penyata rasmi parlimen dewan negara · 45. “ datuk ng wang @ ng chiang chin (dilantik) 46. “...

95
Bil. 5 Khamis 16 April 2015 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA

Upload: vuongduong

Post on 10-Mar-2019

271 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bil. 5 Khamis 16 April 2015

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA

MESYUARAT PERTAMA

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 17)

Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong -YB Senator Dato' Dr. Johari bin Mat (Halaman 18)

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2015

DN 16.4.2015 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang d-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang

2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Doris Sophia ak Brodi

3. “ Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad (Dilantik)

4. “ Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman (Dilantik)

5. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis)

6. “ Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar - Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

7. “ Dato’ Adam bin Abdul Hamid (Johor)

8. “ Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah - Senator - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

9. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang)

10. “ Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki (Dilantik)

11. “ Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan (Dilantik)

12. “ Dato’ Boon Som A/L Inong (Dilantik)

13. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik)

14. “ Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah (Selangor)

15. “ Datin Paduka Chew Mei Fun (Dilantik) – Senator - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

16. “ Tuan Chia Song Cheng (Johor)

17. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik)

18. “ Tuan Chong Sin Woon (Negeri Sembilan)

19. “ Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak)

20. “ Dato’ Goonasakaren A/L Raman (Dilantik)

21. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak)

22. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung (Dilantik)

23. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik)

24. “ Dato’ Sri Iris Jala @ Idris Jala (Dilantik) – Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

25. “ Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman (Dilantik)

26. “ Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh (Dilantik)

27. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat - (Kelantan)

28. “ Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya (Sabah)

29. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan)

30. “ Dato’ Khairudin bin Samad (Dilantik)

31. “ Tuan Koh Chin Han (Melaka)

32. “ Dato’ Lee Chee Leong – Senator (Perak) - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

33. “ Datuk Lihan Jok (Sarawak)

34. “ Dato’ Lim Nget Yoon (Pahang)

ii DN 16.4.2015

35. “ Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan - Senator - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

36. “ Datuk Dr. Lucas bin Umbul (Sabah)

37. “ Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik)

38. “ Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam (Melaka)

39. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis)

40. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan)

41. “ Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah (Kedah)

42. “ Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin (Dilantik)

43. “ Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik)

44. “ Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai (Dilantik)

45. “ Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin (Dilantik)

46. “ Datuk Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik)

47. “ Puan Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik)

48. “ Datuk Paul Low Seng Kuan - Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

49. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik)

50. “ Dato’ Roslin binti Haji Abdul Rahman (Pahang)

51. “ Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal (Dilantik)

52. “ Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff (Kedah)

53. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian (Dilantik)

54. “ Datuk Subramaniam A/L Veruthasalam (Dilantik)

55. ” Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik)

56. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor)

57. “ Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud (Pulau Pinang)

58. “ Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee (Dilantik)

59. “ Tuan Wilfred Yong Chen Leong (Dilantik)

60. “ Datuk Yahaya bin Mat Ghani (Dilantik)

61. " Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Wilayah Persekutuan Labuan)

62. “ Datuk Yoo Wei How (Dilantik)

63. “ To’ Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin (Terengganu)

64. “ Tuan Zali bin Mat Yasin (Dilantik)

DN 16.4.2015 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen

Encik Awang Alik bin Jeman

Setiausaha Dewan Negara

Encik Riduan bin Rahmat

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan)

Encik Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD)

Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd Hassan

Rosna binti Bujairomi

Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki

Yoogeswari A/P Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Mulyati binti Kamarudin

Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Mohd Salleh bin Ak Atoh

Nor Hamizah binti Haji Hassan

Azmir bin Mohd Salleh Noraidah binti Manaf

Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Siti Norlina binti Ahmad

Hazwani Zarifah binti Anas Siti Aishah Md Nasir

Hazliana binti Yahaya Muhammad Dzulhazmi bin Sha’arin

Amir Arshad bin Ab Samad

DN 16.4.2015 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS

PENGGAL KETIGA

MESYUARAT PERTAMA

Khamis, 16 April 2014

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Sebelum saya mulakan

Pertanyaan Jawab Lisan ini, saya ingin menarik perhatian semua Ahli Dewan, bersama-sama kita ketika ini, ada rombongan daripada Majlis Bekas Wakil Rakyat dan juga pemimpin-pemimpin mahasiswa daripada universiti-universiti dan juga pemimpin-pemimpin pentadbiran universiti. Saya mengalu-alukan kehadiran semua.

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta Menteri Wilayah Persekutuan

menyatakan, status terkini beberapa isu penting yang sedang membelenggu masyarakat di Labuan iaitu kemungkinan berlakunya pemberhentian pekerja dalam sektor minyak dan gas, kenaikan harga barang dan kekurangan kemudahan di kompleks Pasar Labuan Sentral yang baru.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan [Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk

makluman Ahli Yang Berhormat Senator, isu berlakunya pemberhentian pekerja bagi industri minyak dan gas adalah dijangkakan di Wilayah Persekutuan Labuan kerana harga minyak pasaran dunia adalah rendah.

Kos pengeluaran satu tong minyak di Malaysia pula adalah tinggi. Berdasarkan maklumat dari Jabatan Tenaga Kerja Labuan, Kementerian Sumber Manusia sehingga bulan Mac 2015, seramai 150 daripada 785 orang pekerja iaitu 19.11 peratus dalam industri minyak dan gas telah diberhentikan kerja. Walaupun terdapat pemberhentian pekerja, tetapi ia dilaporkan masih lagi terkawal. Bagi menangani kenaikan harga barangan di Wilayah Persekutuan Labuan, kerajaan juga telah bersetuju melanjutkan program diskaun 50 peratus tambang feri, bot dan penumpang bagi tahun 2015. Ini adalah bertujuan untuk membantu mengimbangi kenaikan harga barang di Wilayah Persekutuan Labuan disebabkan oleh kos pengangkutan membawa barang dan bahan mentah masuk ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi isu kekurangan kemudahan di Pasar Sentral di Labuan, Kementerian Wilayah Persekutuan melalui perbadanan Labuan dari semasa ke semasa akan menambah dan menambah baik kemudahan di pasar berkenaan. Antaranya menaik taraf laluan rem ke tingkat atas dan menggantikan kepada eskalator dan pembesaran saiz medan jualan ikan. Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima

kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang saya kasihi. Soalan saya ialah kita khuatir di Labuan sekarang ini membuang pekerja sudah berlaku. Hotel-hotel dulu sangat susah hendak dapat bilik. Sekarang ini hotel sudah berkurangan pelancong-pelancong yang check-in. Harga barang mahal.

Saya berterima kasih banyak kepada Kerajaan Pusat kerana berbagai-bagai insentif dan bantuan telah diberi. Akan tetapi bagi saya khuatir kerana kurangnya pelancong datang ke Labuan. Oleh sebab Labuan hanya mempunyai 100,000 orang penduduk.

2 DN 16.4.2015

Jadi orang Labuan mempunyai dapur sendiri. Kita mempunyai restoran, pusat membeli belah, kedai dan sebagainya.

Jadi saya ingin memberi saranan bahawa harus ada insentif lain supaya pelancong ini ramai datang ke Labuan. Kita mempunyai lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Kita telah diberi banyak kemudahan prasarana dan sebagainya. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah dengan adanya kemudahan-kemudahan, perancangan untuk macam mana kita hendak meramaikan pelancong ke Labuan? Kita mempunyai Kementerian Pelancongan, kita punyai Jabatan Pelancongan Perbadanan Labuan, dan ini kita, saya rasa terpaksa cergaskan kita punya agensi-agensi kerajaan ini. Apakah perancangan jangka panjang untuk kita menggamit pelancong datang ke Labuan? Terima kasih.

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat Senator. Dalam soalan Yang Berhormat Senator telah timbulkan adalah bagaimana kerajaan mempunyai rancangan untuk meningkatkan ketibaan pelancong ke Labuan.

■1010

Untuk makluman Yang Berhormat, di Labuan, Kementerian Wilayah Persekutuan sekarang sedang mengkaji bagaimana hendak meningkatkan Labuan untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan. Kita membuat kajian dan kita juga sedang membuat pelan-pelan, rancangan-rancangan atau aktiviti-aktiviti yang boleh menarik pelancong ke Labuan, satu. Kedua, Labuan ini merupakan sebuah pulau di mana statusnya infrastrukturnya yang mempunyai segala infrastruktur yang cukup tetapi macam lapangan terbangnya bukanlah lapangan terbang antarabangsa, mereka terpaksa berhenti di Kota Kinabalu atau di Kuching sebelum sampai di Labuan untuk mereka mengadakan aktiviti pelancongan.

Kita sedang cuba meminta pihak-pihak berkenaan supaya kita dapat menaikkan taraf lapangan terbang. Kita juga melihat bagaimana aktiviti pelancongan dapat ditingkatkan di Labuan, bagaimana kita hendak berikan tempat-tempat pelancongan indah di Labuan. Ini rancangan-rancangan kita buat masa sekarang di Labuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

pernah ke Labuan dan Labuan ialah sebuah pulau yang cukup cantik dan indah. Apabila saya ke pasar di sana, seolah-olah saya berada di Manila. Bahasa Tagalog yang dicakap di sana. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah dengan kedatangan pekerja-pekerja luar ini menyebabkan banyak pekerja di Labuan itu yang diberhentikan, dan apakah tindakan kerajaan berhubung dengan perkara ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Bagi soalan Yang Berhormat tadi membincangkan bahawa apabila ada di Labuan seperti Manila ini tidak betullah, kerana saya pun ke Labuan banyak kali, melihat orang tempatan di sana.

Walau bagaimanapun, Pulau Labuan ini merupakan sebuah pulau oil and gas yang melibatkan industri oil and gas. Oleh sebab melibatkan industri oil and gas banyak

orang-orang asing akan datang ke situ untuk bekerja ataupun mereka datang sana untuk mencari cara hidup mereka, cari pendapatan di situ. Walau bagaimanapun kita tidak membenarkan orang asing berniaga ataupun membuat sebarang aktiviti di sana. Mereka mungkin datang untuk melancong atau datang duduk di sana untuk melihat pulau dan sebagainya. Walau bagaimanapun kita telah bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri mengambil keadaan untuk mengawal keadaan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

2. Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah minta Menteri Sumber Manusia

menyatakan, bilangan kemalangan perindustrian yang telah dilaporkan pada tahun 2013 dan 2014 mengikut pecahan sektor dengan butiran jumlah maut, kehilangan upaya dan lain-lain kecederaan serta nyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengutamakan dan memastikan keselamatan di tempat kerja.

DN 16.4.2015 3

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd.

Muttalib]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam

1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Chandra Mohan.

Tuan Yang di-Pertua dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, kemalangan yang melibatkan pekerja-pekerja negara kita ini akan mendatangkan kerugian bukan sahaja kepada pekerja, keluarga mereka, majikan bahkan kepada negara. Terutamanya bagi pekerja-pekerja yang telah mempunyai kemahiran yang tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, namun kita bersyukur kepada Allah SWT, kepada Tuhan kerana kadar kemalangan di negara kita masih rendah berbanding dengan negara-negara yang lain. Saya ambilkan sedikit contoh Tuan Yang di-Pertua. Malaysia pada tahun 2014, kadar kemalangan kita ialah 3.08 per 1,000 orang pekerja, maknanya kalau 1,000 orang pekerja, lebih kurang tiga orang sahaja yang terlibat dalam kemalangan. Manakala Singapura pada tahun 2013 - 4.26. Ada 1,000 orang pekerja dia, empat orang terlibat kemalangan. Di Korea 2013 - 5.9 orang. Ada 1,000 orang, lima orang ditimpa kemalangan. Australia 11, 2012 - 12.2 maknanya 1,000 orang pekerja, 12 orang ditimpa kemalangan menimpa pekerja mereka. Thailand 15.76, maknanya tinggi kadar kemalangan di negara mereka. Alhamdulillah, 3.08.

Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada soalan asal yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tuan Chandra. Untuk makluman bagi tahun 2013 sejumlah 63,557 kes kemalangan industri atau kemalangan yang berlaku di tempat kerja telah dilaporkan kepada PERKESO di seluruh negara berbanding 63,331 pada kes yang telah dilaporkan pada tahun 2014. Maknanya kemalangan di tempat kerja menurun. Pecahan bilangan kemalangan perindustrian bagi pekerja tempatan mengikut sektor dengan butiran jumlah maut, kehilangan upaya adalah seperti berikut. Saya baca sedikit Tuan Yang di-Pertua secara ringkasnya.

Tahun 2013, sektor pertanian, perikanan, perhutanan 2,249 manakala tahun 2014 sebanyak 2,135 penurunan. Perlombongan dan pengkuarian, 411 pada tahun 2013, dan 453 pada tahun 2014. Pembuatan, 16,145 kes kemalangan pada tahun 2013, manakala 15,323 pada tahun 2014. Perkhidmatan elektrik, gas, air dan kebersihan pada tahun 2013, 791 kes dan 900 kes pada tahun 2014. Pembinaan, 5,908 kes pada tahun 2013 dan 6,552 kes pada tahun 2014. Perdagangan 10,133 kes pada tahun 2013 dan 9,618 kes pada tahun 2014. Penginapan dan aktiviti perkhidmatan yang lain, pada tahun 2013 sebanyak 2,209 kes dan 2052 kes pada tahun 2014. Pengangkutan dan penyimpanan, 4,002 kes pada tahun 2013 dan 4,178 kes pada tahun 2014. Aktiviti kewangan insurans dan lain sebanyak 1,231 kes pada tahun 2013 dan 1,452 kes pada tahun 2014. Aktiviti hartanah, penyewaan sebanyak 5,438 kes pada tahun 2013, 5,445 kes pada tahun 2014. Pentadbiran awam, pertahanan dan lain-lain, 15,040 kes pada 2013 dan 15,218 kes pada tahun 2014.

Secara rumusannya Tuan Yang di-Pertua, kemalangan yang menimpa pekerja di negara kita ialah kesemua sektor pada tahun 2013 ialah 62,624 hilang upaya, 933 maut dan jumlah kesemuanya ialah 63,557 kes. Manakala tahun 2014 sebanyak 62,398 hilang upaya dan 933 maut dan jumlahnya ialah 63,331. Tuan Yang di-Pertua, di samping itu kementerian ini menerusi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dipertanggungjawabkan juga untuk menguruskan isu pampasan yang melibatkan pekerja asing. Berdasarkan statistik pada tahun 2013 sebanyak 4,145 kes kemalangan telah dilaporkan kepada pihak jabatan bagi tujuan pampasan terhadap pekerja asing yang terlibat dengan kemalangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan itu. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya ada dua soalan tambahan tetapi kedua-duanya ada kaitan. Pertama, kalau kita tengok setiap kali berlaku kemalangan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau kementerian sendiri akan mengeluarkan satu kenyataan yang standard iaitu tindakan akan diambil terhadap majikan sekiranya majikan didapati bersalah. Jadi soalan pertama saya ialah adakah tindakan pernah diambil terhadap majikan sebelum ini.

Apabila saya sebut tindakan itu maksud saya daripada segi penjara bukan hukuman. Sebab kalau kita tengok akta berkenaan, ia membenarkan penjara sebagai hukuman. So, soalan pertama saya ialah adakah tindakan telah diambil terhadap majikan daripada segi hukuman penjara, itu yang pertama.

4 DN 16.4.2015

Kedua, kalau tadi kita tengok jawapan berbanding dengan negara-negara yang

lain, kadar di Malaysia memang lebih rendah kalau dibandingkan dengan negara-negara yang lain. Akan tetapi, dalam beberapa sektor ini terutama pembinaan dan sebagainya, bilangan kemalangan telah meningkat. Jadi soalan saya, sama ada kementerian bercadang untuk mengkaji peruntukan-peruntukan yang ada dalam beberapa undang-undang contohnya OSHA untuk meningkatkan lagi hukuman, baik hukuman denda dan hukuman penjara.

■1020

Kalau tidak salah ingat sekarang hukuman denda hanya RM50,000 so, dua aspek.

Pertama, yang kedua ini sama ada kementerian akan mengkaji undang-undang berkenaan untuk meningkatkan lagi hukuman. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat Senator. Seperti yang saya sebutkan awal tadi Tuan Yang di-Pertua sebenarnya kita ada dua kemalangan di negara kita. Pertama kemalangan di tempat kerja yang saya sebutkan tadi bahawa kadar kemalangan ini menurun dari tahun ke tahun, alhamdulillah. Kedua ialah kemalangan semasa ulang-alik bekerja, committing accident, dengan izin. Ini agak sedikit peningkatan. Kita tidak banyak faktor yang mendorong kepada peningkatan ini. Walau bagaimanapun, peningkatan itu tidaklah begitu besar kerana usaha yang dibuat oleh kerajaan oleh kementerian oleh jabatan-jabatan yang berkenaan cukup serius. Dalam kita memastikan supaya kemalangan ini tidak meningkat seterusnya dalam negara kita.

Saya hendak sebut sedikit beberapa langkah yang kita buat Tuan Yang di-Pertua sebelum saya jawab Yang Berhormat Senator punya ini. Dalam kita menangani isu kemalangan di tempat kerja ini beberapa usaha telah diambil oleh kerajaan oleh kementerian. Di mana yang pertamanya kita menubuhkan Majlis Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dipengerusikan oleh Kementerian Sumber Manusia. Anggota dalam Majlis Keselamatan ini terdiri daripada berbagai-bagai kementerian yang juga dianggotai oleh berbagai-bagai badan sukarela dan wakil-wakil majikan termasuklah CUEPACS, MTUC, NGO dan sebagainya. Jadi peranan majlis ini kita melaksanakan berbagai-bagai aktiviti bagi kita memastikan supaya kadar kemalangan di negara kita dapat kita turunkan.

Di samping itu kita juga menubuhkan Jawatankuasa Pencegahan Bencana Pekerja PERKESO di bawah PERKESO sendiri kursus kesedaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan kerjasama institusi dan NGO di negara kita ini. Khidmat rundingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, seminar pencegahan kemalangan dan kempen perjalanan selamat di peringkat kebangsaan. Pengiklanan dan poster bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pekerja-pekerja dan juga masyarakat keseluruhannya dan juga Program OS in School. Maknanya kempen keselamatan dan kesihatan di sekolah-

sekolah di mana kita beri sudah pendedahan kepada sekolah-sekolah kita.

Tuan Yang di-Pertua, hukuman walaupun kita sedar bahawa dan saya sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan ini kita memandang serius. Hari ini denda ataupun hukuman yang kita kenakan kepada majikan yang salah terlibat kemalangan ialah RM50,000. Agak kecil. Kalau Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Senator Yang Berhormat melihat hari ini kita telah cuba melihat supaya kita cuba mempertingkatkan peranan, tanggungjawab dan akta-akta yang ada dalam kementerian kita supaya lebih berkesan dalam kita menangani isu-isu pekerja di negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, hukuman penjara di bawah OSHA 1994. Sektor pembinaan, kemalangan, ya memang kita ketahui ada peningkatan sedikit. Kita telah berusaha untuk mengkaji supaya hukuman yang dikenakan ini dapat kita sesuaikan. Kita tidak mahu nanti majikan mengambil mudah sedangkan kemalangan yang menimpa pekerja-pekerja kita ini bukan sahaja seperti yang saya sebutkan tadi merupakan pekerja, keluarga mereka. Bahkan hasrat kita untuk mencapai negara maju tahun 2020 dengan pekerja mahir 50 peratus tidak akan tercapai kalau kadar kemalangan semakin meningkat di negara kita dan kerugian besar akan menimpa pada negara kita dan pada ekonomi keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Yang Berhormat berpuas hati dengan jawapan yang saya beri. Terima kasih banyak.

DN 16.4.2015 5

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua pada jawapan

itu soalan yang kedua itu memang sudah dijawab tetapi soalan yang pertama ini soalan usul. Bahawa pernah kah sebelum ini tindakan hukuman penjara diambil terhadap mana-mana majikan?

Kalau tidak salah, I think seksyen 19 membenarkan, so soalan spesifik adakah

tidak sebelum ini mana-mana majikan dipenjarakan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Tuan Yang di-Pertua, maklumat itu tidak

ada pada saya. Saya akan berikan dan saya akan buat semakan dan beri jawapan bertulis. Terima kasih banyak.

Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya kepada Menteri ialah berapakah bilangan kes dan nilai pampasan yang telah dibayar kepada pekerja atau waris untuk pekerja tempatan dan pekerja asing yang terlibat pada tahun 2013 dan tahun 2014. Terima kasih.

Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang

Berhormat Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman atas soalan yang cukup baik. Tanggungjawab kerajaan dan kementerian bukan sahaja pekerja tempatan tetapi pekerja asing. Kita ada lebih kurang plus minus Tuan Yang di-Pertua lebih kurang dua juta orang pekerja asing yang legal. Jadi dua-dua pembayaran ini yang pertama kalau pekerja

tempatan dia akan dibiayai oleh PERKESO, pekerja asing tidak terlibat dengan PERKESO. Manakala pekerja asing akan diuruskan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kementerian Sumber Manusia.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman pada tahun 2013 sebanyak 3,014 kes telah dilaksanakan pembayaran pampasan kepada pekerja atau waris yang terlibat. Daripada jumlah tersebut sebanyak 614 kes adalah melibatkan hilang upaya, ini panjang sedikit jawapan dia Tuan Yang di-Pertua tetapi saya ambil yang ringkaslah. Bilangan kes dan jumlah pampasan yang telah diberi kepada pekerja asing. Bagi tahun tempoh yang dikehendaki tahun 2013 hilang upaya kekal 614 jumlah pampasan yang kita bayar ialah RM2,613,000 lebih, ini pekerja asing Tuan Yang di-Pertua. Banyak duit ini keluar Tuan Yang di-Pertua. Hilang upaya sementara 2,249 kes duit yang kita bayar kepada mereka ialah RM1.557 juta. Meninggal ataupun mati 151 kes jumlah yang kita bayar pampasan dibayar RM3,691,000 ada lebih lagi figure dia Tuan Yang di-Pertua itu saya baca yang kasar.

Tahun 2014 orang pekerja asing sahaja 622 kes hilang upaya kekal, RM2.42 juta, duit yang kita bayar. Hilang upaya sementara melibatkan 2,064 orang pekerja ialah RM1.051 juta manakala maut 165 orang melibatkan RM3.974 juta yang terpaksa dibayar kepada pekerja asing. Bilangkan berapa besarnya. Sementara itu bagi pekerja tempatan kita boleh lihat PERKESO. Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada PERKESO salah sebuah agensi yang cukup bertanggungjawab kepada membela pekerja kita yang ditimpa kemalangan dan sebagainya.

Bagi tahun 2013 PERKESO telah mengeluarkan perbelanjaan sejumlah RM2.2 bilion untuk menyara, membiayai pekerja-pekerja yang ditimpa kemalangan. Tahun 2014 RM2.46 bilion yang dikeluarkan. Inilah antara tanggungjawab yang dipikul oleh Kementerian Sumber Manusia melalui agensi-agensi di bawahnya termasuklah PERKESO.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator sekalian betapa besarnya wang yang akan terpaksa kita korbankan. Ini kerana apabila pekerja-pekerja kita ditimpa kemalangan dan bukan sahaja itu tetapi kerugian yang ditimpa oleh keluarga, masyarakat dan juga negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

3. Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta Menteri

Kesihatan menyatakan, pada akhir tahun 2014, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membeir amaran bahawa minuman tenaga yang mengandungi gula dan kafein boleh mengundang bahaya kepada kesihatan kanak-kanak dan belia. Apa tindakan kementerian terhadap amaran tersebut dan kawalan penjualan.

Timbalan Menteri Kesihatan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Terima kasih

Yang Berhormat Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg.

6 DN 16.4.2015

Tuan Yang di-Pertua, soalan ini berkenaan dengan amaran daripada WHO berkenaan dengan minuman tenaga yang mengandungi gula dan kafein yang boleh memberi kesan kepada kesihatan kanak-kanak dan belia.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan memang prihatin terhadap kenyataan WHO tersebut dan sentiasa memastikan semua produk makanan yang diimport atau dijual di pasaran adalah selamat dan mematuhi standard Peraturan-peraturan Makanan 1985.

■1030

Di bawah peraturan tersebut, minuman berperisa boleh mengandungi ekstrak tumbuhan yang mengandungi kafein sebagai bahan perisa dalam kadar tidak melebihi 200 miligram per liter. Sekiranya kafein telah ditambah dalam produk minuman berperisa, suatu penyataan tentang adanya kafein dalam produk tersebut perlulah dinyatakan pada label di atas kotak itu.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985 juga, terdapat peruntukan pelabelan pemakanan bagi menerangkan maklumat pemakanan sesuatu produk makanan. Peraturan 18B(4) di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985 telah mewajibkan pengisytiharan jumlah gula pada label produk minuman sedia diminum ataupun ready to drink termasuklah minuman berperisa. Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan

membaca label berkenaan terlebih dahulu bagi membantu pengguna membuat pilihan makanan yang lebih sihat berdasarkan nilai pemakanan.

Tuan Yang di-Pertua, selain penguatkuasaan undang-undang, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah menerbitkan Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat yang melarang penjualan makanan dan minuman yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 serta tidak menggalakkan penjualan minuman berperisa berkarbonat dan mengandungi kafein di kantin sekolah. Ini merupakan salah satu langkah bagi menggalakkan makan secara sihat di kalangan murid sekolah dalam usaha mencegah penyakit tidak berjangkit yang semakin membimbangkan.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, Kementerian Kesihatan juga menjalankan Program Doktor Sihat di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah. Di sekolah rendah dah lama berjalan manakala di sekolah menengah dimulai pada tahun lepas, dan juga di universiti yang dipanggil program PROSTAR. Ini melibatkan Kementerian Kesihatan melatih anak-anak sekolah dan mereka di universiti supaya mereka tahu tentang makanan sihat dan menjalankan cara hidup sihat. Maknanya, ikut nasihat yang diberikan. Ini termasuk juga meningkatkan aktiviti sukan dan sebagainya.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, kita juga menggalakkan sugar substitute ataupun menggalakkan syarikat-syarikat menggunakan selain daripada gula, menggunakan substitute yang lain. Contohnya yang dibuat sekarang ialah stevia diganti dengan gula. Aspartame juga mengganti gula dan lain-lain, banyak lagilah. Hari ini terdapat juga contohnya kita ada Diet Coke, ada Coke Zero, ada Pepsi Cola yang tidak mengandungi gula. Ini semua mereka menggunakan bahan sugar substitute yang lain.

Juga Tuan Yang di-Pertua, kita menggalakkan syarikat-syarikat pengeluar minuman ringan ini menggunakan pek yang lebih kecil, kotak yang lebih kecil. Contohnya sekarang dah ada Milo yang kotak kecil. Ini tujuannya adalah untuk mengurangkan minuman gula yang berlebihan di kalangan anak-anak muda dan juga kanak-kanak sekolah, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Terima kasih Yang

Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberi.

Sebenarnya ini kajian yang dibuat oleh pihak WHO yang berpejabat di Europe yang telah mengatakan beberapa buah negara di Eropah sudah membuat larangan penjualan minuman bertenaga terhadap- berdasarkan pembeli lingkungan kanak-kanak dan juga golongan belia di bawah umur 18 tahun. Jadi beberapa buah negara di sana termasuk juga seperti Denmark dan juga Sweden telah membuat larangan pembelian minuman ini bagi golongan bawah umur 18 tahun.

Saya tak tahulah bagaimana. Mungkin minuman tenaga yang dikeluarkan oleh negara kita tidak mengikut kandungan seperti minuman tenaga yang dikeluarkan oleh negara-negara Eropah.

DN 16.4.2015 7

Kalau di negara kita, mengikut kadar sukatan yang dibenarkan oleh Kementerian

Kesihatan, alhamdulillah lah. Hanya mungkin kita takut kalau ini boleh menjadi risiko jangka panjang kerana ia juga boleh- mungkin larangan penjualan minuman bertenaga kepada golongan berusia bawah 18 tahun pada jangka masa panjang kerana kita takut risiko ini boleh mengundang masalah lain apabila mereka meningkat umur akan datang. Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan

larangan yang telah dikenakan di negara Barat berkenaan dengan pembelian minuman tenaga ini, itu yang berlaku di sana.

Akan tetapi di Malaysia, kita belum ada lagi cadangan untuk melarang anak-anak kita, anak-anak muda belia untuk membeli tetapi, kita buat tindakan yang lebih positiflah dalam perkara ini iaitu kita memberi penerangan dan penjelasan kepada kanak-kanak sekolah seperti yang saya sebut tadi supaya mereka faham tentang pemakanan yang sihat dan juga aktiviti kehidupan yang sihat, dengan harapan mereka akan menjalani kehidupan yang lebih sesuai, lebih sihat supaya dapat menjaga kesihatan mereka.

Oleh sebab itu kita mula daripada kanak-kanak sekolah lagi. Sekolah rendah, sekolah menengah dan sampai ke peringkat universiti kita beri penerangan kepada mereka dan tubuhkan kumpulan-kumpulan yang saya kira akan menjadi duta-duta kecil yang akan memberi penerangan kepada kawan-kawan mereka, peer group mereka. Dengan cara ini, saya kira tak perlulah kita melarang mereka sebab mereka lebih faham.

Juga, saya sebut tadi tentang cadangan pihak kementerian kepada syarikat-syarikat minuman tadi, Coca-Cola dan berbagai-bagai lagi jenis minuman yang kita

sarankan kepada mereka supaya mengeluarkan pek yang lebih kecil. Maknanya apabila pek yang lebih kecil, makna dia minum gula lebih kurang lagilah. Kalau pek besar, kata 350 ml, dia beli nak buang sayang, jadi dia minum habis. Dengan cara itu, dia minum lebih banyak gula.

Kita juga memantau minuman-minuman bertenaga ini macam lain-lainlah. Yang ada dalam market sekarang ini Red Bull, Power Root, Livita, dan sebagainya, dan kita pastikan ia selamat. Kita ambil sample random dan kita check untuk kita pastikan kandungan yang diletakkan tidak melebihi apa yang telah ditetapkan. Mereka mestilah mengikuti kandungan yang telah ditetapkan, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Zali bin Mat Yasin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kepada jawapan

Timbalan Menteri tadi, saya ada soalan tambahan.

Berkenaan dengan penerangan dan penjelasan untuk makanan Gaya Hidup Sihat kepada pelajar rendah, menengah, universiti, sudah ada satu susunan yang teratur. Mungkin boleh dimasukkan dalam syllabus sukatan pelajaran.

Soalan saya, akhir-akhir ini kebanyakan orang dewasa berumur 40 tahun, 50 tahun, 60 tahun dan 70 tahun, kebanyakan mereka mempunyai masalah kesihatan yang kritikal. Jadi, adakah pihak Kementerian Kesihatan mempunyai perancangan dan juga penjelasan kepada orang-orang dewasa ini, bagaimanakah mereka boleh menjalani gaya hidup yang sihat dan juga pemakanan yang sihat khususnya kepada orang-orang dewasa? Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Terima kasih Yang Berhormat. Ini soalan yang

sangat baik saya kira kerana ini pihak kementerian bersama-sama dengan tujuh kementerian lain, kita mengadakan program mencegah penyakit-penyakit tidak berjangkit atau NCD. Kita ada national strategic plan untuk NCD, maknanya untuk non communicable disease atau penyakit-penyakit yang tak berjangkit termasuklah kencing manis, darah

tinggi, kolesterol, strok dan sebagainya. Setakat ini, memang Malaysia sebuah negara yang paling gemuk di rantau ini, ASEAN. Yang kedua, Singapura.

■1040

Sekarang ini kadar obesiti di negara ialah 15.1 peratus daripada penduduk-penduduk yang lebih daripada 18 tahun ke atas. Jadi, kita adakan program ini. Yang sekarang ini berjalan ialah tentang KOSPEN Tuan Yang di-Pertua. KOSPEN satu program yang kita jalankan sebagai satu National Blue Ocean Strategy. Kita bersama-sama dengan KKLW dengan Belia, Rukun Tetangga dan sebagainya. Kita turun bersama terutama yang sekarang ini berjalan ialah kerjasama dengan KEMAS dan juga Rukun Tetangga.

8 DN 16.4.2015

Kita turun, kita latih sukarelawan-sukarelawan di peringkat kampung, di peringkat

persatuan penduduk dan sebagainya. Hari ini sudah ramai. Hampir 3,000 locality yang kita sudah buat dan hampir 14,000 volunteers ataupun sukarelawan yang kita latih. Mereka ini pun sudah pergi merata tempat dan mereka periksa, membuat saringan kesihatan bagi penduduk di keliling mereka.

Kita juga supply peralatan, perkakasan untuk check glucose, check cholesterol, check blood pressure dan sebagainya. Kalau you dapati ada abnormality bermakna darah tinggi atau pun kencing manis kita akan rujuk mereka ke klinik yang dekat atau pun hospital yang dekat. Dengan cara itu kita dapat mencegah penyakit yang tidak berjangkit ini.

Sebab kita dapati bahawa di Malaysia ini sebab-sebab kematian akibat penyakit yang tidak berjangkit di hospital kerajaan ialah yang paling tinggi 73 peratus akibat daripada penyakit-penyakit yang tidak berjangkit iaitu kencing manis, darah tinggi, strok, kanser dan sebagainya. Ini kita boleh mencegah. Jadi, program ini dia memakan masa tetapi nampaknya sudah ada kejayaan Tuan Yang di-Pertua.

Kalau kita lihat National Health Survey Tuan Yang di-Pertua pada tahun 1996, kadar obesiti 4.4 peratus. Bila buat survey sekali pada 10 tahun kemudian pada tahun 2006 ia meningkat laju 14 peratus. Akan tetapi apabila kita buat survey lagi lima tahun kemudian pada tahun 2011 National Health Survey, peningkatan hanya 1 peratus sahaja. Jadi, 15.1

peratus maknanya ada kejayaan. Bermakna kita dapat mengurangkan kadar kenaikan obesiti. Masih lagi bertambah tetapi kadarnya telah pun menurun Tuan Yang di-Pertua dan usaha ini akan kita teruskan. Terima kasih.

4. Tuan Chong Sin Woon minta Menteri Pendidikan menyatakan, langkah-langkah

pemilihan bakal calon-calon mahasiswa ke Universiti Awam (UA) lepasan STPM dan matrikulasi melalui sistem UPU berdasarkan kriteria akademik dan ko-kurikulum, serta statistik pemilihan berdasarkan kumpulan etnik bagi pengambilan 2015.

Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin]:

Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Chong Sin Woon atas soalan yang berkaitan dengan pemilihan pelajar ke universiti awam. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum kemasukan ke semua institusi pendidikan tinggi awam atau (IPTA) adalah berdasarkan prinsip meritokrasi di mana markah merit calon yang berjaya untuk ditawarkan adalah berasaskan 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.

Berdasarkan prinsip meritokrasi hanya calon atau pemohon yang memperoleh markah merit tertinggi layak dipertimbangkan dan ditawarkan tempat di IPTA tanpa mengira etnik, agama, jantina, keturunan, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal. Selain itu, calon atau pemohon juga mesti memenuhi syarat am universiti, syarat khas program pengajian, kriteria-kriteria pemilihan yang telah ditetapkan oleh Senat Universiti tertakluk kepada bilangan tempat yang mampu disediakan oleh IPTA dengan mengambil kira nisbah pensyarah dan pelajar, kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), kemudahan tempat latihan praktikal serta peruntukan yang sedia ada di IPTA.

Permohonan ke universiti awam bagi lepasan SPTM, matrikulasi dan yang setaraf dengannya bagi sesi 2015 dan sesi 2015/2016 telah dibuka dari Januari sehingga 12 April 2015 dan proses pemilihan untuk penawaran sedang dilaksanakan dan akan diumumkan pada bulan Ogos 2015. Sekian, terima kasih.

Tuan Chong Sin Woon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tidak dapat dinafikan

bahawa pengambilan pelajar universiti lepasan STPM dan matrikulasi satu perbandingan antara apple and orange di mana pelajar lepasan STPM perlu melalui pengajian selama dua tahun tetapi pelajar matrikulasi hanya satu tahun. Saya dimaklumkan bahawa pengiraan kokurikulum untuk pelajar lepasan matrikulasi adalah lebih tinggi daripada pelajar lepasan STPM di mana setiap aktiviti yang dilalui oleh pelajar matrikulasi dikira sebagai aktiviti peringkat kebangsaan.

Manakala pelajar-pelajar STPM di sekolah menengah apabila mereka mengambil tempat untuk aktiviti hanya dikira sebagai peringkat sekolah ataupun peringkat daerah. Jadi, kita lihat bahawa kebanyakan pelajar yang berjaya memasuki ke jurusan yang kritikal pelajar lepasan matrikulasi. Jadi, soalan saya ialah apakah tindakan atau langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk menyelesaikan masalah tidak sama rata, tidak adil di antara pelajar lepasan matriks dan pelajar lepasan STPM. Terima kasih.

DN 16.4.2015 9

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Yang Berhormat Senator, saya

masih ingat bahawa soalan ini sudah dikemukakan pada tahun yang lalu dan jawapan saya adalah sama di mana matrikulasi dan STPM adalah dalam satu konsep dan dalam satu bentuk di mana kita memberi persediaan kepada pelajar-pelajar masuk ke universiti.

Ini satu program prauniversiti dan walaupun pelaksanaan atau pun system delivery

adalah tidak sama tetapi konsepnya adalah sama untuk memberi persediaan kepada pelajar masuk ke universiti.

Tuan Chong Sin Woon: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta jawapan

tentang spesifik kokurikulum. Dahulu tanya sebab takrif ataupun jumlah waktu tetapi sekarang specific on kokurikulum, pengiraan mereka.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Kokurikulum seperti yang saya

sudah jawab ambil bahawa 90 peratus diambil kira untuk akademik dan 18 peratus untuk kokurikulum. Di sini saya juga boleh sampaikan kepada Yang Berhormat Senator bahawa aktiviti kokurikulum bukan dapat dijalankan di peringkat sekolah sahaja.

Kokurikulum aktiviti juga dapat dijalankan di peringkat daerah, peringkat negeri, peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa. Memang penglibatan ini diambil kira dalam penilaian atau dalam assessment apabila pelajar memohon untuk memasuki universiti. Jadi, pandangan atau persepsi Yang Berhormat Senator bahawa aktiviti kokurikulum hanya dikendalikan di peringkat sekolah atau daerah tidak betul kerana ada pelajar-pelajar yang mencapai sampai tahap peringkat antarabangsa juga. Sekian, terima kasih.

Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya mohon Menteri menjelaskan matlamat asal mengenai penubuhan matrikulasi ini kerana sejak akhir-akhir ini matlamat ini tidak berapa jelas kepada mereka kerana soalan yang banyak kali ditanya. Yang ini saya perlukan penjelasan.

Keduanya, apakah bantuan kepada pelajar-pelajar matriks bentuk kewangan yang masuk ke matriks ini? Itu sahaja soalan saya. Terima kasih.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Yang Berhormat Senator, matlamat

asal untuk mewujudkan matrikulasi adalah untuk memberi galakan kepada pelajar bumiputera untuk masuk aliran sains.

■1050

Kelayakan untuk masuk matrikulasi berdasarkan dengan empat mata pelajaran iaitu pelajar yang memohon untuk masuk matrikulasi mesti memperoleh markah yang tinggi dalam beberapa mata pelajaran iaitu Matematik, Additional Math, dengan izin, Kimia dan salah satu subjek sama ada Fizik atau Biologi. Jadi inilah matlamat yang asal penubuhan matrikulasi.

Seperti yang saya sudah beritahu bahawa memang ini satu program untuk memberi persediaan kepada pelajar-pelajar untuk masuk ke universiti yang akan major, dengan izin, dalam bidang sains atau engineering, dengan izin, kejuruteraan atau perubatan pergigian. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan

pertanyaan yang kelima, Yang Berhormat Dato’ Roslin. Oleh sebab dia tidak adapun...

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Ya, kenapakah Datuk?

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Dia meminta wakilkan dengan saya Tuan Yang

di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ada dia wakilkan?

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Ya, ya, dia meminta maklum. Tuan Yang di-

Pertua,

Pergi membeli ikan serama, Saya wakil Dato’ Roslin, nombor lima.

10 DN 16.4.2015

Terima kasih.

5. Datuk Hajah Noriah binti Mahat [Di Bawah P.M.23(2)] minta Perdana Menteri

menyatakan, jumlah pelarian mengikut negara asal mereka yang berdaftar dengan UNHCR dan apakah hak dan perlindungan ke atas mereka sementara mereka masih berada di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan

Yang di-Pertua, terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Yang di-Pertua yang membenarkan wakil. Semoga ia menjadi amalan yang cukup baik di masa akan datang.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pelarian UNHCR di Kuala Lumpur sehingga 28 Februari 2015, terdapat 151,770 orang pemohon Suaka dan pelarian berdaftar dengan UNHCR.

Pecahannya adalah seperti berikut. Saya baca yang penting Tuan Yang di-Pertua.

Negara Pemohon Suaka Pelarian

Myanmar (140,642) 47,323 93,919

Afghanistan 200 198

Iran 306 259

Iraq 276 581

Pakistan 955 244

Palestin 155 288

Somalia 263 838

Sri Langka 2,471 1,597

Syria 503 462

Yemen 312 46

Lain-lain Negeri, saya tak sempat baca sempat baca sebab terlampau panjang. Uzbekistan, Sudan, kemudian Mali pun ada, Liberia, Indonesia, Mesir, China, Cambodia, Bangladesh. Ini mereka yang datang sini sebagai pelarian dan juga pemohon Suaka.

Kerajaan tidak mengiktiraf status pelarian dan pemohon suaka memandangkan Malaysia bukan negara pihak konvensyen mengenai status pelarian 1951 ataupun protokol status pelarian 1967. Justeru itu pelarian dan pemohon suaka tidak berhak untuk mendapatkan hak-hak sebagaimana yang diperuntukkan dalam konvensyen dan juga protokol tersebut.

Walau bagaimanapun, atas dasar kemanusiaan kerajaan membenarkan pelarian yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memegang kad UNHCR yang sah untuk tinggal sementara di negara ini sehingga pulang ke negara asal atau dihantar ke negara ketiga.

Pada dasarnya, pelarian di Malaysia tidak dinafikan, kebebasan bergerak dan tidak ditahan melainkan terlibat dengan aktiviti yang melanggar undang-undang. Yang keduanya, tidak akan dihantar kembali ke negara asal selari dengan prinsip non refoulement melainkan secara sukarela, voluntary return.

Ketiga, tidak dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan di hospital, klinik kerajaan dengan diberi potongan caj sebanyak 50 peratus daripada kadar yang dikenakan ke atas golongan ekspatriat. Vaksinasi kepada kanak-kanak diberikan secara percuma.

Yang keempat, tidak disekat untuk mendapat kemudahan pelajaran di sekolah swasta. UNHCR sebagai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menentukan status dan memberikan kad UNHCR kepada pelarian bertanggungjawab untuk menjaga sara hidup harian, kebajikan, tempat perlindungan, kesihatan, pendidikan dan sebagainya kepada pelarian yang tinggal sementara di Malaysia selaras dengan perundangan dan peraturan negara yang berkuat kuasa.

Kerajaan sentiasa menggesa pihak UNHCR untuk mempercepatkan penghantaran pulang pelarian ini ke negara asal atau ke negara ketiga khususnya dari Myanmar kerana ia menimbulkan pelbagai masalah daripada segi ekonomi, sosial, ketenteraman awam dan juga keselamatan.

DN 16.4.2015 11

Kerajaan juga menggesa UNHCR untuk meneliti semula status kad UNHCR

pelarian sedia ada memandangkan terdapat individu yang tidak lagi menepati syarat-syarat sebagai pelarian di mana mereka lebih merupakan migran ekonomi. Terima kasih.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang

menjawab sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana kita maklum, sekarang ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan tempat kerusi Pengerusi UNESCO. Salah satu usaha UNESCO memberi pendidikan terbaik kepada setiap orang. Soalan saya, apakah selepas ini Malaysia membuka seluas-luasnya kepada keluarga pelarian UNHCR ini untuk mendapat pendidikan di institusi pendidikan awam di negara kita? Terima kasih.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat sedia maklum, kalau kita buka gate, air akan mengalir masuk dengan derasnya. Sekarang ini dalam keadaan sekarang di mana mereka ini dibenarkan untuk belajar di sekolah swasta. Akan tetapi kehadiran mereka bukan masalah itu, tetapi kehadiran mereka mengancam masalah keselamatan kita. Sebagai contohnya, sebahagian daripada mereka berada di Cameron Highlands, 3,000 lebih. Saya tak dapat angka yang terkini tetapi saya sudah umum di Parlimen bahawa mereka berada di Cameron Highlands. Maka mereka sebahagian daripada orang yang membotakkan Cameron Highlands.

Mereka berada di beberapa buah negeri termasuk negeri Perlis. Mereka menimbulkan masalah kepada orang tempatan. Mula-mula datang memang baik, tetapi sudah nak nampak kuat sikit, sudah mula menunjukkan kesamsengan yang luar biasa, sebagai contoh. Jadi kehadiran mereka banyak menimbulkan masalah daripada segi keselamatan dan juga ketenteraman awam serta masalah sosial dengan orang tempatan. Benda ini harus dibincangkan. Kita tidak boleh tunggu lama kerana kehadiran mereka di sini sudah sampai ke tahap yang begitu lama.

Sudah sesetengahnya, anaknya telah beranak cucu lagi. Dia sudah mempunyai cucu dan berpuluh-puluh tahun berada di sini, padahal Malaysia bukan negara anggota. Negara anggota ialah Cambodia dan juga Filipina. Mereka tak pergi ke sana. Mereka datang ke sini yang kita bukan anggota, dia datang ke sini.

Jadi saya bertanya kepada pegawai tadi, kenapakah mereka datang ke sini? Mereka tak suka pergi ke negara yang menjadi anggota, mereka suka datang ke Malaysia. Kerana apa suka datang ke Malaysia? Beginilah, orang Malaysia begitu lemah lembut, peramah, menerima sesiapa sahaja yang masuk. orang luar buat kerja, kita tak buat kerja. Akhirnya, macam-macam masalah timbul. Jadi kita lebih mengambil pendekatan bahawa mereka tidak boleh berada di sini kecuali ada satu perjanjian tertentu yang dibuat yang saya rasa mungkin perundingan sedang dibuat.

Saya sebagai orang yang menguatkuasakannya, tak boleh duduk di sini, kena balik ke negara masing-masing sebab ini jumlah untuk orang Myanmar. Kita belum dapat lagi jumlah orang-orang lain yang berada di sini. Sudah di angka berjuta-juta orang yang menimbulkan masalah kepada orang tempatan. Ahli-ahli Dewan Negara yang hadir di sini pun kalau tanya tiap-tiap orang akan menceritakan pengalaman masing-masing di mana mereka pergi di negara ini penuh dengan orang asing. Terima kasih.

■1100

Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab. Saya hendak bangkitkan kerana baru-baru ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan terutamanya UNHCR menunjukkan statistik bahawa 80 peratus daripada pelarian di seluruh dunia adalah daripada kalangan orang Islam. Dalam konteks di Malaysia tadi, Yang Berhormat Menteri menyebut Myanmar, tetapi saya hendak fokuskan kepada etnik Rohingya yang dilaporkan oleh media massa sekitar 80,000 orang yang berada di sini semenjak tahun 80-an. Mereka ini ditindas oleh negara mereka sendiri, dirobek hak asasi manusia dan ditindas begitu malang sekali.

Cuma isunya mereka sudah berada di sini 80-an dan anak-anak mereka seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi mereka tidak dibenarkan bekerja, mereka tidak dibenarkan untuk mendapatkan pendidikan, mereka tidak dibenarkan untuk mendapatkan perkara-perkara yang sebagai asas kemanusiaan wajar untuk didapati. Isunya kalau mereka 80-an hari ini anak-anak mereka sudah 30-an berada di negara kita tanpa ada pembelaan, tanpa ada pendidikan dan sebagainya.

