penyata rasmi parlimen · 1893 11ogo189s 1993 4 yang berhonnat tuan ghazali bin haji embong, pj.k....

81
Jilid III Bil. 13 Hari Rabu 11hb. Ogos, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMENKELAPAN Eighth Parliament PENGGAL KETIGA Third Session KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 1903] USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat dan Penangguhaii [Ruangan 1967] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Profesion Cndang-undang (Pindaan) 1993 [Ruangan 1968] Rang Undang-undang Paten (Pindaan) 1993 [Ruangan 1994] Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 1993 [Ruangan 2009]

Upload: lamnga

Post on 04-Apr-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Jilid IIIBil. 13

Hari Rabu11hb. Ogos, 1993

PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARASenate

PARLIMEN KELAPANEighth Parliament

PENGGAL KETIGAThird Session

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN[Ruangan 1903]

USUL:Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat

dan Penangguhaii [Ruangan 1967]

RANG UNDANG-UNDANG:Rang Undang-undang Profesion Cndang-undang (Pindaan) 1993 [Ruangan 1968]Rang Undang-undang Paten (Pindaan) 1993 [Ruangan 1994]Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 1993 [Ruangan 2009]

MALAYSIA

PARLIMEN KELAPAN—DEWAN NEGARAPenyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KETIG A

AHLI-AHLIDEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATO' G. VADIVELOO A/L GOVINDASAMY,D.P.M.S., S.M.S.. A.M.N. (Dilantik).

Menteri Belia dan Sukan, DATO' HAJI ANNUAR BIN MUSA, S.LM.P. (Dilantik).

Timbalan Yang di-Pertua, TUAN ADAM BIN KADIR (Dilantik).

" Timbalan Menteri Pertanian, DATO' S. SUBRAMANIAM, D.S.N.S., D.P.M.J.,S.M.J. (Dilantik).

" Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan HalEhwal Pengguna, DR. SAK CHENG LUM (Dilantik).

" Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, TUAN MUSTAPA BINMOHAMED (Dilantik).

TUAN HAJI SYED ABDUL HAMID SAGAFF, P.I.S., B.S.I., P.P.N. (Dilantik).

TUAN ABDUL RASHID BIN ISMAIL, A.M.N., P.K.T., P.J.K.; P. J.M. (Pulau Pinang).

" TUAN HAJI ABDUL SALAM BIN AWANO, A.M.N. (Dilantik).

" DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI ABDULLAH, D.M.S.M.. D.S.M., A.M.N., P.J.K., J.C.(Dilantik).

TUAN HAJI AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (Dilantik).

DATO' AZUMU BIN TAK, D.P.M.P., P.M.P., A.M.N., P.P.T.. J.P. (Perak).

" TUAN MICHAEL BONG THIAM JOON, A.B.S., J.B.S. (Dilantik).

PUAN HAJAH CHE PORA BINTI HAH OMAR, A.M.N., P.P.N., PJ.K. (Dilantik).

DATO' WILLIAM CHEK LIN KWAI, D.S.D.K., A.M.K., P.P.N., J.P. (Dilantik).

T\JAN CHONG CHI SIONG @ CHONG FAH (Negeri Senibilan).

" TUAN FRANKIE CHONG YU CHEE, A.D.K. (Sabah).

TUAN FU AH KIOW (Dilantik).

TUAN DING SELING (Dilantik).

" TUAN HAN DOL BIN DOLAH, A.M.N., P.P.N., J.P. (Melaka).

1893 11 OGOS 1993 1894

Yang Berhonnat TUAN GHAZALI BIN HAJI EMBONG, PJ.K. (Dilantik).

PUAN HAJAH HABSHAH BINTI HAJI OSMAN (Dilantik—Wilayah Persekutuan).

" WAN HAMID EDRUCE BIN TUANKU HAJI MOHAMAD, A.B.S. (Sarawak).

TUAN HANIPAH BIN AHMAD, P.J.K. (Perlis).

TUAN Ho CHENG WANG (Perak).

TUAN IBRAHIM BIN DAUD, J.S.M., K.M.N., P.L.P., P;I.S,, B.S.I., A.M.N., P.P.N.(Johor).

TUAN Isu BIN HAJI SIPUT (Dilantik—Wilayah Persekutuan Labuan).

" TUAN ITAM WAU BIN NAWAN, P.P.N. (Dilantik).

TUAN HAJI JAMALUDIN BIN HAJI AHMAD, A.M.N., A.N.S., P.M.C., P.J.K., J.c.(Negeri Sembilan).

TUAN JOHAN B.O.T. GHANI @ CHRISTOPHER, K.M.N. (Dilantik).

" PUAN KALTHOM BDTTI HAJI OTHMAN (Kelantan).

PUAN KIAN SIT HAR, P.J.K., A.M.N., B.K.T., J.P. (Melaka).

" - TUAN LIMUN LAIKIM (Sabah).

DATO' DR. MAK HON KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

" TUAN HAJI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ, A.M.P., B.K.T. (Dilantik).

TUAN MOHD. ZAIN BIN HAJI MAT DAUD (Kelantan).

TUAN K. MUNISAMY, A.M.N., A.M.P.,P.P.T. (Dilantik).

TUAN NEO TUAN CHENG, P.P.N. (Johor).

DATO' (IR.) NG THIAN HOCK, D.S.S.A., S.M.S., P.J.K., J.P. (Dilantik).

PUAN HA/AH RAHAIAH BINTI BAHERAN, PJ.K. (Dilantik).

TUAN RAHIM BIN BABA, A.M.P. (Dilantik).

PUAN HAJAH RAHMAH BINTI SALLEH (Terengganu).

PUAN ROSALIND YAU SHUK MENG, K.M.N., A.M.N. (Selangor).

TUAN SAAD BIN HAJI MAN (Dilantik).

" TUAN SAIDIN BIN MOHAMAD (Perlis).

" TUAN HAJI SALLEH @ HASSAN BIN AU, P.J.K. (Terengganu).

1895 11 OGOS 1993 1896

Yang Berhormat PUAN SRI SARASA PASAMANICKAM, A.M.N., P.I.S, (Dilantik).

" Puan Hajah Selemiah binti Hashim (Dilantik).

TUAN V. K. SELLAPPAN, S.S.A., A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN SHAHIRUDDIN BIN AB. MOIN, P.K.T. (Dilantik).

" TUAN SHUIB BIN ENDUT, A.M.N., A.M.K., P.J.K. (Kedah).

TUAN HAJI SHUIB BIN SHAWAL, A.M.K., A.M.N., P.J.K. (Kedah).

DATO' SOONG SIEW HOONG, S.M.S., K.M.N., D.P.M.S., J.S.M. (Dilantik).

" TUAN DOUGLAS SuLLANG ANAK GANDA (Sarawak).

DATO' TAN TIEW BOCK, D.P.M.P., A.M.P. (Dilantik).

TUAN TIONG THAI KING (Dilantik).

DR. TOH KIN WOON (Pulau Pinang).

DATOK K. VIJAYANATHAN A/L KESAYA PILLAI, D.J.N., K.M.N.. P.J.K. (Dilantik).

" DATIN HAJAH WAN INTAN BINTI HAJI WAN AHMAD TAJUDDIN, P.J.K., A.M.S.(Dilantik).

DATUK DAVID YEOH ENG HOCK, D.M.S.M. (Dilantik).

TUAN HAJI ZAINAL BIN MD. DEROS, S.S.A., P.J.K., J.P. (Selangor).

DATO' ZAINAL ABIDIN BIN JOHARI, D.S.D.K., K.M.M., P.P.N., B.K.M., P.J.K., J.P.(Dilantik).

PUAN HAJAH ZALEHA BINTI HUSSIN (Dilantik).

1899 11 OGOS 1993 1900

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar, K.M.N.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Taijadin bin Saberan

Penolong Setiausaha Kanan: Abdullah bin Abdul Wahab

Penolong Setiausaha Kanan: Zamani bin Haji Sulaiman

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Pegawai Penerbitan: Ramaswamy

Penolong Penyunting: Shamsiah binti Mohd. Yusop

Pelapor Perbahasan Kanan: Haji Suhor bin Husin.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.Supiah binti Dewak.Ismail bin Haji Hassan.Hajah Kalsom binti Ghazali.Mohamed bin Osman.Norishah binti Mohd. Thani.Zaharah binti Naim.Su Soon Chuan.Norwahidah binti Azizi.Rozita binti Abd. Samad.Jainah binti Sakimin.Ahmad Kamal bin Mohd. Yusop.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Mohd. Kassim bin Hashim.Lt. Kol (B) Haji Rahimuddin bin Abdul Mutalib.

1903 11 OGOS 1993

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

1904

Rabu, 11hb. Ogos, 1993

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Timbalan Yang di-Pertuamempengerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPANMULUTBAGI

PERTANYAAN-PERTANYAAN

KUMPULAN KONGSIGELAPDIBANDAR-BANDAR—

LANGKAH MENGHAPUSKANKEGIATAN

1. Tuan Haji Zainal bin Md. Derosminta Menteri Dalam Negeri menyatakanberapa banyakkah kumpulan kongsi gelapyang beroperasi di negara ini, khasnya dibandar-bandar besar seperti Kuala Lumpurkerana baru-baru ini kumpulan P. Kalimuthutelah menimbulkan keresahan dan ketakutandalam masyarakat kerana keberaniannyamembunuh rakyat dengan sesuka hatinyasahaja, dan bilakah Polis akan dapat meng-hapuskan pengaruh kongsi gelap supayaMalaysia bebas dari ancaman yang mungkinakan menakutkan pelancong-pelancongdatang ke Malaysia.

Setiausaha Parlimen KementerianDalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting): TuanYang di-Pertua, pada keseluruhannya, ter-dapat lebih kurang 89 kumpulan kongsigelap yang bergiat di bandar-bandar besardi seluruh negara. Di Kuala Lumpur ter-dapat 26 kumpulan kongsi gelap. Tindakantegas pihak Polis telah dapat mengawal

kegiatan kongsi gelap dari merebak.Keadaannya adalah terkawal danpelancong-pelancong tidak perlu merasabimbang.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yangdi-Pertua, soalan tambahan. Apakah pihakKementerian Dalam Negeri pernahmengesan bahawa terdapatnya ahli-ahlidaripada Parti Komunis Malaya (PKM)yang telah pun meletakkan peijuanganbersenjata mereka meheruskan pulaperjuangan mereka melalui kumpulankongsi gelap ini?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yangdi-Pertua, hingga setakat ini, pihakKementerian Dalam Negeri tidak ada,nampak apa-apa bukti bahawa ada mana-mana seseorang bekas PKM telah punterlibat dalam kegiatan kongsi gelap.Kerana kumpulan mereka yang telah baliksentiasa bekerjasama dengan pihak Polisdan kegiatan mereka juga adalah terkawal.

Tuan Ding Seling: Tuan Yangdi-Pertua, soalan tambahan. Say a ingin ber-tanya kepada Setiausaha ParlimenKementerian Dalam Negeri sama ada sedaratau tidak sebahagian daripada kongsigelap itu yang juga dianggap sebagai mem-punyai hubungan dengan bekas komunisyang bergiat di antara orang-orang di luarbandar seperti di antara pekerja-pekerjapembalakan?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yangdi-Pertua, sepertimana yang telah sayajawabkan, Kerajaan tidak ada apa-apa buktiyang mengatakan telah melibatkan bekaskomunis mengendali atau terlibat dengankegiatan kongsi gelap.

1905 11 OGOS 1993 1906

Walau bagaimanapun, pihak Polis adacara-cara mereka untuk mengesan danmenerima maklum balas daripada orangawam dan juga mereka mempunyaikemahiran yang cukup peka kepada apa-apa yang akan berlaku dari segi kongsigelap itu. Kalau sekiranya terdapat adasesuatu gejala menunjukkan mana-manaseorang yang mempunyai pengaruh, yangmengendalikan sesuatu kongsi gelap, tidakkira sama ada dia bekas komunis atau tidak,dan dengan cukupnya saksi-saksi dan jugabukti, Polis selalunya menggunakanOrdinan Darurat untuk menyekat merekaatau menahan mereka. Selama ini pihakPolis telah pun berjaya menahan kira-kira196 orang yang terlibat dalam kongsi gelapini.

Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi:Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.Adakah aktiviti jenayah akhir-akhirini yangmelibatkan pembunuhan beberapa tokohdan akhir-akhir ini yang menjumpai rangkamanusia ini, adakah penglibatan anasir-anasir kongsi gelap di dalamny a kerana kitatahu bahawa kongsi-kongsi gelap jugamenggunakan ilmu hitam?

Jadi, kita khuatir apa yang dilakukanoleh Nor Affendy Rahman dan MonaPandey ini juga turut melibatkan unsur-unsur kongsi gelap dalam perkara ini.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yangdi-Pertua, pihak Polis belum ada apa-apabukti bahawa semua kejadian baru-baru initelah melibatkan kegiatan kongsi gelap.Dan juga untuk kes Mona Fandey,semalam saya telah katakan saya tidak dapatmemberi apa-apa maklumat kerana ianyamasih dalam tindakan mahkamah.

Datuk HajiAhmad bin Haji Abdullah:Tuan Yang di-Pertua, P. Kalimuthu telahmati.Kumpulankongsigelapnyamasihkahlagi beroperasi? Kemudian adakah carakumpulan P. Kalimuthu ini menirugangsterism dalam filem Hindustan danfilem Hindi?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yangdi-Pertua,ingin saya memaklumkan kepadaDewan yang mulia ini, tidak payah kitabimbang tentang gang P. Kalimuthu inikerana pihak Polis telah berjaya mengesan.Walau pun P. Kalimuthu sudah raeninggaldan member gang semuanya iaituberjumlah 33 orang yang dapat pihak Polismengesani, yang giat ataupun dianggapmerbahaya dari segi kegiatan mereka, dimana 23 daripada mereka telah pun diambiltindakan mengikut undang-undang iaituOrdinan Darurat. Ada 10 orang lagi, pihakPolis masih dalam proses mengumpulketerangan dan dalam proses untukmenyiasat dengan lanjut.

Jadi, kepada pihak Polis, kumpulanP. Kalimuthu ini sudah tidak mempunyaipengaruh yang seharusnya bolehmembimbangkan kita.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yangdi-Pertua, soalan tambahan. Jika Kerajaantahu bahawa jumlah kongsi gelap adalah 89kumpulan di negara kita ini, maka tidakkahKerajaan tahu pula ahli-ahlinya? Kalau tahu,kenapa tidak ditangkap terus?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yangdi-Pertua, sepertimana yang telah sayaberitahu, iaitu seramai 196 orangmerupakan ketua-ketua kongsi gelap itutelah pun ditahan di bawah OrdinanDarurat pada tahun 1990,1991 danhinggaJulai tahun ini. Yang lain-Iain sekiranyamereka terlibat, sebab Kerajaan Malaysiaini, kita selalu berpegang teguh kepadaundang-undang, kita hendak menangkapseseorang itu mesti mempunyai bukti yangkukuh.

Jadi, kalau ada pihak Polis mengsyakisesiapa itu memang terlibat, pihak Polisakan mengawasi ataupun mengambil satutempoh masa untuk memerhatikanseseorang itu sehingga bukti kukuh sudahdapat, maka tindakan akan diambil. Jadi,tak boleh kita suka-suka dengar sahaja

1907 11 OGOS 1993 1908

aduan, kita tangkap. Kalau macam itu,mungkin jadi silap tangkap merekayang......Timbalan Yang di-Pertua: Banyak

yang kena tangkap.

Tuan Ong Ka Ting: Banyak yang akanditangkap, dan penjara akan penuh.

RUMAH KOS RENDAH—KAWALAN HARGA

2. Tuan Chong Chi Siong mintaMenteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan:

(a) adakah Kementerian bercadangmenaikkan harga jualan RM25.000bagi rumah kos rendah dengan 2bilik 1 ruang ke-tahap yang ber-patutan; dan

(b) berapa unit rumah kos rendah yangakan dibina oleh Kementerian dalamRM-6.

Timbalan Menteri Perumahan danKerajaan Tempatan (Tuan Haji Daudbin Dato' Haji Taha): Tuan Yangdi-Pertua, untuk makluman Ahli YangBerhormat,

(d) Kementerian tidak bercadanguntuk menaikkan harga jualannimah kos rendah daripada tahapharga RM25,000.00 seunit yang adasekarang.

(b) bagi tempoh Rancangan MalaysiaKeenam, Kementerian inimenyelaraskan pelaksanaan 40,000unit rumah di bawah programPerumahan Awam Kos Rendah.Daripada jumlah itu, sebanyak24,430 unit dibina di bawah projekPerumahan Awam Kos Rendah, dan15,570 unit lagi di bawah skimpertapakan dan kemudahan.

Dr. Toh Kin Woon: Tuan Yangdi-Pertua, soalan tambahan. AdakahKementerian Perumahan dan KerajaanTempatan sedar bahawa ada setengahbandar besar seperti Georgetown, PulauPinang, di mana mengekalkan harga kosrendah pada paras RM25.000 tidakmenggalakkan pembinaan rumah sepertiini kerana harga tanah yang tinggi. Jadi,adakah Kementerian bercadangmengadakan suatu dasar harga yang lebihfleksibel, iaitu membenarkan harga yanglebih tinggi sedikit di setengah tempat,tetapi mengekalkannya pada RM25.000 ditempat-tempat lain?

Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha:Setakat ini cadangan itu belum lagi di-pertimbangkan.

Tuan Saidin bin Mohamad: Tuan Yangdi-Pertua, soalan tambahan. Walaupun kitasedia maklum bahawa rumah kos rendahini harganya murah, tetapi masih terdapatrumah-rumahyangmasihkosong. Siapakahyang mengawasi rumah-rumah di kawasanrumah murah yang kosnya rendah, yangsebahagiannya didiami oleh orang dansebahagiannya tidak, dan-didapati yangtidak didiami oleh orang itu terbiar dandipenuhi oleh semak samun dan diliputioleh akar-akar yang menjalar?

Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha:Tuan Yang di-Pertua, ada dua masalah disini. Yang Pertama, projek-projekpemmahan yang telah siap, tetapi belumdiduduki oleh pembeli-pembeli, ini ialahkerana pihak berkuasa tempatan belum lagimemberikan Certificate- of Fitness forOccupation (CFO) disebabkan keranamasalah kelulusan pelan dan perkara inisedang diuruskan. Ini melibatkan beberapaprojek di beberapa buah negeri. Insya-Allah, masalah ini akan diselesaikan tidakberapa lama lagi.

Mengenai rumah-rumah kos rendah yangtidak didiami oleh penghuni-penghuni yangtelah pun diberikan kepada mereka, pihak

1909 11 OGOS 1993 1910

berkuasa tempatan yang mengawasi pem-belian dan pemberian rumah-rumah ini—maksud saya pihak berkuasa tempatan dinegeri-negeri, iaitu melalui JabatanPerumahan Negeri boleh mengambil balikrumah-nimah tersebut sekiranya didapatimereka telah menyalahgunakan hak merekaseperti memberi sewa kepada orang lainataupun menjual kepada orang lain. Walaubagaimanapun, pihak berkuasa tempatanmestilah meneliti terlebih dahulu sebelummengambil tindakan yang sewajarnya.

TEKNOLOGI DISC ANTENNA—DASAR KERAJAAN

3. Tuan Fu Ah Kiow minta MenteriPenerangan menyatakan:

(a) pendirian Kerajaan mengenaipenggunaan "Disc Antenna" olehorang awam; dan

(b) jika orang awam tidak dibenarkanmenggunakannya,adakahKerajaandapat menghalang kegunaannyamemandangkan bahawa teknologi"Disc Antenna" telah mencipta Discyang makin kecil sehingga ianyaamat sukar dikawal.

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos(Dato' Seri S. Samy Vellu): Tuan Yangdi-Pertua, saya memohon untuk menjawabsoalan ini, oleh kerana perkara berkenaanadalah dalam bidangkuasa Kementeriansaya.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos(Dato' Seri S. Samy Yellu): Untukmakluman Ahli Yang Berhormat, pihakKerajaan belum lagi memutuskan untukmenarik balik dasar sekarang yangmelarang orang awam dari menerima siaranterus dari satelit. Walau bagaimanapun,pihak jemaah Menteri telah meluluskanpenggunaan TVRO oleh golongan-golongan tertentu iaitu Seri PadukaBagindaYangdi-PertuanAgong.DuliYangMaha Mulia Sultan-sultan dan Tuan-tuan

Yang Terutama Negeri-negeri, hotel-hotelutama, kedutaan-kedutaan asing dansyarikat-syarikat pembuat untuk tujuaneksport sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian sayatelah mengambilkira pemasangan haramalat-alat TVRO sebanyak 22,000 kesanpositif dan negatif dan akibat sekiranyatindakan undang-undang diambil ataspengguna tanpa lesen yang sah. PihakKementerian juga telah mengkaji kebaikandankeburukanpenggunaanalat alat TVRO,Perkembangan teknologi dan kesannya keataslangkah-langkahpenguatkuasaanyangefektif. Kertas tersebut telah dikemukakankepada jemaah Menteri pada 23hb. Jun,1993, dan jemaah Menteri telah bersetujuuntuk menangguhkan keputusannya,dengan demikian dasar sekarang adalahdikekalkan.BerdasarkandasarpenggunaanTVRO di atas, tindakan penguatkuasaan diatas pengguna-pengguna peralatan TVROtanpa lesen yang sah akan dijalankan.

KEBAKARAN HOSPITALBESAR KUALA LUMPUR—

HASIL SIASATAN

4. Tuan Abdul Rashid bin Ismail mintaMenteri Kesihatan menyatakan:

(a) apakah benar siasatan JabatanJurutera Hospital Besar KualaLumpur yang mendapati kebakaranHospital Besar Kuala Lumpur baru-baru ini ialah satu perbuatankhianat; dan

(b) jika benar dakwaan ini, sudahkahKementerian mengambil tindakanterhadap pihak terbabit.

Timbalan Menteri Kesihatan (Dato'Mohamed Farid bin Ariffin): Tuan Yangdi-Pertua, dakwaan mengenai perbuatankhianat di dalam kes kebakaran tersebutmerupakan kenyataan akhbar Berita

1911 11 OGOS 1993 1912

Harian. Akhbar tersebut melaporkanpenjelasan dari Ketua Pengarah Bombamengenai kemungkinan punca kebakaranyang berlaku di hospital itu.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmiatau tidak rasmi berkaitan dengan puncakebakaran yang dikeluarkan oleh Jabatanini ataupun pihak hospital yang berkenaan.Laporan daripada pihak-pihak yang men-jalankan penyiasatan, iaitu Polis, JabatanKimia dan Jabatan bekalan elektrik masihbelum diterima.

TAHUN MELAWAT MALAYSIA1994—GALAKAN BARU

5. Tuan Ho Cheng Wang minta MenteriKewangan menyatakan untuk menjayakanTahun Melawat Malaysia 1994 yang akandatang, adakah Kementerian akan men-cadangkan apa-apa insentif cukai diberikepada hotel-hotel dan -perniagaan yangberkaitan dengan pelancongan dan jikalautidak, mengapa tidak.

Setiausaha Parlimen KementerianKewangan (Tuan Mustapa binMohamed): Tuan Yang di-Pertua, untukmakluman Ahli Yang Berhomat, galakan-galakan memang disediakan kepada sektorpelancongan khususnya kepada hotel danagensi pelancongan. Syarikat yang men-jalankan projek hotel atau projekpelancongan layak menikmati galakan cukaiseperti berikut:

(i) galakan taraf perintis atau elauncukai pelaburan.

(ii) pengecualian cukai ke atas alatkelengkapan.

(iii) potongan cukai dua kali ke atasperbelanjaan promosi yang dibuatdi seberang laut.

(iv) potongan cukai dua kali ke atasperbelanjaan bagi latihan yang di-luluskan oleh KementerianKebudayaan, Kesenian danpelancongan.

Manakala operator pelancongan yang ber-daftar dan diluluskan oleh LembagaPenggalakkan Pelancongan yang membawasekurang-kurangnya 500 orang pelancongasing adalah dikecualikan daripada cukai.

Kerajaan berpendapat galakan-galakanyang sedia ada adalah memadai. Oleh itu,belum ada rancangan untuk mengadakangalakan cukai khusus bagi Tahun MelawatMalaysia 1994. Walau bagaimanapun,Kementerian Kewangan bersediamenerima apa-apa cadangan mengenaigalakan lain yang sesuai dari semasa kesemasa termasuk bagi menjayakan TahunMelawat Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua: YangBerhormat Tuan Michael Boon Thiam Joon.

Tuan Ding Seling: Tuan Yangdi-Pertua, dengan izin, soalan No. 6.

LALULINTAS DIIBUKOTAKUALA LUMPUR—TINDAKAN

MENGATASI KESESAKAN

6. Tuan Ding Seling (dibawah S.O.23(2)) minta Perdana Menteri menyatakatsama ada kcsesakan lalulintas di KualaLumpur, ibu negara Malaysia yang men-jadi pusat perdagangan pada hari ini akanberterusan yang meagakibatkan kerugianmasa, wang ringgit dan pencemaran udaraakan terua berlaku dan jika tidak, apakahtindakan susulan untuk memastikankesesakan lalulintas di ibu negara ini dapatdikurangkan,

Timbalan Menteri di JabatanPerdana Menteri (Dato' Drs. Suleimanbin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua,pihak Kerajaan sentiasa berusaha untukmengambil langkah-langkah positif bagimengatasi masalah kesesakan lalulintas diKuala Lumpur supaya ianya tidak ber-terusan. Di dalam perancangan jangkapanjang unluk mengurangkan masaiah

1913 11 OGOS 1993 1914

kesesakan lalulintas ini, langkah-langkahyang telah dicadangkan adalahmerangkumitiga aspek seperti behkut:

(i) penghuraian lalulintas secara lebihberkesan dengan peningkatanrangkaian jalan raya;

(ii) pembaikan sistem pengangkutanawam; dan

(iii) penubuhan satu badan berkuasayang bertanggungjawab mengenaipengangkutan di Bandaraya.

Aspek pertama iaitu Skim PenghuraianLalulintas.

Di bawah skim ini lalulintas dicadangkandihuraikan dengan lebih berkesan melaluipeningkatan rangkaian jalan raya sedia adaoleh projek-projek seperti berikut:

(i) pembinaan Jalan LingkaranTengah Dua yang baru;

(ii) penyambungan sepenuhnya JalanLingkaran Tengah Satu yang sediaada;

(iii) pembinaan lebuhraya-lebuhrayabaru seperti Lebuhraya Shah Alam,Lebuhraya Sungai Besi-Puchong;

(iv) pembesaran dan pembaikan jalan-jalan utama yang memasuki KualaLumpur.

(v) pembinaan persimpanganbertingkat menggantikan per-simpangan-persimpangan danbulatan-bulatan yang sesak; dan

(vi) peningkatan taraf sistem kawalanlampu isyarat lalulintasberkomputer.

Aspek kedua—Pembaikan Kepada SistemPengangkutan Awam

Satu Sistem Pengangkutan BandarayaBersepadu (SPBB) telah dicadangkanuntuk memperbaiki dan meningkatkan taraf

perkhidmatan pengangkutan awamdi KualaLumpur. SPBB ini merupakan satu sistempengangkutan bersepadu yang merangkumisistem transit laju ringan (LRT), monorel,bas-bas dan skim "area road pricing".

Aspek ketiga—Penubuhan Satu BadanBerkuasa Pengangkutan Bandaraya

Satu badan berkuasa yang ber-tanggungjawab untuk menyelaras danmenyatupadukan objektif-objek'tif SPBBini adalah dicadang ditubuhkan. Badanberkuasa ini dicadangkan dinamakan Badan,Berkuasa Transit Kuala Lumpur dan kinimasih dalam kajian terperinci mengenaicara pelaksanaannya.

Tuan Saad bin Haji Man: Terima kasihTuan Yang di-Pertua. Soalan tambahankepada'Yang Berhormat. Baru-baru iniberlaku satu kesesakan lalu lintas (trafficjam) yang cukup besar di Kuala Lumpur.Apakah berlakunya masalah ini kerana tidakada penyelarasan atau tidak ada kerjasamadi antara pihak Dewan Bandaraya dan pihakPolis Diraja Malaysia, dan ada pula pihakyang menyatakari bahawa sistem lalulintasberkomputer yang diperkenalkan olehDewan Bandaraya adalah tidak berkesandan tidak sesuai dengan kesesakan yangada di Kuala Lumpur ini.

Dato' Drs. Suleiman bin HajiMohamed: Tuan Yang di-Pertua,kesesakan lalulintas yang "massive" selalusahaja berlaku di Kuala Lumpur danKerajaan sentiasa "responsive" terhadapmasalah tersebut. Oleh hal yang demikian,seperti yang saya sebut pada jawapan awaltadi, perancangan-perancangan yang sediaada adalah menuju ke arah penyelesaianmasalah tersebut. Kerjasama pihak Polisdan Dewan Bandaraya, Kuala Lumpursentiasa menghasilkan satu tindakan yanglebih memadai bagi menyelesaikan masalahini.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah:Tuan Yang di-Pertua, adakah Kerajaan atauDewan Bandaraya bercadang untuk mem-buat keretapi bawah tanah, atas langit atautransit laju?

1915 11 OGOS 1993 1916

Timbalan Yang di-Pertua: Atas apaitu Datuk?

Datuk Haji Ahmad bin Haji AbduIlah:Atas daripada jalan raya.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, sila

Dato' Drs. Suleiman bin HajiMohamed: Tuan Yang di-Pertua, memangterdapat cadangan Kerajaan, seperti yangsaya sebut dalam aspek kedua iaitupembaikan kepada sistem pengangkutanawam, iaitu sistetn monorel, seperti yangdisebut di atas jalan raya itu.Bagaimanapun keretapi bawah tanah tidakdapat dilakukan di Kuala Lumpurdisebabkan di bawah dataran tanah di KualaLumpur terdapat banyak rintangan,termasuk banyaknya sungai selaindaripada limestone yang menjadipenghalang yang besar.Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang

di-Pertua, soalan tambahan, Saya inginmenyambung soalan yang disuarakan olehYang Berhormat Tuan Saad bin Haji Mantadi, mengenai kesesakan yang berlaku diKuala Lumpur baru-baru ini iaitu pada hariKhamis dan juga pada hari Jumaat. Sayaingat pada hari Jumaat itu saya "missed"sembahyang Jumaat pada hari itu. Jadi,adakah disebabkan kesesakan yang luarbiasa itu berlaku disebabkan tiadanyakerjasama di antara pihak Dewan Bandarayadengan pihak Polis?

Dato' Drs. Suleiman bin HajiMohamed: Tuan Yang di-Pertua, adalahbenar bahawa kesesakan y ang disebut padahari Jumaat itu berlaku kerana tidak adakerjasama di antara pihak DewanBandaraya dengan pihak Polis keranaterdapatnya kesilapan atau misinterpreta-tion terhadap komen daripada pegawaibawahan Dewan Bandaraya yangmenyebabkan tersinggung perasaan pihakPolis. Tetapi ia tidaklah memakan masayang lama dan telah dapat diselesaikandalam masa sesingkat yang mungkin dansekarang ini, Alhamdulilah telah berjalandengan baik.

KEENGGANAN MELETAKTANDA HARGA—NILAI RAMPASAN

7. Tuan Ibrahim bin Daud mintaMenteri Perdagangan Dalam Negeri danHal Ehwal Pengguna menyatakan berapajumlah nilai rampasan yang telah dibuatoleh Kementerian berikutan keengganantidak meletakkan tanda harga.

Setiausaha Parlimen KementerianPerdagangan Dalam Negeri dan HalEhwal Pengguna (Dr. Sak Cheng Lum):Tuan Yang di-Pertua, sejak KementerianPerdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna ditubuhkan pada 27hb. Oktober,1990 hingga 31hb. Julai, 1993, nilairampasan barang-barang atas kesalahantidak meletakkan tanda harga ialahRM3.568.029.94 yang melibatkan berbagaijenis barangan. Jumlah kes yang diambildalam tempoh yang sama adalah sebanyak5,196kes.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yangdi-Pertua, saya ingin bertanya kepada YangBerhormat Setiausaha Parlimen, kerana iniadakaitan dengan soal tandaharga. Adakahpihak Kementerian juga bercadang untukmensyaratkan supaya mereka yangmengiklankan penjualan kereta ataupunrumah di dalam akhar-akhbar jugameletakkan tanda harga jualan yanghendak dijual?

Dr. Sak Cheng Lum: Tuan Yangdi-Pertua, Perintah Kawalan PenandaanHargaolehpenjualruncittahun 1993adalahmula berkuatkuasa pada 1hb. Jun tahun iniyang menyebutkan bahawa semuabarangan yang dijual secara runcit adalahdiwajibkan untuk diletakkan tanda harga,Jadi, Kementerian memang sedar di manabaru-baru ini ada satu kes di MahkamahTinggi Ipoh yang telah memberi tafsiraniaitu "apakah yang ditafsirkan sebagaipenjual runcit". Jadi, Kementerian memang

1917 11 OGOS 1993 1918

mengambil perhatian di atas keputusanmahkamah dan pada masa sekarangKementehan sedang meneliti dan mengkajikeputusan mahkamah tentang tafsiran ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang TuanRahim maksudkan tadi macam mana? Kalauboleh diterangkan sekali lagi. AdakahTuanRahim maksudkan jualan dalam akhbar?Apa maksudnya?

Tuan Rahim bin Baba: Sayamaksudkan sedemikian, tetapi jawapan dariYang Berhormat Setiausaha Parlimen itupun saya fikir mencukupi dan meliputi apayang saya soal tadi.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yangdi-Pertua, soalan tambaban. ApabilaPegawai Penguatkuasa ini menjalankankerja-kerja mereka ada berlaku di manakedai-kedai di kawasan lain pula ditutup.Adakah ini disebabkan kurangnya PegawaiPenguatkuasa ataupun bagaimana?

Dr. Sak Cheng Lum: Tuan Yangdi-Pertua, saya tidak berapa faham maksudsoalan.

Timbalan Yang di-Pertua: DatukAzumu sila ulang sekali lagi?

Dr. Sak Cheng Lum: Mungkin adamaksud bahawa apabila Pegawai masuk kekedaidan pemeriksaan dijalankan disesuatutempat, maka kedai jirannya ditutupapabila nampak pegawai itu datang. Jadi,ini memang merupakan satu tindakan yangtidak bertanggungjawab. Tetapi saya ingatini tidak berkaitan dengan bilanganpegawai penguatkuasa yang kita ada.Kerana kalau kita menghantar sejumlahbesar pegawai penguatkuasa, pemeriksaanmungkin boleh dijalankan di sesuatutempat, tetapi kalau mereka sedangmenjalankan pemeriksaaan di kedaisebelah dan kedai sebelah lagi itumengambil kesempatan untuk menutupkedai, maka saya ingat Pegawai kita puntidak boleh berbuat apa-apa.

Tuan Saidin bin Mohamad:Tuan Yangdi-Pertua, soalan tambahan. Apakahmasalah yang menyusahkan sangat untukmeletakkan tanda harga sedangkan banyakbarang-barang yang diletakkan tanda hargaitu sudah pun tinggi harganya dan adabarang yang boleh dikawal, diminta kurangsehingga 20%.

Jadi, bolehkah Yang Berhormat mem-beritahu mengapa barang-barang kawalanruncit sahaja yang ditentukan harga?Bagaimana pula tentang barang-barangyang lain?

