malaysiadn 12.9.2018 i ahli-ahli dewan negara 1. yang berhormat tan sri dato’ sri sa. vigneswaran...

64
Bil. 11 Rabu 12 September 2018 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA

Upload: others

Post on 12-Sep-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

Bil. 11 Rabu 12 September 2018

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA

Page 2: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim
Page 3: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

________________________________________________________________________________________________________

Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2018

K A N D U N G A N

USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 (Halaman 20) Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Pembubaran) 2018 (Halaman 34) Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018 (Halaman 41)

Page 4: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik)

2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad (Dilantik)

3. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin

4. “ Datuk Haji Abidullah bin Salleh (Dilantik)

5. “ Tuan Adrian Banie Lasimbang (Dilantik)

6. “ Tuan Aknan A/L Ehtook (Dilantik)

7. “ Tuan Alan Ling Sie Kiong (Dilantik)

8. “ Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram (Kedah)

9. “ Puan Asmak binti Husin (Kelantan)

10. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias (Dilantik)

11. “ Puan Bathmavathi Krishnan (Dilantik)

12. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik)

13. “ Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah (Selangor)

14. “ YBM. Engku Naimah binti Engku Taib (Terengganu)

15. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin (Dilantik)

16. “ Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat (Dilantik)

17. “ Datuk Haji Husain bin Awang (Terengganu)

18. “ Tuan Haji Husam bin Musa (Dilantik)

19. “ Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik)

20. “ Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) (Dilantik)

21. “ Dato’ Isa bin Ab. Hamid (Dilantik)

22. “ Datuk Haji Ismail bin Ibrahim (Dilantik)

23. “ Tuan Ismail bin Yusop (Perak)

24. “ Datuk Jamilah Sulaiman (Dilantik)

25. “ Datuk John Ambrose (Dilantik)

26. “ Tuan Kamarudin bin Abdun (Perlis)

27. “ Dato’ Sri Khairudin Samad (Dilantik)

28. “ Tuan Khairul Azwan bin Harun (Dilantik)

29. “ Datuk Lee Tian Sing (Melaka)

30. “ Tuan Liew Chin Tong [Timbalan Menteri Pertahanan]

31. “ Lim Hui Ying (Pulau Pinang)

32. “ Datuk Lim Pay Hen (Johor)

33. “ Datuk Dr. Lucas Umbul (Sabah)

34. “ Tuan Manolan bin Mohamad (WP Putrajaya)

35. “ Dato’ Haji Marzuki bin Yahya [Timbalan Menteri Luar Negeri]

36. “ Tuan Ir Md Nasir bin Hashim (Dilantik)

37. “ Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Wira Haji Omardin (Dilantik)

Page 5: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

ii DN 12.9.2018

38. Yang Berhormat Datuk Mohan A/L Thangarasu (Dilantik)

39. “ Prof. Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Selangor)

40. “ Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin [Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi]

41. “ Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah (Kedah)

42. “ Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusof (Pulau Pinang)

43. “ Tuan Haji Muhammad bin Mustafa (Kelantan)

44. “ Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff (WP Kuala Lumpur)

45. “ Datuk Ng Chiang Chin (Dilantik)

46. “ Tuan Nga Hock Cheh (Perak)

47. “ Dr. Nuing Jeluing (Sarawak)

48. “ Dato’ Ong Chong Swen (Dilantik)

49. “ Datuk Paul Igai (Dilantik)

50. “ Datuk Paul Low Seng Kuan (Dilantik)

51. “ Datuk Rabiyah binti Ali (Dilantik)

52. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris (Dilantik)

53. “ Datin Hajah Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik)

54. “ Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad [Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan]

55. “ Puan Raj Munni binti Sabu (WP Putrajaya)

56. “ Datuk Razali bin Idris (Dilantik)

57. “ Puan Hajah Sabani binti Mat (Perlis)

58. “ Datuk Sambanthan A/L Manickam (Dilantik)

59. “ Puan Siti Fatimah binti Yahya (Pahang)

60. “ Puan Sopiah binti Sharif (Dilantik)

61. “ Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee (Dilantik)

62. “ Datuk Theodore Douglas Lind (Dilantik)

63. “ Dato’ Sri Ti Lian Ker (Pahang)

64. “ Tuan Waytha Moorty A/L Ponnusamy [Menteri Di Jabatan Perdana Menteri]

65. “ Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas (Dilantik)

66. “ Datuk Ir. Yong Wui Chung (Dilantik)

67. “ Dato’ Zahari bin Sarip (Johor)

68. “ Dr. Zaiedi Haji Suhaili (Sarawak)

Page 6: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Awang Alik bin Jeman

Setiausaha Dewan Negara

Riduan bin Rahmat

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan

Azhari bin Hamzah Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain

Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin

Siti Norlina binti Ahmad

Noraidah binti Manaf Nor Hamizah binti Haji Hassan

Sherliza Maya binti Talkah

Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Nor Liyana binti Ahmad

Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan

Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali

Tengku Sofia Dora binti Tengku Mohamad Herdawati binti Mohd Amir Abbu

Nor Effazimmah binti Maliki Nur Annisa binti Hamid

Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Hasnah Sakinah binti Mohd Hashim

Mohd Salleh bin Ak Atoh

Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya

Amir Arshad bin Ab Samad Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman

Hizamihatim Maggisa bin Juarah

Page 7: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim
Page 8: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PENGGAL PERTAMA

MESYUARAT PERTAMA

Rabu, 12 September 2018

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

10.03 pg.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya membaca satu usul, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa walau apa pun peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis Dewan Negara hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga telah selesai semua urusan kerajaan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini diputuskan dan diluluskan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan pada tarikh yang tidak ditetapkan.”

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang menyokong?

Timbalan Menteri Kesihatan [Dr. Lee Boon Chye]: Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa walau apa pun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 11, Majlis Dewan Negara hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga telah selesai semua urusan kerajaan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini diputuskan dan diluluskan dan selepas Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan kepada satu tarikh yang tidak ditetapkan dikemukakan kepada Majlis untuk diputuskan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Ng Chiang Chin minta Menteri Kewangan menyatakan, jumlah subsidi minyak yang telah dibelanjakan untuk menstabilkan harga minyak RON95, RON97, dan Diesel sejak Mei 2018, adakah kerajaan merancang untuk menurunkan harga minyak ke RM1.50 sebagaimana yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan pada masa yang akan datang.

Page 9: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

2 DN 12.9.2018

Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera.

Bagi menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin berkenaan dengan jumlah subsidi minyak yang telah dibelanjakan oleh kerajaan bagi menstabilkan minyak RON95 dan diesel sejak Mei 2018.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah subsidi petrol RON95 dan diesel yang ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh Mei 2018 sehingga Julai 2018 adalah sebanyak RM1.667 bilion. Pada masa ini, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel, masing-masing pada paras RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter berikutan keputusan kerajaan pada 7 Jun 2018. Walaupun harga sebenar pasaran adalah lebih tinggi daripada harga yang dikekalkan.

Ini mencerminkan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat lebih daripada sasaran semata-mata meningkatkan hasil kerajaan, tanpa mengira impak negatif kepada kos hidup rakyat, khususnya golongan B40.

Manakala, harga runcit bagi produk RON97 telah diapungkan semula berdasarkan penetapan harga secara mingguan mengikut trend harga minyak mentah dunia memandangkan produk RON97 merupakan produk premium yang mampu ditanggung oleh golongan yang berada. Pada masa yang akan datang, kerajaan akan melaksanakan sistem subsidi petroleum secara bersasar mengikut janji dalam Manifesto Pakatan Harapan. Kerajaan akan memberikan subsidi petrol pada kadar yang sesuai setiap bulan dan mengikut satu kuota yang akan ditetapkan kepada golongan yang layak untuk kegunaan motosikal 125cc ke bawah dan kereta 1,300 cc ke bawah.

Mekanisme terperinci mengenai pelaksanaan sistem subsidi bersasar ini sedang dikaji dan akan diumumkan kelak apabila ianya dimuktamadkan. Kerajaan setakat ini tidak merancang untuk menurunkan harga sehingga ke paras RM1.50. Kecualilah pada ketika itu harga minyak mentah dunia turun sedemikian rupa sebagaimana yang didakwa, dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Ng Chiang Chin. Yang Berhormat Senator, saya mencari dekat mana yang kita janji RM1.50 ini dalam buku Manifesto Pakatan Harapan, tidak ada. Saya tidak tahulah kot-kot ada siapa-siapa dalam keghairahan berkempen itu, menjanjikan RM1.50. Akan tetapi tidak ada dalam buku Manifesto Pakatan Harapan. Sekian, terima kasih.

Datuk Ng Chiang Chin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih pada kepada Yang Berhormat Menteri yang telah beri jawapan. Saya ada sikit saja hendak tanya soalan tambahan saya. Bagaimanakah usaha kementerian ini dalam menyasarkan subsidi minyak kepada golongan bersasar sahaja? Oleh kerana kita dapati warga asing, terutama di sempadan dan pendatang tanpa izin juga menikmati harga minyak yang masih terkawal ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Haji Amiruddin bin Hamzah: Terima kasih. Sebenarnya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bagi mereka yang berada di sempadan, kita telah menetapkan beberapa rulings, dengan izin, yang mana mereka tidak dibenarkan untuk mengisi minyak lebih daripada amaun yang telah ditetapkan dan sebagainya.

■1010

Begitulah juga kalau kenderaan daripada Singapura dan sebagainya. Akan tetapi dalam mekanisme yang ada sekarang ini, sudah tentulah mana-mana pengguna yang pergi ke pump station yang ada, mereka akan menikmati harga RM2.20 dan RM2.18 bagi RON95 dan juga diesel ini pada kadar yang sama. Sebab itu kita mengatakan bahawa ianya lebih adil dan lebih sesuai kalau dibuat secara bersasar.

Maksudnya, kalau kita dah kenal pasti dan kita tetapkan mereka yang hanya akan dapat subsidi secara bersasar ini. Contohnya adalah kumpulan B40, yang boleh kita kenal pasti daripada daftar yang ada pada kita, kemudian mungkin diperkenalkan sama ada sistem kad yang mana dengan kad ini akan di-upload beberapa amaun subsidi yang telah dinyatakan dan mereka boleh menggunakan kad ini ketika mana berurusan di pump station dan sebagainya.

Page 10: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 3

Akan tetapi, kita sedang meneliti sistem yang paling baik yang tak perlu kita invest

dengan mesin yang banyak dan sebagainya untuk kita melaksanakan subsidi bersasar ini supaya hanya mereka yang disasarkan untuk mendapat subsidi ini akan mendapatnya dan mereka yang lain akan membayar pada harga pasaran. Terima kasih.

[Soalan No. 2 – YB. Puan Bathmavathi Krishnan tidak hadir]

3. Puan Asmak binti Husin minta Menteri Luar Negeri menyatakan, pendirian Malaysia terhadap isu di Pattani dan Mindanao.

Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato’ Haji Marzuki bin Yahya]: Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan Asmak binti Husin di atas soalan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, seperti Dewan yang mulia ini sedia maklum, pendirian kita amat jelas bahawa Kerajaan Malaysia secara prinsipnya tidak akan campur tangan urusan dalaman dan sentiasa menghormati kedaulatan negara lain. Ini termasuklah dengan konflik di Pattani, Selatan Thailand dan Mindanao di Selatan Filipina. Namun, Malaysia sentiasa komited mencari keamanan yang berpanjangan di rantau ini termasuklah konflik di Pattani dan di Mindanao.

Memandangkan keamanan negara-negara jiran ini adalah amat penting kepada kita dan juga kesejahteraan rantau ini, Malaysia amat berbesar hati kerana telah diberi kepercayaan yang tinggi oleh Kerajaan Filipina dan Thailand untuk memainkan peranan bertindak sebagai pengantara atau fasilitator proses damai di Selatan Filipina sejak tahun 2001 dan di Selatan Thailand sejak tahun 2013.

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks penglibatan Kerajaan Malaysia di Mindanao, Selatan Filipina, Malaysia telah menjadi pengantara rundingan damai di antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro iaitu lebih kita sebut dengan MILF. Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan proses damai ini, Malaysia telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai stakeholder di Filipina terutamanya Pejabat Presiden Filipina, Pejabat Penasihat Presiden Mengenai Rundingan Damai MILF dan Pertubuhan Kerjasama Islam atau Organization of Islamic Cooperation (OIC).

Hasilnya, alhamdulillah, Kerajaan Undang-undang Autonomi Bangsamoro atau, dengan izin, The Organic Law for The Bangsamoro Autonomous Region in Muslim Mindanao telah berjaya diluluskan oleh Kerajaan Filipina pada 26 Jun 2018 dan diumumkan sendiri oleh Presiden Duterte. Undang-undang ini diharapkan dapat mengakhiri konflik yang panjang di Selatan Filipina yang bermula sejak tahun 2001.

Saya juga ingin menjelaskan di sini bahawa penglibatan secara berterusan oleh pemantauan antarabangsa di Mindanao sejak tahun 2004 juga telah berjaya mengurangkan secara mendadak jumlah kejadian serangan bersenjata permusuhan, ceasefire hostility violation di antara Kerajaan Filipina dan MILF. Sejak tahun 2013, tiada sebarang insiden pelanggaran gencatan senjata dilaporkan.

Kementerian Luar Negeri secara khususnya telah membantu membina keupayaan institusi-institusi dan sosioekonomi Bangsamoro melalui Malaysian Technical Cooperation Program atau lebih kita kenali sebagai MTCP. Kerjasama ini meliputi perkongsian pengalaman serta melatih masyarakat Bangsamoro bagi mentadbir Wilayah Autonomi Bangsamoro berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia juga merupakan pengantara proses damai Kerajaan Thailand dan wakil-wakil komuniti di Selatan Thai termasuklah Pattani. Dengan kepercayaan yang diberikan oleh Kerajaan Thailand, Kerajaan Malaysia telah menganjurkan beberapa siri mesyuarat di peringkat teknikal dan kumpulan kerja bersama bagi mencari penyelesaian kepada masalah pembangunan sosial di Selatan Thailand.

Page 11: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

4 DN 12.9.2018

Di antara kejayaan signifikan yang telah dicapai dalam proses damai di Selatan

Thailand adalah penubuhan zon selamat atau lebih dikenali sebagai safety zone di Wilayah Narathiwat. Pelaksanaan yang dijangka akan dimulakan pada hujung tahun ini akan mewujudkan satu daerah yang bebas daripada segala bentuk kegiatan keganasan dan menjadi bukti komitmen Kerajaan Thailand dan wakil-wakil komuniti dalam menyelesaikan konflik di Selatan Thai.

Selain itu, proses damai ini juga telah berjaya mewujudkan inisiatif 3E iaitu education, entrepreneurship dan employment di bawah rangka Jawatankuasa Joint Development Strategy for Border Area atau lebih kita sebut JDS untuk membantu masyarakat di Selatan Thai dalam bidang pentadbiran.

Kementerian Luar Negeri sekali lagi telah memainkan peranan penting dalam menganjurkan program bina upaya di Pattani, Yala, Songkhla dan Narathiwat dalam bidang pendidikan, latihan vokasional dan keusahawanan melalui kerangka MTCP.

Malaysia percaya bahawa kita kini berada di landasan yang tertinggi dalam membina kepercayaan dan kejayaan kedua-dua pihak sama ada di antara Kerajaan Filipina dan MILF atau Kerajaan Thailand dengan komuniti di Selatan Thai. Kementerian ini akan terus melaksanakan tanggungjawab dalam mengekalkan momentum kerjasama dengan Kerajaan Filipina dan Thailand. Malah, kita bersedia untuk memfasilitasikan mana-mana negara jiran mahupun serantau sekiranya memerlukan bantuan Malaysia. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Asmak binti Husin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana komitmen walaupun hari ini kita dalam mood bercuti. Sebelum saya masuk kepada soalan tambahan, saya ingin mengalu-alukan pelawat daripada Rafflesia International & Private Schools, Kajang. Semoga lawatan ini akan memberi manfaat kepada semua... [Tepuk]

Yang Berhormat Timbalan Menteri, selain daripada usaha perdamaian, adakah kita Kerajaan Malaysia berusaha juga untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan mengembangkan Bahasa Melayu di Nusantara melalui kerjasama antara Pattani dan Mindanao? Sekian, terima kasih.

Dato’ Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Itu adalah satu daripada usaha yang telah kita jalankan seperti mana kita juga dalam program MTCP yang telah dianjurkan di mana sebelum ini kita telah menerima seramai hampir 90 orang Filipina untuk belajar di sini. Begitu juga dengan di Selatan Thailand, adalah jumlah yang agak besar, iaitu sekitar 985 peserta kerana mereka terlalu dekat. Di situ jugalah kita banyak menganjurkan dan membudayakan bahasa kita dan juga kehidupan kita di Malaysia ini. Terima kasih.

Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Menteri Luar. Masalah ini masalah yang lama, tak kunjung padam sehingga sekarang, iaitu masalah dua kerakyatan, Thailand dan Malaysia.

■1020

Bertahun-tahun, hatta berpuluh tahun masalah ini tidak diselesaikan dan ianya menimbulkan masalah sosial dan juga politik. Sering mereka melakukan jenayah di negara Thailand dan mereka lari ke Malaysia kerana mereka ada memegang kad pengenalan dan mereka melakukan jenayah di Malaysia dan mereka pulang ke negara kerana mereka mempunyai dua kerakyatan.

Jadi, saya hendak tanya, apakah perancangan kerajaan yang serius untuk membendung masalah ini iaitu untuk berbincang dengan negara Thailand, bagaimana untuk memastikan hanya satu kerakyatan sahaja yang perlu mereka pilih. Okey, terima kasih.

Tuan Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Merujuk kepada soalan tadi adalah lebih kepada keselamatan. Tadi Yang Berhormat menspesifikasikan antaranya adalah Thailand dan Philipine. Akan tetapi kalau kita hendak rujuk dari masalah keselamatan ini, kita juga bukan sahaja dua negara ini yang kita hadapi masalah, hari ini dengan kemasukan pendatang-pendatang, pekerja-pekerja asing yang begitu ramai di negara kita ini juga mendatangkan masalah sosial dan masalah lain yang boleh berlaku di negara ini.

Page 12: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 5

Akan tetapi merujuk kepada ini, pihak kita akan selalu berbincang dengan

Kementerian Dalam Negeri untuk sama-sama kita mengatasi masalah ini. Dari situ saya rasa pendekatan yang lebih baik diambil adalah daripada KDN iaitu untuk memastikan keselamatan negara. Bagi kita di Kementerian Luar Negeri ini, kita akan terus memantau tentang soal kemasukan mereka ini dan juga dasar-dasar serta polisi yang akan kita buat melalui Kementerian Luar Negeri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan itu lebih ditujukan kepada Kementerian Dalam Negeri.

4. Datuk Haji Abidullah bin Salleh minta Menteri Kesihatan menyatakan, statistik dapatan Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) iaitu jumlah bantuan yang telah disalurkan dan jumlah penerima yang memperoleh manfaatnya sehingga hari ini dan bagaimana program ini boleh dikaitkan dengan laporan UNICEF bertajuk “Kanak-kanak Pinggiran.”

Timbalan Menteri Kesihatan [Dr. Lee Boon Chye]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator.

Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan telah diwujudkan pada tahun 1989 selaras dengan usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan statistik pemakanan kanak-kanak dari golongan termiskin. Kanak-kanak berumur enam bulan hingga enam tahun daripada keluarga miskin tegar, miskin dan mudah miskin yang hadir ke klinik kesihatan kerajaan kementerian dan dikesan mengalami masalah kurang berat badan akan dimasukkan ke dalam Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan. Peserta program ini akan menerima bantuan makanan yang asas setiap bulan seperti beras, ikan bilis, minyak masak, biskut, susu tepung penuh krim, dan multivitamin.

Tuan Yang di-Pertua, sepanjang program intervensi ini dilaksanakan sehingga kini, seramai 214 ribu orang kanak-kanak dalam kalangan miskin tegar, miskin dan mudah miskin telah menerima manfaat daripada program ini dan sejumlah RM263 juta telah diperuntukkan. Untuk makluman, mereka yang lebih enam tahun, kanak-kanak yang masuk sekolah rendah yang dikenal pasti daripada keluarga miskin tegar layak menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan yang di bawah kawal selia Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kanak-kanak di kawasan PPR juga tidak dikecualikan dalam menerima bantuan tersebut sekiranya ibu bapa atau penjaga merujukkan anak-anak mereka ke klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan bagi mengenal pasti kelayakan.

Rangka kerja UNICEF menggariskan bahawa terdapat pelbagai penyebab masalah kurang zat makanan. Antaranya ialah food security, ketidak boleh dapatan kepada sumber makanan dan kurang penjagaan kepada kanak-kanak. Ianya juga dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi, budaya dan persekitaran. Oleh itu, kerjasama agensi luar dan kementerian lain adalah diperlukan bagi meningkatkan taraf kualiti hidup masyarakat di kawasan PPR ini khususnya. Sekian.

Datuk Haji Abidullah bin Salleh: Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang telah menjawab soalan tadi. Hanya Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) ini telah diwujudkan pada tahun 1989 dan sebanyak RM263 juta telah dibelanjakan.

Jadi, soalan saya, adakah sebarang rancangan susulan untuk kanak-kanak berusia lebih enam tahun yang menghadapi masalah kekurangan zat makanan? Kerana selepas enam tahun ini, baru hendak masuk Darjah 1, adakah kita biarkan? Mungkin selepas enam bulan hingga enam tahun kita menjaga dia, memberi zat makanan yang baik selepas itu kita biarkan. Adakah rancangan daripada kementerian untuk meneruskan rancangan ini sehingga lah sekurang-kurangnya kanak-kanak ini sehingga tamat sekolah rendah? Sekian, terima kasih.

Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Senator yang bertanyakan berkenaan kanak-kanak enam tahun atau lebih. Memang kita tahu, kebetulan kanak-kanak yang lebih daripada enam tahun dikawal selia di bawah Kementerian Pendidikan. Kita juga tahu bahawa memang ada program bagi susu untuk kanak-kanak di sekolah rendah. Jadi ini merupakan satu program berterusan untuk menjaga dari segi nutrition untuk kanak-kanak. Sekian.

Page 13: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

6 DN 12.9.2018

Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga hendak menyentuh tentang KKM ini melaksanakan program PPKZM untuk masyarakat Orang Asli. Apa yang saya dimaklumkan pada tahun 2018 ini tiada peruntukan untuk program PPKZM kepada masyarakat Orang Asli. Mohon penjelasan. Terima kasih.

Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk kalangan Orang Asli, kebetulan memang di bawah Program Community Feeding yang kita mulakan di bawah Kementerian Kesihatan dan kita telah berbincang dengan Kementerian Luar Bandar dan program ini akan diteruskan.

Untuk maklumat Yang Berhormat Senator, masalah pemakanan kanak-kanak Orang Asli ini bermula sejak 2009 apabila ada wabak influenza di mana ada tujuh kes kematian kanak-kanak Orang Asli yang faktor penyumbang terbesar adalah masalah malnutrition. Selepas itu Program Community Feeding ini dimulakan dan kita janji program ini akan berterusan dengan kerjasama Kementerian Luar Bandar. Sekian.

Dato’ Zahari bin Sarip: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih pada Kementerian Kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, kita melihat keprihatinan masyarakat kita dalam membantu masyarakat khasnya golongan gelandangan yang ada di sekitar kota raya ini. Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah pihak kementerian juga memantau agihan pemakanan yang diberikan oleh, yang disalurkan oleh pihak NGO kepada kumpulan gelandangan kerana kita bimbang ia juga mempengaruhi dari segi kesihatan dan sebagainya. Terima kasih.

Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Semua pembekal atau pun penjual makanan akan dikawal oleh di bawah Akta Makanan dan Keselamatan Makanan itu perlu dikawal selia dan penyedia makanan tersebut juga memerlukan saringan yang sesuai dan menerima vaccination untuk typhoid dan sebagai nya. Jadi, keselamatan pembekal walaupun daripada NGO atau pun badan-badan yang berkenaan tertakluk kepada akta makanan yang menjamin keselamatan bekalan makanan tersebut. Sekian.

■1030

5. Dato' Zahari bin Sarip minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, persiapan kerajaan menghadapi musim tengkujuh dalam memastikan bekalan makanan berasaskan ikan, sayur-sayuran dan lain-lain mencukupi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Tuan Sim Tze Tzin]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Senator Dato’ Zahari. Dari segi jawapan kami adalah kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah membuat persiapan menghadapi musim tengkujuh bagi memastikan bekalan makanan berasaskan ikan, sayur-sayuran dan lain-lain mencukupi. Antara persiapan yang dilaksanakan adalah seperti berikut.

Pertama, mewujudkan stok simpanan ikan segar beku untuk menyimpan ikan semasa musim lambakan dan dipasarkan sewaktu permintaan tinggi, bekalan berkurangan dan harga ikan tinggi terutamanya semasa musim tengkujuh dan musim perayaan. Sebanyak tiga buah persatuan nelayan iaitu Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Persatuan Nelayan Negeri Kedah (NEKAD) dan Persatuan Nelayan Kawasan Besut (PNK Besut) diberi tanggungjawab untuk menyediakan pusat simpanan ikan segar beku dan untuk menampung bekalan ikan bagi kawasan-kawasan berdekatan.

Kedua, melaksanakan sekatan eksport beberapa spesies ikan terpilih bagi memastikan bekalan ikan mencukupi kepada rakyat tempatan dengan harga yang berpatutan sepanjang musim tengkujuh serta menjamin bekalan stok ikan dalam negara mencukupi.

Ketiga, memantau pengeluaran sayur-sayuran secara mingguan di kawasan pengeluaran utama negara seluas 6,595 hektar terutamanya bagi sayur-sayuran seperti bayam, bendi, cili, kacang panjang, kubis, sawi, terung, timun dan tomato. Sebanyak 88 peratus daripada jumlah pengeluar utama sayur-sayuran ini adalah di Pantai Barat Semenanjung Malaysia seperti di Johor, Pahang, Cameron Highlands, Perak dan Selangor dengan keluasan 5,793 hektar. Oleh itu jika berlaku musim tengkujuh ia tidak memberi kesan ketara kepada pengeluaran sayur-sayuran negara.

Page 14: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 7

Keempat, melaksanakan Program Stok Simpanan Bekalan Makanan (SSBM) sejak

Mac 2014 untuk menstabilkan harga dan bekalan barangan makanan termasuk ketika musim tengkujuh. Melalui program ini sembilan jenis sayur-sayuran terpilih dibekalkan seperti lobak, kubis bulat, tomato, kentang, bawang besar, bawang kecil, halia, cili merah dan kelapa tua.

