Malaysia Kelima. Rancangan ini akan memberi gambaran yang lebih jelas mengenai prospek pencapaian DEB menjelang tahun 1990. Seperti yang dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal (RME), suasana antarabangsa dan dalam negeri pada tahun-tahun akan datang, diramalkan menjadi lebih sukar. Oleh kerana matlamat-matlamat DEB di bawah rangka rancangan jangka panjang iaitu 20 tahun telah dirangka berasaskan suasana ekonomi yang lebih cerah, maka ada kemungkinan matlamat-matlamat DEB tidak boleh dicapai 100% menjelang tahun 1990. Oleh itu beberapa penyesuaian semula ke atas strategi DEB perlu dan sedang dibuat bagi menentukan supaya kemajuan selanjutnya diperolehi ke arah pencapaian matlamat-matlamat DEB.

Bagi pembasmian kemiskinan, antara strategi-strategi baru yang diper-kenalkan ialah perkebunan secara koperatif dengan menyatukan kebun-kebun yang kecil dan diurus secara

estet, pengumpulan kampung-kampung yang berselerak supaya menjadi pusat-pusat bandar dan penekanan kepada pertanian bercorak perniagaan.

Bagi penyusunan semula masyarakat, starategi-strategi baru yang utama termasuk penswastaan, kepentingan dan perkhidmatan Kerajaan tertentu dan penekanan kepada sektor-sektor yang cepat berkembang, dan mempunyai daya pengeluaran yang tinggi serta pekerjaan-pekerjaan yang memberi pendapatan yang tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Toh Muda Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan mengesyorkan supaya peruntukan untuk membasmi kemiskinan mestilah dipertingkatkan sekurang-kurangnya ke tahap 20% iaitu dua kali ganda dari peruntukan pada tahun ini.

Saya suka menegaskan di sini, bahawa peruntukan Kerajaan bagi membasmi kemiskinan tidak akan membawa kepada pencapaian matlamat pembasmian kemiskinan sepenuhnya atau secepatnya, sekiranya rakyat sendiri tidak bekerja kuat dan mengambil peluang-peluang bagi me-ningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan mereka. Mereka hendaklah kurang bergantung kepada bantuan atau peruntukan daripada Kerajaan dan sebaliknya berdikari serta meng-gunakan daya usaha dan keusahawan mereka.

Saya suka juga menjelaskan bahawa matlamat-matlamat Dasar Ekonomi Baru adalah saling berkait di antara satu sama lain, usaha-usaha termasuk peruntukan yang diberi bagi mencapai matlamat pembasmian kemiskinan akan juga membantu mencapai mat­lamat penyusunan semula masyarakat dan di sebaliknya. Suasana yang sesuai bagi pertumbuhan negara hasil dari­pada usaha-usaha Kerajaan dan pihak swasta juga adalah penting bagi

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3187 12 DISEMBER 1984 3188

mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada golongan miskin dan dengan ini membantu ke arah pencapaian matlamat pembasmian kemiskinan.

Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru telah tidak mengabaikan kepentingan Iain-lain kaum di negara ini. Di bawah objektif pembasmian kemiskinan program-program dilaksanakan ber-tujuan mengurang dan akhirnya membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Dalam rangka penyusunan semula masyarakat pula ianya ber-tujuan untuk mengurangkan kedudukan yang tidak seimbang dan yang wujud di antara bumiputera dan bukan bumiputera, dari segi tingkat, pendapatan, corak gunatenaga, pemilikan dan penguasaan di sektor syarikat dan Iain-lain kegiatan per-dagangan dan perindustrian. Sungguhpun demikian, ianya telah tidak menyekat Iain-lain kaum dari menyertai kegiatan ekonomi negara. Lesen-lesen dan tempat-tempat perniagaan termasuk yang dilaksana­kan oleh Kerajaan telah juga diberikan kepada bukan bumiputera termasuk kepada kaum India, ini adalah sebagai menjawab komen dari Yang Berhormat Senator Dato G. Pasamanickam.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai teguran berkaitan dengan jemaah haji, yang telah dibangkitkan oleh Tuan Haji Shaarom bin Haji Maasom, suka saya menjelaskan bahawa kejadian terpisah-nya antara suami isteri atau keluarga di kalangan jemaah haji tahun ini adalah berpunca daripada kelewatan Muasassah menghantar pelekat-pelekat maktab kepada Lembaga Urusan dan Tabung Haji. Pihak Muasassah pada mulanya telah berjanji akan meng­hantar pelekat-pelekat itu untuk ditampal ke paspot-paspot haji pada pertengahan bulan Mei tahun 1984 ini, tetapi pelekat-pelekat itu dihantar ke Tabung Haji kira-kira 2 minggu sahaja sebelum jemaah haji mula bertolak ke tanah suci. Walaupun pihak Tabung Haji hendak memperuntukkan jemaah haji di maktab, di mana terdapat syeikh

haji yang dipilih oleh mereka sendiri, tetapi pada masa yang suntuk itu paspot haji yang berjumlah kira-kira 23,400 yang disusun mengikut kumpulan, dipecahkan semula oleh pihak Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, dalam urusan persediaan visa haji. Maka kesimpulannya disebabkan Tabung haji hendak memberi jemaah haji kepada syeikh-syeikh haji yang mereka pilih di maktab-maktab yang tertentu dalam tempoh masa yang singkat itulah yang berlakunya 48 kes suami isteri mendapat maktab yang berlainan, tetapi walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, mereka yang terlibat telah dapat disatukan semula apabila tiba di Mekah. Sekiranya Tabung Haji tidak menghiraukan kehendak jemaah haji, untuk memilih syeikh dan mereka diperuntukan sahaja kepada maktab-maktab seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Indonesia kepada jemaah hajinya, maka sudah tentu perkara itu tidak berbangkit. Walau bagaimanapun, bagi haji yang akan datang masalah ini tidak harus berulang lagi, kerana telah dibuat peraturan supaya jemaah haji ditempat-kan di maktab yang sama bagi sesuatu penerbangan catar haji.

Mengenai beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Tuan Haji Abdul Razak bin Haji Abu Samah, sukalah saya menjelaskan satu persatu terutamanya mengenai syornya supaya jemaah haji yang pergi melalui pihak swasta dikawal. Suka saya memaklum-kan bahawa mereka yang hendak pergi melalui pihak swasta hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dengan cara itu dapatlah mereka diawasi.

Kedua, mengenai tambang catar haji yang dikenakan oleh Tabung Haji dan MAS adalah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan penerbangan biasa. Sebenarnya, tambang yang dikenakan kepada jemaah haji bukanlah $5,000 seorang, kadar tambang adalah berbeza, bergantung

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3189 12 DISEMBER 1984 3190

pada tempat seseorang jemaah haji itu bertolak. Misalnya kalau dari Semenanjung Malaysia $2,455, kalau dari Sarawak $2,785 dan kalau dari Sabah $2,997. Ini adalah lebih rendah daripada tambang jemaah haji Indonesia iaitu sebanyak $3,696.

Di samping itu, tambang charter haji adalah mahal sedikit dari tambang biasa disebabkan faktor-faktor yang berikut:-

(a) bagi tiap kumpulan jemaah haji, pesawat MAS terpaksa membuat 4 penerbangan bagi menghantar dan membawa balik dari Jeddah, iaitu pergi pesawat penuh, balik pesawat kosong dan selepas Wukuf, pergi pesawat kosong dan balik pesawat penuh. Maka kos minyak, pendaratan, elaun anak-anak kapal serta pe-nyelenggaraan adalah mening-kat;

(b) bagi setiap jemaah haji, MAS terpaksa membayar royalti sebanyak $175 atau US$75 kepada SAUDIA iaitu Syarikat Penerbangan Kerajaan Saudi Arabia.

Ketiga, ialah mengenai kes di mana 4 orang pegawai dari Tabung Haji yang bersama-sama dengan beliau (Haji Abdul Razak) dalam penerbangan telah terus bertolak ke Mekah, Madinah sebaik-baik sahaja mereka tiba di Jeddah. Suka saya menyatakan bahawa Tabung Haji telah mengatur sebilangan petugas yang tertentu bertugas di lapangan terbang Jeddah, di Madinah dan Mekah. Dengan demikian, pegawai-pegawai yang disebutkan itu telah diaturkan ke tempat lain dan tidaklah perlu mereka bertugas di lapangan terbang di Jeddah kerana sudah ada diaturkan kira-kira 20 orang petugas lain untuk mengendalikan jemaah haji semasa mereka tiba di situ, tambahan pula semua petugas yang bertugas di Lapangan Terbang Jeddah dikehendaki mempunyai Pas Kesela-matan yang dikeluarkan oleh pihak

lapangan terbang dan ini bermakna bukan semua petugas Tabung Haji boleh bertugas di sana tanpa Pas Ke-selamatan kerana itu akan melanggar peraturan keselamatan lapangan ter­bang tersebut.

Akhir sekali, ialah mengenai tuduhan bahawa terdapat petugas-petugas Tabung Haji di Lapangan Terbang Jeddah juga memberi layanan kasar kepada jemaah haji. Saya minta Yang Berhormat berkenaan menyampaikan nama-nama mereka kepada Tabung Haji supaya tindakan tatatertib dapat diambil terhadap mereka yang berkenaan. Seperti tennaklum, semua petugas Tabung Haji memakai lencana nama untuk membolehkan mereka dikenali.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Dato' Haji Zakariah bin Haji Yahya kerana sanjungannya terhadap usaha-usaha Tabung Haji dalam memper-tingkatkan lagi mutu perkhidmatan-nya kepada jemaah haji. Berhubung de­ngan tegurannya mengenai ketidak-seimbangan nisbah petugas dengan bilangan jemaah haji, ingin saya maklumkan bahawa Kerajaan akan menambahkan lagi bilangan petugas-petugas, termasuk petugas-petugas penuntut untuk berkhidmat kepada jemaah haji. Pada musim haji tahun hadapan (1985) 50 orang penuntut Malaysia di Tanah Suci akan diambil untuk berkhidmat dengan Tabung Haji berbanding dengan 30 orang sahaja yang bertugas pada tahun ini. Seperti tahun-tahun sudah, semua petugas dalam rombongan kebajikan dan perubatan akan diberi kursus orientasi untuk menyedarkan tujuan-tujuan mereka dihantar ke Tanah Suci. Langkah-langkah sedang dibuat untuk mempertingkatkan kursus orientasi tersebut bagi menentukan mereka yang dihantar itu benar-benar mempunyai sifat-sifat sopan-santun, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3191 12 DISEMBER 1984 3192

Berhubung dengan kemudahan dan perkhidmatan di Klinik Tabung Haji di Mekah dan di Madinah yang dikatakan tidak memuaskan, langkah-langkah sewajarnya akan diambil untuk menentukan klinik-klinik itu mempunyai kemudahan-kemudahan yang diperlukan supaya dapat mem-beri perkhidmatan yang lebih baik.

Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom juga telah membangkitkan -beberapa perkara, iaitu usaha-usaha penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran, mewujudkan Majlis Dakwah Negara bagi me-nyelaraskan aktiviti-akitivi dakwah di seluruh negara, kertas kerja , mengulas ayat-ayat 44, 45 dan 47 Surah Al-Maidah mengenai isu kafir-mengkafir dan tindakan terhadap pengikut-pengikut ajaran Hassan Bandung di Ulu Langat.

Sukalah saya menjelaskan bahawa mengenai penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran, sebuah badan yang bernama Lembaga Bersama Pe-nyelarasan Kegiatan Islam telah ditubuhkan. Lembaga tersebut dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan dianggotai oleh Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pusat-pusat Pengajian Tinggi dan juga Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri. Tugas Lembaga itu ialah untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti penerapan nilai-nilai Islam dalam Jabatan-Jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan supaya ianya berjalan dengan lancar dan berkesan. Langkah pertama dalam usaha penerapan nilai-nilai Islam itu ialah menerbitkan Etika kerja Islam. Langkah-langkah seterus-nya sedang diambil bagi menyebar dan menanamkan etika kerja itu di kalangan kakitangan Perkhidmatan Awam. Sementara itu, Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri sedang membuat kajian mengenai pelbagai aspek dalam pentadbiran dengan maksud menerapkan nilai-nilai

Islam ke dalamnya. Langkah-langkah itu dilaksanakan secara beransur-ansur.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai kegiatan dakwah, tindakan sedang diambil untuk mewujudkan pe-nyelarasan secara pentadbiran di peringkat negeri dan di antara negeri-negeri. Penubuhan Majlis Dakwah Negara buat masa ini belum lagi perlu.

Mengenai Kertas Kerja, ulasan ayat-ayat 44, 45 dan 47 Surah Al-Maidah yang dibangkitkan itu, ianya akan diterbit dan disebarkan secara bersiri oleh Bahagian Agama, Jabatan Per­dana Menteri.

Mengenai kegiatan pengikut-pengikut ajaran Hassan Bandung pula, pihak-pihak berwajib telah membuat penyiasatan. Tindakan-tindakan yang sewajarnya akan diambil mengikut undang-undang berkenaan.

Mengenai syor Yang Berhormat Tuan Haji Ariffin bin Haji Salleh supaya Jabatan-jabatan Agama, Majlis Agama Islam di negeri-negeri melaksanakan Titah Perisytiharan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda berkaitan dengan isu kafir-mengkafir, sukalah saya menerangkan bahawa Per­isytiharan Seri Paduka Baginda itu adalah juga dibuat bagi pihak Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, oleh itu tiap-tiap Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan sewajarnya bagi melaksanakan per­isytiharan itu. Di. peringkat Kerajaan Persekutuan, bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri sedang mengatur beberapa muzakarah untuk mem-bincangkan perkara perpecahan umat Islam dengan tujuan untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah itu secara baik dan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Tan Chang Soong atas cadangan dan ulasan beliau mengenai dasar Kerajaan menghadapi masalah polarisasi. Seperti yang telah dinyatakan oleh yang Amat Berhormat Pemangku Perdana Menteri

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3193 12 DISEMBER 1984 3194

di Dewan Rakyat pada 8hb Oktober yang lalu, Kerajaan sentiasa mengambil tindakan bagi mengesan unsur-unsur ini, mendedahkan dan mencari jalan untuk membendungnya. Selain dari itu, Kerajaan sedang melaksanakan strategi-strategi tertentu yang meliputi beberapa agensi Kerajaan seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Majlis Keselamatan Negara dan juga Kementerian Penerangan. Kerajaan masih berpegang teguh kepada kepercayaannya bahawa satu cara yang komprehensif dan teratur bagi meng-hadapi masalah polarisasi ini ialah sebagaimana yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru.

Jabatan Perpaduan Negara mempunyai satu Panel Penasihat Perpaduan Negara yang dianggotai oleh lebih kurang 15 ahli terkemuka dari luar Kerajaan. Panel ini ber-mesyuarat mengenai masalah-masalah harian perkauman, terutama yang berunsur negatif. Isu-isu itu dikesan, dianalisa dan dibendung dengan program-program yang khusus yang dilaksanakan oleh Jabatan Perpaduan Negara atas syor-syor oleh Panel Penasihat itu. Oleh yang demikian, perbincangan isu-isu polarisasi adalah dijalankan dari masa ke masa.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai Blok Menara Bangunan Parlimen yang disyorkan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Zakaria. bin Haji Yahya untuk dijadikan tempat tinggal rakan-rakan-nya daripada luar daripada negeri Selangor semasa Dewan bersidang, sukalah saya menerangkan iaitu Blok Menara ataupun Tower Block, dengan izin, di Bangunan Parlimen ini adalah dirancang khusus sebagai kemudahan pejabat bagi Ahli-ahli Parlimen. Setiap bilik di Blok Menara telah diuntukkan kepada dua Ahli Parlimen, masing-masing dibekalkan dengan sebuah meja, kerusi serta telefon. Ini bertujuan membolehkan Ahli-ahli menulis ucapan atau membuat kerja surat menyurat semasa menghadiri Persidangan

Parlimen. Oleh kerana bilangan bilik tidak mencukupi, Ahli-ahli Perlimen terpaksa kadang-kadang bergilir-gilir dalam menggunakan bilik-bilik yang diuntukkan.