Dr. Sak Cheng Lum: Tuan Yangdi-Pertua, Kementerian memang bersetujudengan Yang Berhormat Tuan Saidinbahawa untuk meletakkan tanda hargatidak merupakan satu usaha yang begitusukar. Untuk makluman Dewan yangmulia ini, sebenarnya sebelum perintah yangbaru ini berkuatkuasa dengan meliputisemua jenis barang yang akan dijual secararuncit, Perintah Kawalan Harga(Penandaan Harga) oleh penjual runcityang mewajibkan sebanyak 111 jenisbarangan telah dikuatkuasakan mulai tahun1977. Apa yang berlaku pada masasekarang ialah Perintah ini diperluaskanuntuk meliputi semua jenis barangan yangdijual secara runcit dan Kementerianmenganggap bahawa ini tidak merupakanmasalah bagi para peniaga untuk mematuhiPerintah Kawalan Harga yang baru ini.

RANG UNDANG-UNDANGKEGANASAN RUMAHTANGGA—

KEMAJUAN

8. Puan Sri Sarasa Pasamanickamminta Menteri Perpaduan Negara danPembangunan Masyarakat menyatakanapakah kemajuan dalam menyiapkan RangUndang-undang berkenaan dengankeganasan rumahtangga.

Setiausaha Parlimen KementerianPerpaduan Negara dan PembangunanMasyarakat (Tuan Yong Kboon Seng):Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman AhliYang Berhormat, Kerajaan masih meneliti

1919 11 OGOS 1993 1920

beberapa aspek di dalam draf RangUndang-undang Keganasan Rumahtanggabagi memastikan tiada berlaku pertindihanRang Undang-undang yang sedia ada danjuga kesesuaian dari segi undang-undangIslam serta aspek-aspek penguatkuasaandan lain-lain.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah:Tuan Yang di-Pertua, apakah ertinyaUndang-undang Keganasan Rumahtangga?Rumahtangga yang macam mana yangganas?

Tuan Yong Khoon Seng: Tuan Yangdi-Pertua, apa-apa yang ganas seperti isteripukul suami dianggap sebagai ganas jugadan sebaliknyalah,

Puan Sri Sarasa Pasamanickam:TuanYang di-Pertua, soalan tambahan. AdakahKerajaan bercadang untuk mengimplemen-tasikan Akta Keganasan Rumahtangga yangberasingan untuk orang Islam dan orangyang bukan Islam?

Tuan Yong Khoon Seng: Tuan Yangdi-Pertua, semasa kita menggubalkansesuatu Rang Undang-undang, adalah lebihelok kalau ia merupakan undang-undangyang adil untuk semua rakyat dan kalaudapat, kita akan mengumpulkan semuaundang-undang yang ada sekarang untukmenggubal Rang Undang-undangKeganasan Rumahtangga. Oleh kerana itu,kita telah pun mengadakan banyakmesyuarat dengan pihak-pihak JabatanKerajaan lain, pihak Jabatan PeguamNegara dan NGOs supaya kita dapatmenyelesaikan masalah itu.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah:Tuan Yang di-Pertua, tadi kita dengar,RangUndang-undang Keganasan Rumahtanggaini hendak dibuat kerana kalau suami ganaskepada isteri dan isteri ganas kepadasuami......

Timbalan Yang di-Pertua: Jadi,mengganas!

Datuk Haji Ahmad bin HajiAbdullah: Jadi, keganasan itulah yangmenyebabkan Rang Undang-undang itudibuat. Tetapi ada juga isteri yang sukasuaminya ganas. (Ketawa) Ada oomph, diakata. Kalau tidak ganas, dia fikir macampondan sahaja. (Ketawa) Tetapi RangUndang-undang Keganasan Rumahtanggaini ada dalam Islam dan boleh diselesaikandi Mahkamah Syariah. Begitu juga kalauorang bukan Islam, boleh diselesaikan dimahkamah biasa. Adakah Kementeriantidak percaya kekuatan undang-undang diMahkamah Syariah dan kekuatan undang-undang di mahkamah biasa sehingga ter-paksa membuat satu undang-undang untukmengelakkan keganasan suami isteri sahaja?

Tuan Yong Khoon Seng: Tuan Yangdi-Pertua, kita tahu dengan perubahan sosialyang ada sekarang dan denganperkembangan di mana banyak aspek-aspek dan bentuk keganasan boleh berlaku,undang-undang yang kita ada sekarang tidakmencukupi untuk mengawal berlakunyakeganasan di tiap-tiap keluarga.

ASAP KOTOR KENDERAAN—KEBERKESANAN

PENGUATKUASAAN

9. Puan Hajah Habshah binti HajiOsman minta Menteri Pengangkutanmenyatakan kekesanan pihak penguat-kuasaan Kementerian ini dalam usahamengawal kenderaan yang mengeluarkanasap kotor dan mencemarkan udara dibandaraya ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan(Datin Paduka Hajah Zaleha bintiIsmail): Tuan Yang di-Pertua, jikakeberkesanan penguatkuasaan diukur darisegi jumlah kenderaan yang disaman, makatindakan penguatkuasaan tersebut memangberkesan jika diperhatikan dari jumlahkenderaan yang diambil tindakan iaitu padatahun 1991 sebanyak 3,594 buah kenderaandan tahun 1992 sebanyak 4,129 buahkenderaan.

1921 11 OGOS 1993 1922

Bagi kesalahan-kesalahan pelepasan asapini, memang ada hukuman-hukumannyaiaitu hukuman dari segi kompaun.Kesalahan pelepasan asap antara 50 hingga70 hartridge smoke unit, dengan izin,kompaunnya ialah RM100. Kesalahanpelepasan asap antara 71 hingga 90hartridge smoke unit ialah RM200 dankesalahan pelepasan asap antara 91hartridge smoke unit ke alas, kompaunnyaialah RM300 dan dakwaan ke mahkamahpula, kesalahan pertama didenda tidakmelebihi RM500 atau dipenjarakan tidakmelebihi dua minggu atau kedua-duanyasekali dan kesalahan kedua dan seterusnya,didenda tidak melebihi RM1,000 atau di-penjarakan tidak melebihi satu bulan ataukedua-duanya sekali.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah:Tuan Yang di-Pertua, saya melihatkenderaan ada yang sedikit pun tidakmengeluarkan asap kotor—cantik sahaja.Kebanyakan lori-lori dan bas dan kereta-kereta yang sudah tua mengeluarkan asapyang begitu kotor. Apa sebab kenderaan ituboleh mengeluarkan asap kotor? (Ketawa)

Datin Paduka Hajah Zaleha bintiIsmail:Tuan Yang di-Pertua, pertama ialahkerana apabila kenderaan itu menggunakandiesel, diesel ini ada lebih kekotoran.Semalam, kita juga bercakap mengenaiplumbum iaitu petrol yang ada plumbumpun mengeluarkan lebih kotoran daripadayang tidak ada plumbum dan kalau keadaankenderaan itu tidak diselenggarakandengan sempurna dan baik iaitu tidakdi"maintain" dengan baik, ianya juga akanmenyebabkan banyak asap. Oleh yangdemikian, terpaksalah kita menjagakenderaan-kenderaan kita itu dengansempurna supaya asap tidak keluar danmenggunakan bahan api yang kurangmengeluarkan bahan kotor.

PERBADANAN KEMAJUANNEGERI—KEMAJUAN

DAN PRESTASI

10. Tuan Hanipah bin Ahmad mintaMenteri Perusahaan Awam menyatakansejauh manakah keprihatinan pihakKerajaan yang telah diambil kepada

Perbadanan Kemajuan Negeri (SEDC) yanganak-anak syarikatnya menerima kerugiandan apakah usaha-usaha yang dicadangkandiambil di segi pentadbiran dan kewanganke arah meningkatkan dayamajuPerbadanan Kemajuan Negeri di peringkatnegeri.

Timbalan Menteri Perusahaan Awam(Dato' Dr. Siti Zaharah binti HajiSulaiman): Tuan Yang di-Pertua,Kerajaan sentiasa mengambil berat terhadapkemajuan serta prestasi Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negerinegeri-negeri.

Kementerian Perusahaan Awam seringmengadakan mesyuarat-mesyuaratpenyelarasan serta lawatan-lawatanpemeriksaan secara berkala untukmengawasi perkara-perkara yang berkaitandengan tugas, tanggungjawab dan masalah-masalah yang dihadapi oleh PKEN-PKENdan anak-anak syarikatnya.

Di samping itu, Kementerian PerusahaanAwam juga telah menubuhkan satu pasukanpetugas khas untuk mengkaji secara lebihterperinci prestasi PKEN-PKEN serta anak-anak syarikatnya khususnya dalammewujudkan masyarakat perdagangan danperusahaan bumiputera. Sebagai langkahuntuk meningkatkan lagi dayamaju PKEN-PKEN, beberapa cadangan telahdikemukakan untuk dilaksanakan olehnyaseperti berikut:

(a) Meningkatkan kecekapanpengurusan serta mementingkanaspek kualiti dan produktiviti;

(b) meningkatkan lagi daya saing dalambidang perniagaan danperdagangan yang diceburisekarang;

(c) mempelbagaikan aktiviti-aktivitiserta menceburi bidang-bidang baruyang bukan tradisional;

1923 11 OGOS 1993 1924

(d) meningkatkan kerjasama-sesamaagensi dan berkongsi pengalamanuntuk manfaat bersama melaluikonsep synergy;

(e) meneruskan langkah-langkahmemperkemaskan jumlah danpengurusan anak-anak syarikatsetiap PKEN sepertimana yangdiarahkan oleh Kerajaan;

(f) mengambilpeluanguntukmembuatpelaburan di seberang laut melaluidasar-dasar baru yang dianjurkanoleh Kerajaan melalui konsepglobalisation.

Tuan Fu Ah Kiow: Tuan Yangdi-Pertua, bolehkah Yang BerhormatTimbalan Menteri menyatakan berapaperatusan anak syarikat SEDC yangmengalami kerugian?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti HajiSulaiman: Bagi tahun 1982 hingga 1991,syarikat-syarikat dibubar atau ditutup adalahsebanyak 32 dan syarikat-syarikat di bawahreceivership, iaitu yang dihapuskira, adalahsebanyak 10. Jumlah ekuiti bagi yang di-tutup adalah sebanyak RM28,065,904 danbagi di bawah receivership, jumlah ekuiti-nya adalah RM11,284,073.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yangdi-Pertua, soalan tambahan. Apabila anak-anak syarikat PKEN ini ditutup, bagaimanakakitangan syarikat itu? Adakah merekadiserapkan di syarikat PKEN yang lain?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti HajiSulaiman: Apabila syarikat ini ditutup,pekerja-pekerja itu diberi opsyen sama adauntuk diserapkan ataupun dibuat pilihanuntuk keluar atau berhenti—ada dua pilihan.

Tuan Saad bin Man: Tuan Yangdi-Pertua, soalan tambahan. Terdapatbanyak kenyataan yang mengatakan

bahawa terdapat anak-anak syarikat SEDC(PKEN) yang akan diswastakan untukmengurangkan masalah kerugian dansebagainya—dijual atau diserahkan kepadabumiputera. Apakah garispanduan ataukriteria yang digunakan oleh Kementerianatau Kerajaan di dalam menyerahkan anak-anak syarikat PKEN kepada bumiputeradan berapa banyakkah syarikat-syarikatPKEN yang telah diserahkan sehinggasekarang?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti HajiSulaiman: Keadaan penswastaan itu dijalankan apabila syarikat-syarikat itu yangada potensi baikpulih yang masihmempunyai harapan mendapat tawaranMBO atau MBI dengan harga yang ber-patutan daripada pihak anak syarikat yangberminat. Syarat-syarat bagi peserta ataukumpulan yang membuat tawaran itumestilah mempunyai daya kemampuankewangan yang kukuh dan juga dayapengurusan yang baik.

Kedua, apabila syarikat difikirkan bolehdiswastakan, cirinya adalah apabilarancangan yang dikemukakan kepada pihakpengurusan untuk diswastakan itumempunyai rancangan jangka panjang yangmenarik seperti pelan atau rancanganpertumbuhan perniagaan, synergy dansebagainya.

Jumlah syarikat-syarikat yangdiswastakan, bagi negeri Perlis adalahsebanyak 4; 9 bagi negeri Kedah; 3 baginegeri Pulau Pinang; 15 bagi negeri Perak;5 bagi PKEN Selangor; 2 bagi PKENMelaka; 17 bagi PKEN Negeri Sembilan; 9bagi PKEN Johor; 1 bagi PKEN Pahang; 5bagi PKEN Terengganu; 27 bagi PKENSarawak; dan 5 bagi PKEN Sabah, 3bagi......—sony, itu sahaja, saya hendakmemasukkan tadi agensi yang lain di dalamKementerian. Namun demikian, ada yangsudah diswastakan dalam jumlah-jumlahyang saya berikan dan ada yang dalamproses penswastaan.

1925 11 OGOS 1993 1926

SEKOLAH PERSENDIRIANTANPA KEBENARAN—

TINDAKAN

11. Tuan Syed Abdnl Hamid Sagaffminta Menteri Pendidikan menyatakanbilangan sekolah bersendirian yang ber-operasi tanpa kebenaran dan apakahlangkah-langkah Kerajaan bagi memasti-kan sekolah-sekolah persendirianmematuhi peraturan yang ada.

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr.Fong Chan Onn): Tuan Yang di-Pertua,Kementerian Pendidikan akan mengambiltindakan-tindakan pentadbiran dan undang-undang ke atas sekolah yang beroperasitanpa kebenaran jika KementerianPendidikan dimaklumi kewujudannya.Usaha untuk mengesan sekolah-sekolahtersebut akan tems dilakukan. Setakat iniKementerian Pendidikan telah menutup duabuah institusi pendidikan swasta keranaberoperasi tanpa kelulusan.

Puan Rosalind Yau Shuk Meng: TuanYang di-Pertua, soalan tambahan. Benarkahpertumbuhan sekolah-sekolah persendiriandan pusat tuition adalah disebabkan per-mintaan yang tinggi oleh ibu bapadisebabkan pembelajaran di sekolah-sekolah dan perhatian guru-guru tidakmemuaskan disebabkan bilangan muridyang terlalu ramai dalam satu-kelas danbebanan kerja terhadap guru-gurumembuatkan prestasi pencapaian terjejas.Kalau ini adalah benar, apakah langkah dantindakan Kerajaan bagi menghilangkanandaian dan tanggapan demikian?

Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yangdi-Pertua, Kementerian Pendidikan selalupeka tentang pentingnya kita mem-pertingkatkan suasana sekolah-sekolah danjuga melaksanakan cara-cara di mana kitabukan sahaja boleh terus kekal, tetapi mem-pertingkatkan pencapaian akademik danjuga pencapaian non-academic di peringkatpelajar-pelajar sekolah. Itu adalah janji danusaha Kementerian Pendidikan. Memang

tidak benar bahawa atas sebab-sebabketidaksesuaian suasana di sekolah, ter-paksalah pelajar-pelajar memasuki sekolah-sekolah persendirian atau sekolah-sekolahswasta.

Sebenarnya, Kementerian Pendidikantelah memberi peruntukan dan kemudahanyang cukup supaya semua pelajar-pelajardi sekolah Kerajaan akan dapat satupendidikan yang sempurna. Ini dibuktikanbahawa sejak kemerdekaan, pelajar-pelajaryang telah keluar dari sekolah Kerajaansekarang telah muncul sebagai tokoh dibanyak bidang dan pelajar-pelajar darisekolah Kerajaan juga telah munculsebagai pelajar-pelajar yang cemerlang diinstitusi-institusi pengajian tinggi di dalamdan luar negeri.

Apa yang Kementerian Pendidikanlaksanakan ialah satu dasar yang liberal danterbuka di mana kita galakkan pihak swastauntuk supplement dan complement usahaKerajaan supaya ibu bapa ada satu pilihansama ada mereka ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah Kerajaan atausekolah swasta, Ini adalah atas dasar ter-buka dan liberal Kerajaan. Kerajaan ber-harap bahawa pihak swasta akan seterusnyabekerjasama dengan Kerajaan dalam usahakita memberikan satu sistem pendidikanyang lebih sempurna.

Dr. Toh Kin Woon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. AdakahKementerian Pendidikan sedar bahawamungkin salah satu daripada sebabmengapa adanya begitu banyak sekolah-sekolah persendirian ataupun maktab-maktab persendirian beroperasi tanpa lesenialah kerana permohonan mereka untukmembuka sekolah ataupun maktab ataupunkursus-kursus tambahan mendapat reaksiyang lambat daripada KementerianPendidikan?

Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yangdi-Pertua, untuk makluman Dewan yangmulia ini, seperti yang saya telah jawabtadi, Kementerian Pendidikan sehingga

1927 11 OGOS 1993 1928

sekarang hanya telah terpaksa menutup 2buah institusi pendidikan swasta keranaberoperasi tanpa izin.

Adalah tidak benar bahawa KementerianPendidikan mengenakan satu prosedur yangpanjang. Memang kita ada satu proseduryang tertentu di mana kita mengkajisipemohon yang ingin menganjurkan satuinstitusi swasta supaya kita boleh men-janjikan bahawa selepas ia beroperasipelajar-pelajar akan dapat, dengan izin,value for money. Inilah tanggungjawabKementerian Pendidikan.

TERNAKAN IKAN HIASAN—GALAKAN

12. Puan Hajah Che Pora binti HajiOmar minta Menteri Pertanian menyatakanadakah Kerajaan bercadang untuk meng-galakkan aktiviti-aktiviti ternakairkhususnya dalam pengeluaran ikan hiasankepada penternak-penternak untukmeningkatkan lagi pengeluaran mereka disamping meningkatkan keseluruhanjumlah pengeluaran ternakair.

Setiausaha Parlimen KementerianPertanian (Dato' S.Subramaniam): TuanYang di-Pertua, Dasar Pertanian Negarabagi tempoh 1992-2010 memberipenekanan serta galakan terhadap industriperusahaan ternakair. Perusahaan ini telahmenghasilkan 64,844 tan metrik ikan ber-nilai RM165 juta dalam tahun 1992.Menjelang tahun 2010 pengeluaranternakair negara dijangka mencapai 200,000tan metrik sekiranya sumber-sumber tanahdan perairan yang berpotensi diusahakansepenuhnya.

Bagi perusahaan ternakan ikan hiasan,memandangkan kepada potensi yang ada,Kementerian Pertanian memberi galakankepada pembangunan perusahaan inimelalui empat langkah; iaitu:

(1) Penyelidikan

Penyelidikan terhadap teknikpembiakan, pembakaan, makanan,penyakit dan mutu air yangoptimum untuk pengeluaran ikanhiasan sedang dijalankan di PusatPenyelidikan Ikan Airtawar BatuBerendam, Melaka.

(2) Khidmat Pengembangan

Penyebaran maklumat per-kembangan teknologi ternakairikan hiasan dijalankan oleh agenpengembangan ternakair JabatanPerikanan di peringkat negeri dandaerah. Khidmat nasihat dari segipemeriksaan mutu air dan tanahuntuk menentukan kesesuaiantapak cadangan projek dandiagnosa penyakit juga dijalankan.Khidmat nasihat ini disokong olehpusat-pusat Pengembangan Ter-nakair yang diwujudkan olehJabatan di Jitra, Kedah: Enggor,Perak; Bukit Tinggi, Pahang;Tanjung Demong, Terengganudan Tampoi, Johor.

(3) Latihan

Jabatan Perikanan jugamenyediakan kursus secaraformal dan program-programlatihan secara tidak formal untukmenggalakkan penyertaanpenternak baru. Kursus asaspembiakan dan ternakan ikanhiasan dijalankan di Pusat LatihanPerikanan Airtawar, Enggor,Perak. Pada masa yang samapenternak yang berminat bolehmengikuti latihan sangkut selama2 minggu di ladang ternakan ikanhiasan swasta. Sehingga inisejumlah 87 peserta telahmengikuti kursus asas dan 77

1929 11 OGOS 1993 1930

penternak telah menyertai latihansangkut, Jabatan Perikanan jugaada menganjurkan programlawatan sambil belajar untuk parapenternak di projek-projek ter-nakair di negara ini.

(4) Insentif Kewangan

Pelabur-pelabur dalam bidangikan hiasan boleh memohoninsentif-insentif seperti yang ter-maktub di bawah Akta GalakanPelaburan 1986 dan Akta CukaiPendapatan 1987, di manapelabur boleh menikmati statustaraf pehntis, elaun cukai pela-buran, elaun pertanian dan elauneksport.

Puan Rosalind Yau Shuk Meng: TuanYang di-Pertua, soalan tambahan. AdakahKementerian Pertanian bercadang mem-baikpulih keadaan pencemaran sungai dantali air supaya sesuai untuk kehidupan ikanairtawar? Adakah Kerajaan bercadangmemasukkan anak-anak ikan ke dalatnsungai bagi membantu kegiatan pembiakanikan airtawar yang kian kekurangan di,sungai-sungai kita di Malaysia ini? Apakahusaha Kerajaan untuk mempergiatkanternakan ikan airtawar di kalanganpenduduk luar bandar agar sumbermakanan bertambah banyak dan membantumeningkatkan pendapantan petani di luarbandar?

Timbalan Yang di-Pertua: Berapasoalan itu? Tiga semua ya.

Puan Rosalind Yau Shuk Meng: Apaitu?

Timbalan Yang di-Pertua: Tigasoalan semuanya. Jadi terpulanglah kepadaSetiausaha Parlimen KementerianPertanian.

Dato' S. Subramaniam: Tuan Yangdi-Pertua, soalan yang ketiga saya telahpun jawab tadi, bahawa Kerajaanmengambil beberapa langkah untukmenggalakkan penternak-penternakataupun pengusaha-pengusaha di luarbandar menyertai dalam programmenternak ikan airtawar. Ini melalui empatlangkah, saya telah pun menjelaskan.

Tentang pencemaran yang berlaku disungai-sungai, memang Jabatan Pengairandan Saliran bertanggungjawab mengenaisungai. Tetapi pencemaran adalah di bawahbidang tugas dan tanggungjawabKementerian Sains, Teknologi dan AlamSekitar. Walau bagaimanapun, perkara iniadalah diambil berat oleh Kerajaan dankawalan sedang dijalankan dan tindakanjuga diambil untuk menentukan bahawapencemaran dikawal.

Tentang anak-anak ikan, ini adalah satuusaha yang telah pun dijalankan olehKerajaan-kerajaan Negeri dan digalakkanoleh Kementerian Pertanian dari semasa kesemasa untuk melepaskan anak-anak ikandi sungai-sungai. Selain dari anak-anak ikan,udang juga digalakkan dilepaskan. Aktivitiini telah dijalankan dan akan diteruskan.

GANGGUAN BEKALANELEKTRIK—TUNTUTAN

GANTIRUGI

13. Datuk Haji Ahmad bin HajiAbdullah minta Menteri Tenaga Telekomdan Pos menyatakan setakat ini berapa orangpelanggan telah membuat tuntutangantirugi berikutan gangguan bekalanelektrik di negara sejak awal tahun ini. Apatindakan yang beliau akan ambil mengenaituntutan ini yang boleh dibuat di bawahSeksyen 17 (3) AktaBekalanElektrik 1990.

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos(Dato' Seri S. Samy Vellu): Tuan Yangdi-Pertua, mengikut Seksyen 17 (3) AktaBekalan Elektrik 1990, TNB telah

1931 11 OGOS 1993 1932

menerima beberapa aduan dan memohonuntuk membayar gantirugi kepada masalahgangguan bekalan elektrik di seluruhnegara.

Setakat ini sejumlah 18 pengguna telahmeminta gantirugi daripada TNB akibatgangguan bekalan elektrik sama ada keranaload shedding ataupun kerana terputusbekalan elektrik pada 29hb. dan 30hb.September 1992 yang lalu. Gantirugi inibelum dibayar lagi oleh kerana tuntutantersebut dilindungi oleh polisi insurans iaitudi bawah insurans Public Liability. Semuatuntutan pengguna-pengguna berkaitandimajukan kepada Malaysia NationalInsurance Sdn. Bhd. (MNI) untuk tindakanmereka selanjutnya.

Pada kebiasaannya pihak MNI akanmengkaji dari segi undang-undang samaada TNB bertanggungjawab atausebaliknya. Jika TNB bertanggungjawabke atas kerugian dan kerosakan pengguna-pengguna tersebut, maka MNI akan mem-bayar tuntutan gantirugi setelah ditentukankerosakan sebenar yang dialami olehpengguna tersebut. Di dalam membuatkajian undang-undang pihak MNI akanmeneliti peruntukan Seksyen 17 AktaBekalan Elektrik 1990.

PEMULIHAN KEPADA BEKASANGGOTA KONGSI GELAP/

ORANG SEKATAN

14. Tuan Ding Seling minta MenteriDalam Negeri menyatakan sama ada benaratau tidak orang-orang penjenayah yangdari latar belakang kumpulan gelap(gangster) dihantar ke bandar-bandar kecil(small town) di tempat-tempat pendalamanuntuk memulakan hidup baru di situ. Kalaubenar, setujukah Yang Berhormat Menteribahawa orang-orang seperti itu mungkintidak akan memulakan hidup baru, tetapimemulakan kumpulan gelap baru di bandar

buangannya itu. Apakah langkah-langkahyang sedia ada dan diamalkan untukmemulih sikap dan menanam sistem nilaiyang baik, pada orang-orang yangberkenaan.

Setiausaha Parlimen KementerianDalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting): TuanYang di-Pertua, adalah benar orang-orangyang dari latar belakang kongsi gelap di-kenakan sekatan jauh daripada kawasankegiatannya termasuk di bandar-bandarkecil dengan tujuan pemulihan. Di tempatsekatan tersebut, mereka akan memulakanhidup baru. Gerak-geri mereka sentiasadiawasi oleh Polis di kawasan berkenaan.Mereka hendaklah mematuhi syarat-syaratyang ditentukan seperti tidak dibenarkankeluar dari kawasan sekatan tanpakebenaran Polis, berada di rumah padawaktu malam dan tidak boleh bergauldengan penjenayah-penjenayah lain.

Sekiranya mereka melanggar mana-mana syarat sekatan, maka mereka bolehdidakwa di mahkamah. Orang-orangsekatan juga diberi bantuan untuk men-dapatkan pekerjaan bagi membolehkanmereka menggunakan masa dengan ber-makna dan seterusnya memulakan hidupbaru.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah:Tuan Yang di-Pertua, mereka yang dibuangke daerah kecil ini tadi disuruh ikutperaturan, tetapi untuk penghidupan yangterjamin dan untuk dia menjadi orang baikmestilah ada pekerjaan, kalau tidak dialebih jahat daripada itu. Apakah pekerjaanyang diberi kepada mereka yang dibuangdaerah ini?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yangdi-Pertua, pekerjaan yang dimaksudkan itubukanlah pekerjaan daripada Kerajaan. Ituadalah pekerjaan yang sedia ada di tempat-tempat yang disekatkan di mana yang sesuaiuntuk seseorang itu. Terpulanglah kepadaseseorang yang kena sekat itu, apakah

1933. 11 OGOS 1993 1934

kemahirannya dan adakah ia mempunyaipeluang-peluang pekerjaan di situ. Jadi,dengan cara itulah pihak Polis meng-ko-ordinasikan.

Tuan Ding Seling: Tuan Yangdi-Pertua, soalan tambahan. SedarkahKementerian Dalam Negeri bahawa adakalanya tempat-tempat di mana merekayang dibuang tempat itu, mereka tidak adakerja lain melainkan menjadi petani sahajaataupun bekerja di kedai runcit. Jadi,bagaimanakah Kerajaan hendak mem-bolehkan orang yang dibuang itu?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yangdi-Pertua, seseorang yang disekat itu, diatidak seharusnya ingat meminta sesuatupekerjaan yang baik ataupun sesuatu yangdianggap macam dia ada tanpa sekatan. Diaterpaksa tengoklah apa peluang yang ada.Kalau hendak mencari kerja petani, diaterpaksalah. Dia tidak boleh pilih-pilih,hendak menjadi manager dekat tempat itu(Ketawa) Jadi, itu adalah satu perkara yangKerajaan tidak dapat menjamin pekerjaan.Sebab itu, memang adalah satu hukuman.

Timbalan Yang di-Pertua: Didenda.Ya?

Tuan Ding Seling: Boleh?

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah.

Tuan Ding Seling: Tuan Yangdi-Pertua, maksud saya ialah begini. Tempatitu memang tidak ada pekerjaan lain. Orangdi situ adalah hanya menyarakan hidupsahaja. Jadi, biasanya ini kalau saya bolehcerita terus-teranglah orang yang dibuangtempat itu adalah duduk di jalan rayaataupun merayau-rayau sahaja. Jadi,soalan saya ialah begini. Dari segipandangan orang ramai, orang ini adalahmenjadi satu misalan di mana Kerajaantidak boleh mengawal orang yangmempunyai peranan yang tidak baik itu.

Jadi, soalannya ialah adakah Kerajaanbenar-benar mempunyai kuasa untukmengawalkan mereka ini tanpa membuangmereka ke tempat yang jauh, di mana pihakPolis juga kadangkala tidak mempunyaimasa untuk mengawal mereka itu setiap 24jam ataupun pada siang hari pun susah.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yangdi-Pertua, tujuan utama sesuatu sekatan itudikenakan ialah bagi mengelakkanseseorang itu daripada mengulangi ataumelakukan kegiatan yang beliau telahmelakukan kesalahan itu. Jadi, sekiranyadia kongsi gelap di tempat itu, dia tidakboleh menjalankan kongsi gelap.Kalaudiaterlibat dalam Empat Ekor, di situ juga diatidak boleh memulakah Empat Ekor. Itutujuan utama.

Keduanya, baru kita tengok. Kalau adakerja, beri dia kerja. Kalau tidak ada kerja,dia tidak boleh melakukan sesuatu yangboleh memudaratkan ataupun melanggarundang-undang. Itu yang setakat tugasKerajaan.

SISTEM TRANSIT LAJURINGAN (LRT)—PELAKSANAAN

15. Datuk David Yeoh Eng Hockminta Perdana Menteri menyatakan samaada LRT (Light Rail Transit) System bolehdiwujudkan dengan segera supaya dapatmengatasi kesesakan lalulintas di KualaLumpur dan jika ada apa-apa masalahuntuk melaksanakan sistem ini, silanyatakan sebab-sebabnya.

Timbalan Menteri di JabatanPerdana Menteri (Dato' Drs. Suleimanbin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, padatahun 1991, Kerajaan telah meluluskanpelaksanaan fasa pertama Sistem TransitLaju Ringan (LRT) sepanjang 12 kilometerdari Ampang ke Pusat Bandar secarapenswastaan sepenuhnya oleh Syarikat

1935 11 OGOS 1993 1936

Transit Aliran Ringan (STAR) Sdn. Bhd.Konsesi bagi fasa pertama-ini telah punditandatangani pada bulan Disember 1992di antara Kementerian Pengangkutan danpihak STAR.

Pembinaan fasa pertama ini dijangkabermula pada hujung bulan Ogos 1993 iaitubulan ini dengan anggaran kos berjumlahRM1.2 ribu juta.

Selain daripada fasa pertama, Kerajaanjuga bercadang untuk melaksanakan fasa-fasa lain dalam rangkaian laluan sistemLRT seperti berikut:

Dari Petaling Jaya ke Gombak melalui - 28 km.Pusat Bandar

Dari Loke Yew (Taman Miharja) ke Bukit - 13.5 km.Jalil

Dari Loke Yew (Taman Miharja) ke Cheras - 5 km.

Dari Pusat Bandar ke Kepong - 16.0 km.

Oleh kerana projek ini akan melibatkankos yang tinggi, Kerajaan perlu menelitiimplikasi kewangan dan pembiayaanprojek tersebut bagi fasa-fasa lain yangakan dilaksanakan kelak.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahliYang Berhonnat, sekian Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Mulut.

(Masa untuk Pertanyaan bagi JawabMulut telah cukup dan Jawapan bagiPertanyaan No. 16 hingga 51 adalah diberidi bawah ini)

PEKAN KUAH—PERUNTUKANKHAS BAGI MENJAGA

KEBERSIHAN

16. Tuan Saidin bin Mohamad mintaMenteri Kewangan menyatakan adakahsuatu peruntukan khas akan diberi kepadaPulau Langkawi bagi memperindah danmenjaga kebersihan Pekan Kuah dalammengamalkan tujuan-tujuan itu supaya

Pekan Kuah menampakkan kesegarankeindahannya sesuai dengan sebuah pulauyang menjadi kemegahan negara.

Tuan Mustapa bin Mohamed:Memandangkan Pulau Langkawi adalahsatu destinasi pelancongan yang terkemukadi rantau ini, maka tumpuan khas telahdiberikan bagi meningkatkan pelaksanaanprogram pengindahan dan kebersihan bagiseluruh Pulau Langkawi terutamanya diPekan Kuah. Bagi melaksanakan programtersebut, Majlis Daerah Langkawi (MDL)telah membelanjakan sebanyak RM2.0 jutadalam tahun 1992 bagi membeli alat-alatkelengkapan pembersihan pantai sepertiBeachcomber, lori dan tong-tong sampahdan menswastakan beberapa aktiviti-aktiviti pembersihan seperti pungutansampah.

Bagi menentukan program memperindahdan membersihkan Pulau Langkawiditeruskan, Lembaga PembangunanLangkawi (LADA) telah diberi peruntukansebanyak RM16.8 juta untuk dibelanjakandalam tahun-tahun 1993, 1994 dan 1995.Di antara projek-projek yang dilaksanakanadalah seperti berikut:

Projek Jumlah(RM' Juta)

(i) Projek Pemeliharaan Pokok Jati 1.8

(ii) Projek Pemulihan Kawasan Pantai, 7.35iaitu di Pantai Cenang dan PantaiKuah seperti pembersihan pantai,penyediaan tong sampah dan lampuperhiasan

(iii) Projek Taman Rekreasi/Lipur 1.00Hutan Bakau Kilim

(iv) Pengindahan dan Pemulihan 1.75Muara Sungai Kuah

(v) Pengindahan Jalan Padang Matsirat 0.85ke Lapangan Terbang

(vi) Pengindahan Kawasan Pelancongan 0.85Telaga Tujuh

(vii) Pembinaan Taman Permainan/ 3.20Rekreasi awam di pekan-pekan berikut:

(a) Kuah(b) Padang Lalang(c) Kedawang(d) Lain-lain pekan kecil

Jumlah 16.8

1937 11 OGOS 1993 1938

CUKAI BERGANDA—KESANKEPADA KERAJAAN

17. Tuan Ghazali bin Haji Embongminta Menteri Perdagangan Antarabangsadan Industri menyatakan apakah kesanburuk kepada Kerajaan Malaysia denganadanya cukai berganda dalam usahamenguatkan lagi dalam perdagangan danpelaburan kedua-dua negara. Adakahdengan dikecualikan dengan pembayarcukai dua kali merugikan Kerajaan, Silaberi penjelasan.

Menteri Perdagangan Antarabangsadan Industri (Dato' Seri Rafidah Aziz):Perjanjian mengelakkan cukai dua kalitidak memberi kesan buruk kepada negaramalah ia membawa manfaat kepadapelabur Malaysia dan juga kepada pelabur-pelabur asing yang melabur di negara ini.Perjanjian ini bertujuan untuk mengelakkancukai dua kali ke atas pendapatanantarabangsa seperti keuntunganperniagaan, dividen, faedah dan royaltiyang diperplehi di sesebuah negara dandikirimkan ke negara lain. Dengan itu, iamenghapuskan "halangan cukai" ke atasperdagangan dan pelaburan antarabangsa.Perjanjian ini juga bertujuan untukbertukar-tukar maklumat mengenaipendapatan yang berkaitan dan ini adalahberguna bagi mencegah pengelakan cukaiatas pendapatan, Sekiranya tidak adaperuntukan pelepasan cukai di bawahperjanjian ini dan pendapatan yangdiperolehi dicukai di negara di manapelabur itu bermastautin dan juga di negaradi mana pelaburan itu dibuat, maka tidakada insentif bagi bakal-bakal pelabur untukmelabur atau menubuhkan perniagaan diluar negara masing-masing.