Bermula daripada tahun 2018 pula FAMA bersama dengan agensi berkaitan dan usahawan FAMA memperluaskan pembekalan melibatkan 27 komoditi seperti sembilan jenis sayur-sayuran, barang kawalan, gula, tepung dan minyak, lima jenis ikan beku segar (Q-Fish), ayam proses standard, telur ayam dan barangan industri asas tani. Terima kasih.

Dato' Zahari bin Sarip: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bertanyakan soalan ini Tuan Yang di-Pertua kerana setiap tahun bila tiba musim tengkujuh kita dapati ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga dan sebagainya yang menggunakan pelbagai alasan. Oleh sebab itu saya tanyakan soalan ini.

Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana musim tengkujuh ini adalah musim yang kita hadapi setiap tahun. Jadi, adakah selain daripada program-program yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri yang kadang-kadang pun menghadapi masalah ketidakcukupan bekalan dan sebagainya, adakah pihak kementerian bercadang untuk mengadakan program mengimport barangan ini khusus untuk musim tengkujuh sahaja? Musim lain mungkin kita ada bekalan yang mencukupi daripada pembekal tetapi untuk musim tengkujuh sahaja. Terima kasih.

Tuan Sim Tze Tzin: Ya, memang dalam kementerian kita tahu bahawa ini adalah isu supply and demand. Bagaimana kita stabil kan harga supaya kalau supply cukup untuk menampung demand maka harga stabil. Jadi itu adalah cara kita untuk menstabilkan harga pasaran.

Jadi untuk menjawab Yang Berhormat Senator, sebenarnya kita ada program-program tertentu untuk mengimport. Contohnya SSBM, kita diberikan sejumlah wang tertentu, peruntukan untuk menstabilkan harga. Apabila musim tengkujuh atau musim perayaan kalau kita tahu bahawa kita sudah tahu dia punya masa itu maka kita akan melalui pelbagai cara, melalui import kah dan sebagainya untuk menampung keperluan untuk menstabilkan harga. Memang dalam program itu ada.

Kedua, adalah tentang dari segi ikan dan sebagainya sebenarnya masa musim tengkujuh bukan sepanjang empat bulan itu tidak boleh pergi ke laut. Memang mungkin satu minggu ombak besar maka nelayan tidak pergi tetapi selepas itu dia akan pergi. Jadi catch itu masih mencukupi untuk menampung keperluan semasa. Akan tetapi kalau tidak mencukupi maka kita akan import atau kita akan stop kan eksport sesetengah ikan ke luar negara maka dalam pasaran mencukupi.

So, sepanjang tahun kebelakangan tidak ada major issue dari segi harga yang melambung terlalu tinggi walaupun pada masa 2015 apabila ada banjir yang cukup besar dan serius di Kelantan dan Terengganu walaupun ada disruption dari segi supply tetapi harga masih stabil, ada naik sedikit tetapi dengan usaha daripada- masa itu krisis dan apabila ada usaha daripada kerajaan dan juga NGO yang turut membantu maka krisis itu bolehlah dikatakan boleh diselesaikan. Jadi kita kementerian akan memantau dengan lebih detail tentang isu ini. Terima kasih.

Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebagai langkah jangka panjang dan sustainable, sejauh manakah kementerian dan pemain-pemain industri pertanian dan juga perikanan untuk membangunkan industri ternakan ikan dalam sangkar dan juga penanaman sayur-sayuran secara hortikultur secara besar-besaran. Terima kasih.

Tuan Sim Tze Tzin: Terima kasih, Yang Berhormat Senator kerana memberi soalan tersebut. Sememangnya sasaran kerajaan adalah untuk meningkatkan ternakan ikan sangkar ke tahap yang 50/50. Buat masa sekarang lebih kurang 85 peratus adalah tangkapan daripada laut, hanya 15 peratus adalah ternakan sangkar ikan. Jadi ini tidak mencukupi kerana kita tahu bahawa ikan di perairan sekarang semakin menurun dan perlunya usaha untuk meningkatkan sangkar ikan supaya kita boleh meningkatkan hasil daripada laut.

Page 15: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

8 DN 12.9.2018

Jadi untuk menjawab Yang Berhormat Senator, sebenarnya kita ada beberapa

usaha, semasa musim tengkujuh kita ada menggalakkan sesetengah nelayan untuk bertukar ke penternakan sangkar ikan laut. Walau bagaimanapun, contohnya program bantuan akuakultur program ternakan ikan dalam sangkar dijalankan sebagai aktiviti sampingan semasa musim tengkujuh. Pada tahun 2017 sebanyak RM746 ribu telah disalurkan kepada 45 orang nelayan di Kelantan, Terengganu dan Pahang bagi menjalankan aktiviti ternakan ikan manakala pada tahun 2018 sebanyak RM164 ribu telah diperuntukkan bagi tujuan yang sama. Ini bermaksud bahawa kerajaan cuba untuk meningkatkan program akuakultur.

■1040

Untuk tanaman, Kementerian telah melaksanakan pelbagai program seperti TKPM dan memperkenalkan inisiatif seperti pertanian mudah melalui sistem fertigasi untuk meningkatkan produktiviti dari segi sayur-sayuran.

Akan tetapi saya hendak menyeru di sini sekali lagi adalah Kerajaan Negeri yang mempunyai kuasa terhadap tanah dan sebagainya, perlu faham bahawa keperluan untuk meningkatkan makanan. Kena memperuntukkan tanah untuk tanaman makanan kerana tanaman makanan itu, agriculture adalah the basis of the society. Setiap orang perlu makan. Kerajaan Negeri sekarang, lebih saya nampak bahawa trend nya adalah lebih suka memperuntukkan tanah untuk pembangunan industri, pembangunan perumahan. Akan tetapi tanah untuk pertanian itu semakin berkurang.

Kalau populasi negara semakin meningkat, tetapi tanah untuk pertanian semakin menurun. Maka, we have a food crisis. Kita kena memastikan bahawa setiap orang ada cukup makanan dan itu adalah prioriti sesebuah negara. Sesebuah kerajaan adalah untuk memastikan setiap warga negara Malaysia mempunyai makanan yang mencukupi.

Jadi, kita menyeru Kerajaan Negeri harus looking serious into agricultural sector. Peruntukkan tanah, perbetulkan segala kanun-kanun tanah yang lapuk, yang tidak menepati zaman kerana kita sekarang ada industri pertanian. Ia menjadi satu industri. Akan tetapi kanun-kanun tanah masih tidak catch up to the new development.

Jadi saya mohon Yang Berhormat Senator-Senator, tolong bawa isu ini balik kepada Kerajaan Negeri, jumpa dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri, bincang balik supaya ada perubahan dari segi undang-undang tanah dan boleh membiarkan lebih ramai menceburi industri pertanian. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, pandai menjawab. Apabila menggunakan perkataan Inggeris kena gunakan, dengan izin. Terima kasih Yang Berhormat.

6. Datuk John Ambrose minta Perdana Menteri menyatakan, apakah usaha untuk memberikan peluang pekerjaan dalam sektor awam terutamanya kepada mereka yang baru saja menamatkan pelajaran di pusat pengajian tinggi awam mahupun swasta.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk John Ambrose.

Soalan beliau ialah meminta Perdana Menteri menyatakan apakah usaha untuk memberikan peluang pekerjaan dalam sektor awam terutamanya kepada mereka yang baru sahaja menamatkan pelajaran di pusat pengajian tinggi awam mahupun swasta.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, urusan pengambilan dan pelantikan ke perkhidmatan awam sentiasa terbuka sepanjang masa kepada semua warga negara Malaysia termasuk lulusan universiti awam mahupun swasta.

Setiap Pihak Berkuasa Melantik iaitu PBM, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, SPA, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPP, Suruhanjaya Pasukan Polis, Majlis Angkatan Tentera, Badan Berkanun Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri melaksanakan pengambilan berdasarkan bidang kuasa masing-masing. SPA sepanjang masa melaksanakan pelantikan Penjawat Awam bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Am, Persekutuan dan Anggota Perkhidmatan Awan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis.

Page 16: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 9

Pada masa ini, untuk makluman Yang Berhormat Senator, peluang pekerjaan

sentiasa terbuka dan tersedia di dalam Perkhidmatan Awam. Namun persaingan di antara calon menjadi semakin sengit disebabkan bilangan permohonan yang tinggi. Hanya calon yang berkualiti dan menepati syarat yang ditetapkan sahaja yang akan dipilih. Bagi memudahkan calon membuat permohonan pekerjaan, SPA telah menyediakan sistem pengambilan berkomputer yang dikenali sebagai sistem mengambil sepanjang masa, SMSM. Semua warga negara Malaysia boleh memohon secara dalam talian dengan mengisi borang SPA 8i di Portal SPA pada bila-bila masa dan di mana jua di seluruh dunia.

Apabila terdapat kekosongan dalam Perkhidmatan Awam, urusan pengambilan akan dilaksanakan bermula dengan menggunakan proses tapisan berkomputer, peperiksaan online, penilaian kompetensi PAC, dan seterusnya temu duga.

Pada tahun 2017, SPA telah memproses sebanyak 1,342,949 permohonan untuk pelantikan tetap ke Perkhidmatan Awam bagi catatan di bawah bidang kuasanya. Daripada jumlah tersebut, seramai 300,110 orang telah dipanggil menghadiri temu duga dan 15,090 calon telah dilantik. Daripada jumlah lantikan tetap ini, seramai 7,142 calon menggunakan kelayakan akademik Ijazah dan Diploma atau setaraf.

Selain itu, SPA juga melantik seramai 19,370 calon ke jawatan kontrak. Pada masa ini, urusan pengambilan temu duga bagi pelantikan ke jawatan kontrak telah diuruskan oleh Kementerian atau Jabatan ataupun SUK berkenaan masing-masing.

Sementara itu, bagi tahun 2018, tahun ini sehingga Jun, SPA telah memproses sebanyak 1,093,470 permohonan bagi pelbagai jawatan tetap. Seramai 113,438 calon telah dipanggil temu duga dan 8,616 orang telah dilantik ke Perkhidmatan Awam. Daripada jumlah lantikan tetap ini, seramai 2,248 calon menggunakan kelayakan akademik Ijazah dan Diploma atau setaraf. Dalam tempoh yang sama, SPA juga telah melantik seramai 7,898 calon ke jawatan kontrak.

Akhirnya, bagi pengambilan pelantikan anggota Kementerian Pendidikan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) pula, pada tahun 2017, SPP telah memproses sebanyak 141,792 permohonan, memanggil temu duga seramai 20,301 calon dan melantik seramai 10,111 calon. Pada tahun 2018 sehingga Jun, SPP telah memproses sebanyak 132,246 permohonan. Seramai 6,208 calon dipanggil temu duga dan 3,772 dilantik ke Perkhidmatan Awam.

Sebagai makluman, urusan pengambilan dan pelantikan oleh Pihak Berkuasa Melantik SPA dan SPP dibuat berdasarkan kekosongan jumlah jawatan berpandukan kepada tawaran perjawatan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Sebarang pertambahan perjawatan perlu melalui proses yang ditetapkan oleh JPA dan Kementerian Kewangan Malaysia. Sekian, terima kasih.

Datuk John Ambrose: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Menteri. Soalan tambahan saya, adakah pihak Kerajaan merancang untuk membentuk satu program kebolehan pasaran yang bertujuan untuk membantu graduan penganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu kemahiran dan pengalaman kerja.

Seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan. Pada 2011 dahulu, ada satu program seumpama ini telah dibentuk dan dinamakan Skim Latihan 1 Malaysia atau SL1M. Adakah ini akan diteruskan kerana cadangan ini akan memberi peluang pekerjaan untuk graduan-graduan menganggur yang datang dari keluarga berpendapatan rendah atau tinggal di kawasan pedalaman. Selain daripada itu, latihan ini juga perlu untuk graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelulusan Ijazah yang diperoleh. Terima kasih.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalannya agak panjang. Saya catat apa yang saya dapat catat. Akan tetapi saya memohon maaf jika sekiranya...

Tuan Yang di-Pertua: Soalan itu berkenaan dengan ada tidak program yang digelar SL1M itu, diteruskan atau pun tidak.

Page 17: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

10 DN 12.9.2018

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Yang SL1M memang saya ada catat. Saya

akan jawab yang SLIM dulu. Sebenarnya saya tidak lagi ada apa-apa maklumat sama ada Skim Latihan 1 Malaysia itu iaitu SL1M itu akan diteruskan ataupun tidak. Akan tetapi saya percaya sekiranya sesuatu program yang sebelum ini yang kita rasa ia adalah satu program yang baik dan wajar diteruskan, saya rasa kerajaan yang baru sekarang tidak akan ada masalah untuk meneruskan skim yang sebegitu. So, berkemungkinan SL1M itu tidak slim lah.

Tentang lain tadi, saya minta maaf sebab saya dapat catat secara ringkas sahaja. Saya rasa memang secara umumnya saya hendak beritahu dengan Senator memang segala pelantikan kita akan memastikan ia dibuat berdasarkan kemampuan dan juga kebolehan serta pencapaian akademik seseorang.

■1050

Sebab itu kita akan pastikan segala pelantikan itu mestilah selaras dengan keupayaan mereka sebab kita tidak mahu mana-mana pelantikan itu mereka dilantik dalam keadaan mereka tidak berupaya sekali gus ini akan menyebabkan pihak kerajaan tidak akan dapat memanfaatkan perkhidmatan mereka. Oleh sebab itulah saya ingin menegaskan kepada Yang Berhormat Senator bahawa segala pelantikan yang kita lantik sama ada jawatan tetap ataupun kontrak, ia adalah berdasarkan kebolehan pencapaian akademik dan sebagainya dan melalui proses-proses yang telah saya sebutkan tadi.

Atas sebab itulah pihak Yang Berhormat Senator tidak perlu risau sekiranya seseorang itu layak dan wajar diberikan ataupun dipertimbangkan pelantikan, pihak SPA atau JPA akan memastikan mereka itu akan dipilih dan sudah tentulah ini akan bergantung kepada pencapaian mereka dalam proses seperti temu duga dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri berhubung dengan perjawatan-perjawatan awam yang dilantik di Pejabat-pejabat Menteri dan juga Timbalan Menteri sama ada bolehkah kita pertimbangkan graduan-graduan ini diperjawatkan di tempat itu ataupun sebagai intern. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator yang telah bertanyakan soalan tentang pelantikan perkhidmatan awam di kementerian khususnya di Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, bagi pelantikan penjawat awam ataupun pelantikan kontrak daripada Menteri, sebenarnya di sana ada satu Pekeliling yang telah ditetapkan iaitu tidak silap saya Surat Pekeliling Bil. 6/2012.

Ini adalah Pekeliling yang telah ditetapkan untuk Menteri dan Timbalan Menteri. Sebenarnya Pekeliling ini kalau ikut asalnya ia hanyalah- contohnya Timbalan Menteri hanya boleh melantik PTTK seorang sahaja. Akan tetapi baru-baru ini telah ada satu arahan baru, saya difahamkan ada penambahan. Begitu juga ada pelantikan untuk Setiausaha Akhbar Menteri dan sebagainya. Jadi semua ini adalah bergantung kepada pekeliling.

Jadi pihak yang melantik ini akan memastikan segala pelantikan itu adalah selaras dengan pekeliling yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, saya ingin menyatakan bahawa di sana juga ada pelantikan-pelantikan yang bersifat kontrak yang boleh dilantik berdasarkan rekomendasi-rekomendasi daripada pihak-pihak Menteri dan Timbalan Menteri.

Saya difahamkan oleh pihak SPA, sebenarnya untuk SPA, mereka memang mengambil berat, memberikan keutamaan kepada segala pelantikan yang dibuat oleh Menteri dan Timbalan Menteri. Atas sebab itulah saya rasa tidak perlu kita gusar bahawa seseorang yang hendak dilantik ke jawatan di bawah kementerian sama ada di Pejabat Menteri atau Timbalan Menteri ini, akan ditolak dan sebagainya. Ia bergantung sebenarnya kepada rekomendasi dan juga aturan-aturan yang telah ditetapkan dan pihak SPA saya ulang, akan memberikan keutamaan lebih kepada pelantikan daripada pihak Menteri dan juga Timbalan Menteri. Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. Lucas Umbul: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya membaca satu artikel mengenai Laporan Statistik Kajian Pengesanan Graduan 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Dalam kajian itu didapati bahawa lebih ramai pengangguran berlaku di kalangan graduan daripada universiti awam berbanding dengan graduan daripada IPTS...

Page 18: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 11

Tuan Yang di-Pertua: Swasta.

Datuk Dr. Lucas Umbul: Soalan saya, kalaulah statistik ini sahih dan telah menimbulkan persoalan kenapa majikan itu lebih tertarik kepada graduan IPTS berbanding dengan universiti awam. Apakah punca utama yang menyebabkan graduan universiti awam ini sukar mendapat pekerjaan Mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya pun tidak pasti bahawa kementerian Yang Berhormat... Dipersilakan.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey, tidak apa Tuan Yang di-Pertua. Saya boleh menjawab, insya-Allah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator yang bertanyakan soalan tersebut. Sebenarnya kajian itu saya tidak berapa pasti sama ada kajian itu telah diberikan kepada pihak SPA ataupun tidak tetapi saya nak beritahu secara umumnya, memang kita akuilah. Memang kita akui bahawa mungkin dari segi bilangan pekerjaan dan statistik ini, kemungkinan mereka-mereka daripada institusi swasta lebih ramai diambil. Mungkin banyak faktor. Orang kata, dia bukan satu faktor yang terpakai untuk semua. Dia mungkin berbeza-beza ikut disiplin pekerjaan.

Akan tetapi saya boleh dikatakan beginilah, Yang Berhormat Senator. Sebenarnya bagi kakitangan daripada institusi swasta ini khususnya sebab mereka punya- apa yang dipanggil dalam bahasa itu, niche berbeza sikit. Contohnya, kolej swasta ini kebanyakan mereka diperlukan menguasai bahasa Inggeris sebagai contoh. Jadi di universiti swasta ini, kebanyakan pelajar-pelajarnya agak lebih, dengan izin, conversion dalam English dibandingkan dengan pelajar-pelajar daripada institusi awam. Ini secara umumnyalah.

Jadi apabila mereka boleh menguasai bahasa Inggeris, jadi mereka sebenarnya, kalau mereka minta kerja di sektor-sektor swasta, lebih mudah diterima berbanding dengan kakitangan daripada sektor awam. Jadi ini juga perkara yang saya rasa pihak kementerian dan juga pihak kerajaan memang peka sebab itulah kerajaan juga sebenarnya dalam proses meningkatkan lagi proses penguasaan bahasa Inggeris di kalangan kakitangan awam.

Jadi saya rasa mungkin akan datang, kemungkinanlah. Saya tidak cakap lagi ini satu kepastian tetapi kemungkinan dengan kerajaan baru ini kita pastikan bahawa graduan-graduan daripada universiti awam mungkin setanding dengan graduan daripada universiti swasta dari segi penguasaan bahasa Inggeris, dari segi keterampilan dan sebagainyalah.

Ini mungkin memerlukan satu kajian yang menyeluruh dan saya rasa kalau sekiranya kita dapat membuat satu kajian yang betul-betul menyeluruh, apakah punca sebenarnya masalah, saya rasa masalah ini akan dapat diselesaikan. Ada satu pepatah kata. If the problem is well stated, kalau satu masalah kita tahu, sebahagian masalah boleh selesai. Bila kita tahu masalah kita, sebahagian daripada masalah sudah selesai. Sometime kita tidak tahu masalah kita. Oleh sebab itu tidak selesaikan masalah. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, yang bahasa Inggeris itu pendapat Menteri atau pendapat kerajaan?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: [Ketawa] Sebenarnya saya dapat juga input daripada kerajaan ini. Saya cuba share benda ini. Di samping itu pengetahuan-pengetahuan yang lain melalui pembacaan. Jadi saya sebenarnya dalam menyediakan jawapan ini, saya akan ambil semua maklumat.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat, sudah tiga soalan tambahan. Saya tidak benarkan Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Ananthan pun. Saya cuba mengehadkan tetapi oleh kerana Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Ananthan ini, saya boleh beritahu tidak bolehlah. Silakan Yang Berhormat. Yang Berhormat...

Tuan Nga Hock Cheh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Saya percaya soalan tambahan ini mustahak.

Tuan Nga Hock Cheh: Saya ingin mengambil kesempatan merakamkan penghargaan saya atas laluan yang telah Tuan Yang di-Pertua beri kepada saya bila ambil perbahasan dalam bahasa Inggeris kali pertama.

Page 19: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

12 DN 12.9.2018

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Tuan Nga Hock Cheh: Tuan Yang di-Pertua, memandangkan kerajaan ada menggalakkan kegunaan bahasa Inggeris, adakah apa-apa cadangan bahasa Inggeris digunakan dengan lebih luas di Dewan yang mulia ini?... [Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Itu bukan di bawah bidang kuasa Yang Berhormat Menteri.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Melencong ini.

Tuan Yang di-Pertua: Kita memartabatkan bahasa Malaysia di Dewan yang mulia ini. Kita memberi izin kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada masalah dengan Bahasa Malaysia tetapi kalau nak minta laluan yang besar ini, saya ingat tidak bolehlah Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya bertanyakan soalan, saya ingin mengalu-alukan kedatangan Persatuan Kebajikan Penduduk, Persatuan Kebajikan dan Sosial Ipoh Timur ke Dewan Negara... [Tepuk] Diharap lawatan ini akan memberi manfaat kepada mereka semua.

Soalan saya nombor 7. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

■1100

7. Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, apakah pendekatan kerajaan berhubung dengan tanah-tanah bukit yang sebelum ini ditebang dan pamah.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim [Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy]: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah atas soalan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan alam sekitar dalam setiap perancangan pembangunan selaras dengan konsep pembangunan lestari. Kementerian bukan sahaja memantau pembangunan di kawasan cerun dan bukit, malah mempunyai peruntukan undang-undang yang berbentuk pencegahan dan kawalan bagi pengurusan hutan simpan secara keseluruhan.

Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling- aktiviti yang ditetapkan, penilaian kesan kepada alam sekeliling 2015, terdapat peruntukan supaya kajian penilaian kesan kepada alam sekeliling dilakukan bagi aktiviti-aktiviti yang ditetapkan, termasuk berkaitan dengan aktiviti di kawasan tanah tinggi dan cerun seperti pembangunan atau pembersihan tanah kawasan cerun dan juga pembinaan jalan, terowong atau jambatan yang melintasi kawasan cerun.

Dalam hubungan ini, aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran dan impak ke atas alam sekitar boleh dikawal dan dicegah melalui bukan sahaja kaedah penguatkuasaan dan pemantauan, malahan melalui pendekatan elemen perancangan, pencegahan serta kawalan.

Oleh itu, mana-mana pihak yang berhasrat membangun kawasan bukit dan tanah tinggi hendaklah menyediakan dokumen Land-disturbing Pollution, Prevention and Mitigating Measures (LD-P2M2) dan dokumen tersebut hendaklah disediakan oleh indidvidu yang mempunyai kelayakan pensijilan, Certified Professional in Erosion and Sediment Control. Pelaksanaan ditapak haruslah menggunakan best management practices dan dipantau oleh environment officer (EO) yang kompeten.

Tindakan penguatkuasaan merupakan jalan akhir bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang sedia ada dalam memastikan hutan-hutan simpan ini sentiasa dipelihara bagi generasi akan datang. Terima kasih.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya suka melihat kepada statistik perhutanan. Keluasan hutan simpanan kekal yang dilesenkan untuk penghasilan mengikut status tanah, Yang Berhormat. Kalau kita melihat daripada statistik ini, Pahang mendahului dengan selama dari 2006 sehingga 2015 sebanyak 161,379 hektar. Kemudian diikuti oleh Kelantan dengan jarak yang dekat 157,919 hektar. Itu bukan soalan saya.

Page 20: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 13

Soalan saya, yang saya tengok daripada tahun 2006 sehingga 2015, tiap-tiap tahun

ada kebenaran diberikan. Makna kata, ditambah acreage untuk mengeluarkan hasil. Kita ambil contoh Pahang, kalau 2006 itu hanya 13 ribu hektar sahaja. Akan tetapi pada 2015 telah menjadi 24 ribu hektar dan di Kelantan 2006 hanya 19 ribu. Sekarang ini 2015 – 12 ribu, dan peningkatan ini tiap-tiap tahun.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kerajaan baharu akan membenarkan lagi mulai dari 2018, saya tidak ada figure di sini, dengan izin? Apakah kerajaan baharu akan membenarkan kepada setiap negeri? Saya ucap tahniah kepada Pulau Pinang kerana Pulau Pinang daripada 2006, tidak ada sebatang pokok pun yang ditebang dalam hutan. Tahniah kepada Pulau Pinang.

Akan tetapi kepada negeri-negeri lain, termasuk juga Perlis. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan baharu akan membenarkan hutan-hutan ini dikeluarkan hasilnya?

Soalan saya juga, apakah kerajaan akan upgrade, dengan izin, Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS) kerana keberkesanannya amat baik sekali untuk menganalisis hutan-hutan kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Terima kasih statistik yang Yang Berhormat Senator sebutkan tadi. Di sini, kalau daripada segi pembangunan cerun, kita memang akan letak ia dalam beberapa fasa, lebih kurang. Ia ada mengikut- contoh kalau Jadual I- pembangunan, pembersihan tanah yang meliputi kawasan yang kurang daripada 50 peratus, kawasan cerun yang berkecerunan melebihi satu atau sama dengan 50 darjah tetapi kurang daripada 35 darjah.

Kita ada Jadual II, di mana pembangunan atau pembersihan tanah yang meliputi 50 peratus atau lebih kawasan cerun yang berkecerunan lebih daripada atau sama dengan 25 darjah dan tetapi kurang daripada 35 darjah.

Jadi, kelulusan di bawah kerajaan baharu saya lihat kita juga mementingkan pembangunan. Akan tetapi tidak juga kita menidakkan untuk kita kekalkan alam sekitar dan juga hutan kita ini. Permohonan yang baru ini, saya tidak boleh cakap kita tidak tolak ataupun kita tolak di sini tetapi ia bergantung kepada tujuan pembangunan tersebut. Di peringkat kementerian, kita sentiasa melihat perkara ini secara serius.

Contoh, kalau saya boleh sebut dalam Jadual II ini juga, kita melibatkan juga public display untuk selama 60 hari. Itu kita melibatkan orang ramai, masyarakat untuk sama-sama melihat dan menilai proses ini.