Ada juga Ahli-ahli Parlimen yang jarang-jarang naik ke situ dan menggunakannya. Ini bermakna bilik-bilik itu akan digunakan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat semasa Dewan Rakyat bersidang, selepas habisnya mesyuarat Dewan Rakyat bilik-bilik itu bolehlah digunakan oleh Ahli-ahli Dewan Negara pula. Kadang-kadang juga penuh sesak seperti hari Isnin, Selasa dan Khamis minggu lalu kerana kedua-dua Dewan sedang bersidaiig. Blok Menara tidak pernah dirancang sebagai satu tempat penginapan untuk Ahli-ahli Parlimen atau Setiausaha-setiausaha Peribadi mereka jika ada. Saya mintalah Yang Berhormat yang ber-kenaan berjumpa dengan Setiausaha-setiausaha Dewan Negara untuk mengetahui hak-hak dan kemudahan-kemudahan yang seseorang Ahli boleh dapat.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan teguran, pandangan serta syor-syor yang menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungan Jabatan Perdana Menteri, di mana saya tidak dapat menjawab ataupun menyentuhnya dan menyebut Ahli-ahli Yang Berhormat yang mem-bangkitkannya saya memohon maaf. Walau bagaimanapun, perkara-perkara yang ditimbulkan itu telah dicatat dan diberi perhatian. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

4.13 ptg.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan S. Subramaniam): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya suka mengucapkan berbanyak terima kasih di atas minat

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3195 12 DISEMBER 1984 3196

Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh beberapa perkara di bawah bidang kuasa Kementerian saya semasa membahaskan Belanjawan 1985. Saya bercadang untuk menjawab satu persatu mengenai perkara-perkara tertentu yang disentuh itu. Lain-lain perkara saya akan memberi gambaran yang menyeluruh tentang program-program yang akan dijalankan oleh Kementerian ini yang merangkumi sebahagian besar daripada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya ialah mengenai cadangan Yang Berhormat Senator Abdul Razak bin Abu Samah supaya bilik rumah kos rendah ditambah atau bidang tanah bagi unit-unit rumah tersebut di-perluaskan. Cadangan ini adalah baik dan seboleh-bolehnya diperluaskan. Kementerian saya akan terus mereka-bentuk rumah yang selesa sesuai dengan kehendak ini. Walau bagaimanapun, keluasan lantai rumah mempunyai kai-tan dengan kos rumah dan kemampuan rakyat untuk membelinya. Oleh itu, se-takat ini had maksima keluasan lantai rumah kos rendah ialah 600 kaki per-segi atau 56 meter persegi.

Satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan membina rumah yang boleh diperluaskan atau dalam bahasa Inggeris, dengan izin, expandable houses. Bentuk ini membolehkan pemilik-pemilik memperluaskan rumah 4inti' sejajar dengan peningkatan pendapatan dan keperluan mereka. Rumah 'inti' ini mengandungi satu ruang dapur/tandas dan dua ruang utama yang boleh digunakan sebagai bilik tidur. Kawasan secukupnya disediakan di bahagian belakang rumah untuk maksud perluasan. Rumah jenis ini telahpun dilaksanakan di Mergong, Kedah dan akan diperluaskan lagi ke kawasan-kawasan yang didapati sesuai sekiranya sambutannya menggalakkan.

Yang Berhormat Senator Abdul Razak bin Abu Samah juga telah menyentuh tentang ketidaksempurnaan rumah yang dibina, Perkara yang

dibangkitkan ini terlalu umum dan tidak pula menjelaskan perkara yang tidak sempurna itu. Saya ingin menjelaskan bahawa tiap-tiap rumah yang dibina oleh pemaju swasta adalah di bawah penyeliaan juru perunding masing-masing terdiri dari arkitek ataupun jurutera perunding. Juru perunding-juru perunding berkenaan adalah bertanggungjawab di dalam segala urusan, mendapat kelulusan pembangunan dan memohon Sijil Perakuan Layak Menduduki yang dikeluarkan oleh Pihak-pihak Berkuasa Tempatan.

Juru perunding berkenaan juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan rumah-rumah yang dibina dalam Skim Perumahan Swasta mengikut kehendak-kehendak dan peraturan pembinaan yang termaktub di dalam Akta dan Peraturan yang berkenaan iaitu:-

(i) Akta Kerajaan Tempatan, 1976. (ii) Akta Perancang Bandar dan

Desa, 1976. (iii) Akta Jalan, Parit dan Bangunan,

1974. Pihak-pihak Berkuasa Tempatan

pula akan memastikan tiap-tiap unit rumah di dalam Skim Perumahan yang dijalankan, dibina berdasarkan pelan dan spesifikasi bangunan yang telah diberi kelulusan. Sijil . Layak Menduduki akan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa berkenaan setelah rumah itu dipercayai siap dibina dengan cara dan sifat ketukangan yang baik dan tidak menyeleweng dari pelan dan spesifikasi bangunan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian saya tidak membuat pengawasan semasa pembinaan perumahan swasta dijalankan, tetapi hanya menjalankan siasatan berbangkit dari aduan pembeli-pembeli rumah.

Ingin saya menjelaskan di sini bahawa Kementerian saya ber­tanggungjawab sepenuhnya ke atas projek rumah awam kos rendah yang

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3197 12 DISEMBER 1984 3198

dibina oleh Jabatan Perumahan Negara. Pada amnya, tidaklah benar bahawa rumah-rumah awam kos rendah yang dibina oleh Jabatan Perumahan Negara itu banyak yang rosak walaupun baharu diduduki kerana pembinaan rumah-rumah ter-sebut diawasi dengan rapi oleh Jabatan Perumahan Negara di peringkat Wilayah, di Johor Bahru, Alor Setar, Kota Bharu, Ipoh dan Kuala Lumpur.

Jabatan Perumahan Negara Wilayah dan agensi Kerajaan Negeri yang berkenaan telah ditugaskan untuk memeriksa dan mempastikan rumah-rumah dibina dengan sempurna sebelum diserahkan kepada Kerajaan Negeri bagi diperuntukkan kepada bakal-bakal penghuni. Sekiranya penghuni-penghuni rumah-rumah ter-sebut mendapati masih ada kerosakan, maka mereka bolehlah melaporkan kepada Kerajaan Negeri. Aduan ini hendaklah dibuat dalam tempoh tanggungan kerosakan (defect liability period). Pengarah Wilayah atau agensi Kerajaan Negeri yang berkenaan akan mengambil tindakan selanjutnya dengan mengarahkan kontraktor yang bersangkutan membaiki kerosakan-kerosakan itu.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai rumah kos rendah yang disewakan oleh pemilik seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Haji Ariffin bin Haji Salleh, saya suka memaklum-kan bahawa, Kementerian saya ada mengeluarkan garis panduan dalam menentukan pembahagian rumah-rumah awam kos rendah yang dibina. Pemilihan pembeli rumah adalah dijalankan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri sendiri. Saya tidak dapat menafikan ada pemilik rumah kos rendah yang telah menyewakan rumah mereka. Ini adalah bagi mereka yang bertugas di tempat lain dan oleh itu terpaksa menyewakan rumah yang mereka memiliki tersebut. Bagi kategori ini Kerajaan tidak dapat mempersoal-kannya kerana mereka mempunyai alasan yang munasabah.

Tetapi tindakan tegas harus diambil terhadap mereka yang mempunyai dua rumah kos rendah. Dalam hal ini, Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan telahpun mewujudkan sistem rekod berkomputer pembeli rumah kos rendah yang boleh membantu sebarang penyelewengan. Saya harap negeri-negeri lain juga akan mewujudkan sistem yang sama. Saya ingin merayu kepada orang ramai supaya bersikap bertanggungjawab dan tidak akan memohon untuk mendapat-kan rumah kos rendah sekiranya mereka telahpun memiliki rumah sedemikian. Dengan cara ini akan memberi peluang kepada mereka yang berkelayakan yang masih belum mempunyai rumah kos rendah.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara-perkara lain yang telah di­bangkitkan oleh beberapa orang Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti meninggi-kan lagi kepadatan perumahan di kawasan bandar, meningkatkan lagi kemudahan infrastruktur di kawasan perumahan, memperbaiki lagi perancangan dan mutu binaan, saya suka menyatakan bahawa Kementerian saya memang sedar akan perlunya dilaksanakan langkah-langkah seperti tersebut. Kementerian saya sememang-nya memberi pertimbangan berat ke atas perkara-perkara ini dalam perancangan dan perlaksanaan program perumahan khususnya program perumahan awam.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, saya ingin menyentuh tentang isu penamaan jalan-jalan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Haji Abdul Razak bin Haji Abu Samah. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, kuasa untuk memberi nama kepada jalan-jalan adalah terletak di bawah pihak berkuasa tempatan. Oleh kerana terdapat 90 buah penguasa-penguasa tempatan di Semenanjung Malaysia dan masing-masing mengadakan tanggungjawab mengawal meluluskan nama-nama jalan, maka

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3199 12 DISEMBER 1984 3200

terdapat ketidakseragaman dalam pem-berian nama jalan.

Kementerian saya sedang berusaha untuk menggubal satu garis panduan berhubung dengan penamaan jalan-jalan. Garis panduan ini akan mengandungi asas-asas atau ciri-ciri kebangsaan yang patut diambilkira dalam penggubalan nama-nama jalan. Antara ciri-ciri yang akan diambilkira ialah konsep Rukun negara, kebudaya-an Malaysia, sejarah Malaysia atau se­jarah tempatan, warganegara atau pe-mimpin yang banyak berjasa kepada negara, unsur-unsur alam semula jadi atau alam sekililing, unsur-unsur tem­patan, sumber-sumber antarabangsa yang mempunyai hubungan dengan pembangunan dan kemajuan Malay­sia.

Garis panduan ini telahpun dirundingkan di antara penguasa-penguasa tempatan. Perbincangan di antara Jabatan-jabatan Kerajaan ter-tentu dan persatuan-persatuan tertentu seperti Persatuan Sejarah, Arkib Negara, Muzium Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Iain-lain akan diadakan dari masa ke semasa untuk mendapatkan kepakaran dan kemahiran mereka dalam perkara ini. Garis panduan ini juga menitikberatkan penggunaan Bahasa Malaysia dengan betuli

Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja dan saya ucapkan berbanyak terima kasih sekali lagi atas minat yang telah ditumpukan ke atas Kementerian saya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua: Kementerian Kerjaraya.

4.24 ptg.

Menteri Kerjaraya (Daio' S. Samy VeDn): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya suka mengucapkan ber-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menaruh minat terhadap perkaia-perkara tertentu di bawah Kementerian

Kerjaraya ketika membahaskan ucapan Belanjawan 1985 oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di Dewan yang mulia ini. Saya sukalah menjawab beberapa perkara yang telah dibangkit-kan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Jaafar bin Harun telah membangkitkan perkara-perkara seperti berikut:

(a) Kadar bayaran air secara ber-tingkat-tingkat (block) yang ter-lalu tinggi dikenakan sekarang, berbanding dengan kadar purata telah dikenakan sebelum ini. Kadar-kadar bertingkat di Negeri Sembilan ini adalah mengikut jumlah penggunaan bekalan air iaitu:-(i) Pengunaan ke bawah 18

meter padu kadar bayaran-nya ialah 35 sen tiap-tiap satu meter padu.

(ii) 18 hingga 45 meter padu, kadar bayarannya 50 sen tiap-tiap satu meter padu.

(iii) 45 meter padu ke atas, kadar bayarannya 65 sen tiap-tiap satu meter padu.

Beliau telah mendapat bahawa kadar-kadar baru ini adalah tinggi dan membebankan rakyat berban­ding dengan kadar bayaran yang di­kenakan dahulu, iaitu sebanyak 27 sen pada setiap meter padu, tidak kira jumlah yang digunakan.

(b) Ketiadaan penyelarasan di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri mengenai soal kadar bayaran air.

(c) Mengurangkan kadar bayaran air bagi penduduk-penduduk kampung dengan tujuan me­ngurangkan penghijrahan pen-duduk ke bandar-bandar.

(d) Mengesyorkan supaya diubah bacaan meter tiap-tiap 3 bulan sekali yang dilakukan sekarang kepada bacaan tiap-tiap bulan sekali, seperti yang diamalkan oleh Lembaga Letrik Negara. Mengikut pendapat beliau, ,pe-

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3201 12 DISEMBER 1984 3202

rubahan bacaan meter tiap-tiap bulan itu adalah bertujuan supaya mengelakkan kadar tung-gakan yang boleh membebankan rakyat.

Tuan yang di-Pertua, sukalah saya menyatakan kepada Dewan yang mulia ini bahawa" tugas pembekalan air di negara ini adalah di bawah tanggung-jawab tiap-tiap Kerajaan Negeri, termasuklah soal kadar-kadar bayaran penggunaan air yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu. Tugas-tugas Kementerian dalam perkara ini adalah secara memberi nasihat teknikal mengenai bekalan air kepada Kerajaan-kerajaan Negeri berkenaan yang memerlukan nasihat-nasihat itu, termasuk perkara-perkara mengenai pembinaan loji-loji dan perkara-perkara teknikal lain.

Kadar-kadar pembayaran air yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat tersebut adalah kadar-kadar yang mengambilkira beberapa faktor. Pada amnya, kadar-kadar itu telah mengambilkira jumlah kos yang semakin meningkat diperlukan untuk membina loji-loji air dan juga tugas-tugas penyelenggaraan bagi pem­bekalan air di negeri itu. Begitu juga keadaannya dengan kadar-kadar bayaran di negeri-negeri lain di negara ini yang telah mengambilkira kos yang meningkat bagi membina loji-loji dan penyelenggaraan di negeri-negeri berkenaan.

Memandangkan perbelanjaan yang tinggi itu dan bagi mempastikan golongan berpendapatan rendah, ter­masuklah penduduk-penduduk luar bandar, menikmati bekalan air, kadar-kadar bayaran air bertingkat iaitu dengan izin, block yang telah dikenakan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri sekarang adalah berdasarkan perinsip-perinsip berikut:-

1. Pengenaan kadar yang lebih tinggi ke atas penggunaan pe-rusahaan, supaya kadar bayaran pembekalan air di rumah-rumah

iaitu domestic dapat dikurangkan; 2. Mengenakan kadar bayaran

yang lebih tinggi kepada mereka yang menggunakan air berlebihan;

3. Kadar bayaran yang sehabis rendah kepada penduduk-pen­duduk yang berpendapatan rendah.

Mengikut takrif di atas, penggunaan air sebanyak 4,000 hingga 4,500 gelen bersamaan dengan lebih kurang 18 hingga 20 meter padu setiap bulan, adalah jumlah yang lazimnya di­perlukan oleh mereka yang ber­pendapatan rendah, yang mana akan dikenakan kadar yang lebih rendah daripada kos. Bagi mereka yang menggunakan air lebih daripada 4,500 gelen iaitu bersamaan dengan lebih-kurang 20 meter padu sebulan, kadar yang lebih tinggi akan dikenakan.

Cara-cara kadar yang digunakan di atas, adalah mempastikan supaya mereka yang berpendapatan rendah, sama ada di bandar ataupun di luar bandar, akan dikenakan kadar bayaran yang lebih rendah dan berpatutan daripada mereka yang berpendapatan tinggi.

(Timbalan Yang di-Pertua mem-pengerusikan Mesyuarat)

Bagi penggunaan industri Tuan Yang di-Pertua, kadar yang dikenakan adalah secara purata dan tidak secara bertingkat atau dengan izin, bl6ck dan kadarnya adalah 50% hingga 100% lebih tinggi daripada kadar yang dikenakan untuk kegunaan rumah-rumah (domestic).

(b) Mengenai penyelarasan di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dalam soal kadar bayaran, sukalah saya menyatakan bahawa penyelarasan itu memang sentiasa wujud oleh kerana misalnya dalam mendapatkan wang pem-bangunan seperti pembinaan loji-loji, soal pembayaran balik wang tersebut akan diselaraskan dengan kadar air

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3203 12 DISEMBER 1984 3204

yang akan dikenakan oleh satu-satu Kerajaan Negeri. Ini adalah periu supaya pembayaran halik pinjaman wang dari sumber-sumber antarabangsa, dapat dihayar balik dalam jangka tempoh yang berpatutan

Bagi program pembekalan air di luar bandar pula, perlaksanaannya adalah secara pemberian geran oleh Kerajaan Persekutuan. Bagi negeri-negeri yang kurang maju seperti Perlis. Kedah, Kelantan, Terengganu dan Melaka, geran status peratus akan diberi bagi membiayai program ini. Dengan cara demikian, kadar bekalan air yang akan dikenakan kepada penduduk-penduduk di luar bandar adalah rendah.