Dalam hubungan ini, PerjanjianMengelakkan Cukai Dua Kali yang telahditandatangani oleh Malaysia dengannegara-negara asing membuatkanMalaysia lebih menarik sebagai pusatpelaburan yang menguntungkan dan dengan

itu telah dapat menggalakkan lebih banyakpelaburan asing ke negara ini. Setakat ini,Kerajaan telah pun menandatanganiPerjanjian Menggalakkan Cukai Dua Kalidengan 33 buah negara termasuk Jepun,negara-negara ASEAN, Jerman Barat,Sweden, Amerika Syarikat, China dan lain-lain negara.

DOKTOR ASING—KOMUNIKASI

18. Tuan Shuib bin Endut mintaMenteri Kesihatan menyatakan kedudukan:

(a) bilangan doktor luar yangberkhidmat di negeri Kedah dannegara asal mereka; dan

(b) adakah Yang Berhormat sedar adadi antara doktor yang di bawa masukberkhidmat di hospital luar bandartidak tahu berbahasa Inggeris danMalaysia. Jika sedar, apakahlangkah-langkah yang diambil olehKementerian.

Dato' Mohamed Farid bin Ariffin:

(a) Dewasa ini terdapat seramai 9 orangdoktor luar (asing) yang berkhidmatdi negeri Kedah. Nama serta negaramereka adalah seperti berikut:

Myanmar : 4 orangIndia : 5 orang

(b) Sejak tahun 1970an, KementerianKesihatan telah mula mengambildoktor asing untuk berkhidmat diMalaysia. Dalam tempoh tersebut,Kementerian Kesihatan tidak meng-hadapi sebarang masalah berhubungdengan komunikasi di antara doktorasing dengan penduduk luar bandarkerana doktor-doktor asing inisentiasa mengambil inisiatif untukbelajar Bahasa Malaysia.

1939 11 OGOS 1993 1940

DERMA KEPADA BOSNIA—JUMLAH

19. Tuan V. K. Sellapan minta MenteriPerpaduan Negara dan PembangunanMasyarakat menyatakan:

(a) berapakah jumlah wang yang telahdidermakan oleh Kerajaan danrakyat untuk membantu mangsa-mangsa peperangan di Bosniasetakat hari ini;

(b) bilangan anak-anak orang yatimBosnia dianak-angkatkan olehMalaysia sehingga hari ini; dan

(c) adakah Kementerian berhasratuntuk meningkatkan bilangan anakangkat dari Bosnia ini.

Tuan Yong Khoon Seng:

(a) Untuk makluman Ahli YangBerhormat jumlah wang yang telahdidermakan oleh rakyat Malaysiauntuk membantu mangsa-mangsapeperangan di Bosnia setakat iniialah sebanyak RM5,365,927.17.

(b) Seramai 155 orang anak-anakBosnia dianak-angkatkan olehMalaysia sehingga hari ini.

(c) Setakat ini Kementerian sayabelum lagi berhasrat untukmeningkatkan bilangan anak angkatdari Bosnia.

PREMIS PUSAT-PUSATVIDEO—SYARAT UMUR

20. Puan Rosalind Yau Shuk Mengminta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan apakah hasratKerajaan menaikkan had umur kepada 21tahun bagi belia yang ingin memasuki

premis pusat-pusat video akan memberikesan terhadap penuntut-penuntut sekolah.Adakah Kerajaan bercadang untukmenaikkan denda yang lebih berat kepadapengusaha-pengusaha pusat-pusat tersebut,kerana sikap cuai dan mementingkankeuntungan merekalah yang membuatkanmereka membuka pintu kepada pelajar-pelajar bawah umur ke pusat-pusat mereka.

Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha:Soalan Yang Berhormat ini telah pundijawab bersekali dengan soalan YangBerhormat Puan Hajah Che Pora binti HajiOmar pada 4-8-1993.

KEKURANGAN BEKALANTENAGA ELEKTRIK—

JUMLAH ADUAN

21. Puan Hajah Habshah binti HajiOsman minta Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri menyatakanjumlah aduan yang ditehma dari kilang-kilang dari seluruh negara akibat darikekurangan bekalan tenaga elektrik.Nyatakan juga kerugian yang ditanggungioleh mereka. Apakah tindakan pihakKementerian dalam usaha menyelesaikanmasalah itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsadan Industri (Dato' Seri Rafidah Aziz):Berdasarkan soal selidik yang telah di-jalankan oleh Persatuan Pekilang-PekilangMalaysia (FMM) pada bulan Oktober 1992,jumlah kerugian yang dilaporkan dari 196syarikat perkilangan akibat terputus bekalantenaga elektrik pada bulan September 1992,yang lepas adalah kira-kira RM50.3 juta.Angka kerugian ini adalah lebih besarsekiranya diambilkira kerugian dari semuasyarikat-syarikat pekilang yang beroperasidi Malaysia.

Berikutan dari insiden terputus bekalanelektrik pada bulan September 1992 yanglepas, Kerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan bekalanelektrik yang mencukupi dapat disediakankepada sektor perkilangan. PasukanPetugas Bersama Sektor Awam dan SektorSwasta Mengenai Gangguan Bekalan

1941 11 OGOS 1993 1942

elektrik telah diwujudkan untuk menye-laraskan masalah kekurangan tenagaelektrik di kalangan industri.

Keadaan bekalan elektrik sekarangadalah jauh lebih baik berikutan daritindakan Kerajaan meminta TenagaNasional Berhad mengambil langkah-langkah berikut:

(a) Berusaha menambahkan keupayaanpenjanaan dengan mempercepatkankerja-kerja senggaraan;

(b) Mengadakan kempen meng-galakkan penggunaan elektrikdengan bijak dengan kerjasamapengguna-pengguna besar (kilang-kilang) supaya dapat mengelakkanpenggunaan elektrik berlebihansemasa waktu puncak (peak hours)di antara jam 10.00-12.30 pagi dan2.00-4.00 petang;

(c) Memperkenalkan skim insentif bagimembolehkan pengguna-penggunabesar mengaturkan semula jadualpengeluaran mereka. Kilang-kilangtelah diberikan kebenaran untukmemiliki set janakuasa merekasendiri untuk menjana bekalanelektrik masing-masing. Bagi usahaini. Tenaga Nasional akanmemberikan rebat 9 sen bagi setiapunit dijana; dan

(d) Tenaga Nasional mula membeli100MW setiap hari dari PublicUtility Board; Singapura mulai16hb. Ogos, 1993 bagi menambahkeupayaan penjanaan sedia ada.

Adalah diharapkan langkah-langkah yangdiatas akan dapat menyelesaikan masalahyang dihadapi oleh kilang-kilang akibatkekurangan tenaga elektrik.

BAHASA MALAYSIA—KESALAHAN PENGGUNAAN

22. Datin Hajah Wan Intan binti HajiWan Ahmad Tajuddin minta MenteriPendidikan menyatakan sama ada beliau

sedar bahawa kesalahan-kesalahan dalampenggunaan Bahasa Malaysia, terutamasekali dalam ejaan perkataan-perkataanamat ketara di mana sahaja, misalnya dipapan iklan, poster, akhbar, televisyen,majalah, pawagam, papan tanda kedai, pasarraya dan sebagainya dan kesalahan-kesalahan ini mudah sekali mempengaruhiorang ramai, terutamanya murid-muridsekolah yang amat peka terhadap kesalahan-kesalahan sedemikian. Jika sedar, nyatakansama ada Kerajaan bercadang:

(a) memberi perintah kepada Pihak-pihak Berkuasa Tempatan supayamengambil berat tentang masalahini dengan menggunakan kuasa-kuasa yang ada pada mereka supayamereka yang bersalah membetulkankesalahan-kesalahan yang ketaraitu;dan

(b) merombak Akta Penubuhan DewanBahasa dan Pustaka dengan tujuanmemasukkan kuasa-kuasa tertentuyang membolehkan badan itumengambil tindakan demimendaulatkan Bahasa Malaysia.

Jika ya, bila? Jika tidak mengapa?

Dr. Fong Chah Onn: Untuk maklumanAhli Yang Berhormat, sudah banyak usahayang dilakukan untuk mengatasi masalahpenggunaan Bahasa Malaysia. Antaranyaialah dengan mengadakan pengawasan danmembuat teguran, khidmat nasihat, kursusbahasa kepada kumpulan sasaranberkenaan dan kepada pihak lain yangmelakukan kesalahan.

Walau bagaimanapun, pihak penggunasendiri yang sepatutnya sedar tentangperlunya mereka menggunakan bahasayang betul dan baik untuk kepentingansemua pihak.

Untuk makluman Ahli YangBerhormat, jawapan bagi dua soalan yangberkaitan adalah seperti berikut:

1943 11 OGOS 1993 1944

(a) Kerajaan tidak perlu memberiperintah kepada pihak MajlisTempatan yang sepatutnyamenyedari perkara ini dan harusmengambil tindakan yangsewajamya di bawah bidangkuasayang telah ditetapkan.

(b) Kerajaan tidak bercadangmerombak Akta Penubuhan DewanBahasa dan Pustaka kerana ia ber-canggah dengan peranan yang telahdiberikan kepada DBP.

IKM—PEMBINAAN DIKELANTAN

23. Tuan Haji Abdul Salam bin Awangminta Menteri Perusahaan Awammenyatakan adakah IKM akan didirikan diKelantan. Jikalau ada, sebutkan tempatnyaserta kos pembinaannya.

Dato' Dr. Siti Zaharah binti HajiSulaiman: Di bawah peruntukanRancangan Malaysia Keenam,sebuah IKMdijangka akan didirikan di Kelantan iaitu diMukim Apam, Daerah Gual Periok, PasirMas. Pembinaan institut tersebut dianggar-kan akan menelan belanja sebanyakRM4460,000.Projek ini akan dilaksanakansecepat mungkin.

BAYARAN PERUBATANUNTUK RAKYAT ASING

24. Tuan Haji Zainal bin Md. Derosminta Menteri Kesihatan menyatakan samaada bayaran perubatan yang tinggi akandikenakan kepada rakyat asing yangmenggunakan khidmat hospital Kerajaandan jika tidak, berapa banyakkah kos yangakan diperolehi jika kenaikan bayaranperubatan dilaksanakan.

Dato' Mohamed Farid bin Ariffin:Kementerian Kesihatan telah mengkajiperkara ini dan akan mengemukakan satucadangan untuk pertimbangan Kerajaanbagi mengenakan bayaran perubatan yang

lebih tinggi untuk warganegara asing yangmenggunakan kemudahan hospitalKerajaan.

PEJABAT-PEJABAT KECILJPJ—JUMLAH

25. Tuan Shuib bin Endut mintaMenteri Pengangkutan menyatakan:

(a) jumlah Pejabat-pejabat Kecil JPJyang terdapat di daerah seluruhnegeri Kedah; dah

(b) adakah Kementerian bercadanguntuk memperbanyakkan Pejabat-pejabat Kecil JPJ, memandangkanpermintaan dari pengguna JPJbegitu meningkat sekali akhir-akhirini.

Datin Paduka Hajah Zaleha bintiIsmail:

(a) Pada masa ini, terdapat tiga buahPejabat Kecil JPJ yang beroperasidi negeri Kedah iaitu:

(i) Pejabat Kecil JPJ SungaiPetani,

(ii) Pejabat Kecil JPJ Langkawi;dan

(iii) Pejabat Kecil JPJ Kulim.

(b) Kerajaan memang merancanguntuk membina lebih banyak lagiPejabat Kecil JPJ di seluruh negara.

PEMBETUNGAN—PENSWASTAAN

26. Tuan Ghazali bin Haji Embongminta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan bilakah pembetunghendak diswastakan dan, jika diswastakan,berapakah peruntukan dalam tempoh 20tahun.

Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha:Sistem dan perkhidmatan pembetunganseluruh negara akan diswastakan sebaik

1945 11 OGOS 1993 1946

sahaja Rang Undang-undangPerkhidmatan Pembetungan 1993 di-luluskan oleh Parlimen dan perjanjiankonsesi di antara Kerajaan dan syarikatswasta ditandatangani kelak. Setakat inisyarat-syarat dan terma-terma perjanjiansedang dalam peringkat rundingan.

Projek penswastaan ini adalah dijangkaakan melibatkan peruntukan sebanyakRM6.200 juta untuk tempoh 28 tahun.

KES JUVANA—LANGKAHMEMBENDUNG

27. Puan Hajah Selemiah binti Hashimminta Menteri Dalam Negeri menyatakanmerujuk kepada laporan bahawa statistikPolis mengenai kes juvana tahun lalumeningkat dari tahun sebelumnya termasukkes jenayah, bunuh samun dan kesalahanmembabitkan harta benda. Kenapakahsebab peningkatan ini berlaku, dan langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diam-bil oleh Kementerian Pendidikan danKementerian Dalam Negeri bagi mem-bendung gejala ini dari merebak di tahunakan datang.

Tuan Ong Ka Ting: Dari perangkaanyang ada jelas menunjukkan bahawabilangan kes juvana pada tahun 1992 adalahlebih tinggi berbanding dengan tahun 1991iaitu peningkatan sebanyak 657 orang(79%). Di antara sebab-sebab meningkatnyakes-kes juvana ini ialah:

(i) Latar belakang rumahtangga yangberpecah belah;

(ii) Taraf sosio-ekonomi keluargaseseorang juvana yang rendah;

(iii) Keluarga kurang memberi per-hatian terhadap anak-anak;

(iv) Ibu bapa hanya mengejarkemewahan dan mementingkankepentingannya sahaja darimasalah anak-anak;

(v) Kurang didikan agama;

(vi) Suasana dan keadaan keluargayang tidak harmoni;

(vii) Dorongan dari Kumpulan danrakan-rakan sebaya (peer groupinteraction);

(viii) Tekanan atau dorongan darikeadaan dan masyarakat sekitar;dan

(ix) Pengaruh atau dorongan darimedia massa.

Di antara langkah-langkah yang telahdiambil oleh pihak Kerajaan untuk mem-bendung gejala ini dari terus meningkat dimasa hadapan ialah:

(i) Mendakwa mereka yangmelakukan kesalahan diMahkamah Juvana. Tindakan inibukannya bertujuan untukmenghukum tetapi bertujuanmendidik dan membentuk mereka;

(ii) Meningkatkan kegiatan-kegiatanko-kurikulum melaluimenubuhkan pasukan-pasukanatau pertubuhan-pertubuhanberuniform di sekolah-sekolahsupaya pengetahuan undang-undang dan perasaan disiplin dirisendiri dapat ditumpukan;

(iii) Mengadakan ceramah danpameran di sekolah-sekolah bagimemupuk kesedaran sivik dikalangan murid-murid sekolahagar mereka dari awal-awal lagimempunyai kesedarah untukmenjaga keselamatan diri sertatidak menceburkan diri dalamkegiatan kumpulan haram dandadah;

(iv) Menyekat kemasukan danpenayangan filem-filem yangberunsur lucah dan ganas;

1947 11 OGOS 1993 1948

(v) Mewujudkan kawasan rekreasi dikawasan perumahan;

(vi) Melancarkan operasi-operasitertentu dari masa ke semasa,terutama ditempat-tempat maksiatdan sebagainya;

(vii) Menyekat kanak-kanak danremaja dari memasuki tempat-tempat hiburan;

(viii) Menghalang juvana bekerja ditempat-tempat hiburan;

(ix) Melancarkan kempen mencegahjenayah di seluruh negara,khususnya di bandar-bandar besar;dan

(x) Mendapatkan kerjasama sertamengadakan dialog dengan badan-badan sukarela supaya merekamenjadi lebih "civic conscious"dan bekerjasama dalam usahamembanteras jenayah.

UPHB DI BSKL-SKANDAL JUALBELI

28. Tuan Chong Chi Siong mintaMenteri Kewangan menyatakan:

(a) tentang skandal jualbeli UPHB diBSKL baru-baru ini; dan

(b) bagaimana caranya Kementerianakan diambil untuk memulihkankeyakinan orang awam terhadapBSKL supaya imej negara tidakdiancam.

Tuan Mustapa bin Mohamed:

(a) Untuk makluman Ahli YangBerhormat, bahawa penjelasansecara terperinci mengenai kesUnion Paper Holdings Berhad(UPHB) telah pun diberikan olehBursa Saham Kuala Lumpur(BSKL) melalui sidang akhbarnyapada 13hb. Julai, 1993 dan telah

disiarkan di akhbar UtusanMalaysia pada 14hb. Julai, 1993.Di samping itu, isu yang sama telahjuga dibangkitkan semasa sidangDewan Rakyat oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat dan jawapan-jawapan yang sewajarnya telah pundiberikan.

(b) Apa yang sebenarnya berlaku didalam kes UPHB ini ialah berpuncadaripada kegiatan spekulasi yangberlebihan. Pelabur-pelabursentiasa diberi ingatan dari masake semasa supaya membuatpelaburan berasaskan kepadafaktor "fundamental" danbukannya kepada khabar-khabarangin. Sifat tamak dan mentalitiuntuk cepat kaya telah membuatmereka miang penunDangan aanterjerumus ke dalam satu kancahspekulasi yang tidak berasas.Beberapa usaha telah dilakukanoleh pihak Kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan dalamusahauntuk memberi pendidikan kepadapelabur-pelabur iaitu melaluiseminar-seminar, pameran-pameran mengenai pelaburansaham, ceramah-ceramah dantulisan-tulisan artikel di akhbar-akhbar dan majalah perniagaanserta rancangan televisyen.

Walau bagaimanapun, kesUPHB ini tidak memberi kesanyang begitu serius terhadapkeyakinan pelabur-pelabur dipasaran. Ini dapat dilihat daripadakegiatan-kegiatan di pasaran sejakkebelakangan ini di mana indekskomposit BSKL telah mencatatrekod demi rekod.

DASAR KERAJAAN—MAKLUMAT KURANG TEPAT

29. Tuan Ding Seling minta MenteriPenerangan, menyatakan sama ada sedaratau tidak iaitu maklumat-maklumat

1949 11 OGOS 1993 1950

mengenai dasar-dasar kerajaan yangdisampaikan kepada penduduk di tempat-tempat pendalaman di Sarawak adalahkurang tepat. Kalau sedar, apakah langkah-langkah yang sedang atau akan diambiloleh Kementerian Penerangan untukmenentukan maklumat-maklumat pentingdisampaikan sejelas mungkin demi mem-bina kefahaman yang wajar pada penduduk-penduduk pendalaman itu.

Menteri Penerangan (Dato' Mohamedbin Rahmat): Saya sedar penduduk-penduduk di tempat-tempatn pendalaman diSarawak kurang mendapat maklumat-maklumat yang tepat mengenai dasar-dasarKerajaan.

Untuk mengurangkan masalah ini,kekerapan lawatan pegawai-pegawaiJabatan Perkhidmatan PeneranganMalaysia melalui kegiatan-kegiatan unitbergeraknya akan ditingkatkan lagi.

Sementara itu, usaha-usaha akan dibuatuntuk melatih pegawai-pegawai JabatanPerkhidmatan Penerangan Malaysiadi Sarawak untuk membolehkan merekameningkatkan lagi keberkesanan usaha-usaha mereka di dalam penyebaranpenerangan mengenai dasar-dasarKerajaan.

PENDUDUK DAERAH BARAM—KAD PENGENALAN

30. Tuan Ding Seling minta MenteriDalam Negeri menyatakan berapakahbilangan penduduk bemmur 12 tahun keatas di daerah Baram yang belum mem-punyai kad pengenalan dan berapakahantara mereka merupakan orang-orangdewasa melebihi 21 tahun pada 1-8-93 ini.

Tuan Ong Ka Ting: Kementerian initidak mempunyai maklumat mengenaibilangan sebenar penduduk daerah Baramyang berumur 12 tahun ke atas serta merekayang melebihi 21 tahun yang belum mem-punyai kad pengenalan. Ini disebabkan olehpenghijrahan penduduk di daerah Baramke daerah lain dan penghijrahan pendudukluar ke daerah tersebut.

PEMBALAKAN HARAM KG.SIABIAN—TINDAKAN KERAJAAN

31. Tuan Abdul Rashid bin Ismailminta Menteri Perusahaan Utamamenyatakan apakah langkah Kementerianberikutan kes Polis Marin menahan tujuhlelaki, termasuk enam rakyat asing keranadipercayai terbabit dalam pembalakanharam di Kampung Siabian, Pulau Lihak-Lihak, kira-kira 10 batu dari BaratSemporna baru-baru ini.

Menteri Perusahaan Utama (Dato'Seri Dr. Lim Keng Yaik): Pada22-6-1993, Polis Marin telah menahan 7orang di mana 6 orang adalah rakyat asingdi Kampong Sibian, Pulau Lihak-Lihak,kira-kira 10 batu nautika Barat Sempornakerana terbabit dalam pembalakan haram.Kesnya masih belum dalam tindakanJabatan Perhutanan Sabah. Polis Marinsentiasa menjalankan operasi dari masa kesemasa bagi menangani kegiatanpembalakan haram.

PENCEMARAN UDARA DIKAWASAN PERINDUSTRIAN DI

NILAI, NEGERI SEMBILAN—LANGKAH-LANGKAH DIAMBIL

32. Tuan V. K. Sellappan mintaMenteri Sains, Teknologi danAlam Sekitarmenyatakan:

(a) adakah Kementerian sedar bahawaudara di Kawasan Perindustrian diNilai, Negeri Sembilan DarulKhusus tercemar; dan

(b) apakah langkah-langkahKementerian yang sedang dan akandiambil untuk mengurangkanpencemaran udara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan AlamSekitar (Datuk Law Hieng Ding):

(a) Untuk makluman Ahli YangBerhormat, Jabatan Alam Sekitarmelalui data-data yang diperolehi

1951 11 OGOS 1993 1952

daripada stesen-stesen pengawasankualiti udara yang berdekatandengan Kawasan PerindustrianNilai, mendapati kualiti udara dikawasan tersebut masih lagiterkawal. Paras purata kepekatanhabuk mandap di stesen-stesenpengawasan di Bandar Baru Bangidan Semenyih, Selangor DarulEhsan sejak tahun 1990 adalah117mg/m2/hari iaitu masih di bawahparas Garis Panduan Kualiti UdaraKebangsaan yang digunakan(133mg/m2/hari).

(b) Saya juga ingin memaklumkanurituk mengawal keadaan kualitiudara persekitaran di kawasan yangberkenaan, lawatan-lawatanpenguatkuasaan secara mengejutsentiasa dijalankan oleh JabatanAlam Sekitar (Melaka/NegeriSembilan) dan akan dipertingkatkandari masa ke semasa. Sambil itu,pejabat yang sama akan mengawasipenggunaan alat-alat pembakaranbahan api seperti dandang, samaada yang baru ataupun yang lamaagar ianya mematuhi kehendak-kehendak Akta Kualiti AlamSekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. JabatanAlam Sekitar juga akan bekerjasamadengan lain-lain Jabatan Kerajaandan Pihak Berkuasa Tempatanseperti pasukan Polis dan JabatanPertanian untuk menjalankan tugas-tugas pengawasan terhadap punca-punca pencemaran udara sepertipembakaran secara terbuka danpelepasan asap dari kenderaan ber-motor.

PASPORT ANTARABANGSA—JUMLAH KEHILANGAN

33. Tuan Ho Cheng Wang mintaMenteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) berapa kes pasport antarabangsadilaporkan hilang oleh rakyattempatan dalam tahun 1990, 1991dan 1992

(b) dari jawapan (a), berapa pasporttelah hilang di luar negeri danberapa di tanahair kita dalam tahun-tahun tersebut;

(c) sehingga hari ini, berapa rakyat kitatelah berjaya memohon balikpasport mereka yang hilang itu;dan

(d) sila beri sebab-sebab kehilanganpasport mereka.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Sejumlah 2,209 PasportAntarabangsa Malaysia telah di-laporkan hilang pada tahun 1990.Manakala bagi tahun 1991,jumlahnya ialah 3,024 dan padatahun 1992 berjumlah 4,925.

(b) Daripada jumlah yang baru di-sebutkan, bilangan pasport yang di-laporkan hilang di luar negeri ialah-349 bagi tahun 1990, 510-tahun1991 dan 314-tahun 1992.

(c) Setakat ini seramai 7,346 pemohontelah diluluskan pasport gantian.

(d) Antara sebab-sebab kehilanganpasport ialah:

(i) lalaj, cuai atau memangdisengajakan;

(ii) rompakan, samun danseumpamanya;

(iii) bencana alam sepertikebakaran dan banjir; dan

(iv) hilang semasa berlakukemalangan.

KENDERAAN BERAT—HAD LAJU MAKSIMUM

34. Tuan Saidin bin Mohamad mintaMenteri Pengangkutan menyatakan adakahkenderaan berat seperti lori dan sebagainyadihadkan kelajuannya kepada paras yang

1953 11 OGOS 1993 1954

serendah yang boleh dan menentukankenderaan itu tidak boleh memotongkenderaan yang lain tujuannya bagimengelakkan kesesakan jalan dankeselamatan lebih terjamin.

Datin Paduka Hajah Zaleha bintiIsmail: Kerajaan telah menetapkan hadlaju maksimum bagi semua kenderaan. Bagikenderaan berat, had laju adalah kurangdaripada kenderaan persendirian. Kerajaanberpendapat had laju ini adalah berpatutan.

Adalah juga tidak praktik untukmelarangkan pemandu-pemandu kenderaanberat dari memotong kenderaan lainsekiranya keadaan membenarkannyamemotong dengan selamat.

VENDOR IKS BUMIPUTERA—PENCAPAIAN

35. Puan Hajah Habshah binti HajiOsman minta Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri menyatakansejauh manakah pencapaian Kementerianini dalam mewujudkan vendor-vendorbumiputera untuk kereta nasional. Adakahpihak Kementerian membantu "vendor-vendor" yang wujud itu bagi memastikankejayaan mereka.

Dato' Seri Rafidah Aziz: KementerianPerdagangan Antarabangsa dan Industriselaku agensi utama bagi pembangunanIndustri Kecil dan Sederhana (IKS) telahmelaksanakan Skim Komponen Protonbersama Perusahaan Otomobil NasionalBhd. (Proton) untuk membangunkanvendor IKS bumiputera. Sehingga 31hb.Julai, 1993, terdapat 112 syarikat vendorProton di mana 48 buah syarikatmerupakan syarikat vendor bumiputerayang mempunyai lebih dari 51% ekuitipegangan bumiputera.

Dari sejumlah 48 buah syarikat vendorbumiputera, 19 buah adalah vendor IKSbumiputera yang mendapat bantuan dibawah Skim Komponen Proton

Kementerian ini. Di bawah Skimkomponen ini, bantuan-bantuan yangberikut disediakan, iaitu meliputi:

(i) pembelian mesin-mesinpengeluaran;

(ii) pembelian peralatan (tools anddies); dan

(iii) membiayai perjanjian teknikaluntuk tujuan pemindahanteknologi.

Melalui bantuan-bantuan tersebut,prestasi vendor IKS bumiputera telahmeningkat khususnya dari aspek-aspekberikut:

(i) bilangan jenis komponen meningkatdari 39 jenis pada tahun 1990 kepada135 jenis sehingga 30hb. Julai, 1993;

(ii) Nilai jualan tahunan meningkat dariRM21.0 juta pada tahun 1990kepada 69.9 juta pada tahun 1992.Bagi tempoh enam (6) bulanpertama sehingga 30hb. Jun, 1993,nilai jualan vendor skim ialahRM51.9 juta (12.8%) dari jumlahjualan keseluruhan vendor Protonyang bernilai sebanyak RM404.0juta.

Di samping itu, Kementerian ini jugatelah menyediakan lain-lain program bagimembantu pembangunan vendor termasukvendor bumiputera di bawah skim-skimberikut:

(i) Tabung Bantuan TeknikalPerindustrian (ITAF);

(ii) skim Pinjaman Mudah Modenisasidan Automasi; dan

(iii) program Ekspo dan Seminar IKS.

DUIT PALSU—TINDAKANKERAJAAN

36. Tuan Haji Syed Abdul HamidSagaff minta Menteri Kewanganmenyatakan sejauh manakah seriusnya kes

1955 11 OGOS 1993 1956

pemalsuan RM1 ringgit syiling berlakusetakat ini dan apakah tindakanKementerian.

Tuan Mustapa bin Mohamed: Untukmakluman Ahli Yang Berhormat,pemalsuan duit syiling RM1 tidaklahserius. Kuantiti yang telah dikesan padatahun 1993 setakat 31hb. Julai, 1993 adalahhanya 3 keping sahaja.

Untuk membanteras pemalsuanmatawang, Bank Negara Malaysia telahmengeluarkan beberapa risalah bagimempertingkatkan pemahaman orang ramaitentang ciri keselamatan dalam wang kertasserta juga perbezaan antara duit syilingpalsu dan tulen supaya orang ramai tidakmudah tertipu. Buat masa ini, Bank Negarasedang dalam usaha merangka satu lagirisalah baru yang akan mengandungimaklumat-maklumat terkini mengenaiwang palsu dan ianya dijangka akan diedar-kan kepada orang ramai sebelum akhir tahunini.

Dari segi hukuman pula, Kerajaan sedangmengkaji kemungkinan mengenakanhukuman yang lebih berat kepadapenjenayah-penjenayah yang terlibatdengan pemalsuan matawang kita. Pindaanyang akan dicadangkan adalah terhadapseksyen-seksyen tertentu dalam KanunKeseksaan yang berkaitan denganmatawang palsu.

ITM DAN MRSM DINEGERIKELANTAN—PEMBINAAN

37. Tuan Haji Abdul Salam bin Awangminta Menteri Perusahaan Awammenyatakan berapa banyakkah ITM danMRSM akan didirikan di negeri Kelantan.Sila sebutkan perbelanjaan yang akandiperuntukkan.

Dato' Dr. Siti Zaharah binti HajiSulaiman: Pada masa ini, negeri Kelantantelah pun mempunyai dua buah MRSMiaitu di Pasir Tumbuh dan di Kota Bharu;Tiada cadangan untuk mendirikan sebuahlagi MRSM di Kelantan memandangkankedua-dua pusat pengajian tersebut masihboleh menampung pelajar-pelajar tempatanyang layak dipertimbangkan untuk

memasukinya. Pelajar-pelajar yang layaktersebut boleh juga memohon untukmemasuki mana-mana MRSM di negeri-negeri dan sekolah berasrama penuh yangterdapat di negara ini.

Sebuah Kampus ITM sedang di dalampembinaan di bawah Rancangan MalaysiaKeenam di negeri Kelantan, iaitu diMachang, dengan peruntukan sebanyakRM35.9juta.

SEKOLAH DI KELANTAN—PEMBINAAN

38. Tuan Haji Abdul Salam bin Awangminta Menteri Pendidikan menyatakanberapa banyak lagikah sekolah yang akandibina di negeri Kelantan dalamRancangan Malaysia Ke-6. Senaraikansekolah-sekolah yang akan dibina seperti:

(a) Sekolah Rendah(b) Sekolah Menengah Berasrama(c) Sekolah Vokasional Berasrama

dan senaraikan berapakah perbelanjaannya.

Dr. Fong Chan Onn:(a) Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, pada masa ini tidak adarancangan untuk menambahkan lagibilangan sekolah rendah di negeriKelantan kerana projek pembinaan15 buah sekolah rendah baru serta40 buah sekolah rendah yangdiubahsuai dan naik taraf sedangdilaksanakan dalam RancanganMalaysia Keenam.

(b) Kementerian Pendidikan juga akanmembina dua buah sekolahmenengah berasrama di daerah PasirPuteh dan Bachok dengananggaran RM15 juta bagi setiapprojek.

(c) Kementerian Pendidikan juga akanmembina sebuah sekolahmenengah vokasional di Bachok,Kelantan yang dijangka akan siappada tahun 1996 dan akan mulamengambil pelajar pada tahun 1997.Perbelanjaan untuk sekolah ini di-anggarkan sebanyak RM30 juta.

1957 11 OGOS 1993 1958

INSURANS MOTOR KURANGDIJUAL—PUNCA

39. Puan Rosalind Yau Shuk Mengminta Menteri Kewangan menyatakanadakah Kerajaan menyedari bahawasyarikat-syarikat insurans ketika ini kurangberminat menjual insurans bermotor.Banyak syarikat yang meletakkan kuotadan had tertentu penjualan polisi tersebut.Apakah usaha Kerajaan dalam mengenal-pasti punca terjadi demikian dan kesanterhadap kerumitan yang dihadapi olehpemilik kenderaan bermotor.

Tuan Mustapha bin Mohamed:Kerajaan sememangnya menyedari adanyasesetengah syarikat insurans yang engganmengeluarkan perniagaan insurans sektormotor. Ini adalah kerana nisbah tuntutan disektor ini adalah tinggi, misalnya dalamtahun 1991, nisbah tuntutan adalahsebanyak 121%. Ini bermakna bagi setiapringgit premium yang dibayar olehpemegang polisi insurans motor, syarikatinsurans terpaksa mengeluarkan RM1.20untuk membayar tuntutan. Jumlah pem-bayaran ini belum mengambil kira kosperbelanjaan pengurusan dan komisen-komisen yang berkaitan. Sehubungandengan ini, Bank Negara dengan kerjasamaPersatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)sedang di dalam kajian bagi merangka kadarpremium yang munasabah.Sebagai langkahsementara, Bank Negara telah mengambillangkah-langkah berikut bagi memastikanperlindungan insurans motor bolehdiperolehi di pasaran pada tingkat hargayang berpatutan:

(i) Memberi peringatan kepadasyarikat-syarikat insurans ammengenai peranan mereka dalammemastikan perlindungan insuransmotor boleh didapati di pasarandengan kos yang munasabah;

(ii) Mengarahkan 16 buah syarikatinsurans am yang mempunyaikedudukan kewangan yang teguhdan pengalaman tuntutan yang baikuntuk meningkatkan portfolioperniagaan insurans motor merekakepada 25% daripada jumlah

perniagaan mereka di tahunsebelumnya.Walaupun pihak BankNegara hanya memilih 16 syarikatinsurans ini, lain-lain syarikatinsurans am yang tidak aktif dalamperniagaan insurans motor jugadigalakkan oleh Bank Negarasupaya mengendalikan lebih banyakperniagaan dalam bidang ini; dan

(iii) Mengarahkan PIAM supayamelaksanakan Skim PakatanInsurans Motor Berisiko Tinggidengan izin "High Risk MotorInsurance Pool" untuk pemilik-pemilik semua jenis kenderaan yangtidak memperolehi perlindunganinsurans biasa daripada syarikatinsurans individu.

MAHASISWA MELACUR—LANGKAH MEMBENDUNG

40. Tuan Shuib bin Endut mintaMenteri Pendidikan menyatakan baru-baruini terdapat kes mahasiswa universititempatan yang dikatakan terlibat dengankegiatan pelacuran. Adakah kes seperti inibenar-benar terjadi. Jika benar, apakahlangkah-Iangkah yang telah diambil olehpihak Kementerian atau universiti untukmembendung gejala yang kurang sihat ini.

Dr. Fong Chan Onn: Untuk maklumanAhli Yang Berhormat, KementerianPendidikan belum menerima sebarangmaklumat mengenai pelajar yang terlibatdalam aktiviti-aktiviti seperti dimaksudkanoleh Ahli Yang Berhormat.

Walaupun demikian, langkah-langkahpembendungan sentiasa diambil, diantaranya ialah mengadakan seminar/kursus untuk menanamkan kesedaranpelajar terhadap peranan dantanggungjawab mereka melalui aktiviti-aktiviti yang berbentuk keagamaan dankepimpinan. Di samping itu, institusi-institusi pengajian tinggi juga akanmengambil tindakan disiplin sepertimemberi amaran, menggantung pengajiandan menamatkan pengajian terhadappelajar-pelajar yang didapati melanggardisiplin.