Untuk soalan tambahan tadi Yang Berhormat Senator, saya menerima baik cadangan Yang Berhormat Senator. Di bawah kita juga, kita ada agensi Remote Sensing yang mana kita boleh memantau bukan sahaja dari segi hutan dan juga contoh, kalau pembakaran terbuka. Saya terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Senator. Terima kasih.

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih atas jawapan tadi. Cuma saya hendak ingin bertanya penjelasan lanjut. Oleh sebab sebagai orang yang melihat sisi lingkungan alam sekitar ini juga mempunyai sisi hak asasi manusia. Benda itu ada sisi itu.

Jadi soalan saya ialah, kalau di negara-negara lain, contohnya kalau di negara Indonesia dan sebagainya. Kuasa kepada dipanggil di sana Komisi Nasional Hak Asasi Manusia (Komnas HAM) juga memainkan peranan dalam memastikan tadbir urus ataupun kita mematuhi aturan-aturan alam sekitar.

Jadi di Malaysia, saya tengok pendekatan yang bersifat sangat centralized, Federal bersifatnya, kadang-kadang agak kurang efektif. Terutama sekali kerana ia melibatkan kerjasama dengan kerajaan tempatan yang meluluskan pelan-pelan pembangunan.

Page 21: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

14 DN 12.9.2018

Jadi soalan saya ialah, adakah Kerajaan Pakatan Harapan hari ini ada melihat

strategi-strategi baru, mengambil kira keterbatasan pendekatan sekarang? Rata-rata, kita tidak dapat nafikan banyak isu alam sekitar ini dan malah isu sustainability ini, dengan izin, kemapanan ini adalah isu utama rantau dunia dan sebagainya. Mohon penjelasan sedikit.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff. Di bawah kerajaan baharu sekarang ini, kita sentiasa mahu memperbaiki, juga mungkin akta-akta yang sebelum ini sudah ada dengan melibatkan lebih ramai, mungkin masyarakat dan juga kerajaan negeri. Kerajaan negeri untuk sama-sama terlibat dalam dari segi contoh, pembangunan. Membangunkan sesuatu kawasan tetapi kita terpaksa menebang hutan, contohnya begitu.

Saya mungkin boleh mengambil salah satu inisiatif kerajaan yang kita buat pada hari ini, yang sedang berlangsung di mana mungkin tidak melibatkan tentang cerun ataupun kawasan hutan, akan tetapi contohnya, macam pembakaran terbuka, di mana isu ini saban tahun kita hadapi. Sekarang ini kita ada Mesyuarat dan Bengkel Reka bentuk Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan yang mungkin keputusan ia kita akan uar-uarkan selepas ini, selepas mesyuarat dan tindakan susulan dan melibatkan berapa ramai orang. Ini antara usaha-usaha kerajaan untuk kita memperhalusi akta-akta yang sedia ada. Terima kasih.

■1110

Tuan Ismail bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, pertamanya terima kasih atas penjelasan yang diberikan berkait dengan soal penguatkuasaan dan tindakan-tindakan untuk menjaga alam sekitar dan hutan.

Cuma soalan saya ialah baru-baru ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak ada mengemukakan laporan tentang pembalakan haram yang masih berlaku secara berleluasa dalam hutan simpan. Ini menunjukkan maknanya masih ada lagi kelonggaran dari segi tata kelola penguatkuasaan untuk menjaga hutan simpan ini.

Jadi soalan saya ialah, apakah di peringkat kementerian Kerajaan Pakatan Harapan untuk menambahkan lagi penguatkuasaan supaya hutan simpan ini terpelihara daripada proses pembalakan haram yang masih berlaku di negeri-negeri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy: Sebenarnya saya tidak boleh umum sekarang, maksudnya sama ada ya atau tidak sebab saya rasa contoh kalau macam alam sekitar ini, ia ada banyak sub-subnya. Contoh mungkin pembalakan tadi, cerun. Lepas itu mungkin pembakaran terbuka. Akan tetapi, kementerian sentiasa bersedia sekiranya ada keperluan untuk kita tingkatkan kompaun ataupun membawa perkara ini ke mahkamah dengan denda yang lebih berat kalaulah perkara ini akan lebih nampak untuk kita menyelesaikan- contohnya pembalakan haram di mana-mana negeri termasuk semuanya di seluruh Malaysia. Sekiranya, terima kasih.

[Soalan No. 8 – YB. Datuk Haji Husain bin Awang tidak hadir]

9. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, perancangan dan tindakan kerajaan melalui kementerian bagi membendung masalah kemerosotan kadar kelahiran di Malaysia menjelang tahun 2020.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Puan Hannah Yeoh]: Tuan Yang di-Pertua, antara cabaran dan isu utama perubahan demografi yang dihadapi pada hari ini adalah penurunan kadar kesuburan yang pesat. Sejak tahun 1980-an, kadar kesuburan jumlah (KKJ) atau total fertility rate negara telah menurun dua kali ganda daripada empat kepada 1.9 orang kanak-kanak bagi setiap wanita pada tahun 2016. Ini bermakna setiap wanita di Malaysia pada ketika ini secara puratanya melahirkan dua orang anak di sepanjang hayatnya.

Page 22: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 15

Selain daripada peningkatan kadar penyertaan wanita dalam pendidikan dan tenaga

buruh, trend melewatkan perkahwinan adalah antara faktor kadar kesuburan jumlah (KKJ) semakin menurun.

Menyedari akan masalah ini, kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah dan insentif bagi menggalakkan pasangan untuk berkahwin seterusnya memiliki anak di samping membantu mengimbangi antara tuntutan kerjaya dan keluarga. Antara insentif yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) bagi penjawat awam, kemudahan perkhidmatan kesuburan diberikan secara percuma kepada pasangan yang mengalami masalah kesuburan seperti mana yang diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan, Bil. 4, Tahun 2001, Pelaksanaan Kemudahan Perubatan dan mempunyai syarat-syarat seperti kemudahan ini adalah untuk mengatasi primary infertility iaitu bagi mereka yang tidak pernah mengandung dan menghadapi kesukaran untuk mengandung;

(ii) kemudahan cuti tanpa gaji selama lima tahun untuk menjaga anak kepada penjawat awam;

(iii) kemudahan perkhidmatan subfertility dan kesuburan oleh LPPKN kepada semua pasangan yang mempunyai masalah untuk hamil;

(iv) projek rintis waktu kerja fleksibel di peringkat kementerian untuk memberi kemudahan kepada pasangan dwi kerjaya mengimbangi kerjaya dan pembentukan keluarga terutama dari segi penjagaan anak; dan

(v) kemudahan childcare yang sedang diusahakan oleh semua agensi kerajaan.

Pada masa ini, ketidaksuburan tidak tersenarai di dalam 90 penyakit kritikal yang membenarkan pengeluaran wang Akaun 2 di KWSP. Oleh itu, memandangkan kos rawatan kesuburan yang amat tinggi, kementerian kita sedang dalam perbincangan dengan pihak KWSP untuk membenarkan pengeluaran wang simpanan KWSP bagi tujuan rawatan ketidaksuburan seperti IVF. Ini adalah sebagai galakan kepada pasangan yang menginginkan anak namun sukar dan tidak mampu memperoleh rawatan tersebut. Ini adalah rancangan jangka masa panjang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan jawapan yang saya rasa cukup jelas. Sekarang saya baru faham.

Saya rasa memang wajar pihak kerajaan memberi insentif-insentif yang banyak kerana saya masih ingat, Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1982, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada masa itu Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah mengarahkan- eh! “mengarahkan” kuat sangat agaknya. Telah menasihatkan supaya kita mempunyai penduduk seramai 70 juta. Akan tetapi, saya lihat dengan masalah-masalah yang diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri dan juga masalah yang paling penting pada hari ini ialah masalah beban sara hidup, saya rasa cukup sukar.

Persoalan saya, apakah Perdana Menteri yang sama pada hari ini ingin meneruskan sasaran itu? Kalau ingin meneruskan, agak-agak target kita hendak beri peluang kepada rakyat Malaysia ini sampai tahun berapa agaknya? Supaya kita boleh berusaha sikit, target baharu kan. Dulu saya rasa by year 2020. Sekarang mungkin bagi peluang by year 2050 kah, but target-nya mesti ada.

Kalau ada, apakah strategi-strategi yang lain? Saya rasa strategi itu cukup tepat. Mungkin ada benda-benda yang lain, mungkin tidak logik- saya hendak cadangkanlah. Kalau di luar negara di Eropah, negara Barat, sebab kita punya teknologi yang begitu canggih, makcik-makcik 50 tahun ke atas pun boleh beranak lagi, makcik 70 tahun pun boleh beranak lagi. Apakah ini kita hendak ambil kira? Saya memikirkan strategi-strategi yang lain sebab banyak strategi yang telah kita melakukan nampaknya kurang berjaya.

Page 23: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

16 DN 12.9.2018

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator...

Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Itu soalan yang pertama. Soalan yang kedua...

Tuan Yang di-Pertua: Lebih 50 tahun itu makcik?... [Dewan ketawa] Sila, silakan Yang Berhormat Senator.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Soalan yang kedua, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya cukup bimbang melihat pengemis-pengemis di negara kita ini terutama pengemis luar, pengemis asing yang terdiri daripada kanak-kanak dan warga wanita yang saya rasa telah mencemarkan nama baik negara kita kerana sebelum ini saya rasa di Malaysia tidak kita tahu sangat tentang pengemis. Pada hari ini begitu lumrah. Soalan saya, apakah pihak kerajaan ingin meneruskan perkara ini, membiarkan ataupun mengambil tindakan-tindakan tertentu? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Puan Hannah Yeoh: Tuan Yang di-Pertua, soalan kedua mengenai pengemis tidak ada kaitan dengan soalan pokok. Maka saya tidak dapat menjawabnya pada hari ini.

Akan tetapi mengenai rancangan lain yang kita ada untuk menggalakkan wanita untuk mempunyai lebih ramai anak, kita kena lihat faktor kenapa juga orang tidak mahu mempunyai lebih daripada dua orang anak.

Saya juga seorang ibu dan saya rasa ramai ibu sekarang mempunyai kerisauan tentang kos sara hidup. Mengikut satu laporan, yang kita ada pada tahun 2011, mendapati peningkatan kos pendidikan dan kedudukan kewangan semasa keluarga adalah antara faktor utama dalam menentukan keputusan isteri untuk menambah bilangan anak. Bagi ibu bapa muda pada hari ini seperti saya, mempunyai anak bererti bersedia untuk menyediakan sumber kewangan yang mencukupi dari saat anak dilahirkan hingga tamat belajar di peringkat tertinggi.

Satu lagi faktor yang kita lihat adalah dari segi pendidikan dan pekerjaan. Pemanjangan tempoh pendidikan hingga ke tahap tertiary dan memberikan lebih tumpuan terhadap kemajuan kerjaya menjadikan wanita lebih cenderung untuk melewatkan perkahwinan. Menangguhkan perkahwinan secara langsung akan memendekkan tempoh umur reproduktif dan menyebabkan kadar kesuburan semakin menurun.

Jadi kita kena lihat secara total, totality. Bukan sahaja memberikan insentif tetapi kita kena lihat dan mengkaji semula kos sara hidup terutamanya kos pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak supaya ibu bapa akan rasa sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita mesti mempunyai kemampuan untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita, berbeza dengan zaman ibu bapa kami dahulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan.

■1120

Puan Asmak binti Husin: Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya berkaitan dengan soalan- ini adalah saya dapati pada hari ini, kita kurang memasarkan untuk menggalakkan rakyat supaya lebih beranak ramai. Contohnya kita faham hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar kelahiran, antaranya sebab faktor ekonomi, tetapi dalam TV kita tidak nampak iklan yang banyak. Tengok di TV pun cerita-cerita banyaknya berkisar anak seorang dan dua.

Selepas itu kalau berkahwin pun bercerai, kahwin, cerai, kahwin, cerai jadi menyebabkan kita hendak beranak ramai ini sangat takutlah. Jadi apakah rancangan kerajaan untuk memasarkan supaya kita ini suka beranak ramai. Buat pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, saya ini lima, alhamdulillah [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Tahniah Yang Berhormat, silakan Yang Berhormat Menteri.

Puan Hannah Yeoh: Saya tak tahu macam mana hendak jawab soalan ini, Tuan Yang di-Pertua [Ketawa]

Page 24: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 17

Seorang Ahli: Kahwin satu lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Saya ingat Yang Berhormat, Yang Berhormat pandai jawab.

Puan Asmak binti Husin: Saya rasa mungkin inilah peruntukan iklan contohnya dekat TV, galakan media dan sebagainya.

Puan Hannah Yeoh: Saya rasa sebagai satu kerajaan yang bertanggungjawab, tidak memadai untuk kita hanya membuat program untuk menggalakkan lebih ramai wanita beranak. Kita kena lihat sokongan yang boleh kita berikan kepada ibu yang melahirkan anak. Oleh sebab itu, perhatian khusus yang kami ambil dalam kementerian adalah supaya kita mengutamakan facility childcare. Ini kerana kita juga mempunyai target yang lain. Kita hendak ramai ibu balik kepada workforce ataupun untuk menggalakkan mereka terus bekerja. Kalau kita tak ada facility yang mencukupi, ramai wanita tidak akan mahu melahirkan anak.

Oleh sebab itu, perhatian yang harus kita berikan adalah childcare dulu, supaya mereka bila pergi bekerja mereka tidak risau mengenai isu keselamatan anak-anak mereka. Akan tetapi bajet untuk media dan komunikasi ini, Timbalan Menteri Media dan Komunikasi juga hadir. Saya rasa mereka akan mengambil nota dan mungkin meletakkan di dalam bajet mereka. Terima kasih.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri adakah- tadi sahabat Senator saya ada tanya berkenaan dengan promosi untuk menyedarkan rakyat. Akan tetapi adakah pihak kerajaan bercadang untuk memberi kesedaran kepada kaum bapa, sebab apa kalau kita lihat apabila kita bercakap pasal keluarga ataupun melahirkan anak ini, hanya di lihat dari segi konteks kaum ibu. Childcare centre is a mother’s problem, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Namun dia tidak melihat bahawa membesarkan anak itu adalah sebenarnya tanggungjawab bersama, antara bapa dan juga ibu. Apabila kita bercakap tentang masalah anak, mesti sering kali dikaitkan dengan ibu. Maknanya childcare centre kena ada di tempat ibu bekerja. Macam masalah kesihatan anak, ibu juga. Adakah kerajaan bercadang untuk memberi kesedaran kepada kaum-kaum bapa yang muda ini bahawa membesarkan anak dan menjaga institusi kekeluargaan itu adalah tanggungjawab bersama.

Maknanya kaum bapa juga terutama kaum bapa yang muda ini turut perlu mengambil peranan dan tanggungjawab untuk menjaga anak-anak yang masih kecil. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Hannah Yeoh: Saya setuju dengan Yang Berhormat Senator. Trend yang kita lihat sekarang ramai bapa muda juga mengambil tanggungjawab bersama untuk menjaga anak dan kementerian kita juga dalam press conference kita mengenai kematian baby Adam, kami turut menggalakkan semua agensi kerajaan, walaupun agensi tersebut mempunyai majoriti 90 peratus pekerja lelaki tetapi kementerian ini mengambil dasar untuk menggalakkan mereka terus menyediakan childcare, walaupun pekerja lelaki, ini kerana adalah tanggungjawab bapa juga.

Dalam perbincangan kementerian ini bersama KWSP mengenai cadangan untuk mengeluarkan wang Akaun 2 untuk rawatan ketidaksuburan, kita juga masukkan cadangan untuk membenarkan bapa mengeluarkan wang daripada akaun KWSP mereka kerana untuk mempunyai anak adalah tanggungjawab ibu dan bapa bersama. Terima kasih.

[Soalan No.10 - YBM. Engku Naimah binti Engku Taib tidak hadir]

Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk pertanyaan bagi pihak YBM. Engku Naimah soalan nombor 10.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat yang bertanya soalan itu tak ada dalam Dewan, saya hendak alih kepada soalan nombor 2 Yang Berhormat.

Sila Yang Berhormat Puan Bathmavathi Krishnan.

Page 25: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

18 DN 12.9.2018

Puan Bathmavathi Krishnan: Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana

membenarkan saya mengutarakan soalan nombor 2. Terima kasih.

2. Puan Bathmavathi Krishnan minta Menteri Tenaga Manusia menyatakan, mengapa tiada unit yang bertanggungjawab menyelaraskan perkara-perkara yang melibatkan pekerjaan OKU. Kini terdapat Bahagian Dasar KSM, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, HRDF, PERKESO, ILP yang masing-masing menjalankan tugas secara berasingan dalam membantu OKU walaupun di bawah satu kementerian tapi tanpa koordinasi.

Timbalan Menteri Tenaga Manusia [Dato’ Mahfuz bin Haji Omar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, mujur saya tak balik tadi [Ketawa] Saya hampir-hampir hendak hantar nota untuk hendak balik, ada mesyuarat pukul 12.30 nanti.

Tuan Yang di-Pertua: Oleh kerana Menteri ini aktif dan tunggu dalam Dewan, saya bagi kelonggaran.

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar: Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Bathmavathi atas soalan yang dikemukakan. Walaupun Kementerian Sumber Manusia tidak mempunyai satu unit ataupun jabatan agensi yang tertentu dalam pengendalian terhadap pekerja-pekerja OKU, tetapi kita mempunyai satu jawatankuasa yang menyelaraskan semua unit-unit ataupun jabatan-jabatan dan agensi yang ada di bawah kita yang melaksanakan fungsi masing-masing mengikut bidang-bidang masing-masing seperti PERKESO, HRDF, ILP, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Jabatan Tenaga Kerja dan ada yang lain-lain lagi.

Kita menyelaraskan melalui satu jawatankuasa pekerjaan di bawah bahagian dasar Kementerian Sumber Manusia. Jawatankuasa pekerjaan ini juga adalah merupakan satu jawatankuasa yang berada di bawah Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya (MKB-OKU) yang dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jadi kita di bawah Kementerian Sumber Manusia ini mempunyai pelbagai agensi dan jabatan yang menjalankan fungsi-fungsi yang tertentu. Seperti yang di dalam kementerian ini, kita mempunyai bidang-bidang yang berkaitan dengan penempatan pekerjaan melalui JobsMalaysia. Jadi semua mereka-mereka yang ingin mendapatkan kerja ataupun pencari-pencari kerja termasuk daripada OKU boleh melalui JobsMalaysia.

Kita juga melakukan penguatkuasaan dan pemantauan melalui undang-undang iaitu melalui Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sarawak dan Ordinan Buruh Sabah melalui JTK, Jabatan Tenaga Kerja. Kita juga melakukan proses, program advokasi, rehabilitasi dan penempatan semula pekerjaan oleh Pertubuhan Keselamatan PERKESO. Dalam hal ini, kita telah berjaya menempatkan semula, penempatan semula kepada lebih daripada 19,000 pekerja-pekerja yang sebelum itu mengalami kecederaan dan sebagainya, dan kemudiannya mereka boleh kembali bekerja di sektor yang sama ataupun sektor yang berbeza.

Kita juga memberikan penawaran peluang program latihan kemahiran melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM) iaitu melalui Institut Latihan Perindustrian (ILP) di seluruh Malaysia. Begitu juga dengan kolej-kolej kita yang lain, ADTEC dan juga Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI).

Kita mempunyai 22 Institut Latihan ILP, lapan Pusat Teknologi Tinggi ADTEC, satu Institut Teknikal Jepun (JMTI) dan juga baru dimasukkan ke dalam Kementerian Sumber Manusia ini, ialah IKBN dan juga IKTBN daripada Kementerian Belia dan jumlahnya lebih kurang 22 institut latihan kemahiran ini. Kita menawarkan kepada semua orang yang ingin menyertai latihan kemahiran ini dalam bidang-bidang teknologi mekatronik, teknologi kejuruteraan elektronik, teknologi komputer, seni bina, jaminan kualiti, teknologi perisian, fabrikasi logam, kejuruteraan polimer, mekanik, percetakan, kejuruteraan teknologi pembuatan.

Dalam ILP, kita telah pun memberikan latihan daripada tahun 2007 sehingga 2017 ini kepada 199 orang OKU yang menyertai kursus-kursus latihan kemahiran sehingga SKM3. Namun daripada 199 itu hanya 137 sahaja yang menamatkan kursus mereka dan mereka telah pun mendapat pekerjaan. Ada di kalangan mereka itu yang menjalankan usahawan sendiri ataupun perniagaan sendiri hasil daripada kemahiran yang mereka miliki melalui institut latihan kemahiran ini.

Page 26: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 19

■1130

Semasa mereka belajar, OKU ini diberikan RM300 sebulan berbanding dengan yang bukan OKU, hanya RM100 sebulan. Ini di bawah ILP iaitu kita memberikan kelebihan dan keutamaan kepada OKU. Saya berharap Yang Berhormat Senator dapat memberikan seruan dan kerjasama dengan kami kepada mana-mana OKU khususnya mereka yang berada di sistem persekolahan sekarang ini supaya bila mereka berakhir SPM nanti, mereka boleh memilih sama ada untuk menyertai pengajian akademik biasa ataupun latihan pendidikan kemahiran di bawah Kementerian Tenaga Manusia dan juga beberapa kementerian lain yang juga menjalankan program latihan kemahiran. Kemudian kita juga- sekarang ini ada 84 orang yang masih menjalankan latihan kemahiran di pusat-pusat latihan kemahiran di bawah Kementerian Tenaga Manusia.

Begitu juga kita membuat program-program yang lain melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jabatan Tenaga Kerja dan kita menyediakan peluang-peluang untuk mereka menjadi usahawan dan kita membantu mereka dengan geran-geran tertentu seperti mana yang diperuntukkan setiap tahun ada geran di bawah Jabatan Tenaga Kerja. Jabatan Tenaga Kerja ini lebih kurang dua juta setiap tahun. Sehingga tahun ini, kita telah menghabiskan hampir sejuta geran kepada OKU yang menjalankan keusahawanan-keusahawanan sendiri.

Jadi saya harap dengan penjelasan yang saya berikan itu, memberikan jawapan kepada apa yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan.

Puan Bathmavathi Krishnan: Ya, terima kasih. Tambahan, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan cadangan pindaan kepada Akta Kerja 1955 iaitu Akta 265. Adakah pihak kementerian bercadang juga untuk melihat kepada apa yang disarankan dalam Akta OKU 2008 berkenaan dengan beberapa perkara yang ada terkandung dalam seksyen 29 Akta OKU itu?

Saya hendak menyebut tentang suatu perkara iaitu pengubahsuaian yang munasabah kepada tempat kerja supaya pekerja OKU itu boleh berfungsi dan boleh buat kerja seperti orang lain. Dalam hal ini, mereka memerlukan contohnya kalau seseorang pekerja yang OKU penglihatan, beliau memerlukan peralatan komputer yang sedia dengan perisian yang khas supaya beliau boleh menjalankan tugas.

Bagi pekerja pekak, mereka memerlukan peralatan seperti IT punya communication devices ataupun seorang jurubahasa isyarat. Jadi adakah kementerian akan memberi perhatian supaya adanya penyelarasan apa yang disarankan dalam Akta OKU dengan pindaan-pindaan yang akan dibuat untuk keselesaan dan untuk menjamin pekerja OKU tidak menghadapi masalah dalam pekerjaan? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator atas soalan tambahan. Pihak kementerian sentiasa terbuka untuk melihat sebarang masalah-masalah yang boleh memberikan penambahbaikan khususnya kepada bidang tugas pekerjaan yang dialami oleh pihak OKU. Jadi oleh sebab itu- waktu ini saya tidak ada maklumat yang tepat, yang sebenar dan saya akan merujuk kepada pihak jabatan-jabatan untuk melihat apakah telah pun berlaku semakan itu ataupun sebagainya.

Akan tetapi yang penting kepada kita bahawa Kementerian Tenaga Manusia sentiasa memberikan keutamaan dan peluang yang sama seperti mana yang ada kepada semua golongan pekerja. Sebarang bentuk diskriminasi terhadap mana-mana pekerja termasuk OKU sendiri, kita begitu tegas untuk mengambil tindakan dan kita mengharapkan kepada mana-mana majikan akan memberikan kemudahan-kemudahan yang terbaik berasaskan kepada latar belakang OKU tersebut.

Jika mereka cacat penglihatan umpamanya, mereka harus diberikan keupayaan-keupayaan untuk mereka dapat melaksanakan tugas secara yang sebaik-baiknya. Termasuk juga bagi yang pekak, bisu dan sebagainya, harus juga diberikan peralatan-peralatan tertentu bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas secara yang sebaik-baiknya, insya-Allah.

Page 27: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

20 DN 12.9.2018

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Berdasarkan kepada jawapan tadi – terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita tengok sekarang kemudahan khusus untuk disable people, sekarang ini peruntukannya di bawah Persons with Disabilities Act, seksyen 29.

Soalan saya kepada kementerian, satu, pemindaan Akta Kerja tetapi sementara menunggu pemindaan Akta Kerja, kalau kita tengok Akta Kerja sekarang Bahagian VIII ia ada khas untuk wanita, Bahagian IX untuk maternity benefit, 12A untuk foreign workers, 15 untuk sexual harassment. Soalan saya, adakah kementerian berhasrat untuk dalam proses mengkaji semula Akta Kerja ini, mewujudkan satu bahagian khas untuk disable person?

Kedua, kalau kita tengok akta sekarang, ia ada satu kuasa, Menteri ada kuasa untuk create regulation. Kalau dulu kita tengok, employment of young persons and children, ia dalam Akta Kerja seksyen 45 hingga seksyen 54. Sekarang dikeluarkan dan ia dibuat sebagai satu regulation. Fasal kalau kita hendak tunggu pemindaan akta itu kena pergi Parlimen dan sebagainya. Saya rasa Menteri ada kuasa untuk buat regulations untuk employment of disable persons. Sama ada kementerian berhasrat atau tidak? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator yang minta penjelasan. Saya tidak boleh menjawab secara spesifik. Saya percaya bahawa pegawai-pegawai di belakang saya ini akan membuat catatan untuk menyemak kembali apa-apa cadangan yang telah pun dikemukakan kerana ini membabitkan pertama, akta dan yang keduanya ialah kuasa Menteri. Kuasa Menteri untuk membuat sebarang regulations dan sebagainya. Jadi, insya-Allah kita akan melihat di mana sesuatu yang menjadi keperluan dan kemunasabahan untuk menjaga kepentingan golongan pekerja-pekerja OKU ini maka kita akan lakukan yang terbaik.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan selesai.