Bagi negeri-negeri yang lain, geran sebanyak %diberi untuk digunakan bagi melaksanakan program pembekalan air di luar bandar di negeri-negeri tersebut Dengan cara ini Kerajaan akan dapat mengurangkan kadar bayaran yang dikenakan kepada penduduk-penduduk di luar bandar.

Mengenai syor Ahli Yang Berhormat supaya bacaan meter dibuat pada tiap-tiap bulan dan tidak hanya tiga bulan sekali, seperti yang dibuat sekarang, suka saya menjelaskan bahawa memang terdapat negeri-negeri yang mengamal-kan cara itu seperti di negeri Kelantaii.

Walau bagaimanapun, saya telah dimaklumkan bahawa tujuan kebanyakan negeri-negeri mengadakan bacaan meter tiga bulan sekali ialah untuk mengurangkan kos operasi. Ini adalah diperlukan oleh kerana wang bil yang dikutip tiap-tiap bulan adalah kecil jika dibandingkan dengan bil elektrik dan telekom, yang pada lazimnya adalah lebih tinggi dan oleh itu bil-bil ini sesuai untuk dikutip tiap-tiap bulan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Nasir bin Manap semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan, 1985 ingin men-dapatkan maklum balas dari kementerian-kementerian berkenaan

tentang jumlah lesen yang betul-betul jatuh ke tangan bumiputera dan seterusnya telah meminta agar satu unit khas ditubuhkan bagi mengawasi pengendalian syarikat-syarikat yang mendapat lesen-ksen tersebut

Untulr maklnman Ahli Yang Berhormat lesen-lesen ataupun pen­daftaran kontraktor-kontraktor yang telah dikduarkan kepada bumiputera oleh Kementerian Kerja Raya bagi mcnjalankan kerja-kerja di hawah tanggungjawab Kementerian ini sehingga akhir bulan September, 1984 adalah seperti berikut:-

Kelas

A B BX C D E EX F

Kontraktor Bumi

107 70

150 171 455 394 296

2.667

Jumlah: 4,310

Pendaftaran kontraktor-kontraktor tersebut yang telah dikeluarkan kepada bumiputera adalah mengikut takrif bumiputera yang telah ditetapkan di dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 7 Tahun 1984.

Secara ringkas, takrif yang menetap-kan satu-satu pendaftaran itu bertaraf bumiputera adalah bergantung kepada faktor-faktor modal, pengurusan dan pekerja yang mana tiap-tiap satu faktor itu memerlukan sekurang-kurangnya 51% penglibatan bumiputera dalam syarikat itu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bermula dari 23hb Julai 1984 Kementerian kami ini tidak lagi mengendalikan tugas pendaftaran pemborongan dan juga pemberian pengiktirafan taraf bumiputera yang mana bertugas itu telah diambilalih oleh PUSAKABUMI iaitu satu badan di

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3205 12 DISEMBER 1984 3206

bawah Jabatan Perdana Merited yang bertanggungjawab untuk mengendalikan semua urusan pem-borongan termasuk hal-hal pendaftaran kontraktor dan pengiktirafan bumi-putera seperti yang dinyatakan di atas.

Mengenai syor Ahli Yang Berhormat agar satu unit khas ditubuhkan bagi mengawasi pengendalian syarikat-syarikat yang mendapat lesen-lesen tersebut, sukalah saya menyatakan bahawa satu unit di Kementerian Kerja Raya yang dipanggil "Bahagian Kontrak dan Penyertaan Bumiputera" sememangnya telah wujud di Kementerian saya semenjak tahun 1972 lagi.

Di antara tugas-tugas penting Bahagian ini sekarang ialah membantu, membimbing dan memajukan prestasi dan kebolehan kontraktor-kontraktor bumiputera menjalankan kerja-kerja Jabatan Kerjaraya. Dalam melaksana-kan tugas-tugas ini, Kementerian Kerja­raya memang sentiasa bekerja rapat dan berkerjasama dengan pihak PUSA-KABUML

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Jalil bin Haji Abdul Rahman telah menyentuh mengenai perlaksanaan tol di Tambak Johor yang mengikut pendapat beliau telah menyekat pelancong-pelancong dari luar ter-utama dari Singapura datang ke Malaysia. Oleh yang demikian, beliau telah mengesyorkan supaya tol hanya dikenakan ke atas kenderaan-kenderaan yang hendak memasuki Singapura sahaja.

Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, pengutipan tol di Tambak Johor telah bermula pada lhb November, 1984 dan kadar-kadar yang dikenakan ialah $1, $2, dan $3 mengikut berat kenderaan-kenderaan dan dikutip semasa kenderaan-kenderaan memasuki Johor Bahru.

Sukalah saya menjelaskan kepada Ahli Yang Berhormat di sini, bahawa

kadar-kadar tersebut bukanlah bayaran memasuki Johor Bahru sahaja tetapi adalah merupakan kadar-kadar tol untuk keluar dan masuk ke Johor Bahru yang mana hanya dikutip sekali sahaja semasa kenderaan-kenderaan memasuki Johor Bahru itu.

Adalah didapati bahawa cara demikian akan menyenangkan dan memudahkan kenderaan-kenderaan untuk keluar dan masuk ke Johor Bahru dengan tidak membayar tol dua kali. Kementerian saya berpendapat cara sedemikian tidaklah menjadi faktor yang boleh menyebabkan penyekatan pelancong-pelancong datang ke Malaysia seperti mana yang dibangkit-kan oleh Yang Berhormat itu. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

437 ptg.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (Dato' Dr. Sulaiman Inn Haji Daud): Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator-senator dalam Dewan yang mulia ini yang telah menyentuh dan memberikan perhatian mereka terhadap Kementeri­an Kebudayaan, Belia dan Sukan se-panjang perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan, 1985 ini.

Tuan Yang di-Pertua, antara perkara yang telah disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat termasuklah tentang alat-alat yang digunakan untuk latihan amali bagi jurusan motor mekanik di Pusat Latihan Belia Dusun Tua, kegiatan belia, cadangan mengenai permainan tradisional, mutu sukan dan kegiatan riadah untuk kesihatan rakyat.

Saya tidaklah bercadang hendak menjawab dengan detil, walau bagaimanapun saya mengambil perhatian atas perkara yang tidak disentuh dalam jawapan saya ini.

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3207 12 DISEMBER 1984 3208

Berkenaan dengan enjin-enjin yang digunakan untuk latihan amali bagi pelatih-pelatih jurusan motor mekanik di Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Ahli Yang Berhormat Senator Haji Shaharom bin Maasom telah memberi teguran bahawa enjin kereta yang digunakan untuk latihan tersebut ketinggalan zaman. Saya rasa adalah kurang tepat untuk dikatakan bahawa enjin yang digunakan untuk latihan tersebut adalah enjin yang ketinggalan zaman.

Pusat Latihan Belia Dusun Tua sejak ditubuhkan sehingga kini telah melatih pelatih-pelatih dalam jurusan tersebut dengan jayanya. Dalam jurusan ini, enjin motor yang digunakan adalah mengikut kepefluan semasa. Memang tidak dapat dinafikan pada satu ketiga dahulu Pusat Latihan itu pernah menggunakan enjin motor jenis lama tetapi enjin-enjin tersebut telah diganti dari masa ke semasa sehingga ke tahun 70an dan tahun 80-an ini semua jenis enjin yang digunakan adalah jenis semasa.

Tuan Yang di-Pertua, adalah penting bagi kita menjelaskan bahawa Pusat ini sentiasa menggunakan kereta jenis semasa. Pelatih-pelatih pula akan didedahkan kepada setiap jenis enjin yang ada secara menyeluruh. Yang lebih penting bagi Kementerian ini ialah dapat melatih belia-belia mampu membaiki kereta yang rosak dari berbagai jenis yang ada.

Yang Berhormat Senator Haji Shaharom Maasom juga menyentuh tentang penglibatan belia-belia dalam kegiatan tidak sihat dan gejala-gejala yang buruk. Kementerian ini sedar tentang masalah-masalah seperti itu dan memang mempunyai strategi untuk mengatasinya. Ini termasuklah usaha-usaha untuk meramaikan lagi ahli pertubuhan-pertubuhan belia dan mengadakan aktiviti yang berfaedah kepada mereka. Dari pengalaman Kementerian ini, hanya sebilangan kecil sahaja ahli-ahli pertubuhan belia yang terlibat dalam gejala buruk. Contohnya

hanya kurang lebih 5% penagih dadah adalah terdiri dari ahli-ahli pertubuhan belia. Dari segi positif pula jelas juga ketara pemimpin-pemimpin negara adalah bekas atau masih lagi menjadi pemimpin pergerakan ataupun pertubuhan belia.

Mengetahui hakikat dan peranan yang penting ini, Kementerian ini bercadang untuk meramaikan ahli-ahli pertubuhan belia dari 1.4 juta sekarang sehinggalah kepada 2.5 juta pada tahun hadapan. Ini adalah satu aktiviti yang terbesar dalam program Tahun Belia Antarabangsa Tahun 1985.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan perkembangan peribadi dan pembentuk-an akhlak mesti dilaksanakan seiring dengan latihan jasmani dan mental, Ke­menterian ini sedang bergiat benisaha mempergiat pegawai agama dan kursus-kursus penerapan nilai-nilai manusia sejagat ataupun 'universal human value9, dengan izin bagi melawan kuman-kuman yang membawa penyakit yang dimanifestasikan oleh segolongan belia pada masa ini. Dengan secara tidak langsung mereka bukan sahaja diberi haluan tetapi juga dapat dihindarkan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak diingini oleh masyarakat seperti yang dimaksud oleh Yang Berhormat Senator itu tadi. Kementerian ini juga mengambil perhatian atas masalah pengangguran, kedudukan ekonomi belia-belia keutamaan titikberat adalah diberi ke atas projek ekonomi dan vokasional dengan harapan lebih ramai lagi belia dapat menikmati hasil usaha Kerajaan bagi membela nasib mereka

Saya berterima kasih di atas pandangan Yang Berhormat Senator Jaafar bin Harun mengenai permainan kebangsaan dan permainan bercorak tradisional di negara ini. Permainan-permainan seperti sepak takraw umpamanya adalah bersifat sebagai permainan kebangsaan. Untuk makluman, permainan sepak takraw telah dimasukkan sebagai acara pertandingan sukan SEA dan juga

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3209 12 DISEMBER 1984 3210

sebagai pertunjukan Sukan Asia di New Delhi pada tahun 1982. Permainan ini yang berasal dari sepak raga telah diperbaiki cara permainannya sehingga mendapat sambutan dari negara-negara di rantau ini seterusnya mendapat tempat di pertandingan peringkat antarabangsa seperti yang disebutkan di atas.

Kementerian ini adalah menggalak-kan permainan-permainan tradisional seperti wau, gasing, sepak raga bulatan, congkak dan Iain-lain lagi. Di samping menggalakkan permainan-permainan tradisional dan juga sebagai mengisi masa lapang rakyat, Kementerian ini telah mula memperbaiki serta meningkat­kan mutu permainan-permainan terse-but sejak awal tahun tujuh puluhan,

Yang Berhormat Senator Jaafar bin Harun juga menyentuh tentang tanggungjawab Kementerian ini bagi meningkatkan mutu sukan. Beliau juga telah menyentuh tentang kegiatan riadah yang membentuk kesihatan rakyat melalui berbagai bentuk senaman dan permainan. Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tersebut adalah berkaitan dengan dasar dan program sukan yang dilaksanakan oleh Kementerian ini.

Dasar sukan adalah untuk berpusat kepada konsep sukan untuk masyarakat yang dilahirkan sebagai mendekati sukan kepada masyarakat dan masyarakat kepada sukan. Objektif utama ialah penyertaan dalam sukan. Ini hendaklah dilihat sebagai satu usaha pembinaan sosio-budaya masyarakat kita. Dengan demikian segala program sukan Kementerian ini adalah untuk meramaikan bilangan rakyat mengamal-kan gaya hidup yang kreatif melalui kegiatan fisikal ke arah peningkatan kualiti kehidupan kemanusiaan rakyat.

Kedua, untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu yang mempunyai nilai-nilai dan semangat kesukanan yang tinggi.

Ketiga, untuk mewujudkan rakyat yang sihat, cergas dan berdisiplin ke arah pembinaan negara melalui peningkatan mutu kesihatan dan produktiviti.

Untuk mencapai tujuan tersebut dan untuk menjayakan dasar sukan untuk masyarakat, pengembelingan tenaga secara besar-besaran di peringkat kebangsaan dan negeri akan dirancang dan dilaksanakan oleh Kementerian ini dan yang akan melibatkan agensi-agensi Kerajaan yang lain, badan-badan sukarela dan pihak swasta dalam strategi pembangunan sukan.

Saya tejahpun mengadakan beberapa perbincangan dengan wakil-wakil persatuan dan ahli-ahli sukan, wartawan-wartawan sukan, pihak Kementerian Pelajaran dan khususnya Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia mengenai cara-cara kita boleh memainkan peranan bersama untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam bidang sukan untuk mengenai pasti masalah-masalah yang dihadapi serta cara-cara untuk meningkatkan lagi mutu sukan negara,

Di samping itu Kementerian juga mengambil langkah-langkah lain seperti mengadakan skim perangsang bagi ahli-ahli sukan, peluang latihan saintifik yang berkualiti kepada ahli sukan yang berpotensi baik di dalam negeri mahupun di luar negeri. Penekanan juga diberi untuk mengukuhkan organisasi dan rangkaian komunikasi di kalangan badan-badan sukan menjalan latihan bagi pegawai-pegawai persatuan sukan supaya mereka dapat mengawal dan mengendalikan persatuan sukan ini dengan cekap, mengadakan facility dan kemudahan sukan di seluruh negara terutama di kawasan luar bandar.

Kementerian juga bercadang hendak membina sebuah Institut Sukan Negara. Institut ini selain daripada berperanan sebagai sebuah pusat untuk menjalankan latihan-latihan, la juga

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3211 12 DISEMBER 1984 3212

mengadakan kemudahan-kemudahan dan kelengkapan sukan menjalankan penyelidikan sains dan sukan dan di-jangka dapat berperanan sebagai pusat sumber bagi kegiatan sukan negara ini.

Lagi sekali saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat sekalian atas teguran dan cadangan-cadangan mereka yang berhubung dengan Kementerian ini. Saya akan memberi perhatian sewajarnya atas cadangan-cadangan tersebut. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Kemen­terian Luar Negeri.

446 ptg.

Timbalan Menteri Luar Negeri (Tuan Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya inginlah mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telahpun memberi berbagai-bagai pandangan dan cadangan mengenai dasar luar negara kita dan juga mengenai cara-cara bagaimana kita dapat mempergiatkan lagi usaha-usaha kita untuk memajukan kepentingan negara di luar negeri. Saya cuma hendak memberi jawapan kepada beberapa cadangan yang telahpun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan.

Mula-mulanya oleh Senator K. Kumaran yang telahpun menyatakan kebimbangannya mengenai penceroboh-an Vietnam terhadap Thailand sekarang ini dan beliau menyatakan bahawa kalau ini dibiar berterusan maka sudah tentu pada satu masa nanti maka pihak Vietnam pula akan mencerobohi Malay­sia. Saya memanglah bersetuju dengan kebimbangan itu tetapi namun demikian saya ingin memberi jaminan kepada Ahli Yang Berhormat berkenaan, kita sudahpun berikhtiar dengan berbagai-bagai cara untuk menyakinkan Vietnam bahawa cara yang seelok-eloknya untuk menjaga kepentingan Vietnam dan juga

untuk memajukan kepentingan Vietnam sama ada dari segi jangka pendek atau-pun panjang adalah dengan cara untuk mencari satu penyelesaian mengenai soal Kampuchea itu dengan cara damai dan dengan secepat mungkin. Insya Allah, dalam bulan-bulan yang akan datang ini kita akan mempergiatkan lagi usaha-usaha kita untuk mencari satu penyelesaian secara damai mengenai soal Kampuchea.