1959 11 OGOS 1993 1960

HUTAN—KEJAYAAN SISTEMPENGURUSAN MEMILIH

41. Puan Hajab Che Pora binti HajiOmar minta Menteri Perusahaan Utamamenyatakan sejauh manakah kejayaanpengurusan hutan secara konservatif dibawah Sistem Pengurusan Memilih (SMS)dapat memulihkan hutan semula jadi.

Menteri Perusahaan Utama (Dato'Seri Dr. Lim Keng Yaik): SistemPengurusan Memilih atau SelectiveManagement System (SMS) telah digubaldengan mengambil kira ciri-ciripenghasilan hutan yang akan mendatangkanpulangan hasil yang mengguntungkankepada pengusaha pembalakan sertameninggalkan dirian hutan yang rendahtahap kerosakannya dan dengan itu hanyamemerlukan kos yang minimum untukmerawatnya.

Melalui pelaksanaan sistem ini akanmempercepatkan kadar pemulihan hutandan menyingkatkan pusingan tebanganhutang kepada 25-30 tahun berbandingdengan pusingan tebarigan 55 tahun dibawah sistem tradisional iaitu SistemSebaya Malaya atau Malayan UniformSystem (MUS). Di samping itu, SMS jugamemastikan komposisi hutan dari segikandungan Kaum Damar dan Bukan KaumDamar dikekalkan selaras denganmatlamat pemeliharaan kepelbagaian hayat(biodiversity conservation).

Sejak SMS dilaksanakan pada akhirtahun 1970-an, beberapa pengamatan danpenilaian ke atas kawasan hutan yangdiurus di bawah sistem ini telah dijalankandan didapati sistem ini mencapai kejayaanyang sangat menggalakkan dan memenuhimatlamat yang ditetapkan.

LOJI NUKLEAR

42. Tuan Ghazali bin Haji Embongminta Menteri Tenaga, Telekom dan Posmenyatakan berapakah loji nuklear yangdiperlukan di Malaysia:

(a) Berapa megawatt tenaga elektrikyang diperlukan apabila menjelangtahun 2000 nanti; dan

(b) Tiada jalan lainkah selainmendirikan loji untuk mencukupitenaga elektrik.

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos(Dato' Seri S. Samy Vellu):

(a) Kerajaan pada masa ini tidakmempunyai rancangan untukmenggunakan kuasa nuklearsebagai sumber tenaga di negaraini.

(b) Keupayaan elektrik yang diperlukanmenjelang tahun 2000 ialah 14,843mw. Ini merupakan tambahansebanyak 102% berbandingdengan keupayaan masa kini.

(c) Selain dari mendirikan loji, usaha-usaha yang sedang dibuat olehkerajaan untuk menentukan tenagaelektrik mencukupi adalah sepertiberikut:

(i) memberi insentif dan galakankepada pengusaha untukmengubah waktupengeluaran ke masa selepastempoh "Peak Demand".

(ii) mengadakan program pen-jimatan tenaga khusus untuksektor industri, Di antaraaktiviti-aktiviti di bawahprogram ini ialah men-jalankan audit tenaga diindustri-industri yang banyakmenggunakan tenaga elektrikdalam proses pengeluarandan memberi cadangan dannasihat mengenai cara-carauntuk menjimatkan tenaga.

Selain dari itu, kempenkesedaran menjimatkantenaga juga diadakan tiap-tiaptahun sempena "minggu

1961 11 OGOS 1993 1962

penjimatan tenaga". Antaraaktiviti kempen ini ialahpameran. Seminar danpublisiti yang luas melaluimedia massa mengenaiusaha-usaha penjimatantenaga.

PENJARA DIMALAYSIA—BILANGAN BANDUAN

43. Puan Hajah Selemiah binti Hashimminta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) berapakah jumlah penjara yang adadi seluruh negara dan berapa ramai-kah banduan yang dipenjarakan; dan

(b) berapa banyakkah perbelanjaanyang ditanggung oleh Kerajaan bagiseseorang banduan setahun.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Sekarang ini terdapat sebanyak 34buah institusi penjara di seluruhnegara. Sehingga 2hb. Ogos, 1993,terdapat seramai 22,898 orangpesalah yang ditahan di penjaraseluruh negara.

(b) Kerajaan membelanjakan sebanyakRM4.945.75 bagi menampungseorang banduan untuk tempoh satutahun atau lebih kurang RM13.55bagi satu hari.

PROJEK LANGKAWI DANPROJEK AMANAH IKHTIARMALAYSIA—PENGAMBILALIHAN OLEH KERAJAAN

44. Tuan Michael Boon Thiam Joonminta Perdana Menteri menyatakan samaada Projek Langkawi dan Projek AmanahIkhtiar Malaysia akan diambil alih olehKerajaan kerana keberkesanannya akanlebih lagi jika diselenggarakan olehKerajaan.

Timbalan Menteri di JabatanPerdana Menteri (Raja Dato' Ariffin binRaja Sulaiman): Buat masa ini Kerajaantidak bercadang untuk mengambil alihProjek Langkawi dan Projek AmanahIkhtiar Malaysia (AIM).

KEMPEN POLITIK—CADANGAN MENCEGAH

45. Tuan Saidin bin Mohamad mintaPerdana Menteri menyatakan adakahKerajaan akan menegah ahli-ahli partipolitik daripada menjalankan kempen bagimendapatkan kedudukan dalam kepimpinanparti kerana kewibawaan dan ketokohanseseorang pemimpin itu seharusnya dinilaiselama manusia menerajui kepimpinan partiitu dan akibat berkempen itu banyakmenimbulkan rasa dendam dan seterusnyaberpecah-belah.

Timbalan Menteri di - JabatanPerdana Menteri (Dato' Wong See Wah):Kerajaan tidak akan mencegah pemimpin-pemimpin parti politik daripada ber-kempen untuk mendapatkan kedudukantertentu dalam parti oleh kerana berkempenmerupakan hak mereka. Walau bagai-manapun, pemimpin-pemimpin parti dimana-mana peringkat pun perlulah ber-sikap bertanggungjawab dalam berkempeniaitu berkempen secara penuh sopan dantertib, mengikut lunas-lunas etik yangsepatutnya dan tidak sekali-kalimewujudkan keadaan yang boleh menjejas-kan kestabilan parti.

BAHASA MELAYU BAKU—PENGGUNAAN DI RTM

46. Tuan Saad bin Haji Man mintaMenteri Penerangan menyatakan apakahyang menyusahkan pihak RTM, TV1, TV2dan semua rangkaian Radio untukmenggunakan Bahasa Melayu Bakuseperti yang telah digunakan oleh TV3.

1963 11 OGOS 1993 1964

Dato' Mohamed bin Rahmat:Kerajaan memutuskan supaya RTM terusmenggunakan sebutan Bahasa Melayusebagaimana yang digunakan selama ini.Tujuannya ialah untuk memudahkankomunikasi yang lebih berkesan di kalanganpendengar dan penonton. Secarakeseluruhannya, orang ramai lebih selesadan mudah menggunakan sebutan yangtelah pun digunakan berpuluh tahun melaluiRTM.

Matlamat utama RTM, selain daripadamemberi maklumat, adalah menentukankomunikasi di antara kerajaan dengan rakyatdan sebaliknya rakyat dengan kerajaan.Olehitu, bagi siaran Radio 3 di negeri-negeripenggunaan loghat tempatan dibenarkandalam kadar minimum supaya ianya bolehmenarik minat pendengar di negeri-negeriyang berkenaan.

Sejak 3 tahun yang lalu, Radio 2 yangdahulunya dikenali sebagai FM stereo telahpun menggunakan sebutan baku. Ini adalahsebagai langkah permulaan dan Radio 2dipilih kerana ia hanya merupakan saluransehala sahaja, iaitu komunikasi dengan parapendengar yang hanya meliputi siaran lagu-lagu hiburan.

AIDS—PESAKIT DARILUAR BANDAR

47. Tuan Abdul Rashid bin Ismailminta Menteri Kesihatan menyatakanberapakan jumlah pesakit AIDS dikalangan penduduk luar bandar.

Dato' Mohamed Farid bin Ariffin:Kementerian Kesihatan tidak mempunyaimaklumat tersebut tetapi apa yang pastijangkitan HIV tidak mengenal sempadandan ianya akan terus meningkat selagitingkah laku yang tidak sihat, sepertiperhubungan seks secara rambang danpenagihan dadah secara suntikandipraktiskan, berlaku di kalangan penduduksama ada di bandar mahu pun di luarbandar.

PEKERJA ASING—JENAYAH-JENAYAH DILAKUKAN

48. Tuan V. K. Sellappan minta MenteriDalam Negeri menyatakan memandangbahawa jenayah-jenayah dilakukan olehpekerja asing di negara ini makin lamamakin meningkat:

(a) adakah Kementerian mengenal pastilatar belakang pekerja-pekerja asingsebelum masuk ke negara ini;

(b) apakah tindakan Kementerian untukmemastikan pekerja-pekerja asingyang masuk ke negara ini tidakmenjadi penjenayah di negara asalmereka; dan

(c) adakah Kementerian akanmemperolehi dokumen yang sahmengenai rekod kelakuan baikdaripada agensi Kerajaan negaraasal mereka.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Pekerja-pekerja asing yang hendakdibawa masuk ke negara ini adalahtertakluk kepada peraturan visa.Perwakilan Malaysia di luar negeriakan hanya mengeluarkan visa sete-lah berpuas hati bahawa mereka(pekerja asing) bukanlah tergolongkepada golongan orang yang tidakboleh dibenarkan masuk ke negaraini seperti yang termaktub di dalamAkta Imigresen 1959/63.

(b) Peraturan visa yang dikenakankepada rakyat asing adalahmerupakan satu tapisankeselamatan bagi memastikanorang-orang yang tidak diingini,termasuklah penjenayah tidakmemasuki negara ini.

(c) Setakat ini Kerajaan belum berca-dang untuk mendapatkan dokumenbagi mengesahkan kelakuan baikdari Kerajaan negara berkenaanmemandangkan peraturan-peraturan yang ada sekarang dalammengawal kemasukan buruh asingadalah memadai.

1965 11 OGOS 1993 1966

SRK DAN SRJK(C)—KEKURANGAN MURID

49. Tuan Neo Tuan Cheng minta.Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) berapa banyak sekolah rendahkebangsaan dan jenis kebangsaanyang mempunyai bilangan muridkurang daripada 50 orang mengikutaliran;dan

(b) bagaimanakah Kementerian ber-cadang menyelesaikan masalahkekurangan murid di Sekolah-sekolah Cina Jenis Kebarigsaan dikampung dan kekurangan atauketiadaan sekolah Cina di taman-taman kediaman di bandar dan desa.

Dr. Fong Chan Onn:(a) Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, bilangan sekolah yangmempunyai murid kurang daripada50 orang seperti pada 31hb. Mei,1993 adalah seperti berikut:

SK/SRK 296SRJK(C) 146SRJK(T) 64

Jumlah 506

(b) Adalah sukar bagi KementerianPendidikan untuk menyelesaikanmasalah sekolah kekurangan muriddi kampung-kampung atau kawasanluar bandar jika penduduknya kecil.Dalam keadaan yang tertentu,sekiranya sekolah tersebut terpaksaditutup, murid-muridnya akandipindahkan ke sekolah-sekolahyang berhampiran.

PROGRAM AMALAN BAHASAMALAYSIA—TUJUAN

KEMENTERIAN50. Tuan Neo Tuan Cheng mintaMenteri Pendidikan menyatakan apakahtujuan Kementerian untuk melaksanakanProgram Amalan Bahasa Malaysia disekolah-sekolah rendah dan menengah danapakah kesannya berikutan denganpelaksanaan program ini.

Dr. Fong Chan Onn: Untuk maklumanAhli Yang Berhormat, Amalan BahasaMalaysia merupakan satu mata pelajaran diKelas Peralihan yang bertujuan memberipenguasaan dan pengukuhan BahasaMelayu, khususnya dalam bidang ilmu dikalangan pelajar-pelajar dari SRJK (Cina)dan SRJK (Tamil). Kesan pelaksanaanProgram Amalan Bahasa Malaysia ini ialahpelajar-pelajar lebih bersedia dan yakinuntuk mengikuti pelajaran pada peringkatsekolah menengah.

TENTERA PENGAMAN—PERALATAN KESELAMATAN

51. Datuk David Yeoh Eng Hock mintaMenteri Pertahanan menyatakan sama adaaskar-askar Malaysia yang berkhidmat dibawah naungan panji-panji PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu diperlengkapkandengan alat-alat keselamatan untuk mem-pertahankan diri dan juga untuk menaikkanmoral mereka semasa berkhidmat dinegara-negara seperti Somalia danCambodia.

Menteri Pertahanan (Dato' Seri HajiMohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak):Semua tentera Malaysia yang berkhidmatsebagai Tentera Pengaman di bawahnaungan panji-panji PBB sememangnyatelah dilengkapkan dengan peralatankeselamatan yang lengkap bagi mem-pertahankan diri setanding dengan negara-negara maju. Ini merupakan dasarKerajaan dan ATM bagi memastikan semuaanggota sentiasa bersiap sedia untuk men-jalankan tugas di samping meninggikanmoral dan semangat anggota-anggotasemasa berada di negara terlibat. Antaraperalatan khas yang dibekalkan kepadaanggota selain daripada senjata persendirianseperti berikut:

(a) Helmet kalis peluru.(b) Baju kalis peluru.(c) Gas MASK (Topeng Gas).

(d) Night ,Vision Goggles (alat untukmelihat di waktu malam).

(e) Pakaian sejuk kelas pertama baginegara-negara tertentu sahaja.

1967 11 OGOS 1993 1968

USUL

WAKTU MESYUARAT DANURUSAN YANG DIBEBASKAN

DARIPADA PERATURANMESYUARAT DANPENANGGUHAN

Setiausaha Parlimen KementerianPerdagangan Dalam Negeri dan HalEhwal Pengguna (Dr. Sak Cheng Lum):Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan:

Bahawa walau apa pun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 11,Majlis Dewan Negara tidak akanditangguhkan hari ini sehingga selesaidipertimbangkan semua sekali urusanyang tertera dalam Aturan UrusanMesyuarat untuk hari ini, dan apabilatamat mesyuarat, Dewan ini akanditangguhkan kepada suatu tarikh yangtidak ditetapkan.

Setiausaha Parlimen KementerianKewangan (Tuan Mustapa binMohamed): Tuan Yang di-Pertua, sayamohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahliYang Berhormat, masalahnya di hadapanMajlis ialah satu Usul yang berbunyi:

Bahawa walau apa pun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 11,Majlis Dewan Negara tidak akanditangguhkan hari ini sehingga selesaidipertimbangkan semua sekali urusanyang tertera dalam Aturan UrusanMesyuarat untuk hari ini, dan apabilatamat mesyuarat, Dewan ini akanditangguhkan kepada suatu tarikh yangtidak ditetapkan.

hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dandisetujukan.

Diputuskan,

Bahawa walau apa pun pemntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 11,Majlis Dewan Negara tidak akanditangguhkan hari ini sehingga selesaidipertimbangkan semua sekali urusanyang tertera dalam Aturan UrusanMesyuarat untuk hari ini, dan apabilatamat mesyuarat, Dewan ini akanditangguhkan kepada suatu tarikh yangtidak ditetapkan.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANGPROFESION UNDANG-

UNDANG (PINDAAN) 1993

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakanbagi menyambung semula perbahasan yangditangguhkan atas masalah, "Bahawa RangUndang-undang ini dibacakan kali yangkedua sekarang."(10hb. Ogos, 1993)

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahliYang Berhormat, sekarang sayamenjemput Tuan Haji Mohamed Nazrimenyambung ucapannya. Silakan.

3.37 ptg

Tuan Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.Pada petang semalam, sebelum saya telahdisuruh untuk memberhentikan ucapansaya, saya telah sedikit-sebanyakmenyatakan rasa tidak puas hati berkenaandengan hukuman yang hendak dikenakankepada peguam yang telah melakukankesalahan di bawah Akta ProfesionUndang-undang (Pindaan) ini. Saya telahmenyatakan demikian kerana saya tidaknampak perbezaan di antara kesalahan yangdilakukan oleh penjenayah-penjenayahkolar putih dengan kesalahan yang di-lakukan oleh peguam di bawah AktaProfesion Undang-undang ini. Maka, oleh

1969 11 OGOS 1993 1970

yang demikian, saya merasakan bahawakalau kesalahan yang dilakukan olehpeguam ini hanya dihukum denganRM2,000 atau dipenjarakan, maka ini jelasmenunjukkan bahawa ia seolah-olahdisabitkan oleh kerana yang melakukankesalahanituadalahpeguam.Makamerekaberhak untuk mendapat hukuman yang lebihringan jika dibandingkan dengan merekayang tidak menjadi seorang peguam.

Tuan Yang di-Pertua, saya merasakanitu bahawa hukuman itu mesti setimpal dansama sepertimana kalau penjenayah kolarputih melakukan sesuatu kesalahan, merekamendapat hukuman yang berat, Oleh halyang demikian, pada petang semalam, sayatelah menyatakan bahawa kalau boleh,dipertimbangkan pada masa-masa akandatang iaitu bahawa hukuman itu biarlahberbunyi "RM2,000" yang kita buangkanperkataan "atas" itu dan mengatakan"RM2,000 dan dipenjarakan". Kalaupenjenayah kena disebat, maka peguamjuga harus kena sebat kalau merekamelakukan kesalahan yang sama sepertipenjenayah kolar putih. Saya berkatademikian kerana apabila disebutkan sebagaiseorang peguam, maka apa yang akan terasakepada orang ramai ialah bahawa peguamitu adalah seorang manusia yang boleh kitaberi kepercayaan kepada dia. Malah kalaukita tengok di mana-mana sekali pun, kalaudisebutkan peguam itu, mereka merupakan"honourable members of the BarCouncil"—"honourable members."

Jadi, profesion peguam itu menonjolkandiri seorang peguam itu sebagai orang yangboleh dipercayai. Orang yang mempunyaiilmu yang banyak berkenaan denganundang-undang dan boleh dipercayai.

Timbalan Yang di-Pertua: Dihormati.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz: Dihormati. Jadi, kalau orang itu di-tonjolkan sebagai orang yang boleh di-hormati dan dipercayai maka sudah

tentulah kalau sekiranya kepercayaan danpenghormatan yang diberikan oleh orangramai kepadanya itu disalahgunakan, makadia mestilah menerima satu hukuman yangberat. Sebab, kalau hendak dibandingkandengan penjenayah kolar putih, penjenayahkolar putih tidak pernah menonjolkan dirimereka sebagai orang yang boleh di-hormati dan dipercayai. Tetapi peguam,sebut sahaja peguam, dia merupakanseorang yang dihormati, yang mempunyaikedudukan yang tinggi di dalammasyarakat.

Maka oleh kerana itulah, kalaubegitulah kedudukannya, kalau diamenyalah gunakan kedudukannya itu,makadia harus diberikan hukuman yang berat.Sebab itu saya lihat di sini, hukuman yanghendak diberikan kepada peguam yangmelakukan kesalahan, dibandingkandengan hukuman yang diberikan kepadapenjenayah, hukuman kepada penjenayahitu lebih berat jika dibandingkan denganapa hukuman yang dikenakan kepadapeguam.

Jadi, saya merasakan di sini, peguammesti menunjukkan satu contoh yang baik.Oleh kerana itu, saya merasakan kalausekiranya ada di kalangan peguam-peguamyang telah menyeleweng dan bukan sahajamenyeleweng malah menyalahgunakanpenghormatan orang ramai kepadanya,maka dia mesti diberikan hukuman yangberat.

Saya melihat Yang BerhormatSetiausaha Parlimen mengangguk apa yangsaya sebut. Oleh kerana itu saya berharapsangat bahawa di masa-masa yang akandatang, supaya kita dapat meminda sedikitRang Undang-undang ini supaya hukumanyang berat ini dikenakan kepada peguam-peguam yang telah menyalahgunakankedudukan mereka dan telah menyelewengdaripada peranan yang harus dimainkanoleh mereka sebagai orang yang bolehdipercayai dan juga orang yang bolehdihormati.

1971 11 OGOS 1993 1972

Timbalan Yang di-Pertua: YangBerhormat, Setiausaha-Parlimen anggukitu, angguk bersetujukah ataupun angguktidak bersetuju?

Tuan Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz: Saya haraplah angguk bersetujulah.Sebab saya tidak tahu sama dia seorangpeguam ataupun tidak. Jadi, saya berucapini walaupun saya peguam, tetapi kalau adadi kalangan golongan profesion saya sendiriyang melakukan satu perkara yang tidakadil, maka kita kena tegur. Jangan olehkerana kita dari satu golongan profesionyang sama, kita mesti mempertahankanperkara yang kita nampak jelas dan kitalihat adalah tidak adil. Ini masalah peguam.Dia merasakan bahawa apa yang dia buat,semuanya adil.

Saya pun merasakan bahawa ada baiknyajuga kalau peguam ini jangan kita hantar keUnited Kingdom untuk belajar undang-undang.Sebab, saya tengok dia bukan sahajabelajar undang-undang di sana, malah diajuga membawa balik ke negara kita inisikap hipokrasi orang-orang UnitedKingdom di sana. Memang kalau kitatengok daripada.......

Timbalan Yang di-Pertua: Tetapi TuanNazri pun belajar di United Kingdom juga.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz: Ya, saya memang belajar di UnitedKingdom tetapi nasib saya baik sebabapabila saya balik ke Malaysia, saya sempatjuga belajar di Malaysia. Saya dapat belajardi sini juga. Itu yang menyebabkan sayatidak hipokrit seperti ramai daripadapeguam-peguam yang ada di sini. Sebab,apabila dia pergi ke United Kingdom, sayahendak cerita. Orang putih, bahasa Inggerisini memang satu bahasa yang hipokrit.Bidalannya mengikut suasana. Diamengata sesuatu tetapi di suasana yang laindia kata sesuatu yang lain. Sebagaicontohlah, untuk pengetahuan kita bersama,

kita tahu bahawa ada bidalan Inggeris yangmengatakan "Absence makes the heart growfonder". Iaitu kalau.........

Timbalan Yang di-Pertua: BahawaMelayunya berbunyi macam mana?

Tuan Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz: Maknanya, "berjauhan itu akanmenyebabkan kita merasa rindu". Sayaminta maaf, terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Itu yangsaya hendak dengar sangat itu.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz: Jadi, selalunya orang putih ini kalauisterinya pergi ke luar negeri, makaisterinya telefon dia, bertanya apa kabar,how do you feel? Dia berkata, "absencemakes the heart grow fonder". Maknanya,apabila jarah jauh di antara kita berdua inimenyebabkan saya merindui isteri saya.Tetapi apabila letak telefon sahaja,girlfriend dia telefon, dia angkat, girlfrienddia tanya, "macam mana isteri kamu tidakada di sini". Dia berkata, "Ah! Out of sight,out of mind". (Ketawa) Ini bahasa Inggeris.

Dr. Sak Cheng Lum: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yanghendak minta penjelasan. Out of sight, outof mind.

Dr. Sak Cheng Lum: Out of sight, outof mind itu apa ertinya?

Tuan Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz: Out of sight, out of mind ini ber-makna jauh tidak ada di dalam penglihatan,maka tidak ada......

Timbalan Yang di-Pertua: Dalamingatan.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz:......dalam ingatan. Jadi, ini bidalanInggeris yang bertentangan dalam diamengadakan bidalan ini, dia bertentangan.

1973 11 OGOS 1993 1974

Absence makes the heart grow founder.Tetapi mengikut suasana untukkepentingan dia, dia kata "out of sight, outof mind".

Saya libat juga di sini ada penuntut-penuntut. Kadang-kadang guru-guru diUnited Kingdom ini pun tidak boleh pakai.Kalau murid-muhd datang lambat, diamarah murid-murid. Dengan izin, dia kata,"early bird catches the first worm".Maknanya, you kena datang awal-awal,diakata. Tetapi satu hari murid-murid tangkappula gum datang lambat. "Apa fasal gurulambat, dahulu guru kata early bird catchesthe fifst worm". Oh! Dia kata, "better latethan never", (Ketawa) Ini bahasa Inggeris.Sebab itu saya tengok......

Timbalan Yang di-Pertua: Maksud dia,burung yang awal itu boleh tangkapcacing......

Tuan Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz; ......dapat cacing pertamalah. Apa-bila "better late than never", "lebih baiklambat daripada langsung tidak datang".(Ketawa)

Jadi, maknanya ramai daripada peguam-peguam kita ini mendapat latihan di UnitedKingdom yang penuh dengan hipokrasi.Dia menggambarkan seolah-olah bahawadialah yang paling adil. Tetapi apabilasesuatu itu hendak dilakukan di kalangangolongan dia, dia begitu cemburu danmenjaga kepentingan golongan dia. Sebabitu saya lihat di dalam Akta Profesion ini,saya tengok sudah tentulah Kementerianmendapat sedikit-sebanyak input daripadapihak Bar Council. Memang dia kawal ketat.Daripada apa yang kita bincangkan petangsemalam dan hari ini, kita tengok macammana dia kawal ketat kalau sekiranyasesuatu tindakan hendak diambil terhadapahli-ahli golongan profesion dia.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkarayang saya ingin menunjukkan bahawapihak-pihak peguam ini tidak begitu adil

terhadap orang ramai dalam hendakmenjaga kepentingan mereka iaitu dimukasurat 3, Fasal 8, seksyen 103D (b),mengatakan bahawa:

"103D (b) Jika Lembaga Tatatertib,tidak bersetuju dengansyor-syor JawatankuasaTatatertib, LembagaTatatertib hendaklahmembuat apa-apa perintahlain yang difikirkannyaadil.".

Kalau kita tengok dalam sistemperundangan negara kita, kalau sesuatukeputusan yang dibuat oleh MahkamahRendah (Majistret), maka mahkamah yanglebih atas (Mahkamah Sesyen), MahkamahSesyen tidak boleh menukar keputusanMahkamah Majistret melainkan kalausekiranya ada rayuan. Kalau kita tidakberpuas hati dengan keputusan MahkamahMajistret, kita merayu kepada MahkamahSesyen, baru Mahkamah Sesyen bolehmengkaji semula keputusan MahkamahMajistret. Begitulah seterusnya.Mahkamah Tinggi tidak boleh mengkajisemula keputusan Mahkamah Sesyenmelainkan ada orang yang merayu di ataskeputusan Mahkamah Sesyen itu yang manadia tidak puas hati, dia merayu barulahboleh dengar kembali kes itu. Tetapi didalam mukasurat 3 pindaan ini, seksyen103D, tanpa ada apa-apa rayuan kalausekiranya Lembaga Tatatertib merasakanbahawa dia tidak bersetuju, dia bolehmenukar keputusan JawatankuasaTatatertib.

Mana keadilannya? Kalau kita meng-hakimi orang ramai, kita kata, kalau adarayuan baru kita kaji semula keputusanmahkamah yang dibawa itu. Tetapi bagikita, apabila kita hendak mengambil satukes terhadap seseorang peguam yangmerupakan orang yang sama profesiondengan dia, kalau ada keputusan tanparayuan pun, kalau dia merasakan bahawakeputusannya tak bagus, dia akan terusmembuat keputusannya. Ini kita beri kuasakepada dia.

1975 11 OGOS 1993 1976

Apa yang mungkin akan berlakubahawa di peringkat keputusanJawatankuasa Tatatertib, mungkinJawatankuasa Tatatertib itu mengenakansatu hukuman kepada peguam yang di-dapati salah. Dan belum lagi peguam itutnerayu, kalau pihak tertinggi, iaituLembaga Tatatertib merasakan bahawamungkin yang kena hukuman ini adalahmember ketat dia, kita tukar keputusantanpa ada rayuan daripada peringkat bawah.Saya merasakan bahawa ini tidak adil, sebabLembaga Tatatertib hendaklah dijadikansebagai satu badan rayuan. Kalau ada rayuankepada dia, barulah dia mengkaji semulakeputusan Jawatankuasa Tatatertib ini.Kalau tidak, tak payah masuk campur.Tetapi peguam,dia memang begitulah, iaitukalau kena kepada orang ramai, tak apa.Tetapi kalau kena kepada "puak-puak kita,kita kena jaga kepentingan kita ini".

Yang jelas di sini, sepertimana yangtelah saya sebut, iaitu kita lihat kuasaLembaga Tatatertib ini besar. Kalau dia taksetuju sahaja, dia tukar langsungkeputusan. Ini saya rasakan satu keputusankuasa yang hendak kita berikan kepadaLembaga Tatatertib ini terlalu luas, terlalubebas. Sebab itu, saya minta supaya pihakKementerian melihat betul-betul tentangsegala apa yang hendak dicadangkan olehMajlis Peguam ini. Jangan kita terimabulat-bulat. Oleh kerana kita melihat diasebagai Majlis Peguam, maka kitamenganggapkan bahawa ini betul orangbaik. Belum tentu lagi dia orang baik, sebabmungkin cadangan yang hendak dibuat olehmereka ini adalah cadangan yang hanyamenguntungkan puak-puak dan golonganmereka sahaja. Saya minta, kalau boleh,supaya di masa yang akan datang kajilahsemula kuasa yang hendak kita berikankepada Lembaga Tatatertib ini. Biarlah diahanya merupakan sebagai satu badan rayuansahaja. Kalau tidak ada rayuan kepada dia,dia sepatutnya tidak mempunyai hak untukmenukar keputusan yang telah dibuat oleh

Jawatankuasa Tatatertib. Inilah realitinya.Majlis Peguam disebut sebagai "thefountain of justice", dialah segala-galanyakeadilan itu, daripada dialah datangnyaMajlis Peguam ini, tetapi kita lihat denganmata kita sendiri macam mana kita tengokbahawa apa yang hendakdicadangkan untukmereka ini, banyak lebih menguntungkankepada ahli-ahli Majlis Peguam ini dantidak menguntungkan kepada orang ramaiyang hendak membuat pengaduan terhadapahli-ahli profesion Majlis Peguam ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam tiga perkarayang saya sebut yang mana saya sedikit-sebanyak menyentuh tentang perkara yangsaya fikirkan adalah tidak adil terhadaporang ramai. Namun, ada jugalah satuperkara yang saya hendak sebut yangbolehlah saya mengatakan bahawa sayaucap tahniah kepada Kementerian keranaakan melaksanakan satu seksyen di bawahFasal 7, seksyen 103B, "Akta ibu itu adalahdipinda dengan menggantikan perkataan"lima", "tiga" dan "dua" dalam subseksyen(2) masing-masingnya, dengan perkataan"tiga", "dua" dan "satu". Mengikutpenerangan yang dibuat, Fasal 7 ini adalahbertujuan untuk mengurangkan bilangananggota Jawatankuasa Tatatertib daripada"lima" menjadi "tiga" sahaja untuk men-gurangkan kesulitan dalam mendapatkankehadiran dan untuk membolehkannyamenunaikan fungsi-fungsinya dengan cepatdan cekap. Yang ini saya setuju 100%,sebab kadangkala kes pengaduan yangdibuat kepada Jawatankuasa Disiplin inidibuang kes semata-mata kerana tidakcukup kuorum. Dia hendak "lima" orang.Kalau "lima" tak hadir, maka kes itu tidakdapat didengar. Kadangkala kita tahubahawa untuk mengadili satu-satupengaduan yang dibuat oleh orang ramaiterhadap peguam-peguam ini, kadangkalamemakan sampai 6, 7, 8 bulan hendakmenyelesaikan ini. Kerana apa? Keranatidak cukup kuorum. Yang "lima" ini,kadang-kadang kelima-lima tidak hadir.

1977 11 OGOS 1993 1978

Kalau hadir satu, dua pun tak boleh dalammesyuarat. Akhirnya orang yang mengaduitu merasa begitu perasaan "frust". "Frust"ini, dengan izin, tak puas hati......

Timbalan Yang di-Pertua: Hampa!

Tuan Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz: Ya, hampa. Jadi, yang si pengadu inihampa. Diberitahu, okay, mesyuarat akandatang untuk mendengar kes awak bulandepan. Datang bulan depan, terpaksadibatalkan. Kerana apa? Tak cukupkuorum. Datang dua bulan lagi. Dua bulandatang lagi, lagi tak cukup kuorum.Akhirnya, setahun tak selesai lagi. Inimenyebabkan orangnya hampa, maka diatidak mahu lagi membawa kes apa-apapengaduan terhadap peguam. Jadi, akhimyatidak ada keadilan. Sebab itu, sayabersetujulah, Yang Berhormat, daripada"lima" turun "tiga", bagus itu.

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan Nazriada pengalaman sendirikah tentang itu?

Tuan Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz: Saya ada pengalaman, saya hadirtiap-tiap kali mesyuarat; saya dilantik.Masalahnya, bila saya bersetuju untukmenjadi Ahli Jawatankuasa Disiplin, tiap-tiap kali ada kes, dia panggil saya sahaja,sudah tak boleh buat kerja lain. Ini problemjuga. Dia tengok, dia lantik seseorang itujadi Jawatankuasa Disiplin, dia pilihdaripada sesiapa peguam, kalau kitabersetuju hadir, ada kes yang lain, kita lagiyang kena lantik. Kadangkala ada yangsaya menolak, kerana saya ada kerja lain.Takkanlah tiap-tiap kali kena duduk dalamJawatankuasa Disiplin hendak dengar kespengaduan shaja, bukan saya dapat duitpun dalam hal ini. Duit bukanlah pentingsangat. (Ketawa)

Timbalan Yang di-Pertua: Penting,penting juga. (Ketawa)

Tuah Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz: Tidak. Penting kalau saya buat kerjasaya, tetapi saya buat kerja sukarela. Tetapikalau sudah kerja sukarela ini menjadi kerja

sepenuh masa, saya mungkin, dengan izin,missed "soru" saya, susahlah. (Ketawa)Jadi, sebab itu saya setuju kalau diturunkandaripada "lima" sampai "tiga". Ini sayasetuju sangat. Tetapi kalau sudah panggil 3pun tak ada kuorum, saya ingat peguam inimemang tidak betul mahu menolong orangramai. Sepatutnya memang "tiga" ini yangpaling kecil sekalilah yang kita bolehmengurangkan ahli Jawatankuasa Disiplinini. Dalam hal ini, Tuan Yang di-Pertua,saya tengok pun Yang Berhormat pandangkepada saya, dia merasa seronok, yang inisaya setuju 100%.

Sayajuga setuju seratus peratus......

Datin Hajah Wan Intan binti HajiWan Ahmad Tajuddin: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan Nazri,Datin Wan Intan minta penjelasan.

Datin Hajah Wan Intan binti HajiWan Ahmad Tajuddin: Tuan Yangdi-Pertua, saya ingin hendak bertanyakepada Yang Berhormat kita. Berkaitandengan hal 3 dan 2 itu memang biasalah, didalam kes-kes juvana memang selalusangat postpone, kerana tak cukup lengkap,bukan bulan, bahkan bertahun-tahun, kesitu kes rogol hendaknya, yang kita inidatang naik letih-lesu, asyik balik semula,balik semula. Saya haraplah pada kali ini,selepasYangBerhormatkitamenerangkan,perkara ini dapatlah diatasi. Yang saya amatmusykil sekali adalah kes juvana, takcampur hal orang tua-tua lagi,ini hal juvanasahaja. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz: Saya setuju dengan Yang BerhormatDatin Intan sebut tadi bahawa banyak kesjuvana—penuntut pun ramai, kes juvanaini macam itulah, banyak kes ini di-tangguhkan kerana tak cukup kuorum.Jadi,

1979 11 OGOS 1993 1980

saya ingat, untuk memperkukuh dan mem-perkuatkan lagi Akta ini, kalau kitakurangkan daripada "lima" kepada "tiga",jadi sekarang kita hendak pastikan bahawamesti ada "National Service" daripadapeguam-peguam ini. Hendak disyaratkanbahawa dia mesti mengikut giliran dia,iaitu kalau mengikut gilirannya untuk diamenjadi Jawatankuasa ini, dia kena hadir;sama ada suka atau tidak suka, dia kenahadir, kena berilah sedikit NationalService. Sebab, kalau kita mengharapkansikap sukarela dikalangan peguam-peguamuntuk tampil ke hadapan menjadi AhliJawatankuasa Tatatertib ini, kadang-kadangdia tak mahu. Oleh kerana itu, kita mesticari satu mekanisma hendak dicadangkankepada majlis Peguam bahawa di manaahli-ahli peguam tidak boleh menolak kalausekiranya sampai kepada giliran dia untukmenduduki sebagai Ahli JawatankuasaTatatertib ini, dia kena hadir dan menjadiahli, mendengar dan menghakimi kespengaduan yang dibuat terhadap seseorangdaripada peguam yang lain.