[Masa Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG ANTIBERITA TIDAK BENAR

(PEMANSUHAN) 2018

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang di tangguh atas masalah “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [27 Ogos 2018]

Tuan Yang di-Pertua: Minta Yang Berhormat Menteri menyambung.

11.37 pg.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk menyambung jawapan kepada perbahasan-perbahasan yang telah dikemukakan oleh para Senator yang bijaksana pada sidang yang lepas, pada sebelum cuti lagi.

Page 28: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 21

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya telah menjawab boleh

katakan hampir banyak persoalan yang dikemukakan. Pada hari ini saya cuma akan menyambung satu atau dua perkara sahaja.

Pertamanya, saya ingin menyentuh tentang ada Ahli Dewan Negara ini ataupun Senator yang telah membangkitkan berkenaan dengan tentang anti-fake news yang telah pun dilaksanakan di Jerman. Ini saya akui memang di Jerman ada satu undang-undang yang telah pun digubal oleh Parlimen Jerman berkaitan dengan anti-fake news ini. Cumanya saya rasa di sana wujudnya satu perbezaan yang besar di antara undang-undang di Jerman dan juga undang-undang di dalam negara kita.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya hendak jawab tentang anti-fake news di Jerman itu, saya hendak beritahu beginilah. Sebenarnya Jerman ini kalau kita hendak compare dengan negara kita ini, kita kena berhati-hati sebab Jerman ini dia terlalu advance sangatlah. Saya hendak beri contoh, di Jerman sekarang ini, Parlimen mereka sedang bincangkan apa tahu?

Untuk kalau boleh kereta konvensional ini yang gunakan minyak ini, kemungkinan sudah tidak ada lagi sudah. By 2030, dengan izin, kemungkinan di Jerman mereka hendak pergi kepada dipanggil electric vehicle (EV) ataupun kenderaan elektrik. Jadi mereka sudah jauh sudah ke hadapan dengan kita. Kita di Malaysia, hendak buat kereta baru pun jadi isu. Bincang macam-macam lah.

■ 1140

Jadi mereka sudah pergi Parlimen mereka sudah bincang bab itu. Sebab itu bagi saya, kalau kita hendak gunakan Jerman, kita kena berhati-hati. Di Jerman, memang ada undang-undang di panggil Network Enforcement Act ataupun dalam istilah ringkasnya NetzDG. Ini undang-undang di Jerman, saya telah membaca rang undang-undang itu.

Apa perbezaan di antara undang-undang di Jerman dengan undang-undang yang kita buat anti-fake news ini? Di Jerman, undang-undang itu disasarkan khusus kepada dipanggil telemedia service provider, penyedia perkhidmatan telemedia seperti Facebook, Twitter, maknanya orang-orang yang sediakan itu. Ia meletakkan tanggungjawab untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap unlawful content dalam media sosial ke atas penyedia perkhidmatan- service provider. Kalau dalam negara kita, macam kita itulah, yang sediakan contohnya Celcom, Unifi. Semua itulah, yang mereka target kepada itu, service provider.

Kalau sekiranya mereka ambil tindakan ke atas unlawful content dalam media sosial ini ke atas penyedia perkhidmatan, kalau mereka di dapati bersalah, mereka dikenakan satu denda yang amat besar. Sekiranya mereka gagal untuk memadam kandungan yang salah tersebut, mereka akan dikenakan di bawah peruntukkan seksyen 3(2)(2) akta tersebut, akta yang saya nyatakan tadi, Akta Network Enforcement Act atau NetzDG. Kalau sekiranya ada kandungan yang kurang jelas melanggar undang-undang dalam sosial media di Jerman seperti Facebook dan Instagram, undang-undang di sana memberikan tempoh tujuh hari untuk mereka pertimbangkan dan sekiranya sesuai untuk memadam posting tersebut- diberi peluang dahulu, kalau sekiranya mereka ada peluang untuk memadam seperti peruntukkan di bawah Seksyen 3 (2)(3) akta berkenaan- dibenarkan dahulu untuk orang padam.

Kegagalan untuk mematuhi tarikh akhir boleh menyebabkan dikenakan denda sehingga 50 juta Euro sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 4(2) akta tersebut. Setelah undang-undang ini dilaksanakan di Jerman, setakat 1 Januari 2018 Tuan Yang di-Pertua, hanya terdapat satu sahaja kes melibatkan ahli politik pembangkang Jerman yang memuat naik status di Twitter mempersoalkan tweet tahun baharu oleh pasukan polis Poland yang disiarkan dalam bahasa Arab. Twitter telah memadam tweet tersebut dengan segera dan menyekat pemilik akaun Twitter selama 12 jam.

Dalam kes di Jerman, pengguna ataupun pemilik akaun media sosial tidak dikenakan penalti kewangan, cuma hak mereka untuk menyatakan pendapat ataupun perbahasan sementara disekat untuk tempoh tertentu. Maknanya tidak dikenakan denda tetapi dia ada hukuman dalam bentuk contoh dalam tempoh tertentu semua tidak boleh digunakan itu sahaja di Jerman.

Page 29: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

22 DN 12.9.2018

Sekarang kita lihat di dalam negara kita, undang-undang di negara kita, pertamanya

skop sasaran berbeza. Skop sasaran di Malaysia ini, ianya kepada semua orang. Kalau kita lihat pada akta ini, saya bagi- ada 4 seksyen. Seksyen 4, 5 dan 6. Saya hendak bagi Seksyen 4 Akta Anti-Fake News. Saya bacakan, “Any person who, by any means, maliciously creates, offers, publishes, prints, distributes, circulates or disseminates any fake news or publication containing fake news commits an offence.”

Sekiranya mereka bersalah, pertamanya mereka kena denda sebanyak RM500 ribu tidak boleh melebihi ataupun pada hukuman penjara untuk tempoh tidak melebih six years ataupun kedua-duanya sekali. Sekiranya kesalahan itu berterusan, dalam Seksyen 4 mereka boleh dikenakan denda yang berterusan sebanyak RM3,000 setiap hari, tidak boleh melebihi RM3,000 sehinggalah- daripada mereka mula mengulangilah, maknanya mereka tidak...

Dato’ Sri Khairudin Samad: Tuan Yang di-Pertua minta laluan?

Tuan Yang di-Pertua: Boleh, silakan.

Dato’ Sri Khairudin Samad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dengar pasal fake news ini bukan fake news tetapi saya dengar di luar rakan-rakan saya juga bertanya. Kenapa kita hendak tarik balik? Saya hendak minta pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Kenapa kita hendak tarik balik RUU Fake-News ini oleh sebab kononnya lah fake atau tidak, kita tidak tahu. Kononnya, kes-kes yang di kumpul begitu banyak- macam ada satu bank lah, satu tabung kes-kes yang di kumpul ini untuk diambil tindakan kebanyakannya adalah pemimpin-pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan.

Oleh sebab itu, RUU Fake-News ini hendak di tarik balik supaya tindakan terhadap mereka tidak boleh diambil. Adakah benda ini betul atau sengaja diadakan? Padahal, kita hendak buat ini untuk tujuan kebaikan kerana janji Pakatan Harapan kepada rakyat bahawa sekiranya berjaya dalam Pilihan Raya yang lepas, kita hendak tarik balik yang ini. Adakah janji PRU ataupun kerana yang disebarkan ini kononnya pemimpin-pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan ini banyak sangat menyebarkan fake news dahulu dan sekarang ini hendak tarik balik supaya tindakan tidak dapat di ambil.

Saya khuatir, kerana sekarang ini saya sebut dalam perbahasan tempoh hari, saya sebut, saya kata saya paling khuatir kerana saya sekarang duduk di pembangkang. Selalunya kerajaan lah yang beruntung untuk mengambil tindakan terutama sekali kepada kami di pembangkang ini yang sekarang ini tukang penyebar. Umpamanyalah saya beri contohnyalah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato Sri Khairudin. Sebelum saya menjawab itu, izinkan saya sambung sedikit tadi- Yang Berhormat Senator Dato Sri Khairudin dan Tuan Yang di-Pertua. Saya kata seksyen 4, di sana juga ada seksyen 5. Jadi saya hendak bezakan dengan Jerman tadi.

Seksyen 5 ini kalau sekiranya kita memberikan bantuan kewangan, sesiapa terlibat dalam memberikan financial assistant mereka juga boleh diambil tindakan.

Seksyen 6 ini, izinkan saya untuk melihat Seksyen 6. Saya baca Seksyen 6 ialah, “failing to carry out duty to remove publication”, maknanya ini juga, sekiranya kita gagal removed, kita dengan- setelah kita tahu benda itu adalah fake news dan kita ada sebab munasabah bahawa publication itu mengandungi fake news maka kita juga boleh dikenakan tindakan.

Apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah kalau kita lihat seksyen 4, 5 dan 6 dia menggunakan perkataan any person maknanya semua orang tidak kira Yang Berhormat Senator Dato Sri Khairudin pembangkang kah, kerajaan kah, Menteri kah, Timbalan Menteri kah semua orang terdedah kepada pendakwaan ataupun siasatan.

Jadi inilah yang menyebabkan kita rasa perkara ini- bukan maknanya kita kata saya hendak kata saya ulang balik ,saya hendak jawab terus kepada Yang Berhormat Senator Dato Sri Khairudin tadi.

Page 30: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 23

Sebenarnya bukan masalah kita hendak condone Fake-News. Tidak timbul pun

sebenarnya sebab saya hendak katakan- seperti saya kata sebelum ini juga bahawa di negara kita sudah ada undang-undang yang mencukupi, tidak perlu undang-undang lain. Di Jerman, mereka tidak buat create satu offence baharu, Fake News itu berdasarkan undang-undang yang ada, cumanya mereka sasar kepada siapa. Itu beza di Jerman dengan negara kita.

Kita create- sudah ada satu akta lain contohnya kita ada Akta Kanun Keseksaan, kita ada Multimedia dan Komunikasi, kita ada contohnya Akta Hasutan walaupun kita akui Akta Hasutan mungkin ada orang tidak berapa setuju. Akan tetapi dia masih lagi di boleh digunakan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Semua akta inilah akta-akta yang mengandungi peruntukkan-peruntukkan yang melarang daripada kita menyebarkan berita palsu. Sekiranya kita melakukan kesalahan kita akan diambil tindakan di bawah akta sedia ada.

Sebab itu kalau kita create lagi akta ini kita create pula satu kesalahan yang baharu. Apatah lagi akta ini juga berdasarkan seksyen 3, ia terpakai untuk dipanggil extra territorial, kepada yang di luar pun boleh di ambil tindakan. Maknanya bukan kesalahan di Malaysia sahaja kesalahan di luar negara, katakan orang Malaysia duduk di England kah, duduk di Afrika, pun boleh dikenakan tindakan. Jadi- okey.

■1150

Sebenarnya tuduhan, kalau ada tuduhan ya, seperti Yang Berhormat Senator katakan tadi, sebenarnya RUU Anti-Fake News kita mahu repeal atau kita mahu mansuhkan kerana kita takut ramai yang terlibat dengan fake news ini adalah parti pembangkang dahulu yang sekarang ini menjadi kerajaan. Saya rasa itu tuduhan yang amat nakal, saya tidak kata tuduhan- tuduhan nakal la ya. Oleh sebab apa, saya tidak tahulah orang lain tetapi bagi saya kalau setakat Ahli Parlimen atau Menteri-menteri daripada Pakatan Harapan, kami rasanya memang tidak pernah- daripada pembangkang sehingga sekarang, kita tidak berminatlah dengan benda-benda fake ini, tidak kira apa pun. Kita suka benda yang genuine, benda yang asli.

Oleh sebab itu kita, tidak payah mahu sue, tidak payah ada akta inilah. Kalau tidak ada akta ini pun kita tidak akan sebarkan berita palsu sebab bagi kita, berita palsu ini kalau kita sebarkan, kredibiliti kita pun akan jatuh. Bukan sahaja masalah- kalau kita sebarkan berita palsu, saya rasa rakyat tidak akan terima dan rakyat akan tolak kita pada pilihan raya yang lepas. Kenapa rakyat terima kempen kita? Saya rasa rakyat lebih pandai, mereka lebih pandai, mereka lebih bijak.

Kalau mereka rasa apa yang disampaikan oleh pembangkang pada masa itu adalah tidak betul, mereka tolak kita. Contohnya kita tengok 1MDB tidak betul, mereka akan bantah kita dan mereka akan hukum kita dalam pilihan raya. Akan tetapi, apa yang berlaku ialah, segala apa yang kita cakap itu, kita berhujah dengan mereka, mereka boleh terima dan mereka akui bahawa kita menyampaikan berita yang benar. Oleh sebab itulah mereka pilih kita dan mereka jadikan kita sebagai kerajaan. Jadi, tidak timbul mahu kenakan pada diri kita ataupun takut diri kita kena. Bagi kita, tidak ada berita, tidak ada akta ini pun kita tidak akan cerita atau sebarkan berita yang tidak benar.

Oleh sebab bagi kita, lagi-lagi kalau kita orang Islam, tidak ada akta pun kita tidak boleh cakap benda bohong ini. Benda bohong ini benda palsu ini bukan masalah akta. Masalah kita dengan Tuhan pun tidak selesai kalau sekiranya kita ini- saya rasa ini orang yang beragama lain pun sama. Kalau kita yakin kita ni seorang yang yakin ada satu- we believe in God, kita tidak akan buat benda-benda ini. Saya percaya semua orang juga, apatah lagi kita orang Islam, yang kita tahu bahawa kita akan dikenakan hukuman dan sebagainya, sudah tentulah kita tidak akan sebarkan berita yang tidak palsu.

Jadi, saya rasa tidak timbul dan kita pun, kalau kita hapuskan hari ini pun sebenarnya saya mahu beritahu Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin, pembangkang yang sekarang yang mungkin sepatutnya lebih berhati-hati.

Page 31: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

24 DN 12.9.2018

Saya mahu beritahu Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Khairudin juga, di hadapan

saya ini ada satu- saya dapat satu maklumat... [Menunjukkan dokumen berkaitan] Statistik. Kalau nak, saya boleh berikan kemudian nanti. Tentang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), senarai kes yang mereka dakwa kerana menyebarkan berita palsu di bawah Akta Multimedia, daripada tahun 2016 sehingga tahun 30 Jun 2018.

Saya nak bacakan, “Bilangan kes disiasat”- pada tahun 2016 sebanyak 37 orang. Tahun 2017, sebanyak 40 orang. Tahun 2018, sebanyak 36 orang. Maknanya dalam undang-undang sekarang, sudah adapun berdasarkan akta. Belum ada Anti-Fake News Act pun, sudah ada. Saya ada nama-nama senarai orang-orang yang didakwa, semua ada ni. I got all the details. Maknanya, kalau sekiranya tidak ada akta Anti-Fake News pun, bukan bermakna perbuatan menyebarkan fake news ini akan diambil ringan oleh pihak kerajaan. Tidak! Fake news ini, mana-mana Ahli Parlimen, orang awam tidak boleh sama sekali tolerate. Akan tetapi, itu bukan bermakna kita justify...

Dato’ Sri Ti Lian Ker: [Bangun]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sekejap ya. Kewujudan Anti-Fake News. Kecuali negara kita tidak ada undang-undang, itu saya boleh terimalah. Kita perlukan Anti-Fake News. Sekarang ini kita ada undang-undang yang mencukupi untuk nak deal. Kalau ada kelemahan undang-undang itu, seperti yang saya katakan, kita buat pindaan. Pindaan itu, untuk makluman Ahli Parlimen, SKMM dalam proses untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia. Oleh sebab, akta ini khususnya seksyen 211, seksyen 223 ada orang pertikaikan, seksyen ini mungkin bermasalah.

Sekiranya ada masalah, saya rasa undang-undang ini, undang-undang yang akan dipinda nanti, akan mengambil kira segala input daripada orang ramai dan akan digunakan ataupun digubal seadil yang boleh untuk memastikan hanya orang yang betul-betul terlibat dengan penyebaran berita palsu sahaja yang akan diambil tindakan dan proses itu mestilah adil. Seperti yang saya hujahkan sebelum ini, kita dalam undang-undang ini ada adil dan juga proses keadilan. Decision and decision-making process. Silakan, Tuan Yang di-Pertua ada...

Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan.

Dato’ Sri Ti Lian Ker: Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan perbandingan negara Jerman, saya rasa adalah perbandingan yang tidak wajar ataupun tidak sepatutnya. Ini kerana negara kita berbilang kaum, sensitiviti dan sebagainya. Masih lagi jurang perbezaan dan persefahaman ataupun perpaduan antara kaum dan keagamaan itu masih kekurangan.

Tadi juga Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa, antara kita dengan Tuhan seakan-akan kita- kebanyakan kita macam malaikat. Akan tetapi saya rasa kita lebih munafik daripada malaikat.

Soalnya kalau kita pengamal sosial media, kita dapat tengok bukan sahaja berita-berita palsu telah diviralkan tetapi ada juga ramai di antaranya adalah fake account. Ia berlaku secara berleluasa. Antaranya, kegentingan politik ataupun fahaman politik yang begitu zombie-like, dengan izin, adalah disebabkan oleh fake news yang tersebar secara berleluasa yang mana orang terima sahaja dan tidak ingin membuktikan ataupun menerima atau mengkaji dengan lebih mendalam.

Jadi, saya rasa kita perlu mengambil dan menerima hakikat bahawa memang Akta Anti-Fake News ini diperlukan lebih-lebih lagi di negara kita.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator daripada MCA ya? Saya mahu beritahu kepada Yang Berhormat Senator MCA lah, tentang malaikat dan munafik itu. Bahaya tu. Nanti kena MCA sendiri. Oleh sebab dulu, MCA tidak berkawan dengan PAS kan? Sekarang berkawan dengan PAS. Orang kata ini munafik nanti. Oleh sebab itu jangan memberikan pandangan...

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat minta Menteri tidak payah lari daripada itulah.

Page 32: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 25

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya bercakap...

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, kita menghormati kerajaan. Kalau mahu polemik begini...

Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa. Tidak apa. Yang Berhormat Senator Tuan Khairul Azwan, sila duduk.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Okey, terima kasih.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya bercakap ini respons kepada...

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: ...Tiada yang kata siapa Tuhan...

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: No, I’m responding, I’m responding...

Tuan Yang di-Pertua: Kita jangan, kita jangan...

Dato’ Sri Ti Lian Ker: Saya mahu jelaskan ini. Sebenarnya malaikat...

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Let me reply first-lah.

Dato’ Sri Ti Lian Ker: Malaikat dan munafik ini universal. Itu tidak boleh semua kita masukkan dalam Islam...

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: You yang bangkitkan, bukan I yang bangkitkan.

Dato’ Sri Ti Lian Ker: ...Dan provokasi sentimen orang-orang Muslim. Itulah masalahnya orang-orang politik seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri. Minta maaf.

Tuan Yang di-Pertua: Hello? Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, tolonglah jangan personal ya. Ini kita jawab secara...

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Tidak, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak personal, membangkitkan, saya responding kepada apa yang beliau kata...

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Jawab terus. Jawab terus tidak payah hendak...

Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa, tidak apa Yang Berhormat Senator.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey, okey. Saya akuilah. Tidak apalah. Saya mahu katakan sebab itu kena berhati-hati bila kita bangkitkan istilah munafik dan sebagainya sebab saya takut nanti kena pada diri kita sendiri. Itu maksud saya.

Dato’ Sri Ti Lian Ker: Saya tidak quote Rukun Islam atau apa...

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Let me reply first-lah.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Senator, kalau mahu adakan perbincangan sila keluar dari Dewan. I sudah bagi- kita dalam sini berjalan secara aman. Yang Berhormat Menteri, kalau Yang Berhormat Senator ini bercakap saya tidak dengar apa-apa yang ada masalah dengan apa yang diberitahu oleh Yang Berhormat Menteri. Sila jawab Yang Berhormat Menteri.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey, Tuan Yang di-Pertua. Saya akan teruskan kepada ini. Mengenai Jerman dengan Malaysia ini. Sebenarnya, saya mahu beritahu dengan Yang Berhormat Senator, untuk makluman Yang Berhormat Senator, sebenarnya memang saya akuilah mungkin Jerman itu kita katakan tadi tidak berbilang kaum, macam di negara kita seperti mungkin tidak multiracial macam negara kita. Akan tetapi sebenarnya, dalam dunia global sekarang ini, saya rasa kita mungkin sudah tidak boleh lagi mahu katakan mana-mana negara ini hanya ada satu kaum sahaja. Ini sebab sentiasa akan ada pelbagai kaum yang mungkin akan datang ke negara itu.

Di Jerman untuk makluman Yang Berhormat Senator, ramai rakyat Turki di sana tau. Turki, Turki ini orang Islam. So, nak kata mereka di sana satu kaum pun tidak betul. Satu bangsa pun tidak betul. A lot of people, ramai orang-orang yang bukan daripada- yang ambil suaka politik dan sebagainya, ramai di sana.

Page 33: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

26 DN 12.9.2018

Oleh sebab itu, sekarang Jerman adalah antara negara yang banyak terima pelarian

daripada Syria dan sebagainya. Jadi, kita kena faham bahawa dengan dunia global village ini, isu-isu multiracial ini mungkin sudah tidak relevan lagi dah. Maksudnya, akan datang makin lagi rencam bangsa ataupun kaum dalam sesuatu negara. Itu yang pertama.

Kedua, untuk makluman Yang Berhormat Senator, bila kita buat undang-undang di negara kita ini, bukan sahaja Anti-Fake News, undang-undang apa-apa pun kita mengambil kira semua kaum ini.

■1200

Jikalau kita gunakan logik Yang Berhormat Senator, sudah tentulah undang-undang lain pun sama juga. Tidak boleh kita ini- sedangkan undang-undang ini, apabila kita buat di dalam negara kita ini, kita mengambil kira semua kaum di dalam negara kita ini. Kita ambil kira semua. Oleh sebab itu bagi saya, isunya bukan isu anti-fake news dengan Jerman ini berbeza, sana kaum, komposisi kaum, tidak? Isunya adalah kita sudah ada undang-undang yang cukup, sudah ada undang-undang yang cukup.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, saya sudah tahu sangat sebab saya adalah pengamal undang-undang dan saya tahu macam mana undang-undang dalam negara kita sudah cukup sangat. Mungkin Yang Berhormat Senator tidak ada pengalaman sebagai– macam Tuan Yang di-Pertua, pengamal undang-undang. Kita tahu undang-undang yang ada sudah cukup.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, jikalau kita terlampau banyak undang-undang, ini tidak bagus, it’s not good, too many laws tidak bagus. Oleh sebab negara yang banyak undang-undang...

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Boleh saya mencelah sedikit?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sekejap. Negara yang banyak undang-undang- sekejap ya Yang Berhormat. Negara yang banyak undang-undang ini kebanyakan secara umumnya, negara-negara yang dipanggil negara diktator. Itu banyak undang-undang. Oleh sebab apa, negara yang diktator, ia perlukan undang-undang sebab ia rasa tidak secured kedudukannya. Ia perlukan undang-undang untuk melindungi kesalahan-kesalahannya.

Oleh sebab itulah negara-negara ini ia akan sentiasa buat undang-undang baru jikalau ia rasa undang-undang lain tidak mencukupi. Inilah yang berlaku dalam negara kita, minta maaf Yang Berhormat Senator. Sudah ada undang-undang yang mencukupi pun kita rasa tidak cukup lagi. Tambah, tambah, tambah, akhirnya apabila tambah undang-undang ini, kesannya ialah ia tambah kerja kepada pihak polis, tambah kerja kepada pihak penguat kuasa, tambah kerja kepada mahkamah, ia juga melibatkan kos.

Saya juga hendak beritahu kepada Yang Berhormat Senator, jangan kita ingat pelaksanaan undang-undang tidak ada kaitan dengan kos. I can show you a book written by Weinz Scholar, hubungan- relationship between undang-undang dengan kos ini. Ada ia punya interrelation, dengan izin, ada hubung kait antara undang-undang dan ekonomi. Makin banyak undang-undang, sebenarnya kita makin banyak menghabiskan wang negara.

Jadi, saya rasa isu sama ada undang-undang ini di Jerman dan di Malaysia itu berbeza, tidak timbul sebenarnya. Sepatutnya, jikalau kita hendak buat undang-undang, jikalau kita rasa undang-undang di negara kita ini kita hendak buat undang-undang, tidak salah jikalau kita ambil undang-undang negara lain sebagai panduan untuk kita memastikan undang-undang negara kita ini juga selaras dengan keadilan sejagat itu.

Di Jerman, saya rasa ataupun negara-negara lain semua tidak suka fake news. Jikalau mereka suka fake news, sudah tentu mereka tidak buat undang-undang yang seperti mana saya katakan tadi. Apabila mereka buat undang-undang itu, bermakna mereka tahu bahawa perlunya undang-undang ini. Negara kita pun sebenarnya, alhamdulillah, kita sebenarnya advanced in the sense that kita sudah ada undang-undang khas untuk hendak deal dengan fake news ini. Oleh sebab itu tidak perlu undang-undang yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, tadi ada Yang Berhormat Senator hendak tanya.

Page 34: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 27

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya setujulah, saya faham apa Yang Berhormat Menteri terangkan. Saya hendak quote dua bukulah. Buku yang pertama ditulis oleh pemimpin kerajaan pada hari ini bertajuk Time Bomb of Malaysia, please read that book, Time Bomb. Buku yang kedua, satu buku yang ditulis oleh penulis Barat, Eliza Griswold, ‘The Tenth Parallel’.

Saya hendak tekankan di sini, saya faham, negara kita Yang Berhormat Menteri, sebuah negara majmuk. Eliza Griswold mengatakan bahawa Malaysia ini sebuah negara yang cantik, moden, sofistikated, prosperous. Dia cukup bangga dengan Malaysia, maka dia menganggap Malaysia ini satu negara dalam dunia walaupun berbilang kaum, kita telah maju ke hadapan, dia cukup bangga. Eliza ini buat research seluruh dunia, bukan sahaja Malaysia. Eliza punya research fokus on negara-negara Islam, bagaimana perpecahan negara Islam, apa sebab?

Saya hendak katakan di sini, Eliza telah bagi warning. Dia kata walaupun Malaysia ini negara maju, hebat, ekonomi bagus, pelbagai, cantik tetapi the word she used, dia kata, “religious differences”, boleh menghancurkan negara ini, melalui provokasi-provokasi antara kaum. Saya faham di Germany yang sebenar- Germany itu saya consider homogeneous society-lah. Pihak-pihak Pak Arab very small number. Kita ini majmuk, kita besar, berbeza. Sejarah kita dari dahulu, cukup sensitif, kebelakangan ini lagi sensitif. Jikalau sekiranya kerajaan tidak berkeras, saya tidak kisah hendak mansuh, tidak mansuh.