Senator K. Kumaran telah juga membangkitkan soal visa dan beliau telahpun mencadangkan kalau-kalau Malaysia dapat melonggarkan tindakan-tindakan kita terhadap visa yang dikenakan kepada rakyat India. Dalam hubungan ini, sebagaimana yang telah saya jelaskan dalam Dewan yang mulia ini beberapa kali perjanjian visa kita dengan India adalah berdasar kepada reciprocity, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Dan oleh sebab pihak India telahpun mengambil satu tindakan secara unilateral untuk mengenakan visa terhadap rakyat kita yang melawat ke India maka sudah tentulah berasakan principle of reciprocity ini yang terpaksa juga dikenakan syarat yang sama terhadap rakyat India yang mahu melawat negara kita Walau bagaimanapun, kita akan berusaha sedaya upaya kita untuk menyenangkan, untuk memudahkan usaha untuk mendapat visa kepada semua rakyat India yang hendak melawat negara kita untuk tujuan-tujuan yang sah,

Yang Berhormat Senator Abdul Wahab bin Abu Bakar telahpun nembuat satu cadangan yang cukup bernas iaitu mencadangkan kepada kementerian Luar Negeri supaya kita nencari jalan-jalan ataupun ikhtiar-khtiar bagaimana kita dapat menyelaraskan kegiatan-kegiatan jabatan-jabatan serta agensi-agensi Kerajaan kita di luar negeri khususnya dari segi pentadbiran. Beliau telahpun membuat satu cadangan yang specific kalau boleh semua jabatan-jabatan, agensi kita ini diletakkan di bawah satu

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3213 12 DISEMBER 1984 3214

bumbung, ini sudah tentu akan menyelamatkan kewangan. Sukacita saya maklumkan kepada beliau, bahawa ini memang salah satu usaha yang sedang dijalankan dengan giatnya oleh Kementerian Luar Negeri bersama-sama dengan Kementerian-kementerian yang lain supaya perkara ini dapat dijalankan. Memang kita tahu kalau perkara ini dapat diselaraskan Kerajaan dapat menyelamatkan beratus ribu kalau tidak berjuta ringgit tiap-tiap tahun, Beberapa mesyuarat akan dipanggil dalam awal tahun ini untuk mengatasi masalah ini.

Yang Berhormat Tuan Jaafar bin Harun telahpun membangkitkan soal pelajar-pelajar kita yang begitu ramai kononnya, tidaklah ramai saya rasa yang anti-Kerajaan di luar negeri. Beliau telahpun menyarankan supaya pihak pegawai-pegawai Kedutaan kita membuat lawatan yang lebih kerap lagi untuk 'melawat penuntut-penuntut kita di luar negeri dan menjelaskan kepada mereka dasar-dasar Kerajaan supaya penuntut-penuntut kita ini tidak mudah diselewengkan fikiran mereka.

Sukacita saya menyatakan kepada Ahli Yang Berhormat dan jugat kepada Dewan yang mulia ini dan sebagaimana juga yang telah saya nyatakan beberapa kali dalam Dewan Parlimen, bahawa Kerajaan sudahpun tubuhkan satu Jawatankuasa yang high powered di Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran dan mengandungi semua; diwakili juga oleh semua Menteri-menteri yang lain yang mempunyai agensi ataupun jabatan yang berkait dengan penuntut-penuntut di luar negeri. Maka Jawatankuasa ini adalah bertujuan untuk memikir segala perkara mengenai pelajar-pelajar kita di luar negeri supaya matlamat kita untuk menghantar mereka keluar negeri dengan biaya yang begitu tinggi itu dapat dicapai. Syukur alhamdulillah, sungguhpun Jawatankuasa ini baharu 6 bulan ditubuhkan tetapi kita sudahpun mengambil berbagai-bagai tindakan

yang sudah pasti akan membawa faedah yang besar kepada matlamat kita menghantar penuntut-penuntut keluar negeri.

Begitu juga di luar negeri, dahulunya masing-masing jabatan dan agensi-agensi bertindak secara berasingan -cara ad hoc, tetapi sekarang kita sudahpun mengarahkan mereka semua ditubuhkan satu Jawatankuasa Penyelaras di tiap-tiap tempat itu dipengerusikan oleh Ketua Perwakilan. Buat pertama kalinya kita ada sebuah Jawatankuasa di tiap-tiap negara di mana kita mempunyai penuntut dan Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Perwakilan Malaysia dan diwakili oleh semua pegawai-pegawai yang berkait dengan masalah penuntut. Dan dengan adanya Jawatankuasa ini maka dapatlah buat pertama kalinya segala usaha untuk mengatasi masalah pelajar meninggikan mutu-mutu pe­lajaran mereka dan sebagainya dijalan­kan dengan lebih berkesan lagi. Dan semua Jawatankuasa-jawatankuasa ini sedang pun bermesyuarat dengan giat dan mencari jalan-jalan, ikhtiar untuk mengatasi masalah yang kita telahpun fikirkan begitu lama.

Yang Berhormat Tuan Jaafar bin Harun juga telahpun menyatakan pemikirannya bahawa kita hams mengkaji semula hubungan kita dengan Republik Rakyat China.

Dalam hubungan ini, sukalah saya menyatakan bahawa masalah kita dengan Republik Rakyat China tidaklah begitu besar sehingga kita harus mengkaji semula hubungan kita dengan negara itu. Memang terdapat beberapa masalah tetapi Kerajaan Republik Rakyat China telah memberi jaminan kepada kita bahawa negara itu sedia untuk berunding dengan kita untuk mencari jalan untuk mengatasi segala masalah-masalah ataupun kebimbangan Malaysia. Jadi, saya rasa, insya Allah, segala masalah ini dapat pelahan-pelahan kita atasi.

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3215 12 DISEMBER 1984 3216

Satu lagi cadangan oleh Ahli Yang Berhormat yang berkenaan juga kenapakah rakyat Amerika tidak begitu kenal Malaysia sedangkan Singapura itu begitu kecil tetapi mereka semua begitu kenal dengan Singapura.

Sebagaimana yang kita tahu bahawa kadangkalanya kalau rakyat sesebuah negara itu kurang kenal dengan Malaysia ini ada juga blessingnya itu, mungkin oleh sebab Malaysia tidak langsung mempunyai masalah, tidak langsung kata orang meletup seperti di Lubnan sepanjang masa, maka itulah sebabnya kita tidak ada berita, tidak dapat headline di akhbar-akhbar di Amerika. Itulah agaknya maka jarang sekali berita-berita Malaysia dimuatkan di muka-muka depan akhbar-akhbar di Amerika Syarikat. Namun demikian, kita sedang berikhtiar dengan sedaya upaya kita untuk memperkenalkan negara kita kepada interest group ataupun kepada kumpulan-kumpulan yang mana kita harus memperkenalkan negara kita untuk membawa kebaikan, tetapi ingin saya menyatakan kadangkalanya walau bagaimana besar pun biaya yang kita sanggup keluar, walau bagaimanapun, perbelanjaan ataupun makalah-makalah dan sebagainya kita keluarkan maka sukarlah bagi kita hendak kenalkan negara kita ke setiap rakyat Amerika Syarikat malah rakyat Malaysia sendiri pun ada setengah-setengahnya tidak kenal seluruh bahagian Malaysia ini. Tetapi, insya Allah, dalam constrain yang kita ada itu kita akan ikhtiar sedaya upaya untuk menjualkan negara kita di luar negeri.

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Ariffin bin Haji Salleh telahpun membangkitkan masalah lanun-lanun dari negara-negara jiran yang selalu mengganggu nelayan-nelayan kita.

Kerajaan memang sedar mengenai masalah ini dan kita sedang pun mempertingkatkan usaha kawalan di Laut China Selatan dan kita akan mengambil tindakan-tindakan yang lebih berkesan dalam bulan-bulan yang

akan datang ini untuk mengatasi masalah ini.

Yang Berhormat Senator Datuk G. Pasamanickam telahpun menyatakan berbagai-bagai pandangan. Beliau memuji Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad yang bekerja begitu kuat untuk menjayakan kepentingan perdagangan dan pelancongan negara kita di luar negeri tetapi beliau bertanya sama ada Duta-duta Malaysia sama-sama bekerja kuat untuk maksud yang sama.

Kita memang megah dengan peranan yang dimainkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita untuk memperkenalkan negara kita di luar negeri dan juga untuk memajukan kepentingan negara kita di luar negeri. Malah boleh dikatakan beliau telahpun set the new trend, dengan izin, stail yang agak berlainan dalam menonjolkan negara kita dan kepentingan kita di luar negeri. Dan sesuai dengan stail baharu ini, sesuai dengan tekanan baharu ini saya inginlah memberikan jaminan kepada Yang Berhormat berkenaan bahawa Duta-duta kita, pegawai-pegawai kita di luar negeri juga telahpun diberi arahan-arahan tertentu untuk tumpukan kepada segala perkara yang kita hendak majukan. Dan dalam hubungan ini kita sedang pun memperkemaskan jentera-jentera kita. Kita sedang dan akan tubuhkan berbagai-bagai Jawatankuasa yang khas (specific) untuk memajukan perkara-perkara yang specific.

Beliau juga telah menyatakan bahawa Duta-duta kita serta kakitangan Kedutaan kita di luar negeri harus mencerminkan penduduk di Malaysia. Dalam hubungan ini juga saya ingin memberi jaminan kepada Ahli Yang Berhormat yang berkenaan bahawa memanglah keadaan itu adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah sahaja beberapa pandangan yang telahpun diberi oleh Ahli-ahli Yang

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3217 12 DISEMBER 1984 3218

Berhormat dan Iain-lain itu adalah perkara-perkara yang mana mungkin datangnya di bawah Kementerian yang Iain-lain dan sudah tertentu seperti banyak masalah-masalah berkenaan dengan Tabung Haji dan sebagainya saya rasa sudahpun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dan yang Iain-lain itu, saya inginlah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telahpun mengambil bahagian dalam debate ini dan juga memberi berbagai-bagai pandangan yang bernas untuk memperbaiki diplomatic service kita - perkhidmatan luar negeri kita. Insyah Allah, segala cadangan dan pandangan mereka itu akan kita ambil kira untuk memperbaiki jentera kita di luar negeri.

Timbalan Yang di-Pertua: Kementeri­an Perdagangan dan Perindustrian.

5.00 ptg.

Tuan Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bangkit serta membahaskan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan, 1985 di Dewan yang mulia ini khususnya mengenai bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Pada kali ini tidak banyak isu-isu yang dibahaskan mengenai Kementerian ini secara langsung. Walau bagaimanapun, saya suka menyentuh beberapa perkara yang telahpun dibahaskan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan memang memberi perhatian yang berat dalam usaha untuk menambah eksport negara ke pasaran seberang laut terutamanya ke atas barang-barang perkilangan. Untuk ini Kementerian Perdagangan dan Perindustrian telah menyusun strategi-strategi serta program-program galakan eksport

yang ditujukan khususnya kepada para pengeluar dan pengeksport tempatan. Umpamanya penghantaran rombong-an-rombongan perdagangan dan me-nyertai pameran-pameran perdagang­an luar negeri bukan sahaja ke pasaran-pasaran tradisional malahan pasaran-pasaran baru seperti Asia Barat, Amerika Latin dan Republik Rakyat China. Usaha ini adalah sejajar dengan mat-lamat untuk mempelbagaikan eksport dan meluaskan pasaran kita.

Dalam usaha untuk menggalakkan eksport barang-barang keluaran Malaysia, Kerajaan telah membuka sebanyak 30 buah Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan yang terletak di pusat perdagangan utama di seberang laut. Pejabat-pejabat ini adalah bertanggungjawab secara terus untuk menjalankan kegiatan galakan eksport. Antara tugas-tugas pejabat tersebtu ialah membuat kajian pasaran dan mengenalpasti peluang-peluang pasaran yang lebih luas kepada barang-barang Malaysia dan maklumat-maklumat itu disebarkan kepada para pengeluar dan pengeksport Malaysia.

Malaysia juga turut menyertai di dalam rundingan dan persidangan anjuran agensi-agensi ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang berusaha untuk mewujudkan suasana yang sesuai bagi meningkatkan perniagaan dan perdagangan antarabangsa. Di sini Malaysia akan terus meminta negara-negara maju membuka pasarannya dan menghentikan amalan perlindungan. Kerajaan juga memperkenalkan dan menggalakkan eksport secara counter­trade terutamanya dengan negara-negara yang menghadapi masalah pertukaran wang asing seperti negara-negara Eropah Timur dan negara-negara di mana Malaysia mengalami defisit dalam imbangan perdagangan. Amalan counter-trade ini juga diperkenalkan dengan syarikat-syarikat luar yang mendapat tender menjalankan projek-projek pembangunan di Malaysia.

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3219 12 DISEMBER 1984 3220

Di samping itu Kerajaan juga menyediakan insentif-insentif eksport bagi membantu para pengeluar dan pengeksport tempatan, umpamanya potongan cukai dua kali, elaun eksport dan sebagainya. Skim-skim ini sentiasa disemak dan diperbaiki supaya pihak-pihak yang terlibat dengan aktiviti galakan eksport khasnya ke atas barang-barang perkilangan mendapat faedah daripadanya.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai syor-syor daripada beberapa Ahli Yang Berhormat supaya peniaga-peniaga kecil diberi galakan untuk membantu mereka menjalankan perniagaan dan pandangan yang serius hendaklah diambil untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka, perlu saya tekankan di sini pada masa ini Kerajaan telah menyediakan berbagai galakan untuk membantu peniaga-peniaga kecil. Dari segi galakan cukai umpamanya, seseorang yang menjalankan perniagaan kecil adalah diberi galakan potongan dua kali bagi faedah yang kena dibayar di atas apa-apa pinjaman yang diambil untuk menjalankan perniagaan kecil.

Selain daripada itu, pemberi-pemberi pinjaman seperti bank-bank juga diberi rebate cukai di atas pinjaman yang diberi kepada peniaga-peniaga kecil. Galakan ini adalah merupakan potongan cukai sebanyak 2% sama kadar sepanjang tahun bagi faedah yang dikenakan ke atas pinjaman-pinjaman yang belum dijelaskan sesuatu tahun. Peniaga-peniaga kecil juga boleh mendapat pengecualian dari duti setem ke atas suratcara-suratcara pinjaman yang disempurnakan oleh mereka dengan mana-mana bank yang dilesenkan untuk pinjaman-pinjaman yang tidak melebihi $10,000. Bagi suratcara pinjaman di mana kesemua jumlah pinjaman yang diambil dalam satu tahun kalendar tidak melebihi $250,000; bayaran dari duti setem yang dikenakan ke atasnya adalah terhad kepada kadar duti yang rendah iaitu 0.1% berbanding dengan kadar biasa 0.5%.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu banyak galakan-galakan yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha besar yang boleh juga dinikmati oleh perusahaan-perusahaan kecil. Misalnya, perusahaan-perusahaan kecil boleh juga mendapat pengecualian duti import dan cukai tokok ke atas bahan-bahan mentah dan komponen bagi pengeluaran barang-barang siap bagi pasaran eksport dan pengeluaran barang-barang siap bagi pasaran tempatan.

Bagi keluaran barang-barang untuk eksport, pengecualian duti import sepenuhnya dan cukai tokok sepenuh boleh diberikan ke atas bahan-bahan mentah ataupun komponen yang tidak diperolehi di negeri ini. Bagi bahan-bahan mentah dan komponen yang diperolehi di negeri ini, pengecualian cukai masih boleh diberi kepada bahan-bahan tersebut yang diimport jika nilai ataupun mutu bahan-bahan tempatan tidak sesuai bagi pengeluaran untuk pasaran eksport ataupun harga bahan-bahan tempatan lebih mahal yang boleh menjejaskan kebolehan pertandingan pengilang berkenaan di pasaran eks­port.

Mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil, Kerajaan juga sentiasa memberi perhati-an yang serius untuk mengatasi masalah-masalah tersebut dengan mengadakan program-program bersepadu untuk membangunkan peniaga-peniaga atau perusahaan-perusahaan kecil. Melalui konsep bersepadu ini masalah-masalah seperti masalah kewangan, teknikal pengurusan, pemasaran dan pen-yediaan tapak-tapak kilang sedang diatasi oleh Kerajaan melalui beberapa program. Program-program ini adalah sentiasa dilaksanakan dengan kerja-sama erat dengan Kementerian-kementerian dan agensi-agensi Ke­rajaan yang lain yang terlibat dengan pembangunan perusahaan-perusahaan kecil. Kerjasama tersebut dibuat melalui Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Perusahaan Kecil yang saya sendiri mempengerusikannya.