Ini saya ingat Yang BerhormatSetiausaha Parlimen cadangkan kepadaMajlis Peguam. Kalau tidak, saya tengokkalau kita hendak harapkan sukarela, sayarasa ia akan menghadapi masalah yangsama lagilah. Tulis surat kepada peguamitu suruh jadi ahli jawatankuasa dia katasibuk itu dan ini, dia tidak boleh hadir.Akhirnya, langsung kita tidak bolehhendak pilih, hendak lantik seorang peguamuntuk menjadi "tiga",orang peguam.Akhirnya tidak boleh dengar kes.

Saya tahu sangat sebab kes peguam inikalau ada dia punya mesyuarat tahunan dia,masalah yang pertama yang dihadapi ialahkuorum. Ini peguam-peguam, cakaptung-tang, tung-tang tetapi kuoram tidakada. Selalu dia miss kuorum. Sebab itupemilihan jawatankuasa dia terpaksa di-buat menerusi pos. Sebab kalau panggilMesyuarat Agong mungkin tidak terlantiksebab tidak ada kuorum.

Jadi, oleh kerana itu saya inginmencadangkan iaitu di masa-masa akandatang......

Timbalan Yang di-Pertua: YangBerhormat sebelum mencadangkan, siladuduk sekejap.

Ahli-ahli Yang Berhormat, menurutPeraturan Mesyuarat 6 (3) saya denganhormatnya menjemput Yang BerhormatDato' Azumu Tak untuk mempengerusikanMajlis. Dipersilakan.

(Dato' Azumu bin Tak mem-pengerusikan Mesyuarat)

Dato' Azumu bin Tak: YangBerhormat Tuan Haji Mohamed Nazri, silateruskan.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.Jadi, saya ingin mencadangkan iaitubahawa supaya Kementerian Undang-undang kita pergi berundinglah denganMajlis Peguam supaya diadakan satumekanisma di mana kita melantik AhliJawatankuasa Tatatertib ini mengikutgiliran. Dan kehadiran adalah compulsory,dengan izin. Maknanya kehadiran mestilahtidak boleh tidak—mesti wajib. Dengancara ini sahaja kita akan dapat melihatbahawa banyak pengaduan yang akan di-lakukan akan dapat dihakimi oleh pihak-pihak Jawatankuasa Tatatertib ini.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkarayang saya bersetujulah di bawah RangUndang-undang ini ialah berkenaandengan penubuhan apa yang dikatakan DanaDisiplin (Discipline Fund). Saya memangmerasakan iaitu bahawa perlu adaDiscipline Fund ini supaya dengan fundyang ada ini kita boleh membuat sedikitbayaran elaun kepada peguam-peguam yangmenduduki sebagai Ahli JawatankuasaTatatertib untuk mendengar kes yangpengaduan dibuat oleh orang ramai ter-hadap seorang daripada peguam itu. Inikerana apa, kerana tiap-tiap kali apabilakita menjadi Ahli Jawatankuasa

1981 11 OGOS 1993 1982

mendengar kes ini ianya memakan masa.Dan masa itu adalah emas. Kalau sekiranyasedikit-sebanyak kita tidak memberikancompensation ataupun gantimgi kepadapeguam-peguam yang dilantik sebagai AhliJawatankuasa Tatatertib ini, saya rasa iniakan menyebabkan tidak ramai orang yangakan dapat menjadi jawatankuasa ini.Tetapi kalau sekiranya elaun itu diberibermakna iaitu bahawa peguam akan tampilkehadapan dan akan menjadi ahliJawatankuasa Tatatertib dan mendengar kesyang dibuat terhadap seorang peguam itu.Jadi, saya menyokong Discipline Fund inidan ianya ialah juga untuk menunjuktentang betapa pentingnya disiplin ini mestiditentukan wujud di kalangan peguam-peguam apabila mereka mengeluarkanwang daripada poket mereka sendiri padatiap-tiap tahun untuk memberikansumbangan kepada Discipline Fund ini,sumbangan yang compulsory, yang wajibmaka dia akan secara tidak langsungmenyedari bahawa dia mesti bersikapdisiplin dan tidak melaku kesalahan di dalamdia menjalankan tugas dia sebagai seorangpeguam.

Sebab itu penubuhan Disipline Fund iniadalah baik dan menunjuk kesungguhanktia untuk mendisiplinkan lawyer-lawyerini dan maka kerana itulah saya memberi-kan sokongan yang kuat di atas penubuhanDiscipline Fund yang hendak diwujudkandi bawah Akta Profesion Undang-undang.(Pindaan) 1993 ini. Maka dengan hujah-hujah itu, saya rasa iaitu bahawa itulahsahaja yang hendak saya bahaskan di bawahRang Undang-undang ini dan sekali lagilahsaya berdiri dan menyatakan bahawa sayamenyokong Rang Undang-undang AktaProfesion Undang-undang (Pindaan) 1993ini. Terima kasih.

Dato' Azumu bin Tak: YangBerhormat Tuan Haji Salleh.

4.06 ptg.

Tuan Haji Salleh @ Hassan bin Ali:Bismillahir-rahmannir-rahim. Tuan Yangdi-Pertua, saya bangun untuk menyokong

Rang Undang-undang yang telah di-bentangkan dan telah dibincangkan. Padakali ini kita bahaskan mengenai satugolongan yang cerdik, bijak dan pandaiyang sukar diajar dan ditegur. Kadangkalakita memikirkan bahawa amat perlu kitabincangkan oleh kerana dalam perkara iniadalah merupakan penglibatan orang awamjuga dalam khidmat kepada peguam ini.

Kalau dulu kita dengar bahawa doktor-doktor swasta mencadangkan untukmengenakan bayaran lebih, adakah pernahkita memikirkan bahawa bayaran guamanyang telah dikenakan kepada pelanggan-nya amat tinggi dan terdapat anak guamnyamenghabisi harta untuk membayar kepadakhidmat peguam itu. Dan adakalanya ter-dapat kes-kes yang tertangguh disebabkanbukan kerana hakim tetapi disebabkan olehkecuaian peguam yang dilantik.Adakalanya sakit, adakalanya terpaksa di-tangguhkan kerana ada kes lain yangpeguam itu terpaksa hadir ke mahkamahyang lain. Inilah sebabnya duit habis tetapikes berpanjangan tidak dapat diselesaikan.

Sebab itulah, di dalam perkara ini perludiambil kira kerana para peguam amatdiperlukan oleh masyarakat untukmenyelesaikan masalah-masalah yangdihadapinya. Janganlah para peguam inimenjadi beban kepada masyarakat. Seelok-eloknya menjadi pembela yang sebenar-benarnya kepada masyarakat dengankhidmat yang baik dan kos pengendaliankes yang agak berpatutan.

Kita fahamlah bahawa sejak akhir-akhirini kebebasan kepada Majlis Peguam telahdisalahgunakan.Telah timbul keangkuhan,bongkak dan besar diri peguam yangpernah mencabar sebuah Kerajaan yangdipilih secara demokrasi. Ini satu perkarayang amat malang dan amat men-dukacitakan kita. Saya amat sokong penuhdi atas pindaan ini. Dan diharapkan pindaan-pindaan lain dapat dikemukakan lagi di

1983 11 OGOS 1993 1984

dalam sidang Dewan yang akan datanguntuk memperelok dan mengemaskinikanprofesion undang-undang ini. Saya rasaamat perlu Biro Bantuan Guaman di-perbesarkan lagi di setiap negeri dan elokdiwujudkan di setiap daerah untuk mem-bantu golongan-golongan miskin yangkurang faham, kurang arif dan tidakberkemampuan untuk menyelesaikanmasalah-masalah yang dihadapi. Sekiranyaini dapat diwujudkan maka barulah parapeguam dapat tahu bahawa khidmat merekaini tidaklah banyak dipergunakan, makakes-kes yang lama yang belum dapat di-selesaikan dapat segerakan. Dan dengan inisaya menyokong di atas cadangan pindaanini. Sekian terima kasih.

Dato' Azumu bin Tak: YangBerhormat Datin Hajah Wan Intan.

4.10 ptg.

Datin Hajah Wan Intan binti HajiWan Ahmad Tajuddin: Tuan Yangdi-Pertua, saya mengucapkan terima kasihkerana membenarkan saya berucap untukmenyokong dengan sepenuhnya RangUndang-undang Profesion Undang-undang(Pindaan) 1993.

Saya ada sepatah, dua hendak memberipandangan iaitu kembali balik sayamenegur hal kes juvana. Kerana didapatikes juvana yang baru-baru ini terjadi benar-benar di Klang, iaitu kes seorang kanak-kanak sudah mengaku salah dan dendanyapenjara selama tiga tahun sebanyakRM2,000.Malangnya tinggal lagi saki-baki8 bulan, ia membuat salah kembali. Jadi,kena tangkap dan ayahnya kena membayarwang. Inilah kita patut minta pertimbangankalau boleh bak kata sahabat saya AhliYang Berhormat tadi, bawakan lagi apa-apa kes yang patut diperingankan. Ayahyang kena membayar denda ini mem-punyai anak seramai 9 orang, kalau tidaksalah saya, pekerjaannya tidak tetap,

kontrak yang paling kecil. Kalau adakerosakan yang kecil-kecil sahaja yang diadapat buat, tetapi ia kena membayarRM2,000 selama 6 kali bayar. Ini yangmenjadi rungutannya dan dia datang ber-jumpa saya minta bantuan supayameringankan lagi, memanjangkan masadalam sepuluh bulan atau setahun, yangmana saya telah pun berjumpa denganmajistret, tidak ada tertulis atau tercatatuntuk setahun, Jadi, tidak beranilah sebagaimajistret, dengan izin, "I have to follow thelaw", ataupun mengikut buku. Jadi, tidakdapatlah dikurangkan. Maka dengan itu,apa pendapat kami sebagai penasihat-penasihat Mahkamah Juvana, seorang bapaatau seorang ibu ingin membayar dendaanaknya dengan tidak mampu membayardengan sebegitu banyak, apalah kesudahan-nya akan jadi kepada bapa itu.

Ada yang mengatakan: "Kenapa tidakawak masuk sahaja?" Jawabnya senang:"Kalau saya masuk kena jel, siapa pulayang hendak memberi makah anak danisteri saya", katanya. Itupun memang betulkalau kita fikirkan. Itu yang pertama.

Lagi satu, saya mintalah diambilperhatian berkaitan dengan murid-muridsekolah di dalam Tingkatan 1 atau Tingkatan2. Kerapkali yang berlaku ini bukanperempuan, kepada budak lelaki, bilaberumur 12 tahun ingin hendak menengukwayang gambar atau pesta-pesta di sesuatutempat. Macam di tempat saya di Klang itujarang ada pesta. Jadi, bila ada pesta sekali-sekala, datanglah daripada Jeram, KualaSelangor pun ada, Sementa, Kapar pergi kePelabuhan Klang. Balik sudah terlambat,bas pun tidak ada—berjalan kaki. Di sinimereka kena tangkap, dan Polis bertanya:"Ada atau tidak bawa Kad Pengenalan?"Banyak yang tidak bawa rupanya, sayafaham, Yang tidak bawa ini yang berumur12 tahun. Kita pun kalau ada anak, kitatidak beri anak kita yang berumur 12 tahunmembawa Kad Pengenalan "ke hulu-hilir".

1985 11 OGOS 1993 1986

ini kuat "berciciran". Jadi, takutkan hilang,tidak diberi. Jadi, apa yang saya ralatsangat-sangat di dalam kes juvana, orang-orang ini bukan orang yang senang-senang,mereka orang kampung, orang susah. Kenadenda yang paling kecil RM70 ke RM80.Bila saya bertanya, kata majistret: "Ini yangpaling kecil, kalau tidak, makan beratus-ratus atau beribu-ribu". Jadi, di manalahayah-ayah yang miskin hendak membayarRM70 ke RM80; tidak boleh bercakap.Hendak tidak hendak bergadai bergolokmereka bayar juga.

Apa yang saya ingin mengesyorkan disini, tidak bolehkah bawa fotostat atau apa-apa sahaja untuk menggantikan KadPengenalannya, yang mana ada budak ituberkata: "Polis itu tidak hendak menerima".Di sinilah saya merasa adakah satu cara lainuntuk memperbaiki keadaan anak-anakorang miskin supaya tidak kehilangan KadPengenalan. Umumnya mereka cuma didalam Tingkatan 1 atau di Tingkatan 2yang saya maksudkan. Tingkatan 3 tidakpayah, Tingkatan 4 semuanya itu telahbertanggungjawab. Itu sahaja, Tuan Yangdi-Pertua.Saya sekali lagi menyokong RangUndang-undang Profesion Undang-undang(Pindaan) 1993.

Dato' Azumu bin Tak: Minta pihakKerajaan menjawab.

4.15 ptg.

Setiausaha Parlimen di JabatanPerdana Menteri (Tuan Douglas UggahEmbas): Tuan Yang di-Pertua, terlebihdahulu saya ingin mengucapkan terimakasih kepada ketiga-tiga Ahli YangBerhormat yang telah memberi pandangandan mengambil bahagian di dalam mem-bahaskan Rang Undang-undang ProfesionUndang-undang (Pindaan) 1993 ini, iaituYang Berhormat Tuan Haji MohamedNazri, Yang Berhormat Tuan Haji Sallehdan Yang Berhormat Datin Hajah WanIntan.

Di sini, saya ingin sekali lagi menegas-kan bahawa tujuan utama Rang Undang-undang ini adalah untuk melicinkanpentadbiran, untuk mengendalikan tatatertibterhadap peguam. Kita berharap denganlulusnya Rang Undang-undang ProfesionUndang-undang (Pindaan) ini pada hari ini,maka Lembaga Tatatertib dapat men-jalankan tugas mereka secepat mungkin,kerana selepas kita meminda RangUndang-undang yang lepas ianya harusberkuatkuasa pada 1hb,April,1992.Tetapioleh kerana ada berbagai kerumitan, adaberbagai masalah yang dihadapai, maka iabelum dapat berjalan walaupun hinggasekarang kita mengetahui ada kurang lebih500 aduan yang masih belum dapatdisiasat.

Dengan pindaan ini kita berharap,tindakan Lembaga Tatatertib ini dapat terusberjalan dengan harapan bahawa kita dapatmengawal sebarang penyelewenganataupun tatakelakuan negatif oleh parapeguam demi untuk meningkatkankebaikan profesion dan untuk memper-tahankan integriti mereka supaya kualitiperkhidmatan peguam dapatdipertingkatkan.

Tadi Yang Berhormat Tuan HajiMohamed Nazri pun sebagai seorangpeguam telah pun juga menerangkan betapapentingnya seorang peguam harus sentiasacuba untuk menegakkan integriti dan namabaik supaya peguam dapat memainkanperanan positif dalam pembangunannegara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya inginmenjelaskan beberapa perkara yang telahdisentuh oleh ketiga-tiga Ahli YangBerhormat tadi, mengenai persoalan yangdibangkitkan oleh Yang Berhormat TuanHaji Mohamed Nazri berhubung dengankeanggotaan Panel Jawatankuasa Tatatertibdan Panel Tribunal Penyiasatan yang

1987 11 OGOS 1993 1988

mempunyai lebih ramai peguam dari orangbiasa, yang menurut kata Ahli YangBerhormat tadi mungkin akan menjejaskankewibaan dan kebolehan LembagaTatatertib tersebut untuk menjalankantugas mereka dengan adil dan saksama.

Dalam hubungan ini, suka saya men-jelaskan bahawa Akta Profesion inidiwujudkan adalah khusus untuk mengawaltatacara dan kelakuan yang membabitkanprofesion guaman. Kita berharap bahawaMajlis Peguam dan peguam-peguam yangmenjadi Ahli Majlis Peguam ini dapatmengambil tanggungjawab untuk menjaganama baik profesion mereka. Oleh itu, kitajuga merasakan bahawa tanggungjawab iniadalah tanggungjawab dalaman oleh MajlisPeguam untuk menentukan bahawa semuaahli-ahli mereka menjalankan tugas danmengamalkan profesion mereka dengantatacara dan tatatertib yang baik.

Selain dari itu, kita juga cukup yakinbahawa Majlis Peguam adalah merasa ber-tanggungjawab untuk menegak nama baikprofesion. Oleh itu, kita berharap merekabersedia untuk memainkan peranan merekadengan cara yang seboleh-bolehnya untukmenegakkan keadilan, tidak memilih siapayang akan diadili, sama ada rakan, kawanataupun lawan. Yang penting adalah merekaharus mengambil tekad untuk membersihnama peguam untuk menentukan bahawaimej dan integriti Majlis Peguam terusdapat dipertahankan.

Yang kedua, adalah diperuntukkan didalam Akta Profesion Undang-undang inibahawa Pengerusi Lembaga Tatatertib yangtelah ditubuhkan ini akan dipengerusikanoleh seorang yang dilantik oleh HakimBesar. Orang itu mestilah seorang HakimMahkamah Tinggi atau Mahkamah Agung.Dan ahli-ahli Lembaga juga akan dilantikoleh Hakim Besar.

Dengan membuat keperluan dantambah pula dengan sini tadi, ahli-ahli PanelTribunal Penyiasatan dan PanelJawatankuasa Tatatertib akan dilantik olehLembaga Tatatertib yang dipengerusikan

oleh seorang hakim itu tadi. Dengan mem-buat sistem ini, kita berharap dan kitapenuh yakin kepada pengerusi danLembaga bahawa mereka akan memilihAhli-ahli Panel Tribunal Penyiasatan danPanel Jawatankuasa Tatatertib darikalangan tokoh peguam-peguam yangmempunyai kemampuan, berwibawa sertamempunyai rekod perkhidmatan yangcemerlang.Dengan ini kita berharap merekadapat memainkan peranan mereka denganbaik, dengan adil dan dengan sedia mem-bantu Kerajaan menyelesaikan masalahpenyelewengan dalam profesionperguaman.

Mengenai saranan Yang Berhormatsupaya Jawatankuasa Tatatertib PanelPenyiasatan hendaklah berasaskan kepadaseorang peguam, seorang daripadaJudiciary dan satu orang biasa, Kementerianakan membuat kajian dan mengambilpertimbangan sewajarnya mengenaiperkara ini.

Satu lagi perkara yang disentuh olehYang Berhormat adalah mengenai hukumanyang dikenakan kepada peguam di bawahSeksyen 101(3) itu adalah tidak setimpal,iaitu denda tidak melebihi RM2.000 ataupenjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali. Mengikut pandangan YangBerhormat, hukuman haruslah sama berat,sama dengan. hukuman yang telahdikenakan terhadap penjenayah kolar putih.

Di sini ingin saya menjelaskan bahawahukuman yang telah disebutkan dalamSeksyen 101(3) ini adalah dikena kepadakesalahan-kesalahan yang dilakukan olehpeguam ataupun sesiapa yang menghalangpenyiasatan.

Apabila Jawatankuasa menjalankanpenyiasatan, telah didapati bahawa satumasalah yang dihadapi oleh TribunalPenyiasatan adalah beberapa peguamataupun badan-badan tertentu tidak mahu

1989 11 OGOS 1993 1990

memberi dokumen-dokumen yang diperlu.Maka untuk mengatasi masalah ini,Kerajaan berpendapat hukuman RM500yang telah ada dalam Akta ibu itu tidakcukup kerana dia rela membayar RM500.Oleh itu, dengan kita meningkatkanhukuman kepada RM2,000 dan denganmenambahkan pemenjaraan, kita berharapTribunal Penyiasatan dapat menjalankantugas mereka dengan lebih berkesan.Hukuman ini bukanlah substantif ataupunia bukan untuk peguam yang telah didapatimenyalahi ataupun telah membuat satukesalahan ataupun telah tidak menjalankantugas mengikut tatatertib. Kepada peguam-peguam yang telah didapati salah ataupunteiah didapati oleh Tribunal telah me-nyalahi tatatertib, ianya memang ada di-peruntukkan dalam undang-undang asal dimana berbagai tindakan dapat diambil olehJawatankuasa Tatatertib tersebut. Ianyaterkandung dalam berbagai.tindakan yangdiambil adalah termasuk "to suspend"peguam itu ataupun membuat hukum dandenda.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz: Tuan Yang di-Pertua, saya cuma inginbertanya iaitu mengikut jawapan yangtelah diberikan oleh Yang BerhormatSetiausaha Parlimen sebentar tadi ber-kenaan dengan denda, saya ingin bertanyakepada Yang Berhormat kalau sekiranyasaya melakukan kesalahan seperti yang di-adukan oleh pengadu atau orang ramai, dankalau sekiranya denda saya di atas kesalahanyang dibuat di atas aduan itu ialahRM10.000, sebagai contoh, maka tidakkahYang Berhormat fikir kalau saya bolehmenggagalkan perjalanan perbicaraan itudengan tidak memberikan dokumen, sayalebih rela bayar RM2,000 kerana tidakmemberikan dokumen daripada sayamengizinkan dokumen itu dijadikansebagai bahan perbicaraan dan akhirnyasaya kena RM10,000. Jadi, saya merasabahawa kenaikan RM500 kepada RM2.000tidak akan menghalang daripada seorang

peguam untuk tidak mengeluarkandokumen bagi membolehkan perbicaraanitu dijalankan.Tetapi kalau diakena sebat—kalau dia tidak mengeluarkan dokumen diakena sebat—saya rasa malu kena sebat itukan menghalangkan dia daripada usahauntuk tidak mengeluarkan dokumen bagihendak meneruskan perbicaraan itu.Pertanyaan saya ialah apakah kenaikandaripada RM500 kepada RM2,000 iniakan menyebabkan kesalahan tidakmengeluarkan dokumen itu dapat diatasi?

Tuan Douglas Uggah Embas: Terimakasih, Yang Berhormat. Setakat iniKerajaan berharap bahawa hukuman yangdibuat dalam pindaan ini adalah mencukupiataupun cukup deterrent untuk mem-bolehkan seorang yang diperlukan mem-beri dokumen itu untuk bekerjasamadengan Jawatankuasa. Dan kalau dia di-dapati tidak cukup, saya rasa Kerajaan jugabersedia untuk memindanya pada masa akandatang, sepertimana kita telah memindaberbagai-bagai hukuman khasnya sepertiyang kita pinda hukuman mengenaipenjenayah kolar putih.

Tuan Yang di-Pertua, hukuman yangakan dibuat kepada berbagai—kalaupeguam didapati salah, adalah dalamSeksyen 103c (c) yang menyebut, denganizin, "That there is sufficient merit in thecomplaint and that the advocate andsolicitor should be subject to one of thefollowing disciplinary actions:

(i) imposition of fine;

(ii) suspension of advocate orsolicitor;

(iii) striking off the roll of theadvocate.

Itulah berbagai hukuman. Tambahanpula, kalau seseorang peguam itudidapati melakukan 'penyelewengan,

1991 11 OGOS 1993 1992

penyalahgunaan kuasa atau apa-apa bentukpenipuan, maka setiap kesalahan yang di-lakukan itu juga tertakluk kepada hukuman-hukuman yang dikenakan terhadappenjenayah kolar putih di bawah KanunKeseksaan yang berupa denda, pemenjaraandan hukum sebat.

Perkara ketiga yang disentuh oleh YangBerhormat tadi adalah mengenai Seksyen103D yang memberi kuasa kepadaLembaga Tatatertib untuk mengkaji semulaapa-apa keputusan yang dibuat oleh pihakTribunal. Saya rasa ini dibuat kerana dalamsistem ini Lembaga Tatatertib adalah badaninduk, dan badan induk ini menumbuhkandua badan, iaitu Tribunal Penyiasatan danJawatankuasa Tatatertib untuk membantumereka menjalankan tugas. Di sini jugasaya rasa kita kadang-kadang khuatirbahawa sepertimana keraguan yang telahdigariskan oleh Yang Berhormat tadi, adakemungkinan keputusan dibuat mungkintidak setimpal dengan apa yang telah dibuatoleh si tuduh tadi, dan oleh yang demikian,haruslah ada badan di mana "check andbalance" haruslah berjalan.

Mengenai kehadiran ahli Panel, sayaharap Yang Berhormat juga dapat mem-bantu Kerajaan untuk merayu kepada rakan-rakan Yang Berhormat, iaitu apabila merekadilantik sebagai ahli Panel sama ada PanelTatatertib ataupun Panel Penyiasatan, makaharuslah menghadiri apa-apa mesyuaratyang ada supaya semua perkara dapat di-jalankan dengan lancar dan licin. Saya rasasemua yang dilantik perlulah memainkanperanan masing-masing dan merekaharuslah merasa bertanggungjawab untukmenentukan apa yang harus dan mestidijalankan oleh mereka. Saya juga berterimakasih kepada Yang Berhormat di atassokongannya mengenai Tabung Disiplindan pengurangan ahli Lembaga Tatatertibtadi.

Yang Berhormat Tuan Haji Salleh telahmengemukakan berbagai perkara yang akandiambil perhatian, khasnya mengenai BiroBantuan Guaman, masalah kes tertangguhdan beban "fees" peguam-peguam. Beliau

juga membuat komen mengenai MajlisPeguam yang kadangkala membuat ber-bagai pendirian di mana pada pandanganYang Berhormat, ia adalah sebagai satuusaha untuk mencabar kedudukanKerajaan yang telah dipilih oleh rakyat.Nasihat saya kepada Majlis Peguam ialahsaya berharap Majlis Peguam harusmengemas kinikan rumahnya sendiri dahuludan tunjukkan kepada masyarakat kita diMalaysia ini bahawa mereka dapatmengatasi masalah dalaman mereka sendiri;tentukan tidak ada lagi penyelewengan;dan tentukan ahli-ahli mereka tidak lagimenggunakan kebijaksanaan dankecanggihan mereka untuk membuatpelbagai tipu helah kepada rakyat ramai.

Saya rasa selepas mereka menyuci rumahsendiri, barulah mereka mungkin bolehmemberi pandangan mengenai kedudukanKerajaan, kerana setakat ini Kerajaan jugatelah memainkan peranan mereka denganbegitu cekap, Kita telah melihat beberapakali pilihanraya diadakan selepas kita"independent" dan rakyat sentiasa memberisokongan padu kepada Kerajaan. Inimenunjukkan bahawa rakyat mempunyaipenuh keyakinan di atas kemampuanKerajaan untuk menjalankan pembangunandi seluruh negara dan kebolehan Kerajaanuntuk menjaga kebajikan dan mentadbirnegara Malaysia ini.

Yang Berhormat Datin Hajah WanIntan tadi ada menyentuh mengenai kesjuvana dan masalah kad pengenalan (I.C.).Perkara ini akan kita ambil perhatian.Mengenai kad pengenalan ini, kita akanmembawa perkara ini kepada Jabatan yangberkenaan supaya mengambil perhatiansama ada mereka akan dapat menerimasupaya seseorang itu dibenarkan membawafotostat I.C. Tetapi Yang Berhormat jugamesti memahami berbagai masalah yangkita hadapi khasnya di Kuala Lumpur inisekarang, oleh kerana negara kita maju danterdapat banyak peluang pekerjaan, makaini menarik ramai orang dari negara luar.Ada di antara mereka ini yang masuk adajuga yang masuk tanpa izin.

1993 11 OGOS 1993 1994

Datin Hajah Wan Intan binti HajiWan Ahmad Tajuddin: Tuan Yangdi-Pertua, maksud saya tadi, YangBerhormat, bukannya berkait dengan halorang dewasa, tetapi atas nama budaksekolah—hanya ditingkatan satu dan duasahaja, sebab budak ditingkatan satu dandua ini tidak bertanggungjawab, cuai,selalu sangat hilangkan I.C. dan kerap kalijuga ibu-ayahnya memarahi anak-anak inikerana tidak tahu menyimpan kadpengenalan. Sebab, kad pengenalan adalahpenting. Kalau murid ditingkatan tiga, empatdan lima, itu tidak payahlah kerana merekasudah menjadi seperti orang dewasa danmereka bertanggungjawab. Itu maksudsaya—hanya murid di tingkatan satu dandua. Itu sahaja, terima kasih.

Tuan Douglas Uggah Embas: Budakdi tingkatan satu itu suda menjangkau usia12 tahun. Ini juga satu masalah, kerana sayapercaya, Yang Berhormat juga sedarbahawa di Kuala Lumpur ini kitamenghadapi berbagai masalah mengenaipengemis yang datang dari luar negara,yang menggunakan budak-budak kecil—bukan hanya mereka yang menjangkauumur 12 tahun, mungkin yang lebih mudadari itu pun ada digunakan oleh pihak ini.Masa, saya berharap Yang Berhormat bolehmengambil perhatian atas masalah ini danjuga memahami masalah yang dihadapioleh Kerajaan. Yang Berhormat jugadiminta supaya membantu Kerajaan denganmemberi nasihat kepada mereka ini supayajangan lupa membawa I.C. apabila berjalan,

Dengan itu, saya sekali lagimengucapkan terima kasih kepada ketiga-tiga Yang Berhormat kerana memberipandangan. Di mana yang saya belum dapatkomen tadi, ia akan diambil perhatian olehKementerian dalam mereka menjalankantugas mengenai masalah ini. Sekian, terimakasih.

Dato' Azumu bin Tak: Ahli-ahli YangBerhormat, sekarang saya kemukakanmasalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang keduasekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dandipersetujukan.

Rang Undang dibacakan kali yang keduadan diserahkan kepada Dewan sebagaiJawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

(Dato' Azumu bin Tak mem-pengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 9 diperintahkan jadisebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkandengan tidak ada pindaan: dibacakan kaliyang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANGPATEN (PINDAAN) 1993

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

4.39 ptg.

Setiausaha Parlimen KementerianPerdagangan Dalam Negeri dan HalEhwal Pengguna (Dr. Sak Cheng Lum):Tuan Yang di-Pertua, saya mohonmencadangkan bahawa satu Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk memindaAkta Paten 1983 dibacakan bagi kali keduasekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang ini dipinda untuk memenuhibeberapa objektif penting. Akta Paten telahdiluluskan pada tahun 1983 oleh Dewanyang mulia ini dan telah berkuatkuasa sejak1hb. Oktober, 1986. Pada tahun 1984,Jemaah Menteri telah memutuskan supayaMalaysia menjadi anggota KonvensyenParis dan sehubungan dengan keputusan

1995 11 OGOS 1993 1996

tersebut, Akta Paten 1983 telah dipindapada tahun 1986 untuk mengemaskinikanperuntukan-peruntukan dalam Aktatersebut.

Malaysia dengan rasminya telahmenjadi anggota Konvensyen Paris danWorld Intellectual Property Organisationatau WIPO pada 1hb.Januari,1989.Pindaanyang dicadangkan sekarang adalah untukmenyesuaikan peruntukan yang ada dalamAkta Paten dan peruntukan KonvensyenParis serta mengemaskinikan SistemPendaftaran Paten selaras denganperkembangan-perkembangan semasa.

Untuk makluman Dewan yang muliaini, pindaan-pindaan dicadangkan ke atasAkta Paten 1983 boleh diklasifikasikanseperti berikut: iaitu pindaan-pindaansubstantif, pindaan-pindaan yangmengemaskinikan peruntukan Akta patendengan peruntukan Konvensyen Paris;pindaan-pindaan untuk memudahkanprosedur; pindaan-pindaan consequentialdan pindaan-pindaan lain sepertipenyelarasan peruntukan Akta denganperuntukan peraturan menjelaskan tujuanbeberapa peruntukan di dalam Akta;pindaan bersifat drafting dan pindaankepada teks Bahasa Kebangsaan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya sayaingin membincangkan pindaan-pindaansubstantif yang termasuk tafsiran takrif baru.Peruntukan baru di bawah Seksyen 3mengenai tafsiran takrif-takrif baru seperti"tarikh pemfailan", "pemunya paten","Pendaftar ditetapkan", "tarikh prioriti","proses" dan "keluaran" dicadangdimasukkan bagi menghapuskankesamaran.

Pindaan adalah dicadangkan juga kepadaseksyen 14 (2) untuk mentakrif semula,ciptaan seni terdahulu atau prior art supayaianya jelas dan juga sesuai dengan per-kembangan semasa.

Tuan Yang di-Pertua, seksyen 17 di-cadangkan dipinda bertujuan mengganti-kan takrif perbaharuan utiliti atau utilityinnovation yang sedia ada dengan suatu

takrif baru yang lebih luas. Ini akan mem-bolehkan lebih banyak lagi perbaharuandilindungi di bawah Akta.

Seterusnya, saya ingin membincangkantentang carian pemeriksaan dan modifiedsubstantive examination. Seksyen 29A di-cadangkan dimasukkan ke dalamperuntukan Akta Paten 1983 untuk mem-perkenalkan sistem modified substantiveexamination di mana di bawah cadanganpindaan ini, carian dan pemeriksaansubstantif disatukan. Pindaan-pindaan yangberkaitan juga dibuat pada seksyen 29A(2),29A (4) dan seksyen 30.

Sistem modified substantiveexamination pasti akan memperbaikisistem yang ada sekarang dari segipemberian paten dengan cepat dan selarasdengan perkembangan kemajuan negara-negara lain. Di bawah sistem ini, pemeriksapaten diberi kuasa untuk memintapemohon mengemukakan keputusan-keputusan carian dan/atau laporanpemeriksaan substantif yang telahdiperolehi dari Pejabat Pendaftaran PatenLuar negeri seperti Australia, UnitedKingdom, Amerika Syarikat danKonvensyen Paten Eropah. Selain daripadaitu, jika paten telah diberikan oleh pejabat-pejabat tersebut dan pemohon memindapermohonannya supaya selaras denganpemberian paten asing tersebut, ia akandipertimbangkan untuk pemberian patendi Malaysia tertakluk kepada perundanganMalaysia. Seksyen 30 (I) (a) , dicadangdimasukkan untuk memudahkan danmempercepatkan proses pemeriksaanpermohonan-permohonan bagi men-dapatkan paten.

Tuan Yang di-Pertua, yuran untukmenghidupkan semula paten yang telahluput dikenakan khususnya bagi peruntukanbaru seksyen 35A. Seksyen 35A ini, di cadangdimasukkan ke dalam Akta untuk memberikuasa kepada Pendaftar menghidupkankembali paten yang telah dikeluarkan

1997 11 OGOS 1993 1998

daripada rekod atas sebab tidak diperbaharuidengan pembayaran yuran yang telahditetapkan. Yuran dikenakan untuk kedua-dua proses perbaharuan dan kemasukansemula dalam daftar. Di samping itu, iajuga memperuntukkan perlindungan kepadapihak ketiga yang telah mengambil langkah-langkah untuk mengeksploitasikan patenyang telah luput itu.

Pindaan adalah juga dicadangkan untukpenukaran status permohonan paten kepadaperbaharuan utiliti dan sebaliknya. Pindaanini adalah untuk memasukkan suatu seksyenyang baru iaitu seksyen 17B yangmembenarkan penukaran sesuatupermohonan untuk mendapat paten kepadapermohonan mendapatkan perakuanperbaharuan utiliti dan sebaliknya.