Saya yang kisahkan pada hari ini, anak cucu-cicit kita, itu yang saya bimbang. Saya faham dari segi kos, dalam kos ini jikalau kita tidak jaga kosnya, kos anak cucu-cicit kita tidak akan hidup akan dapat hidup macam kita hidup pada hari ini. Saya maksudkan kita telah diberi amaran oleh penulis-penulis Barat yang buat research, buku-buku akademik, banyak yang saya baca, dia selalu warning, please Malaysia, jangan. Provokasi ini cukup-cukup bahaya, korang semua sudah bagus, sudah cantik, tidak ada dalam dunia macam kamu ini, cukup cantik. Akan tetapi provokasi tolong jaga.

So, saya mengharapkan- kita juga faham, pihak kerajaan kena faham, kami bukan hendak menghentam tidak tentu fasal. Terus terang saya katakan, hendak mansuh, tidak mansuh, it’s not my problem, my problem is my generation, cucu-cicit kita, orang Melayu kah, orang Cina kah, orang India kah, Sabah dan Sarawak sama, mereka cucu-cicit kita. We will go, what will happen to them? Kita sebagai pemimpin kena fikir betul-betul. Tolakkan sentimen-sentimen ideologi parti masing-masing. Kita fikir anak kita ini. Maka dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya harap kita jelas, kita faham.

Oleh sebab kita telah diwarning berkali-kali. Saya sebagai orang akademik, saya boleh tunjukkan buku dia, cukup banyak buku bagi warning. Malaysia jangan kacau, pastikan. Oleh sebab provokasi agama cukup-cukup bahaya di Malaysia ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, silakan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, panjang lagi?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sudah hendak gulung ini. Boleh katakan- saya berharap soalan terakhirlah. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Senator yang bertanya tadi, saya setujulah religious differences ini memang kadang-kadang digunakan untuk sampai berbunuhan. Ia bukan satu fenomena yang berlaku di Malaysia sahaja, sejarahnya memang begitulah. Daripada unsur Syiah, Sunni, itu semua religious differences lah, yang sekarang berbunuh-bunuhan di negara Arab ini religious differences lah.

Saya tahu sangatlah Yang Berhormat Senator sebab apa, kebanyakan saya akuilah, kadang-kadang orang yang bercakap tentang religious differences ini pun ramai juga yang– saya hendak cakap umum ya, bukan dekat Malaysia sahaja, ramai juga yang tidak faham agama. Mereka tidak boleh terima bahawa dalam Islam sebagai contoh, agama ini ada benda yang kita boleh berbeza pendapat, ada benda tidak boleh beza pendapat.

Page 35: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

28 DN 12.9.2018

Dalam agama, saya hendak beritahu istilah untuk Tuan Yang di-Pertua, ada perkara

yang dipanggil perkara thawabit. Thawabit ini perkara yang tetap, tidak boleh kita berbeza pendapat. Ada perkara yang dipanggil mutghayyirat, perkara yang dipanggil benda-benda yang anjal, yang ada fleksibel, yang kita boleh beza pendapat. Ini perkara yang sebenarnya sudah lama, ulama sudah bincang panjang.

Akan tetapi sekarang masalahnya sekarang ini, kita kadang-kadang berbeza pendapat dalam perkara yang sepatutnya kita boleh beza pendapat, dianggap tidak boleh beza pendapat. Lagi satu, saya hendak beritahu dengan...

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Itu yang dimaksudkan religious differences...

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sekejap-sekejap Yang Berhormat Senator.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: ...Islam dan bukan Islam, ini buku ini kata. Islam dan bukan Islam, selepas 9/11.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey, tidak mengapa Yang Berhormat Senator. Sebenarnya, saya hendak beritahu Yang Berhormat Senator, tentang isu Islam dan bukan Islam ini juga. Sebenarnya jikalau negara kita, sebenarnya tidak perlu takut sebab apa, dalam perlembagaan kita sudah ada satu yang dipanggil kalau orang gunakan istilah ialah indigenous elements.

Elemen-elemen yang tidak boleh kita sentuh pun. Contohnya, dari segi Islam sebagai agama Persekutuan. Isu tentang Raja-Raja, isu tentang Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, isu hak istimewa orang Melayu, affirmative action. Ini semua adalah dipanggil elemen-elemen yang telah imbedded dalam constitution, yang tidak boleh disentuh pun.

Ini saya rasa- alhamdulillah negara kita ini, kita boleh mengucapkan tahniah kepada semua kaum di dalam negara kita ini, baik Melayu, Cina dan India, mereka terima ini sebagai social contract dan mereka tidak pernah pertikaikan. Apa yang menjadi masalahnya ialah ada setengah-setengah pihak yang tidak bertanggungjawab, yang suka sangat main isu perkauman ini, khususnya dalam pilihan raya. Suka sangat main isu perkauman, apabila ada– kadang-kadang kita main isu perkauman, Melayu terancam lah sebagainya. Jadi, inilah menyebabkan negara kita menjadi kucar-kacir, huru-hara.

Sebenarnya saya rasa, jikalau rakyat dididik dengan betul, dalam pendidikan kita didik dengan betul tentang konsep negara kita ini, tidak ada orang pun yang akan- sebenarnya hendak suka-suka bergaduh ini. Apa yang berlaku sebagai contoh, benda-benda pahit seperti tragedi 13 Mei dan sebagainya, ini bukan salah agama, salah orang-orang tertentu, saya tidak mahu sebutlah, ada pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. Ini yang sepatutnya kita salahkan, bukan salah pihak agama.

Ada juga orang kadang-kadang sering juga menyalahgunakan agama sehingga jadi melahirkan ekstremisme ataupun pelampau. Mudah menghukum orang dan sebagainya. Saya tahulah sebab saya pernah dalam- pernah jadi mangsa kepada perkara-perkara itu. Jadi, saya tahu sangat tentang bagaimana kadang-kadang kita menyalahgunakan, baik agama dan sebaginya untuk membuat kan ini, ia ada sikap dipanggil “holier than thou- “aku lebih suci daripada orang lain”. Aku lebih tahu, ini yang- jikalau kita belajar.

■1220

Ini yang kalau kita baca- saya baca buku tentang ISIS yang ditulis oleh ini kan. Kenapa wujudnya ISIS ini? Kerana itulah, kerana ada sikap holier than thou, aku lebih mulia dari orang lain. Apabila kita pegang satu agama, kita rasa kita lebih mulia dari orang lain, kita lebih suci dari orang lain. Orang lain kita anggap sebagai orang yang mungkin second class dan sebagainya.

Inilah yang mengakibatkan kadang-kadang apabila orang tidak faham ini, ia menyebabkan berlakunya persengketaan agama. Kalau sekiranya benda itu berlaku pun, tidak perlu kita risau sebab undang-undang yang ada sekarang sudah cukup.

Saya bentangkan sebelum ini bagaimana undang-undang Kanun Keseksaan itu dia punya hebat undang-undang itu sehingga kita tidak boleh fitnah orang mati pun tidak boleh fitnah. Bukan orang hidup sahaja, orang mati pun tidak boleh fitnah. Ha, undang-undang ini.

Page 36: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 29

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Mohon mencelah Yang Berhormat

Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, boleh?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya sebenarnya sudah hendak habis tetapi kalau...

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Sedikit lagi.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Terpulang kepada Tuan Yang di-Pertua lah.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Sebab saya hendak mohon sedikit penjelasan.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: No, you have to get permission from Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Ha! Boleh. Kalau boleh, tidak apa.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebab tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut dalam hujah berbahas, Yang Berhormat Timbalan Menteri kata undang-undang yang sedia ada sekarang ini sudah mencukupi. Sudah sangat mencukupi untuk mengatasi anti berita tidak benar ini, isu ini.

Akan tetapi saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebab undang-undang yang sedia ada- satu yang kita guna pakai adalah Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana undang-undang ini yang digubal 20 tahun yang lalu. Maknanya paling latest 1998 tetapi 20 tahun yang lalu. Akan tetapi apabila timbul isu Akta Antiberita Tidak Benar digubal pada tahun lalu ini, ia adalah untuk bukan sahaja untuk mengatasi tetapi kita hendak prevention. Maknanya untuk mengelakkan lebih banyak kes-kes ataupun berita-berita tidak benar ini berlarutan. Maknanya dengan keadaan kepesatan media sosial dan sebagainya.

Tadi apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tadi undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi, maka saya hendak bertanya, undang-undang di akta manakah yang ada menyentuh tentang interim order secara khususnya yang juga mempunyai satu takrifan yang sangat jelas yang menyatakan tentang maksud berita tidak benar dalam undang-undang yang sedia ada? Sebab, saya rasa dalam undang-undang sedia ada yang saya sebut tiga tadi, tidak ada menyentuh tentang perkara-perkara ini. Saya rasa ada lima kah berapa takrifan dan sebagainya.

Maka adakah kerajaan bercadang sebenarnya- adakah untuk daripada kita terus bubar terus, maknanya kita terus mansuhkan akta ini, baiklah sebaiknya kita pinda dahulu akta sedia ada untuk membaiki ataupun menutup kekurangan undang-undang yang sedia ada macam interim order? Sebab apa, interim order ini kalau katalah macam dalam perbahasan saya, banyak kali saya sebut, ia untuk protect ataupun mengelakkan lebih banyak berita-berita yang tidak benar ini berada terutamanya dalam media sosial. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Fahariyah. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, minta maaf Yang Berhormat Senator Dato’ Fahariyah. Sometimes your argument, you are contradicting yourself, dengan izin. Saya hendak beri contoh kata-kata Yang Berhormat Senator bahawa daripada kita mansuhkan ini, baik kita pinda undang-undang yang sedia ada.

Saya sebenarnya setuju dengan point-point Yang Berhormat Senator. Sepatutnya itulah yang kita buat. Cuma beza saya dengan Yang Berhormat Senator, Yang Berhormat Senator kata pinda dan juga kekalkan undang-undang itu. Itu saya tidak setuju. Sebenarnya kita patut pinda undang-undang yang ada, kalau ada kelemahan dan kita jangan adakan undang-undang yang baharu. Itu yang dahulu kami cadangkan.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak cakap kekal. Saya cakap dipinda dahulu undang-undang itu baru dimansuhkan.

Page 37: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

30 DN 12.9.2018

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Ya lah.

Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Maknanya right now the government currently, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, hendak memansuhkan dahulu tanpa meminda. So, maknanya dalam peralihan, kalau katalah kita hendak- kita bercakap fasal kepentingan rakyat ini. Kita hendak bercakap fasal keadaan yang mana kalau katalah ada berita tidak benar berlaku, bagaimana rakyat hendak dilindungi kalau kata dalam undang-undang yang sedia ada, interim order tidak disentuh dalam mana-mana undang-undang yang sedia ada?

Kedua, undang-undang sedia ada tidak ada menyatakan tentang tafsiran atau definisi tentang berita tidak benar. Masih banyak lagi undang-undang sedia ada tidak ada, tidak menyentuh perkara-perkara dalam akta ini. Sebab itu saya katakan bukan mengekalkan tetapi sekiranya kerajaan hendak memansuhkan, saya setuju, tetapi pinda dahulu akta yang ada. Maknanya supaya rakyat ini dilindungi. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Sebenarnya itu saya kata tadi. Saya kata tadi masalahnya Yang Berhormat Senator, dengan izin, apabila kita hendak pinda dahulu baru kita mansuh, bermakna pending mansuh itu, undang-undang itu ada lagi. Faham tidak? Sebab itu saya katakan tadi, your argument kalau kita terima, bermakna kita pergi pinda, jangan mansuh dahulu, selepas habis pinda baru kita mansuh. Maknanya pending waktu itu, undang-undang itu terpakai. Itu saya kata tadi, maknanya walaupun you tidak cakap kekalkan tetapi hakikatnya itu yang berlaku.

Saya hendak kata begini. Saya hendak kata bahawa sebenarnya itu yang kami cadangkan dahulu. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Senator, kami pernah mencadangkan semasa Dewan Rakyat hari itu, semasa undang-undang ini hendak dibuat, pergi kepada Select Committee di Dewan Rakyat, kita bincang betul-betul. Kalau kita rasa undang-undang yang sekarang ini tidak mencukupi, kita pinda. Kami bercakap dengan baik semasa itu tetapi semasa itu, kerajaan dahulu tidak dengar. Dia hendak buat juga. Dia hendak juga bulldoze, buat juga. Saya ingat sebab saya terlibat dalam perbahasan itu.

Jadi bagi saya- okey, saya bagi contoh tadi saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Dato’ Fahariyah tadi, contohnya kata undang-undang sekarang ini mungkin tidak ada temporary measure. Ia bukan tidak ada. Undang-undang sekarang ini ada, cuma dalam bentuk sivil. Ia bukan dalam bentuk criminal macam ini. Dalam undang-undang sekarang ini, yang Anti-Fake News ini, diletak dalam seksyen 7.

Dalam undang-undang sebelum ada Anti-Fake News ini, kita ada temporary measure yang dipanggil interlocutory injunction ataupun interim injunction. Cumanya, kaedah itu ialah kaedah sivil dan ia perlukan seorang lawyer dan orang itu kena by lawyer. Itu bezanya. Dia bukan incorporated dalam law. Dia dalam bentuk dipanggil rules of court sahaja. Itu ada sebenarnya. Interim measure sudah ada tetapi mekanismenya dalam bentuk sivil, bukan bentuk criminal.

Akan tetapi RUU Anti-Fake News ini, dia letak dalam seksyen 7. Saya sudah bincangkan pada hari itu, seksyen 7 ini walaupun interim measure ada tetapi ia berbentuk draconian. Sebab saya kata apa, sebab ia berbentuk ex parte, hanya dengar sebelah pihak sahaja, dia tidak dengar inter parte, dua-dua pihak. Sekiranya kerajaan buat, mahkamah kena benarkan. Kalau pihak kerajaan yang buat permohonan, mesti dibenarkan. Ini dalam seksyen 8.

Sebab itu, bagi saya, ini semua adalah tidak adil. Sebab itulah, bagi saya, kalau sekiranya katakanlah betul lah cadangan Yang Berhormat Senator Dato’ Fahariyah yang temporary measure di sini mungkin lebih baik, saya setuju lebih baik, sepatutnya saya rasa, kalau tidak ada dalam undang-undang lain kecuali undang-undang sivil tadi, kita sepatutnya masukkan temporary measure itu dalam undang-undang yang kita hendak pinda nanti.

Saya akan mencadangkan juga kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), kalau sekiranya mereka hendak pinda nanti Akta Komunikasi dan Multimedia ini, saya hendak mencadangkan supaya mereka masukkan elemen temporary measure ini dalam undang-undang itu supaya mana-mana orang kalau didapati ada berita palsu, dia tidak perlu engage lawyer, buat kes sivil yang memerlukan belanja banyak, sebaliknya dia pergi kepada polis, polis yang akan membuat permohonan itu untuk mendapatkan dipanggil temporary measure itu.

Page 38: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 31

Seperti mana sekaranglah. Kalau kita tengok Akta Keganasan Rumah Tangga, ada

peruntukan-peruntukan yang dibenarkan oleh pihak polis untuk mendapatkan dia pergi interim measure ini ada, tetapi dalam bentuk lain iaitu dalam bentuk serangan fizikal.

Akan tetapi sekarang ini adalah dalam bentuk fake news. Jadi oleh sebab fake news ini bermakna berita palsu ini ada dalam undang-undang yang juga di-covered oleh undang-undang Akta Komunikasi dan Multimedia dan oleh sebab dalam Akta Komunikasi dan Multimedia mungkin ada kelemahan, tidak ada temporary measure itu, kita masukkan sahaja, tidak ada masalah.

Dato’ Ong Chong Swen: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Nampaknya makin lama makin ramai. Let me...

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri, rumuskan sahaja.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Saya rasa saya sudah hendak habis, hendak rumuskan sudah pun. Minta maaf Yang Berhormat Senator, saya tidak dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Tak apa, saya boleh jawab.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin: Okey. Tadi saya hendak kata beginilah kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Fahariyah dan juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator. Sebenarnya kita tidak perlu sangatlah akta ini sudah. Percayalah, apabila kita memansuhkan akta ini, kita tidak akan compromise kepada berita palsu. Saya hendak beritahu kepada semua, berita palsu ini adalah musuh kita semua. Not only musuh Pakatan Harapan, musuh kita semua. Is our number one enemy. Akan tetapi, kita kena berlaku adil.

Saya hendak baca, dalam al-Quran kata... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Antara maksudnya, janganlah kerana kebencian kepada satu kaum, kita berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana ia lebih dekat kepada takwa. Inilah prinsip keadilan yang diajar kepada orang Islam bahawa kita mesti berlaku adil walaupun dengan musuh kita. Paling susah, Islam ini mengajar kita untuk kita membuat keadilan kepada perkara yang paling susah iaitu kepada musuh, kepada keluarga sendiri, kepada diri kita sendiri. Itu yang di-promote sebab keadilan ini ia mesti blind.

■1220

Kalau katakan ada fake news dibuat oleh PH, saya sendiri akan meminta supaya disiasat. Kita tidak mahu. Sebab itu sekarang kita tidak kacau Parlimen, kita tidak kacau Peguam Negara hendak buat kerja. Kita memang betul-betul minta mereka buat kerja secara profesional. Saya beritahu kepada, sebagai kesimpulan saya hendak kata beginilah. Saya hendak bagi contoh ya. Masa persidangan Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini, kita punya Yang di-Pertua halau keluar seorang Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan, orang pertama iaitu Yang Berhormat Ramkarpal Singh kerana dia ingkar perintah yang dikemukakan oleh pihak Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua kita PH, halau Ahli Parlimen PH sendiri. Orang tanya pada saya macam mana ini Tuan Yang di-Pertua halau Ahli Parlimen daripada PH. Saya kata kami tidak ganggu tugas Tuan Yang di-Pertua, tetapi dulu saya tidak yakin perkara ini berlaku. Saya tahulah sebab saya dalam pembangkang. Saya soal fasal 1MDB, kalau lima soalan, mungkin enam soalan ditolak. Punya hebatnya. Tidak boleh langsung bincang. Berapa kali kena halau tidak tahulah.

Jadi inilah mengingatkan bahawa kita sudah buat perubahan. Jadi perubahan ini saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Senator semua, akan dilakukan juga bagi menangani berita palsu. Saya yakin walaupun tidak ada Akta ‘Antiberita Palsu’, kita semua akan bersama-sama untuk menentang berita palsu. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Page 39: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

32 DN 12.9.2018

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

agar dapat dibuat Undi Belah Bahagi. Saya mohon kebenaran Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada tidak lapan orang bersama dengan Ahli Yang Berhormat.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Ada, Tuan Yang di-Pertua, ada.

Tuan Yang di-Pertua: Sila berdiri di tempat masing-masing.

Beberapa Ahli: [Berdiri]

Tuan Yang di-Pertua: Duduk Yang Berhormat.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, oleh sebab lebih dari lapan orang bangun meminta diadakan belah bahagian, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 45(4), saya meminta supaya satu belah bahagi diadakan sekarang.

Setiausaha, sila bunyikan loceng.

[Loceng dibunyikan]

[Dewan berbelah bahagi]

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Sila, undian dijalankan sekarang.

■1230

[Pengundian dijalankan]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, selepas keputusan dibaca- saya tidak mahu Ahli-ahli Yang Berhormat ini perangai macam budak-budak.

Ahli-ahli Yang Berhormat, setelah selesai undian dibuat dan dikira, sekarang saya kemukakan keputusan undian.

Seramai 21 orang Ahli yang menyokong... [Tepuk]

Seramai 28 orang Ahli yang tidak menyokong... [Tepuk]

Dan tiga orang tidak mengundi.

Ahli-Ahli yang Menyokong:

1. Tuan Liew Chin Tong [Timbalan Menteri Pertahanan]

2. Dato’ Hj. Marzuki bin Yahya [Timbalan Menteri Luar Negeri]

3. Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin [Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi]

4. Dato’ Sri Khairudin Samad (Dilantik)

5. Datuk Ng Chiang Chin (Dilantik)

6. Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee (Dilantik)

7. Tuan Haji Husam bin Musa (Dilantik)

8. Puan Bathmavathi A/P Krishnan (Dilantik)

9. Tuan Ir. Md Nasir bin Hashim (Dilantik)

10. Datuk Razali bin Idris (Dilantik)

11. Datuk Theodore Douglas Lind (Dilantik)

12. Datuk Dr. Lucas bin Umbul (Sabah)

13. Puan Lim Hui Ying (Pulau Pinang)

14. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff (Pulau Pinang)

Page 40: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 33

15. Dato’ Mohd Suhaimi bin Abdullah (Kedah)

16. Dato’ Dr. Ananthan A/L Somasundaram (Kedah)

17. Tuan Nga Hock Cheh (Perak)

18. Tuan Ismail bin Yusop (Perak)

19. Puan Raj Munni binti Sabu (WP Kuala Lumpur)

20. Tuan Manolan bin Mohamad (WP Putrajaya)

21. Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah (Selangor)

Ahli-Ahli yang Tidak Menyokong:

1. Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad [Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara] (Dilantik)

2. Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin (Dilantik)

3. Datuk Jamilah binti Sulaiman (Dilantik)

4. Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik)

5. Tuan Khairul Azwan bin Harun (Dilantik)

6. Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik)

7. Dato’ Isa bin Ab Hamid (Dilantik)

8. Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat (Dilantik)\

9. Dato’ Fahariyah binti Md Nordin (Dilantik)

10. Puan Sopiah binti Sharif (Dilantik)

11. Datuk Ir. Yong Wui Chung (Dilantik)

12. Dato’ Ong Chong Swen @ Ong Chong Siew (Dilantik)

13. Datuk Rabiyah binti Ali (Dilantik)

14. Datuk Mohan A/L Thangarasu (Dilantik)

15. Datuk John Ambrose (Dilantik)

16. Datuk Haji Ismail bin Ibrahim (Dilantik)

17. Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin (Sabah)

18. Datuk Haji Abidullah bin Salleh (Melaka)

19. Datuk Lee Tian Sing (Melaka)

20. Puan Asmak binti Husin (Kelantan)

21. Dato’ Zahari bin Sarip (Johor)

22. Datuk Lim Pay Hen (Johor)

23. Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff (WP Kuala Lumpur)

24. Datuk Haji Bashir bin Haji Alias (WP Labuan)

25. Tuan Kamarudin bin Abdun (Perlis)

26. Puan Hajah Sabani binti Mat (Perlis)

27. Dato’ Sri Ti Lian Ker (Pahang)

28. Puan Siti Fatimah binti Yahaya (Pahang)

Page 41: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

34 DN 12.9.2018

Ahli-Ahli yang Tidak Mengundi:

1. Tuan Aknan A/L Ehtook (Dilantik)

2. Dr. Zaiedi bin Haji Suhaili (Sarawak)

3. Dr. Nuing Jeluing (Sarawak)

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan tidak disetujukan]

[Rang undang-undang tidak disetujukan untuk Bacaan Kali Kedua]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PEMBUBARAN) 2018

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

12.42 tgh.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Dato’ Kamarudin Jaffar]: Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 714] untuk membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang ditubuhkan di bawah akta itu untuk mengadakan peruntukan bagi peletakhakkan hartanya pada kerajaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Kamarudin Jaffar Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan pada 23 Mei 2018 yang lalu telah memutuskan supaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dibubarkan dan fungsinya diambil oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan telah mengambil keputusan ini adalah antara lain bertujuan menambah baik aspek pengurusan dan perbelanjaan kewangan kerajaan selain daripada itu langkah ini juga bertujuan memastikan keberkesanan dan keseragaman dalam aspek perancangan dasar dan pembangunan pengangkutan awam darat di seluruh negara.

Kerajaan mendapati bahawa fungsi yang dilaksanakan oleh SPAD boleh dilaksanakan oleh satu jabatan kerajaan sahaja tanpa perlu diperbadankan. Apabila satu agensi itu diperbadankan, didapati kos pengoperasiannya akan menjadi lebih tinggi berbanding satu jabatan kerajaan yang mempunyai saiz perjawatan yang sama. Perkara ini amat ketara terutamanya yang melibatkan aspek perbelanjaan pengoperasian dan emolumen atau gaji pegawai badan berkanun berkenaan.

Selain daripada itu pemusatan semua agensi yang terlibat dalam aspek perancangan, pembangunan dan penguatkuasaan berkaitan pengangkutan di bawah Kementerian Pengangkutan akan dapat menambah baik aspek keberkesanan, inclusivity dan koordinasi pembangunan dan pelaksanaan semua dasar yang dirancang.

Bagi melaksanakan arahan dan keputusan kerajaan ini, Kementerian Pengangkutan telah meneliti perundangan-perundangan yang terlibat dan mengemukakan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Pembubaran) 2018 untuk perbahasan dan pembentangan dalam Dewan yang mulia ini. Rang Undang-undang ini adalah bertujuan untuk memansuhkan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 714] seterusnya akan membubarkan SPAD.

Page 42: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 35

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta 714 ini telah berkuat kuasa mulai

Jun 2010 dan merupakan punca kuasa kepada penubuhan SPAD. Dalam hubungan ini SPAD pula telah mula beroperasi sepenuhnya pada 31 Januari 2011.

Rang Undang-undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Pembubaran) 2018 ini mengandungi sembilan fasal utama dan saya ringkaskan seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa rang undang-undang yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk menerangkan beberapa takrifan yang digunakan dalam rang undang-undang ini.

Fasal 3 memasukkan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 714] dan seterusnya membubarkan SPAD.

Fasal 4 menerangkan mengenai perpindahan dan pengambilalihan semua kuasa, hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi SPAD oleh kerajaan sebaik sahaja pembubaran SPAD.

Fasal 5 menerangkan mengenai perpindahan sebarang baki wang yang ada dalam Kumpulan Wang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat kepada kerajaan dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Fasal 6 menerangkan bahawa sebarang perjanjian, surat ikatan dokumen dan surat cara akan terus berkuat kuasa selepas tarikh pembubaran SPAD. Kerajaan akan menjadi penama menggantikan SPAD dalam semua perjanjian surat ikatan dokumen dan surat cara yang terlibat.

Fasal 7 menerangkan bahawa sebarang prosiding atau kuasa tindakan yang telah wujud dan belum selesai ke atas SPAD akan diteruskan dan dimulakan dan diambil alih oleh kerajaan.

Fasal 8 menerangkan bahawa segala undang-undang bertulis termasuk perundangan subsidiari akan terus berkuat kuasa selepas daripada pembubaran SPAD sehingga mana-mana undang-undang bertulis termasuk perundangan subsidiari itu dipinda atau dibatalkan.