12 DN 16.4.2015

Atas dasar kemanusiaan dan atas asas ukhuwah Islamiah, kerana mereka ini

saudara seislam, adakah kerajaan tidak memikirkan bagaimana untuk menangani etnik Rohingya ini yang diperlakukan sebegitu rupa untuk memastikan bahawa anak-anak mereka ini terbela daripada segi pendidikannya, daripada segi akses kepada kebajikan dan juga soal keagamaan. Yang ini saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Dato' Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar bahawa

mereka ini telah diberi layanan lebih teruk daripada binatang di mana mereka dibunuh, rumah dibakar padahal mereka ini hal negara mereka. Kita tidak mahu campur tangan. Jadi mereka dihina. Malah kalau ikut laporan-laporan daripada semua pihak bahawa bangsa yang paling teruk dianiaya dan dihina ialah orang Rohingya. Semua akhbar dan majalah menyebut demikian rupa. Akan tetapi bila datang ke Malaysia ini orang Rohingya lari ke sini, orang yang bunuh Rohingya pun datang ke sini. Jadi saya baca angka. Saya tidak mahu sebut. Saya tahu kumpulan mana yang terlibat dengan pembunuhan di sana di samping pihak-pihak tertentu yang saya tidak mahu sebut hal ini kerana ini hal negara mereka dan presiden mereka pun telah melawat di sini.

Di antara orang yang datang untuk mencari perlindungan di Malaysia ialah etnik Chin 20,926 orang mencari suaka dan 28,873 orang ataupun 49,799 orang semua. Orang Rohingya ini angka rasmi 13,294 orang mencari suaka dan 31,876 orang. Jumlahnya ialah 45,170 orang. Ini angka rasmi kita tapi kita tahu bahawa Malaysia ini angka rasmi yang kita tahu tapi yang lain masuk dan kita tidak tahu pun begitu ramai. Demikian juga orang-orang Islam. Disebut ini ada orang Rohingya orang Islam.

Saya tidak tahu macam mana dia beza. Yang berada di sini ialah 12,339 orang. Kemudian etnik-etnik lain termasuklah etnik harakan ataupun Rakhine, Mon, Karen, Kachin, Bama, Shan dan antara mereka ini memang bergaduh dengan orang Rohingya di sana, dan mereka juga lari ke sini untuk mencari suaka politik dan juga sebagai pelarian.

Buat masa sekarang kerajaan masih lagi dengan pendirian bahawa mereka berada di sini sebagai pemegang kad UNHCR sahaja dan kerana kita bukan ahli kepada UNHCR tadi. Jadi kalau sekiranya mereka hendak belajar di sekolah swasta mereka boleh berbuat demikian. Akan tetapi mereka tidak dibenarkan untuk belajar di sekolah kebangsaan ataupun sekolah awam. Ini keputusan yang ada sekarang. Di pihak kami, di pihak saya sendiri tidak boleh berbuat apa-apa.

Sekarang ini kita bukan menghadapi masalah ini, masalah lain. Masalah kad ini pun sekarang mula dikeluarkan di Myanmar. Ada kad ini dikeluarkan di sana, lepas itu mereka datang ke sini. Ada kes orang pelarian ini dibawa ke sebuah negara jiran, negara jiran hambat mereka itu. Jadi akhirnya mereka datang ke sini. Kita terima padahal mereka patut pergi ke negara iaitu Philippines ataupun Cambodia. Itu negara anggota yang mereka boleh pergi. Tidak,mereka datang ke Malaysia walaupun Malaysia bukan ahli.

Jadi Malaysia ini walaupun bukan ahli tapi layanan yang diberi kepada orang asing di sini luar biasa termasuklah orang-orang Myanmar. Cuma daripada segi pendidikan itu kita masih lagi pegang polisi bahawa mereka tidak boleh belajar di sekolah awam tetapi mereka boleh belajar di sekolah swasta ataupun di universiti swasta ataupun di mana-mana tempat yang dianjurkan oleh NGO. Itu keputusan kita.

Itu kira simpati yang luar biasa itu ialah dengan kita tidak memberi mereka tempat untuk tinggal di sini tetapi masalah besar orang asing di Malaysia ini siapa sahaja mereka sebelum datang mereka dengan lemah lembut, angkat-angkat tangan, tabik dan sebagainya. Akan tetapi bila sudah kuat, ekonominya sudah hebat mereka telah jadi manusia yang lain. Di tempat mereka undang-undang ketat, di sini undang-undang bagus, jadi mereka kadang-kadang menimbulkan masalah daripada segi keselamatan termasuk kesamsengan yang luar biasa. Terima kasih.

6. Dato' Dr. Johari bin Mat minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

menyatakan, sejauh mana jaminan yang diberikan oleh pihak Kementerian dalam usaha membantu meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat tempatan dalam mengembangkan persaingan perdagangan.

DN 16.4.2015 13

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dato’ Lee Chee

Leong]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa komited dalam usaha membantu syarikat-

syarikat tempatan meningkatkan keupayaan mereka untuk bersaing bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi juga di pasaran antarabangsa.

Bagi mencapai hasrat ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui agensi-agensi di bawah kementerian ini telah melaksanakan pelbagai program dan memberi insentif bagi meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat tempatan untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Di antara program-program yang telah dilaksanakan seperti berikut:

program meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat tempatan untuk mengeksport produk-produk mereka ke pasaran antarabangsa. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di bawah program ini termasuk: - mengadakan aktiviti promosi perdagangan di luar

negara seperti pameran perdagangan, misi perdagangan dan pelaburan, misi jualan khusus dan sesi pertemuan perniagaan dengan pembeli-pembeli dari luar negara;

- melaksanakan inisiatif baru kepada pengeksport Malaysia untuk memasuki pasaran antarabangsa melalui program Go-Ex, E-Trade dan Mid-Tier;

- menyediakan bantuan kewangan kepada syarikat-

syarikat tempatan untuk membiayai kos promosi eksport bagi produk dan perkhidmatan mereka menerusi geran pembangunan pasaran (MDG);

- mengadakan program khas untuk membangun dan membantu syarikat-syarikat tempatan menembusi pasaran antarabangsa melalui Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera, Program Pembangunan Pengeksport Wanita dan Program Pembangunan Pengeksport Belia;

- menjalankan aktiviti membimbing pengeksport melalui program-program yang dianjurkan oleh MATRADE iaitu seminar, bengkel dan taklimat kepada syarikat-syarikat tempatan mengenai peluang-peluang pasaran di luar negara;

- kemahiran pemasaran antarabangsa, peraturan perdagangan, dokumentasi eksport, pembangunan jenama dan insentif-insentif yang disediakan dan tatacara pembiayaan eksport dan mewujudkan ruang pameran tetap iaitu Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC) di MATRADE untuk membolehkan syarikat-syarikat mempamerkan barangan dan perkhidmatan mereka.

■1100

Penubuhan Dana Strategik, Pelaburan Domestik (DISF) yang dilancarkan pada tahun 2012 berjumlah RM1 bilion bagi menyediakan pembiayaan dalam bentuk geran setara atau matching grant. Objektif utama geran ini adalah bagi membolehkan syarikat-syarikat tempatan:

- menceburi industri yang bernilai tambah tinggi, menggunakan teknologi yang termaju, intensif pengetahuan dan inovatif. Antara industri yang terpilih adalah aeroangkasa, farmaseutikal, elektronik termaju, peralatan perubatan, jentera dan peralatan, tenaga boleh diperbaharui dan industri perkhidmatan.

14 DN 16.4.2015

- menjadi lebih berdaya saing dalam ekosistem industri-

industri yang terpilih di peringkat serantau dan global; dan

- meningkatkan keupayaan syarikat ke tahap keupayaan maksimum selaras dengan agenda mempertingkatkan pelaburan di bawah program transformasi ekonomi.

menyediakan insentif bagi meningkatkan daya saing syarikat termasuk galakan dengan kadar tetap 20 peratus ke atas kos pengambilan atau acquisition cost bagi setiap tahun selama lima tahun bagi syarikat-syarikat kecil dalam sektor perkhidmatan yang bergabung menjadi satu entiti yang lebih besar.

Program meningkatkan keupayaan dan kapasiti perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Di antara program-program khusus yang dilaksanakan bagi membantu PKS adalah seperti berikut:

- Business Accessory the Programme dan Enrichment and Enhancement Programme bagi membantu pertumbuhan

PKS secara menyeluruh dan bersepadu;

- Skim Persijilan National Mark of Malaysia Brand yang mengiktiraf produk dan perkhidmatan jenama Malaysia bagi membolehkan mereka meluaskan pasaran di dalam dan luar negara;

- Programme Innovation Certification for Enterprise Rating and Transformation bagi mengenal pasti PKS yang berinovasi dan berdaya maju menjadi syarikat bertaraf global. Melalui program ini syarikat akan dibantu melalui insentif polisi laluan hijau yang merangkumi rebat faedah pinjaman dan pengecualian duti bagi pinjaman yang diluluskan di bawah institusi kewangan terpilih;

- Programme Green LED/SSL bagi membantu PKS

meningkatkan kapasiti dan keupayaan serta pematuhan kepada persijilan antarabangsa dan seterusnya membolehkan mereka berjaya di peringkat global;

- program mentor PKS yang dilaksanakan oleh SME Corp Malaysia dengan kerjasama Halal Industry Development Corporation (HDC) dan Nestle Malaysia bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman PKS mengenai amalan terbaik dalam pengurusan berkaitan halal di premis perniagaan, aspek pengeluaran, pemasaran dan produktiviti melalui perkongsian pengalaman dengan Nestle; dan

- Program Panel Penasihat Bakal PKS yang diperkenalkan bagi membolehkan tenaga-tenaga pakar yang terlah bersara dari industri dan agensi-agensi kerajaan yang khusus, menyumbangkan kepakaran mereka melalui khidmat nasihat teknikal dan perniagaan kepada PKS bertujuan untuk meningkatkan keupayaan syarikat PKS.

Tuan Yang di-Pertua, melalui usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan lagi kecekapan dan proses memudah cara perniagaan, Malaysia telah berjaya menduduki tangga ke-18 di dalam laporan Doing Business 2015 yang dikeluarkan oleh Bank Dunia. Kedudukan ini adalah lebih baik daripada kedudukan tangga ke-20 yang diperoleh oleh Malaysia pada tahun 2014.

Justeru itu ingin saya nyatakan di sini bahawa usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sehingga kini telah berjaya membantu syarikat-syarikat tempatan meningkatkan keupayaan mereka untuk bersaing bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi juga di pasaran antarabangsa. Sekian, terima kasih.

DN 16.4.2015 15

Dato’ Dr. Johari Bin Mat: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima

kasih banyak kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberi jawapan yang panjang lebar dan kita boleh tahu program telah dijalankan oleh kementerian di dalam meningkatkan syarikat-syarikat supaya lebih berdaya maju di peringkat antarabangsa dan juga tempatan.

Daripada penerangan yang telah diberikan tadi saya ingin bertanya soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, setelah usaha-usaha yang begitu banyak bagaimana sambutan yang telah diberikan oleh syarikat-syarikat tempatan? Kalau kita boleh tengok, berapa peratus sambutan yang telah diberikan? Begitu juga saya ingin tahu daripada pencapaian bumiputera secara khusus berhubung dengan program yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Dato’ Lee Chee Leong: Tuan Yang di-Pertua, mengenai soalan sambutan dan

peratusan kejayaan, saya akan ambil contoh yang di kendali oleh SME Corp Malaysia. Bagi program Business Accelerated Programme di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh

sehingga Februari 2015, sejumlah 628 PKS telah dipimpin di bawah program BAP dan E2 dengan dana berjumlah RM106.3 juta untuk pelbagai aktiviti penambahbaikan keupayaan syarikat.

Bagi program Skim Persijilan National Mark of Malaysian Brand sehingga kini

sejumlah 104 buah syarikat telah mendapat pengiktirafan ini dan daripada jumlah tersebut 23 buah syarikat telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Bagi program Innovation Certification for Enterprise Trading and Transformation sebanyak 86 buah syarikat PKS telah diiktiraf di bawah program ini dan daripada jumlah tersebut 32 buah syarikat telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Bagi program Green LED/SSL sebanyak 10 buah syarikat telah dipimpin di bawah program ini dan daripada jumlah tersebut lima buah syarikat telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa bagi tahun 2014. Jualan keseluruhan bernilai RM88 juta telah berjaya dicatatkan oleh 10 buah syarikat ini, manakala sebanyak 32 buah produk telah mendapat persijilan antarabangsa yang berkaitan.

Bagi program Mentor PKS, SME Mentoring Programme mula dilaksanakan pada tahun 2010 dan sehingga Disember 2014 sebanyak 17 sesi telah diadakan dengan penyertaan sebanyak 352 orang peserta daripada 243 buah syarikat PKS seluruh negara. Bagi Program Panel Penasihat Pakar PKS, sejak program ini dilancarkan pada tahun 2005 seramai 63 orang pakar dilantik dan sebanyak 115 PKS telah dipimpin dalam pelbagai bidang antarabangsa. Sekian, terima kasih.

■1120

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertanyaan saya ialah apakah dengan termeterainya nanti TPPA, akan ada kesan terhadap syarikat-syarikat tempatan terutama syarikat-syarikat bersaiz sederhana dan kecil? Terima kasih.

Dato’ Lee Chee Leong: Tuan Yang di-Pertua, daripada isu TPPA ini, ia masih

dalam perundingan. Proses perundingan masih berlanjutan, belum selesai lagi.

7. Datuk Dr. Lucas bin Umbul minta Perdana Menteri menyatakan, adakah sasaran

90 peratus e-Pembayaran dapat dicapai menjelang penghujung tahun ini dan apakah langkah kementerian dalam menggalakkan orang ramai menggunakan sistem ini berbanding sistem kaunter atau konvensional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Joseph Entulu anak Belaun]: Tuan

Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas. Sebelum saya menghuraikan fakta-fakta untuk menjawab soalan ini, ingin saya terangkan supaya lebih tepat apa yang dibuat oleh kerajaan. Kita bukan sahaja hendak menyediakan e-Pembayaran tetapi sebenarnya e-Perkhidmatan. Jadi soalan saya menjawab tentang e-Perkhidmatan kerana ia merangkumi e-Pembayaran.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, kerajaan telah menyediakan perkhidmatan secara dalam talian sebagai salinan alternatif untuk rakyat dan komuniti perniagaan, berurusan secara dalam talian pada bila-bila masa dengan agensi-agensi kerajaan.

16 DN 16.4.2015

Inisiatif e-Pembayaran adalah sebahagian daripada perkhidmatan dalam talian

yang memberikan kemudahan kepada rakyat dan komuniti perniagaan, melakukan pembayaran transaksi secara elektronik. Sasaran 90 peratus adalah bagi perkhidmatan dalam talian. Secara keseluruhan ia merangkumi pertanyaan, permohonan atau pembayaran. Secara keseluruhannya, status perkhidmatan dalam talian kerajaan sehingga 31 Disember 2014 sebanyak 78.56 peratus yang melibatkan 10,734 perkhidmatan, berbanding 13,663 perkhidmatan yang disediakan oleh agensi sektor awam.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator juga, sehingga 16 Februari 2016, status pencapaian perkhidmatan dalam talian peringkat persekutuan sebanyak 84.04 peratus daripada jumlah perkhidmatan sebanyak 7,922. Perkhidmatan dalam talian yang masih dalam perancangan agensi Kerajaan Persekutuan sebanyak 2.49 peratus. Manakala bagi status pencapaian perkhidmatan dalam talian peringkat negeri pula, sehingga 16 Februari 2016 sebanyak 71 peratus daripada jumlah perkhidmatan sebanyak 5,741. Perkhidmatan dalam talian yang masih dalam perancangan agensi negeri sebanyak 2.14 peratus.

Bagi memastikan sasaran 90 peratus perkhidmatan dapat dicapai menjelang penghujung tahun 2015, kerajaan telah dan sedang melaksanakan pelbagai program untuk menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan dalam talian berbanding dengan penggunaan sistem kaunter atau konvensional. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan seperti berikut.

(i) mengadakan sesi engagement secara terus dengan kumpulan sasar iaitu pengguna bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan dalam talian;

(ii) pelbagai program out diadakan. Antaranya klinik perkhidmatan dalam talian ataupun sesi konsultasi, pameran, bengkel dan road show, promosi melalui media cetak, elektronik dan media baru melalui video, iklan, buletin, brochure, flyers, bunting, bootstrap;

(iii) agensi-agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan dalam talian disarankan menyediakan sudut ICT untuk membimbing pelanggan atau pengguna menggunakan perkhidmatan dalam talian;

(iv) kerajaan menyediakan saluran alternatif seperti kiosk dan aplikasi mobil; dan

(v) mengurangkan bilangan kaunter di agensi. Perkhidmatan pembayaran melalui kaunter masih diteruskan bagi memudahkan rakyat yang tinggal di luar kawasan liputan internet yang tidak mempunyai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi untuk berurusan dengan agensi-agensi kerajaan.

Terima kasih.

Datuk Dr. Lucas bin Umbul: Terima kasih kepada jawapan yang baik daripada

Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, berapakah jangkaan pinjaman penjimatan kos daripada segi sumber tenaga dan kewangan kerajaan sekiranya sasaran 90 peratus e-Pembayaran ini dapat dicapai kelak? Adakah terdapat sebarang diskaun atau insentif kepada pelanggan yang berurusan dengan kerajaan menggunakan sistem e-Pembayaran ini? Sekiranya ada, berapa lamakah tempoh diskaun tersebut terpakai? Sekian, terima kasih.

Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat

Senator. Saya tidak sempat membuat pengiraan di sini. Ini dia. Revenue yang diharapkan disebabkan penggunaan e-Perkhidmatan ini, sebanyak RM211 juta. Saya bagi angka kepada Yang Berhormat Senator nanti. Ada dengan saya di sini.

Tentang diskaun, insentif yang kita bagi ialah secara amnya, kalau transaksi yang dibuat itu hasilnya ialah kerajaan mendapat revenue, jadi fi ataupun apa sahaja bayaran yang dikenakan ke atas transaksi tersebut akan dibayar oleh kerajaan, daripada kutipan itu. Kalau ia bukan memberikan revenue kepada kerajaan, itu mengikut- macam bank, dia mengenakan caj dia sendiri dan sebagainya but as a general guideline, macam itulah. Berdasarkan ada revenuekah atau tidak ada revenuekah kepada kerajaan. Sekian, terima kasih.

DN 16.4.2015 17

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima

kasih kepada pihak Yang Berhormat Menteri yang menjawab. Saya rasa ini satu galakan yang sangat baik, perkhidmatan yang baik. Cuma soalan saya, sebagaimana yang kita tahu pada masa ini, daripada aspek keselamatan. Jadi kita ada banyak perkara jenayah melalui siber. Jadi, bagaimanakah kementerian dapat memastikan bahawa e-Perkhidmatan ini atau e-Pembayaran ini dapat dilaksanakan dengan lebih selamat? Kedua, bagaimanakah untuk pengguna-pengguna di kawasan luar bandar? Jadi, apakah langkah-langkah kerajaan untuk membantu agar mereka juga dapat memanfaatkan e-Perkhidmatan ini? Terima kasih.

Datuk Joseph Entulu anak Belaun: Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Tentang sekuriti ini, MAMPU sebenarnya yang banyak membuat kerja tentang menentukan sekuriti dalam transaksi online ini. Saya difahamkan mereka memang begitu peka ataupun sangat prihatin tentang masalah ini. Saya difahamkan sekarang sudah ditingkatkan daripada segi sekuriti Apabila kalau ada teknologi baru untuk menambahbaikkan sekuriti ini, MAMPU memang terus secepat mungkin menggunakan sistem tersebut.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

■1130

Jadi sistem sekuriti kita setakat ini, mungkin dibandingkan dengan mana-mana negara. Tentang bantuan kepada orang luar bandar, kita tahu orang luar bandar kebanyakannya ada yang kurang celik tentang ICT. Oleh yang demikian kita menyeru agar semua agensi yang telah mengendalikan sistem online ini masih menyediakan sistem kaunter ataupun sistem konvensional. Akan tetapi di samping itu kita adakan- tadi saya sudah huraikan sebenarnya.

Satu daripadanya adalah jika orang itu tidak fobia kepada ICT walaupun ia tidak berpelajaran tinggi, dia boleh pergi ke sudut. Kemungkinan agensi yang belum ada sudut ini, tetapi kita memang mengatakan kepada agensi-agensi yang telah mengendalikan sistem online ini, mesti diadakan sudut ICT supaya dibimbing orang-orang luar bandar ini kalau mereka datang untuk mendapat khidmat. Mudah-mudahan kalau sudah dibimbing macam itu, di mana ada capaian talian di luar bandar, dia boleh menggunakan mobile phonenya untuk membuat transaksi. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dengan jawapan itu tadi, masa setakat inilah dulu sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan kita pada hari ini. Seterusnya kita beralih ke sesi.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat.]

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1) saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 20 April 2015.”

Timbalan Yang di-Pertua: Ada sesiapa yang menyokong?

18 DN 16.4.2015

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

[Dato Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon

menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang

Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL

MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya;

“Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Ketiga Parlimen Yang Ketiga Belas.” [15 April 2015]

Timbalan Yang di-Pertua: Kita mulakan sesi perbahasan kita pada hari ini

dengan menjemput Yang Berhormat Dato' Dr. Johari bin Mat. Silakan Yang Berhormat.

11.33 pg.

Dato' Dr. Johari bin Mat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... [Membaca sepotong doa] Saya ingin merakamkan ucapan

terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut sama berbahas berhubung dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah yang telah menyampaikan Titahnya pada 9 Mac yang lalu dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ketiga Belas.

Tuan Yang di-Pertua, ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengandungi 14 halaman, yang merangkumi 27 perkara. Banyak perkara yang telah disentuh dan sarat dengan titah ucapan yang telah diberikan untuk Ahli-ahli Dewan kepada kita untuk memerhati dengan sepenuh-penuhnya dan memberi perhatian setingginya supaya semua ucapan itu dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Dalam perkara yang kita lihat, banyak perkara yang telah disentuh berhubung dengan kedudukan negara kita, yang paling penting ialah insan dan juga alam semesta. Insan merupakan unsur terpenting di dalam sebuah kehidupan dan alam semesta merupakan anugerah Allah yang diberikan untuk manusia guna pada sepanjang hidup mereka.

Dalam tahun yang lepas kita melihat banyak tragedi besar berlaku yang telah ditakdirkan dan tidak ada siapa yang dapat menolaknya. Peristiwa MH370 dan MH17 merupakan tragedi yang menyayat hati kepada kita sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. Begitulah juga peristiwa banjir besar yang disebut banjir kuning yang telah berlaku di akhir tahun lepas.

DN 16.4.2015 19

Dalam hubungan ini saya tengok, kita dapat mengetahui bahawa mahkamah telah membuat keputusan supaya waris MH370 dibayar pampasan. Namun begitu saya ingin mengetahui kedudukan daripada segi agama, daripada segi perundangan Islam, bagaimana kedudukan mereka dan apakah keputusan Mahkamah Syariah berhubung dengan kedudukan itu.

Adakah waris boleh membahagi pusaka mereka dan begitulah juga janda, boleh berkahwin atau sebagainya? Ini kerana saya belum mendengar apa-apa keputusan atau fatwa yang diputuskan setakat ini. Kalau sudah ada terima kasih, kalau belum ada saya ingin mendapat maklumat. Begitulah juga saya ingin mengetahui dasar kerajaan apabila berlaku satu-satu tragedi di luar negara seperti apa yang berlaku baru-baru ini, MH17. Adakah dasar negara kita, semua mayat akan dibawa pulang ataupun bagaimana? Di sini saya ingin mendapat maklumat daripada pihak kerajaan adakah ia dijadikan sebagai dasar untuk membawa pulang semua mayat yang telah terkorban dan atau bagaimana atau hanya ini sebagai satu keputusan biasa-biasa sahaja.

Saya juga ingin tahu pandangan Islam berhubung dengan perkara ini kerana membawa pulang mayat, dari jauh, ia dilihat sebagai bertentangan dengan penyegeraan mayat itu diuruskan. Dalam Islam ini ada tiga perkara yang perlu disegerakan. Pertama ialah apabila bertemu jodoh, cepat kahwin. Kedua, apabila askar berjalan, mesti kena cepat dan tangkas. Ketiga ialah apabila ada kematian, diurus dengan segera. Jadi apabila mayat ini dilihat berminggu-minggu dan kalau sekiranya tidak ada di sana halangan-halangan untuk dikebumikan, maka saya fikir ini bertentangan dengan konsep supaya menyegerakan.

Walau bagaimanapun saya ingin tahulah daripada segi pandangan para ulama, JAKIM sendiri dan pihak-pihak yang berwajib, adakah ia sebagai satu keputusan atau bagaimana? Begitulah juga saya ingin mendapat tahu juga daripada segi pandangan yang diberikan oleh pihak yang berwajib agama. Ada orang-orang yang meninggal di Kuala Lumpur umpamanya, terpaksa bawa ke negeri-negeri masing-masing dan bawa hanyalah untuk dikebumikan. Kalau sekiranya pada pandangan saya, ia tidak ada halangan untuk dikebumikan di Kuala Lumpur, maka tidak ada sebab mengapa diperlambat-lambatkan sehingga dibawa ke tempat yang jauh untuk dikebumikan.

Perkara yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pergi kepada nombor 11...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan

Yang di-Pertua, minta penjelasan ya. Ini bukan gangguan cuma saya berminat tentang ilmu agama ini. Boleh tanya sikit? Mempercepatkan pengebumian mayat ini ialah pandangan jumhur ulama, saya percaya. Akan tetapi boleh tidak Yang Berhormat namakan beberapa orang ulama tersohor ini sebagai panduan sebelum pihak JAKIM menjawabnya.

Dato' Dr. Johari bin Mat: Terima kasih Dato' Seri Shahidan. Saya bimbang juga

masa saya ini, takut habis ini tetapi kalau minta tambah tidak apalah.

■1140

Antara ulama yang tersohor dalam hal ini seperti al-Imam al-Nawawi. Kalau al-imam al-Nawawi ini dalam konteks Mazhab Shafie tersohor dan dia mengatakan tidak perlu dilengah-lengahkan pengebumian mayat kalau tidak ada sebab-sebab yang menyebabkan seperti masalah jenayah atau sebagainya. Kalau tidak ada sebab perlu disegerakan. Jadi begitu juga para ulama lain yang saya tidak ingat nama mereka tetapi jumhur ulama mengatakan perlu disegerakan supaya mayat itu disiap dengan cepat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya pergi kepada nombor 11. Kita akan berakhir Rancangan Malaysia Kesepuluh dan akan mengorak langkah kepada Rancangan Malaysia Kesebelas. Dalam hubungan ini saya ingin memberi pandangan bahawa dalam membuat Rancangan Malaysia Kesepuluh ini perlu diambil kira pandangan semua pihak terutamanya orang yang dapat memberi input seperti orang-orang yang mempunyai pendidikan dalam Pengajian Islam atau orang yang berpendidikan dalam agama. Ini kerana saya berharap apa-apa rancangan yang akan dibuat oleh kerajaan maka jangan lupa ada aspek pandangan para ulama. Saya hendak memetik apa yang telah berlaku GST.

GST ini apabila telah diisytiharkan baru dilihat ada pandangan ulama kemudian disebut walaupun mungkin itu telah dibincang sebelum itu.

20 DN 16.4.2015

Saya melihat perkara ini dalam semua perkara kena kita jangan lupa pandangan

para ulama dalam masalah ekonomi, dalam masalah apa-apa sahaja pun. Kerana kita tidak mahu, kita buat dahulu baru tanya ulama. Kita buat dahulu baru tanya hukum. Ini akan menjadikan kesusahan kepada banyak pihak. Oleh itu saya menyeru supaya apa-apa rancangan yang hendak dibuat terutamanya Rancangan Malaysia Kesebelas ini perlu melibatkan para cendekiawan Islam, orang yang mempunyai authority dalam pelbagai bidang yang kita hendak bincangkan itu.

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: Mohon mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah.

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Dr. Johari, apakah hukum GST bagi pandangan Dr. Johari?

Dato’ Dr. Johari Bin Mat: Terima kasih. Itulah makanya saya syorkan supaya

semua orang berbincang dahulu. Jangan lepas baru kita lihat ada pandangan ulama ada jawapan daripada mufti dan sebagainya. Kalau kita bincang dahulu, tidak timbul perkara itu. Jadi terpaksa kita tengok. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebut mufti-mufti bersetuju. Maknanya sebelum kita membuat apa-apa keputusan perlu ada penglibatan orang-orang yang berwibawa dalam bidang ini supaya mereka memberi pandangan dan kita tidak akan refer balik selepas itu. Bagi saya kena buat dahulu. Walau bagaimanapun, ulama telah memberi pandangan dan saya rasa teruskanlah dengan pandangan itu.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ke-15 ialah Program Pendidikan Malaysia 13/25. Saya melihat pendidikan ini sangat penting untuk menjana negara bangsa yang telah disebut di awal Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya melihat ada kekurangan yang ketara dalam pendidikan ini. Kalau kita melihat pada peringkat sekolah rendah ada pendidikan agama dan moral. Pada pendidikan menengah pun ada tetapi apabila sampai ke peringkat tinggi sudah tidak ada. Jadi saya lihat pendidikan Islam dan moral ini perlu diteruskan sampai ke peringkat yang lebih tinggi, ke peringkat universiti sebab orang-orang di peringkat sekolah tinggi dan sekolah menengah itu terdedah dengan berbagai-bagai pemahaman dan juga pemikiran.

Kalau saya melihat di Selangor umpamanya, di Johor, anak-anak kita ada sekolah KAFA di peringkat sekolah rendah tetapi apabila sampai sekolah menengah tidak ada, tidak ada lagi. Ini yang perlu difikirkan kerana anak-anak kita di peringkat sekolah menengah lebih terdedah kepada macam-macam perkara yang negatif daripada anak-anak di sekolah rendah. Kerana itu saya melihat semua pihak perlu memberi perhatian tentang perkara ini dan agar kita dapat melahirkan insan mulia akhlak yang baik.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Boleh saya mencelah Yang

Berhormat?

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah Yang Berhormat?

Teruskan Yang Berhormat.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Saya faham apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat sebagai bekas Naib Canselor UiTM dan juga pendidik berpuluh-puluh tahun. Itu memang bidang saya mengkaji termasuk di dalam membangunkan modal insan.

Untuk pengetahuan, saya rasa dalam dunia ini, Malaysia satu-satunya negara yang amat menitikberatkan pendidikan Islam. Sila refer satu buku yang ditulis, “The Tenth Parallel”, saya lupa dia punya penulis.

Maksudnya dalam mana-mana penulisan yang saya baca, research yang dibuat, Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup menitikberatkan pengajian Islam. Kalau dikatakan di peringkat universiti tidak ada mata pelajaran agama, saya rasa itu tidak betul. UiTM sebagai contoh telah mewajibkan mata pelajaran agama iaitu kalau sekiranya bahkan pelajar-pelajar gagal, pelajar-pelajar mendapat CGPA 4 sekalipun dalam mata pelajaran akademik, tetapi kalau mata pelajaran agama, dahulu kita panggil UIS dia gagal, semua tidak dapat degree. Sampai begitu sekali ia penekanan kepada agama Islam.

Saya tidak nampak hujah-hujah mengatakan kita tidak menitikberatkan agama iaitu Malaysia satu-satu negara daripada peringkat bawah sampai ke atas, sampai di universiti.

DN 16.4.2015 21

Akan tetapi persoalan saya, kita sudah banyak bagi pengajaran agama supaya

menjadikan anak kita holistik dan syumul, mengapakah pada hari ini banyak sangat masalah di kalangan orang Islam? Contohnya di Kelantan, kalau kita lihat daripada segi statistiknya, daripada segi crimes, dadah, penyeludupan pelbagai yang tidak senonoh ini memang banyak berlaku di Kelantan, walaupun kita tahu Kelantan juga menekankan aspek agama. Terima kasih.

Dato’ Dr. Johari Bin Mat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau di UiTM

memang iya lah. Tetapi saya bercakap secara global, saya bercakap di peringkat pengajian tinggi. Sebagai pengkaji, saya rasa saya juga duduk di universiti walaupun tidak sebagai Naib Canselor dan saya tengok tidak sama dengan UiTM, universiti-universiti lain dan termasuk universiti Yang Berhormat....

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Yang Berhormat, universiti lain pun ada compulsory mata pelajaran agama.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Akan tetapi maksud saya, supaya ia dipertingkatkan.

Terima kasih. Seterusnya saya ingin pergi kepada konsep Perkara 24, perkara seterusnya ialah yang disebut di sini Malaysia merupakan sebuah negara majmuk seperti Malaysia amat memerlukan keharmonian dan kerukunan hidup antara rakyatnya yang berbilang agama. Ini merupakan satu saranan dan titah yg sangat besar perlu dilihat oleh semua pihak supaya kerukunan hidup dan damai itu perlu diteruskan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Dalam hubungan ini saya melihat bahawa pelbagai konsep telah diketengahkan dan saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kerukunan matlamat hidup setiap orang tanpa mengira agama dan bangsa yang dianuti. Kerana itu saya rasa keganasan tidak boleh dikaitkan dengan agama. Kalau ada orang yang mengaitkan dengan agama itu satu perkara yang perlu dilihat daripada yang sebenar-benarnya kerana keganasan itu ada di mana-mana. Kita lihat, cuma apa yang dikaitkan kalau keganasan itu selalu dikaitkan dengan Islam. Ini yang perlu kita lihat dan perlu kita tangani secara bijaksana supaya Islam tidak dilihat sebagai pengganas.

■1150

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya mencelah kepada Yang Berhormat yang berucap berhubung dengan IS. IS satu istilah yang telah diterima pakai di seluruh negara dan juga di dunia di mana ia melambangkan satu kumpulan negara yang ganas. Saya melihat istilah ganas dengan Islam tidak boleh dipertemukan, tidak boleh diguna sebab ganas satu manifestasi yang buruk, dan Islam agama yang baik yang disebut wasat atau disebut al-wasatiyyah. Bagaimanakah mungkin kita katakan negara Islam ganas? Tidak mungkin.

Jadi kita juga perlu melihat dari mana tajaan istilah ini dibawa, dan kita cukup dewasa yang menilai setiap istilah dan ungkapan yang dibawa, dan bukan terus kita menerima dengan seadanya. Ini kerana Islam menolak al-ghulu’ waataqsir. Al-ghulu’ melampau, taqsir mengurang. Ifraq atau at-tafriq. Islam yang selalu kita baca dalam Al-Quran, di dalam Surah Fatihah... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Jalan yang lurus. Apabila jalan yang lurus, ia bukan jalan yang melampau dan juga bukan yang mengurang.

Oleh sebab itu ada yang melampau, dia tidak melambangkan Islam walaupun dia orang Islam. Dia kena beza antara ‘orang Islam’ dengan ‘Islam’. Islam tetap agama yang diturunkan oleh Allah SWT yang murni. Kalau kita lihat dalam Al-Quran, terdapat 113 surah, atau 114 surah mengikut sebahagian ulama’ yang kesemua surah itu ada basmalah kecuali surah dengan ayat bara’ah. Makna basmalah damai, tidak perang. Hanya satu surah sahaja tidak ada basmalah iaitu surah- ayat bara’ah.

Namun, dalam hubungan ini, kita melihat Islam memberitahu kalau orang menyerang, kita patut balas serangan itu tetapi bukan mula untuk menyerang dan melakukan keganasan. Oleh sebab itulah makanya apabila disebut dengan istilah itu, saya rasa kita perlu memikirkan supaya kita juga memikirkan yang benar iaitu negara kita juga negara Islam. Apabila kita mengatakan keganasan IS, IS itu negara Islam. Saya bimbang istilah ini lama-lama ia akan menjadi sebati dan orang bukan Islam melihat negara Islam negara yang ganas, lama-lama. Sekarang ini mungkin tidak lagi.

Hal ini yang perlu kita lihat secara jelas dan secara objektif supaya kita dapat menjalankan kehidupan kita dengan baik. Mungkin kita boleh beri nama yang lain sebagaimana yang telah dicadangkan sebelum ini.

22 DN 16.4.2015

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga saya ingin menarik perhatian kita kepada

konsep...

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Mohon mencelah Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat tertarik dengan hujah-hujah yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari tadi berkenaan dengan Islamic State dan juga keganasan yang ditimbulkan oleh kalangan-kalangan individu yang mengata dan membawa slogan-slogan Islam. Setuju kah Yang Berhormat kalau saya katakan begini iaitu bahawa wujudnya keganasan dalam kalangan orang-orang Islam hari ini disebabkan oleh wujudnya individu-individu tertentu ataupun pemimpin-pemimpin tertentu yang menggunakan Islam itu untuk kepentingan peribadi mereka dan juga untuk kepentingan organisasinya sendiri? Terima kasih.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya label

keganasan itu kadang-kadang dibuat oleh orang lain dan bukan orang itu sendiri ataupun orang itu mengatakan demikian. Kalau kita tengok banyak keganasan berlaku tetapi tidak dikatakan ganas. Sebagai contoh, Israel menembak sehingga ramai orang Palestin mati tetapi label yang diberi oleh Barat bahawa Hamas dan begitu juga Al-Fatah, ganas. Sebaliknya.

Oleh sebab itulah saya melihat ganas ini tidak boleh dikaitkan dengan agama tetapi saya tidak menolak ada orang yang mempunyai fahaman agama itu ganas. Oleh sebab itulah makanya keganasan itu kita tidak boleh kaitkan dengan agama dan kalau sekiranya hal ini boleh kita terima, maka tidak ada orang kata Islam itu ganas.

Perkara seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada maqasid as-syariah yang telah disebut dalam muka surat 14. Sebenarnya as-syariah, kita selalu sebut syariat dalam bahasa kita. Dalam bahasa yang telah disebutkan oleh Islam ialah as-syariah. As-syariah ialah dalam bahasa mudah semua aturan syariat yang diturunkan oleh Allah SWT dan rasulnya yang terdapat di dalam Al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah SAW.

Ia merangkumi seluruh kehidupan manusia daripada sekecil-kecilnya sampailah kepada yang paling besar. Ia merangkumi hukum hakam yang berkaitan dengan akidah, dengan akhlak, hubungan manusia dengan Tuhannya seperti solat, puasa, hukum hakam yang berkaitan dengan hubungan antara individu antara satu sama lain seperti undang-undang keluarga, undang-undang yang berkaitan dengan perjanjian, undang-undang yang berkaitan dengan mahkamah.

Begitulah juga yang berkaitan dengan hubungan orang Islam dengan orang bukan Islam di dalam negara Islam. Begitu juga kewajipan yang patut diberikan antara satu sama lain. Begitulah juga undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran negara, pelantikan ketua negara, tugas dan kewajipan ketua negara kepada rakyat dan juga sebaliknya. Begitulah juga undang-undang yang berkaitan dengan sumber-sumber pendapatan negara dan kewangan. Begitulah juga undang-undang yang berkaitan dengan hubungan individu dengan negara seperti berkaitan dengan hukum sebagaimana yang disebut dalam hukum jenayah dan sebagainya.

Ini merupakan ruang lingkup syariat di dalam Islam. Jadi syariat di dalam Islam itu bertujuan untuk memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, harta dan keturunan. Oleh sebab itulah makanya kita apabila membincangkan maqasid syariah, ia bertujuan untuk menjaga semua itu.

Dalam hubungan ini, saya melihat di dalam laman web ini yang ditulis di sini, ada perkara-perkara yang kita perlu lihat bahawa Enakmen Jenayah Syariah...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada lima minit lagi Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Terima kasih. Ada perkara-perkara yang perlu kita lihat

kembali dan kita buat penilaian semula terutamanya dengan Perkara 355 iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan kedudukan mahkamah dan juga hukum hakam yang berlaku yang telah dipakai di dalam negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk hal ini, saya melihat ada satu statistik yang saya jumpa di sini bahawa perlunya perkara ini dilihat kembali dan diberi penekanan di mana sejak tahun 1999 sampai tahun 2003, sebanyak 70,420 lahirnya anak di luar nikah. Daripada jumlah itu, 30,978 orang anak-anak orang Islam. Jadi ini satu angka yang sangat besar. Kalau kita tengok ini, satu DUN pun lebih ini. Kalau satu DUN pilihan raya lah, lebih kurang begitu, besar bilangannya.

DN 16.4.2015 23

■1200

Tuan Yang di-Pertua, kenapa ini berlaku, kerana ramai orang yang menganggap bahawa kesalahan jenayah syariah ini kecil. Dia merasa kecil. Kecil bagaimana? Iaitu bermula dengan pergaulan bebas, berkhalwat. Khalwat kita tidak boleh hukum lebih daripada RM5,000 atau tiga tahun penjara atau enam kali sebatan. Jadi perkara ini perlu dilihat kembali, perlu diolah semula supaya kita akan dapat menangani masalah-masalah yang begini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut di sini perkara-perkara yang berlaku di dalam masyarakat yang saya rasa perlu kepada pencerahan. Baru-baru ini saya ada membaca dalam akhbar, ada salah seorang mufti di Malaysia ini telah membuat satu pengumuman dalam akhbar, saya baca bahawa beliau berkata bahawa Wahabi sesat. Sebenarnya saya telah tanya di Dewan ini dan telah dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu pada 2011, beliau mengatakan bahawa Wahabi ini Ahli Sunnah, tidak sesat tetapi ada pula yang mengatakan dia ini sesat.

Saya hendak tahu sekali lagi, bagaimana hal ini berlaku, pertembungan di situ? Kalau bagi saya, apabila jawapan yang telah diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu sudah jelas begitu, tetapi ada pula yang mengatakan sebaliknya. Ini menimbulkan kekeliruan kepada ramai orang termasuk saya.

Kedua, ada juga saya lihat dalam akhbar...

Timbalan Yang di-Pertua: Saya rasa Yang Berhormat, gulung Yang Berhormat

ya.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Saya juga tengok dalam akhbar bahawa ada pegawai

daripada Kementerian Dalam Negeri yang seolah-olah mewakili JAKIM dan sebagainya dan juga dia mengatakan Wahabi ini ganas, Wahabi ini sesat dan sebagainya. Saya melihat perkara ini perlu diperjelaskan. Kali ini saya rasalah, saya minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan Kassim untuk memberi pencerahan. Kalau dahulu saya sudah dengar dahulu. Kalau ada orang lain hendak jawab pun boleh, tak ada masalah. Akan tetapi yang ini saya hendak tanya lagi dan saya minta Dato’ Seri Shahidan memberi ulasan-ulasan dan pencerahan supaya kita masyarakat Malaysia mempunyai pandangan negara dalam hubungan ini.

Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, saya minta diberi

kelonggaran dua minit sebab saya bimbang saya tak dapat jawab sebab ini di bawah Menteri yang lain. Akan tetapi saya hendak tanya, siapakah nama pegawai yang celupar tersebut?

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Apa yang saya bacalah, nama kalau di belakangnya Al-

Ghari. Saya tak ingat nama sebenar dia, tetapi saya ingat Al-Ghari. Akan tetapi kalau...

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Namanya Zamihan, Zamihan.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Boleh jadilah.

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja.

Mungkin soalan itu kalau saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat untuk masukkan dalam persoalan Yang Berhormat kepada Kementerian Dalam Negeri. Apakah pendirian Kementerian Dalam Negeri dalam konteks, adakah Wahabi itu dianggap sebagai kumpulan yang ganas yang perlu dikekang?

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Okey, boleh juga. Itu boleh dimasukkan. Tiada masalah.

Terima kasih. Ini kerana saya tidak mahu perkara ini berlarutan dan berlarutan sampailah, maknanya ada sudah JAKIM buat kenyataan tetapi ada lagi yang membuat kenyataan. Saya rasa perkara ini tidak boleh kita biarkan begitu, saya mahu satu jawapan yang jelas dan tuntas.

Jadi, nampak Tuan Yang di-Pertua hendak suruh saya berhenti.

Timbalan Yang di-Pertua: Masa Yang Berhormat sudah habis.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, walaupun memang

banyak lagi, cumanya satu minit.

24 DN 16.4.2015

Saya tengok di sini, Ketua Pengarah JAKIM telah menegaskan Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan supaya orang Islam tidak meniru amalan berzikir ke atas Nabi Muhammad SAW sambil menari kerana perbuatan itu disifatkan sebagai ajaran yang menyeleweng.

Saya minta sekali lagilah, maknanya semua amalan yang hendak dibuat di dalam masyarakat kita ini, jangan buat dahulu, tanya dahulu. Mana-mana yang dibuat, saya bimbing juga, yang banyak berlaku di akhir-akhir ini, macam-macam upacara kerana itu saya nampak pihak JAKIM perlu memberi pandangan...

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, saya minta seminit sebab

saya bimbang, saya juga kena hadir pelbagai majlis. Saya lihat ada sebuah majlis di mana ada orang berzikir, dan menari-nari di hadapan Sultan Perak dan juga Menteri Besar Perak. Saya ada simpan ini. Adakah itu di antara zikir ataupun selawat ataupun apa yang bunyinya saya dengar di sini, tetapi mereka menari-nari. Kira saya pernah dahulu masa muda terlintas di hadapan tempat menari, saya tengok orang menari macam itu. Akan tetapi sekarang ini pada zaman ini dengan pakai serban, pakai pakaian demikian rupa, mereka menari secara berdiri. Adakah ini salah satu daripada zikir ataupun amalan Sufi yang membenarkan penghormatan kita beri, kita pun berdiri sama ataupun kita pun menari sama.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah, mungkin pihak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh jawablah hal ini. Ini kerana arahan- saya hendak tahu menari yang macam mana? Itu yang saya hendak tanya.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya rasa cukuplah Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Maksud menari itu macam mana? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Cukuplah.

Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Saya boleh tunjuk tarian itu [Ketawa] Dia bukan

menari itu tetapi dia cuma tunduk bangun, tunduk bangun macam itu. Akan tetapi bentuk tarian cukup menarik. Saya tengok berkali-kali, saya rasa kalau sekiranya boleh dibenarkan, itu adalah satu exercise yang cukup baik. Akan tetapi kalau sekiranya ia bukan yang dibenarkan, maka perkara itu amalan yang harus ditinggalkan serta-merta.

Timbalan Yang di-Pertua: Kita beralih kepada Yang Berhormat Dato’ Muhammad

Olian. Silakan Yang Berhormat.

12.08 tgh.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada kurang lebih setengah jam Yang

Berhormat ya.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas

peluang yang diberikan kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ketiga Belas, pada tanggal 9 Mac 2015. Bismillahir Rahmanir Rahim... [Berucap di dalam bahasa Arab] Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan takziah atas pemergian Yang Berhormat Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Dato’ Mohd. Jarjis, Ahli Parlimen Rompin yang juga kebetulan saya dari negeri Pahang, yang juga boleh dikatakan akrab dengan Allahyarham. Juga tidak lupa untuk mengucapkan takziah juga kepada yang lain, semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan golongan orang-orang yang beriman.

Tuan Yang di-Pertua, ke bawah duli Tuanku, telah menyentuh berkenaan dengan isu berkaitan dengan langkah transformasi ekonomi dan juga konsolidasi fizikal termasuk jangkaan ekonomi global yang beransur pulih serta keperluan mengekalkan aktiviti ekonomi yang lebih mampan dan aktif menjelang tahun 2015 ini. Ke Bawah Duli Tuanku juga ada menyeru agar diberikan penumpuan terhadap usaha-usaha memperkukuhkan ekonomi, menggalakkan pelaburan berkualiti serta memperluaskan pasaran di peringkat antarabangsa.