Pindaan adalah juga dicadangkan untukmenghalang monopoli terhadap rekacipta.Pindaan ini juga dibuat untuk memasukkansuatu seksyen baru iaitu seksyen 17c yangmelarang pemberian paten dan perakuanperbaharuan utiliti untuk rekacipta yangsama. Ini bagi memastikan bahawa rekaciptaitu tidak menikmati monopoli yangberlebihan berkenaan dengan rekaciptanya.

Pindaan adalah juga dicadangkanmengenai pemberian paten kepada duaatau lebih pemohon. Pindaan adalahdicadangkan untuk memasukkan seksyen31 (2A) di mana jika dua atau lebih orangtelah membuat sesuatu rekacipta secaraberasingan dan bebas dan setiap orangdaripada mereka telah memohon untukmendapatkan paten dan setiap satupermohonan itu mempunyai tarikh yangsama, maka paten boleh diberikan atassetiap permohonan itu.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya sayaingin membincangkan pindaan yang adakaitan dengan peruntukan KonvensyenParis khususnya tuntutan priority di bawahKonvensyen. Seksyen 27 Akta dicadang

dipinda supaya membenarkan tuntutanprioriti di Malaysia untuk permohonan yangtelah dibuat di sesebuah negara anggotaKonvensyen Paris untuk paten di Malaysia.Negara-negara asing yang menjadi ahliKonvensyen Paris sahaja yang bolehmenuntut prioriti di Malaysia untukpermohonan di Malaysia. Tuntutan prioritiini boleh dipertimbangkan sekiranyaper-mohonan dibuat dalam tempoh 12 bulandari tarikh pemfailan di sesebuah negaraKonvensyen. Pindaan adalah jugadicadangkan untuk memasukkan seksyenbaru, 27A yang menjelaskan bahawa tarikhprioriti bagi suatu permohonan paten adalahtarikh pemfailan permohonan sebagaimanaditakrifkan di bawah seksyen 3.

Seterusnya, pindaan yang dicadangkanadalah berkenaan dengan jangkamasa bagipaten. Pindaan kepada seksyen 35 adalahbertujuan menjelaskan bahawa jikalau feetahunan tidak dibayar berkenaan dengansesuatu paten, paten itu akan luput. Notismengenai paten yang telah luput perludisiarkan dalam Warta Kerajaan. Inidiperuntukkan di bawah seksyen 35 (3)yang baru. Seksyen 35 (2), walaupun tidakdipinda perlu dijelaskan kerana ianya adakaitan dengan seksyen 35A yang baru.

Seksyen 35 (2) memperuntukkan iaituapabila tamat tempoh tahun kedua daritarikh paten itu diberi, empunya patendikehendaki dalam masa 12 bulan sebelumtamat tempoh tahun kedua membayar yurantahunan yang ditetapkan. Jika empunyaatau tuan punya paten itu gagal membayardalam tempoh tersebut, maka suatu tempohpertangguhan selama 6 bulan dibenarkantertakluk kepada pembayaran surcaj yangtelah ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkanbahawa pada masa sekarang tiadaperuntukan untuk menghidupkan kembalipaten yang telah luput, maka suatu seksyenbaru dimasukkan, iaitu seksyen 35A yang

1999 11 OGOS 1993 2000

merupakan peruntukkan baru bagi meng-hidupkan semula sesuatu paten yang telahtamat tempohnya atas kegagalan membayarfee tahunan yang disebabkan oleh keadaanyang tertentu.

Seksyen 35A yang baru dimasukkankerana ada aduan dari agen-agen paten danempunya paten yang menerangkan bahawafee pembaharuan tahunan tidak dibayarkerana arahan tidak diterima dari empunyapaten dan juga ada keadaan di manaempunya paten telah meninggal dunia atausakit tenat. Jika paten diluput terus tanpamemberi perluang kepada waris atau pihak-pihak terteritu membaharuinya, maka iniadalah tidak wajar atau tidak adil. Demikeadaan sebeginilah, maka seksyen 35Ayang baru dicadang untuk menghidupkankembali paten yang telah luput.

Pindaan yang dicadangkan seterusnyaadalah pindaan untuk memudahkanprosedur. Antara pindaan-pindaan yang di-cadangkan di bawah Fasal 3 untukmemudahkan prosedur ialah seksyen 4 (2);seksyen 4 (3); seksyen 25 dan seksyen 32.Untuk memudahkan prosedur, beberapaseksyen baru juga dicadangkan iaitu seksyenbaru 32A, 33A, 33B, 33c dan 83A.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, sayaingin mencadangkan pindaan-pindaan con-sequential.Beberapa pindaan adalah bersifatconsequential akibat daripada pengenalansistem modifled substantive examination.Peruntukan baru seperti negara konvensyenatau triti dan juga pindaan-pindaanmemudahkan sistem pendaftaran paten yangjuga mengakibatkan pemansuhan beberapaperuntukan yang tidak diperlukan keranatidak lagi relevant. Pindaan-pindaanconsequential termasuk pindaan kepadaseksyen 10, seksyen 18 (4), seksyen 31 (3)(b) dan seksyen 56 (2).

Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaanlain seterusnya merujuk kepada perkara-perkara berikut, iaitu:

(i) penyelarasan peruntukan Aktadengan peruntukan Peraturan;

(ii) penjelasan kepada beberapaperuntukan di dalam Akta;

(iii) pindaan bersifat "drafting"; dan

(iv) pindaan kepada teks BahasaKebangsaan.

Pindaan-pindaan untuk menyelaraskanperuntukan Akta dengan peruntukanperaturan serta penjelasan kepadabeberapa peruntukan di dalam Akta adalahdicadangkan kepada Seksyen 30, Seksyen79, Seksyen 79A, seksyen 86 (5), seksyen89 (c) dan seksyen 90.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan seterusnyamerupakan pindaan drafting dan pindaan-pindaan kepada seksyen 10(l),seksyen 14(2) (b), seksyen 17A (2), seksyen 26B (2)dan seksyen 49A (1) adalah merupakanpindaan yang bersifat drafting dan tidakdihuraikan dalam teks ini.

Pihdaan yang akhir ialah pindaan teksBahasa Kebangsaan. Beberapa peruntukantelah dimasukkan ke dalam Rang Undang-undang bagi maksud membetulkankesilapan-kesilapan dalam Akta teksBahasa Kebangsaan. Pindaan-pindaankepada seksyen 37 (1) dan (2), seksyen 38(1), seksyen 40, seksyen 43 (1), seksyen 49(1) (a) dan seksyen 49 (1) (b), seksyen 56,seksyen 57, seksyen 64 (3), seksyen 65 (1),seksyen 65 (3), seksyen 74 (5), seksyen 75(1) dan seksyen 84 (a) ada kaitan.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkankepada pindaan-pindaan yang dinyatakansebelum ini, maka Akta ini akan lebihkemaskini dan dapat memudahkan sertamempercepatkan pemerosesan per-mohonan-permohonan paten.

Seterusnya, peruntukan-peruntukanAkta ini juga adalah lebih jelas. Di sampingitu,peruntukan-peruntukan Akta Paten juga

2001 11 OGOS 1993 2002

diselaraskan dengan peruntukan-peruntukan Konvensyen Paris yang manaMalaysia kekal menganggotainya sejaktahun 1989.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohonmencadangkan.

Tuan Mustapa bin Mohamed: TuanYang di-Pertua, masalah di hadapan Majlisialah suatu Akta untuk meminda Akta Paten1983 dibacakan kali yang kedua sekarangdan terbuka untuk dibahas. YangBerhormat Tuan Haji Mohamed Nazri,silakan.

4.57 ptg.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin HajiAbdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, sayaberdiri untuk menyokong Rang Undang-undang Paten (Pindaan) 1993 ini.

Pertamanya saya ingin mengucapkantahniah kepada pihak Kerajaan yang telahmengambil tindakan cepat untuk kitamenganggotai beberapa "badan" yangtelah disebutkan oleh Yang BerhormatSetiausaha Parlimen sebentar tadi. Diantaranya ialah Konvensyen Paris dan jugaWorld Intellectual Property Organisation(WIPO).

Tuan Yang di-Pertua,dalam kita hendakmenjadikan negara kita sebagai sebuahnegara yang maju, yang kita bercita-citauntuk mencapai dalam masa tahun 2020,maka adalah perlu untuk kita memastikansupaya negara kita ini akan senantiasadianggap sebagai sebuah negara yangmenghormati segala rekacipta yangdilakukan oleh mereka yang berada diseluruh dunia kita ini.

Kita semua tahu bahawa negara asingsudah tentu tidak akan mahu untuk melaburdalam negara kita, apatah lagi pelaburanmereka itu akan membawa berbagai-bagairekacipta yang hendak dilaksanakan di

negara kita ini, kalau sekiranya kita tidakmenghormati betapa pentingnya untuk kitamemberi perlindungan kepada rekacipta.Maka ini sudah tentulah negara asing tidakberminat untuk melabur di dalam negarakita ini.

Saya dapat sedikit sebanyak memahamitentang betapa pentingnya soal paten inikerana daripada majalah-majalah, daripadaperbualan yang saya adakan di antara sayadengan orang-orang yang datang daripadaAmerika Syarikat, yang datang daripadaJepun, United Kingdom dan lain-lain lagi.Mereka akan mempunyai perasaan was-was kalau sekiranya di dalam sebuahnegara yang mana mereka mahu laburkanitu, soal perlindungan kepada rekacipta initidak diberikan keutamaan.

Kadangkala kita lihat bahawa ada jugaaid atau bantuan sesebuah negara majukepada negara yang tidak maju itu dankadangkala disyaratkan juga bahawasebelum bantuan itu diberikan kepadanegara yang tidak maju itu, maka iahendaklah jua harus menghormati soalintellectual property rights ini. Kita tengokiaitu dalam akhbar dan laporan yang telahdibuat, masalah di antara negara jiran kita,Thailand dengan negara Amerika Syarikatdan juga negara-negara Barat yang lain,soal pokok selalunya mengapa tidak banyakpelaburan hendak dihalalkan di sana ialahkerana keengganan negara jiran itu untukmenerima hakikat bahawa ada keperluan-nya untuk ia melindungi rekacipta dalamnegara itu.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, sebab itu,saya merasakan bahawa memang sudahkena pada tempatnya kalau sekiranyasemenjak tahun 1986, iaitu tahun kitamelaksanakan Akta paten ini, sudahtentulah dalam jangka masa 10 tahun,berbagai-bagai perkembangan yang telahberlaku yang memerlukan kita untukmeminda Akta Paten ini untuk memuaskan

2003 11 OGOS 1993 2004

kehendak Konvensyen Paris dan juga WIPOyang telah disebutkan oleh.YangBerhormatsebentar tadi.

Kita harus sedar iaitu bahawa duniasekarang senantiasa disebut telah menjadisatu perkampungan dunia global village.Ini bermakna iaitu bahawa kita tidak bolehlagi berasingan dengan negara-negara majuyang berada di seluruh dunia hari ini. Duniasudah menjadi kecil, maka oleh kerana ituadalah perlu untuk kita melindungi segalarekacipta yang telah diwujudkan supayaianya tidak akan berlaku di mana perasaanketidakpuasan hati itu akan berlaku kalausekiranya Akta Paten Malaysia ini bersikapregional ataupun bersikap nasional sahaja.Kita tidak boleh mengatakan iaitu bahawaapa juga penciptaan yang telah dibuat diluar daripada negara kita ini kalau sekiranyadia tidak didaftarkan di negara kita, makaitu dianggap sebagai tidak mempunyaiperlindungan dalam negara kita. Saya rasakalau ada pemikiran seperti ini bermaknakita sudah ketinggalan di dalam arusperkembangan yang telah banyak berlakudalam masa sepuluh tahun semenjak kitamengadakan Akta Paten ini.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, sayasememangnya menyokong Rang Undang-undang ini kerana sudah tentulah kalausekiranya jaminan dalam Rang Undang-undang Paten ini wujud dalam negara kita,maka sudah tentulah pihak-pihak pelaburluar, pihak-pihak negara daripada barat akanmerasa begitu selesa dan tidak mempunyaiperasaan kebimbangan untuk melabur ditanahair kita ini, kerana hak-hak rekaciptamereka itu mendapat perlindungan darinegara kita seperti dijaminkan oleh kitaapabila kita menganggotai KonvensyenParis dan juga World Intellectual PropertyOrganisation ini.

Kita semua tahu iaitu bahawa denganadanya pelaburan di negara kita ini, makasudah tentulah negara kita akan mendapat

kebahagiaan dan Akta Paten ini adalah satufaktor yang penting untuk memastikan iaitubahawa pelaburan daripada luar akanberterusan di tanah air kita ini. Tidak begitubanyaklah hendak saya cakapkanberkenaan dengan Akta ini keranasepertimana yang telah dijelaskan oleh YangBerhormat Setiausaha Parlimen sebentartadi, Rang Undang-undang ini begituteknikal dan banyak dahpada apa yangtelah disebut, sekaligus agak sukar untukdifahami oleh kita tetapi kita menaruhkepercayaan dan keyakinan kepada pihakKerajaan iaitu Akta ini dipinda sebagaiuntuk kita accommodate, dengan izin,kehendak-kehendak Konvensyen Paris danjuga World Intellectual PropertyOrganisation yang perlu kita lakukan tahundemi tahun kerana ada perkembangan didalam bidang ini. Cuma saya inginmenyatakan di sini iaitu bahawa di bawahSeksyen 4 (2) muka surat 3 Rang Undang-undang ini, berkenaan dengan komposisiLembaga. Saya lihat iaitu bahawa di bawahRang Undang-uridang ini dalam soalkomposisi Lembaga, kita lihat iaitu bahawaKerajaan begitu khusus menyebutkantentang kementerian-kementerian danbadan-badan yahg mana dianggap sebagaibadan-badan dan juga organisasi yangpenting untuk membolehkan kitamelindungi rekacipta di negara kita ini.

Saya terlebih awal tadi telah menyebutiaitu bahawa soal paten ini adalah soal yangbegitu teknikal. Maka oleh kerana itu sayaagak merasakan iaitu bahawa sedikit tidakpuashatilah, bukan hendak kata tidak setujudengan Rang Undang-undang ini—tidak.Tetapi sedikit saya merasakan iaitu bahawaoleh kerana ini terlalu teknikal danmelibatkan terlalu banyak soal-soalperundangan, drafting, maka saya melihatdi sini iaitu bahawa tidak langsung disebutdengan tertera, dengan secara terang iaituada keperluan di dalam Lembaga ini yangsepatutnya datang daripada KementerianUndang-undang ataupun daripada JabatanPeguam Negara. Sebab kita semua tahu

2005 11 OGOS 1993 2006

iaitu paten ini satu soal yang teknikal. Makasaya merasakan iaitu bahawa apabila iaberbangkit dengan soal teknikal, adakeperluannya iaitu bahawa mesti ada wakildaripada Kementerian Kehakiman ataupundaripada Jabatan Peguam Negara untukmenduduki dalam Lembaga ini kerana untukkita mendapat bantuan dalam soal undang-undang yang sudah tentu berbangkitapabila kita berhubung dengan KonvensyenParis dan juga World Intellectual PropertyOrganisation ini.

Saya tahu iaitu bahawa kemungkinanjawapan daripada Kementerian iaitubahawa ia boleh dilantik di bawah seksyen4 (2) (i) iaitu Menteri boleh melantik tigaorang lain. Tetapi tiga orang lain inimaknanya seolah-olah wakil KementerianUndang-undang ini tidak penting untukmembantu kita dalam soal ini. Saya lihat disini iaitu bahawa Kementerian mengambilberat dalam soal keahlian ini sehinggakantelah dicadangkan di dalam Rang Undang-undang ini supaya kuasa yang suatu masadahulu ada pada Menteri untuk memilihsecara terus seorang daripada individudaripada badan-badan dan organisasi yangtertentu ini, kuasa ini telah diserahkankepada badan-badan dan organisasi-organisasi ini untuk menamakan orang yangmereka fikirkan layak untuk menduduki didalam Lembaga ini. Bermakna ini satuperkembangan yang baik yang mana sudahtentulah Menteri tidak mungkin mengenaliorang daripada organisasi itu yang bolehmenjadi dan berkeupayaan untuk menjadiahli Lembaga. Oleh kerana itu, kuasa initelah diturunkan daripada Menteri kepadabadan itu sendiri untuk dia memilihdi kalangan ahli dia, siapa yang difikirkanlayak untuk menjadi ahli Lembaga ini.

Begitulah pentingnya Lembaga inisehinggakah juga saya lihat daripada RangUndang-undang ini iaitu had dua tahunsudah dimansuhkan dan ahli boleh duduklebih daripada dua tahun dan saya memang

setuju sebab soal paten ini bukan satu soalyang mudah, bukan satu soal yang manakita merasakan siapa-siapa sahaja bolehduduk di situ. Orang yang duduk di situ,apabila peringkat permulaan dia duduksebagai ahli Lembaga, mungkin dia tidakada apa-apa pengetahuan tentang paten.Tetapi setelah dua tiga tahun dia duduk, diamendapat pengalaman. Maka adalah rugibagi kita apabila dia sudah mendapatpengalaman, maka kita menyuruh dia ber-henti, walhal kita mahukan kepadapengalaman dia. Sebab itu saya bersetujuiaitu bahawa dua tahun yang telah dihadkankepada ahli untuk menjadi ahli Lembagaini harus dimansuh dan dihapuskan dan kitabenarkan dia untuk duduk seberapa lamayang boleh selagi dia ada keupayaan untukmenjadi ahli Lembaga.

Jadi, dengan adanya pindaan yang di-buat seperti dua perkara ini, bermakna iaitubahawa Lembaga ini penting. Jadi, kalauLembaga ini penting maka adalah pentingjuga supaya' Lembaga ini diwakili olehmereka yang datang daripada pihakperundangan, daripada Kementerianataupun dari Jabatan Peguam Negara.Kerana soal teknikaliti ini adalah suatu soalyang tidak boleh dijalahkan oleh seseorangitu tanpa dia sendiri / mempunyaipengalaman daripada ilmu yang telahdipelajari sebagai seorang peguam ataupunkelulusan dia, kelulusan undang-undang.Maka oleh kerana itulah saya memikirkaniaitu bahwa kalaulah boleh di masa-masayang akan datang kita pastikan iaitubahawa di antara mereka, wakil-wakil itubiarlah seorang wakil itu datang daripadaKementerian ataupun Jabatan PeguamNegara memandangkan kepada soal patenini adalah soal yang begitu teknikal dantidak mudah untuk difahami oleh sesiapasahaja kalau sekiranya dia tidak sedikitsebanyak mempunyai ilmu dalam hal ini.

Maka, Tuan Yang di-Pertua, itulah sahajayang hendak saya sentuh berkenaandengan Akta Paten ini dan sekali lagilah

2007 11 OGOS 1993 2008

saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniahkepada Kerajaan yang telah mengambilberat dalam soal rekacipta intelektual inidan sekali lagi saya berdiri dan menyatakaniaitu bahawa saya menyokong RangUndang-undang Akta Paten (Pindaan) 1993.

Dato' Azumu bin Tak: Terima kasih.Diminta Yang Berhormat Dr. Sak ChengLum menjawab.

5.10 ptg.

Setiausaha Parlimen KementerianPerdagangan Dalam Negeri dan HalEhwal Pengguna (Dr. Sak Cheng Lum):Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untukmengucapkan terima kasih kepada YangBerhormat Senator Tuan Haji MohamedNazri di atas sokongan beliau kepadapindaan Akta Paten yang saya telah punmencadangkan. Akan tetapi, dalam ucapanyang bergitu bernas yang dibentangkan olehYang Berhormat Tuan Haji MohamedNazri, memang kebanyakannya telahmenunjukkan sokongan beliau dankebanyakan penjelasan juga tentangkeperluan kerajaan negara Malaysia bagikita ini berusaha lebih gigih dalam perkarayang ada berkaitan dengan perlindunganharta intelek (intellectual property),termasuk perlindungan kepada paten.Memang sokongan ini adalah merupakansebagai satu perangsang kepada kami diKementerian supaya kita terus berusahadalam memperkuatkan dan meningkatkanlagi usaha-usaha KementerianPerdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna, khususnya Bahagian HartaIntelek di bawah Kementerian ini bukansahaja bagi mengemaskinikan undang-undang yang sedia ada dari masa ke semasatetapi juga dalam usaha untuk memberiperkhidmatan yang lebih baik dan lengkapkepada mereka yang memohonperkhidmatan (services) daripada BahagianHarta Intelek ini.

Secara amnya, izinkan saya mengambilsedikit masa untuk memberi penjelasantentang tugas yang telah dimainkan olehBahagian Harta Intelek pada masa ini. SejakKementerian Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna yang baru iniditubuhkan pada tahun 1990, Kementerianpun telah terus berusaha untuk mewujudkandan melengkapkan satu Bahagian HartaIntelek yang baru. Pada masa kini,Bahagian Harta Intelek di bawahKementerian telah mempunyai 16 orangpemeriksaan paten (paten examiners) yangbaru dan pemeriksa-pemeriksa paten inimempunyai kelulusannya dalam berbagaibidang. Ini termasuklah bidang kejuruteraansivil, mekanikal, electrical dan juga dalambidang kimia dan biologi. Pada masasekarang, pemeriksa paten ini sedangmenjalani latihan in-house secara khususdan on-the-job training, dengan izin.

Memandangkan bahawa pemeriksaanpermohonan paten memerlukan kepakaranteknikal dan sekurang-kurangnya seorangpemeriksa perlu setahun latihan lengkapsebelum dapat menjalankan pemeriksaanyang teliti dan cepat, maka dalam usahauntuk meningkatkan perkhidmatanKementerian, latihan kepada pemeriksapaten akan diteruskan. Untuk maklumanjuga, pada masa sekarang, Bahagian hartaIntelek menerima secara purata sebanyak2,500 permohonan paten setahun.Daripada 2,500 permohonan paten, hampir95% adalah permohonan dari luar negeri.

Jadi, balik kepada soal khusus yangtelah dibangkitkan oleh Yang BerhormatTuan Haji Mohamed Nazri, iaitu pertanyaanmengapa dalam komposisi Lembaga Patenini tidak dicadangkan untuk melantik wakil,khususnya daripada Kementerian Undang-undang atau Jabatan Peguam Negara,sukalah saya menjelaskan di sini bahawaPendaftar Paten sendiri adalah seorangpegawai undang-undang yang pada masasekarang ini dipinjam daripada Jabatan

2009 11 OGOS 1993 2010

Peguam Negara. Di samping itu,Kementerian juga mempunyai nasihatundang-undang sendiri. Jadi, dari segimendapatkan nasihat perundangan,memang adalah memadai atau cukupbahawa pada masa sekarang, PendaftarPaten sendiri juga adalah seorang pegawaiundang-undang.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat setakatitulah dapat saya membalas dan menjawabpertanyaan-pertanyaan yang telahdikemukakan. Sekian, terima kasih.

Dato' Azumu bin Tak: Ahli-ahli YangBerhormat, sekarang saya kemukakanmasalah kepada Majlis bagi diputuskan.Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang keduasekarang hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dandisetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kaliyang kedua dan diserahkan kepada Dewansebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

(Dato' Azumu bin Tak mem-pengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 48 diperintahkan jadisebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkandengan tidak ada pindaan; dibacakan kaliyang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANGPERHUTANAN NEGARA

(PINDAAN) 1993

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

5.19 ptg.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama(Dato' HajiTengku Mahmud binTengkuMansor); Tuan Yang di-Pertua, sayamohon mencadangkan supaya Rang

Undang-undang bernama suatu Akta bagimeminda Akta Perhutanan Negara 1984dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Akta PerhutananNegara 1984 (Akta 313) mengandungiperuntukan-peruntukan bagi pentadbiran,pengurusan dan pemeliharaan hutan sertapembangunan perhutanan dalam negeri-negeri di Malaysia. Akta ini telah diwartakanpada 31 hb. Disember, 1984 danditerimapakai oleh semua negeri diSemenanjung Malaysia sebagai EnakmenPerhutanan Negeri masing-masing.

Di dalam mentadbir, mengurus danmemelihara sumber hutan negara,Kerajaan telah berjaya meletakkan sektorperhutanan dan kayu-kayan sebagai sektorbahan utama yang terpenting dari sudutpendapatan eksport yang ditaksirkan men-capai RM9.7 ribu juta pada tahun 1992.Namun begitu, sumber hutan negara terusmengalami tekanan yang berat daripadakepesatan proses pembangunan negara sertaancaman yang serius daripada kejadianpembalakan haram, pencerobohan hutan,dan kesalahan-kesalahan hutan yang lain.

Berdasarkan kepada tekanan danancaman ini dan memandangkan AktaPerhutanan Negara 1984 telah berkuatkuasaselama 8 tahun, adalah perlu dan bertepatanbagi Akta tersebut dikaji semula untukmenjamin keberkaitan serta keberkesanan-nya dalam memastikan sumber hutannegara dapat dipelihara daripada kerosakandan kemusnahan serta diurus, diusahasildan dibangunkan secara berkekalan.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaanyang dicadangkan ini adalah bertujuanuntuk:

(a) memperuntukkan penalti danhukuman yang berlipat kali gandaberatnya berbanding dengan penaltidan hukuman yang sedia ada sertamengetatkan prosedur bagi meng-kompaun kesalahan;

2011 11 OGOS 1993 2012

(b) memudahkan pembuktiankesalahan dalam perbicaraan dimahkamah;

(c) mewakilkan kuasa kepada anggotaAngkatan Tentera di bawahseksyen-seksyen tertentu untukmenguatkuasakan Akta ini sepertiyang kini diperuntukkan kepadapegawai hutan dan pegawai polis;

(d) memperuntukkan pemberianinsentif dalam bentuk hadiah sertaperlindungan kepada pemberitahu(informer) atas sumbangannya ber-hubung dengan apa-apa kesalahandari penyitaan di bawah Akta ini;

(e) mengemaskinikan Akta ini secarakeseluruhan di samping mem-perbetulkan kesilapan-kesilapankecil yang terdapat di dalamnya.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mem-perkemaskan lagi sistem penalti danhukuman untuk memudahkan penguat-kuasaan Akta ini, pindaan-pindaan yangdicadangkan ke atas sistem tersebutmelibatkan pengurangan bilangan kategoribagi penalti dan hukuman penjara daripadatujuh yang sedia ada kepada empat. Walaubagaimanapun, penalti dan hukuman yangdicadangkan adalah berlipat ganda beratdaripada penalti dan hukuman yang sediaada.

Adalah dicadangkan bahawa penalti danhukuman maksimum di bawah Akta iniditambah daripada denda tidak melebihiRM10,000 atau penjara selama tempoh tidakmelebihi tiga tahun atau kedua-dua dendadan penjara kepada denda tidak melebihiRM500,000 dan penjara selama tempohtidak kurang satu tahun tetapi tidak melebihidua puluh tahun. Ini melibatkan per-tambahan kepada kadar penalti dendasebanyak 50 kali gandadan kadar hukumanpenjara sebanyak 7 kali ganda..

Tuan Yang di-Pertua, pada masa inipenalti dan hukuman maksimum ini adalahdiperuntukkan bagi kesalahan di bawah

seksyen 15 (2) iaitu mengambil hasil hutandari hutan simpanan kekal atau tanahKerajaan tanpa lesen, permit atau mengikutundang-undang. Menerusi cadanganpindaan ini, penalti dan hukumanmaksimum boleh dikenakan bukan sahajabagi kesalahan di bawah seksyen 15 (2)tetapi juga bagi seksyen 40 (2), iaitukesalahan memindahkan hasil hutandaripada tanah berimilik, tanah di bawahlesen pendudukan sementara, tanahlombong atau tanah rizab tanpa lesenpemindah dan kesalahan di bawah seksyen86 iaitu melancong atau mencacat, ataumemiliki alat bagi melancong, tanda padapokok dan kayu dan mengubah tandasempadan.

Sebagai tambahan kepada penalti danhukuman yang lebih tinggi di bawah seksyen15 (2) dan seksyen 40 (2), cadangan pindaanini diperuntukkan di bawah seksyen 15 (3)dan seksyen 40 (3). Tambahan bayarangantirugi kepada pihak berkuasa negerioleh sesiapa yang disabitkan atas kesalahandi bawah seksyen-seksyen tersebut jugamelibatkan pengambilan hasil hutan secaramenyalahi undang-undang iaitu:

(a) daripada sejumlah wang yang tidakmelebihi 5 kali ganda royalti,premium, ses dan caj-caj lainkepada sejumlah wang tidakmelebihi 10 kali ganda royalti, pre-mium, ses dan caj-caj yang lainiattu tambahan 2 kali ganda; dan

(b) daripada sejumlah wang yang tidakmelebihi 3 kali ganda nilai hasilhutan kepada sejumlah wang tidakmelebihi 10 kali ganda nilai hasilhutan tersebut iaitu tambahan lebih3 kali ganda.

Kategori kedua penalti dan hukumany ang dicadangkan memperuntukkan penaltidenda tidak melebihi RM50.000 atauhukuman penjara tidak melebihi 5 tahunatau kedua-dua denda dan penjara. Kategori

2013 11 OGOS 1993 2014

atau kedua-duadendadan penjara.Kategoriini meliputi kesalahan-kesalahan di bawahbeberapa seksyen. Pada masa ini bolehdikenakan penalti denda tidak melebihi diantara RM5,000, RM2.000, RM1,000 danRM500 atau hukuman penjara selamatempoh tidak melebihi antara dua tahun,satu tahun, enam bulan dan tiga bulan, ataukedua-dua denda dan penjara di manaberkaitan. Ini melibatkan sekurang-kurangnya tambahan dalam kadar penaltidenda sebanyak 10 kali ganda dan kadarhukuman penjara sebanyak 2.5 kali gandadaripada penalti dan hukuman yang sediaada. Secara khusus, kategori penalti danhukuman kedua yang dicadangkan inimeliputi kesalahan-kesalahan di bawahseksyen-seksyen 25 (2), 32 (2), 66 (4), 67(2), 68 (4) (a), 69 (3) (a), 81 (2) (b),82 (2),84 (1), 85 (2), 87,92 (3), 93 (2), 96 (2), 97(2), 98 (2), 100 dan 107.

Kategori ketiga penalti dait hukumany ang dicadangkan memperuntukkan penaltidenda tidak melebihi RMl 0,000 atauhukuman penjara tidak melebihi tiga tahunatau kedua-dua denda dan penjara.Kategori ini meliputi kesalahan-kesalahandi bawah beberapa seksyen yang pada masaini boleh dikenakan penalti denda tidakmelebihi antara RM1,000 dan RM500 atauhukuman penjara tidak melebihi antaraenam bulan atau tiga bulan atau kedua-duadenda dan penjara di mana berkenaan. Inimelibatkan sekurang-kurangnya tambahandalam kadar penalti denda sebany ak 10 kaliganda dan hukuman penjara sebanyak 6kali ganda daripada penalti dan hukumansedia ada. Secara khusus, kategori penaltidan hukuman yang dicadangkan inimerangkumi kesalahan-kesalahan di bawahseksyen-seksyen 47 (4), 68 (4) (b), 69 (3)(b), 81(2)(d)dan 83(2).

Kategori keempat penalti dan hukumanyang dicadangkan memperuntukkan dendatidak melebihi RM10.000 dan meliputikesalahan-kesalahan di bawah seksyen 50

(4) dan seksyen 81 (2) (a). Ini melibatkan.tambahan kadar penalti denda sebanyak 40kali ganda daripada penalti sedia ada.

Selain daripada itu, penalti denda bagikesalahan berterusan di bawah seksyen 25(2) iaitu tidak mematuhi notis (Borang 2)memerintah pemegang lesen memberhentikerja jika terdapat pelanggaran Akta ataulesen, dicadangkan dinaikkan lebih 3 kaligandaiaitudaripadatidakmelebihiRM300kepada RM 1,000 sehari atau sebahagiandaripada hari kesalahan itu didapati ber-terusan. Di samping itu juga, bayarangantirugi kepada pihak berkuasa negeri ataskesalahan di bawah seksyen 81 (1) (a) iaitupelbagai perbuatan yang dilarang dalamhutan simpanan kekal, juga dicadangkanditambahdarinilaisebenarpokokataukayuyang terlibat kepada 10 kali ganda nilaipokok dan kayu tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, beberapaperubahan adalah dicadangkan kepadasyarat-syarat bagi mengkompaunkesalahan-kesalahan di bawah Akta ini.Bayaran kompaun dicadangkan dinaikkandaripada had maksimum tidak melebihiRM2,000 yang dikenakan sekarang kepadatidak melebihi jumlah penalti dendamaksimum yang telah ditetapkan bagisesuatu kesalahan. Ini terpakai bagikesalahan-kesalahan yang bolehdikompaundi bawah Akta ini. Selain daripada itu,adalah dicadangkan supay akesalahan yangboleh dikompaun kepada kesalahan kalipertama sahaja.

Sekiranya, kesalahan yang di-kompaunkan melibatkan pengambilan hasilhutan secara menyalahi undang-undang dibawah seksyen 15 atau seksyen 40,bayarangantirugi kepada pihak berkuasa negeridicadangkan dinaikkan dan diperluaskaniaitu daripada membayar hilai hasil hutandan nilai mana-mana barang yang disitakepada membayar sejumlah wang tidakmelebihi 10 kali ganda nilai royalti,

2015 11 OGOS 1993 2016

premium, ses, dan caj-caj lain, 10 kali gandanilai hasil hutan yang terlibat dan kosmembaiki apa-apa kerosakan yang di-lakukan. Segala hasil butan dan benda yangdisita berkaitan dengan kesalahan yangdikompaun akan dilucut hak dan dilupuskan.

Tuan Yang di-Pertua, adalah di-cadangkan supaya peruntukan barudiwujudkan di bawah seksyen 101 A untukmemberi kuasa kepada mahkamah, sebagaitambahan kepada mana-mana penalti lainyang boleh dikenakan, membatalkan lesenatau permit yang dikeluarkan berhubungdengan kesalahan yang dilakukan. Perintahmembatal lesen atau permit ini adalahmandatori bagi kesalahan di bawahseksyen-seksyen 15, 40 dan 86. Apabilasesuatu lesen atau permit telah dibatalkandi bawah seksyen ini, mahkamab di-kehendaki memerintah pemegang lesen ataupermit tersebut hilang kelayakan daripadamemegang apa-apa lesen atau permit untuktempoh tidak melebihi 5 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaanini juga memperuntukkan lima anggapan(presumptions) yang dikehendaki dibuatoleh mahkamah di bawah seksyen baru104A, iaitu bahawa:

(a) apa-apa hasil hutan adalah hartapihak berkuasa negeri;

(b) apa-apa peta, pelan atau carta yangdibuat di bawah kuasa Pengarahtelah diperbuat sedemikian rupa danadalah tepat;

(c) apa-apa tanda ke atas pokok ataukayu atau apa-apa tanda sempadansesuatu kawasan di bawah sesuatulesen atau pennit di dalam hutansimpanan kekal atau tanahKerajaan yang diletakkan di bawahkuasa Pegawai Perhutanan telahdiperbuat sedemikian rupa danadalah tepat;

(d) sesiapa didapati berada dalamhutan simpanan kekal atau tanahKerajaan yang ada pada miliknyahasil hutan telah mengambil ataumemindah hasil hutan tersebut tanpaapa-apa lesen atau permit yangdikeluarkan di bawah Akta ini; dan

(e) sesiapa yang didapati berada dalambutan simpanan kekal atau tanahKerajaan yang ada pada miliknyajentera, peralatan atau alatpengangkutan juga dianggap ber-niat mengambil atau memindahhasil hutan tersebut.

Peruntukan baru di bawah seksyen 11 0Ajuga menyifatkan kesalahan yang dilakukanoleh seseorang bersabit.dengan apa-apalesen atau permit yang dikeluarkan di bawahAkta, sebagai kesalahan yang dilakukansendiri oleh pemegang lesen atau pennititu—ini saya tegaskan—sebagai kesalahanyang dilakukan sendiri oleh pemegang lesenatau permit itu. Ini berat. Selaras denganini, seksyen-seksyen 109 dan 110 adalahjuga dipinda untuk menghapuskanpengecualian sedia ada yang membolehkanpemegang membuktikan bahawa kesalahanadalah dilakukan tanpa pengetahuannyaatau ia telah mengambil langkahmunasabah untuk mencegah berlakunyakesalahan itu.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaantertentu adalah dicadangkan untuk mem-bolehkan Pengarah mewakilkan secarabertulis kuasa yang kini diperuntukkankepada Pegawai Hutan dan Pegawai Poliskepada anggota Angkatan Tentera yangberpangkat tidak rendah daripada LansKoperal. Kuasa-kuasa khusus yang di-cadangkan diberi kepada anggota AngkatanTentera ialah kuasa menangkap danmenyita di bawah seksyen 88, kuasamenyita hasil hutan di bawah seksyen 89,kuasa menggeledah dengan waran di bawahseksyen 90, kuasa menggeledah tanpa waran

2017 11 OGOS 1993 2018

di bawah seksyen 91, kuasa memberhentidan menggeledah alat pengangkutan dibawah seksyen 92 dan kewajipan pegawaiyang menyita di bawah seksyen 93. AnggotaAngkatan Tentera juga dicadangkan diberiperlindungan di bawah seksyen 106.

Peruntukan baru ad-alah juga di-cadangkan di bawah seksyen 100A untukmemberi kuasa kepada pengarah untukmemberi hadiah kepada informer atasperkhidmatan berhubung dengan kesatahandan penyitaan di bawah Akta ini.Peruntukan baru juga adalah dicadangkandi bawah seksyen 100B untuk memberiperlindungan kepada informer daripadaidentitinya diketahui.

Pindaan kepada beberapa seksyen Aktaini adalah dicadangkan bagi maksudmembuat pembetulan terutamanyamengenai beberapa terjemahan ke BahasaMalaysia, menggunakan istilah danperkataan yang lebih tepat, mengadakantafsiran baru dan memasukkan unsur baruke dalam Akta. Seksyen-seksyen yang ter-libat ialah seksyen-seksyen 2 (1), 3 (1) (ii),12, 28, 62, 77, 90, 91, 94 (4) Beberapapindaan ekoran adalah juga dicadangkankepada Jadual-jadual Pertama, Kedua,Ketiga dan Kelima serta Borang-borang 2,3,4,5,7dan8.

Di antara pindaan yang dicadangkanmelibatkan tafsiran bagi"anggota AngkatanTentera" di bawah seksyen 2(1), kemasukan"kepelbagaian hayat" ke dalam seksyen 12dan pemberian kuasa kepada Majistret dibawah seksyen 94 (4) untuk membolehkan-nya, di samping Hakim Mahkamah Sesyen,memutuskan prosiding perlucut akan ataupelepasan benda yang disita di mana tiadapendakwaan.

Tuan Yang di-Pertua, secarakeseluruhan, cadangan meminda AktaPerhutanan Negara 1984 (Akta 313), akanmembawa implikasi terus yang positif

kepada keberkaitan dan keberkesananundang-undang ini selaras dengan keadaan,kehendak dan cabaran masa kini dan akandatang. Pindaan-pindaan yang adil, kemas

dan ketat untuk digunakan oleh Kerajaandalam usaha menjamin supaya sumber hutannegara dapat dipelihara daripada kecurian,pencerobohan, kerosakan dan kemusnahandi samping diurus, diusahahasil dan di-bangunkan secara seimbang, optimum danberkekalan. Cadangan mengetatkan sistempenalti dan hukuman di bawah Akta inidengan menambah berlipat kali ganda kadardenda, penjara dan gantimgi yang bolehdikenakankepadapesalahataumenjadikanAkta ini benar-benar setimpal denganberatnya sifat pembalakan haram dankesalahan-kesalahan hutan lain yang di-lakukah di negara ini.

Sistem penalti dan hukuman yang di-cadangkan boleh menjadi penghalang(deterrent) dan pengajaran kepada pesalahdan sekaligus membolehkan Kerajaanmencegah dan membasmi masalah pem-balakan haram dan kesalahan-kesalahanhutan dengan lebih berkesan. Syarat-syaratyang lebih ketat bagi mengkompaunkesalahan dan menghadkan kompaunkepada kesalahan-kesalahan pertama sahajamembolehkan Kerajaan mengambiltindakan sewajarnya ke atas pesalahberulang yang tidak menampakkan rasaserik kerana penalti dan hukuman sedia adaadalah tidak setimpal.

Langkah membatalkan lesen dan permitpesalah serta menghilangkan kelayakan-nya mendapatkan semula lesen dan permitakan dapat menyekat elemen yang tidakdiingini daripada beroperasi dalam sektorperhutanan negara.

Cadangan menaikkan kadar denda dangantirugi dengan melipatganda juga mem-buka jalan kepada Pihak Berkuasa Negeriuntuk mendapat balik gantirugi yang lebih

2019 11 OGOS 1993 2020

mencerminkan nilai sebenar hasil-hutanyang telah diambil serta kos memperbaikikerosakan yang dilakukan.

Peruntukan beberapa anggapan di dalamcadangan pindaan ini akan memudahkanpihak pendakwa dan melicinkan lagiperbicaraan di mahkamah. Denganmemindahkan beban bukti kepada tertuduhlangkah yang dicadangkan ini mem-bolehkan Kerajaan mengatasi masalahpembuktian kesalahan dalam perbicaraandi mahkamah di samping memperbetulkankeadaan pada masa ini di mana kebanyakankesalahan di bawah Akta diselesaikanmenerusi kompaun kerana kes-kes banyakbergantungkepadaketeranganikutkeadaan(circumstantial evidence). Cadanganmewakilkan kuasa kepada anggota angkatantentera untuk menguatkuasakan Akta iniakan meningkatkan kapasiti dankemampuan keseluruhan jenterapengurusan sedia ada dalam mengemas danmengawal sumber hutan negara yang luasdan bertebaran daripada dicuri dandicerobohi. Pengalaman luas anggotaangkatan tentera meronda kawasan hutandi negara ini adalah berguna dan diperlukanuntuk memperbaiki lagi kaedah danpendekatan bagi mengawas dan mengawalsumber hutan negara khususnya dalammengesan dan membanteras kejadianpembalakan haram serta kesalahan-kesalahan hutan yang lain.

Peruntukan baru yang dicadangkanuntuk memberi hadiah serta perlindungankepada informer akan dapat merangsangpegawai dan kakitangan terlibat untukmeningkatkan kesungguhan produktivitiserta kualiti kerja serta tidak mudahdipengaruhi dan diperdaya oleh pihak yangmelakukan kesalahan. Dalam masa yangsama, cadangan ini membuka jalan kepadapenglibatan rakyat dan orang ramai untuktampil ke hadapan untuk memberikerjasama dan maklumat serta bertindaksebagai mata dan telinga Kerajaan dalammengawas dan mengawal sumber hutan

negara daripada sebarang pencerobohan.Pengemaskinian dan pembetulan yangterkandung dalam cadangan ini akanmenjadikan Akta ini lebih jelas, tepat danseragam untuk membolehkannyadikuatkuasakan dengan lebih adil, licin,tegas dan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengantekanan dan ancaman yang dialami olehsumber hutan negara khususnya daripadakejadian pembalakan haram, pencerobohanhutan dan kesalahan-kesalahan hutan yanglain; cadangan meminda Akta PerhutananNegara 1984 Akta 313 adalah dimajukansebagai langkah segera memperkemas danmengetatkan lagi undang-undang ini untukmembolehkan tindakan yang adil, tegasdan setimpal diambil terhadap sesiapayangmenceroboh khazanah hutan negara danmelakukan kesalahan di bawah Akta ini.

Dengan diperuntukkah satu sistempenalti dan hukuman yang berlipat kaliganda beratnya, beberapa anggapan untukmemudahkan pembuktian kesalahan dimahkamah, perwakilan kuasa, penguat-kuasaan tertentu kepada anggota angkatantentera, insentif upah serta perlindungankepada informer serta pengemaskiniankeseluruhan dan pembetulan kesilapan,Akta ini seperti dipinda akan dapatdigunakan oleh Kerajaan dalam usahamenjamin supaya sumber hutan negaradapat dipelihara daripada kecurian,pencerobohan, kerosakan, kemusnahan disamping diurus, diusahahasil dan di-bangunkan secara seimbang, optimum danberkekalan untuk kesejahteraan rakyat dannegara pada masa kini dan akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohonmencadangkan.

Setiausaha Parlimen KementerianKewangan (Tuan Mustapa binMohamed): Tuan Yang di-Pertua, sayamohon menyokong.

2021 11 OGOS 1993 2022

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahliYangBerhormat,masalahdihadapanMajlisiaitu Suatu Akta untuk meminda AktaPerhutanan Negara 1984 dibacakan kaliyang kedua sekarang dan terbuka untukdibahas.

Puan Kian Sit Har: (Bangun)

Puan Hajah Rahmah binti Salleh:(Bangun)

Puan Hajah Zaleha binti Hussin:(Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Saya beripeluang kepada orang perempuanlah. Tigaorang perempuan. Dipersilakan Puan KianSit Har.

5.46 ptg.

Puan Kian Sit Har: Tuan - Yangdi-Pertua, saya ingin merakamkan tahniahkerana langkah-langkah telah diambiluntuk meminda Akta Perhutanan Negaratahun 1984 dengan nama baru iaitu AktaPerhutanan Negara (Pindaan) 1993.

Pindaan-pindaan dengan istilah-istilahbaru menggantikan dengan nama-namayang ketinggalan zaman adalah dialu-alukanmengikut peredaran masa dan juga demikepentingan pembangunan negara kitaMalaysia.

Hutan adalah sumber penting bagiekonomi negara selain daripada hasilpertanian dan hasil galian serta hasilperindustrian. Pindaan-pindaan mengenaihukuman yang mana dipinda akanbertambah memberi kesan dan jugamengurangkan serta menghapuskanpembalakan secara haram.

Pindaan seksyen 15, 25, 32,40,47,50,66,67,68,69,81,83,85,86,92dan93 akanmemberi kuasa kepada Kerajaan bertindak

tegas terhadap mereka yang melakukanjenayah pembalakan secara haram dan perludihukutn seberat-beratnya. Memasukkanseksyen baru 100A dan l00s adalah kenapadamasanya.Denganadanyaseksyenbarutersebut, hadiah (reward) sertaperlindungan informer adalah amat perlubagi menggalakkan orang ramai membantupihak Kerajaan membanteras kegiatanpembalakan secara haram.

Pada keseluruhannya pindaan-pindaanpada seksyen-seksyen dan kemasukanseksyen-seksyen baru adalah perlu diadakandemi menjaga, mengekalkan kawasanhutan di negara kita daripada dicerobohserta memusnahkan tanpa mengirakepentingan negara kita dan masa depanhutan itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja.Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: YangBerhormat Puan Hajah Rahmah.

5.49 ptg.

Puan Hajah Rahmah binti Salleh:Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.Assalamualaikum warahmatullahi Taalawabarakatuh serta salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambilkesempatan di dalam Dewan yang muliaini untuk menypkong rang undang-undangyang bernama Suatu Akta untuk memindaAkta Perhutanan Negara 1984. Setelahkita mendengar segala-galanya dariKementerian Perusahaan Awam serta fahammengapakah rang undang-undang ini patutdipinda. Sebagaimana yang kita sediamaklum bahawa denda yang tersedia adabegitu ringan sekali. Dengan sebab dendayang begitu ringanlah maka banyak telahberlaku penyelewengan di dalam perkaraini.

Ada negeri-negeri yang sangat kayadenganhutantropikanyatetapisayang samaada Kerajaan sedar atau tidak, hutan yangbegitu indah telah diterokai oleh puak-puakyang tidak ingin melihat kehijauan alam

2023 11 OGOS 1993 2024

semula jadi yang mana apakala kita tengokdari luar adalah merupakan satu keindahanalam tetapi apakala kita masuk ke dalamkita dapat melihat seperti kata orang "padangjarak padang tekukur." Ini amatmerunsingkan kita.

Di dalam perkara-perkara yang hendakkita pinda ini, saya hanya hendak membacasatu perkara. Saya tertarik dengan pindaanSeksyen 68 Perkara (4) yang berbunyi:

"(4) Mana-mana orang yangmelanggar subseksyen (1) atau (2) adalahmelakukan suatu kesalahan dan apabiladisabitkan boleh dikenakan—

(a) jika kesalahan itu di bawah sub-seksyen (1), denda tidak melebihilima puluh ribu ringgit ataupenjara selama tempoh tidakmelebihi lima tahun atau kedua-duanya denda dan penjara itu;"

Saya yakin dan percaya bahawa apakalaRang Undang-undang Perhutanan Negara(Pindaan) 1993 ini dikuatkuasakan, makatidaklah ada lagi penyelewengan di dalampengeluaran hasil hutan dengan sewenang-wenangnya. Harapan saya, semoga kalaumasih ada lagi penyelewengan yang ber-laku, maka harapan saya semoga AktaPerhutanan Negara (Pindaan) yang kitarumuskan hari ini akan menjadi amalan didalam negara Malaysia kita. Kita tidak lagimabu ada tolak ansur di dalam perkara ini.

Saya juga amat tertarik di dalammengekalkan alam semula jadi.Sebagaimana yang kita sedia maklum, alamsemula jadi adalah merupakan alam yangdianugerahkan oleh Allah S.W.T.Sebagaimana yang kita tahu,saya amattertarik dengan kehijauan dan alam semulajadi di Pulau Langkawi. Sebagaimana yangkita semua maklum, telab genap tujuhketurunan yang telah disumpah olehMahsuri mengikut cerita orang-orang tua,

bukannya kita percaya kepada sumpahanini, tetapi ini adalah merupakan ceritabenar menurut sejarah Negeri Kedah.Dengan kebijaksanaan KementerianKebudayaan, Kesenian dan Pelanconganini, Pulau Langkawi telah berubah wajahdaripada pulau yang sepi dan dinginmenjadi sebuah pulau yang amat pesat pem-bangunannya dan amat mendapat perhatianyang begitu rupa daripada pihak Kerajaan.Di dalam keghairahan kita mengejar pem-bangunan, tetapi janganlah pula kita lupauntuk mengekalkan alam semula jadi yangtelah dikurniakan oleh Illahi untuk kitajadikan satu pusaka kepada keturunanpenghuni negara yang kita cintai ini. Danharapan saya semoga di mana jugakepulauan yang akan dibangunkanhendaklah diambil kira sama dari segikekekalan alam semula jadi yang sukarbagi kita untuk mewujudkan semulasetelah ianya dicacat-celakan. Dan jugaharapan saya semoga di antara pem-bangunan dan kekekalan alam semula jadihendaklah sama pertimbangannya.

Saya juga ingin mengucapkan syabaskepada Kementerian ini yang telah dapatmelengkapkan Akta ini dengan begitu baiksekali. Maka dengan ini, saya sekali lagimenyokong Rang Undang-undang yangbernama suatu Akta untuk meminda AktaPerhutanan Negara. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: YangBerhormat Dr. Toh Kin Woon.

5.55 ptg.

Dr. Toh Kin Woon: Tuan Yangdi-Pertua, saya bangun untuk mengambilbahagian dalam perbahasan mengenai RangUndang-undang bernama suatu Akta untukmeminda Akta Perhutanan Negara.

Seperti kedua-dua rakan yang telahbangun tadi untuk berucap, saya jugamenyokong Rang Undang-undang ini. Rang

2025 11 OGOS 1993 2026

Undang-undang yang dikemukakan diDewan yang mulia ini adalah kena padamasanya. Seperti apa yang kita semua sediamaklum, salah satu daripada masalah yangkita hadapi dalam masa yang lepas ialahmasalah pembalakan berlebihan disetengah tempat yang tertentu dan salahsatu daripada sebab yang membawa kepadawujudnya masalah ini ialah pembalakansecara haram. Pembalakan secara haramini adalah berikutan daripada adanya duamasalah. Yang pertama ialah kerana dendayang dikenakan dan yang terdapat di dalaraRang Undang-undang ini tidaklah cukupberat sehingga dapat membanteras pem-balakan haram ini.

Yang kedua, kalau ada Rang Undang-undang ini pun, oleh kerana penguat-kuasaannya tidaklah begitu ketat, makatimbul pula masalah.

Tuan Yang di-Pertua, jadi dengan adanyapindaan-pindaan seperti yang dimaklumkandi Dewan ini, saya yakin bahawa pem-balakan haram kalau tidak dapat dihentikansama sekali pun sekurang-kurangnya dapatdikurangkan secara besar-besaran. Iniberikutan dengan kenaikan dalam dendasebanyak 50 kali ganda dan juga pindaankepada hukuman penjara yang kini jauhlebih berat berbanding dengan apa yangada sekarang.

Saya memang berharap dengan adanyapindaan-pindaan kepada Akta PerhutananNegara, pembalakan haram akan dapatdikurangkan kalau tidak diberhentikan samasekali dan ini seterusnya akan membawakepada penjimatan sumber-sumber hutanyang memang merupakan satu aset negarayang begitu berailai sekali. Tanpa adanyapindaan-pindaan ini, saya pasti pembalakanharam akan berterusan dan ini akan mem-bawa kepada kepupusan sumber-sumberhutan dengan kesan-kesan yang buruk keatas alam sekitar.

Saya memang seperti rakan-rakan sayatadi, mengambil berat akan perlindunganalam sekitar. Saya rasa, di dalam prjoseskita mahu membangunkan negara ini, kita

perlu menumpukan perhatian yang seriusterhadap soal perlindungan alam sekitar.Dan memang pindaan-pindaan yang ada dihadapan kita ini adalah selaras dengan hasratKerajaan yang ingin mengimplementasikan"sustainable development", dengan izin,ataupun pembangunan yang berkekalan.

Tambahan lagi dengan adanya -RangUndang-undang Perhutanan Negara(Pindaan) ini, penawaran sumber-sumberhutan bagi menggalakkan pertumbuhanaktiviti-aktiviti downstream akan jadi dapatdipastikan.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripadaperluadanyapindaan pindaan ini,saya rasasalah satu masalah yang penting, yang haruskita mengambil perhatian ialah soalpenguatkuasaan.Saya ingin merayu kepadaKerajaan supaya menggembelengkankesemua sumber-sumber yang ada dalamkawalannya untuk memastikan bahawasegala pindaan-pindaan yang akan di-luluskan nanti, saya yakin iaanya akan di-luluskan, akan dapat dikuatkuasakandengan ketat. Ini adalah kerana pada masayang lepas, kita dapati bahawa memangada. banyak rang undang-undang untukmengawal gelagat dan perangai, supayagelagat dan perangai adalah mengikut apayang kita mahukan. Tetapi, malangnyawalaupun adanya Rang Undang-undangyang baik ini, tetapi matlamat Kerajaantidak dapat tercapai juga oleh kerana adanyapenguatkuasaan yang tidak begitu ketat. Iniberekoran daripada banyak masalahtermasuk kekurangan pegawai-pegawaiuntuk menguatkuasakan rang undang-undang, mungkin tidak mempunyaiteknologi yang canggih dan ini adalahrelevan kepada penguatkuasaan pindaan-pindaan-kepada Rang Undang-undang inidan, ini saya harap hanya segelintir sahaja,ada di antara kakitangan yang mudah di-perdayakan oleh mereka yang mahu mem-buat kesalahan.

2027 11 OGOS 1993 2028

Oleh yang demikian, saya. sekali lagimerayu kepada pihak yang tertentu supayamemastikan bahawa pindaan-pindaan iniakan dapat dikuatkuasakan, sebab kalautidak dikuatkuasakan, kalau tidak adanyasumber-sumber tertentu untuk menguat-kuasakannya, maka pindaan-pindaankepada Rang Undang-undang ini tidak akanmencapai matlamat yang dikehendaki.

Tuan Yang di-Pertua; satu perkara lagiyang saya ingin timbulkan ialah berkaitdengan eksport haram. Saya mendengaradanya masalah ini, walaupun saya tidakada bukti, tetapi saya dapati adanya peng-eksport-pengeksport yang mengeksportbalak jauh lebih daripada kuota yang telahditetapkan untuk mereka. Saya rasa ini jugamerupakan suatu masalah yang serius, yangKementerian Perusahaan Utama harus jugamengambil berat akan perkara ini. Keranakalau masalah ini tidak dihentikan, makapengawalan balak atau pun sumber-sumberkayu untuk pertumbuhan aktiviti-aktivitidownstream akan terjejas.

Sekian sahaja Tuan Yang di-Pertua, sayasekali lagi ingin mengucapkan sokongansaya yang kuat untuk pindaan-pindaankepada Rang Undang-undang PerhutananNegara.

TimbalanYang di-Pertua Puan HajahZaleha.

6.00ptg.

Puan Hajah Zaleha binti Hussin:Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Yangdi-Pertua. Saya ingin mengambil bahagianuntuk membahaskan satu pindaan AktaPerhutanan Negara 1984. Saya bersyukurkepada Allah S.W.T dan juga merasaberbangga kerana Kerajaan telah punmempunyai kesedaran betapa mustahak-nya pengawalan hutan ini di dalam negarakita, kerana sumber hutan bolehmenyumbangkan hasil pendapatan negarayang begitu besar, RM9.7 juta.

Dengan adanyapindaan Akta yang telahpun diterangkan tadi, pada keseluruhanpindaan-pindaan tersebut menampakkankepada kita bahawa Kerajaan begitu pekaterhadap apa yang telah berlaku.Pencerobohan hutan secara haram ini ber-laku sudah turun-temurun, sudah lamaberlaku. Bahkan saya ingin menegaskan diDewan yang mulia ini bahawapencerobohan hutan secara haram iniberlaku khususnya di dalam negeriKelantan. Pada satu masa, ketika sayamenjadi Ahli Dewan Undangan Negeridan berada dalam Jawatankuasa PerhutananNegeri, masalah ini telah ditimbulkan olehKerajaan di waktu itu betapa sukarnya untukmengawal pencerobohan secara haram ini.Bahkan di negeri Kelantan ada satugolongan sindiket telah diwujudkan olehrakyat biasa yang telah menjanjikan tanah-tanah di dalam hutan-hutan pembalakansecara haram ini. Mereka bukan sahajamenceroboh hutan ini dengan secara haram,tetapi telah membina rumah-rumah, bahkanadamembinasurau. Amatsukarbagi pihakJabatan Hutan untuk mengawalpencerobohan ini.

Dengan adanya Akta dan penalti yangtelah diterangkan tadi, saya dapati denganwujudnya keadaan demikian, Insya-Allahpencerobohan hutan secara berleluasa iniakan dapat dikawal. Apa yang kita haruspastikan, terutama saya di negeri Kelantanhendak memastikan bahawa apakah Akta-akta yang telah pun dikemukakan di Dewanyang mulia ini dapat digunapakai olehKerajaan Negeri Kelantan, kerana hutanadalah milik Kerajaan Negeri. MenerusiDewan yang mulia ini, mudah-mudahansaya memohon perkara ini kepadaKerajaan Negeri Kelantan dapat diketahuioleh Kerajaan Kelantan bahawa Akta yangdipinda ini adalah untuk memberikemudahan, kesenangan, keselamatan danjuga untuk mengawal keadaan hutan-hutanyang diceroboh secara haram, khususnyadi negeri Kelantan.

2029 11 OGOS 1993 2030

Sekiranya Kerajaan Kelantan tidak dapatmenggunapakai terhadap Akta ini, makadengan secara langsung dapatlah kitategaskan di Dewan yang mulia ini bahawaKerajaan Kelantan tidakdapatmenunaikanapa yang telah dinyatakan kepada umumbahawa ia adalah sebuah parti politik yangmemerintah Kelantan untuk melaksanakanundang-undang Islam. Kerana Akta iniadalah merupakan suatu Akta mengawalharta dan hak rakyat, membuktikanKerajaan khususnya dalam Akta yang telahdipinda ini menegaskan kepada rakyatbahawa Kerajaan mempunyai amanah, dansetiap amanah yang telah dilaksanakan iniperlulah disahut oleh Kerajaan Kelantandan juga Dewan Undangan NegeriKelantan yang akan bersidang nanti. Sayamengharapkan ini kerana dengan adanyasifat amanah yang ditunjukkan olehKerajaan di dalam pengawalan ataupunmemastikan penjagaan harta rakyat,khususnya hutan ini. Saya tegaskan kalaukita menolak sesuatu amanah ini, denganizin Tuan Yang di-Pertua, RasulullahS.A.W. menegaskan "tidak ada agama bagiorang yang tidak beramanah." Ertinya iniadalah satu hak dan amanah yang telahdiberikan kepada Kerajaan untukmengawalnya. Maka tidaklah menjadi satuperkara yang berat bagi Kerajaan NegeriKelantan untuk menggunapakai terhadapAkta yang telah pun disebut di DewanRakyat dan di Dewan Negara pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya jugamengambil kesempatan di dalam Dewanyang mulia ini untuk menyatakan kepadaDewan ini babawa pemeliharaan hutan dinegeri Kelantan ini amat penting selaindaripada proses pembalakan untukmeningkatkan pendapatan negeri, tetapiKerajaan Kelantanjugamempunyai taman-tamanrekreasiyangindah. Kadang-kadangharta taman-taman rekreasi yang indah inijuga telah pun menemui pencerobohanharam ini. Oleh itu, dengan, wujudnyapengawalan ini akan tumbuh di Kelantan

nanti taman-taman rekreasi yang lebih indahdaripada apa yang ada sekarang ini. Begitujuga dalam soal Akta yang kita pinda inikita nampak bahawa Kerajaan begituberani, terutama dalam memindahkanataupun Kerajaan telah pun mewakilkankepada tentera. Saya amat menyokong didalam Fasal ini kerana apa yang saya lihatpengawalan yang diberi kepada setakatpegawai penguatkuasa perhutanan dan jugaPolis tak mencukupi. Ia perlu dibantu olehpihak tentera. Dengan ini caranya, sayaingin bertanya kepada pihak Kementerianbagaimana caranya mewakilkan kepadatentera ini dalam bentuk bagaimana? Apayang membimbangkan saya kalaulah kitaberi dalam bentuk tentera ini, kalau tidakdiberi penerangan yang rapi daripada pihakKementerian kepada rakyat, bimbangperkara ini akan menjadikan suatu isu yangagak sukar untuk kita tepiskan. Jadi, apayang saya mohon ialah bagaimanakah carapihak Kerajaan mewakilkan kepada tenteradalam bidang pengawalan ini?

Saya juga mengambil kesempatanuntuk mengucapkan terima kasih kepadaKerajaan kerana bukan sahaja memberiinsentif kepada mereka yang menjadiinformers kepada pihak Kerajaan dalampencerobohan haram ini, tetapi juga telahmemberi perlindungan kepada informer ini.Kerana setakat yang saya tahu, selama inisebenarnya informer ini takut dan bimbangkepada keselamatan mereka dalammemberi pengaduan kepada Kerajaanmengenai apa yang telah dapat merekaketahui mengenai pencerobohan hutan ini.Dan inilah satu cara yang telah pun di-tunjukkan oleh Kerajaan kepada kitabahawa Kerajaan benar-benar mempunyaikesedaran terhadap betapa mustahaknyapengawalan pencerobohan hutan di negarakita. Cuma saya ingin ketahui daripadapihak Kerajaan, pertama apakah pihakKerajaan telah pun melaksanakan,barangkali tidak sampai kefahamansaya, apakah pihak Kerajaan telah

2031 11 OGOS 1993 2032

melaksanakan skim pemulihan hutan inisecara berkesan dan teratur di negaraKelantan, kerana setahu saya di beberapanegeri sudah pun wujud, tetapibagaimanakah pelaksanaan skim pemulihanhutan ini di negeri Kelantan.

Yang kedua, saya ingin juga mendapatjawapan daripada pihak Kementerian,apakah latihan-latihan kemahiran telahdiberi kepada mereka yang ber-tanggungjawab supaya memastikansumber-sumber hutan ini tidak pupus,kerana saya dapati ada juga saya diberitahubahawa ada di antaranya kurang mendapatkemahiran di bidang-bidang ini, danmenyebabkan penjagaan, pemiliharaanhutan itu tidak begitu terjamin.

Saya sekali lagi menyatakan kepadapihak Kerajaan bahawa apayang dilakukanoleh pihak Kerajaan dalam pemindaan Aktaini secara langsung Kerajaan menunjukkanketegasan terhadap apa yang telah berlaku.Dan ketegasan serta keberanian Kerajaanini membuktikan kepada kita bahawaKerajaan yang cekap dan amanah yangmenjadi simbol kepada Kerajaan BarisanNasional itu adalah tepat.

Saya sekali lagi dalam Dewan yang muliaini memohon kepada pihak KerajaanKelantan supaya dapat melaksanakantugas, mereka, iaitu memberikesinambungan terhadap apa yang telahkita luluskan di dalam Dewan yang muliaini. Bagi kami di negeri Kelantan walaupunpindaan dibuat mengenai hutan di negaraini, kalau tidak dapat dil uluskan oleh DewanNegeri, kalau Kerajaan Kelantan tidakbertindak untuk memberi kesinambunganterhadap pindaan Akta ini, maka hasilnyatidaklah begitu berkesan. Cuma saya jugaingin mendapat respons daripadaKementerian Perusahaan Utama apakahusaha-usaha yang dapat dibuat oleh pihakKementerian Perusahaan Utama sekiranyaKerajaan Kelantan tidak dapat menerimaatau menggunapakai terhadap Akta yangdiluluskan pada petang ini.

Dengan beberapa perkara yang sayakemukakan itu, Tuan Yang di-Pertua, sayamenyokong pindaan Akta PerhutananNegara 1984. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: YangBerhormat Tuan Saidin.

6.10 ptg.

Tuan Saidin bin Mohamed: Tuan Yangdi-Pertua, terlebih dahulu sayamengucapkan terima kasih kerana diberipeluang kepada saya untuk mengemukakansatu, dua perkara berhubung dengansokongan di atas Akta Perhutanan Negara(Pindaan) 1993.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Perhutananini adalah amat penting kerana denganadanya Akta ini akan dapat membawanegara kita menjadi sebuah negara yangdapat memberi manfaat, terutama sekali diakhir-akhir ini begitu banyak sekali hutan-hutan yang diterokai sehinggamenyebabkan air bertambah kering darimasa ke semasa.

Kalau pada masa dahulu, di kampung-kampung, semua rakyat membina telagaataupun perigi yang mengandungi air,tetapi sekarang ini adalah sukar untukmendapatkan air melalui telaga. Inidisebabkan, pertama sekali, kawasan-kawasan perhutanan ini telah diterokai olehorang-orang yang meneroka kawasanhutan dan juga begitu luas sekali kawasanyangdibenarkanuntukpembalakan.Selaindari itu, kawasan perumahan jugamembabitkan hutan-hutan. Dengan sebabitu, dari masa ke semasa masalahkekeringan airbagi satu-satu kawasan begitumenampakkan sekali, Lebih-lebih lagi dibandar-bandar di mana kalau tidak di tanamdengan pokok-pokok mungkin kita akanmerasai begitu panas dengan suhunya yangmeningkat begitu tinggi sekali.

2033 11 OGOS 1993 2034

Jadi, dengan sebab itu, hutan adalahpenting dijaga. Dengan adanya Akta ini,mudah-mudahan akan memberi mahfaatkepada rakyat sekalian.

Tuan Yang di-Pertua, pembalak-pembalak yang melakukan pembalakandi hutan-hutan banyak yang membazirkerana mereka mengambil kayu-kayuyang baik dan cantik yang boleh memberikeuntungan yang besar sahaja, tetapikayu-kayu yang memberi keuntungan yangkecil ataupun yang kurang sedikit nilainyatidak diambil tetapi dibiarkan begitu sahaja.Sedangkan kayu-kayu itu boleh digunakanuntuk berbagai-bagai kraftangan dansebagainya.

Penglibatan Angkatan Tentera di dalampermasalahan pengawalan ini amatlahpenting, kerana sejauh ini penyeludup-penyeludup menggunakan jalan yang di-buat oleh pembalak-pembalak ini untukmenyeludup berbagai-bagai barang danmasalah penyeludupan ini adalah sukaruntuk dibanteras disebabkan begitu banyakjalan-jalah yang dibina oleh pembalak-pembalak yang meneroka hutan-hutanuhtuk pembalakan.

Saya suka sebutkan di sini supayaPegawai-pegawai Perhutanan yang di-tugaskan di sesuatu kawasan perhutananperlulah tidak ditetapkan untuk satutempoh masa yang panjang tetapi biarlahuntuk tempoh masa tiga bulan ataupun enambulan sahaja. Kerana dengan cara beginitidak akan memberi peluang kepadaPegawai-pegawai hutan ini terlibat denganperkara-perkara yang tidak diingini sepertirasuah dan sebagainya. Keadaan iniberlaku kepada pegawai-pegawai lain yangbertugas di sempadan dan ini telah disedarioleh pihak-pihak yang berkenaan. Dengansebab itu, kita dapati pegawai-pegawai yangbertugas di sempadan adalah tidak lamadan selalu beriaku pertukaran. Begitu juga-

lah dengan pegawai-pegawai perhutananini, di mana mereka juga ditukarkan selalu.Selain daripada itu, lori-lori yangmemuatkan kayu-kayu balak ini kadang-kadang tidak begitu mengambil berattentang keselamatan orang ramai dandengan sebab itu biasa berlaku, pada suatumasa dahulu di mana kita mendengar kayu-kayu jatuh dan menimpa orang ramai.

Walaupun perkara yang saya sebutkanini tidak bersangkut dengan perkarapengawalan di dalam Akta ini, tetapi itulahsedikit-sebanyak perkara-perkara yang adabersangkutpaut dengan kayu balak ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya dengan inimenyokong sepenuhnya Akta Perhutananyang dikemukakan pada hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua: YangBerhormat Datuk Haji Ahmad binAbdullah.

6.16 ptg.

Datuk Haji Ahmad bin Abdullah:Tuan Yang di-Pertua, saya inginmengambil bahagian untukmembincangkan pindaan terhadap AktaPerhutanan di negara ini. Semua kita sudahdengar tadi dan kita bersetuju dengankawan-kawan yang lain, cuma saya hendakmenambahkan sedikit berkenaan denganhutan ini, iaitu berkenaan denganKerajaan-kerajaan Negeri. Kerajaan negeridi dalam Malaysia ini pada keseluruhannyaterlalu banyak hendak membuatpembangunan, berlumba-lumba. Hendakmembuat pembangunan industrilah,pelanconganlah dan lain-lain untukmengejar kemajuan. Jadi, segala hutanrimba ditebang. Kemudian kita melihat alamsekitar kita, seperti yang diperkatakan olehkawan-kawan yang lain lagi, telah menjadipanas. Kalau kita pergi ke Fraser' s Hill danCameron Highlands pun sudah tidak sejuklagi.

2035 11 OGOS 1993 2036

Kemudian, berlaku kepanasan,kekurangan air dan banjir akibat daripadapenebangan pokok. Banjir telah melandasegenap ceruk rantau apabila berlaku sedikithujan sehinggalah ke dalam bandar. Dinegeri lain saya tidak tahulah, tetapi dinegeri Melaka memang sudah habislahhutan rimbany a, cuma di tempat saya sahajayang ada sedikit hutan yang luasnya 7,000ekar. Inilah yang diidam-idamkan olehorang. Kalau ditebang hutan seluas 7,000ekar ini, alamat selumh rakyat negeriMelaka barangkali tidak akan dapat minumair lagi. Dahulu ada sedikit sahaja yangditebang iaitu sebanyak 1,000 ekar, makakering air di seluruh negeri Melaka.Kemudian, penyakit pun datang.

Bila tidak ada air kerana pokok-pokoksudah ditebang, penyakit entah dari manapun datang—ada yang kena sampar. OrangMelaka kata dia kena sampar keranapenyakitnya macam ayam-yang sekejap-kejap dia tergolek, terus mati—entah-entahhutan itu ada hantu dan dia marah. Jadi,saya harap seluruh Kerajaan negeri apabilahendak membuat perancangan haruslahmengirakan alam sekitar ini supaya jangandiusik terlalu banyak sehingga menjadipadang jarak, padang terkukur atau menjadiseperti negara-negara maju iaitu di negarabarat. Barat kata kita merosakkan hutan,tetapi kalau kita pergi di barat sana, hutansudah tidak ada, yang tinggal hanya hutan-hutan batu dan rumah-rumah dan manusiakekeringan otak sehingga ada yang separuhgila. Jadi, kita harap di sini KerajaanPersekutuan dalam membincangkan danmenggunakan Akta ini mestilah mem-punyai kuasa menahan Kerajaan Negerisupaya jangan menggondolkan segalahutan-hutan rimba dalam Malaysia ini,tetapi hendaklah mendapatkan kebenarandaripada Kerajaan pusat supaya mengukurkekuatan alam sekitar ini agar jangansampai diceroboh oleh Kerajaan Negerisendiri supaya setiap Kerajaan negerimempunyai kawasan perhutanan yang baik,

alam sekitar yang baik, udara yang baik,berfikir yang baik dan juga supayakesihatan kita baik.

Jadi, itulah sedikit sahaja nasihat sayakepada Kerajaan Persekutuan supaya dapatmemikirkan, apabila Kerajaan negerihendak membuat perancangan sekurang-kurangnya ada meninggalkan sedikit hutanrimba bagi kebersihan alam sekitar kita.

Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan HajiNazri, silakan.

6.20 ptg.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz: Tuan Yang di-Pertua, ucapan sayahanya pendek sahaja. Pertamanya, sayaingin menyatakan bahawa sayamenyokonglah Rang Undang-undang inidan saya merasa gembira apabila nampakkesungguhan bagi pihak Kerajaan untukmembanteraskan pengambilan balak secaraharam ini.

Kalau kita lihat seksyen 40 yang hendakdipindakan, kalau dahulunya penaltinyaRM1,000, sekarang sudah menjadiRM500.000. Maknanya penalti 500 kaliganda daripada yang telah disediakan padatahun 1984dahulu.Cuma kegembiraan sayaini agak tergencat sedikit, kerana walaupunsaya merasa setuju dengan kenaikanpenalti ini, tetapi apabila saya membaca dimukasurat 13 Rang Undang-undang dalamteks Bahasa Malaysia, Fasal 26, iaitu kuasapengkompaunan kesalahan yang diberikankepada Pengarah.

Jadi, kita telah menyediakan satupenalti yang berat iaitu RM500.000 tetapidi bawah seksyen 101, kita pula beri kuasapeng- kompaunan. Ini bermakna diahanya menyatakan bahawa jumlahpengkompaunan ini tidak boleh melebihi

2037 11 OGOS 1993 2038

denda maksimum. Jadi, kalau denda untukRM500.000 dan kemudian kita memberikuasa kepada Pengarah bahawa dia mem-punyai kuasa untuk mengkompaunkanpenalti, jumlah minimumnya tidak disebut.Satu pembalakan haram yang boieh men-datangkan keuntungan RMl juta bolehdilakukan oleh pcmbalak haram itu olehkerana dia first timer melakukan perkaraini, dia berjumpa dengan Pengarah, diaminta supaya kompaun sahajalah. UntungRMl juta, dia minta kompaun RM30,000.

Saya rasa bahawa walau apa sekali punpenalti yang telah kita letak di dalam Aktaini yang menunjuk kesungguhan iaitu kitamahu membanteraskan pembalakan haramini, ianya cuma menjadi satu perkara yangboleh dijadikan sebagai ruang untuk pem-balak merasuahkan—bukan saya katabahawa Pengarah itu rasuah—tidak. Tetapikalau ada kuasa pengkompaunan ini, ber-makna perkara ini boleh dirunding.Apabila kita runding, bermakna kitamembuka ruang untuk berlaku rasuah.Kalau saya sebagai pembalak haram, kalausaya membalak secara haram daii dapatuntung RM1 juta, tidak ada masalah untuksaya membayar kompaun RM30 ribu.

Jadi, apakah untungnya kita menaikkanpenalti tetapi kita memberi kuasa kepadaPengarah untuk mengkompaunkan segalakesalahan ini yang menyebabkan pembalakini boleh mendapat keuntungan daripadapembalakan haram dia dengan membayardenda yang rendah sebagai kompaun dahdia lepas daripada menanggung satukesalahan besar yang harus didendadengan jumlah yang besar?

Saya tidak faham mengapa apabila kitatelah menaikkan penalti yang begitu tinggi,yang jelas menunjukkan kesungguhan kitauntuk membanteras pembalakan haramtetapidalamAktayangsamakitaberikuasakepada Pengarah untuk berunding denganorang yang membuat kesalahan iaitu first

timer untuk dia hanya membayarkompaun. Kompaun ini sepatutnya hanyadiberi kuasa dalam kes-kes yang kecil atautraffic offence. Maknanya kalau kita bawakereta laju, jadi ada dia punya dendanyatetapi kerana hendak mengelakkandaripada kita terpaksa menjalankan kesbegitu banyak, kita bayar kompaun. Yangitu tidak apa kompaun, dan bawa kereta lajuini kadangkala berlaku tanpa kesedaran kita.Kita tidak berniat untuk melakukan,dengan izin, speeding on highways. Itusebab kita benarkan kompauh ini dalamkes-kes trafik yang telah saya sebutkan.Tetapi dalam soal denda, melakukan satupembalakan haram dan denda yang tinggiRM500,000, kita beri kuasa kepadaPengarah untuk kompaun, bermakna kitamembuka ruang untuk berlaku sesuaturasuah yang boleh dihalakan terhadapJabatan.

Saya telah sebutkan sebentar tadi, sayabuat sekali sahaja pembalakan haram.dansaya dapat untuk RM2 juta. Saya tidakboleh. bayar RM50,OOOkah? Saya bolehbayar! Bermakna kita membenarkanpembalak untuk melakukan pembalakanharam ini kerana kita ada satu peruntukanyang mana kita boleh berunding denganpihak Pengarah untuk membayar kompaunsahaja. First timer, second timer, thirdtimer—kita tidak peduli! Kita tidak mahufirst timer pun jikalau boleh. Tetapi inibermakna seolah-olah saya boleh buatsekali—pembalakan haram first time. Lepasitu saya merayulah, saya kata bayarkompaun sahajalah. Maknanya saya akanmendapat keuntungan daripada pembalakanharam saya. Jadi, bermakna pesalah akandapat menikmati perbuatan salahnyakerana kompaun itu lebih kecil daripadaapa yang sepatut didenda kalau ia diheretke mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, pleh kerana itulahsaya merasakan tidak puas hati denganadanya soal kuasa pengkompaunan ini

2039 11 OGOS 1993 2040

diberikan kepada Pengarah. Paling.baikkita jangan beri kuasa ini kepada Pengarah.Kita denda sahaja, tidak kira dia firsttimerkah atau apa, memang dia tidak patutpun.First tuner pun kita tidak mahu. Initidak boleh maaf bagi dia kerana diamerompak harta rakyat. Jadi, sebab itu soalkompaun ini kalau bagi pendirian saya,memang saya tidak bersetuju dan sayaberharap supaya pihak Kementerianmemikir semula supaya seksyen 101 ini,kalau boleh, kalau benar-benar kita mahumemastikan tiada pesalah atau pembalakharam seharusnya menikmati daripadaperbuatan haramnya itu, kita mestipastikan kuasa pengkompaunan ini tidakwujud di dalam Akta ini.

Timbalan Yangdi-Pertua: "Tiadamaafbagi mu"!

Tuan Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz:"Tiada maaf bagimu" Terimakasih.Saya tahu Yang Berhonnat datang dariPahang dan memang Tengku Wongbanyak melakukan pembalakan haram dinegeri Pahang. Jadi, saya setuju, "tiadamaaf bagi mu"—bagi Tengku Wonglah,bukan Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, yang keduadan terakhir, cuma saya ingin mendapatpenjelasan di mukasurat 11 iaitu berkenaandengan Klausa 23, seksyen 93 (2). Olehkerana 93 (1) tidak ada di sini, saya bacasedikit, "mana-mana orang (selaindahpada pegawai hutan, pegawai polis atauanggota angkatan tentera yang diberi kuasadi bawah Akta ini) yang mengusik,memindahkan, merosakkan ataumemusnahkan apa-apa benda yang ditandadi bawah subseksyen (1) adalah melakukansatu kesalahan". Saya tidak tahu apa yangada di bawab Akta Ibu subseksyen (1) tetapikalau saya baca di sini, saya ingin bertanya,kalau orang lain tidak boleh melakukankerosakan, subseksyen ini membolehkanangkatan tentera dan polis merosakkan dan

memusnahkan. Jadi, saya takut, benda apayang kita izinkan kepada polis dan angkatantentera untuk merosak dan memusnahkanini? Saya ingin tahu apakah yangdimaksudkan di sini kerana saya kiralahkalau merosak, kalau kita dengar perkataan"merosak" dan "memusnah" ini bukansahaja orang ramai tetapi polis dan tenterapun tidak boleh buatlah.

Jadi, saya ingin penjelasan daripadaYang Berhonnat Timbalan Menteri dansekali lagi saya berdiri untuk menyatakansokongan saya terhadap Rang Undang-undang ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Denganhormat, saya menjemput TimbalanMenteri menyampaikan jawapannya.Dipersilakan.

6.29 ptg.

Dato' Haji Tengku Mahmud binTengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua,saya mengucapkan terima kasih kepadasemua Ahli-ahli Yang Berhormat iaituseramai 7 orang kesemuanya yahg telahbegitu benninat untuk sama-sama berikhtiarbagi membanteras masalah-masalah yangberkaitan dengan penyalahgunaanperhutanan. Cuma yang saya hendak responterlebih dahuu ialah pandangan yang diberioleh Yang Berhormat Senator HajiMohamed Nazri.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz: (Bangun)

Dato' Haji Tengku Mahmud binTengku Mansor: Saya rasa YangBerhoraiat Tuan Haji Mohamed Nazri agaktersilap sedikit membaca seksyen yangdikatakan di mukasurat 13, Fasal 26, iaituSeksyen101.Dalam Seksyen 101 ini, diberikompaun itu kecuali Seksyen 86 dan 107.Jadi, bermakna 86 itu tidak bolehdikompaun.

2041 11 OGOS 1993 2042

Tuan Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, sila.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin AbdulAziz: Maknanya bagi 86 dan 107 tidakbojeh kompaun? Tetapi kalau di bawahSeksyen 40, saya tengok dendanyaRM500,000. Jadi, kalau yang tidak bolehkompaun hanya di bawah Seksyen 86 danSeksyen 107. Maknanya Seksyen 40 bolehdikompaunkan dan Seksyen 40 inidendanya RM500.000. Besar juga. Jadi,saya hendak tahu kesalahan apa itu yangmana dendanya RM500.000 ini bolehdikompaunkan? Ini di bawah Seksyen 40.

Dato' Haji Tengku Mahmud binTengku Mansor: Jadi, Seksyen 86 itutidak boleh dikompaun kerana ini bersabitdengan kecurian balak atau pembalakanharam di mana hukumannya termasuk"......dan jel"—perkataan "...... dan jel"itu mandatori. Yang ini saya rasa jelas.Tetapi tentang kompaun RM500.000 itu,saya rasa berdasarkan kesalahan mengikutdetail sebagaimana yang telah sayaterangkan satu persatu tadi.

Sedangkan.kesalahan kompaun ini ialahkali yang pertama sahaja—first timer sahaja,kesalahan-kesalahan kecil. Kesalahan yangmenyebabkan kecurian itu tidak bolehdikompaunkan.

Apa yang telah ditimbulkan oleh YangBerhormat Senator Kian Sit Har, sayamengucapkan terima kasih kerana telahmenyokong usul ini dan Insya-Allah, bagipihak Kementerian saya akan memberiperhatian yang serius supaya kesalahan-kesalahan pembalakan haram dan lain-lainini akan dapat diatasi dengan sepenuhnyadengan adanya pindaan Akta baru ini.

Apa yang ditimbulkan oleh YangBerhormat Senator Hajah Rahmah bintiSaleh, denda yang sedia ada ini ringan,

sebab itu berlaku kecurian balak dan lain-lain kegiatan haram. Jadi, saya ucapkanterima kasih juga kerana menyokong dansebagaimana yang beliau telah mengatakanbahawa Pulau Langkawi pada masa iniwalaupun dibangunkan, tetapi masih hijau.Begitu juga harapan KPU, Kementeriansaya supaya semua kawasan hutan simpankekal akan dikuatkuasakan dengan adanyaAkta-akta tambahan ini. Insya-Allah, mana-mana sahaja kawasan dan pulau yang di-gazet sebagai kawasan hutan simpan kekal,maka ini akan dikekalkan.

Begitu juga pandangan yang diberi olehYang Berhormat Dr. Toh Kin Woon iaitutentang pembalakan haram, denda yangkita buat—ini pun merupakan sokonganyang kuat dan saya juga mengucapkanjutaan terima kasih. Langkah ini katanyaakan menjimatkan dan mengelakkan darisegi kepupusan, Jadi, ini memanglahsebagaimana yang telah saya terangkanpanjang lebar tadi, dengan harapan Akta iniakan dapat mengelakkan daripadakepupusan.

Sama ada penguatkuasaan ini dapatdijalankan dan minta penguatkuasaan inidi-segerakan, Insya-Allah, dengan adanyaAkta baru ini kita harap—saya tak bolehberi jaminan seratus peratus, tetapi sayaharapkan ini akan dapat dikuatkuasakanseberapa segera yang boleh.

Beliau juga telah meminta supayamenggalakkan kegiatan downstreamactivity, dengan izin, atau kegiatan hiliran.Memang sudah menjadi dasar KerajaanMalaysia, semua barangan-barangankomoditi kita, seboleh mungkin hendaklahdigunakan untuk value added, dengan izin,sama ada hutan, getah, sawit dan sebagainya.Jadi ini kita akan teruskan lagi. Apatah lagiuntuk hasrat kita hendak menjayakanMalaysia menerusi Wawasan 2020 k arahnegara maju-negara industri.

2043 11 OGOS 1993 2044

Kita tidak akan menjual barang mentahkita, balak, kayu dan sebagainya; sebaliknyakita memperkukuhkan kegiatan hiliran kitadari semasa ke semasa. Misalnya, perabotkayu. Kalau beberapa tahun yang lalu kitahanya dapat eksport RM100 juta sahajasetahun, tetapi Alhamdulillah, tahun lalu—1992, kita telah sudah dapat mengeksportsebanyak RM660 juta dan kita anggarkanpada tahun depan dan juga sehingga 1995,kita akan dapat mengeksport perabotsebanyak RM l bilion. Ini saya ucapkanterima kasih kerana sokongan diberi kearah melipatgandakan downstreamactivity.

Tentang eksport haram, setahu saya,bukan eksport haram dari segipenghantarannya, tetapi apa yang kita temuiialah dia declare sedikit, sedangkan hantarbanyak. Ini tindakan-tindakan sedang di-ambil khususnya di Sabah. Di Sabah dapatkitakesan perkara-perkarayang seumpamaini dan Insya-Allah, dengan adanya Aktaseumpama ini juga, kita akan cubamengukuhkan lagi. Kerana itulah MalaysiaTimber Board, dengan izin, MTIB telahpun ditubuhkan di Sabah semenjak tahunlalu. Dengan adanya kakitangan kita diSabah, maka bancian lesen yang dikeluar-kan, pentafsiran, kualiti dan kuantitinyaakan dapat ditingkatkan dari semasa kesemasa. Saya yakin sebarangpenyelewengan pada masa akan datang inimungkin susah sedikit hendak dilakukankerana kita sendiri mengawal pada-masaini.

Sebelum itu, Kerajaan Pusat langsungtidak terlibat secara langsung di Sabah,tetapi semenjak tahun lalu, kita sudah mulaimasuk dan kawalan yang agak ketat telahkita berikan.

Menjawab pandangan dari YangBerhormat Puan Hajah Zaleha juga, sayaucapkan terima kasih kerana sebagaimanayang kita ketahui bahawa Kelantan,walaupun diperintah oleh APU, tetapikecuriannya tetap masih berada di tahapyang kedua lagi di seluruh Malaysia.Walaupun dahulu tempat yang kedua,

tetapi bila PAS memerintah, pun masihtempat yang kedua juga—tertinggikecurian dan penyalahgunaan.

Misalnya kalau Pahang merupakantempat yang pertama: 625 kes dari tahun1988hinggaJun 1993,tetapiKelantanmasihberada di tahap 593 kes. Ini saya rasa takada bezalah nampaknya, malah semakinteruk.

Begitu juga apa yang berlaku diKelantan sendiri pun, saya melihat bahawagantirugi yang dituntut tidak pun begitubanyak, sedangkan kes itu besar. Misalnyatahun 1991, gantirugi itu agak besar sedikitiaituRM 2.897juta,tetapitahun 1992 cumaRM 410,899.25 sahaja. Jadi, ini saya rasatakseimbang. Walau bagaimanapun, adalahdiharapkan Kerajaan Kelantan akanbekerjasama dengan Kementerian sayasupaya kita dapat mengurangkan lagipenyelewengan, khususnya yang berkaitandengan hasil hutan.

Pertanyaan yang diminta oleh YangBerhormat Puan Hajah Zaleha ini iaitutentang adakah Kerajaan Kelantan akanmenggunapakai Akta ini. Saya yakinKelantan adalah salah sebuah negeri dalamMalaysia kerana Akta ini untukMalaysia—seluruh Malaysia. Jadi, kalauKelantan merupakan negeri dalamMalaysia, saya yakin dan percaya Kelantanakan menggunapakai. Tetapi Wallahua'lam, takut Kelantan minta kemerdekaankhusus dari Malaysia, itu saya tidakjaminlah. Tetapi kalau sekarang ini, sayayakin dan percaya Kerajaan Kelantan akanbekerjasamadenganKerajaanPusatkeranahasrat kita,niat kita ialah kebaikan.Hendakmenyelesaikan masalah pembaziran harta.rakyatdaripadadiceroboholehmerekayangtidak bertanggungjawab.

Saya yakin, kalau Kerajaan PAS tidakmenyokong sebagaimana yang telah di-terangkan oleh Yang Berhonnat Senator

2045 11 OGOS 1993 2046

sebentar tadi, ini merupakan satu pemecahamanah rakyat yang sepatutnya tidak akanberlaku.

Mengenai masalah taman-taman rekreasidi negeri-negeri yang kadang-kadang seringdicerobohi, memang ini kita akui dandengan ada Akta ini, semuanya berdasar-kan Akta, kita harap ini akan dapat kitakurangkan malah kalau boleh cuba mem-basmikan, khususnya kawasan-kawasantadahan air yang penting di seluruh negarakita.

Tentang cara mana diberikan wakilkepada Angkatan Tentera tadi, ia akan diberisecara bertulis. Selagi tidak bertulis tidakada kuasa. Kita akan memberitahu merekasebagaimana Akta yang saya baca tadi iaitukuasa-kuasa khusus yang dicadangkandiberi kepada Angkatan Tentera ialah kuasamenangkap dan menyita di bawah seksyen88, seksyen 89, seksyen 91, seksyen 92,seksyen 93 dan seksyen 106. Jadi bermakhatidak usah bimbang kerana Kementeriansaya juga, selepas diluluskan dandikuatkuasakan Akta ini, maka Kementeriansaya akan membuat majlis penerangankepada rakyat di seluruh negara, negeridemi negeri, dengan harapan rakyat akanmemahami. Saya juga bimbang keranadengan apa yang selalu kita amalkan selamaini, kebanyakan orang-orang bumiputerayang mendapat lesen atau permit mem-balak menjualkannya kepada sesuatucompany dan mereka tidak endah lagi apayang berlaku ke atas kawasan yang merekaperolehi itu. Ini yang merbahaya kerana dibawah Akta baru, pindaan baru ini, kalauorang yang membeli itu menyeleweng,maka orang atau pemegang lesen itu yangutama akan dibawa ke muka pengadilandan jika sabit, dia dulu yang masuk jelselaindaripadapenyeleweng-penyelewengyang lain.

Jadi saya dengan rendah dirilahmemohon kepada seluruh Ahli-ahli YangBerhormat, kalau dapat di mana-mana

sahaja, tolong nasihatkan kepada rakyatkhususnya yang hendak memohon lesen,khususnya KSK. KSK ini bermakna"Kawaan Sudah Kerja". Di bawah KSK iniada "cuci mangkuk". "Cuci mangkuk" inibermakna sebatang dalam satu ekar ataudalam sepuluh ekar tanah ada satu batang.Itu dipanggil "cuci mangkuk", sebelumKerajaan hendak buka ladang dansebagainya. Yang ini tolong berhati-hatikerana yang dapat lesen dapat "makan kuah"tetapi yang di"sub"kan itu dalam "makankuah" tadi. Jadi ini yang saya hendak tegas-kan agar semua Ahli-ahli Yang Berhormatakan menolong Kementerian saya supayamemanjangkan berita Akta yang baru inidengan harapan tidak berlakuketidakfahaman lagi apabila Akta inidikuatkuasakan.

Tentang perlindungan kepadainformers ini memang seberapa mampu,sebagaimana yang biasa, akan diberi dibawah Akta ini dan ini adalah satu elemendi mana rakyat biasa diminta beri kerjasamadan ada pula imbuhan-imbuhan tertentuakan diberi jika didapati ke itu betul-betulpositif. Ini bermakna sebagaimana yangsaya katakan bahawa Akta ini akan dapatmemberi kerjasama di semua bidangpenguatkuasaan Kerajaan Negeri dan rakyatjelata.

Tentang pemulihan hutan di Kelantan,sehingga ini saya tidak mempunyaiperangkaan tetapi, Insya-Allah, saya akandapat menjawab dengan cara bertulis kepadaYang Berhormat.

Tentang latihan yang dijangkakankurang, ini juga kita mengakui dan kitasedang menambahkan latihan kepadapenjaga-penjaga hutan dari semasa kesemasa. Tetapi dengan adanya penurunankuasa kepada Tentera dan Polis, makaadalah diyakinkan bahawa kekuranganlatihan ini akan dapat dikurangkan darisemasa ke semasa.

Tentang apakah tindakan Kementeriansaya apabila Kerajaan Kelantan tidak mahumenerimapakai, ini saya rasa sebagaimanayang saya katakan tadi, Insya-Allah,apabila melihatkan niat Kerajaan Pusat

2047 11 OGOS 1993 2048

membuat pindaan Akta ini baik untukkesejahteraan rakyat, maka saya yakin danpercaya Kelantan akan menggunapakainya.

Menyentuh tentang perkara yang di-sentuh oleh Yang Berhormat Senator TuanSaidin, mengenai air telaga kering, kawasantadahan dan terokaan kawasan-kawasanpembalakan dengan luas, buat perumahandan sebagainya, ini saya rasa kawasanhutan simpan kekal sahaja yang kita per-tahankan. Tetapi bagi kawasan hutan tanahKerajaan maka itu kita tidak mem-pertahankannya, kerana itu memang tidakdikekalkan. Apa yang kita membicarakanini ialah tebangan balak di kawasan hutansimpan kekal, kerana itu sahaja yang akandiwarisi untuk ke anak cucu,

Walau bagaimanapun, sebenarnyakawasan yang berhutan atau yang ditutupioleh pokok-pokok ialah seperti beiikut dankalau hendak dibandingkan—saya adaperangkaan yang dibuat oleh FAO dalamProduction Year Book 1990—Malaysiamasih berada sebanyak 70.2% lagi buminyayang diliputi oleh hutan. Ini mengikut apayang FAO kata, bukan kata kita. Kata kitapun macam ini juga, tetapi dia yangmengatakannya. Mengikut rekod. Tetapikalau hendak dibandingkan denganThailand, 27.8% dan kalau hendak bandingdengan Filipina, 35.6% sahaja. Kalauhendak dibandingkan dengan UnitedKingdom, 9.9% sahaja buminya ditutupoleh tumbuh-tumbuhan dan begitu juga diNetherlands, 8.8% sahajabuminyaditutupiolehpokokatauhutandan Australia, 13.9%sahaja. Jadi, negara-negara inilah yangberpekik-pekik masalah penghutanan,masalah anti-kayu tropika dan sebagainya.Tetapi di negara kita, dengan adanya sistempengurusan hutan secara berkekalan,Insya-Allah, kita akan dapat mengekalkanpentadbiran pengurusan hutan dengan lebihbaik lagi.

Mengenai masalah kayu kecil yangtidak diambil dan dibiarkan begitu sahaja...

Tuan Hanipah bin Ahmad: Sayahendak minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya.

Tuan Hanipah bin Ahmad:TuanYangdi-Pertua, setelah saya mendengar sebutanThailand oleh Timbalan Menteri tadi, makasaya ingin mendapat sedikit penjelasan,apakah dengan cara Akta ini perilakukecurian balak haram di antara kedua-duanegara ini boleh diselesaikan.

Dato' Haji Tengku Mahmud binTengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua,sebagaimana rancangan yang telahdijalankan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri,kita ada kerjasama sempadan dan salah satuperancangan untuk membangunkankawasan-kawasan sempadan di antaranegeri-negeri dan negara-negara itu kiniamat berkesan. Khususnya kerjasama yangtelah dibuat pada masa Kerajaan BarisanNasional dulu di antara negeri Kelantandengan negeri Terengganu; Kelantandengan Pahang, dengan membukakawasan sempadan ini dijadikan kawasanpertanian. Ini kawasan tanah hutan, bukanhutan kekal tetapi tanah hutan Kerajaan. Iniberkesan kerana kecurian balak ini dapatdikurangkan, dan begitu juga dengannegara-negara jiran lain. Dengan adanyakerjasama seumpama itu adalah diharapkankecurian hutan ini dapat dikurangkan,Sebagaimana yang kita ketahui,kebanyakan negara-negara lain, kalau adakecurian hutan di negara kita, ada talibarutnya dari negara kita, Jadi kita hendakmembanteraskan tali barut dengan Aktayang baru ini.

Menyentuh tentang apa yang di-bincangkan oleh Yang Berhormat SenatorTuan Saidin tadi tentang kayu kecil ini,sebenarnya sekarang ini sudah tidak lagi.Kayu kecil besamya 12 inci atau 10 incipun sudah diambil kerana kayu berbagai-bagai ini—dipanggil "chap chai"

2049 11 OGOS 1993 2050

sudahpun RM800 atau RM900 satu tan.Cengal sekarang sudah naik sampaiRM2.400 atau RM2.600 satu tan, dan kayuyang dulunya tidak guna, dimakan olehbubuk, anai-anai, dengan adanya teknologibaru ini kita boleh masuk chemical, bolehadakan pengurusan untuk memper-tahankannya. Jadi kayu-kayu yang dulutidak berapa guna, sekarang ini sampaikayu getah pun boleh dimajukan dan dapatdieksport dengan begitu tinggi. Jadipendek kata, sekarang ini kayu terbuang inikurang. Di samping itu, Kementerian sayajuga sedang menggunakan bahan-bahantempatan untuk mengeluarkan fibre boarduntuk kegunaan perumahan dan. perabot(furniture). Jadi, khususnya pelepar kelapasawit sekarang dengan tiga batang......

Timbalan Yang di-Pertua: YangBerhormat, boleh ringkaskan secaralangsung sedikit fasal......

Dato' Haji Tengku Mahmud binTengku Mansor: Ya, jadi sebab itu, sayayakin kayu kecil-kecilan ini dapatdigunakan. Masalah yang dikemukakanoleh Yang Berhormat Senator Datuk HajiAhmad Abdullah, ini saya mengucapkanterima kasihlah kerana minta Kerajaan-kerajaan Negeri supaya minta kebenarandahulu daripada Kerajaan Pusat. Tetapi datisegi pelaksanaannya, saya minta, kalau inidapat dibuat, bukan minta kebenaran, kalauboleh, berbincanglah kerana kuasa ini kuasaKerajaan Negeri. Kalau boleh berbincangdahulu, Insya-Allah, kita akan dapatmenyelesaikan banyak masalah ini. Jadi,saya rasa itu sahajalah yang saya dapatsentuh. Bagi perkara-perkara, terutamamana-mana yang belum saya sentuh, sayaminta maaf kerana perangkaan-perangkaantidak cukup dalam masa yang serba singkat.Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahliYang Berhormat, sekarang saya kemukakanmasalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang keduasekarang hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dandisetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kaliyang kedua dan diserahkan kepada Dewansebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

(Timbalan Yang di-Pertua mem-pengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 35 diperintahkan jadisebahagian daripada Rang Undang-undang.

Pendahuluan diperintahkan jadisebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkandengan tidak ada pindaan; dibacakan kaliyang ketiga dan diluluskan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahliYang Berhormat, izinkan saya bercakapsepatah dua kepada Ahli-ahli YangBerhormat. Selepas tamat persidangan ini,saya rasa lebih kurang 4 bulan persidangan.Dewan Negara akan berehat iaitu akanbersidang semula, Insya-Allah, pada bulanDisember, kira-kira 4 bulan dari sekarang.Dalam jangka waktu itu, ramai ataupunbeberapa orang Ahli-ahli Dewan Negaraatau Senator akan bersara selepas bertugashanya satu penggal dan ada juga yangsudah bertugas selama dua penggal. Yangsatu penggal ialah jadi daripada Menteri,Timbalan Menteri pun ada dan jugaSetiausaha-setiausaha Parlimen, tetapimereka saya rasa dan saya percayalah akandisambung semula perkhidmatan mereka.Kalau tidak, lainlah maknanya. Tetapi yangutama dan secara particular, sayamengucapkan terima kasih kepada Yang

2051 11 OGOS 1993 2052

Berhormat Dato' Azumu bin Tak keranatelah memberikan sumbangan, menggantidan menjalankan tugas mempengerusikanDewan ini apabila kami sama ada TuanYang di-Pertua ataupun saya sendiri tidakdapat hadir kerana keuzuran ataupunsebagainya lagi. (Tepuk) Dan beliau telahmelakukan kerja ini sejak 3 hari lepas, tiap-tiap hari, 2 jam ataupun 2 1/2 jam dan di atasKemsi ini untuk berada 2 jam bukanlahsatu perkara yang enak. Kadang-kadang,kita mengantuk. Itulah sebabnya kadang-kadang saya jelaskan satu-dua perkataanitu bukan apa kerana untuk menjaga gantidaripada mengantuk. Ini tempat yang "bor-ing" di atas ini (Ketawa) kerana budak-budak pun selalu bercakap tentang "boring,boring".

Ahli-ahli Yang Berhormat, sayapercaya Ahli-ahli Yang Berhormat bersamadengan saya mengucapkan "SelamatMajulah Jayalah" kepada mereka yang akanmeninggalkan Dewan ini yang telah mem-berikan sumbangan yang berguna demiagama, bangsa dan negara. Dan bagi merekayang baru menyertai Dewan Negara ini,kita mengalu-alukan mereka mudah-mudahan mereka akan berkhidmat, yangbuan sahaja sama malahan mengatasikhidmat-khidmat mereka yang sudah beradadi sini. Itulah yang dipanggil perubahandan perubahan ada perlu untuk mencapaikemajuan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita barusekejap mendengar penglibatan mengenaiperhutanan. Ini mengingatkan kita kepadaperistiwa pada tahun lepas apabila kitasecara hebat dan secara hangat mendapattentang pindaan Perlembagaan sehinggakankeluarkan kata-kata yang "non-parliamentary" dan diikuti pula denganmacam-macam Tengku Wong dan adamacam-macam lagi sehinggakan saudarakita, Yang Berhonnat Tuan Haji MohamedNazri pun sebutkan sekali lagi tentangTengku Wong. Saya percaya Tengku Wong,saya ingat kita sama-sama tahu ataupunkita sama-sama tidak tahu.

Bagaimanapun, saya ingin merakamkanbahawa Dewan ini telah diperhatikan adabanyak perubahan kerana saya telahfamiliar, dengan izin, dengan Dewan inisejak saya masih menjadi lagi Ahli DewanRakyat, bertugas sebagai SetiausahaParlimen di sini. Maknanya sudah 7 tahun.Jadi, sudah banyak perubahan berlaku disini. Salah satunya kita nampak bahawaaliran daripada Dewan Rakyat, akhirnyapergi ke Dewan Negara, nampaknya sudahada pertukaran daripada Dewan Negaraakan pergi ke Dewan Rakyat pula. Jadi,sesiapa yang akan menikmati nasib sepertiini, sama-samalah kita perhatikan.

Ini merupakan satu sumbangan yangbaik kerana daripada segala proses itu, kitasudah nampak satu bentuk dan satuimbangan di mana tenaga lama sekarangberpadu, bermesra dengan tenaga baru danini semuanya mencurahkan ataumenyumbangkan satu kualiti atau mutuperkhidmatan yang baik, Saya melihatkanmutu perkhidmatan-perkhidmatan bukansahaja baik tetapi debat secara lama, keranaini semuanya membuktikan bahawa Ahli-ahli Dewan ini bersungguh, serius danmembuat kerja rumah (homework)sebelum datang ke Dewan ini untuk mem-bahaskan bil-bil yang dibentangkan dihadapan kita. Jadi, saya mengucapkansyabas dan tahniah kepada segala yangtelah berlaku dengan baik, sepertimana yangsaya sebutkan tadi.

Jadi, satu perkara lagi, saya rasa bertuahkerana bersama-sama dengan Ahli-ahliYang Berhormat, kita bersama-sama men-yahut seruan supaya di samping kita mem-berikan perkhidmatan yang baik, kita inginjuga mendapat imej yang bertambah baikdari satu masa ke satu masa di pandanganmata orang ramai. Dan saya nampak iniadalah sudah mendapat satu kekesanan yangbaik. Apabila kita nampak liputan akhbaryang sehus sekarang ini tidak sahajadiletakkan sudut-sudut, main-main sahaja

2053 11 OGOS 1993 2054

untuk Dewan Negara tetapi sekarang sayatengok surat khabar telah memberikanliputan sehingga satu muka dan liputannya,saya rasa bukanlah main-main keranaianyasudah menjadi satu percakapan sepertimanajuga yang pernah diberi treatment kepadaAhli-ahli Dewan Rakyat.

Mudah-mudahan saya rasa mana tahu,satu masa nanti perdebatan Dewan Negaraini akan menjadi sehebat atau diberiperhatian yang lebih hebat daripada DewanRakyat memandangkan mutu-mutu bakatyang memasuki Dewan Negara ini.

Jadi dengan itu, sambil sekali lagi sayamengucapkan maju jaya kepada merekayang akan pergi, kita mengalu-alukan

kedatangan tenaga bam. Bagi pihak saya,sekiranya ada apa-apa kesilapan ataupunsalah gurau-senda ataupun salah kata-kata,saya mohon berbanyak-banyak maafkerana manusia ini tidak lari daripadakesilapan. Wabillahi-taufik Walhidayah,Wassalamualaikum WaramahtulllahiWabarakatuh.

Jadi, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewanditangguhkan sehingga pada suatu masayang akan ditetapkan.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.01malam.

PNMB

DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADALOR SETAR1997