Fasal 9 menerangkan mengenai kuasa kepada Menteri untuk menetapkan suatu tarikh peletakhakkan dan pada tarikh itu semua hak, harta, kepentingan, obligasi dan liabiliti SPAD akan dipindahkan dan diletakkan hak ke atas kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada yang menyokong? Ini lah berlaku kalau tidak menyokong kerajaan ini [Ketawa]

Dato’ Kamarudin Jaffar: Sokong sahaja.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi [Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 714] untuk membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang ditubuhkan di bawah akta itu untuk mengadakan peruntukan bagi peletakan hartanya kepada kerajaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Ya, sila Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris.

Datuk Razali bin Idris: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya mengalu-alukan usaha kerajaan untuk membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan digantikan dengan sebuah agensi baru iaitu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Page 43: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

36 DN 12.9.2018

■1250

Rang undang-undang yang bertujuan membubarkan SPAD yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 yakni Akta 714 akan mendatangkan banyak kebaikan kepada kerajaan dan rakyat khususnya pengguna. Kita mengharapkan selepas SPAD dibubarkan dan APAD berkuat kuasa, segala wang yang menjadi milik SPAD atau yang akan dibayar akan diserah atau dipindahkan kepada kerajaan, malah kerajaan perlu bertegas bahawa semua perjanjian, surat ikatan, dokumen dan surat lain cara yang wujud serta harta atau wang yang dipindahkan di bawah akta ini hendaklah terus berkuat kuasa sepenuhnya dengan memihak kepada kerajaan untuk menjamin APAD berkesan.

Amat nyata akta baru ini jika dilaksanakan akan menjimatkan kos perbelanjaan mengurus dijangka sebanyak hampir RM40 juta setahun kerana itu bukan suruhanjaya tetapi hanya sebuah agensi sahaja. Ini bermakna ia tidak melibatkan pembayaran gaji dan imbuhan untuk kakitangan sebuah suruhanjaya di mana akan menjimatkan elaun besar iaitu tiada lagi Ketua Pesuruhjaya yang menerima gaji mencecah RM25 ribu hingga RM30 ribu sebulan. Dijangka Ketua Pengarah APAD tidaklah menerima gaji dan elaun sebanyak itu walaupun mempunyai kuasa dan pentadbiran yang hampir sama.

Tuan Yang di-Pertua, apa pun sebagai kerajaan yang membela rakyat perlu dijamin kebajikan hampir 1,000 bekas kakitangan SPAD. Perkara ini hendaklah dipertimbangkan secara mendalam. Mereka terdiri daripada kakitangan tetap, kakitangan kontrak selain pekerja yang dilantik di bawah anak syarikat SPAD iaitu SPAD Pro Berhad. Ini termasuk, satu, pampasan pemberhentian kerja kepada mana-mana kakitangan yang terlibat. Dua, serapkan kakitangan yang sesuai kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tujuan penguatkuasaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat yakin Kementerian Pengangkutan peka dengan masalah kakitangan bekas SPAD lagipun penstrukturan semula APAD sedang diperincikan di peringkat kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan empat jawatankuasa kecil yang ditubuhkan oleh kementerian dan dipantau oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bekas kakitangan SPAD ini. Jangan kerajaan tidak dilihat tidak memberikan perhatian kepada bekas pekerja SPAD kerana mereka pernah berkhidmat untuk kepentingan rakyat dan juga negara. Saya juga menyokong penuh untuk diturunkan segala kuasa, hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi diperturunkan kepada kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini saya juga ingin meminta kerajaan mengatasi kekeliruan dan salah faham ramai pihak berhubung pembayaran saman SPAD susulan pembaharuan suruhanjaya tersebut. Rakyat atau pesalah trafik perlu jelas bahawa mereka masih perlu membuat bayaran saman.

Ini kerana kekeliruan kononnya apabila SPAD di bubar, maka tiada penguatkuasaan dan mereka tidak perlu membayar saman lagi. Beritahu mereka bahawa sehingga Akta SPAD dibubarkan di Parlimen, semua perkara berkaitan penguatkuasaan tersebut seperti saman masih berjalan. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya menyokong Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 dan suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah akta itu dibubarkan dan digantikan dengan akta baru pengangkutan awam darat APAD 2018. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Senator Datuk dan dipersilakan pula Yang Berhormat Senator Dato’ Fahariyah binti Haji Mohd Nordin. Sila.

12.54 tgh.

Dato’ Fahariyah binti Haji Mohd Nordin: Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan satu rang undang-undang bagi membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2018.

Page 44: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 37

Tuan Yang di-Pertua, selama lebih lapan tahun lalu telah banyak perubahan yang

berlaku dalam landskap Sistem Pengangkutan Awam Darat di Malaysia. Peralihan fungsi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Jabatan Keretapi di bawah Kementerian Pengangkutan telah berubah landskap sistem pengangkutan awam yang amat berdaya maju dan bersepadu kini.

Kalau kita imbas kembali peranan SPAD dalam meliberalisasikan pengangkutan awam darat di Malaysia amat signifikan dengan adanya perkhidmatan rel seperti LRT, monorail, KTMB, komuter, ETS–KTMB, MRT dan perkhidmatan bas yang banyak membantu rakyat untuk memilih perkhidmatan multi modal ini sebagai pengangkutan ke tempat kerja ataupun bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Pada tahun 2016, Kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam sama ada di bandar atau di luar bandar di seluruh negara. Salah satu inisiatif Kerajaan Barisan Nasional yang benar-benar membantu pengangkutan awam darat adalah melalui Skim Bantuan Pemandu Teksi dan Tabung ISBSF yakni Interim Stage Bus Support Fund yang diberikan ke atas bas sektor laluan tidak menguntungkan yakni atau laluan sosial yang menghubungkan luar bandar.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya berapakah jumlah terkini Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam sehingga Ogos 2018 sebab apabila dimansuhkan SPAD ini kita tahu bahawa segala kewangan dan juga harta dan sebagainya akan dialihkan kepada pihak kerajaan. So, kita hendak tahu sebenarnya berapa sebenarnya yang ada dalam jumlah Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam.

Keduanya saya ingin bertanya apakah perancangan kerajaan ke atas inisiatif ISBSF yakni Interim Stage Bus Support Fund bagi memastikan kelangsungan subsidi pengangkutan awam kepada masyarakat luar bandar dan ketiganya apakah impak dan kesan ke atas operasi bas di laluan sosial yakni laluan yang tidak menguntungkan operator apabila SPAD dibubarkan dan mungkin isu peralihan akan merencatkan operasi bas di laluan sosial ini.

Oleh sebab kita tahu apabila ada peralihan maka akan adalah operator-operator yang mengambil kesempatan ataupun tidak mahu beroperasi kerana kesan kewangan dan sebagainya. Kita hendak tahu apakah impak dan adakah satu kajian telah dibuat.

Keempatnya, bagaimanakah nasib-nasib pemandu teksi akan terus dibela kerana dalam persekitaran kenaikan harga petroleum dan kos sara hidup dan persaingan dengan perkhidmatan e-hailing yakni Grab car atau sebagainya iaitu e-hailing.

Mereka ini memerlukan kerajaan yang memberikan perhatian yang amat signifikan selepas tempoh peralihan pembubaran SPAD sebab e-hailing dan sebagainya diletakkan di bawah SPAD, apabila berada peralihan apakah nasib-nasib mereka ini, pemandu teksi khususnya.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu kemalangan jalan raya melibatkan pengangkutan awam darat komersial merupakan penyumbang utama kepada statistik kematian akibat musibah kemalangan jalan raya di Malaysia. Perkembangan terkini perkhidmatan e-hailing juga memerlukan kerajaan mempunyai sistem pemantauan bersepadu dalam menyimpan rekod dan profil peribadi pemandu, syarikat dan operasi agar tumpuan penguatkuasaan dan kesepaduannya lebih sempurna dan bermakna.

Persoalan yang ingin saya kemukakan kepada pihak kerajaan, bagaimanakah migrasi profil rekod kesalahan kes-kes pelanggaran dan mata demerit dapat disepadukan dalam kerangka penguatkuasaan JPJ, PDRM dan kerajaan tempatan agar operator dan pemandu pengangkutan awam darat benar-benar berintegriti dalam memenuhi semua kehendak perundangan.

Keduanya, bagaimanakah kod tata amalan pelesenan peperiksaan dan pengiktirafan diberikan kepada lesen-lesen vokasional pemandu kenderaan awam darat, pemandu atau operator perkhidmatan rel agar kenderaan yang dikendalikan benar-benar terjamin selamat untuk dinaiki oleh orang ramai.

Page 45: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

38 DN 12.9.2018

Ketiganya, bagaimanakah kerajaan dapat memastikan melalui pembubaran SPAD

ini, isu pertindihan dalam menyelenggarakan aspek modal insan yang berkecimpung dalam pengangkutan awam darat dilatih secara komprehensif dan skim saraan gaji serta imbuhan lebih sempurna agar sistem pengangkutan awam darat Malaysia benar-benar berprestij tinggi. Oleh sebab kita tahu apabila diwujudkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ini pada asalnya adalah untuk efficiency selain daripada untuk memastikan efficiency penjawat-penjawat awam ataupun efficiency dalam melaksanakan pelbagai perkara.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kita sambung 2.30 karang.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Mesyuarat Dewan sehingga jam 2.30 petang. Sekian, terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

■1430

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

2.03 ptg.

Tuan Yang di-Pertua: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat, saya minta sambung Yang Berhormat Dato’ Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin.

Dato’ Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, saya tinggal lagi satu isu sahaja yang ingin saya sentuh. Isu yang pertama tadi saya menyentuh tentang Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam yang digunakan untuk subsidi laluan-laluan bas yang tidak berkeuntungan.

Keduanya, fasal e-hailing. Ketiganya, saya ingin menyentuh tentang pertindihan kuasa antara SPAD, JPJ, PDRM dan pihak berkuasa tempatan yang sering kali timbul apabila berlakunya musibah besar dalam kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam darat.

Justeru, dengan pembubaran SPAD, Kementerian Pengangkutan hanya perlu menjalankan koordinasi penguatkuasaan dengan PDRM dan PBT dalam memastikan aktiviti penguatkuasaan lebih berkesan dan komprehensif.

Soalan saya adalah, pertama, bagaimanakah satu dasar pelesenan operasi dapat di selenggara dengan baik ke atas operator pengangkutan awam seperti lori pengangkutan iaitu kontena atau pasir dan barangan berbahaya seperti LPG dan petroleum agar semua kenderaan berat menghentikan operasi pada waktu pagi, pergi dan pulang ke sekolah khususnya. Ini kerana mengelakkan kes-kes pelajar di gilis oleh kenderaan berat.

Keduanya, bagaimanakah kerajaan membuat ketetapan atau kaedah agar kapasiti muatan sesuatu kenderaan pengangkutan barang seperti lori pasir, lori balak dan pengangkutan bahan berbahaya agar menyesuaikan muatannya mengikut bentuk fizikal laluan operasinya?

Saya lihat pada ketika ini banyak kemalangan lori pasir ataupun balak yang berlaku disebabkan lebih kapasiti muatan kerana mereka membawa muatan pasir atau kayu balak melebihi muatan dan tidak sesuai dengan bentuk fizikal seperti di Lebuhraya KL-Karak. Oleh sebab kalau kita tengok dalam SPAD terdapat peruntukan yang mana memberikan kuasa kepada SPAD untuk menentukan masa operasi dan juga beberapa ketetapan berkenaan dengan keselamatan jalan raya.

Maka, apabila pembubaran SPAD ini, kita hendak tahu lah macam mana kerajaan bercadang untuk menyelaraskan perkara-perkara tersebut?

Page 46: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 39

Akhir sekali, harapan saya dengan pembubaran SPAD ini, isu penguatkuasaan

kenderaan awam darat ini dapat ditangani dan juga diselaraskan dengan lebih menyeluruh dan berkesan. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Kamarudin Jaffar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, khususnya kepada Yang Berhormat Senator Datuk Razali dan juga Yang Berhormat Dato’ Hajah Fahariyah kerana memberikan pandangan-pandangan dan soalan-soalan yang saya akan cuba memberikan penjelasan. Kalau tidak mencukupi, saya harap saya dapat memberikan penjelasan yang bertulis sedikit masa lagi selepas Dewan ini selesai.

Pertamanya, Yang Berhormat Datuk Senator Razali. Saya berterima kasih telah mengalu-alukan rang undang-undang untuk membubarkan SPAD ini dan memberi harapan supaya wang daripada SPAD ini dipindah kepada kerajaan. Terima kasih dan sudah tentu proses ini sebagaimana yang saya sebutkan tadi dalam rang undang-undang ini, termaktub kesemua perpindahan itu daripada SPAD kepada jabatan kerajaan dan kepada akaun-akaun kerajaan sebagaimana yang saya sebutkan tadi.

Berkaitan dengan soal gaji SPAD, berbanding dengan gaji APAD. Secara umumnya, saya boleh maklumkan bahawa sudah tentu apabila ia berubah daripada ia bertaraf satu suruhanjaya kepada ia menjadi agensi atau jabatan kerajaan. Maka segala proses, prosedur, kaedah gaji, keistimewaan dan sebagainya akan berlandaskan kepada prosedur yang terkena kepada pegawai-pegawai jabatan awam kerajaan yang berada, yang berlaku sekarang ini.

Walaupun begitu, ini tidak bererti bahawa kita tidak memberikan kebajikan atau jaminan kepada kakitangan-kakitangan APAD yang baru. Ia sebagaimana yang juga termaktub dalam rang undang-undang ini akan diberikan sepenuhnya perkiraan yang mengikut lunas-lunas pengurusan pentadbiran SPAD yang ada. Apabila lebih kurang 1,000 orang ini ditamatkan perkhidmatan atau kontrak mereka, ia adalah berdasarkan dan menurut peraturan-peraturan berkaitan pembubaran agensi awam dan syarikat.

Pertamanya, sama ada tertakluk kepada Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun ataupun Akta 239 iaitu di bawah seksyen 10(5)(b) dan seksyen 6(a)(b) ataupun ia tertakluk juga kepada Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 714] dan ia juga tertakluk kepada Akta Pekerjaan atau, dengan izin, Employment Act 1955 atau Akta 265.

Bagi memastikan kelancaran penyediaan perkhidmatan dan tidak menjejaskan fungsi-fungsi teras sedia ada, semua penyandang-penyandang lantikan tetap dan kontrak oleh SPAD dan SPAD PRO disebutkan itu yang dikenal pasti dan disahkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), melaksanakan fungsi-fungsi teras Pengangkutan Awam Darat dan memerlukan kepakaran dan kompetensi teknikal, kerajaan akan menawarkan penyandang untuk berkhidmat dengan perjawatan tetap yang akan dibekalkan dalam waran perjawatan Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ataupun agensi baru- APAD yang akan ditubuhkan.

Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Razali di atas sokongan dan cadangan yang diberikan berkaitan dengan nasib kakitangan SPAD yang disebutkan tadi. Soalan ataupun pertanyaan akhir beliau ialah sama ada kekeliruan tentang bayaran saman salah trafik masih perlu dibayar dan sebagainya. Semuanya berjalan seolah-olah tidak ada perubahan kecualilah perubahan daripada sebuah suruhanjaya kepada sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan.

Berkaitan dengan pandangan dan soalan-soalan yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Hajah Fahariyah pula. Saya boleh laporkan berkaitan dengan baki tabung KWAPA yang disebutkan tadi, Kumpulan Wang Amanah Perkhidmatan Awam.

■1440

Setakat Julai 2018, baki tabung KWAPA adalah sebanyak RM130 juta di mana sebanyak RM124 juta diperuntukkan untuk pembiayaan inisiatif kepada SPAD manakala sebanyak RM8 juta diperuntukkan kepada LPKP Sabah dan Sarawak yang disalurkan melalui Jabatan Perdana Menteri.

Page 47: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

40 DN 12.9.2018

Berkaitan dengan inisiatif di bawah KWAPA seperti ISBSF untuk membantu bas

henti-henti dan sebagainya ini, kerajaan sedang meneliti kesemua inisiatif-inisiatif yang ada yang dibiayai melalui peruntukan di bawah Tabung KWAPA ini berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan dan mengikut keperluan dan keutamaan.

Berkaitan dengan isu pertindihan dan menyelenggarakan modal insan, memandangkan APAD adalah merupakan jabatan kerajaan, kesemua latihan dan pembangunan kompetensi kepada kakitangan APAD adalah tertakluk kepada pekeliling dan peraturan kerajaan yang berkuat kuasa masa kini.

Berkaitan dengan kod tata amalan terbaik industri ataupun ICOP, bagi memastikan kod tata amalan diteruskan iaitu Industrial Code of Practice (ICOP) ini, ia akan diteruskan oleh APAD. Program ICOP ini yang bermula pada tahun 2013 adalah untuk menerapkan nilai keselamatan dalam organisasi dan menjadikan amalan keselamatan sebagai budaya pengendali pengangkutan awam. Latihan ICOP- Keselamatan SPAD akan diteruskan oleh APAD kepada pemandu dan pengendali di mana sehingga Jun 2018, sesi latihan kepada sebanyak 6,429 pengendali telah diadakan atau dilaksanakan.

Berkaitan dengan impak kepada laluan sosial apabila SPAD dibubarkan, pihak kementerian mengambil maklum bahawa terdapat laluan sosial yang tidak menjana keuntungan kepada operator dan diberikan subsidi oleh pihak kerajaan. Berkenaan bantuan subsidi seumpama ini, pihak kerajaan akan meneliti semula pelaksanaan pemberian ini demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan orang ramai.

Berkaitan dengan soalan migrasi data profiling pemandu dan integrasi dengan JPJ bagi pelaksanaan sistem mata demerit, data profiling pemandu melibatkan pemandu kenderaan komersial telah dilaksanakan oleh SPAD secara rintis atau pilot, dengan izin, dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan pengangkutan awam di negara kita. Selaras dengan pembubaran SPAD dan pengambilalihan fungsi oleh Kementerian Pengangkutan, perkara ini akan dikaji semula termasuk integrasi sistem dengan JPJ bagi pelaksanaan dan penguatkuasaan mata demerit. Pada masa ini, penguatkuasaan mata demerit melibatkan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berkaitan pembelaan nasib pemandu-pemandu teksi dengan kenaikan harga petrol dan pelaksanaan e-hailing yang dikemukakan oleh kedua-dua Yang Berhormat tadi, bagi memastikan nasib pemandu-pemandu teksi dipelihara dan memberi kesaksamaan kepada mereka susulan dari pelaksanaan e-hailing, kerajaan telah menetapkan syarat-syarat kepada penyedia-penyedia perkhidmatan penghantaran yang bersifat level playing field, dengan izin.

Selain itu, sebagai langkah untuk mengurangkan kos operasi pengusaha teksi, kerajaan telah memanjangkan tempoh valid pemeriksaan dari enam bulan ke 12 bulan. Maknanya pemandu teksi yang keretanya berusia lebih daripada tiga tahun, bukan dua kali setahun tetapi hanya sekali setahun untuk memastikan ia tidak menganaktirikan pemandu teksi berbanding dengan pemandu e-hailing. Pelaksanaan ini telah bermula pada Julai 2018. Saya boleh sebutkan juga lain-lain inisiatif akan dikaji daripada semasa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Berkaitan dengan bagaimana dasar kerajaan untuk mengehadkan kenderaan pengangkutan barangan masuk dalam kawasan PBT dalam waktu-waktu tertentu, Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] telah memperuntukkan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengehadkan jenis-jenis kenderaan pengangkutan barangan masuk atau melalui kawasan PBT pada waktu-waktu tertentu. Dalam hal ini, PBT boleh memohon kepada Kementerian Pengangkutan untuk menjadikan ia sebagai satu peraturan bagi mereka. Jadi kuasa kekal dan kuasa Kementerian Pengangkutan untuk memberikan kuasa itu kepada PBT kekal.

Akhir sekali, berkenaan dengan penyelarasan penguatkuasaan antara agensi-agensi penguatkuasaan iaitu sebagaimana disebutkan tadi apabila SPAD tidak ada, PDRM, JPJ dan PBT, bagaimana diselaraskan di antara ketiga-tiga agensi ini tanpa SPAD. Aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan oleh agensi penguat kuasa iaitu PDRM dan JPJ adalah berdasarkan kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya. Penyelarasan aktiviti penguatkuasaan sentiasa dibuat melalui platform sedia ada seperti mesyuarat di peringkat atasan ataupun di peringkat-peringkat pelaksana-pelaksana penguatkuasaan ini.

Page 48: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 41

Penguatkuasaan berat muatan lori adalah mengikut berat dengan muatan seperti

lesen pengendali yang dikeluarkan oleh APAD akan dilakukan sepanjang masa iaitu ia tidak berubah walaupun SPAD akan menjadi APAD selepas Dewan yang mulia ini meluluskan rang undang-undang ini dan rang undang-undang yang saya akan bentangkan selepas rang undang-undang ini dipersetujui oleh Dewan yang mulia ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

[Fasal-fasal 1 hingga 9 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

[Majlis Mesyuarat bersidang semula]

[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin) dan diluluskan]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PINDAAN) 2018

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

2.50 ptg.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Dato’ Kamarudin Jaffar]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum kerajaan pada 23 Mei 2018 yang lalu telah memutuskan supaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dibubarkan dan fungsinya diambil oleh Kementerian Pengangkutan. Susulan daripada keputusan itu kerajaan pada 6 Jun 2018 juga telah bersetuju supaya satu entiti baharu bertaraf jabatan kerajaan sepenuhnya yang dinamakan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) ditubuhkan bagi mengambil alih dan melaksanakan fungsi-fungsi berkaitan pengangkutan awam darat yang sebelum ini dilaksanakan oleh SPAD.

Bagi melaksanakan arahan dan keputusan kerajaan ini Kementerian Pengangkutan telah meneliti perundangan-perundangan yang terlibat dan mengemukakan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018. Rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat [Akta 715] bertujuan memberi kuasa kepada Kementerian Pengangkutan, APAD dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengambil alih fungsi dan peranan yang digariskan dalam Akta 715 berkaitan pengangkutan awam darat.

Page 49: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

42 DN 12.9.2018

Secara ringkasnya fungsi utama berkaitan pembangunan sektor pengangkutan

awam darat yang dinyatakan dalam Akta 715 boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu fungsi dasar dan fungsi operasi perkhidmatan. Fungsi-fungsi utama yang merangkumi mod pengangkutan jalan dan rel atau kereta api ini termasuklah:

(i) menggubal, membangunkan dan mengawal selia pelaksanaan dasar bagi pengangkutan awam darat negara;

(ii) melesenkan pengendali atau operator yang menyediakan perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam, kenderaan pelancongan, pengendali perkhidmatan kenderaan barangan dan skim kereta api;

(iii) melesenkan terminal pengangkutan awam darat;

(iv) mengkaji, merangka dan menyediakan skim penentuan harga bagi kesesakan lalu lintas kawasan;

(v) mengkaji, merancang dan menyediakan laluan-laluan perkhidmatan pengangkutan awam;

(vi) mengkaji dan menetapkan tambang pengangkutan penumpang, barangan serta jadual perjalanan pengangkutan perkhidmatan awam;

(vii) menguatkuasakan semua peraturan peruntukan-peruntukan di bawah Akta 715 bagi mod jalan dan rel;

(viii) mempertimbangkan dan meluluskan permohonan pembukaan skim kereta api baharu selain daripada mempertimbangkan dan memantau kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan dan pengubahsuaian skim kereta api; dan

(ix) melaksanakan siasatan ke atas sebarang kemalangan yang melibatkan perkhidmatan pengangkutan awam dan skim kereta api.

Susulan daripada pembubaran SPAD, semua fungsi-fungsi berkaitan pembentukan, perancangan, gubalan dan kawal selia, pelaksanaan Dasar Pengangkutan Awam Darat melibatkan mod jalan dan mod rel akan dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan. Perkara ini adalah selaras dengan skop, fungsi dan tanggungjawab semua kementerian kerajaan sedia ada. Di samping itu agihan fungsi ini akan berupaya meningkatkan aspek keberkesanan dalam pengurusan perbelanjaan kerajaan.

APAD pula akan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan fungsi sebagai agensi kawal selia ekonomi atau, dengan izin, economic regulator ke atas sektor pengangkutan awam darat merangkumi fungsi operasi, perkhidmatan mod jalan dan mod rel. Fungsi operasi ini termasuklah melesenkan pengendali dan penyelia perkhidmatan pengangkutan barangan dan pengangkutan awam, mempertimbangkan, meluluskan dan mengawal selia pembangunan dan pengoperasian skim kereta api serta menetapkan kadar tambang serta jadual operasi pengangkutan awam.

JPJ pula akan diberi kuasa untuk melaksanakan semua fungsi penguatkuasaan termasuk mengeluarkan saman dan kompaun dan pendakwaan bagi kesalahan di bawah mod jalan iaitu pematuhan syarat pelesenan dan pematuhan peraturan bagi perkhidmatan pengangkutan awam mod jalan. Pelaksanaan fungsi ini oleh JPJ akan menambah baik aspek penguatkuasaan memandangkan liputan penguatkuasaan JPJ yang lebih meluas serta mengelakkan persepsi terdapatnya pertindihan fungsi agensi-agensi penguatkuasaan di atas jalan.

JPJ juga akan turut diberi kuasa untuk menyediakan perkhidmatan permohonan pelesenan di kaunter JPJ yang melibatkan permohonan pelesenan pengendali perkhidmatan pengangkutan penumpang, pelancongan dan barangan. Perkara ini adalah bagi mengelakkan wujudnya dua entiti yang menyediakan perkhidmatan kaunter di lapangan.

Page 50: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 43

Bagi merealisasikan hala tuju dan agihan fungsi ini secara amnya semua rujukan

kepada suruhanjaya di dalam Akta 715 akan dipinda seperti berikut:

(i) peruntukan-peruntukan yang sebelum ini memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk membuat peraturan di bawah Akta 715 akan dipinda dan diberi kuasa kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas pengangkutan; dan

(ii) peruntukan-peruntukan yang sebelum ini memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk melaksanakan dan menguatkuasakan fungsi-fungsi pentadbiran dan operasi serta peruntukan di bawah Akta 715 akan dipinda dan akan diberikan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Timbalan Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan pegawai-pegawai pengangkutan awam darat.