DN 16.4.2015 25

■1210

Bagi isu pembangunan ekonomi antara perkara besar yang perlu diberi perhatian. Hari ini adalah untuk memperlihatkan inisiatif-inisiatif hala tuju ekonomi yang mampan bagi memperkukuhkan fizikal dan makro ekonomi negara. Oleh itu, saya fikir kerajaan perlu membuktikan komitmen untuk menstabilkan situasi kredit negara serta menunjukkan prospek perlaksanaan pembaharuan bajet negara adalah tidak suram seperti yang ditakrifkan oleh agensi penerapan global fetching rating pada Julai 2013 dan juga 2014.

Tuan Yang di-Pertua, kesempatan ini juga saya ingin khususnya menyentuh berkenaan dengan apa yang juga yang telah disebut oleh sahabat saya dahulu tadi Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari berkenaan dengan Islamic State. Saya fikir ini satu agenda musuh-musuh Islam untuk memperlihatkan bahawa Islam itu sesuatu yang ganas.

Oleh hal yang demikian, Kerajaan Malaysia yang juga sekarang ini merupakan ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga pengerusi ASEAN perlulah memainkan peranan untuk memberi penjelasan supaya persepsi yang mengatakan Islam itu ganas perlu kita beri penerangan sejelas-jelasnya supaya masyarakat dunia menerima bahawa Islam itu satu agama yang membawa keamanan dan menganjurkan kebaikan kepada seluruh umat di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu juga saya ingin menyebut sedikit berkenaan dengan isu GST. Saya kira hari ini sebenarnya ada kekeliruan yang berlaku di kalangan kita kerana bagi saya GST ini satu sistem percukaian yang menggantikan SST kepada GST. Tetapi ada antara kenyataan-kenyataan yang dinyatakan, yang dikeluarkan atau diucapkan termasuk juga oleh pengusaha-pengusaha emporium dan juga supermarket dan hypermarket yang mengatakan bahawa mereka menyerap kos GST. Ini saya fikir satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab kerana sebelum itu mereka juga harga barang yang berkenaan termasuk item SST.

Tetapi apabila kita laksanakan GST bermakna SST itu sudah tidak ada. Jadi hal yang demikian saya fikir pihak kementerian dan juga kerajaan sepatutnya harus meminta supaya pihak pekedai-pekedai atau juga pengedar-pengedar barang, supermarket-supermarket ini menyenaraikan harga barang sebelum GST tolak SST berapa dan apabila dilaksanakan GST harga dia berapa.

Sepatutnya harga barang menjadi turun kerana SST mengenakan cukai 10 peratus, GST 6 peratus. Begitu juga Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan cukai perkhidmatan service charge. Ada kenyataan-kenyataan yang menyebut bahawa service charge ini masih belum muktamadkan lagi. Jadi ini saya fikir satu kenyataan juga agak tidak

begitu enak dan ini boleh menyusahkan pihak kerajaan untuk memberi jawapan. Kalau tidak bersedia untuk hendak laksanakan GST kita tidak selesaikan lagi, kita tidak bincang lagi, kita tidak pakat lagi baik-baik dengan industri-industri, ataupun hotel-hotel ataupun restoran-restoran yang mengenakan service charge ini dengan izin maka kita jangan

mulakan lagi GST.

Ini apabila kita sudah mulakan GST, baru kita hendak kata hendak bincang balik berkenaan dengan service charge dengan izin sebanyak 10 peratus ini. Jadi saya fikir ini satu kenyataan yang agak tidak begitu seronok ataupun enak kita dengar. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua saya tidak juga bercadang untuk berucap panjang sebenarnya.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua saya juga mohon. Saya difahamkan bahawa akhbar Berita Harian, tidak lagi menghantar wartawan dia untuk membuat liputan dalam persidangan Dewan Negara. Namun begitu, ada juga laporan dia berkenaan sidang Dewan Negara tetapi tidak seperti dahulu dia menghantar, Dato K boleh tanya Dato K. Dato K tanya saya.

Yang Berhormat Dato’ Khairudin bertanya sebab sebenarnya saya hendak bertanya kepada Berita Harian ini, kenapa tidak menghantar wartawan untuk membuat liputan dalam sidang Dewan Negara ini. Adakah orang-orang di Berita Harian melihat

bahawa tidak pentingnya persidangan Dewan Negara ini. Mungkin saya fikir persidangan Dewan Negara ini banyak juga nilai berita yang mungkin lebih baik daripada sidang Dewan Rakyat dan adakah Berita Harian ini juga mewujudkan satu yang kita panggil, dengan izin, double standard. Dah la gaji cadangan elaun sebagai Ahli Dewan Negara dan Dewan

Rakyat pun berbeza.

26 DN 16.4.2015

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua di dalam Bahasa Inggeris dalam Dewan Rakyat kita panggil Lower House, Dewan Negara, Upper House tetapi daripada segi protokolnya pun memang disebut Dewan Negara dahulu, Speaker Dewan Negara dahulu tetapi daripada segi pelaksanaan.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Tuan Yang di-Pertua boleh saya mencelah

sedikit.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Boleh, banyak pun boleh.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Saya baru ini maklum bahawa Berita Harian

tidak menghadiri sidang Dewan Negara agaknya mereka berpandangan beginilah. Dewan Negara ini memang Upper House orang atas-atas ini memang orang takut. Betul tidak? orang bawah-bawah ini tidak takut tapi suka jadi di Dewan Rakyat kan selalu dia berkelahi. Jadi orang suka tengoklah yang macam itu.

Kita tidak macam itu, kita ini memang orang yang baik-baik. Walaupun ada pembangkang, kawan kita tapi hati dia baik macam kita. Jadi dia tidak seronok hendak tengok. Jadi kita minta Berita Harian ini, media ini. Saya rasa Berita Harian ini media yang penting dalam negara kita kalau dia mengandaikan kita, kita kena tanyalah. Kalau dia tidak minat dengan kita, kita pun tidak minat dengan dia. Kita tidak payah beli surat khabar dia. Betul tidak? Kita ini pengguna surat khabar Berita Harian memang minat degan Berita Harian. Jadi kalau dia tidak minat minta maaf. Jadi kepada media Berita Harian ini dan juga yang lain-lain jangan pandang rendah kepada Dewan Negara kerana Dewan Negara ini adalah pemutus kata.

■1220

Kalau kita tidak luluskan bil-bil dan keputusan hari ini, tidak luluslah yang peringkat Dewan Rakyat pula kawan-kawan. Saya ini tidak berapa faham sangat tetapi hendak faham dengan kawan-kawan. Kita ini kena kuatlah. Jangan kita orang tidak hendak datang, kita tidak hairan kalau orang tidak hendak datang, betul tidak? Kita katakan, “Ada aku kesah?”. Betul tidak, tidak kisah? Akan tetapi kita minta Berita Harian kena buat kajian balik semula. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan

terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hajah Noriah yang menambah dan merupakan- saya terima dan saya bersetuju itu sebagai sebahagian daripada ucapan, cuba dimasukkan dalam teks, di dalam Hansard. Terima kasih.

Sememangnya benar Tuan Yang di-Pertua, kita pun berasa hairan dan kita tahu bahawa tidak mungkin orang membaca dua jenis surat khabar di dalam satu bahasa. Kalau orang baca surat khabar Utusan, dia tidak akan baca akhbar Berita Harian. Orang baca akhbar Berita Harian, dia tidak akan membaca akhbar Utusan. Jadi oleh yang demikian, kita merayu supaya pengurusan di Berita Harian ini hantarlah wartawan untuk membuat liputan di dalam Persidangan Dewan Negara ini. Ini kerana di dalam Dewan Negara ini banyak berita yang bernilai atau news yang ada value, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya sebagai wakil kepada masyarakat Orang Asli di Dewan yang mulia ini ingin juga menyebut beberapa isu berkenaan dengan Orang Asli walaupun isu-isu ini telah saya bangkitkan beberapa kali di dalam Dewan ini. Saya berada di Dewan ini sudah hampir enam tahun, hampir enam tahun. Jadi kalau tahun 2009 dapat anak berkahwin, ini sudah hendak masuk ke sekolah darjah satu sudah... [Disampuk] Sudah lama dah.

Antara isu-isu yang saya bangkitkan hari ini Tuan Yang di-Pertua, pertamanya berhubung dengan Rumah Mesra Rakyat. Ini kerana ada di kalangan masyarakat Orang Asli juga yang telah ada kemampuan, yang telah ada kemampuan untuk memiliki Rumah Mesra Rakyat dan boleh membayar bayaran bulanan yang dikenakan oleh Syarikat Perumahan Negara. Namun begitu, tidak boleh dilaksanakan di kalangan masyarakat Orang Asli kerana untuk hendak bina Rumah Mesra Rakyat ini, tanah-tanah yang diduduki ataupun tanah-tanah yang kita hendak bina Rumah Mesra Rakyat itu mesti ada hak milik. Amat malang kepada masyarakat Orang Asli ini rata-rata tanah mereka tidak ada hak milik individu.

Dato’ Khairudin bin Samad: Saya mohon mencelah Yang Berhormat?

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Okey, okey.

DN 16.4.2015 27

Dato’ Khairudin bin Samad: Tuan Yang di-Pertua, saya ini pernah berkhidmat

dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Memang salah satu syaratnya ialah hak milik tanah itu. Akan tetapi apa yang saya hendak nyatakan di sini, saya tidak tahulah apa yang jadi kepada hak milik Orang-orang Asli ini. Sewaktu menghadiri satu forum di Manila, Forum Hak Asasi Manusia wakil daripada Maori, New Zealand ada menyebut tentang tanah hak milik di Australia yang diberikan kepada Orang Asli di Australia. Kemudian wakil kita daripada SUHAKAM ada menyatakan bahawa surat ataupun kajian telah pun dibuat dan diserahkan kepada kerajaan dan sampai hari ini belum ada jawapan tentang hak milik Orang-orang Asli di Malaysia ini. Jadi saya hendak tahu apa yang sudah jadi sekarang dengan hak milik ini?

Ini kerana kalau mengikut hak milik zaman dahulu Tuan Yang di-Pertua, zaman dahulu apabila hendak kira tanah ini ia kata sepanjang rokok sebatang. Maksudnya apabila kita hisap rokok itu, kita jalan sampai habis rokok itu, itulah kawasan tanah ataupun dia letak rokok di telinga kemudian dia berjalan, selepas itu baru dihisap. Jadi kalau 50 kilometer, 50 kilometerlah tanahnya. Lagi satu dia suka menyatakan bahawa mengikut pokok. Antara pokok pinang ini dengan pokok pinang yang jauh nun di sana, itulah keluasan tanahnya. Ada juga yang menggunakan kaedah-kaedah lain untuk menentukan hak milik mereka.

Jadi saya rasa mungkin kerajaan sedang membuat kajian, saya tidak tahulah apa yang jadi kepada golongan Orang Asli ini, kampung Orang Asli sama ada sudah selesai atau belum. Itulah sebab mereka, syarikat- bukan saya hendak jawab bagi pihak Syarikat Perumahan Negara, tetapi kita hendak menjelaskan tentang keadaan tanah-tanah yang ini.

Kalau hendak kira di Sabah ataupun di Sarawak, kalau mengikut kaedah yang Orang Asli pakai yang di telinga itu, seluruh negeri Sarawak kepunyaan Orang Asli, bukan kepunyaan negara. Walaupun itu, waktu British mengambil alih, British telah pun membuat keputusan bahawa negara ini hak milik, tanah-tanah hak milik Kerajaan Persekutuan sehingga satu keputusan dibuat untuk memberikan hak milik kepada mereka. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat, tolong jelaskan masalah tanah kalau sudah selesai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Dato’ Khairudin kerana sebenarnya membantu saya di dalam memberikan penjelasan berhubung dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh Syarikat Perumahan Negara. Akan tetapi malangnya daripada segi pelaksanaan untuk hendak memberikan hak milik kepada Orang Asli ini masih belum menampakkan satu usaha yang betul-betul boleh memberikan hasil.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, ia tidak timbul isu letak rokok di telinga atau hisap rokok berapa jauh perjalanan kerana hari ini kebanyakan majoritinya masyarakat Orang Asli ini sudah menetap sebuah tempat. Da tidak ada sudah berpindah-randah. Kalau wujud, kalau ada kelihatan berpindah-randah itu untuk sementara waktu dia mencari makan dan sebagainya. Akan tetapi umumnya dia sudah menetap sebuah tempat. Oleh sebab itu, tanah yang dimohon itu untuk ada hak milik adalah kawasan-kawasan yang telah diusahakan dengan tanaman pertanian sama ada getah ataupun kelapa sawit dan kawasan-kawasan yang dimohon untuk penempatan itu kawasan perkampungan mereka, bukan di kawasan hutan.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua yang saya hendak bangkitkan di sini berkenaan dengan masyarakat Orang Asli adalah berkenaan dengan wakil masyarakat Orang Asli di dalam Majlis Perundingan Perpaduan Kebangsaan. Saya ini ditanya oleh tok-tok batin dekat bawah dia kata, “Yang Berhormat tidak masuk di dalam wakil Majlis Perundingan Orang Asli Kebangsaan?” Saya difahamkan sahabat saya daripada wakil Orang Siam pun ada. Bilangan Orang Asli ini lebih ramai daripada masyarakat Orang Siam. Jadi sewajarnyalah ada wakil. Yang Berhormat Dato’ Boon Som hendak tanya?

Dato’ Boon Som A/L Inong: Mencelah Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Yang Berhormat Dato’ Boon Som

mencelah.

Dato’ Boon Som A/L Inong: Saya amat simpatilah kepada rakan saya Yang

Berhormat mewakili Orang Asli ini. Apa yang boleh cakap enam tahun beliau perjuangkan hak Orang Asli seperti tanah dan isu-isu lain.

28 DN 16.4.2015

Macam saya juga, empat tahun saya memperjuangkan masyarakat Siam,

pelaksanaannya amat-amat tidak berkesan langsung, tidak ada apa langsung macam taraf masyarakat Siam, bangsa Siam, bangsa Thai. Sampai sekarang tidak selesai. Apabila pergi ke- buat di Alor Setar boleh dapat Siam tetapi apabila pergi ke Kuala Nerang masih lagi Thai, sebab apa dia orang kata dalam online komputer sistem itu tidak diupgrade Thai

kepada Siam. Jadi apabila saya tanya di luar negara ini, setiap kali kita akan selesaikan. Sampai sekarang tidak selesai. Malah bumiputera Siam ini, saya tanya tahap mana pelaksanaan Siam ke arah pencapaian bumiputera ini?

■1230

Akan tetapi apa dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Puan Hajah Nancy mengatakan bahawa masyarakat Siam, kaum bumiputera tetapi saya tanya tahap pelaksanaan agensi kerajaan. Sampai sekarang ini agensi kerajaan belum menerima lagi orang Siam sebagai kaum bumiputera ini. Jadi saya amat sedihlah jawapan-jawapan diberi di Dewan Negara ini mungkin bersikap bias terhadap Dewan Negara ini, Dewan tertinggi ini. Patut memberikan jawapan yang tepat dan padat supaya kita boleh sampai kepada masyarakat yang kita wakili seperti Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah ini.

Satu lagi saya setuju bahawa patut Orang Asli ini dimasukkan dalam Majlis Perpaduan Negara. Saya telah bangkit perkara ini di dalam Majlis Perpaduan Negara tetapi tindakan tidak diambil. Kadang-kadang overlook, dengan izin, terhadap kaum etnik, kaum Orang Asli yang banyak menyumbang kepada kerajaan. Kadang mereka fikir “Oh! Orang ini sokong kerajaan, ah biarkan dia orang ini, jangan dilayan.”

Jadi, kerajaan dan pihak Menteri patut mengambil perhatian yang khusus kerana merekalah komuniti yang selama ini bersama Kerajaan Barisan Nasional daripada merdeka sampai sekarang ini. Jangan harap, “Oh! Mereka sokong kita biarkan tidak payah lagi kata tidak sokong kita.” Itulah hakikatnya yang amat menyedihkan kepada kerajaan dan kepada komuniti yang kita ada sekarang ini. Terima kasih.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua terima kasih kepada

Dato’ Boon Som A/L Inong saya tidak perlu jawab. Saya mohon, saya ini tidak ada masalah terutama kalau Yang Berhormat Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff tanya lagi saya suka. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua masa berapa lama lagi?

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada kurang lebih lima minit lagi Yang

Berhormat.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Okey, boleh.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya tertarik dan rasa simpati kepada Orang Asli. Semasa tahun 2005 berada di Kedah memang saya Yang Berhormat dari Kedah. Ada penempatan untuk kaum Rohingya di Langkawi dan kebetulan penempatan itu terbakar. Saat itu masa Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Syed Razak menjadi Menteri Besar, saya telah tersentuh hati apabila kerajaan dari Kedah telah buat satu perumahan yang sangat cantik. Kalau tidak silap saya sebuah rumah ada tiga buah bilik. Masa itu dari tahun 2005 lagi saya sudah rasa, “Eh! Kerajaan ini baik sangat”. Memang baiklah inilah kerajaan yang terbaik. Orang datang dari Rohingya kita

buat rumah elok-elok. Bukan 20, 30 biji kalau tidak silap saya lebih kurang 100 biji.

Jadi, saya juga ada kawan yang juga masyarakat Orang Asli. Memang dahulu Orang Asli tidak mampu pun hendak bayar duit. Contohnya rumah SPNB, sebulan RM150 ke RM200 tidak mampu. Akan tetapi, hari ini saya mempunyai seorang kawan yang juga seorang guru dan dia hendak kembali ke kampung untuk buat rumah untuk keluarga mereka. Akan tetapi, sayangnya macam Yang Berhormat kata tadi tidak ada tanah.

Jadi di sini, saya hendak tanya pendapat Yang Berhormatlah. Kalau boleh kita mohon kerajaan negeri apa salahnya tanah yang diusahakan oleh Orang Asli ini kita bagi seorang satu lot contohnya dalam 4,000 ekar. Kalau ada 100 orang bagi seorang 4,000 ekar bukannya dia orang hendak banyak pun. Cuma dia orang hendak setakat ada sebuah rumah, ada pokok-pokok di kelilingnya. Itu sahaja pendapat saya dan saya hendak tanya pendapat Yang Berhormat, macam mana kerajaan negeri yang kita hendak minta dia orang bantu masyarakat Orang Asli.

DN 16.4.2015 29

Saya sokong dengan Yang Berhormat Dato’ Boon Som A/L Inong. Saya ini lima

tahun lepas Yang Berhormat Dato’ Boon Som A/L Inong pernah panggil saya untuk menjadi pengadil kepada Ratu Songkran. Itulah Yang Berhormat Dato’ Boon Som A/L Inong tetapi kita sebagai orang Islam pun benda tidak salah, saya pun pergilah ke tempat masyarakat Siam dan saya tengok sendiri masyarakat Siam punya kehidupan. Apa yang saya hendak katakan di sini orang Siam, Orang Asli, macam mana pun tetap satu undi. Kita sebagai Perdana Menteri pun satu undi, Timbalan Perdana Menteri satu undi, Yang Berhormat pun satu undi, orang Siam pun satu undi, Orang Asli pun satu undi bila mai ke pilihan raya nanti.

Jadi, apa yang saya hendak kata kepada masyarakat Orang Asli yang saya rasa prihatinnya ialah inilah masyarakat luar bandar yang duduk di kampung yang membantu penyokong setia Barisan Nasional pada PRU Ke-13 yang lalu. Jadi masyarakat inilah yang kita kena bantu habis-habisan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada kurang lebih tiga minit lagi Yang

Berhormat. Akan tetapi saya ingin peringatkan kepada Yang Berhormat sekalian harus tahu pandai membezakan di antara mencelah dan berhujah. Ini sebab kalau sudah berhujah itu dia bukan mencelah lagi Yang Berhormat. Teruskan.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan juga isu berkenaan dengan masyarakat Orang Asli ini adalah berkenaan dengan tapak RAMSAR di Tasik Bera. Jadi, apakah tanggungjawab dan peranan yang boleh dimainkan oleh RAMSAR untuk membantu masyarakat Orang Asli khususnya kaum Semelai yang telah mendiami sekitar kawasan Tasik Bera ini lebih daripada seribu tahun dahulu? Sedangkan mereka sekarang ini tidak boleh melaksanakan aktiviti harian mereka seperti aktiviti pertanian di kawasan RAMSAR ini kerana telah ada undang-undang ataupun peraturan-peraturan tertentu yang tidak membenarkan mereka melaksanakan aktiviti kehidupan harian mereka seperti yang telah diamalkan sejak berkurun lama dahulu, Tuan Yang di-Pertua.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan berkenaan dengan kemudahan-kemudahan sebagai Ahli Dewan Negara.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada satu minit lagi Yang Berhormat

ya. Boleh gulung.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Sedikit, hendak gulung sudah ini Tuan

Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sahabat pertama Tuan Yang di-Pertua ini. Sama-sama pergi ke Belgium.

Timbalan Yang di-Pertua: Itu kisah lama Yang Berhormat. Itu cerita lama.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya fikir sebagai Ahli Dewan Negara ataupun Dewan Rakyat hari ini kita diberikan satu cukai ataupun road tax, dengan izin, satu buah kereta percuma. Apalah salahnya kalau cukai ini cukai jalan ini dilanjutkan sehingga kita bersara. Saya fikir rata-rata yang ada dalam Dewan ini bukan, sampai bersara hingga selepas bersara. Terima kasih Yang Berhormat betulkan ayat. Maknanya apabila kita tamat perkhidmatan, kemudahan cukai jalan itu terus diberikan sehingga kita sudah tidak ada dalam dunia ini. Bukan lama sangat lagi pun ini dan saya fikir tidak akan menyebabkan kerajaan tidak cukup duit untuk hendak laksanakan pembangunan sedikit sahaja. Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua

12.38 tgh.

Datuk Lihan Jok: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk turut

terlibat dalam Perbahasan Titah Diraja yang dilafazkan pada 9 Mac. Saya hendak sentuh dengan dua perkara di sini Tuan Yang di-Pertua yakni dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku menyentuhkan tentang yakni Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 ke-2025. Di mana Tuanku menyatakan bahawa pelan ini di bawahnya ada beberapa program, dan program itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa. Sejak tahun 2013 sehingga tahun ini Tuan Yang di-Pertua merupakan gelombang pertama PPPM. Jadi dalam tiga tahun ini, rasa saya telah menilai perkembangannya eloklah saya memberi pandangan peribadi saya dan akhirnya membuat satu cadangan yang mungkin boleh menambah baik program-program PPPM.

30 DN 16.4.2015

■1240

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat dunia kita sekarang dibandingkan dunia dalam abad ke-20, sekarang abad ke-21, jadi tanggapan dan pemahaman kita terhadap dunia, abad ke-20 itu sudah menjadi obsolete. Mula-mula, perlahan-perlahan sudah menjadi obsolete, dengan izin, dan pemahaman ini, pengetahuan abad ke-20 itu sudah

tidak sesuai menjadi ilmu yang kita sampaikan kepada anak kita. Maksud saya dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua ialah PPPM ini harus melihat, mendidik anak kita untuk sesuai menjadi warganegara abad ke-21 yang sebenarnya.

Kalau kita lihat perkara yang amat merubah bentuk masyarakat dunia sekarang ini, kita lihat bentuk ekonomi yang makin lama makin mendatar. Maksud saya mendatar ini dalam bahasa Inggeris, it means the economy slowly always becoming flatten. Maksudnya opis sebuah firma itu terletak di New York, tetapi kilang dan pekerjanya berada di Indonesia. Demikian juga firma-firma yang lain. Inilah yang berlaku dalam ekonomi dunia yang saya sebut flatten ini, dengan izin.

Perkara yang kedua yang banyak mengubah dunia kita abad ke-21 ini adalah dengan hebatnya fenomena migrasi. Orang begitu volatile, dengan izin, pindah dari negara ke negara dengan mengejar kekayaan, dengan mengejar faktor-faktor ekonomi yang menyebabkan migrasi, manusia ini berubah sangat, tempat dia duduk. Jadi ini seterusnya akan mengganggu-gugat jiran dia, domestic citizenship dia dan lain-lain perkara yang berhubung dengan kemanusiaan. Itu perkara yang kedua.

Perkara yang ketiga yang banyak mempengaruhi dunia kita dewasa ini lantaran membuatnya berbeza dari abad yang ke-20 ialah di mana cuaca dunia sekarang Tuan Yang di-Pertua, sangat mengancam dunia kita. Lebih mudah kalau saya hendak ceritakan, matahari makin menjadi hangat, jadi salji yang di kutub itu mula cair. Ini akibat cuaca. Jadi ada juga fenomena cuaca ini yang memburukkan, memudaratkan manusia. Ini telah membuat dunia kita sudah berubah.

Ketiga-tiga perkara ini tadi Tuan Yang di-Pertua, yang telah membuat tanggapan abad ke-20 itu sudah tidak sesuai bagi anak-anak kita dalam abad ke-21. Kalau kita lihat dalam blueprint PPPM kita ini, memang ada menyentuh sedikit penekanan membawa anak murid kita ini supaya menjadi anak global iaitu ia ada menyentuh enam ciri di sini adalah dalam pengetahuan murid, dalam kemahiran dia berfikir, dalam kemahiran dia memimpin dan juga kementerian ada menekankan kemahiran dia dalam dwibahasa dan seterusnya etika dan kerohanian murid kita dan juga penekanan kepada identiti nasional murid kita. Akan tetapi saya tidak nampak penekanan yang begitu terang, yang begitu jelas di mana di bilik darjah itu akan dididiklah murid kita supaya menjadi sesuai warganegara dunia global pada masa kini dan dalam tahun-tahun yang mendatang.

Kalaupun kita lihat Tuan Yang di-Pertua, dalam anjakan- ada 11 anjakan dalam blueprint ini, garis panduan PPPM ini tetapi tidak menampakkan di mana usaha yang jitu,

jelas dan benar-benar boleh membuat kita, pelajar kita ini orang bertaraf antarabangsa apabila dia dewasa atau bekerja nanti. Jadi Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab yang demikian, ini harapan saya kiranya kerajaan kita boleh menimbangkan supaya menambah baik hasrat murni PPPM ini nanti.

Pertama, supaya pelajar Malaysia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Ini harapan saya dan harapan kita semua juga iaitu supaya anak-anak kita boleh dan mampu bersaing apabila dia dewasa atau sewaktu dia di sekolah, kalau ada pertandingan peringkat antarabangsa, dia mampu bersaing dengan anak-anak muda yang lain. Memang pun anak-anak sekolah kita, anak-anak kolej kita, anak-anak universiti kita sudah memenangi beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa. Dalam tahun 2012, saya begitu berbangga di mana dua orang anak dari Sarawak telah memenangi anugerah anak muda yang pandai mencipta barangan baru. Salah seorangnya Melayu dan pasangannya ialah seorang Iban dan mereka menang hadiah pertama di peringkat antarabangsa di New York.

Malaysia memang mempunyai kemampuan tetapi maksud saya ini ialah kita perlu memperhebatkan lagi supaya hasrat murni kita yang selalu menekankan agar pendidikan kita bertaraf antarabangsa, tetapi yang saya maksudkan ialah supaya anak-anak kita pada dewasa, abad ke-21 ini memang layak, mana-mana dia dibuang di dunia ini dia boleh berjaya dan mencipta sesuatu. Oleh sebab yang demikian, jikalah harapan saya demikian tadi, dalam bahasa Inggeris what I say globally competences student, dengan izin, yakni pelajar-pelajar yang berupaya mengharungi cabaran sejagat.

DN 16.4.2015 31

Jadi, ada tiga perkara yang saya hendak lihat bilamana kita hendak

memperkatakan pelajar yang berjaya bersaing di peringkat antarabangsa. Maksud saya ini ada tiga yang saya maksudkan. Yakni ialah pelajar itu harus mampu bertukar-tukar dan menyampaikan idea-idea. Apa sahaja idea pada dia, dia berjaya menyampaikannya dan dia dapat menerima, bertukar-tukar idea. Itu satu, itu saya maksudkan pelajar itu mulai- saya lihat pelajar yang mampu buat, menukar idea ini, menyampai idea ini dengan petah, jelas dan yakin satu unsur pelajar yang boleh mengharungi cabaran global.

Perkara kedua yang harus, yang saya tekankan di sini ialah iaitu pelajar kita itu harus dapat mengenal pasti, dia dapat menilai, mengenal pasti yang saya sebut perspektif, pandangan, pendapat yang ada di dunia ini. Dia dapat mengenal pasti yang ada dalam masyarakat. Jika anak-anak kita itu dapat mengenal pasti perspektif pemikiran, pendapat orang lain, pegangan dia sendiri, pegangan negara dia sendiri, saya melihat anak-anak ini memang mampu atau boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

Ketiga, saya melihat anak-anak yang bertaraf antarabangsa ini dia mampu menyiasat apa-apa yang berlaku di peringkat global. Kalau ada peperangan di Timur Tengah, dia boleh menyiasat apakah sebabnya, dia ghairah menyiasat. Apabila ada berlaku IS, kita selalu sebut Islamic State ini, dia mampu menyiasat.

■1250

Kalau anak-anak muda ini menggunakan media dan menggunakan teknologi yang ada pada dia, menyiasat apa yang berlaku di peringkat dunia ini, dia pelajar-pelajar yang saya sebut tadi competent globally, dengan izin. Inilah maksud saya Tuan Yang di-Pertua PPPM ini harus menekan yang saya lihat tidak begitu jelas dalam anjakannya yang telah digariskan. Jadi supaya kita lihat tidak boleh lari. Dewasa ini- dewasa dunia, dewasa global, dunia tanpa sempadan, kita tidak boleh lari. Oleh sebab itu pendidikan kita mesti mengutamakan supaya anak kita yang boleh berpindah randah di dunia ini harus dilengkapi dengan apa yang saya maksud kemampuan-kemampuan ini tadi.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab yang demikian, saya ingin mencadangkanlah kalau ilmu yang boleh memberi kemampuan ini tadi, contohnya untuk melengkapi semua kemampuan hasrat ini tadi, ilmu yang baru tentang masyarakat dunia yang dulu dalam abad 21 waktu saya belajar di sekolah rendah, di sekolah menengah dulu, perkara yang saya belajar tentang Argentina, sudah lain sudah sekarang. Perkara yang saya belajar tentang Eropah sudah lain sudah. Belajar tentang Rusia, mana ada Rusia yang dulu, sudah lain sudah. Keamanan yang begitu akrab, yang indah di Timur Tengah sudah tidak ada sudah. Jadi perkara-perkara yang berlaku di setiap benua yang kita belajar dulu sudah berubah. Oleh sebab yang demikian perlu ada ilmu-ilmu yang baru. Penulis-penulis buku kita untuk sekolah harus melihat perkara ini supaya ilmu abad 21 ini yang sampai kepada anak-anak kita. Contohnya, okey lah bahasa Inggeris Tuan Yang di-Pertua, ini wajib. Ini bahasa dunia. Jadi apa salah kita mempertingkatkan.

Ada sebuah sekolah kita di Sarawak di Ulu Lubai, pada suatu ketika, ini saya hendak puji sekolah ini telah menerima dua anugerah antarabangsa. Lima anugerah kebangsaan kita dan 43 anugerah peringkat negeri dan hampir 150 anugerah peringkat daerah. Sekolah ini sangat menekankan bahasa Inggeris. Pada suatu ketika pelawat pergi ke sana. Jadi pelawat ini bertanya seorang murid Tahun 4, dia bertanya “Adik, what is your race?” Dengan izin, this lady ask, what is your race? And then budak ini bertanya dia dalam bahasa Inggeris juga. Hairan betul juga anak-anak di Ulu Lubai ini iaitu di pedalaman Sarawak, jauh tetapi anak itu begitu petah menjawab balik dengan bahasa Inggeris yang standard. Ini lah yang kita hendak bahasa Inggeris kita, anak kita bangsa Melayu di Kuala Lumpur, anak kita bangsa Cina kah, India kah, dan Dayak di Sarawak kah, semua harus mesti petah dalam bahasa Inggeris.

Akan tetapi bukan sahaja dalam bahasa Inggeris, saya mohon dalam sekolah belajar bahasa-bahasa asing yang boleh membantu anak kita menjadi anak dunia yang boleh ke mana-mana pun boleh selamat kerana dapat menguasai bahasa. Jadi kandungan untuk kemampuan yang saya maksudkan itu tadi mungkin ada media yang baru, teknologi yang baru yang mereka perlu guna untuk menambah ilmu yang baru ini.

Jadi anak-anak murid kita juga perlu belajar adat resam, kebudayaan, cara hidup, sejarah orang-orang lain di seluruh dunia ini. Ini kerana benda ini sudah berubah. Mungkin sebuah negara itu dulu mungkin sebuah negara yang mengamalkan agama Kristian tetapi sudah berubah menjadi pegangan agama Islam. Ini lah kita tahu tetapi semua ini sudah berubah. Jadi perlu kita menyampaikan ilmu yang terbaru abad ke-21.

32 DN 16.4.2015

Seterusnya juga mungkin kita tidak boleh lari untuk melengkapkan anak Malaysia yang begitu lengkap dan matang. Apa salah dia, kita ajar sikit-sikit dalam sekolah itu supaya menghormati agama-agama yang lain. Faham konsep agama, kepercayaan itu, apa yang ada pada dia, bukan bermaksud kita mengubah-ubah agama dia, tidak. Akan tetapi elok kalaulah anak saya seorang Kristian, sepatutnya dia memahami apa ini Islam, apa itu Hindu, apa itu Buddha, itu maksud saya. Saya rasa tidak salah anak kita perlu dilengkapkan dengan pengetahuan-pengetahuan agama sikit-sikit lah, dia faham maksudnya.

Jadi seterusnya untuk memampukan mereka di peringkat dunia ini juga, mereka perlu dimaklumkan kepada anak kita apa inspirasi negara lain, apa rukun-rukun negara lain supaya dia faham. Mungkin kemudian hari dia akan bertugas di kawasan tersebut di negara tersebut. Dia faham, dia menghormati. Ini yang maksud saya ilmu-ilmu yang baru yang perlu kita sampaikan kepada anak kita.

Oleh sebab yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan kepada kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewujudkan satu subjek yang baru. Kita boleh buat, kita boleh tolak, kita boleh halang, apa salahnya kita wujudkan satu subjek baru untuk anak kita. Kalau di peringkat sekolah rendah mungkin bermula daripada tahap dua lah dan teruskan kepada sekolah menengah, diploma dan ke menara gading. Subjek ini yang boleh saya cadangkan subjek yang bernama ‘Ilmu Dunia’ atau pun ‘Ilmu Sejagat’. Kalau di peringkat Tingkatan 6 satu subjek yang dikatakan Pengetahuan Am.

Akan tetapi ini tidak cukup pada hemat saya, terlalu uzur sudah subjek ini. Belum diubah-ubah suai. Ini sejak dulu sudah ini tidak sesuai dalam abad ke-21 ini. Apa salahnya kita wujud satu subjek yang baru- ‘Ilmu Sejagat’, ‘Ilmu Dunia’ untuk anak kita. Ini maksud

saya. Jadi ilmu ini tadi kandungannya adat resam, geografi negara-negara lain, agama, ekonomi, inspirasi negara lain, kita muat. Saya rasa pegawai-pegawai kita, cendekiawan kita lebih faham lagi apa yang patut dalam kandungan buku ini.

Jadi dalam hal ini, supaya subjek ini boleh digunapakai lebih berkesan, saya mencadangkan dalam mempelajari subjek ini, saya mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung dengan Kementerian Pendidikan di negara yang lain supaya menghubungkan anak-anak sekolah kita ini dulu. Sewaktu saya Tingkatan 3, saya ingat guru ‘Piskop’ saya mengambil sebuah sekolah di Australia supaya menulis surat kepada rakan-rakan kami sebilik darjah di Tingkatan 3 di Sarawak. Kita menulislah tetapi dalam hal ini kita hendak hubungan negara antara negara sekolah di Malaysia berhubung dengan sekolah di Australia. Bertukar pendapat kerana kita membuat wahana fasilitet...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat waktu kita tepat

pukul 1 tengah hari sekarang. Masih banyak kah Yang Berhormat?

Datuk Lihan Jok: Lepas ini yang penting saya hendak tekankan selepas ini, boleh

lah.

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah sebelah petang Yang Berhormat sambung

balik, lapan minit ya Yang Berhormat.

Datuk Lihan Jok: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya tangguhkan Dewan ini hingga jam 2.30 petang

nanti.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.]

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah, kita terus menjemput Yang Berhormat Datuk

Lihan Jok untuk menyambung perbahasan beliau. Silakan Yang Berhormat.

2.33 ptg.

Datuk Lihan Jok: Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua. Selamat

berjumpa, selamat kembali lagi.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada lapan minit Yang Berhormat ya.

DN 16.4.2015 33

Datuk Lihan Jok: Lima minit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Lihan Jok: Jadi tadi saya berhenti menyatakan yakni kalau boleh kerajaan

mewujudkan satu subjek yang bernama subjek itu ialah Ilmu Dunia ataupun Ilmu Sejagat. Subjek ini Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan ia bila mana subjek ini dijalankan di peringkat sekolah, di peringkat menengah atau sekolah rendah, perlu pelajar-pelajar kita mencari ilmu dunia ini sendiri bukan disuap. Kita tidak mahu cikgu menyuap anak-anak muda kita ini, murid-murid kita ini dengan ilmu itu tetapi mereka melibatkan diri dengan cara mana tetapi inclusive, sendiri yang mencari ilmu, dibantu dan diselaraskan oleh cikgu.

Untuk mendapatkan ilmu ini secara berkesan juga, saya mencadangkan kedua ialah yakni sekolah-sekolah mempunyai hubungan dengan sekolah yang lain, sekolah di Malaysia ini mempunyai hubungan dengan sekolah di luar sana, luar negara di luar benua di mana mereka ini ditentukan, diselaraskan dan diselenggarakan oleh kerajaan, oleh kementerian. Perhubungan sekolah ini akan membantu anak-anak murid dalam usaha mereka mengenali kebudayaan, adat resam dan apa sahajalah daripada dunia yang di luar. Ini untuk melengkapkan mereka kemudian hari dan juga untuk...

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang hendak mencelah.

Datuk Lihan Jok: Silakan. Boleh, boleh. Sekejap sahaja ya.

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ringkas sahaja. Saya ingin dapat pandangan daripada Yang Berhormat Senator berhubung dengan ada pandangan ibu bapa bahawa anak-anak sekarang ini dibebani dengan terlalu banyak tugas sekolah termasuk tuisyen hingga mereka tidak ada masa untuk berehat. Apakah pandangan Yang Berhormat?

Datuk Lihan Jok: Memang saya pernah mendengar rintihan ibu bapa yang aktiviti

lepas sekolah itu memang membebankan tetapi yang saya maksudkan ini, saya rasa ini bukan satu benda yang membebankan tetapi yang menyeronokkan walaupun mengambil masa yang banyak anak murid kita di dalam dan di luar kelas tetapi perkara ini amat menyeronokkan. Bukan kita paksa dia mengikuti kelas lagi tetapi dia buat kerja sendiri melalui komputer dia untuk berhubung dunia luar. Pada hemat saya, Yang Berhormat Senator, ini memang kerjanya berat tetapi seronok.

Timbalan Yang di-Pertua: Maksud Yang Berhormat, dunia luar angkasa ke Yang

Berhormat?

Datuk Lihan Jok: Maafkan saya, Tuan Yang di-Pertua. Maksud ini dunia luar ini

negara-negara asing. Negara luar, negeri luar atau di benua lain. Itu maksud saya.

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah.

Datuk Lihan Jok: Boleh saya teruskan?

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Datuk Lihan Jok: Tuan Yang di-Pertua, cara yang ketiga ialah subjek ini

dijalankan melalui penyelidikan, penyiasatan. Jadi bermaksud tugas akan diberi kepada anak-anak kita, mereka membuat biar secara penyelidikan. Biarlah ilmu itu dicari sendiri dan yang ketiga, untuk membuat usaha ini berkesan kita guna internet dan teknologi media yang sesuai.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada satu minit lagi, Yang Berhormat.

Datuk Lihan Jok: Laju sangat ini. Oleh sebab yang demikian, dalam usaha

membuat subjek ini lebih berkesan, kita minta supaya kementerian melihat keperluan-keperluan teknologi baru yang sudah usang diperbaiki di sekolah sistem internetnya, sistem satelitnya perlu diperbaiki. Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, tidak lengkap kalau tidak saya menyuarakan sedikit hasrat ataupun pandangan dari Sarawak.

Baru-baru ini kita di Sarawak amat rasa berterima kasih atas rasminya iaitu Lebuh raya Pan Borneo yang panjangnya di Sarawak 936 kilometer dan harga anggaran kos ialah RM15 bilion.

34 DN 16.4.2015

Jadi akan siap dalam tahun 2023 tetapi yang saya nak tanya ini Tuan Yang di-

Pertua ialah saya dengarlah, saya minta penjelasan daripada Kementerian Kewangan yakni projek ini dijalankan dengan konsep ini dia, iaitu private finance initiative (PFI), dengan izinlah kerana saya tidak tahu dalam Bahasa Malaysia private finance initiative (PFI) ini.

Oleh sebab yang demikian, saya ingin bertanya apakah dengan inisiatif ini akan beberapa tahun yang pertama kita yang menggunakan ada tol atau tidak, itu satu soalan saya. Soalan yang kedua adalah adakah sistem PFI ini akan berterusan untuk menyiapkan saki baki projek yang akan siap sehingga 2013.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya

dipersilakan Dato' Dr. Asyraf. Silakan Yang Berhormat.

2.39 ptg.

Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi rabbilalamin. Wassalamualaa-Rasulillahi waalaalihi wasabbihiajmain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.

■1440

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk turut sama berbahas menjunjung kasih kepada Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ketiga Belas baru-baru ini.

Saya ingin mulakan perbahasan saya ini dengan mengungkap apa yang telah pun disebutkan oleh Seri Paduka Baginda dalam Titah Baginda mengenai kedudukan Malaysia hari ini yang diletakkan pada satu tahap yang amat membanggakan sebagai Pengerusi ASEAN selepas sahaja kita mendapat antara undian tertinggi sebagai Ahli Majlis Keselamatan PBB.

Cuma, peranan kita sebagai Pengerusi ASEAN ini harus kita mainkan dengan cukup berkesan sekali terutamanya dalam keadaan negara kita atau pun dunia hari ini terpaksa berhadapan dengan pelbagai polemik kemelut kemanusiaan khususnya gejala-gejala radikalisme, ekstremisme dan sebagainya. Saya kira Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita melakarkan satu pendekatan yang cukup baik sekali.

Pada zaman pentadbiran beliau, beliau meletakkan orientasi yang jelas bahawa kita negara Islam berorientasikan wasatiyyah yang semua daripada kita sudah pun maklum bahawa wasatiyyah ini bukan hanya sekadar berada di tengah-tengah, tidak ada pendirian. Wasatiyyah bermakna keseimbangan, keadilan dan tidak ekstrem ke kanan mahupun ke kiri.

Yang dimaksudkan tidak ekstrem ke kanan maknanya kita tidak bersifat apa yang disebutkan dengan izin... [Bercakap dalam bahasa Arab] Bersifat melampau dalam memahami agama itu sehinggakan kita bersikap seperti mana apa yang disebutkan berulang-ulang kali, IS dan sebagainya. Kita juga bukan golongan yang merelakan negara kita ini berasaskan kepada fahaman... [Bercakap dalam bahasa Arab] Ataupun

memperlonggar agama sehingga pelbagai ideologi pemikiran seperti liberalisme, pluralisme yang hakikatnya menyesatkan dan terpesong daripada agama Islam.

Akan tetapi dalam konteks ini, mungkin saya kira pihak Kementerian Luar Negeri terutamanya boleh memberikan pencerahan apakah apabila kita dilantik sebagai Pengerusi ASEAN pada kali ini, apakah kali ini kita mengambil kesempatan untuk benar-benar menggunakan platform ini bagi menyerlahkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berorientasikan wasatiyyah ini?

Kenapakah saya sebutkan sedemikian? Ini kerana daerah Nusantara ini atau pun ASEAN ini menempatkan umat Islam yang teramai di dunia. Dalam konteks populasi penduduknya, 253 juta orang umat Islam dari benua ASEAN. Daripada ASEAN sahaja- Indonesia, Malaysia, Selatan Thai, Kemboja dan sebagainya. Kalau selalunya orang kata kalau hendak tengok Islam, tengok di negara Arab. Negara Arab itu sendiri pun hanya 142 juta sahaja.

DN 16.4.2015 35

Itu pun banyak keadaan negara Arab ini tidak melambangkan ciri-ciri Islam yang

sebenar kerana Islam ini agama rahmat, agama yang lemah lembut, agama yang penuh dengan budi bahasa yang sopan santunnya, adab pekerti yang cukup luhur, bukan keras, bukan kasar. Kalau kita selalu diungkapkan dengan apa yang ditunjukkan dalam YouTube bagaimana mereka melakukan kekasaran, kebiadaban daripada segi hak asasi manusia dan sebagainya, ini bukan mencirikan Islam itu sendiri.

Oleh sebab itulah kalau kita lihat daripada segi sejarah pun, ada sebab kenapa Nabi Muhammad SAW dipilih oleh Allah dan diturunkan kepada kaum Arab yang mana kaum Arab itu daripada kaum yang memang keras, kasar tetapi akhirnya dilentikkan mereka, dilembutkan mereka oleh Nabi kerana membawa ajaran Islam yang sifatnya lemah lembut, yang sifatnya rahmat kepada seluruh alam.

Sebagaimana dalam ayat Al-Quran Surah Ali-Imran ayat 159, Allah menyebut... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Dengan rahmat Allah lah maka kamu wahai Muhammad, kata Allah SWT, bersifat lemah lembut terhadap mereka yakni orang-orang Arab yang bukan Islam pada waktu itu tetapi kalaulah Nabi ini bersifat kasar kata Allah, lagi keras hati nescaya mereka akan lari daripada kamu. Oleh sebab itulah Islam itu begitu cocok dengan budaya Melayu, budaya Nusantara yang sifatnya lemah lembut, yang sifatnya budi bahasa, yang sifatnya amat berteraskan kepada prinsip-prinsip yang sememangnya amat dekat dengan Islam.

Oleh sebab itulah saya ingin mengungkapkan sebahagian daripada sajak daripada Usman Awang yang memberikan satu nukilan yang menarik berkenaan dengan Melayu. Disebutkan di sini, saya tidak akan membacakan semua, saya akan mengambil perenggan-perenggan yang penting hendak menunjukkan Melayu itu, sifat Nusantara ini cocok dengan Islam. Disebutkan di sini...

Watak Melayu menolak permusuhan, Setia dan sabar tiada sempadan, Tapi jika marah tidak nampak telinga, Musuh dicari ke lubang cacing, Tak dapat tanduk telinga dijinjing, Maruah dan agama dihina jangan, Hebat amuknya tidak kenal lawan. Berdamai cara Melayu indah sekali, Silaturahim hati yang murni, Maaf diungkap sentiasa bersahut, Tangan dihulur sentiasa disambut, Luka pun tidak lagi berparut.

Ini penting. Saya kira nukilan-nukilan sebegini menggambarkan bagaimana kita sebagai Pengerusi ASEAN harus mengambil kesempatan dalam kerangka mempengerusikan negara-negara yang hakikatnya umat Islam paling ramai atas dunia ini di daerah atau pun di rantau ASEAN ini. Saya kira ini saatnya untuk kita menonjolkan Islam bagaimana kepada penduduk di dunia. Islam bukan IS yang banyak diperkatakan oleh sahabat-sahabat saya tadi yang kita harus melihat semula ungkapan IS itu sendiri kita perlu pisahkan negara Islam dengan pelampau agama ini yang saya kira amat mustahak sekali.

Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya kira ada beberapa perkara yang penting dalam kita hendak menangani gejala-gejala ekstremisme agama ini. Pertama, mungkin saya ingin bertanya kepada pihak Jabatan Perdana Menteri umpamanya. Pertama sekali, apakah sebenarnya grand design atau pun perencanaan kerajaan hendak mengukuhkan orientasi wasatiyyah ini dalam kerangka negara kita dan juga untuk ASEAN secara keseluruhannya?

Dalam konteks ini, sudah pasti apabila kita bercakap soal wasatiyyah, ia tidak boleh lari daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Yang ini pun ramai lagi yang tidak faham dan saya kira kita tidak mempunyai masa untuk saya hendak menerangkan apa sebenarnya akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tadi pun sahabat saya Yang Berhormat Dr. Johari pun mengungkapkan apakah fahaman-fahaman tertentu seperti Wahabi itu diterima sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Itu soal-soal yang tidak perlu dibahaskan di sini. Cuma, dalam konteks menampilkan Islam dalam kerangka yang cukup luhur itu perlu ada suatu gerakan yang lebih bersepadu sifatnya.

36 DN 16.4.2015

Kedua, saya ingin juga menarik perhatian kepada isu-isu yang melanda umat

Islam hari ini terutamanya isu ekstremisme ini yang bukan sahaja dalam kerangka IS itu tetapi juga pelbagai ideologi-ideologi yang sesat lagi menyesatkan. Baru-baru ini timbul isu ajaran sesat Milah Abraham umpamanya, yang mana pengikutnya sudah berkembang hampir 5,000 ke-6,000 orang yang sebenarnya dia saling berkait dari Malaysia sampai ke Indonesia. Bahkan, ketuanya berada di Indonesia yang ketuanya menganggap bahawa dirinya Nabi baru. Malangnya, pengikut-pengikut yang ramainya di Malaysia. Ini saya teringat balik apa yang berlaku pada era-era Jemaah Islamiah dan sebagainya yang mana guru-gurunya datang dari Indonesia tetapi daripada segi pengikutnya ramai di kalangan masyarakat Islam di sini.

Jadi apabila ramai di kalangan umat Islam terpengaruh, kita tertanya-tanya apakah punca mereka terpengaruh? Kita juga tertanya-tanya ada juga elemen-elemen ini yang sudah mula masuk dalam sektor keselamatan polis dan juga tentera. Jadi, saya ingin bertanya juga kepada Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Pertahanan, apakah perencanaan dan perancangan supaya elemen-elemen agama yang sesat lagi menyesatkan ini terutama dalam pemahaman Islam yang tidak sekali-kali menggambarkan Islam yang sebenar itu boleh meresap masuk menjadi satu ancaman kepada negara?

Kalaulah tentera dan polis pun ada yang terlibat dalam pemikiran-pemikiran yang ekstrem seperti ini, saya risau kerana mereka pandai menggunakan senjata dan mereka boleh menggunakan kepakaran yang ada pada mereka kepada perkara-perkara yang kita tidak mahu wujud dalam konteks negara kita yang boleh memudaratkan.

Seterusnya kepada Kementerian Pendidikan. Kita hendak tanya juga apakah inisiatif Kementerian Pendidikan dalam konteks hendak memastikan pelbagai aliran-aliran pemikiran yang sesat ini yang boleh membawa anak-anak kita kepada gejala ekstremisme sama ada ke kanan mahupun ke kiri.

■1450

Yang saya sebutkan tadi ke kanan, sama ada mereka bersifat radikal, ekstremis dalam mentafsir agama sehinggakan mereka memahami jihad itu hanya mengangkat senjata, bunuh orang yang tidak bersalah walhal itu bukan jihad. Jihad dalam Islam, kita melalukan sesuatu secara bersungguh-sungguh kerana Allah. Kita bekerja sebagai Ahli Parlimen, ini pun sebagai jihad kalau kita melakukannya kerana Allah dan kita buat secara bersungguh-sungguh untuk memartabatkan agama dan rakyat secara keseluruhan.

Kalau kita berniaga, kita berniaga kita melihat itu sebagai jihad dan kita berniaga dengan adil, kita tidak melakukan penyelewengan, penyimpangan, itu pun satu jihad. Akan tetapi kenapa kefahaman jihad ini hanya dalam konteks mengangkat senjata? Dalam konteks inilah saya nampak rata-rata yang terlibat dalam IS ini ataupun terlibat dalam jamak Islamiah dulunya KMN dulunya, rata-rata mereka ini tidak pernah belajar agama secara tuntas.

Kebanyakannya mereka yang profesional. Mereka merasakan mereka telah melakukan dosa pelbagai tetapi mereka belajar agama daripada guru-guru yang sesat lagi menyesatkan dan memahamkan mereka, kalau hendak Islam, hendak menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan yang lampau, maka mereka harus terlibat dalam gerakan jihad seumpama ini. Jadi sebab itulah kita hendak tahu sama ada sistem pendidikan kita hari ini mengambil kira aspek pemahaman Islam secara holistik. Bukan sahaja Islam itu hanya difahami dalam kerangka ibadah semata-mata, tetapi Islam secara tasawurnya ataupun Islam dalam konteks world view, dengan izin, yang akhirnya, kalau kita bercakap soal jihad, kita memahami jihad dalam konteks yang sebenar.

Kalau kita lihat dalam konteks ini, sekolah rendah, sekolah menengah, kita ada pengajian Islam. Saya hendak tahu sama ada pengajian Islam yang kita ajarkan kepada anak-anak apakah bersifat holistik? Kalau dulunya penekanan hanya diberikan kepada soal-soal fardu ain, sembahyang, puasa, zakat. Tidak diberikan soal penegasan soal even

muamalat, bagaimana hendak berniaga, bagaimana akhlak dan adab yang baik sebagai seorang Islam, bagaimana kita harus berhubungan dengan orang bukan Islam, menghormati mereka dan sebagainya. Ini semua tuntutan agama umpamanya dan harus dimasukkan dalam sistem pengajian Islam itu sendiri.

Akan tetapi hari ini juga satu kerunsingan yang melanda, soal apabila mereka habis sekolah menengah, apabila mereka masuk ke institusi pengajian, dulu ada pengajian agama Islam diajar di universiti-universiti. Hari ini ditukar kepada TITAS.

DN 16.4.2015 37

TITAS ini adalah mengajar tamadun Islam dan tamadun Asia menggantikan

pengajian Islam yang dulunya diajar di IPTA-IPTA dan juga IPTS-IPTS. Hari ini apabila tahun 2012 pihak Kementerian Pendidikan membuat kajian dan penstrukturan baru, maka dimansuhkan Pengajian Islam ini dan digantikan dengan TITAS. Cumanya apabila digantikan dengan TITAS, saya melihat kandungan TITAS ini.

Kandungan TITAS ini secara umumnya dan secara khususnya memang hendak supaya seorang pelajar itu bukan sahaja tahu berkenaan dengan agama Islam tetapi juga tahu berkenaan dengan agama-agama lain. Bahkan TITAS itu sendiri bukan hanya kepada pelajar-pelajar yang beragama Islam, juga agama-agama lain. Cuma apabila kita mengajar secara umum begini, apakah kita cukup untuk kita memberikan satu perspektif yang tuntas kepada pelajar-pelajar ini terutamanya dalam berhadapan dengan pelbagai ancaman baru?

Saya bukan hendak mengatakan bahawa Islam ini menjadi satu ancaman tetapi umat Islam yang memahami Islam secara dengan cara yang salah telah menzahirkan agama Islam itu dengan cara yang salah hingga akhirnya Islam itu tertampil seolah-olah agama yang hanya bercakap soal keganasan, soal tidak berperikemanusiaan dan sebagainya.

Oleh sebab itulah apabila kita berhadapan dengan ancaman-ancaman sebegini, maka macam-macam pihak, pelbagai pihak mengambil kesempatan. Orang yang melihat bahawa Islam ini harus diliberalkan, maknanya tidak perlu terlalu berpegang kepada agama, itu pun satu kelompok yang mengambil kesempatan. Akhirnya, kefahaman Islam yang sebenar itu dipesongkan dan disalahertikan.

Oleh sebab itulah dalam konteks ini mahu tak mahu, pendidikan merupakan satu perkara yang cukup penting bukan sahaja di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah tetapi juga di peringkat institusi pengajian tinggi. Bukan sahaja di peringkat universiti awam tetapi juga universiti-universiti swasta. Kerana apa? Ia kerana kita hendak melahirkan pelajar seperti mana dalam Pelan Pendidikan yang dilancarkan dalam konteks PPPM, Pelan Pendidikan Kebangsaan ini. Kita dapat lihat antara aspek- kalau kita lihat daripada segi matlamat falsafahnya cukup cantik sekali kerana kerajaan telah meletakkan satu sasaran hendak melahirkan generasi yang bersifat holistik, bukan sahaja hebat daripada segi pemikirannya tetapi akhlaknya, moralnya, daripada segi jati diri agamanya itu kuat.

Dalam konteks inilah saya kira penting untuk kita menilai kembali sama ada TITAS ini mampu atau tidak mendepani pelbagai ancaman pemikiran yang ada hari ini. contohnya dalam konteks akidah kerana dalam Islam ini Tuan Yang di-Pertua, dalam Islam, asas yang paling penting ialah akidah. Kalau akidah ini tidak difahami dan dihayati secara tuntas oleh mana-mana pihak terutamanya umat Islam, akhirnya itu yang menyebabkan mereka mudah terpesong ke kanan mahupun ke kiri. Oleh sebab itu dalam konteks ini, saya mahu kementerian melihat kembali sama ada TITAS ini benar-benar mampu untuk menangani isu-isu yang dihadapi oleh umat Islam hari ini terutama dalam mendepani isu radikalisme, ekstremisme dan juga fanatisme dalam agama.

Berbalik soal pendidikan ini juga, kalau kita bercakap kepada orang bukan Islam, kita kena ingat bahawa kalau dulu di sekolah rendah, sekolah menengah, mereka akan diajar pendidikan moral. Bagi saya, agama-agama lain, semua agama menyeru kepada kebaikan, kepada good values ataupun nilai-nilai yang baik dan nilai-nilai yang baik ini bersifat universal, ia merentasi kaum, ia merentasi agama. Aspek ini juga harus ditekankan bukan sahaja di peringkat sekolah rendah tetapi di peringkat universiti yang saya kira amat mustahak...

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah Yang Berhormat..

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Minta mencelah sikit. Terima

kasih lah saya telah mendengar hujah-hujah Yang Berhormat itu. Daripada segi pendidikan, hendak minta pandangan Yang Berhormat, adakah kurikulum kita yang ada sekarang, di dalam sekolah rendah, sekolah menengah ataupun universiti, tidak mencukupi untuk memberi akidah-akidah Yang Berhormat katakan tadi dan adakah kita patut overhaul kita punya kurikulum di sekolah-sekolah dan juga IPT dan IPTS. Terima kasih.

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: Okey, itulah yang sebenarnya saya

maksudkan tadi. Soalan itu harus dijawab oleh pihak Kementerian Pendidikan supaya kita hendak menilai dan kita harus ada satu penilaian yang komprehensif, apakah seperti mana yang Yang Berhormat Tan Sri sebutkan tadi?

38 DN 16.4.2015

Adakah sistem pendidikan Islam yang ada pada hari ini di peringkat sekolah

rendah sampai di peringkat IPT, walaupun pengajian Islam itu tidak diajar di peringkat IPTA, IPTS sebab digantikan dengan TITAS?

Kita harus melihat secara holistik, adakah sistem pengajian agama yang ada hari ini benar-benar mampu untuk kita melahirkan generasi, oleh sebab pada masa akan datang...

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Boleh saya mencelah Yang

Berhormat?

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: Yang benar-benar...

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: Saya layan sekejap lagi ya. Yang

benar-benar mampu menangani pelbagai kerencaman ideologi yang ada yang hakikatnya menjadi ancaman bukan sahaja kepada agama tetapi juga kepada negara. Silakan.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Tuan Yang di-Pertua, ya

saya setujulah apa yang diperkatakan Yang Berhormat tadi. Saya hendak menerangkan sedikit melalui pengalaman. Ini satu isu yang cukup kompleks. Betul tak betul perlu dibincang secara terperinci. Adanya baik kita hendak memperkukuhkan lagi kefahaman dan pengajaran agama kepada anak-anak yang sebenarnya yang mengendalikan syllabus mata

pelajaran agama ini guru-guru agama. Saya sendiri terlibat pada tahun 70-an apabila kita mulakan pelajaran UIS, ia mata pelajaran Agama Islam.

Saya masih ingat masa Ustaz Naqa’i and the gang lah, kumpulan-kumpulan agama. Itu seratus peratus kita serahkan kepercayaan kepada mereka. Maka dari semasa ke semasa bertukar dan yang saya hendak pertekankan, bahkan saya hendak soal, pada pandangan saya, adakala contentnya pun tidak semestinya efektif sekiranya mereka yang dipertanggungjawabkan, ia insan ataupun human factor tadi dipertanggungjawabkan tidak menjalankan tanggungjawab dengan betul di mana guru-guru daripada pendidik ini tidak menjalankan tugas dengan baik bahkan meracuni pemikiran pelajar. Sampai bila pun kita tukar content, ia tidak akan berjaya. Apa yang penting, saya kata ia mesti dijalankan dengan ikhlas. Ini pengalaman saya sendiri. Terima kasih.

Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki: Ya, terima kasih Yang Berhormat,

terima kasih. Ini pun antara hujah yang saya masukkan sebagai hujah tambahan. Kita bercakap soal kurikulum tadi, soal sistem pendidikan kita memang asas sistem pendidikan juga guru-guru.

■1500

Kita ada lebih kurang 63,000 orang guru Pendidikan Islam di pelbagai peringkat daripada sekolah rendah sampai sekolah menengah. Satu perkara yang saya ingin kementerian boleh jelaskan kepada kita apakah kementerian melatih mereka secukupnya kerana kita bimbang guru-guru Pendidikan Islam ini kebanyakannya mereka lulusan daripada Timur Tengah, dari Mesir, dari Jordan, dari Yaman yang mana kadang-kadang pemikiran-pemikiran yang dibawa daripada Timur Tengah itu tidak secocok dengan pemikiran dan orientasi ataupun disebut sebagai Manhaj. Manhaj Malizi ataupun orientasi negara kita Malaysia kerana seperti mana yang saya sebutkan tadi di sana mereka bersifat keras sebab itu tabii suasana di Arab padang pasir, panas. Dia mempengaruhi psikologi dan sosiologi masyarakat di sana.

Akan tetapi kalau pemikiran-pemikiran, buku-buku, ataupun murobi-murobi atau guru-guru yang mengajar mereka di sana mengajar pemahaman yang salah dan apabila mereka balik ke Malaysia mereka membawa orientasi yang sama itu berbahaya dan kita hendak tahu apakah kementerian melakukan proses yang dipanggil sebagai mengorientasikan mereka kembali supaya mereka ini benar-benar memahami kerangka Perlembagaan Malaysia umpamanya Islam sebagai Agama Persekutuan.

Kita tidak boleh samakan Malaysia dengan negara-negara Arab. Kita tidak boleh samakan bagaimana negara Arab kalau ada pembangkang yang membangkang dihukum bunuh seperti mana yang berlaku di banyak negara pada hari ini. Kita dapat lihat pembangkang-pembangkang yang membawa idealisme agama dianggap sebagai ancaman akhirnya dihukum gantung tetapi tidak pernah berlaku di sini. Kita di sini terlalu bebas hendak mengkritik kerajaan, bahkan hendak menghukum, bahkan hendak memfitnah kerajaan pun tidak boleh buat hendak apa-apa.

DN 16.4.2015 39

Ini satu realiti yang perlu kita fikirkan orientasi guru-guru pengajian Islam 63,000

akan memainkan peranan dan pengaruh yang penting dalam menentukan bagaimana acuan yang akan diberikan kepada anak-anak kita. Kalau acuannya acuan ekstrem, acuan radikal, acuan yang salah memahamkan anak-anak kita bahawa kerajaan ini contohnya kerajaan yang tidak islamik, kerajaan ini menentang Islam, kerajaan ini tidak pernah melakukan apa-apa untuk agama. Ini berlaku di mana-mana. Sebab itulah saya kira kementerian kalau boleh memberikan pencerahan kepada kita.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang seterusnya yang saya hendak bangkitkan selain daripada isu-isu tadi ialah berkenaan dengan GST sedikit yang telah banyak diperkatakan. Sebenarnya saya sebagai Ahli Yang Berhormat juga saya merasakan GST ini penting sebagai satu sistem kerana sebagai salah sebuah negara daripada 169 buah negara yang telah melaksanakan GST- 169 daripada 192 buah negara atas dunia ini. Sebanyak 169 sejak tahun 1950an sampai sekarang telah berubah kepada satu struktur percukaian baru. Daripada struktur percukaian baru ini kita faham daripada segi falsafah, daripada segi matlamat GST untuk mengelakkan berlakunya kebocoran dan ketirisan dalam konteks perolehan negara, dalam konteks untuk memastikan keadilan kepada pengguna dan rakyat.

Supaya rakyat dapat menikmati hasil cukai daripada duit mereka itu dengan lebih adil dan lebih saksama supaya rakyat juga tidak dibebani dengan harga barangan yang sebelum ini kerajaan tidak dapat menentukan harga barangan secara tuntas kerana kos-kosnya tidak dapat dikenal pasti secara berkesan tetapi melalui sistem percukaian baru bukan sahaja kos-kos ini dapat dikenal pasti, harga barang itu juga dapat dikenal pasti atas faktor apakah kenaikan itu berlaku. Cuma daripada 1 April sampai hari ini, kita berhadapan dengan pelaksanaan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada lima minit lagi Yang Berhormat.

Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki: Allah. Pelaksanaannya cukup

merunsingkan kita. Saya tadi waktu makan saya sempatlah telefon pusat aduan kononnya hendak buat aduan. Saya telefon daripada pukul 1 sampai 1.45. Saya biarkan telefon itu ringing dan jawapannya pegawai-pegawai kami masih sibuk. Saya hendak tanya kepada pihak Kastam, pihak KPDNKK, bagaimanakah proses aduan ini? Mekanisme aduan, apakah ia mesra rakyat ataupun tidak? Kita sudahlah berhadapan dengan realiti rakyat di negara yang memang budayanya tidak suka buat laporan.

Kita tidak seperti negara-negara maju sebab itu negara maju dia boleh laksanakan secara tersusun kerana bila laporan dibuat sebab rakyat itu sensitif hak dia. Dia buat rayuan dan kerajaan akan mengambil tindakan secara pantas. Itu budaya yang berada di Eropah tetapi kita di sini ini pemikiran tidak apalah. Tidak apalah sedikit sahaja. tidak apalah. Jadi tidak ada orang yang hendak report. Bila berlaku GST ramai yang hendak report tetapi ramai juga report hanya dalam Facebook, media sosial. Apabila kerajaan kata kita ada talian hotline. Saya sendiri berhadapan tadi. Saya hendak try pukul 1 sampai 1.45 langsung

tidak ada mesra rakyat. Sebab itulah kita hendak tahu apakah mekanisme aduan yang ada ini telah diteliti betul-betul sama ada benar-benar mesra rakyat atau tidak.

Yang keduanya, kita perlu gerak kerja pelaksanaan ini secara betul-betul kemas bukan hanya pegawai-pegawai KPDNKK yang harus buat rush. Kita perlu gembleng segala

agensi yang ada. Polis umpamanya. Apakah kita benar-benar merealisasikan apa yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menggunakan falsafah NBOS iaitu National Blue Ocean Strategy? Maksudnya setiap agensi kita bekerja secara synergy bukan silo. Selama ini setiap agensi dan setiap kementerian masing-masing seolah-olah hendak berlumba antara satu sama lain. Apabila berlaku sesuatu perkara bila jadi hero, bila kena hentam pun dia sorang sahaja kena hentam.

Jadi dalam konteks ini kita perlu gemblengkan polis-polis umpamanya supaya keyakinan rakyat terhadap pelaksanaan GST. Rakyat tidak marah dalam konteks falsafah matlamat GST tetapi apabila terlalu banyak janji yang dihamburkan barang ada berapa puluh ribu akan turun tetapi apa yang berlaku kita dapat lihat bukan barang itu turun tetapi naik. Kita tahu bahawa ini berlaku kerana penyimpangan, penyelewengan dan sikap mereka yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga sesuka hati. Kita ada Akta Kawalan Harga dan Pencatutan kita sudah bahas inilah mekanisme yang terbaik kalau kita hendak memastikan GST itu dapat dilaksanakan dengan cara yang berkesan tetapi penguatkuasaan, pelaksanaan juga harus diberikan penelitian.

40 DN 16.4.2015

Tuan Yang di-Pertua, ada perkara penting juga yang saya hendak tekankan di sini

berkenaan dengan tragedi banjir baru-baru ini. Saya hendak terus kepada soalan saya kepada pihak Jabatan Perdana Menteri mungkin Dato' Seri Shahidan walaupun dia tidak ada di sini. Saya sendiri terlibat dalam Jawatankuasa bersama antara Kerajaan Pusat dengan negeri pada waktu ketika banjir gelombang kedua itu berlaku di Kelantan. Saya dapat lihat dengan mata kepala saya, bagaimana sebenarnya haru-biru daripada segi koordinasi agensi-agensi kerajaan apatah lagi kalau kita hendak cakap agensi kerajaan dengan pihak agensi kerajaan negeri. Kenapakah saya kata haru-biru?

Umpamanya daripada segi hendak merekodkan semacam tidak ada satu sistem hendak membuat rekod kepada siapa yang masuk dalam pusat-pusat pemindahan sehinggakan Dato' Seri Shahidan saya ikut dia tiga, empat hari pertama naik helikopter pergi Gua Musang, pergi Kuala Krai bila turun dia terpaksa buku panjang dia. Dia sendiri yang terpaksa merekod. Mana dia Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mana dia yang kalau ikut SOP ataupun ikut apa yang MKN ada dalam pengendalian tetap operasi ataupun disebut sebagai Arahan 20 dan Prosedur Operasi Standard. Kalau kita tengok dalam Arahan 20 ini kita dapat lihat kalau berlakunya bencana dalam kertas nampak cantik siapa yang akan bertanggungjawab tetapi bila berlaku musibah baru-baru ini segala-galanya seolah-olah tidak ada koordinasi.

Soalan kedua yang ingin saya tekankan, kita ada beberapa bulan lagi sebelum banjir. Kita tahu negara kita sentiasa dilanda banjir...

Timbalan Yang di-Pertua: Saya rasa Yang Berhormat gulung ya.

Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki: Cuma saya hendak tahu apakah ada

dilakukan sebarang bentuk inisiatif untuk melatih agensi-agensi ini supaya mereka ini bersiap sedia untuk berhadapan dengan gelombang malapetaka. Sekali lagi isunya apakah agensi-agensi bekerja secara silo ataupun bekerja synergy, secara sepakat. Buat akhirnya Tuan Yang di-Pertua satu minit, satu isu...

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan.

Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki: Yang saya sudah janji kepada rakan-rakan Facebook saya...

Timbalan Yang di-Pertua: Buat dengan ringkas ya.

Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki: Ya ringkas. Isunya isu pengeluaran

wang pada usia 60 tahun KWSP. Ramai yang sebenarnya marah berkenaan dengan ini kerana hakikatnya pada usia 60 tahun terlalu lewat bagi seseorang menikmati hasil penat lelah dan tabungan, dan ia juga mewujudkan satu persepsi yang salah di kalangan rakyat bahawa KWSP seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi untuk menyimpan wang tabungan persaraan bagi tujuan tertentu. Ramai mereka yang bekerja penat lelah dan mereka sudah pun meletakkan sasaran 55 tahun hendak digunakan belanja untuk anak-anak yang hendak kahwin, anak-anak yang hendak belajar dan sebagainya.

■1510

Alasan diberikan oleh KWSP dia kata nanti bila kita berikan peluang mereka akan hanya boleh bertahan 10 tahun. Saya rasa ini isu yang berbeza. Isu pengurusan wang, isu soal bagaimana hendak menguruskan wang itu soal kedua. Isunya isu hak, hak wang ini hak rakyat, hak setiap pencarum. Kita kena bezakan antara hak dengan cara bagaimana orang itu hendak menunaikan haknya.

Soal menunaikan hak, soal pengurusan itu kerajaan, KWSP ajarlah mereka bagaimana hendak menguruskan wang kalau perlu. Akan tetapi soal kalau kita hendak meletakkan satu tahap ikut suka hati tanpa kita merujuk kepada orang bawah seolah-olah bagi saya, saya tidak mahu bersangka buruk tetapi bila banyak sangat isu-isu ini seolah-olah ada usaha macam hendak melakukan sabotaj kepada kerajaan. Satu-persatu hendak membangkitkan kemarahan rakyat. Saya rasa ini perkara yang mustahak untuk pihak kementerian yang berkenaan menjawab perkara ini kerana rakyat di bawah berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Antara perkara yang perlu kita tangani GST ini adalah bagaimana hendak mengurangkan kos sara hidup. Kalau ini pun satu isu yang kita tidak boleh tangani walhal di bawah kekuasaan kita saya kira ini satu amat yang malang sekali. Sekian sahaja, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya. Saya dengan ini menyokong Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

DN 16.4.2015 41

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Dipersilakan Yang

Berhormat Datuk Dr. Lucas Umbul. Silakan, Yang Berhormat.

3.11 ptg.

Datuk Dr. Lucas bin Umbul: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua memberi ruang

dan peluang untuk turut berbahas Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sempena Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ketiga Belas, 9 Mac yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk berkongsi apa yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang perlukan penambahbaikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melihat kepada satu perkara tentang isu syarat pengambilan baru calon-calon guru Institut Pendidikan Guru Malaysia. Syarat yang dikenakan ialah 7A bagi calon-calon dari Semenanjung dan syarat 5A bagi calon-calon dari Sabah dan Sarawak. Saya terkilan sedikit kenapa ada perbezaan daripada segi syarat. Akan tetapi saya mempunyai fikiran positif bahawa Kementerian Pendidikan begitu prihatin kepada calon-calon guru dari Sabah dan Sarawak dan menurunkannya kepada 5A. Saya rasa infrastruktur sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak ini masih di tahap yang perlu banyak penambahbaikan.

Justeru itu saya menyarankan kepada Kementerian Pendidikan oleh sebab syarat ini berbeza-beza dan ada kaitannya dengan pencapaian pelajar. Jadi saya minta kepada Kementerian Pendidikan untuk melihat sekolah-sekolah di Sabah, Sarawak yang masih daif dinaiktarafkan. Sekolah-sekolah Sabah dan Sarawak yang masih beratap zink, berdindingkan kayu dinaiktarafkan. Sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak yang masih lagi kurang perpustakaan perlu penambahbaikan dan diberi peruntukan yang lebih.

Jadi inilah andaian saya bila melihat syarat 5A untuk Sabah dan Sarawak dan 7A untuk Semenanjung. Jadi saya mohon juga kepada kementerian agar memberi ruang dan peluang kepada anak-anak di kedua-dua negeri ini menjadi guru sebabnya anak-anak daripada kedua-dua negeri ini lebih mengetahui cara mana kehidupan masyarakat di luar bandar yang berada di dalam negeri ini. Jadi oleh itu saya mohon kepada kementerian untuk menjelaskan apakah nisbah 40:30:30 iaitu 40 peratus bagi Semenanjung, 30 peratus bagi Sabah, dan Sarawak, direalisasikan dalam pengambilan calon-calon guru pada setiap tahun.

Saya juga mohon kepada kementerian agar dalam membuat iklan dalam web itu hendaklah jelas supaya apabila calon-calon kita dari Sabah dan Sarawak tidak keliru apabila memohon kekosongan. Oleh sebab apabila mereka melihat 7A itu jadi orang yang mendapat 5A itu mungkin ada yang tercicir tidak lagi mendapat ruang untuk memohon menjadi calon guru memandangkan mereka tidak melihat dalam laman web ini tidak ada perkara yang jelas mengenai syarat-syarat itu.

Jadi saya mencadangkan kepada kementerian agar sekali lagi memberi ruang dan peluang kepada anak-anak Sabah dan Sarawak ini menjadi guru di kedua-dua negeri ini memandangkan mereka dapat menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat setempat. Ini bukan bermaksud kita bersikap parochial atau kenegerian yang sempit jauh sekali bersentimen. Namun kita optimis langkah segera dapat diambil memastikan guru yang berpengalaman khususnya dari Sabah dan Sarawak dikekalkan setelah guru-guru dari Semenanjung yang berpengalaman ini balik ke negeri masing-masing, anak-anak tempatan akan dapat mengambil alih.

Seperkara lagi Tuan Yang di-Pertua, kita juga mohon agar Kementerian Pendidikan melihat perkara ini yang lama telah diutarakan oleh Ahli-ahli Dewan Negara, Ahli-ahli Dewan Rakyat malah dalam diskusi-diskusi dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional telah pun diutarakan iaitu isu penyeragaman elaun guru-guru Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Ramai daripada rakan guru-guru meminta saya menyampaikan kepada kementerian agar melihat perkara ini dengan serius sebab sudah lama tidak diendahkan. Mereka mengatakan bahawa sebagai contoh, seorang saudara guru kita dari negeri Kelantan bertugas di Kota Kinabalu dan seorang lagi guru dari negeri Sabah asalnya dari Tawau bertugas di Kota Kinabalu.

42 DN 16.4.2015

Kedua-duanya menyewa rumah dan sewaan rumah itu sama dan mereka

mengatakan kenapa elaun kami tidak sama sedangkan kami menyewa dan membayar kos yang sama. Jadi inilah logiknya Tuan Yang di-Pertua, justeru saya mohon pencerahan daripada pihak Kementerian Pendidikan. Bukan sahaja itu ada lagi juga yang ingin menyampaikan kepada saya dia berkata, “Datuk, tolong sampaikan perkara yang berkaitan bukan sahaja guru-guru tetapi juga dalam perkhidmatan awam yang lain”.

Keduanya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengutarakan isu mengenai tebatan dan mitigasi banjir. Dalam Titah Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah mengatakan bahawa penggubalan Rancangan Malaysia Kesebelas adalah amat mencabar kerana perlu memberi perhatian kepada usaha mitigasi dan pemulihan pasca banjir yang melanda negara ini di seluruh negara bukan sahaja di Semenanjung, malah di Sabah dan Sarawak.

Jadi saya mahu menyarankan agar Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar agar memberikan peruntukan yang lebih dan mempercepatkan projek tebatan banjir di negeri Sabah iaitu khususnya di sepanjang Sungai Pegalan dari daerah Tambunan ke Keningau dan dari Keningau ke daerah Tenom. Ini sebab di tebing-tebing sungai ini banyak yang runtuh.

■1520

Malahan di sungai-sungai yang besar seperti Sungai Padas dari Tenom ke Beaufort juga banyak runtuhan berlaku. Malah di seluruh negeri. Jadi saya mohon kepada kementerian ini agar membuat kajian yang holistik mengenai kejadian banjir di seluruh negeri Sabah perlu dilakukan agar perkara yang sama tidak berulang dan kita tidak mahu ibarat pepatah, sudah terantuk baru tengadah.

Kita perlu belajar dan mencontohi negara-negara model seperti Jepun yang memberi fokus terhadap tahap kesiapsiagaan dan tindak balas agensi berkaitan kemahiran jaringan serta pemilihan pantas infrastruktur kritikal dan lebih terbukti komprehensif, berkesan bagi menangani bencana banjir negara berkenaan.

Isu ketiga yang saya hendak utarakan Tuan Yang di-Pertua mengenai isu dengan izin, Royal Commission of Inquiry (RCI) mengenai pendatang asing di negeri Sabah. Sebelum ini, mungkin kita sering membaca berita dan dalam akhbar-akhbar tempatan mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang didakwa di mahkamah atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan meragukan. Kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara di negeri Sabah mengatakan bahawa jabatan itu mempunyai sumber termasuk tenaga kerja sekiranya kerajaan tentukan untuk menarik balik atau mengeluarkan semula kad pengenalan di negeri Sabah.

Justeru, saya berpendapat bahawa adalah perlu penarikan kad pengenalan lama dan mengeluarkan kad pengenalan baru. Dengan berbuat demikian, kad pengenalan yang diperoleh secara tidak sah dapat dibanteras. Ini bukan perkara baru sebab kalau mengikut pengalaman saya, kalau dahulunya kita mempunyai kad biru. Kemudian ditukar kepada kad bunga raya. Selepas kad pengenalan bunga raya, ditukarkan kepada kad pengenalan bermutu tinggi. Jadi tidak ada masalah saya rasa untuk melakukannya khusus untuk negeri Sabah supaya dapat memastikan supaya pemegang-pemegang atau warga yang tulen yang betul-betul diberi kad pengenalan ini.

Saya juga ingin bertanya kepada kementerian apakah pendirian kerajaan terhadap cadangan untuk menarik balik semula kad pengenalan yang dikeluarkan di Sabah untuk membolehkan siasatan menyeluruh dan pengeluaran semula IC baru kepada rakyat tulen Malaysia di Sabah dan apakah jenis IC yang terlibat? Contohnya nombor siri yang akan ditarik balik. Cadangan penggantian IC yang baru bercirikan apa? Bagaimana kerajaan ingin memastikan bahawa hanya rakyat Sabah yang tulen sahaja diberi kad pengenalan yang baru ini kelak. Apakah mekanisme dan strateginya? Adakah sudah ada kajian dibuat oleh kementerian mengenai implikasinya kepada masyarakat Sabah sekiranya ada. Bolehlah dimaklumkan di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh mengenai GST walaupun telah ramai rakan Senator menyentuhnya dan Tuan Yang di-Pertua minta kita supaya buat keep it simple and short, dengan izin. Saya tertarik dengan isu GST ini di peringkat luar bandar di mana saya berjalan di sebuah pekan untuk membeli ubi kayu. Saya bertanya kepada makcik itu. Saya kata makcik, berapa harga ubi kayu ini? RM3.50 sen. Saya kata kenapa sudah mahal ini, makcik. Dia kata GST.

DN 16.4.2015 43

Pada saya, makcik ini tidak tahu hal-hal GST tetapi oleh sebab mendengar rakan-

rakan peniaga-peniaga yang lain menyebut GST, dia pun kata GST. Jadi sewenang-wenangnya makcik ini hendak untung lebih dan menggunakan nama GST. Jadi persoalannya di sini Tuan Yang di-Pertua, kita perlukan pegawai-pegawai penguat kuasa KPDNKK dan lain-lain memberi penerangan di luar bandar. Banyakkan pegawai ini. Kesian makcik ini tidak ada pendidikan dan tidak memahami sepenuhnya kebaikan GST itu.

Satu lagi senario Tuan Yang di-Pertua ialah saya hendak berbincang dengan jawatankuasa bahagian parti saya dan makan di hotel yang sederhana. Lalu hotel ini tidak membekalkan kuih-muih. Saya membeli di pasar untuk dibawa ke hotel. Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua adalah pelik juga. Saya bayar bil itu, kuih yang saya bawa dari luar ini dikenakan tax. Dia kata atas alasan ada GST. Sekali lagi tidak ada kefahaman di pihak pekerja hotel. Jadi dua kali saya kena. Makcik kata harga ubi kayu naik sebab GST. Yang satu lagi di hotel ini kena GST. Sudahlah saya bayar kuih-muih ini di luar dan bawa untuk makan dengan rakan-rakan, di caj oleh hotel kemudian dicampur lagi dengan GST. Betul atau tidak ini saya hendak tanya kepada kementerian. Cara betulkah ini? Saya lihat resit yang diberi pun tidak ada registration ataupun pendaftaran GST. Cuma dia tulis-tulis GST 6 peratus. Jadi saya mintalah ini satu senario yang kisah benar supaya pegawai-pegawai kita ini memberi penerangan sejelas-jelasnya kepada orang-orang kita apalagi di luar bandar. Kalau di bandar pun tidak faham apa lagi di luar bandar.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebentar tadi saya juga mengikuti mengenai- semalam saya melihat pegawai yang memberi penerangan itu amat baik sekali. Semalam dalam TV1 tentang GST. Dia kata pegawai-pegawai hendaklah menggunakan 3F. “F” pertama ialah “Friendly”. Mesti ada sifat friendly, dengan izin; kedua, “Fair”. Mestilah adil; dan ketiga, pegawai-pegawai penguat kuasa mesti “Firm”. Jadi kita gunakan pendekatan ini kepada pegawai-pegawai yang akan menerangkan GST ini di peringkat bandar, luar bandar, makcik-makcik dan pekerja-pekerja hotel ini. Gunakanlah strategi ini untuk kefahaman yang lebih mendalam.

Perkara seterusnya Tuan Yang di-Pertua sebentar tadi kami berbincang di Majlis Senator Malaysia dan Tan Sri Dato’ Abdul Rahim ada di sini. Menyatakan juga banyak pendapat daripada rakan-rakan Senator sekarang ini bahawa rata-rata soalan- ini mengenai soalan dalam Dewan Negara. Kalau dulunya dia kata sehingga 10, sehingga 12 soalan boleh dijawab tetapi sekarang ini kalau mereka buat statistik, hanya enam. Kadang-kadang tujuh. Hari ini tujuh, kelmarin pun tujuh. Tidak lagi mencapai ke nombor 10 malah jauh sekali nombor 12. Betul atau tidak? Jadi rakan-rakan kita minta kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan-soalan ini hendaklah keep it short and simple, dengan izin, supaya dapatlah rakan-rakan yang lain itu diberi ruang dan peluang untuk bertanya soalan lebih [Tepuk]

■1530

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Mohon mencelah sikit.

Datuk Dr. Lucas bin Umbul: Silakan Tan Sri.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua, terima kasih Yang Berhormat Datuk Dr. Lucas. Dalam program kita bersidang ini, kita ada 16 rang undang-undang yang kita hendak bahaskan. Saya fikir kalau kita hendak habiskan rang undang-undang ini, terpaksalah barangkali pada 4 atau 5 hari yang akan datang, terpaksa duduk sampai pukul 2 pagi, 3 pagi ini. Bolehkah saya cadangkan dengan adanya jadual seumpama ini, 16 buah bil undang-undang ini, kalau kita diberi peluang untuk membahas semuanya, memang tidak ada masa. Saya minta kementerian berkenaan ataupun orang yang bersangkut paut dengan membuat jadual ini, jika bil-bil ini banyak sangat kita hendak berbahas dan supaya kita sebagai Ahli Dewan yang bertanggungjawab untuk memberi perbahasan, kita fikir masanya tidak mencukupi. Tidakkah boleh kita panjangkan sikit dalam masa satu atau dua hari untuk diberi peluang supaya kita dapat membahas.

Saya faham Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua sendiri pun bagi satu minit, tiga minit dan sebagainya oleh sebab ramai yang hendak bercakap.

44 DN 16.4.2015

Jadi kalau kita diberi peluang untuk berbahas ini, saya fikir eloklah difikirkan

supaya masa ini dipanjangkan dalam mesyuarat sama ada di Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara, kalau banyak sangat rang undang-undang yang hendak dibahaskan. Terima kasih. Apakah pandangan Yang Berhormat?

Datuk Dr. Lucas bin Umbul: Saya amat setuju sekali dengan pandangan Yang

Berhormat Tan Sri sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk meneruskan. Isu seterusnya iaitu mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program Latihan Khidmat Negara pada hemat saya, pertamanya saya bersetuju dengan pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Perdana Menteri untuk menangguhkan program PLKN terutamanya daripada segi kajian semula program tersebut. Secara dasar saya setuju mengenai perkara ini dan mengapa saya bersetuju, kerana hasil daripada program ini kurang memuaskan terutama daripada segi perpaduan kaum dan semangat cinta negara. Secara jujur, saya tidak nampak dua perkara ini mencapai objektifnya melalui program ini. Bukan satu rahsia bahawa semakin lama semakin semangat cinta negara dan sikap menghormati kaum di Malaysia makin lemah dan membimbangkan. Oleh itu, saya setuju mengenai perkara ini.

Keduanya, saya ingin mendapatkan kepastian daripada kementerian mengenai nasib-nasib pekerja dan kontraktor PLKN akibat penutupan selama setahun di semua pusat berkenaan. Bolehkah saya dapatkan penjelasan secara terperinci, berapa ramai yang bekerja di PLKN. Keduanya, apakah program yang dirancang untuk mereka dan apakah nasib pekerja kontrak yang sedia ada? Ketiganya, apakah status kontraktor yang ada kaitan dengan PLKN dan berapakah kontraktor yang terkesan dengan penangguhan di seluruh Malaysia?

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin utarakan isu Perumahan Belia. Ini telah ramai membahaskan sebelumnya, tetapi saya ingin mengutarakan sekali lagi iaitu realiti hari ini kebanyakan belia termasuk graduan baru memasuki pasaran kerja tidak mampu membeli rumah oleh sebab menghadapi kekangan mendapatkan pinjaman perumahan dan sebagainya.

Jadi, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga dalam titahnya menyatakan bahawa keperluan perumahan isu berbangkit secara berterusan berikutan pertambahan penduduk. Lantas, kebanyakan golongan belia menyewa rumah sekurang-kurangnya lima atau lebih ataupun sehingga pendapatan mereka menjadi stabil, sehingga mereka layak diberi pinjaman perumahan. Apatah lagi mereka yang tidak mempunyai penyata gaji yang lengkap...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masih ada 5 minit lagi Yang

Berhormat.

Datuk Dr. Lucas bin Umbul: Terima kasih- yang sering dinafikan sebarang

bentuk pinjaman. Oleh yang demikian, saya memohon kementerian berkenaan mengkaji bagaimana cara membantu belia yang masih belum memiliki rumah terutama yang tidak memiliki dokumen atau penyata gaji yang lengkap mendapatkan pinjaman perumahan.

Sehubungan dengan itu, adalah penting bagi pihak kerajaan melihat masalah mengenai generasi yang sekarang ini bermasalah hutang dan muflis iaitu sebanyak 579 orang individu melibatkan kadar belia berjumlah 25 tahun ke bawah direkodkan muflis dalam tempoh enam bulan pertama tahun lepas yang dilihat semakin membimbangkan. Jadi adalah penting saya rasa bagi pihak kerajaan melihat perkara ini secara serius dan mengenal pasti punca akar umbi. Kerajaan juga menerusi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Jabatan Insolvensi Malaysia perlu merangka langkah yang efektif menangani masalah bankrap dalam kalangan belia termasuk mendidik mereka mengurus wang dengan bijak memandangkan sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, akan menghancurkan masa depan anak-anak muda.

Tuan Yang di-Pertua, dengan hujah-hujah demikian, dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan

seterusnya Yang Berhormat Puan Shahanim.

DN 16.4.2015 45

3.37 ptg

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... [Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk berbahas pada petang ini.

Si anak dara berjalan-jalan, Sambil memetik bunga di laman,

Sayangi negara bersama pertahankan, Hormati Perlembagaan bersama perjuangkan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai anak Kedah, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang datangnya dari Kedah, baru-baru ini telah bertitah sempena Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ketiga Belas. Apabila diteliti, maka amat jelas bahawa Seri Paduka Baginda menginginkan semua pihak memainkan peranan tersendiri dalam mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, damai dan harmoni. Seri Paduka tidak pernah ketinggalan dalam menitip amanat, menzahirkan kasih sayang, menunjukkan keprihatinan, mengingatkan kita untuk bersama, bersatu, berpadu dan saling menghormati., sekali gus menjaga perpaduan dan kestabilan negara.

Tuan Yang di-Pertua, dalam mewujudkan negara yang bersatu padu dan aman makmur yang menjadi impian kepada kita, kestabilan politik, perpaduan kaum dan toleransi beragama memainkan peranan cukup-cukup penting dan utama. Oleh sebab itulah dalam apa jua tindakan yang dilakukan khususnya dalam politik, rakyat negara ini perlu mempunyai ilmu dan mencari fakta yang sebenarnya agar tidak mudah mengikut tanpa mengambil kira dosa dan pahala.

Namun sejak akhir-akhir ini, kita lihat sebaran fitnah dan penyebaran gambar pemerintah tertinggi, pemimpin tertinggi dalam negara begitu meluas disebarkan di laman maya khususnya. Begitu mudah dan sangat senang gambar-gambar ini diedit dengan izin, dengan meletakkan penulisan yang berunsur hinaan, hasutan serta fitnah jahat terhadap pemimpin negara. Institusi kesultanan di Malaysia juga turut menerima tempias apabila segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab seperti Ali Abdul Jalil, seorang mahasiswa yang cuba menyemai sikap benci kesultanan dengan melaungkan di laman-laman maya perkataan yang sangat jahat, menanam rasa benci, rasa hina terhadap pemerintahan negara yang sedia ada.

■1540

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya sikap toleransi antara kaum dan agama harus diamalkan walaupun tertulis agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu, namun negara kita masih membenarkan adat, budaya dan agama kaum-kaum lain ini untuk dipraktikkan di negara ini. Misalnya kaum Cina bebas menganuti agama Buddha, kaum India dengan agama Hindu dan begitu juga dengan kaum-kaum lain di Malaysia.

Bagi saya, sensitiviti agama perlu dijaga. Sikap toleransi ini perlu diamalkan kerana kita hidup dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Setiap agama mempunyai ibadah, budaya dan adat yang berbeza. Sebagai contoh kaum Cina yang menganuti agama Buddha, bagi penganut Buddha mereka juga ada ibadah mereka masing-masing. Saya di sini ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, saya sendiri dalam diri saya ada empat jenis darah dan keturunan iaitu di sebelah arwah ayahanda saya iaitu berdarah Pakistan berkahwin dengan Melayu, dan sebelah ibu saya, nenek moyang saya datang dari Cina, naik tongkang berkahwin dengan Keling.

Jadi nasib baik Datuk Seri Nallakaruppan di sini. Jadi campuran darah saya, saya ada empat jenis darah dan saya...

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua…

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada yang hendak mencelah Yang

Berhormat.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Ya, okey.

46 DN 16.4.2015

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua, perkataan

yang digunakan tidak boleh digunakan di Dewan. Tuan Yang di-Pertua kena buat satu ruling.

Timbalan Yang di-Pertua: Perkataan yang mana Yang Berhormat?

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Menghina kaum India. Pendengaran

sayalah.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya rasa Yang Berhormat tidak ada niat hendak

menghina. Mungkin janganlah guna perkataan itu Yang Berhormat. Mungkin gunakan yang berbangsa India.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Ya, berbangsa India. Saya minta maaf

tetapi di Kedah kita memang panggil “Keling”. Darah saya sebab...

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak payah disebut lagi Yang Berhormat. Saya rasa

Yang Berhormat tiada niat pun.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Okey, minta maaf.

Dato’ Lim Nget Yoon: Tuan Yang di-Pertua...

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Yang manakah?...

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Bukan apa yang you buat di Kedah.

Tadi apabila Tuan Yang di-Pertua cakap pasal niat, saya terima dengan niat baik bahawa Yang Berhormat tidak ada niat jahat. So I terimalah. Habis dengan itu. Akan tetapi kalau you cerita pasal Kedah then tidak gunalah pada saya. Kita berhenti sahajalah.

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak mengapa Yang Berhormat. Yang Berhormat

teruskan tetapi saya rasa Yang Berhormat tidak ada niat jahat tetapi janganlah guna perkataan itu lagi, gunalah bangsa India.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Jawab kepada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua kena beza nama tempat bila rujuk kepada sesuatu kaum. Saya terima pendapat Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Andai saya ada terguris bahasa atau

terkasar bahasa saya, silap saya juga minta maaf Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia kita saling hormat agama dan anutan kaum masing-masing. Kita tidak pernah mempertikaikan walau sekali bunyi bising atau jalan sesak atau bau asap dan ibadah-ibadah kaum-kaum lain. Jadi pada petang ini saya juga memohon semua kaum di Malaysia agar menghormati agama, budaya, hukum, adat dan ibadah umat Islam. Misalnya hukum hudud.