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3221 12 DISEMBER 1984 3222

Jawatankuasa ini mengandungi ahli-ahli yang terdiri daripada Kementerian-kementerian dan agensi-agensi Ke-rajaan yang terlibat dalam pem-bangunan perusahaan kecil.

Di antara program-program yang dijalankan oleh Kementerian dengan kerjasama Kementerian yang lain dan juga agensi yang lain ialah Program Istimewa Pinjaman ataupun Pem-biayaan Bank Dunia untuk mem-bangunkan perusahaan kecil, Program Pemasaran Bersepadu, Program me-wujudkan tapak-tapak kilang, bimbingan dan Iain-lain lagi. Oleh itu adalah diharapkan bahawa peniaga-peniaga kecil akan mengambil peluang dan merebut peluang serta galakan-galakan yang disediakan oleh Kerajaan seperti yang dinyatakan di atas tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa pada masa ini berbagai insentif telahpun disediakan oleh Kerajaan untuk menarik lebih banyak pelabur-pelabur asing dan tempatan untuk melabur di Malaysia. Kerajaan bersedia memberi apa-apa insentif yang perlu kepada pelabur-pelabur mengikut merit sesuatu projek itu demi untuk menarik lebih banyak lagi pelaburan ke dalam negeri.

Kerajaan adalah sedia menyedari mengenai potensi tarikan-tarikan pe-lancongan di negara ini dan perkara ini disentuh oleh ramai daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan Kerajaan akan seterusnya mengambil langkah-langkah yang perlu bagi membangunkan tarikan-tarikan pelancongan tersebut demi untuk memajukan industri pelancongan di negara kita.

Dalam hubungan ini, Kerajaan menerusi Perbadanan Kemajuan Pe­lancongan telahpun menggubal satu pelan induk mengenai pelancongan sejak tahun 1975. Di samping itu Perbadanan Kemajuan Pelancongan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga juga telahpun menjalankan beberapa kajian mengenai kawasan-kawasan

tertentu di negara ini yang meliputi Pulau Langkawi, kawasan Pantai Timor, Negeri Sabah, Sarawak dan juga kawasan Pangkor dan Lumut.

Perbadanan Kemajuan Pelancongan juga adalah menyedari keperluan untuk memberi segala kelonggaran untuk pelancong-pelancong mengunjungi negara ini dan akan berusaha untuk mendapatkan kerjasama dari agensi yang lain termasuk daripada Jabatan Imigresen agar dapat memberi kemudahan yang sedemikian.

Dalam hubungan ini, syor telahpun dikemukakan kepada pihak Jabatan Imigresen, misalnya bagi melanjutkan tempoh lawatan pelancong-pelancong dari negara-negara ASEAN dari 2 minggu kepada 1 bulan yang mana ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pelancong-pelancong tersebut tinggal lebih lama di Malaysia dan dapat meningkatkan pendapatan negara.

Kementerian saya sedar bahawa dengan pembinaan beberapa hotel baru terutama sekali di kawasan-kawasan seperti Kuala Lumpur, satu keadaan kelebihan bilik-bilik hotel akan berlaku menjelang tahun 1986. Perkara ini juga adalah sedia disedari oleh pengusaha-pengusaha hotel tempatan yang ber-tanggungjawab di dalam perancangan pembinaan hotel-hotel tersebut. Industri perhotelan ini adalah merupa-kan salah satu aktiviti perniagaan di mana pengusaha-pengusaha hotel sendiri perlu bertanggungjawab me-nentukan sama ada pelaburan mereka akan menghasilkan keuntungan ataupun sebaliknya.

Dari segi polisi, Kerajaan tidak dapat menyekat atau melarang pelabur-pelabur untuk mengusahakan sesuatu kegiatan ekonomi sekiranya kegiatan-kegiatan sedemikian tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang sedia ada. Walau bagaimanapun, perkara-perkara mengenai pengawalan dan pengawasan industri perhotelan ada­lah sedang dikaji oleh Kementerian

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3223 12 DISEMBER 1984 3224

saya. Perkara-perkara lain yang di-bangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat mengenai galakan dan insentif termasuk harga guna kuasa elektrik juga sedang di dalam kajian. Kerajaan tidak akan ragu-ragu memberi galakan-galakan ini jika ianya didapati akan memberi fae-dah dan manfaat kepada industri pe-lancongan dan negara seterusnya.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja ulasan yang dapat saya berikan terhadap beberapa teguran-teguran dan cadangan-cadangan yang telah di-sampaikan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat. Semua cadangan tersebut akan diambil perhatian oleh pihak Kementerian, dan Kementerian saya tidak akan teragak-agak untuk meng-ambil tindakan untuk memperbaiki lagi prestasi serta memajukan lagi bidang perdagangan dan perindustrian di negara ini dengan tidak melupakan matlamat Dasar Ekonomi Baru. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengarhbil bahagian mengenai Ke­menterian Perdagangan dan Per­industrian.

Timbalan Yang di-Pertua: Ke­menterian Pengangkutan.

5.12 ptg.

Menteri Pengangkutan (Tan Sri Chong Hon Nyan): Tuan Yang di-Perttta, terlebih dahulu sukacita saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Peng­angkutan semasa membahaskan Belanjawan 1985 di Dewan yang mulia ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom kerana menaruh minat terhadap keselamatan jalanraya. Berhubung dengan sistem KEJARA, adalah terlalu awal untuk mengetahui keberkesanannya, Objektif utama sistem ini adalah untuk

mendisiplinkan pemandu-pemandu supaya lebih bertimbangrasa dan bertanggungjawab semasa memandu dengan harapan mengurangkan kadar kemalangan dan kerugian-kerugian akibat daripadanya. Pihak Polis atau Agensi Penguatkuasa yang lain hanya melaporkan kesalahan-kesalahan yang telah disabitkan dan didenda atau dikompound kepada Urusetia KEJARA yang bertempat di ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan untuk diproses secara berkomputer. Kesalahan-kesalahan yang termasuk di dalam sistem ini sendiri adalah kesalahan-kesalahan yang menunjuk-kan sikap pemandu tersebut dan tidak semua kesalahan-kesalahan lalulintas termasuk di dalam sistem ini - hanya 21 kesalahan. Kesalahan-kesalahan lalu­lintas yang dimaksudkan hanya kepada pemandu kenderaan bermotor sahaja tidak termasuk penunggang basikal. Bagi enam bulan pertama, sejak sistem ini dikuatkuasakan pada lhb April, 1984, seramai 28,394 pemandu telah diberi notis mata kesalahan dan 528 pemandu lagi diberikan notis amaran.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator itu sebagai mengatasi masalah pemandu-pemandu liar di tempat-tempat yang disebutkan oleh beliau itu. Pihak Polis sentiasa menjalankan rondaan dan pemeriksaan terhadap kererta-kereta dengan meng-adakan perangkap lari deras dan mengadakan sekatan jalanraya. Kementerian Pengangkutan mengambil berat terhadap masalah-masalah pemandu liar dan ketika ini sedang mengubal satu Akta Pengangkutan Jalan baru di mana dicadangkan pihak Polis diberi kuasa untuk menangkap mereka yang terlibat tanpa waran dan pesalah yang disabitkan akan dikena-kan hukuman denda yang lebih berat dari hukuman denda yang ada sekarang.

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Abdul Razak bin Haji Abu Samah telah membangkitkan perkara pembelian bas-bas oleh MAS ataupun Per-

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3225 12 DISEMBER 1984 3226

khidmatan Udara kita pada satu ketika dahulu di mana bas-bas tersebut tidak digunakan lagi. Saya ingin memaklum-kan kepada Ahli Yang Berhormat, MAS terpaksa membeli 7 buah bas baru dengan harga $3 juta untuk tujuan mengangkut penumpang-penumpang dari terminal 2 ke Tarmac di Terminal 1 dan balik semasa projek pengubah-suaian Terminal 1 dijalankan. Selain daripada bas-bas ini, pihak MAS juga telah membeli 10 buah bas terpakai (second hand) secara berasingan untuk tujuan yang sama. Ini terpaksa dilakukan oleh sebab jauhnya jarak di antara Terminal 2 dengan tempat di mana kapalterbang telah diletakkan di Tarmac itu.

Dengan pembukaan Terminal 1 pada bulan Jun, 1983, MAS tidak lagi menggunakan bas-bas ini oleh kerana bangunan Terminal 1 adalah dilengkap-kan, dengan izin, 'arrow bridges'. Dengan demikian MAS telahpun menjualkan balik bas-bas baru itu kepada syarikat yang menjualkannya kepada MAS dengan harga yang manasabah. Berhubung dengan 10 buah bas terpakai yang telah dibeli, 6 buah daripadanya masih lagi digunakan di lapanganterbang Subang, 3 buah di lapanganterbang Sandakan dan sebuah di lapanganterbang Kota Bharu.

Yang Berhormat Haji Abdul Razak bin Haji Abu Samah juga telah menyatakan bahawa beliau sendiri terpaksa mengeluarkan wang supaya perniagaan berasnya tidak tergendala. Jika sekiranya Yang Berhormat men-dapati tingkah laku bersifat rasuah di kalangan pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan, saya suka me-nasihatkan Yang Berhormat agar membuat laporan lengkap kepada pihak Badan Pencegah Rasuah dengan secepat mungkin.

Mengenai tuduhan daripada Per-satuan Tuan Punya Lori Semenanjung Malaysia bahawa pegawai-pegawai di Jabatan Pengangkutan Jalan telah membalas dendam dengan bertindak

terhadap pemandu-pemandu dan tuan punya lori, saya ingin menyatakan bahawa tuduhan ini tidaklah benar. Semua sekatan dan pemeriksaan kenderaan yang dijalankan selepas kenyataan pihak Persatuan tersebut adalah tindakan penguatkuasaan dan tugas biasa yang dijalankan oleh pegawai-pegawai Jabatan Peng­angkutan Jalan dan ini telah dirancang-kan beberapa ketika dahulu. Oleh itu, soal membalas dendam adalah tidak timbul.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk James Bernard Willie tentang pengangkutan laut yang membawa bahan-bahan keperluan di persekitaran perairan Sabah dan antara Semenanjung Malaysia dengan Kota Kinabalu yang mengambil masa yang panjang di samping memerlukan belanja yang amat besar, suka saya memaklumkan kepada Yang Ber­hormat bahawa sebanyak 19 buah syarikat perkapalan yang mempunyai 33 buah kapal kargo memberi perkhidmatan yang tetap dan, dengan izin, regular di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Dari sumber-sumber perkapalan adalah diketahui bahawa sesebuah kapal biasanya mengambil di antara lima belas hingga dua puluh hari untuk membuat pelayaran pergi dan balik. Oleh itu rata-ratanya sesebuah kapal hanya boleh membuat satu atau dua pelayaran sebulan. Tambahan pula pengangkutan ini juga tertakluk kepada adanya kargo di kedua-kedua pelabuhan yang berkenaan. Dari maklumat ini jelaslah bahawa masalah masa yang agak lama seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu, sebenarnya adalah dipengaruhi oleh ekonomi perkhidmatan perkapalan

Adapun masalah belanja yang amat besar seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat mengenai pengangkutan bahan-bahan di persisiran pantai itu.

Saya ingin memaklumkan bahawa tambang kapal bagi pengangkutan dari

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3227 12 DISEMBER 1984 3228

Semenanjung Malaysia ke Kota Kinabalu, misalnya mestilah meng­ambil berat ataupun mengambilkira bahawa setiap kapai batik ke Se­menanjung dari Sabah dan Sarawak dengan membawa sedikit, dengan izin, return cargo ataupun berkemungkinan batik dengan balas sahaja, bermakna kosong, tetapi ada balas sahaja.

Setakat ini Kementerian Peng­angkutan belum berhasrat untuk campurtangan dengan urusan tambang kapal, tetapi sekiranya keadaan me­merlukan Lembaga Pelesenan Per­kapalan dalam negeri akan mengguna­kan kuasa-kuasa yang ada padanya untuk mengambil tindakan yang difikir wajar.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan mengambil perhatian atas pendapat Yang Berhormat Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahya mengenai perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu. Kami memang sedar bahawa beberapa landasan keretapi adalah terlalu usang dan sekiranya tindakan ti~ diambil tentang perkara ini. mungkin akan berlaku kegelinciran yang akan meng­akibatkan keselamatan para pe­numpang. Waiau bagaimanapun, Ke­menterian Pengangkutan hanya boleh melaksanakan kerja-kerja membaiki landasan yang usang itu secara berperingkat-peringkat, memandang­kan kedudukan kewangan negara pada ketika ini tidak mengizinkan. Di samping itu, adalah menjadi hasrat Kementerian Pengangkutan supaya barang-barang berat termasuk kayu balak diangkut dengan keretapi agar dapat mengelakkan kesesakan lalu­lintas cit jalanraya, mengelakkan kemalangan dan mencegah kerosakan kepada jalanraya.

Dalam menetapkan dasar peng­angkdtan, Kementerian mengambilkira tentang ciri-ciri dengan kebaikan tiap­tiap satu cara pengangkutan dan peranan yang perlu diambil dengan cara pengangkutan itu. Berhubung dengan itu adalah didapati keretapi memang mempunyai kebaikan dalam peng-

angkutan jarak jauh bagi penumpang dan barang-barang pukal dan ianya adalah lebih selamat.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan, teguran dan cadangan yang membina terhadap tugas-tugas dan tanggungjawab Kementerian Peng­angkutan. Pandangan dan teguran Ahli-ahli Yang Berhormat sudah pas ti akan memandu kami dalam melaksana­kan program-program dan projek­projek Kementerian Pengangkutan untuk mencapai objektif Kementerian ini mengadakan satu sistem peng­angkutan yang cekap, ekonomik dan berkesan di negara ini.

Thnbalan Yang di-Pertua: Kemen­terian Perusahaan Utama.

5.24 ptg.

Tmtlnllan Menteri Perusahaan Utama (fuu Megat Junid bin Megat Ayob ): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu suka saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapka1Uerima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah .menyentuh dan memberi cadangan terhadap perkara-perkara yang terletak di bawah bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Per­usahaan Utama sepanjang perbahasan 'ce atas dasar-dasar am Rang Undang-11ndang Perbekalan, 1985 di Dewan yang mulia ini. Nampaknya, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sungguh berpuas hati dengan Kementerian ini kerana sepanjang perbahasan hanya satu isu sahaja yang telah dibangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Ber­hormat Tuan Haji Abdul Wahab bin Haji Abu Dakar, telah minta Ke­menterian mengambil langkah-langkah positif terhadap negara-negara yang cuba menjatuhkan imej negara Malaysia seperti Amerika Syarikat yang telah mendakwa bahawa minyak kelapa sawit negara Malaysia mengandungi banyak cholesterol, yang telah me-

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3229 12 DISEMBER 1984 3230

nyebabkan negara-negara lain seperti Iran tidak mahu membeli minyak kelapa sawit negara ini. Suka saya jelaskan bahawa tuduhan-tuduhan ini adalah satu helah untuk menjejaskan keutuhan bahan tersebut yang kian mendapat sambutan dan permintaan yang me-ningkat di pasaran minyak dan lemak antarabangsa. Perlu dinyatakan bahawa minyak sawit adalah bebas dari kan-dungan cholesterol, jika dibandingkan dengan beberapa jenis minyak-minyak yang lain.

Dalam hal ini, Kementerian Per-usahaan Utama telahpun mengambil langkah-langkah positif untuk mem-berhentikan dakwaan-dakwaan bahawa minyak kelapa sawit me-ngandungi cholesterol. Langkah-langkah tersebut termasuklah:

1. Menjalankan penyelidikan-pe-nyelidikan dan merangka program-program pembangunan untuk membanteras dakwaan-dakwaan negatif minyak kelapa sawit.

2. Memberitahu pihak-pihak ter-tentu melalui akhbar-akhbar, ucapan-ucapan serta syarahan-syarahan di persidangan-persidangan Antarabangsa dan Dalam Negeri mengenai ciri-ciri unik minyak kelapa sawit.

3. Memberi maklumat-maklumat teknikal dan bukan teknikal secara terperinci mengenai ciri-ciri sebenar minyak kelapa sawit Malaysia kepada pengguna-pengguna minyak sawit melalui Pejabat-pejabat Khidmat Nasihat Teknikal, Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia di luar negeri.

4. Menjalankan penyelidikan ber-sama Universiti Limburg Belanda yang telah berjaya menunjukkan bahawa minyak kelapa sawit mempunyai satu bahan yang boleh mengatasi kesan-kesan throm­botic dan atherogenetic dari lemak-lemak tepu yang terdapat di dalamnya.

Berhubung dengan masalah Iran tidak membeli minyak kelapa sawit negara ini, suka saya menjelaskan bahawa pengharaman penggunaan minyak sawit di Iran telah wujud sejak zaman para revolusi lagi, di mana pengaruh minyak soya Amerika Syarikat tdah mengakibatkan satu dasar yang mencegah penggunaan minyak kelapa sawit untuk tujuan makanan. Walau bagaimanapun, alhamdulillah pada hari ini nampaknya pintu Iran telahpun terbuka untuk Malaysia mem-perkenalkan minyak sawit di Iran, dan ini menunjukkan penerimaan positif terhadap minyak sawit negara ini untuk penggunaan industri makanan di Iran.

Suka saya mengambil kesempatan untuk memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa pihak Iran telahpun ber-setuju untuk membeli 100 tan menarik minyak sawit olein untuk tujuan pen­yelidikan. Penyelidikian ini akan di-jalankan oleh Iranian Standard and Industrial Research Institute (ISIRI), dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, yang bertanggungjawab mengesahkan peng­gunaan minyak sawit untuk tujuan makanan. Pihak Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia juga sedang bekerjasama dengan ISIRI untuk menjalankan kajian-kajian formulasi ghee yang sesuai untuk penggunaan industri makanan Iran.

Kami sedar bahawa kami adalah pendatang baru dalam arena minyak dan lemak di Iran di mana minyak soya telah bertapak kian lama, namun kami pasti bahawa ianya adalah satu arena di mana kami tidak mudah dikalahkan. Dengan wujudnya persefahaman, peng-hormatan, kerjasama sesama negara Islam, saya yakin bahawa usaha-usaha kami untuk membuka pasaran di Iran akan mencapai kejayaan.

Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua, jelaskan bahawa Kementerian Per-usahaan Utama telahpun mengambil langkah-langkah positif terhadap apa-apa helah yang dicari untuk menjatuh-kan imej minyak kelapa sawit Malaysia.

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3231 12 DISEMBER 1984 3232

Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik hati dengan teguran yang dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Fadzil bin Mahmood daripada Pedis, pada hari Isnin 10.12.1984 yang mengatakan bahawa ada Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri dan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan membazirkan wang dalam mencantik-kan bilik pejabat masing-masing dengan perabut-perabut dan pemaidani yang mahal. Sungguhpun ini harus dijawab oleh pihak Kementerian Kewangan, tetapi saya telah mendapat izin dari Timbalan Menteri Kewangan dalam hal ini. Jadi saya ingin menyentuh sedikit. Dari kacamata Kementerian Perusahaan Utama, ke-cantikan dan keadaan yang menarik itu adalah perlu, tetapi tidak semestinya semua yang cantik dan menarik itu adalah mahal. Kementerian Per­usahaan Utama dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli per-niagaan luar negeri setiap masa dalam hal membincangkan pasaran barang-barang mentah negara kita seperti kayu, getah. kelapa sawit, bijih timah, rempah-rempah dan sebagainya. Tarikan kepada pelanggan adalah salah satu faktor dalam dunia perniagaan. Ini penting kerana kita menghadapi saingan yang hebat dari negara-negara lain yang mengeluarkan hasil yang sama. Namun begitu untuk mewujud-kan kecantikan dan tarikan ini, Kementerian Perusahaan Utama cuba seberapa daya menjimatkan per-belanjaan dengan menggunakan bahan-bahan tempatan seperti carpet dan perabot.

Kerusi meja adalah dari kayu getah, bilik-bilik pejabat digunakan kayu jenis murah seperti ramin. Ada pula bilik-bilik mesyuarat yang diperbuat khas dari kayu jenis sederhana seperti kembang semangkok, nyato, ramin dan jati. Kayu-kayu ini dicat begitu rupa sehingga menjadi begitu menarik dan cantik dan menawan hati ramai pelanggan-pelanggan antarabangsa kerana konsep yang ingin Kementerian saya utarakan ialah, dengan izin, "Buy

Malaysian Goods", "Buy Direct From Malaysia" and "Seeing is Believing". Insya Allah, dengan cara yang kecil ini saya berdoa dan berharap barang-barang keluaran negara kita akan lebih laris dan Malaysia akan bertambah makmur.

Sekian, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Baik juga tak banyak soalan. Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos.

531 ptg.

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (Datuk Leo Moggie anak Irok): Tuan Yang di-Pertua, saya suka mengucap-kan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara mengenai urusan Ke­menterian Tenaga, Telekom dan Pos. Seruan-seruan serta teguran Ahli-ahli Yang Berhormat ini adalah di dalam perhatian Kementerian dan saya akan mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya supaya agensi-agensi di bawah Kementerian ini dapat me-ningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada rakyat dan memberikan per­khidmatan yang lebih selesa.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Ber­hormat Tuan Haji Abdul Wahab bin Abu Bakar telah menyuarakan sungutan orang ramai dan juga posmen-posmen terhadap Ketua Pos baru di kawasannya kerana tidak membenar-kan posmen-posmen menggunakan kenderaan sendiri jika Pejabat Pos tidak menyediakan motosikal Jabatan, se-baliknya Ketua Pos lama telah menggunakan budibicaranya untuk membenarkan posmen-posmen meng­gunakan kenderaan sendiri.

Untuk makluman Ahli Yang Ber­hormat, setakat ini belum ada lagi peraturan yang tertentu yang mem­benarkan posmen-posmen mengguna­kan motosikal sendiri apabila Pejabat Pos tidak dapat membekalkan kenderaan Jabatan itu. Walau bagaimanapun,

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3233 12 DISEMBER 1984 3234

terdapat Ketua-ketua Pos yang meng­gunakan budibicara mereka sama ada membenarkan posmen-posmen meng­gunakan kenderaan sendiri atau sebaliknya.

Bagi menyeragamkan perkara ini, satu kajian sedang dijafankan untuk mengetahui faedah yang akan di-perolehi sekiranya kebenaran diberi kepada posmen-posmen untuk meng­gunakan kenderaan sendiri apabila Jabatan tidak dapat membekalkan kenderaan Jabatan dan mereka akan dibayar elaun bantuan. Kajian ini adalah dalam peringkat akhir dan jika hasil kajian itu positif, maka satu kriteria akan dirumuskan untuk dipakai di semua Pejabat Pos.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Ber­hormat Tuan Stephen Wan Ullok dan juga Yang Berhormat Tuan Jaafar Harun telah membangkitkan Per-khidmatan Telekom, khususnya per-khidmatan telekom ke luar bandar.

Kerajaan sedar bahawa per-khidmatan telefon di kawasan luar bandar, termasuk di kawasan pen-dalaman di Negeri Sarawak adalah belum mencukupi. Ianya memang perlu dipertingkatkan, akan tetapi me-mandangkan kepada masalah geographi kawasan dan juga ke-mampuan kewangan yang sedia terhad, maka perancangan dan pelaksanaan terpaksalah dibuat berperingkat-peringkat. Kedudukan sekarang ialah perhubungan telekomunikasi di beberapa kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan terpencil di negeri Sarawak cuma dapat diberikan melalui Perkhidmatan Sistem Panggilan Luar Bandar HF (high frequency). Bagi kawasan di mana perkhidmatan ini wujud, semua panggilan dalam negeri dan antarabangsa dapat dihubungi melalui bantuan telefonis. Di beberapa tempat yang lain pula, 'system country set' digunakan di dalam kawasan lingkungan 30 kilometer dari sesebuah ibusawat.

Yang Berhormat Tuan Jaafar Harun juga telah mengesyorkan untuk Kerajaan menggunakan radio trans­mission bagi meninggikan mutu per­khidmatan telefon di luar bandar.

Yang sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, perkara ini memang telah diambil tindakan. Bagi tujuan untuk meninggikan perkhidmatan di luar bandar, Jabatan Telekom akan mem-perkenalkan dua lagi jenis per­khidmatan telefon yang baru. Per-khidmatan-perkhidmatan tersebut ialah satu, sistem telefon yang menggunakan radio frequency dan yang kedua, 'multi access subscriber radio system', dengan izin. Sistem 'automatic telephone using radio' dan 'multi access' akan dapat memberikan perkhidmatan kepada masyarakat yang tinggal di dalam kawasan garisan penglihatan (line of side) dengan stesen radio telekom yang sedia ada dan yang akan dibina di seluruh negara. Sistem 'multi access subscriber radio' dijangka siap pada awal tahun 1985. Bagi sistem 'automatic telephone using radio', projek ini bermula dengan termeterinya kontrak bagi tujuan ini pada 14hb Februari, 1984. Sistem ini adalah berasaskan kepada sistem 'radio cellular' dan ianya menggabungkan penggunaan teknologi komputer dan sistem komunikasi melalui radio yang berasaskan kepada teknologi yang moden.

Sejumlah 86 pusat pemancar atau stesen induk radio akan dibina di seluruh negara secara berperingkat-berperingkat mengikut jadual 'mobile telephone exchange' berkenaan. Semua projek ini dijangka siap sebelum akhir tahun 1985. Sistem cellular ini akan dapat membantu untuk memberi perkhidmatan telefon sepenuhnya auto-matik untuk pelanggan tetap di bandar-bandar, ladang-ladang, lombong-lombong atau kawasan-kawasan tanah baru yang terpencil dan para pelanggan telefon awam yang berada dalam liputan radio stesen pemancar. Ianya

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3235 12 DISEMBER 1984 3236

juga akan digunakan sebagai sistem mobile telephone.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Jaafar Harun juga ada membangkitkan masalah bil-bil bayaran telefon lewat sampai kepada pengguna-pengguna dan telah menge-syorkan Kementerian memasang meter-meter telefon di rumah pengguna seperti meter-meter elektrik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian saya tidak bercadang untuk memasang meter-meter telefon di romah-rumah pengguna kerana untuk mengadakan meter di rumah adalah tidak ekonomik dari segi kos kerana bukan sahaja meter perlu dipasang di tiap-tiap rumah, tetapi juga akitt-alat yang berkenaan perlu dipasang untuk tujuan tersebut Amalan ini bukan sahaja didapati di negara kita, tetapi juga didapati bagi "telecommunication authority9 di beberapa negara yang lain. Meter-meter telefon tidak seperti meter-meter elektrik Lembaga Letrik Negara dan kerana perkhidmatan telefon mem-punyai cirinya sendiri dengan proses penyeliaan bil telefon yang berbeza jika dibandingkan dengan bil elektrik.

Tuan Yang di-Pertua, bil telefon .pelanggan dikeluarkan sebulan sekali di minggu kedua bulan berikutnya. Contohnya, bil bulan Mac dikeluarkan pada awal bulan April, bacaan meter bulanan diambil pada pertengahan bulan. Bagi membolehkan sesuatu bayaran yang dibuat di dalam satu-satu bulan dimasukkan ke dalam bil berikutnya, pelanggan hendaklah mem-bayar bil tersebut dalam tempoh 7 hari daripada tarikh menerima bil. Sekiranya pembayaran lewat dibuat, maka pembayaran pelanggan akan dimasukkan ke dalam bil bulan berikutnya.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah penjelasan yang saya suka sampaikan. Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih kepada pandangan-pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Timbalan Yang di-Pertua: Kementerian Perusahaan Awam.

538 ptg.

Menteri Perasakaan Awam (Datin Paduka Rafidah Aziz): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucap­kan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang tdah menyentuh beberapa perkara mengenai Kementerian saya dan juga tdah memberi pandangan-pandangan serta teguran-teguran yang membina dan semua teguran yang membina ini akan diambil perhatian demi untuk memperbaiki prestasi agensi-agcnsi di bawah Kementerian saya.

Yang Berhormat Senator Fadzil Mahmood ada membangkitkan beberapa masalah mengenai LPN, di antaranya mengenai Kompleks LPN, penimbangan dan juga ketidakcekapan kakitangan LPN,

Mengenai kompleks-kompleks LPN, sukadta saya memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa di bawah Rancangan Malaysia Kedua LPN telah berjaya membina 12 buah kompleks yang mempunyai keupayaan mengering sebanyak 144,000 metrik tan sehingga 240,000 metrik tan setahun. Pada masa ini LPN mempunyai 32 buah kompleks yang boleh mengeringkan sebanyak 318,000 metrik tan sehingga 530,000 metrik tan padi setahun dan mengilang sebanyak 360,000 tan metrik setahun dan bagi tahun 1985 pula, pihak LPN akan membina 3 buah lagi kompleks, Di dalam operasi pembelian padi, LPN kadangkala menghadapi masalah berkaitan dengan kekurangan kenderaan dan timbul sungutan kerana pihak-pihak yang menghantar padi ke kompleks-kompleks LPN terpaksa menunggu lama.

Berhubung dengan masalah ini LPN telah mengambil berbagai langkah untuk mempercepatkan operasi belian padi seperti membeli padi 24 jam di musim menuai dan mengaturkan kemudahan-kemudahan pengangkutan

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3237 12 DISEMBER 1984 3238

dengan pengusaha-pengusaha lori swasta.

Mengenai peningkatan kemudahan di kompleks-kompleks, LPN telah mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan dan prestasi kompleks selaras dengan usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Antaranya kerja-kerja pembaikan dan tambahan kepada kemudahan-kemudahan yang sedia ada terutamanya dalam pengendalian, pengeringan dan pengilangan. LPN bercadang untuk menambahkan kemudahan datarah timbangan di kompleks-kompleksnya bagi membolehkan pergerakan dua hala lori-lori yang membawa padi. Ini akan mempercepatkan proses pembelian. Di samping kemudahan fizikal, kemahiran kakitangan juga adalah diberi perhatian. Latihan-latihan adalah diberikan ke­pada pekerja-pekerja LPN di samping memberi panduan-panduan tertentu bagi membolehkan mereka menjalan-kan kerja dengan lebih teratur.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahya telah membangkitkan tentang masalah beratus-ratus guni beras tersadai di jalan raya di Sabak Bernam yang tidak dibeli dan kotor. Di sini saya ingin jelaskan bahawa apa yang sebenarnya berlaku bukanlah padi itu dibiarkan dan tidak dibeli kerana kotor. Pada musim yang disebutkan itu pengeluaran di kawasan Sabak Bernam telah meningkat dengan banyaknya. Kilang-kilang swasta membeli mengikut keperluan kilang mereka sahaja dan lebihnya terpaksa dibeli oleh LPN. Ini menyebabkan kelewatan belian kerana keilpayaan LPN terhad. Oleh yang demikian langkah-langkah telah diambil bagi mendapatkan pembeli-pembeli swasta daripada Perak dan Pulau Pinang untuk membeli padi dari Sabak Bernam di samping membuat pindahan dari kompleks-kompleks LPN di sini ke kompleks-kompleks di Pulau Pinang dan Kedah. Masalah yang berlaku di Sabak Bernam

itu adalah masalah yang tersendiri dan bukanlah masalah berpanjangan yang tidak dapat di atasi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Ishak bin Abdul Rahman telah membangkitkan masalah pembatalan sebuah projek UDA di Bukit Mertajam.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek tersebut adalah di bawah program Jawatankuasa Pemandu iaitu di bawah Pembangunan Tanah Individu. Ini adalah program di bawah Jabatan Perdana Menteri. Cadangan pembangunan tanah tersebut ialah dua blok rumah pangsa 5 tingkat yang mengandungi 120 unit di atas tanah seluas 76,230 kaki persegi di atas lot 54, Mukim 10, Seberang Perai Tengah. Projek ini dicadangkan adalah kerana difikirkan kegunaan tanah dapat dimaksimakan berbanding dengan cadangan pembangunan yang lain. Pada mulanya iklan projek ini telahpun dikeluarkan dibeberapa akhbar tempat-an dan juga melalui surat-surat edaran kepada beberapa Jabatan Kerajaan yang mana ianya telah diselaras oleh pihak ICU. Walau bagaimanapun didapati tiada pembeli yang berminat. Ini kemungkinan adalah kerana harga jualan yang dicadangkan oleh tanah adalah amat tinggi iaitu $47,3000 seunit untuk bumiputera dan $49,900 seunit untuk bukan bumiputera. Berikutan dengan kegagalan itu pihak Jawatan­kuasa Pemandu telah memutuskan agar projek ini disimpan dalam perhatian iaitu bukan dibatalkan seperti yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, UDA difaham-kan bahawa tuan tanah telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut kepada BINA Corporation Sdn. Bhd mengikut suratnya bertarikh 15hb November, 1984.

Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja yang dapat saya beri makluman pada hari ini, sekali lagi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan Insya-Allah

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3239 12 DISEMBER 1984 3240

perhatian-perhatian yang telah diberi-kan itu akan diambil kira oleh Kementerian saya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Kementeri­an Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

5.44. ptg.

Timbalan Menteri Pembangunan Negara • dan Luar Bandar (Dato Mohammad Yahya bin Lampong): Tuan Yang di-Pertua, saya mengucap-kan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh dan membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian saya khususnya soal-soal pembangunan,, kemudahan asas di kawasan-kawasan luar bandar serta projek-projek pembangunan Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

Memanglah menjadi hasrat Kerajaan dan Kementerian ini untuk menyedia-kan satu kemudahan infrastruktur di segenap pelusuk tanahair bagi memenuhi keperluan setiap rakyat terutamanya rakyat di luar bandar. Kerajaan sedar bahawa kemudahan-kemudahan asas seperti jalan-jalan luar bandar, jalan-jalan kampung, bekalan air paip dan elektrik adalah keperluan-keperluan utama rakyat di luar bandar di samping ianya dapat membawa pembangunan di kawasan-kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun dalam usaha Kerajaan menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut sudah tentu kita akan berhadapan dengan batasan-batasan kemampuan atau 'constraints', dengan izin, terutamanya dari segi tenaga dan kewangan.

Di samping menyediakan kemudahan-kemudahan asas seperti infrastruktur, Kementerian saya sedang menyusun rancangan-rancangan pem­bangunan di kawasan luar bandar seperti menyusun semula kampung-kampung, mempergiatkan program industri kampung dan kraftangan dan

menjalankan usaha-usaha untuk menyedarkan dan mengubah sikap masyarakat supaya cenderong kepada kemajuan serta mengambil bahagian yang cergas di dalam proses pem­bangunan sosial dan ekonomi.

Di dalam setiap kegiatan yang dijalankan oleh Kementerian ini yang ditujukan untuk rakyat di luar bandar, kerjasama dan penyertaan daripada mereka adalah penting. Rakyat luar bandar seharusnya berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka dengan menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan. Kementerian ini melalui agensi-agensinya seperti MARA, Jabatan Pembangunan Koperasi, Bank Rakyat dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia akan meneruskan usaha-usaha untuk meninggikan taraf sosio ekonomi rakyat yang berpendapatan rendah khususnya di luar bandar dengan memberi tumpuan yang lebih di bidang perusahaan dan perdagangan.

Kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat ingin saya nyatakan di sini sebagaimana yang saya nyatakan awal-awal tadi bahawa adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk mengadakan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan bekalan elektrik di semua kawasan-kawasan luar bandar di seluruh negara. Walau bagaimanapun, di sebabkan batasan-batasan ke­mampuan yang dihadapi oleh Kementerian ini terutamanya dari segi tenaga dan kewangan, pelaksanaan kemudahan-kemudahan asas ini haruslah dilakukan dengan cara teratur dan peringkat-peringkat. Dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu mengizinkan seperti di masa ini tidak-lah hairan peruntukan kepada Kemen­terian ini dikurangkan sejak tahun 1983. Pengurangan ini berlaku bukan hanya ke atas Kementerian ini malahan kepada semua sektor-sektor. Walaupun pengurangan ini berlaku ianya tidak pula terlalu menjejaskan pelaksanaan projek-projek infrastruktur di luar bandar.

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3241 12 DISEMBER 1984 3242

Kementerian ini sedar bahawa secara perbandingan peruntukan sejumlah $193 juta adalah terlalu kecil untuk dapat mewujudkan projek-projek prasarana seperti jalan, bekalan air dan elektrik di luar bandar dan memenuhi keperluan rakyat luar bandar sekali gus. Walau bagaimanapun Kementerian saya akan terus berusaha untuk menggunakan wang yang ada itu dengan sebaik-baik yang mungkin. Tertakluk kepada kewangan yang ada Kementerian sedaya upaya cuba mengagihkan peruntukan di setiap negeri dengan seadil-adilnya. Ini termasuklah memberi peruntukan yang sewajarnya kepada negeri Sarawak seperti yang dibangkitan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Latif bin Haji Dris. Kerajaan akan berikhtiar untuk mempercepatkan kemudahan-kemudah-an asas di luar bandar di seluruh negara dengan tidak mengambil kira kepenting-an kaum dan politik di sesuatu kawasan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebanyak 2,040 projek bekalan air luar bandar telah dilaksanakan yang memberi faedah kepada 3,314,000 penduduk daripada tahun 1981 hingga 1983. Secara purata sehingga tahun 1983 51% dari penduduk luar bandar di negara ini telah menikmati bekalan air berbanding dengan matlamat Rancangan Malaysia Keempat yang bertujuan untuk mencapai angka 58.2% menjelang tahun 1985. Sementara itu Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat sepanjang 1,786.1 kilometer daripada 2,717.51 kilometer jalan luar bandar telah disiapkan.

Mengenai program bekalan elektrik luar bandar, pada masa ini lebih kurang 40% penduduk luar bandar menikmati kemudahan elektrik dan adalah menjadi tujuan Kerajaan untuk mem-bekalkan elektrik kepada lebih kurang 80% penduduk luar bandar menjelang tahun 1990.

Tuan Yang di-Pertua, saya meng-ucapkan terima kasih kepada Yang

Berhormat Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom yang telah menyokong rancangan Kementerian ini di dalam melaksanakan Rancangan Kampung Berkelompok. Rancangan ini dikenali sebagai Rancangan Pembangunan Kampung dan Luar Bandar yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dilancarkan pada lOhb April, 1984.

Rancangan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu dan daya pengeluaran pertanian, meningkatkan pendapatan petani dan pekerja di desa serta memudahkan penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan serta kemudahan-kemudahan prasarana dan sosial seperti jalan raya, sekolah, klinik, pasar dan sebagainya. Rancangan ini melibatkan usaha-usaha kemajuan pertanian dengan mengadakan cara pengurusan ladang yang moden bagi kebun-kebun kecil, pengujudan industri kampung dan perusahaan kecil dan Iain-lain kegiatan ekonomi bukan pertanian serta penggelompokan dan penyusunan semula kampung-kampung secara teratur untuk meng-hasilkan pertumbuhan bandar-bandar kecil.

Kebun-kebun dan bendang-bendang kecil digabung supaya menjadi satu ladang yang besar atau mini estate dan pengurusannya dijalankan secara commercial. Kampung-kampung yang berdekatan dan bertaburan di-cantumkan dan disusun sebegitu rupa supaya kemudahan-kemudahan per-khidmatan sosial dan prasarana dapat disampaikan dengan mudah dan berkesan.

Kegiatan ekonomi bukan pertanian akan dikenalpasti diwujudkan bukan sahaja untuk menampung lebihan tenaga di ladang-ladang bahkan untuk menampung keperluan dan permintaan dari penduduk-penduduk kampung yang dicantumkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, rancangan ini merupakan

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3243 12 DISEMBER 1984 3244

rancangan bersepadu yang mana melibatkan semua agensi-agensi Kerajaan. Agensi-agensi ini perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan rancangan ini mengikut tanggungjawab dan kawasan projek yang dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi sedikit penarangan mengenai program industri kampung dan karyaneka untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Industri kampung adalah perusahaan-perusahaan yang ditempatkan di kampung dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi tempatan seperti rotan, buluh, tanah liat dan sebagainya dengan menggunakan kemahiran tradisional dan teknologi yang mudah.

Bahagian Industri Kampung di Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar ini memainkan peranan yang utama untuk mengenai pasti projek-projek mewujudkan dan membangunkan projek-projek dan menyelaraskan bidang-bidang tugas agensi-agensi yang terlibat dalam melaksanakan projek ini seperti Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Bahagian Kemajuan Masyarakat atau KEMAS, Jabatan Pembangunan Koperasi dan Majlis Amanah Rakyat ataupun MARA.

Kementerian ini telah mengambil beberapa tindakan ke arah mewujud­kan dan memperkemaskan program ini. Ini termasuk mengenai pasti tempat-tempat yang sesuai di mana industri itu dapat diwujudkan, menyusun semula sistem pengeluaran perusahaan-perusahaan yang sedia ada dengan mem-perkenalkan mesin-mesin yang mudah dan murah kepada mereka supaya jum-lah pengeluaran dapat ditingkatkan. Sementara itu Kementerian ini juga sedang meninjau untuk mengadakan usahasama dengan pengusaha-peng-usaha luar negeri dalam perusahaan ini. Setakat ini telah banyak syarikat-syari-kat luar negeri yang menunjukkan minat untuk mengadakan usahasama dengan syarikat tempatan untuk mendirikan

kilang-kilang memproses bahan-bahan seperti buluh, rotan dan tanah liat dan sebagainya.

Di samping itu Kementerian ini melalui agensinya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah mengendalikan aktiviti latihan bagi melatih belia dan beliawanis untuk mendapatkan kemahiran dan melahir-kan usahawan-usahawan baru di bidang kraftangan.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan teguran kepada Kementerian ini untuk selanjutnya dapat bertindak dan berfungsi bagi mewujudkan satu corak pentadbiran ke arah pembangun­an di seluruh lapisan rakyat. Semoga dengan teguran dan pandangan serta kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kementerian ini akan dapat membangunkan rakyat di luar bandar di semua bidang khususnya cita-cita dan usaha kita untuk membaharui sikap masyarakat di negara ini. Pada teguran dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak dapat saya sebutkan di Dewan yang mulia ini ianya akan mendapat perhatian sewajarnya. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua: Kementerian Pelajaran.

5.54 ptg.

Timbalan Menteri Pelajaran (Datin Paduka Chow Poh Kheng): Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Belanjawan Kementerian Pelajaran dan juga kepada cadangan-cadangan, ulasan-ulasan dan teguran-teguran yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan yang telah berjalan selama ini.

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3245 12 DISEMBER 1984 3246

Sukalah saya mengatakan bahawa tindakan-tindakan yang sesuai akan diambil oleh Kementerian pelajaran untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada supaya prestasi Kementerian ini dapat dipertingkatkan lagi.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi sedikit ulasan dan penjelasan kepada perkara-perkara yang ditimbul-kan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan program-program yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran.

Yang Berhormat Senator Jaafar bin Harun dan Yang Berhormat Senator K, Kumaran telah mengatakan bahawa program KBSR yang sedang dilaksana-kan sekarang telah mencapai kejayaan yang baik. Lebih 95% murid-murid yang mengikuti program ini telah boleh membaca dan menulis dengan lebih baik berbanding dengan murid-murid sebelum KBSR.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas perhatian berat Yang Berhormat untuk mengikuti pelaksanaan KBSR dengan teliti serta juga memberi penghargaan kepa4a Kementerian dan guru-guru yang telah berjaya melaksanakan program ini.

Oleh kerana masalah ini yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Haji Ariffin bin Haji Salleh bahawa ramai murid-murid darjah 1 dan 2 sekarang tidak tahu membaca dan menulis, tidaklah timbul. Pelaksanaan KBSR adalah dibuat dengan perancangan, kajian dan percubaan dan teratur berdasarkan kehendak-kehendak Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan tahun 1979. KBSR sebenarnya mula di-laksanakan secara menyeluruh di darjah 1 pada tahun 1983 tetapi perancangannya telah dimulakan sebelum tahun 1980 lagi. Perancangan itu dibuat berdasarkan kepada pandangan pakar-pakar dalam bidang pendidikan dan juga orang ramai serta

juga kajian-kajian yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran seperti projek kurikulum paduan. Projek khas matematik dan sains dan kajian taraf pencapaian dalam kemahiran menulis dan membaca sekolah rendah diadakan pada tahun 1979.

KBSR juga telah dicuba di 302 buah sekolah selama setahun lebih awal sebelum ia dilaksanakan dengan sepenuhnya. Kementerian juga sentiasa mengawas dan mengesan pelaksanaan KBSR. 3 buah Jawatankuasa Khas iaitu Jawatankuasa Pelaksanaan KBSR, Jawatankuasa Teknik KBSR dan Jawatankuasa Induk KBSR telah ditubuhkan di Kementerian Pelajaran untuk menentukan segala perancangan, percubaan dan pelaksanaan KBSR berjalan dengan teratur dan berkesan.

Di peringkat negeri, daerah dan sekolah pula, semua pegawai dan guru sentiasa diingatkan supaya memberi keutamaan kepada penyelesaian sebarang masalah KBSR yang berbangkit, Oleh kerana itu masalah ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Haji Shaharom bin Haji Maasom yang mengatakan bahawa KBSR telah dilaksanakan tanpa perancangan dan kajian yang teliti dan teratur tidaklah timbul.

Bagi KBSM pula masalah pengajaran dan pembelajaran seperti yang di-nyatakan juga oleh Yang Berhormat Senator Haji Shaharom bin Haji Maasom tidak timbul kerana pada masa ini KBSM masih lagi dalam peringkat perancangan dan belum dilaksanakan lagi di sekolah-sekolah.

Yang Berhormat Senator Jaafar bin Harun juga telah mencadangkan supaya tulisan jawi dimasukkan dalam program KBSR sebagai satu mata-pelajaran kerana tulisan ini penting dalam pengajaran agama Islam. Suka saya terangkan di sini bahawa Kementerian Pelajaran sudahpun membuat keputusan untuk mengajar matapelajaran agama Islam dalam tulisan jawi dan akan diwajibkan

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3247 12 DISEMBER 1984 3248

kepada semua pelajar Islam. Segala persediaan sedang dibuat sekarang supaya pelaksanaannya dapat dijalan-kan dengan teratur dan berkesan. Sebagai permulaan tulisan jawi akan diajar secara formal kepada murid-murid tahun 3 KBSR pada bulan Januari 1985.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Senator Jaafar bin Harun juga telah menimbulkan masalah disiplin di kalangan murid-murid dan mencadangkan supaya matapelajaran kelakuan dan budi pekerti diajarkan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Kementerian saya memang sedar adalah wujud masalah disiplin di beberapa buah sekolah di negara ini tetapi jika diambil secara keseluruhan-nya bilangan adalah kecil dan keadaannya tidak begitu buruk dan masih terkawal.

Suka saya menerangkan di sini bahawa Kementerian Pelajaran memang mempunyai strategi tertentu untuk mengatasi masalah disiplin di kalangan murid-murid. Kementerian saya percaya bahawa masalah salah laku, tunjuk perasaan dan rendah budi pekerti dapat diatasi dengan menanam dan memupuk nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, amanah, berdisiplin, bekerjasama, bersikap liberal dan bertolak ansur di kalangan murid-murid.

Nilai-nilai murni ini kita semaikan melalui rancangan dan program sivik yang dijalankan berdasarkan mata pelajaran tata rakyat yang telah digubal berdasarkan prinsip-prinsip Rukun-negara.

Di samping itu, Kementerian saya juga akan memberi penekanan yang lebih kepada kegiatan ko-kurikulum untuk membentuk sahsiah dan per-watakan yang baik di kalangan murid-murid.

Kementerian Pelajaran juga sedang merangka satu mata pelajaran baru

iaitu mata pelajaran kewarganegaraan sebagai satu lagi usaha untuk melahir-kan warganegara yang berdisiplin tinggi, cintakan negara dan ber-perwatakan mulia.

Kementerian Pelajaran juga ingin mendapat kerjasama dan penglibatan ibu-bapa dengan lebih berkesan dalam mengawas dan mengasuh pembentukan kelakuan dan disiplin yang baik di kalangan anak-anak mereka.

Inilah salah satu sebabnya Kemen­terian Pelajaran ingin menjadikan se­kolah itu sebagai institusi masyarakat di mana ibu-bapa, guru-guru dan murid-murid akan berasa sama-sama komited dan bertanggungjawab terhadap ke-jayaan sekolah dalam semua bidang termasuk pembentukan disiplin dan perwatakan yang baik.

Tuan yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk James Willie, Yang Berhormat Senator Jaafar bin Harun, Yang Berhormat Senator Haji Shahrom bin Maasom dan Yang Berhormat Senator K. Kumaran telah menyentuh tentang aktiviti pembangun-an di bawah Kementerian Pelajaran.

Yang Berhormat Senator Haji Shaharom telah meminta supaya kemudahan pe­lajaran seperti menambahkan bilik dar-jah, mendirikan sekolah baru dan kantin dilaksanakan, terutama di kawasan luar bandar.

Yang Berhormat Senator K. Kumaran pula meminta supaya banyak lagi bilik darjah dibina untuk sekolah rendah dan di tempat-tempat yang sesuai.

Dalam hal ini sukalah saya menerangkan bahawa kekurangan kemudahan fizikal ini adalah diberi perhatian utama oleh Kementerian Pelajaran. Langkah-langkah sedang dilaksanakan pada masa ini untuk mempastikan bahawa kekurangan bilik darjah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin. Di mana ada keperluan bilik darjah yang tidak melebihi empat buah kita menggunakan kaedah membina

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3249 12 DISEMBER 1984 3250

secara bergotong royong dengan PIBG supaya pembinaan itu dapat disiapkan cepat dan tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak.

Di samping itu projek "package deal" atau pasang siap seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Haji Shaharom bin Maasom adalah juga dijalankan di kawasan-kawasan yang ramai bilangan murid-muridnya dan yang memerlukan tambahan bilik darjah dengan segera.

Selain daripada ini projek-projek pembinaan sekolah secara "conven­tional" masih diteruskan bagi menam-pung keperluan kemudahan fizikal, ter-utama di kawasan luar bandar.

Saya juga suka terangkan bahawa di Semenanjung Malaysia sebanyak 519 projek telah dijalankan dengan perbelanjaan sebanyak $229 juta dan sebanyak 2,325 bilik darjah akan dapat disiapkan pada akhir tahun 1984 ini. Pada tahun 1985 pula sebanyak $36.1 juta akan dibelanjakan untuk 112 projek membina bilik darjah.

Di Sarawak sebanyak $62.9 juta telah dibelanjakan pada tahun 1984 untuk membina 952 buah bilik darjah. Pada tahun 1985 sebanyak $48.1 juta akan dibelanjakan bagi membina 951 bilik darjah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator Datuk James Willie di negeri Sabah pula sebanyak 305 buah bilik darjah telah dibina dengan peruntukan sebanyak $66.4 juta pada tahun 1984. Pada tahun hadapan sebanyak $85.1 juta akan dibelanjakan untuk pembinaan 307 bilik darjah.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan saranan Yang Berhormat Senator Jaafar bin Harun supaya murid-murid luar bandar diberi ke­mudahan tertentu untuk membolehkan mereka bersaing dan maju seperti murid-murid di bandar, suka saya terangkan bahawa Kementerian Pelajaran me-mang sentiasa mengambil berat tentang

memberi kemudahan fizikal dan pengajaran serta pembelajaran di luar bandar. Kementerian Pelajaran bukan sahaja berusaha untuk mengadakan kemudahan fizikal yang mencukupi di luar bandar tetapi juga mengadakan guru-guru yang terlatih memberikan bantuan buku teks, biasiswa, rancangan susu, kesihatan, membina asrama, perpustakaan dan pusat-pusat sumber pelajaran. Di samping itu murid-murid dari luar bandar diberi peluang yang lebih untuk memasuki ke sekolah-sekolah berasrama penuh.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Haji Shahrom bin Maasom telah mencadangkan supaya pihak swasta dibenar menubuhkan maktab perguruan mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran sebagai satu langkah untuk mengatasi kekurangan guru.

Saya ingin menyatakan di sini bahawa sungguhpun kita kekurangan guru terlatih sekarang, Kementerian saya telah menyusun program untuk menambah pengeluaran guru dari maktab-maktab perguruan.

Mulai tahun hadapan pengambilan pelatih ke maktab-maktab perguruan akan ditambah sebanyak 50%, di samping itu pembinaan maktab baru akan juga ditambah. Oleh yang demikian, tidaklah difikirkan perlu kita meminta pihak swasta mengadakan maktab-maktab untuk melatih guru-guru.

Yang Berhormat Senator Datuk James Willie telah mencadangkan supaya bilangan guru untuk mengajar di Sabah itu ditambah. Dalam perkara ini sukacita saya memaklumkan bahawa Kementerian saya sentiasa memberi perhatian yang lebih kepada negeri-negeri yang kurang maju seperti Sabah semasa menempatkan guru-guru baru keluaran maktab-maktab atau universiti-universiti.

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3251 12 DISEMBER 1984 3252

Berhubung dengan masalah guru UTS di Sabah yang dibangkitkan oleh Dato James Willie, sukacita saya memaklumkan bahawa perkara ini sedang diteliti oleh Kementerian saya supaya penyelesaian yang sewajarnya dapat dicapai.

Soal kemudahan atau faedah biasa untuk guru-guru UTS dan guru-guru yang tidak terlatih telah juga ditimbulkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk James Willie.

Sebenarnya, guru-guru UTS dan guru tanpa latihan tidak bertaraf kakitangan Kerajaan dan mengikut kebiasaan tidak layak menerima sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada kakitangan Kerajaan. Namun begitu, Kementerian saya telah dapat juga memberikan beberapa kemudahan untuk guru UTS dan guru-guru tanpa latihan ini. Antara kemudahan-kemudahan itu ialah Elaun Khidmat Awam, Elaun Wilayah, elaun dan Iain-lain bayaran apabila menjalankan tugas rasmi di luar kawasan ibu pejabat, cuti sakit dan kemudahan perubatan dan pergigian.

Yang Berhormat Senator Tuan Haji Ariffin bin Haji Salleh telah menyentuh soal pertukaran guru, khasnya guru perempuan. Saya ingin menjelaskan bahawa Kementerian saya telah meng­adakan peraturan tertentu mengenai pertukaran guru-guru. Peraturan ini juga menentukan tempoh seseorang guru itu patut bertugas di sesuatu negeri sebelum ia layak ditukarkan.

Peraturan ini bertujuan untuk mengawal pertukaran guru supaya tidak terlalu ramai guru bertukar dari sesuatu negeri, kerana ini akan menjejaskan pelajaran di negeft berkenaan. Peraturan ini juga bertujuan untuk mempastikan pertukaran guru-guru dikendalikan secara adil dan saksama.

Saya ingin menyatakan bahawa dalam urusan pertukaran ini, guru-guru wanita memang dibenarkan bertukar

lebih awal daripada guru lelaki. Kementerian saya juga ada membuat peruntukan untuk membenarkan guru-guru bertukar lebih awal daripada biasa atas sebab-sebab peri kemanusiaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Jaafar bin Harun telah menimbul masalah pelajar-pelajar kita di luar negeri yang menunjuk perasaan dan menentang Kerajaan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saranan Yang Berhormat itu supaya pelajar-pelajar yang hendak dihantar ke luar negeri diwajibkan mengikuti kursus kewarganegaraan, syarat-syarat biasiswa mereka diketatkan dan pegawai-pegawai kita dihantar melawat pelajar-pelajar ini dengan lebih kerap. Suka saya menerangkan bahawa Kementerian Pelajaran memang sedar tentang ada-nya pelajar-pelajar yang menentang Kerajaan dan mengabaikan peranan dan tanggungjawab yang telah diamanah kepada mereka. Oleh kerana itu Kementerian saya sedang mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasi perkara ini. Di antaranya termasuklah langkah-langkah seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Senator Jaafar bin Harun.

Di samping itu, Kementerian juga sedang memperkemaskan jentera pentadbiran Jabatan Penuntut Malaysia di luar negeri dan juga menghantar pegawai-pegawai yang lebih berkelayakan dan berpengalaman supaya dapat memberikan penerangan dan bimbingan serta mengadakan perhubungan yang lebih rapat dengan pelajar-pelajar kita. Kerajaan juga ada menghantarkan pegawai-pegawai ter-masuk pegawai-pegawai agama melawat pelajar-pelajar ini untuk mengadakan ceramah, dailog dan mengedarkan risa-lah-risalah ugama serta menerangkan dasar-dasar Kerajaan dengan lebih jelas lagi kepada mereka. Pelajar-pelajar yang sedang menuntut di luar negeri juga dipanggil pulang dalam masa cuti panjang untuk mengikuti kursus orien-

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3253 12 DISEMBER 1984 3254

tasi semula. Pada masa kursus orientasi semula ini sungutan, masalah dan ke-sulitan pelajar-pelajar diberi perhatian berat untuk menyusun khidmat yang lebih berkesan terhadap hal ehwal dan kebajikan pelajar-pelajar. Dalam pada itu ada juga pelajar-pelajar yang mengabaikan tugas dan tanggungjawab mereka. Kerajaan terpaksa menarik balik biasiswa pelajar-pelajar seperti ini. Kerajaan juga sedang mengkaji untuk mengetatkan syarat-syarat biasiswa ini supaya perbuatan seumpama itu dapat dicegah pada masa akan datang.

Berhubung dengan saranan Yang Berhormat Senator Jaafar bin Harun supaya pelajar-pelajar ini diwajibkan menjikuti kursus kewarganegaraan sebelum dihantar ke luar negeri, suka saya menerangkan bahawa kursus ini telahpun dijalankan sejak tahun 1983 lagi. Mulai tahun hadapan pelajar-pelajar lepasan SPM dikehendaki mengikuti kursus A-level dan matrikulasi selama dua tahun sebelum dihantar ke luar negeri. Kursus kewarganegaraan ini juga akan diwajibkan kepada mereka. Berhubung dengan ini juga Kementerian Pelajaran sedang menyusun mata pelajaran kewarganegaraan ini untuk diperkenalkan di peringkat sekolah menengah lagi dengan tujuan untuk membentuk perwatakan mulia, menanamkan semangat kebangsaan.

Tuan Yang di-Pertua, setakat inilah yang dapat saya jelas dan huraikan mengenai perkara-perkara yang telah ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung dengan program dan aktiviti Kementerian Pelajaran. Saya menyedari ada banyak lagi isu-isu yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Semua itu telahpun dicatitkan dan akan diberi perhatian dan di mana idea-idea itu baik dan boleh dilaksanakan bagi meninggikan mutu khidmat Kementerian Pelajaran maka idea-idea itu akan dilaksanakan sama ada dalam bentuk projek baru ataupun menerapkan dalam projek

projek yang sedia ada dalam perlaksanaan sekarang ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berucap memberi sokongan kepada Kementerian Pelajaran dan telah memberi teguran dan pandangan yang membina.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya hendak bertanya daripada Yang Berhormat Menteri Penerangan, ada masa berapa minit agaknya? Adakah cukup masa? Kalau tidak, saya bagi Menteri Sains, cuma dalam masa 5 minit habis, boleh? Saya jemput Yang Berhormat.

6.18 ptg.

Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Datuk Amar Stephen Yong Kuet Tze): Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Haji Zakaria bin Yahya yang telah membangkitkan perkara pencemaran udara.

Berkenaan dengan kawalan pencemaran udara, Jabatan Alam Sekitar di bawah Kementerian saya telah melaksanakan beberapa strategi dan program untuk mengawasi kualiti udara bagi melindungi kesihatan kebajikan rakyat. Sebagai langkah jangka masa panjang, penilaian kesan alam sekitar telah dijalankan ke atas projek-projek utama yang dicadangkan, dan langkah-langkah pembetulan ditentukan sebelum projek dilaksanakan. Dalam hal ini iuga, garis panduan bagi menentukan punca-punca pencemaran yang perlu diasingkan dari penduduk pun disediakan untuk kegunaan pihak Kerajaan Negeri. Sebagai jangka masa pendek, langkah-langkah pembetulan telah diadakan melalui peraturan-peraturan kawalan. Jabatan Alam Sekitar saya telah menguatkuasakan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) sejak tahun

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN · terdapat di negara kita ini dan adakah pengeluaran besi waja di negara kita ini juga mencukupi untuk keperluan negara dan adakah mutu besi-besi keluli yang

3255 12 DISEMBER 1984 3256

1978. Peraturan-peraturan ini menghalang pembakaran terbuka, pelepasan asap hitam dan Iain-lain bendasing seperti wap asap acid, logam dan Iain-lain.

Sejak penguatkuasaan peraturan ini, kilang-kilang telah memasang alat-alat kawalan yang perlu bagi mematuhi standard-standard pelepasan yang telah ditetapkan dan kejadian pencemaran udara telah semakin berkurangan.

Kempen penguatkuasaan dijalankan dari semasa ke semasa bagi menentukan pematuhan undang-undang. Misalnya, bagi tahun 1984 hingga bulan Oktober sebanyak 68 kilang telah ditawarkan kompaun dan 88 lagi telah dihadapkan ke mahkamah kerana tidak mematuhi arahan jabatan atau melakukan kesalahan di bawah peraturan tersebut.

Bagi mengawal pencemaran yang disebabkan oleh punca-punca bergerak seperti kereta-kereta bermotor, Jabatan Alam Sekitar dengan pertolongan pihak Polis menguatkuasakan Kaedah-kaedah Kereta-kereta Bermotor (Kawalan Pelepasan Asap dan Gas) 1973. Di bawah kaedah-kaedah ini, pelepasan asap hitam dihadkan di bawah 50 HSU (Hartridge Smoke Unit) dan kereta-kereta diwajibkan memasang sistem kawalan karbon yang dilepaskan dari kotak engkol (crank case). Selain daripada ini, Jabatan Alam Sekitar juga menjalankan pengawasan kualiti udara bagi mengetahui keadaan kualiti udara sekeliling dan berdasarkan kepada maklumat yang didapati, program dan aktiviti penguatkuasaan diulangkaji dari semasa ke semasa bagi menentukan kekesanan strategi jabatan.

Mengenai pencemaran di kawasan Batu Caves seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator, saya ingin memaklumkan bahawa punca-punca utama yang melepaskan habuk adalah Kuari Dolomite Industries, Kuari J.K.R., Kuari Kenneison Brothers and Kilang Simen MIMCO. Kuari Dolomite Industries dan Kuari

L-08765.

J.K.R telah diberi tapak baharu di Sungai Long, Ulu Langat. Pihak J.K.R telah mendirikan kuarinya, manakala Kuari Dolomite Industries sedang dalam proses mendirikan lojinya. Kuari Kenneison Brothers tidak dipindahkan dan masih meneruskan operasinya di kawasan Batu Caves. Setikat ini, kerja peletupan (blasting) diberhentikan bagi ketiga-tiga kuari, tetapi kerja screening dan memecah batu dan membuat batu hitam (premix) masih dijalankan. Kilang Simen MIMCO adalah satu loji yang amat lama dan sekarang dalam proses memodenkan lojinya dengan menambahkan loji kawalan.

Sebelum kerja peletupan batu diberhentikan pada akhir tahun 1980, pengawasan udara menunjukkan paras habuk mendap (deposited dust level) adalah dalam lingkungan 502 sehingga 1180 milligram per satu meter persegi sehari. Pengawasan udara bagi Kampung Melayu Batu Caves pada tahun 1981 dan 1982 memberi bacaan purata 223 milligram per satu meter persegi sehari dan 180 milligram persatu meter persegi sehari masing-masing. Bagi Sekolah Rendah Tamil pda tahun 1981 dan 1982, bacaan purata ialah 185 milligram per satu meter persegi sehari dan 208 milligram persatu meter persegi masing-masing. Aktiviti-aktiviti penguat­kuasaan* akan digiatkan serta diketat-kan lagi oleh Jabatan Alam Sekitar.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator atas minatnya kepada hal-hal alam sekitar, dan teguran-teguran lain berkenaan dengan Kementerian saya akan diberi perhatian.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, „ mesyuarat ditangguhkan sekarang sehingga pukul 2.30 petang hari esok, 13hb Disember, 1984.

Dewan ditangguhkan pada pukul 630 petang.