Agihan kuasa seperti ini adalah bertujuan memelihara dan mengekalkan aspek kawal selia kerajaan ke atas agensi pelaksananya. Di samping itu ketetapan ini akan memastikan semua peraturan yang akan dibangunkan kelak akan memastikan kebajikan orang ramai adalah terjaga, di samping mengambil kira keperluan perniagaan oleh operator dan pengendali dan penyedia perkhidmatan pengangkutan awam dan barangan.

Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018 ini akan mengandungi 83 fasal yang menerangkan pindaan-pindaan terlibat dan saya ringkaskan 83 fasal ini seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa rang undang-undang.

Fasal 2 menerangkan pindaan-pindaan am dan berulang yang melibatkan pelbagai seksyen dalam Akta 715 susulan pembubaran SPAD di mana semua rujukan kepada suruhanjaya dipinda kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat kecuali dalam seksyen-seksyen yang dinyatakan dalam fasal 2.

Fasal 3 meminda seksyen 2, Akta 715 bagi memasukkan beberapa takrifan baharu susulan pembubaran SPAD termasuk meminda rujukan Menteri kepada Menteri bertanggungjawab kepada pengangkutan, takrifan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, takrifan Pegawai Pengangkutan Awam Darat serta memansuhkan beberapa takrifan sedia ada termasuk takrifan suruhanjaya.

Fasal 4 memansuhkan Bab 1 Bahagian II melibatkan seksyen 3, 4 dan 5, Akta 715, susulan pembubaran SPAD. Seksyen-seksyen yang terlibat menerangkan fungsi SPAD sebagai satu badan berkanun, seksyen-seksyen ini tidak diperlukan lagi apabila SPAD dibubarkan dan fungsi diambil alih oleh satu agensi bertaraf jabatan dan fungsi yang dinyatakan adalah merupakan fungsi-fungsi yang sedia ada dan konvensional bagi satu jabatan kerajaan termasuk aspek pembentukan dasar serta sebarang rancangan induk berkaitan pengangkutan awam darat negara.

Fasal 11 memansuhkan seksyen 15, Akta 715 kerana seksyen ini hanya diperlukan bagi melindungi kepentingan SPAD sebagai satu badan berkanun. Ia menerangkan keperluan entiti kerajaan lain untuk mengadakan perbincangan dengan SPAD dalam urusan berkaitan penetapan harga mengenai kesesakan lalu lintas. Apabila APAD sebagai satu jabatan kerajaan mengambil alih fungsi SPAD, maka ketetapan ini tidak lagi diperlukan dan semua entiti kerajaan akan merujuk kepada Kementerian Pengangkutan dan APAD di dalam perkara-perkara berkaitan di bawah Akta 715.

Fasal 38 meminda seksyen 111, Akta 715 bagi memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan mengenai standard prestasi berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan dan kemudahan kereta api oleh pengendali perkhidmatan berkenaan.

Fasal 45 meminda seksyen 149, Akta 715 bagi memberi kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan berkaitan pengeluaran notis kemalangan melibatkan perkhidmatan pengangkutan awam.

Page 51: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

44 DN 12.9.2018

■1500

Fasal 46, memansuhkan Bahagian VII, Akta 715 kerana bahagian ini hanya diperlukan untuk SPAD sebagai satu badan berkanun sahaja. Bagi satu agensi kerajaan bertaraf jabatan, segala urusan berkaitan dengan pengurusan pelanggan dan penyelesaian pertikaian akan diuruskan berdasarkan kepada pekeliling, peraturan dan tatacara berkaitan pengurusan pelanggan yang berkuat kuasa seperti mana yang sedang dilaksanakan oleh jabatan atau Kementerian Kerajaan yang lain.

Fasal 47, meminda Bahagian VIII, Akta 715 dipinda susulan kepada pembubaran SPAD di mana kuasa untuk mempertimbangkan semula semua keputusan operasi berkaitan permohonan, pembaharuan dan pembatalan lesen yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat adalah kini diletakkan di bawah kuasa Menteri.

Pindaan ke atas bahagian ini akan memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik suatu Jawatankuasa Rayuan untuk mendengar dan menyediakan cadangan ke atas rayuan yang diterima. Menteri akan membuat keputusan berdasarkan kepada syor oleh Jawatankuasa Rayuan. Jawatankuasa Rayuan ini akan ditubuhkan dan diurusetiakan di Kementerian Pengangkutan.

Fasal 55, meminda seksyen 215, Akta 715 dengan menggantikan perenggan sedia ada dengan perenggan baharu bagi menerangkan skop, fungsi dan bidang tanggungjawab Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk menyediakan hala tuju, memberi arahan, membuat kawalan, dan mengawal selia semua perkara berkaitan Pengangkutan Awam Darat di bawah bidang kuasa Akta 715.

Pindaan ini juga menerangkan bahawa kuasa dan tanggungjawab Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah Akta 715 boleh dilaksanakan oleh Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan Timbalan Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

Fasal 56, mewujudkan seksyen baharu seksyen 215A bagi memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik pegawai dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Pengangkutan Awam Darat bagi melaksanakan peruntukkan-peruntukkan di bawah Akta 715. Pegawai Pengangkutan Awam Darat yang dilantik akan melaksanakan semua fungsinya dengan mematuhi semua hala tuju arahan, kawalan dan penyeliaan daripada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

Fasal 74, meminda seksyen 241(2), Akta 715 bagi memberi kuasa kepada Pegawai Pengangkutan Awam Darat dan Pegawai Pengangkutan Jalan untuk menjalankan pendakwaan bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta 715. Pindaan ini bertujuan meningkatkan keberkesanan aspek penguatkuasaan dan mengelakkan tunggakan kes di mahkamah.

Fasal 75, memansuhkan seksyen 247 dan seksyen 248, Akta 715 kerana semua hasil yang dikutip oleh agensi kerajaan hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Selain itu, fungsi pelaporan yang dinyatakan di bawah seksyen 248 hanya bersesuaian untuk SPAD sebagai satu badan berkanun. Fungsi pelaporan adalah merupakan satu fungsi biasa bagi jabatan kerajaan dan tidak perlu dimasukkan ke dalam satu akta sebagai satu fungsi khusus agensi berkenaan.

Fasal 76, menerangkan mengenai penomboran semula seksyen 170 dalam akta asal kepada seksyen 249A dan mewujudkan satu seksyen baharu iaitu seksyen 249B. Seksyen 249A, adalah bertujuan melindungi kebajikan penumpang dengan memastikan semua pengendali perkhidmatan pengangkutan awam akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau kematian penumpang walaupun terdapat kontrak yang diadakan sebelum perkhidmatan menidakkan obligasi berkenaan.

Seksyen 249B pula memberi kuasa kepada Menteri untuk memberi kuasa pada mana-mana orang untuk melaksanakan fungsi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berkaitan pelesenan terminal, pelesenan pengendali perkhidmatan pengangkutan awam, kenderaan pelancongan dan barangan, pelesenan pengendali perkhidmatan kereta api dan pembukaan kereta api serta pengumpulan bayaran dan caj di bawah Akta 715.

Page 52: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 45

Tujuan pemberian kuasa ini adalah untuk memberi ruang kepada Menteri untuk

menambah baik prestasi, produktiviti, kualiti dan keberkesanan penyediaan perkhidmatan atau menambahbaik pengurusan kewangan agensi dengan melantik lain-lain pihak untuk melaksanakan fungsi terlibat apabila langkah-langkah berkenaan diperlukan di masa hadapan.

Fasal 77 dan fasal 78, meminda seksyen 252, dan seksyen 253, Akta 715 bertujuan menetapkan kuasa untuk membuat peraturan di bawah Akta 715 sekarang adalah terletak di bawah bidang kuasa Menteri sahaja.

Fasal 81, memansuhkan seksyen 256, seksyen 257 dan seksyen 258, Akta 715. Seksyen 256 dimansuhkan kerana kuasa-kuasa membuat peraturan susulan pembubaran SPAD hanya terletak di bawah bidang kuasa Menteri.

Manakala seksyen 257 dan seksyen 258 dimansuhkan kerana seksyen ini hanya diperlukan oleh SPAD sebagai sebuah badan berkanun bagi melindungi pegawai-pegawai lantikan SPAD di bawah Akta Pelindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 serta perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang dalam melaksanakan fungsi awam.

Fasal 82, menyatakan bahawa apa-apa sahaja tindakan, kelulusan, garisan panduan atau arahan yang telah dibuat adalah terus berkuat kuasa selepas pembubarannya dan diambil alih atau diteruskan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

Begitu juga bagi perkara-perkara yang melibatkan lesen yang telah dikeluarkan, permohonan-permohonan yang sedang dalam proses, sebarang tindakan atau prosiding mahkamah yang telah dimulakan dan sedang berjalan, sebarang obligasi, liabiliti, penalti atau hukuman sebelum SPAD dibubarkan akan terus sah dan akan berkuat kuasa selepas pembubarannya dan diambil alih atau diteruskan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

Selain daripada itu, semua baki wang yang ada atau yang perlu dibayar ke Kumpulan Wang Pengangkutan Awam Darat akan dipindahkan kepada kerajaan apabila rang undang-undang ini dikuatkuasakan.

Fasal 83, menyatakan mengenai pembatalan apa-apa dasar dan perancangan termasuk Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara yang telah disediakan oleh SPAD.

Susulan pembubarannya fungsi pembentukan dan penggubalan dasar berkaitan Pengangkutan Awam Darat Negara akan dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan. Sebarang input berkaitan dasar atau rancangan induk yang telah disediakan oleh SPAD akan diambil alih dan akan disatukan ke dalam Dasar Pengangkutan Negara yang sedang dibangunkan oleh Kementerian Pengangkutan.

Pindaan-pindaan lain yang tidak saya nyatakan secara khusus di sini adalah merupakan pindaan kecil yang bersifat editorial, dengan izin, dan consequential dengan izin, susulan kepada pembubaran SPAD.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia, saya dengan rendah diri dan rendah hati memohon supaya rang undang-undang yang telah dibentangkan dapat diluluskan oleh Dewan yang mulia ini demi merealisasikan aspirasi kerajaan dalam membangunkan Sektor Pengangkutan Awam Darat ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan menyeluruh.

Kejayaan dalam membangunkan Sektor Pengangkutan Awam Darat akan akhirnya dapat menyumbang kepada meningkatkan dan menambah baik tahap kesejahteraan, kualiti, serta taraf hidup masyarakat di samping menjadi platform untuk menyokong kepada kejayaan pembangunan ekonomi negara Malaysia yang kita cintai ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi [Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Page 53: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

46 DN 12.9.2018

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis

ialah suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Ada tiga orang Yang Berhormat Senator yang hendak bahas. Kalau ada sesiapa lagi yang hendak tambah boleh saya terima lagi ya.

Saya mula dengan Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali, dipersilakan.

3.09 ptg.

Datuk Rabiyah binti Ali: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kerana memberikan izin kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018. Sebagaimana kandungan pindaan rang undang-undang yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Fasal 83 rang undang-undang ini telah menzahirkan bahawa semua dasar dan perancangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dimansuhkan dan dibatalkan.

Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri setelah lebih lapan tahun SPAD diwujudkan, terdapat dua iaitu Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara dan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat bagi Lembah Klang dan Kuala Lumpur dikeluarkan untuk menyusun pembangunan pengangkutan awam darat untuk memenuhi keperluan pengguna dan golongan B40.

■1510

Dalam Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat di Lembah Klang dan Kuala Lumpur, kerajaan menumpukan terhadap program transformasi perkhidmatan teksi berpandukan perkhidmatan bas Rapid, KTMB, LRT, MRT dan monorail bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas dan mengurangkan tahap pelepasan gas karbon di bandar utama Lembah Klang. Bagi Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara pula, ia menekankan kepada aspek teras dan memastikan kemapanan perkhidmatan rel, bas dan teksi memenuhi keperluan rakyat dalam memastikan obligasi sosial kepada golongan berpendapatan rendah, terus diberi keutamaan dalam pembangunan negara.

Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan dari Yang Berhormat Menteri berhubung perkara ini. Apakah dengan pembatalan rancangan induk ini, Kerajaan Pakatan Harapan akan mengkaji semula pendekatan lebih holistik dalam pembangunan pengangkutan awam, agar isu kesesakan jalan raya, pelepasan gas karbon dan akses pengangkutan merangkumi golongan kurang upaya dan individu berpendapatan rendah diberikan keutamaan?

Apakah kesan ke atas pasaran modal dan ekuiti yang mana langganan bon-bon atau sukuk Islamik yang diterbitkan bagi membiayai pembangunan sektor pengangkutan awam negara terus terjamin dan memastikan pulangan yang diunjurkan, tidak terjejas? Bagaimana kerajaan merancang bagi mengurangkan subsidi petroleum dan meningkatkan sumbangan ke atas Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam apabila rancangan induk yang dibuat SPAD dibatalkan dan kerajaan akan merancang semula Dasar Pembangunan Pengangkutan Awam Darat yang baru.

Pada pindaan akta ini, sidang Dewan Negara sebelum ini, kerajaan meminta Akta Pengangkutan Awam Darat ini, ingin memastikan perkhidmatan e-hailing di sektor perkhidmatan teksi dan kereta e-hailing akan memberi sinar baru dalam sistem pengangkutan awam negara.

Kita masih mendengar rungutan dan keluhan pemandu-pemandu teksi kerana perkhidmatan e-hailing ini masih lagi mempunyai kekangan, yang mana ianya perlu ditangani secara holistik dengan mengambil kira kepentingan pemandu teksi yang telah diberikan permit bertahun-tahun lamanya, diberikan perhatian khusus.

Soalan saya. Apakah dengan pindaan akta ini nasib dan kebajikan pemandu-pemandu teksi akan terus diberikan perhatian dan bantuan sebagaimana mereka mendapat insentif dan bantuan sebelum ini?

Page 54: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 47

Bagaimanakah status migrasi pemandu-pemandu teksi yang beroperasi secara

konvensional kepada perkhidmatan e-hailing dan apakah peranan yang akan dimainkan Kementerian Pengangkutan agar seluruh negara dapat mengguna pakai perkhidmatan e-hailing dengan meningkatkan infrastruktur dan kerangka kerja kawal selia dan penguatkuasaan.

Akhir kata, saya mohon agar Kementerian Pengangkutan mengambil tindakan yang lebih serius untuk memastikan sistem pengangkutan awam darat ini benar-benar memanfaatkan rakyat tanpa membataskan perubahan landskap politik kini. Kerajaan perlu menggunakan peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam secara berkesan, agar semua laluan bandar besar, pinggir bandar dan laluan sosial luar bandar diberikan perhatian sewajarnya dalam dasar baru Kerajaan Pakatan Harapan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Dan saya minta pula Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris. Silakan.

3.14 ptg.

Datuk Razali bin Idris: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dan menyokong langkah kerajaan untuk memansuhkan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 (SPAD) kepada Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan 2018 (APAD 2018)). Ini kerana ia memberikan kuasa serta peruntukan penting kepada Ketua Pengarah APAD supaya dapat melaksanakan tugas agensi dengan berkesan. Langkah ini akan membawa kebaikan kepada kerajaan dan rakyat di mana walaupun akta berkenaan dibubarkan, agensi yang akan ditubuhkan itu tetap berfungsi seakan SPAD, tetapi pada masa yang sama menjimatkan belanja pentadbirannya.

Kami amat yakin pelantikan seorang Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat akan mampu merancang pembangunan sektor pengangkutan awam darat negara khususnya berkaitan perkhidmatan Transit Aliran Masa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), rel dan sistem bas yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, pengangkutan awam yang efisien bukan sahaja memudahkan rakyat, tetapi juga menjadi faktor pada perkembangan dan pembangunan ekonomi rakyat dan negara. Pengangkutan awam yang efisien juga akan mengurangkan kemalangan jalan raya, menawarkan perkhidmatan yang lebih murah dan setimpal selain menjimatkan masa.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan tugas Ketua Pengarah APAD juga amat jelas dalam perkara 215(1), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bertanggungjawab bagi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan bagi segala perkara yang berhubung dengan pengangkutan awam darat di bawah akta ini. Berkaitan ini, saya mencadangkan agar saman had laju dilakukan oleh hanya satu agensi sahaja iaitu melalui JPJ sahaja dengan tugas APAD yang semakin efektif dan efisien.

Bahagian trafik polis hendaklah digugurkan tugas mereka melakukan saman. Maksudnya, saman had laju Tuan Yang di-Pertua. Sama ada di lebuh raya atau Jalan Persekutuan dan negeri. Ini kerana bimbang ia bertindih tugas, selain mendapat bantahan daripada rakyat. Dengan APAD ini dipertingkatkan fungsinya dan dengan bahagian penguatkuasaan JPJ semakin berkembang dan efisien, tugas saman maksudnya saman had laju, sama ada melalui kamera tetap yang dipasang di lebuh raya atau perangkap had laju, hendaklah dikendalikan oleh JPJ sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, soalannya. Siapa pula yang akan mengawasi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan yang dilakukan oleh Ketua Pengarah berkenaan? Apakah tugas Menteri atau ketetapan dan peruntukan tertentu dalam agensi bagi menyekat penyalahgunaan kuasa dan juga menarik perhatian dalam perkara 215A(1) ialah Menteri boleh melantik apa-apa jumlah pegawai pengangkutan awam darat setakat yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan akta ini. Sementara mereka yang dilantik oleh Menteri, pegawai pengangkutan awam darat yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah menjalankan kuasanya.

Page 55: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

48 DN 12.9.2018

Yakni, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipan dengan mematuhi

arahan, perintah, kawalan dan pengawasan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat yang dinyatakan secara lisan dan bertulis oleh beliau. Maksudnya, oleh Ketua Pengarah. Sekali lagi, kuasa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam begitu penting dalam melalui akta ini.

Diharapkan penguatkuasaan, pengawasan dan kawal selia terhadap Ketua Pengarah dan semua pegawai APAD dilaksanakan dan dipatuhi. Malah, peruntukan di mana seseorang yang terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah Pengangkutan berhubung dengan permohonan lesen, pembaharuan lesen dan pembatalan lesen, boleh merayu kepada Menteri melalui peruntukan 177(1) melalui akta ini dihormati.

Melalui 178(1), Menteri boleh sebagaimana yang difikirkannya patut melantik satu jawatankuasa rayuan untuk menimbangkan rayuan di bawah seksyen 12D, 27,45 dan 62 rang undang-undang 16.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu struktur organisasi dan perjawatan dalam APAD pastinya akan dibincangkan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam yakni JPA akan membuahkan hasil yang lebih baik. Berkaitan ini, walaupun dikatakan penjimatan akan berlaku, JPA pula perlu meneliti dan menilai peranan Ketua Pengarah APAD berkenaan yang sudah pasti mempunyai tugas yang berat dengan menyediakan imbuhan yang setimpal dan dinaikkan, dinilaikan sebaik-baiknya.

■1520

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks fungsi dan kuasa APAD pula, kita amat yakin kementerian akan menilai dan meneliti peranan agensi itu sama ada daripada segi perancangan dan pembangunan sektor pengangkutan awam darat seperti yang pernah dibuat oleh SPAD. Mungkin apa yang dilakukan oleh SPAD sekarang ini akan diserap dalam APAD.

Walau bagaimanapun, persoalan atau bidang yang masih kabur dan perlukan pencerahan ialah apakah penguatkuasaan, pengendalian dan pengeluaran lesen kenderaan swasta atau perdagangan ini benar-benar dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepenuhnya. Dengan cadangan pelaksanaan melalui akta baharu, di mana permohonan lesen atau hendak bayar lesen, semuanya melalui kaunter JPJ. Tidak akan ada lagi kaunter berasingan dan akan memudahkan pelanggan. Selain daripada itu, dengan penstrukturan semula itu, beberapa akta perlu dipinda dan dimansuhkan.

Satu lagi perkara ialah APAD juga akan terbabit dengan pemprosesan lesen kenderaan perdagangan tetapi kaunter servis akan diletakkan di bawah JPJ. Apakah bidang kuasa mereka hanya tertakluk di Semenanjung Malaysia sahaja? Kita mohon pencerahan dalam perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan Jemaah Menteri sudah bersetuju iaitu dua agensi yang memproses permohonan lesen kenderaan perdagangan termasuk lori dan bas iaitu Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), ia kini akan diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan. Soalan saya, kenapa sedemikian.

Selain daripada itu, melalui pindaan Akta SPAD 2010 [Akta 714] dimansuhkan sementara Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] akan dipinda untuk memberi kuasa kepada Kementerian Pengangkutan, APAD dan JPJ. Sementara Akta Pengangkutan 1987 [Akta 333] juga akan dipinda untuk diberi kuasa kepada JPJ. Kita mohon penjelasan selanjutnya daripada kerajaan mengenai perkara ini untuk mengetahui sejauh manakah ia akan menguntungkan rakyat.

Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Walau bagaimanapun, saya menyokong akta ini dibubarkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Razali dan kalau ada sesiapa lagi hendak berucap, saya beri peluang.

Ketiga, Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul.

Page 56: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 49

3.23 ptg.

Datuk Dr. Lucas Umbul: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya ingin mengambil peluang mengucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator dan rakyat yang beragama Islam, ‘Selamat Menyambut Tahun Baru’ dalam kalendar Islam iaitu 1440 Hijrah. Salam Maal Hijrah kepada semua... [Dewan tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Datuk Dr. Lucas Umbul: Ucapan terima kasih saya juga ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam perbahasan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018.

Secara ringkasnya, RUU ini membawa kepada tertubuhnya Agensi Pengangkutan Awam Darat atau dikenali sebagai APAD. Ditubuhkan bagi mengambil alih dan melaksanakan fungsi-fungsi berkaitan pengangkutan awam darat yang sebelum ini dilaksanakan oleh SPAD. Umum sudah mengetahui apabila kerajaan baharu iaitu Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara, maka banyak dasar dan polisi kerajaan terdahulu akan dikaji dan dirombak. Ini merupakan sebahagian daripada program transformasi inisiatif kerajaan sekarang yang telah banyak membuat pertimbangan daripada segi penjimatan kos dan memansuhkan polisi dan kerja urus yang membazir.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak terkecuali daripada perkara ini. Apabila kerajaan sudah membuat pengumuman untuk memansuhkan SPAD dan digantikan dengan APAD, ramai suara yang mempertikaikan tindakan kerajaan. Pelbagai tohmahan telah dilemparkan tetapi kita tidak boleh menafikan tadbir urus pengangkutan awam darat harus dipertingkatkan bagi menjamin kemudahan pengangkutan awam darat lebih teratur, efisien dan selamat untuk semua rakyat jelata. Dalam kata lain, penubuhan APAD iaitu Agensi Pengangkutan Awam Darat yang berperanan merancang pembangunan sektor pengangkutan awam darat negara merupakan langkah ke hadapan menggantikan tadbir urus sistem yang lama.

Sekiranya kita meneliti, SPAD dilihat telah mengambil alih kuasa daripada Kementerian Pengangkutan dan mengumpulkan kuasa-kuasa yang berkaitan dengan pengangkutan awam di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ini bukan satu trend yang sihat dan sangat wajar dihentikan bagi melihat kepada banyaknya agensi yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Maka dengan itu, saya lihat dengan adanya penyelarasan ini, kuasa seharusnya diletakkan kembali di bawah Kementerian Pengangkutan dan diselaraskan dengan model pengangkutan yang lain dan bukannya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri terutamanya yang melibatkan dengan pengurusan sistem pengangkutan awam darat. Langkah kerajaan yang drastik ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk memberi perkhidmatan yang baik untuk rakyat. Syabas diucapkan kepada kementerian dan juga kerajaan.

Maka dengan itu, soalan pertama saya kepada Menteri, kenapa perlu memperkenalkan sistem pada pentadbiran pertama Pakatan Harapan. Adakah kementerian akan mengadakan siri kempen dan roadshow, dengan izin dalam memberikan penerangan kepada rakyat kenapa harus perlunya dengan segera dibubarkan SPAD dan menggantikan pula dengan APAD? Ini kerana ada pihak yang mengatakan kerajaan baharu ini hanya membuat rebranding, dengan izin, by agency yang sudah ditubuhkan di bawah Kerajaan Barisan Nasional yang lalu. Dalam erti kata lain, platform sudah pun disediakan oleh kerajaan dahulu, kerajaan baharu ini dikatakan hanya menukar nama sahaja. Saya rasa perkara ini harus diperjelaskan oleh pihak kementerian.

Maka Menteri Pengangkutan juga pernah berkata, bahawa langkah ini merupakan antara pelan penstrukturan semula suruhanjaya tersebut bagi mengurangkan kos dan memastikan tiada pertindihan tugas dengan jabatan lain terutamanya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Dikatakan juga bahawa pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dapat menjimatkan kos perbelanjaan mengurus sebanyak RM38.5 juta setahun. Saya ingin bertanya, adakah sebarang kos yang harus ditanggung oleh kerajaan dalam menubuhkan agensi baharu ini.

Page 57: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

50 DN 12.9.2018

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin beralih kepada isu yang berkaitan

dengan kakitangan dan pegawai SPAD selepas pembubaran SPAD yang baru kita luluskan. Saya rasa ramai yang telah membangkitkan mengenai perkara ini. Apa tidaknya kakitangan suruhanjaya itu secara keseluruhan merangkumi kakitangan tetap, kakitangan kontrak selain pekerja yang dilantik di bawah anak syarikat SPAD iaitu SPAD Pro Berhad. Kebanyakan mereka dikatakan akan diserapkan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi bukan semua kakitangan itu adalah kakitangan penguatkuasaan.

Cuma kenapa saya timbulkan isu ini adalah kerana baru-baru ini, saya ada terbaca di satu laman sosial bahawa hanya seramai 42 orang sahaja kakitangan daripada 350 pegawai kelas pertengahan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat bakal diserap. Manakala bagi jawatan kelas bawahan, hanya 178 orang pegawai penguat kuasa SPAD yang akan menerima tugas baharu di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daripada 400 orang pegawai sedia ada di suruhanjaya berkenaan.

■1530

Tindakan ini dikatakan bertentangan dengan langkah penstrukturan semula yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan. Maka, dengan itu saya ingin bertanya, adakah sebarang kebenaran mengenai perkara ini atau ini sekadar, dengan izin, fake news yang di bawa oleh pihak yang ingin memburukkan hasrat murni kerajaan?