Tuan Yang di-Pertua, hudud hak Allah, hukum Allah kepada umat Islam. Saya mohon sahabat-sahabat yang bukan Islam agar tidak menyentuh dan memberi komen tentang hukum hudud kerana ia hanya dikenakan kepada umat Islam. Sekali lagi saya mohon hormatilah ibadah kami, hukum agama kami dan budaya kami.

Di sini juga saya ingin tegaskan bahawa setiap Ahli Parlimen dan juga rakyat Malaysia perlu kembali ingat asas Perlembagaan Negara Malaysia terdiri daripada tiga asas utama. Perkara 3 dalam Perlembagaan, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kepentingan sah kaum-kaum lain, kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Tidak ada siapa boleh mempertikaikan dan mempersoalkan asas Perlembagaan negara dan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.

Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan perkara ini kerana jika tidak diingatkan mengenai Perlembagaan...

Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada yang hendak mencelah.

Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee: Sekejap, saya hendak tanya sedikit

sahaja. Umur saya sudah 50 tahun sekarang. Ini dari dahulu ada budaya Melayu. Sekarang sudah budaya Islam. Adakah budaya Melayu lagi?

DN 16.4.2015 47

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Budaya Melayu masih ada seperti kita

ada perayaan kita, kita ada pelbagai budaya kita iaitu budaya kita budaya hormat-menghormati. Kalau kita jumpa sesama Melayu, sesama Islam kita akan bersalaman. Itu antara contohnyalah salah satunya. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya membangkitkan perkara ini kerana jika tidak diingatkan mengenai Perlembagaan, ia menjurus kepada cubaan menghasut dan memecahbelahkan negara. Maka dengan ini saya menyokong agar Akta Hasutan dikekalkan dan dipertahankan.

Terbang tinggi burung kedidi, Kita berbahas pula isu GST.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun ramai yang bercakap tentang GST, sukalah saya di sini hendak bercakap sedikit tentang GST. Tujuan asal GST ialah untuk memperluaskan asas cukai negara berikutan hanya terdapat dua juta orang pembayar cukai di negara ini berbanding dengan 28 juta orang penduduk. Kalau menyentuh soal GST pada 1 April, pelbagai reaksi yang cukup luar biasa kita dapat sehinggakan pada hari pertama kalau kita lihat dalam Facebook, Instagram dan WhatsApp penuh dengan gambar resit dan boleh dikatakan hari resit seMalaysia.

Cuma apa yang saya hendak katakan di sini satu hari nanti saya yakin dan percaya inshaaAllah, rakyat Malaysia akan dapati atau faham betapa baiknya GST ini untuk kesenangan rakyat juga. Pada hari ini saya hendak katakan antara kelemahan-kelemahan GST yang kita lihat kalau kita tengok penguatkuasaan di bandar-bandar, saya nampak inshaaAllah sebab sistem semua sudah elok. Akan tetapi yang kita takut seperti di kampung-kampung, masyarakat luar bandar ini.

Baru-baru ini saya dapat pergi ke supermarket dan saya tengok resit yang ada di supermarket sudah begitu sistematik. Saya beli 15 jenis barang, 10 jenis barang ditulis di tepi ini “Z” bermaksud zero GST, hanya lima barang sahaja dicaj GST. Akan tetapi apabila kita pergi ke kampung, kedai-kedai runcit yang tidak berdaftar dengan Kastam, tidak ada ID GST pun mereka caj 6 peratus. Ini yang saya hendak mohon kepada Menteri KPDNKK agar penguat kuasa lebih ramai turun ke luar bandar, ke kampung-kampung, ke kedai-kedai runcit pula sebab kalau kita tengok di bandar sudah stabil, sudah tidak ada masalah sangat.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kes yang pertama di Shah Alam saya tengok dalam laporan di media Utusan Malaysia hari ini, kes pertama yang ditangkap ialah seorang pensyarah di mana pasangan beliau seorang pengusaha restoran. Restoran itu tidak ada ID GST tetapi tidak telah di caj. Disebabkan pensyarah ini mengajar di IPTA maka pensyarah ini telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah di mana sepatutnya pensyarah ini dikenakan RM30,000 denda dan dua tahun penjara. Ini kes yang pertama di Shah Alam.

Kepada pihak Kementerian KPDNKK saya mohon kes-kes sebegini letakkan di front page, dengan izin, muka depan surat khabar supaya semua peniaga dapat melihat betapa beratnya dan hebatnya hukuman jika peniaga-peniaga dengan sewenang-wenangnya mengambil kesempatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya sangat bersetuju dengan ucapan Yang Berhormat Datuk Dr. Lucas bin Umbul tadi di mana pengalaman beliau sendiri dan saya juga mengharapkan GST tidak membebankan rakyat terutama rakyat di luar bandar.

■1540

Saya hendak bagi contoh. Apa yang tersentak di hati saya iaitu pada PRU-13 kemenangan kerajaan Barisan Nasional hari ini sokongan masyarakat luar bandar terutama yang berada di kampung-kampung. Apa yang saya lihat mereka inilah penyokong setia kerajaan, pengundi setia kerajaan dan sangat sayang kepada kerajaan. Namun, sekiranya GST ini penguasaan yang masih lemah, masih kurang mantap maka pengundi-pengundi kerajaan, pengundi-pengundi kita pada hari ini akan rasa terbeban dan akhirnya mereka akan menolak kita. Itu yang saya bimbangkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak fokus kepada prinsip maqasid syariah iaitu dipraktikkan dalam nilai-nilai murni 1Malaysia dalam budaya hormat-menghormati, rendah hati, tawaduk, kesederhanaan wasatiah dan berbudi bahasa. Jadi Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan GST diharap dapat menurunkan kadar percukaian lain-lain duti dan lesen-lesen.

48 DN 16.4.2015

Saya yakin dan percaya satu hari nanti inshaaAllah rakyat Malaysia akan nampak

kebaikan GST. Jadi di sini antara kelebihan GST ialah dengan pelaksanaan kutipan GST. Bukan sahaja setakat kerajaan mendapat pendapatan yang lebih, tetapi hasil kutipan GST ini dapat dinikmati semula oleh rakyat. Antara cadangan yang kita dapat daripada rakyat apabila kita masuk ke kampung, kita bercakap ada di antara rakyat boleh menerima GST tetapi mereka mahukan pelaksanaan GST, kutipan GST dikembalikan kepada mereka secara direct. Antaranya ialah yang saya dapati ialah satu menambahkan BR1M. Sekarang kalau BR1M dia bagi RM950 rakyat minta ditambah menjadi RM1,250, menubuhkan tabung TR1M, menambah kadar biasiswa persekutuan kepada pelajar-pelajar yang miskin dan pandai. Daripada RM70 sebulan kepada RM120 sebulan.

Yang keempat. Saya sangat tersentuh hati dengan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong di mana dalam Perenggan 13 Yang di-Pertuan Agong sesungguhnya sangat prihatin kepada nasib penoreh getah dan juga pekebun kecil. Antara ucapan Yang di-Pertuan Agong ialah Baginda berharap kerjasama dapat dipertingkatkan bagi menstabilkan harga komoditi lain. Pada masa yangsama kerajaan Baginda akan sentiasa membantu pekebun-pekebun kecil supaya pendapatan mereka tidak terjejas melalui pemberian bantuan dan insentif serta akan terus memperkasakan dan meningkatkan daya saing industri sawit dan getah. Di sini saya dapat lihat betapa Yang di-Pertuan Agong sangat prihatin kepada nasib pekebun kecil.

Oleh yang demikian, saya sangat memohon kepada pihak kerajaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri supaya dapat memberi elaun kepada penoreh-penoreh getah di mana harga getah masih lagi tidak mencapai harga yang dikehendaki yang seperti dahulu. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ada cadangan lagi kepada Kementerian KPDNKK iaitu di mana Yang Berhormat Liza semalam ada juga mengatakan Kastam, Kementerian Kewangan, KPDNKK boleh bersama dengan Kementerian Perdagangan tetapi hari ini apabila saya lihat berjumpa dengan guru-guru, guru-guru telah memaklumkan mereka bersedia menjadi jentera atau pemantau untuk membantu KPDNKK. Mungkin KPDNKK, duit untuk memberi penerangan GST boleh diberi kepada sekolah-sekolah sebagai insentif.

Saya hendak bagi contoh, setiap sekolah kalau waktu pelajaran tamat pukul 1. Diambil 1-1.30 dia buat role play dengan pelajar. Pelajar-pelajar ini dia orang senang terima segala ilmu apa yang diajar oleh guru-guru. Kemudian pelajar-pelajar ini akan menjadi penyampai yang baik dan menyampai kepada keluarga. Kita mempunyai beratus ribu orang guru dan juga beratus-ratus sekolah dan kita perlu menggunakan yang sedia ada seperti Kementerian Pelajaran bersatu dengan Kementerian Perdagangan KPDNKK, Kementerian Kewangan dan Kastam.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin beralih pula isu PBT. Kerajaan perlu membina rumah melalui agensi kerajaan dengan memberi subsidi harga melalui PR1MA, SPNB dan kerajaan negeri. Dengan subsidi murah yang diberikan, maka rakyat boleh membeli rumah sebagai aset mereka. Kita boleh lihat berapa ramai anak muda masa kini yang mampu membeli rumah dan memiliki kediaman sendiri. Pihak swasta juga harus bersama-sama menyumbang kepada sektor ini dengan tidak menaikkan harga rumah dengan harga sebegitu tinggi. Ini kerana harga bahan-bahan yang naik, maka diharap tidak diambil kesempatan akan hal ini. Di Kedah terdapat cadangan ingin menubuhkan Lembaga Perumahan Negeri. Ia bertujuan agar kuota bumiputera yang tidak mampu untuk membeli atau tidak habis dibeli, maka Lembaga Perumahan Negeri membelinya dan menjualnya semula dengan harga bersubsidi. Kelmarin saya dapati ada satu Skim Rumah Pertamaku (SRP).

Di sini saya ambil kesempatan ingin memuji pihak Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan di mana sangat mudah membolehkan golongan muda dalam pembelian rumah pertama 100 peratus pembiayaan tanpa 10 peratus wang pendahuluan berumur 35 tahun ke bawah. Pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM5000. Cara memohon boleh dibuat lebih kurang dalam 10 buah bank tetapi apa yang saya hendak katakan di sini dengan pengalaman saya bekerja di Maybank, kadang-kadang kita tengok kerajaan bagi tunjuk cara beli dengan mudah. Namun begitu, apabila pemohon datang ke bank, pihak bank sangat-sangat meneliti.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin katakan di sini kerajaan, pemimpin kakitangan kerajaan, rakyat tidak dapat dipisahkan. Sebagai orang politik, pemimpin tidak akan dapat membuat kerja dengan mantap tanpa sokongan kerajaan.

DN 16.4.2015 49

Apa yang saya hendak katakan di sini, bukan saya hendak mengutuk kakitangan

kerajaan, tetapi ini hanya sebahagian yang perlu diambiliktibar. Antaranya semasa awal GST diperkenalkan ada beberapa orang pegawai Kastam yang datang bagi penerangan, tetapi apabila digasak, ditanya oleh rakyat akhirnya pegawai Kastam sendiri beralah, dia kata betul juga apa yang cik kata, tetapi saya rasa ini orang atas yang buat. Pegawai Kastam sendiri tidak membela kerajaan apabila digasak dengan pelbagai pertanyaan tentang GST. Itu satu contoh.

Contoh yang kedua kita berasa sangat sedih dengan BR1M yang telah dibayar sebanyak dua kali kesilapan kakitangan kerajaan. Kita mengharapkan kelemahan-kelemahan ini dapat ditambah baik di mana kerajaan hari ini masih menanggung hutang BR1M yang tidak dibayar oleh pemohon-pemohon BR1M sebanyak RM2.1 juta.

Seterusnya yang ketiga, saya di kesempatan ini saya ingin memuji Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam. Tan Sri mungkin tidak tahu cerita ini tetapi saya kena maklumkan di mana di satu hari itu di Melaka semasa Tan Sri menjadi CM Melaka, ini diceritakan oleh sahabat saya yang berada di situ. Kebetulan di Melaka di sebuah kawasan tidak ada air, orang Kedah kata tidak ada ayaq tetapi Tan Sri telah mengambil inisiatif memanggil seorang pegawai ke rumah beliau lebih kurang pukul 10 malam. Tan Sri tanya kepada pegawai yang menjaga bekalan air Melaka, Tan Sri tanya kenapa tidak ada air dan apa inisiatif yang dibuat? Pegawai memaklumkan dia tidak buat apa. Tan Sri kata, kau tidak boleh cakap macam ini. Kami pemimpin 24 jam kena berjawab dengan rakyat. Ada rakyat SMS Tan Sri minta beritahu Tan Sri hendak solat tidak ada air, Tan Sri hendak berak tidak ada air dan sebagainya. Minta maaf, dengan izin.

■1600

Jadi apa yang Yang Berhormat Tan Sri buat, Tan Sri kata kita ada jiran Negeri Sembilan, kenapa pegawai-pegawai tidak ada satu inisiatif untuk telefon jiran di Negeri Sembilan untuk mengambil lori dan sebagainya. Akhirnya pegawai telah menelefon pegawai di Negeri Sembilan dan telah dapat 15 lori dan ini memudahkan dapat membantu rakyat [Tepuk]

Yang Berhormat Tan Sri Ali memang dia tak tahu tetapi saya dapat cerita daripada kawan saya yang berada di situ dan Yang Berhormat Tan Sri memaklumkan pegawai kerajaan mudah, 8 malam sudah boleh tutup telefon tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini saya yakin dan percaya, kita 24 jam kita buka telefon. Itulah satu contoh yang terbaik yang saya dapat daripada Yang Berhormat Tan Sri Ali.

Dato’ Boon Som A/L Inong: Boleh saya? Yang Berhormat Tan Sri Ali Rustam ini

adalah pemimpin yang amat saya kagumilah. Saya melihat sungai di Melaka itu kecil dari sungai di Alor Setar, Sungai Alor Setar lebih cantik lagi daripada Sungai Kedah tetapi saya ingat melihatkan bagaimana penarikan pelancong ke Melaka dan sebagainya. Yang Berhormat Shahanim, adakah setuju bahawa Sungai Kedah di Alor Setar itu patut dicantikkan macam Sungai Melaka? Patut mencontohi kepimpinan Yang Berhormat Tan Sri Ali Rustam. Terima kasih.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya

Sungai Melaka ini kecil, jadi kiri kanannya ada bangunan yang cantik. Kita di Alor Setar memang kita sudah minta daripada Kementerian Pelancongan untuk buat cruise seperti di Melaka. Oleh sebab itu sepanjang yang saya berada di Kedah, banyak Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membuat lawatan ke Melaka. Jadi, inshaaAllah, saya rasa tahun ini telah diluluskan. Namun begitu, kita di Kedah tak sama sebab sungai-sungai kita kiri kanannya adalah penuh dengan pokok-pokok dan pokok-pokok bakau...

Dato’ Boon Som A/L Inong: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Tetapi dah ada dah pelan, Yang

Berhormat Boon. Kita akan...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, jangan bercakap macam itu sahaja. Kalau

hendak bercakap, berdiri.

Dato’ Boon Som A/L Inong: Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Okey. All right. Teruskan Yang Berhormat.

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff: Tuan Yang di-Pertua, satu lagi daripada

saya yang terakhirlah. Hari ini saya dapati ramai orang tak boleh terima lagi GST.

50 DN 16.4.2015

Saya sendiri mengambil pendekatan yang sangat positif, biarlah bulan ini kita

jadikan bulan educate, kita hendak mengajar rakyat dan juga diri kita untuk sama-sama memahami GST. InshaaAllah, GST satu hari rakyat akan dapat tahu nikmat GST kepada rakyat sendiri.

Cuma satu yang saya hendak katakan di sini, saya diri saya sendiri, saya hendak mohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya pelaksanaan kutipan GST ini diberi kepada kerajaan negeri dan saya yang datang dari negeri Kedah, saya kena maklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua, betapa susahnya hati saya kerana saya masih lagi melihat masih banyak lagi rumah-rumah yang daif, masih banyak lagi rumah-rumah yang miskin, masih banyak lagi rumah-rumah yang senget dan masih banyak lagi rumah-rumah yang seperti reban ayam. Jadi saya mohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya meletakkan KPI kepada semua Menteri Besar ataupun Ketua Menteri ataupun Pengerusi Perhubungan UMNO di mana kutipan GST diberikan sedikit kepada negeri untuk kita membantu memperbaiki rumah-rumah orang miskin.

Itu sahaja daripada saya Tuan Yang di-Pertua, dan saya dengan ini menyokong Titah Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat. Saya

dapati ramai lagi hendak bercakap dan saya tidak akan halang untuk Yang Berhormat bercakap. Itu sebabnya saya pesan, tolong awal-awal kemukakan nama supaya senang saya hendak buat program, sama ada perlu kita hendak sambung ataupun tidak.

Saya nampak ramai lagi ini tetapi saya akan bagi peluang. Selepas itu kalau boleh agaknya kalau yang perkara-perkara belum dicakap itu sahaja. Benda-benda yang sudah cakap, kalau boleh hindarkan. Ataupun hendak tambah atau hendak memperjelaskan, itu saya benarkan. Cuba jimatkan masa sahaja lah kalau boleh, ya.

Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah.

4.05 ptg.

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Assalamualaikum warrahmatullahi

wabarakatuh... [Membaca doa dan selawat]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Di muka surat pertama Tuan Yang di-Pertua, Tuanku telah menyatakan inilah waktu yang terbaik untuk membuka lembaran baru dan inilah masanya juga demi masa depan, Titah Tuanku, lebih sejahtera. Akan tetapi apa yang kita lihat sekarang, ini bermakna juga bahawa kesejahteraan ataupun lembaran baru ini perlu kita tengok dari beberapa perspektif.

Sebelum itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana kami juga dijemput untuk bersama-sama pada hari perasmian tersebut. Bila dijemput bersama-sama, ini bermakna bahawa tidak ada perbezaan di antara Ahli Dewan Rakyat dengan Ahli Dewan Negara. Tidak ada beza. Walaupun kita tersorok di belakang kerana tak cukup tempat tetapi pokok pangkalnya kita dipanggil bersama-sama untuk mendengar Titah Baginda. Maka dengan itu, saya menyokong apa yang dikatakan oleh sahabat-sahabat kita tadi bahawa tidak ada perbezaan di antara wakil rakyat dengan wakil Dewan Negara [Tepuk]

Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak ada perbezaan, maknanya tidak juga ada perbezaan di dalam lain-lain hal termasuklah apa yang kita bincang sebelum ini. Soal gaji, biar kita berterus terang di dalam Dewan ini bahawa ada perbezaan. Kita tidak mahu sembunyi. Tuan Yang di-Pertua juga berkata bahawa kita berterus-terang. Kenapakah ada perbezaan? Kita dengar khabar-khabar angin menyatakan bahawa kita ini tidak ada kawasan.

Tuan Yang di-Pertua, saya dilantik menjadi Senator kerana sacrifice saya untuk seorang hamba Allah menjadi calon pada pilihan raya yang lepas [Tepuk] Sebab itu saya dilantik ke sini. Tidak ada perbezaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di sini semua sacrifice masing-masing. Ada yang profesional dan ada ahli politik.

DN 16.4.2015 51

Ada juga suara-suara sumbang di sana yang menyatakan bahawa Ahli-ahli Senat

ini orang-orangnya profesional. Saya hendak bertanya, adakah padan atau cukup dengan RM4,000, RM7,000 untuk ahli-ahli profesional memberi nasihat pada hari ini? Padankah Yang Berhormat Tan Sri Rahim untuk memberi nasihat? Padankah seorang peguam untuk memberi nasihat? Padankah seorang engineer hendak memberi nasihat dengan harga

RM4,000 di Dewan ini? Oleh sebab itu saya kata jangan ada perbezaan. Syarikat saya melantik seorang peguam untuk memberi nasihat, cajnya bukan alang kepalang, Tuan Yang di-Pertua. Yang dalam Dewan ini, jangan kita soal bahawa kita ini profesional yang sudah ada wang ringgit. Bukan soal wang ringgit yang kita bercakap. Soalnya kesamarataan dalam tanggungjawab kita di dalam Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua, Tuanku juga mengatakan bahawa di perenggan kedua, mengenai kesejahteraan. Kita lihat baru-baru ini kesejahteraan negara kita agak tergugat oleh sebab bahasa. Dipersoalkan 138 dan sebagainya.

■1610

Saya hendak mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Singapura. Saya tergenang air mata saya bila pengumuman kematian Lee Kuan Yew dalam Bahasa Malaysia. Mungkin Yang Berhormat tidak sedar dalam Bahasa Malaysia pengumuman yang dibuat oleh Singapura.

Begitu tinggi penghormatan mereka kepada Bahasa Malaysia ini, sedangkan kita di Malaysia ini berbalah soal bahasa. Sebab itu saya ucapkan tahniah khusus kepada Kerajaan Singapura. Kesejahteraan. Kita dengar sekarang ini Yang Berhormat sekalian. Kita tengok dalam surat khabar International New York Times, Washington Post, Myanmar Times dan International New York, ini soal sejahtera... [Menunjukkan beberapa keratan akhbar] “Young financier at centre of peak deals involving stepson of Prime Minister...” Punya kurang ajarnya tajuk depan dia.

Myanmar Times, ini yang hendak datang untuk persidangan ASEAN ini. Washington Post lagi kurang ajar. Saya pernah bertanya dalam dewan ini, apakah kita di Malaysia ini tidak ada kumpulan yang boleh menjawab mereka ini? Biar ada column ataupun kita menulis surat kepada Washington Post terus bagi penerangan satu persatu. Utusan Malaysia juga ada column ralatnya. Akan tetapi di Malaysia tidak ada, saya hairan

kenapa tidak ada inisiatif yang diambil untuk memberi penerangan bahawa perkara ini tidak benar.

Malu kita sebagai rakyat Malaysia. Malu kita sebagai rakyat Malaysia. Saya tidak mahu masuk sebelah mana, sebelah Tun ke, sebelah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tapi pokok pangkalnya siapa sahaja yang duduk di kerusi presiden itu Perdana Menteri kita. Kita harus dan wajib menyokong mereka ini. Apa kita hendak mempersoalkan lagi dan saya tengok dalam pertelingkahan di dalam Tun dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah membawa kecelakaan kepada kita, Menteri besar Kedah diminta berhenti, dilondeh habis hingga keluar dalam.

Hari ini keluar pula berita fitnah bawa 24 hari bulan ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah akan berhenti, akan bertanding di Rompin oleh bapanya. Hendak Washington Post ulangi benda ini? Ini pergaduhan di antara kita, agama kita, agama Islam, agama Hindu sekalipun tidak membenarkan perkara-perkara begini... [Berucap dalam bahasa Arab] Sekiranya kita ada pertelingkahan, maka berbaliklah kita kepada Allah dan Rasul. Manakah pergi alim ulama kita? Masuk, tegur. Masuk beritahu cukup rakyat sudah jemu dengan perkara ini. Sudah ada rakan-rakan saya minta supaya Menteri Besar berhenti. Kenapa, kenapakah sampai ke tahap itu?

Hari ini dalam Whatsapp sudah viral cerita bab Tun ini sudah timbul macam-macam. Hendak tunggu bila? Hendak tunggu seluar dalam isteri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dibuka? Hendak tunggu seluar dalam Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir dibuka? Baru alim ulama hendak menegur, baru ahli-ahli politik hendak menegur. Ini yang kita persoalkan dan ada juga manusia-manusia yang menangguk di air yang keruh.

Dulu kata Tun Mahathir ini Maha Firaun. Sekarang ini mengangkat Mahathir bukan main lagi. Dulu kata Mahathir ini anti kecelakaan membawa kecelakaan ke Malaysia tetapi hari ini sanggup melutut kepada Tun Mahathir untuk bersama dengan Tun. Tujuan apa, tujuan apa? Tidakkah kita sedar? Tidakkah kita sedar mereka ini sedang menangguk di air keruh?

52 DN 16.4.2015

Saya tunggu di Dewan Rakyat, saya duduk di kantin, saya dengar perbahasaan demi perbahasan semuanya nampak dengan terang dan terserlah menangguk di air yang keruh. Yang Berhormat-Yang Berhormat, tepuk dada, tanya selera.

Saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Rahim selaku Presiden Majlis Senator Malaysia yang telah pun mengatakan sokongan bagi pihak kita. Cuma saya terkilan, saya terkilan dan saya minta Tan Sri jangan marah pada saya kerana kalau kita hendak buat sokongan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, jangan ada enam orang di belakang kita. Biar semua ada di belakang Yang Amat Berhormat Tan Sri. Baru nampak gah. Baru nampak hebat, baru nampak solid. Saya tengok berita malam tadi silap

saya terlupa hendak beritahu Yang Amat Berhormat Tan Sri. Biar ramai di belakang kalau boleh dalam Dewan yang mulia ini. Kita buat satu program. Kalau hendak sokong, sokong betul-betul. Jangan sokong membawa rebah.

Perkara ketiga yang disebut adalah berhubung dengan MAS MH17, MH370 dan saya hendak tambah satu lagi QZ AirAsia 8501. MH370 menjadi satu misteri tidak tahulah

kini dipercayai terhempas di Lautan Hindi dari Kuala Lumpur ke Beijing, 239 orang penumpang, 152 orang warga China. MH17 Amsterdam-Kuala Lumpur 298 nyawa, yang terkorban 240 orang warga Eropah, Australia dan New Zealand. AirAsia Surabaya-Singapura 192 orang, 155 orang warga Indonesia. Kepada yang Islam kita hadiahkan al-Fatihah dan kepada yang bukan Islam, kita berdoa juga semoga mereka ini ditempatkan di tempat yang baik.

Hasil daripada perkara-perkara ini, business airline ini adalah satu business yang global. Efeknya memang tinggi. Kalau kita lihat hampir kalau kita campur kematian yang terkorban lebih kurang 700 orang dan ini membuktikan bahawa sifat perniagaan airline ini satu sifat yang begitu global kerana dengan kejadian ini kejatuhan pelancong-pelancong dari negara China ke negara kita dan juga pelancong-pelancong yang lain menakutkan. Saya sendiri- saya berasa baru-baru ini terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberi kepercayaan kepada saya mengikuti rombongan ke Uzbekistan. Saya rasa mula-mula hendak menolak kerana takut bimbang hendak naik kapal terbang kerana baru-baru ini pula jatuh satu lagi.

Saya bimbang, takut. Hendak pergi, takut. Hendak balik takut, tapi hati hendak pergi. Ini kerana orang cerita Uzbek ini banyak baik, bagus, lawa-lawa. Tuan Yang di-Pertua kata barang baik, itu Tuan Yang di-Pertua kata, bukan saya kata. Jadi masing-masing takut naik kapal terbang hasil daripada. Kesemua tragedi ini, kita hendak bertanya kepada kerajaan. Kita masih menunggu keputusan MH17 itu.

■1620

Apa yang berlaku, kita minta supaya update kita dari semasa ke semasa. Apa keputusan, rakyat masih keluh-kesah, pengundi-pengundi kita yang menjadi korban dalam nahas tersebut. Kalau dikira mereka ini juga mengundi kita, menunggu dengan begitu sabar sekali. Juga kita tahu sebelum MH370 itu berlaku, MAS dalam keadaan yang gundah-gulana. MAS dalam keadaan yang tidak stabil. Kita tahu hasil daripada itu sebanyak RM6 bilion telah dimasukkan, tubuh Syarikat MAS baru. Di listed, hentikan 6,000 orang pekerja, lantik CEO baru. Kita pun bising dalam Dewan, jangan lantik orang luar. Lantik orang dalam Malaysia. Akan tetapi tuan-tuan, di Jepun Nissan, Nissan tidak lantik orang Jepun Nissan lantik orang Brazil untuk memulihkan Nissan. Jadi kita bagi kepercayaan kepada kerajaan untuk melantik sesiapa sahaja asalkan MAS ini dikembalikan semula.

Akan tetapi saya hendak bertanya di sini kepada kerajaan bila, bilakah hendak buat semua ini? Saya jumpa baru-baru ini di Alor Setar, pekerja MAS menangis, menangis. Dia kata selepas sebulan ke sebulan, ke sebulan menunggu apa akan jadi kepada mereka. Dibuang kerja kah, diambil kerja kah, hendak dibagi pension banyak mana, hendak dibagi pampasan banyak mana?

Dengar kata, sudah postponed pula sampai September baru ini. Mereka ini ada

yang ibu tunggal, ada yang andartu, ada yang laki-laki isterinya mati dan menjaga anak, ada yang bertanggungjawab kepada ibu bapa mereka. Bila, bilakah kerajaan harus menjawab ini? Ini kerana sudah cukup dengan keadaan harga barang GST yang telah kita perkatakan pada hari mula sehingga sekarang, tetapi mereka ini sebanyak 6,000 orang, suami isteri kali dua 12,000, anak isteri kali lagi, tok wan, tok nek, tok ngah kali lagi. Membesar dan membesar, dan membesar mereka ini adalah orang yang akan mengundi pada suatu hari.

DN 16.4.2015 53

Lebih teruk lagi AirAsia. Walaupun kita kata ini bukan penerbangan tetapi kita tahu Tony Fernandes itu siapa. AirAsia apabila berlaku kemalangan sebelum itu sudah MAS selepas itu AirAsia, maka penurunan orang-orang yang bergerak passenger list di KLIA2 telah menurun begitu teruk. Saya berjumpa dengan beberapa kawan di Terminal KLIA2 yang begitu banyak sekali memaklumkan kepada saya, mereka ini sekarang dalam keadaan cukup gundah-gulana. Ada dua buah komponen perniagaan di sana, ruang niaga di terminal utama dan ruang niaga di Gateway atau Supermarket KLIA2, ia panggil Gateway. Kata mereka AirAsia passenger sekarang 30,000 sehari.

Sewa mereka kalau setakat 10x10 harganya RM25,000. Ramai rakan mereka yang telah tutup kedai. Juga kedai di sana begitu banyak, food and beverages sahaja 56 buah, bank 7 buah, supermarket 3 buah, retail 55 buah, telco 6 buah, dan keseluruhan katanya tempat yang disediakan untuk berniaga di situ sebanyak 250 tempat, di dalam dan di luar. Bayangkan 250,000, bayangkan 56 restaurant sama sendiri fighting for the passengers, dengan izin.

Selepas itu enam bulan selepas mereka masuk, dibuka pula food court, yang harganya sama. Pak Menteri kata turun harga, turun harga, turun harga. Pak Menteri dalam Dewan ini pun beritahu turun harga Tuan Yang di-Pertua. Hendak turun harga macam mana kalau sewa RM25,000. Pendapatan sehari kena ada RM2,000 lebih, hendak turun macam mana? Yang Berhormat Menteri tidak beritahu MAHB ataupun syarikat yang mengendalikan turun rental, turun harga sewaan. Akan tetapi minta peniaga-peniaga ini turun harga. Ini bukan soal Bumiputera lagi, Cina pun hendak mati sudah di sana. Kedai Cina pun sudah hendak mati di sana.

Saya diberitahu bahawa McDonald sewa RM250,000 sebulan. Bayangkan macam mana mereka hendak dapat. Saya ada senarai kedai-kedai yang telah ditutup sebagai bukti sekiranya saya di challenge. Dalam masa tiga bulan lepas:

(i) San Francisco Coffee; (ii) Butter Olive Wholesome Pastry House; (iii) Pacific Coffee; (iv) Bobby’s Deli; (v) Jessy Pancake; (vi) Mass Skin; (vii) Masterbean Cafe; (viii) Restoran Dapur Nusantara; (ix) Restaurant Mian Culture; (x) Restaurant Cosway Bay; (xi) Allison Express; (xii) Thai Tap Coffee; dan (xiii) Pusrawi Pharmacy.

Pusrawi farmasi tutup. Coming soon kata mereka Italian Cone Pizza, Georg Peck, T-Coat dan ada lima buah syarikat yang tidak mahu memberi nama. Ini kerana mereka percaya dengan ucapan saya ini, kerajaan akan berbuat sesuatu. Mereka meminta dikaji semula, mereka tidak minta lebih daripada itu. Cuma minta supaya wang modal asal mereka itu dapat dikembalikan.

Tuan-tuan bayangkan, kalau sewaan masih di tahap yang sama passenger berkurangan, apakah akan jadi kepada KLIA2? KLIA2 mungkin kosong seperti mana ada sesetengah bangunan di Kuala Lumpur ini yang kosong? Apabila KLIA2 kosong, tourist yang masuk ke tempat kita, apa sangka mereka kepada Malaysia ini? Imej kita, kita panggil Gateway, imej kita. Ini yang perlu kerajaan melihat. Jangan melihat daripada segi keuntungan semata-mata. Lihat kepada tourists yang akan datang ke tempat kita. Conclusionnya, mereka kata Terminal KLIA2 ini first class terminal, pekerja di sana, services di sana first class services. Passenger no class.

Kita pun tidak mengharapkan passenger yang menaiki Air Asia ini seperti mana yang keluar di KLIA. Mereka ini siapa tuan-tuan? Kalau mereka hendak minum, mereka bertanya dulu harga berapa, kalau lebih dari luar mereka sanggup minum di luar. Mereka sanggup makan di luar, kerana mereka ini Air Asia passenger. Mereka yang tidak mempunyai wang. Mereka yang low income dengan izin. Tuan-tuan hendak tahu, ada rakan-rakan yang parking kereta tidak parking di KLIA2, sanggup bayar saman kerana parking KLIA2 terlalu tinggi.

54 DN 16.4.2015

Sewanya terlalu tinggi, parkingnya terlalu tinggi. Mereka sanggup letak kereta di

luar, sanggup bayar saman kerana sewaannya yang terlalu tinggi parking itu. Jadi saya minta hasil daripada Titah Tuanku yang menyebut MH370, MH17 itu dapat dilihat kesejahteraan kepada rakyat.

Di muka surat...

■1630

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Boleh Yang Berhormat, saya komen sikit?

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Boleh.

Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam: Tuan Yang di-Pertua, saya pun selalu pergi

KLIA2 naik AirAsia. Saya lihat banyak kedai memang mengalami kesusahan dan tutup. Saya baca paper, MAB untung RM1 bilion lebih. Saya cadangkan elok MAB kurangkan sikit untung itu dan kurangkan harga sewa kepada pekedai-pekedai yang disebut oleh Yang Berhormat Senator tadi. Saya percaya Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd Suhaimi setuju rancangan saya ini. MAB kurangkan untung daripada RM1 bilion lebih itu dan sewa di sana dapat dikurangkan. Mula-mula ini sewa rendah. Di sesetengah tempat macam syarikat-syarikat yang besar, bila dibuka emporium besar, satu hingga enam bulan dia bagi percuma. Lepas itu baru mulakan dengan rendah dan tahun kedua baru naik, tahun ketiga naik. Jadi, patut KLIA2 buat cara yang sebegini. Terima kasih.

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Di paragraf kelima Tuanku kita dapat melihat

kasih sayang Tuanku kepada rakyatnya. Bila Tuanku menyebut berhubung dengan banjir, agaknya Tuanku gelisah pada ketika banjir itu berlaku. Saya dengan akhir ini saya takut kerana saya pernah kena Tsunami. Jadi saya tidak ke Kelantan. Saya takut melihat air kerana saya sekeluarga pernah ditimpa Tsunami. Sahabat saya, tenggelam satu kapal.

Akan tetapi saya telah meminta sahabat saya untuk memberi sedikit pandangan beliau yang akan saya baca sebentar lagi. Akan tetapi dalam ini saya hendak membaca satu Facebook yang menceritakan bagaimana sengsaranya banjir besar di Kelantan. Ilham

nama sahabat ini. Katanya benda pertama yang makcik itu minta ialah tudung. Kami ambil tundung dan bagi kepada dia. Dia terus buka plastik yang disarung di kepalanya dan pakai. Saya tidak tahan menangis di situ juga.

Barang yang paling dia minta ialah tudung dan kain sarung sebab dia kata kain yang dipakai sudah seminggu dan sudah kena air kencing. Dia juga minta telekung. Paling akhir dia meminta, ini ayat dia “Kalau ada sebutir, dua biji beras, berilah”. Agaknya kerana perkara-perkara beginilah yang Tuanku bersama-sama menitahkan perkara ini. Ramai yang bercakap soal banjir. Ramai yang memperkatakan soal banjir. Saya tidak payah bacalah kerana terlalu panjang tulisan sahabat saya ini.

Akan tetapi beliau menyatakan bahawa secara keseluruhannya beliau menyatakan bahawa ini adalah tingkah laku manusia juga yang merogol bukit-bukit di sana katanya. Saya tidak tahu, ini orang Kelantan yang menulis. Manusia-manusia rakus yang merogol bukit-bukit ini. Ini ayat yang digunanya sebab itu katanya banjir ini berlaku. Kita mendengar Yang Berhormat Dato’ Sri Shahidan sendiri memberitahu kepada kita bagaimana beliau sendiri berada di sana.

Akan tetapi yang saya hendak bawa ke sini saya bertanya dalam soalan dan alhamdulillah dijawab. Apakah tindakan kita selepas ini? Tuanku menyebut dalam ucapan secara serius “Ketamakan manusia dalam mengeksploitasi alam semula jadi”. Ini Tuanku bertitah bukan saya berkata. Maknanya Tuanku tahu bahawa ada manusia-manusia yang merogol bukit-bukit di Kelantan.

Tuanku juga meminta supaya pemulihan dibuat. Tuanku bertitah “Inisiatif kerajaan Beta untuk membina rumah-rumah kekal dalam tempoh masa yang singkat dengan menggunakan reka bentuk yang seragam amat dialu-alukan”. Soalan saya apakah kerajaan akan membina rumah-rumah yang satu ragam atau seragam? Ini kerana selepas pasca banjir itu ramai sekali yang turun untuk mendirikan. Ada yang sanggup beli tanah, ada juga yang hendak membuat pembinaan, kontraktor-kontraktor pun sudah turun. Akan tetapi kita kena beringat, kerajaan kena beringat kerana dalam pembaikan ini juga ada manusia-manusia yang akan menjahanamkan.

Saya teringat di kawasan saya. Kerajaan memberi RM10,000 untuk membaik pulih rumah-rumah nelayan di persisiran pantai. Saya beritahu, saya merayu-rayu kepada Menteri “Kita bagilah terus kepada tuan rumah RM10,000, biarlah dia buat sendiri”.

DN 16.4.2015 55

Tidak boleh- ini prosedur kerajaan, kena melantik kontraktor. Akibatnya dalam

RM10,000 itu hanya RM2,000 sahaja yang dibuat rumah. Bayangkan RM2,000 yang dibuat. Dinding diletakkan simen kemudian dia baiki pintu bilik air. Yang lainnya entah ke mana. Sub yang pertama, sub yang kedua, sub yang ketiga, sub yang keempat.

Akan tetapi alhamdulillah selepas perjuangan kami dapat juga bagi terus kepada nelayan-nelayan ini, alhamdulillah. Pergi ke Kampung Burma di Kuala Salak sekarang tengok rumah mereka seperti banglo yang mereka buat sendiri. Sebanyak RM10,000 sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya bertanya Yang Amat Berhormat baru ini pergi ke Jepun, ke Sendai, Jepun untuk menghadiri majlis di mana untuk mempelajari bagaimana Jepun mengatasi masalah mereka. Alhamdulillah saya dapat jawapan. Saya hendak rumuskan jawapan itu.

Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 yang akan memandu ke arah pemerkasaan pengurangan risiko bencana daripada aspek ekonomi, perundangan, kesihatan, budaya pendidikan, alam sekitar, teknologi serta politik agar lebih berdaya tahan terhadap bencana. Saya hendak bertanya kerajaan, bagaimanakah kerajaan akan mengambil bahagian di dalam semua aspek-aspek yang disebutkan di sini? Sendai declaration juga memperlihatkan komitmen ketua-ketua negara dalam menjayakan Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030.

Sekali lagi saya hendak tanya komitmen yang bagaimana yang akan dibuat oleh kerajaan sebelum berlaku banjir yang akan datang. Banjir tetap akan datang. Bila kita belum mengetahui. Ada rakan-rakan saya cerita yang hendak pergi bantu ini, yang hendak pergi tolong ini, hendak buat juga rumah di persisiran sungai itu. Orang kedah kata “Tidak serik kah, sudah tahu dah duk tepi sungai ini rumah kita akan hanyut. Kenapakah tidak kita naik ke bukit?” Ini fahaman kena beri kepada orang-orang kampung kita.

Ketiga, stakeholders warranty commitments yang menzahirkan kesediaan pihak berkepentingan dalam kes kesukarelawanan untuk bersama-sama pihak kerajaan dalam menjayakan pengurangan risiko bencana. Saya bersama Yang Berhormat Dato’ Seri Shahidan untuk mengucapkan dan terima kasih kepada NGO-NGO...

Tuan Yang di-Pertua: Panjang kah lagi Yang Berhormat?

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Kepada NGO.

Tuan Yang di-Pertua: Panjang kah lagi?

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Ada dua lagi Tuan Yang di-Pertua. Saya

mempercepatkan sedikit Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak mahu menyentuh Akta Hasutan. GST. Saya hendak sentuh sikit mengenai GST ini. Saya rasa tuan-tuan dan puan-puan, Yang Berhormat sekalian, setiap apa yang kita lakukan ia ada periodnya. Ia ada masanya. Dulu saya ke England, saya ada shocking period nya, cultured shock saya. Sebelum saya hendak adapt kepada culture di England itu memerlukan lebih kurang tiga bulan hingga empat bulan sebelum hendak masuk ‘slang’ Orang Putih itu.

Begitu juga dengan perkahwinan, saya berkahwin, hendak adapt kepada perkahwinan, hendak duduk bersama dengan isteri saya itu makan masa lebih kurang sebulan. Hendak adjust tidur saya itu. My marriage is shocking period itu, dengan izin.

■1640

Begitu juga dengan GST ini, ia ada shocking period dia. Bagi negara-negara yang melaksanakan GST pada tahun 70-an terpaksa melalui shocking period di antara tujuh ke-10 tahun, ini kajian dibuat. Yang implement semasa 90-an, shocking period dia tiga hingga lima tahun. Sejak tahun 2000 hanya tahun pertama hadapi kenaikan inflasi kemudian akan stabil kerana teknologi dan kaedah pemantauan semakin maju.

Jadi kita ini dalam tahun 2000, kata kajian ini memakan masa setahun untuk stabil. Jangan kita terkejut, jangan kita takut, jangan kita jadi gundah gulana, panik bersama-sama tetapi sedih hari ini saya dengar tadi ada video lagu keluar, “A, B, C, D, E, F, G, S, T- Dato’ Najib tipu lagi..” something like that lah, fasal GST ini. Kata budak sekolah sudah kita ajar

macam itu. Saya doakan budak itu besar esok akan menjadi baik dan bapa dia itu akan menjadi seorang yang tidak berguna kerana mengajar anaknya begitu. Kalau bapa kencing berdiri, anak akan kencing berlari.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, gulung Yang Berhormat.

56 DN 16.4.2015

Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma

GST ini saya hendak mencadangkan kepada kementerian dalam masa enam bulan ini boleh atau tidak, kita lantik ketua-ketua bahagian, ketua pemuda, ketua wanita, cawangan-cawangan puteri-puteri ini, penghulu ataupun siapa sekali yang dipercayai oleh kementerian supaya mereka ini dibayar gaji dalam enam bulan ini. Selepas enam bulan habis khidmat mereka, ambil segala kedai, peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang dengan membuta tuli ini, bagi laporan, hantar, tangkap terus sebab kita tidak cukup kakitangan.

Dalam kampung saya yang kecil hanya 50 orang ada empat buah kedai. Bagi mereka ini. Bagi kepercayaan dan amanah kepada mereka ini, bayar gaji enam bulan supaya mereka dapat buat kerja memberi laporan kepada kita, tangkap habis semua mereka ini yang jual ubi kayu kah, yang menaikkan segala-galanya. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf saya kecewa kerana daun ketum ditolak di peringkat Dewan Rakyat.

Daun ketum ini lebih kurang buah anggur lah. Buah anggur ini kalau kita makan ia sedap, bijinya akan menjadi ubat menghilangkan kanser tetapi apabila kita peram dia lama-lama, dia jadi wine. Jadi wine, kita minum wine akan mabuk sama juga dengan daun ketum ini. Apa yang kita tidak hendak sudah ada anak-anak sekolah yang minum daun ketum dan yang sudah ketagih daun ketum. Di sebuah sekolah di Jerlun, Kedah. Satu hari guru besarnya melaporkan bahawa ada paip yang perlu diperbaiki kebocorannya. Guru dipanggil, kontraktor datang membaiki paip tersebut, lubang tandas itu tersumbat dan apabila dikeluarkan plastik-plastik yang berisi daun ketum, budak-budak ini datang pagi-pagi sebelum masuk ke bilik darjah, mereka ini sumbatkan daun ketum di dalam lubang itu. Apabila break tengah hari, ambil daun ketum daripada lubang taik itu minum untuk pertahankan tenaga mereka sampai ke petang. Ini bukti bukan cakap biasa .

Tuan Yang di-Pertua, kita perlu, kita tidak boleh orang kata berkompromi dengan dadah ini. Saya hendak cerita penghabisan Tuan Yang di-Pertua, ada satu dadah yang baru yang dinamakan bath salts. Siapa yang kena bath salts ini, dia apabila ambil saja dadah ini keinginannya urge dengan izin, keinginannya ialah makan daging manusia, sushi. Ada bukti telah pun dicuba seludup masuk dan di Amerika telah ditangkap sedang menggigit seperti seekor anjing, sedang menggigit muka manusia, sedang menggigit hidung manusia, telinga manusia selepas kena dadah ini. Nauzubillahiminzaliq, kita minta supaya jangan dibawa masuk dan kita Tuan Yang di-Pertua, dalam Dewan ini pemimpin belaka... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Tidak aku jadikan kamu manusia semata-mata menjadi khalifah di muka bumi ini.” Jadi Yang Berhormat, saya minta kita perlu

menyokong bulan Jun nanti supaya ketum ini dapat dihakis atau dimasukkan dalam akta racun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong... [Membaca sepotong doa dalam Bahasa Arab] Waalaikumsalam warahmatullahi wataala wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Hebat

sahabat lama saya ini. Dia satu kelab ini IJN daripada dia betul-betul hectic risau juga saya tetapi bila tak ada apa-apa itu baguslah itu ya. Terima kasih. Sekarang seterusnya saya pergi kepada Yang Berhormat Datuk Hajah Noriah Mahat.

5.47 ptg.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, tahniah juga saya kepada rakan saya yang hebat, jadi saya ini al-maklum lah selepas dia saya rasa saya hendak hebat juga tetapi tidak terdaya oleh sebab keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk turut serta berucap Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya terlebih dahulu mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberikan kekuatan dan ilham kepada saya untuk turut sama memberikan ucapan Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong dan sudi berangkat menyampaikan Titah Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Persidangan Penggal Ketiga, Parlimen Ketiga Belas pada 9 Mac baru-baru ini.

DN 16.4.2015 57

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin membahaskan mengenai dengan

isu berkaitan pengaruh IS terhadap belia kita. Isu berhubung IS ini bukan lagi boleh dipandang remeh kerana ia telah menjadi satu bentuk ancaman yang serius terhadap keamanan dan keselamatan negara. Perkara ini disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah E8, Counter Terrorism Polis Diraja Malaysia yang menyatakan bahawa pengaruh IS ini

telah semakin kuat dan licik sehingga bukan sahaja berupaya merekrut golongan belia lelaki tetapi juga gadis, remaja dan kanak-kanak. Ini menunjukkan bahawa sasaran utama IS sekarang terhadap golongan belia. Dakwaan ini diperkukuhkan apabila seramai 75 orang rakyat Malaysia telah didapati menyertai gerakan IS. Daripada jumlah ini 10 orang dipercayai telah terbunuh dalam serangan bom berani mati ataupun pertempuran. Tidak terlintas di hati kita bagaimana remaja semuda umur 14 tahun mudah terpengaruh untuk menyertai militan IS semata-mata untuk memperjuangkan jihad yang dilaungkan oleh IS.

■1650

Slogan jihad inilah yang menjadi pendorong kepada mereka untuk menyertai IS dengan matlamat untuk mati syahid. Bagi wanita pula, terutama gadis-gadis yang belum berkahwin menawarkan diri mereka dalam apa yang ditafsirkan sebagai jihad seks adalah satu juga pengorbanan jihad dengan tujuan bagi memenuhi keperluan seksual pejuang IS yang sedang berjuang di medan perang. Namun, yang paling mengejutkan lagi ialah apabila ada belia kita yang menyertai IS turut sama terlibat dalam peristiwa penyembelihan tawanan. Perkara ini dapat dilihat dalam paparan Youtube dalam peristiwa penyembelihan mangsa penculikan di Selatan Filipina dan Syria, di mana dikatakan tukang sembelihnya belia daripada rakyat Malaysia.

Maklumat perisikan mendapati bahawa sasaran untuk menyertai IS telah menular bukan sahaja ke institusi pengajian tinggi (IPT), tetapi juga di kalangan pelajar sekolah. Kumpulan pelajar dari IPT dan sekolah menjadi sasaran utama kerana dalam umur lingkungan 15 tahun hingga 30 tahun usia yang paling mudah untuk dipengaruhi. Minat serta kecenderungan golongan belia terhadap penggunaan media sosial bentuk baru seperti Facebook dan Twitter dalam aktiviti harian mereka telah menjadikan golongan ini mudah didekati dan dipengaruhi. Jika ketika era Al-Maunah, Jamiah Islamiah atau Kumpulan Militan Malaysia, strategi rekrut melalui perjumpaan bersemuka dalam kumpulan kecil seperti usrah. Akan tetapi, era IS pula menjadikan media sosial sebagai kaedah rekrut utama IS. Justeru itu, satu langkah tindakan yang bersepadu perlu diambil oleh pihak kerajaan bagi menghalang belia kita dari terus dipengaruhi diayah dan propaganda perjuangan IS ini demi keamanan dan keselamatan negara.

Persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah cara terbaik untuk menyekat pengaruh IS ini daripada disebarkan di kalangan belia. Kita mengetahui bahawa salah satu sumber utama untuk mereka mempengaruhi dan menghebahkan diayah serta propaganda mereka adalah melalui media sosial dan penggunaan internet. Jadi, apakah yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa untuk menyekat komunikasi ini daripada digunakan secara berleluasa? Seterusnya, apakah pihak berkuasa telah mempunyai satu mekanisme yang mampu untuk menentang pengaruh IS ini? Difahamkan tindakan agresif hanya dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia dalam usaha menangkap mereka yang disyaki anggota IS. Namun begitu, tiada usaha bersepadu yang kukuh dilakukan oleh agensi kerajaan lain seperti JAKIM dalam melaksanakan gerakan kesedaran dan pencerahan kepada orang ramai, terutamanya di kalangan pelajar bagi menyekat mereka daripada mudah dipengaruhi.

Saya juga ingin tahu cabaran yang dihadapi pihak berkuasa dalam isu ini. Dalam konteks dunia tanpa sempadan ini, pelbagai maklumat mudah diperoleh melalui penggunaan internet dan media sosial. Lantas, memerlukan seseorang itu mempunyai kefahaman agama Islam yang tinggi supaya tidak mudah dipengaruhi oleh ajaran dan fahaman yang salah di sisi Islam. Oleh itu, di samping tindakan pencegahan, langkah memupuk kesedaran juga wajib dilaksanakan bagi mengekang pengaruh ini.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, memandangkan media sosial merupakan media utama penyebaran diayah dan propaganda IS untuk mempengaruhi golongan belia, saya mencadangkan kepada kementerian supaya mengumpul data-data komunikasi melalui Facebook, Twitter, WhatsApp dan lain-lain saluran bagi tujuan risikan seperti yang dilakukan oleh agensi keselamatan di Australia. Lantas, dapat membolehkan pihak berkuasa mengatur langkah yang berkesan untuk bertindak ke atas mereka. Kerajaan juga boleh menggunakan media sosial sebagai landasan yang serupa untuk menangkis propaganda IS dan melancarkan operasi gerak saraf terhadap IS.

58 DN 16.4.2015

Saya juga mencadangkan supaya gerakan bersepadu melibatkan semua agensi

kerajaan mengadakan satu mekanisme yang menyeluruh bagi tujuan pencegahan dan kesedaran dalam kalangan rakyat. Langkah ini perlu memandangkan tanggungjawab berat ini banyak dipikul oleh PDRM. Selain daripada itu, lain-lain agensi seperti JAKIM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Jabatan Pendidikan mestilah bersama-sama terlibat dalam tugas yang penting ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin mengambil kesempatan untuk bercakap dalam Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), walaupun rakan-rakan saya tadi sudah banyak menceritakan bab ini. Cuma saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, sebagai rakyat Malaysia, yang kita hari ini harungi peristiwa ini yang banyak sedang diperkatakan di peringkat bawahan. Mungkin di peringkat atasan tidak akan terasa perkara ini dan di peringkat bawahan amat terasa.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana kata kawan saya tadi sehinggakan GST ini tidak usahkan yang tua, yang sedang, yang muda, anak-anak pun mengejek-ejek fasal GST ini disebabkan bapanya. Itu saya setuju tadi dengan rakan saya, dia keluar pula. Saya setuju dengan rakan saya, agaknya itu bapak borek tetapi anak tidak rintik. Anak kecil dia tidak tahu, ikut sahaja apa kata bapa dia. Jadi anak dia nyanyi juga tadi lagu itu, “A-B-C-D-G-S-T...” Saya pun, ”Eh! Kenapakah pula? Betulkah ayat ini?” Selalu kita baca A-B-C-D-E-F bukan? Ini, “A-B-C-D-G-S-T- harga semua barang naik tinggi, gaji pun tidak naik lagi, kena makan mee maggi.” Itu bapa dia ajar agaknya. Itu disebarkan dengan kawan-kawan dia.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya perkara ini tidak susah sangat, bukanlah susah sangat. Kalau orang kampung Tuan Yang di-Pertua, dia ada konflik fasal harga. Kenapa tidak pihak KPDNKK mengarahkan kedai-kedai, supermarket dan gedung-gedung senaraikan barang-barang mana yang kena GST, mana yang tidak kena GST letak dekat depan muka pintu. Orang kampung kalau sudah tua, kalau tua umur macam saya 25 tahun boleh tahan juga, tetapi kalau umur 70 tahun, 80 tahun ini tidak tahu. Orang kata ini macam tadi ubi RM3.50, dia suka atau tidak suka, dia hendak makan ubi dia beli tetapi balik dia bercakap.

Akan tetapi saya hendak mencadangkan kepada pihak KPDNKK, perkara-perkara ini jangan diambil ringan kerana kita akan menghadapi tiga tahun nanti, kesusahan kita waktu hendak menghadapi pilihan raya. Jadi saya hendak mencadangkan supaya pihak KPDNKK mengarahkan semua supermarket, kedai-kedai runcit, kedai-kedai sederhana besar dan juga kedai-kedai gedung mana-mana, semua-semualah Tuan Yang di-Pertua, supaya dapat menamakan sebagaimana saya katakan tadi, barang-barang yang dikenakan GST dengan tidak kena GST. Jadi macam saya tengok, “Oh! Ini lagi depan kita sudah tahu yang ini kena GST, yang ini tidak kena”. Jadi kita sudah maklum. Jadi, apakala resit keluar kita boleh tengok. Jadi apakala itu, baru kita senang bayar dan kita tidak akan ada pertengkaran dan balik kita tidak akan ada gosip-gosip kata begitu dan begini. In shaa-Allah

kalau perkara-perkara ini dibuat Tuan Yang di-Pertua, perkara ini makin lama rakyat akan menerima. Apa yang dikatakan GST ini ialah kepentingannya untuk rakyat dan bukan untuk yang lain-lain.

Saya hendak ringkaskan mengenai dengan GST ini Tuan Yang di-Pertua, cuma saya terus pergi kepada soalan. Pertama, adakah kementerian sudah mengambil makluman akan caj perkhidmatan sebelum cukai GST dikenakan?

■1700

Rakyat mempersoalkan mengapa pihak hotel dan restoran dibenarkan mengenakan caj perkhidmatan di antara 5 peratus dan 10 peratus dan tidak ditetapkan oleh kerajaan?

Kedua, adakah peniaga boleh didakwa di bawah Akta GST dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana kegagalan mempamerkan caj perkhidmatan? Kerajaan perlu menjelaskan perkara ini dengan segera kerana rakyat gelisah disebabkan terdapat peniaga yang telah menyalahgunakan caj ini bagi menaikkan harga barang.

Saya suka mencadangkan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK) mengambil tindakan segera mengenakan tindakan undang-undang terhadap peniaga yang gagal mempamerkan notis caj perkhidmatan dan juga menunjukkan bukti bahawa ada perjanjian bersama dengan pihak pekerja yang menyatakan caj perkhidmatan dikutip dan pekerja menikmati hasil kutipan caj tersebut.

DN 16.4.2015 59

Biasanya yang dia orang yang hendak bising Tuan Yang di-Pertua, caj dikenakan

yang untuk pekerja tetapi yang diambil, tokeh yang ambil. Pekerja tak dapat.

Seterusnya KPDNKK perlu mengadakan satu mekanisme yang adil supaya tidak wujud rungutan dan kekeliruan daripada pihak pengguna dan peniaga. Salah satu elemen penting dalam kutipan caj perkhidmatan ialah peniaga wajib mempamerkan notis serta permit kebenaran daripada KPDNKK.

Berhubung dengan keterangan pada resit pembelian, saya minta dikuatkuasakan satu format resit pembelian yang lebih jelas bagi pengguna mengetahui setiap jenis barang yang dikenakan GST. KPDNKK hendaklah menyeragamkan semua jenis resit agar mengelak sebarang kekeliruan atau cubaan untuk menipu pengguna atau peniaga. Saya tambah tadi, cadangan saya yang lagi satu tadi Tuan Yang di-Pertua, taruh, pamerkan itu dekat depan supaya orang masuk sahaja tengok ke kedai, sudah tengok benda itu, dia takkan tanya lagi kepada peniaga.

Saya juga mencadangkan kepada KPDNKK melakukan satu kajian tentang kesan GST kepada pengguna khususnya terhadap golongan berpendapatan rendah bagi mengetahui perbezaan skala GST ini dilancarkan. Hasil kajian berhubung perkara ini adalah penting bagi membantu rakyat yang berpendapatan rendah dapat dibantu dan tidak dibebani dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Dalam membantu rakyat berpendapatan rendah, kerajaan boleh mengambil ukuran daripada kajian ini sama ada gaji minimum boleh dinaikkan atau pun pemberian BR1M perlu ditambah lagi.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin hendak menceritakan sedikit mengenai mutu sukan bola sepak. Saya kecil-kecil dulu suka juga main bola sepak ini Tuan Yang di-Pertua dan waktu kecillah dulu kan...

Tuan Yang di-Pertua: Datuk main bola ya?

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Kuat main dengan orang lelaki, sampai masukkan gol. Saya masukkan gol, orang lelaki tak boleh hendak masuk [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, dalam soal berhubung mutu sukan bola sepak negara, saya berasa amat dukacita dengan mutu pencapaian pasukan kebangsaan negara kerana masih belum menampakkan peningkatan walaupun sukan bola sepak telah lama berkembang di Malaysia. Dalam laporan terbaru FIFA, ranking bola sepak pasukan kebangsaan telah merudum jatuh ke tangga 164 dunia iaitu satu anak tangga di bawah pasukan bola sepak negara Bhutan. Bayangkan itu, sesuatu yang amat sukar diterima memandangkan Liga Bola Sepak Bhutan tidaklah sehebat Liga M yang lebih terkenal di Asia sehingga berupaya menarik kehadiran ramai pemain bola sepak antarabangsa bertaraf dunia bermain di Malaysia.

Di dalam Bajet 2015 yang telah dibentangkan, kerajaan telah memperuntukkan RM103 juta dalam mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan menerusi empat langkah bersepadu yang kerajaan mengharapkan melalui transformasi ini mutu enam bidang sukan yang membabitkan sukan bola sepak dapat ditingkatkan. Namun begitu, perkembangan semasa tidak menampakkan bahawa ada peningkatan yang ketara yang menunjukkan mutu pasukan bola sepak negara telah maju. Apa yang dapat kita lihat ialah liga bola sepak memang glamor dengan kehadiran ramai pemain bola sepak dari luar negara dan sambutan penonton yang amat menggalakkan. Akan tetapi mutu pemain bola sepak negara masih lagi jatuh ketinggalan berbanding negara lain yang seangkatan dengan Malaysia suatu masa dulu yang jauh lebih maju seperti Jepun dan Korea Selatan.

Para pemain pula dibayar dengan bayaran gaji yang amat tinggi, lumayan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit sebulan mengalahkan gaji CEO di GLC. Sebagai contoh gaji bulanan pemain import RM160,000. Bayangkan, beza dengan gaji Ahli Dewan Negara. Hendak minta lebih pun tak dapat tetapi pergi main bolalah Ahli-ahli Yang Berhormat, dapat RM160,000 ya? Satu lagi, ada sampai mencecah kepada RM250,000. Di khabarkan gaji sebulan pemain tempatan RM80,000 dan RM70,000 pun ada.

Akan tetapi yang mendukacitakan, nilai gaji pemain-pemain bola sepak ini tidak setanding dengan mutu persembahan mereka dan pencapaian yang diharapkan. Saya berharap janganlah persatuan bola sepak negeri terlalu gah hendak menaikkan nama pasukan tetapi akhirnya gagal untuk menjelaskan gaji pemain.

60 DN 16.4.2015

Perlu diambil iktibar terhadap pemain bola sepak dari Bhutan di mana mereka ini

hanya dibayar gaji purata sebanyak RM582 tetapi pasukan bola sepak negara mereka mampu mengatasi ranking Malaysia. Saya mohon janganlah pemain bola sepak terlalu mabuk wang sehinggakan terlupa obligasi mereka terhadap menaikkan nama baik negara.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga mendapati bahawa faktor rasuah juga menjadi penyebab utama mengapa standard bola sepak negara masih tidak boleh ditingkatkan. Walaupun FAM dengan penglibatan SPRM telah berusaha untuk membanteras gejala ini tetapi ia masih lagi menular dalam kalangan pemain dan pegawai bola sepak negara. Ada kemungkinan bahawa masalah ini timbul kerana terdapat kes-kes persatuan bola sepak negeri gagal menjelaskan gaji dan elaun. Justeru, menyebabkan mereka memilih jalan yang saya sebutkan sebentar tadi.

Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu mengapakah prestasi dan pencapaian pasukan bola sepak negara kita begitu lemah sehingga jatuh kedudukan di bawah negara miskin seperti Bhutan dan juga Nepal? Keduanya, apakah sudah terjadi dengan program pembangunan bola sepak projek Harimau Muda yang dikhabarkan akan ditamatkan? Apa masalahnya, dan mengapa ia gagal?

Ketiga, apakah perlu pemain bola sepak yang bermain dalam Liga M dan Liga Perdana dibayar gaji sebegitu tinggi walhal pencapaian mereka tidaklah seberapa? Apakah mekanisme yang diguna pakai bagi mengesan dan membanteras gejala rasuah dalam kalangan pemain dan pegawai bola sepak Malaysia?

Saya suka mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan bersama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia yakni FAM memberi penekanan pembangunan bola sepak yang lebih khusus di kalangan remaja di bawah umur 12 tahun dengan berlandaskan model pembangunan bola sepak negara yang telah berjaya seperti Jepun dan juga Korea Selatan. Seterusnya menambah bilangan akademi bola sepak di setiap negeri seperti Akademi Bola Sepak Frenz United yang terletak di Bentong, Pahang.

■1710

Yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua, memperbanyakkan lagi Liga Bola Sepak Daerah di peringkat remaja dan dewasa. Persatuan bola sepak negeri perlu membentuk satu jawatankuasa talent scouting bagi mencari bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan

dan berteraskan sama sekali apa jua cubaan rasuah dalam kalangan pemain dan pegawai bola sepak negara. Mereka yang didapati bersalah hendaklah dihukum dengan seberat-beratnya dan menjadi contoh kepada pemain dan pegawai yang lain.

Tanamkanlah sifat patriotik dan semangat...

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Mohon mencelah.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat Saya habiskan sedikit boleh tidak? Sedikit

sahaja lagi ini.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Boleh, boleh.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Tanamkan semangat patriotik dan semangat

juang yang tinggi serta nilai-nilai murni yang baik di kalangan pemain. Hapuskanlah sama sekali unsur bersosial dan berpesta di luar batas hingga menyebabkan pemain leka terhadap tanggungjawab pada negara. Sila Yang Berhormat.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

ingin bertanya dengan Yang Berhormat. Saya mengikuti perbahasan Yang Berhormat Datuk Noriah dan saya berminat terutamanya berkenaan dengan bola sepak. Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat. Petang ini nampaknya Yang Berhormat berbahas banyak berkenaan mutu bola sepak. Adakah disebabkan oleh pasukan Johor begitu sukar untuk menang dengan pasukan Pahang? [Ketawa]

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Siapa kata Pahang hebat. Yang sebenarnya

Johor JDT yang hebat. Kalau dahulu Johor JDT tidak ada saya tidak fikir bola sepak begini berkumandang hingga sekarang. Minta maaf saya, Pahang. Hidup Sultan Johor. Saya rasa macam gembira sedikit melihat Tan Sri senyum itu. Jadi, saya sambung sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua.

DN 16.4.2015 61

Seterusnya, saya menyentuh mengenai dengan Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Oleh sebab saya datang daripada wanita, kalau saya tidak cerita hari ini pasal wanita bukanlah saya namanya wanita. Saya juga ingin menyatakan, menyentuh berkaitan dengan wanita dan kepimpinan. Kini ramai wanita berpendidikan tinggi dan mempunyai kemahiran serta layak untuk dilantik sebagai pemimpin. Cuma orang lelaki sahaja yang mengatakan bahawa dia yang hebat. Sebenarnya wanita kalau dia berlawan Tuan Yang di-Pertua dia lagi hebat daripada orang lelaki. Ini kalau hendak tahu kena jumpa saya lah [Ketawa]

Bagi sektor awam, Laporan H Asia Gallery Guide 2015 menunjukkan bahawa 34

peratus jawatan pengurusan diisi oleh wanita. Malaysia dilaporkan menduduki tangga kedua di rantau Asia selepas China 36 peratus di atas Hong Kong serta Singapura. Namun, masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi menggalakkan penglibatan wanita dalam bidang pekerjaan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Pelbagai saranan dan program dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan serta kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan serta NGO di seluruh negara dan memperkasakan wanita. Di sini saya ingin mencadangkan beberapa langkah diambil bagi memastikan wanita di Malaysia ini dapat turut sama menyumbang secara lebih efektif dalam sosial, ekonomi dan pembangunan negara keseluruhannya.

Pertama, menukarkan stereotaip. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, hari ini air tidak ada dan persepsi kaum lelaki. Persepsi dan stereotaip ini, inilah yang menyebabkan berlakunya diskriminasi wanita dalam pelbagai aspek. Kedua, diwujudkan program yang boleh membantu untuk menghapuskan prasangka dalam keluarga, sekolah, universiti dan organisasi.

Ketiga, kesedaran gender perlu diperkenalkan dalam memperkukuhkan di semua peringkat. Satu mekanisme perlu diwujudkan bagi menghapuskan halangan berstruktur dan institusi iaitu dengan mewujudkan kesedaran, mengambil jumlah wanita yang mencukupi dalam pengurusan. Kedua, buang semua temu duga dan prosedur penilaian dan kriteria yang berat sebelah jantina atau lebih cenderung untuk dipenuhi oleh kaum lelaki berbanding dengan wanita.

Seterusnya, menilai peraturan posting. Wanita perlu diberi lebih banyak peluang untuk di post kan kepada tradisi jawatan yang didominasikan oleh kaum lelaki. Menggalakkan peluang yang sama rata di semua peringkat dalam semua sektor untuk memastikan wanita bekerja dan dinaikkan pangkat pada kadar yang lebih tinggi daripada sebelum ini.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai dengan ASEAN yang mana baru-baru ini Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi ASEAN dan dilantik sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Malaysia kerana telah dipilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi tempoh 2015 sehingga 2016 dan pelantikan sebagai Pengerusi ASEAN 2015.

Pengiktirafan yang begitu besar ini menunjukkan kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap kepimpinan negara dan menunjukkan kedudukan tinggi kita di mata dunia. Itu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Apa yang orang buat hari itu kalau saya jadi Perdana Menteri saya tidak kisah. Betul tidak? Buat style Dr. Mahathir, apa orang hendak cakap, cakap lah asal kekal 22 tahun. Biasa lah. Orang jadi pemimpin ini kata orang-orang tua dahulu Tuan Yang di-Pertua macam anjing busuk telinga. Mula-mula baik, dia akan jadi tidak baik sahaja tetapi kalau mati dia nya nanti baru orang itu kata baik. Itulah, tunggu mati itu yang lama kan [Ketawa]

Berhubung dengan pelantikan sebagai anggota, dan saya juga bersama-sama dengan rakan-rakan, saya menyokong penuh kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd. Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia, dan juga menyokong penuh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Berhubung dengan pelantikan sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, apakah agenda yang akan dibawa oleh kerajaan dalam menggalas jawatan tersebut dan apakah kerajaan akan membawa isu IS yang sedang mengancam kebanyakan negara pada masa ini yang dikatakan mendapat sokongan Amerika Syarikat?

62 DN 16.4.2015

Di peringkat ASEAN pula, diharap dengan lantikan sebagai Pengerusi ASEAN

tahun ini kita dapat merealisasikan inisiatif kita untuk menjadikan ASEAN sebagai sebuah negara, komuniti yang maju daripada segi sosioekonomi politik, serta mampu bersaing dan relevan di peringkat antarabangsa. Apatah lagi ASEAN berada di tengah-tengah India dan juga China yang sedang bangkit sebagai kuasa ekonomi yang besar dengan tema ‘Warga Kita, Komuniti Kita, Visi Kita’ saya percaya Malaysia mampu berperanan mengajak negara ASEAN sama-sama memperkukuhkan usaha sama negara ASEAN serta dapat membangunkan ASEAN sebagai hab kewangan Islam, hab pendidikan dan sebagainya.

Soalan saya Malaysia sebagai hab kewangan Islam di ASEAN dan seluruh dunia, sejauh manakah keseriusan kerajaan dalam mengembangkan sistem kewangan dalam Islam di negara ini agar rantau Asia ini dilihat sebagai pelopor hab kewangan Islam di seluruh dunia? Satu lagi saya ingin bertanya kepada kerajaan tentang memperkasakan wanita ASEAN.

■1720

Untuk makluman rakan-rakan sekalian, kaum wanita merupakan separuh daripada keseluruhan penduduk ASEAN. Kita lihat wanita ASEAN agak ke belakang daripada segi sosioekonomi dan politik. Jadi sebagai Pengerusi ASEAN, apakah peranan yang dimainkan oleh Malaysia bagi memperkasa wanita di ASEAN?

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya diarahkan duduk, saya berterima kasih banyak-banyak kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini. Dengan ini, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Kita ada lebih kurang

sembilan orang lagi nak berucap dan sebab itu saya rasa kita kena sambung. Saya akan beri peluang untuk Yang Berhormat semua berucap. Selepas 5.30 petang ini, kita akan terus satu jam, satu jam antara saya dengan timbalan saya. Saya harap Yang Berhormat siapa yang nak bercakap panjang itu saya tak akan tahan tapi bercakap yang betul-betul baik, tegas, relevan dan kalau ada masa nanti, tengok kepada keadaan, saya nak beri peluang semua berucap.

Di samping itu, saya nak maklum juga, ada jemputan oleh kementerian Yang Berhormat Dato’ Seri Jamil Khir mulai jam 8.00 malam tetapi saya dah maklumkan kalau boleh tangguhkan sehingga lebih kurang jam sembilan agaknya baru siapa nak pergi, boleh pergi. Selepas kita habis. Akan tetapi, tolong ambil kira kalau betul-betul nak bercakap dan relevan, saya tak akan tahan tapi sama-sama kita fikirkan. Sekian, terima kasih.

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Tuan Chong Sin Woon.

5.22 ptg.

Tuan Chong Sin Woon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin

membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Tuanku bermula dengan isu ekonomi.

Seperti yang kita tahu bahawa sesebuah kerajaan kalau mahu memerintah dengan baik, pasti perlu pandai untuk menguruskan isu-isu ekonomi. Sekiranya kita melihat, bahawa ekonomi pada masa kini merupakan ekonomi moden yang sudah berintegrasi dengan ekonomi dunia.

Apabila kita melihat hari ini sekiranya kita terus membangunkan ekonomi negara dengan memfokuskan kepada industri pembuatan ataupun hanya eksport barang-barang yang dibuat di Malaysia, maka itu bukanlah ekonomi moden sebab sekiranya kita melihat sekarang, ekonomi dunia terutamanya di Eropah dan Amerika di mana mereka sendiri mempunyai permintaan yang semakin kurang khususnya Amerika Syarikat yang sering kali menggunakan cara mencetak Dolar Amerika untuk membantu ekonomi mereka. Maka, sekiranya kita terus bergantung pada pembuatan, maka tidak pergi mana ekonomi negara kita khususnya dalam lima tahun yang terpenting ini sebelum kita mencapai ekonomi maju berpendapatan tinggi.

Maka dalam isu ekonomi ini, kita ada tiga elemen yang sangat penting. Pertama, pelaburan; yang kedua, pasaran domestik; dan yang ketiga, eksport.

DN 16.4.2015 63

Apa yang ingin saya bahaskan di sini ialah sebelum ini kita dengar banyak isu

yang mengkritik pemberian BR1M yang mengatakan bahawa pemberian BR1M ini satu dasar yang membazirkan wang atau dana kerajaan tetapi apabila kita melihat daripada segi sudut teori ekonomi, sekarang kerajaan mempunyai peruntukan sebanyak RM540 juta untuk BR1M yang diberikan kepada orang-orang yang berpendapatan rendah.

Maka sekiranya kita lihat RM540 juta ini kalau dimiliki oleh seseorang individu, wang itu tidak akan dialirkan ke dalam pasaran. Takkan seorang boleh menghabiskan wang itu sejuta sehari. Maka dengan cara menyuntik RM540 juta ke dalam pasaran terus kepada keluarga dan individu, maka kalau daripada segi ekonomi, the poor will spend the most,

dengan izin. Apa yang mereka dapat, mereka akan gunakan wang Ringgit untuk kegunaan harian mereka. Maka dengan itu, BR1M bukan hanya membantu mereka yang memerlukan wang ringgit itu tetapi juga antara cara dasar ekonomi moden yang membantu kita untuk membesarkan pasaran domestik kita. Setiap negara ekonomi dunia sekarang melihat bagaimana untuk mengukuhkan pasaran domestik. Maka Malaysia melalui BR1M adalah antara cara dan dasar yang betul.

Kedua, saya juga setuju dengan penubuhan Majlis Eksport Negara kerana Malaysia sebelum ini memang sebuah negara pengeksport yang utama tetapi kerana perubahan cara pelaburan ke Malaysia di mana kita tidak lagi dapat menawarkan pekerja-pekerja yang murah, maka banyak kilang sudah berpindah ke Vietnam, ke Myanmar, ke Cambodia. Maka haruslah ada satu Majlis pengeksport di Malaysia yang membantu kita bagaimana kita boleh menceburi pasaran eksport ke pasaran-pasaran yang lebih penting.

Itu adalah antara, kalau kita melihat, dasar ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan sekarang. Janganlah kita hanya mengkritik tanpa melihat sebenarnya angka-angka ataupun dasar-dasar ini sedang membantu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara.

Baru-baru ini sahaja saya melihat daripada laman web bahawa kita berjaya menawarkan bon-bon Islamik, sukuk yang telah ditawarkan di pasaran antarabangsa mendapat sambutan yang sangat baik. Pembeliannya melebihi apa yang kita sediakan untuk dijual. Maka, menunjukkan pasaran antarabangsa masih lagi yakin dengan bon di Malaysia, bukan lagi seperti yang sesetengah pihak mengatakan Malaysia akan bankrap, bon-bon Malaysia tidak lagi laku di pasaran antarabangsa.

Apabila membincangkan mengenai isu ekonomi, saya ingin menyentuh tentang pelancongan. Di dalam Titah Seri Paduka Baginda menyatakan bahawa pelancongan adalah antara industri yang sangat penting. Saya setuju dengan Titah Tuanku. Apabila kita membincangkan pelancongan, maknanya kita melihat satu pasaran yang sangat penting. Seluruh dunia melihat pasaran iaitu pelancong dari negara China.

Tahun lepas, pelancong negara China mencecah seramai 100 juta orang pelancong dari negara China ke luar negara. Bilangan 100 juta merupakan satu angka yang sangat besar, membawa perbelanjaan yang besar. Akan tetapi, berapa ramaikah pelancong China yang datang ke Malaysia selepas MH370? Merudum angka pelancong-pelancong dari negara China ke Malaysia

Antara cadangan untuk menarik semula mereka terutamanya dari China sendiri, Kerajaan Negara China mencadangkan supaya membatalkan visa untuk memasuki ke Malaysia sebab negara Thailand, negara Indonesia sudah mengambil langkah untuk membatalkan visa pelancong dari negara China tetapi apa yang diputuskan oleh kerajaan, instead of visa free, they give free visa, dengan izin. Yang dimintanya batalkan visa tetapi yang terdapat hanyalah membatalkan fi visa tetapi fi yang dibayar untuk visa ke Malaysia cumalah RM48 ataupun Renminbi 80. Akan tetapi, kerajaan sudah mempunyai satu kontrak kepada sebuah agen melakukan visa ke Malaysia ini yang dengan caj finya RM71 ataupun RMB120. Yang ini masih perlu dibayar dan bukannya hanya fi yang menjadi masalah tetapi kita cuma ada lima buah pejabat di China untuk mendapatkan visa ke Malaysia dan China begitu besar.

■1730

Kalau seseorang daripada bahagian utara hendak pergi dapatkan visa di Beijing, dia kena naik kapal terbang dan tiga hari untuk mendapatkan visa. Maka ini antara kekangan kenapa begitu kurangnya pelancong-pelancong dari negara China ke Malaysia jika berbanding ke negara Thailand dan Indonesia. Maka kita berharap kerajaan mengambil inisiatif ataupun langkah untuk menyelesaikan masalah ini supaya kita menggalakkan lebih ramai lagi pelancong-pelancong ke Malaysia.

64 DN 16.4.2015

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Baru-baru ini isu hangat mengenai KWSP yang mengatakan bahawa KWSP ingin menukarkan umur daripada mengambil dana mereka dari 55 tahun ke-60 tahun. Ini mendapat bantahan yang kuat daripada ahli-ahli KWSP. Baru-baru sahaja satu artikel mengatakan kenapa adanya dasar untuk meningkatkan umur dari 55 tahun ke-60 tahun adalah kerana kita menghadapi masalah isu kekurangan harga turun petrol menyebabkan Petronas mempunyai kekurangan sumbangan dana Petronas kepada kerajaan dan isu 1MDB. Saya meminta kerajaan ataupun Kementerian Kewangan menjelaskan sama ada tohmahan ini betul atau tidak sebab KWSP Malaysia mempunyai ranking yang sangat baik di dunia merupakan KWSP di Malaysia adalah ketujuh yang terbesar di dunia. Setiap tahun mempunyai untung yang besar. Sekarang mempunyai dana sebanyak RM637 bilion dana yang amat besar, amat penting untuk ekonomi negara. Jangan kita menggunakan dana yang sangat penting ini untuk kita membantu dalam isu hal 1MDB ataupun Petronas. Kita berharap tohmahan itu tidak betul.

Yang ketiga mengenai pertanian. Titah Diraja, Baginda juga menyentuh mengenai isu pertanian iaitu Dasar Agromakanan untuk menyelesaikan masalah kita terlalu bergantung kepada import makanan seperti mana jawapan Timbalan Menteri tempoh hari bahawa beras Malaysia masih lagi bergantung 30 peratus import dari Indo-China dan ini sangat-sangat bahaya kalau dilihat dari sudut food security. Sekiranya wujud peperangan ataupun bencana alam yang besar dan supply dari Indo-China itu terganggu, maka akan

menyebabkan isu yang amat besar di negara kita.

Dengan ini semalam kita melihat ada 1,500 petani di Cameron Highlands mengadakan demonstrasi untuk meminta kerajaan supaya membantu mereka kerana operasi selepas banjir besar tahun lepas menyebabkan kerajaan sedang mengambil balik tanah-tanah tanaman sayur di Cameron Highlands terutamanya mereka yang mengambil tanah-tanah bukan milik mereka untuk menanam sayur-sayur di situ. Akan tetapi operasi itu mengikut laporan surat khabar, operasi itu sudah sampai ke tanah-tanah ataupun kebun-kebun yang mempunyai lesen, yang mempunyai hak. Maka kita perlu melihat. Saya meminta Kementerian Pertanian atau Kerajaan Negeri Pahang melihat semula isu ini kerana ia melibatkan ramai petani sayur di Cameron Highlands.

Kita juga meminta Kementerian Pertanian supaya menjelaskan di Dewan ini ataupun saya ingin menanya soalan ini, apakah lagi inisiatif ataupun pendekatan untuk membantu menggalakkan orang-orang muda di Malaysia ini menceburi bidang pertanian? Ini kerana Malaysia mempunyai tanah yang luas, cuaca yang baik, hujan yang cukup tetapi pengeluaran makanan kita masih lagi rendah. Buah-buahan kita yang sedap ini masih tidak lagi dapat dipasarkan di pasaran antarabangsa. Jadi kalau dapatnya orang-orang muda menyertai bidang ini, maka saya pasti bahawa bidang pertanian adalah satu bidang yang sangat berpotensi.

Saya mengalih ke isu nombor lima iaitu isu pendidikan.

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Yang Berhormat, minta laluan boleh?

Tuan Chong Sin Woon: Boleh.

Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh: Saya dengar perbahasan Yang

Berhormat tentang ekonomi tadi bahawa industri pembuatan ini banyak kilang yang telah tutup sebab Malaysia sekarang tidak boleh menjadi sebuah negara low cost producer, dengan izin. Tadi Yang Berhormat menyentuh tentang pertanian. Saya dapati industri seperti kelapa sawit dan sayur-sayuran terlalu bergantung kepada pekerja-pekerja asing dengan we are still low producer. Kita bergantung kepada pendapatan yang rendah. Bukankah ini satu risiko yang tinggi untuk negara kita sebab dalam masa 5-10 tahun nanti sudah tentu tidak ada orang, manusia yang akan bekerja untuk gaji rendah. Semua orang hendak gaji tinggi. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat tentang ini?

Tuan Chong Sin Woon: Saya setuju dengan pendapat Yang Berhormat Senator.

Saya tahu kita tidak ada hubungan yang baik dengan negara Israel. Akan tetapi apabila kita lihat Israel di Timur Tengah merupakan pengeluar makanan terbesar di Timur Tengah dengan tanah pasir-pasirnya, dengan keadaan tanah yang sedikit tetapi penggunaan teknologi sepertimana Taiwan.

DN 16.4.2015 65

Taiwan juga sebuah negara yang kecil tetapi penggunaan teknologi dapat

menyelesaikan masalah gaji yang rendah. Akan tetapi dengan teknologi, mereka dapat mengeluarkan makanan, buah-buahan, sayur-sayuran yang besar, pengeluaran yang besar dan berkualiti.

Contohnya kita membuat lawatan ke universiti di Taiwan pada tahun lepas. Jambu yang dibawa dari Malaysia ke Taiwan, dengan teknologi mereka menukarkan jambu mereka sekarang begitu besar, manis dan mahal tetapi kita masih menanam jambu yang sama, bergenerasi. Saya rasa kita adanya UPM, adanya jabatan atau Fakulti Pertanian, bagaimana kita menggunakan teknologi supaya dapat membantu....

Dato’ Lim Nget Yoon: Mohon mencelah. Jambu apa itu, jambu batu kah, jambu

air?

Tuan Chong Sin Woon: Jambu batu, agaknya. I do not know the exact name,

dengan izin.

Saya ingin beralih pada isu pendidikan. Seperti mana pertanyaan soalan saya pada pagi ini tetapi tidak dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, maka saya tanya sekali lagi dalam sesi ini iaitu berkenaan dengan STPM dan matrikulasi. Saya ingin memperjelaskan di sini ialah, walaupun kementerian menjawab bahawa kedua-dua program ini penyediaan kepada kemasukan ke universiti, saya setuju dengan itu tetapi isu yang saya ingin bangkitkan ialah perbezaan mendapatkan markah kokurikulum. Kemasukan ke universiti 90 markah akademik, 10 markah kokurikulum. Maka seseorang yang mendapat full marks, markah penuh 4.0 hanya mendapat 90 markah. Masih lagi hendak melihat tentang kokurikulum. Dengan isu ini saya difahamkan bahawa pelajar-pelajar dari matrikulasi apabila menyertai program aktiviti kokurikulum, setiap aktiviti yang disertai itu dikira sebagai aktiviti peringkat kebangsaan. Maka markah yang mereka dapat sangat tinggi.

Akan tetapi seorang pelajar STPM di sekolah menengah yang biasa apabila menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah cuma mendapat markah di peringkat sekolah. Maka di sini, satu perbezaan yang besar. Selalunya kita melihat sekiranya dua orang pelajar dibandingkan seorang 4.0 dari matriks dibandingkan dengan seorang pelajar 4.0 dari STPM, yang di hadapannya matrikulasi kerana kokurikulumnya lebih tinggi. Selalunya dapat 8, 9 ramai yang mendapat 10. Saya tidak faham kenapa boleh dapat 10 markah. Jadi di sini, wujudnya ketidakadilan. Kalau boleh saya mencadangkan supaya kementerian membuat penyelarasan supaya sistem pengiraan kokurikulum di antara matrikulasi dengan STPM disamatarafkan.

Kedua tentang biasiswa JPA. Baru-baru ini kita mendapat pengumuman dari JPA bahawa pelajar-pelajar bursary tidak lagi akan ditawarkan kursus-kursus kritikal di luar negara seperti kedoktoran, farmasi dan pergigian. Kursus-kursus kritikal ini hanya akan ditawarkan di dalam negara. Bukannya saya membantah, baik juga kursus-kursus kritikal di dalam negara kerana kosnya lebih murah.

■1740

Soalan saya ialah kepada JPA atau Kementerian Pendidikan sama ada bursary holder ini, pemilik bursary ini apabila tidak dapat memasuki keluar negara adakah mereka

hanya ditawarkan kepada kursus-kursus di IPTA ataupun termasuk di IPTS tempatan. Soalan ini belum lagi dijawab menjadi suatu isu yang besar sebab lepasan SPM pemegang bursary sekarang ingin memasukkan kursus pra-universiti. Mereka risau sama ada mereka boleh meneruskan pelajaran mereka di A-Level, Matriks, Tingkatan 6 ataupun foundation sebab ini akan menentukan sama ada mereka dapat meneruskan pengajian kelak.

Contohnya kalau mereka memilih untuk memasuki ke A-Level tetapi A-Level tidak diterima masuk ke IPTA, hanya boleh di IPTS. Jadi maka sekiranya mereka ingin melanjutkan pelajaran di kursus kritikal seperti doktor perubatan tetapi dengan A-Level nya tidak boleh masuk ke IPTA, kalau tidak ditawarkan di IPTS maka sia-sia mereka buang masa mereka mengkaji pengajian A-Level. Maka minta kementerian memberi penjelasan di Dewan yang mulia ini.

Perkara nombor 6 berkaitan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Saya hendak ucapkan syabas kepada kementerian ini kerana berjaya mengurangkan kos pakej jalur lebar sebanyak 11 peratus hingga 57 peratus. Ini satu tindakan kerajaan yang sangat baik kerana mana-mana ekonomi moden kini memerlukan bantuan jalur lebar yang cepat. Malaysia baru bermula dengan 4G tetapi di Korea sudah bermulanya dengan 5G.

66 DN 16.4.2015

Kita belum lagi 4G tidak sampai ke mana-mana, cuma di kawasan-kawasan

bandar sahaja tetapi negara-negara maju seperti Korea dalam tahun 2018 atau 2019 mereka hendak melaksanakan seluruh Korea mengadakan sistem 5G.

Macam mana kita hendak bertanding dengan ekonomi seperti mereka? Sekiranya orang-orang muda kita tidak mempunyai kemudahan Internet yang cepat. Kalau mereka boleh siapkan satu perkara dalam 5 minit kita perlukan berjam-jam susah untuk kita bertanding dengan negara-negara seperti itu.

Perkara 7 mengenai dengan kekuatan pertahanan negara. Malaysia menjadi negara Pengerusi kepada ASEAN tahun ini tetapi pada masa yang sama kita sama-sama menghadapi ancaman daripada pengganas terutamanya IS. Soalan yang ingin saya tanya ialah di Malaysia kekuatan ketenteraan kita, kekuatan military Malaysia di tangga yang ke berapa jika dibandingkan dengan 10 buah negara di ASEAN sebab banyak laporan mengatakan bahawa sekiranya peperangan berlaku di antara Malaysia dengan Singapura, tidak boleh lawan dengan Singapura. Hanya dengan tentera udara mereka sudah cukup menghancurkan semua peralatan di negara kita. Sama ada ini betul atau tidak, adakah kekuatan kita cukup untuk mempertahankan sempadan negara kita dan kedaulatan negara kita.

Perkara nombor 8 berkenaan dengan pembangunan yang pesat di Kuala Lumpur. Akhir-akhir ini banyak syarikat di luar negara datang untuk melabur di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur tetapi ini menimbulkan satu isu yang sangat penting iaitu syarikat-syarikat asing ini mengambil tanah-tanah yang kecil 2 ekar, 3 ekar tetapi membangunkan tanah-tanah yang kecil ini menjadi high rise building, bertingkat-tingkat. Saya mendapat satu aduan dari Damansara Country Height di mana kawasan 2 ekar di depan jalan masuk mereka itu sepatutnya dibina Club House tetapi dijual kepada pemaju dan pemaju ini daripada pemaju Hong Kong iaitu Mayland Supreme Sdn. Bhd. yang melihat dan membeli tanah-tanah kecil ini untuk menjadi high rise building tetapi yang high rise ini tidak mematuhi

piawaian kerana tidak cukupnya tempat letak kereta, terlalu kecil kenapa ia diluluskan.

Maka saya meminta pihak kementerian membantu menyelesaikan isu ini dan pemaju-pemaju seperti dari Hong Kong mereka tidak kisahlah sebab high rise building di Hong Kong tidak perlu menyediakan tempat letak kereta, tidak macam Malaysia. Mereka ada sistem LRT mereka, teksi mereka, pengangkutan awam yang baik tetapi di Malaysia perlu menyediakan tapak letak kereta yang secukupnya. Maka saya meminta supaya kerajaan kita melihat semula kelulusan-kelulusan kepada syarikat-syarikat seperti ini yang hanya mahukan keuntungan sahaja tanpa mengira kehidupan kesejahteraan rakyat negara kita.

Perkara yang nombor 9 ingin menyentuh tentang keselamatan di negara kita terutamanya tentang keselamatan di Bangunan Parlimen. Kita ditanya apabila adanya pelawat dari luar negara bertanya apakah tahap keselamatan di Parlimen Malaysia. Saya pun bertanya kepada staff kita bahawa keselamatan di Bangunan Parlimen ini tidak dijaga oleh Parlimen tetapi polis ataupun bahagian-bahagian kawalan keselamatan Putrajaya yang mengambil alih keselamatan di Parlimen ini.

Apabila kita pergi ke luar negara membuat lawatan ke parlimen-parlimen di luar negara tahap keselamatan sekuritinya begitu tinggi tetapi di Malaysia kita cuma angkat tangan boleh masuk. Tidak payah pakaian yang seperti mana yang ditetapkan boleh masuk ke Parlimen. Jadi di sini saya meminta sudah disahkan oleh Menteri Dalam Negeri bahawa kita sudah mempunyai kumpulan IS di Malaysia targetnya...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada 5 minit lagi Yang Berhormat.

Tuan Chong Sin Woon: Targetnya bukan sahaja di pusat-pusat bandar tetapi

bangunan seperti Parlimen. Saya berharap bahawa kita dapat meningkatkan lagi keselamatan di Bangunan Parlimen ini kerana kalau sekiranya serangan atau penculikan berlaku di Parlimen ia isu yang sangat besar di negara ini.

Perkara yang terakhir yang ingin saya sentuh baru-baru ini mempunyai isu H1N1 dan menyebabkan seorang kanak-kanak meninggal dan satu lagi yang berlaku di Melaka iaitu Hand, Foot and Mouth Disease yang juga meragut nyawa seorang kanak-kanak. Perkara ini meminta Kementerian Kesihatan mengambil langkah yang drastik supaya penyakit ini tidak menular sebab di sekolah-sekolah budak-budak bersama di dalam bilik darjah senang untuk mereka menjangkiti penyakit-penyakit seperti ini.

DN 16.4.2015 67

Kita meminta supaya info ataupun maklumat itu diberikan dengan lebih kerap

supaya ibu bapa dan guru tahu perkembangan terkini dan tidak akan menjadi satu isu yang besar. Dengan kata-kata itu, saya memohon menyokong Usul Titah Diraja. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Seterusnya saya

persilakan Yang Berhormat Batmavathi. Silakan, Yang Berhormat.

5.48 ptg.

Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima

kasih kerana memberi saya peluang untuk turut berbahas Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah disampaikan pada 9 Mac 2015. Saya mulakan dengan mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan Orang Kurang Upaya dengan mengadakan dasar-dasar dan juga program-program untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Saya amat tertarik kepada satu perenggan dalam Titah Seri Paduka Baginda iaitu perenggan 24 di mana Seri Paduka Baginda telah bertitah di mana dikatakan Seri Paduka Baginda berterima kasih atas keprihatinan kerajaan yang sentiasa memberi keutamaan kepada warga emas dan golongan Orang Kurang Upaya untuk mengoptimumkan potensi diri dalam program-program pembangunan negara bagi memastikan kepentingan kesejahteraan dan kebajikan mereka terpelihara.

■1750

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, ada di antara orang awam dan juga segelintir pegawai kerajaan yang juga menjawat jawatan tinggi yang enggan memberi kerjasama untuk melibatkan atau memberi peluang kepada Orang Kurang Upaya menyertai program-program ataupun untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Sebelum saya melanjutkan bahas saya, saya ingin memberi sedikit penerangan tentang definisi OKU. Dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008, Orang Kurang Upaya itu adalah termasuk mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan kekuasaan mereka dalam masyarakat.

Walaupun definisi ini diberikan, saya juga ingin menarik perhatian Dewan ini kepada sebab-sebab lain yang boleh menjadikan seseorang itu OKU. Proses semula jadi penuaan ataupun ageing juga akan menyebabkan seseorang yang bukan Orang Kurang Upaya pada masa ini menjadi seorang OKU di masa akan datang. Dengan peningkatan umur ke tahap 80 tahun ataupun ke-90 tahun, setiap individu walaupun badannya sihat akan mengalami masalah pergerakan, masalah pendengaran, penglihatan dengan sebagainya yang akan menjadikannya seorang OKU.

Jadi kalau kita lihat dari sudut ini, dasar-dasar dan undang-undang yang digubal oleh kerajaan bagi OKU bukan sahaja khusus untuk golongan OKU yang ada sekarang tetapi juga untuk seluruh rakyat Malaysia. Ini kalau ikut secara logiknya. Berlandaskan hakikat ini, The World Report on Disability pada 2011 yang dihasilkan oleh Bank Sedunia dan WHO telah mendapati bahawa 15 peratus daripada jumlah penduduk di mana-mana negara terdiri dari Orang Kurang Upaya.

Di negara kita juga, Malaysia, sekiranya kita menjalankan pengumpulan data secara teliti dan sistematik, kita akan menampakkan statistik yang sama di sini. Akan tetapi, sistem pengumpulan data di negara ini masih belum mantap. Pendaftaran adalah secara sukarela dan dilakukan oleh JKM dan mereka mengutip data juga daripada pelbagai sumber. Selepas penyelarasan dibuat baru-baru ini, maklumat terkini menunjukkan sehingga hari ini, hanya 334,959 OKU telah mendaftar di bawah sistem maklumat OKU di bawah JKM.

Sekarang saya ingin menyentuh sedikit mengenai pelaksanaan dasar-dasar dan perundangan yang ada sekarang. Pertama sekali, Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) atau dalam bahasa Inggeris UBBL yang telah digubal di Dewan Parlimen yang mulia ini pada tahun 1991 yang telah pun diwartakan di negeri-negeri di Malaysia secara berperingkat masih belum dikuatkuasakan dengan sempurna. Ini adalah sebab sikap PBT-PBT yang ada di negeri-negeri lain. Selagi sikap itu tidak berubah, perkara ini akan berlanjutan dan bangunan-bangunan masih tidak dapat dikunjungi oleh OKU.

68 DN 16.4.2015

Bangunan-bangunan seperti sekolah, seperti bangunan kerajaan, bangunan

awam, hotel, pejabat pos dan sebagainya. Jadi perkara ini macam kata orang utara ‘pi mai pi mai tang tu saja’.

Oleh sebab tidak ada sebuah badan untuk memantau Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Undang-undang Kecil ini, jadi saya menyeru kepada kerajaan supaya menubuhkan sebuah badan dengan segera untuk memantau penguatkuasaan UBBL ini.

Perkara yang kedua mengenai dasar 1 peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU. Pada tahun 1988, Pekeliling Perkhidmatan telah dikeluarkan dan ia dibatalkan dan digantikan oleh suatu lagi Pekeliling Perkhidmatan pada tahun 2008. Pada tahun 2010 pula, suatu lagi pembaharuan telah dilakukan di mana kedua-dua yang lalu telah dibatalkan dan digantikan dengan suatu Pekeliling Bil. 16/2010 yang bertujuan menjelaskan dasar satu peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU dengan langkah-langkah affirmative yang perlu diambil oleh Suruhanjaya Kementerian serta agensi-agensi di bawah kementerian.

Di sini, di dalam Pekeliling ini, pemantauan harus dibuat oleh semua kementerian yang bertanggungjawab untuk memantau pencapaian pelaksanaan dasar 1 peratus peluang pekerjaan kepada OKU ini dalam organisasinya dan agensi di bawah kementerian ini. Akan tetapi dalam lima tahun yang lepas, sejak pekeliling ini dikeluarkan, masih 1 peratus itu belum dicapai. Apakah sebabnya? Yang saya dengar melalui bukan sahaja desas-desus tetapi dalam pemantauan dan dalam penyelidikan saya, didapati ada ketua bahagian dan juga ketua pengarah kerajaan yang enggan mengambil Orang Kurang Upaya berkhidmat di jabatan-jabatan mereka. Ini suatu perkara yang harus diberi perhatian dan saya harap kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang tegas untuk mengatasi sikap negatif ini dalam kalangan pihak atasan- pihak Eksekutif.

Satu lagi aspek ialah pelancaran pelan tindakan bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran pelajar OKU di IPTA. Pada tahun 2013, Jabatan Pengajian Tinggi telah pun mengeluarkan suatu panduan kepada 20 IPTA untuk menubuhkan ‘Unit Pelajar OKU’ IPTA. Akan tetapi sehingga hari ini, masih terdapat kebanyakan antara IPTA ini yang masih belum menubuhkan unit ini. Saya harap Kementerian Pendidikan memberi perhatian terhadap ini.

Pada hemat saya, pelaksanaan dasar yang digubal oleh kerajaan agak lembap untuk dilaksanakan oleh sebab tidak ada mekanisme ataupun saluran yang efektif untuk mencapai matlamat pelaksanaan. Oleh sebab hanya Jabatan Pembangunan OKU sahaja yang menjaga semua hal ehwal OKU di negara ini. Ia sebuah jabatan yang kecil di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jadi saya amat mengharapkan supaya dalam Rancangan Malaysia Ke-11 nanti, kerajaan memberi perhatian supaya suatu Jabatan Hal Ehwal Orang Kurang Upaya yang baru ditubuhkan untuk mengendalikan dan memantau pelaksanaan dasar-dasar di semua kementerian dan barulah tahap kesejahteraan Orang Kurang Upaya boleh dicapai di negara kita.

Itu sahaja untuk ucapan saya. Terima kasih dan saya menyokong Titah Yang Dipertuan Agong.

■1800

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya

dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan. Teruskan Yang Berhormat.

6.00 ptg.

Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk saya bangun dan turut sama mengambil bahagian dalam membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-13 ini. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam menyampaikan titah baginda semasa pembukaan sidang Parlimen baru-baru ini menyentuh pelbagai isu dan topik yang sama saya kira diberi perhatian oleh kita sebagai Ahli Dewan Negara yang telah diberi mandat oleh rakyat.

DN 16.4.2015 69

Beberapa isu yang ingin saya bangkitkan kepada ucapan menjunjung kasih saya pada kali, saya merujuk dalam ucapan Yang Di-Pertuan Agong perkara 14 berhubung dengan pelancongan. Saya ingin merujuk berkenaan dengan keadaan di Wang Kelian Tuan Yang di-Pertua. Saya terpanggil untuk mencadangkan agar keadaan perbincangan semula antara pihak kerajaan negeri Perlis dan pihak KDN secepat mungkin bagi mencari penyelesaian isu kelonggaran pergerakan di Wang Kelian, Perlis.

Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, unit yang di Wang Kelian pada tiap-tiap hari Sabtu dan Ahad, dibukanya bagi kedua belah pihak. Sebelah Thailand, mereka boleh datang ke Wang Kelian termasuk juga dari Malaysia, kita buka open, both side boleh

masuk-keluar. Ini adalah daripada segi pelancongan untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua. Apa yang berlaku baru-baru ini, pada 1 April 2015, kita dapat viral daripada Whatsapp dan sebagainya mengatakan pihak imigresen akan memberhentikan dan tidak membenar lagi pelancong-pelancong, pelawat dari Thailand ataupun Malaysia cross, dengan izin, tanpa permit.

Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, keadaan di Wang Kelian telah berlalu saya ingat lebih kurang daripada 10 tahun perkara ini berlalu, dan inilah salah satunya punca pendapatan untuk peniaga-peniaga kecil di Wang Kelian. Dengan penutupan atau ditarik balik semula kelonggaran untuk pelancong-pelancong, Perlis dengan sendirinya telah rugi. Rugi untuk menarik pelancong dari Thailand yang mana pada satu bulan untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, kita dapat lebih kurang 40,000pelancong yang melawat di antara Wang Kelian, belah Malaysia dengan belah Siam kita panggil Wang Prachan.

Alasan yang diberi oleh pihak imigresen mengatakan kerana keselamatan dan perkara ini kita kena rujuk. Saya sendiri telah rujuk kepada pihak keselamatan iaitu pada pihak polis yang mengatakan bab keselamatan tidak ada masalah. Jadi kita merayulah untuk pihak Kementerian Dalam Negeri, balik bincang dengan Kerajaan Negeri Perlis supaya cari jalan keluar. Apa yang kita boleh bagi manfaat kepada negeri Perlis sebab sekarang ini untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, peniaga-peniaga sekitar 200 orang hilang pendapatan sama sekali. Sekarang ini pelancong sudah tidak ada. Kalau saya hendak tunjuk ada surat khabar, big write up, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pelancongan di Wang Kelian. Tempat ini amat unik.

Jadi kalau kita hendak fikir berkenaan dengan keselamatan, setelah satu kilometer both side yang boleh masuk keluar, masuk keluar, dia ada satu checkpoint, UPP, polis, kastam. Yang mana kalau you keluar, you kena melalui itu. Jadi bab keselamatan tidak ada. Jadi saya merayulah bagi pihak Kerajaan Negeri Perlis, saya merayu agar pihak Kementerian Dalam Negeri dapat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perlis untuk cari jalan keluar. Perkara yang kedua Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan sempadan keadaan pagar sempadan Malaysia-Thailand yang mudah dibolosi.

Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lalui belah Padang Besar, ini satu checkpoint di Padang Besar, di situ kita ada duty free dan di situ juga kita ada pagar automatik. Di sebelah kanan tuan-tuan dan puan-puan boleh lihat Yang Berhormat sekalian dia ada pagar, pagar keselamatan antara Thailand dan Malaysia. Apa yang berlaku di pagar itu, bisa dibolosi, berlubang, tidak diambil kira. Jadi saya bermohonlah kepada pihak MKN, Majlis Keselamatan Negara untuk melihat perkara ini. Ini yang kita takut ini. Di sinilah bab keselamatan kena jaga berkenaan dengan dibolosi oleh PATI, pendatang tanpa izin, yang menggunakan laluan-laluan tikus yang dipanggil itu.

Pintu automatik untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, rosak. Kena guna orang untuk tolak pintu itu sedangkan pintu itu patutnya pakai automatik. Kita kena gunakan enam orang untuk tiap-tiap malam kita pi tolak untuk tutup pintu itu. Jadi saya mengharaplah pihak MKN boleh cari peruntukan tertentu, benda ini boleh selesai dengan segera. Satu lagi perkara, pihak KTM. KTM dia membuka sebuah laluan untuk kontena pergi terus kepada KTM. Ini tanpa melalui Kompleks ICQ. Jadi pihak imigresen terpaksa tiap-tiap kali kontena itu masuk kepada KTM, mereka kena ke sana untuk membuat semakan. Jadi perkara-perkara macam ini tidak sepatutnya berlaku lah.

Saya fikir pihak keselamatan, KDN kena pantau benda ini. Kalau sudah benda itu jadi begitu, kita kena tempatkan bahagian keselamatan di situ. Perkara ketiga yang saya hendak sentuh sini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh tentang Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Seorang Ahli: [Menyampuk]

70 DN 16.4.2015

Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan: Ya, Dato’ Seri. Apa yang berlaku

Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2015, pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah lulus peruntukan kepada anak-anak yatim, pertubuhan rumah anak-anak yatim yang mana ini saya memperjuangkan selama tiga tahun.

■1810

Saya minta yang dibayar satu hari RM8 dinaikkan kepada RM16. Alhamdulillah perkara ini telah lulus. Apa yang jadi kemusykilan Tuan Yang di-Pertua, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat mengatakan ini hanya untuk penghuni di 63 buah institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat, bukan rumah anak yatim yang mana diluluskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jadi saya hendak penjelasan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sebab apa yang berlaku, Menteri yang berkenaan telah memaklumkan kepada Presiden PEYATIM Malaysia, mengatakan perkara ini telah lulus. Akan tetapi sekarang ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya membayar RM8 wang ransom yang sepatutnya dibayar RM16.

Perkara yang keempat yang saya hendak sentuh ini berkenaan dengan GST. Saya tidak hendak panjangkan perkara berkenaan GST ini Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua: Ringkaskan Yang Berhormat sebab isu GST ini

banyak...

Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan: Ringkas. Banyak sangat sudah

dibincangkan, cuma perkara ini mereka tidak sebut, saya akan sebut. Saya hendak cadangkan Tuan Yang di-Pertua, GST ini semua sudah jadi celaru. Sebelum kita hendak menjalankan GST, satu peruntukan telah dikhaskan ke Jabatan Kastam untuk turun memberi penerangan kepada orang terutama bahagian di luar bandar. Sekarang keadaan sudah jadi kelam-kabut, maksudnya dengan SST dan GST. Perkara yang mudah dicelarukan. Celaru bukan apa, barang naik.

Apa yang saya hendak cadang di sini, sekarang sudah 16 hari perkara ini berlaku. Kita minta pihak Kastam bersama-sama dengan KPDNKK, tadi ada juga yang kata daripada pihak pendidikan turun di kawasan luar bandar bagi penerangan balik apa yang celaru ini. Ia mudah sahaja berkenaan dengan SST dan GST. Dua buah benda ini. Kalau dua buah benda ini boleh hurai, tidak ada masalah. Macam tadi saya dengar daripada Ahli Yang Berhormat mengatakan di dalam bandar tidak ada masalah lagi sudah. Boleh kata orang sudah faham. Di luar bandar masih masalah, yang tidak ada resit pun dia caj 6 peratus juga. Ini yang saya hendak minta.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya pendek sahaja, saya tidak ambil panjang...

Timbalan Yang di-Pertua: Bagus Yang Berhormat.

Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan: Saya sokong dengan salah

seorang daripada pencadang tadi berhubung dengan KWSP. Saya minta pihak kerajaan jangan terima kalau ada cadangan daripada KWSP untuk menangguhkan pengeluaran kepada 60 tahun sebab ini bagi saya tidak adil kepada pekerja. Umur 55 tahun itu memang sudah cantik sudah. Apa yang kerajaan buat, sudah cukup cantik. Pada umur 55 tahun itulah mungkin hendak pergi ke Mekah, 55 tahun itulah hendak buat rumah. Persoalan sekarang ini kita nampak pihak KWSP pula hendak fikir duit orang, duit ahli macam mana mereka hendak belanja.

Saya ingat itu bukan kerja mereka. Kerja mereka jaga duit. Duit pekerja, tanggungjawab dia tolong jaga. Sampai masa 55 tahun, keluarkan. Jangan hendak pandai naikkan kepada 60 tahun. Benda macam ini Tuan Yang di-Pertua, akan jadi masalah balik kepada kerajaan. Mereka buat polisi, yang menjadi mangsa kerajaan. Di bawah ini akan bangkit. Ini cerita lebih kurang macam GST. Silap. Jadi saya minta terutama kepada MoF, yang control kepada pihak KWSP ini, pertahankan pada umur 55 tahun. Tolak cadangan mereka untuk 60 tahun.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyokong ucapan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, wabillahi taufik. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Kita beralih ke

seterusnya kepada Yang Berhormat Tuan Koh Chin Han. Silakan Yang Berhormat.

DN 16.4.2015 71

6.14 ptg.

Tuan Koh Chin Han: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi

peluang kepada saya untuk membahas ucapan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini. Titah Seri Paduka Baginda telah menyentuh pelbagai isu yang menjadi tumpuan dan perbincangan harian rakyat jelata. Saya yakin bahawa pihak kerajaan akan mengambil perhatian terhadap Titah Seri Paduka Baginda dan mendengar cadangan serta pandangan para Ahli Dewan Negara.

Tuan Yang di-Pertua, pada petang ini saya cuma ingin menyentuh satu isu sahaja iaitu isu perumahan. Kita sedia maklum, isu perumahan merupakan isu sejagat yang perlu kita ambil berat. Rumah merupakan satu keperluan asas untuk semua orang tanpa mengira kaum, agama, mahupun pendapatan beliau. Maka, menjadi satu tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan rumah yang mencukupi, berkualiti dan mampu milik untuk rakyat negara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, untuk memiliki sebuah rumah yang sesuai didiami, kita perlulah mempertimbangkan persekitaran yang selamat, yang sihat dan mempunyai kemudahan awam asas seperti kemudahan jalan raya, sekolah dan taman rekreasi yang membolehkan pemilik rumah berehat, bersenam dan beriadah supaya rakyat kita hidup dengan senang hati. Kalau rakyat hidup dengan senang hati, maka saya yakin kerajaan juga akan senang hati kerana rakyat akan menyokong kerajaan tersebut.

Pelaksanaan Dasar Perumahan Negara yang mengambil pendekatan untuk menyediakan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan mampu milik bukan sahaja kepada golongan berpendapatan tinggi, sederhana tetapi juga golongan berpendapatan rendah dan ini merupakan satu usaha murni Kerajaan Barisan Nasional. Pembangunan seimbang adalah amat penting dalam memastikan sebuah pekan dan bandar dapat berkembang dengan pesat dan mapan. Saya berpandangan bahawa pihak kerajaan perlulah menggalakkan pembinaan projek perumahan yang mesra alam dan menggunakan teknologi serta inovasi yang baru dalam meningkatkan kualiti kediaman di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini saya ada beberapa cadangan untuk perhatian kementerian yang berkenaan dalam isu projek perumahan. Walaupun kuasa kelulusan pembinaan projek perumahan ditadbir urus oleh kerajaan tempatan dan kerajaan negeri, tetapi dasar perumahan perlulah diselaraskan dengan inisiatif Kerajaan Pusat. Pembangunan perumahan pada masa kini mempunyai pelbagai kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Sebagai contohnya, kelulusan tapak pembinaan, kelulusan komposisi pembangunan yang merangkumi perumahan kos rendah, sederhana dan mewah.

Terdapat beberapa rungutan daripada orang ramai yang menyatakan bahawa ada pihak kerajaan negeri mengambil pendekatan yang tidak disenangi dalam memberikan kelulusan kepada projek perumahan. Sebagai contohnya, terdapat kerajaan negeri yang memberi kelulusan kepada projek perumahan hanya membina rumah sederhana dan mewah dengan alasan kawasan perumahan tersebut tidak sesuai untuk membangunkan perumahan kos rendah. Begitu juga terdapat kerajaan negeri yang membenarkan pemaju perumahan untuk memindahkan lokasi perumahan kos rendah ke kawasan yang lain daripada skim perumahan yang dicadangkan. Kelulusan sedemikian seolah-olah telah menganaktirikan golongan berpendapatan rendah yang benar-benar memerlukan sebuah rumah kos rendah yang mampu dimiliki.

Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Pusat untuk mengambil inisiatif menyatukan dasar dalam mewajibkan semua cadangan projek perumahan mempunyai komposisi perumahan kos rendah di seluruh negara.

■1820

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib amat memandang berat isu pemilikan rumah oleh golongan berpendapatan rendah. Untuk menangani isu ini, kerajaan telah memberi kuasa dan mempertanggungjawabkan beberapa buah agensi dan kementerian dalam pembangunan perumahan tersebut. Sebagai contohnya KPKT dipertanggungjawab menguruskan Projek Perumahan Rakyat atau PPR sementara Kementerian Kewangan pula menguruskan Skim Rumah Pertamaku dengan izin, My First Home. Syarikat Perumahan Negara Berhad

(SPNB) serta Jabatan Perdana Menteri pula menguruskan Projek PR1MA.

72 DN 16.4.2015

Usaha tersebut memanglah merupakan usaha murni dan dialu-alukan. Namun

agensi-agensi kerajaan yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab dalam menguruskan projek-projek tersebut saling bertindih dan mungkin tidak mempunyai sebarang koordinasi dalam memastikan rakyat berpendapatan rendah diberikan keutamaan dalam memiliki rumah tersebut.

Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk menyatukan proses permohonan dan kelulusan rumah mampu milik bagi semua agensi kerajaan yang menawarkan projek perumahan tersebut. Penyatuan proses dan prosedur ini bukan sahaja menjimatkan masa dan kos permohonan di mana pemohon tidak perlu pergi ke beberapa buah agensi untuk mengurus urusan permohonan rumah tersebut. Sebagai tambahan pengenalan proses permohonan juga boleh dilakukan melalui dalam talian ataupun online.

Ini saya pasti akan dapat mengurangkan kerenah birokrasi semasa proses permohonan tersebut juga dapat mengurangkan kejadian rasuah dan penipuan berlaku. Sebentar tadi saya sempat membaca surat khabar Berita Harian dan salah satu berita telah menunjukkan yang bertajuk, “PR1MA tidak lantik ejen”. Ini membuktikan bahawa terdapat penipuan yang berlaku kalau kerajaan tidak memandang berat proses permohonan perumahan ini.

Ini kerana PR1MA telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa mereka tidak lantik ejen untuk berurusan dengan pihak mereka. Terdapat 38 orang individu yang kehilangan wang ringgit RM150,000 kerana mereka percaya dengan empat orang ejen yang menipu mereka untuk menguruskan proses pembelian rumah PR1MA.

Tuan Yang di-Pertua, inisiatif kerajaan dalam melancarkan proses perumahan mampu milik merupakan janji kerajaan dalam memberikan kehidupan yang berkualiti kepada rakyat. Walau bagaimanapun saya dapati hebahan dan penyebaran maklumat berkaitan projek perumahan mampu milik masih tidak berkesan. Ramai yang tidak mengetahui kewujudan projek sedemikian.

Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk memperkenalkan pusat sehenti ataupun one stop centre di setiap daerah bagi memudahkan proses hebahan projek rumah mampu milik dan memastikan proses permohonan dapat dijalankan dengan mudah dan dekat.

Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan menerusi KPKT telah diberikan tugas untuk menguruskan Program PPR. Dasar pemilikan PPR adalah untuk memberi keutamaan kepada isi rumah ataupun golongan keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan. Begitu juga keutamaan diberi kepada penduduk setinggan. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka memiliki sebuah rumah kekal dengan persekitaran yang lebih selesa dan sihat.

Di sini saya ambil peluang ingin bertanya kepada KPKT, adakah setiap satu Projek PPR diberikan peruntukan tahunan oleh pihak kerajaan untuk menyelenggarakan aset dan infrastruktur PPR tersebut? Saya berasa bimbang kerana saya menerima beberapa aduan daripada penduduk yang menyatakan bahawa PPR mereka tidak disenggara dan menjadi usang setelah lama didiami. Infrastruktur seperti bangunan tidak dicat semula, lif sentiasa rosak dan tidak berfungsi, kebersihan kawasan awam PPR tidak terjaga dan kemudahan rekreasi dalam keadaan yang membahayakan keselamatan penduduk PPR.

Sebagai tambahan, terdapat juga rungutan bahawa kerajaan tidak efektif dalam pengurusan PPR dan tidak memberikan perhatian kepada keperluan penduduk PPR dan peruntukan penyelenggaraan yang mencukupi. Ini menyebabkan keadaan bangunan PPR dalam keadaan yang daif, walaupun setiap kawasan perumahan PPR ini didiami oleh beberapa ribu orang yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

Sesungguhnya projek PPR merupakan satu inisiatif yang memberikan kesenangan kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri. Namun demikian, pihak kerajaan perlulah memastikan bahawa proses penyelenggaraan projek PPR dapat dijalankan secara berkala dan menjalankan pemantauan keselamatan dan kesihatan di kawasan PPR. Saya yakin bahawa penduduk yang mendiami PPR akan bersyukur kepada kerajaan yang memberikan sebuah rumah yang sesuai dan selesa didiami.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa perhatian Dewan kepada kuota perumahan bumiputera.

DN 16.4.2015 73

Kuota perumahan bumiputera dilaksanakan melalui Dasar Ekonomi Baru pada

tahun 1970-an sebagai salah satu kaedah untuk menyusun semula isu pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan ia diteruskan sehingga kini. Sistem kuota ini adalah di bawah pentadbiran kerajaan negeri dan setiap kerajaan negeri mempunyai peratusan kuota yang berbeza. Antaranya terdapat negeri yang menetapkan kuota 30 peratus, ada yang 60 peratus juga 70 peratus.

Sejak pelaksanaannya, sistem kuota ini ada kejayaan dan kegagalannya. Kejayaannya ialah sekarang komuniti perumahan mengikut taman-taman bangsa 1Malaysia dan sudah dibahagi mengikut kaum-kaum dan semua rakyat tidak kira kaum boleh pindah dan beli rumah dengan bebas.

Namun kegagalan kuota tersebut sejak pelaksanaannya dari tahun 1971 sehingga sekarang tidak pernah kuota-kuota tersebut dicapai. Kalau kita analisis masalah daripada segi ekonomi dan objektif, masalah ini adalah tidak kondusif dan tidak mampan pada jangka panjang. Disebabkan kuota-kuota ini tidak tercapai, maka sesetengah negeri menyediakan mekanisme untuk melepaskan rumah-rumah yang terletak dalam kuota ini untuk membolehkan pemaju-pemaju membeli dan menjual dalam pasaran.

Akan tetapi untuk menampung balik kerugian disebabkan kuota-kuota ini, pemaju-pemaju perumahan akan menaikkan semua harga rumah dalam suatu projek pembangunan dan ini dikenali sebagai cross subsidy, dengan izin. Selain itu, pasaran perumahan dalam negara adalah berunsur pasaran bebas. Pemaju-pemaju akan membiarkan kos-kos berlebihan ini ditanggung oleh pembeli-pembeli rumah dan ini merupakan salah satu sebab kenapa harga rumah kita kian meningkat.

Bagi sesetengah negeri, mekanisme untuk melepaskan kuota-kuota tidak wujud dan masalah ini adalah lebih serius. Perkembangan perumahan dalam negeri-negeri ini mungkin adalah lebih lambat dan mungkin terbantut disebabkan pemaju-pemaju kena menunggu untuk jualan habis kuota-kuota tersebut barulah mereka beralih ke projek yang lain.

■1830

Ini juga menghalang pemaju-pemaju perumahan daripada melabur dalam pembangunan negeri tersebut. Kos-kos yang terlibat dalam pelepasan dan memenuhi kuota-kuota ini adalah sangat besar, selain dari kos pembinaan rumah, pemaju kena tanggung kos-kos pembiayaan pinjaman sehingga lah rumah-rumah tersebut habis dijual di mana akhirnya kos tambahan ini akan ditanggung oleh semua pembeli rumah dalam kos subsidi yang disebutkan tadi. Justeru itu adalah tidak kondusif dan tidak mampan bagi permohonan perumahan dan tidak dapat mengekang harga perumahan.

Tuan Yang di-Pertua, masalah ini boleh diselesaikan dengan memperhalusi sistem kuota. Pada tahun 2013, KPKT telah mengeluarkan Dasar Perumahan Nasional tetapi ia tidak sentuh isu kuota bumiputera. Pihak kerajaan boleh lah menimbangkan satu standard ataupun piawai bagi mekanisme pelepasan rumah kuota ditetapkan untuk seluruh negara. Justeru ini, akan membolehkan kos-kos tambahan dikurangkan dan menggalak lebih pembangunan rumah serta persaingan pasaran yang akan memanfaatkan pembeli rumah.

Sebagai tambahan kerajaan boleh menimbangkan seta mengkaji sistem kuota baru yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Perak. Di sebalik pelaksanaan kuota umum untuk seluruh negeri, kuota-kuota perumahan ditetapkan mengikut demografi penduduk di kawasan tersebut. Ini membantu mengurangkan heretan ekonomi dan sosial yang disebabkan oleh kuota yang membolehkan kos perumahan yang berpatutan. Kalau kerajaan boleh menimbangkan kedua-dua cadangan ini, saya percaya ia akan membawa banyak manfaat kepada rakyat.

Saya berharap bahawa beberapa pandangan dan cadangan yang diutarakan ini akan mendapat perhatian dalam menambah baik sistem perumahan di dalam negara kita. Secara khususnya untuk membantu rakyat berpendapatan rendah. Saya yakin bahawa Kerajaan Persekutuan akan meneruskan pentadbiran negara berteraskan, “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.

Tuan Yang di-Pertua, ini lah sahaja kupasan saya dan cadangan-cadangan saya. Dengan ini saya bahawa menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

74 DN 16.4.2015

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya dipersilakan

Yang Berhormat Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin. Silakan Yang Berhormat.

6.32 ptg.

Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat

petang, selamat sejahtera, salam 1Malaysia, salam perpaduan. Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Titah Diraja pada hari ini.

“Raja dan rakyat berpisah tiada”. Itu lah yang disampaikan ke bawah Duli Tuanku

yang sudi merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas.

Dan di bawah kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib, Perdana Menteri yang kita sayangi, Malaysia akan terus makmur dan sentosa, taraf hidup rakyat meningkat dan negara mencapai negara maju menjelang 2020.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Dalam perbahasan saya kali ini saya cuma ingin menyentuh beberapa perkara antaranya mengenai insiden banjir yang berlaku di Kelantan, isu lapangan terbang Pengkalan Chepa, isu lebuh raya dan isu kesihatan. Kementerian yang akan saya tuju ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelancongan.

Sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya ingin menyentuh mengenai tragedi banjir besar yang melanda negeri saya iaitu negeri Kelantan. Saya menamakan tragedi bah ini sebagai, “Mini inland tsunami”.

Sememangnya banjir ini merupakan banjir yang luar biasa. Tiada siapa yang menduga air bah datang secara tiba-tiba dan boleh mencapai setinggi tiang lampu. Malah air bah yang melanda Kelantan baru-baru ini mampu merobohkan bangunan dan jambatan. Sememangnya kerajaan amat prihatin dengan kesusahan yang dihadapi oleh mangsa banjir. Hampir kesemua aset dan jentera kerajaan telah dikerah ke Kelantan termasuk negeri-negeri lain yang dilanda banjir.

Maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri, Angkatan Tentera Malaysia yang sudi menghulurkan bantuan seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal sementara. Kerajaan dengan rela hati telah membina kembali rumah-rumah yang telah roboh oleh banjir. Semua bantuan yang disalurkan adalah bertepatan dengan laungan Perdana Menteri selama ini iaitu “Ketepikan fahaman politik dan rakyat didahulukan”.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada badan bukan kerajaan atau NGO yang telah bersama menghulurkan bantuan seperti contoh NGO iaitu OPS Harapan, di mana saya juga turut serta bersama mereka melawat dan memberi perkhidmatan kepada penduduk-penduduk kampung terjejas. Semasa OPS Harapan dijalankan, pelbagai bantuan dikerah antaranya klinik bergerak, bantuan rawatan perubatan, dan juga ubat-ubatan kepada mereka yang memerlukan. Antara kampung-kampung yang kami lawati terletak di sekitar kawasan Tanah Merah, Kampung Kursia Baru, Pasir Mas di Kampung Tok Uban, dan Manik Urai juga di Kampung Laluk.

OPS Harapan di bawah pimpinan Ms Ng Yeen Seen telah berjaya mendapat sokongan daripada kerajaan British melalui British High Commissioner, Kuala Lumpur, telah menghantar tiga orang pakar teknikal dari United Kingdom ke Kelantan dengan kerjasama dan sokongan yang kuat dari Pejabat Perdana Menteri (PMO Office) diketuai oleh Datuk Zaki. Datuk Zaki telah pun menganjur semua organisasi Kerajaan Pusat dan juga agensi kerajaan negeri Kelantan duduk di sebuah meja bulat atau round table, dengan izin, untuk membincangnya dan melawat ke tempat-tempat yang mengalami kerosakan yang teruk.

Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara kita, saudara Yang Berhormat Khalid dari Perlis yang telah membawa satu pasukan yang besar, saya ingat lebih daripada 600 orang. Yang Berhormat Khalid telah menjadi kapten pasukan itu, membawa makanan dan tolong cuci masjid-masjid, madrasah-madrasah, sekolah-sekolah. 600 orang pakar logistik itu bukan senang. Dia kata dia tidur “ikut de” kata orang Kelantan. “Tido mesjid tido sekoloh, sumo bulih” dia kata. Terima kasih Yang Berhormat Khalid.

DN 16.4.2015 75

Juga tidak tertinggal kawan baik saya Dato’ Boon, dia pun ada pergi juga tolong

kawasan orang Siam. Dato’ Boon bawa askar dia, bawa makanan, minuman, mi daripada Siam juga ke kawasan Pengkalan Kubor yang tempat kita menang pilihan raya kecil baru ini.

Juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada wat Siam. Wat Siam ini juga ada memberi bantuan kepada mangsa-mangsa di Tumpat iaitu banyak orang Siam sana. Bantuan ini juga bukan hanya kepada orang Siam tetapi semua orang Islam atau sesiapa pun, semua bagi. Dia ada beri mi, ada air, kerana Wat Siam ini dia pandai manage dia punya finance, di mana dia ada stockspile yang banyak. Jadi masa ini lah Wat Siam

membawa keluar beras dia beri semua orang jadi terima kasih kepada Wat Siam.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada NGO-NGO orang muda. NGO-NGO muda ini bukan dari Kelantan, saya ingat mereka dari Kuala Lumpur. Dalam kereta four wheel drive itu ada Cina, ada Melayu, ada India, ada tiga empat orang, mereka membawa four wheel drive masuk kampung. Sekali pergi, lima buah, sepuluh buah masuk. Kerana saya tanya dia, dia bukan cakap Kelantan, dia cakap orang luar, but the intention is good, dengan izin. Terima kasih juga kepada mereka.

Terima kasih juga kepada Kerajaan Siam. Kerajaan Siam terutama daripada Government Narathiwat. Dia pun hulur bantuan kepada mangsa-mangsa banjir kita di sebelah Tumpat. Makanan dia cukup-cukup banyak. Beras, air, instant mee, semua. Makan tak habis, boleh buka kedai. Terima kasih kepada mereka.

■1840

Oleh sebab bantuan yang dihulur oleh NGO itu begitu banyak, maka saya rasa pihak kerajaan harus membalas budi baik mereka. Adakah pihak kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri bercadang untuk memberi sebarang inisiatif antaranya pelepasan cukai atau bercadang untuk memberi sebarang bentuk penghargaan kepada mereka?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan saya dengan menyentuh Kementerian Pengangkutan. Ada beberapa perkara yang ingin saya utarakan kepada pihak kementerian. Antaranya ialah mengenai Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. Pada pemantauan saya, Lapangan Terbang Pengkalan Chepa ini sudah tiba masanya dinaiktarafkan kepada lapangan terbang antarabangsa disebabkan kekerapan pesawat yang mendarat di lapangan terbang ini meningkat tiap-tiap tahun. Statistik menunjukkan dari tahun 2012, sebanyak 55,600 penerbangan telah mendarat dan berlepas dari lapangan terbang ini. Setakat ini terdapat enam buah syarikat penerbangan yang menggunakan lapangan terbang, antaranya MAS, Firefly, AirAsia, Malindo Air, Westar dan Asia Cathay Pacific Traffic Flight Training. Bilangan penumpang juga meningkat dari 800,000 orang penumpang pada tahun 2005 meningkat kepada 1.4 juta orang pada tahun 2012. Saya juga terdengar ada cadangan untuk mengadakan penerbangan terus ke Jeddah dan Madinah bagi mereka yang menunaikan haji.

Soalan saya, apakah statistik baru kekerapan penerbangan yang dilakukan oleh kesemua syarikat penerbangan ini pada tahun 2014 dan 2015 dan statistik terkini jumlah penumpang di lapangan terbang di Pengkalan Chepa? Adakah kerajaan bercadang untuk menjalankan kerja-kerja menaik taraf lapangan terbang ini, sebagai contoh membesarkan landasan untuk membolehkan pesawat-pesawat komersial yang besar untuk mendarat? Bilakah kerajaan akan mengadakan penerbangan terus ke Jeddah dan Madinah untuk rakyat Kelantan menunaikan haji?

Satu soalan utama saya, memandangkan kepentingan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa kepada sektor ekonomi negara, sama ada pada masa kini dengan status kewangan negara sekarang adakah kerajaan bercadang untuk memindah lokasi lapangan terbang ini ke sebuah lokasi yang lebih sesuai dan seterusnya menjadikan ia lapangan terbang antarabangsa yang baru di Kelantan?

Tuan Yang di-Pertua, banjir besar baru-baru ini telah banyak memusnahkan kemudahan rakyat. Antaranya ialah landasan kereta api sebagai penghubung dan juga sebagai pemangkin ekonomi sesuatu tempat. Banyak landasan dan trek kereta api Kelantan telah musnah disebabkan banjir. Saya juga difahamkan laluan kereta api Kuala Lumpur-Kelantan ditutup sekarang ini disebabkan banjir. Apakah status kerja-kerja pembaikan landasan atau trek kereta api yang dijalankan setakat ini dan bilakah perjalanan kereta api Kuala Lumpur-Kelantan akan dibuka semula?

76 DN 16.4.2015

Seterusnya, adakah kerajaan sedar bahawa landasan kereta api di Thailand dan China mengikut spesifikasi antarabangsa? Saya pohon pihak kementerian untuk meneliti perkara ini dan sekiranya benar, saya rasa tidak salah dalam kita menjalankan kerja-kerja pembaikan landasan kereta api, kementerian juga boleh mengikut spesifikasi antarabangsa iaitu landasan yang menyamai oleh landasan kereta api Thailand dan negara China. Sekiranya mengikut spesifikasi ini, kita boleh membina rangkaian trek kereta api dari Thailand ke Kelantan dan seterusnya ke Kuala Lumpur dan Singapura. Langkah ini akan meningkatkan ekonomi negara serta sektor pelancongan negara. Saya pohon kementerian ini mengkaji perkara ini secara mendalam.

Isu saya yang seterusnya mengenai Keretapi Tanah Melayu. Mengenai keadaan gerabak atau coach kereta api, saya ada terbaca rungutan rakyat dalam blog dan di media sosial bahawa gerabak kereta api pada masa kini menyamai dengan gerabak kereta api dunia yang ketiga. Walaupun kritikan ini amat pedas tapi seharusnya pihak kementerian meneliti pandangan rakyat. Malah, gerabak baru KTM sekarang ini mempunyai bilik dan katil yang berasingan, namun ia tidaklah semegah yang digambarkan. Jauh dibandingkan dengan coach gerabak yang terdapat di negara lain seperti di Jepun, China serta Eropah.

Saya rasa sudah tiba masanya KTM diberi suntikan dana yang lebih besar untuk membolehkan mereka membeli gerabak-gerabak yang mewah dan pelbagaikan kemudahan yang sedia ada. Saya rasa ini bukan satu pelaburan yang merugikan. Ini kerana perjalanan kereta api dari Kuala Lumpur ke Kelantan memakan masa hingga 15 jam perjalanan. Saya rasa rakyat ingin juga menikmati perjalanan kereta api yang selesa dan mewah.

Seterusnya juga di bawah Kementerian Pengangkutan mengenai Lebuhraya Kota Baharu-Kuala Krai. Saya ingin tahu tarikh projek ini akan dilaksanakan, dan apakah status terkini cadangan lebuh raya ini? Bolehkah proses untuk membina lebuh raya ini dipercepatkan?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya ingin saya menyentuh Kementerian Kesihatan.

Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Tuan Yang di-Pertua, mohon mencelah.

Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin: Sila.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Silakan

Datin Rahimah binti Haji Mahamad: Setujukah Yang Berhormat kalau saya

katakan Kerajaan Negeri Kelantan tidak mampu untuk menyiapkan kerja-kerja lebuh raya rakyat? Sebab saya kata begitu kerana projek lebuh raya rakyat ini dilancarkan pada Mei 2012, sudah empat tahun. Setakat ini saya difahamkan kerja-kerja menyiapkan tanah iaitu clear site yang baru dibuat itu belum pun masuk fasa pertama. Saya tahu sebab kawasan ini dekat dengan rumah saya di kawasan Bukit Bakar. Baru sahaja menyiapkan kerja tanah. Jadi saya rasa saya minta pandangan Yang Berhormat, saya rasa kerajaan negeri tidak mampu. Sekian, terima kasih.

Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin: Terima kasih Yang Berhormat Datin Rahimah. Saya hendak komen tidak boleh. ‘Sabit hok pitih’ ini bukan bidang jagaan kita. ‘Pitih’ itu kalau serah pada Kerajaan Pusat, ‘bereh’. Saya takutnya Kerajaan Pusat ‘bereh’, yang pihak lagi satu tidak boleh ‘bereh’. Makna kita ada highway yang tak sudah. Apabila highway tak sudah, kena masing-masing pandai buat pemilihan semula ‘deh’ [Ketawa] Kalau hendak sambung cepat, pandai-pandai buat. Kalau hendak sambung sungguh, ‘loh gilah’. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Kecek Kelante koh?

Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Pasal

bahasa kita itu.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Silakan.

Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin: Terima kasih.

Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Mencelah. Izinkan saya mencelah, Tuan Yang di-

Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila.

DN 16.4.2015 77

Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Saya nak tanya, kalau sudah kerajaan negeri

mengakui bahawa tanpa pertolongan Kerajaan Pusat susah hendak buat highway itu, apa kata kalau kerajaan negeri sokong kerajaan pusat, kemudian kita kerjasama. Apakah pandangan Yang Berhormat?

Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin: Kawe kecek Kelate deh... [Berucap dalam

loghat Kelantan]

Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Saya tidak faham.

Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin: Oh! Maaf, maaf. Kalau federal boleh

sudahkan, maknanya semua orang boleh tengok siapa yang boleh buat kerja. Itu jawapan dia. Kalau dia tidak sudah jadi masalah besar. Ikut mana kena gadai, gadaikan, ia kena selesaikan juga. Kalau tidak susah nanti beratlah. Terima kasih.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Yang Berhormat, lepas itu ‘ambo’ nak tanya satu lagi ini, dengan izin. ‘Hok’ selama ini ‘dok’ kutip-kutip ‘pitih’ itu ‘pah ke mano’? ‘Hok’ kata nak buat lebuh raya rakyat, lebuh raya rakyat itu, ‘dok mano pitih hok dok kutip selamo ni’?

Terima kasih.

Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin: Yang Berhormat itu orang Kelantan sungguh. ‘Ambo’ nak ‘ghoyak’, ‘hok’ kutip tak pandan. Dah kalau kutip singgit setengah, nak beli kerbau seekor tak ‘rok’. ‘Kut’ mana-mana pun kalau nak beli kerbau dia kena usaha cari ‘pitih’. Ada sokongan, ada fulus semua boleh jadi. Fulus habis, tidak boleh jadi semua.

■1850

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat, teruskan.

Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin: Terima kasih. Seterusnya saya ingin

menyentuh Kementerian Kesihatan. Sekiranya kita lihat pada statistik dan kesihatan di Malaysia, bilangan mereka yang menghadapi penyakit kanser semakin meningkat. Dengan gaya hidup yang tidak sihat dan persekitaran yang tercemar mendorong kepada penularan penyakit kanser. Walaupun ada pelbagai faktor yang boleh membawa kepada penyakit kanser, di sini saya cuba ingin menyentuh mengenai kos rawatan yang tinggi di hospital. Seorang penghidap kanser harus menjalani pelbagai jenis rawatan di hospital swasta. Kos rawatan adalah tinggi.

Sebagai contoh rawatan kemoterapi RM20,000 dan rawatan radioterapi RM20,000. Kebanyakan orang yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan atau mungkin rendah lagi, sememangnya mereka tidak mampu untuk menanggung kos rawatan yang begitu mahal. Malah di hospital kerajaan, saya diberitahu hanya terdapat di Hospital Kuala Lumpur. Itu pun rawatan yang diberikan tidak menyeluruh dan rawatan amat terhad.

Saya difahamkan kita mempunyai Institut Kanser Negara di Putrajaya. Antara fungsi institut ini menjalankan kajian yang mendalam mengenai kanser dan mencari kaedah baru dalam rawatan kanser. Saya mendapat maklumat bahawa Institut Kanser Negara ini juga menyediakan rawatan untuk mereka yang menghidap kanser. Kos rawatan juga adalah dalam lingkungan RM800 hingga RM1,000. Malah kos rawatan telah ditanggung oleh subsidi kerajaan tetapi malangnya rawatan ini tidak boleh dihebohkan kepada orang ramai.

Soalan saya, adakah pihak IKN akan mengadakan kempen-kempen promosi dan menawarkan mengenai rawatan yang terdapat di IKN ini. Ini kerana sekiranya ditanggung oleh subsidi kerajaan maka seharusnya ia terbuka kepada khalayak ramai. Saya juga ingin mencadangkan agar pihak Kementerian Kesihatan harus mengadakan kempen secara besar-besaran kepada rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Baru-baru ini telah diadakan Matta Fair di PWTC yang mempromosikan pelancongan luar negara dan domestik. Pada hari tersebut juga ada promosi pelancongan domestik dan saya difahamkan sambutan yang diterima amat luar biasa. Tahniah saya ucapkan kepada pihak kementerian kerana meluaskan kempen dan promosi pelancongan dalam negara.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian untuk mengadakan satu atau dua hari khusus untuk promosi pelancongan tempatan. Sebagai contoh yang pernah diadakan di Bukit Jalil sewaktu ketika dahulu iaitu Domestic Fair. Di Pesta Domestik ini

diadakan pameran jualan dan promosi pelancongan tempatan sahaja.

78 DN 16.4.2015

Sekiranya kementerian melihat sambutan yang begitu menggalakkan kepada

pelancongan tempatan di PWTC baru-baru ini, maka saya ingin mencadangkan pihak kementerian mengadakan semula Domestic Fair. Pemain-pemain industri pelancongan seperti hotel-hotel pusat pelancongan, taman-taman tema di Malaysia akan menyambut baik usaha kementerian untuk mengadakan Domestic Fair ini semula. Langkah-langkah ini

pasti akan merancakkan lagi industri pelancongan negara kita dan menaikkan lagi ekonomi negara.

Isu yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, mengenai elaun Ahli Parlimen. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan untuk menaikkan elaun dan gaji Ahli-ahli Parlimen. Saya rasa masanya sudah tiba agar kenaikan ini harus diberikan. Ini kerana ia sebagai satu pengiktirafan kepada kami sebagai Ahli Dewan Negara. Beban tugas dan tanggungjawab kita sebagai Senator Dewan Negara adalah lebih besar. Maka seharusnya elaun yang diberi sekurang-kurangnya-kurangnya sama taraf atau setanding dengan gaji Ahli Dewan Rakyat. Semoga pihak Jabatan Perdana Menteri meneliti perkara ini.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyokong cadangan dari Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin kita, Dato’ K kita yang meminta tempoh jawatan Ahli Dewan Negara ditambah iaitu dari tiga tahun bagi satu penggal kepada lima tahun satu penggal. Ini kerana pendapat saya, pilihan raya umum di negara kita diadakan setiap lima tahun sekali. Maka wajar tempoh tersebut dilanjutkan mengikut sistem pilihan raya di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terima kasih saya ucapkan kerana memberi peluang kepada saya membahaskan dalam perbahasan Titah Diraja ini. Saya menyokong usul Titah Diraja. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Nampaknya

Yang Berhormat sudah nampak banyak sungguh perubahan dan kebaikan. Ini kerana peluang untuk Yang Berhormat berbahas. Tanpa membuang masa saya mempersilakan Datuk Megat Zulkarnain.

6.56 ptg.

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk sama-sama turut berbahas dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 9 Mac yang lalu. Di peringkat awal ucapan saya ini, pertamanya ingin sama-sama menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Azlin dan semua ahli keluarga mangsa pesawat atau helikopter yang terhempas baru-baru ini dengan doa supaya roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Dalam masa yang sama juga saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Yang Berhormat Senator Dato’ K kita, Dato’ Khairudin yang menyambut ulang tahun yang ‘ke-16’ pada hari ini [Ketawa] Kebetulan tarikh pada 16 hari bulan dan juga kepada Yang Berhormat To’ Puan Hajah Zaitun. Dengan doa- yang ke... [Disampuk] Janganlah, tua sangat itu. Dengan doa agar kedua-duanya dipanjangkan umur dan senantiasa dalam rahmat Allah SWT.

Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ada beberapa perkara sahaja ingin disampaikan dan saya fikir ramai di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian telah menyampaikan banyak perkara yang penting dalam Dewan yang mulia ini. Cuma saya ingin menarik ucapan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Lihan Jok yang saya dengar dengan begitu teliti Tuan Yang di-Pertua, dengan satu kupasan yang cukup baik. Soal pendidikan atau soal masa depan anak-anak kita. Beliau telah mengupas dengan cukup berfakta, soal anak-anak muda yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, berjaya memenangi pertandingan-pertandingan di peringkat inovasi di peringkat antarabangsa dan sebagainya.

Dalam ucapan Yang Berhormat Senator Datuk Lihan juga telah menyatakan bahawasanya inilah masa depan negara yang kita inginkan.

DN 16.4.2015 79

Akan tetapi, timbul dalam pemikiran saya dalam Dewan yang bertuah ini dan saya

fikir semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun berbahas semua rata-rata daripada kita inginkan sebuah negara yang aman damai. Saya ingin memetik perenggan pertama Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk memetik Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam titah baginda telah menyatakan, “Beta berharap segala ujian yang ditempuhi lebih menguatkan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat demi masa depan yang lebih sejahtera.” Ini titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam rangkap yang pertama.

Di hujungnya, di penghujung Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah bertitah, “Oleh itu, beta menyeru semua Ahli-ahli Yang Berhormat agar sentiasa menunjukkan teladan terbaik kepada rakyat dalam memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Hayatilah titah beta ini dan berbahaslah secara berhemah dan tertib di Dewan yang mulia ini.

■1900

Itu di penghujung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dimulakan titahnya dengan harapan supaya masa depan Malaysia yang lebih baik. Tuan Yang di-Pertua, saya hari ini dengan rasa rendah diri ingin mengambil peluang ini di Dewan yang cukup mulia ini pada jam 7 malam tepat ingin mengambil peluang ini mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga khususnya kepada pejuang-pejuang yang terdahulu. Seperti Tuan Yang di-Pertua sendiri yang telah berjuang mungkin bersama dengan Yang Berhormat Senator Datuk Seri Haji Abd. Halim, yang super senior ini, yang telah berjuang menjaga negara ini dengan cukup baik. Berjuang sekian lama, berkorban jiwa, tenaga, raga, kewangan, segala-galanya. Akhirnya menyediakan Malaysia yang terbaik seperti hari ini supaya anak-anak muda semacam saya dan rakan-rakan lain yang diberi peluang menjadi Ahli Dewan Negara yang muda ini boleh rasa nikmat atas perjuangan mereka yang terdahulu.

Jadi saya hendak minta supaya ucapan ini dimasukkan ke dalam Hansard dengan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berjuang bersungguh-sungguh untuk meletakkan Malaysia berada dalam keadaan aman dan damai dan akhirnya kita boleh berbangga walaupun Tuan Yang di-Pertua, kalau diulang kembali, dilihat kembali sejarah Malaysia ini mungkin 50 tahun, 60 tahun yang lampau, tidak ada orang percaya sebuah negara yang cukup kecil dalam peta dunia ini. Hari ini boleh ‘Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan negara-negara hebat dalam dunia ini. Inilah perjuangan yang telah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan dan pejuang-pejuang yang terdahulu daripada kita.

Akan tetapi suasananya berubah kebelakangan ini. Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang kita hayati, yang telah pun saya menarik ucapan Yang Berhormat Senator Dato’ Adam, beliau menyatakan telah membaca titah ini kurang lebih daripada lima kali, telah mengambil perhatian setiap patah Titah yang disampaikan. Akan tetapi suasana negara hari ini semacam kerisauan mula melanda kepada diri saya. Harapan Yang Berhormat Senator Datuk Lihan Jok untuk melihat supaya di masa akan datang boleh berpeluang seperti anak-anak muda, seperti saya sekarang ini mungkin tidak kesampaian.

Tidak kesampaian atas faktor Tuan Yang di-Pertua sebab anak-anak muda hari ini telah disogok, diajar, dilatih dengan penuh rasa kebencian, hatred, dengan izin, yang cukup melampau-lampau oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Apakah guna kita ada anak-anak muda yang berjaya dalam akademik? Apa guna anak-anak muda seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Lihan Jok tadi ada dua orang anak muda dari Sarawak. Satu berbangsa Melayu dan satu lagi yang berbangsa Iban yang menang pertandingan inovasi di New York tidak silap saya. Apakah guna anak itu menang? Kalau masa depan negara ini diruntuhkan dan dirosakkan oleh individu-individu dan mereka yang tidak bertanggungjawab dalam negara ini.

Negara ini seperti pentas Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Negara ini seperti platform yang disediakan oleh pejuang-pejuang terdahulu. Hari ini saya nikmati nikmat itu. Adinda saya Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Asyraf nikmati nikmat itu. Walhal did you respect, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kami belum lagi berbuat apa-apa untuk negara ini. Sekarang we have to start. Nikmat yang kami dapat kerana perjuangan yang terdahulu. Akan tetapi bayangkan hari ini anak-anak muda dalam negara ini dilatih. Saya rasa hendak tarik sikit perhatian apa yang telah disebut dalam Dewan Rakyat.

80 DN 16.4.2015

Walaupun mungkin Ahli Yang Berhormat telah mendengar sedutan daripada ucapan Ahli Yang Berhormat Lembah Pantai mewakili Yang Berhormat Permatang Pauh waktu itu.

Apakah ucapan beliau dalam Dewan Rakyat? Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyatakan berhujahlah dengan penuh berhemah. Dalam ucapan beliau yang kononnya mewakili Yang Berhormat Permatang Pauh, mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh telah menyatakan dengan penuh emosi, dengan penuh kebiadaban bahawasanya hakim-hakim Mahkamah Persekutuan ialah mereka yang telah menjual diri mereka. Yang telah menjadi rakan-rakan kepada syaitan dalam sama-sama melibatkan diri konspirasi politik yang paling terancam dalam negara ini.

Apabila Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun dibawa atau pun diputuskan bersalah dan hak untuk menjalankan hukuman selama lima tahun. Ini ucapan hari ini. Bayangkan kalau esok Tuan Yang di-Pertua ada seorang anak muda yang didapati bersalah kerana mungkin dia mencuri basikal. Apa kata kalau pula anak muda ini kata ini lah dia hakim-hakim yang terlibat berwatakkan sebagai syaitan kerana telah memenjarakan saya kerana mencuri basikal. Ini contoh yang sedang kita ajar hari ini. Ini contoh yang sedang kita berikan kepada generasi muda dalam negara ini.

Jadi mana masa depan negara ini? Bayangkan, apakah wajah masa depan negara ini kalau sekiranya dengan sebegitu sewenang-wenangnya segala orang yang tidak berpihak kepada kita dituduh dengan tuduhan begitu besar dan cukup biadab pada saya Tuan Yang di-Pertua? Saya tertarik apa yang disebut oleh Yang Berhormat Senator Datuk Seri Nallakaruppan semalam- Yang Berhormat Senator Datuk Seri Nalla telah minta penjelasan kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat. Apa maksud, “Wallahi, wabillahi, watallahi”, sampai dia masuk Islam? Dia mula pantun pun dengan perkataan, “Burung pipit...”

Jadi dia tanya, apakah maksud itu? Saya tidak faham kenapa soalan itu dituju kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat, ustaz. Syukur alhamdulillah Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat telah menjelaskan maksud sumpah tersebut dengan sejelas-jelasnya dan telah pun disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini. Definisi, “Wallahi, wabillahi, watallahi”, mengikut kita orang-orang Islam dan kepercayaan kita. Apa

kata Yang Berhormat Senator Datuk Seri Nalla? Kalau Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah bersumpah tiga kali. Apa pilihan yang kita ada untuk tidak mempercayai sumpah itu.

Walaupun sumpah itu mungkin tidak diterima di mahkamah. Akan tetapi sebagai orang Islam, kita wajib menerima sama juga apabila Saiful telah bersumpah- wallahi, wabillahi, watallahi di Masjid Sentul bahawasanya dia telah diliwat dan sanggup diliwat seluruh keturunannya sekiranya dia berbohong. Apakah pilihan kita ada sebagai orang Islam? Kita kena percaya melainkan ada hamba Allah yang dituduh itu juga bersumpah laknat. Dia pun sama menyatakan, “Wallahi, wabillahi, watallahi”, bahawa saya tidak melakukan dan sekiranya saya melakukan saya dilaknat seluruh keturunan saya. Betulkah tidak? Maka kita akan terkeliru dalam keadaan itu. Akan tetapi dia tidak ada bersumpah. Gunakan pelbagai angel lain, teknikal angel untuk tidak bersumpah. Jadi akhirnya bila

didapati bersalah, janganlah dituduh hakim terlibat sama dengan syaitan-syaitan yang hendak merosakkan negara ini.

■1910

Siapakah syaitan yang dimaksudkan? Syaitan sebenarnya mereka yang ingin menghancurkan keharmonian dalam negara ini. merekalah syaitan yang paling besar Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab pada mereka tidak ada pentingnya masa depan negara. Pada mereka apa hendak jadi ke Malaysia ini, jadilah. Asalkan individu ini mesti diselamatkan dan dipertahankan dalam apa jua keadaan sekalipun. Inilah saya mohon supaya kita mesti tentang habis-habisan dan jangan benarkan ini berlaku demi masa depan negara Malaysia yang kita cintai. Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua hari ini kalau kita lihat Yang Berhormat Dato’ sebut tadi saya terpegun, terpesona dengan bahasa Kelantan yang cukup hebat. Cuba kita dengar apabila kita dilanda...

Dato’ Khairudin bin Samad: Yang Berhormat minta laluan Yang Berhormat.

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Silakan.

DN 16.4.2015 81

Dato’ Khairudin bin Samad: Tuan Yang di-Pertua, saya kagum dengan anak

muda kita ini. Cuma saya hendak tanya adakah Ahli-ahli Parlimen ada kekebalan untuk memaki hamun hakim ataupun mahkamah di luar Dewan. Di luar Dewan, sebab maki di luar Dewan apabila kena tangkap mengatakan dia mempunyai kekebalan. Di luar Dewan, kalau di dalam Dewan kita tahu undang-undang. Akan tetapi ini di luar Dewan memaki hakim dan menggunakan kekebalan dalam Dewan untuk memaki hamun di luar Dewan. Saya hendak tanya kalau Yang Berhormat pernah dengar. Terima kasih.

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Terima kasih Yang Berhormat

Dato’ Khairudin. Saya kurang arif tentang perkara itu, jadi mungkin nanti dijawab oleh ...

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Tidak pernah dengar. Nanti

mungkin minta pandangan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Saya tidak boleh memberikan pandangan saya. Saya

dengar sahaja.

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Saya hendak sambung balik

Tuan Yang di-Pertua. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Dato’ tadi, apabila kita dilanda, diuji oleh Allah SWT dengan bencana banjir di Kelantan baru-baru ini, saya terpesona apabila mendengar ada anak-anak muda yang datang satu kereta mewakili pelbagai kaum. Saya pun atas arahan Yang Berhormat Tan Sri Mohd Ali Rustam, Presiden PUSAKA kita hantar hampir 10 buah bas ke Kelantan, orang-orang silat untuk membantu. Kita rasa inilah sebenarnya the future of Malaysia, dengan izin. Apabila kita diuji maka semua anak-anak muda menggembleng tenaga tanpa mengambil kira fahaman politik mereka dan bersama-sama membantu. Inilah the best future. Kalau ini dikekalkan itulah masa depan yang terbaik.

Akan tetapi ada orang tidak suka. Ada orang rasa tidak selesa apabila lihat itu berlaku sebab perpaduan ini akan mengundang kepada kehancuran mereka. Perpaduan yang kuat di antara generasi muda ini akan menyebabkan percaturan politik mereka akan tidak berjaya. Saya juga tertarik- kebetulan dia tidak ada, dengan ucapan Yang Berhormat Dr. Ariffin. Dr. Ariffin telah menyatakan dalam ucapan beliau supaya demi menjaga keamanan negara ini mestilah kita menghayati prinsip falsafah Rukun Negara. Mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat ingat. Saya hendak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dr. Ariffin dan ahli-ahli minoriti yang berada dalam Dewan Negara ini. Tinggal seorang, tidak apa. Ini kerana telah bercakap soal Rukun Negara. Saya rasa tersentuh Tuan Yang di-Pertua apabila Yang Berhormat Dr. Ariffin sebut soal menghayati falsafah dan Prinsip Rukun Negara. Seronok saya dengar.

Pada Rukun Negara terletak yang pertama sekali, “Kepercayaan kepada Tuhan”, tidak ada masalah soal itu. Keduanya, “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”. Apa yang berlaku sewaktu perasmian Dewan tempoh hari di sini, yang hadir merasmikan dan menyampaikan Titah perasmian adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Apakah yang berlaku dengan sidang Dewan Undangan Negeri Perak? Yang menyampaikan Titah perasmian ialah Yang Mulia Sultan Perak, Raja Nazrin Shah. Mana pergi prinsip Rukun Negara kepada pasukan atau ahli-ahli pembangkang waktu itu. Kenapa menunjukkan kebiadaban yang melampau walaupun dibenarkan tetapi kita tahu, seluruh rakyat Malaysia tahu, seluruh dunia tahu, mereka hadir untuk menyatakan bantahan mereka kerana ketua mereka telah dimasukkan dalam penjara, itu sahaja.

Akhirnya perenggan kedua, “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”. Itu tidak ada maksud dan makna kepada mereka Tuan Yang di-Pertua. Ini yang diajar sekarang. Akan tetapi alhamdulillah, Dr. Ariffin bawa semangat itu di sini. Akan tetapi kena sampaikan kepada mereka yang berada di luar Dewan ini...

Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah?

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Sila.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak

minta penjelasan tetapi sebelum itu saya hendak cerita pengalaman saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor semasa penggal yang pertama Tuanku Sultan Almarhum dahulu datang merasmikan, ada empat orang waktu itu ahli pembangkang di kalangan Dewan Undangan Negeri. Tiga orang DAP, satu orang BEBAS. Sama juga peristiwanya.

82 DN 16.4.2015

Mereka tidak pakai uniform yang sepatutnya dipakai dan mereka hanya memakai

kot hitam dan juga baju Melayu hitam. BEBAS itu Melayu.

Setelah merasmikan, Tuanku panggil tetapi yang BEBAS ini awal-awal lari dan yang saya hendak ceritakan di Dewan yang mulia ini ialah apa pesanan Sultan. Kata Almarhum Sultan, saya suka ada pembangkang dalam Dewan supaya ia boleh menjadi pemerhati dan apa-apa yang kerajaan buat tidak betul, awak tolong komen. Akan tetapi saya ini Sultan untuk semua sekali rakyat. Saya tanya dengan awak, kenapakah awak tidak hormat Sultan?

Belum sempat dijawab, Almarhum dahulu kita pun garangnya, dia terus tumbuk, tersungkur seorang. Dia kata apa pasal awak tidak pakai uniform tetapi beg awak bawa. Disepaknya beg, pecah beg. Itu pengalaman saya. Jadi yang saya hendak tanya ini Yang Berhormat, kita kata kita setia kepada Raja dan negara tetapi cakap tidak serupa bikin. Di Dewan Rakyat, kita tengok reaksi lain, di Dewan Negara kita kata patut menjunjung Rukun Negara.

Macam mana pada pandangan Yang Berhormat, wajar kerajaan menyebarkan insiden-insiden seperti ini kepada rakyat jelata supaya dalam pilihan raya akan datang menolong menentukan rakyat memilih, membuat pemilihan untuk calon-calon dengan sebaik-baiknya. Terima kasih.

■1920

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Terima kasih Yang Berhormat.

Saya amat bersetuju dengan pandangan itu supaya mesti dibuat hebahan, supaya mesti rakyat tahu apa yang berlaku dalam negara ini. Ini sebab kita tidak mahu mereka ini diberi kuasa dan akhirnya bila mereka diberi kuasa mereka boleh buat segala-galanya untuk kepentingan peribadi mereka. Jadi Tuan Yang di-Pertua ...

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Tuan Yang di-Pertua boleh saya minta izin

untuk mencelah?

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Tuan Yang di-Pertua saya kagumlah dengan

anak muda yang bernama Megat Zulkarnain. Saya biasa panggil Megat saya ingat panggil Jebat rupanya Megat. Kalau semua anak muda ada macam Megat dan macam Jebat saya rasa aman dunia ini. Saya rasa anak-anak muda yang lain ini boleh ikut jejaklah, kita harap. Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ingin minta pendapat daripada Yang Berhormat Datuk Megat.

Satu ketika dahulu kita dengar orang-orang sebelah ini dia memang tidak suka dengan Raja-Raja. Akan tetapi kenapa sampai masa tersepit hendak pergi hendak minta ampun dengan Sultan Yang di-Pertuan Agong, kenapakah? Tidak payahlah patutnya nasib baik Yang di-Pertuan Agong tidak ampunkan, kalau dia ampunkan saya orang pertama menangis. Jadi saya minta pendapat daripada Yang Berhormat.

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Terima kasih Yang Berhormat

Datuk Hajah Noriah binti Mahat atas penghormatan itu saya amat menjunjung tinggi. Pada pandangan saya secara peribadi saya fikir itu hanyalah satu strategik politik yang dibuat. Supaya melengah-lengahkan dan membolehkan beliau untuk terus berada sebagai memegang jawatan Ketua Pembangkang. Pada saya itu hanya strategi politik yang dibuat. Kita pun hairan orang yang dikenakan lima tahun mohon untuk dapatkan pengampunan walaupun benda itu kalau kita bahas boleh sampai satu jam. Ini hanyalah satu permainan politik yang pada saya tidak sihat dan kotor yang cuba dibuat.

Jadi Tuan Yang di-Pertua saya concern kepada masa depan negara ini. Ini sebab

pada saya ialah apa sahaja yang kita bincang saya rasa terharu melihat ibu-ibu, kakak-kakak, abang-abang, ayahanda-ayahanda, Tuan Yang di-Pertua sendiri berbincang sebab Tuan Yang di-Pertua sebut dalam ucapan Tuan Yang di-Pertua semalam. Berkatalah benar walaupun ia pahit... [Berucap dalam bahasa Arab] Berkatalah benar walaupun ianya pahit

dan saya menjunjung apa yang Tuan Yang di-Pertua sebutkan. Jadi hari ini saya hendak berkata benar walaupun ia pahit sebab yang kita hendak bercakap ini soal negara kita. Kalau musuh negara ini ialah orang di luar tidak ada masalah, let them be. Tidak ada masalah kalau siapa hendak ambil negara ini lawan kita, kita akan pertahankan setiap inci tanah berdaulat negara.

DN 16.4.2015 83

Akan tetapi masalahnya yang kita ada musuh dalam selimut, yang kita ada orang yang sama-sama duduk semeja dengan kita, berbahasa sama dengan kita, yang hendak merosakkan masa depan negara ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya fikir cukup apa yang cuba saya sampaikan supaya mereka tahu yang kita tahu apa status mereka.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, yang ingin saya sampaikan soal KWSP ini. Saya hendak pendek dan ringkaskan. Saya minta supaya dalam keadaan-keadaan seperti ini janganlah buat kenyataan-kenyataan yang boleh merugikan. Cukuplah kita ada masalah dengan mereka yang hendak merosakkan negara, sudah cukuplah kita berhadapan dengan mereka yang macam kata Yang Berhormat Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah yang menangguk di air yang keruh. Dahulu tuduh Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai maha zalim, maha Firaun dan sebagainya hari ini menangguk di air yang keruh, memuji melambung-lambung. Cukuplah kita berhadapan dengan mereka yang semacam itu.

Janganlah lagi syarikat-syarikat GLC yang dipertanggungjawabkan, janganlah buat kenyataan-kenyataan yang boleh meragukan dan merisaukan rakyat. Pada saya Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi 55 tahun pun sudah cukup panjang yang hendak sampai umur 60 tahun lagi ini buat apa. Pada saya soal yang di laksana atau tidak itu perkara kedua dengan izin, it should not be in your thought pun tidak perlu ada dalam pemikiran pun untuk hendak berbincang, mencadangkan perkara itu. hak merekalah mereka hendak belanja macam mana, hendak habiskan dalam masa satu hari kah, hendak dihabiskan dalam masa setahun kah, hendak dihabiskan dalam 10 tahun pun hak merekalah. Kan sudah dikata simpanan hari tua biarlah mereka yang tentukan, tidakkan kita pula yang hendak tentukan. Jadi saya secara peribadi menentang cadangan itu.

Perkara yang ketiga Tuan Yang di-Pertua ialah soal gaji minimum. Ini saya kena sebut sebab hendak menyampaikan hasrat kekanda saya Yang Berhormat Datuk Yahaya bin Mat Ghani @ Datuk Abas. Walaupun Datuk Yahaya sebut perkara ini dua hari yang lepas dalam ucapan beliau. Hari ini kita lihat di Utusan Malaysia muka depan naik gaji minimum bermakna in synchronize, dengan izin, apa yang cuba disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Yahaya. Beliau hendak bercakap dua hari yang sudah hari ini keluar. Memang kita bersetuju Tuan Yang di-Pertua kerajaan kena melihat semula soal gaji minimum. Tidak mungkin orang yang boleh berada di Kuala Lumpur contohnya bandar besar ini dengan hanya gaji sebanyak RM900, RM900 sebulan bermaksud RM4.33 sejam. Mana mungkin mereka boleh survive, dengan izin, dengan jumlah semacam itu. Jadi mestilah difikirkan semula tangga gaji yang sesuai supaya ia dapat menampung kehidupan khususnya golongan-golongan muda yang ada dalam negara ini. Itu perkara yang ketiga.

Keempat Tuan Yang di-Pertua yang terakhir ialah soal PATI ini. Ini pun sudah kita berbahas banyak kali. Kekayaan, kemakmuran negara ini menyebabkan mereka datang. Orang luar datang ke Malaysia sebab dia nampak the golden opportunity, dengan izin, ada di bumi bertuah ini. Mereka datang berduyun-duyun ke Malaysia akhirnya kita tidak boleh kawal. Jadi saya minta sekali lagi walaupun sudah di cakap berkali-kali di sini mesti ada satu kawalan yang dibuat secara sepadu dan agresif dalam menangani soal PATI ini. Akhirnya, bila mereka bermaharajalela di sini, duit kita dibawa keluar dan akhirnya sebab inilah nanti kita...

Dato’ Khairudin bin Samad: Yang Berhormat saya hendak ganggu sedikit Yang

Berhormat, boleh?

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Boleh, boleh. Pendek sahaja.

Dato’ Khairudin bin Samad: Tuan Yang di-Pertua saya rasa saya masih ingat

lagi waktu kita menghadiri forum di Manila berkenaan dengan hak asasi manusia ini di mana soal parti ini timbul. Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Megat PATI ini istilah PATI ini United Nations tidak pakai, Bangsa-bangsa Bersatu tidak pakai. Dia hanya iktiraf dua, seorang pendatang yang legal, dengan izin, legal dan lagi satu ialah mereka yang didagangkan, manusia yang diseludup masuk menjadi penyeludupan manusia. Jadi dia tidak iktiraf PATI. Jadi kita dalam forum kita pun ada bertanya saya tadi bertanya dengan Yang Berhormat Dato' Seri Shahidan bin Kassim kerana mereka ini tidak diiktiraf sebagai PATI.

Walaupun dia datang untuk suaka politik Tuan Yang di-Pertua, saya tanya dengan Dato' Seri tadi dia kata kita iktiraf tetapi United Nations tidak iktiraf mereka ini. Jadi ini menjadi masalah kepada kita Yang Berhormat tidak boleh hendak sebut PATI. Ini sebab kita kononnya dikatakan, kita ini dagang manusia padahal mereka yang datang ini ialah kerana kemewahan di negara kita jadi mereka datang untuk bekerja dan bawa duit keluar.

84 DN 16.4.2015

Itu saya hendak minta pencerahan sedikit kalau Yang Berhormat tahu ceritanya.

Terima kasih.

Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin: Terima kasih atas, saya fikir ini

boleh juga dimasukkan ucapan Dato’ Khairudin boleh dimasukkan dalam Hansard kerana masa mungkin tidak mengizinkan. Saya bersetujulah dengan pandangan ini dan mudah-mudahan apa yang disebut ini akan dapat perhatian daripada pihak yang berkuasa.

▪1930

Perkara yang terakhir untuk saya menggulunglah Yang Berhormat Tan Sri ialah soal rang undang-undang. Kita dihidangkan dengan pelbagai rang undang-undang yang akan dibentangkan dan dibahaskan.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Cuma pada pandangan saya dan secara peribadi ialah supaya kalau dapat, setiap rang undang-undang ini sebelum ia dibawa kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara, adalah lebih molek dan lebih elok sekiranya setiap rang undang-undang yang hendak dibentangkan ialah untuk ditubuhkan satu Jawatankuasa yang menilai, yang mengkaji, yang terdiri daripada dua-dua Dewan, daripada Dewan Rakyat dan juga daripada Dewan Negara. Lantiklah mana-mana mereka daripada kedua-dua Dewan ini untuk meneliti dan mengkaji semua rang undang-undang sebelum ia dibentangkan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ini kerana kadang-kadang saya fikir tak ada kajian yang dibuat. Selepas keluar daripada AG Chamber, langsung terus dihantar kepada Dewan Rakyat, dibahaskan di Dewan Rakyat dan akhirnya dihantar kepada Dewan Negara tanpa satu Jawatankuasa yang duduk, yang kaji, yang bincang sebelum ia dibentangkan dan untuk dibahaskan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Terakhir ialah saya mendukung dan menyokong cadangan Datuk K supaya diberikan tempoh lima tahun juga. Satu cadangan yang cukup baik yang boleh dipertimbangkan, samakan dengan tempoh pilihan raya dalam negara ini. Jadi akhir kata, sekali lagi saya nak mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri dan Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi izin saya untuk bersama-sama dengan harapan sebagai orang muda, sama-samalah kita menjaga keamanan negara ini.

Dengan itu, saya menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya

dipersilakan Yang Berhormat Senator Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman.

7.32 mlm.

Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman: Terima kasih kepada Tuan Yang di-

Pertua. Pertama-tama, saya ingin melibatkan diri dalam isu GST ini walaupun mungkin ramai yang telah berbahas dalam isu ini, namun walaupun kita tidak ada kawasan untuk diundi pada pilihan raya tetapi kita masih ada tempat di dalam parti masing-masing yang ini disampaikan oleh penyokong-penyokong kita di akar umbi. Jadi, saya terpaksa mahu tidak mahu menyatakan juga perkara-perkara di dalam GST ini. Menjunjung kasih dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku telah menaruh keyakinan terhadap pelaksanaan GST yang didapati dapat membantu memperkukuhkan kewangan negara. Bagi mencapai matlamat tersebut, Tuanku telah menyeru kepada kerajaan dan rakyat jelata agar dapat bersama-sama berganding bahu melipatgandakan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan bagi mengelak peniaga mengambil kesempatan menggunakan alasan GST untuk menaikkan harga yang boleh membebankan rakyat.

Pada umumnya, saya menyokong penuh dasar GST ini kerana ia mempunyai matlamat yang baik untuk meningkatkan pendapatan kerajaan bagi digunakan untuk membantu rakyat dan meningkatkan pembangunan negara.

DN 16.4.2015 85

Sungguhpun demikian, khabar berita yang saya ingin bawa dari Sabah mendapati

pelaksanaan GST ini tidak mencapai maksud yang sebenar seperti mana yang dihebahkan kepada rakyat. Pada waktu ini, banyak rungutan dan keluh resah yang disampaikan kepada saya berhubung dengan GST semenjak ia dilaksanakan. Isu pokok ialah berkaitan dengan kegagalan agensi yang diberi tanggungjawab untuk menguatkuasakan akta GST dan Akta Kawalan Harga serta Antipencatutan 2011 terhadap peniaga-peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga sesuka hati mereka. Rakyat di Sabah berasa amat marah dan kecewa dengan perkembangan ini kerana apa yang dijanjikan kerajaan tidak dikotakan. Rata-rata rakyat mengadu bahawa pengenalan GST banyak menyusahkan mereka kerana terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

Kerajaan menyatakan bahawa ada kategori barang dan perkhidmatan tidak dikenakan GST, malah disebut ada juga barang yang akan turun harga tetapi pada realitinya, perkara ini tidak berlaku. Ukur rata kebanyakan harga barang dan perkhidmatan di Sabah telah meningkat dengan mendadak sehingga menyebabkan rakyat berasa begitu tersepit dan marah kepada kerajaan. Didapati ada peniaga yang telah mengambil kesempatan ini dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan pada tahap yang tidak munasabah. Peniaga ini bukan sahaja mengenakan cukai GST 6 peratus, malah memasukkan juga cukai SST sebanyak 15 peratus sehingga 16 peratus ke dalam harga barangan mereka sehingga menjadikan jumlah cukai yang dikenakan berjumlah 21 peratus hingga ke-22 peratus. Ini tidak mengambi kira lagi kos Kabotaj yang dikenakan oleh peniaga dalam harga barangan.

Selain daripada itu, dengan peraturan yang masih tidak jelas berhubung caj perkhidmatan, menyebabkan rakyat di negeri Sabah bertambah menderita. Malangnya, agensi penguat kuasa tidak berbuat apa-apa yang drastik untuk mengatasi masalah ini. Kebanyakan rakyat di Sabah dengan purata berpendapatan bulanan jauh di bawah kadar kemiskinan, mana mampu mereka boleh bertahan dengan keadaan hidup sebegini. Saya bimbang jika masalah ini tidak dapat diatasi dengan segera, rakyat di Sabah akan mula hilang keyakinan terhadap kerajaan dan pasti keadaan ini akan dieksploitasi oleh pihak pembangkang dan menjadi modal besar kepada pihak yang berura-ura untuk membawa Sabah keluar daripada Persekutuan Malaysia.

Masalah utama kepada isu ini ialah disebabkan oleh kegagalan dan kelemahan agensi penguatkuasaan dalam memantau dan mengawal harga barang. Maklumat yang saya terima daripada rakyat menyatakan pejabat-pejabat KPDNKK di beberapa buah tempat di negeri ini gagal dihubungi apabila rakyat hendak membuat aduan. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah pihak penguatkuasaan menghadapi sesuatu masalah yang serius. Seperkara lagi yang membuat rakyat Sabah rasa tersinggung ialah apabila Pengarah Kastam Bahagian GST, Datuk Subramaniam Tholasy telah mengeluarkan kenyataan di TV bahawa tumpuan penguatkuasaan dalam masa terdekat akan dilakukan di kawasan Lembah Klang dan Johor.

Rakyat di Sabah beranggapan bahawa kenyataan tersebut seolah-olah menganggap bahawa penguatkuasaan GST di Sabah tidak penting dan kurang diberi perhatian. Setakat ini, tiada peniaga yang melanggar undang-undang GST telah didakwa di mahkamah. Rakyat mahu melihat jika benar kerajaan serius dan ikhlas berhubung penguatkuasaan GST, maka mereka yang bersalah hendaklah dibawa ke muka pengadilan.

■1940

Soalan saya, mengapakah penguatkuasaan GST di Sabah masih lemah? Adakah KPDNKK dan Jabatan Kastam tidak mempunyai anggota penguat kuasa yang cukup untuk melakukan pemeriksaan dan siasatan? Kedua, setakat ini berapa ramai peniaga di Sabah yang telah didakwa berhubung dengan kesalahan GST ini? Cadangan saya, saya mohon kepada kerajaan supaya memberi perhatian yang khusus kepada penguatkuasaan GST di Sabah. Kerajaan perlu bertindak segera dengan keadaan sekarang, kemarahan yang ditunjukkan oleh rakyat di negeri Sabah membuktikan bahawa mereka tidak menerima dengan baik dasar GST.

Kedua, caj perkhidmatan harus dihapuskan kerana janji semasa ingin melaksanakan GST untuk hapuskan sistem SST termasuklah caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus. Kenapa sekarang caj perkhidmatan 10 peratus perlu untuk diulang kaji lagi sedangkan janji awal kerajaan untuk melaksanakan GST untuk menghapuskan SST termasuklah caj perkhidmatan 10 peratus.

86 DN 16.4.2015

Ketiga, saya juga mencadangkan supaya tindakan pendakwaan hendaklah adil

tanpa ada diskriminasi kaum. Saya tidak mahu melihat peniaga di Sabah yang majoriti berbangsa Cina beranggapan mereka menjadi sasaran utama dan dikenakan tindakan. Justeru itu juga dapat mengelak dijadikan isu perkauman.

Keempat, KPDNKK dan Jabatan Kastam hendaklah menggerakkan jentera mereka dengan lebih banyak lagi bagi memberi penerangan kepada rakyat di Sabah terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar bagi mengetahui hak mereka di bawah GST. Tindakan ini perlu kerana ramai rakyat luar bandar di Sabah masih buta huruf dan sukar mendapat maklumat berbentuk surat khabar atau pun internet.

Memperkukuh kawalan keselamatan di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, topik kedua yang saya ingin bahaskan ialah berhubung dengan keputusan ESSCOM untuk melanjutkan tempoh perintah berkurung di Kawasan Perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang bermula daripada pukul 7 malam hingga 5 pagi. Semenjak Arahan Perintah Berkurung ini dimulakan pada 19 Julai tahun lepas, keadaan keselamatan di ESSZONE telah melihatkan banyak kesan positif. Rakyat di Sabah dan pelancong yang menggunakan laluan perairan di kawasan ini sekarang merasakan keselamatan mereka lebih terjamin daripada sebelum ini.

Penguatkuasaan perintah berkurung ini telah berupaya mengawal pergerakan bot, penceroboh serta jenayah rentas sempadan seperti aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api. Usaha dan komitmen ESSCOM dalam mengurus keselamatan Maritim melalui pelaksanaan perintah berkurung itu mendapat perhatian Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia yang telah memberi penghargaan dan keyakinannya terhadap operasi perintah berkurung. Dengan kejayaan ESSCOM memulihkan keselamatan di ESSZONE telah mengembalikan keyakinan pelancong datang melawat Sabah, khususnya di pulau-pulau indah yang terdapat di perairan ESSZONE.

Sekarang ini kita lihat banyak pelancong yang datang melawat Sabah telah semakin ramai. Jadi, ini membuktikan bahawa langkah, tindakan untuk melaksanakan perintah berkurung ini telah menampakkan petanda positif. Soalan saya ialah adakah jumlah anggota keselamatan yang diperlukan untuk menjaga keselamatan di kawasan ESSZONE ini mencukupi? Kedua, adakah aset yang telah dipunyai oleh pasukan keselamatan mencukupi untuk membantu mereka melaksanakan tugas dengan efektif.

Ketiga, bagaimanakah reaksi penduduk setempat akan langkah ESSCOM untuk melaksanakan perintah berkurung? Keempat, berapa ramaikah orang yang telah ditahan semenjak perintah berkurung ini dilaksanakan? Dan adakah pasukan keselamatan berjaya menangkap mereka yang dipercayai pengganas dalam operasi yang dijalankan? Cadangan saya supaya ESSCOM terus melanjutkan peringkat perintah berkurung ini sehingga ancaman pengganas atau lain-lain jenayah rentas sempadan dapat disekat dengan sepenuhnya.

Kedua, saya juga mencadangkan supaya ESSCOM, Kementerian Dalam Negeri, Majlis Keselamatan Negara dan Kerajaan Negeri mempergiatkan lagi operasi gerak saraf terhadap rakyat bagi menyedarkan mereka akan ancaman keselamatan terhadap Sabah. Operasi ini bertujuan untuk menggalakkan mereka turut sama bekerjasama dengan pasukan keselamatan.

Terakhir- meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat Sabah. Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Ucapan Baginda Tuanku telah melahirkan rasa bersyukur terhadap usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat. Namun begitu, di peringkat negeri Sabah banyak lagi usaha kerajaan yang perlu dilakukan kerana kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat Sabah masih lagi jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan rakyat di Semenanjung Malaysia.

Dengan taraf dan tahap hidup rakyat Sabah yang masih rendah, mereka mengharapkan supaya kerajaan lebih komited dalam meningkatkan pembangunan di Sabah seperti menambah baik infrastruktur asas dan memajukan ekonomi luar bandar yang masih lagi mundur. Walaupun kerajaan merancang berbagai-bagai projek pembangunan di negeri Sabah tetapi masih banyak lagi projek yang belum dapat dilaksanakan kerana kekangan kewangan.

Peruntukan dalam bajet tahunan masih belum mencukupi untuk memenuhi segala keperluan infrastruktur asas untuk rakyat Sabah.

DN 16.4.2015 87

Diharap dengan penstrukturan semula Bajet 2015 tidak akan menjejaskan

kelancaran projek pembangunan yang dirancang untuk Sabah. Projek Lebuhraya Pan Borneo yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Sarawak baru-baru ini memberi harapan yang tinggi kepada rakyat di Sabah supaya kerajaan dapat membangunkan satu sistem lebuh raya yang lebih baik dan efisien.

Sungguhpun Perdana Menteri mengumumkan bahawa tidak akan dikenakan caj tol kepada pengguna di atas lebuh raya ini, tetapi kawan-kawan sekalian dan rakyat di negeri Semenanjung harus faham kerana saya mendapat banyak juga SMS dan WhatsApp menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak adil. Kenapa di Semenanjung dikenakan tol, dan di Sabah tidak dikenakan tol. Kita harus faham dengan keadaan jalan raya yang ada sekarang yang menghubungkan di antara pantai timur dan pantai barat Sabah tidaklah berada dalam keadaan yang begitu baik. Banyak bahagian jalan raya tersebut telah rosak teruk, sempit, curam serta gelap dan tidak selamat sama sekali untuk kegunaan kenderaan. Ia tidak ubah macam jalan kampung yang terdapat di Semenanjung Malaysia.

■1950

Jadi jalan raya yang ada masih belum layak untuk dipanggil lebuh raya. Selain daripada itu rakyat di Sabah juga amat mengharapkan supaya bekalan elektrik, bekalan air bersih dan talian jalur lebar juga dapat ditambah dan dibangunkan khususnya di kawasan luar bandar yang masih lagi dalam keadaan daif dan mundur.

Projek jalur lebar yang dibangunkan kerajaan didapati telah gagal berfungsi dengan baik kerana dalam kebanyakan masa, resepsi talian amat lemah. Malah kadangkala tiada langsung. Di sesetengah tempat, hanya tinggal papan tanda sahaja tanpa adanya kemudahan yang diharapkan. Cadangan saya, justeru, saya mencadangkan supaya projek Lebuhraya Pan Borneo ini diberi perhatian yang serius oleh kerajaan agar dapat dilaksana dan disiapkan tepat pada jangka masa yang ditetapkan.

Rakyat di negeri Sabah amat berharap projek ini menjadi kenyataan kerana kerajaan BN telah lama menjanjikan pembinaan lebuh raya ini. Seperti mana kejayaan projek-projek lebuh raya di Semenanjung Malaysia, Lebuhraya Pan Borneo ini juga diharap dapat menjana pembangunan yang secara tidak langsung di sepanjang kawasan lebuh raya ini. Lantas dapat menjana lebih banyak peluang pekerjaan dan merancakkan aktiviti ekonomi serta pembangunan bagi meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat Sabah dan juga Sarawak.

Kepada rakyat Sabah khasnya, projek ini dianggap sebagai ibu kepada segala pembangunan di Sabah. Oleh itu komitmen dan keprihatinan kerajaan amatlah diharapkan bagi memastikan projek ini mencapai kejayaan seperti yang diharap-harapkan. Sebelum saya berundur diri Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada 60 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu daripada Barisan Nasional dan juga daripada pihak pembangkang yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah kerana telah menandatangani satu Aku janji untuk membantu membanteras dan memerangi rasuah. Dengan itu saya mohon menyokong Titah Diraja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya

dipersilakan Yang Berhormat S. Bagiam.

19.53 mlm.

Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal: Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, Vanekem. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberi peluang kepada saya

untuk berbahas pada hari ini membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ketiga Belas 2015.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin terus menyentuh beberapa perkara sahaja. Pertamanya, perhubungan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Baru-baru ini saya telah terima SMS mengenai bantuan warga miskin bandar yang telah berdaftar dengan e-Kasih. Saya ingin bertanya kepada kementerian, sehingga kini berapakah jumlah keseluruhan yang didaftar mengikut kaum dan kategori yang layak menerima bantuan ini?

88 DN 16.4.2015

Saya dimaklumkan bahawa semua jenis bantuan dan kebajikan hanya diberikan kepada yang berdaftar dengan e-Kasih. Setakat ini hanya penerimaan kebajikan sahaja didaftar dengan e-Kasih. Orang ramai masih kurang memahami mengenai e-Kasih dan ramai lagi yang layak masih belum berdaftar dengan sistem e-Kasih. Apabila sesuatu bantuan dipohon, mereka ditanya sama ada mereka telah berdaftar dengan sistem e-Kasih. Kerajaan harus memberi pendedahan yang lebih komited dan secukupnya mengenai e-Kasih.

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian bagi menguar-uarkan program bantuan ini dan setakat ini berapakah jumlah yang diperuntukkan lagi bagi sebulan? Pada masa yang sama, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai pemberhentian sumbangan dan bantuan kebajikan oleh kementerian. Saya dimaklumkan bahawa apabila kerajaan menghentikan sumbangan dan bantuan kebajikan ini, mereka ini tidak diberitahu dan tanpa notis baru-baru ini seorang warga tua yang berumur 83 tahun telah diberhentikan pemberian bantuan tanpa notis.

Akibatnya warga emas tersebut mengalami tekanan mental. Persoalannya, berapa tahun lagi warga emas ini akan meneruskan kehidupan beliau? Tak akan kerajaan tidak dapat membantu dan menjaga mereka ini? Berapalah sangat dan masalah ini sering kali berlaku di kalangan ibu tunggal dan orang kurang upaya.

Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai bantuan bagi bekas banduan. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apa jenis bantuan yang disediakan bagi golongan bekas banduan dan tempoh bantuan yang disediakan jika mereka melibatkan diri dalam perniagaan? Setakat ini, berapa jumlah bantuan yang telah disampaikan kepada mereka bagi tempoh lima tahun ini dan berikan jumlah mengikut pecahan kaum?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengajukan persoalan kepada kerajaan, khususnya Kementerian Dalam Negeri sama ada KDN mengambil langkah bagi pindaan undang-undang dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 bagi mewajibkan kursus pra-perkahwinan dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Sekiranya undang-undang yang mewajibkan bakal pasangan suami isteri menghadiri kursus pra-perkahwinan, maka pasangan tersebut dalam mengukuhkan institusi perkahwinan mereka. Pindaan undang-undang ini akan mewajibkan kursus perkahwinan seperti yang kami maklum. Negara kita sedang pesat membangun dan menuju ke arah negara yang maju dan berpendapatan tinggi.

Di samping itu, institusi perkahwinan dan keluarga menghadapi pelbagai masalah dan konflik yang mampu meruntuhkan rumah tangga dan menyebabkan kes perceraian, perpisahan dan ramai suami meninggalkan anak-anak dan isteri tanpa adanya rasa berperikemanusiaan meningkat di kalangan masyarakat bukan Islam. Secara tidak langsung, ini akan menjejaskan kesihatan mental, tingkah laku dan pendidikan anak-anak mereka. Terdapat banyak kes perceraian terutamanya dalam kalangan belia yang kurang daripada umur 30 tahun. Perceraian juga menjurus kepada beberapa masalah sampingan yang boleh menggugat institusi keluarga. Masalah seperti bunuh diri, anak tidak dapat menerima tunjuk ajar dan kasih sayang daripada ibu atau bapa yang berpisah di mana ia akan menimbulkan masalah sosial di kalangan anak-anak yang membesar tanpa didikan kedua-dua ibu bapa.

■2000

Bagi mengelakkan situasi ini, saya meminta kerajaan untuk mewajibkan kursus perkahwinan dengan membuat pindaan-pindaan yang relevan. Perkara ini juga telah banyak kali disuarakan oleh NGO-NGO dan ketua-ketua agama menyeru agar kerajaan dapat mencapai jalan penyelesaian dengan kadar segera.

Mengenai masalah ini juga, saya membangkitkan peningkatan ibu tunggal dan secara tidak langsung akan meningkatkan penerimaan bantuan kebajikan yang bakal membebankan kerajaan. Sejak saya menjadi Ahli Dewan Negara, saya sering membangkitkan isu ini dan saya tidak pernah mendapat satu jawapan yang konkrit atau jalan penyelesaian yang mantap dalam menangani masalah penceraian di kalangan orang bukan Islam. Saya pohon agar kerajaan dapat memberikan satu jawapan yang kukuh bagi menjamin masa depan kita.

DN 16.4.2015 89

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya ingin saya menyentuh sedikit mengenai

Kementerian Pendidikan. Baru-baru ini saya telah bertemu dengan beberapa orang ibubapa mengenai keputusan memilih jurusan khasnya selepas Tingkatan 3. Apakah kriteria yang diguna pakai dalam menentukan aliran yang diberikan untuk seseorang pelajar? Saya difahamkan bahawa menuntut aliran seperti Akaun, Sains, Sastera dan sebagainya akan ditentukan oleh guru besar sendiri di mana ia dilihat terlalu subjektif.

Persoalannya adalah, apakah guru besar atau pengetua tidak mempunyai timbang rasa jika terdapat sebarang pemohon oleh ibu bapa yang ingin menukar aliran selain daripada yang diberikan? Saya telah dimaklumkan bahawa seorang ibu tunggal telah berjumpa dengan pengetua dan juga telah berbincang dengan pihak PIBG untuk menukar aliran sastera kepada akaun tetapi rayuan beliau telah ditolak. Apabila ibu itu berjumpa dengan pengetua untuk mengetahui kenapa ditolak, beliau terus menjawab dan bertanya, “Kenapa awak jumpa PIBG, awak ingat PIBG boleh tolongkah?”

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini bukan caranya untuk berurusan dengan rakyat. Apa salah jika mereka ini diberikan satu penjelasan dan sebab mengapa perubahan ini dapat atau tidak diluluskan. Perkara ini tidak seharusnya wujud terutama sekolah-sekolah di bandar di mana kebanyakan masyarakat bandar sedar akan hak mereka. Pada masa yang sama, apakah hubungan guru dan PIBG sentiasa dilihat tegang di mata ibubapa?

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya mengenai sekolah Tamil. Apakah benar SRJK Tamil menghadapi kekurangan guru? Berapa jumlah keseluruhan guru sementara di sekolah-sekolah Tamil serta apakah tindakan kementerian agar perkara ini tidak berlanjutan? Sedarkah bahawa perkara kekurangan guru kini telah berlanjutan sejak lapan tahun dahulu sehingga kini? Jika kita tidak menangani masalah kekurangan guru, ia akan mengakibatkan kualiti pelajar terjejas dan perkara ini tidak seharusnya dialami di peringkat sekolah rendah khasnya. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Puan S. Bagiam.

Seterusnya saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Datuk S. Vigneswaran. Nampaknya Yang Berhormat Datuk S. Vigneswaran tidak berada di dalam Dewan sekarang. Tidak ada ya?... Kat luar pun tidak ada?

Jadi dengan perbahasan daripada Yang Berhormat Puan S. Bagiam itu tadi, maka selesailah sudah sesi perbahasan kita dalam membahaskan ke atas Usul Menjunjung Kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah berlangsung selama empat hari, dari hari Isnin sehingga hari ini, Khamis. Minggu hadapan selama dua hari iaitu Isnin dan Selasa, 20 dan 21 hari bulan, giliran pihak kementerian untuk menjawab segala soalan dan pertanyaan yang telah Ahli-ahli Yang Berhormat kemukakan sepanjang empat hari yang lepas.

Jadi dengan itu, saya menangguhkan Dewan kita pada hari ini sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 20 April 2015. Terima kasih.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.05 malam.]