Tuan Yang di-Pertua, terdahulu kita melihat ada dua kaunter berbeza bagi pengurusan pengangkutan awam, tidak kira sama ada untuk permohonan permit, lesen dan pengendali jalan kenderaan barangan. Rakyat sebenarnya keliru apabila ada dua kaunter berbeza iaitu SPAD dan JPJ. Wujud dua entiti yang menyediakan perkhidmatan kaunter. Kini, semua perkara ini diselaraskan di bawah satu kaunter sahaja iaitu kaunter JPJ. Tiada kaunter berasingan JPJ dan SPAD selepas penstrukturan. Walau bagaimanapun, saya ingin bertanya mengenai di negeri Sabah. Adakah ini berbeza atau urusan kaunter di bawah LKAP atau JPJ? Saya fikir perkara ini harus diperhalusi oleh pihak kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak. Ini kerana selepas SPAD dimansuhkan, LPKP Sabah dan Sarawak masih kekal ada. Ini kerana SPAD sebelum ini hanya berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia sahaja. Ini tidak melibatkan Sabah dan Sarawak. Maka, walaupun SPAD ini dimansuhkan, LPKP Sabah dan Sarawak masih kekal kerana mereka ditadbir dalam akta yang berlainan.

Saya ingin tahu, bagaimana struktur organisasi dan pengurusan dapat dijalankan? Adakah perlu dipinda sebarang peraturan untuk menyelaraskan segala urusan koordinasi, perancangan dan pelaksanaan Dasar Pemberian Lesen dan Penguatkuasaan akan diselarikan dalam Kementerian Pengangkutan? Harus diingat juga, bahawa LPKP Sabah dan Sarawak supaya mereka juga memainkan peranan untuk meningkatkan pengangkutan awam darat di Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai isu subsidi di bawah agensi ini. Adakah agensi ini juga akan bertanggungjawab mengenai isu subsidi pengangkutan awam darat? Kita ambil contoh kadar tambang, fi atau saman yang dikenakan. Beberapa kadar tambang yang dikenakan adalah berasaskan kepada subsidi oleh kerajaan. Saya ingin tahu, perkara ini melibatkan kos yang tinggi. Sebagai contoh, RapidKuantan, RapidPenang, RapidKL, MyBus dan MRT melibatkan subsidi. Berapakah jumlah subsidi yang diberikan oleh kerajaan? Langkah ini dapat membantu rakyat dan menggalakkan rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam apabila kadar tambang yang dikenakan tidak mahal, maka ia tidak akan membebankan rakyat.

Menyentuh mengenai bas Rapid dan tambang, saya ingin bertanya kepada kementerian mengenai perancangan masa hadapan bagi kemudahan bas Rapid di negeri Sabah. Bagi mengurangkan kesesakan trafik di Kota Kinabalu, Sabah, kerajaan mewujudkan Sistem Bas Rapid Transit (BRT). Sistem BRT ini menggunakan laluan khas dan dilaksanakan menerusi konsep perkongsian awam swasta dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM2 bilion.

Page 58: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 51

Katanya, projek ini bakal membabitkan dua fasa dengan jajaran sepanjang 44

kilometer. Fasa 1 iaitu laluan pertama Kepayan-KotaKinabalu-Inanam sejauh 15 kilometer akan dilaksanakan dahulu dengan kos sebanyak RM1 bilion. Adakah ia akan diteruskan? Sekiranya dilaksanakan, bagaimanakah kaedah operasi dan pengurusan BRT ini? Adakah agensi ini juga akan terlibat dalam memudahkan urusan dan pengendalian BRT?

Tuan Yang di-Pertua, semua negara di dunia, khususnya bandar-bandar utama mempunyai dasar menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Saya hendak tahu, adakah kementerian ini akan memberikan penjelasan tentang dasarnya berkaitan pengangkutan awam, khususnya meningkatkan peratusan penumpang ataupun masyarakat yang menggunakan pengangkutan awam sebagai kaedah untuk bergerak atau pergi ke tempat kerja dan mengurangkan penggunaan kereta persendirian.

Kita tidak mahu kereta persendirian digunakan semakin bertambah dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, menyebabkan carbon emissions, dengan izin, pencemaran dan sebagainya. Adakah kementerian mempunyai satu hala tuju yang jelas tentang masa depan pengangkutan awam dalam negara kita? Mengenai perkara yang sama, saya ingin menyentuh mengenai hala tuju pengangkutan di negeri Sabah.

Perkara ini merupakan perkara yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dalam manifestonya. Saya ingin cadangkan agar perancangan ini dibuat dengan teliti agar pembangunan pengangkutan awam darat dapat dilaksanakan dengan teliti dan terancang. Soalan saya, apakah dasar hala tuju pembangunan masa hadapan bagi pengangkutan awam darat di negeri Sabah? Apakah mekanisme perancangan yang dapat dibuat sekiranya kita luluskan rang undang-undang ini? Nyatakan juga bentuk kerjasama yang dapat dibentuk di antara kementerian ini dengan kementerian lain bagi membangunkan pengangkutan awam darat di Sabah?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya dalam APAD ini, agensi ini juga bertanggungjawab dalam mengeluarkan lesen-lesen pengangkutan syarikat. Saya ingin menjurus kepada van pelancongan di Sabah. Ini kerana perkara ini saya bangkitkan di dalam perbahasan Titah Diraja pada baru-baru ini. Dalam kita membangunkan pelancongan di Sabah, aspek van pelancong juga harus diambil kira. Sekiranya di bawah Kementerian Pelancongan akan mengurus urusan promosi van pelancongan, adakah di bawah APAD perkara ini diutamakan? Adakah diberikan sebarang bantuan dan insentif ataupun subsidi bagi van pelancong di Sabah? Sekiranya ada, maka saya mohon kepada kementerian bagi menambahkan lagi kemudahan syarikat van pelancongan di Sabah setanding dengan negara jiran kita di Thailand.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan mengenai isu yang serius yang harus kementerian dengan teliti iaitu kadar kemalangan di negara kita Malaysia, tidak kira di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kadar kemalangan di negara kita masih di tahap yang membimbangkan. Kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam melibatkan banyak perkara, antaranya struktur jalan itu sendiri dan juga kita tidak boleh menolak faktor kenderaan awam itu sendiri.

Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri bahawa saya ingin menyarankan supaya kita memberi perhatian kepada keselamatan penumpang-penumpang yang menggunakan perkhidmatan awam. Sebagai contoh, bas ekspres terutamanya di mana kita lihat banyak sangat kemalangan yang berlaku kebelakangan ini dan ini melibatkan bas-bas ekspres. Kebanyakan daripada kemalangan-kemalangan ini adalah- saya gunakan istilah ‘yang mengerikan’, di mana kita lihat penumpang-penumpang mengalami kecederaan-kecederaan yang begitu serius sekali.

Namun, kita juga tidak boleh menolak aduan bahawa pemandu-pemandu bas ini adalah pemandu yang mempunyai kaitan atau sabitan kesalahan lampau. Kebanyakan mereka apabila diuji untuk ujian saringan air kencing, di dapati positif dadah. Jadi, saya menyarankan supaya Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga anggota-anggota yang sedia ada, mempertingkatkan lagi usaha untuk memastikan keselamatan penumpang-penumpang yang menggunakan bas ekspres sentiasa terjamin.

Page 59: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

52 DN 12.9.2018

Saya juga ingin menekankan mengenai faktor kenderaan awam itu sendiri. Sebagai

contoh, alat-alat ganti kenderaan yang dijual di bengkel-bengkel kenderaan, kebanyakannya adalah alat ganti palsu. Adakah kementerian sedar akan perkara ini? Adakah perkara ini di bawah tanggungjawab APAD? Sekiranya ya, apakah langkah yang boleh diambil agar bengkel-bengkel kenderaan tidak menjamin alat ganti kenderaan palsu bagi keselamatan pengguna jalan raya keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai fasal 75, bagi memansuhkan seksyen 247, dan seksyen 248, Akta 715 iaitu mengenai semua hasil yang dikutip oleh agensi kerajaan hendaklah dimasukkan di dalam Kumpulan Wang Disatukan dan bukan ke dalam tabung khas di agensi yang terdahulu. Saya yakin pihak kementerian akan menjamin ketelusan dalam penyaluran hasil kutipan dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Soalan saya cuma satu sahaja, adakah Menteri akan membuat pengumuman atau membentangkan laporan tersebut kepada umum? Ini kerana ramai yang ingin tahu mengenai perbezaan hasil kutipan semasa adanya SPAD dan dengan tertubuhnya APAD yang baharu ini.

■1540

Selain daripada itu, mengenai fasal 47 untuk meminda Bahagian VIII, Akta 715 dipinda susulan kepada pembubaran SPAD di mana kuasa untuk mempertimbangkan semula semua keputusan operasi berkaitan permohonan, pembaharuan dan pembatalan lesen yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat adalah kini diletakkan di bawah kuasa Menteri.

Pindaan ke atas Bahagian VIII akan memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik satu jawatankuasa rayuan untuk mendengar cadangan ke atas rayuan yang diterima di mana Menteri akan membuat keputusan berdasarkan kepada syor oleh jawatankuasa rayuan. Jawatankuasa rayuan ini akan ditubuhkan dan diurusetiakan di Kementerian Pengangkutan. Saya ingin tahu komposisi jawatankuasa rayuan ini dan adakah ia juga melibatkan negeri Sabah dan negeri Sarawak?

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulannya, walaupun pembubaran SPAD dan penubuhan APAD ini tidak diuar-uarkan ketika kempen PRU yang lepas tetapi ia menunjukkan komitmen daripada Kerajaan Pakatan Harapan untuk memastikan bahawa walaupun ia bukan janji 100 hari tetapi kerajaan akan melaksanakannya demi kebaikan dan kepentingan sektor pengangkutan awam.

Saya cukup percaya bahawa langkah ini akan membolehkan sektor pengangkutan terutamanya pengangkutan awam darat akan berubah ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan menyeluruh. Ini lantas dapat menyumbang kepada peningkatan dan menambah baik kesejahteraan kualiti serta taraf hidup masyarakat di samping menjadi platform yang menyokong kepada kejayaan pembangunan ekonomi negara Malaysia yang kita cintai ini.

Maka dengan kata-kata itu, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong sepenuhnya Rang undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018. Sekian, dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Lucas Umbul.

Saya sekarang pula minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Silakan.

3.42 ptg.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Dato' Kamarudin Jaffar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali, Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris dan Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas Umbul di atas ucapan-ucapan yang kita dengar sebentar tadi.

Page 60: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 53

Saya bersyukur bahawa kita berada dalam satu Dewan yang mulia ini yang mana

pada saya jelas menunjukkan bahawa semua Yang Berhormat Senator khususnya yang ucapan-ucapan yang diberikan tadi adalah Yang Berhormat Senator yang memberikan keutamaan kepada pembangunan negara kita dan tidak langsung melibatkan politik-politik sempit, kalau boleh saya katakan dengan maaf, yang mungkin berlaku di tempat-tempat yang lain. Jadi, tahniah.

Saya akan cuba menjawabnya dan dalam Yang Berhormat Senator sekalian menyokong, di samping menyokong, begitu banyak soalan-soalan yang dikemukakan. Saya akan cuba memberikan penjelasan yang semampunya dan sekali lagi, jika tidak berjaya dan tidak lengkap, saya harap kita minta supaya pegawai-pegawai melalui saya akan menyampaikan maklumat-maklumat yang lebih terperinci yang mungkin tidak termampu untuk kita sediakan dalam Dewan yang mulia ini pada masa ini.

Bermula secara umumnya dengan Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali dan mungkin ketiga-tiga Yang Berhormat Senator tadi. Sekali lagi saya ingin jelaskan bahawa kita di Kementerian Pengangkutan mempunyai perancangan-perancangan yang melibatkan masa depan hala tuju pengangkutan awam negara sebagai satu daripada isu utama yang dirancang oleh kementerian ini.

Mungkin saya dapat maklumkan bahawa lebih kurang dua minggu yang lalu, kita menghidupkan semula apa yang dipanggil Majlis Pengangkutan Awam Negara dengan mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri yang dihadiri oleh mereka yang terlibat dalam bidang pengangkutan awam dan yang dilibatkan juga ialah Exco-Exco yang berkaitan dengan pengangkutan awam daripada seluruh negeri-negeri dalam Malaysia ini termasuk negeri-negeri yang dikuasai atau kerajaannya ialah parti pembangkang seperti Perlis, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sabah dan Sarawak.

Jadi ini adalah suatu penjelasan yang umum yang bermaksud untuk menjelaskan bahawa isu berkaitan dengan masa depan hala tuju pengangkutan awam negara diambil berat oleh kementerian ini dan kita melibatkan semua pihak, semua kerajaan negeri tanpa kita menganaktirikan mana-mana pihak. Secara umumnya begitu, Tuan Yang di-Pertua, dasar kita untuk menambah baik dan memajukan sektor perkhidmatan awam demi kebajikan rakyat kita di bandar ataupun di luar bandar, kaya ataupun miskin.

Khusus berkaitan dengan penubuhan SPAD dan pembubaran rancangan pengangkutan awam darat yang dipanggil Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (RIPAD). Apabila SPAD dimansuhkan, secara tidak langsung pelan rancangan atau dasar yang SPAD bangunkan akan turut dimansuhkan iaitu pergi bersama-sama dengan SPAD.

Namun begitu, mansuh bukan bermaksud dibuang atau tidak diguna pakai langsung. Sebarang perancangan yang telah dibangunkan oleh SPAD akan diambil kira dan disatukan dalam Dasar Pengangkutan Negara supaya menjadi lebih menyeluruh dan berkait rapat antara satu sama lain. Dalam hubungan ini, ia akan turut mengambil kira isu-isu semasa seperti kawalan alam sekitar dan sebagainya.

Berkaitan dengan isu kebajikan pemandu-pemandu teksi, seperti yang telah saya sebutkan dalam rang undang-undang sebelum ini, apa yang telah dilakukan ialah bahawa pada Julai 2018, kerajaan telah memperkenalkan peraturan-peraturan yang membolehkan teksi dan e-hailing berada di atas satu, dengan izin, level playing field dengan perkhidmatan e-hailing dengan penyeragaman tempoh pemeriksaan jenis kenderaan yang digunakan, keperluan mendapatkan lesen PSV dan sebagainya.

Lain-lain inisiatif akan terus kita fikirkan untuk memastikan bahawa pemandu teksi, kebajikan mereka, akan menjadi sebaik-baiknya dan tidak rugi dengan wujudnya e-hailing yang merupakan suatu perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak dapat lagi kita nafikan kewujudan mereka, sebaliknya kita perlu iktiraf mereka, beri panduan kepada mereka, kawal mereka dan pastikan mereka tidak dijadikan suatu perkhidmatan yang merugikan pemandu-pemandu teksi yang akan juga kita bantu supaya mereka dapat keuntungan atau peluang keuntungan yang sama dan mereka juga akan mendapat layanan yang sama sepertilah kita layan pemandu e-hailing, begitu jugalah kita layan pemandu-pemandu teksi yang tradisional ini.

Page 61: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

54 DN 12.9.2018

Berkaitan saman had laju oleh satu agensi sahaja dan supaya PDRM digugurkan

daripada membuat speed trap, Kementerian Pengangkutan mengambil berat akan syor yang telah dikemukakan. Sebagai permulaan, kementerian sedang mengkaji untuk menyeragamkan SOP antara JPJ dan PDRM dalam proses saman had laju termasuk menyeragamkan kaedah dan penetapan kadar saman. Perkara ini masih dalam perbincangan dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Berkaitan dengan siapakah yang akan memantau Ketua Pengarah APAD dan pegawai-pegawainya, yang akan memantaunya adalah Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan kementerian itu sendiri yang kemuncaknya dengan Menteri. Ketua Pengarah APAD dan semua pegawainya adalah sebagai pegawai-pegawai kerajaan tertakluk kepada semua syarat kerja pegawai-pegawai dan peraturan pegawai-pegawai awam.

Soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Razali seterusnya, kenapa LPKP Sabah dan Sarawak- dan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas- diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan. Ini adalah bagi memastikan dan menambah baik aspek perancangan dasar, pelaksanaan dan keseragaman pembangunan di Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak.

■1550

Penerapan ataupun dipindahkan LPKP daripada JPM kepada Kementerian Pengangkutan ini, boleh saya sebutkan berlaku lebih awal daripada rang undang-undang ini lagi. Jadi ini dari satu sudut adalah menunjukkan bahawa kerajaan baharu ini adalah konsisten dalam prosesnya untuk memastikan bidang tugas yang berkaitan diletakkan semuanya di bawah satu kementerian dalam kes pengangkutan awam, di bawah Kementerian Pengangkutan.

Berkaitan bidang kuasa APAD dan JPJ dalam pelesenan di Sabah dan Sarawak. Bagi urusan pelesenan di Sabah dan Sarawak adalah di bawah lembaga LPKP tadi, diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan bagi memudahkan koordinasi perancangan dan pembangunan dasar yang melibatkan pengangkutan di bawah satu bumbung dan demi memperkukuh tadbir urus berkenaan dengan pengangkutan awam seluruh negara, pelan pengangkutan awam.

Berkaitan dengan yang disebut tadi roadshow berkenaan dengan pembatalan ataupun pembubaran SPAD dan penubuhan APAD, adakah ia hanya rebranding dan apakah kos penubuhan APAD. Inisiatif ini bukan sahaja menukar nama sebagaimana Yang Berhormat bayangkan tadi tetapi untuk menambah baik aspek perancangan, pembangunan dan penguatkuasaan apabila semua agensi yang berkaitan pengangkutan diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan.

Kos utama yang ditanggung oleh kerajaan masih diteliti dan dibincangkan dengan SPAD, Kementerian Kewangan dan JPA. Kos penjimatan sebagaimana Yang Berhormat Senator sebutkan tadi ialah hampir RM40 juta kos operasi bulanan dijimatkan melalui perubahan ini.

Isu dalam blog mengenai kakitangan yang akan dilantik dalam peringkat pertengahan dan bawahan. Angka-angka yang Yang Berhormat Senator sebutkan tadi setakat yang kita tahu secara rasminya masih belum ada dan jika ia berlaku sudah tentu ia akan umumkan. Walaupun begitu, saya boleh membayangkan bahawa saya tidak fikir jumlah yang akan dilantik dan diserapkan sebegitu kecil peratusannya sebagaimana Yang Berhormat Senator tanya tadi. Akan tetapi ini akan kita pastikan sebab tidak ada lagi apa-apa yang muktamad berkaitan dengan itu sehinggalah kita selesai kelulusan rang undang-undang ini di peringkat Parlimen dan di peringkat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Subsidi kepada pengangkutan awam dibangkitkan tadi. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, subsidi-subsidi yang telah diberikan sebelum ini akan diteruskan semula tetapi juga sebahagiannya akan dikaji semula bagi menilai kembali kesan dan keuntungannya kepada rakyat. Oleh sebab kita terpaksa mengakui keadaan ekonomi negara amat terhad sekarang ini, oleh itu kajian ini untuk memastikan ia benar-benar memberi keuntungan kepada rakyat.

Page 62: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 55

Berkaitan dengan Dasar Pengangkutan Awam, Sabah dan Sarawak serta projek

seperti bas Rapid Transit yang dibangkitkan. Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan akan mengadakan perbincangan dan engagement dengan pihak Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dalam membangunkan sektor pengangkutan awam dan di kedua-dua negeri yang terbabit agar selari dengan tahap pembangunan di Semenanjung Malaysia. Ini bermakna ialah bahawa kita akan pastikan bahawa tahap pengangkutan awam di Sabah dan Sarawak akan dipastikan ia adalah selari dan sama dengan tumpuan yang kita berikan kepada negeri-negeri di Semenanjung Malaysia ini.

Berkaitan LPKP sekali lagi berfungsi sebagai pengawal selia bagi kenderaan pengangkutan awam darat. Pihak Kementerian Pengangkutan sememangnya merancang supaya fungsi LPKP ini merangkumi penyeliaan dan pembangunan kepada pengangkutan awam darat di Sabah dan Sarawak sama seperti yang dilaksanakan oleh SPAD sebelum ini dan APAD selepas ini di Semenanjung Malaysia. Perancangan ke arah memastikan bahawa LPKP di Sabah dan Sarawak sekarang ini berada di bawah Kementerian Pengangkutan berfungsi dengan semaksimumnya adalah dalam perancangan aktif yang kementerian sedang lakukan.

Laporan berkaitan dengan wang yang disatukan sama ada ia akan dimaklumkan atau tidak, saya yakin ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan paling tidak, ia sudah tentu ada dalam laporan kewangan negara yang dibentangkan tiap-tiap tahun bersekali dengan pembentangan belanjawan negara. Walaupun begitu, kesemua kutipan yang dikutip oleh SPAD sebelum ini dibawa ke pihak kerajaan dan segala kutipan yang akan dibuat oleh APAD akan disalurkan kepada wang kumpulan awam yang disatukan tadi.

Komposisi jawatankuasa rayuan yang akan dilantik oleh Menteri. Yang Berhormat Menteri boleh melantik dua atau lebih orang untuk menganggotai jawatankuasa rayuan. Keahlian tidak dihadkan atau dirujuk atau dikhususkan kepada mana-mana pihak agensi atau negeri. Maknanya itu adalah kuasa Menteri dan Yang Berhormat Menteri tidak terhad, maknanya kita pun boleh memberi sumbangan pandangan, pendapat tentang siapa yang selayaknya untuk berada dalam jawatankuasa rayuan tersebut.

Berkaitan dengan isu penting kemalangan jalan raya. Mengenai faktor-faktor Yang Berhormat Senator sebutkan tadi, faktor kenderaan awam itu sendiri, faktor struktur jalan Yang Berhormat Senator sebutkan tadi- isu keselamatan jalan raya dipandang dengan berat oleh Kementerian Pengangkutan dan kita ada jabatan khusus sebagaimana Yang Berhormat Senator tahu, MIROS yang sentiasa memberikan laporan tentang apa-apa sekalipun kemalangan yang besar, penting, yang perlu kementerian dimaklumkan.

Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan akan meningkatkan aspek-aspek promosi, advoksi dan penguatkuasaan merentasi dan melibatkan agensi-agensi seperti JPJ, JKJR dan MIROS sebagaimana saya sebutkan tadi untuk terus mengkaji dan memberikan ulasan dan memberikan cadangan kepada kementerian bagaimana kemalangan-kemalangan khususnya yang berkaitan dengan pengangkutan awam seperti bas-bas ekspres itu dapat kita kurangkan, kalau tidak pun menghindarkan sepenuhnya daripada berlaku.

Berkaitan dengan alat-alat kereta palsu, ini bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.

Berkaitan dengan isu van pelancong di Sabah, cadangan ini baik dan akan diambil perhatian serta kita cuba untuk lihat bagaimana untuk menggalakkan van pelancongan di negeri Sabah itu.

Berkaitan dengan keselamatan penumpang bas ekspres, dalam usaha memastikan keselamatan penumpang melibatkan bas ekspres, JPJ telah melakukan pemeriksaan teknikal bas dan pemandu di terminal-terminal sepanjang masa termasuk meletakkan pegawai JPJ di terminal. Pemeriksaan tersebut juga dibuat secara rawak di RNR dan di Lebuhraya PLUS dan lebuh raya-lebuh raya lain seperti LPT di Pantai Timur. Ini termasuk membuat penyamaran dalam bas dan sebagainya. Maknanya termasuk pegawai yang menyamar dan menjadi penumpang bas untuk memastikan kita dapat memahami sepenuhnya apakah tindakan yang dilakukan oleh pemandu dan juga syarikat-syarikat bas ekspres ini.

Page 63: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

56 DN 12.9.2018

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya dapat jawab dan saya berterima kasih sekali

lagi di atas peluang ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan]

[Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

[Fasal-fasal 1 hingga 83 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

[Majlis Mesyuarat bersidang semula]

[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin) dan diluluskan]

■1600

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, kini adalah hari terakhir sesi Parlimen di Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas Persidangan Dewan Negara 2018, yang telah berlangsung selama sepuluh hari.

Walau bagaimanapun, pelbagai spekulasi timbul mengenai Rang Undang-undang Cukai Jualan dan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan 2018. Namun apa yang jelas ialah Dewan yang mulia ini bukan tempat untuk kita mempraktikkan politik kejumudan. Semua rang undang-undang yang sama ada diluluskan atau tidak, membuktikan hanya satu perkara penting iaitu bahawasanya Ahli-ahli Dewan yang mulia ini hanya mempunyai satu kepentingan iaitu untuk memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara... [Dewan tepuk]

Saya pasti ini akan memperhebatkan lagi keyakinan rakyat terhadap Sistem Demokrasi Berparlimen negara kita. Kita berkata tentang Demokrasi Berparlimen, teringat saya kepada Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada pembukaan Parlimen yang pertama pada tahun 1959. Dengan izin, I quote, His majesty said, “The Constitution of the Federation of Malaya our charter of rights and liberties is now finally and completely incorporation with establishment of Parliament, and Malaya had dedicate itself to the Principle Parliamentary Democracy”

Saya pasti kita kana bersama-sama untuk mempertahankan kemuliaan Dewan yang mulia ini serta mempertahankan prinsip-prinsip Demokrasi Berparlimen dengan menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan betul. Apa yang jelas ialah kestabilan dan kemantapan politik di bawah Sistem Demokrasi Berparlimen bergantung kepada Ahli-ahli kedua-dua Dewan yang mulia Parlimen Malaysia.

Dengan izin, the character, the strength and the success of any legislative institution will fundamentally depend on the attitude of its Members to their responsibilities.

Malahan Ahli-ahli Dewan ini memikul tanggungjawab yang lebih besar kerana kita adalah ahli badan legislative tertinggi negara seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Apabila setiap Ahli memahami, memelihara dan mendukung prinsip-prinsip Demokrasi Berparlimen, saya percaya malahan cukup yakin kesejahteraan rakyat dan kepentingan tanah air akan selalu terjamin dalam proses penggubalan undang-undang negara.

Page 64: MALAYSIADN 12.9.2018 i AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran (Dilantik) 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim

DN 12.9.2018 57

Oleh yang demikian, harapan saya dalam sidang-sidang Dewan Negara yang akan datang, kualiti dan cara perbahasan akan dipertingkatkan, dan saya ingin menegaskan di sini untuk setiap Ahli wajib patuh kepada Peraturan Mesyuarat Dewan yang mulia ini supaya Dewan ini selalu dan sentiasa dihormati.

Sebelum saya menangguhkan Dewan, penghargaan diucapkan kepada warga kerja Parlimen terutamanya Setiausaha Dewan Negara serta pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dewan Negara yang komited dalam menentukan kelancaran persidangan Dewan.

Akhir sekali, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari seluruh negara yang akan kembali ke kampung halaman masing-masing, saya doakan agar Ahli-ahli Yang Berhormat akan selamat sampai ke pangkuan keluarga yang tercinta.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1440 kepada umat Islam.

Dengan kata-kata ini, saya tangguhkan Dewan ini sehingga satu tarikh yang tidak ditetapkan.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang]